1 00:00:06,083 --> 00:00:07,923 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:15,291 --> 00:00:17,961 Awak pernah rasa seperti tersekat? 3 00:00:19,916 --> 00:00:22,166 Bukan di sini atau di sana. 4 00:00:23,416 --> 00:00:25,706 Di antara sesuatu yang tak diketahui. 5 00:00:26,250 --> 00:00:28,000 Awak pernah berada di situ? 6 00:00:28,083 --> 00:00:29,793 PENDUDUK: 218,150 KETINGGIAN: 1,083 7 00:00:29,875 --> 00:00:31,075 Saya dah melepasinya. 8 00:00:31,583 --> 00:00:35,963 Saya telah buka pintu yang membawa kepada kemungkinan berbeza. 9 00:00:36,541 --> 00:00:38,581 Saya jumpa dengan orang di sana. 10 00:00:39,250 --> 00:00:41,000 Ada yang jadi kawan saya. 11 00:00:45,416 --> 00:00:46,626 Dan ada yang jadi… 12 00:00:48,208 --> 00:00:49,128 musuh saya. 13 00:00:50,500 --> 00:00:53,040 Saya telah lalui banyak tahap dalam hidup saya. 14 00:00:53,875 --> 00:00:58,575 Seperti ular yang bersalin kulit, seperti phoenix yang bangkit dari abu, 15 00:00:58,666 --> 00:01:01,826 Saya berubah, saya bertukar, saya membesar. 16 00:01:01,916 --> 00:01:04,456 Sekarang, saya ada di situ sekali lagi. 17 00:01:04,541 --> 00:01:08,001 Saya biarkan hidup baru menerima saya. 18 00:01:08,083 --> 00:01:14,003 Tapi saya tahu misteri terbesar yang saya pernah temui ialah anak saya. 19 00:01:16,083 --> 00:01:17,833 Ceritakan tentang anak saya, Ozan. 20 00:01:52,375 --> 00:01:54,075 Bagaimana saya boleh bantu? 21 00:01:54,750 --> 00:01:57,170 Saya mahu belajar cara untuk lindungi anak saya. 22 00:01:59,166 --> 00:02:01,286 Awak nampak apa yang Aden nampak, bukan? 23 00:02:05,333 --> 00:02:06,583 Sebab itu awak ke sini. 24 00:02:12,958 --> 00:02:17,498 Ia seperti saat yang dikongsi di antara saya dan orang asing. 25 00:02:21,875 --> 00:02:22,705 Lihat. 26 00:02:25,375 --> 00:02:27,375 Banyak perkara bermain dalam minda Aden. 27 00:02:29,250 --> 00:02:30,880 Semua pengalaman hidup itu, 28 00:02:31,541 --> 00:02:32,711 Göbekli Tepe… 29 00:02:32,791 --> 00:02:34,291 Jadi, jika awak dah tahu, 30 00:02:35,500 --> 00:02:39,000 dan awak dakwa awak lindungi saya daripada anak saya selama ini, 31 00:02:39,083 --> 00:02:41,713 jadi beritahu saya, bagaimana perkara itu boleh berlaku? 32 00:02:41,791 --> 00:02:43,671 Bagaimana saya boleh lakukan semua itu? 33 00:02:52,083 --> 00:02:53,793 Nanti. Jangan. Biar saya pergi. 34 00:02:59,416 --> 00:03:00,666 Helo, Erhan? 35 00:03:00,750 --> 00:03:03,790 Hai. Saya dan Umut dah ada di Mardin. Saya cuma mahu beritahu awak. 36 00:03:03,875 --> 00:03:05,535 Kami sedang siasat rakaman itu. 37 00:03:06,250 --> 00:03:07,080 Okey. 38 00:03:07,958 --> 00:03:11,128 Saya di rumah Ozan. Saya mahu bercakap dengan dia lagi. 39 00:03:14,166 --> 00:03:15,786 Awak takkan cakap apa-apa? 40 00:03:16,750 --> 00:03:18,250 Ini untuk anak kita. 41 00:03:23,041 --> 00:03:25,251 Baiklah kalau begitu. 42 00:03:25,750 --> 00:03:26,880 Jaga diri. 43 00:03:26,958 --> 00:03:27,918 Awak juga. 44 00:04:00,291 --> 00:04:03,081 Saya ada teori tentang Göbekli Tepe. Awak nak dengar? 45 00:04:04,666 --> 00:04:05,706 Cakaplah. 46 00:04:07,375 --> 00:04:10,455 Awak tahu batu ungu dalam gua bawah tanah? 47 00:04:12,208 --> 00:04:13,998 Menurut beberapa kajian, 48 00:04:14,083 --> 00:04:18,383 batu-batu tersebut digunakan untuk membuka mata ketiga. 49 00:04:23,625 --> 00:04:26,745 Maksud saya, dah tentu ini bukan teori arkeologi. 50 00:04:30,291 --> 00:04:36,671 Banyak sumber cakap mereka yang bina Göbekli Tepe, 51 00:04:37,250 --> 00:04:40,040 memiliki persepsi yang jauh lebih tinggi daripada kita. 52 00:04:41,583 --> 00:04:43,383 Lihatlah saya bercakap dengan siapa. 53 00:04:45,291 --> 00:04:49,961 Mereka juga dikatakan ada hubungan yang kuat dengan alam semula jadi… 54 00:04:51,041 --> 00:04:53,331 dan juga memiliki kekuatan telepati. 55 00:04:53,916 --> 00:04:56,786 Ada sebab kenapa awak hasilkan semua mata manik itu. 56 00:05:01,250 --> 00:05:03,080 Saya tak tahu. Mungkin saya tak lukis. 57 00:05:04,000 --> 00:05:08,380 Jika awak fikirkannya, visi Atiye, mimpi saya, 58 00:05:09,000 --> 00:05:12,130 mata ketiga, kelenjar pineal, saya tidak tahu, chakra keenam… 59 00:05:12,208 --> 00:05:16,458 Sebenarnya, itu semua nama yang berbeza untuk benda yang sama, bukan? 