1 00:00:02,724 --> 00:00:04,934 Terus terang, saya cuma bernasib baik. 2 00:00:09,688 --> 00:00:11,481 Saya menjumpai alat ganti radio di tong sampah 3 00:00:11,690 --> 00:00:12,900 di belakang bangunan bandaran. 4 00:00:14,025 --> 00:00:16,194 Ia tak akan ditinggalkan di sana kerana tujuan keselamatan. 5 00:00:16,652 --> 00:00:19,488 Tentu orang fikir itu sampah. 6 00:00:21,615 --> 00:00:22,824 Tapi itu bukan sampah. 7 00:00:24,367 --> 00:00:25,577 Ia cuma perlu dibaiki. 8 00:00:32,166 --> 00:00:34,751 Saya masih terkenang kedai aiskrim 9 00:00:34,834 --> 00:00:37,795 dengan aiskrim raspberi hitam yang sangat enak. 10 00:00:37,879 --> 00:00:41,006 Inside Scoop? Dulu saya selalu ke sana. 11 00:00:41,632 --> 00:00:43,926 Mungkin kita pernah ke sana pada hari yang sama. 12 00:00:45,636 --> 00:00:48,012 Jika begitu, cuma ada satu soalan penting lagi. 13 00:00:50,515 --> 00:00:51,557 Apa itu? 14 00:00:52,433 --> 00:00:53,559 Kek, kon atau wafel? 15 00:00:55,435 --> 00:00:57,062 Itu cara kita mula bersembang. 16 00:00:57,979 --> 00:01:00,898 Kita bercerita tentang pelbagai perkara. 17 00:01:02,066 --> 00:01:04,360 Segala-galanya. 18 00:01:04,610 --> 00:01:06,153 Saya percaya bahawa 19 00:01:06,237 --> 00:01:07,695 kita ditakdirkan untuk berjumpa. 20 00:01:08,154 --> 00:01:09,906 Saya tak dedahkan apa-apa juga. 21 00:01:11,449 --> 00:01:14,160 Tapi orang-orang saya sangat waswas. 22 00:01:15,118 --> 00:01:16,703 Jika kita rapat... 23 00:01:17,329 --> 00:01:19,456 Saya tak pernah terfikir nak tinggalkan tempat ini. 24 00:01:19,915 --> 00:01:24,210 Saya tak pernah fikir ada kemungkinan begitu. 25 00:01:24,794 --> 00:01:27,129 Sebenarnya, saya nak sangat jumpa awak. 26 00:01:28,047 --> 00:01:29,673 Tapi kemudian abang saya mendapat tahu. 27 00:01:31,049 --> 00:01:34,052 Dia sangat marah. 28 00:01:34,135 --> 00:01:35,177 Biar betul. 29 00:01:35,719 --> 00:01:36,804 Ini bukan apa yang abang fikir. 30 00:01:37,054 --> 00:01:38,097 Yakah? 31 00:01:40,432 --> 00:01:41,684 Awak nak tahu apa abang buat hari ini? 32 00:01:41,766 --> 00:01:44,644 Abang siasat pencerobohan komunikasi. 33 00:01:46,187 --> 00:01:48,981 Ada orang menggunakan stesen radio haram, 34 00:01:49,064 --> 00:01:52,568 berhubung dengan komuniti asing di luar benteng kita. 35 00:01:53,569 --> 00:01:55,695 Hornsby mendapat tahu tentangnya. 36 00:01:58,406 --> 00:01:59,615 Abang harap itu bukan awak. 37 00:02:01,534 --> 00:02:03,827 Tolong cakap awak bukan nak curi-curi keluar 38 00:02:03,910 --> 00:02:06,037 untuk jumpa orang tak dikenali di landasan kereta api. 39 00:02:06,955 --> 00:02:08,081 Apa yang saya nak buat? 40 00:02:08,165 --> 00:02:09,206 Max, 41 00:02:11,000 --> 00:02:12,251 itu sangat berbahaya. 42 00:02:13,752 --> 00:02:16,546 Bagi semua orang di Commonwealth, tapi terutamanya kita berdua. 43 00:02:19,674 --> 00:02:20,717 Abang pergi dulu. 44 00:02:26,180 --> 00:02:28,807 Moga-moga Hornsby tak sedar itu suara awak. 45 00:02:29,974 --> 00:02:33,853 Saya tahu saya melebihi batas. Hornsby sedang giat menyiasat, 46 00:02:34,312 --> 00:02:36,771 mustahil saya boleh keluar untuk jumpa awak. 47 00:02:39,608 --> 00:02:41,484 Kemudian awak muncul dengan gadis lain 48 00:02:41,568 --> 00:02:43,028 yang menggelar dirinya Stephanie. 49 00:02:43,694 --> 00:02:45,529 Dia gunakan kata-kata saya. 50 00:02:45,613 --> 00:02:47,364 - Banyak sikit taburan. - Baik. 51 00:02:47,531 --> 00:02:48,657 Suara saya. 52 00:02:57,539 --> 00:02:58,582 Maaf. 53 00:03:01,168 --> 00:03:03,086 Itu aiskrim rocky road? 54 00:03:20,142 --> 00:03:22,144 Awak nampak gembira. 55 00:03:24,063 --> 00:03:25,605 Saya pun berdiam diri. 56 00:03:27,565 --> 00:03:28,900 Saya tak tahu nak buat apa lagi. 57 00:03:33,654 --> 00:03:34,696 Terima kasih, Max. 58 00:03:36,114 --> 00:03:38,241 Awak nak apa-apa lagi? 59 00:03:39,242 --> 00:03:40,993 Aiskrim, teh? 60 00:03:41,285 --> 00:03:43,955 Satu hari tanpa anak saya berkelakuan teruk? 61 00:03:45,539 --> 00:03:46,706 Saya akan ambilkan aiskrim. 62 00:03:48,708 --> 00:03:52,294 Max, suruh bank sekat duit Sebastian. 63 00:03:52,753 --> 00:03:54,421 Mungkin dia akan sedar selepas itu. 64 00:03:57,299 --> 00:03:58,341 Saya ada berita. 65 00:03:58,466 --> 00:04:00,468 Kemudian Hornsby datang jumpa Pamela. 66 00:04:00,552 --> 00:04:04,597 Dia bercakap tentang awak dan Alexandria. 67 00:04:04,681 --> 00:04:06,390 - Saya tak... - Apa rancangannya? 68 00:04:10,644 --> 00:04:11,687 Saya tak tahu. 69 00:04:13,521 --> 00:04:14,689 Dia bercita-cita tinggi. 70 00:04:16,524 --> 00:04:17,817 Mungkin apa saja. 71 00:04:19,151 --> 00:04:21,027 Mungkin tiada apa, cuma pembinaan semula. 72 00:04:25,532 --> 00:04:27,825 Lelaki berbadan besar memakai perisai jingga yang benci saya? 73 00:04:30,661 --> 00:04:31,704 Itu abang awak? 74 00:04:32,829 --> 00:04:35,039 - Ya, tapi, Eugene... - Awak pula... 75 00:04:37,458 --> 00:04:38,543 Awak Stephanie? 76 00:04:39,960 --> 00:04:41,086 Bukan. 77 00:04:41,837 --> 00:04:42,880 Saya Max. 78 00:04:43,922 --> 00:04:45,340 Stephanie tak wujud. 