1 00:00:10,468 --> 00:00:15,473 Pada 1993, ahli sihir jahat, Rita Repulsa lari dari penjara dan menyerang Bumi. 2 00:00:15,557 --> 00:00:20,186 Hidup lima remaja berubah waktu Zordon pilih mereka untuk pertahankan planet. 3 00:00:20,270 --> 00:00:23,440 Sejak itu, ramai wira meneruskan legasi mereka. 4 00:00:23,523 --> 00:00:26,484 Warga Bumi tenang kerana tahu dunia dilindungi… 5 00:00:26,568 --> 00:00:31,948 POWER RANGERS 6 00:00:53,219 --> 00:00:55,263 Ada kata-kata terakhir? 7 00:00:56,056 --> 00:00:58,600 Masa untuk bertukar! Triceratops! 8 00:01:04,355 --> 00:01:07,776 Putty, bantai dia jadi debu biru. 9 00:01:28,213 --> 00:01:30,090 Kenapa bawa aku ke sini? 10 00:01:30,173 --> 00:01:34,302 Kau nak mati dalam bayu laut segar? 11 00:01:37,847 --> 00:01:40,308 Kau bawa kawan, ya? 12 00:01:40,391 --> 00:01:42,060 Ini perjumpaan semula. 13 00:01:42,143 --> 00:01:44,979 Kami dapat mesej dan datang secepat mungkin. 14 00:01:45,063 --> 00:01:45,897 Terima kasih. 15 00:01:46,564 --> 00:01:50,443 Itu Rita Repulsa? Rupa robot tak elok dengan dia. 16 00:01:50,527 --> 00:01:52,654 Dalam tong sampah lagi elok. 17 00:01:52,737 --> 00:01:54,405 Musnahkan mereka semua! 18 00:02:32,569 --> 00:02:34,028 Muka aku! 19 00:02:34,821 --> 00:02:36,489 Aku berseronok tadi. 20 00:02:36,573 --> 00:02:38,408 Tapi kau nak serius? 21 00:02:38,908 --> 00:02:42,370 Ayuh serius sampai maut. 22 00:02:46,791 --> 00:02:48,960 Aku suka muka itu. 23 00:02:49,043 --> 00:02:52,630 Macam aku suka semua kuasa dalam tubuh robot baru aku. 24 00:02:53,131 --> 00:02:58,178 Tapi aku rela ganti kuasa itu untuk jampi yang membunuh. 25 00:03:02,348 --> 00:03:03,516 Billy! 26 00:03:09,272 --> 00:03:10,106 Trini! 27 00:03:11,065 --> 00:03:12,942 Tidak! 28 00:03:21,701 --> 00:03:23,870 Selamat tinggal, Trini Kwan. 29 00:03:23,953 --> 00:03:29,167 Kau boleh cari aku dalam Dimensi Gelap buat rancangan untuk balas dendam. 30 00:03:46,935 --> 00:03:50,104 Apa kita nak beritahu dia? Ibunya lemas? 31 00:03:50,188 --> 00:03:52,857 Tidak. Minh terlalu bijak untuk itu. 32 00:03:54,192 --> 00:03:57,445 Fikirkan segera, sebab sekolah baru habis. 33 00:03:57,528 --> 00:03:59,822 Kita perlu bantu cari Dimensi Gelap. 34 00:03:59,906 --> 00:04:03,618 Tak boleh. Bagaimana beritahu berita terburuk dalam hidupnya? 35 00:04:04,744 --> 00:04:07,914 Kita harus beritahu perkara sebenar. 36 00:04:09,249 --> 00:04:13,670 - Peraturan Zordon… - Zack! Kita boleh langgar kalau bersebab. 37 00:04:14,462 --> 00:04:18,800 Kalau Zordon kembali, tentu dia kata Minh perlu tahu. 38 00:04:20,134 --> 00:04:22,011 Cuma dia dan Trini dari dulu. 39 00:04:22,845 --> 00:04:24,597 Tiada orang lain. 40 00:04:25,431 --> 00:04:26,891 Siapa nak jaga dia? 41 00:04:27,892 --> 00:04:30,687 Kita tak pernah hadapi perkara seperti ini. 42 00:04:32,021 --> 00:04:35,108 Dia perlu tahu supaya dapat teruskan hidup. 43 00:04:35,191 --> 00:04:39,821 Dia budak lagi. Dia tak perlu tahu kita Power Rangers. 44 00:04:39,904 --> 00:04:42,782 Dia perlu tahu Rita Repulsa bunuh ibunya. 45 00:04:56,045 --> 00:04:58,089 Kita perlu beritahu dia segalanya. 46 00:05:02,260 --> 00:05:05,471 SETAHUN KEMUDIAN 47 00:05:42,175 --> 00:05:44,177 Hei, kamu okey? 48 00:05:45,386 --> 00:05:48,389 Maaf, Pak Cik Zack. Saya tak sedar kalau berlatih. 49 00:05:48,473 --> 00:05:49,307 Okey. 50 00:05:50,350 --> 00:05:53,269 Kita perlu ke tanah perkuburan lagi sepuluh minit. 51 00:05:53,353 --> 00:05:58,149 Pergilah mandi, bersedia. Kita tak nak yang lain tunggu. 52 00:06:01,569 --> 00:06:02,403 Saya tahu. 53 00:06:03,529 --> 00:06:07,116 Ada kemajuan tak cari Robo Rita? 54 00:06:07,825 --> 00:06:10,036 - Kita boleh tanya nanti. - Okey. 55 00:06:10,578 --> 00:06:13,122 Tunggu. Satu hal lagi. Dah beli bunga? 56 00:06:13,873 --> 00:06:14,832 Bunga? 57 00:06:20,463 --> 00:06:23,299 - Terima kasih. Saya mandi dulu. - Ya. 58 00:06:23,383 --> 00:06:27,303 Pesan trofi "Penjaga Terbaik Dunia" kemudian pergi. 59 00:06:27,387 --> 00:06:28,221 Ya. 60 00:06:31,140 --> 00:06:34,435 Billy selalu marah pak cik setiap kali kita lambat. 61 00:06:36,062 --> 00:06:39,941 Pak cik dah tak boleh guna alasan "ahli kongres sibuk". 62 00:06:42,443 --> 00:06:44,320 Maaf sebab susahkan pak cik. 63 00:06:46,155 --> 00:06:48,449 Saya tak nantikan hari ini. 64 00:06:48,533 --> 00:06:49,367 Ya. 65 00:06:51,327 --> 00:06:53,246 Tak sangka dah setahun. 66 00:06:54,497 --> 00:06:57,083 Pak cik tahu. Rasa macam baru semalam. 67 00:06:57,875 --> 00:06:59,544 - Dragonzord! - Pterodactyl! 68 00:06:59,627 --> 00:07:01,879 - Triceratops! - Tyrannosaurus! 69 00:07:01,963 --> 00:07:03,714 - Bukankah itu… - Ayuh. 70 00:07:06,843 --> 00:07:10,179 Sebelum mula, aku nak cakap, 71 00:07:10,263 --> 00:07:13,099 selamat ulang tahun sedih, Ranger. 72 00:07:13,182 --> 00:07:15,810 - Itu Robo Rita, bukan? - Serangan hendap. 73 00:07:15,893 --> 00:07:20,231 Aku dah agak kamu akan berkumpul pada hari istimewa ini. 74 00:07:21,816 --> 00:07:24,527 Aku sibuk buat persediaan. 75 00:07:25,069 --> 00:07:28,197 Aku siapa tempa orang suruhan aku dulu. 76 00:07:28,281 --> 00:07:31,075 Snizzard dan Minotaur. 77 00:07:31,159 --> 00:07:33,744 Kubur manusia berbaris-baris. 78 00:07:33,828 --> 00:07:36,581 Tempat ini indah. 79 00:07:36,664 --> 00:07:39,876 Bumi akan jadi begini tak lama lagi. 80 00:07:39,959 --> 00:07:43,254 Bagus, kita mula dengan Rangers. 81 00:07:43,337 --> 00:07:44,922 Kami hapuskan kau dulu. 82 00:07:47,300 --> 00:07:50,720 Pak cik perlu bantu mereka, tapi kamu perlu jaga diri. 83 00:07:50,803 --> 00:07:52,138 Tapi dialah yang… 84 00:07:53,014 --> 00:07:55,558 Kita perlu hapuskan dia. Saya berlatih… 85 00:07:55,641 --> 00:07:59,270 Tidak. Penjaga Terbaik Dunia kata, jangan bergerak. 86 00:08:07,069 --> 00:08:09,780 Zack kembali, berbaju hitam. 87 00:08:12,408 --> 00:08:16,787 - Tak kesal sebab lambat? - Kamu berdua akan menyesal. 88 00:08:16,871 --> 00:08:20,500 Seorang pun tak puji mesin baru aku. 89 00:08:20,583 --> 00:08:22,293 Snizzard, dah siap. 90 00:08:22,793 --> 00:08:24,212 Hebat. 91 00:08:25,213 --> 00:08:27,298 Tapi aku lagi hebat. 