1
00:00:56,160 --> 00:00:57,880
PTM3 DALAM PERJALANAN.
2
00:00:57,960 --> 00:01:00,480
MENGESYAKI KAKITANGAN LAPANGAN
PENERBANGAN RWANDA
3
00:01:01,200 --> 00:01:04,319
Dua pengintip saya laporkan
polis telah pertingkatkan kawalan.
4
00:01:04,959 --> 00:01:06,480
Di lapangan terbang dan di…
5
00:01:07,640 --> 00:01:09,680
Ketika terima maklumat, ia dah terlambat.
6
00:01:10,600 --> 00:01:12,080
Kosongkan tempat ini
7
00:01:12,560 --> 00:01:14,560
- dan pergi ke lokasi seterusnya.
- Baik, abang.
8
00:01:14,680 --> 00:01:17,080
Ayuh! Cepat! Cepat!
9
00:02:20,720 --> 00:02:21,880
Rupa bagaimana?
10
00:02:25,120 --> 00:02:26,040
Baik.
11
00:02:27,600 --> 00:02:29,320
Awak kata dua minggu, bukan?
12
00:02:31,240 --> 00:02:32,480
Ini baru sehari.
13
00:02:35,080 --> 00:02:36,520
Kenapa perlu tutup mata?
14
00:02:38,480 --> 00:02:40,080
Ada rancangan istimewa?
15
00:02:53,480 --> 00:02:56,560
Saya ingat awak takkan hina saya
dengan bertanya kenapa.
16
00:03:01,080 --> 00:03:02,040
Kenapa?
17
00:03:20,040 --> 00:03:22,480
Saya beritahu awak
tentang kakitangan penerbangan itu.
18
00:03:24,320 --> 00:03:26,880
Pasukan operasi khas polis
di bawah ACP Fernandez
19
00:03:26,960 --> 00:03:30,160
sedang menyoal siasat kakitangan
di lapangan terbang sekarang.
20
00:03:46,880 --> 00:03:48,400
Awak tahu betapa susahnya…
21
00:03:50,240 --> 00:03:52,040
menjalani dua kehidupan?
22
00:03:54,640 --> 00:03:57,440
Setiap saat terasa
seperti telur di hujung tanduk.
23
00:03:59,760 --> 00:04:00,960
Awak hanyalah "Nayak"!
24
00:04:02,080 --> 00:04:04,480
Awak tak perlu jadi orang lain.
25
00:04:06,600 --> 00:04:08,640
Terus berlakon, menyimpan rahsia,
26
00:04:09,280 --> 00:04:12,120
mengingati hal yang patut dirahsiakan
dan sebaliknya.
27
00:04:13,040 --> 00:04:15,040
Jika tersilap cakap,
28
00:04:15,840 --> 00:04:17,720
maka habislah saya!
29
00:04:19,240 --> 00:04:21,240
Awak fikir saya khianati awak.
30
00:04:24,120 --> 00:04:25,160
Mungkin.
31
00:04:26,720 --> 00:04:27,840
Tapi lelaki itu,
32
00:04:29,040 --> 00:04:30,280
orang awak,
33
00:04:30,800 --> 00:04:32,000
kakitangan penerbangan itu,
34
00:04:33,440 --> 00:04:35,160
dia juga ada dua kehidupan, bukan?
35
00:04:36,600 --> 00:04:38,600
Kenapa bukan dia yang pengkhianat?
36
00:04:41,040 --> 00:04:43,360
Tapi awak yakin sayalah orangnya.
37
00:04:48,360 --> 00:04:49,320
Baiklah.
38
00:04:55,840 --> 00:04:57,200
Hukumlah saya.
39
00:05:03,600 --> 00:05:05,000
Cepatlah, hukum saya.
40
00:05:43,760 --> 00:05:45,240
Awak permainkan saya?
41
00:05:54,240 --> 00:05:55,960
Saya dimainkan.
42
00:06:54,320 --> 00:06:56,120
- Jabatan anda?
- Kakitangan di lapangan.
43
00:06:57,600 --> 00:06:59,560
Ini senarai pekerja pada 5hb April.
44
00:07:00,240 --> 00:07:02,560
Waktu keluar masuk semua pekerja
telah direkod.
45
00:07:03,760 --> 00:07:05,000
- Yang hilang?
- Tiada.
46
00:07:08,360 --> 00:07:10,200
- Periksa rakaman CCTV.
- Baiklah.
47
00:07:13,200 --> 00:07:14,440
Beri saya telefon awak.
48
00:07:15,280 --> 00:07:17,320
Boleh saya periksa rakaman?
49
00:07:18,240 --> 00:07:19,720
Boleh. Silakan.
50
00:07:31,280 --> 00:07:33,840
- Periksa semula.
- Saya dah periksa dua kali, tuan.
51
00:07:34,360 --> 00:07:35,760
Tiada yang mencurigakan.
52
00:07:49,040 --> 00:07:50,480
Pertingkatkan kawalan…
53
00:07:51,160 --> 00:07:56,920
PTM3 DAH TINGGALKAN LAPANGAN TERBANG
KAKITANGAN LAPANGAN SELAMAT.
54
00:07:57,000 --> 00:07:58,200
…di semua tempat.
55
00:08:01,320 --> 00:08:02,440
Nayakudu,
56
00:08:03,160 --> 00:08:04,320
maaf saya harus cakap,
57
00:08:05,120 --> 00:08:06,640
jangan percayakan Bhumi.
58
00:08:33,679 --> 00:08:36,080
Awak kata awak nak berada di pihak saya.
59
00:08:37,679 --> 00:08:39,480
Awak bersetubuh dengan saya
60
00:08:40,039 --> 00:08:41,679
untuk selamatkan nyawa awak.
61
00:08:44,320 --> 00:08:45,600
Saya faham.
62
00:08:47,520 --> 00:08:51,360
Tapi kenapa awak sanggup bahayakan nyawa
untuk bersama saya?
63
00:08:52,600 --> 00:08:53,920
Dua kehidupan?
64
00:08:54,960 --> 00:08:56,320
Mengkhianati polis?
65
00:08:57,320 --> 00:09:00,800
Tinggalkan hidup lama awak
dalam sekelip mata?
66
00:09:05,480 --> 00:09:07,600
Sehari saja awak "jatuh cinta"
dengan saya?
67
00:09:14,040 --> 00:09:16,000
Saya takkan jelaskan pilihan saya.
68
00:09:18,360 --> 00:09:19,840
Awak bijak orangnya.
69
00:09:21,320 --> 00:09:22,760
Teramat bijak.