60 00:05:22,333 --> 00:05:23,583 Apa kata kita pergi? 61 00:05:24,625 --> 00:05:25,915 Boleh beri kami bil? 62 00:05:29,291 --> 00:05:31,251 Mor Hananyo buka pukul berapa? 63 00:05:36,708 --> 00:05:39,128 Itu sahaja. Saya tiada apa-apa lagi untuk diberitahu. 64 00:05:40,125 --> 00:05:42,785 Ozan, takkan ini sahaja yang awak tahu. 65 00:05:43,458 --> 00:05:46,208 Tiada sesiapa culik budak berdasarkan maklumat yang sedikit 66 00:05:46,291 --> 00:05:47,881 atau jaga mereka sehingga besar. 67 00:05:49,250 --> 00:05:50,250 Saya telah lakukannya. 68 00:05:50,833 --> 00:05:53,463 Kenapa? Bagaimana mereka yakinkan awak? 69 00:05:55,541 --> 00:05:56,381 Awak… 70 00:05:57,541 --> 00:05:59,671 langsung tak menyedari kuasa Aden. 71 00:06:03,333 --> 00:06:04,503 Dia sedang cari, kan? 72 00:06:06,041 --> 00:06:08,501 Jawapan untuk soalan, sebuah misteri. 73 00:06:11,125 --> 00:06:12,625 Apa yang anak saya mahu? 74 00:06:15,750 --> 00:06:17,210 Dia mahukan awak, Atiye. 75 00:06:19,125 --> 00:06:22,575 Sejak kali pertama saya pegang Aden, hampir setiap hari, 76 00:06:22,666 --> 00:06:25,376 terutama pada waktu malam, saya berada di sisi dia. 77 00:06:26,666 --> 00:06:27,956 Kerana dia takkan tidur. 78 00:06:28,750 --> 00:06:33,040 Walaupun kami buat semuanya dengan betul, dia masih tak mahu tidur. 79 00:06:34,208 --> 00:06:38,668 Tapi, lambat laun saya sedar yang dia diganggu oleh mimpi sendiri. 80 00:06:39,750 --> 00:06:42,040 Tapi dia berjaya atasinya. Awak tahu bagaimana? 81 00:06:43,958 --> 00:06:47,288 Dia mula lukis simbol yang sama dengan awak di mana-mana. 82 00:06:52,666 --> 00:06:53,496 Saya rasa, 83 00:06:54,875 --> 00:06:57,375 awak boleh bimbing dia. 84 00:07:05,083 --> 00:07:06,253 Aden? 85 00:07:15,333 --> 00:07:16,383 Aden? 86 00:07:21,000 --> 00:07:22,380 Aden, mana awak? 87 00:07:43,583 --> 00:07:45,543 Ini tempat dari rakaman suara itu. 88 00:07:46,166 --> 00:07:47,826 Ada sesuatu telah berlaku di sini. 89 00:07:47,916 --> 00:07:50,246 Ia cukup penting untuk buat orang buka mulut. 90 00:07:50,833 --> 00:07:52,503 - Tapi apa? - Betul. 91 00:07:53,333 --> 00:07:56,083 Mereka bina ini sebagai kuil pada zaman Mesopotamia. 92 00:07:57,000 --> 00:07:58,250 Kuil Matahari. 93 00:08:01,166 --> 00:08:02,876 Kemudian ia jadi istana Rom. 94 00:08:05,250 --> 00:08:07,750 Sekarang ia sebuah biara Assyria. 95 00:08:14,791 --> 00:08:16,251 Mari kita ikut sana. 96 00:08:46,333 --> 00:08:48,383 Simbol ini telah bawa awak ke Göbekli Tepe. 97 00:08:49,000 --> 00:08:52,250 Awak cari jawapan untuk sesuatu yang berusia 12,000 tahun. 98 00:08:52,333 --> 00:08:53,173 Betul? 99 00:08:54,833 --> 00:08:56,963 Aden mungkin sedang cari sesuatu yang serupa. 100 00:09:01,041 --> 00:09:02,541 Kita patut ke sana? 101 00:09:05,083 --> 00:09:07,463 Lagipun, semuanya bermula di situ. 102 00:09:08,250 --> 00:09:09,330 Kuil-kuil. 103 00:09:16,291 --> 00:09:17,501 Saya tak faham. 104 00:09:18,208 --> 00:09:20,498 Bagaimana seorang ibu boleh buat anaknya begini? 105 00:09:21,833 --> 00:09:24,173 Saya rasa itu burung, tapi yang itu apa? 106 00:09:25,250 --> 00:09:26,420 Saya rasa itu kambing. 107 00:09:26,916 --> 00:09:29,416 Ini semua pasti binatang dalam bahtera Noah. 108 00:09:29,500 --> 00:09:30,710 Betul! 109 00:09:31,541 --> 00:09:33,041 Yang terselamat dari banjir. 110 00:09:33,750 --> 00:09:34,580 Menarik. 111 00:09:35,708 --> 00:09:39,538 Tempat ini dah wujud sejak abad kelima. 112 00:09:41,166 --> 00:09:44,786 Siapa tahu apa yang tembok ini telah saksikan? 113 00:09:45,625 --> 00:09:47,825 Ya, nampaknya mereka pandai simpan rahsia. 114 00:09:47,916 --> 00:09:51,536 Saya yakin kita akan jumpa sesuatu. Ini peluang terakhir kita. 115 00:10:05,291 --> 00:10:06,791 Sebenarnya, ada sesuatu. 116 00:10:07,416 --> 00:10:08,916 Ini mungkin berguna. 117 00:10:10,291 --> 00:10:11,251 Ikut saya. 118 00:10:55,583 --> 00:10:59,383 Suatu ketika dahulu, ada burung besar bernama Simurgh 119 00:11:00,166 --> 00:11:02,626 yang tinggal di atas Pokok Kehidupan. 120 00:11:02,708 --> 00:11:04,708 Burung ini sangat tua hingga pernah melihat 121 00:11:04,791 --> 00:11:08,921 kehancuran dan kelahiran semula dunia sebanyak tiga kali. 122 00:11:09,791 --> 00:11:12,711 Semua ilmu di dunia ada dalam minda Simurgh. 