1 00:00:06,041 --> 00:00:08,958 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:13,916 --> 00:00:16,416 CECEHAN 23, CECEHAN 24 1 MEI, 28 MEI, 4 JUN 3 00:00:39,166 --> 00:00:41,208 …bernafas melalui pen. 4 00:00:41,291 --> 00:00:42,750 Ia terasa masam manis. 5 00:00:42,833 --> 00:00:45,041 Ya, tapi jangan biar mereka tahu. 6 00:00:45,125 --> 00:00:47,625 Mereka hembus asap rokok. Basah lencun. 7 00:00:47,708 --> 00:00:50,041 Kacang kedelai bermain di stadium. 8 00:00:50,125 --> 00:00:53,208 Kehendak individu disumbat bawah katil, hancur lumat. 9 00:00:53,291 --> 00:00:56,333 Tolak dengan kuku komputer. Selamba. 10 00:00:56,416 --> 00:00:58,583 Pokok mengancam payung terjun? 11 00:00:58,666 --> 00:01:00,625 Ibu awak sepatutnya dah beritahu. 12 00:01:00,708 --> 00:01:03,625 Larilah macam orang gila, tapi jaga adab. 13 00:01:04,291 --> 00:01:07,375 Orang bertukar menjadi tikus dengan sangat cepat, 14 00:01:07,458 --> 00:01:09,375 aforisme sudah tidak bernilai. 15 00:01:09,458 --> 00:01:12,500 Kalaulah saya boleh cairkan cinta demi seni, 16 00:01:12,583 --> 00:01:14,416 tak perlulah saya makan sampah. 17 00:01:14,500 --> 00:01:16,208 Tapi ia tak berhasil. 18 00:01:16,708 --> 00:01:19,791 Mereka potong jari saya supaya saya tak dapat kira. 19 00:01:19,875 --> 00:01:21,291 Tapi awak tak tahu 20 00:01:21,375 --> 00:01:25,375 saya hirup maruah yang pengemis kuburkan. 21 00:01:25,458 --> 00:01:29,958 Awak takut menentang fizik. Saya nampak melalui kelutsinaran awak. 22 00:01:30,041 --> 00:01:31,166 Cahaya dipancarkan… 23 00:01:48,166 --> 00:01:51,125 Sekarang minggu ketiga bulan ini. 24 00:01:52,291 --> 00:01:55,208 Tiada sinestesia sepanjang lima minggu lepas. 25 00:01:57,000 --> 00:01:59,250 Mimpi dahsyat dan khayalan berterusan. 26 00:02:01,833 --> 00:02:03,458 Fungsi otak aktif. 27 00:02:04,250 --> 00:02:06,083 Halusinasi berterusan. 28 00:02:08,458 --> 00:02:11,916 Dah lama juga tiada serangan sawan. 29 00:02:15,583 --> 00:02:16,625 Tahap tiga. 30 00:02:18,958 --> 00:02:20,458 Cecehan selama 50 saat. 31 00:02:22,750 --> 00:02:24,125 40.1 Celcius. 32 00:02:32,583 --> 00:02:33,583 Tak guna… 33 00:02:44,708 --> 00:02:46,208 Virus semantik. 34 00:02:46,708 --> 00:02:50,791 Itulah panggilannya ketika wabak ini bermula lapan tahun lalu. 35 00:02:55,958 --> 00:03:00,708 Ia wabak ketidaksiuman yang merebak melalui perbualan. 36 00:03:01,666 --> 00:03:03,000 ARDS. 37 00:03:03,791 --> 00:03:06,250 Atau nama gelarannya, menceceh. 38 00:03:06,916 --> 00:03:10,041 Orang yang dijangkitinya akan cakap mengarut. 39 00:03:10,958 --> 00:03:13,208 Itu simptom terawal dan terpenting. 40 00:03:19,166 --> 00:03:22,208 Saluran komunikasi ditutup, krisis ekonomi melanda, 41 00:03:23,000 --> 00:03:27,291 kebimbangan akan keruntuhan sistem, panik, ketakutan, huru-hara… 42 00:03:27,375 --> 00:03:29,375 Dunia tewas kepada wabak ini. 43 00:03:29,458 --> 00:03:32,416 …mematuhi semua syarat dan peraturan. 44 00:03:32,500 --> 00:03:37,083 Tolong bekerjasama dengan IAW untuk menentang musuh agensi ini. 45 00:03:37,166 --> 00:03:39,375 Lima protokol pengasingan utama… 46 00:03:39,458 --> 00:03:41,541 Penawar yang dinanti-nantikan tiada 47 00:03:41,625 --> 00:03:46,000 dan Institut Antiwabak terus mengambil langkah pencegahan yang bukan-bukan. 48 00:03:46,625 --> 00:03:50,541 Semasa mereka umumkan penetapan zon selamat di bandar, 49 00:03:50,625 --> 00:03:53,083 kami sedar kami takkan dapat berpatah balik. 50 00:03:53,666 --> 00:03:54,833 IAW 51 00:03:56,250 --> 00:03:59,666 Apabila mereka pisahkan orang daripada keluarga dan kawan 52 00:03:59,750 --> 00:04:03,958 dan kurung mereka di zon kuarantin, 53 00:04:04,041 --> 00:04:08,250 rusuhan, konflik, pemberontakan tercetus di seluruh negara. 54 00:04:10,875 --> 00:04:11,875 ZON KUARANTIN 17 55 00:04:11,916 --> 00:04:15,541 Satu agensi melihatnya sebagai peluang untuk merampas kuasa. 56 00:04:16,041 --> 00:04:17,291 Agensi IAW. 57 00:04:21,875 --> 00:04:23,791 Ya, burung masih terbang tinggi… 58 00:04:25,541 --> 00:04:27,041 dan air laut masih masin. 59 00:04:28,750 --> 00:04:30,541 Tapi keadaan dah berubah. 60 00:04:35,833 --> 00:04:36,875 Aku pun sama. 61 00:04:42,583 --> 00:04:44,416 Aku Murat Siyavus. 62 00:04:44,916 --> 00:04:49,416 Terperangkap antara kengerian masa silam dan masa depan yang suram. 63 00:04:50,333 --> 00:04:52,583 Dunia bawah kuasa IAW bukan untuk aku. 64 00:04:52,666 --> 00:04:57,041 Dunia yang dipenuhi penceceh dan orang yang takut menceceh. 65 00:04:58,041 --> 00:05:01,875 Namun aku tak mampu menceceh, kalau aku mahu sekalipun. 66 00:05:15,791 --> 00:05:19,708 HIDUP TAK SEPATUTNYA BEGINI 67 00:05:19,791 --> 00:05:23,000 INGATILAH KOCAELI! 68 00:05:34,500 --> 00:05:37,916 Pada satu petang, tak lama selepas tahun baru bermula, 69 00:05:38,000 --> 00:05:39,500 aku melihatnya buat kali pertama. 70 00:05:40,541 --> 00:05:42,333 Kenapa aku tertarik kepadanya? 71 00:05:43,625 --> 00:05:47,083 Adakah kerana aku cuba kembali ke rumah ibuku 72 00:05:47,166 --> 00:05:50,458 untuk berlindung kerana terlampau terdesak 73 00:05:50,958 --> 00:05:55,791 sementara dia tenang membaca buku di perhentian bas? 74 00:05:56,708 --> 00:06:00,250 Atau kerana dia mengingatkan aku kepada diriku 75 00:06:00,875 --> 00:06:03,375 di dunia yang sudah tiada? 76 00:06:14,625 --> 00:06:16,000 Padaku, dia bak penawar 77 00:06:17,291 --> 00:06:21,333 yang mustahil menjadi nyata jika berdasarkan kebarangkalian, 78 00:06:22,208 --> 00:06:25,833 dan aku bagai baru terjaga daripada mimpi indah 79 00:06:25,916 --> 00:06:27,666 dan menyedari yang aku masih bermimpi. 80 00:06:34,583 --> 00:06:37,166 Jarak antara kami cuma 10, 15 atau 20 meter. 