70
00:09:24,800 --> 00:09:26,280
Tapi awak bukan wanita.
71
00:09:29,600 --> 00:09:31,680
Wanita yang sepanjang hidupnya merasa…
72
00:09:33,280 --> 00:09:35,360
dia tak memadai untuk mana-mana lelaki.
73
00:09:36,400 --> 00:09:37,520
Dia "betina dingin".
74
00:09:39,720 --> 00:09:42,560
Dia membosankan di ranjang!
75
00:09:46,200 --> 00:09:48,000
Yang sepanjang hidupnya diberitahu,
76
00:09:48,960 --> 00:09:50,280
"Awak seorang lelaki!"
77
00:09:50,920 --> 00:09:53,000
"Tubuh awak juga tak merangsangkan saya!"
78
00:09:56,080 --> 00:09:58,640
Wanita yang percaya semua kata-kata itu.
79
00:10:02,960 --> 00:10:04,440
Kemudian saya bertemu seorang lelaki.
80
00:10:07,120 --> 00:10:08,760
Saya sentuh dia.
81
00:10:11,600 --> 00:10:13,440
Dia menyukainya.
82
00:10:17,920 --> 00:10:20,840
Dia mahu bersetubuh dengan saya!
83
00:10:23,360 --> 00:10:25,960
Dia memang bersetubuh dengan saya!
84
00:10:27,920 --> 00:10:29,840
Bukan dengan dirinya sendiri!
85
00:10:34,400 --> 00:10:36,160
Dia peluk saya…
86
00:10:38,520 --> 00:10:39,760
dengan cinta!
87
00:10:43,560 --> 00:10:45,200
Semua cinta ini…
88
00:10:48,840 --> 00:10:49,880
hanya untuk saya!
89
00:10:58,880 --> 00:11:02,200
Saya sanggup jadi hamba lelaki itu
buat selama-lamanya!
90
00:11:10,320 --> 00:11:12,080
Tapi awak takkan faham.
91
00:11:14,640 --> 00:11:16,440
Saya takkan jelaskan.
92
00:11:41,560 --> 00:11:43,520
Saya dah jadi apa, Nayak?
93
00:11:45,320 --> 00:11:48,960
Saya tak dapat kawal
diri saya dan hidup saya!
94
00:11:55,600 --> 00:11:56,840
Siapa saya?
95
00:12:06,040 --> 00:12:07,240
Apa dah jadi, Fernandez?
96
00:12:07,680 --> 00:12:09,240
Tiada apa-apa di lapangan terbang, tuan.
97
00:12:10,880 --> 00:12:13,560
Tapi Bhumi sahkan
kakitangan penerbangan itu terlibat?
98
00:12:13,640 --> 00:12:14,840
Ya, di rumah saya!
99
00:12:15,240 --> 00:12:16,520
Pada pukul 4.30 pagi.
100
00:12:17,840 --> 00:12:19,840
Saya tinggalkan telefon di hotel, tuan.
101
00:12:21,240 --> 00:12:22,760
Saya nak bercakap dengan tuan.
102
00:12:23,680 --> 00:12:25,840
Mereka ada tali barut
antara kakitangan penerbangan itu.
103
00:12:26,000 --> 00:12:28,680
Dia yang maklumkan sindiket Nayak
104
00:12:29,480 --> 00:12:32,000
yang kita akan periksa bagasi kabin.
105
00:12:32,240 --> 00:12:33,480
Dia nampak yakin, tuan.
106
00:12:34,600 --> 00:12:35,880
Macam mana boleh salah?
107
00:12:36,360 --> 00:12:37,960
Petunjuk lain yang dia beri?
108
00:12:38,480 --> 00:12:40,440
Pertama, mereka beri saya nombor.
109
00:12:40,960 --> 00:12:42,120
Nombor telefon.
110
00:12:42,640 --> 00:12:45,440
Gunakan untuk koordinasi.
Mereka akan jawab soalan awak.
111
00:12:47,720 --> 00:12:48,600
Yang ini.
112
00:12:50,160 --> 00:12:51,920
Saya disuruh berhubung dengan nombor ini.
113
00:12:52,160 --> 00:12:56,760
Saya dihubungkan kepada seluruh
rangkaian bekalan dadah di Mumbai.
114
00:12:57,160 --> 00:12:59,680
Saya guna ini untuk hantar
nama dan nombor beberapa gadis
115
00:12:59,760 --> 00:13:01,200
untuk perluas rangkaian mereka.
116
00:13:01,440 --> 00:13:04,120
Ada satu saja cara
untuk berhubung dengan nombor ini.
117
00:13:05,040 --> 00:13:08,080
Saya hantar mesej
antara pukul 4.00 ke 4.30 petang.
118
00:13:10,040 --> 00:13:12,360
Jawapan diterima tepat 15 minit kemudian.
119
00:13:15,840 --> 00:13:17,240
Dalam 15 minit itu,
120
00:13:17,920 --> 00:13:19,720
seluruh rantaian itu lengkap.
121
00:13:20,800 --> 00:13:22,400
Sindiket itu telah maklum.
122
00:13:22,480 --> 00:13:23,640
Ketiga,
123
00:13:24,160 --> 00:13:25,760
tarikh akhir operasi ini.
124
00:13:26,120 --> 00:13:28,360
Operasi mereka mungkin ada kitaran, tuan.
125
00:13:28,440 --> 00:13:29,720
Begitulah di Karwar.
126
00:13:30,440 --> 00:13:32,720
Ada tarikh khusus dalam setiap kitaran.
127
00:13:33,320 --> 00:13:35,440
Pergerakan berlaku hanya pada tarikh itu.
128
00:13:36,560 --> 00:13:38,880
Tinggal satu lagi tarikh
dalam kitaran ini.
129
00:13:39,600 --> 00:13:40,560
Apakah tarikhnya?
130
00:13:41,480 --> 00:13:42,960
Saya tak tahu, tuan.
131
00:13:43,640 --> 00:13:46,160
Tapi saya tahu tarikh itu amat penting.
132
00:13:46,680 --> 00:13:49,520
Kebanyakan kerja mereka
dijalankan dalam talian.
133
00:13:50,320 --> 00:13:53,520
Tapi semua pihak dalam rangkaian
bergerak pada tarikh itu.
134
00:13:54,320 --> 00:13:57,000
Seluruh rangkaian akan terdedah.
135
00:13:59,040 --> 00:14:01,520
Seluruh urusniaga dadahnya akan tetap.
136
00:14:01,720 --> 00:14:03,920
Sindiket ini lemah pada tarikh itu!
