1 00:00:29,559 --> 00:00:32,240 Mak! Mak! -Kalau apa-apa terjadi pada mak,... 2 00:00:32,359 --> 00:00:35,320 ...mak tidak hendak pakai mesin pernafasan itu. 3 00:00:35,440 --> 00:00:36,960 Mak! -Kau degil tahu tidak? 4 00:00:37,080 --> 00:00:39,600 Kau tipu aku. Kau tipu abah. Kau cabut mesin bantuan... 5 00:00:39,720 --> 00:00:42,160 ...pernafasan mak. -Kau keluar daripada sini. 6 00:00:42,280 --> 00:00:45,200 Aku sudah tidak hendak tengok muka kau lagi. 7 00:00:45,319 --> 00:00:46,839 Abah! -Sabar. 8 00:00:46,960 --> 00:00:49,399 Aku sudah buat salinan semua video kau dan muat naik... 9 00:00:49,520 --> 00:00:52,120 ...di pemacu dalam talian aku. Manalah tahu, bukan? 10 00:00:52,240 --> 00:00:54,480 Kalau-kalau kau buat benda yang aku tidak suka. 11 00:00:54,600 --> 00:00:56,200 Dengan satu klik, aku boleh hantar pada sesiapa. 12 00:00:56,319 --> 00:01:01,439 Saya hendak rasa berdebar, terkejut, gementar, takut. 13 00:01:01,560 --> 00:01:05,440 Semua emosi itu. Saya hendak letak tangan saya pada api... 14 00:01:05,559 --> 00:01:07,679 ...dan kembalikannya pada saat terakhir. 15 00:01:08,680 --> 00:01:10,280 Saya tahu awak ada perasaan terhadap saya. 16 00:02:36,880 --> 00:02:38,319 Ini yang perogol itu, bukan? 17 00:02:39,879 --> 00:02:41,759 Kau berdiri di situ kenapa? Kau mari sini. 18 00:02:42,080 --> 00:02:45,399 Tengok betul-betul. Mengintai saja. Kenapa? 19 00:02:46,400 --> 00:02:48,520 Tengok ini. Ada lagi orang pakai jam macam ini. 20 00:02:49,040 --> 00:02:53,000 Ini. Jam ini mati pukul 7.17. Hari Rabu lepas. 21 00:02:53,719 --> 00:02:55,840 Ini mungkin sebab bergelut dengan pembunuh dialah ini. 22 00:02:58,839 --> 00:03:02,160 Hei! Budak hingusan betul. Siapa yang bertanggungjawab? 23 00:03:02,600 --> 00:03:04,719 Saya. Maaf. 24 00:03:05,759 --> 00:03:07,280 Maaf. 25 00:03:14,040 --> 00:03:15,439 Saya Koperal Sani. 26 00:03:15,759 --> 00:03:19,040 Saya mula-mula sampai di sini. Nama puan? 27 00:03:19,439 --> 00:03:22,120 Panggil Inspektor cukup. -Puan SIO dalam kes inikah? 28 00:03:22,240 --> 00:03:24,560 Periksa semua perimeter. Pastikan semuanya terkawal. 29 00:03:24,680 --> 00:03:26,240 Selepas ini, kita terus buat bedah siasat. Kau telefon... 30 00:03:26,359 --> 00:03:27,799 ...Dr. Chin. Dia bagus. 31 00:03:28,120 --> 00:03:29,679 Kau tahu tidak protokol selepas ini semua? 32 00:03:29,799 --> 00:03:31,720 Tahu, inspektor. -Tahu, ya. 33 00:03:32,520 --> 00:03:36,000 Inspektor, saya hendak tanya. Wartawan sudah mula serbu... 34 00:03:36,120 --> 00:03:38,520 ...tempat ini. Mereka tahu mangsa. Jadi, mereka hendak... 35 00:03:38,640 --> 00:03:40,360 ...kepastian daripada pihak polis. Apa yang... 36 00:03:40,480 --> 00:03:42,120 ...saya kena jawab, inspektor? 37 00:03:43,320 --> 00:03:45,560 Alamak! Kenapalah mulut murai ini, ya? 38 00:03:46,160 --> 00:03:47,559 Tidak apa-apa. Selepas ini, kalau mereka tanya, kau cakap... 39 00:03:47,679 --> 00:03:49,439 ...tiada komen. Kau tunggu arahan daripada aku. Faham? 40 00:03:49,560 --> 00:03:50,960 Faham. -Jelas, ya? 41 00:03:51,080 --> 00:03:52,519 Jelas. 42 00:03:53,080 --> 00:03:54,920 Selepas ini kalau kau dengar soalan bocor lagi, kau terus... 43 00:03:55,040 --> 00:03:56,640 ...datang cakap dengan aku. 44 00:03:57,560 --> 00:03:58,960 Jelas? Faham? -Faham, inspektor. 45 00:03:59,080 --> 00:04:00,480 Faham, Koperal Sani? -Faham. 46 00:04:00,600 --> 00:04:02,160 Bagus. 47 00:04:10,960 --> 00:04:12,560 Kopi untuk Lara. 48 00:04:15,680 --> 00:04:17,759 Sejak bila ada kedai kopi segera di kawasan ini? 49 00:04:19,000 --> 00:04:20,799 Segelas seringgit untuk kopi kosong. 50 00:04:22,200 --> 00:04:24,280 Tak tahu apa hendak jadi dengan dunia ini? 51 00:04:29,519 --> 00:04:32,120 Abah, nanti boleh hantar Lara ke sekolah? Ada kelas tambahan... 52 00:04:32,240 --> 00:04:33,640 ...sekejap lagi. 53 00:04:36,920 --> 00:04:38,439 Lara tidur semua okey? 54 00:04:40,759 --> 00:04:42,760 Kalau pagi bising sangat,... 55 00:04:42,880 --> 00:04:48,120 ...panggil saja Dollah. Abah ada tulis nombornya di atas peti ais. 56 00:04:49,199 --> 00:04:52,360 Kalau abah risau sangat, abah pindah sajalah balik rumah Lara. 57 00:04:53,280 --> 00:04:55,240 Abah tidak boleh tinggalkan kak long kamu itu. 58 00:04:57,000 --> 00:04:58,919 Apabila budak-budak datang, abah tolong jaga. 59 00:05:01,040 --> 00:05:03,960 Faris. Berapa lama lagi dia duduk di rumah mak dia? 60 00:05:05,679 --> 00:05:07,120 Entah. 61 00:05:11,799 --> 00:05:13,879 Kamu dengan kak long kamu itu..... -Lara tidak hendak cakap... 62 00:05:14,000 --> 00:05:15,480 ...tentang dia. 63 00:05:17,320 --> 00:05:22,559 Dia sakit. Dia sudah mula merokok balik. Tidak tidur malam. 64 00:05:22,679 --> 00:05:24,520 Abah risau. 65 00:05:26,720 --> 00:05:29,400 Sekarang benda ini semua sudah habis. Abah harap... 66 00:05:29,519 --> 00:05:32,240 ...kamu buang yang keruh, ambil yang jernih. 67 00:05:33,480 --> 00:05:35,240 Macam mana, abah? 68 00:05:44,600 --> 00:05:46,320 Abah tahu susah... 69 00:05:48,240 --> 00:05:50,960 ...tapi kakak kamu tiada orang lain lagi. 70 00:05:51,480 --> 00:05:55,840 Kamu itu pun kenalah berubah. Kenalah cuba lupakan. 71 00:05:57,120 --> 00:05:58,679 Fikir tentang masa depan. 72 00:06:00,320 --> 00:06:02,279 Tidak payahlah hendak sakit hati dengan benda yang... 73 00:06:02,399 --> 00:06:04,000 ...tidak boleh buat apa-apa lagi. 74 00:06:07,360 --> 00:06:09,160 Dulu abah leka. 75 00:06:10,280 --> 00:06:14,160 Sekarang abah ada. 76 00:06:22,759 --> 00:06:24,760 Lara tahu, bukan? 