123 00:11:16,750 --> 00:11:20,040 Kesakitan dan trauma diwariskan ke generasi seterusnya. 124 00:11:21,875 --> 00:11:24,165 Awak rasakannya tanpa perlu mengalaminya. 125 00:11:24,791 --> 00:11:28,791 Aden menanggung kesakitan generasi terdahulu dan pengetahuan mereka. 126 00:11:28,875 --> 00:11:31,325 Mungkin itu apa yang dia cuba hadapi. 127 00:11:31,416 --> 00:11:34,996 Kita menanggung dosa orang yang sepatutnya besarkan dan lindungi kita. 128 00:11:35,083 --> 00:11:36,083 Bukankah itu pelik? 129 00:11:38,875 --> 00:11:40,955 Ozan, ayah awak dah buat kesalahan besar. 130 00:11:42,875 --> 00:11:44,165 Tapi dia mengejar mimpi. 131 00:11:45,250 --> 00:11:46,580 Untuk bersatu dengan ibu awak. 132 00:11:51,791 --> 00:11:55,541 Dia juga telah cari dia dimensi lain. Dia mahu satukan awak semua semula. 133 00:11:55,625 --> 00:11:56,995 Dia benar-benar menyesal. 134 00:11:59,875 --> 00:12:04,075 Pada suatu hari, sekumpulan burung mulakan perjalanan untuk cari Simurgh. 135 00:12:05,291 --> 00:12:10,251 Selepas perjalanan yang penuh mencabar, mereka akhirnya tiba di tasik. 136 00:12:10,333 --> 00:12:11,173 Dan di sana… 137 00:12:11,250 --> 00:12:12,380 Dan di sana… 138 00:12:12,875 --> 00:12:15,455 Mereka bertemu dengan bayangan mereka sendiri. 139 00:12:16,041 --> 00:12:18,081 Dan mereka faham… 140 00:12:19,041 --> 00:12:21,461 yang Simurgh bukanlah burung suci… 141 00:12:22,333 --> 00:12:23,753 tapi diri sendiri. 142 00:12:24,708 --> 00:12:29,038 Kebijaksanaan yang mereka cari bukan milik orang lain, tapi ada dalam diri mereka. 143 00:12:31,750 --> 00:12:38,460 Dan perjalanan sebenar ialah di mana kita semua sedar yang kita adalah satu. 144 00:12:42,333 --> 00:12:44,043 Simurgh sebuah kisah yang indah. 145 00:12:45,291 --> 00:12:46,921 Selamat datang, Umut. 146 00:12:47,000 --> 00:12:47,880 Mak cik. 147 00:12:50,083 --> 00:12:51,383 Saya gembira ada di sini. 148 00:12:53,291 --> 00:12:56,211 - Saya rindukan awak, sayang. - Saya juga. 149 00:12:58,791 --> 00:12:59,831 - Helo. - Mak cik saya. 150 00:12:59,916 --> 00:13:02,376 - Selamat datang, nak. - Erhan, kawan saya. 151 00:13:02,458 --> 00:13:04,748 Kenapa awak tak cakap dia mak cik awak? 152 00:13:07,375 --> 00:13:11,285 Sebenarnya, dia bukan mak cik saya, tapi dia besarkan saya. 153 00:13:15,625 --> 00:13:16,535 Terima kasih. 154 00:13:23,125 --> 00:13:24,205 Ada seorang wanita. 155 00:13:27,583 --> 00:13:31,253 Sejak awak jumpa dia, hidup awak jadi huru-hara. 156 00:13:34,000 --> 00:13:36,710 - Terima kasih atas kisah itu. - Terima kasih. 157 00:13:41,500 --> 00:13:45,210 Sebenarnya kami datang sini untuk tanya awak sesuatu. 158 00:13:47,583 --> 00:13:50,043 Satu peristiwa sedih pernah berlaku di Kuil Matahari. 159 00:13:51,958 --> 00:13:53,288 Awak tahu apa yang berlaku? 160 00:13:54,250 --> 00:13:55,710 Maksud awak pembunuhan itu? 161 00:13:56,291 --> 00:13:57,501 Pembunuhan beramai-ramai? 162 00:13:57,583 --> 00:14:00,503 Kenapa? Itu tak disebut dalam buku sejarah. 163 00:14:00,583 --> 00:14:01,423 Memang tak. 164 00:14:01,500 --> 00:14:05,630 Ia telah dipadam daripada semua rekod dan disembunyikan. 165 00:14:06,208 --> 00:14:08,458 Awak hanya akan tahu jika awak dilahirkan di sini, 166 00:14:08,541 --> 00:14:10,081 dan pernah tinggal di sini, 167 00:14:10,625 --> 00:14:14,575 dan dengar cerita ibu awak pada waktu malam. 168 00:14:15,583 --> 00:14:16,543 Saya masih ingat. 169 00:14:17,333 --> 00:14:19,543 Ada kisah yang awak ceritakan. 170 00:14:20,458 --> 00:14:22,078 Ia kisah yang seram dan gelap. 171 00:14:22,166 --> 00:14:25,206 Saya tidak sukakannya. Ia berikan saya mimpi buruk. 172 00:14:27,958 --> 00:14:30,748 Bagaimana dengan sekarang? Awak mahu dengar sekarang? 173 00:14:32,750 --> 00:14:34,040 Ya. 174 00:14:34,791 --> 00:14:35,631 Ya. 175 00:14:38,916 --> 00:14:42,376 Sesetengah kisah bukannya diceritakan untuk takutkan kanak-kanak. 176 00:14:42,458 --> 00:14:46,248 Ia cuma untuk tinggalkan tanda dan kesan dalam hati dan minda mereka, 177 00:14:46,333 --> 00:14:49,793 supaya mereka akan kembali bertanya semasa dewasa dan pada waktu yang tepat. 178 00:14:52,875 --> 00:14:55,125 Pembunuhan itu berlaku ribuan tahun lalu. 179 00:14:56,958 --> 00:14:59,038 Ketika tanah ini bernama Mesopotamia. 