92 00:08:35,640 --> 00:08:36,933 - Apa? - Jace! 93 00:08:37,015 --> 00:08:40,645 Permulaan yang bagus untuk koleksi aku. 94 00:08:41,854 --> 00:08:43,356 Masa untuk tamatkan kau. 95 00:08:44,106 --> 00:08:45,566 Tangkap dia! 96 00:08:46,901 --> 00:08:48,653 Kau yang dah tamat. 97 00:08:49,403 --> 00:08:51,072 Tunjukkan dia, Snizzard. 98 00:08:52,907 --> 00:08:53,741 Dapat! 99 00:08:54,492 --> 00:08:57,787 Kau fikir kau boleh lawan kuasa baru aku? 100 00:08:58,579 --> 00:09:01,040 Mustahil, merah jambu. 101 00:09:03,960 --> 00:09:07,004 Kacang betul. Bawa mereka ke sini. 102 00:09:08,256 --> 00:09:10,800 - Habislah kawan kau. - Tunggulah. 103 00:09:10,883 --> 00:09:13,135 Semuanya ada. 104 00:09:14,720 --> 00:09:17,098 Hei, permainan apa ini? 105 00:09:17,181 --> 00:09:22,019 Ia menyeronokkan. Mesin aku sedut tenaga mereka. 106 00:09:22,103 --> 00:09:26,315 Mereka akan jadi sekam tak bermaya. Kau boleh turut serta. 107 00:09:34,782 --> 00:09:37,034 - Zack! Billy! - Kita tak boleh menang! 108 00:09:37,118 --> 00:09:38,077 Matikan kuasa. 109 00:09:39,453 --> 00:09:41,122 Minh, kereta, sekarang! 110 00:09:44,667 --> 00:09:46,002 Ayuh, cepat! 111 00:09:46,085 --> 00:09:48,879 Kau fikir kau boleh berlalu pergi? 112 00:09:48,963 --> 00:09:50,256 Pengecut! 113 00:09:58,472 --> 00:09:59,932 Penghujung jalan. 114 00:10:02,518 --> 00:10:05,313 Jalan ditutup. Giliran kamu. 115 00:10:05,396 --> 00:10:07,106 - Pergi! - Pergi. 116 00:10:12,987 --> 00:10:16,157 Syabas, Cranston. Terbanglah sementara boleh. 117 00:10:16,240 --> 00:10:19,660 Tak lama lagi, setiap Power Ranger akan musnah. 118 00:10:19,744 --> 00:10:21,495 Macam Trini kamu. 119 00:10:26,292 --> 00:10:30,379 IBU KEPADA MINH 120 00:10:30,463 --> 00:10:34,258 KAWAN KEPADA SEMUA 121 00:10:34,342 --> 00:10:36,427 Ia berlaku begitu pantas. 122 00:10:36,510 --> 00:10:39,221 Apa mesin Robo Rita boleh buat? 123 00:10:39,305 --> 00:10:40,181 Sejujurnya? 124 00:10:40,264 --> 00:10:43,434 Mesin yang guna kuasa kita ciptaan Rita Repulsa? 125 00:10:43,517 --> 00:10:46,312 Pasti teruk. Kalau kita tak halang, 126 00:10:46,395 --> 00:10:48,898 mereka tentu akan mati. 127 00:10:48,981 --> 00:10:50,566 Kita perlu musnahkan dia. 128 00:10:52,693 --> 00:10:54,236 - Kita? - Ya. 129 00:10:54,320 --> 00:10:58,616 Ini hal Ranger, bukan hal remaja yang perlu hantar kerja rumah. 130 00:11:00,326 --> 00:11:01,535 Dia bunuh ibu. 131 00:11:02,286 --> 00:11:03,537 Ini peribadi. 132 00:11:05,331 --> 00:11:06,374 Saya kerja keras… 133 00:11:06,457 --> 00:11:08,876 - Kamu tak faham… - Biar saya habis cakap! 134 00:11:10,002 --> 00:11:12,171 Kalau ibu boleh, saya boleh. 135 00:11:13,381 --> 00:11:16,133 Ini legasi dia. Saya boleh tolong. 136 00:11:16,676 --> 00:11:19,178 Minh, maaf. Tak boleh. 137 00:11:19,261 --> 00:11:20,721 Kamu bukan Ranger. 138 00:11:20,805 --> 00:11:23,557 Raksasa akan atasi kamu dengan mudah. 139 00:11:23,641 --> 00:11:25,810 Kami tak boleh kehilangan kamu. 140 00:11:25,893 --> 00:11:30,398 Lebih baik kamu tak terlibat. Biar kami uruskan. 141 00:11:31,107 --> 00:11:33,025 Kata orang yang jadi puncanya. 142 00:11:33,984 --> 00:11:38,739 Semua tahu, kalau bukan sebab pak cik, ibu saya tentu masih hidup. 143 00:11:43,744 --> 00:11:44,870 Terasa? 144 00:11:47,415 --> 00:11:48,249 Bagus. 145 00:11:53,963 --> 00:11:56,799 Ayuh ke Cranston Tech. Ia ada mesin pengimbas. 146 00:11:56,882 --> 00:11:57,717 Mari. 147 00:11:58,884 --> 00:12:02,805 ISTANA BANDORA 148 00:12:03,431 --> 00:12:08,477 Kuasa Ranger mereka berkurang titis demi titis. 149 00:12:08,561 --> 00:12:11,689 Mari lihat berapa banyak aku dah dapat. 150 00:12:17,778 --> 00:12:19,739 Mengecewakan. 151 00:12:19,822 --> 00:12:21,866 Proses ini terlalu perlahan. 152 00:12:22,366 --> 00:12:25,244 Kita perlu lebih ramai Ranger. 153 00:12:25,327 --> 00:12:28,122 Aku boleh sembelih mereka. 154 00:12:28,622 --> 00:12:30,666 Kita harus cari mereka dulu. 155 00:12:30,750 --> 00:12:32,668 Kalau mereka boleh bertukar, 156 00:12:32,752 --> 00:12:34,837 aku boleh tunjuk kehebatan aku. 157 00:12:34,920 --> 00:12:40,259 Nasib baik aku tahu cara terbaik untuk umpan Power Ranger keluar. 158 00:12:42,470 --> 00:12:46,724 Tiada T-Rex, tiada Pterodactyl, tiada Kuasa Naga Hijau. 159 00:12:48,434 --> 00:12:52,062 Kita perlu imbas benda lain kalau nak cari rakan kita. 160 00:12:52,146 --> 00:12:55,149 - Terima kasih, Alpha 9. - Hai, Zack. 161 00:12:55,232 --> 00:12:58,819 Kalaulah orang tahu robot terbijak dunia ada di sini. 162 00:12:58,903 --> 00:13:00,613 Awak suka puji orang. 163 00:13:00,696 --> 00:13:02,573 Seronok jumpa awak lagi. 164 00:13:03,157 --> 00:13:04,575 Lama kita tak jumpa. 165 00:13:04,658 --> 00:13:08,370 Tentu sibuk besarkan remaja yang keras kepala. 166 00:13:08,454 --> 00:13:11,415 Minh memang keras kepala, betul tak, Billy? 167 00:13:12,708 --> 00:13:13,709 Awak okey? 168 00:13:15,795 --> 00:13:19,340 Ya. Kita cuma tak hadapi masalah besar begini sejak… 169 00:13:21,759 --> 00:13:22,760 Betul kata Minh. 170 00:13:23,803 --> 00:13:26,180 Salah saya Trini mati. 171 00:13:26,263 --> 00:13:29,183 Ayuh, kita cuba buat sesuatu yang baik. 172 00:13:30,017 --> 00:13:30,851 Ya. 173 00:13:31,602 --> 00:13:32,812 Lihat apa jadi. 174 00:13:36,899 --> 00:13:38,818 Akhirnya, jumpa juga. 175 00:13:38,901 --> 00:13:42,071 Sistem kita kesan kehadiran kuat. 176 00:13:42,571 --> 00:13:45,741 Yakah? Mungkin itu saki-bakinya daripada Gelombang-Z 177 00:13:46,325 --> 00:13:49,495 Alpha 8, kita perlu tumpu partikel dan menariknya. 178 00:13:49,578 --> 00:13:53,541 Memulakan penyusunan semula tenaga Gelombang-Z. 179 00:13:55,292 --> 00:13:57,545 - Ia berkesan! - Zordon! 180 00:13:57,628 --> 00:13:59,213 Zordon, awak di sini? 181 00:14:03,133 --> 00:14:06,053 Billy, saya tak rasa itu Zordon. 182 00:14:14,186 --> 00:14:17,565 - Malfungsi. Billy… - Alpha! 183 00:14:17,648 --> 00:14:19,650 Awak perlu… 184 00:14:20,234 --> 00:14:21,777 - Apa jadi? - Berundur! 185 00:14:24,280 --> 00:14:27,616 Tidak! 186 00:14:27,700 --> 00:14:28,534 Ya! 187 00:14:30,202 --> 00:14:33,914 Selepas bertahun-tahun, aku bebas! 188 00:14:34,456 --> 00:14:36,792 Masa untuk balas dendam. 