137
00:14:04,000 --> 00:14:05,000
Tepat sekali!
138
00:14:05,120 --> 00:14:08,120
Mungkin ini peluang terakhir kita
untuk tangkap mereka.
139
00:14:09,560 --> 00:14:10,560
Ada apa-apa lagi?
140
00:14:10,640 --> 00:14:11,680
Ada apa-apa lagi?
141
00:14:15,880 --> 00:14:17,440
Dia bercakap benar, tuan.
142
00:14:19,800 --> 00:14:22,720
Tapi firasat saya mengatakan
dia tak ceritakan sepenuhnya.
143
00:14:44,800 --> 00:14:46,560
Hubungilah saya nanti.
144
00:14:48,760 --> 00:14:50,480
Sebelum awak pergi.
145
00:14:53,840 --> 00:14:56,560
Saya mahu sebanyak masa yang mungkin.
146
00:15:34,920 --> 00:15:35,880
Apa masalahnya?
147
00:15:36,920 --> 00:15:38,920
Ada tali barut dalam pasukan tuan.
148
00:15:39,680 --> 00:15:41,360
Dia berikan Nayak semua maklumat.
149
00:15:42,440 --> 00:15:44,560
Saya beritahu tuan
pengintip syarikat penerbangan itu.
150
00:15:44,720 --> 00:15:46,280
Bagaimana Nayak tahu?
151
00:15:48,280 --> 00:15:49,880
Itu mustahil, Bhumi.
152
00:15:50,240 --> 00:15:52,680
Awak tahu saya sendiri pilih
ahli pasukan saya.
153
00:15:53,640 --> 00:15:56,160
Saya percayakan mereka,
tak mungkin mereka khianat!
154
00:16:00,960 --> 00:16:02,680
Saya yang pertaruhkan nyawa saya, tuan.
155
00:16:03,720 --> 00:16:08,320
Saya yang terpaksa tinggal dengan Nayak.
Saya tak peduli siapa tuan percaya.
156
00:16:10,480 --> 00:16:12,040
Tuan saja yang saya percaya.
157
00:16:12,600 --> 00:16:14,400
Tuan juga patut percayakan saya.
158
00:16:24,120 --> 00:16:26,000
Tuan ada beritahu sesiapa hal ini?
159
00:16:44,040 --> 00:16:45,960
Sindiket itu berikan Bhumi nombornya?
160
00:16:46,120 --> 00:16:49,080
- Teruskan pemerhatian, Kamble.
- Baik.
161
00:16:51,760 --> 00:16:53,080
Awak hantar mesej kepada dia?
162
00:16:53,480 --> 00:16:54,960
Saya rasa dia buta huruf.
163
00:16:58,560 --> 00:17:00,160
Saya rasa bukan dia orangnya.
164
00:17:04,440 --> 00:17:06,760
Tuan, dah pukul 4.
Saya perlu hantar mesej itu.
165
00:17:11,560 --> 00:17:14,960
NAMA DAN LOKASI
JUMLAH KUANTITI - 20 KG - 5 KG SEORANG
166
00:17:25,200 --> 00:17:26,200
Dia sedang bergerak.
167
00:17:26,800 --> 00:17:27,640
Baik.
168
00:17:59,840 --> 00:18:01,360
DISAHKAN. BUNGKUSAN DAH DIHANTAR.
169
00:18:01,440 --> 00:18:03,360
Jawapan akan diterima dalam 15 minit.
170
00:18:03,560 --> 00:18:06,440
Mesej itu dihantar kepada saya
dan ahli lain sindiket.
171
00:18:06,800 --> 00:18:10,120
Jika tiada jawapan dalam 15 minit,
maknanya ada yang tak kena.
172
00:18:13,680 --> 00:18:14,520
Okey.
173
00:18:15,000 --> 00:18:16,320
Kita cuba lagi esok.
174
00:18:17,560 --> 00:18:19,080
Jika pola ini berulang,
175
00:18:19,760 --> 00:18:20,800
kita akan serang.
176
00:18:22,400 --> 00:18:27,360
Ku curahkan cintaku…
177
00:18:27,440 --> 00:18:30,080
Jadi, bagaimana dengan Perbadanan Pelacur?
178
00:18:35,600 --> 00:18:37,200
Jangan libatkan diri, okey?
179
00:18:38,000 --> 00:18:39,440
Jijik betul.
180
00:18:40,440 --> 00:18:43,840
Awak curangi isteri awak dengan saya
untuk kutip duit perlindungan.
181
00:18:44,240 --> 00:18:45,520
Bukankah itu jijik?
182
00:18:50,280 --> 00:18:51,480
Dengar sini, Yasmin.
183
00:18:53,200 --> 00:18:54,880
Orang macam awak dan saya,
184
00:18:56,400 --> 00:18:58,520
hidup kita tiada hitam putih.
185
00:18:59,280 --> 00:19:00,640
Kita di tengah-tengah.
186
00:19:02,000 --> 00:19:03,760
Tapi urusan jual beli dadah…
187
00:19:05,760 --> 00:19:07,200
ialah sampah dunia.
188
00:19:08,320 --> 00:19:10,800
Setiap orang yang terlibat akan mati.
189
00:19:11,320 --> 00:19:12,480
Bhonsle…
190
00:19:14,040 --> 00:19:17,080
macam mana saya nak mati
kalau awak ada bersama saya?
191
00:19:17,560 --> 00:19:18,720
- Betul tak?
- Saya?
192
00:19:21,280 --> 00:19:23,200
Awak akan lindungi saya, bukan?
193
00:19:24,440 --> 00:19:26,680
Awak nak saya sertai Perbadanan Pelacur?
194
00:19:27,600 --> 00:19:28,640
Apa salahnya?
195
00:19:30,280 --> 00:19:32,120
Saya cakap ini demi awak.
196
00:19:36,200 --> 00:19:37,600
Apa hal ini?
197
00:19:39,080 --> 00:19:41,120
Seorang pelacur mengugut saya?
198
00:19:41,920 --> 00:19:43,200
"Demi saya?"
199
00:19:49,040 --> 00:19:51,160
Tumpas sudah sang berkuasa, En. Bhonsle!
200
00:19:52,840 --> 00:19:55,480
Apa awak buat? Dengar sini. Bhonsle!
201
00:19:57,880 --> 00:19:58,800
Bhonsle, mari.
202
00:19:58,880 --> 00:20:02,000
Geng pelacur awak
nampaknya dah berjaya, ya?
203
00:20:02,280 --> 00:20:03,640
Awak nak ke mana?