180 00:15:01,000 --> 00:15:03,960 Orang Mesopotamia yang paling berfikiran maju, 181 00:15:04,041 --> 00:15:07,881 yang percayakan kebijaksanaan dan pengetahuan, telah disembelih. 182 00:15:09,250 --> 00:15:14,420 Mereka berkongsi keturunan sama dengan mereka yang tinggal di Göbekli Tepe. 183 00:15:16,541 --> 00:15:18,001 Kenapa mereka dibunuh? 184 00:15:19,041 --> 00:15:20,921 Kerana mereka adalah pelindung. 185 00:15:22,625 --> 00:15:25,705 Mereka melindungi rahsia purba sepanjang generasi. 186 00:15:26,333 --> 00:15:31,383 Rahsia purba yang berkait rapat dengan tanah ini. 187 00:15:32,125 --> 00:15:35,535 Mereka dibunuh oleh orang yang mahu memilikinya. 188 00:15:36,166 --> 00:15:38,076 Mereka telah wujud selama ribuan tahun. 189 00:15:38,166 --> 00:15:41,416 Mereka wujud kerana rahsia ini juga wujud. 190 00:15:41,500 --> 00:15:43,250 Semenjak daripada manusia pertama. 191 00:15:43,875 --> 00:15:45,875 Nak, rahsia ini sangat kuat 192 00:15:46,500 --> 00:15:49,880 sehingga akan sebabkan sesiapa yang mengejarnya akan tersesat. 193 00:15:52,000 --> 00:15:57,460 Sentiasa ada seseorang yang sanggup mati untuk lindunginya, 194 00:15:57,541 --> 00:15:59,501 dan sanggup membunuh untuk dapatkannya. 195 00:15:59,583 --> 00:16:00,793 Dan akan sentiasa ada. 196 00:16:47,291 --> 00:16:50,881 Awak tahu mereka berkhidmat untuk siapa? 197 00:16:51,666 --> 00:16:53,536 Atau kenapa mereka lakukannya? 198 00:16:54,500 --> 00:16:58,420 Mereka bukan hanya merampas ilmu purba daripada para pelindung. 199 00:16:59,791 --> 00:17:01,381 Mereka juga mencuri bahasa. 200 00:17:10,833 --> 00:17:14,133 Dia ajar awak bahasa pelindung ini, bukan? 201 00:17:15,000 --> 00:17:16,040 Sebenarnya… 202 00:17:16,916 --> 00:17:19,326 dia telah tolong dan belajar dengan saya, 203 00:17:20,000 --> 00:17:22,580 tapi ia seperti saya memang dah tahu. 204 00:17:25,500 --> 00:17:27,250 Mak cik, ada yang tak kena. 205 00:17:27,333 --> 00:17:29,003 Saya dah dengar banyak kali, 206 00:17:29,083 --> 00:17:32,083 tapi mereka bukan seperti bercakap tentang sesuatu yang lama. 207 00:17:32,166 --> 00:17:34,076 Awak juga pernah dengar. Apa pendapat awak? 208 00:17:36,666 --> 00:17:38,746 Ada sesuatu yang awak tak beritahu? 209 00:17:40,166 --> 00:17:41,786 Awak cakap awak ceritakan kisah itu 210 00:17:41,875 --> 00:17:44,745 supaya saya akan tanya apabila waktunya sesuai. 211 00:17:46,833 --> 00:17:50,043 Ini bukan tentang sesuatu yang berlaku ribuan tahun lepas, bukan? 212 00:17:54,666 --> 00:17:56,246 Awak juga seorang pelindung, Umut. 213 00:17:56,958 --> 00:17:58,168 Sama seperti ibu awak. 214 00:18:05,833 --> 00:18:08,083 Apa maksud awak, saya seorang pelindung? 215 00:18:09,541 --> 00:18:11,041 Rakaman itu bukan tentang 216 00:18:11,125 --> 00:18:13,665 pembunuhan yang berlaku ribuan tahun yang lalu. 217 00:18:15,500 --> 00:18:18,670 Ia bercakap tentang bencana yang berlaku semasa awak masih kecil. 218 00:18:19,583 --> 00:18:21,083 Saya tak faham, Mak cik. 219 00:18:22,083 --> 00:18:24,423 Ibu bapa dia yang terbunuh, betul? 220 00:18:29,125 --> 00:18:31,455 Tak, Mak cik. Awak cakap mereka tinggalkan saya. 221 00:18:33,583 --> 00:18:37,753 Awak cakap, "Mereka tinggalkan awak. Mereka tinggalkan awak dan terus pergi." 222 00:18:39,750 --> 00:18:42,750 Ya, betul. Untuk lindungi awak. 223 00:18:45,083 --> 00:18:48,083 Keturunan ibu awak ada tugas yang penting, Umut. 224 00:18:49,208 --> 00:18:51,128 Melindungi maklumat purba itu. 225 00:18:51,791 --> 00:18:53,461 Ayah awak turut sertai dia. 226 00:18:55,125 --> 00:18:58,165 Tapi pada suatu hari, seluruh keluarga dia telah dibunuh. 227 00:18:59,250 --> 00:19:01,420 Rahsia yang mereka simpan telah dirampas. 228 00:19:02,625 --> 00:19:05,205 Hanya awak seorang sahaja yang terselamat. 229 00:19:05,750 --> 00:19:07,330 Semua mimpi-mimpi saya… 230 00:19:08,291 --> 00:19:09,631 Mimpi ngeri saya… 231 00:19:11,208 --> 00:19:14,288 Teori-teori yang saya hasilkan untuk memahaminya… 232 00:19:14,375 --> 00:19:16,495 Mak cik, semua orang gelar saya gila! 233 00:19:20,208 --> 00:19:21,378 Itu sebabnya? 