79 00:04:47,592 --> 00:04:49,844 - Sebenarnya, itu nama ibu saya. - Maaf. 80 00:04:49,927 --> 00:04:51,012 - Jadi... - Maafkan saya. 81 00:05:58,152 --> 00:05:59,946 Tempat ini sangat jauh. 82 00:06:00,988 --> 00:06:04,825 Ya, tapi komuniti ini sesuai untuk rancangan kita. 83 00:06:04,908 --> 00:06:06,284 Rancangan awak. 84 00:06:06,785 --> 00:06:09,537 Saya tak yakin bahawa kita perlu gunakan sumber kita begini. 85 00:06:09,912 --> 00:06:12,289 Kembangkan empayar lebih jauh daripada capaian kuasa awak 86 00:06:12,373 --> 00:06:13,457 dan empayar awak akan tumpas. 87 00:06:14,625 --> 00:06:16,000 Saya rasa tak begitu dramatik pun. 88 00:06:16,084 --> 00:06:19,504 Ini cukup dramatik tak? Jika ini tak berjaya, kita tarik diri. 89 00:06:20,255 --> 00:06:22,172 Mereka bebas untuk tinggal dengan kita secara kekal 90 00:06:22,256 --> 00:06:24,258 atau mereka boleh balik dan membaiki tempat sendiri. 91 00:06:25,092 --> 00:06:27,427 Kita dah ada cukup banyak hal untuk dirisaukan di tempat kita 92 00:06:27,511 --> 00:06:30,138 daripada nak peduli beberapa komuniti kecil di daerah lain. 93 00:06:30,221 --> 00:06:31,514 Kita cubalah dulu, Pamela. 94 00:06:32,306 --> 00:06:33,808 Awak tentu terkejut. 95 00:06:41,815 --> 00:06:42,857 Ya Tuhan. 96 00:06:46,360 --> 00:06:48,279 Siapkan dengan cepat. Mereka datang. 97 00:06:49,946 --> 00:06:50,989 Hei. 98 00:06:54,325 --> 00:06:55,993 Tutup tingkap itu. 99 00:07:17,928 --> 00:07:19,847 Hai, selamat datang. 100 00:07:22,099 --> 00:07:23,266 Aaron. 101 00:07:23,808 --> 00:07:24,934 Saya Pamela Milton. 102 00:07:25,268 --> 00:07:26,311 Salam perkenalan. 103 00:07:27,187 --> 00:07:28,229 Awak nak lawat tempat ini? 104 00:07:28,646 --> 00:07:30,522 - Sudah tentu. - Okey. 105 00:07:32,900 --> 00:07:37,111 Alexandria ialah sebuah komuniti ekologi yang mampan. 106 00:07:37,445 --> 00:07:41,866 Kami ada air, panel suria dan sistem tanaman. 107 00:07:41,949 --> 00:07:43,326 Siapa juruteranya? 108 00:07:43,409 --> 00:07:44,826 Saya tak ingat siapa. 109 00:07:44,910 --> 00:07:46,036 Sebenarnya, tiada sesiapa. 110 00:07:46,119 --> 00:07:48,955 Kami dapat pelan daripada ketua komuniti sekutu, Maggie Rhee. 111 00:07:49,664 --> 00:07:52,416 Orang kami mengkaji pelannya dan kami membinanya. 112 00:07:52,583 --> 00:07:53,709 Menarik. 113 00:07:54,627 --> 00:07:57,046 Bagaimana awak jaga keselamatan tempat terpencil seperti ini? 114 00:07:58,129 --> 00:08:00,840 Tak mudah. Kami lalui banyak pertempuran. 115 00:08:02,759 --> 00:08:04,259 Awak antara ketua di sini? 116 00:08:05,469 --> 00:08:08,555 Ya, lebih kurang. Kami semua juga. 117 00:08:11,057 --> 00:08:12,517 Apa kerja awak sebelum ini? 118 00:08:14,227 --> 00:08:15,269 Tak penting. 119 00:08:16,646 --> 00:08:18,480 Tak penting bagi kami. 120 00:08:24,693 --> 00:08:26,278 Dia nampak sama seperti dulu. 121 00:08:29,824 --> 00:08:30,950 Awak kenal dia? 122 00:08:31,908 --> 00:08:36,079 Kami sering berjumpa dalam acara amal 123 00:08:36,162 --> 00:08:37,205 dahulu. 124 00:08:37,747 --> 00:08:40,124 Tapi saya tak berminat dengan politik pada masa itu. 125 00:08:40,749 --> 00:08:43,460 Dia pula seorang ketua yang berbakat. 126 00:08:45,419 --> 00:08:46,921 Bagaimana dia sebagai ketua? 127 00:08:49,632 --> 00:08:50,675 Dia yang bawa kami ke sini. 128 00:08:52,175 --> 00:08:53,927 Kami tak pernah jumpa sesiapa seperti dia. 129 00:08:54,970 --> 00:08:56,096 Awak menyanjunginya. 130 00:08:56,471 --> 00:08:58,223 Ya. 131 00:09:01,016 --> 00:09:02,518 Dia bina semua ini untuk kami. 132 00:09:04,437 --> 00:09:05,895 Sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan. 133 00:09:07,564 --> 00:09:08,690 Tapi ia tumpas. 134 00:09:08,940 --> 00:09:10,900 Ya, tapi kami sentiasa berjaya membangunkannya semula. 135 00:09:12,526 --> 00:09:13,735 Ia tumpas lebih daripada sekali? 136 00:09:13,819 --> 00:09:15,195 Kod 1016. Benteng utara. 137 00:09:15,279 --> 00:09:16,822 - Ya. - Ada pencerobohan. 138 00:09:17,531 --> 00:09:18,574 Tunggu di sini, puan. 139 00:09:19,866 --> 00:09:20,992 Saya akan uruskan. 140 00:09:25,997 --> 00:09:27,122 Alamak. 141 00:09:35,421 --> 00:09:36,839 Bagaimana Deanna mati? 142 00:09:38,799 --> 00:09:39,924 Dia digigit. 143 00:09:41,426 --> 00:09:42,552 Dia bertukar menjadi zombi? 144 00:09:44,179 --> 00:09:45,555 Ya, kami terpaksa bunuh dia. 145 00:09:53,061 --> 00:09:54,729 Saya dah lihat apa yang saya nak di sini. 146 00:10:02,068 --> 00:10:04,070 Selamat pagi, Ezekiel. Jerry. 147 00:10:04,905 --> 00:10:06,656 Selamat pagi kepada awak juga, tuan. 148 00:10:06,990 --> 00:10:10,868 Mari kita mulakan. Awak hanya boleh minum air pada paginya. 149 00:10:10,951 --> 00:10:13,537 Jangan makan. Perut awak harus kosong. 150 00:10:14,954 --> 00:10:15,997 Apa? 151 00:10:16,414 --> 00:10:18,082 Kami hanya datang untuk pemeriksaan biasa. 152 00:10:19,542 --> 00:10:20,918 Ini ujian darah sebelum pembedahan. 153 00:10:21,335 --> 00:10:22,920 Untuk pastikan dia stabil untuk pembedahan. 154 00:10:23,170 --> 00:10:25,297 - Pembedahan? - Untuk membuang ketumbuhan ini. 155 00:10:25,631 --> 00:10:27,299 Tiada orang beritahu awak? 156 00:10:30,927 --> 00:10:32,303 Saya sangka belum giliran saya. 157 00:10:32,929 --> 00:10:35,472 Kini, giliran awak dah tiba. 158 00:10:36,431 --> 00:10:38,975 Awak bernasib baik. Ada orang yang tunggu bertahun-tahun. 