204
00:20:03,960 --> 00:20:05,680
Semua orang suruh saya,
205
00:20:06,160 --> 00:20:09,040
"Bhonsle, abaikan geng pelacur itu.
Tutup mata! Tutup!"
206
00:20:10,480 --> 00:20:13,360
Mereka semua paksa saya tutup mata.
207
00:20:13,520 --> 00:20:15,640
Saya rasa saya patut intai.
208
00:20:17,400 --> 00:20:19,200
Saya memang akan intai.
209
00:20:25,080 --> 00:20:26,040
Bhonsle…
210
00:20:29,880 --> 00:20:32,640
jika awak buat begitu, kita putus.
211
00:20:33,800 --> 00:20:34,800
Okey?
212
00:20:35,880 --> 00:20:36,840
Berambus!
213
00:20:38,360 --> 00:20:40,120
Ada ramai lagi pelacur.
214
00:20:40,920 --> 00:20:42,240
Saya akan cari yang lain!
215
00:20:43,080 --> 00:20:44,800
- Bhonsle!
- Berambus!
216
00:20:44,960 --> 00:20:46,000
Tunggu.
217
00:20:48,640 --> 00:20:49,720
Apa berlaku, tuan?
218
00:20:49,800 --> 00:20:52,400
Dengarnya tuan melepak
dengan pelacur tua sekarang?
219
00:20:54,960 --> 00:20:56,520
Apa yang kelakar?
220
00:20:57,920 --> 00:20:59,520
Cita rasa setiap lelaki berbeza.
221
00:20:59,600 --> 00:21:01,760
Dia berminat dengan yang tua.
222
00:21:05,720 --> 00:21:07,240
Oh, tolonglah.
223
00:21:09,080 --> 00:21:10,920
Jangan ambil hati, Bhonsle.
224
00:21:11,360 --> 00:21:12,600
Kami bergurau saja.
225
00:21:13,680 --> 00:21:15,120
Kenapa pula Bhonsle peduli?
226
00:21:16,840 --> 00:21:18,480
Bhonsle tongong orangnya!
227
00:21:19,400 --> 00:21:21,480
- Dia minum dan meratap macam si lembik!
- Hei!
228
00:21:22,160 --> 00:21:23,480
Jahanamkan saja Bhonsle!
229
00:21:23,640 --> 00:21:25,640
- Hei!
- Ayuh.
230
00:21:26,480 --> 00:21:28,320
Apa kena dengan dia?
231
00:21:30,640 --> 00:21:32,880
Saya takkan beri muka kepada pelacur itu!
232
00:21:34,240 --> 00:21:35,440
Saya akan hentam mereka!
233
00:21:38,400 --> 00:21:39,960
Pakai kondom, ya?
234
00:21:44,280 --> 00:21:45,360
Ya.
235
00:21:46,200 --> 00:21:47,680
Memang patut saya dipersenda.
236
00:21:48,880 --> 00:21:51,480
Hari itu, Tuan Kanetkar hina saya juga,
237
00:21:52,400 --> 00:21:53,840
depan pelacur-pelacur itu,
238
00:21:54,320 --> 00:21:55,240
di balai polis.
239
00:21:55,320 --> 00:21:56,600
Memanglah!
240
00:21:56,960 --> 00:21:59,680
Jangan jaga tepi kain orang,
nanti kain sendiri terselak!
241
00:22:00,040 --> 00:22:01,840
Ada kuasa yang lebih besar terlibat.
242
00:22:02,440 --> 00:22:04,080
Apa awak nak buat?
243
00:22:04,680 --> 00:22:09,800
Bhonsle, hanya menyalak pada orang
yang takut digigit.
244
00:22:09,920 --> 00:22:14,160
Faham tak?
Jika tidak, jangan menonjolkan diri.
245
00:22:14,720 --> 00:22:16,960
Betul tak? Mestilah!
246
00:22:17,560 --> 00:22:19,800
- Berikan kepada tuan ini.
- "Tuan" apa?
247
00:22:20,080 --> 00:22:21,800
Hei, ambil balik arak mahal ini.
248
00:22:22,080 --> 00:22:23,600
Saya nak arak kampung.
249
00:22:24,120 --> 00:22:26,320
Saya tak layak minum wiski premium.
250
00:22:26,760 --> 00:22:28,720
- Saya jijik macam lipas!
- Minumlah!
251
00:22:28,880 --> 00:22:31,120
Tidak, berhenti! Saya hanyalah lipas!
252
00:22:31,280 --> 00:22:35,280
"Lipas! Lipas!" Minum sajalah!
253
00:22:35,440 --> 00:22:38,000
- Cepat!
- Minumlah, Bhonsle. Cepat.
254
00:22:38,880 --> 00:22:39,880
Buka pintu!
255
00:22:41,280 --> 00:22:42,560
Yasmin!
256
00:22:44,400 --> 00:22:45,520
Buka pintu!
257
00:22:46,280 --> 00:22:48,080
Pooja Jadhav. Tujuh bungkus.
258
00:22:48,160 --> 00:22:49,160
Puan…
259
00:22:50,440 --> 00:22:51,600
Bhonsle datang.
260
00:22:53,640 --> 00:22:54,520
Hei!
261
00:22:54,600 --> 00:22:56,480
Pintu tertutup. Tak nampakkah?
262
00:22:56,560 --> 00:22:58,880
- Siapa di dalam?
- Kenapa?
263
00:22:58,960 --> 00:23:00,000
Apa awak nak?
264
00:23:00,080 --> 00:23:02,800
Kamu semua memang suka malukan saya, ya?
265
00:23:03,080 --> 00:23:03,960
Hei!
266
00:23:04,080 --> 00:23:05,960
Berambus atau kami belasah awak!
267
00:23:06,040 --> 00:23:07,600
- Keluar! Pergi!
- Jangan sentuh saya.
268
00:23:13,760 --> 00:23:15,760
Saya nak buat tawaran kepada awak.
269
00:23:19,360 --> 00:23:22,200
Kenapa? Tak cukup awak malukan saya?
270
00:23:22,760 --> 00:23:24,760
Awak dah buktikan yang saya macam lipas!
271
00:23:26,560 --> 00:23:27,880
Kenapa nak buat tawaran?
272
00:23:29,120 --> 00:23:30,560
Kerana awak betul.
273
00:23:31,920 --> 00:23:33,160
Awak memang lipas.
274
00:23:34,400 --> 00:23:38,320
Lipas boleh menyusup
ke tempat yang gajah tak boleh masuk.