234 00:19:31,666 --> 00:19:32,576 Ini apa? 235 00:19:33,625 --> 00:19:35,495 Kunci rumah kelahiran awak. 236 00:19:37,291 --> 00:19:40,631 Pulanglah, Umut. Awak akan dapat jawapan yang awak cari di sana. 237 00:20:17,875 --> 00:20:18,745 Umut. 238 00:20:22,041 --> 00:20:22,881 Maaf. 239 00:20:23,541 --> 00:20:25,581 Saya tak sangka ada orang di sini. 240 00:20:27,208 --> 00:20:29,538 - Saya tidak mahu ganggu awak. - Mari sertai saya. 241 00:20:29,625 --> 00:20:32,285 Mari sini dan minum. Lagipun awak dah ada di sini. 242 00:20:38,208 --> 00:20:39,128 Okey. 243 00:20:52,583 --> 00:20:53,463 Maaf. 244 00:21:16,708 --> 00:21:18,498 Saya patut buat apa sekarang? 245 00:21:21,833 --> 00:21:22,713 Maksud saya… 246 00:21:25,458 --> 00:21:28,128 Adakah saya patut cari pembunuh ibu bapa saya? 247 00:21:30,125 --> 00:21:33,245 Atau saya patut cari ilmu purba itu, 248 00:21:33,833 --> 00:21:35,963 kerana keturunan saya ada misi penting? 249 00:21:36,041 --> 00:21:39,251 Saya patut cuba lindungi itu? Saya patut buat apa sekarang? 250 00:21:40,500 --> 00:21:44,170 Bukan awak telah pergi ke Göbekli Tepe, kerana mengejar impian awak? 251 00:21:44,250 --> 00:21:45,960 Awak hampir mati di sana. 252 00:21:47,000 --> 00:21:48,380 Tapi, awak tak putus asa. 253 00:21:48,916 --> 00:21:51,456 Kerana awak kuat. Awak wanita yang kuat. 254 00:21:57,333 --> 00:22:00,213 Awak benar-benar rasa begitu? 255 00:22:03,500 --> 00:22:04,880 Awak rasa saya kuat? 256 00:22:06,000 --> 00:22:08,000 Apa yang saya fikir tak penting. 257 00:22:10,625 --> 00:22:13,955 Apa yang penting ialah apa yang awak fikir. Apa awak rasa. 258 00:22:17,125 --> 00:22:18,495 Hati awak mengetahuinya. 259 00:22:30,375 --> 00:22:31,625 Saya minta maaf. 260 00:22:33,208 --> 00:22:34,628 Saya benar-benar minta maaf. 261 00:22:34,708 --> 00:22:36,628 - Tak apa. - Saya… 262 00:22:36,708 --> 00:22:39,498 - Nanti. Mari sini. Jangan pergi. - Saya buat apa sebenarnya? 263 00:22:39,583 --> 00:22:41,083 Tak apa. 264 00:22:41,166 --> 00:22:43,456 Saya benar-benar minta maaf. Saya cuma… 265 00:22:44,541 --> 00:22:47,131 - Awak cakap pasal mimpi… - Tak apa, jangan risau. 266 00:22:51,083 --> 00:22:52,333 Saya minta maaf. 267 00:22:59,000 --> 00:23:02,130 Maksud saya, hari ini mungkin permulaan baru awak. 268 00:23:03,000 --> 00:23:06,210 Hari ini mungkin permulaan hidup baru awak. 269 00:23:07,666 --> 00:23:08,746 Cuba anggap begitu. 270 00:23:53,541 --> 00:23:54,381 Ozan? 271 00:23:54,958 --> 00:23:57,538 Ibu, tentang pergi ke Göbekli Tepe… 272 00:23:58,291 --> 00:24:00,171 Saya rasa saya boleh yakinkan Atiye. 273 00:24:00,250 --> 00:24:01,080 Dia percaya saya. 274 00:24:01,666 --> 00:24:04,076 - Bagus. - Saya patut ke fasa seterusnya? 275 00:24:05,250 --> 00:24:06,080 Teruskan. 276 00:24:06,166 --> 00:24:06,996 Okey. 277 00:24:07,666 --> 00:24:09,456 Ibu, saya mahu tanya satu lagi perkara. 278 00:24:10,000 --> 00:24:10,830 Ini… 279 00:24:17,166 --> 00:24:18,876 Boleh saya telefon nanti? 280 00:24:46,458 --> 00:24:48,748 Berani awak! Awak memang ada di sini. 281 00:24:49,750 --> 00:24:51,170 Saya cuma tak faham. 282 00:24:53,208 --> 00:24:54,708 Saya cuma mahu lihat Aden. 283 00:24:54,791 --> 00:24:56,751 Awak akan beredar? Teruskan. 284 00:24:57,708 --> 00:24:58,578 Saya dah biasa. 285 00:24:59,083 --> 00:25:00,213 Awak memang begitu. 286 00:25:02,166 --> 00:25:03,166 Saya tertanya-tanya, 287 00:25:03,250 --> 00:25:05,460 apa agaknya yang berlaku hari itu? Awak takut? 288 00:25:05,541 --> 00:25:07,461 Ambil dua langkah dan berdepan dengan saya. 289 00:25:07,541 --> 00:25:10,041 Kerana ia lebih mudah untuk larikan diri. 290 00:25:11,958 --> 00:25:14,128 Apa yang awak cakap tiga tahun lepas? 291 00:25:14,208 --> 00:25:15,538 - Saya cakap apa? - Senyap. 292 00:25:15,625 --> 00:25:17,825 Awak cakap apa? Awak datang dengan bunga. 293 00:25:17,916 --> 00:25:21,496 Awak cakap, "Beri saya peluang, Cansu. Saya dah matang. Saya dah dewasa." 294 00:25:22,166 --> 00:25:22,996 Itu semua tipu! 295 00:25:23,625 --> 00:25:25,495 Tapi, saya beri awak peluang itu. 296 00:25:26,250 --> 00:25:27,670 Mungkin untuk kali ke-1500. 297 00:25:27,750 --> 00:25:31,250 Pasti awak dungu kerana beri seseorang peluang sebanyak itu, bukan? 