77 00:06:35,120 --> 00:06:37,399 Tengok. Siapa Ian ini? 78 00:06:38,759 --> 00:06:41,160 Comellah. -Kawan lama saja. 79 00:06:44,720 --> 00:06:47,120 Tahu tidak? Saya tidak sedia lagi hendak berjanji temu. 80 00:06:47,240 --> 00:06:49,000 Mungkin awak patut cuba. 81 00:06:50,759 --> 00:06:53,919 Okey. Saya tahu awak tidak suka dengar semua ini tapi... 82 00:06:54,040 --> 00:06:57,160 ...kalau saya, kawan baik awak tidak cakap, siapa lagi? 83 00:06:57,520 --> 00:06:59,160 Pernah dengar kata pepatah ini? 84 00:06:59,280 --> 00:07:01,800 Cara terbaik untuk membalas dendam adalah dengan mempunyai... 85 00:07:01,919 --> 00:07:05,200 ...kehidupan yang baik. Jadi, awak mesti ada kehidupan yang baik. 86 00:07:05,480 --> 00:07:07,720 Cakap senanglah. Mereka tidak jumpa Aiman. 87 00:07:08,720 --> 00:07:13,399 Mungkin dia sudah lari ke luar negara. Mungkin dia... 88 00:07:13,520 --> 00:07:15,080 ...sudah mati. 89 00:07:15,279 --> 00:07:17,240 Biarkanlah. Apa awak kisah? 90 00:07:19,919 --> 00:07:22,599 Apabila saya cuba lupakan masalah, pasti dia akan muncul. 91 00:07:26,439 --> 00:07:28,559 Latifah Sulaiman? 92 00:07:37,399 --> 00:07:39,080 Saya Inspektor Rita. 93 00:07:40,080 --> 00:07:41,719 Boleh kita cakap sedikit? 94 00:07:54,160 --> 00:07:57,080 Bila kali terakhir awak jumpa Dr. Aiman Yusuf? 95 00:07:59,120 --> 00:08:02,839 Ini lagi? Sudah berbuih mulut saya beritahu pada polis. 96 00:08:03,240 --> 00:08:04,839 Kes ini baru jatuh ke riba saya. 97 00:08:05,160 --> 00:08:08,040 Saya sudah buat laporan. Aiman muncul depan rumah saya. 98 00:08:08,160 --> 00:08:11,480 Ugut saya. -Ada orang tidak buat kerjalah ini. 99 00:08:11,599 --> 00:08:13,399 Saya datang sini sebenarnya bukan hendak tanya awak... 100 00:08:13,520 --> 00:08:15,680 ...tentang benda itu. -Habis itu? 101 00:08:21,160 --> 00:08:23,679 Kami jumpa mayat Aiman semalam. 102 00:08:25,960 --> 00:08:27,480 Jumpa mayat Aiman? 103 00:08:28,759 --> 00:08:30,240 Ya. 104 00:08:32,680 --> 00:08:36,680 Saya tanya awak, ya. Dia buat apa pergi rumah awak? 105 00:08:38,439 --> 00:08:40,120 Dia tidak boleh tengok saya senang. 106 00:08:41,240 --> 00:08:42,720 Saya sudah..... 107 00:08:43,120 --> 00:08:45,480 Sebenarnya inspektor hendak saya cakap apa? 108 00:08:45,680 --> 00:08:49,080 Kami cuma hendak pastikan kejadian yang berlaku sebelum Aiman mati. 109 00:08:49,199 --> 00:08:51,759 Itu kali terakhir awak jumpa dia sebelum dia hilang ya, puan? 110 00:08:52,080 --> 00:08:53,799 Ya. 111 00:08:53,919 --> 00:08:55,679 Mungkin ada 2,3 kali saya jumpa dia dekat kawasan sekolah... 112 00:08:55,800 --> 00:08:57,480 ...masa dia ambil anak dia... 113 00:08:57,759 --> 00:08:59,679 ...tapi saya elak. 114 00:09:05,120 --> 00:09:06,960 Inspektor, saya minta maaf. Saya..... 115 00:09:07,280 --> 00:09:09,680 Saya tidak boleh hendak pura-pura sedih yang dia sudah mati. 116 00:09:11,120 --> 00:09:15,120 Ya. Saya lega tapi saya tidak bunuh dia. 117 00:09:15,399 --> 00:09:18,400 Saya tidak cakap pun Aiman mati dibunuh, ya. 118 00:09:18,640 --> 00:09:20,359 Habis itu, kenapa inspektor ada di sini? 119 00:09:23,759 --> 00:09:28,480 Aiman rogol 35 orang perempuan termasuklah saya. 120 00:09:29,080 --> 00:09:31,120 Itu yang direkod. Yang tidak direkod? Kita tidak tahu... 121 00:09:31,240 --> 00:09:32,720 ...jumlah mangsanya. 122 00:09:32,839 --> 00:09:34,519 Kalau inspektor hendak saya kumpul mereka yang hendak... 123 00:09:34,639 --> 00:09:38,240 ...Aiman itu mati, saya rasa beratur sampai ke padang. 124 00:09:38,680 --> 00:09:40,240 Akan tetapi, saya musykil, puan. 125 00:09:40,759 --> 00:09:43,560 Aiman kira sudah lepas. Kalau dia naik Padang Besar,... 126 00:09:43,679 --> 00:09:46,559 ...dia boleh lesap bila-bila masa tapi berminggu dia duduk sini. 127 00:09:46,679 --> 00:09:49,879 Kenapa ya, puan? -Kenapa inspektor tanya saya? 128 00:09:50,520 --> 00:09:52,919 Kalau polis buat kerja, sudah lama Aiman kena tangkap. 129 00:09:53,160 --> 00:09:55,560 Ini bukan kerja sayalah, puan. -Habis itu? 130 00:09:55,679 --> 00:09:59,400 Kerja saya tangkap pembunuh. 131 00:09:59,960 --> 00:10:01,679 Saya tahu kejadian yang berlaku ke atas puan itu... 132 00:10:01,800 --> 00:10:03,839 ...memang sangat kejam. Akan tetapi, saya di sini... 133 00:10:03,960 --> 00:10:06,240 ...bukan hendak menenangkan hati puan. Tahu tidak? 134 00:10:08,080 --> 00:10:10,599 Saya tidak tahu perbuatan dia selepas dia hilang... 135 00:10:10,719 --> 00:10:12,520 ...atau orang yang bunuh dia. 136 00:10:16,440 --> 00:10:19,120 Akan tetapi, saya hendak ucapkan terima kasih... 137 00:10:21,080 --> 00:10:22,519 ...pada orang itu. 138 00:10:28,360 --> 00:10:31,120 Inspektor, kalau tidak ada apa-apa, saya ada kelas. 139 00:10:37,000 --> 00:10:39,600 Jangan pergi jauh-jauh, Lara. 140 00:10:58,839 --> 00:11:01,080 Ayah, kereta mana? 141 00:11:02,520 --> 00:11:05,839 Di hospital. Ayah ada pembedahan berturut-turut semalam. Penat. 142 00:11:06,000 --> 00:11:09,560 Naik teksi balik. -Sana sedikit. 143 00:11:11,000 --> 00:11:13,120 Naik teksi? Maksudnya... 144 00:11:15,000 --> 00:11:17,120 ...selepas ini kalau Noah sudah ambil lesen,... 145 00:11:17,480 --> 00:11:20,480 ...boleh Noah bawa ayah, bukan? -Hendak uji kereta, ya? 146 00:11:23,200 --> 00:11:25,000 Sudah makankah? Saya ada keju. 147 00:11:26,200 --> 00:11:27,960 Hendak kongsi? -Tidak apa-apa. 148 00:11:31,480 --> 00:11:32,919 Sedap ini. 149 00:11:43,760 --> 00:11:46,639 Helo. -Assalamualaikum, doktor. 