275
00:23:39,680 --> 00:23:41,040
Seluruh sistem itu,
276
00:23:41,800 --> 00:23:43,720
setiap longkang dan parit,
277
00:23:44,200 --> 00:23:45,800
cara mengendalikannya,
278
00:23:46,720 --> 00:23:48,000
awak tahu caranya.
279
00:23:49,720 --> 00:23:51,160
Kerana awak lipas.
280
00:23:58,600 --> 00:24:00,000
Kami perlukan awak.
281
00:24:24,840 --> 00:24:26,080
Dia nak pergi.
282
00:24:26,680 --> 00:24:28,840
Biarkan dia. Jangan pandang.
283
00:24:33,520 --> 00:24:35,800
- Oh Tuhan!
- Cakaplah!
284
00:24:36,000 --> 00:24:37,960
- Apa?
- Siapa hantar awak?
285
00:24:38,320 --> 00:24:39,440
Cakap!
286
00:24:40,240 --> 00:24:41,640
Kali ini saya lepaskan awak.
287
00:24:42,720 --> 00:24:44,040
Jika saya jumpa awak lagi,
288
00:24:44,720 --> 00:24:46,440
otak awak akan berkecai!
289
00:24:50,080 --> 00:24:51,480
Jangan hampiri saya.
290
00:24:55,600 --> 00:24:56,600
Awak tak apa-apa?
291
00:26:37,080 --> 00:26:38,680
Saya boleh selamatkan awak.
292
00:26:40,120 --> 00:26:41,120
Betul?
293
00:26:44,280 --> 00:26:45,360
Buatlah.
294
00:26:46,960 --> 00:26:48,000
Dengar sini.
295
00:26:49,280 --> 00:26:51,800
Kita tahu siapa yang melagakan kita.
296
00:26:51,920 --> 00:26:52,920
Siapa?
297
00:26:53,280 --> 00:26:54,920
Antara kita, tiada dendam.
298
00:26:56,360 --> 00:26:58,040
Jika kita bertemu dalam situasi berbeza,
299
00:26:59,520 --> 00:27:00,840
mungkin kita berkawan.
300
00:27:04,040 --> 00:27:07,840
Saya takkan sentuh awak.
Tapi awak kena lupakan dendam awak.
301
00:27:08,400 --> 00:27:10,560
Walaupun mati,
saya tetap nak balas dendam!
302
00:27:13,080 --> 00:27:14,800
Nayak bangsat itu,
303
00:27:16,040 --> 00:27:17,640
dia jadikan saya balu.
304
00:27:19,560 --> 00:27:21,040
Saya akan balas dendam…
305
00:27:22,960 --> 00:27:24,360
tapi bukan terhadap awak.
306
00:27:26,520 --> 00:27:28,600
Saya maksudkan Nayak bangsat itu.
307
00:27:32,200 --> 00:27:33,400
Beritahu saya.
308
00:27:35,360 --> 00:27:37,360
Nayak lelaki tunggal atau satu kumpulan?
309
00:27:39,200 --> 00:27:40,280
Betina sundal.
310
00:27:42,040 --> 00:27:44,560
Awak tidur dengan dia
tapi awak langsung tak tahu?
311
00:27:49,160 --> 00:27:51,360
Awak tidur dengan
seorang lelaki atau ramai?
312
00:27:54,160 --> 00:27:56,360
Awak betul-betul nak tahu berapa?
313
00:28:03,600 --> 00:28:04,720
Maksud awak…
314
00:28:07,200 --> 00:28:08,400
Ia satu kumpulan?
315
00:28:08,800 --> 00:28:10,360
Itu kata mereka.
316
00:28:13,240 --> 00:28:15,680
Saya juga sangka ia seorang lelaki.
317
00:28:17,240 --> 00:28:19,080
Saya terima arahan dalam telefon.
318
00:28:25,400 --> 00:28:26,440
Dengar sini.
319
00:28:28,160 --> 00:28:29,880
Saya akan rahsiakan tentang awak.
320
00:28:31,160 --> 00:28:32,680
Jika tidak, awak tahulah…
321
00:28:43,920 --> 00:28:45,120
Berehatlah.
322
00:29:00,520 --> 00:29:01,680
Perempuan jalang itu tabah.
323
00:29:03,320 --> 00:29:04,840
Pelakon yang hebat.
324
00:29:05,520 --> 00:29:08,920
"Saya sangka seorang lelaki juga."
325
00:29:09,000 --> 00:29:10,040
Dia menipu?
326
00:29:10,120 --> 00:29:12,680
Entah macam mana mereka
yang miang gatal itu hidup?
327
00:29:12,760 --> 00:29:14,720
- Apa nak buat?
- Boleh buat apa?
328
00:29:14,920 --> 00:29:17,000
- Terus ekorinya.
- Tapi Nayak seorang lelaki?
329
00:29:17,080 --> 00:29:18,480
Pasti dia seorang lelaki!
330
00:29:18,640 --> 00:29:20,520
Berapa orang saya perlu bunuh?
331
00:30:10,120 --> 00:30:11,680
- Chembur?
- Okey.
332
00:30:12,160 --> 00:30:14,400
- Mahim pula?
- Terkawal juga.
333
00:30:14,920 --> 00:30:16,040
Puan!
334
00:30:17,480 --> 00:30:19,160
- Begini…
- Selamat pagi, puan.
335
00:30:19,280 --> 00:30:21,200
Saya dari pejabat Majlis Perbandaran.
336
00:30:21,800 --> 00:30:23,360
Hei, ke tepi.
337
00:30:23,920 --> 00:30:25,360
Sila duduk, tuan.
338
00:30:27,600 --> 00:30:28,760
Awak dah gila?
339
00:30:29,120 --> 00:30:31,520
Jauhkan saya
daripada pegawai kerajaan, okey?
340
00:30:33,160 --> 00:30:36,720
Permintaan puan diluluskan.
Kami terima arahan daripada kementerian.
341
00:30:37,200 --> 00:30:39,440
Tandatangani dokumen ini
untuk selesaikan pajakan.
342
00:30:39,840 --> 00:30:41,880
Puan boleh lihat bangunan itu
bila-bila masa.
343
00:30:43,280 --> 00:30:44,400
Bangunan apa?
344
00:30:44,600 --> 00:30:47,000
Bangunan untuk organisasi sosial awak.
345
00:30:48,440 --> 00:30:50,000
Organisasi Kebajikan Wanita?
346
00:30:50,520 --> 00:30:52,440
Bangunan untuk NGO awak.