81 00:06:38,000 --> 00:06:39,666 Mungkin sejauh tahun cahaya. 82 00:06:40,625 --> 00:06:42,250 Atau hanya lima sentimeter. 83 00:06:50,000 --> 00:06:51,541 Aku terasa ingin menangis. 84 00:07:23,125 --> 00:07:25,666 Bas tak lalu perhentian ini. 85 00:07:37,208 --> 00:07:39,750 Bolehkah bunga yang tumbuh dari celah rekahan konkrit 86 00:07:39,833 --> 00:07:41,791 atau cinta seorang wanita jelita 87 00:07:43,000 --> 00:07:44,875 mendorong lelaki untuk terus hidup? 88 00:07:47,000 --> 00:07:48,666 Masihkah wujud harapan? 89 00:07:54,208 --> 00:07:58,583 Perintah berkurung ditetapkan selepas pukul 6 petang di zon selamat. 90 00:08:03,000 --> 00:08:07,625 Perintah berkurung ditetapkan selepas pukul 6 petang di zon selamat. 91 00:08:25,125 --> 00:08:27,000 KESELAMATAN 92 00:08:56,250 --> 00:08:58,500 IAW PENGUMUMAN KESELAMATAN 93 00:09:38,166 --> 00:09:39,166 Mak. 94 00:09:46,208 --> 00:09:47,250 Sudoku, ya? 95 00:09:51,833 --> 00:09:53,125 Terima kasih! 96 00:09:59,666 --> 00:10:01,791 Dah lama kamu tak beli. 97 00:10:03,083 --> 00:10:06,083 - Kamu ada beli sabun? - Apa? Tidak. 98 00:10:15,250 --> 00:10:17,375 Makbule nak jumpa kita esok. 99 00:10:28,458 --> 00:10:30,541 TITISAN SALJU 100 00:10:32,916 --> 00:10:36,250 - "Galanthus byzantinus." - Apa? 101 00:10:37,458 --> 00:10:40,875 Galanthus byzantinus. Mak tahu ia hanya tumbuh di Istanbul? 102 00:10:44,333 --> 00:10:47,875 Murat, kamu tahu sabun dah habis? 103 00:10:47,958 --> 00:10:50,500 Saya baru balik. Lama lagi baru boleh keluar semula. 104 00:10:50,583 --> 00:10:53,291 - Sabun dah habis. - Mak pun tahu peraturannya. 105 00:10:53,375 --> 00:10:54,416 Pandang sini. 106 00:10:57,708 --> 00:10:59,500 Sabun dah habis. 107 00:11:40,125 --> 00:11:41,250 Apa kamu buat? 108 00:11:43,208 --> 00:11:46,083 Hei, jangan kacau Sudoku itu! 109 00:11:51,916 --> 00:11:53,208 Ke tepi. 110 00:12:30,750 --> 00:12:34,583 SAYA TAHU BAS TAK DATANG. SEBAB ITU SAYA TUNGGU DI SINI. 111 00:12:37,000 --> 00:12:39,875 PENUNGGU BAS YANG TAKKAN TIBA 112 00:13:03,125 --> 00:13:04,875 MINIMUM KOMUNIKASI MAKSIMUM KESELAMATAN 113 00:13:04,958 --> 00:13:07,791 JANGAN CAKAP! DILARANG MASUK TANPA FON KEPALA 114 00:13:12,791 --> 00:13:14,083 SISTEM KESELAMATAN ARDS 115 00:13:15,000 --> 00:13:16,666 Mak, saya nak balik. 116 00:13:16,750 --> 00:13:20,083 Sabarlah, sayang. Kita balik selepas kita bayar. 117 00:13:20,166 --> 00:13:21,750 Jangan sentuh benda itu! 118 00:13:21,833 --> 00:13:23,708 Mak dah beli benda itu. 119 00:13:23,791 --> 00:13:27,750 - Tapi saya nak balik. - Pakai, kemudian, kita balik. 120 00:13:30,166 --> 00:13:32,583 Kenapa kamu degil? Pakai cepat. 121 00:13:43,458 --> 00:13:46,833 - Maaf. Awak jurutera? - Apa? 122 00:13:46,916 --> 00:13:51,041 Jangan korbankan dorongan geseran demi kebencian terhadap silinder. 123 00:14:03,291 --> 00:14:04,583 Penceceh! 124 00:14:05,958 --> 00:14:07,791 Keluar. Cepat! 125 00:14:14,708 --> 00:14:18,041 Tidak, jangan tutup. Anak saya di sana. Anak saya… 126 00:14:26,791 --> 00:14:29,500 Bergolek seperti ikan di sebalik gelangsar. 127 00:14:36,625 --> 00:14:37,958 Buka! 128 00:14:38,583 --> 00:14:39,916 Ia tersekat! 129 00:14:42,708 --> 00:14:45,625 Jika ikan itu biru gangsa, saya sepintar bengap. 130 00:14:47,458 --> 00:14:49,375 Angin kereta api tapis bakul. 131 00:14:49,458 --> 00:14:53,041 Jika awak cecah tundra berputar, ia akan retak. Apabila… 132 00:14:53,125 --> 00:14:54,125 Tolong! 133 00:14:54,166 --> 00:14:56,708 Keseimbangan meraung apabila hujan rintik. 134 00:14:56,791 --> 00:14:58,833 - Bersiul dan hujan… - Ikut saya. 135 00:14:59,333 --> 00:15:01,500 Tolonglah! 136 00:15:01,583 --> 00:15:04,166 Apabila tak seimbang, pepenjuru muncul. 137 00:15:04,250 --> 00:15:05,916 Letak dua bawang di atasnya. 138 00:15:06,000 --> 00:15:09,375 Selepas awak melepasi mensiang, garu telinga awak. 139 00:15:10,208 --> 00:15:12,125 - Awak masih… - Sekali lagi! 140 00:15:12,208 --> 00:15:13,500 Sekali lagi! 141 00:15:13,583 --> 00:15:16,250 - Sayang, mari sini! - Masuk! 142 00:15:16,333 --> 00:15:18,125 Sayang… 143 00:15:19,125 --> 00:15:22,041 Penglihatan awak boleh buat daun kucai bunuh diri. 144 00:15:22,125 --> 00:15:24,500 Tapi awak abdikan diri kepada dinding. 145 00:15:24,583 --> 00:15:27,000 Dekati dinding dan pandang telur. 146 00:15:27,083 --> 00:15:28,083 Apabila awak… 147 00:15:29,666 --> 00:15:33,666 Awak akan nampak hujung kacang pis, tapi jangan endahkan bisikannya. 148 00:15:33,750 --> 00:15:36,041 Awak dengar pandangan roti. 149 00:15:36,125 --> 00:15:40,666 Tapi apabila pandangan roti dan minyak zaitun bertembung, ia mengecut. 150 00:15:40,750 --> 00:15:44,541 Kemudian, putiknya muncul dalam jiwa… 151 00:15:57,041 --> 00:15:58,083 Tak guna. 152 00:16:10,375 --> 00:16:12,583 Celaka betul. 153 00:16:46,750 --> 00:16:48,000 Tak guna. 154 00:16:48,083 --> 00:16:50,791 Bodoh! 155 00:16:56,916 --> 00:16:59,458 DILARANG MASUK TANPA FON KEPALA 156 00:16:59,541 --> 00:17:01,708 TALIAN MAKLUMAT IAW 111 157 00:17:01,791 --> 00:17:04,750 - Ada masalah dengan pewangi itu. - Lain kali saja. 158 00:17:05,250 --> 00:17:06,958 Saya nak cakap dengan awak. 159 00:17:07,041 --> 00:17:09,583 Kenapa awak layan saya macam penceceh? 160 00:17:09,666 --> 00:17:11,291 Saya dengar cakap awak! 161 00:17:11,375 --> 00:17:12,916 IAW 162 00:17:28,250 --> 00:17:33,750 KENDERAAN PESAKIT ARDS 163 00:17:44,416 --> 00:17:47,125 - Kenapa kita di sini? - Tuan gembira hari ini. 164 00:17:48,083 --> 00:17:49,083 Serhat. 165 00:17:49,708 --> 00:17:53,250 Okan daripada talian tip suruh kita siasat sesuatu. 