159 00:10:40,894 --> 00:10:43,145 - Bagaimana dengan bilnya? - Dah dibayar. 160 00:10:44,188 --> 00:10:47,233 Walau apa pun caranya, saya gembira. 161 00:10:47,775 --> 00:10:49,859 Kami akan jaga awak dengan baik. 162 00:10:50,527 --> 00:10:53,113 Berehatlah. Jumpa awak pada hari Jumaat pukul 9. 163 00:11:05,748 --> 00:11:07,458 Hebat betul! 164 00:11:10,419 --> 00:11:11,461 Kenapa? 165 00:11:14,589 --> 00:11:15,756 Bagaimana ini boleh berlaku? 166 00:11:15,840 --> 00:11:17,633 Ayuhlah, bos. Ini berita baik. 167 00:11:18,217 --> 00:11:20,052 Mungkin kebetulan, mungkin kesilapan kerani. 168 00:11:20,136 --> 00:11:22,220 Mungkin takdir, tapi walau apa pun, 169 00:11:22,887 --> 00:11:24,472 tiba masanya nasib awak berubah. 170 00:11:44,865 --> 00:11:45,907 Pamela. 171 00:11:52,413 --> 00:11:53,456 Rachel bersedia untuk jumpa awak. 172 00:12:01,171 --> 00:12:02,964 Awak bertuah sebab ada tempat begini. 173 00:12:03,213 --> 00:12:04,298 Kami tahu. 174 00:12:06,091 --> 00:12:08,010 Saya ada dengar tentang asal usul Oceanside. 175 00:12:08,761 --> 00:12:11,179 Tentang pertempuran awak dengan Savior dan Whisperer. 176 00:12:11,846 --> 00:12:14,599 Ini menunjukkan kekuatan komuniti awak. 177 00:12:15,141 --> 00:12:17,559 Saya teruja menerima awak sebagai rakan sekutu Commonwealth. 178 00:12:18,685 --> 00:12:20,729 Aaron kata ada peruntukan perdagangan 179 00:12:20,812 --> 00:12:22,272 yang awak nak sertakan dalam perjanjian kita. 180 00:12:24,565 --> 00:12:25,691 Ada apa yang tak kena? 181 00:12:26,066 --> 00:12:27,193 Kami dah bercakap dengan Maggie Rhee, 182 00:12:27,693 --> 00:12:30,112 ketua Hilltop. Dia kata dia bukan sekutu awak. 183 00:12:31,780 --> 00:12:33,573 Kami tawarkan Hilltop perjanjian yang sama 184 00:12:33,656 --> 00:12:35,909 dengan Alexandria, tapi Maggie menolaknya. 185 00:12:37,534 --> 00:12:41,038 Alexandria pernah membawa haluan sendiri, tapi Hilltop dan Maggie 186 00:12:41,538 --> 00:12:42,956 sentiasa menyokong kami. 187 00:12:43,415 --> 00:12:44,957 Kami membaharui perjanjian perlindungan kami 188 00:12:45,041 --> 00:12:46,167 dan saya akan mengotakannya. 189 00:12:46,501 --> 00:12:48,086 Jika Maggie jadi sekutu awak, 190 00:12:48,544 --> 00:12:49,921 kami akan ikut juga demi menghormatinya. 191 00:12:50,004 --> 00:12:52,923 Jika tidak, Oceanside akan menolak juga. 192 00:12:58,135 --> 00:13:00,971 Apa gunanya bawa awak bersama 193 00:13:01,055 --> 00:13:02,473 jika awak tak boleh berikan maklumat berguna 194 00:13:02,556 --> 00:13:04,266 lebih awal sebelum kejadian tak diingini berlaku? 195 00:13:05,767 --> 00:13:07,560 Orang awak yang membaiki Alexandria. 196 00:13:07,644 --> 00:13:09,145 Bukan salah saya perayau itu berjaya masuk. 197 00:13:10,230 --> 00:13:12,773 Awak sepatutnya tahu tentang Rachel dan Hilltop. 198 00:13:12,856 --> 00:13:14,108 Sebab saya pandai baca fikiran? 199 00:13:15,526 --> 00:13:17,569 Awak rasa apa pendapat Pamela tentang ini? 200 00:13:17,736 --> 00:13:18,820 Nampak seperti kita tak bersedia. 201 00:13:19,487 --> 00:13:20,947 Nampak seperti awak yang tak bersedia. 202 00:13:21,447 --> 00:13:23,699 Awak kenal Pamela, saya tak kenal. 203 00:13:24,700 --> 00:13:26,701 Awak tak jangkakan ini? Bukan masalah saya. 204 00:13:27,285 --> 00:13:30,038 Jangan berpura-pura Alexandria bermakna bagi awak daripada saya. 205 00:13:30,914 --> 00:13:32,790 Sekarang, kita berdua nak perkara yang sama. 206 00:13:32,873 --> 00:13:35,418 Itu bererti kita berdua dalam situasi yang teruk. 207 00:13:36,752 --> 00:13:38,421 Adakah Maggie akan menjadi masalah untuk kita? 208 00:13:42,132 --> 00:13:43,258 Bagus sangatlah. 209 00:13:44,217 --> 00:13:46,510 Agar awak tahu, Pamela tak suka kerja setengah jalan. 210 00:13:47,845 --> 00:13:49,930 Jika Maggie dan Oceanside menolak, 211 00:13:50,472 --> 00:13:52,141 maka Alexandria juga tak akan diterima. 212 00:13:56,018 --> 00:13:57,145 Kami akan berusaha sendiri. 213 00:13:58,020 --> 00:13:59,147 Kononlah. 214 00:13:59,438 --> 00:14:01,606 Situasi awak teruk sebelum kami datang. 215 00:14:52,817 --> 00:14:54,026 Awak okey? 216 00:14:58,113 --> 00:14:59,323 Bersenang diri. 217 00:15:08,538 --> 00:15:09,748 Awak tentu Maggie. 218 00:15:32,017 --> 00:15:35,186 Saya dah makan. Terima kasih. 219 00:15:35,520 --> 00:15:37,146 Saya akan tinggalkannya di sini. 220 00:15:38,272 --> 00:15:39,565 Ini dia. 221 00:15:40,608 --> 00:15:41,817 Bagus berjumpa kamu berdua. 222 00:15:43,610 --> 00:15:44,820 Maggie... 223 00:15:45,529 --> 00:15:46,738 Kenapa awak mempercayai mereka? 224 00:15:47,823 --> 00:15:49,031 Siapa kata begitu? 225 00:15:50,074 --> 00:15:51,367 Sejak bila saya begitu? 226 00:15:52,660 --> 00:15:53,953 Baiklah. 227 00:15:54,412 --> 00:15:56,621 Bagus melihat Alexandria dibaiki. 228 00:15:56,996 --> 00:15:58,415 Sekurang-kurangnya mereka menepati janji. 229 00:15:58,957 --> 00:16:00,417 Ya. Terdapat 230 00:16:01,418 --> 00:16:03,794 lima puluh ribu orang tinggal di sana. 231 00:16:04,670 --> 00:16:07,589 Sekurang-kurangnya 49.9 orang nampak seperti orang baik. 232 00:16:09,173 --> 00:16:10,466 Lagipun bukan selamanya. 