150 00:11:47,000 --> 00:11:49,480 Waalaikumsalam. Mak teh okey? 151 00:11:50,480 --> 00:11:51,879 Mak teh okey. 152 00:11:53,120 --> 00:11:56,520 Ini. Saya telefon ini hendak beritahu kawan doktor sudah sampai. 153 00:11:57,960 --> 00:12:01,840 Kawan? -Ya. Nama dia Lara. Dia cakap... 154 00:12:01,960 --> 00:12:05,000 ...doktor suruh datang ambil barang. Dia di dalam stor sekarang. 155 00:12:07,240 --> 00:12:10,639 Di dalam stor? -Ya. Kenapa, doktor? 156 00:12:11,160 --> 00:12:12,960 Salahkah saya bagi dia masuk stor? 157 00:12:15,759 --> 00:12:18,680 Tidak. Tidak apa-apa. Terima kasih, Lela. 158 00:12:19,600 --> 00:12:21,359 Kirim salam pada mak teh, ya. 159 00:12:32,080 --> 00:12:35,240 Kenapa, ayah? -Tidak ada apa-apa. 160 00:12:36,440 --> 00:12:38,600 Ayah kena pergi hospital. Ada kecemasan. 161 00:12:41,120 --> 00:12:42,720 Okey. 162 00:13:22,120 --> 00:13:24,480 Ayah, ayam ini boleh makan lagi tidak? 163 00:13:26,359 --> 00:13:27,759 Ayah! 164 00:13:30,320 --> 00:13:31,840 Kenapa, ayah? 165 00:13:33,279 --> 00:13:35,000 Rasa macam terlupa sesuatu. 166 00:13:35,839 --> 00:13:40,400 Hendak beritahu. Ayah mungkin akan tidur di hospital malam ini. 167 00:13:41,480 --> 00:13:43,560 Okey. Pergilah selamatkan nyawa, ayah. 168 00:13:46,280 --> 00:13:48,360 Noah, mari sini. 169 00:13:54,360 --> 00:13:57,520 Noah okey, kan? Betul-betul okey, bukan? 170 00:13:59,320 --> 00:14:04,120 Okey. Kenapa, ayah? Demam, ya? -Tidaklah. Ayah cuma..... 171 00:14:05,519 --> 00:14:07,280 Ayah bangga dengan kamu. 172 00:14:08,200 --> 00:14:10,839 Ayah tahu benda dengan Cik Lara ini menyusahkan hidup Noah. 173 00:14:11,480 --> 00:14:13,720 Akan tetapi, apabila semua sudah selesai nanti,... 174 00:14:13,840 --> 00:14:18,280 ...kita pergi mengembara. Okey? Masa berkualiti untuk kita berdua. 175 00:14:19,639 --> 00:14:21,160 Okey. 176 00:14:23,839 --> 00:14:27,200 Kita berdua sudah banyak harungi liku hidup, Noah. 177 00:14:28,160 --> 00:14:31,560 Mama tinggalkan kita. Kita dapat terus bersama. 178 00:14:33,720 --> 00:14:36,960 Ayah cakap macam..... Kenapa ayah tiba-tiba begini? 179 00:14:39,240 --> 00:14:40,839 Ayah penat saja. 180 00:14:42,560 --> 00:14:45,879 Ayah sayang kamu. -Noah juga. 181 00:15:20,600 --> 00:15:22,120 Assalamualaikum semua. 182 00:15:25,439 --> 00:15:27,439 Saya Inspektor Norita Shamsuddin. 183 00:15:29,000 --> 00:15:32,279 Pada jam 8 pagi semalam, mayat seorang lelaki berumur... 184 00:15:32,399 --> 00:15:36,040 ...lebih kurang 40 tahun telah dijumpai di daerah Sg. Baru. 185 00:15:37,240 --> 00:15:40,360 Kami telah dapat mengesahkan bahawa identiti mayat tersebut... 186 00:15:40,480 --> 00:15:44,040 ...ialah Dr. Aiman bin Yusuf, seorang pakar kardiologi... 187 00:15:44,160 --> 00:15:47,080 ...di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. 188 00:15:47,839 --> 00:15:51,120 Kematian Dr. Aiman berlaku selepas Dr. Aiman hilang selama... 189 00:15:51,240 --> 00:15:53,960 ...2 minggu susulan daripada video-video dia merogol... 190 00:15:54,080 --> 00:15:56,839 ...35 orang wanita. -Berapa lama Ji... 191 00:15:56,960 --> 00:15:58,839 ...hendak tidur di sini? Katil ada, bukan? 192 00:15:58,960 --> 00:16:00,800 Buat masa sekarang ini, pakar forensik sedang... 193 00:16:00,920 --> 00:16:02,799 ...mengendalikan bedah siasat... 194 00:16:02,919 --> 00:16:05,519 ...ke atas mayatnya. Dr. Aiman bin Yusuf..... 195 00:16:05,639 --> 00:16:08,000 Dia sudah mati. -Bagus. 196 00:16:10,719 --> 00:16:12,760 Saya ingat mesti dia sudah cabut. 197 00:16:13,320 --> 00:16:15,919 Kenapa dia masih ada di sini? -Kau peduli apa? 198 00:16:16,280 --> 00:16:18,880 Celaka itu sudah tiada untuk rogol orang lain. 199 00:16:23,160 --> 00:16:26,359 Saya pergi kerja dulu. -Pergilah. 200 00:16:40,200 --> 00:16:42,080 Jihan. -Tengok berita. 201 00:16:42,920 --> 00:16:44,680 Polis sudah jumpa mayat itu. 202 00:16:45,399 --> 00:16:47,320 Jadi, dia sudah matilah? 203 00:16:47,799 --> 00:16:51,839 Kesan-kesan awal pada mangsa menunjukkan yang ini ialah... 204 00:16:51,960 --> 00:16:56,439 ...kes bunuh. Pihak polis sedang menyoal siasat kenalan terdekat... 205 00:16:56,560 --> 00:16:58,320 ...dan keluarga si mati. 206 00:17:01,120 --> 00:17:02,520 Tuan. -Nissa. 207 00:17:03,120 --> 00:17:07,480 Siapa Inspektor Norita ini? -Barakuda. SIO Unit Khas. 208 00:17:10,360 --> 00:17:12,480 Yang uruskan kes budak di Puchong itu, bukan? 209 00:17:14,680 --> 00:17:17,639 Terkenal dia ini. -Ini bukan hal kita lagi, Nissa. 210 00:17:18,440 --> 00:17:20,960 Aku terkilan tidak dapat gari celaka itu dan masukkan... 211 00:17:21,080 --> 00:17:24,680 ...dia ke dalam lokap. Kau macam mana? 212 00:17:30,240 --> 00:17:31,840 Kalau saya cakap,... 213 00:17:32,839 --> 00:17:38,240 ...saya rasa lega. Salah tidak? -Saya ingin tegaskan di sini... 214 00:17:38,359 --> 00:17:40,320 ...bahawa pihak yang bertanggungjawab atas... 215 00:17:40,440 --> 00:17:44,759 ...pembunuhan ini akan ditangkap. Buat masa sekarang, kami mohon... 216 00:17:44,879 --> 00:17:48,200 ...mana-mana pihak yang ada sebarang maklumat tentang... 217 00:17:48,320 --> 00:17:51,680 ...si mati, hubungi nombor yang tertera di skrin. 218 00:17:51,799 --> 00:17:54,560 Itu saja. Sekian. Terima kasih, ya. 219 00:17:55,159 --> 00:17:59,400 Inspektor, adakah inspektor akan menyoal siasat kesemua... 220 00:17:59,519 --> 00:18:03,520 ...mangsa rogol Dr. Aiman? -Inspektor, bagaimana dengan... 