189 00:14:37,543 --> 00:14:38,377 Tidak. 190 00:14:39,295 --> 00:14:40,713 Tak mungkin. 191 00:14:41,338 --> 00:14:42,673 Ingat balik, Billy. 192 00:14:43,173 --> 00:14:45,551 Kau cari Zordon kesayangan kau, 193 00:14:45,634 --> 00:14:48,554 tapi waktu dia korbankan diri dengan Gelombang-Z 194 00:14:48,637 --> 00:14:53,225 bukan partikel dia saja yang tersebar ke seluruh alam semesta. 195 00:14:53,309 --> 00:14:54,310 Faham? 196 00:14:54,393 --> 00:14:59,356 Kejahatan keluar daripada aku. Gelombang itu menyebarkannya. 197 00:14:59,857 --> 00:15:03,527 Hinggalah kau satukan aku hari ini. 198 00:15:03,611 --> 00:15:06,155 Aku jumpa tubuh baru. 199 00:15:07,072 --> 00:15:11,201 Sekarang, Rita Repulsa akan memerintah semula. 200 00:15:14,872 --> 00:15:17,958 Saya perlukan bantuan di Pusat Kawalan. Rita kembali. 201 00:15:18,042 --> 00:15:20,836 Saya akan umpan dia ke luar, tapi tolong cepat! 202 00:15:22,796 --> 00:15:24,798 Kasihan Alpha yang dulu. 203 00:15:24,882 --> 00:15:26,467 Fokus pada masa kini. 204 00:15:27,301 --> 00:15:28,719 Robo Rita bahaya. 205 00:15:28,802 --> 00:15:31,639 Kita perlu halang dia cederakan orang lain. 206 00:15:32,681 --> 00:15:36,644 Imbasan raksasa kesan sesuatu. Ada siar langsung. 207 00:15:37,227 --> 00:15:40,022 Itu bukan Rita. Itu Putty. 208 00:15:40,105 --> 00:15:43,567 Bukan hanya Angel Grove. Ia di seluruh dunia! 209 00:15:43,651 --> 00:15:47,780 Kita bersedia sebab tahu dia akan kembali. Alpha 9, masa dah tiba. 210 00:15:47,863 --> 00:15:48,948 Baik. 211 00:15:50,532 --> 00:15:53,202 Perhatian semua pasukan Power Ranger. 212 00:15:53,285 --> 00:15:58,248 Protokol Bandora dimulakan. Pergi ke stesen yang ditetapkan sekarang! 213 00:15:58,332 --> 00:16:00,125 Kalau saya tak silap, 214 00:16:00,209 --> 00:16:03,629 tetamu datang dalam tiga, dua, satu. 215 00:16:05,005 --> 00:16:08,092 Sekejap saya bantu kem karate JJ, 216 00:16:08,175 --> 00:16:11,971 kemudian saya masuk bilik air untuk teleportasi, serius? 217 00:16:13,430 --> 00:16:16,642 Protokol Bandora diaktifkan. Robo Rita kembali? 218 00:16:19,144 --> 00:16:22,898 Biar betul, ini satu lagi latihan? 219 00:16:22,982 --> 00:16:26,694 Saya baru panaskan makanan. 220 00:16:26,777 --> 00:16:29,029 Ia bukan latihan. Rita dah kembali. 221 00:16:29,113 --> 00:16:31,615 - Tommy, Jason, Kim lawan dia? - Tidak. 222 00:16:32,324 --> 00:16:36,996 Malangnya mereka telah ditangkap. Kami perlukan bantuan kamu. 223 00:16:42,167 --> 00:16:44,712 "Bukan Ranger"? Belum lagilah. 224 00:16:49,341 --> 00:16:51,093 Siap kau, Rita. 225 00:16:59,184 --> 00:17:03,981 Raksasa bernama Peronda Putty dah lama tak dilihat di Angel Grove. 226 00:17:04,064 --> 00:17:05,773 Mereka kembali hari ini. 227 00:17:06,483 --> 00:17:09,153 Berwaspada semua! 228 00:17:09,236 --> 00:17:12,239 Laporan mengatakan ini berlaku serata dunia. 229 00:17:12,321 --> 00:17:14,782 Power Rangers, kami amat perlukan kamu… 230 00:17:32,217 --> 00:17:34,470 Awak nyaris tertangkap. 231 00:17:34,553 --> 00:17:37,514 Kini kita perlu hadapi ramai Putty. Apa lagi? 232 00:17:37,598 --> 00:17:40,684 Kita akan perlu gunakan Megazord. 233 00:17:40,768 --> 00:17:42,227 Saya dan Billy berusaha 234 00:17:42,311 --> 00:17:45,898 guna Zord Harimau Sabertooth tanpa Ranger Kuning. 235 00:17:45,981 --> 00:17:50,652 Jadi Megazord Dino tak boleh jalan tanpa Jace dan Kim? 236 00:17:50,736 --> 00:17:54,448 Tak juga. Kami uji sambungan sekunder grid. 237 00:17:54,948 --> 00:17:58,535 Kami buat Syiling Kuasa Proksi sebagai kontingensi. 238 00:17:58,619 --> 00:18:01,288 Kamu semua boleh guna kuasa Dino. 239 00:18:01,371 --> 00:18:03,582 Zordon sangat jelas. 240 00:18:04,124 --> 00:18:06,794 Bahaya duplikasi kuasa aktif. 241 00:18:06,877 --> 00:18:10,506 Tak apa jika tenaga merah jambu bahaya. Sekali jadi Ranger… 242 00:18:11,673 --> 00:18:13,133 Selamanya Ranger. 243 00:18:13,217 --> 00:18:15,135 Kamu boleh harapkan kami. 244 00:18:15,886 --> 00:18:19,348 Pertama sekali, ada orang cedera di Angel Grove. 245 00:18:19,431 --> 00:18:21,642 Kita tak boleh biar Putty berleluasa. 246 00:18:22,226 --> 00:18:23,268 Kalau begitu… 247 00:18:24,394 --> 00:18:25,604 Masa untuk bertukar! 248 00:18:26,522 --> 00:18:27,648 Mastodon! 249 00:18:27,731 --> 00:18:28,941 Pterodactyl! 250 00:18:29,024 --> 00:18:30,234 Triceratops! 251 00:18:30,317 --> 00:18:31,652 Tyrannosaurus. 252 00:18:33,654 --> 00:18:35,697 Saya tak pernah bosan tengok. 253 00:18:35,781 --> 00:18:38,408 Sekarang pergi, Power Rangers! 254 00:18:41,954 --> 00:18:42,996 Pergi! 255 00:18:43,080 --> 00:18:43,914 Lari! 256 00:18:46,917 --> 00:18:47,751 Tolong! 257 00:18:49,795 --> 00:18:50,629 Hei! 258 00:18:54,049 --> 00:18:56,301 Kau nak lawan? Ayuh. 259 00:18:57,511 --> 00:19:00,973 Sampai sekarang pun bunyi macam ayam belanda. 260 00:19:01,056 --> 00:19:02,182 Jom sembelih. 261 00:19:08,147 --> 00:19:10,941 Akhirnya jejak Ranger dikesan. 262 00:19:11,024 --> 00:19:14,069 Ada orang bertukar, bukan? 263 00:19:14,153 --> 00:19:17,823 Sudah tentu umpan Putty mengena. 264 00:19:17,906 --> 00:19:20,868 Sebab itu aku berkuasa, bodoh. 265 00:19:20,951 --> 00:19:25,539 Pergi ke koordinat turun naik grid dan tangkap mereka. 266 00:19:25,622 --> 00:19:30,752 Mesin ini mahukan kuasa. Kuasa Ranger akan buat ia puas. 267 00:19:30,836 --> 00:19:31,795 Ya, ratu. 268 00:19:38,010 --> 00:19:40,804 Kita dah tangkap Merah dan Merah Jambu, bukan? 269 00:19:40,888 --> 00:19:43,140 - Merah lain. - Merah jambu lain. 270 00:19:43,724 --> 00:19:44,933 Kuasa yang sama. 271 00:19:47,102 --> 00:19:48,645 Hati-hati dengan Snizzard. 272 00:19:48,729 --> 00:19:50,981 - Jangan tertangkap. - Baik. 273 00:19:54,109 --> 00:19:56,653 Kami akan selamatkan kamu. Bertenang. 274 00:20:02,910 --> 00:20:04,036 Nyah! 275 00:20:07,456 --> 00:20:08,624 Ayuh. Lari. 276 00:20:08,707 --> 00:20:10,417 Ikut saya semua. 277 00:20:11,376 --> 00:20:12,211 Ikut sini. 278 00:20:12,753 --> 00:20:15,172 Tengok apa yang kita ada. 279 00:20:15,255 --> 00:20:18,467 Ada Ranger untuk aku belasah. 280 00:20:19,676 --> 00:20:21,929 - Itu tak bagus. - Mimpi indah. 