233 00:16:11,259 --> 00:16:12,635 Awak pasti awak tak nak ikut kami? 234 00:16:13,636 --> 00:16:15,054 Awak tak perlu buat begini seorang diri. 235 00:16:15,804 --> 00:16:17,097 Maaf kerana mengganggu. 236 00:16:17,681 --> 00:16:20,934 Unit pencari menjumpai perayau. Kami ada senapang tambahan. 237 00:16:21,017 --> 00:16:22,310 Sementara mereka menguruskan itu, 238 00:16:22,394 --> 00:16:24,437 Gabenor Milton cadangkan kita pergi memburu. 239 00:16:25,354 --> 00:16:26,564 Jika awak sudi. 240 00:16:47,040 --> 00:16:49,751 Kita akan menakutkan semua haiwan dalam rombongan besar ini. 241 00:16:50,417 --> 00:16:52,335 Saya akan ikut Maggie dan awak berdua berpasangan. 242 00:16:54,004 --> 00:16:56,006 Saya tak perlukan pengawal kali ini, Jeneral. 243 00:17:06,598 --> 00:17:07,724 Bagaimana keadaan menjadi begitu teruk? 244 00:17:10,018 --> 00:17:11,226 Siapa tahu? 245 00:17:11,810 --> 00:17:14,063 Saya dah jumpa banyak komuniti dan masih tak tahu 246 00:17:14,146 --> 00:17:15,606 kenapa ada komuniti yang bernasib baik dan 247 00:17:16,940 --> 00:17:19,233 berjaya mempertahankan diri sementara yang lain tidak. 248 00:17:20,151 --> 00:17:21,361 Saya tak percaya pada nasib. 249 00:17:21,986 --> 00:17:23,279 Menarik. 250 00:17:24,529 --> 00:17:26,031 Nampaknya awak tak setuju. 251 00:17:27,324 --> 00:17:29,034 Nasib adalah tentang peluang. 252 00:17:29,910 --> 00:17:32,745 Saya tak kenal sesiapa yang ada peluang seperti awak. 253 00:17:35,164 --> 00:17:36,540 Memandangkan kita berterus terang, 254 00:17:37,166 --> 00:17:38,583 saya pun nak buat pengakuan, Maggie. 255 00:17:39,000 --> 00:17:40,627 Saya tak nak buat lawatan ini. 256 00:17:43,463 --> 00:17:45,464 Ada beribu-ribu orang di bawah jagaan saya 257 00:17:45,547 --> 00:17:48,509 dan tanggungjawab itu buat saya tak lena pada waktu malam. 258 00:17:49,385 --> 00:17:51,178 Itu pengorbanan menjadi pemimpin. 259 00:17:52,762 --> 00:17:54,389 Semuanya ada harga. 260 00:17:55,264 --> 00:17:57,016 Saya perlu korbankan masa tidur. 261 00:17:58,101 --> 00:17:59,810 Awak tahu apa yang saya fikirkan pada pukul 3 pagi? 262 00:18:01,144 --> 00:18:03,647 Siapa yang kita boleh percayai? Bagaimana kita boleh selamat? 263 00:18:04,648 --> 00:18:06,691 Komuniti awak kecil bagi kami. 264 00:18:07,274 --> 00:18:09,860 Saya tak pasti risiko membuat lawatan keluar berbaloi. 265 00:18:09,944 --> 00:18:11,195 Jika begitu, kenapa awak datang? 266 00:18:11,945 --> 00:18:13,780 Sekutu yang betul akan menguatkan kami. 267 00:18:14,155 --> 00:18:16,950 Dunia ini milik kita, bukan makhluk mati. 268 00:18:17,575 --> 00:18:19,743 Selepas berjumpa awak semua dan mendengar kisah kamu, 269 00:18:20,411 --> 00:18:22,079 saya yakin. 270 00:18:23,414 --> 00:18:26,124 Peraturan dah hilang di dunia ini. 271 00:18:26,999 --> 00:18:29,293 Ia perlu dikembalikan. 272 00:18:29,877 --> 00:18:31,754 Ia menjamin masa depan anak-anak kita. 273 00:18:32,838 --> 00:18:34,715 Lima belas juta bandar kecil 274 00:18:34,798 --> 00:18:36,591 yang saling berebut kuasa dan sumber 275 00:18:36,717 --> 00:18:37,884 tak akan dapat memberikan 276 00:18:37,968 --> 00:18:39,052 kestabilan begitu. 277 00:18:40,678 --> 00:18:42,680 Saya menawarkan awak syarat sama 278 00:18:42,763 --> 00:18:45,599 dengan perjanjian perlindungan awak dengan Oceanside. 279 00:18:46,683 --> 00:18:47,976 Seseorang yang akan melindungi awak. 280 00:19:16,375 --> 00:19:17,585 Ya. 281 00:19:21,129 --> 00:19:23,214 - Hai. - Hai. 282 00:19:23,715 --> 00:19:25,550 Saya datang jenguk keadaan awak. 283 00:19:26,468 --> 00:19:29,261 Saya sedang memasak. 284 00:19:32,598 --> 00:19:33,806 Awak lapar? 285 00:19:33,973 --> 00:19:36,768 - Nabila dan Jerry bawa makanan. - Okey. 286 00:19:37,310 --> 00:19:40,104 - Rangup. - Ya. Apa salahnya? 287 00:19:40,812 --> 00:19:42,105 Begini. 288 00:19:48,527 --> 00:19:51,197 Jerry kata awak pergi buat pemeriksaan hari ini. 289 00:19:51,572 --> 00:19:53,240 Ada apa-apa penemuan? 290 00:19:54,282 --> 00:19:55,575 Ada perkara kelakar berlaku. 291 00:19:56,826 --> 00:19:57,869 Apa? 292 00:19:57,952 --> 00:20:00,038 Tomi kata saya dijadualkan untuk buat pembedahan. 293 00:20:00,622 --> 00:20:02,081 Mereka awalkan giliran saya. 294 00:20:03,832 --> 00:20:07,044 Baguslah begitu. 295 00:20:12,048 --> 00:20:13,383 - Betul tak? - Tunggu. 296 00:20:15,967 --> 00:20:17,177 Adakah awak... 297 00:20:17,386 --> 00:20:18,595 Apa awak buat? 298 00:20:19,304 --> 00:20:20,514 Saya tak... 299 00:20:22,807 --> 00:20:24,350 Hutang saya langsai. 300 00:20:27,061 --> 00:20:28,520 Hornsby terhutang budi kepada saya. 301 00:20:32,023 --> 00:20:33,233 Itu tak adil! 302 00:20:34,609 --> 00:20:35,984 Kenapa awak buat begitu? 303 00:20:36,151 --> 00:20:38,821 - Sebab saya tak nak awak mati. - Carol! 304 00:20:40,948 --> 00:20:42,990 Giliran itu mengarut. 305 00:20:43,741 --> 00:20:45,576 Awak fikir Pamela Milton akan teragak-agak 306 00:20:45,660 --> 00:20:48,246 sebelum membuat sesuatu untuk anak dia yang teruk? 307 00:20:50,122 --> 00:20:51,999 Awak pernah ke hospital itu, Carol? 