221 00:18:03,640 --> 00:18:06,360 ...Lara Sulaiman? Dia ada motif yang kukuh tapi sistem... 222 00:18:06,480 --> 00:18:08,120 ...telah mengecewakannya. 223 00:18:09,879 --> 00:18:13,199 Sidang akhbar telah disediakan. Itu saja buat masa ini. 224 00:18:13,399 --> 00:18:15,240 Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum. 225 00:18:15,359 --> 00:18:18,840 Inspektor! -Inspektor! 226 00:18:23,240 --> 00:18:25,040 Saya hendak jumpa dengan Dr. Aiman Yusuf. 227 00:18:26,040 --> 00:18:28,400 Inspektor, apa tidak habis-habis lagi ini? 228 00:18:28,519 --> 00:18:30,800 Hendak apa dengan bapak saya? -Kami ada waran tangkap untuk dia. 229 00:18:35,000 --> 00:18:36,440 Dia tidak ada. 230 00:18:37,560 --> 00:18:39,080 Awak tahu dia di mana? 231 00:18:41,519 --> 00:18:44,279 Dia sekarang di hospital agaknya. -Pegawai saya sudah periksa. 232 00:18:44,799 --> 00:18:47,200 Dia tidak ada di sana. Mana dia, Noah? 233 00:18:48,520 --> 00:18:51,200 Richard, awak sudah balik? Jom minum. 234 00:18:51,399 --> 00:18:53,679 Aiman, lama tidak dengar khabar. Saya masih di LA. 235 00:18:53,799 --> 00:18:56,720 Saya balik bulan Oktober. -Maaf. Pasti sudah lewat di sana. 236 00:18:56,839 --> 00:18:58,440 Tiada masalah. Kita berbual masa saya sudah balik nanti. 237 00:18:58,559 --> 00:19:00,880 Sudah tentu. Berseronoklah di California. Okey? 238 00:19:07,080 --> 00:19:10,320 Noah, saya minta maaf sebab kena cakap juga. Kami ada... 239 00:19:10,440 --> 00:19:14,200 ...bukti kukuh yang ayah awak telah merogol Puan Lara... 240 00:19:14,319 --> 00:19:16,240 ...dan juga ramai perempuan yang lain. 241 00:19:17,839 --> 00:19:19,960 Tidak. Tidak mungkin. 242 00:19:30,360 --> 00:19:33,439 Ada sesiapa yang boleh jaga Noah sementara waktu ini? 243 00:19:37,159 --> 00:19:40,280 Nenek ada tapi dia di JB. 244 00:19:45,520 --> 00:19:47,679 Ini. Kenapa ini? 245 00:19:48,240 --> 00:19:50,319 Kenapa kena geledah rumah saya lagi? 246 00:19:50,439 --> 00:19:53,719 Noah, saya rasa lebih baik awak telefon nenek awak sekarang. 247 00:19:53,839 --> 00:19:55,480 Tidak. Ini..... -Tolonglah. 248 00:20:12,320 --> 00:20:14,520 Angkatlah telefon, ayah. Di mana ayah? 249 00:20:43,280 --> 00:20:44,759 Noah. 250 00:20:50,080 --> 00:20:51,680 Tempat ini di mana, Noah? 251 00:21:48,960 --> 00:21:51,439 Aiman Yusuf. Ini polis. Keluar! 252 00:21:52,519 --> 00:21:54,600 Aiman Yusuf. Keluar sekarang! 253 00:22:10,360 --> 00:22:12,200 Tiada. -Tiada. 254 00:22:13,159 --> 00:22:14,879 Tiada. -Tiada. 255 00:22:18,000 --> 00:22:19,560 Tidak guna! 256 00:23:09,200 --> 00:23:10,639 Helo. -Helo. 257 00:23:11,320 --> 00:23:13,399 Aiman. -Apa khabar? 258 00:23:13,720 --> 00:23:15,879 Muka kau tengah bersepah di TV ini. 259 00:23:17,480 --> 00:23:18,960 Ya. 260 00:23:20,799 --> 00:23:22,440 Kau hendak apa dengan aku, Man? 261 00:23:22,719 --> 00:23:24,280 Aku terdesak, Daus. 262 00:23:24,760 --> 00:23:26,399 Kau kena tolong aku. 263 00:23:26,759 --> 00:23:28,759 Man. Aku sudah tidak hendak terlibat... 264 00:23:28,879 --> 00:23:30,880 ...dengan masalah kau lagi, ya. 265 00:23:38,600 --> 00:23:40,320 Kalau aku kena tangkap,... 266 00:23:40,639 --> 00:23:42,400 ...kau pun akan terlibat juga. 267 00:23:45,720 --> 00:23:47,400 Kau hendak apa dengan aku, Man? 268 00:23:47,559 --> 00:23:50,439 Masa kes ini mula dulu, aku sediakan sedikit barang... 269 00:23:50,560 --> 00:23:54,480 ...di hospital. Duit, pasport, benda-benda macam itu. 270 00:23:54,600 --> 00:23:56,600 Sekarang aku hendak kau... 271 00:23:56,720 --> 00:24:00,520 ...pergi tolong ambil. Selepas itu aku hendak pergi daripada sini. 272 00:24:00,760 --> 00:24:03,560 Tengah malam buta ini kau hendak aku datang dari JB tolong kau? 273 00:24:03,680 --> 00:24:06,760 Ini sudah jadi kes polis, Man. -Sudahlah. Selama ini... 274 00:24:06,880 --> 00:24:09,520 ...aku simpan rahsia kau. Sekarang ini aku minta kau... 275 00:24:09,640 --> 00:24:13,439 ...buat benda kecil ini saja. Kau dengar sini. 276 00:24:13,560 --> 00:24:16,200 Benda ini senang saja. Kau pergi hospital,... 277 00:24:16,320 --> 00:24:19,000 ...ambil barang aku, bawa ke sini. 278 00:24:20,120 --> 00:24:22,919 Selepas itu, aku takkan kacau kau lagi. Aku janji. 279 00:24:23,960 --> 00:24:25,840 Selepas ini, kita selesai. 280 00:24:38,120 --> 00:24:39,600 Inspektor. 281 00:24:40,200 --> 00:24:43,120 Saya Detektif Kumar. -Sila duduk, detektif. 282 00:24:43,240 --> 00:24:44,799 Tidak apa-apa. Terima kasih. 283 00:24:45,040 --> 00:24:47,080 Saya sudah hantar laporan lengkap tapi kalau Inspektor... 284 00:24:47,200 --> 00:24:48,880 ...hendak saya tolong..... 285 00:24:49,879 --> 00:24:52,320 Aku hendak kau sertai aku, siasat kes ini. 286 00:24:53,759 --> 00:24:55,159 Akan tetapi, inspektor..... 287 00:24:55,280 --> 00:24:57,240 Kes pembunuhan bukan kepakaran saya. 288 00:24:57,720 --> 00:25:00,640 Kau tahu tidak berapa ramai detektif hendak kes ini? 289 00:25:00,760 --> 00:25:02,319 Ini kes berprofil tinggi. 290 00:25:02,919 --> 00:25:05,080 Doktor dituduh merogol. 291 00:25:06,240 --> 00:25:08,480 Dijumpai mati kerana leher dikelar. 292 00:25:09,879 --> 00:25:11,480 Kau tidak teringinkah? 293 00:25:12,880 --> 00:25:16,240 Selera saya tidak ke situ, puan. Maaf. 294 00:25:19,240 --> 00:25:22,320 Aku perlukan seorang yang tahu selok-belok kes ini. 295 00:25:23,480 --> 00:25:25,159 Kau pun sudah kenal mereka yang terlibat. 