1 00:00:29,599 --> 00:00:32,080 Dia buat hantaran dalam talian, papa. Dia cakap papa rogol dia. 2 00:00:32,200 --> 00:00:35,000 Dalam kotak itu ada banyak botol kecil cecair jernih. 3 00:00:35,120 --> 00:00:38,200 Dr. Aiman Yusuf? Kami ada waran untuk geledah rumah doktor. 4 00:00:38,319 --> 00:00:41,200 Polis sudah syak sama ada saya atau awak ada kena-mengena... 5 00:00:41,320 --> 00:00:43,439 ...dengan waran geledah di rumah Aiman. 6 00:00:43,560 --> 00:00:45,399 Hamil? -Cikgu, tolonglah. Janganlah... 7 00:00:45,520 --> 00:00:47,519 ...sampai ayah saya tahu hal ini. Tolonglah. 8 00:00:47,639 --> 00:00:49,919 Depan Lara kau berlagak macam suami mithali, bukan? 9 00:00:50,040 --> 00:00:52,160 Akan tetapi, di belakang, kau skandal dengan kakak dia. 10 00:00:52,280 --> 00:00:54,360 Awak ada lelaki lainkah? -Macam mana awak boleh terfikir... 11 00:00:54,480 --> 00:00:56,680 ...sampai macam itu? -Ini kerana awak sudah lain. 12 00:00:56,799 --> 00:01:00,720 Dia kena tahu. Dia tidak boleh lari daripada perbuatannya. 13 00:02:39,240 --> 00:02:41,480 Cik Lara? -Ya, cik. Hendak apa? 14 00:02:42,360 --> 00:02:45,160 Betulkah apa yang cik buat hantaran tentang Dr. Aiman? 15 00:02:46,400 --> 00:02:48,560 Tolong, Cik Lara. Saya hendak tanya saja. 16 00:02:50,279 --> 00:02:52,559 Kalau awak wartawan hendak buat Insta Story, Insta Gossip... 17 00:02:52,679 --> 00:02:54,360 ...atau apa-apa, saya tidak layan. Okey? 18 00:03:02,279 --> 00:03:03,799 Cik okey? 19 00:03:11,240 --> 00:03:13,199 Cik datang sini sebab apa sebenarnya? 20 00:03:16,320 --> 00:03:17,919 Saya..... 21 00:03:20,480 --> 00:03:22,480 Aiman ada buat apa-apa pada awak jugakah? 22 00:03:28,919 --> 00:03:30,520 Masuklah dulu. Duduk. 23 00:03:36,240 --> 00:03:40,000 Tidak apa-apa. Saya tidak patut datang. Maaf kacau. 24 00:03:40,400 --> 00:03:42,640 Sekejap, cik. Mungkin saya boleh tolong? 25 00:03:43,760 --> 00:03:45,319 Cik, disebabkan kita tidak bersuaralah orang macam dia... 26 00:03:45,439 --> 00:03:46,960 ...boleh terlepas. 27 00:03:48,400 --> 00:03:51,839 Maaf. Saya tidak boleh bantu. -Cik, tolonglah. 28 00:04:29,480 --> 00:04:31,000 Noah. 29 00:04:31,120 --> 00:04:34,440 Noah. Awalnya balik. Noah! 30 00:04:37,520 --> 00:04:39,040 Kenapa ini? 31 00:04:41,879 --> 00:04:43,439 Noah. 32 00:04:45,520 --> 00:04:48,200 Papa, saya rasa semester ini Noah belajar dalam talian sajalah. 33 00:04:49,679 --> 00:04:51,200 Papa boleh cakap dengan pengetua, bukan? 34 00:04:52,240 --> 00:04:55,159 Noah tidak buat salah apa-apa pun. Buat apa hendak sorok? 35 00:04:56,000 --> 00:04:58,440 Papa pun tidak buat salah. Habis, macam mana Cikgu Lara... 36 00:04:58,559 --> 00:05:00,520 ...boleh lepas saja buat fitnah macam itu? 37 00:05:00,920 --> 00:05:02,439 Ia tidak adil, papa. 38 00:05:03,799 --> 00:05:05,839 Belajar bersabar, Noah. 39 00:05:07,240 --> 00:05:09,040 Okey? 40 00:05:09,560 --> 00:05:11,280 Papa sudah ambil tindakan pun. 41 00:05:11,679 --> 00:05:14,640 Selepas ini, semua orang akan tahu semua yang dia cakap itu mengarut. 42 00:05:15,839 --> 00:05:18,000 Maaf... 43 00:05:18,120 --> 00:05:20,240 ...atas semua yang dia buat,... 44 00:05:20,359 --> 00:05:22,559 ...Noah kena tanggung semua sekarang ini. 45 00:05:22,679 --> 00:05:24,680 Akan tetapi, percayalah. 46 00:05:24,800 --> 00:05:28,080 Semua ini akan selesai tidak lama lagi. Papa janji. Okey? 47 00:05:28,679 --> 00:05:30,720 Akan tetapi, Noah tidak fahamlah. 48 00:05:30,840 --> 00:05:33,480 Dia buat papa macam itu,... 49 00:05:34,160 --> 00:05:35,799 ...selepas itu dia tolong Sofia. 50 00:05:36,760 --> 00:05:38,399 Dia bukan jahat, Noah. 51 00:05:39,720 --> 00:05:41,960 Dia ada depresi. Jadi, mungkin dia keliru, stres dengan... 52 00:05:42,080 --> 00:05:43,960 ...benda lain. Kita tidak tahu. 53 00:05:45,120 --> 00:05:46,960 Akan tetapi, kita tidak elok... 54 00:05:47,080 --> 00:05:50,279 ...tidak sangka buruk pada dia. Biar papa saja yang respons. 55 00:05:50,480 --> 00:05:52,280 Okey? 56 00:05:54,880 --> 00:05:56,560 Ya. 57 00:06:07,600 --> 00:06:10,960 Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. 58 00:06:11,080 --> 00:06:12,640 Sila cuba sebentar lagi. 59 00:06:36,480 --> 00:06:39,839 Pusing kanan. Anda telah tiba di destinasi anda. 60 00:06:56,879 --> 00:06:58,919 Helo. -Lara di mana? 61 00:06:59,200 --> 00:07:00,600 Di JB. 62 00:07:01,000 --> 00:07:04,240 Ini tentang Aimankah? -Kak, dia pecah masuk rumah,... 63 00:07:04,360 --> 00:07:06,840 ...sengaja tinggalkan subang Lara yang hilang itu. 64 00:07:06,960 --> 00:07:08,520 Selepas itu, hendak tunjuk psiko? 65 00:07:08,799 --> 00:07:10,320 Lapor pada polislah. 66 00:07:10,440 --> 00:07:12,920 Tidak yakinlah. Baik Lara buat benda ini sendiri. 67 00:07:13,879 --> 00:07:17,160 Apa kau buat di JB itu? -Lara di rumah mak mertua dia. 68 00:07:17,280 --> 00:07:19,840 Aku tahu mesti ada benda tidak kena dengan hidup sempurna dia ini. 69 00:07:20,279 --> 00:07:21,919 Macam mana kau dapat alamat? 70 00:07:22,040 --> 00:07:24,360 Ini alamat yang ada dalam sijil kematian itu. Mak cik... 71 00:07:24,480 --> 00:07:26,720 ...di sana cakap, mak Yasmin duduk sini. 72 00:07:30,840 --> 00:07:32,919 Assalamualaikum. -Waalaikumsalam. 73 00:07:33,879 --> 00:07:36,240 Cik buat apa di depan pintu mak cik ini? 74 00:07:38,040 --> 00:07:41,280 Saya Lara Sulaiman. Mak cik Pn. Fatimah, bukan? 75 00:07:41,559 --> 00:07:43,439 Mak pada Yasmin? -Ya, saya. 76 00:07:44,600 --> 00:07:46,240 Okey. Macam ini. Saya hendak hendak tanya sedikitlah... 77 00:07:46,360 --> 00:07:50,640 ...tentang Dr. Aiman, suami pada Yasmin. 78 00:07:50,839 --> 00:07:52,480 Boleh saya masuk? 79 00:07:53,599 --> 00:07:55,360 Masuk. 80 00:07:58,480 --> 00:08:00,120 Terima kasih. 81 00:08:14,480 --> 00:08:16,599 Mak cik di dapur ini, tengah goreng karipap. 82 00:08:20,000 --> 00:08:21,560 Kamu hendak tanya apa tadi? 83 00:08:24,600 --> 00:08:26,919 Sebelum Yasmin meninggal,... 84 00:08:27,640 --> 00:08:29,839 ...hubungan dia dengan Aiman macam mana, ya? 85 00:08:30,080 --> 00:08:32,120 Kamu kenalkah anak mak cik dulu? 86 00:08:32,839 --> 00:08:36,600 Tidak. Saya tidak kenal Yasmin tapi saya kenal Aiman. 87 00:08:41,639 --> 00:08:47,639 Anak mak cik baik. Lawa orangnya. Belajar tinggi-tinggi... 88 00:08:48,760 --> 00:08:54,280 ...tapi mentalnya terganggu. Namun mak cik sudah reda. 89 00:08:55,040 --> 00:08:56,640 Tuhan lebih mengetahui. 90 00:08:58,639 --> 00:09:02,919 Anak mak cik dulu pandai buat kuih. Mula-mula dia dengan kawannya,... 91 00:09:03,040 --> 00:09:05,040 ...Soo Ling buka trak makanan. 92 00:09:05,919 --> 00:09:11,839 Itu. Jual nasi lemak, goreng-goreng. 93 00:09:13,800 --> 00:09:18,480 Sampailah mereka cukup modal untuk buka restoran. Karipap ini... 94 00:09:18,600 --> 00:09:22,559 ...memang kesukaan dia. Sejak kecil dia tolong mak cik buat. 95 00:09:23,599 --> 00:09:25,439 Kamu dengan Aiman... 96 00:09:25,720 --> 00:09:27,919 ...kawan rapatkah? 97 00:09:43,000 --> 00:09:46,919 Mak cik, sebenarnya saya datang jumpa mak cik... 98 00:09:48,760 --> 00:09:51,200 ...sebab hendak tanya tentang Aiman dan Yasmin. 99 00:09:54,440 --> 00:09:57,439 Bulan lepas saya keluar makan dengan Aiman. 100 00:09:59,639 --> 00:10:01,360 Selepas itu, dia..... 101 00:10:03,279 --> 00:10:05,360 Selepas itu, dia rogol saya. 102 00:10:06,760 --> 00:10:08,680 Siapa awak ini? 103 00:10:10,000 --> 00:10:13,520 Apa? -Masuk rumah orang. Selepas itu,... 104 00:10:13,639 --> 00:10:16,200 ...tuduh Aiman sampai macam itu sekali? 105 00:10:16,480 --> 00:10:20,160 Mak cik, saya takkan datang sini kalau saya tidak terdesak. 106 00:10:20,600 --> 00:10:24,800 Macam mana kalau punca kematian Yasmin itu disebabkan Aiman? 107 00:10:25,240 --> 00:10:31,120 Aiman seorang suami dan ayah yang baik. Cukup penyayang. 108 00:10:31,840 --> 00:10:34,679 Dia banyak berjasa pada keluarga mak cik dan cuba hendak... 109 00:10:34,799 --> 00:10:38,080 ...tolong Yasmin. Anak mak cik yang tidak stabil. 110 00:10:38,200 --> 00:10:40,200 Dia meninggal di tangannya sendiri. 111 00:10:40,559 --> 00:10:44,399 Sengaja atau tidak, entahlah. -Akan tetapi, saya baca... 112 00:10:44,520 --> 00:10:48,120 ...laporan Aiman, Aiman kena soal siasat banyak kali. 113 00:10:48,240 --> 00:10:51,919 Ini kerana dia suaminya. Dia yang jumpa Yasmin... 114 00:10:52,040 --> 00:10:53,960 ...dengan pil-pil itu semua. 115 00:10:54,440 --> 00:10:56,720 Kenapa hendak ungkit kisah lama, ya? 116 00:10:57,200 --> 00:11:00,000 Lebih baik awak pergi sekarang. Keluar! 117 00:11:02,399 --> 00:11:04,360 Saya minta maaf, mak cik. 118 00:11:48,880 --> 00:11:51,520 Hai. Ada apa-apa saya boleh bantu? -Soo Ling? 119 00:11:52,040 --> 00:11:53,519 Ya. 120 00:11:54,120 --> 00:11:56,480 Okey. Nama saya Lara. 121 00:11:57,680 --> 00:12:01,280 Saya hendak tanya awak sedikit tentang kawan awak, Yasmin. 122 00:12:02,799 --> 00:12:04,480 Boleh kita berbual? 123 00:12:08,480 --> 00:12:11,879 Maafkan saya tapi saya tidak pasti. Macam mana saya boleh bantu awak? 124 00:12:12,640 --> 00:12:15,000 Sebarang info pun boleh membantu. Apa-apa saja tentang... 125 00:12:15,120 --> 00:12:18,440 ...hubungan Aiman. Ada sebarang kemusykilan yang awak tahu? 126 00:12:21,080 --> 00:12:25,240 Saya sayang Yasmin tapi dia tertekan. 127 00:12:26,879 --> 00:12:28,759 Dia makan terlalu banyak pil tidur. 128 00:12:31,600 --> 00:12:33,319 Bagaimana pula Aiman dan dia? 129 00:12:36,320 --> 00:12:38,160 Mereka berdua... 130 00:12:39,600 --> 00:12:41,519 ...gembira. 131 00:12:48,360 --> 00:12:52,480 Tolonglah. Jika awak tahu apa-apa, beritahu saja saya. 132 00:12:53,240 --> 00:12:54,840 Aiman bukan seperti yang orang nampak,... 133 00:12:54,960 --> 00:12:56,839 ...dia penipu dan perogol. 134 00:12:57,080 --> 00:12:59,919 Maaf saya tidak boleh tolong awak. -Tidak boleh atau tidak hendak? 135 00:13:01,040 --> 00:13:02,720 Mak Yasmin pun sama. 136 00:13:04,879 --> 00:13:07,280 Minta maaf. Saya sangat sibuk. -Tunggu. 137 00:13:09,839 --> 00:13:11,320 Tolonglah. 138 00:13:12,960 --> 00:13:14,720 Jika awak tahu apa-apa,... 139 00:13:16,960 --> 00:13:19,000 ...hubungi saya. 140 00:13:51,919 --> 00:13:53,839 Helo. Kita takkan keluar malam ini. 141 00:13:59,160 --> 00:14:00,960 Kamu berdua pergi dulu. 142 00:14:05,759 --> 00:14:07,280 Lara. 143 00:14:09,600 --> 00:14:13,080 Lara Sulaiman? Betul? -Apa? 144 00:14:14,240 --> 00:14:15,799 Awak tidak ingat saya? 145 00:14:16,879 --> 00:14:20,040 Saya Ian. Kawan Kathy. Saya selalu lepak dengan suami awak... 146 00:14:20,160 --> 00:14:22,000 ...masa waktu kolej dulu. 147 00:14:22,120 --> 00:14:24,000 Ian Ala Kazam? 148 00:14:24,120 --> 00:14:28,639 Wah! Dulu awak pandai buat silap mata macam David Copperfield. 149 00:14:29,000 --> 00:14:30,680 Apa jadi pada awak? Impian awak terlaksana? 150 00:14:30,960 --> 00:14:32,640 Awak ahli silap mata sekarang? 151 00:14:33,799 --> 00:14:35,519 Penyampai motivasi. 152 00:14:35,839 --> 00:14:38,160 Perbezaaan yang sama. Kedua-duanya menunjukkan ilusi. 153 00:14:41,160 --> 00:14:42,880 Mulut laser awak masih tajam lagi, ya. 154 00:14:43,159 --> 00:14:45,120 Boleh saya duduk? -Silakan. 155 00:14:47,000 --> 00:14:48,400 Jadi.... 156 00:14:48,880 --> 00:14:50,839 Kenapa datang JB? Tugasan mengajar? 157 00:14:51,359 --> 00:14:53,040 Saya ke sini untuk jumpa seseorang. 158 00:14:53,960 --> 00:14:55,679 Orangnya istimewa? 159 00:14:57,960 --> 00:15:00,280 Maafkan saya. Saya menyibuk sangat, bukan? 160 00:15:01,600 --> 00:15:03,120 Saya minta maaf. 161 00:15:03,240 --> 00:15:04,919 Bekas isteri saya suka merungut. Apabila saya... 162 00:15:05,040 --> 00:15:06,800 ...jumpa seseorang, saya macam sudah kenal lama. 163 00:15:08,160 --> 00:15:09,759 Bahaya pekerjaan. 164 00:15:10,480 --> 00:15:13,439 Saya minta maaf. Saya sangsi itu datangnya daripada... 165 00:15:13,560 --> 00:15:18,440 ...penyampai motivasi? Tiba-tiba terus saya terfikir tentang MLM. 166 00:15:24,720 --> 00:15:26,439 Bukan? -Tidak. 167 00:15:30,760 --> 00:15:33,200 Assalamualaikum. -Waalaikumsalam. 168 00:15:34,320 --> 00:15:36,320 Hai, sayang. -Hai. 169 00:15:38,600 --> 00:15:41,440 Abang sudah habis latihan? -Sudah. Baru saja. 170 00:15:42,120 --> 00:15:43,800 Awak sudah makan? 171 00:15:44,399 --> 00:15:48,600 Abang hendak tahu tidak? Kerja Nissa di sini makan, makan, makan. 172 00:15:48,720 --> 00:15:52,919 Rasanya kalau abang balik nanti, abang tidak kenal Nissa agaknya. 173 00:15:56,080 --> 00:15:57,839 Sedapkah jamu itu? 174 00:16:00,360 --> 00:16:06,680 Tidak sedap. Pahit sangat tapi itulah. Si kenit ini punya fasal. 175 00:16:06,960 --> 00:16:10,320 Terpaksalah juga minum. -Hai, kenit. Abah ini. 176 00:16:11,240 --> 00:16:13,240 Sedikit saja lagi abah balik, ya. 177 00:16:13,679 --> 00:16:16,000 Nanti apabila ayah sudah balik, abah akan cerita semua... 178 00:16:16,120 --> 00:16:17,599 ...benda pada kenit. Okey? 179 00:16:18,400 --> 00:16:20,839 Sayang, cuba dekat sedikit pada kamera. 180 00:16:28,280 --> 00:16:31,080 Rindulah. -Tahu tidak apa-apa. 181 00:16:31,560 --> 00:16:33,399 Siapa suruh jadi bidan terjun? 182 00:16:33,720 --> 00:16:38,799 Mak Ji sakit. Kasihanlah pada dia. Lagipun nanti apabila awak... 183 00:16:38,919 --> 00:16:41,960 ...hendak bersalin, boleh kita minta tolong dia pula. 184 00:16:42,080 --> 00:16:43,679 Betul? 185 00:16:46,080 --> 00:16:47,719 Awak nampak penat sangat. 186 00:16:47,919 --> 00:16:49,520 Awak tidak bolehkah minta tolong Kumar itu tolong buat... 187 00:16:49,639 --> 00:16:51,200 ...kerja awak sedikit? 188 00:16:51,879 --> 00:16:56,919 Abang, trimester pertama memang macam ini. Tidak payah risaulah. 189 00:16:58,679 --> 00:17:02,879 Yalah itu. Awak sudah fikir apa yang kita bincang hari itu? 190 00:17:06,120 --> 00:17:08,720 Sudah tapi itulah. 191 00:17:10,559 --> 00:17:12,640 Gemuruhlah hendak beritahu pada Kumar. 192 00:17:13,399 --> 00:17:15,439 Dia berharap sangat pada Nissa. 193 00:17:16,519 --> 00:17:18,320 Takut dia kecewa pula nanti. 194 00:17:20,040 --> 00:17:24,880 Tengok. Tipulah. -Serius. Satu-satunya sebab... 195 00:17:25,000 --> 00:17:27,160 ...saya terlibat dalam syarahan motivasi adalah kerana... 196 00:17:27,279 --> 00:17:28,879 ...bekas isteri saya. 197 00:17:29,000 --> 00:17:31,040 Kemudian dia suka pada instruktor. 198 00:17:31,320 --> 00:17:35,480 "Nikmati hari anda", katanya. Sekali isteri saya pergi. 199 00:17:36,600 --> 00:17:39,439 Saya tidak mahu. -Namun hikmah bagi... 200 00:17:39,560 --> 00:17:43,159 ...pengakhiran yang tragik ke atas perkahwinan saya... 201 00:17:43,280 --> 00:17:47,080 ...ialah saya sedar saya suka kaunseling. Tolong orang. 202 00:17:47,519 --> 00:17:49,840 Tolong mereka cari potensi sebenar. 203 00:17:50,640 --> 00:17:52,360 Ramai yang masuk kelas saya... 204 00:17:53,120 --> 00:17:55,560 ...dan mereka tidak nampak jalan. Ada yang hadapi krisis... 205 00:17:55,679 --> 00:17:57,120 ...di tempat kerja,... 206 00:17:57,240 --> 00:17:58,919 ...dalam hubungan... 207 00:17:59,040 --> 00:18:00,800 ...tapi saya dapat bantu mereka. 208 00:18:00,920 --> 00:18:02,879 Cari fokus baharu. 209 00:18:04,000 --> 00:18:05,639 Memang perlu. 210 00:18:06,160 --> 00:18:10,120 Pernah awak tanya diri awak tentang potensi sebenar awak? 211 00:18:10,759 --> 00:18:15,240 Atau awak sengaja libatkan diri dalam dunia Ian Ala Kazam..... 212 00:18:19,159 --> 00:18:21,560 Apa itu? -Ini. 213 00:18:23,440 --> 00:18:25,760 Tidak cuci telingakah? 214 00:18:29,240 --> 00:18:31,879 Maaf. Ada yang tidak kena? -Saya kena pergi. 215 00:18:33,120 --> 00:18:35,200 Lara. Hei. 216 00:18:37,480 --> 00:18:39,799 Jangan sentuh saya. 217 00:18:40,679 --> 00:18:43,120 Maaf. Saya tidak bermaksud..... 218 00:18:43,800 --> 00:18:46,400 Cuba bertenang. -Maafkan saya. 219 00:18:46,519 --> 00:18:50,200 Duduk dulu. -Saya minta maaf. 220 00:19:52,599 --> 00:19:54,160 Helo. 221 00:19:56,240 --> 00:19:57,720 Awak di mana? 222 00:20:04,759 --> 00:20:06,680 Saya meniduri Aiman. 223 00:20:10,040 --> 00:20:14,160 Sebulan sebelum Yasmin meninggal. 224 00:20:16,519 --> 00:20:22,839 Yasmin dapat tahu. Saya tidak tahu. Mungkin Aiman beritahu dia. 225 00:20:24,760 --> 00:20:26,640 Mungkin sebab itu dia..... 226 00:20:30,800 --> 00:20:32,759 Mungkin sebab itu dia bunuh diri. 227 00:20:37,879 --> 00:20:39,759 Awak tidak boleh salahkan diri awak. 228 00:20:40,040 --> 00:20:41,639 Kenapa tidak? 229 00:20:43,800 --> 00:20:45,600 Selepas polis sudah siasat,... 230 00:20:46,599 --> 00:20:48,120 ...mereka cakap,... 231 00:20:49,439 --> 00:20:51,600 ...kematian yang tidak disengajakan. 232 00:20:52,000 --> 00:20:54,760 Akan tetapi, saya ingat kesalahan saya setiap hari. 233 00:20:57,359 --> 00:20:59,160 Saya sudah baca hantaran awak dalam talian. 234 00:20:59,679 --> 00:21:02,399 Tentang Aiman. Awak lebih berani daripada saya. 235 00:21:05,440 --> 00:21:07,000 Saya tidak ada pilihan lain. 236 00:21:08,240 --> 00:21:10,719 Saya rasa awak tahu Aiman itu lelaki jenis apa, bukan? 237 00:21:12,480 --> 00:21:14,040 Saya tahu. 238 00:21:17,400 --> 00:21:21,439 Maksud saya, saya sayangkan dia. Memang saya sayangkan dia. 239 00:21:21,759 --> 00:21:24,360 Saya tahu. -Akan tetapi, selalu sangat... 240 00:21:24,480 --> 00:21:26,359 ...dia buat perangai ini. 241 00:21:26,720 --> 00:21:29,719 Ada sekali, saya tengah bertemu janji dengan seseorang... 242 00:21:29,839 --> 00:21:31,960 ...yang hebat. Orang yang hebat, Aiman. 243 00:21:32,240 --> 00:21:36,280 Yasmin telefon saya. Dia kata dia rasa nak bunuh diri. 244 00:21:36,720 --> 00:21:39,279 Sudah tentulah saya panik dan saya tinggalkan semuanya... 245 00:21:39,399 --> 00:21:42,880 ...lalu pergi jumpa dia. Saya nampak dia ada... 246 00:21:43,000 --> 00:21:44,919 ...di atas katil. Tengah baca buku. 247 00:21:46,160 --> 00:21:50,600 Dia okey. Masa pun berlalu. Baguslah tapi peduli apa? 248 00:21:51,680 --> 00:21:54,720 Mana tahu lelaki yang saya berjanji temu itu jodoh saya? 249 00:21:55,840 --> 00:21:57,560 Saya beritahu awak satu rahsia. 250 00:21:59,040 --> 00:22:00,920 Dia sebenarnya cemburu dengan awak. 251 00:22:03,240 --> 00:22:05,799 Saya? -Ya. 252 00:22:06,480 --> 00:22:08,160 Saya yang cemburu sebenarnya. 253 00:22:08,919 --> 00:22:12,040 Dia dapat suami yang sempurna. 254 00:22:13,840 --> 00:22:15,680 Anak yang sempurna. 255 00:22:16,759 --> 00:22:19,879 Dia pun sangat sempurna. 256 00:22:23,320 --> 00:22:26,960 Awak tulis yang malam itu awak macam tidak ketahuan. 257 00:22:28,000 --> 00:22:30,640 Awak rasa dia letak sesuatu dalam minuman awak, bukan? 258 00:22:31,639 --> 00:22:35,440 Saya rasa dia buat benda sama pada saya... 259 00:22:37,800 --> 00:22:40,240 ...sebab banyak yang saya tidak ingat tentang malam itu. 260 00:22:40,639 --> 00:22:43,280 Maksud saya, kami adakan hubungan seks tapi..... 261 00:22:45,879 --> 00:22:48,080 Ramai perempuan tidak sedar masa benda ini jadi. 262 00:22:49,000 --> 00:22:51,279 Selepas itu, mereka rasa bersalah. 263 00:22:52,759 --> 00:22:54,760 Saya tahu ia sukar tapi..... 264 00:22:55,280 --> 00:22:59,240 Awak kena bersuara. Demi mangsa-mangsa lain macam kita. 265 00:22:59,559 --> 00:23:01,800 Kalau awak buat laporan polis juga,... 266 00:23:01,919 --> 00:23:03,879 ...mereka tidak boleh... 267 00:23:04,000 --> 00:23:07,840 ...ketepikan kes ini senang-senang. Mereka kena ada bukti. 268 00:23:21,399 --> 00:23:27,160 Tolong, Soo Ling. Ada seorang lagi perempuan muda... 269 00:23:28,360 --> 00:23:29,799 ...datang jumpa saya. 270 00:23:31,080 --> 00:23:33,040 Saya rasa dia pun mangsa Aiman. 271 00:23:34,639 --> 00:23:37,879 Kita sudah tidak boleh bagi Aiman peluang untuk buat benda ini lagi. 272 00:23:38,560 --> 00:23:40,559 Berapa ramai lagi nanti mangsa Aiman? 273 00:23:44,839 --> 00:23:47,200 Okey, okey. 274 00:23:49,480 --> 00:23:51,080 Saya ikut awak balik KL. 275 00:23:53,240 --> 00:23:54,640 Terima kasih. 276 00:23:56,560 --> 00:23:59,799 Kita kena tunjuk rupa si Aiman itu sebenarnya. 277 00:24:03,080 --> 00:24:04,679 Baguslah benda ini sudah selesai. 278 00:24:05,599 --> 00:24:09,799 Ya. Alhamdulillah. Polis akhirnya percaya semua cakap saya. 279 00:24:11,839 --> 00:24:13,520 Kebenaran pasti akan terserlah, bukan? 280 00:24:14,240 --> 00:24:15,960 Noah macam mana? Dia okey? 281 00:24:17,559 --> 00:24:22,120 Keadaan ini sukar buat dia, Sara. Anak saya yang dapat tempias. 282 00:24:23,639 --> 00:24:26,080 Bukan nama baik saya saja yang kena heret dalam lumpur ini. 283 00:24:26,200 --> 00:24:29,280 Noah, nama baik hospital ini juga... 284 00:24:30,000 --> 00:24:33,040 ...dipertikaikan sebab fitnah dia. -Biar saya yang uruskan... 285 00:24:33,160 --> 00:24:34,799 ...sebarang isu dengan hospital, Aiman. 286 00:24:35,400 --> 00:24:38,480 Yang penting, awak sudah okey, sudah balik bertugas. 287 00:24:47,160 --> 00:24:52,320 Saya cuma hendak beritahu awak. Saya sudah mula ambil tindakan. 288 00:24:53,960 --> 00:24:56,240 Orang yang buat saya macam ini tidak boleh lepas begitu saja. 289 00:24:57,080 --> 00:25:00,680 Awak memang berhak tapi cuma saya takut. Kalau awak... 290 00:25:00,800 --> 00:25:03,319 ...api-apikan lagi, benda ini tidak akan reda. 291 00:25:06,040 --> 00:25:07,919 Mungkin saya tidak hendak benda ini reda. 292 00:25:08,919 --> 00:25:11,280 Kita tidak boleh biarkan dia menjatuhkan reputasi orang... 293 00:25:11,400 --> 00:25:14,680 ...sesuka hati dia saja. Tuduhan palsu dia itu,... 294 00:25:14,799 --> 00:25:17,160 ...menjatuhkan kredibiliti semua perempuan yang lain. 295 00:25:18,200 --> 00:25:20,879 Jika sesuatu yang buruk berlaku, kita hendak percaya siapa? 296 00:25:22,360 --> 00:25:24,480 Awak kenal saya, Sara. Saya bukannya jenis orang... 297 00:25:24,600 --> 00:25:26,399 ...yang berdendam... 298 00:25:26,520 --> 00:25:29,480 ...tapi kalau saya tidak tegakkan kebenaran, siapa lagi hendak buat? 299 00:25:30,800 --> 00:25:34,280 Awak tahu saya bukannya seorang yang senang mengalah. 300 00:25:35,040 --> 00:25:36,840 Saya akan kejar semua yang saya hendak. 301 00:25:39,120 --> 00:25:40,679 Sampai dapat. 302 00:25:56,520 --> 00:25:58,320 Terima kasih. Terima kasih banyak. 303 00:26:07,879 --> 00:26:09,480 Hai. -Hai. 304 00:26:10,080 --> 00:26:13,320 Saya minta maaf tentang malam tadi. Saya jadi sensitif. 305 00:26:13,439 --> 00:26:17,679 Tidak apa-apa. Jangan risaulah. -Lain kali, saya janji,... 306 00:26:17,799 --> 00:26:19,560 ...saya takkan bertindak seperti itu lagi. 307 00:26:19,679 --> 00:26:22,719 Lain kali? Maknanya saya boleh telefon awak... 308 00:26:22,839 --> 00:26:24,760 ...apabila awak balik KL? 309 00:26:25,320 --> 00:26:27,480 Saya rasa tidak, Ian. 310 00:26:28,200 --> 00:26:30,200 Saya rasa saya belum sedia untuk itu. 311 00:26:33,040 --> 00:26:36,040 Hei. Saya minta maaf jika saya kelihatan mendesak. 312 00:26:36,160 --> 00:26:38,520 Saya tak bermaksud begitu. Saya juga bersimpati... 313 00:26:38,640 --> 00:26:41,160 ...ada orang sentuh awak tapi... 314 00:26:41,280 --> 00:26:43,919 ...tidak semua lelaki begitu dan saya cuma terfikir..... 315 00:26:49,159 --> 00:26:51,359 Tahu tidak? Saya akan berhenti bercakap sekarang. 316 00:26:51,960 --> 00:26:55,720 Entahlah. Sejak dululah, Lara. Setiap kali saya cakap... 317 00:26:55,840 --> 00:26:57,439 ...dengan awak,... 318 00:26:57,560 --> 00:26:59,360 ...semua yang merepek akan terkeluar. 319 00:26:59,480 --> 00:27:01,439 Yakah? -Ya. 320 00:27:01,639 --> 00:27:04,160 Penipu. -Saya serius. Tidak tipu. 321 00:27:10,000 --> 00:27:11,759 Ini nombor saya. 322 00:27:12,000 --> 00:27:14,640 Wah! -Bila-bila nanti awak sedia,... 323 00:27:14,759 --> 00:27:16,360 ...awak hendak keluar,... 324 00:27:16,480 --> 00:27:18,720 ...atau awak perlukan seseorang untuk berbual,..... 325 00:27:18,840 --> 00:27:22,360 Ian, saya bukan Lara yang awak kenal dulu. 326 00:27:24,240 --> 00:27:27,120 Saya lebih suka sendirian buat masa sekarang. 327 00:27:31,720 --> 00:27:35,519 Jaga diri, Lara. Sampaikan salam saya pada Kathy. 328 00:27:35,839 --> 00:27:37,439 Ya. Sudah tentu. 329 00:27:45,919 --> 00:27:49,320 Lara, kau okey tidak? Kakak pergi rumah kau. 330 00:27:49,439 --> 00:27:51,279 Kau di JB lagi, ya? 331 00:27:51,480 --> 00:27:53,160 Lara kena selesaikan benda lagi. 332 00:27:53,799 --> 00:27:56,560 Lara, kakak tidak hendak kau obses dengan benda ini. 333 00:27:56,919 --> 00:27:58,400 Nanti hidup kau rosak. 334 00:28:03,919 --> 00:28:06,160 Kak, Lara kena juga cuba... 335 00:28:06,280 --> 00:28:08,359 ...dan lagipun Lara rasa Lara sudah jumpa sesuatu. 336 00:28:09,040 --> 00:28:12,360 Baik tapi tolong hati-hati. Aiman akan lawan balik. 337 00:28:12,960 --> 00:28:15,960 Biarlah dia cuba. Saya sedia. -Lara. 338 00:28:37,840 --> 00:28:39,319 Awak buat apa di sini? 339 00:28:39,439 --> 00:28:41,280 Saya tahu awak ingat hubungan kita sudah berakhir... 340 00:28:41,480 --> 00:28:42,920 ...tapi saya tidak setuju. 341 00:28:48,880 --> 00:28:50,560 Awak sudah gilakah? Ini rumah saya. 342 00:28:52,120 --> 00:28:55,399 Saya peguam Lara. Bekas suami Lara. Tidak pelik pun... 343 00:28:55,520 --> 00:28:57,200 ...kalau saya ada di sini. 344 00:29:05,960 --> 00:29:10,000 Saya rindukan awak, Kathy. Rindu sangat. 345 00:29:12,800 --> 00:29:14,439 Saya tidak main-main dengan awak. 346 00:29:15,359 --> 00:29:17,240 Perasaan kita ini bukan main-main. 347 00:29:17,719 --> 00:29:19,800 Cuba awak cakap betul-betul dengan saya. 348 00:29:21,120 --> 00:29:25,840 Awak tidak rasakah ini? Kathy, awak sepatutnya jodoh saya. 349 00:29:28,679 --> 00:29:30,200 Cukup. 350 00:29:31,480 --> 00:29:33,640 Dulu awak bukan hendak dengan saya, bukan? 351 00:29:34,200 --> 00:29:36,320 Awak lebih rela pilih Lara. Sama dengan lelaki lain. 352 00:29:36,840 --> 00:29:38,839 Sekarang saya sudah kahwin, saya sudah ada suami,... 353 00:29:38,960 --> 00:29:40,960 ...sudah ada anak baru awak hendak pada saya? 354 00:29:41,080 --> 00:29:42,840 Semua ini gila, Taufiq. Berapa kali saya hendak... 355 00:29:42,960 --> 00:29:44,879 ...cakap dengan awak? 356 00:29:48,440 --> 00:29:50,319 Dulu saya buta, Kathy. 357 00:29:50,879 --> 00:29:53,360 Akan tetapi, sekarang saya hendak awak pula tengok saya. 358 00:29:54,120 --> 00:29:56,520 Awak beritahu saya depan-depan muka sekarang. Awak tidak ada... 359 00:29:56,640 --> 00:29:58,480 ...langsung perasaan pada saya lagi. 360 00:29:58,599 --> 00:30:00,680 Tolong, tolonglah. 361 00:30:04,400 --> 00:30:07,000 Sayang, sudah habis syifkah? -Ya. 362 00:30:08,399 --> 00:30:10,440 Taufiq. Bila sampai? 363 00:30:11,919 --> 00:30:16,200 Baru saja. -Itu apa? Soya. 364 00:30:16,799 --> 00:30:19,120 Datang sini sebab hendak bincang sedikit tentang kes Lara. 365 00:30:21,200 --> 00:30:23,200 Apa cerita? Ada yang tidak kena? 366 00:30:23,919 --> 00:30:26,560 Lara. Dia degil. Tidak dengar cakap. 367 00:30:26,879 --> 00:30:28,879 Sekarang ini dia pergi JB cari mak mertua Aiman. 368 00:30:31,720 --> 00:30:33,839 Jadi, betullah info yang saya dapat itu? 369 00:30:35,080 --> 00:30:38,560 Ada suatu yang tidak kena dengan kematian bini Aiman itu, bukan? 370 00:30:39,080 --> 00:30:42,040 Boleh tidak kita gunakan benda itu untuk buka balik kes? 371 00:30:43,199 --> 00:30:44,640 Boleh cuba walau peluangnya tipis. 372 00:30:44,759 --> 00:30:47,160 Akan tetapi, kalau Lara berjaya cari saksi ataupun bukti... 373 00:30:47,280 --> 00:30:49,960 ...yang betul-betul kukuh, kes boleh dibuka semula. 374 00:30:51,000 --> 00:30:53,240 Sebenarnya saya sudah lambat. Saya kena gerak dulu. 375 00:30:53,400 --> 00:30:55,040 Okey. 376 00:30:56,879 --> 00:30:58,360 Okey. 377 00:31:04,360 --> 00:31:06,560 Selamba saja. Macam rumah sendiri, ya. 378 00:31:06,880 --> 00:31:10,080 Yang, awak kenapa? Dulu dia adik ipar kita. 379 00:31:10,559 --> 00:31:13,639 Selepas itu, kita patut syukurlah dia hendak tolong Lara... 380 00:31:13,760 --> 00:31:15,399 ...walaupun mereka sudah cerai, bukan? 381 00:31:15,520 --> 00:31:18,480 Okey. Tidak payahlah bela dia lebih-lebih sangat. 382 00:31:18,800 --> 00:31:22,000 Tahulah kamu berdua rapat. -Apa benda awak merepek ini? 383 00:31:22,960 --> 00:31:24,640 Awak okeykah ini? 384 00:31:24,920 --> 00:31:26,680 Macam ada yang tidak kena saja. 385 00:31:27,080 --> 00:31:30,960 Tidaklah. Lara itu. Tidak habis-habis dengan drama dia. 386 00:31:39,240 --> 00:31:41,040 Hai. Awak sedia? 387 00:31:42,560 --> 00:31:44,359 Saya tidak boleh ikut awak, Lara. Maafkan saya. 388 00:31:45,520 --> 00:31:47,080 Akan tetapi, kenapa? 389 00:31:47,759 --> 00:31:50,359 Kalau awak ada benda hendak selesaikan, tidak apa-apa. 390 00:31:50,480 --> 00:31:53,440 Tiada masalah. Saya boleh suruh balai hubungi awak dahulu. 391 00:31:53,559 --> 00:31:56,279 Saya tidak boleh. Saya buat silap. 392 00:31:56,879 --> 00:31:58,280 Mungkin sebab saya baca hantaran awak, saya pun... 393 00:31:58,400 --> 00:31:59,919 ...terikut-ikut... 394 00:32:00,040 --> 00:32:02,560 ...sebab jauh dalam hati saya, saya lebih senang hendak... 395 00:32:02,680 --> 00:32:04,559 ...salahkan Aiman daripada diri sendiri. 396 00:32:05,599 --> 00:32:07,560 Saya rasa bersalah, Lara. Saya kena bertanggungjawab... 397 00:32:07,679 --> 00:32:09,759 ...atas tindakan saya sendiri. 398 00:32:09,879 --> 00:32:12,560 Sebenarnya memang saya tertarik dengan Aiman. 399 00:32:13,760 --> 00:32:16,360 Tidak bermakna awak tertarik dengan Aiman, dia boleh rogol awak. 400 00:32:16,519 --> 00:32:18,800 Saya mabuk teruk malam itu. -Tolonglah. 401 00:32:27,080 --> 00:32:28,799 Mak Ck Fatimah datang. 402 00:32:29,839 --> 00:32:31,439 Tolong. Pergilah balik. 403 00:32:31,560 --> 00:32:33,839 Saya tahu awak takut. Saya faham perasaan awak tapi kita kena... 404 00:32:33,960 --> 00:32:35,519 ...bersatu teguh bersama, Soo Ling. 405 00:32:35,639 --> 00:32:38,160 Tolonglah, Lara. Awak tidak tahu apa-apa pun tentang saya. 406 00:32:38,759 --> 00:32:40,400 Mak Cik Fatimah cakap apa? 407 00:32:42,200 --> 00:32:45,520 Anak dia sudah tiada tapi setidak-tidaknya dia ada Noah. 408 00:32:46,280 --> 00:32:48,480 Awak tidak fahamkah yang dia pun tidak mahu kehilangan Noah? 409 00:32:48,600 --> 00:32:51,359 Ya. Saya tahu Mak Cik Fatimah pun takut. 410 00:32:51,480 --> 00:32:53,599 Okey. Tidak mengapa jika dia tidak mengaku, dia hendak... 411 00:32:53,719 --> 00:32:55,879 ...menipu diri dia yang perkahwinan anak dia itu gembira... 412 00:32:56,000 --> 00:32:58,879 ...tapi Aiman di luar sana. Kalau dia rogol lagi macam mana? 413 00:32:59,000 --> 00:33:00,640 Awak tidak rasa bersalahkah? 414 00:33:08,040 --> 00:33:09,799 Saya cuma hendak teruskan hidup saya, Lara. 415 00:33:11,080 --> 00:33:13,280 Saya tidak boleh bantu awak. Maafkan saya. 416 00:33:17,120 --> 00:33:18,520 Saya pun sama. 417 00:33:41,799 --> 00:33:44,040 Jangan berkerut sangat. Nanti cepat tua. 418 00:33:53,440 --> 00:33:54,840 Tuan. 419 00:33:56,759 --> 00:33:58,559 Tuan tidak penatkah? -Penat? 420 00:33:59,919 --> 00:34:03,359 Aku hari-hari penat. Tidak sabar hendak bersara. 421 00:34:04,000 --> 00:34:05,599 Akan tetapi, seriuslah tuan. 422 00:34:06,880 --> 00:34:10,759 Apa benda yang kita buat ini, ya? Hari-hari kita pergi kerja. 423 00:34:10,879 --> 00:34:14,319 Hari-hari kita tengok benda tidak senonoh orang buat... 424 00:34:14,439 --> 00:34:18,560 ...pada orang lain. Saya tidak tahulah sama ada saya larat lagi... 425 00:34:18,680 --> 00:34:21,120 ...atau tidak hendak hadap benda ini semua. 426 00:34:21,960 --> 00:34:23,639 Ini belum cerita tentang bosan lagi. 427 00:34:24,680 --> 00:34:28,759 Hari-hari kita pergi kerja, bosan tengok orang kena tindas. 428 00:34:28,879 --> 00:34:32,200 Kena khianat, kena fitnah. 429 00:34:32,439 --> 00:34:35,879 Diperkosa. Kita ini bukan mainlah ramai tapi tidak boleh... 430 00:34:36,000 --> 00:34:37,560 ...hendak tolong? 431 00:34:37,840 --> 00:34:40,559 Maksud saya, apa masalah kita? 432 00:34:41,280 --> 00:34:44,839 Apa kena dengan sistem? Saya sudah penatlah. 433 00:34:45,640 --> 00:34:48,000 Kenapa ini, Nissa? Tiba-tiba saja. 434 00:34:54,640 --> 00:34:56,319 Sebenarnya,..... 435 00:34:59,080 --> 00:35:02,399 Sebenarnya, saya sudah minta pindah ke Pusat Latihan Kadet. 436 00:35:04,000 --> 00:35:09,799 Apa? Tak mungkin. Nissa, kenapa kau tidak bincang dengan aku dulu? 437 00:35:10,400 --> 00:35:14,000 Habis, latihan detektif yang kau ambil itu kau hendak buang... 438 00:35:14,120 --> 00:35:16,280 ...macam itu saja? -Bukan macam itu. Saya..... 439 00:35:19,120 --> 00:35:21,960 Okey. Saya bukan tidak berterima kasih. Saya masuk... 440 00:35:22,080 --> 00:35:26,120 ...akademi saja, tuanlah yang didik saya, yang latih saya. 441 00:35:26,240 --> 00:35:28,679 Saya berterima kasih sangat-sangat tapi..... 442 00:35:31,399 --> 00:35:35,759 Saya tahu yang tuan ada cita-cita yang tinggi untuk saya... 443 00:35:35,960 --> 00:35:37,399 ...tapi saya..... 444 00:35:38,960 --> 00:35:40,679 Saya tidak mampu. 445 00:35:42,360 --> 00:35:43,919 Saya tidak mampu. 446 00:35:46,879 --> 00:35:48,680 Tuan. 447 00:35:49,919 --> 00:35:52,160 Selepas ini tuan sudah hendak bersara, bukan? Jadi,..... 448 00:36:15,279 --> 00:36:18,640 Saya minta maaf, tuan. Saya sudah kecewakan tuan. 449 00:36:21,160 --> 00:36:25,399 Tidaklah, Nissa. Ini hidup kau. Asalkan kau bahagia. 450 00:36:28,519 --> 00:36:30,480 Jadi, tuan restu? 451 00:36:35,200 --> 00:36:36,960 Yalah. 452 00:36:38,319 --> 00:36:43,040 Ingat! Kalau kau hendak balik jadi detektif, beritahu aku. Okey? 453 00:36:44,839 --> 00:36:46,280 Seperkara lagi. 454 00:36:46,639 --> 00:36:48,880 Kau kena janji dengan aku. Kita takkan jumpa masa Raya... 455 00:36:49,000 --> 00:36:50,839 ...dan Deepavali saja. Jelas? 456 00:36:51,240 --> 00:36:52,919 Jelas. 457 00:36:55,480 --> 00:36:57,000 Baik, tuan. 458 00:36:58,599 --> 00:37:00,160 Jaga diri, Nissa. 459 00:37:33,399 --> 00:37:35,040 Yang ini. 460 00:37:48,680 --> 00:37:53,480 Kenit, kenit. Awak punya fasal, mama kena minum semua ini. 461 00:42:06,680 --> 00:42:11,320 Siapa itu? Ya Allah! Abah. Abah buat apa di sini? 462 00:42:13,639 --> 00:42:18,200 Abah sudah beli roti tampal. Jom makan sekali. 463 00:42:19,399 --> 00:42:21,640 Abah tidak boleh masuk rumah Lara macam itu saja. 464 00:42:23,719 --> 00:42:25,320 Ini rumah abah. 465 00:42:28,400 --> 00:42:30,040 Kak long kata... 466 00:42:31,360 --> 00:42:33,200 ...Lara masih tidak sihat lagi. 467 00:42:35,120 --> 00:42:37,080 Itu abah datang jenguk. 468 00:42:38,439 --> 00:42:40,040 Pergi mana tadi? 469 00:42:42,640 --> 00:42:44,319 Lara rasa,... 470 00:42:45,439 --> 00:42:47,240 ...lagi baik ayah tidak tahu. Senang hendak jawab... 471 00:42:47,360 --> 00:42:49,120 ...pada orang nanti. 472 00:42:58,440 --> 00:43:00,640 Ayah tidak sepatutnya tengking kamu hari itu. 473 00:43:04,040 --> 00:43:05,639 Akan tetapi, cara Lara itu..... 474 00:43:07,639 --> 00:43:09,759 Sampai orang di masjid pun tahu. 475 00:43:10,719 --> 00:43:12,600 Ini hal peribadi kita. 476 00:43:15,359 --> 00:43:21,640 Tidak ada cara lainkah selain pampangkan satu dunia baca? 477 00:43:22,719 --> 00:43:24,520 Lara sudah buat cara betul... 478 00:43:26,759 --> 00:43:28,639 ...tapi tidak ada sesiapa pun kisah. 479 00:43:29,160 --> 00:43:32,399 Jaga maruah konon. Habis itu, Lara ini tidak ada maruah? 480 00:43:34,160 --> 00:43:35,839 Lara kena rogol, abah. 481 00:43:42,280 --> 00:43:45,839 Abah tidak sakit hatikah benda ini jadi pada Lara? 482 00:43:49,159 --> 00:43:52,719 Kenapa abah tidak pertahankan maruah anak sendiri? 483 00:44:03,200 --> 00:44:04,839 Lara anak abah. 484 00:44:07,560 --> 00:44:12,360 Susah, senang, abah sepatutnya jaga Lara. 485 00:44:15,960 --> 00:44:18,960 Akan tetapi, Lara janganlah buat kerja tidak tentu hala. 486 00:44:19,360 --> 00:44:21,000 Terburu-buru. 487 00:44:23,240 --> 00:44:25,199 Kita bincang sekeluarga. 488 00:44:27,560 --> 00:44:29,519 Macam selalu kita buat. 489 00:44:32,640 --> 00:44:34,040 Akan tetapi, sejak mak tidak ada..... 490 00:44:34,160 --> 00:44:36,640 Kita cubalah balik. 491 00:44:46,599 --> 00:44:48,320 Okey. 492 00:44:49,800 --> 00:44:54,240 Akan tetapi, abah pun kena cuba terima yang Lara takkan... 493 00:44:54,360 --> 00:44:56,120 ...senyapkan benda ini. 494 00:44:57,480 --> 00:45:00,240 Lara sudah tidak tahu hendak meneruskan hidup. 495 00:45:04,759 --> 00:45:06,720 Okey. 496 00:45:12,440 --> 00:45:14,200 Sudah. Jom kita makan. 497 00:45:18,800 --> 00:45:22,080 Bil-bil itu sudah berapa lama tertunggak? 498 00:45:49,720 --> 00:45:51,560 Dia tetap hendak saman aku. 499 00:45:56,359 --> 00:45:58,240 Astaghfirullahalazim. 500 00:45:59,639 --> 00:46:03,359 Lara! Lara! Hendak ke mana, Lara? Lara! 501 00:46:05,599 --> 00:46:07,360 Berhenti sini, abah. 502 00:46:11,679 --> 00:46:13,720 Fikir masak-masak dulu, Lara. 503 00:46:18,640 --> 00:46:20,680 Abah kata abah hendak tolong Lara, bukan? 504 00:46:52,240 --> 00:46:54,200 Tolonglah faham. Semua ini terserah pada awak. 505 00:46:55,000 --> 00:46:56,600 Awak boleh hentikan jika awak mahu. 506 00:46:56,919 --> 00:46:59,320 Saya akan tarik balik saman itu kalau awak buat kenyataan umum... 507 00:46:59,440 --> 00:47:02,080 ...yang awak salah faham tentang malam itu... 508 00:47:02,200 --> 00:47:04,160 ...dan awak minta maaf pada saya dan Noah. 509 00:47:06,120 --> 00:47:07,800 Kau gila atau apa? 510 00:47:08,319 --> 00:47:11,599 Kau boleh tipu semua orang yang kau ini baik, suci, bapa mithali... 511 00:47:11,719 --> 00:47:15,160 ...tapi aku kenal kau sebenarnya. Kau sebenarnya syaitan! 512 00:47:15,399 --> 00:47:18,840 Lara! Saya sudah cuba cara baik dengan awak. Sudah berapa kali... 513 00:47:18,960 --> 00:47:20,680 ...saya cuba jelaskan... 514 00:47:20,799 --> 00:47:23,360 ...tapi kalau awak degil juga, saya akan heret awak ke mahkamah. 515 00:47:24,280 --> 00:47:26,000 Kemudian awak rasa siapa menang? 516 00:47:26,120 --> 00:47:28,599 Seorang doktor yang hari-hari selamatkan nyawa orang atau awak... 517 00:47:28,719 --> 00:47:32,359 ...yang mana masa muda awak dulu, liar sehabis-habisnya? 518 00:47:32,480 --> 00:47:35,360 Selepas itu, sekarang ini, memandai hendak ajar budak-budak. 519 00:47:35,480 --> 00:47:40,000 Hei! Kau hendak ungkit tentang masa silam aku? Tolonglah. 520 00:47:40,120 --> 00:47:42,360 Aku tahu perbuatan kau pada Yasmin. 521 00:47:42,480 --> 00:47:45,520 Aku pergi JB jumpa mak mertua kau. Aku jumpa Soo Ling. 522 00:47:46,040 --> 00:47:48,440 Aku tahu bini kau rela mati daripada hidup sekelamin... 523 00:47:48,560 --> 00:47:50,080 ...dengan kau. 524 00:47:50,200 --> 00:47:54,000 Kau yang bunuh bini kau. Darah dia dalam tangan kau! 525 00:47:54,120 --> 00:47:56,600 Kau mengarut apa ini? -Perogol! 526 00:47:56,720 --> 00:47:59,240 Dr. Aiman seorang perogol. -Diam. 527 00:48:00,600 --> 00:48:02,160 Hentikan. 528 00:48:04,480 --> 00:48:06,600 Apa ini? 529 00:48:27,000 --> 00:48:30,400 Sekarang abah percayakan Lara? Nampak apa dia buat tadi, bukan? 530 00:48:32,399 --> 00:48:34,480 Apa jadi pada Lara... 531 00:48:34,599 --> 00:48:36,920 ...kalau abah tidak datang tadi? 532 00:48:38,200 --> 00:48:40,200 Kenapa kamu perlu degil macam ini? 533 00:48:40,799 --> 00:48:44,000 Keras kepala main redah saja. -Dia terkesima tadi itu, abah. 534 00:48:44,560 --> 00:48:46,280 Kamu dengar tidak apa abah cakap ini? 535 00:48:46,599 --> 00:48:48,320 Jangan jolok sarang tebuan. 536 00:48:48,640 --> 00:48:51,240 Dia lagi kaya daripada kita. Lagi berpengaruh. 537 00:48:51,359 --> 00:48:53,280 Habis itu abah hendak Lara diam saja? 538 00:48:54,240 --> 00:48:55,919 Lara bukan budak sekolah lagi, abah. 539 00:48:56,040 --> 00:48:59,559 Ya, abah tahu tapi abah tidak hendak apa-apa jadi pada Lara. 540 00:49:00,120 --> 00:49:01,960 Tidak fahamkah? 541 00:49:02,200 --> 00:49:04,000 Hidup kamu itu berharga. 542 00:49:06,440 --> 00:49:08,480 Abah baliklah masuk rumah anak kesayangan abah itu. 543 00:49:08,600 --> 00:49:10,559 Lara balik naik teksi. 544 00:49:12,120 --> 00:49:13,560 Lara. 545 00:49:17,440 --> 00:49:18,960 Lara. 546 00:49:20,439 --> 00:49:22,320 Masuk rumah dulu. 547 00:49:23,919 --> 00:49:25,679 Tolong. 548 00:50:41,400 --> 00:50:43,560 Kau fikir apa? Kau sergah dia macam itu saja. 549 00:50:43,679 --> 00:50:45,879 Masa aku dapat surat itu aku tidak fikir apa-apa lagi. 550 00:50:46,000 --> 00:50:47,679 Kak long rasa Lara tukar sajalah sekolah baharu. 551 00:50:47,799 --> 00:50:49,520 Mula semula di tempat lain. 552 00:50:49,639 --> 00:50:52,599 Aku tidak buat salah apa-apa. Kenapa aku yang kena pergi? 553 00:50:52,719 --> 00:50:54,600 Aiman itu yang tidak boleh dibiarkan. Kenapa tidak... 554 00:50:54,720 --> 00:50:56,759 ...ada sesiapa faham ini? -Sekarang ini bukan masalah... 555 00:50:56,879 --> 00:50:58,839 ...orang faham atau tidak faham. Kau yang kena faham dan... 556 00:50:58,960 --> 00:51:00,760 ...kau pun tahu cara untuk hadapi keadaan ini. 557 00:51:00,880 --> 00:51:02,879 Ya. Memang aku memilih untuk bersuara. 558 00:51:03,000 --> 00:51:04,599 Semua orang kau hendak lawan, bukan? Selepas itu,... 559 00:51:04,719 --> 00:51:06,880 ...kau tidak boleh hendak kalah. Kau ingat tidak masa sekolah dulu? 560 00:51:07,000 --> 00:51:09,879 Orang itu tolak kau. -Gigi aku patah. 561 00:51:10,000 --> 00:51:12,440 Gigi susu saja. Kau sudah lapor pada cikgu, kau masih... 562 00:51:12,560 --> 00:51:15,000 ...tidak puas hati lagi, bukan? Selepas itu, apa kau buat? 563 00:51:15,120 --> 00:51:16,879 Kau kacau budak itu berminggu-minggu sampai... 564 00:51:17,000 --> 00:51:19,040 ...budak itu minta tukar kelaslah. -Masalahnya budak itu semua... 565 00:51:19,159 --> 00:51:22,080 ...orang kena dengan dia. Cikgu, pengawas semua buat bodoh saja. 566 00:51:22,200 --> 00:51:23,960 Dia sudah tukar kelas pun kau tidak puas hati lagilah. 567 00:51:24,080 --> 00:51:26,040 Kau simpan duit belanja kau. Kau upah budak kelas atas... 568 00:51:26,160 --> 00:51:28,320 ...untuk tolak dia masuk longkang. Kau ingat aku tidak tahukah? 569 00:51:28,440 --> 00:51:31,520 Kau ini memang tidak boleh lepaskan orang sejak dulu lagi, Lara. 570 00:51:31,639 --> 00:51:36,960 Ini lain, kak. Aku ini kena rogol. Rumah aku kena pecah masuk. 571 00:51:37,080 --> 00:51:39,279 Aku duduk di rumah pun aku tidak rasa selamat. Aku jalan... 572 00:51:39,399 --> 00:51:42,200 ...seorang-seorang, jantung aku rasa hendak pecah tahu tidak? 573 00:51:42,320 --> 00:51:45,799 Kau tidak nampak Aiman tadi. Yakin sangat. Dia akan buat lagi... 574 00:51:45,919 --> 00:51:48,520 ...pada perempuan lain. -Aku tahulah naluri kau itu... 575 00:51:48,640 --> 00:51:52,599 ...degil sangat tapi sekarang ini kau kena jaga diri kau dulu, Lara. 576 00:51:52,719 --> 00:51:55,720 Aku tidak faham kenapa semua orang suruh aku jaga diri, ya? 577 00:51:55,840 --> 00:51:57,480 Kenapa tidak ada sesiapa sokong aku? 578 00:51:57,600 --> 00:51:59,360 Abah. Abah tolong cakap sedikit dengan dia ini. 579 00:51:59,480 --> 00:52:03,359 Abah sudah cakap. Semua yang keluar daripada mulut abah ini salah. 580 00:52:13,879 --> 00:52:17,440 Terima kasih datang, Taifiq. -Saya sudah periksa... 581 00:52:17,559 --> 00:52:19,199 ...surat saman itu. 582 00:52:19,320 --> 00:52:21,319 Saya rasa kita ada peluang untuk balas balik... 583 00:52:21,439 --> 00:52:24,880 ...tapi proses ini akan ambil masa yang lama dan susah. 584 00:52:25,000 --> 00:52:27,160 Saya risau dengan kesihatan mental awak. Awak pasti... 585 00:52:27,279 --> 00:52:30,640 ...awak hendak teruskan benda ini? -Ada pilihan lainkah, Taufiq? 586 00:52:30,760 --> 00:52:33,000 Saya boleh saja telefon peguam Aiman, cari jalan... 587 00:52:33,120 --> 00:52:35,200 ...untuk selesaikan hal ini di luar mahkamah. 588 00:52:35,320 --> 00:52:37,439 Jangan harap aku hendak minta maaf. 589 00:52:41,400 --> 00:52:44,879 Semua orang ingat aku hendak menyusahkan hidup orang lain. 590 00:52:45,000 --> 00:52:47,639 Yang aku tidak boleh teruskan hidup. 591 00:52:50,200 --> 00:52:51,960 Kenapa pun tidak ada sesiapa pun kisah yang dia letak dadah... 592 00:52:52,080 --> 00:52:53,679 ...untuk rogol aku? 593 00:52:55,639 --> 00:52:57,279 Kenapa tidak ada sesiapa hendak lindungi aku? 594 00:52:57,720 --> 00:52:59,639 Berapa ramai lagi hendak merana... 595 00:52:59,759 --> 00:53:02,919 ...sampai kita jumpa jalan lebih baik daripada teruskan kehidupan? 596 00:53:03,439 --> 00:53:06,880 Lara, sudahlah. Saya sokong awak, bukan? 597 00:53:07,919 --> 00:53:09,720 Awak seorang sajalah agaknya, Taufiq. 598 00:53:10,000 --> 00:53:14,080 Bukan saya seorang. Kathy dan abah sayang awak... 599 00:53:14,200 --> 00:53:17,879 ...tapi mungkin mereka takut sebab Aiman berbahaya. 600 00:53:18,120 --> 00:53:19,720 Begitu juga saya. 601 00:53:20,759 --> 00:53:22,440 Awak tunggu dan tengok sajalah. 602 00:53:27,520 --> 00:53:29,280 Awak sudah dapat benda itu? 603 00:53:29,919 --> 00:53:32,279 Ada. Dalam kereta. 604 00:53:39,240 --> 00:53:42,160 Awak tahu benda ini haram, bukan? Saya boleh dipecat kalau orang... 605 00:53:42,280 --> 00:53:44,000 ...tahu saya cari benda ini. 606 00:53:45,040 --> 00:53:46,759 Saya takkan beritahu sesiapa, Taufiq. 607 00:53:56,160 --> 00:53:59,440 Saya sudah buat kajian dalam talian tentang GHB ini. 608 00:54:00,320 --> 00:54:03,120 Saya rasa GHB inilah yang Aiman guna untuk rogol saya. 609 00:54:04,320 --> 00:54:06,120 Sekarang awak hendak buat apa?