166 00:17:55,166 --> 00:17:56,166 Tuan. 167 00:17:59,333 --> 00:18:02,666 Boleh tuan pindah ke tempat lain? Tempat itu berbahaya. 168 00:18:03,791 --> 00:18:07,083 - Apa kesnya? - Ada lelaki tanpa fon kepala terdedah. 169 00:18:07,166 --> 00:18:09,250 Tapi dia tak mengalami kesannya. 170 00:18:09,333 --> 00:18:12,166 Ia pelik betul. Dia tak menceceh. 171 00:18:12,250 --> 00:18:14,666 Dia tak sepatutnya dibiarkan terlepas. 172 00:18:14,750 --> 00:18:17,416 Dia macam merayu agar tak dilaporkan. 173 00:18:17,500 --> 00:18:18,541 Baik. 174 00:18:18,625 --> 00:18:19,791 Ambil maklumatnya. 175 00:18:19,875 --> 00:18:22,000 Tuan, dia selamatkan seorang budak. 176 00:18:25,333 --> 00:18:28,000 - Rakaman kamera? - Saya dah ambil. 177 00:18:28,500 --> 00:18:31,000 - Juga video pengawasan di tepi jalan. - Baik. 178 00:18:31,083 --> 00:18:35,625 - Awak dah dapat alamat Projek X? - Kami semua sedang menyiasatnya. 179 00:18:38,625 --> 00:18:39,916 Kami dah cari merata… 180 00:19:13,750 --> 00:19:15,708 Apa cerita, Kepala Panas? 181 00:19:17,208 --> 00:19:20,375 Lagi baik daripada afasia Wernicke, bukan? 182 00:19:25,125 --> 00:19:28,375 Apa masalahnya? Sinestesia, halusinasi, sawan. 183 00:19:29,708 --> 00:19:32,291 Saya tahu. Awak dah tak tahan. 184 00:19:33,458 --> 00:19:36,583 - Serahkan diri. Selesai masalah. - Cukup. 185 00:19:37,083 --> 00:19:38,875 Murat, bodohnya awak… 186 00:19:39,625 --> 00:19:42,166 Boleh awak buat kerja gila begitu? 187 00:19:42,833 --> 00:19:46,125 Pakaikan fon kepala pada budak itu. 188 00:19:46,208 --> 00:19:47,208 Berambus! 189 00:19:47,791 --> 00:19:48,791 Murat? 190 00:19:50,833 --> 00:19:54,041 Kamu tahu di mana ubat yang Ertem suruh kamu ambil itu? 191 00:19:57,208 --> 00:19:58,208 Bagus. 192 00:20:33,458 --> 00:20:35,666 APA ITU PROJEK X? APA ITU A.R.D.S? 193 00:20:38,583 --> 00:20:41,250 ARTIKEL TENTANG PESAKIT ARDS ANTARA USIA 7-10 194 00:20:43,458 --> 00:20:45,666 IAW 195 00:20:59,958 --> 00:21:03,500 TA7JG. Ini AT9WO. 196 00:21:03,583 --> 00:21:04,875 Kapten ada di sana? 197 00:21:06,583 --> 00:21:10,583 AT9WO. Ini TA7JG. 198 00:21:10,666 --> 00:21:12,375 Saya dengar. 199 00:21:13,083 --> 00:21:16,625 Saya tinggalkan resipi itu dengan Senel tadi. Awak dapat tak? 200 00:21:21,916 --> 00:21:23,166 Terima kasih, kapten. 201 00:21:25,541 --> 00:21:27,041 PROJEK X 202 00:21:27,125 --> 00:21:29,041 Projek X. Boleh kita teruskan? 203 00:21:32,458 --> 00:21:34,166 Mereka pasukan yang menarik. 204 00:21:35,083 --> 00:21:36,333 Ada maklumat baru? 205 00:21:37,125 --> 00:21:40,166 Saya dah kaji artikel yang mereka terbitkan. 206 00:21:41,166 --> 00:21:43,416 Mereka yang ukur tahap cecehan, 207 00:21:43,500 --> 00:21:45,958 cipta sistem yang seluruh dunia pakai, 208 00:21:46,041 --> 00:21:50,000 dan buktikan yang kanak-kanak tak imun terhadapnya. 209 00:21:50,083 --> 00:21:51,333 Mereka buat semuanya. 210 00:21:52,333 --> 00:21:54,041 Mereka buat banyak kajian. 211 00:21:54,125 --> 00:21:56,083 Tapi kebakaran itu ubah semuanya. 212 00:21:56,166 --> 00:21:59,333 Ada yang dijangkiti cecehan, ada yang mati. 213 00:22:00,083 --> 00:22:03,791 Ahli bahasa itu saja yang tak dapat dikesan. 214 00:22:05,416 --> 00:22:07,166 - Murat Siyavus. - Dia. 215 00:22:07,791 --> 00:22:09,875 Dia ada banyak bakat. 216 00:22:09,958 --> 00:22:12,666 Fisiologi, neurolinguistik, macam-macam lagi… 217 00:22:13,541 --> 00:22:16,000 Saya akan cari dalam rekod hospital, 218 00:22:16,083 --> 00:22:17,916 tapi jangan terlalu mengharap. 219 00:22:18,416 --> 00:22:22,000 Saya juga akan periksa rekod pemulihan kalau saya dapat. 220 00:22:22,708 --> 00:22:24,375 Kemudian kita boleh hapuskan mereka. 221 00:22:24,458 --> 00:22:25,541 REKOD PEMULIHAN 222 00:22:25,625 --> 00:22:29,291 Mereka dah mati. Tak dapat bantu manusia yang hidup. 223 00:22:33,541 --> 00:22:35,458 Tujuh puluh tiga, Kapten Cevat. 224 00:22:35,541 --> 00:22:38,833 Semoga berjaya, Anton. 73. Tamat. 225 00:22:44,500 --> 00:22:48,250 Awak sedarkah lapan tahun dah berlalu? 226 00:22:49,166 --> 00:22:53,000 Ahli sains dari seluruh dunia sedang mencari penawarnya. 227 00:22:53,083 --> 00:22:55,791 Tapi tak ada kemajuan langsung. 228 00:22:55,875 --> 00:22:57,958 Apa pula? Sebenarnya… 229 00:22:58,041 --> 00:23:00,291 Kita akan pergi ke rumah Makbule esok. 230 00:23:01,375 --> 00:23:02,958 Saya tak mahu keluar, mak. 231 00:23:04,791 --> 00:23:06,791 Saya perlu berkurung sekarang. 232 00:23:09,791 --> 00:23:12,791 Apa pula dah jadi semasa kamu keluar kali ini? 233 00:23:14,000 --> 00:23:16,625 Ada orang ikut kamu? 234 00:23:17,708 --> 00:23:20,833 - Mereka pandang kamu lain macam? - Sudahlah, mak. 235 00:23:20,916 --> 00:23:24,916 Mereka cipta fon kepala yang boleh mentafsir cecehan. 236 00:23:25,416 --> 00:23:28,041 - Di mana mereka? - Okey, saya nak tanya. 237 00:23:29,541 --> 00:23:33,416 Nak, dengar sini. Ada wabak di luar sana. 238 00:23:34,208 --> 00:23:35,875 Sama ada kekal atau tidak. 239 00:23:36,708 --> 00:23:40,916 Mak tahu kamu hadapi banyak kesusahan. Kamu banyak menderita. 240 00:23:41,000 --> 00:23:43,375 Tapi sudah-sudahlah. 241 00:23:43,458 --> 00:23:46,541 Cukup. Lupakan akibatnya. 242 00:23:46,625 --> 00:23:48,833 Cerialah sikit. Kamu nampak terseksa. 243 00:23:50,666 --> 00:23:51,750 Saya gembira. 244 00:23:51,833 --> 00:23:55,333 Gembira macam ini? Jika begitu, bawang ini pun lagi gembira. 245 00:23:55,416 --> 00:23:56,833 Kamu cuma bernafas. 246 00:24:00,541 --> 00:24:02,458 Kena hidupkan lampu pula. 247 00:24:11,416 --> 00:24:12,958 Murat, mak dah berjanji. 248 00:24:14,416 --> 00:24:16,083 Dia menderita. 249 00:24:16,666 --> 00:24:18,916 Dengarlah cakap dan permintaannya. 