296 00:25:26,839 --> 00:25:30,400 Apa-apa pun, bos kau sudah bagi lampu hijau pada aku. 297 00:25:39,000 --> 00:25:40,519 Ini. 298 00:25:42,000 --> 00:25:45,359 Kereta Aiman ini. Dijumpai di tempat lokasi mayat. 299 00:25:45,960 --> 00:25:48,760 Dalam kereta dia, apa-apa pun tidak ada. Kunci tidak ada. 300 00:25:48,880 --> 00:25:50,879 Senjata tidak ada. Pisau pun tidak ada. 301 00:25:52,160 --> 00:25:54,680 Forensik sekarang tengah periksa DNA dan cap jari. 302 00:25:55,040 --> 00:25:57,960 Suspek memang ramai. Maknanya kita kena tengok semua mangsa... 303 00:25:58,080 --> 00:26:01,040 ...yang ada dalam video itu. Yang penting, aku sudah jumpa... 304 00:26:01,159 --> 00:26:02,919 ...Latifah Sulaiman. 305 00:26:04,639 --> 00:26:07,439 Inspektor hendak kata Lara suspek utama? 306 00:26:08,839 --> 00:26:12,560 Ya. Motif dia boleh tahan. Berbulan-bulan dia ikut... 307 00:26:12,680 --> 00:26:14,720 ...si Aiman ini sampai jumpa. 308 00:26:15,040 --> 00:26:17,080 Itu sebab Aiman rogol dia. 309 00:26:18,680 --> 00:26:21,439 Saya pasti, inspektor. Lara bukan seorang pembunuh. 310 00:26:23,320 --> 00:26:26,439 Menarik. Yakin betul kau, ya. 311 00:26:27,839 --> 00:26:30,480 Apa-apa pun, aku hendak kita siasat dia ini pula. 312 00:26:40,519 --> 00:26:44,279 Insya-Allah. Kita berjemaah sama Maghrib nanti, ya. 313 00:26:45,319 --> 00:26:48,080 Saya balik dululah. Assalamualaikum. 314 00:26:55,199 --> 00:26:56,839 En. Sulaiman. 315 00:26:57,919 --> 00:27:00,920 Kami ada beberapa soalan tentang Dr. Aiman Yusuf. 316 00:27:03,560 --> 00:27:06,280 Man, apa hal ini? 317 00:27:08,120 --> 00:27:11,240 Ini kawasan masjid, ya. -Ini hal polis, pak cik. 318 00:27:24,840 --> 00:27:26,839 Minta maaf, pak cik. Kita bukan hendak kacau. 319 00:27:28,919 --> 00:27:31,199 Saya tidak ada apa-apa hendak cakap tentang Aiman. 320 00:27:32,600 --> 00:27:36,600 Kita boleh cakap sekejap di sini ataupun kita pergi balailah. 321 00:27:36,720 --> 00:27:39,560 Terpulang. -Pak cik, jom kita pergi... 322 00:27:39,680 --> 00:27:42,520 ...minum teh tarik sekejap. Ya? 323 00:27:46,040 --> 00:27:47,879 Pak cik. Saya panggil pak cik boleh, ya? 324 00:27:48,320 --> 00:27:50,919 Pak cik dulu pernah belasah orang? 325 00:27:55,240 --> 00:27:58,559 Itu cerita lama. -Saya tengok pak cik ini... 326 00:27:58,679 --> 00:28:01,240 ...macam orang kuat masjid saja tapi tidak sangka pula... 327 00:28:01,360 --> 00:28:03,200 ...dulu gengster, ya. 328 00:28:04,519 --> 00:28:07,040 Ini, pak cik. Dalam laporan mengatakan pak cik pernah... 329 00:28:07,159 --> 00:28:11,120 ...membelasah seorang peragut beg sampai masuk hospital. 330 00:28:18,320 --> 00:28:20,240 Kenapalah orang ingat polis ini musuh? 331 00:28:23,919 --> 00:28:29,839 Pak cik, saya pun ada anak juga. Apa yang Aiman buat pada Lara,... 332 00:28:29,960 --> 00:28:31,679 ...ayah mana yang boleh tahan? 333 00:28:32,359 --> 00:28:37,439 Saya faham kalau pak cik terganggu. Selepas tengok video-video itu,... 334 00:28:38,240 --> 00:28:39,919 ...saya pun tidak boleh tidur malam, pak cik. 335 00:28:41,400 --> 00:28:44,720 Jangan hendak tuduh orang membabi buta. 336 00:28:46,160 --> 00:28:49,120 Bukan tuduh, pak cik. Kami cuma hendak tanya saja sebab saksi... 337 00:28:49,240 --> 00:28:52,320 ...ada mengatakan bahawa anak pak cik, Lara pernah datang... 338 00:28:52,440 --> 00:28:56,560 ...ke rumah Aiman. Marah-marah, menjerit-jerit ke muka dia. 339 00:28:56,839 --> 00:28:58,519 Apa kena-mengena saya dengan semua itu? 340 00:28:58,639 --> 00:29:00,960 Ini kerana pak cik ada pada masa itu, bukan? 341 00:29:03,600 --> 00:29:06,240 Itu kali terakhirkah pak cik jumpa Aiman? 342 00:29:07,399 --> 00:29:09,839 Kenapa pula saya hendak jumpa dia pula selepas itu? 343 00:29:15,720 --> 00:29:17,719 Pak cik datang masjid hari-hari, pak cik? 344 00:29:18,760 --> 00:29:25,040 Ya. Selalunya sebelah pagi. Tolong-tolong apa-apa yang patut. 345 00:29:38,399 --> 00:29:40,080 Minta maaf, ya. 346 00:29:44,480 --> 00:29:49,199 Okey, pak cik. Kalau apa-apa nanti, kami telefonlah, ya. 347 00:29:49,679 --> 00:29:51,200 Terima kasih. 348 00:29:59,599 --> 00:30:01,159 Lara culik Aiman? 349 00:30:02,160 --> 00:30:04,040 Lara bawa Aiman pergi tempat kayak dia. 350 00:30:05,160 --> 00:30:08,000 Memang dekat sangat dengan tempat mereka jumpa mayat Aiman. 351 00:30:09,600 --> 00:30:14,040 Maaf, tuan. Malam itu memang kecoh. Saya sempat hilang akal sekejap. 352 00:30:15,200 --> 00:30:17,080 Akan tetapi, saya sedia untuk bertemu tuan sekarang. 353 00:30:17,200 --> 00:30:18,960 Saya akan cerita satu per satu, tuan. 354 00:30:19,480 --> 00:30:21,839 Awak akan digantung tugas, Nissa. -Saya tahu. 355 00:30:22,679 --> 00:30:29,200 Saya patut beritahu tuan awal lagi tapi saya sangat risau... 356 00:30:29,320 --> 00:30:32,120 ...malam itu yang Eddie akan pergi belasah Aiman. 357 00:30:32,640 --> 00:30:36,200 Jadi, saya jejaki GPS telefon Aiman dan benda itu bawa saya... 358 00:30:36,320 --> 00:30:38,439 ...ke tempat kawasan sungai itu. 359 00:31:04,559 --> 00:31:07,480 Ji, kaunselor mesej saya. Ji ponteng lagikah? 360 00:31:08,359 --> 00:31:11,759 Aku serabutlah. Aku tidak boleh bernafas. Bilik itu kecil sangat. 361 00:31:12,200 --> 00:31:16,639 Program itu untuk tolong Ji. Kawal sedikit panas baran itu. 362 00:31:17,320 --> 00:31:19,639 Sudahlah. -Kenapa awak macam ini? 363 00:31:20,040 --> 00:31:23,599 Benda itu jadi pada saya. Bukan pada awak. 364 00:31:23,719 --> 00:31:27,879 Saya yang kena rogol. -Kenapa kau ingatkan aku balik? 