347
00:30:55,920 --> 00:30:58,520
- Ini arahan kementerian?
- Ya, kami terima hari ini.
348
00:30:59,280 --> 00:31:02,080
Bangunan ini bangunan lama
yang terikat dengan litigasi.
349
00:31:02,600 --> 00:31:04,200
Ia boleh dipajakkan
350
00:31:04,280 --> 00:31:06,360
hanya setelah kementerian benarkan.
351
00:31:09,960 --> 00:31:11,280
Bubuh tandatangan di sini.
352
00:31:13,320 --> 00:31:16,400
- Boleh kami lihat bangunan itu hari ini?
- Tentulah.
353
00:31:19,960 --> 00:31:21,080
Ini dia.
354
00:31:22,160 --> 00:31:23,520
Inilah bangunan puan.
355
00:31:29,680 --> 00:31:30,720
Silakan.
356
00:31:32,960 --> 00:31:34,280
Wah!
357
00:31:34,760 --> 00:31:37,000
- Ada lagi!
- Hebatnya!
358
00:31:37,480 --> 00:31:39,520
- Besar sungguh!
- Mari!
359
00:31:39,760 --> 00:31:41,680
Besarnya rumah agam ini!
360
00:31:42,560 --> 00:31:43,680
- Tengok…
- Tipu!
361
00:31:44,280 --> 00:31:46,200
Hei, Mary!
362
00:31:46,480 --> 00:31:48,200
Kubu! Ini kubu!
363
00:31:48,320 --> 00:31:50,960
Angkatan tentera pun boleh duduk di sini!
364
00:31:51,320 --> 00:31:53,720
- Ini akan jadi pejabat kita, bukan?
- Hei!
365
00:31:53,920 --> 00:31:55,600
Kita juga boleh tinggal di sini!
366
00:31:55,720 --> 00:31:56,840
Awak fikir
367
00:31:57,440 --> 00:31:59,320
saya tak boleh uruskan sendiri?
368
00:31:59,720 --> 00:32:02,480
- Awak boleh uruskan sendiri.
- Jadi kenapa tolong saya?
369
00:32:02,720 --> 00:32:04,640
Keluarkan mereka dari lokap?
370
00:32:05,480 --> 00:32:07,320
Serta bangunan kebajikan sosial ini?
371
00:32:07,920 --> 00:32:09,280
Itu cuma hadiah.
372
00:32:09,680 --> 00:32:11,240
Saya takkan bantu awak lagi.
373
00:32:11,800 --> 00:32:13,480
Awak pun dah tak perlu bantuan.
374
00:32:14,160 --> 00:32:16,480
Tapi apa nak dibuat
dengan bangunan besar itu?
375
00:32:16,680 --> 00:32:19,280
Tak lama lagi ia tak cukup besar
untuk awak.
376
00:32:19,840 --> 00:32:21,080
Awak tak tahu
377
00:32:21,800 --> 00:32:23,560
awak dah jadi apa.
378
00:32:23,880 --> 00:32:25,560
Serta arah tujuan awak.
379
00:32:55,960 --> 00:32:58,920
Saya terima mesej Nayak.
Dia nak jumpa saya segera.
380
00:33:00,680 --> 00:33:02,880
- Rasanya ada sesuatu tak kena.
- Kenapa?
381
00:33:03,200 --> 00:33:05,120
Tuan, dia mencurigai motif saya!
382
00:33:05,560 --> 00:33:06,600
Mereka curiga.
383
00:33:07,200 --> 00:33:09,520
Pasti mata-matanya maklumkan dia.
384
00:33:11,080 --> 00:33:12,240
Apa patut kita buat?
385
00:33:14,200 --> 00:33:15,480
Saya kena pergi.
386
00:33:16,760 --> 00:33:19,720
Saya perlu hantar mesej
antara pukul 4 hingga 4.30 petang.
387
00:33:21,240 --> 00:33:22,280
Okey.
388
00:33:23,960 --> 00:33:24,880
Saya pergi dulu.
389
00:33:56,400 --> 00:33:57,440
Ini saya.
390
00:34:11,120 --> 00:34:12,440
Awak dah hantar mesej?
391
00:34:14,960 --> 00:34:15,880
Ya.
392
00:34:19,840 --> 00:34:22,159
Saya akan terima pemberitahuan
dalam 15 minit
393
00:34:23,440 --> 00:34:25,520
jika tiada sesiapa buat silap.
394
00:34:45,239 --> 00:34:47,719
Jadi kita tak ada banyak masa.
395
00:34:58,160 --> 00:35:00,200
Leena, maklumkan unit kedua.
396
00:35:00,520 --> 00:35:01,400
Ambil tempat.
397
00:35:01,480 --> 00:35:02,360
Bersedia.
398
00:35:33,360 --> 00:35:34,800
Tengok betul-betul.
399
00:36:12,080 --> 00:36:15,000
- Hei, apa yang berlaku?
- Tunduk! Tunduk!
400
00:36:15,080 --> 00:36:16,120
Hei!
401
00:36:16,200 --> 00:36:17,960
- Tunduk!
- Dia dah ditangkap, tuan.
402
00:36:18,120 --> 00:36:21,600
Tiga minit untuk hantar pemberitahuan.
Pasukan jenayah siber uruskan?
403
00:36:23,920 --> 00:36:26,080
- Bagaimana pemberitahuan dihantar?
- Tak tahu.
404
00:36:26,160 --> 00:36:27,200
Saya tak tahu…
405
00:36:40,280 --> 00:36:42,160
Beritahu cara hantar pemberitahuan.
406
00:36:42,240 --> 00:36:45,760
Ibu bapa saya tak tahu ini kerja saya.
Tolonglah, hancurlah hidup saya!
407
00:36:45,840 --> 00:36:47,960
Bagaimana nak hantar pemberitahuan?
408
00:36:48,120 --> 00:36:50,240
- Kenapa, Kamble?
- Budak ini cemas, tuan.
409
00:36:50,360 --> 00:36:51,600
Dia tak berfikir dengan waras.
410
00:36:51,760 --> 00:36:53,240
Tampar dia sampai dia waras.
411
00:37:01,920 --> 00:37:03,520
Periksa sejarah mesej rangkaian tertutup.
412
00:37:03,720 --> 00:37:04,920
Periksa mesej semalam.
413
00:37:05,680 --> 00:37:06,560
TIADA PADANAN DITEMUI
414
00:37:06,760 --> 00:37:09,320
- Dah dipadam, tuan.
- Celaka, kita kesuntukan masa!