298 00:25:31,333 --> 00:25:32,923 Tuhan memang dah kenakan saya! 299 00:25:33,000 --> 00:25:34,790 Apa? Awak pandang apa? 300 00:25:36,041 --> 00:25:37,291 Saya tak pandang apa-apa. 301 00:25:37,375 --> 00:25:40,035 Awak jangan pandang atau cakap dengan saya. 302 00:25:40,125 --> 00:25:42,205 Awak dengar sahaja. Faham? 303 00:25:43,041 --> 00:25:45,881 Saya tak peduli. Saya dah nak pergi. Saya dah beli tiket. 304 00:25:45,958 --> 00:25:47,958 - Betul? - Betul. Awak terkejut? 305 00:25:48,041 --> 00:25:49,331 Tak. Awak rasa terkejut? 306 00:25:50,375 --> 00:25:52,415 - Siapa buat saya lakukannya? - Siapa? 307 00:25:52,500 --> 00:25:53,960 - Siapa buat saya beli? - Saya? 308 00:25:54,041 --> 00:25:55,291 Dah tentulah awak. 309 00:25:55,375 --> 00:25:57,995 Sebab saya benci awak. Benci dengan helah awak. 310 00:25:58,083 --> 00:26:00,383 Saya muak menunggu, berpaut pada harapan. 311 00:26:00,458 --> 00:26:02,128 "Mungkin dia akan bertanggungjawab." 312 00:26:02,208 --> 00:26:04,708 Tapi awak takkan jadi apa-apa. Awak tak guna, faham? 313 00:26:04,791 --> 00:26:06,581 Awak fikir kita jauh berbeza? 314 00:26:07,083 --> 00:26:08,463 Kita memang jauh berbeza? 315 00:26:09,041 --> 00:26:10,541 Awak cakap apa, Ozan? 316 00:26:10,625 --> 00:26:12,665 Keadaan jadi sukar, dan awak buat apa? 317 00:26:13,583 --> 00:26:15,133 Siapa yang larikan diri sekarang? 318 00:26:16,625 --> 00:26:17,455 Ozan. 319 00:26:18,750 --> 00:26:20,080 Berambus dari sini, sial. 320 00:26:25,375 --> 00:26:26,285 Okey. 321 00:26:52,625 --> 00:26:54,035 Dia berbual dengan Seher. 322 00:26:57,000 --> 00:26:57,830 Seher? 323 00:26:58,500 --> 00:27:00,170 Aden sedang bercakap dengan Seher? 324 00:27:00,250 --> 00:27:03,460 Ibu, mak cik saya juga bimbing saya. 325 00:27:04,916 --> 00:27:06,496 Sekarang, dia memanggil kita. 326 00:27:08,625 --> 00:27:10,415 Kita perlu jawab panggilan itu. 327 00:27:14,875 --> 00:27:15,915 Baiklah. 328 00:27:16,916 --> 00:27:19,326 Okey. Beritahu saya, saya perlu buat apa? 329 00:27:20,375 --> 00:27:21,325 Mari sini, duduk. 330 00:28:04,791 --> 00:28:05,631 Ibu. 331 00:28:12,083 --> 00:28:13,253 Ibu! 332 00:28:14,291 --> 00:28:15,631 Biar saya lihat awak. 333 00:28:15,708 --> 00:28:17,328 Sudah begitu lama. 334 00:28:22,375 --> 00:28:26,705 Seorang ibu mahu anak-anak mereka jadi lebih baik daripada diri mereka. 335 00:28:26,791 --> 00:28:29,291 Awak jauh lebih baik daripada saya. 336 00:28:31,208 --> 00:28:33,288 Dan Atiye jauh lebih baik dari awak. 337 00:28:37,000 --> 00:28:39,630 Dan si kecil ini… 338 00:28:44,458 --> 00:28:47,378 Dia akan mengubah dunia. 339 00:28:52,250 --> 00:28:53,210 Seorang kanak-kanak, 340 00:28:54,083 --> 00:28:56,463 adalah cerminan keluarga mereka. 341 00:28:58,041 --> 00:29:00,501 Awak dah bersedia untuk pikul tanggungjawab itu? 342 00:29:03,916 --> 00:29:04,876 Saya sedia, nenek. 343 00:29:05,875 --> 00:29:09,535 Jadi dah tiba masa untuk awak tahu. 344 00:29:13,250 --> 00:29:16,250 Awak dah lakukan dosa pertama. 345 00:29:17,875 --> 00:29:21,205 Bumi dah mula kering kerana dosa itu. 346 00:29:22,666 --> 00:29:23,876 Ikatan telah diputuskan. 347 00:29:25,208 --> 00:29:26,578 Kita telah rosak. 348 00:29:28,833 --> 00:29:30,133 Tapi sekarang, 349 00:29:31,208 --> 00:29:33,078 kita dah mula sembuh. 350 00:29:35,041 --> 00:29:38,131 Pergi ke bukit. Cari akar kita. 351 00:29:40,000 --> 00:29:41,250 Apabila tiba masanya, 352 00:29:44,000 --> 00:29:46,920 akar kita akan terbuka untuk dia. 353 00:29:51,791 --> 00:29:52,711 Simbol saya. 354 00:29:53,750 --> 00:29:55,210 Simbol saya dah kembali. 355 00:29:57,041 --> 00:29:58,581 - Atiye. - Ibu? 356 00:30:02,166 --> 00:30:03,666 Cari biji yang tumbuh. 357 00:30:04,583 --> 00:30:05,833 Dia suruh saya ke sana. 358 00:30:08,375 --> 00:30:09,205 Siapa? 359 00:30:10,416 --> 00:30:11,916 Seher bisikkannya. 360 00:30:13,041 --> 00:30:14,291 Dia suruh saya ke sana. 361 00:30:15,708 --> 00:30:16,998 Apabila tiba masanya, 362 00:30:17,500 --> 00:30:21,790 zaman baru akan dimulakan dengan benih bercambah itu. 363 00:30:26,208 --> 00:30:28,668 Nenek cakap pergi ke akar bukit. 364 00:30:31,791 --> 00:30:33,791 Dia maksudkan pokok di Göbekli Tepe? 365 00:30:36,458 --> 00:30:38,078 Apa yang buat awak risau? 