308 00:20:54,668 --> 00:20:56,836 Sebab jika awak pernah ke sana, awak akan nampak pesakit lain. 309 00:20:58,295 --> 00:20:59,505 Menderita. 310 00:21:00,673 --> 00:21:01,966 Sama seperti saya. 311 00:21:03,508 --> 00:21:04,843 Menanti rawatan. 312 00:21:05,969 --> 00:21:07,178 Sama seperti saya. 313 00:21:07,804 --> 00:21:11,140 Awak patut mati hanya sebab sistem ini tak sempurna? 314 00:21:13,017 --> 00:21:17,311 Orang yang tak berkebolehan pun boleh diberikan kuasa. 315 00:21:19,063 --> 00:21:20,982 Awak bukan orang tak berkebolehan. 316 00:21:25,610 --> 00:21:27,487 Itu dipanggil autokrasi. 317 00:21:28,321 --> 00:21:29,531 Bukan. 318 00:21:29,781 --> 00:21:31,198 Kebebasan tak berguna. 319 00:21:32,366 --> 00:21:33,826 Awak ketua di Hilltop. 320 00:21:33,909 --> 00:21:35,411 Awak yang buat keputusan. 321 00:21:36,120 --> 00:21:37,704 Awak anggap diri awak pemerintah mutlak? 322 00:21:38,288 --> 00:21:40,623 Saya memimpin cara saya diajar 323 00:21:41,041 --> 00:21:42,959 oleh Deanna dan Georgie. 324 00:21:43,625 --> 00:21:46,170 Komuniti yang kami bina adalah adil. 325 00:21:46,795 --> 00:21:48,088 Commonwealth adalah adil. 326 00:21:48,380 --> 00:21:51,215 Ya, tapi awak pandu kereta dan tinggal di rumah lebih besar 327 00:21:51,299 --> 00:21:52,508 berbanding orang lain. 328 00:21:52,633 --> 00:21:55,136 Saya juga ada lebih tanggungjawab daripada pekerja biasa. 329 00:21:55,470 --> 00:21:57,220 Seorang ketua perlu disanjung. 330 00:21:57,429 --> 00:21:59,890 Saya nak usaha saya disanjungi. 331 00:22:00,098 --> 00:22:02,351 Sumbangan saya, bukan harta yang saya miliki. 332 00:22:05,811 --> 00:22:07,021 Di belakang awak. 333 00:22:08,439 --> 00:22:09,648 Awak nak uruskan? 334 00:22:10,191 --> 00:22:11,399 Atau saya? 335 00:22:12,233 --> 00:22:14,486 Saya nak uruskan makhluk di belakang awak pula. 336 00:22:53,352 --> 00:22:54,395 Hai. 337 00:22:59,941 --> 00:23:00,984 Hai, mari. 338 00:23:07,698 --> 00:23:09,199 - Awak okey? - Saya baik. 339 00:23:10,283 --> 00:23:11,493 Apa khabar? 340 00:23:12,660 --> 00:23:14,912 - Awak pandai berpura-pura. - Terima kasih. 341 00:23:17,915 --> 00:23:19,416 Bagaimana kerja baru awak? 342 00:23:20,583 --> 00:23:23,420 Agak sibuk. 343 00:23:25,171 --> 00:23:26,505 Awak menyesal datang ke sini? 344 00:23:27,131 --> 00:23:28,382 Awak pula? 345 00:23:31,510 --> 00:23:32,719 Awak suka berada di sini? 346 00:23:33,678 --> 00:23:35,138 Sekurang-kurangnya kita semua dapat bersama. 347 00:23:36,889 --> 00:23:38,016 Semua orang selamat. 348 00:23:38,808 --> 00:23:40,100 Ini memadai untuk sekarang. 349 00:23:45,897 --> 00:23:47,189 Menerima keadaan seadanya. 350 00:23:48,274 --> 00:23:50,234 Tak sangka saya akan jadi polis. 351 00:23:52,320 --> 00:23:53,945 Saya agak berbakat juga, jadi... 352 00:23:56,031 --> 00:23:58,325 Awak serba berkebolehan, Rosita. 353 00:24:01,285 --> 00:24:02,369 Terima kasih, Eugene. 354 00:24:04,621 --> 00:24:06,040 Saya rindu kampung halaman. 355 00:24:07,123 --> 00:24:08,333 Ya. 356 00:24:08,833 --> 00:24:10,084 Saya rindu keluar dari benteng. 357 00:24:10,168 --> 00:24:12,253 Saya rindu kebebasan yang kita miliki dulu. 358 00:24:15,881 --> 00:24:17,090 Tapi itu akan kembali. 359 00:24:18,425 --> 00:24:20,551 Selepas Alexandria dibina semula. 360 00:24:21,344 --> 00:24:23,429 Bagus jika orang ada pilihan. 361 00:24:31,144 --> 00:24:32,854 Awak teruja tentang masa depan? 362 00:24:34,688 --> 00:24:35,981 Ya. 363 00:24:40,569 --> 00:24:42,236 Eugene, apa masalahnya? Cakaplah. 364 00:24:48,283 --> 00:24:50,160 Saya terkenang semasa kita baru berkenalan. 365 00:24:50,702 --> 00:24:52,454 Saya menipu awak. 366 00:24:54,414 --> 00:24:57,333 Tentang siapa diri saya dan Washington, D.C. dan... 367 00:24:59,293 --> 00:25:00,878 Itu dah lama berlalu, Eugene. 368 00:25:04,297 --> 00:25:07,384 Kita menjumpai kampung kita, semuanya berakhir dengan baik. 369 00:25:12,304 --> 00:25:14,306 Apa masalahnya, Eugene? Cakaplah. Awak akan rasa lebih lega. 370 00:25:21,145 --> 00:25:22,354 Stephanie 371 00:25:25,941 --> 00:25:27,150 tak hilang. 372 00:25:31,696 --> 00:25:32,947 Saya nampak dia. 373 00:25:33,572 --> 00:25:34,865 Dia cuma 374 00:25:42,080 --> 00:25:44,290 berpisah dengan saya. 375 00:25:45,207 --> 00:25:47,042 Saya bersimpati, Eugene. 376 00:26:07,435 --> 00:26:09,145 Dia bukan siapa yang saya sangka. 377 00:26:09,811 --> 00:26:11,187 Lupakan dia. 378 00:26:12,439 --> 00:26:13,857 Awak akan jumpa orang yang lebih baik. 379 00:26:15,775 --> 00:26:17,401 Awak akan jumpa jodoh awak. 380 00:26:18,694 --> 00:26:20,237 Saya janji. 381 00:26:39,170 --> 00:26:40,379 Hai. 382 00:26:40,588 --> 00:26:41,964 Mereka menunaikan janji mereka. 383 00:26:42,673 --> 00:26:44,174 Semua pengawal yang balik bersama kita, 384 00:26:44,257 --> 00:26:46,593 mereka membantu membaiki menara air sekarang. 385 00:26:47,510 --> 00:26:48,720 Awak pergi memburu dengan mereka? 386 00:26:48,887 --> 00:26:52,014 - Ya, tak banyak, tapi... - Dah cukup lumayan. 387 00:26:52,264 --> 00:26:53,307 Ya. 388 00:26:53,390 --> 00:26:55,851 - Kami akan masak dulu. - Baik. Terima kasih. 