250 00:24:19,833 --> 00:24:21,166 Tengoklah nanti, mak. 251 00:24:21,250 --> 00:24:23,833 INSTITUT ANTIWABAK 252 00:24:32,458 --> 00:24:34,458 INSTITUT ANTIWABAK 253 00:25:00,666 --> 00:25:02,875 PESAKIT ARDS BUKAN KAWAN! 254 00:25:11,083 --> 00:25:14,916 Anton Tarakci. Ketua unit operasi IAW. 255 00:25:17,791 --> 00:25:21,083 Teruskan bercakap. 256 00:25:21,166 --> 00:25:25,333 Anton Tarakci. Ketua unit operasi IAW. 257 00:25:31,958 --> 00:25:33,500 Saya macam pencecehkah? 258 00:25:36,125 --> 00:25:38,750 Teruskan bercakap. 259 00:25:40,166 --> 00:25:43,958 Buka pintu jika tak nak saya sumbat papan kekunci dalam mulut awak. 260 00:25:46,666 --> 00:25:47,666 Celaka. 261 00:25:52,083 --> 00:25:53,416 Rekod dah sedia? 262 00:25:55,958 --> 00:25:59,583 Fazil Eryilmaz dah sampai. Jadi, kawalan keselamatan ketat. 263 00:25:59,666 --> 00:26:02,166 Dia akan uruskan operasi Marmara dari sini. 264 00:26:02,750 --> 00:26:04,458 Canan juga dah sampai. 265 00:26:05,625 --> 00:26:07,791 Alamat. Ada apa-apa yang baru? 266 00:26:07,875 --> 00:26:11,416 Pasukan kita dah cari di merata-rata, tapi tak jumpa apa-apa. 267 00:26:12,375 --> 00:26:15,708 Betulkan tuan nak buat? Kita dah langgar peraturan lagi. 268 00:26:16,500 --> 00:26:19,500 - Rakaman dah sedia? - Sudah. 269 00:27:04,041 --> 00:27:07,958 - Apa yang dia buat? - Kepalanya mungkin panas. 270 00:27:11,666 --> 00:27:13,375 Dia beri fon kepala kepada budak itu. 271 00:27:14,458 --> 00:27:16,708 Periksa fon kepala itu. Mungkin ada apa-apa. 272 00:27:16,791 --> 00:27:18,041 Baik, tuan. 273 00:27:28,041 --> 00:27:31,458 Awak di sini. Dia pun ada! 274 00:27:31,541 --> 00:27:32,541 Kawan. 275 00:27:33,833 --> 00:27:35,541 Masuklah, nak. 276 00:27:35,625 --> 00:27:37,625 Mak cik tunggu kamu datang. Masuk. 277 00:27:37,708 --> 00:27:40,875 - Bertenang, Makbule. - Ayuh, masuklah. 278 00:27:41,375 --> 00:27:43,375 - Dia di sini. - Masuklah, Makbule. 279 00:27:51,708 --> 00:27:54,416 Behzat dah berhenti bercakap. 280 00:27:55,916 --> 00:27:59,333 Kamu dan kawan kamu, Ozgur, pernah bantu dia dulu. 281 00:28:01,166 --> 00:28:03,291 - Tanggalkannya. - Semoga dia tenang di sana. 282 00:28:03,375 --> 00:28:05,708 Kemudian kamu ada masalah sendiri pula. 283 00:28:07,208 --> 00:28:10,333 Dulu, mak cik selalu bawa dia bersiar-siar. 284 00:28:10,416 --> 00:28:12,666 Udara segar baik untuknya. 285 00:28:13,333 --> 00:28:18,625 Tapi sejak dia sebut perkataan lama, kami dah tak boleh keluar lagi. 286 00:28:19,791 --> 00:28:21,500 Jiran-jiran pun dah cemas. 287 00:28:23,166 --> 00:28:25,416 Mak cik takut kalau orang laporkannya. 288 00:28:28,083 --> 00:28:30,208 Sebab itu mak cik minta kamu datang. 289 00:28:31,083 --> 00:28:38,083 Taklukan! 290 00:28:56,375 --> 00:28:58,166 Tolonglah kami, nak. 291 00:29:00,875 --> 00:29:02,666 Tapi Ozgur dah mati. 292 00:29:04,666 --> 00:29:06,541 - Kamu dengar tak? - Dengar tak? 293 00:29:07,125 --> 00:29:10,250 Semua orang cemas apabila dia jerit perkataan itu. 294 00:29:12,666 --> 00:29:13,708 Kenapa, ayah? 295 00:29:15,458 --> 00:29:18,291 Ia lebih kuat daripada masa dia jerit "daulat". 296 00:29:19,041 --> 00:29:20,750 - Maaf. - Tak apa. 297 00:29:23,125 --> 00:29:26,458 Dia menjerit sekuat hati pada pukul tiga pagi. 298 00:29:27,125 --> 00:29:29,666 Jiran datang ke rumah kami. 299 00:29:29,750 --> 00:29:32,875 - Kami tak boleh bawa dia jumpa doktor. - Nenek, sabarlah. 300 00:29:33,541 --> 00:29:36,583 Bertahun-tahun dia diam, tiba-tiba sekarang… 301 00:29:42,291 --> 00:29:44,875 Dia jerit perkataan rambang sajakah? 302 00:29:46,000 --> 00:29:48,125 Tiada yang berkait dengan perbualan? 303 00:29:48,750 --> 00:29:50,416 Saya pun tak faham cakapnya. 304 00:29:51,750 --> 00:29:55,875 Saya tak naklah menjuruskan maknanya, 305 00:29:55,958 --> 00:29:58,166 tapi kesimpulannya, ia bermakna "wilayah feudal". 306 00:29:58,250 --> 00:29:59,958 Abang nak tolong kami tak? 307 00:30:00,041 --> 00:30:03,708 Nenek saya kata abang ada satu keistimewaan. 308 00:30:05,000 --> 00:30:08,041 Ia ada kaitan dengan Ozgur. Rawatan untuk sesuatu. 309 00:30:09,208 --> 00:30:11,500 Hanya Ozgur boleh bantu ayah saya. 310 00:30:11,583 --> 00:30:13,666 Biar betul? Mak tak beritahu dia? 311 00:30:13,750 --> 00:30:16,125 - Dia dah mati, Arif. - Mana abang tahu? 312 00:30:16,208 --> 00:30:19,541 - Tahu apa? - Mana mayatnya? Ada majlis pengebumian? 313 00:30:19,625 --> 00:30:22,541 Kalau dia hidup, dia akan cari saya. Dia dah mati. 314 00:30:22,625 --> 00:30:25,916 Tidak, saya pasti Ozgur masih hidup. 315 00:30:26,000 --> 00:30:29,500 - Saya cuma belum ada buktinya. - Bagaimana awak tahu? 316 00:30:29,583 --> 00:30:32,333 Mestilah daripada orang Plus 1 keparat itu. 317 00:30:32,416 --> 00:30:35,625 Maaf sebab mencarut. Tapi semua ini angkara jalang itu. 318 00:30:35,708 --> 00:30:37,250 Nenek dah larang. 319 00:30:37,333 --> 00:30:40,083 - Nenek tak mahu kamu pergi. - Nenek… 320 00:30:40,166 --> 00:30:44,625 Saya takkan biarkan saja. Saya akan jumpa lelaki bernama Erol esok. 321 00:30:44,708 --> 00:30:45,875 Dia mahir. 322 00:30:45,958 --> 00:30:49,375 Dia boleh akses dan padam rekod IAW kalau kita mampu bayar. 323 00:30:50,125 --> 00:30:52,000 Saya nak tahu nasib Ozgur. 324 00:30:54,125 --> 00:30:55,208 Arif… 325 00:30:55,291 --> 00:30:57,291 Jangan pergi. Arif, jangan… 326 00:30:57,375 --> 00:30:58,750 Tolonglah jangan pergi. 327 00:31:05,833 --> 00:31:07,291 Jangan risau, Makbule. 328 00:31:14,500 --> 00:31:16,666 Makbule, sudahlah. 329 00:31:16,750 --> 00:31:18,750 Ya Tuhan, tidak… 330 00:31:18,833 --> 00:31:19,916 Makbule, sudahlah! 331 00:31:30,916 --> 00:31:31,916 Abang Murat! 