281 00:20:28,644 --> 00:20:30,979 - Tak guna. - Cantik tendangan tadi. 282 00:20:31,063 --> 00:20:33,232 - Awak masih handal. - Tentulah. 283 00:20:33,315 --> 00:20:34,233 Jom gerak. 284 00:20:34,316 --> 00:20:37,277 - Orang awam di sini selamat. - Seterusnya. 285 00:20:39,780 --> 00:20:41,698 Mereka berjaya lari. 286 00:20:41,782 --> 00:20:42,991 Siapa peduli? 287 00:20:43,075 --> 00:20:46,036 Aku boleh jejak dalam bentuk itu. 288 00:20:46,912 --> 00:20:50,499 - Mereka ke taman. - Tempat sesuai untuk tangkap mereka. 289 00:20:50,582 --> 00:20:51,625 Alamak. 290 00:20:51,708 --> 00:20:55,420 Pasukan bakal jadi makanan raksasa. 291 00:20:55,504 --> 00:20:57,381 GUNA OTAK, BELI BANYAK! 292 00:20:58,131 --> 00:21:01,802 Ini amaran kepada Power Rangers di seluruh dunia. 293 00:21:01,885 --> 00:21:03,553 Minotaur menjejaki kamu. 294 00:21:03,637 --> 00:21:06,723 Mereka dapat jejak kamu dalam bentuk bertukar. 295 00:21:06,807 --> 00:21:08,517 Matikan kuasa. 296 00:21:09,810 --> 00:21:11,019 Dengar tak? 297 00:21:11,103 --> 00:21:13,897 - Mereka akan jejak kamu. - Baik. 298 00:21:15,148 --> 00:21:16,233 Syabas, Alpha. 299 00:21:17,234 --> 00:21:20,696 - Kamu dengar, bukan? - Minotaur jejak kita, jadi… 300 00:21:21,321 --> 00:21:23,615 - Ya. - Mereka ikut kita ke sini. 301 00:21:23,699 --> 00:21:27,327 - Hancurkan mereka, Snizzard. - Dengan gembira. 302 00:21:28,495 --> 00:21:29,579 Matikan kuasa. 303 00:21:33,542 --> 00:21:35,085 Tak dapat jejak! 304 00:21:37,254 --> 00:21:39,464 Mari lihat semua. 305 00:21:39,548 --> 00:21:41,633 Imbasan baru saya kesan aktiviti 306 00:21:41,717 --> 00:21:44,928 di lokasi tumpuan di permukaan bulan. 307 00:21:45,595 --> 00:21:46,888 Istana Bulan Rita. 308 00:21:46,972 --> 00:21:48,473 Jika dia di sana, 309 00:21:48,557 --> 00:21:51,518 kawan kita dan mesinnya tentu di situ juga. 310 00:21:52,227 --> 00:21:54,771 - Apa itu? - Panggilan masuk. 311 00:21:57,024 --> 00:22:00,986 Kami dapat amaran Protokol. Kami datang dari Sistem Sirius. 312 00:22:01,069 --> 00:22:03,905 Enam jam lagi baru kami sampai ke galaksi kamu. 313 00:22:03,989 --> 00:22:05,407 Baru boleh teleportasi. 314 00:22:05,991 --> 00:22:08,618 Robo Rita pilih masa paling tak sesuai. 315 00:22:08,702 --> 00:22:09,870 Dari dulu. 316 00:22:09,953 --> 00:22:12,873 Dia dapat tangkap Jason, Kimberly dan Tommy. 317 00:22:13,874 --> 00:22:15,959 Dugaan besar, terutamanya bagi Kat. 318 00:22:16,043 --> 00:22:19,296 Saya takkan beritahu JJ, sebab ayahnya akan pulang. 319 00:22:19,379 --> 00:22:23,175 Kita akan selamatkan Tommy, mereka semua, hari ini. 320 00:22:23,258 --> 00:22:25,594 Ya, kamu boleh. 321 00:22:25,677 --> 00:22:29,056 Billy, teknologi selinap yang awak reka untuk kami, 322 00:22:29,139 --> 00:22:31,391 akan beri impak besar, terima kasih. 323 00:22:31,475 --> 00:22:32,517 Sama-sama. 324 00:22:33,101 --> 00:22:36,855 Jadi limunan bantu kami lari daripada Empayar Troobian. 325 00:22:36,938 --> 00:22:38,440 Semoga selamat. 326 00:22:38,523 --> 00:22:40,400 Terima kasih. Semoga berjaya. 327 00:22:43,570 --> 00:22:45,072 Jadi, bagaimana sekarang? 328 00:22:45,155 --> 00:22:49,284 Masih ada Putty di bandar. Di setiap bandar. 329 00:22:50,202 --> 00:22:51,620 Kita tak boleh bertukar. 330 00:22:53,914 --> 00:22:55,207 Orang tak selamat. 331 00:22:56,416 --> 00:22:58,418 - Kita perlu bertindak. - Begini… 332 00:22:58,919 --> 00:23:02,714 Kita tahu Rita di bulan. Apa kata kita ke sana? 333 00:23:03,215 --> 00:23:04,466 Kita serang dia. 334 00:23:04,549 --> 00:23:06,843 Snizzard dan Minotaur akan menghalang. 335 00:23:07,552 --> 00:23:10,013 Melainkan kita tarik perhatian mereka. 336 00:23:11,098 --> 00:23:12,265 Itu idea bernas. 337 00:23:12,849 --> 00:23:15,852 Saya boleh bina sesuatu untuk halang mereka ke bulan 338 00:23:15,936 --> 00:23:17,562 dan tak ganggu kita. 339 00:23:17,646 --> 00:23:20,857 Kita boleh guna teknologi selinap untuk Adam dan Aisha. 340 00:23:20,941 --> 00:23:22,901 Saya pasti awak boleh. 341 00:23:22,984 --> 00:23:24,861 Saya suka kepintaran awak. 342 00:23:25,529 --> 00:23:29,282 Kita boleh eksploitasi unsur logam mereka. 343 00:23:30,534 --> 00:23:31,576 Alamak. 344 00:23:32,536 --> 00:23:35,163 Adakah itu Minh? 345 00:23:35,664 --> 00:23:36,498 Minh! 346 00:23:38,542 --> 00:23:39,626 BAR JUS 347 00:23:47,592 --> 00:23:49,219 Keluar! Saya lawan! 348 00:23:51,638 --> 00:23:53,640 Maaf. Saya mengganggu? 349 00:23:55,016 --> 00:23:56,476 Kamu tentu akan seronok. 350 00:23:59,354 --> 00:24:00,856 Masa untuk bertukar! 351 00:24:01,773 --> 00:24:03,400 Harimau Sabertooth! 352 00:24:51,072 --> 00:24:51,907 Tidak. 353 00:25:08,882 --> 00:25:11,259 Silap besar kacau tempat ini. 354 00:25:36,451 --> 00:25:37,953 Masa untuk Hip Hop Kido. 355 00:25:43,792 --> 00:25:45,293 Pak cik lawan dan menari? 356 00:26:06,731 --> 00:26:07,566 Minh. 357 00:26:09,901 --> 00:26:13,613 - Saya nak jadi macam ibu. - Kamu sengaja ingkar pak cik. 358 00:26:16,283 --> 00:26:17,117 Mari. 359 00:26:19,953 --> 00:26:21,871 Ia sesuai dengan rancangan kita. 360 00:26:23,248 --> 00:26:24,749 Yang lain baru balik. 361 00:26:24,833 --> 00:26:27,877 - Kami akan ke sana. - Okey, jumpa nanti. 362 00:26:27,961 --> 00:26:29,212 Hebatnya. 363 00:26:30,130 --> 00:26:32,674 Siapa tahu Cranston Tech ada ini semua? 364 00:26:33,425 --> 00:26:35,885 Orang awam dan pekerja tak tahu. 365 00:26:35,969 --> 00:26:39,097 Tempat ini rahsia, jadi rahsiakan, okey? 366 00:26:43,059 --> 00:26:44,769 Dia perlu bercakap. 367 00:26:45,895 --> 00:26:50,025 - Boleh saya tolong? - Terima kasih. Saya boleh uruskan. 368 00:26:50,108 --> 00:26:53,111 - Rancangan perlukan awak. Ia penting. - Setuju. 369 00:26:53,194 --> 00:26:55,363 - Kami akan kembali. - Baiklah. 370 00:26:59,659 --> 00:27:01,328 Selamat berkenalan. 371 00:27:01,411 --> 00:27:03,288 - Saya… - Maaf, Alpha. 372 00:27:04,164 --> 00:27:07,000 - Boleh tinggalkan kami? - Tiada masalah, Zack. 373 00:27:07,083 --> 00:27:09,919 Sensor saya boleh kesan aura. 374 00:27:12,505 --> 00:27:13,340 Ayuh. 375 00:27:14,341 --> 00:27:15,300 Serahkan. 376 00:27:20,513 --> 00:27:24,142 Pak cik takkan beritahu hal sebenar kalau tahu timbul masalah. 