366 00:30:40,291 --> 00:30:43,041 Ada seseorang yang saya tak percaya cakap perkara yang sama. 367 00:31:13,958 --> 00:31:16,878 Maaf. Saya perlu jawab ini. Awak pergi dulu. 368 00:31:20,166 --> 00:31:20,996 Helo? 369 00:31:21,916 --> 00:31:23,246 Saya sangat rindukan awak. 370 00:31:57,958 --> 00:31:59,998 Awak sentiasa jadi kompas saya. 371 00:32:00,833 --> 00:32:03,753 Awak sentiasa tunjukkan jalan bila saya tersesat. 372 00:32:05,916 --> 00:32:08,376 Saya percayakan awak dengan sepenuh hati. 373 00:32:10,333 --> 00:32:11,713 Dan saya sangat cintakan awak. 374 00:32:12,250 --> 00:32:13,380 Saya juga cintakan awak. 375 00:32:15,500 --> 00:32:18,000 Awak tahu ramalan tentang benih yang bercambah… 376 00:32:18,500 --> 00:32:19,330 Ya. 377 00:32:19,416 --> 00:32:21,996 Saya rasa mereka bercakap tentang pokok di Göbekli Tepe. 378 00:32:22,083 --> 00:32:23,083 Okey. 379 00:32:23,750 --> 00:32:24,580 Okey? 380 00:32:24,666 --> 00:32:26,956 Bukan satu masalah jika awak rasa ia ada di sana. 381 00:32:27,041 --> 00:32:29,881 Jadi, awak pergi sana sekarang dan kita jumpa di sana. 382 00:32:29,958 --> 00:32:31,078 Okey. 383 00:32:31,583 --> 00:32:33,793 Okey. Kita jumpa di sana. Selamat tinggal. 384 00:33:03,083 --> 00:33:06,753 Mak cik saya cakap saya tinggal di sini dengan ibu saya sehingga saya tiga tahun. 385 00:33:07,625 --> 00:33:08,995 Tapi saya tak ingat apa-apa. 386 00:33:11,416 --> 00:33:13,036 Jadi mari kita siasat. 387 00:33:13,750 --> 00:33:15,130 Awak mungkin teringat sesuatu. 388 00:33:18,458 --> 00:33:19,288 Erhan. 389 00:33:21,708 --> 00:33:22,958 Awak lelaki yang baik. 390 00:33:24,666 --> 00:33:26,456 Mempercayai Atiye… 391 00:33:27,458 --> 00:33:29,038 Membantu saya… 392 00:33:30,083 --> 00:33:32,083 Saya patut cakap lebih awal, tapi… 393 00:33:33,125 --> 00:33:34,165 Terima kasih. 394 00:33:47,916 --> 00:33:49,036 Ada sesuatu di sana. 395 00:34:09,291 --> 00:34:11,131 Ada sesuatu di belakang ini. 396 00:34:23,000 --> 00:34:26,210 Ada sesuatu disembunyikan di sini. 397 00:34:26,291 --> 00:34:27,831 Kita perlu alih semua ini. 398 00:34:54,708 --> 00:34:56,168 Cansu, awak buat apa? 399 00:34:57,000 --> 00:34:59,290 Biar saya tanya awak sesuatu. Saya… 400 00:35:00,375 --> 00:35:03,955 Awak ibu saya. Pasti awak kenal saya. Itu apa yang saya harap. 401 00:35:04,041 --> 00:35:07,381 Demi Tuhan, tolong beritahu saya. Adakah saya akan lari daripada cabaran? 402 00:35:07,458 --> 00:35:09,248 Tidak. Langsung tak. 403 00:35:10,166 --> 00:35:12,706 Awak pergi ke London untuk ambil ijazah sarjana. 404 00:35:13,208 --> 00:35:14,668 Itu untuk pelajaran, ibu. 405 00:35:14,750 --> 00:35:17,330 Sekolah fesyen terbaik ada di sana. Bagaimana? 406 00:35:18,500 --> 00:35:19,330 Betul. 407 00:35:19,833 --> 00:35:20,833 Dah tentu, sayang. 408 00:35:21,583 --> 00:35:26,883 Itu semua tujuh atau lapan tahun lepas. Selepas apa yang berlaku 409 00:35:26,958 --> 00:35:30,168 di antara awak dan Atiye, awak tinggalkan kami video dan terus pergi. 410 00:35:30,875 --> 00:35:34,125 "Awak buat video dan pergi." Kerana itu mudah, kan? 411 00:35:34,208 --> 00:35:36,378 Bukan mudah untuk beritahu kakak saya segalanya. 412 00:35:36,458 --> 00:35:38,378 Lagipun, saya takkan buat lagi. 413 00:35:38,458 --> 00:35:41,458 Sudah tentu. Awak takkan buat begitu! 414 00:35:42,291 --> 00:35:43,631 Juga ada ini. 415 00:35:44,166 --> 00:35:47,956 Semasa Aden mula-mula hilang, awak larikan diri dan tinggalkan segalanya. 416 00:35:48,041 --> 00:35:50,501 Awak lari dan pergi ke tempat yang jauh. 417 00:36:01,083 --> 00:36:02,423 Awak akan pergi juga. 418 00:36:03,625 --> 00:36:04,955 Saya larikan diri, kan? 419 00:36:09,750 --> 00:36:10,960 Saya ada buat teh. 420 00:36:12,416 --> 00:36:13,246 Mari. 421 00:36:15,333 --> 00:36:17,833 Saya lupa tentang kakak kerana masalah sendiri. 422 00:36:18,416 --> 00:36:21,786 Mereka tak apa-apa. Mereka ada di rumah bukan? 423 00:36:22,791 --> 00:36:24,581 Mereka dah pergi, Cansu. 424 00:36:25,625 --> 00:36:26,455 Pergi mana? 425 00:36:27,500 --> 00:36:28,880 Ke Göbekli Tepe. 426 00:36:29,875 --> 00:36:30,705 Kenapa? 427 00:36:32,166 --> 00:36:34,286 Mereka memang perlu ke sana, tapi… 428 00:36:38,875 --> 00:36:39,875 Tapi apa? 429 00:36:40,958 --> 00:36:43,668 Ibu, cakaplah. Jangan takutkan saya. Tapi apa? 430 00:36:44,500 --> 00:36:46,130 Saya juga takut, Cansu. 