365 00:31:28,599 --> 00:31:30,160 Setiap kali aku pejam mata,... 366 00:31:30,280 --> 00:31:33,040 ...aku nampak muka dia. Ini dia sudah mati. 367 00:31:33,759 --> 00:31:35,679 Pun aku nampak dia lagi. 368 00:31:37,560 --> 00:31:39,080 Ji. 369 00:31:40,200 --> 00:31:45,000 Ji tiada kena-mengena dengan kematian Aiman, bukan? 370 00:31:45,600 --> 00:31:49,040 Tidak. -Ji, tolong cakap betul-betul. 371 00:31:50,160 --> 00:31:52,240 Media cakap ini jenayah ganas. 372 00:31:53,360 --> 00:31:59,919 Cara Aiman mati ganas. Saya pernah tengok Ji mengamuk bakar... 373 00:32:00,040 --> 00:32:03,200 ...motor orang. -Sudahlah, Wani. Dia sudah mati. 374 00:32:03,560 --> 00:32:05,200 Hendak buat apa lagi? 375 00:32:56,040 --> 00:32:59,120 Helo. Faris? -Mana, mama? Jo hendak mama. 376 00:32:59,519 --> 00:33:01,919 Duduk diam. Yaya, tolong tengok adik. 377 00:33:02,839 --> 00:33:06,080 Lara, Kathy sepatutnya ambil Jo balik sekolah. Selepas itu,... 378 00:33:06,200 --> 00:33:09,520 ...dia hilangkan diri sampai cikgu dia telefon sayalah. 379 00:33:09,640 --> 00:33:11,400 Ini bukan kali pertama, Lara. 380 00:33:13,080 --> 00:33:15,399 Telefon abah, Faris. Maaflah. Saya pun 2, 3 minggu... 381 00:33:15,520 --> 00:33:17,200 ...tidak jumpa kak long. 382 00:33:17,519 --> 00:33:21,120 Okey tapi dia tidak macam ini sebelum ini. Tahu perangai... 383 00:33:21,240 --> 00:33:24,200 ...dia sebelum ini, bukan? Tidak angkat telefon. 384 00:33:24,320 --> 00:33:27,680 Selepas itu, tidak mahu jumpa orang. Asyik ponteng kerja saja. 385 00:33:27,799 --> 00:33:31,720 Awak boleh tidak pergi rumah dia, tengok dia okey atau tidak. 386 00:33:31,840 --> 00:33:33,279 Tolonglah. Boleh? 387 00:33:35,559 --> 00:33:38,160 Ya. Okey. Sekejap lagi saya pergi. -Okey. Terima kasih. 388 00:33:39,640 --> 00:33:41,960 Saya tengok TV. Mereka sudah jumpa Aiman, ya? 389 00:33:43,080 --> 00:33:44,960 Selesai. Syukur Alhamdulillah. 390 00:33:46,040 --> 00:33:48,840 Lara rasa tidak selesai lagi. Saya kena siasat tadi. 391 00:33:49,240 --> 00:33:54,120 Yakah? Dia cakap apa? -Saya cakap terus-terang sajalah. 392 00:33:54,360 --> 00:33:56,200 Saya tidak tahu kejadian yang menimpa Aiman. 393 00:34:14,520 --> 00:34:18,360 Lara. Wah! Jemputlah masuk. 394 00:34:20,839 --> 00:34:23,679 Aku sibuk sedikit. Tidak sempat hendak kemas rumah ini. 395 00:34:26,240 --> 00:34:27,799 Duduklah. Duduk. 396 00:34:30,760 --> 00:34:32,919 Faris kata kakak lupa ambil Jo semalam. 397 00:34:36,320 --> 00:34:38,080 Kenapa dia tidak telefon aku saja? 398 00:34:39,279 --> 00:34:40,919 Dia kata kakak tidak angkat. 399 00:34:43,080 --> 00:34:45,480 Nanti aku telefon dia semulalah. Minta maaf. 400 00:34:47,960 --> 00:34:49,480 Kau sudah buat tahi. Selepas itu, kau hendak minta maaf... 401 00:34:49,600 --> 00:34:52,320 ...macam itu saja? Penting diri. 402 00:34:53,400 --> 00:34:55,679 Kau ingat aku tidak tahukah aku sudah buat dosa, sudah buat salah? 403 00:34:57,680 --> 00:34:59,919 Aku tengah cakap tentang perangai kau sekarang ini. 404 00:35:00,880 --> 00:35:02,720 Kau ada anak, bukan? Kau tidak kasihankah pada mereka? 405 00:35:03,000 --> 00:35:04,799 Duduk rumah layan diri macam ini. 406 00:35:11,559 --> 00:35:13,679 Kau hendak cakap aku tidak pandai jaga anak aku? 407 00:35:17,320 --> 00:35:20,720 Apa bezanya dengan kau? Cermin diri kau dululah. 408 00:35:22,160 --> 00:35:23,799 Sebelum kau datang sini hendak berleter dengan aku,... 409 00:35:23,919 --> 00:35:26,439 ...kau lupakah apa jadi pada Noah selepas dia jumpa kau? 410 00:35:38,879 --> 00:35:42,440 Sofia, Sofia, Sofia. Tolonglah. 411 00:35:43,040 --> 00:35:45,399 Tolonglah. 412 00:35:49,439 --> 00:35:51,359 Boleh kita cakap? 413 00:35:52,240 --> 00:35:54,160 Kenapa buat tidak peduli pada saya? 414 00:35:55,040 --> 00:35:56,520 Saya telefon awak, saya hantar mesej tapi awak buat... 415 00:35:56,640 --> 00:35:58,360 ...tidak tahu saja, bukan? 416 00:36:00,880 --> 00:36:02,680 Ini sebab ayah sayakah? 417 00:36:06,400 --> 00:36:08,640 Sofia, saya asyik terfikir. 418 00:36:09,480 --> 00:36:11,320 Awak tahulah, apabila kita..... 419 00:36:12,040 --> 00:36:16,639 Apabila kita..... Saya pernah paksa awakkah? 420 00:36:19,280 --> 00:36:21,080 Kalau awak rasa saya pernah paksa awak, saya pernah desak awak,... 421 00:36:21,200 --> 00:36:23,160 ...saya minta maaf sangat-sangat. 422 00:36:23,879 --> 00:36:27,000 Saya sayang awak. Saya takkan buat apa-apa untuk... 423 00:36:27,120 --> 00:36:29,000 ...sakitkan hati awak. 424 00:36:31,080 --> 00:36:33,279 Saya bukan seperti ayah saya. 425 00:36:38,359 --> 00:36:41,679 Saya pun sayang awak, Noah. Saya tahu awak tidak pernah pun... 426 00:36:41,799 --> 00:36:43,360 ...desak saya... 427 00:36:44,080 --> 00:36:46,480 ...tapi awak tahu apa yang kita buat itu salah, bukan? 428 00:36:46,919 --> 00:36:49,760 Dosa besar. Jadi, saya hendak bertaubat, saya hendak... 429 00:36:49,879 --> 00:36:54,520 ...tebus balik dosa saya. -Akan tetapi, awak tahu saya..... 430 00:36:54,640 --> 00:36:56,680 Saya sudah sedia untuk bertanggungjawab. 431 00:36:56,799 --> 00:36:58,759 Saya hendak kita ada keluarga. 432 00:36:59,120 --> 00:37:00,960 Akan tetapi, saya yang tidak hendak. 433 00:37:03,960 --> 00:37:08,520 Awak tahu keguguran itu sebab saya makan ubat untuk buang bayi itu? 434 00:37:11,480 --> 00:37:15,439 Ya. Saya ini jahat tapi saya cuba hendak jadi baik. 435 00:37:17,639 --> 00:37:20,000 Hendak fokus pada keluarga, hendak fokus pada belajar. 