377 00:27:24,225 --> 00:27:25,852 - Tapi Billy… - Apa? 378 00:27:25,935 --> 00:27:29,397 Dia berkeras nak kamu tahu untuk teruskan hidup. 379 00:27:29,481 --> 00:27:32,734 Tapi tengah krisis begini, kamu nak cuba jadi Ranger. 380 00:27:32,817 --> 00:27:34,069 Apa salahnya? 381 00:27:34,152 --> 00:27:36,738 Ibu dan kamu semua pun sama. 382 00:27:36,821 --> 00:27:40,659 Saya ikut jejak langkahnya. Bukankah itu bagus? 383 00:27:45,080 --> 00:27:49,959 Apa maksudnya jadi Ranger? Belasah orang? Sindir? Berseronok? 384 00:27:51,002 --> 00:27:51,920 Ia sukar. 385 00:27:52,754 --> 00:27:53,588 Saya tahu. 386 00:27:54,381 --> 00:27:57,133 Tapi seseorang perlu hukum orang jahat. 387 00:27:59,052 --> 00:28:00,345 Rita bunuh ibu. 388 00:28:01,304 --> 00:28:02,514 Dia perlu dihukum. 389 00:28:03,264 --> 00:28:05,850 Saya dah sedia. Saya nak lakukannya. 390 00:28:05,934 --> 00:28:07,143 Tak kira apa pun. 391 00:28:08,436 --> 00:28:10,397 Kenapa ia tak bagi saya bertukar? 392 00:28:10,980 --> 00:28:11,815 Minh… 393 00:28:12,982 --> 00:28:15,819 Perasaan dan kemahuan kamu bukan keadilan. 394 00:28:15,902 --> 00:28:17,028 Ia dendam. 395 00:28:17,737 --> 00:28:20,699 Mentor pak cik kata, hanya raksasa balas dendam. 396 00:28:21,282 --> 00:28:24,744 Itu yang Robo Rita buat. Dia ditewaskan Ranger. 397 00:28:24,828 --> 00:28:27,622 Kini dia mahu sakiti kita semahunya. 398 00:28:27,706 --> 00:28:28,665 Sebab itu dia… 399 00:28:30,041 --> 00:28:31,793 bunuh Trini. 400 00:28:34,003 --> 00:28:38,216 Misi dendam takkan berakhir dengan baik. Pak cik tak mahu kamu alaminya. 401 00:28:40,885 --> 00:28:42,721 Bagaimana dengan kemahuan saya? 402 00:28:43,513 --> 00:28:45,682 Mungkin ia bukan di tangan pak cik. 403 00:28:48,476 --> 00:28:49,728 Kamu nak jadi wira? 404 00:28:50,729 --> 00:28:52,272 Tak boleh pentingkan diri. 405 00:28:53,648 --> 00:28:56,651 Ia tak mudah, tapi pak cik buat yang terbaik. 406 00:28:58,945 --> 00:29:02,699 Mengetepikan cita-cita kamu mungkin tindakan baik. 407 00:29:02,782 --> 00:29:07,120 Pak cik ketepikan cita-cita pak cik supaya kamu membesar dengan baik. 408 00:29:08,204 --> 00:29:12,375 Berbaloi korbankan karier pak cik di Kongres demi saya? 409 00:29:13,668 --> 00:29:15,754 Kamu memang berbaloi. 410 00:29:17,964 --> 00:29:21,634 Jika kamu faham itu, kamu boleh faham betapa sukar 411 00:29:21,718 --> 00:29:24,304 bagi Billy untuk baiki kesilapannya. 412 00:29:27,432 --> 00:29:29,976 Zordon korbankan diri untuk kami dulu. 413 00:29:30,894 --> 00:29:34,564 Kamu tak pernah jumpa dia. Dia mentor kami, tapi dia… 414 00:29:35,356 --> 00:29:36,483 macam ayah. 415 00:29:37,650 --> 00:29:41,154 Billy cuba bawa dia balik. Dia tak tahu ini akan berlaku. 416 00:29:43,948 --> 00:29:46,868 Saya tak tahu itu perasaan dia. 417 00:29:49,412 --> 00:29:52,665 Kamu tunggu di sini sementara kami laksanakan rancangan. 418 00:29:54,000 --> 00:29:54,918 Baik. 419 00:29:55,001 --> 00:29:57,796 Jangan risau. Kami pernah selamatkan dunia. 420 00:30:08,640 --> 00:30:10,308 Sekarang baru padu. 421 00:30:12,018 --> 00:30:13,895 Baiklah, Kat. Angkat. 422 00:30:22,529 --> 00:30:24,906 Benda ini asingkan barang buruk? 423 00:30:25,532 --> 00:30:26,407 Ya. 424 00:30:26,491 --> 00:30:30,119 Minotaur dan Snizzard sesuai dengan definisi itu. 425 00:30:32,789 --> 00:30:34,082 Kita dah sedia. 426 00:30:37,752 --> 00:30:39,045 Mari pasang umpan. 427 00:30:41,297 --> 00:30:43,716 Masa untuk bertukar! Triceratops! 428 00:30:43,800 --> 00:30:44,634 Pterodactyl! 429 00:30:44,717 --> 00:30:45,718 Tyrannosaurus. 430 00:30:48,721 --> 00:30:49,889 Kita dah sedia. 431 00:30:50,473 --> 00:30:53,268 Mereka boleh sampai bila-bila. Berwaspada. 432 00:30:53,351 --> 00:30:54,269 Sentiasa. 433 00:30:54,352 --> 00:30:58,815 Setiap Ranger yang ditangkap jana lebih kuasa. 434 00:30:58,898 --> 00:31:03,403 Ia kelakar. Aku tak pernah percaya tentang kerja berpasukan mereka, 435 00:31:03,486 --> 00:31:05,738 tapi banyak kuasa apabila bersama. 436 00:31:05,822 --> 00:31:08,449 Lebih banyak kuasa untuk aku. 437 00:31:10,743 --> 00:31:13,580 Tiga lagi Ranger bertukar di Angel Grove. 438 00:31:14,163 --> 00:31:16,791 - Nak pergi? - Pergi sajalah. 439 00:31:17,542 --> 00:31:20,461 Tahap kuasa lebih tinggi nampaknya. 440 00:31:23,548 --> 00:31:24,591 Berjaya. 441 00:31:24,674 --> 00:31:27,093 Kejutan, Rangers. 442 00:31:27,176 --> 00:31:28,386 Di situ dah tepat. 443 00:31:34,309 --> 00:31:36,436 Apa ini? 444 00:31:36,936 --> 00:31:39,731 Seperti kata kawan berbulu kau, kejutan. 445 00:31:39,814 --> 00:31:41,941 Terima kasih. Aku tak suka. 446 00:31:42,650 --> 00:31:43,735 Selamat tinggal. 447 00:31:45,528 --> 00:31:48,823 - Bagus, perangkap kukuh. - Betul. 448 00:31:48,907 --> 00:31:52,493 Medan elektromagnet kuat akan halang mereka teleportasi. 449 00:31:52,577 --> 00:31:54,621 Fasa satu, berjaya. Ya! 450 00:31:54,704 --> 00:31:55,622 Syabas. 451 00:31:58,374 --> 00:32:00,460 Pak cik biar mereka hidup? 452 00:32:01,085 --> 00:32:03,963 Itu tak betul. Bagaimana kalau ia lari? 453 00:32:04,047 --> 00:32:05,340 Ini rancangannya. 454 00:32:05,423 --> 00:32:08,593 Kemusnahan bukan strategi paling optimum. 455 00:32:10,386 --> 00:32:12,680 Mana projektor teknologi selinap? 456 00:32:12,764 --> 00:32:15,975 Maaf. Saya tersesat dalam bilik kebal lagi. 457 00:32:17,143 --> 00:32:19,270 Boleh pakai sekali saja, hati-hati. 458 00:32:19,354 --> 00:32:24,025 Klik, ia pancar medan subatomik meliputi cahaya inframerah dan ultraungu. 459 00:32:24,108 --> 00:32:26,027 - Kita jadi limunan. - Ya. 460 00:32:26,110 --> 00:32:29,864 - Saya suka. - Rita takkan nampak fasa dua datang. 461 00:32:29,948 --> 00:32:31,157 Robot ini lucu. 462 00:32:31,658 --> 00:32:34,369 Kami akan kembali. Pastikan kamu di sini. 463 00:32:34,452 --> 00:32:35,912 Alpha akan teman kamu. 464 00:32:41,668 --> 00:32:43,711 - Bagus. - Kita pergi cepat. 465 00:32:43,795 --> 00:32:46,339 - Alpha, hantar kami ke istana Rita. - Baik. 466 00:32:47,006 --> 00:32:48,508 - Itu kaki saya! - Alamak. 467 00:32:49,634 --> 00:32:52,220 Maaf. Saya tahu kaki saya berat. 468 00:32:55,473 --> 00:32:57,475 Baik bersedia untuk seterusnya. 