431 00:36:47,583 --> 00:36:51,133 Bukan tentang perjalanan itu, tapi orang yang bersama mereka. 432 00:37:31,416 --> 00:37:34,956 Ibu, saya mahu tanya awak sesuatu tentang Serdar. 433 00:37:36,791 --> 00:37:43,081 Mungkinkah dia ada buat sesuatu untuk kembalikan awak? Maksud saya… 434 00:37:43,583 --> 00:37:45,793 Ada kemungkinan dia cari cara lain? 435 00:37:45,875 --> 00:37:49,875 Apa sahaja yang ayah awak buat, dia buat untuk diri sendiri, okey? 436 00:37:49,958 --> 00:37:52,498 Bukan untuk saya atau awak. Hanya untuk diri sendiri. 437 00:37:53,125 --> 00:37:56,825 Saya buat apa? Saya berjuang untuk awak sepanjang hayat saya. 438 00:37:57,500 --> 00:38:00,080 Saya cuba sembuhkan luka yang ayah awak sebabkan. 439 00:38:00,166 --> 00:38:02,286 Ozan, saya pernah tipu awak ke? 440 00:38:02,875 --> 00:38:05,665 - Tak, ibu. - Betul. Saya tak pernah tipu awak. 441 00:38:06,208 --> 00:38:08,248 Ayuh. Jangan buang masa lagi. 442 00:38:08,833 --> 00:38:09,793 Okey. 443 00:38:16,625 --> 00:38:19,825 SERDAR YILMAZ 06 JANUARI 1968 - 05 OGOS 2027 444 00:38:22,541 --> 00:38:26,791 MELEK YILMAZ 15 NOVEMBER 1972 - 12 SEPTEMBER 1998 445 00:38:36,583 --> 00:38:38,503 Terima kasih banyak, sayang. 446 00:38:40,625 --> 00:38:41,625 Jika awak tiada, 447 00:38:41,708 --> 00:38:44,038 saya pasti tak mampu selesaikan semua misi ini. 448 00:38:55,000 --> 00:38:59,130 Ini haiwan yang sama dengan ukiran Göbekli Tepe. 449 00:39:03,250 --> 00:39:04,830 Matahari, kelahiran. 450 00:39:06,916 --> 00:39:08,246 Di bawah tanah, kematian. 451 00:39:09,291 --> 00:39:10,251 Simurgh. 452 00:39:10,958 --> 00:39:11,878 Dan… 453 00:39:13,625 --> 00:39:18,955 Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh… 454 00:39:20,083 --> 00:39:21,003 Nanti. 455 00:39:26,375 --> 00:39:28,415 Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh. 456 00:39:29,416 --> 00:39:30,326 Pintu ini… 457 00:39:30,416 --> 00:39:31,626 Ini Dara! 458 00:39:32,458 --> 00:39:35,708 Pokok ini bukannya di Göbekli Tepe. Ia berada di Dara! 459 00:39:37,000 --> 00:39:38,830 Saya perlu telefon Atiye. 460 00:39:47,375 --> 00:39:48,205 Helo? 461 00:39:48,291 --> 00:39:50,501 Atiye. Saya dah jumpa pokok yang awak cari. 462 00:39:51,333 --> 00:39:52,173 Dan? 463 00:39:53,041 --> 00:39:55,421 Pokok itu bukan di Göbekli Tepe, Atiye. 464 00:39:55,500 --> 00:39:57,580 Ia di Dara, Mardin. 465 00:40:00,708 --> 00:40:02,748 Okey, terima kasih kerana beritahu saya. 466 00:40:02,833 --> 00:40:03,833 Atiye? 467 00:40:11,041 --> 00:40:12,791 Ozan, apa yang awak mahukan? 468 00:40:15,791 --> 00:40:18,921 Saya tahu ayah awak tak beri kasih sayang yang cukup. 469 00:40:21,458 --> 00:40:24,828 Kadang-kadang saya rasa saya boleh lakukan lebih banyak untuk awak. 470 00:40:24,916 --> 00:40:28,626 Tapi orang yang awak percaya, orang yang arahkan semua ini, 471 00:40:30,625 --> 00:40:32,455 ia bukan kerana mereka sayang awak. 472 00:40:34,625 --> 00:40:35,825 Saya dah maafkan awak. 473 00:40:36,666 --> 00:40:38,036 Maafkan saya juga. 474 00:40:38,875 --> 00:40:40,075 Maafkan diri sendiri. 475 00:40:47,375 --> 00:40:49,285 Perlahan sikit. Aden ada dalam kereta. 476 00:41:02,500 --> 00:41:04,880 - Awak tak nampak? Awak langgar seseorang! - Apa? 477 00:41:16,708 --> 00:41:19,418 Ayah awak sedang tunggu kita di Dara. Awak dah sedia? 478 00:41:30,208 --> 00:41:32,878 Selamat datang ke Dara, Profesor Erhan. 479 00:41:33,458 --> 00:41:34,748 Helo, Selim. Hai. 480 00:41:35,333 --> 00:41:37,793 - Ini kawan saya, Umut. - Gembira bertemu awak. Selim. 481 00:41:38,375 --> 00:41:40,455 Apa boleh saya bantu? Semua lancar tadi? 482 00:41:40,541 --> 00:41:42,461 Bagus. Kami agak tergesa-gesa, Selim. 483 00:41:42,541 --> 00:41:45,041 Kami sedang cari sesuatu. Sebatang pokok. 484 00:41:45,125 --> 00:41:46,825 Dan kami rasa ia ada di Dara. 485 00:41:47,416 --> 00:41:50,626 Kita selesaikannya nanti. Rehat dulu. Minum kopi kami yang terkenal. 486 00:41:50,708 --> 00:41:51,628 - Mari. - Ayuh. 487 00:42:18,416 --> 00:42:21,376 KOTA PURBA DARA 488 00:42:21,458 --> 00:42:23,168 Mana awak, Erhan? 489 00:45:43,541 --> 00:45:47,541 Terjemahan sari kata oleh Muhd Syamil