332 00:31:43,375 --> 00:31:45,500 Tengok tatu ini. 333 00:31:47,791 --> 00:31:50,500 Tengok bentuknya. Ia sama. 334 00:31:54,916 --> 00:31:56,041 Ini dari mana? 335 00:31:57,458 --> 00:31:59,500 Kawan saya jumpa pada penceceh. 336 00:32:06,333 --> 00:32:09,208 Dia saja yang boleh sempurnakan saya semula. 337 00:32:09,291 --> 00:32:12,083 Lelaki yang buat kepala saya jadi begini, Ozgur. 338 00:32:14,000 --> 00:32:15,541 Adakah dia masih hidup? 339 00:32:21,458 --> 00:32:22,708 Terima kasih, mak. 340 00:32:23,750 --> 00:32:26,541 Cepat. Hari makin gelap. Takut terlepas perintah berkurung. 341 00:32:26,625 --> 00:32:27,625 Pakai fon kepala. 342 00:32:36,416 --> 00:32:37,416 Murat! 343 00:32:38,083 --> 00:32:39,291 Murat! 344 00:32:42,041 --> 00:32:43,875 Semuanya baik. Jangan panik. 345 00:32:44,625 --> 00:32:47,750 Saya tunggu awak. Saya ingat awak guna pintu bunker. 346 00:32:47,833 --> 00:32:49,333 Apa awak nak, Sezgin? 347 00:32:52,333 --> 00:32:56,333 Ada orang datang dan minta senarai penghuni bangunan. 348 00:32:56,416 --> 00:32:58,500 Untuk makluman, mereka orang IAW. 349 00:32:59,541 --> 00:33:00,416 Apa? 350 00:33:00,500 --> 00:33:02,500 - IAW… - Tak ada apa-apa. 351 00:33:02,583 --> 00:33:04,416 - Apa? - Tak ada apa-apa. 352 00:33:04,500 --> 00:33:06,625 Mak masuklah. Kami perlu berbincang. 353 00:33:07,291 --> 00:33:09,500 Mak, masuklah. 354 00:33:16,166 --> 00:33:17,166 Okey. 355 00:33:17,916 --> 00:33:21,500 Ia berkenaan benda pokok pain ini. Saya dah cakap semalam. 356 00:33:23,333 --> 00:33:26,416 - Saya tak sanggup buat lagi. - Apa maksud awak? 357 00:33:26,500 --> 00:33:28,333 Ambil balik benda ini. Saya tarik diri. 358 00:33:28,416 --> 00:33:31,791 Saya takut sejak mereka minta senarai itu semalam. 359 00:33:31,875 --> 00:33:35,958 Merah, hijau, macam lampu isyarat. Bagaimana jika mereka tanya tentangnya? 360 00:33:37,458 --> 00:33:39,958 Lagipun, saya dah tak dapat wiski lagi. 361 00:33:42,250 --> 00:33:44,958 Lupakan wiski. Mana penyegar udara warna merah? 362 00:33:46,083 --> 00:33:48,541 - Di pagar. - Pergi ambil. 363 00:33:49,750 --> 00:33:52,500 - Awak nak saya ambil? - Ya, pergi, Sezgin. 364 00:33:55,166 --> 00:33:56,166 Baiklah. 365 00:34:23,583 --> 00:34:26,666 - Ia ada kaitan dengan kamu? - Entahlah. 366 00:34:28,375 --> 00:34:29,666 Rasanya tidak. 367 00:34:29,750 --> 00:34:32,333 Kami daftarkan mak di tempat lain dulu. 368 00:34:33,458 --> 00:34:35,166 Tapi kita perlu berjaga-jaga. 369 00:34:37,166 --> 00:34:38,375 Mak ingat, bukan? 370 00:34:38,875 --> 00:34:41,416 - Pasu dengan pokok yang mati itu. - Aduhai… 371 00:34:43,750 --> 00:34:47,875 Mak betul-betul geram. Kasihan Makbule. 372 00:35:00,083 --> 00:35:01,958 Mak masih mengharap? 373 00:35:05,000 --> 00:35:06,000 Harapkan apa? 374 00:35:07,250 --> 00:35:08,333 Saya. 375 00:35:08,916 --> 00:35:10,791 Apa yang kamu nak? 376 00:35:11,791 --> 00:35:13,291 Apa kamu nak? 377 00:35:13,375 --> 00:35:14,875 Cukuplah. 378 00:35:14,958 --> 00:35:17,666 Saya dah tak tahan dengan masalah kepala saya. 379 00:35:17,750 --> 00:35:20,000 Kalau begitu, buatlah sesuatu. 380 00:36:20,416 --> 00:36:21,833 5 JUN - GALATA 381 00:36:34,583 --> 00:36:37,000 Saya asyik terfikir kata-kata Ozgur tadi. 382 00:36:38,166 --> 00:36:41,166 "Kalaupun kita gagal cari penawar penyakit ini, 383 00:36:41,666 --> 00:36:45,500 kita masih patut pastikan mereka terus hidup." 384 00:36:45,583 --> 00:36:46,791 Lebih kurang begitu. 385 00:36:48,458 --> 00:36:51,250 Mungkin dia cuba menggalakkan kita, 386 00:36:51,916 --> 00:36:54,000 atau dia dah sentimental sekarang. 387 00:36:54,083 --> 00:36:56,458 Saya rasa dia cuba kagumkan Elif. 388 00:36:56,541 --> 00:36:59,083 Atau mungkin dia kuat berkhayal. 389 00:37:00,125 --> 00:37:02,833 - Saya sedang merakam! - Alamak! Saya tak tahu! 390 00:37:03,333 --> 00:37:05,416 Maafkan saya. 391 00:37:09,625 --> 00:37:10,625 Mulakan rakaman. 392 00:37:10,666 --> 00:37:11,958 - Apa? - Rakamlah! 393 00:37:13,791 --> 00:37:14,916 Beri kepada saya. 394 00:37:17,208 --> 00:37:18,916 Siapakah kita, Murat Siyavus? 395 00:37:20,916 --> 00:37:22,625 Awak, saya, Ozgur, Elif. 396 00:37:24,041 --> 00:37:25,416 Kita semua nerda. 397 00:37:27,708 --> 00:37:30,625 Tapi bukan nerda yang hanya berpeluk tubuh. 398 00:37:32,250 --> 00:37:35,916 Kami nerda yang bekerja keras untuk mengubah kehidupan. 399 00:37:38,083 --> 00:37:40,000 Hidup tak menentukan kita. 400 00:37:40,625 --> 00:37:42,125 Kita tentukan hidup kita. 401 00:37:44,625 --> 00:37:47,833 Jika ini tak buat kita berharap, apa lagi pilihan kita? 402 00:37:52,666 --> 00:37:53,875 Saya suka. 403 00:37:57,833 --> 00:38:01,791 Mungkin saya patut rakam semula seolah-olah ia idea saya. 404 00:38:03,750 --> 00:38:05,625 - Setuju tak? - Bolehkah? 405 00:38:06,791 --> 00:38:07,958 Saya sanggup bayar. 406 00:38:13,333 --> 00:38:15,333 Hidup tak menentukan kita. 407 00:38:16,500 --> 00:38:18,000 Kita tentukan hidup kita. 408 00:38:42,208 --> 00:38:43,291 Apa ini? 409 00:38:44,500 --> 00:38:45,500 Nak ke mana? 410 00:38:48,333 --> 00:38:50,250 Saya mahu hidup. 411 00:38:54,125 --> 00:38:55,541 Saya akan buat sesuatu. 412 00:39:09,791 --> 00:39:12,208 "Awak nampak bunga titisan salju yang tumbuh 413 00:39:12,291 --> 00:39:14,666 pada rekahan konkrit di seberang jalan?" 414 00:39:25,041 --> 00:39:26,541 "Tentukan hidup." 415 00:39:30,166 --> 00:39:32,375 "Itukah yang bunga itu buat?" 416 00:39:42,416 --> 00:39:44,708 KEPADA PENUNGGU BAS YANG TAKKAN TIBA 417 00:39:49,416 --> 00:39:53,000 AT9WO. Ini TA7JG. 418 00:39:53,083 --> 00:39:54,791 Awak masih di sana? 419 00:39:57,500 --> 00:39:58,500 Anton? 