469 00:33:00,520 --> 00:33:02,689 Pak Cik Zack beritahu makna wira. 470 00:33:02,772 --> 00:33:04,941 Saya akan panaskan gunung berapi. 471 00:33:05,775 --> 00:33:08,444 - Saya pinjam! - Itu bukan idea bagus. 472 00:33:08,528 --> 00:33:10,405 - Okey. Pergi dulu! - Tapi… 473 00:33:11,948 --> 00:33:17,328 TEMPAT LETAK KERETA EKSEKUTIF 474 00:33:18,913 --> 00:33:20,581 Itu berlagak sangat. 475 00:33:21,541 --> 00:33:22,542 Melebih sangat. 476 00:33:36,347 --> 00:33:37,181 Ayuh! 477 00:33:38,725 --> 00:33:40,143 Kenapa tak terbang? 478 00:33:41,394 --> 00:33:42,979 Hei! 479 00:33:43,813 --> 00:33:46,941 Tolong! Mereka kejar teman saya! Di sana! 480 00:33:48,735 --> 00:33:50,820 - Tak salah berlatih. - Tolonglah! 481 00:33:59,829 --> 00:34:00,830 Di mana dia? 482 00:34:08,045 --> 00:34:08,920 Ke tepi! 483 00:34:17,513 --> 00:34:18,347 Ya! 484 00:34:19,389 --> 00:34:20,266 Comot betul. 485 00:34:25,396 --> 00:34:26,230 George! 486 00:34:44,081 --> 00:34:45,708 Ada orang sesat. 487 00:34:46,458 --> 00:34:48,668 Hei, budak. Salah jalan? 488 00:34:48,753 --> 00:34:51,964 Tak ingat aku dari kubur? Kamu kacau keluarga aku. 489 00:34:52,672 --> 00:34:54,592 Bos kau bunuh ibu aku. 490 00:34:54,675 --> 00:34:57,303 Kami bekerja untuk penjenayah antara galaksi. 491 00:34:57,386 --> 00:34:59,097 Cuba spesifik sikit. 492 00:35:00,223 --> 00:35:03,101 Aku Minh Kwan. Kau bakal berdepan… 493 00:35:03,976 --> 00:35:05,478 Harimau Sabertooth! 494 00:35:07,897 --> 00:35:10,233 Apa? Aku nak tolong dunia. 495 00:35:10,942 --> 00:35:12,193 Harimau Sabertooth! 496 00:35:12,819 --> 00:35:14,987 Apa kita ada di sini? 497 00:35:15,071 --> 00:35:17,490 Seorang lagi budak nak jadi wira. 498 00:35:18,074 --> 00:35:20,576 Aku selalu menyukarkannya. 499 00:35:20,660 --> 00:35:22,120 Tanya ibu kau. 500 00:35:23,246 --> 00:35:27,125 Kalau tak boleh bertukar, aku akan tumpaskan kau cara lama. 501 00:35:39,762 --> 00:35:43,057 Gaya mentadak, macam Trini. 502 00:35:45,226 --> 00:35:46,978 Beritahu aku, budak. 503 00:35:47,061 --> 00:35:50,857 Kau nak kena penyek macam ibu kau? 504 00:36:02,702 --> 00:36:05,329 Masa bermain dah tamat. 505 00:36:31,522 --> 00:36:36,319 Nampaknya projek sains Rita dalam tangan kita. 506 00:36:36,903 --> 00:36:40,072 Mungkin. Rancangan kita berjaya tapi tak lama. 507 00:36:40,656 --> 00:36:44,577 Aduhai, ramai betul Ranger dia tangkap. 508 00:36:46,412 --> 00:36:48,289 Snizzard memang teruk. 509 00:36:49,582 --> 00:36:52,001 Tommy, kasihannya. 510 00:36:52,710 --> 00:36:54,587 Kat. Jangan. 511 00:36:56,422 --> 00:36:59,884 - Snizzard cipta ular ini. - Apa kata pengimbas awak? 512 00:36:59,967 --> 00:37:03,596 Bacaan saya tunjuk tenaga itu berhubung dengan kawan kita. 513 00:37:04,597 --> 00:37:08,643 Jika kita tak musnahkan Snizzard, penyelamatan mereka akan terjejas. 514 00:37:08,726 --> 00:37:11,354 - Balik ke medan barang buruk? - Apa itu? 515 00:37:13,856 --> 00:37:14,774 Alamak. 516 00:37:16,400 --> 00:37:21,239 - Itu rupanya niat dia. - Adakah itu tong angkasa? 517 00:37:21,822 --> 00:37:24,033 Bukan, ia tong sampah angkasa. 518 00:37:24,784 --> 00:37:26,410 Rita cipta portal masa. 519 00:37:26,494 --> 00:37:29,872 - Dia keluar dari situ waktu… - Zordon rekrut kita. 520 00:37:29,956 --> 00:37:32,416 Rita cuba hubungi dirinya yang muda. 521 00:37:33,167 --> 00:37:34,001 Tapi kenapa? 522 00:37:34,085 --> 00:37:34,919 Kenapa? 523 00:37:35,419 --> 00:37:37,588 - Banyak sebab. - Apa? 524 00:37:38,506 --> 00:37:40,007 Minh! Kamu okey? 525 00:37:40,091 --> 00:37:44,387 - Maaf, saya tak berniat… - Diam! Orang dewasa bercakap. 526 00:37:44,470 --> 00:37:50,059 Dah tahu sekarang, Billy? Atau aku dah berjaya akali kau? 527 00:37:50,142 --> 00:37:55,439 Kau nak jumpa Rita muda dan rancang nak takluk galaksi? 528 00:37:55,523 --> 00:37:56,565 Boleh tahan. 529 00:37:56,649 --> 00:38:01,862 Aku akan masuk portal, beri maklumat kepada diri aku yang muda. 530 00:38:01,946 --> 00:38:05,283 Kami tak boleh dihalang. 531 00:38:05,366 --> 00:38:09,453 Kami akan bunuh kamu yang remaja waktu kamu tidur 532 00:38:09,537 --> 00:38:13,374 sebelum Zordon terfikir nak jadikan kamu Ranger. 533 00:38:13,457 --> 00:38:17,461 Kau fikir kau boleh padam sejarah dengan gajet murahan? 534 00:38:17,545 --> 00:38:18,629 Hati-hati. 535 00:38:18,713 --> 00:38:22,675 Kawan kau mengecas mesin aku dengan begitu pantas. 536 00:38:22,758 --> 00:38:25,428 Jadi aku tak perlukan kau lagi. 537 00:38:25,511 --> 00:38:28,055 Saya serang Snizzard. Awak serang yang lain. 538 00:38:28,139 --> 00:38:31,892 Ibu kau yang pertama bagi aku, Minh. 539 00:38:31,976 --> 00:38:34,729 Aku tak pernah bunuh sesiapa dua kali. 540 00:38:34,812 --> 00:38:36,063 Tunggu dulu. 541 00:38:53,414 --> 00:38:54,749 Ya. 542 00:38:56,834 --> 00:38:58,002 Hentikan! 543 00:39:02,048 --> 00:39:03,716 Cranston. 544 00:39:05,217 --> 00:39:07,428 Rugi betul! 545 00:39:08,346 --> 00:39:10,890 Trini mati demi kau. 546 00:39:10,973 --> 00:39:14,518 Sekarang kau akan berkongsi nasibnya. 547 00:39:20,232 --> 00:39:21,192 Tidak! 548 00:39:26,739 --> 00:39:28,407 - Tidak! - Minh! 549 00:39:32,119 --> 00:39:33,245 Minh! 550 00:39:33,829 --> 00:39:38,250 Ya, ini buat aku terkenang semula. 551 00:39:39,418 --> 00:39:40,252 Minh? 552 00:39:46,884 --> 00:39:48,135 Tolonglah, jangan. 553 00:39:49,428 --> 00:39:51,222 Tragedi sungguh. 554 00:39:51,889 --> 00:39:54,517 Itulah hasil tak pentingkan diri. 555 00:40:02,316 --> 00:40:04,443 Minh, kamu dengar tak? 556 00:40:05,444 --> 00:40:06,278 Minh? 557 00:40:21,752 --> 00:40:22,670 Ibu? 558 00:40:25,548 --> 00:40:27,550 - Saya nampak… - Syukurlah. 559 00:40:27,633 --> 00:40:28,551 Tak mungkin. 560 00:40:29,135 --> 00:40:30,678 Apa ini? 561 00:40:34,723 --> 00:40:37,309 - Kamu tahu maknanya, bukan? - Teruskan. 562 00:40:37,935 --> 00:40:39,061 Kamu nak sebut? 563 00:40:39,812 --> 00:40:41,021 Pak cik bergurau? 564 00:40:45,109 --> 00:40:46,610 Masa untuk bertukar! 565 00:40:47,987 --> 00:40:49,071 Mastodon! 566 00:40:49,155 --> 00:40:50,364 Pterodactyl! 567 00:40:50,448 --> 00:40:51,657 Triceratops! 568 00:40:51,740 --> 00:40:52,908 Harimau Sabertooth! 