389 00:26:56,435 --> 00:26:57,644 Semua orang okey? 390 00:26:57,977 --> 00:27:00,063 Ya. Semua orang berasa lega. 391 00:27:00,855 --> 00:27:02,774 Saya harap ini bererti kita boleh tidur malam ini. 392 00:27:04,566 --> 00:27:06,860 - Hai, Daryl. - Hai. 393 00:27:07,319 --> 00:27:08,737 Akhirnya awak dah balik. 394 00:27:09,196 --> 00:27:10,405 - Hai. - Apa khabar? 395 00:27:11,280 --> 00:27:14,575 Baik. Entahlah. Kami cuba sedaya upaya. 396 00:27:14,951 --> 00:27:16,202 - Ya. - Saya cuma rasa 397 00:27:16,285 --> 00:27:19,704 ada sesetengah benda yang tak boleh dibaiki. 398 00:27:20,914 --> 00:27:22,916 Kadangkala seperti tiada makna. 399 00:27:23,917 --> 00:27:25,709 - Saya faham. - Bagaimana awak tahu bila? 400 00:27:26,293 --> 00:27:27,544 Bila apa? 401 00:27:29,046 --> 00:27:30,339 Bila masa untuk pergi? 402 00:27:31,714 --> 00:27:32,924 Itu yang awak nak buat? 403 00:27:33,508 --> 00:27:34,717 Hai, Maggie. 404 00:27:35,551 --> 00:27:37,720 Boleh kami edarkan bekalan? 405 00:27:37,971 --> 00:27:39,221 Kami ada banyak. 406 00:27:39,638 --> 00:27:40,847 Makanan, bahan api. 407 00:27:43,308 --> 00:27:45,018 Boleh. Terima kasih. 408 00:27:45,559 --> 00:27:48,437 Baik. Kami akan uruskan. Awak berdua, ikut saya. 409 00:27:51,774 --> 00:27:53,233 Daryl, lihat apa yang saya dapat. 410 00:27:53,483 --> 00:27:54,693 Ya Tuhan. 411 00:27:55,527 --> 00:27:56,778 Kami nak edarkan makanan. 412 00:27:56,861 --> 00:27:58,363 - Awak nak bantu kami? - Ya. 413 00:27:59,613 --> 00:28:00,823 Awak bawa bekas besar. 414 00:28:02,283 --> 00:28:04,451 - Berikan ini kepada Elijah. - Okey. 415 00:28:06,411 --> 00:28:08,037 Sukar nak jadi budak di dunia luar. 416 00:28:08,663 --> 00:28:09,998 Dia membesar di jalanan. 417 00:28:10,581 --> 00:28:12,083 Dia budak yang berbeza. 418 00:28:14,251 --> 00:28:16,545 Kawan awak suka menyeksa diri di luar? 419 00:28:20,047 --> 00:28:22,717 Dulu tempat ini berbeza. 420 00:28:23,301 --> 00:28:26,553 Kini, ia mengalami kesukaran, tapi ia akan pulih. 421 00:28:26,761 --> 00:28:27,971 Lihat saja nanti. 422 00:28:28,805 --> 00:28:31,850 Bukan semua tempat bernasib baik seperti Alexandria. 423 00:28:32,309 --> 00:28:34,935 Bukan semua tempat bernasib baik seperti Commonwealth. 424 00:28:38,939 --> 00:28:40,148 Awak dah mula ubah fikiran? 425 00:28:42,025 --> 00:28:43,318 Saya tak kata begitu. 426 00:28:44,068 --> 00:28:46,529 Tapi kamu banyak membantu kami. 427 00:28:46,613 --> 00:28:49,072 Saya perlu mengakuinya. 428 00:28:50,532 --> 00:28:52,034 Commonwealth tak sempurna. 429 00:28:53,410 --> 00:28:54,660 Apa? Awak rasa begitu? 430 00:28:55,620 --> 00:28:57,121 Jangan terlalu selesa. 431 00:28:58,914 --> 00:29:00,374 Awak tak pakai perisai hanya sebab 432 00:29:00,457 --> 00:29:02,375 ada orang fikir ini nampak lebih baik. 433 00:29:03,460 --> 00:29:04,711 Awak perlu main peranan awak. 434 00:29:05,462 --> 00:29:06,755 Saya main peranan saya. 435 00:29:17,180 --> 00:29:18,431 Saya akan ada di sini selepas awak sedar. 436 00:29:20,099 --> 00:29:22,351 Saya akan bawa piza, aiskrim semuanya. 437 00:29:24,645 --> 00:29:25,979 Tak nak... 438 00:29:27,356 --> 00:29:28,731 Tak nak nanas. 439 00:29:29,565 --> 00:29:30,858 Saya serius, Jerry. 440 00:29:32,026 --> 00:29:34,028 Piza tak patut ada nanas. 441 00:29:34,487 --> 00:29:35,695 Piza? 442 00:29:35,862 --> 00:29:38,406 Awak hanya boleh makan jeli buat sementara. 443 00:29:57,506 --> 00:29:58,715 Pergerakan cemas? 444 00:30:00,425 --> 00:30:01,718 Duit syiling bertuah. 445 00:30:02,385 --> 00:30:03,844 Dulu saya ada kaki arnab bertuah. 446 00:30:06,222 --> 00:30:08,683 Anjing saya bawa balik dengan arnabnya sekali. 447 00:30:09,849 --> 00:30:11,184 Ayah saya berikannya kepada saya. 448 00:30:11,893 --> 00:30:14,271 Semasa saya kecil, saya sangka ini emas. 449 00:30:15,729 --> 00:30:18,357 Tapi ia cuma disalut emas. 450 00:30:19,400 --> 00:30:20,776 Di dalamnya cuma duit syiling biasa. 451 00:30:25,029 --> 00:30:26,239 Awak dah buat keputusan? 452 00:30:31,576 --> 00:30:33,328 Apa awak dapat daripada semua ini? 453 00:30:36,789 --> 00:30:37,999 Ayuhlah, Maggie. 454 00:30:39,584 --> 00:30:41,961 Jangan nak nafikan hakikat. 455 00:30:43,086 --> 00:30:44,379 Awak tak mampu menangani keadaan. 456 00:30:46,590 --> 00:30:47,882 Awak tak kenal saya lagi. 457 00:30:48,675 --> 00:30:51,385 Saya tahu awak cukup bijak untuk kenal tawaran yang baik. 458 00:30:54,847 --> 00:30:57,098 Saya pula cukup bijak untuk tahu saya dah menyinggung awak. 459 00:31:00,476 --> 00:31:02,020 Awak belum jawab soalan saya. 460 00:31:05,564 --> 00:31:06,815 Baiklah, saya akan jawab. 461 00:31:08,317 --> 00:31:12,612 Pertama kali saya ke Alexandria, saya nampak potensinya. 462 00:31:13,529 --> 00:31:15,823 Maggie, awak betul-betul percaya bahawa Hilltop, 463 00:31:15,907 --> 00:31:19,367 pada masa ini, adalah tempat terbaik yang awak akan miliki? 464 00:31:19,993 --> 00:31:23,204 Atau Alexandria? Atau Oceanside? 465 00:31:24,455 --> 00:31:25,748 Lihat di sekeliling. 466 00:31:27,374 --> 00:31:29,919 Kita boleh miliki lebih banyak daripada ini. 467 00:31:31,377 --> 00:31:34,964 Bayangkan awak menjemput Hershel 468 00:31:35,048 --> 00:31:36,633 balik daripada konsert di Commonwealth. 