420 00:40:01,333 --> 00:40:05,583 - Ya, kapten. Ini Anton. - Saya dah periksa rekod hospital. 421 00:40:05,666 --> 00:40:09,666 Murat Siyavus pergi ke unit kecemasan beberapa kali selepas kebakaran itu. 422 00:40:10,166 --> 00:40:14,541 Kali terakhir pada 4 April. Tahun yang sama. Kemudian, dia hilang. 423 00:40:15,125 --> 00:40:16,791 Awak boleh hapuskan dia. 424 00:40:21,875 --> 00:40:23,125 Terima kasih, kapten. 425 00:40:29,041 --> 00:40:30,541 Kenapa dia pergi ke sana? 426 00:40:32,208 --> 00:40:33,458 Demam panas. 427 00:40:34,791 --> 00:40:38,250 Di kepala saja. Badannya okey. 428 00:40:38,750 --> 00:40:40,875 Mereka beri dia antipiretik. 429 00:40:40,958 --> 00:40:44,666 Enam, lapan, sepuluh, dua belas… 430 00:40:45,166 --> 00:40:46,625 Semuanya, 14 kali. 431 00:40:47,833 --> 00:40:49,083 Empat belas kali? 432 00:40:50,583 --> 00:40:54,833 - Apa makna "badannya okey"? - Mungkin kepala saja panas. 433 00:41:01,666 --> 00:41:02,666 Anton? 434 00:41:04,375 --> 00:41:05,208 Anton? 435 00:41:05,291 --> 00:41:07,708 KEIMUNAN - REKOD PEMULIHAN DEMAM PANAS - 14 KALI 436 00:41:12,875 --> 00:41:14,791 Kenapa ayah awak jerit begitu? 437 00:41:14,875 --> 00:41:18,083 Dia seperti berada dalam air dan keluar untuk bernafas. 438 00:41:18,166 --> 00:41:21,833 Dia mungkin cuba lawan penyakit itu supaya awak tak berjangkit. 439 00:41:22,541 --> 00:41:24,916 Siapa Erol? Perkenalkan kami. 440 00:41:27,083 --> 00:41:28,083 Tuan. 441 00:41:28,750 --> 00:41:30,125 Bilik dah sedia. 442 00:41:30,208 --> 00:41:31,583 Murat Siyavus. 443 00:41:31,666 --> 00:41:36,291 Dia berkali-kali masuk unit kecemasan dengan masalah kepala panas. 444 00:41:39,458 --> 00:41:40,458 Kepala. 445 00:41:41,625 --> 00:41:43,083 Beberapa kali. 446 00:41:45,041 --> 00:41:46,750 Bolehkah jadi begitu, tuan? 447 00:41:52,166 --> 00:41:55,916 - Kamera ini boleh kesan haba? - Ya, tuan. 448 00:41:56,000 --> 00:41:58,416 Sebelum wabak itu, ia digunakan untuk periksa suhu. 449 00:41:59,708 --> 00:42:00,708 Mainkan video. 450 00:42:31,791 --> 00:42:32,875 Apa yang berlaku? 451 00:42:39,666 --> 00:42:41,708 Cari lelaki itu dan alamatnya. 452 00:42:42,208 --> 00:42:45,416 Ekori dia dalam video pengawasan dan cari destinasinya. 453 00:42:45,916 --> 00:42:49,000 - Ada berita tentang fon kepala itu? - Belum, tuan. 454 00:42:49,083 --> 00:42:51,041 Saya dah suruh Metin periksa. 455 00:42:54,083 --> 00:42:55,083 Murat. 456 00:42:55,166 --> 00:42:57,333 Sejak penyakit ini bermula, 457 00:42:58,041 --> 00:43:02,375 kami cuba untuk bantu orang dalam situasi sekarang. 458 00:43:02,458 --> 00:43:05,916 Kami tawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. 459 00:43:06,000 --> 00:43:09,166 Maklumat, orang hilang, pengangkutan, 460 00:43:09,250 --> 00:43:13,166 telefon bimbit, elektronik, peranti analog, peralatan rumah, 461 00:43:13,250 --> 00:43:16,958 pasang paip, penyenggaraan, pembaikan, cuci karpet dan lain-lain. 462 00:43:17,041 --> 00:43:19,625 Ini kad saya. 463 00:43:20,166 --> 00:43:22,416 Ini perkhidmatan biasa kami. 464 00:43:22,500 --> 00:43:24,541 Kami juga boleh buat kerja lain. 465 00:43:24,625 --> 00:43:27,375 Saya tak senaraikannya, tapi manalah tahu. 466 00:43:27,458 --> 00:43:29,875 Kami boleh buat semuanya. 467 00:43:30,625 --> 00:43:32,125 Apa saja yang awak perlu. 468 00:43:33,333 --> 00:43:36,166 Kami kenal orang yang boleh bantu. 469 00:43:36,250 --> 00:43:38,208 Semua boleh jika kena dengan bayarannya. 470 00:43:38,291 --> 00:43:43,250 Ini senarai caj perkhidmatan kami. 471 00:43:43,333 --> 00:43:44,791 SENARAI CAJ PERKHIDMATAN 472 00:43:46,041 --> 00:43:49,208 - Arif sebut tentang rekod… - Kami boleh padam. 473 00:43:49,291 --> 00:43:50,625 - Betul? - Serta-merta. 474 00:43:50,708 --> 00:43:52,833 - Serta-merta. - Ya. Mudah saja. 475 00:43:52,916 --> 00:43:55,583 - Bagus! Bolehlah kita buat. - Baik. 476 00:43:55,666 --> 00:43:58,875 Kita akan ucap selamat tinggal kepada si mati hari ini. 477 00:44:00,375 --> 00:44:02,791 Kami nak tahu jika seseorang masih hidup… 478 00:44:02,875 --> 00:44:04,250 Boleh, jangan risau. 479 00:44:08,333 --> 00:44:09,666 - Berapa cajnya? - Ya. 480 00:44:10,500 --> 00:44:11,666 Baiklah… 481 00:44:11,750 --> 00:44:13,916 Cari orang, maklumat… Empat. 482 00:44:14,000 --> 00:44:16,208 Bayaran untuk kumpulan. Lapan. 483 00:44:16,291 --> 00:44:19,208 Kalau upah Kamil, 4,287. 484 00:44:19,291 --> 00:44:20,833 Kadarnya tetap. 485 00:44:20,916 --> 00:44:21,833 Padam maklumat… 486 00:44:21,916 --> 00:44:24,666 Upah Cetin mahal. Dua ribu tak cukup. 487 00:44:26,250 --> 00:44:27,500 Tambah 187… 488 00:44:28,291 --> 00:44:31,291 Jumlahnya, 7,360. 489 00:44:32,666 --> 00:44:33,666 7,500. 490 00:44:34,583 --> 00:44:37,166 Semuanya beres kalau kamu bayar 7,500. 491 00:44:37,250 --> 00:44:40,333 Kita bundarkan nombornya, okey? 492 00:44:41,041 --> 00:44:42,541 Kami tak cukup duit. 493 00:44:49,041 --> 00:44:50,041 Beginilah… 494 00:44:51,125 --> 00:44:53,291 Kalau kamu tak ada duit… 495 00:44:56,375 --> 00:44:57,375 Tak ada langsung? 496 00:45:01,416 --> 00:45:05,208 Mari saya tunjuk khidmat layan diri kami. 497 00:45:05,291 --> 00:45:10,458 Kami sentiasa mahu meminimumkan risiko dan memastikan kosnya berbaloi. 498 00:45:10,541 --> 00:45:15,416 Tapi jika ada masalah, kami takkan mengaku kami kenal kamu. 499 00:45:17,375 --> 00:45:20,166 Ia murah. Kata laluan untuk sistem itu, 400. 500 00:45:20,250 --> 00:45:24,041 Tambah nombor ID, 250. Dengan kata laluan, jumlahnya 650. 501 00:45:28,125 --> 00:45:29,333 Bagaimana caranya? 502 00:45:29,416 --> 00:45:31,333 Awak periksalah sendiri. 503 00:45:31,416 --> 00:45:33,666 Cuma padam atau tambah data. Itu saja. 504 00:45:35,875 --> 00:45:39,083 Tapi mungkin ada satu masalah kecil. 