569 00:40:52,992 --> 00:40:54,243 Tyrannosaurus. 570 00:40:55,828 --> 00:40:56,954 Power Rangers! 571 00:40:57,705 --> 00:40:59,582 Ia benar-benar berjaya. 572 00:40:59,665 --> 00:41:01,959 - Kamu Ranger. - Ranger betul. 573 00:41:02,710 --> 00:41:04,545 Putty, kepung mereka. 574 00:41:09,717 --> 00:41:11,510 Masa untuk fasa tiga. 575 00:41:11,594 --> 00:41:12,970 Ada fasa tiga? 576 00:41:13,721 --> 00:41:16,307 Fasa tiga, belasah mereka? 577 00:41:16,390 --> 00:41:17,391 Tepat sekali. 578 00:41:18,017 --> 00:41:19,643 Ayuh. 579 00:41:20,895 --> 00:41:24,148 Mungkin tengok kamu mati boleh rawat sakit kepala aku. 580 00:41:28,068 --> 00:41:29,403 Tumpang lalu. 581 00:41:33,324 --> 00:41:34,158 Saya suka. 582 00:42:02,311 --> 00:42:04,188 - Kat, tembak. - Terima kasih. 583 00:42:06,357 --> 00:42:07,691 Fikir semula. 584 00:42:07,775 --> 00:42:10,861 Nanti kawan kau cedera. 585 00:42:10,945 --> 00:42:13,364 Betul. Kita perlu musnahkan Snizzard. 586 00:42:13,948 --> 00:42:15,324 Semoga berjaya. 587 00:42:18,619 --> 00:42:21,413 Ratu, aku tak faham. 588 00:42:21,497 --> 00:42:23,999 Apa salah aku? 589 00:42:25,793 --> 00:42:30,798 Tongkat ajaib, buat raksasa aku jadi besar! 590 00:42:36,887 --> 00:42:38,889 Bangun, Snizzard! 591 00:42:43,269 --> 00:42:44,979 Dia terganggu. 592 00:42:45,062 --> 00:42:46,480 Mari lihat mereka cuba… 593 00:42:53,320 --> 00:42:54,613 Cukuplah menceceh. 594 00:42:58,826 --> 00:43:00,369 Bos? Tidak! 595 00:43:00,452 --> 00:43:03,289 Satu selesai. Boleh lawan robot bulu itu? 596 00:43:04,206 --> 00:43:05,249 Mudah. 597 00:43:06,417 --> 00:43:09,628 - Saya pula? - Ikut pak cik. Kita jadi besar. 598 00:43:09,712 --> 00:43:11,839 Alpha, hantar kuasa Dinozord. 599 00:43:11,922 --> 00:43:13,215 Baik, Billy. 600 00:43:30,899 --> 00:43:37,781 Okey. Memancarkan Zord ke permukaan bulan dalam tiga, dua, satu. 601 00:43:45,247 --> 00:43:47,374 Bersedia, Minh. Ini mod pertempuran. 602 00:44:03,223 --> 00:44:05,309 Bagaimana nak memandunya? 603 00:44:06,101 --> 00:44:07,019 Ikut pak cik. 604 00:44:07,102 --> 00:44:09,480 - Kamu akan terbiasa. - Okey. 605 00:44:10,689 --> 00:44:11,649 Dia datang. 606 00:44:31,710 --> 00:44:34,505 Ini memang terbaik! 607 00:44:34,588 --> 00:44:37,007 Ayuh cicak besar, mari rasa penumbuk ini. 608 00:44:46,016 --> 00:44:47,184 Tepat pada sasaran. 609 00:44:50,771 --> 00:44:52,106 Jangan berhenti. 610 00:44:54,483 --> 00:44:56,360 Main kotor, ya! 611 00:44:56,944 --> 00:44:57,778 Ya! 612 00:44:59,947 --> 00:45:00,864 Ayuh. 613 00:45:02,533 --> 00:45:03,534 Belantan aku! 614 00:45:07,037 --> 00:45:08,330 Rocky, sekarang! 615 00:45:15,671 --> 00:45:17,631 - Dapat! - Saya tak tipu, Rocky. 616 00:45:17,715 --> 00:45:20,134 Itu agak tegar. 617 00:45:20,217 --> 00:45:21,844 Si daging dah tumpas. 618 00:45:22,970 --> 00:45:24,596 Billy, reptilia macam mana? 619 00:45:24,680 --> 00:45:26,515 Kejam macam biasa. 620 00:45:26,598 --> 00:45:28,392 Tapi kami muat lagi tiga. 621 00:45:28,475 --> 00:45:29,560 Terima. 622 00:45:29,643 --> 00:45:31,979 Tinggal aku saja nampaknya. 623 00:45:32,062 --> 00:45:34,898 Bagus! Aku boleh bolot semua. 624 00:45:36,108 --> 00:45:37,151 Ya. 625 00:45:37,234 --> 00:45:39,945 - Saya tak sabar. - Serentak. 626 00:45:44,658 --> 00:45:49,997 Litar rosak tak boleh tumpaskan ahli sihir. 627 00:45:59,965 --> 00:46:02,468 Jaga-jaga. Dia masih menyerang. 628 00:46:05,888 --> 00:46:08,182 Ekor. Kau kalah. 629 00:46:08,766 --> 00:46:14,271 Mereka ingat mereka boleh halang aku tapi karya agung aku dicas sepenuhnya. 630 00:46:14,855 --> 00:46:19,193 Akhirnya, aku boleh memerintah dengan diri aku yang lebih muda. 631 00:46:19,860 --> 00:46:22,571 Aku tak sabar jumpa diri aku semula. 632 00:46:27,910 --> 00:46:31,163 - Pastikan ia beroperasi semula. - Apa itu? 633 00:46:31,705 --> 00:46:34,917 Alamak, portal. Kita perlu gerak. 634 00:46:35,000 --> 00:46:37,377 Sistem kembali dalam talian. Cuma perlu… 635 00:46:37,461 --> 00:46:38,295 Dah. 636 00:46:38,962 --> 00:46:39,797 Tegak semula. 637 00:46:43,300 --> 00:46:45,177 Pedang Kuasa Mega. Sekarang! 638 00:46:51,975 --> 00:46:56,438 Mereka akan datang dah dia akan dibebaskan. 639 00:46:56,522 --> 00:46:59,775 Masa silam dan masa depan aku. 640 00:47:00,818 --> 00:47:04,112 - Nampak macam tong sampah angkasa. - Mari kita buka. 641 00:47:06,865 --> 00:47:08,867 Ya! 642 00:47:10,828 --> 00:47:14,081 Ia bermula. 643 00:47:14,164 --> 00:47:17,084 - Masa untuk tamatkannya? - Sudah pasti. 644 00:47:28,971 --> 00:47:31,223 Litar aku terbakar! 645 00:47:36,144 --> 00:47:37,437 Dramatik betul. 646 00:47:38,105 --> 00:47:41,483 Tidak! Snizzard aku! Ular-ular aku! 647 00:47:41,567 --> 00:47:43,110 Tak kisahlah. 648 00:47:43,193 --> 00:47:47,531 Kebangkitan semula Rita bermula! 649 00:47:50,158 --> 00:47:53,662 Selepas sepuluh ribu tahun, aku bebas! 650 00:47:54,162 --> 00:47:55,664 Duduk dan diam! 651 00:47:58,959 --> 00:48:01,044 Rocky, selamatkan Rangers. Cepat. 652 00:48:01,128 --> 00:48:04,214 - Baik. Tembak, Kat. - Apa? 653 00:48:04,298 --> 00:48:05,549 Dengan senang hati. 654 00:48:08,510 --> 00:48:10,679 Masa untuk takluki Bu… 655 00:48:10,762 --> 00:48:12,639 Aku akan bunuh kamu semua! 656 00:48:12,723 --> 00:48:14,600 Tembak dia, Zack! 657 00:48:14,683 --> 00:48:16,018 Ini untuk Trini. 658 00:48:22,691 --> 00:48:24,651 Sudah? Dia dah tiada? 659 00:48:25,235 --> 00:48:27,738 Ya. Ia sudah tamat. 660 00:48:28,780 --> 00:48:32,284 Seperti pak cik kata, Minh, kita sentiasa selamatkan dunia. 661 00:48:33,118 --> 00:48:36,580 Kamu terlepas segala aksi, tapi saya gembira kamu sampai. 662 00:48:36,663 --> 00:48:40,584 Ranger yang diselamatkan sudah berada di bilik rawatan 663 00:48:40,667 --> 00:48:42,377 dan dalam keadaan stabil. 664 00:48:42,461 --> 00:48:45,005 Laluan kami ke Aquitar sudah ditetapkan. 665 00:48:45,088 --> 00:48:47,466 Warga Aquitar akan rawat mereka. 666 00:48:47,549 --> 00:48:52,054 Tak nak sertai kami, Billy? Cestria kata dia rindu awak. 667 00:48:53,430 --> 00:48:54,932 Saya akan pergi kemudian. 668 00:48:55,015 --> 00:48:59,478 Saya perlu uruskan hal syarikat sebelum kembali beraksi. 