436 00:37:20,240 --> 00:37:21,879 Hendak fokus pada diri sendiri. 437 00:37:23,919 --> 00:37:26,480 Akan tetapi, apabila saya dengan awak, saya akan jadi lagi sesat. 438 00:37:30,280 --> 00:37:31,760 Akan tetapi,... 439 00:37:33,080 --> 00:37:35,599 ...saya sangat perlukan awak. -Awak tidak faham. 440 00:37:37,080 --> 00:37:38,720 Keluarga awak senang, Noah. 441 00:37:40,919 --> 00:37:44,359 Senang? Bapak saya sudah lari. 442 00:37:46,320 --> 00:37:47,919 Akan tetapi, keluarga awak kaya. 443 00:37:49,439 --> 00:37:51,080 Masa depan awak terjamin. 444 00:37:52,080 --> 00:37:55,240 Saya ini, saya tidak boleh hilang biasiswa saya tahu tidak? 445 00:37:55,960 --> 00:37:57,720 Sekarang ini saya hendak kena jaga diri sendiri. 446 00:37:59,679 --> 00:38:01,439 Saya tidak boleh hendak jaga awak juga. 447 00:38:05,000 --> 00:38:07,240 Tolong jangan kacau saya lagi. 448 00:38:12,200 --> 00:38:14,600 Cik, saya hendak minta maaf. 449 00:38:18,480 --> 00:38:20,640 Betulkah dia rogol semua perempuan itu? 450 00:38:24,200 --> 00:38:26,279 Cik, saya tidak boleh hidup dengan keadaan sebegini lagi. 451 00:38:26,399 --> 00:38:28,599 Ibu saya mentalnya sudah tidak stabil. 452 00:38:28,719 --> 00:38:30,560 Habis, saya ini apa? 453 00:38:34,120 --> 00:38:35,879 Noah, dengar sini baik-baik. Okey? 454 00:38:37,879 --> 00:38:41,559 Noah bukan ibu atau ayah Noah. 455 00:38:43,760 --> 00:38:46,320 Dosa orang lain Noah tidak tanggung... 456 00:38:50,040 --> 00:38:53,719 ...dan cikgu tahu, kamu orang yang baik, Noah. 457 00:38:59,080 --> 00:39:00,840 Mak saya bunuh diri. 458 00:39:02,879 --> 00:39:04,799 Mungkin sebab dia tahu ayah saya macam itu. 459 00:39:04,919 --> 00:39:12,200 Noah, jangan salahkan ibu Noah. Cikgu yakin dia takkan sengaja... 460 00:39:12,320 --> 00:39:14,040 ...hendak tinggalkan Noah. 461 00:39:14,279 --> 00:39:16,200 Yang jadi pada ibu Noah... 462 00:39:18,280 --> 00:39:20,160 ...salah Aiman juga. 463 00:39:25,199 --> 00:39:28,400 Maksudnya ayah bohong ibulah? -Tidak. Bukan macam itu. 464 00:39:29,440 --> 00:39:31,800 Akan tetapi, Aiman sudah buat macam-macam benda yang... 465 00:39:32,759 --> 00:39:34,839 ...bahaya. 466 00:39:37,600 --> 00:39:40,719 Noah! Noah! Noah, tolong. Noah! 467 00:40:10,000 --> 00:40:12,040 Assalamualaikum. 468 00:40:15,439 --> 00:40:18,280 Noah! Noah! 469 00:40:21,399 --> 00:40:23,679 Astaghfirullahalazim! 470 00:40:24,400 --> 00:40:26,200 Noah! 471 00:40:45,640 --> 00:40:47,040 Helo. 472 00:40:47,799 --> 00:40:50,680 Jangan masuk pintu utama. Ikut pintu kecemasan. 473 00:40:55,960 --> 00:40:57,720 Okey. Aku sudah jumpa. 474 00:40:59,120 --> 00:41:01,159 Okey. Aku sudah masuk kawasan kecemasan. 475 00:41:02,000 --> 00:41:04,240 Apabila kau sudah masuk, ada tangga sebelah kanan. 476 00:41:08,640 --> 00:41:11,240 Okey. Aku sudah sampai tangga. Betulkah kad kau ini ada akses? 477 00:41:11,559 --> 00:41:15,040 Boleh. Sistem lama. Kad aku boleh masuk di semua kawasan. 478 00:41:15,160 --> 00:41:17,679 Betullah. Tingkat 2, bukan? Tingkat 2. Okey. Aku jumpa... 479 00:41:17,799 --> 00:41:19,639 ...kau di sana. 480 00:41:21,640 --> 00:41:23,360 Kalau orang tahu tentang aku macam mana? 481 00:41:23,679 --> 00:41:27,560 Siapa saja yang kenal kau di sana, Daus? Kau redah sajalah. 482 00:41:31,840 --> 00:41:34,679 Okey. Aku sudah sampai tingkat 2. -Di hujung koridor itu,... 483 00:41:34,799 --> 00:41:38,160 ...kau belok kanan. Ada pintu boleh akses kad aku. 484 00:42:08,200 --> 00:42:10,240 Aku sudah masuk lokar. -Di lokar paling hujung... 485 00:42:10,360 --> 00:42:13,879 ...sebelah kanan, paling tinggi. Ada satu beg. Dalam beg itu... 486 00:42:14,000 --> 00:42:19,199 ...ada baju, duit dan pasport aku. Kunci kereta pun kau bawa sekali. 487 00:42:20,319 --> 00:42:23,240 Terima kasih. Aku terhutang budi dengan kau. 488 00:43:21,279 --> 00:43:23,519 Ini lokar Pn. Lara? Boleh buka? 489 00:44:03,560 --> 00:44:04,960 Inspektor. 490 00:44:36,920 --> 00:44:38,600 Inspektor. -Puan, kami ada waran... 491 00:44:38,720 --> 00:44:40,280 ...untuk geledah rumah puan. 492 00:44:45,200 --> 00:44:48,520 Carilah. Kamu semua takkan jumpa apa-apa dalam rumah aku. 493 00:44:50,720 --> 00:44:53,679 Apabila ada kes rogol, semua diam, ya? Apabila ada... 494 00:44:53,799 --> 00:44:55,879 ...lelaki mati baru hendak terhegeh-hegeh? 495 00:44:56,080 --> 00:45:00,920 Lara, bawa bertenang. Okey? -Apa ini, Lara? 496 00:45:03,960 --> 00:45:07,199 Yang aku tahu ini ugutan polis. Aku hendak panggil peguam aku. 497 00:45:07,320 --> 00:45:10,320 Idea yang bernas, puan. Ini kerana ini ialah kunci kereta Aiman. 498 00:45:10,440 --> 00:45:12,960 Kami jumpa dalam lokar puan di depoh kayak. 499 00:45:14,600 --> 00:45:17,080 Aku tidak tahu kunci kereta Aiman ada dalam lokar aku. 500 00:45:17,280 --> 00:45:19,639 Lara, kalau awak ada apa-apa hendak beritahu kami,... 501 00:45:19,760 --> 00:45:21,919 ...beritahu sekarang bagi menolong kes awak. 502 00:45:22,320 --> 00:45:25,560 Nanti. Kes apa? Kamu semua ingat aku culik Aiman, selepas itu... 503 00:45:25,679 --> 00:45:27,960 ...bawa dia ke tempat jin bertendang, bunuh dia,... 504 00:45:28,080 --> 00:45:31,360 ...selepas itu simpan kunci kereta dia dalam lokar aku? 505 00:45:31,480 --> 00:45:34,240 Ingat aku bodoh atau apa? -Puan, kalau puan pertahankan... 506 00:45:34,360 --> 00:45:36,080 ...diri tidak apa-apa. -Berapa kali aku hendak cakap? 