469 00:31:37,799 --> 00:31:40,177 Bawa dia ke janji temu doktor di Alexandria. 470 00:31:41,678 --> 00:31:44,181 Kemudian naik bot di Oceanside, 471 00:31:44,805 --> 00:31:46,349 melalui pesisir. 472 00:31:49,602 --> 00:31:50,853 Apa ada di hujung pesisir? 473 00:31:52,062 --> 00:31:53,271 Satu lagi pekan pelabuhan? 474 00:31:53,772 --> 00:31:55,023 Satu lagi sekolah? 475 00:31:56,274 --> 00:31:57,567 Bagaimana dengan universiti? 476 00:32:00,152 --> 00:32:02,196 Awak pernah terbayang untuk hantar anak awak 477 00:32:02,279 --> 00:32:04,031 ke kolej untuk tahun pertamanya? 478 00:32:06,157 --> 00:32:07,533 Saya cuba membinanya. 479 00:32:09,285 --> 00:32:10,578 Sudah tentu. 480 00:32:11,621 --> 00:32:13,664 Sebab kita mempunyai pandangan yang sama. 481 00:32:15,123 --> 00:32:17,000 Bayangkan dunia yang awak ingin bina. 482 00:32:20,336 --> 00:32:21,545 Kekalkannya di dalam minda awak. 483 00:32:23,130 --> 00:32:27,342 Sekarang bayangkan kuasa 50,000 pekerja Commonwealth 484 00:32:27,425 --> 00:32:29,886 membantu merealisasikan impian awak. 485 00:32:30,428 --> 00:32:32,055 Bayangkan apa yang awak mampu capai pada masa itu. 486 00:32:36,183 --> 00:32:37,309 Kumpulan perayau datang. 487 00:32:56,158 --> 00:32:57,201 Di sini. 488 00:33:49,621 --> 00:33:50,830 Tembak! 489 00:34:09,638 --> 00:34:13,892 Bayangkan tak perlu bertindak setiap kali loceng berbunyi. 490 00:34:15,017 --> 00:34:16,644 Ya, kita boleh teruskan pembinaan. 491 00:34:17,937 --> 00:34:19,480 Tak perlu asyik tergendala. 492 00:34:20,689 --> 00:34:22,649 Saya tahu banyak perkara perlu dipertimbangkan, tapi... 493 00:34:24,943 --> 00:34:26,402 lihatlah sekeliling. 494 00:34:26,903 --> 00:34:28,112 Kita perlukan ini. 495 00:34:29,446 --> 00:34:30,530 Saya tahu. 496 00:34:33,242 --> 00:34:35,451 Perbarisan! 497 00:34:36,577 --> 00:34:37,703 Cepat! 498 00:34:50,881 --> 00:34:52,258 Awak ke sebelah barat. 499 00:34:52,341 --> 00:34:53,717 Awak ke sebelah timur dan awak ke... 500 00:34:53,801 --> 00:34:55,927 - Dixon, ikut perbarisan. - Tunggu. 501 00:35:01,140 --> 00:35:02,349 Hai. 502 00:35:04,226 --> 00:35:07,396 Ingat, mereka sentiasa memerhati. Faham? 503 00:35:07,729 --> 00:35:09,355 Ya, saya faham. 504 00:35:09,522 --> 00:35:12,316 Pusing kiri. Mara ke depan! 505 00:35:33,710 --> 00:35:35,169 Sentiasa ada hal yang perlu diuruskan, ya? 506 00:35:36,170 --> 00:35:37,212 Kami cuba sedaya upaya. 507 00:35:37,296 --> 00:35:38,505 Semua orang selamat? 508 00:35:38,755 --> 00:35:42,509 Ya, tiada kecederaan, tak hilang anggota. Itu dah kira bagus. 509 00:35:46,137 --> 00:35:47,972 Tapi Hilltop menolak tawaran awak. 510 00:35:50,807 --> 00:35:52,017 Boleh saya tahu sebabnya? 511 00:35:53,143 --> 00:35:54,352 Sebab, bak kata awak, 512 00:35:55,312 --> 00:35:56,771 semuanya ada harga. 513 00:36:18,748 --> 00:36:20,541 Tidak, tolong jangan tutup pintu. 514 00:36:26,630 --> 00:36:29,299 Saya jumpa aiskrim raspberi di kedai Inside Scoop. 515 00:36:30,717 --> 00:36:32,843 Bukan raspberi hitam, tapi... 516 00:36:36,347 --> 00:36:37,681 Tolonglah, ia sangat sejuk. 517 00:36:59,908 --> 00:37:01,284 Maafkan saya, Max, 518 00:37:01,910 --> 00:37:03,411 kerana bertindak begitu. 519 00:37:03,495 --> 00:37:06,205 Kerana melarikan diri dan enggan mendengar. 520 00:37:07,164 --> 00:37:09,833 Saya terluka dan keliru. 521 00:37:09,917 --> 00:37:11,877 - Awak agak biadab. - Ya. 522 00:37:13,336 --> 00:37:14,629 Betul. 523 00:37:15,880 --> 00:37:17,799 Saya biar Hornsby mempengaruhi saya, 524 00:37:18,633 --> 00:37:20,926 dan itu pengkhianatan yang sangat besar. 525 00:37:21,009 --> 00:37:22,219 Dia sangat licik. 526 00:37:22,803 --> 00:37:24,096 Seperti cacing. 527 00:37:24,846 --> 00:37:26,931 Saya buka hati dan kediaman saya 528 00:37:27,807 --> 00:37:28,849 untuk seorang penyamar. 529 00:37:28,933 --> 00:37:30,393 Saya biar dia baca karya saya. 530 00:37:30,643 --> 00:37:31,769 Karya? 531 00:37:34,396 --> 00:37:35,605 Saya sedang menulis novel. 532 00:37:37,232 --> 00:37:39,900 Adakah ia melibatkan makam? 533 00:37:42,403 --> 00:37:43,445 Semestinya. 534 00:37:46,073 --> 00:37:47,949 Bertempat di Pergunungan Carpathia? 535 00:37:48,032 --> 00:37:49,951 - Ya. - Awak biar dia membacanya? 536 00:37:50,034 --> 00:37:54,538 - Saya sangka dia ialah awak. - Bagaimana? 537 00:37:55,539 --> 00:37:57,165 Selepas sekian lama kita meluangkan masa bersama, 538 00:37:57,249 --> 00:37:58,959 segala maklumat yang kita kongsi bersama. 539 00:37:59,042 --> 00:38:01,627 Kenapa awak tak tahu dia bukan saya? 540 00:38:03,045 --> 00:38:04,171 Entahlah. 541 00:38:06,173 --> 00:38:07,382 Mungkin sebab 542 00:38:08,592 --> 00:38:11,803 dari dulu lagi saya sedar saya tak sama seperti orang lain. 543 00:38:12,637 --> 00:38:14,430 Saya dah biasa ditolak serta-merta. 544 00:38:14,513 --> 00:38:18,058 Kadangkala saya tak sedar pun saya ditolak. 545 00:38:19,518 --> 00:38:21,686 Pokoknya, itu kerap berlaku. 546 00:38:24,063 --> 00:38:25,523 Jadi, saya pun tak pasti 547 00:38:25,607 --> 00:38:27,232 jika hubungan kita hanya mainan minda. 