505 00:45:39,166 --> 00:45:43,250 Lelaki yang boleh benarkan awak masuk akan balik dalam masa 45 minit. 506 00:45:43,333 --> 00:45:47,833 Saya tak tahu jika dia akan dapat tugas itu lagi. 507 00:45:47,916 --> 00:45:51,666 Awak faham keadaannya. Saya kesuntukan masa. 508 00:45:51,750 --> 00:45:54,750 Kalau begitu, pergilah buat cepat. 509 00:45:57,458 --> 00:45:58,583 Siapa yang akan pergi? 510 00:46:02,333 --> 00:46:06,541 Hebatnya ciri-ciri pembatalan bunyinya. Mana awak dapat fon ini? 511 00:46:08,083 --> 00:46:10,750 Saya ada dulu. Tapi dah jual pada harga mahal. 512 00:46:10,833 --> 00:46:12,375 Metin, jangan mengarutlah. 513 00:46:14,458 --> 00:46:15,708 In keluaran khas. 514 00:46:16,875 --> 00:46:19,166 IAW buat untuk kumpulan penyelidik. 515 00:46:19,791 --> 00:46:23,458 Tak ramai yang tahu. Terutamanya geng bengap di unit Teknologi. 516 00:46:26,000 --> 00:46:28,416 Nombor siri patut ada pada bingkainya. 517 00:46:36,041 --> 00:46:37,041 Itu dia. 518 00:46:39,000 --> 00:46:41,375 Taiplah, tuan. Buatlah. 519 00:46:45,250 --> 00:46:46,250 Bacakannya. 520 00:46:46,875 --> 00:46:49,166 Lapan belas, sengkang, 521 00:46:49,833 --> 00:46:52,083 O16, sengkang, 522 00:46:52,791 --> 00:46:56,916 28, sengkang, T13. 523 00:46:58,375 --> 00:47:00,083 Ia tentu atas nama seseorang. 524 00:47:04,458 --> 00:47:05,958 FAIL STAF / MURAT SIYAVUS 525 00:47:12,750 --> 00:47:14,458 STATUS: TIDAK DIKETAHUI 526 00:47:16,625 --> 00:47:18,375 Baiklah, sekarang… 527 00:47:19,625 --> 00:47:21,000 Ini maklumatnya. 528 00:47:22,416 --> 00:47:24,291 Masuk ke pondok kelima. 529 00:47:24,375 --> 00:47:27,250 Jangan silap. Orang saya kerja di pondok itu. 530 00:47:27,333 --> 00:47:30,708 Pandang kamera dan kata, "Burung bulbul terbang tinggi." 531 00:47:31,291 --> 00:47:34,000 - "Burung bulbul terbang tinggi?" - Ya. 532 00:47:34,083 --> 00:47:35,083 Sedia? 533 00:47:35,166 --> 00:47:37,375 Tinggal sepuluh minit saja. Pergilah. 534 00:47:46,958 --> 00:47:48,875 Dia bertindak balas dengan penceceh itu. 535 00:47:54,208 --> 00:47:57,791 Kepalanya panas apabila terdedah kepada penceceh. 536 00:47:58,291 --> 00:48:01,333 - Olcay, keluar. - Baik, tuan. 537 00:48:06,250 --> 00:48:08,875 Saya tak tahu caranya, tapi dia imun. 538 00:48:08,958 --> 00:48:11,666 PINTU MASUK ORANG AWAM PINTU MASUK STAF 539 00:48:12,375 --> 00:48:14,125 Awak perlu ambil ujian ceceh. 540 00:48:14,208 --> 00:48:18,000 Nama awak Hakan Kirmen. Bekas pegawai IAW yang ada akses penuh. 541 00:48:18,083 --> 00:48:21,583 Turun ke arkib di bawah. Ia di sebelah pelayan. 542 00:48:21,666 --> 00:48:24,500 Masukkan nombor ID dan kata laluan. 543 00:48:24,583 --> 00:48:26,583 Berjaya. Awak dah akses sistem. 544 00:48:35,250 --> 00:48:38,541 Ini tahun kelima selepas kemalangan Kocaeli. 545 00:48:38,625 --> 00:48:43,666 Seperti yang kita sedia maklum, memorial dan perarakan diharamkan. 546 00:48:44,375 --> 00:48:47,625 Sebaliknya, kita akan buka makmal canggih. 547 00:48:48,166 --> 00:48:52,291 Dengannya, peluang menemui penawar lebih cerah daripada sebelum ini. 548 00:48:52,375 --> 00:48:55,833 Ia akan menjadi bangunan terpenting kita di Eropah. 549 00:48:55,916 --> 00:48:57,250 Ia pangkalan sains. 550 00:48:57,333 --> 00:49:00,750 Jangan biar apa-apa mengganggu pembukaan besar-besaran ini. 551 00:49:07,250 --> 00:49:10,583 - Cakap. - Burung bulbul terbang tinggi. 552 00:49:14,000 --> 00:49:16,458 - Burung bulbul terbang tinggi. - Tolong… 553 00:49:20,875 --> 00:49:23,458 Hakan Kirmen. 554 00:49:24,250 --> 00:49:26,833 Saya pegawai IAW. 555 00:49:30,125 --> 00:49:31,375 Teruskan bercakap. 556 00:49:35,083 --> 00:49:36,916 Ini tentu masalah teknikal. 557 00:49:41,125 --> 00:49:42,458 Burung bulbul terbang tinggi! 558 00:49:49,791 --> 00:49:52,875 Sama ada ia kumpulan Plus 1 atau kumpulan lain, 559 00:49:53,500 --> 00:49:56,666 kita takkan bertolak ansur dengan kata-kata atau tindakan 560 00:49:56,750 --> 00:49:59,125 dalam apa jua bentuk sekalipun. 561 00:50:00,416 --> 00:50:03,625 Kita minta semua unit yang bertugas 562 00:50:03,708 --> 00:50:06,958 supaya bertindak secara teliti. 563 00:50:08,166 --> 00:50:10,083 Ini keutamaan kita sekarang. 564 00:50:11,833 --> 00:50:12,833 Semoga berjaya. 565 00:50:16,791 --> 00:50:18,583 Tuan, saya Anton Tarakci. 566 00:50:19,750 --> 00:50:21,916 Dia pegawai berpangkat tinggi dari unit operasi. 567 00:50:22,000 --> 00:50:23,375 Dulu kami kerja sekali. 568 00:50:23,875 --> 00:50:25,625 Tuan tahu Projek X. 569 00:50:27,500 --> 00:50:31,375 Murat Siyavus, ahli kumpulan Ozgur Caglar mungkin imun terhadap penyakit ini. 570 00:50:31,458 --> 00:50:36,333 Semua ahli kumpulan Projek X mati dalam kebakaran itu atau… 571 00:50:36,416 --> 00:50:40,500 - Status Siyavus tak diketahui. - Mereka mati atau dijangkiti cecehan. 572 00:50:40,583 --> 00:50:42,083 Semalam, semasa di kedai… 573 00:50:56,000 --> 00:50:57,000 Tuan. 574 00:50:57,791 --> 00:51:02,416 Semalam, untuk elak seorang budak daripada terkena cecehan, 575 00:51:02,500 --> 00:51:04,791 ada lelaki beri fon kepalanya kepada budak itu. 576 00:51:04,875 --> 00:51:07,500 Dia terdedah lama kepada perempuan yang menceceh. 577 00:51:07,583 --> 00:51:09,041 Dia tak dijangkitinya. 578 00:51:09,958 --> 00:51:12,041 Fon kepala itu keluaran IAW. 579 00:51:12,875 --> 00:51:15,208 Ia didaftarkan atas nama Murat Siyavus. 580 00:51:16,458 --> 00:51:20,291 Ada orang letak roti lembap dalam telinga. Awak tahu, bukan? 581 00:51:21,041 --> 00:51:22,250 Mungkin itu yang dia buat. 582 00:51:22,333 --> 00:51:24,958 Mungkin dia pekak atau wanita itu tak sakit. 