415
00:37:37,000 --> 00:37:37,840
TIADA PADANAN DITEMUI
416
00:38:09,680 --> 00:38:10,520
TIADA PADANAN DITEMUI
417
00:38:33,080 --> 00:38:34,520
Mesej dihantar, tuan.
418
00:39:10,600 --> 00:39:13,720
Sindiket Nayak jalankan kegiatan
melalui rangkaian tertutup.
419
00:39:14,760 --> 00:39:16,680
Setiap pautan rangkaian itu
ada ID tersendiri
420
00:39:16,760 --> 00:39:18,720
yang digunakan untuk berkomunikasi.
421
00:39:19,320 --> 00:39:22,240
Komunikasi di dalam rangkaian tertutup
diuruskan operator.
422
00:39:22,320 --> 00:39:23,640
Seperti yang kita tangkap.
423
00:39:23,760 --> 00:39:26,520
Maknanya ada lagi operator begitu
dalam rangkaian Nayak?
424
00:39:27,480 --> 00:39:28,520
Kemungkinan besar.
425
00:39:29,120 --> 00:39:30,200
Oh Tuhan!
426
00:39:35,520 --> 00:39:38,200
LAPORAN BENGKEL DICURIGAI
DI KIHIM, PTM 3.
427
00:39:53,160 --> 00:39:55,320
Awak beri sedikit maklumat kepada polis?
428
00:39:56,560 --> 00:39:57,960
Pasal bengkel mencurigakan?
429
00:40:00,440 --> 00:40:02,840
Ya, Fernandez tak habis-habis
menyoal saya.
430
00:40:04,200 --> 00:40:06,760
Saya berikan sedikit umpan
untuk saya lepaskan diri.
431
00:40:07,320 --> 00:40:09,000
Saya kata, "Mungkin ada bengkel."
432
00:40:10,200 --> 00:40:11,360
Alibaug, betul?
433
00:40:12,080 --> 00:40:13,160
Kihim.
434
00:40:14,960 --> 00:40:16,240
Kihim, Alibaug,
435
00:40:17,080 --> 00:40:18,080
sama saja.
436
00:40:34,640 --> 00:40:36,720
- Selamat pagi, tuan.
- Selamat pagi.
437
00:40:39,720 --> 00:40:40,760
Apa yang berlaku?
438
00:40:41,520 --> 00:40:42,920
- Periksa.
- Telefon saya…
439
00:40:43,000 --> 00:40:44,160
Duduk, Karmarkar.
440
00:40:46,280 --> 00:40:47,240
Duduk, semua.
441
00:40:56,800 --> 00:40:58,880
Tuan, pasukan tuan ada tali barut.
442
00:40:59,680 --> 00:41:02,560
Bhumi beritahu kamu
tentang bengkel yang mencurigakan.
443
00:41:02,960 --> 00:41:06,200
Sindiket Nayak ada bengkel di Palghar.
444
00:41:06,400 --> 00:41:08,160
Saya terdengar perbualan mereka
445
00:41:08,400 --> 00:41:09,920
tentang bengkel di Khandala.
446
00:41:10,000 --> 00:41:11,040
Di mana?
447
00:41:11,160 --> 00:41:12,320
Kihim.
448
00:41:12,480 --> 00:41:13,520
Alibaug.
449
00:41:14,960 --> 00:41:17,080
Tuan, mereka diberitahu lokasi berbeza.
450
00:41:17,640 --> 00:41:19,560
Saya beritahu Kihim kepada Karmarkar.
451
00:41:31,520 --> 00:41:33,160
Nak saya periksa rakaman?
452
00:41:35,360 --> 00:41:36,640
Kita perlu rahsiakannya.
453
00:41:37,520 --> 00:41:39,840
Sindiket Nayak tak boleh tahu
dia tertangkap.
454
00:41:41,880 --> 00:41:44,880
Bagaimana jika Karmarkar sendiri
beritahu mereka?
455
00:41:45,440 --> 00:41:47,000
Dia orang pertama mereka akan bunuh.
456
00:41:48,600 --> 00:41:50,120
Saya rasa seperti orang dungu.
457
00:41:54,520 --> 00:41:58,080
Saya tak pernah tersilap
pilih orang, Karmarkar!
458
00:42:00,840 --> 00:42:02,800
Tuan tak silap pilih orang.
459
00:42:04,480 --> 00:42:06,560
Tapi saya tak bertuah macam pegawai lain.
460
00:42:07,360 --> 00:42:11,040
Saya ada anak lelaki berusia lapan tahun.
Mereka culik dia.
461
00:42:14,200 --> 00:42:15,640
Saya buat apa yang perlu.
462
00:42:20,320 --> 00:42:21,560
Kita bincang hal ini kemudian.
463
00:42:22,680 --> 00:42:26,040
Karmarkar disingkir daripada operasi ini.
Jangan berikan dia maklumat.
464
00:42:27,920 --> 00:42:30,800
Tiada sesiapa di luar bilik ini
boleh tahu hal ini.
465
00:42:37,640 --> 00:42:39,040
- Tuan!
- Tak mengapa.
466
00:42:39,440 --> 00:42:40,600
Duduk.
467
00:42:42,160 --> 00:42:43,240
Terima kasih.
468
00:42:45,760 --> 00:42:47,400
Jadi, bagaimana setakat ini?
469
00:42:51,640 --> 00:42:52,920
Sama saja, tuan.
470
00:42:57,960 --> 00:42:59,120
Cakaplah.
471
00:42:59,760 --> 00:43:01,520
Bagaimana dengan Pesuruhjaya Bhat?
472
00:43:06,480 --> 00:43:08,000
Saya mungkin akan dipindahkan.
473
00:43:08,800 --> 00:43:09,920
Apa?
474
00:43:11,240 --> 00:43:12,960
Mereka perlukan kambing hitam.
475
00:43:14,240 --> 00:43:16,720
Awak pun tahu betapa buruk
reputasi kita sekarang.
476
00:43:17,880 --> 00:43:19,960
Media memang tak guna, tuan.
477
00:43:22,360 --> 00:43:25,560
Mereka tak faham
operasi dadah sebesar ini, tuan!
478
00:43:27,320 --> 00:43:29,480
Tapi sekarang kita ada perkembangan, tuan.
479
00:43:31,320 --> 00:43:33,600
Nampaknya tak cukup pantas.
480
00:43:35,280 --> 00:43:37,360
Saya faham, hal begini mengambil masa.
481
00:43:38,800 --> 00:43:43,120
Tuan, kita hampir mendedahkan seluruh
operasi sindiket Nayak tak lama lagi.