507 00:45:36,200 --> 00:45:38,080 Aku tidak bersalah. Kamu semua tidak buat kerja. 508 00:45:38,200 --> 00:45:39,600 Pegang ini. -Apa lagi? Saya sudah... 509 00:45:39,720 --> 00:45:41,200 ...banyak kali cakap pada polis,..... 510 00:45:41,360 --> 00:45:43,120 Latifah binti Sulaiman,... 511 00:45:45,040 --> 00:45:49,639 ...awak ditahan sebagai suspek dalam kes bunuh Aiman bin Yusuf. 512 00:45:49,919 --> 00:45:51,640 Aku tidak bersalah dalam hal ini. Saya hendak panggil... 513 00:45:51,759 --> 00:45:53,879 ...peguam saya. Tolong. Lepaskan aku. 514 00:45:54,720 --> 00:45:57,240 Inspektor Kumar. -Nanti kita cakap di balai, ya. 515 00:46:00,160 --> 00:46:01,679 Aku hendak panggil peguam aku. 516 00:46:03,680 --> 00:46:07,120 Aku tidak bersalah. Aku hendak panggil peguam aku. Inspektor. 517 00:46:08,799 --> 00:46:10,200 Masuk. 518 00:46:11,879 --> 00:46:14,720 Inspektor, apa ini? Kita datang untuk cari bukti. 519 00:46:14,839 --> 00:46:16,599 Kenapa tahan dia sekarang? 520 00:46:18,800 --> 00:46:20,960 Kau kenapa? Kau hendak pergi balai, ya? 521 00:46:22,400 --> 00:46:23,839 Maaf. 522 00:46:33,879 --> 00:46:36,160 Inspektor. -Depan orang kita satu unit. 523 00:46:36,400 --> 00:46:38,759 Kalau kau hendak bertekak dengan aku, buat di bilik insiden. Faham? 524 00:46:38,919 --> 00:46:40,320 Taktik apa ini? 525 00:46:41,639 --> 00:46:44,200 Ada ramai orang kita kena soal. Kenapa tahan Lara sekarang? 526 00:46:44,319 --> 00:46:46,440 Kalau kita buat macam ini pada suspek, dia akan tidak keruan. 527 00:46:46,559 --> 00:46:48,600 Apabila tidak keruan, nanti dia goyanglah. Dia buat silaplah. 528 00:46:48,720 --> 00:46:50,560 Kau..... -Jadi? Kita mainkan dia macam ini? 529 00:46:50,680 --> 00:46:53,919 Gertak dia depan orang? Jatuhkan reputasi dia? 530 00:46:54,320 --> 00:46:56,799 Kereta Aiman kita jumpa di tempat kayak, bukan? 531 00:46:57,000 --> 00:46:58,719 Kuncinya di mana? Dalam lokar Lara. Takkan itu... 532 00:46:58,839 --> 00:47:00,320 ...pun tidak cukup untuk kita tahan dia? 533 00:47:00,440 --> 00:47:03,040 Forensik sudah sapu bersih kereta Lara. Tidak ada... 534 00:47:03,160 --> 00:47:04,799 ...apa-apa kesan pun. 535 00:47:05,280 --> 00:47:07,879 Aku tahulah kau kasihan pada Lara tapi objektiflah sedikit. 536 00:47:15,560 --> 00:47:18,760 Inspektor tidak tengokkah? Lara yang jadi mangsa sekarang. 537 00:47:18,880 --> 00:47:20,480 Memanglah dia mangsa. Dia mangsa rogol. Disebabkan itu... 538 00:47:20,600 --> 00:47:22,759 ...dia ada motif untuk bunuh Aiman. -Akan tetapi,... 539 00:47:22,879 --> 00:47:25,199 ...mana buktinya, inspektor? Kita kena ada bukti yang kukuh... 540 00:47:25,320 --> 00:47:26,919 ...untuk tahan dia. 541 00:47:27,759 --> 00:47:29,480 Laporan koroner, inspektor. 542 00:47:36,000 --> 00:47:37,600 Kumar, jom. 543 00:48:30,680 --> 00:48:34,440 Laporan koroner mengesahkan bahawa waktu jamnya berhenti... 544 00:48:34,559 --> 00:48:38,919 ...konsisten dengan waktu kematiannya. Hari Rabu lepas. 545 00:48:39,680 --> 00:48:41,639 Antara pukul 5 hingga 9 pagi. 546 00:48:46,879 --> 00:48:48,360 Jadi, pak cik..... 547 00:48:49,240 --> 00:48:50,839 Pak cik di mana masa itu? 548 00:48:52,480 --> 00:48:54,440 Kamu ini buang masa datang sini. 549 00:48:56,520 --> 00:49:00,120 Saya sudah cakap. Tiap-tiap pagi saya pergi masjid. 550 00:49:00,760 --> 00:49:02,520 Tanyalah jemaah lain. 551 00:49:03,120 --> 00:49:04,960 Ini yang saya tahu, pak cik. 552 00:49:05,080 --> 00:49:07,399 Saya rasa pak cik memang tertekan dengan kejadian yang terjadi... 553 00:49:07,520 --> 00:49:09,080 ...ke atas anak pak cik. 554 00:49:09,200 --> 00:49:13,000 Yalah. Aiman rogol dia. Saman dia. Ugut dia lagi. 555 00:49:13,960 --> 00:49:17,200 Pak cik, kami tahu peragut yang pak cik pukul dulu... 556 00:49:17,320 --> 00:49:20,040 ...bukan sebab dia curi saja. Pak cik pukul dia sebab... 557 00:49:20,160 --> 00:49:23,200 ...dia cederakan budak yang sebaya dengan Lara, bukan? 558 00:49:24,160 --> 00:49:25,840 Saya muda lagi masa itu. 559 00:49:27,839 --> 00:49:29,519 Apabila sudah berumur ini,... 560 00:49:29,960 --> 00:49:32,319 ...kita jadi lebih bersabar... 561 00:49:34,040 --> 00:49:37,480 ...dengan ujian Tuhan. -Saya rasa pak cik jumpa Aiman. 562 00:49:38,640 --> 00:49:40,919 Pak cik tahu kami boleh periksa rekod telefon, CCTV,... 563 00:49:41,040 --> 00:49:43,639 ...kad kredit semua. -Saya tidak pernah jumpa Aiman. 564 00:49:45,600 --> 00:49:47,759 Akan tetapi, saya ada teori saya sendiri, pak cik. 565 00:49:48,560 --> 00:49:53,080 Saya rasa Aiman buru Lara. Keadaan jadi genting. 566 00:49:54,600 --> 00:49:58,559 Saya faham apabila rasa tidak tenang, hidup susah. Saya tahu. 567 00:49:59,400 --> 00:50:02,040 Silap-silap hari bulan, sesiapa pun boleh jadi pembunuh, pak cik. 568 00:50:03,120 --> 00:50:06,800 Juga saya rasa Lara hilang sabar. 569 00:50:07,360 --> 00:50:09,000 Yalah. Aiman hidup menjoli. 570 00:50:09,240 --> 00:50:11,960 Anak pak cik merana. 571 00:50:15,120 --> 00:50:18,240 Begini, pak cik. Sebenarnya Lara ada dalam tahanan polis sekarang. 572 00:50:21,640 --> 00:50:23,799 Kamu ada bukti tidak hendak tuduh anak saya? 573 00:50:23,919 --> 00:50:26,399 Lara tidak ada kena-mengena dengan kematian Aiman. 574 00:50:26,879 --> 00:50:29,480 Kamu dengar tidak? Anak saya tidak bersalah. 575 00:50:30,080 --> 00:50:33,319 Saya hendak tanya sekali lagi, pak cik. Kalau bukan Lara,... 576 00:50:33,439 --> 00:50:36,680 ...pak cikkah yang akan selesaikan masalah dia?