669 00:48:59,561 --> 00:49:02,356 Awak sebenarnya rindu nak menjelajah, bukan? 670 00:49:02,439 --> 00:49:04,483 Seronok fokus pada benda baru. 671 00:49:05,067 --> 00:49:08,862 Sebaik saja warga Aquitar kembalikan semua ke saiz biasa, 672 00:49:08,946 --> 00:49:10,405 semua akan tamat. 673 00:49:10,489 --> 00:49:14,201 Ya, banyak aksi, tapi saya dah sedia kembali ke sisi JJ. 674 00:49:14,284 --> 00:49:18,121 Jadi ibu hampir sama mencabar macam jadi Ranger. 675 00:49:18,789 --> 00:49:21,208 Itu sukar? Saya makan pun belum. 676 00:49:21,291 --> 00:49:24,753 - Ada orang buang mi saya. - Maaf. 677 00:49:25,587 --> 00:49:28,173 Relaks, jangan risau. Saya bergurau. 678 00:49:28,256 --> 00:49:31,760 Walaupun kecil, kita tak patut buat Ranger lain tunggu. 679 00:49:32,928 --> 00:49:34,221 Seronok dapat jumpa. 680 00:49:37,808 --> 00:49:41,144 Saya gembira legasi Harimau Sabertooth dijaga baik. 681 00:49:42,104 --> 00:49:43,230 Saya berbesar hati. 682 00:49:44,314 --> 00:49:46,441 Masa hidupkan mesin teleportasi? 683 00:49:46,525 --> 00:49:49,361 - Ya. - Bagus juga. ayuh, Rocky. 684 00:49:49,444 --> 00:49:52,155 Memasukkan semua koordinat sekarang. 685 00:49:52,239 --> 00:49:55,158 Hingga lain masa, semoga kuasa lindungi kamu. 686 00:49:55,784 --> 00:49:56,702 Kamu juga. 687 00:50:00,414 --> 00:50:02,416 Suka alat komunikasi kamu? 688 00:50:03,625 --> 00:50:05,168 Saya suka rupa vintajnya. 689 00:50:05,752 --> 00:50:09,464 Kalau lambat ke kelas, senanglah guna teleportasi. 690 00:50:09,548 --> 00:50:12,259 - Hanya kalau orang tak nampak. - Okey. 691 00:50:13,510 --> 00:50:15,929 Tengok tempat ini. Masih sama. 692 00:50:16,013 --> 00:50:18,223 Mungkin lebih kecil. 693 00:50:19,224 --> 00:50:20,600 Mungkin kita dah besar. 694 00:50:21,643 --> 00:50:25,522 Kamu berdua nak smoothie? Mungkin mereka masih ada resipi Ernie. 695 00:50:26,023 --> 00:50:26,982 - Ya. - Ya. 696 00:50:30,902 --> 00:50:32,654 Nak apa-apa tak nanti? 697 00:50:32,738 --> 00:50:34,573 Cenderahati dari Mirinoi? 698 00:50:34,656 --> 00:50:35,741 Entahlah. 699 00:50:37,325 --> 00:50:39,411 Pak cik tak pergi lama, bukan? 700 00:50:39,911 --> 00:50:42,914 Ibu selalu kata dia rindu waktu pak cik ke angkasa. 701 00:50:43,665 --> 00:50:46,168 Sebenarnya, saya yang akan rindu… 702 00:50:50,505 --> 00:50:51,339 Minh? 703 00:50:52,466 --> 00:50:54,384 Sebelum pak cik pergi… 704 00:50:55,969 --> 00:50:57,471 Semua kata-kata saya… 705 00:50:59,556 --> 00:51:00,557 Kematian ibu. 706 00:51:02,142 --> 00:51:05,228 Saya kata ia salah pak cik. Itu tak adil. 707 00:51:06,354 --> 00:51:10,984 Pak cik tak mungkin tahu kesan terhadap Rita atau ibu. 708 00:51:14,321 --> 00:51:17,949 Pak cik cuba yakinkan diri berjuta kali. 709 00:51:19,576 --> 00:51:22,162 Tapi saya patut berterima kasih. 710 00:51:23,413 --> 00:51:26,208 Kalau pak cik tak desak Zack tentang ibu… 711 00:51:28,335 --> 00:51:30,295 Entah macam mana saya tanganinya. 712 00:51:33,882 --> 00:51:34,966 Kamu budak baik. 713 00:51:35,801 --> 00:51:37,344 Kami semua jaga kamu. 714 00:51:37,969 --> 00:51:40,138 Pak cik syukur kamu jaga pak cik. 715 00:51:40,222 --> 00:51:41,848 Halang tembakan Rita? 716 00:51:42,641 --> 00:51:43,683 Saya terpaksa. 717 00:51:44,601 --> 00:51:47,729 Pak cik keluarga. Keluarga perlu dilindungi. 718 00:51:49,815 --> 00:51:50,816 Keluarga, ya? 719 00:51:52,734 --> 00:51:55,195 Sebab itu kamu pinjam kereta terbang? 720 00:51:55,278 --> 00:51:58,073 Okey, itu urusan Ranger. 721 00:51:59,074 --> 00:52:01,993 Maaf. RadBug teknologi proprietari. 722 00:52:02,577 --> 00:52:05,413 - Kamu dihukum. - Pak cik nak hukum saya? 723 00:52:06,289 --> 00:52:09,084 - Bukan begitu caranya. - Tengoklah kamu berdua. 724 00:52:10,794 --> 00:52:11,795 Aduhai. 725 00:52:15,757 --> 00:52:17,050 Dia memang macam… 726 00:52:20,595 --> 00:52:22,013 Trini tentu bangga. 727 00:52:25,684 --> 00:52:26,768 Saya teringat. 728 00:52:27,561 --> 00:52:29,229 Selepas Rita tembak saya… 729 00:52:30,564 --> 00:52:31,898 saya dapat imbasan. 730 00:52:34,025 --> 00:52:35,277 Memori. 731 00:52:35,360 --> 00:52:36,528 Memori? 732 00:52:36,611 --> 00:52:38,238 Ya, daripada Morpher. 733 00:52:38,905 --> 00:52:40,615 Ibu dan pak cik jadi Ranger. 734 00:52:41,992 --> 00:52:43,201 Jadi wira. 735 00:52:44,035 --> 00:52:45,495 Keadaannya optimum. 736 00:52:45,579 --> 00:52:47,747 Biasa sahaja, tapi mana tahu? 737 00:52:48,415 --> 00:52:51,918 Grid bertukar ialah laluan kepada kemungkinan tak terhingga. 738 00:52:53,003 --> 00:52:56,840 - Mungkin saya patut terus cari Zordon. - Apa yang kamu ingat? 739 00:52:58,425 --> 00:52:59,384 Pelik, saya… 740 00:53:00,260 --> 00:53:01,136 Macam… 741 00:53:02,053 --> 00:53:04,639 Saya rasa betapa kamu bermakna baginya. 742 00:53:05,599 --> 00:53:07,350 Dia juga bermakna bagi kami. 743 00:53:08,059 --> 00:53:10,353 Dia kawan yang baik. 744 00:53:10,937 --> 00:53:11,771 Terbaik. 745 00:53:12,522 --> 00:53:13,356 Terbaik. 746 00:53:14,482 --> 00:53:19,029 Pak cik ada sebab dia atasi rasa takut pada ketinggian dan selamatkan pak cik. 747 00:53:19,112 --> 00:53:21,156 Ibu takut tempat tinggi? 748 00:53:22,324 --> 00:53:24,201 Apa lagi dia tak beritahu? 749 00:53:24,993 --> 00:53:27,954 Shellshock paksa dia lari. Dia tak dapat berhenti. 750 00:53:28,038 --> 00:53:31,875 - Yang ada lampu isyarat di belakangnya? - Lelaki lampu isyarat? 751 00:53:31,958 --> 00:53:35,170 - Tidak, bukan lelaki, ia penyu. - Penyu? 752 00:53:35,962 --> 00:53:38,381 - Kita perlu cerita segalanya. - Aduhai. 753 00:53:46,848 --> 00:53:51,686 Kita takkan ketahui 754 00:53:52,687 --> 00:53:56,066 Masa depan nanti 755 00:53:57,651 --> 00:54:00,403 Angin perubahan 756 00:54:00,904 --> 00:54:02,739 Pasti beri kesan 757 00:54:02,822 --> 00:54:07,410 Kepada kehidupan 758 00:54:08,078 --> 00:54:13,500 Tapi kau takkan sendirian, kawan 759 00:54:14,167 --> 00:54:18,505 Semuanya akan aku kenang 760 00:54:20,257 --> 00:54:24,844 THUY TRANG DAN JASON DAVID FRANK DALAM KENANGAN 761 00:54:24,928 --> 00:54:31,893 SEKALI JADI RANGER, SELAMANYA RANGER 762 00:55:38,501 --> 00:55:41,254 Terjemahan sari kata oleh NNorhan