482
00:43:43,800 --> 00:43:45,480
Tarikhnya tiada, Fernandez.
483
00:43:47,640 --> 00:43:50,480
Maklumat ini sia-sia tanpa tarikh itu.
484
00:44:14,840 --> 00:44:16,800
Saya perlukan fail Karwar lagi.
485
00:44:21,600 --> 00:44:23,720
Seluruh sindiket ini tahu tarikh itu.
486
00:44:24,400 --> 00:44:26,880
Tapi tak disebut
di dalam rangkaian tertutup.
487
00:44:27,600 --> 00:44:29,400
Dapatkan segala statistik kita!
488
00:44:29,480 --> 00:44:32,200
Udara, darat, laut,
tempat pemeriksaan, segalanya!
489
00:44:32,280 --> 00:44:34,880
- Ada perkembangan tentang tarikh itu?
- Belum, tuan.
490
00:44:45,120 --> 00:44:46,320
Tuan, begini.
491
00:44:46,480 --> 00:44:49,080
Hari pertama, ada pergerakan dadah.
Kedua, ada pergerakan.
492
00:44:49,160 --> 00:44:50,320
Ketiga, ada pergerakan.
493
00:44:50,440 --> 00:44:52,720
Keempat, tiada apa-apa. Kelima, ada.
494
00:44:52,800 --> 00:44:54,560
Enam, tujuh, tiada apa-apa.
495
00:44:54,640 --> 00:44:55,960
- Hari kelapan…
- Nambiar!
496
00:44:56,240 --> 00:44:58,000
Siri Fibonacci, tuan!
497
00:44:58,640 --> 00:45:00,760
Tuan, sifar, satu, satu, dua,
498
00:45:00,880 --> 00:45:02,720
dua tambah satu, tiga,
tiga tambah dua, lima,
499
00:45:02,800 --> 00:45:05,160
lima tambah tiga, lapan,
lapan tambah lima, 13!
500
00:45:05,600 --> 00:45:07,720
Tuan, inilah pola kerja sindiket itu.
501
00:45:09,640 --> 00:45:11,280
Jadi, maksud awak,
502
00:45:11,360 --> 00:45:13,160
pada hari pertama, kedua,
503
00:45:13,520 --> 00:45:15,680
ketiga dan kelima, ada rekod pergerakan?
504
00:45:15,760 --> 00:45:17,600
- Ya, tuan, ini polanya!
- Tidak!
505
00:45:18,160 --> 00:45:20,400
Tiada pergerakan
pada hari pertama dan kedua.
506
00:45:21,400 --> 00:45:25,480
Tapi itulah polanya, tuan!
Mereka guna pola yang sama di Karwar!
507
00:45:26,560 --> 00:45:29,960
Tiada tarikh.
Kita perlukan tarikhnya, Nambiar!
508
00:45:36,800 --> 00:45:41,760
Kasihan, dia dilahirkan pada hari ke-13
di dalam kalendar qamari.
509
00:45:41,920 --> 00:45:44,160
Kedudukan bulan
dalam carta kelahirannya tak bertuah.
510
00:45:44,320 --> 00:45:47,240
Awak percayakan
carta matahari dan bulan itu?
511
00:45:47,440 --> 00:45:51,880
Jangan pandang rendah pada bulan.
Bulan amat berkuasa.
512
00:45:52,000 --> 00:45:53,040
Bulan!
513
00:45:55,440 --> 00:45:57,360
- Bulan!
- Sayang?
514
00:45:58,080 --> 00:45:59,760
Sayang, apa masalahnya?
515
00:45:59,840 --> 00:46:01,000
Tuan!
516
00:46:01,200 --> 00:46:02,240
Dia dah kembali!
517
00:46:02,560 --> 00:46:04,240
Kali ini dia bawa kalendar!
518
00:46:07,440 --> 00:46:09,080
Kita terleka kerana matahari.
519
00:46:09,720 --> 00:46:13,200
Pola siri Fibonacci itu betul!
Tapi mereka tak gunakan kalendar suria!
520
00:46:13,280 --> 00:46:14,160
Bulan!
521
00:46:14,240 --> 00:46:16,920
Dia tukar kepada kalendar qamari
berdasarkan bulan.
522
00:46:17,600 --> 00:46:20,560
Kalendar suria ialah cara barat.
India guna kalendar qamari.
523
00:46:21,520 --> 00:46:22,880
- Kalendar Telugu.
- Okey.
524
00:46:23,080 --> 00:46:24,040
Lihat ini.
525
00:46:24,240 --> 00:46:25,200
Hari pertama.
526
00:46:25,320 --> 00:46:26,160
Hari kedua.
527
00:46:26,240 --> 00:46:27,160
Hari ketiga.
528
00:46:27,240 --> 00:46:28,240
Hari kelima.
529
00:46:28,320 --> 00:46:29,200
Hari kelapan.
530
00:46:29,400 --> 00:46:30,280
Hari ke-13.
531
00:46:30,400 --> 00:46:33,560
30 Ogos! Tiada pergerakan sejak 30 Ogos!
532
00:46:34,200 --> 00:46:35,320
Betul, tuan.
533
00:46:36,200 --> 00:46:39,320
Jadi, apa yang tinggal?
Hari ke-21, ke-34 dan seterusnya.
534
00:46:39,440 --> 00:46:43,360
Tapi hari ke-34 dan seterusnya tak mungkin
kerana kitaran bulan hanya 28 hari.
535
00:46:43,480 --> 00:46:45,800
Jadi, tinggal satu hari lagi, tuan.
Hari ke-21.
536
00:46:49,480 --> 00:46:50,560
7 September?
537
00:46:50,760 --> 00:46:51,720
Tepat sekali!
538
00:46:55,400 --> 00:46:58,680
Ia 7hb September.
539
00:46:59,280 --> 00:47:00,440
Lima hari lagi.
540
00:47:01,200 --> 00:47:02,600
Hanya lima hari lagi, Bhumi.
541
00:47:04,040 --> 00:47:08,200
Kemudian, macam mana sekalipun,
kita akan tutup kes Nayak selamanya!
542
00:47:17,240 --> 00:47:18,960
Awak suka matahari…
543
00:47:20,240 --> 00:47:21,160
atau bulan?
544
00:47:27,040 --> 00:47:28,440
Tak pernah terfikir pula.
545
00:47:36,040 --> 00:47:37,360
Saya suka bulan.
546
00:47:41,040 --> 00:47:42,040
Saya juga.
547
00:51:25,440 --> 00:51:27,440
Terjemahan sari kata oleh Faiq