548 00:38:29,651 --> 00:38:31,570 Tapi selepas saya tiba dan dia tak 549 00:38:34,614 --> 00:38:35,698 menolak saya. 550 00:38:38,576 --> 00:38:40,786 Saya nak sangat percaya semua ini benar. 551 00:38:42,287 --> 00:38:44,456 Kadangkala saya terlepas pandang perkara kecil. 552 00:38:47,000 --> 00:38:50,169 Saya tak berniat melukai awak, Max. 553 00:38:51,837 --> 00:38:54,506 Tapi niat saya tak mengecualikan tindakan saya. 554 00:38:56,257 --> 00:38:58,801 Boleh awak berikan saya peluang untuk betulkan keadaan? 555 00:39:05,140 --> 00:39:06,391 Entahlah. 556 00:39:21,530 --> 00:39:22,738 Boleh saya baca novel awak? 557 00:39:27,409 --> 00:39:29,244 Malangnya, 558 00:39:29,536 --> 00:39:33,122 saya dah bakar satu-satunya salinan yang saya ada. 559 00:39:33,206 --> 00:39:35,707 Tapi semuanya ada dalam minda saya. 560 00:39:36,583 --> 00:39:37,793 Apa konsepnya? 561 00:39:39,419 --> 00:39:42,922 Penyiasat peribadi yang bernama Steph Portman terlibat 562 00:39:43,005 --> 00:39:44,590 dalam pengembaraan antarabangsa, 563 00:39:44,674 --> 00:39:48,052 untuk menghalang bencana nuklear dan menangani 564 00:39:48,135 --> 00:39:49,886 birokrasi perundangan di negaranya. 565 00:39:50,220 --> 00:39:52,639 Tiada peguam daerah yang menerima rasuah, bukan? 566 00:39:52,722 --> 00:39:53,765 Sudah tentu tiada. 567 00:39:54,224 --> 00:39:55,684 Itu terlalu mudah diramal. 568 00:39:58,227 --> 00:40:00,646 Tapi saya berikan dia abang kembar jahat. 569 00:40:01,939 --> 00:40:03,898 Kembar jahat. Bagus. 570 00:40:03,982 --> 00:40:05,441 Ya, saya dah agak. 571 00:40:06,109 --> 00:40:10,279 Awak patut jadikan kembar itu seorang ahli sains. 572 00:40:11,196 --> 00:40:13,574 Itu akan meningkatkan risiko ancaman nuklear. 573 00:40:15,117 --> 00:40:16,784 Itulah yang saya buat. 574 00:40:25,167 --> 00:40:26,209 Apa? 575 00:40:29,045 --> 00:40:31,088 Rasa seperti dulu. 576 00:40:36,635 --> 00:40:38,303 Saya ada sesuatu untuk awak. 577 00:40:40,180 --> 00:40:41,389 Ini daripada Judith. 578 00:40:41,764 --> 00:40:44,266 Dia kata sekiranya awak nak Hershel makan lebih daging kuda. 579 00:40:44,349 --> 00:40:45,392 Ya Tuhan. 580 00:40:47,519 --> 00:40:49,313 - Bagus berjumpa awak. - Ya. 581 00:40:50,855 --> 00:40:52,064 Berhati-hati. 582 00:40:52,648 --> 00:40:54,108 Awak tahu di mana nak cari saya jika perlu. 583 00:40:54,734 --> 00:40:56,027 Sama bagi awak. 584 00:40:59,529 --> 00:41:00,739 Dianne? 585 00:41:01,865 --> 00:41:03,116 Saya nak pergi, Maggie. 586 00:41:03,658 --> 00:41:05,201 Ada beberapa orang nak ikut saya 587 00:41:05,910 --> 00:41:07,203 dan awak pun patut buat begitu. 588 00:41:09,580 --> 00:41:11,498 Awak harus berhati-hati siapa yang awak percayai. 589 00:41:12,624 --> 00:41:14,209 Awak patut dah tahu. 590 00:41:15,376 --> 00:41:17,462 Awak juga patut tahu masa untuk minta bantuan. 591 00:41:18,837 --> 00:41:21,882 Keadaan dah menjadi semakin sukar, tapi tak perlu begitu. 592 00:41:22,299 --> 00:41:23,717 Saya sangat menghormati awak. 593 00:41:26,761 --> 00:41:28,596 Tapi saya dah tak tahan lagi. 594 00:41:31,848 --> 00:41:33,141 Maafkan saya. 595 00:41:54,243 --> 00:41:56,620 - Itu cubaan yang baik, Lance. - Belum berakhir lagi. 596 00:41:56,954 --> 00:41:57,996 Tak perlu begitu. 597 00:41:58,080 --> 00:41:59,705 Tiba masa untuk balik. 598 00:41:59,956 --> 00:42:01,249 Kita masih ada Alexandria. 599 00:42:01,332 --> 00:42:03,042 Saya cuma perlukan masa untuk yakinkan dua komuniti. 600 00:42:04,335 --> 00:42:07,754 Itu tindakan yang berani untuk memperoleh tiga komuniti. 601 00:42:08,547 --> 00:42:11,049 Saya faham sebab awak tertarik dengan aturan begitu. 602 00:42:12,384 --> 00:42:14,218 Ada orang yang perlu mengetuai mereka, bukan? 603 00:42:16,428 --> 00:42:18,806 Pemilihan calon bergantung kepada awak. 604 00:42:20,515 --> 00:42:21,724 Jelas sekali. 605 00:42:22,684 --> 00:42:23,893 Jelas sekali. 606 00:42:25,603 --> 00:42:27,271 Saya anggap awak buat begini 607 00:42:27,354 --> 00:42:30,440 demi kebaikan Commonwealth dan bukan diri awak. 608 00:42:32,067 --> 00:42:33,317 Saya buat begini demi awak. 609 00:42:37,446 --> 00:42:39,699 Awak memang bercita-cita tinggi dari dulu lagi, Lance. 610 00:42:41,074 --> 00:42:44,161 Sukar nak bendung cita-cita, jadi, 611 00:42:46,745 --> 00:42:48,956 jika awak nak cuba menjayakannya, baiklah. 612 00:42:50,249 --> 00:42:52,209 Tapi jika kerja awak mula merosot, 613 00:42:53,377 --> 00:42:54,836 akan ada akibatnya. 614 00:42:57,005 --> 00:42:58,798 Commonwealth sentiasa didahulukan. 615 00:43:37,206 --> 00:43:38,415 Lance. 616 00:43:40,209 --> 00:43:41,417 Lance, awak okey? 617 00:43:42,043 --> 00:43:43,336 Sangat baik. 618 00:43:48,757 --> 00:43:51,843 Apa dia kata tentang Alexandria? Semuanya baik? 619 00:43:56,472 --> 00:43:57,681 Ya. 620 00:43:58,516 --> 00:43:59,725 Pamela bersetuju. 621 00:44:00,100 --> 00:44:02,185 Kita akan mengambil lebih ramai orang lagi. 622 00:44:02,769 --> 00:44:03,978 Bersiap sedia, Aaron 623 00:44:05,146 --> 00:44:06,981 Kita akan mencipta semula dunia. 624 00:44:42,178 --> 00:44:44,179 Diterjemahkan oleh: Audrey Teo