583 00:51:25,041 --> 00:51:26,416 Segalanya tak mustahil. 584 00:51:27,125 --> 00:51:30,875 Awak tak sumbat benda dalam telinga, bukan? 585 00:51:30,958 --> 00:51:33,541 Kerana awak macam tak dengar cakap saya. 586 00:51:33,625 --> 00:51:36,708 - Tuan, lelaki ini… - Fon kepala itu bukan bukti. 587 00:51:36,791 --> 00:51:38,791 Sesiapa saja boleh mendapatkannya. 588 00:51:38,875 --> 00:51:42,708 Saya cuma risau apabila lelaki sepenting awak 589 00:51:42,791 --> 00:51:44,500 boleh begitu cuai 590 00:51:44,583 --> 00:51:48,875 dan mulakan khabar angin yang menaikkan kemarahan orang awam, 591 00:51:48,958 --> 00:51:51,541 terutamanya selepas taklimat tadi. 592 00:51:51,625 --> 00:51:55,416 Awak sia-siakan masa dan sumber institusi ini. 593 00:51:56,416 --> 00:52:00,958 - Dia imun, tuan. - Tolong cakap baik-baik sikit. 594 00:52:01,041 --> 00:52:04,166 Sedarlah kedudukan awak. Pergi dari sini. 595 00:52:05,166 --> 00:52:06,958 - Tapi, tuan… - Pergi. 596 00:52:18,250 --> 00:52:20,041 Tuan. 597 00:52:20,125 --> 00:52:23,625 Kami dah kesan tempat tinggal lelaki yang di kedai itu. 598 00:52:23,708 --> 00:52:26,625 Dia tinggal dengan ibunya dan guna nama palsu. 599 00:52:30,166 --> 00:52:31,416 Suruh semua orang bersedia. 600 00:52:31,500 --> 00:52:34,583 Tuan Fazil kata tadi yang kita tak boleh tangkap dia. 601 00:52:34,666 --> 00:52:38,083 Saya mahu pasukan kecil dan boleh diharap. Kita serbu dengan dua kereta. 602 00:52:50,541 --> 00:52:52,083 Apa awak buat? 603 00:52:52,875 --> 00:52:55,875 Teruk kita kena nanti. Ini tingkat pentadbiran. 604 00:52:57,000 --> 00:53:00,208 - Saya yang bagi awak masuk. - Tempat ini dah berubah. 605 00:53:00,291 --> 00:53:02,875 Arkib di tingkat bawah. Buat kerja awak, kemudian, pergi. 606 00:53:02,958 --> 00:53:03,958 Okey. 607 00:53:30,708 --> 00:53:31,958 IAW 608 00:53:36,000 --> 00:53:37,750 FAIL STAF OZGUR CAGLAR 609 00:53:39,750 --> 00:53:40,958 OZGUR CAGLAR 610 00:53:43,750 --> 00:53:45,125 STATUS MATI 611 00:53:51,166 --> 00:53:52,708 LAPORAN AUTOPSI 612 00:53:55,291 --> 00:53:57,375 PEMERIKSAAN LUAR PEMERIKSAAN DALAM 613 00:54:35,625 --> 00:54:36,958 VIDEO RAKAMAN 1 614 00:54:42,958 --> 00:54:43,958 Tidak. 615 00:54:44,541 --> 00:54:46,750 Tidak… 616 00:54:50,416 --> 00:54:51,416 Tak guna! 617 00:54:54,791 --> 00:54:57,125 Padam dan keluar. 618 00:54:57,791 --> 00:55:00,166 Padam dan keluar. 619 00:55:02,958 --> 00:55:03,958 AKSES DITOLAK 620 00:55:04,708 --> 00:55:07,083 Tidak. 621 00:55:07,958 --> 00:55:09,333 MASUKKAN KATA LALUAN 622 00:55:10,791 --> 00:55:11,791 Tidak. 623 00:55:15,708 --> 00:55:16,833 Celaka! 624 00:55:16,916 --> 00:55:19,333 Tak guna! 625 00:55:20,041 --> 00:55:21,083 Tak guna. 626 00:55:56,958 --> 00:55:59,791 Hei, apa yang berlaku? 627 00:55:59,875 --> 00:56:02,291 Abang dah padam? Ozgur masih hidup? 628 00:56:02,375 --> 00:56:03,291 Mungkin. 629 00:56:03,375 --> 00:56:05,041 Saya dah agak. 630 00:56:08,000 --> 00:56:09,000 Abang… 631 00:56:12,875 --> 00:56:13,875 Abang… 632 00:56:15,583 --> 00:56:16,750 Kenapa? 633 00:56:21,000 --> 00:56:22,541 Abang padam rekod abang? 634 00:56:40,125 --> 00:56:42,833 Institut Antiwabak. Kami mencari Murat Siyavus. 635 00:56:42,916 --> 00:56:43,916 Dia keluar. 636 00:56:45,291 --> 00:56:47,416 Yalah, silakan masuk. 637 00:56:48,625 --> 00:56:52,375 Saya juga kerja untuk IAW. Saya dah cakap, tapi dia degil. 638 00:56:52,458 --> 00:56:54,500 Jangan tunggu di sini sekarang. 639 00:56:54,583 --> 00:56:56,208 Ada bunker arang batu lama. 640 00:56:56,291 --> 00:56:57,833 Dia masuk ikut laluan itu. 641 00:56:57,916 --> 00:56:59,291 Apa awak buat? 642 00:57:03,541 --> 00:57:05,416 Saya tahu tentang anak awak. 643 00:57:05,500 --> 00:57:08,541 - Sejak bila kepalanya panas? - Rasanya… 644 00:57:09,750 --> 00:57:12,750 Kali pertama dia demam adalah semasa dia lima bulan. 645 00:57:14,541 --> 00:57:19,208 Anak awak mungkin satu-satunya orang yang imun terhadap ARDS. 646 00:57:20,125 --> 00:57:22,125 Awak masih rasa ia lucu? 647 00:57:23,625 --> 00:57:26,583 Tanyalah dia. Saya pasti dia akan jawab. 648 00:57:28,708 --> 00:57:31,250 Kamu geledahlah. Saya sedang masak air tadi. 649 00:57:37,083 --> 00:57:42,250 Tuan, pekerja keselamatan itu kata dia ikut laluan bunker pada waktu ini. 650 00:57:42,333 --> 00:57:45,000 Kosongkan laluan utama. Jangan buat dia panik. 651 00:57:45,083 --> 00:57:48,125 Saya akan hantar pasukan. Kita tangkap dia di sana. 652 00:57:48,208 --> 00:57:50,500 Jangan cederakan dia. Saya mahu semuanya kemas. 653 00:57:50,583 --> 00:57:52,208 Buat persediaan secukupnya. 654 00:59:10,333 --> 00:59:11,333 Nak rokok? 655 00:59:20,916 --> 00:59:24,958 Rancangan aku gagal dan aku memilih jalan untuk selamat. 656 00:59:28,916 --> 00:59:30,333 Tapi bagaimana dengan mengalah? 657 00:59:34,625 --> 00:59:36,583 Kenapa aku tak berserah saja? 658 00:59:38,416 --> 00:59:41,041 Kenapa perlu aku lawan musuh yang menyerang? 659 00:59:53,083 --> 00:59:55,083 Sasaran ikut pintu masuk utama. 660 00:59:55,166 --> 00:59:57,375 Saya ulang, pintu masuk utama. 661 00:59:58,541 --> 01:00:00,375 Biar dia masuk. Jangan halang. 662 01:00:16,833 --> 01:00:18,000 Jadi, inilah dia. 663 01:00:19,166 --> 01:00:20,458 Sasaran berhenti. 664 01:00:43,000 --> 01:00:44,625 Dia bergerak semula. 665 01:00:58,541 --> 01:01:00,250 Jika ditangkap, kami takkan berjumpa. 666 01:01:14,625 --> 01:01:16,583 Jika ditangkap, kami takkan berjumpa. 667 01:01:39,958 --> 01:01:42,583 Tak guna. 668 01:02:36,875 --> 01:02:38,875 BERDASARKAN NOVEL "SICAK KAFA" OLEH AFSIN KUM 669 01:03:51,458 --> 01:03:54,083 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati