1
00:00:32,750 --> 00:00:35,833
Klon Terasing
2
00:01:04,666 --> 00:01:06,000
Kita akan mendarat, Gabenor.
3
00:02:00,375 --> 00:02:03,833
Saya Tawni Ames, Gabenor Desix.
4
00:02:03,916 --> 00:02:05,833
Apa tujuan kamu ke sini?
5
00:02:07,208 --> 00:02:10,291
Saya datang nak lucutkan jawatan awak,
Cik Puan Ames,
6
00:02:10,375 --> 00:02:12,291
atas perintah Empayar Galaksi.
7
00:02:13,375 --> 00:02:16,291
Macam yang saya dah
beritahu kerajaan awak,
8
00:02:16,375 --> 00:02:19,958
Desix tak berada
di bawah pemerintahan Empayar.
9
00:02:20,666 --> 00:02:24,458
Bawa askar kamu pergi dengan aman.
10
00:02:24,541 --> 00:02:29,708
Permintaan awak telah diterima, dikaji
dan macam yang awak nampak, telah ditolak.
11
00:02:30,791 --> 00:02:32,875
Mengecewakan.
12
00:02:43,666 --> 00:02:46,791
Saya ada mesej untuk Empayar awak.
13
00:03:20,458 --> 00:03:23,875
Saya dengar Rang Undang-Undang
Perekrutan Pertahanan akan diundi lagi.
14
00:03:24,500 --> 00:03:27,750
Demi kebaikan kita,
harap-harap ia takkan diluluskan.
15
00:03:39,666 --> 00:03:46,250
CT-9904, lapor diri ke pejabat
Laksamana Madya Rampart segera.
16
00:03:55,000 --> 00:03:57,333
CT-9904.
17
00:03:58,208 --> 00:03:59,208
Tahniah.
18
00:03:59,291 --> 00:04:01,750
Awak dibenarkan kembali bertugas.
19
00:04:01,833 --> 00:04:04,291
Beritahu saya. Berapa lama awak dibiarkan
20
00:04:04,375 --> 00:04:06,625
di platform di Kamino itu
sebelum diselamatkan?
21
00:04:07,916 --> 00:04:10,041
Tiga puluh dua hari.
22
00:04:11,458 --> 00:04:12,500
Lama betul.
23
00:04:13,166 --> 00:04:15,166
Awak dibiarkan mati,
tapi awak masih kembali.
24
00:04:16,083 --> 00:04:16,916
Kenapa?
25
00:04:18,000 --> 00:04:20,625
Saya askar Empayar.
26
00:04:21,250 --> 00:04:22,375
Begitu.
27
00:04:22,458 --> 00:04:25,041
Kesetiaan dan keazaman awak
patut dipuji.
28
00:04:25,708 --> 00:04:28,958
Sebab itulah saya ada misi untuk awak
di Planet Desix.
29
00:04:29,583 --> 00:04:33,208
Planet Pemisah itu agak terpencil.
30
00:04:33,291 --> 00:04:36,750
Biasanya, saya takkan pedulikannya,
tapi ada satu masalah.
31
00:04:37,250 --> 00:04:38,833
Apa arahan awak?
32
00:04:39,458 --> 00:04:42,791
Gabenor yang baru dilantik oleh Empayar
telah dijadikan tebusan
33
00:04:42,875 --> 00:04:47,458
oleh pemberontak yang menuntut
agar Desix diakui sebagai planet bebas.
34
00:04:49,083 --> 00:04:51,791
Namun, kita takkan akur.
35
00:04:52,750 --> 00:04:56,916
Awak akan dihantar kononnya
untuk bincangkan penyelesaian diplomatik.
36
00:04:57,875 --> 00:05:01,500
Sebaik saja awak sampai,
buat apa saja yang perlu
37
00:05:01,583 --> 00:05:05,083
untuk ambil alih bandar itu
dan pastikan Gabenor Grotton dibebaskan.
38
00:05:05,750 --> 00:05:07,666
Skuad mana saya akan ketuai?
39
00:05:09,791 --> 00:05:12,000
Awak belum bersedia
untuk menjadi komander lagi.
40
00:05:12,625 --> 00:05:13,750
Belum lagi.
41
00:05:13,833 --> 00:05:16,208
Komander baru awak
akan beri taklimat butirannya.
42
00:05:17,208 --> 00:05:19,500
Lapor diri ke Tugu Perang
pada pukul sembilan pagi.
43
00:05:23,458 --> 00:05:24,458
Awak boleh pergi.
44
00:05:47,166 --> 00:05:48,166
Crosshair.
45
00:05:55,583 --> 00:05:58,208
Dah lama tak jumpa. Gembira bertemu awak.
46
00:05:58,291 --> 00:06:02,500
Komander Cody? Saya tak cam awak.
47
00:06:03,208 --> 00:06:06,875
Ya. Awak pun tahu
banyak perkara dah berubah.
48
00:06:07,958 --> 00:06:12,250
Apabila dengar awak dibenarkan bertugas,
saya minta awak masuk ke skuad saya.
49
00:06:12,333 --> 00:06:14,375
Mujurlah saya ada kelapangan.
50
00:06:15,958 --> 00:06:17,750
Dengar kata,
51
00:06:17,833 --> 00:06:22,833
Pasukan Klon 99 berpaling tadah
selepas Arahan 66 dikeluarkan.
52
00:06:23,416 --> 00:06:24,625
Awak terkejut?
53
00:06:24,708 --> 00:06:28,666
Tidak.
Skuad awak berbeza dengan klon lain.
54
00:06:29,583 --> 00:06:31,416
Klon biasa juga menghilangkan diri.
55
00:06:32,000 --> 00:06:33,375
Saya tahu.
56
00:06:33,458 --> 00:06:37,416
Kata orang, semakin ramai askar klon
mempersoalkan Arahan itu.
57
00:06:39,458 --> 00:06:43,333
Jadi, mereka pembelot, macam Jedi.
58
00:06:47,458 --> 00:06:50,375
Askar yang baik akan mengikut arahan.
59
00:07:02,458 --> 00:07:05,458
Maklumat terhad, tapi ini yang kita tahu.
60
00:07:05,541 --> 00:07:09,500
Pemberontak Pemisah
dengan satu batalion droid tempur
61
00:07:09,583 --> 00:07:13,250
telah menawan bandar itu dan menjadikan
Gabenor Grotton sebagai tebusan.
62
00:07:13,333 --> 00:07:16,541
Droid tempur?
Bukankah ia dah terima arahan nyahaktif?
63
00:07:16,625 --> 00:07:18,708
Boleh jadi ia diprogramkan semula.
64
00:07:19,250 --> 00:07:21,666
Pemberontak itu
akan menantikan utusan diplomatik.
65
00:07:22,250 --> 00:07:24,791
Kita akan musnahkan droid mereka
secara mengejut
66
00:07:25,291 --> 00:07:26,708
dan cari Gabenor Grotton.
67
00:07:27,208 --> 00:07:29,000
Kedengaran mudah saja.
68
00:07:37,166 --> 00:07:39,250
Ini Pesawat Empayar 995.
69
00:07:39,833 --> 00:07:42,166
Meminta kebenaran
untuk memasuki ruang udara Desix.
70
00:07:42,916 --> 00:07:45,500
Dibenarkan. Awak dibenarkan masuk.
71
00:07:49,791 --> 00:07:51,708
Lepaskan saya sekarang!
72
00:07:51,791 --> 00:07:54,916
Tak boleh. Gabenor arahkan kami
perhatikan awak.
73
00:07:55,000 --> 00:07:58,458
Saya gabenor Desix yang sah,
robot tak guna!
74
00:08:00,208 --> 00:08:03,416
Awak akan dibebaskan
selepas kami dapat kebebasan,
75
00:08:04,125 --> 00:08:06,916
Empayar takkan bersetuju
dengan permintaan kamu.
76
00:08:07,000 --> 00:08:10,208
Sebab itulah saya tahu
"utusan diplomatik" yang mereka hantar
77
00:08:10,291 --> 00:08:13,083
sebenarnya ialah pasukan serangan.
78
00:08:14,833 --> 00:08:17,041
Akhirnya, betul cakap Dooku.
79
00:08:17,541 --> 00:08:20,125
Dia tahu Republik korup
80
00:08:20,208 --> 00:08:24,208
serta ia akan runtuh
dan menjadi lebih teruk.
81
00:08:24,708 --> 00:08:29,166
Dia dah nampak. Empayar Galaksi.
82
00:08:29,250 --> 00:08:33,250
Kamu kalah dalam perang itu.
Kamu akan kalah dalam perang ini juga.
83
00:08:52,000 --> 00:08:54,916
Gabenor.
Pesawat Empayar berada dalam jarak.
84
00:08:55,666 --> 00:08:58,166
Mari alu-alukan mereka, ya?
85
00:08:58,791 --> 00:08:59,791
Baiklah.
86
00:09:01,208 --> 00:09:04,375
Nampaknya mereka tak nak berunding.
87
00:09:05,833 --> 00:09:06,916
Malang sekali…
88
00:09:08,791 --> 00:09:10,000
untuk awak.
89
00:09:23,583 --> 00:09:25,916
Pasukan serangan udara,
bergerak ke posisi kamu.
90
00:09:43,000 --> 00:09:44,166
Kita diserang!
91
00:09:50,916 --> 00:09:51,958
Tembak!
92
00:10:00,958 --> 00:10:02,250
Tembakan yang tepat!
93
00:10:07,250 --> 00:10:11,166
Pesawat Empayar telah ditembak
dan terhempas di Sektor Lima.
94
00:10:13,750 --> 00:10:16,875
Hantar peninjau ke lokasi hempasan.
Cari mangsa yang terselamat.
95
00:10:17,500 --> 00:10:18,500
Ya, Gabenor.
96
00:10:39,750 --> 00:10:41,500
Teruknya.
97
00:10:41,583 --> 00:10:43,000
Ya. Untuk mereka.
98
00:10:43,583 --> 00:10:46,625
Kami dah jumpa pesawat itu.
Tiada orang yang terselamat.
99
00:10:46,708 --> 00:10:48,958
Baiklah. Kembali ke bandar.
100
00:10:49,041 --> 00:10:50,125
Baiklah.
101
00:11:00,583 --> 00:11:03,666
Kita ada sedikit masa, tapi tak banyak.
102
00:11:04,166 --> 00:11:07,250
Tanpa pesawat, kita perlu
menyusup ke bandar dengan berjalan.
103
00:11:09,458 --> 00:11:11,500
Separuh skuad ini cedera parah.
104
00:11:12,041 --> 00:11:14,125
Saya pernah ketuai skuad
yang jauh lebih kecil.
105
00:11:20,708 --> 00:11:22,291
Perkara pertama dahulu.
106
00:11:29,833 --> 00:11:31,166
Tak banyak tempat berlindung.
107
00:11:31,666 --> 00:11:34,166
Kereta kebal itu
boleh hapuskan kita dengan mudah.
108
00:11:34,250 --> 00:11:36,958
Semua kereta kebal
ada kelemahan yang sama.
109
00:11:37,875 --> 00:11:39,458
Ia dikendalikan oleh droid.
110
00:11:40,458 --> 00:11:43,708
Saya akan alihkan perhatian mereka
sementara kamu bergerak ke posisi.
111
00:11:45,208 --> 00:11:46,458
Percayakan saya.
112
00:11:47,416 --> 00:11:49,583
Awak buatkan keadaan menjadi menarik.
113
00:12:04,333 --> 00:12:05,666
Dari mana tembakan itu?
114
00:12:08,250 --> 00:12:10,416
Di sana. Pusing ke arah 350.
115
00:13:29,750 --> 00:13:33,208
Tembakan awak tepat ke laras meriam.
Bagus.
116
00:13:33,291 --> 00:13:35,166
Ia bergerak secara selaras.
117
00:13:35,250 --> 00:13:37,750
Pasti ada satu droid taktikal
yang berikan arahan.
118
00:13:38,250 --> 00:13:40,000
Mari kucar-kacirkan pasukan droid.
119
00:13:40,583 --> 00:13:43,750
Wyler, Nova, ikut kami.
Kita akan masuk dari arah utara.
120
00:13:43,833 --> 00:13:45,125
Pasukan dua, arah selatan.
121
00:13:48,916 --> 00:13:50,291
Mereka mencerobohi perimeter.
122
00:13:50,375 --> 00:13:53,875
Pasukan serangan mereka berpecah.
Saya sarankan protokol empat.
123
00:13:53,958 --> 00:13:56,333
Laksanakannya. Saya akan kawal Grotton.
124
00:14:18,250 --> 00:14:21,500
Jangan risau. Kami nak bantu kamu.
125
00:14:27,625 --> 00:14:29,000
Awak dengar?
126
00:14:30,166 --> 00:14:31,291
Droideka.
127
00:14:44,291 --> 00:14:45,541
Serang dengan bom EMP.
128
00:15:36,833 --> 00:15:38,208
Dah jumpa droid taktikal itu?
129
00:15:43,083 --> 00:15:46,166
Ia di dalam menara loceng,
tapi saya tak nampak dengan jelas.
130
00:15:46,250 --> 00:15:48,125
Mari cari jalan penyelesaian.
131
00:16:44,958 --> 00:16:46,416
Nova!
132
00:16:51,541 --> 00:16:52,791
Lindungi menara ini.
133
00:17:10,541 --> 00:17:11,583
Ada idea?
134
00:17:11,666 --> 00:17:13,541
Ikut saya.
135
00:17:49,000 --> 00:17:51,125
Cody!
136
00:17:59,291 --> 00:18:01,708
Tunggu di sini.
Saya akan musnahkan droid taktikal itu.
137
00:18:01,791 --> 00:18:03,708
Saya boleh tembak dari sini.
138
00:18:04,875 --> 00:18:06,291
Pastikan saya nampak.
139
00:18:18,416 --> 00:18:20,500
- Nak saya letak cakera di mana?
- Lemparkan.
140
00:18:20,583 --> 00:18:21,500
Sejauh mana?
141
00:18:22,125 --> 00:18:23,625
Sejauh mungkin.
142
00:18:26,833 --> 00:18:28,958
Lindungi gabenor walau apa cara sekalipun.
143
00:18:49,250 --> 00:18:51,083
Kami perlukan bantuan.
144
00:18:51,791 --> 00:18:52,916
Komander?
145
00:18:58,500 --> 00:18:59,750
Lemparan yang bagus.
146
00:19:00,333 --> 00:19:01,375
Tembakan yang bagus.
147
00:19:07,750 --> 00:19:10,041
Tuan, pasukan droid telah ditewaskan.
148
00:19:10,125 --> 00:19:12,750
Cari Gabenor Grotton di seluruh bandar.
149
00:19:12,833 --> 00:19:14,333
Tak perlu.
150
00:19:17,083 --> 00:19:18,250
Buat sesuatu!
151
00:19:19,166 --> 00:19:22,625
Saya Tawni Ames. Gabenor yang sah.
152
00:19:22,708 --> 00:19:25,291
Kami ada arahan rasmi Empayar.
153
00:19:25,375 --> 00:19:28,666
Desix keluar daripada Republik
bertahun-tahun lalu, Komander.
154
00:19:28,750 --> 00:19:30,500
Kami sistem bebas.
155
00:19:31,500 --> 00:19:33,625
Apabila kerajaan kamu akuinya,
156
00:19:33,708 --> 00:19:36,666
Grotton dan askarnya akan dibebaskan.
157
00:19:38,041 --> 00:19:39,791
Itu syarat saya.
158
00:19:39,875 --> 00:19:41,958
Kami bukan nak bercakap
tentang hal politik.
159
00:19:42,041 --> 00:19:46,416
Kalau kita berbincang, kamu akan nampak
betapa tak adilnya tindakan kamu.
160
00:19:46,500 --> 00:19:49,583
Tentera droid kamu
menyerang dua utusan Empayar.
161
00:19:49,666 --> 00:19:53,458
Kami pertahankan diri
daripada penjajahan yang ganas.
162
00:19:53,958 --> 00:19:57,125
Pasukan kamu satu-satunya
ancaman terhadap orang saya.
163
00:19:57,708 --> 00:19:59,625
Kami bukan musuh kamu.
164
00:20:00,166 --> 00:20:04,333
Empayar nak mengembalikan keamanan
dan ketenteraman di seluruh galaksi.
165
00:20:04,958 --> 00:20:05,958
Keamanan?
166
00:20:06,791 --> 00:20:09,541
Dulu saya percaya perkara itu.
167
00:20:10,041 --> 00:20:13,875
Malah, saya dan kawan saya,
Mina Bonteri usulkan rundingan damai
168
00:20:13,958 --> 00:20:16,750
bersama senator Pemisah dan Republik
169
00:20:16,833 --> 00:20:18,291
untuk tamatkan perang.
170
00:20:19,666 --> 00:20:22,500
Canselor Agung kamu menolak usul itu.
171
00:20:24,000 --> 00:20:29,166
Kemudian, saya sedar
yang keamanan takkan tercapai.
172
00:20:41,791 --> 00:20:43,500
Kami mahukan keamanan sekarang.
173
00:20:48,708 --> 00:20:52,541
Dengar sini, kita berdua
dah lalui satu peperangan.
174
00:20:53,083 --> 00:20:55,041
Jangan mulakan satu lagi peperangan.
175
00:20:55,916 --> 00:20:57,708
Terlalu ramai orang yang dah mati.
176
00:20:58,750 --> 00:21:02,041
Kita boleh selesaikan masalah ini
tanpa tumpahkan darah.
177
00:21:06,375 --> 00:21:10,458
Tolonglah, menyerah demi orang awak.
178
00:21:22,833 --> 00:21:25,416
Bagus. Sekarang, bunuh dia.
179
00:21:25,500 --> 00:21:28,083
Tuan, saya dah janji
yang kita akan selesaikannya…
180
00:21:28,166 --> 00:21:31,750
Awak yang berjanji, bukan saya.
Bunuh dia sekarang!
181
00:21:38,958 --> 00:21:40,666
Keamanan konon.
182
00:21:44,166 --> 00:21:46,000
Saya beri awak arahan.
183
00:21:46,083 --> 00:21:48,708
Ikut arahan saya
kalau tak nak terima akibatnya…
184
00:22:04,916 --> 00:22:06,625
Letakkan mayat dia di dataran.
185
00:22:06,708 --> 00:22:08,750
Biar semua orang tahu padah melawan.
186
00:24:21,208 --> 00:24:23,750
Beritahu saya, Crosshair.
187
00:24:25,041 --> 00:24:27,541
Empayar baru ini…
188
00:24:28,708 --> 00:24:30,833
Adakah kita jadikan galaksi lebih baik?
189
00:24:31,583 --> 00:24:35,000
Kita askar.
Kita buat perkara yang perlu dibuat.
190
00:24:36,458 --> 00:24:39,500
Awak tahu perbezaan kita
dengan droid tempur?
191
00:24:41,166 --> 00:24:44,708
Kita buat keputusan sendiri.
Keputusan kita sendiri.
192
00:24:47,958 --> 00:24:51,500
Kita perlu terima akibatnya juga.
193
00:25:40,625 --> 00:25:46,250
CT-9904, lapor diri
ke pejabat Laksamana Madya Rampart.
194
00:25:56,541 --> 00:26:00,125
Selepas kejayaan awak di Desix,
saya nak awak laksanakan satu lagi misi.
195
00:26:00,666 --> 00:26:03,000
Lapor diri kepada CC-1226.
196
00:26:03,500 --> 00:26:06,000
Kenapa bukan Komander Cody?
197
00:26:07,166 --> 00:26:10,916
- Cody?
- CC-2224.
198
00:26:12,916 --> 00:26:16,416
Ya. Dia dah menghilangkan diri.
199
00:26:18,625 --> 00:26:22,291
Nampaknya, kesetiaan askar klon
tak macam dulu lagi.
200
00:26:22,958 --> 00:26:24,416
Kelakar, bukan?
201
00:26:25,166 --> 00:26:28,666
Askar klon di sekeliling awak
semakin ramai yang menghilang.
202
00:26:32,041 --> 00:26:33,041
Ada masalah?
203
00:26:33,833 --> 00:26:36,416
Tiada, tuan.
204
00:26:38,458 --> 00:26:39,625
Jadi, awak boleh pergi.
205
00:27:15,666 --> 00:27:16,875
KLON TERASING
206
00:27:40,125 --> 00:27:42,125
Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri