1 00:00:06,166 --> 00:00:10,626 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:21,166 --> 00:00:23,996 Impian Merwyn telah menjadi kenyataan. 3 00:00:24,083 --> 00:00:28,133 Apabila pasukan peninjau Eredin menemui dunia yang sesuai, 4 00:00:28,208 --> 00:00:29,458 dia akan menakluknya, 5 00:00:29,541 --> 00:00:33,041 memajukan makhluk yang menerima empayarnya 6 00:00:33,583 --> 00:00:36,633 dan menghapuskan mereka yang menentang keagungannya. 7 00:00:39,875 --> 00:00:42,785 Paling penting sekali, cari sumber makanan. 8 00:00:43,750 --> 00:00:47,630 Kita tak boleh memajukan dunia lain selagi rakyat kita kelaparan. 9 00:00:49,750 --> 00:00:52,290 Berjaga-jagalah kerana Balor amat berbahaya. 10 00:00:54,000 --> 00:00:57,830 Patik akan jadikan Fenrik pertaruhan. Dia takkan ambil risiko itu. 11 00:01:05,458 --> 00:01:07,458 Mulakanlah, Balor. 12 00:01:09,291 --> 00:01:10,291 Ketua Pendeta. 13 00:01:23,458 --> 00:01:25,668 Semoga roh Solryth membimbingmu. 14 00:01:39,416 --> 00:01:41,626 Semoga era kegemilangan baru bermula. 15 00:01:49,791 --> 00:01:51,001 Tempat apakah ini? 16 00:01:52,041 --> 00:01:55,131 Cari air dan tanda-tanda kehidupan. 17 00:01:55,208 --> 00:01:58,168 Tuan mahu korbankan mereka? 18 00:01:59,500 --> 00:02:01,210 Fenrik, kita tak bersaudara. 19 00:02:02,583 --> 00:02:04,083 Tapi aku mengasihimu. 20 00:02:04,833 --> 00:02:07,833 Kau sebahagian daripada diri aku 21 00:02:09,166 --> 00:02:10,706 yang paling aku hargai. 22 00:02:23,291 --> 00:02:25,421 Apakah yang berlaku… 23 00:02:41,083 --> 00:02:44,583 Aku beri segala yang kau minta, tapi kau masih khianati aku. 24 00:02:48,333 --> 00:02:49,333 Ikut aku! 25 00:02:50,000 --> 00:02:53,250 Walau di mana saja kamu berada, celakalah kamu hingga ke akhir zaman. 26 00:03:26,166 --> 00:03:28,376 Memandangkan kau dah berubah, 27 00:03:29,125 --> 00:03:33,665 apakah yang kau akan buat dengan chaos yang istimewa ini? 28 00:03:33,750 --> 00:03:36,420 Aku akan rampas benda yang sepatutnya hak aku. 29 00:03:37,416 --> 00:03:38,246 Semuanya. 30 00:04:22,041 --> 00:04:23,251 Jelapang empayar. 31 00:04:24,750 --> 00:04:27,790 Mereka dah kebuluran. Mudahlah kerja awak. 32 00:04:38,625 --> 00:04:39,665 Semoga berjaya. 33 00:04:55,375 --> 00:04:57,325 Aku bawa orang tahanan maharani. 34 00:05:14,208 --> 00:05:16,248 Maharani, Kitab Tugu. 35 00:05:17,416 --> 00:05:18,996 Syndril memang pintar, 36 00:05:19,083 --> 00:05:22,213 tapi dia tak sedar potensi sebenar ungkapan saktinya. 37 00:05:22,291 --> 00:05:23,751 Terutamanya yang ini. 38 00:05:23,833 --> 00:05:27,463 Jika kiraan patik betul, kita bukan saja boleh merentas dunia, 39 00:05:28,416 --> 00:05:31,576 tapi kita juga boleh merentas masa. 40 00:05:36,416 --> 00:05:37,416 Tolong pergi. 41 00:05:50,791 --> 00:05:54,291 Ia tak mudah. Tapi patik tak pernah mungkir janji. 42 00:05:54,791 --> 00:05:57,131 Tunaikan janji dan patik akan pergi. 43 00:05:57,208 --> 00:05:59,958 Udara Xin'trea tak elok untuk patik. 44 00:06:01,000 --> 00:06:04,710 - Seri Ayu bagaimana pula? - Mati, seperti yang dijanjikan. 45 00:06:05,291 --> 00:06:08,171 Bersama beberapa sekutu yang menyertainya. 46 00:06:08,250 --> 00:06:10,290 Patik bawa mereka secara percuma. 47 00:06:15,166 --> 00:06:16,286 Kau boleh berehat. 48 00:06:21,041 --> 00:06:22,131 Berpecah. 49 00:06:22,208 --> 00:06:25,248 Kepung dataran ini. Ayuh. Cepat. 50 00:06:27,875 --> 00:06:29,375 Meldof, dua di atas sana. 51 00:06:29,458 --> 00:06:32,128 - Jangan biar mereka tiup semboyan! - Bunyikan penggera! 52 00:06:32,208 --> 00:06:33,748 Cepat! Angkat senjata! 53 00:06:47,625 --> 00:06:48,785 Soulreaver. 54 00:06:49,708 --> 00:06:52,038 Ia antara rampasan kesayangan ayahanda. 55 00:06:53,791 --> 00:06:56,921 Andai kata keadaan berbeza, beta tentu pulangkannya. 56 00:06:58,583 --> 00:06:59,583 - Tidak. - Berundur. 57 00:06:59,666 --> 00:07:01,206 Tapi zaman dah berubah. 58 00:07:01,916 --> 00:07:03,706 Masa depan yang cerah menanti. 59 00:07:03,791 --> 00:07:05,541 Malangnya, bukan untuk kamu. 60 00:07:07,333 --> 00:07:09,633 Kamu askar upahan dan ahli Puak Hantu. 61 00:07:09,708 --> 00:07:11,878 Sebab itulah kamu tak boleh bebas. 62 00:07:13,208 --> 00:07:17,668 Kau wajib tunaikan janji. 63 00:07:18,666 --> 00:07:19,666 Tunaikan janji? 64 00:07:20,500 --> 00:07:22,000 Daripada legenda yang beta baca, 65 00:07:22,083 --> 00:07:24,503 Puak Hantu kamu sangat mulia, 66 00:07:24,583 --> 00:07:30,423 tapi lihatlah, kamu khianati rakan seperjuangan demi secebis logam! 67 00:07:30,916 --> 00:07:32,876 Kamu memalukan nenek moyang kamu. 68 00:07:32,958 --> 00:07:35,038 Aku akan siat kau hidup-hidup. 69 00:07:35,125 --> 00:07:36,495 Bawa dia ke dataran. 70 00:07:36,583 --> 00:07:39,133 Pancung kepalanya dengan pedang yang buat dia khianat. 71 00:07:39,208 --> 00:07:40,668 Aku akan hantui kau selamanya. 72 00:07:40,750 --> 00:07:42,170 Gantung kepalanya di pagar kota 73 00:07:42,250 --> 00:07:44,380 agar rakyat tak berani memberontak. 74 00:07:44,458 --> 00:07:46,578 Aku sumpah agar rahim kau bernanah 75 00:07:46,666 --> 00:07:49,496 dan nama kau dilupakan. 76 00:07:59,750 --> 00:08:02,880 Mulakan rusuhan cepat. Tunjukkan karisma kau. 77 00:08:05,208 --> 00:08:06,578 Rakyat Xin'trea! 78 00:08:07,166 --> 00:08:10,666 Kami tak berniat jahat dan mahu tegakkan keadilan. 79 00:08:10,750 --> 00:08:13,750 Bijian di belakang pintu ini milik kalian. 80 00:08:14,833 --> 00:08:17,293 Semua jelapang di kota ini milik kalian. 81 00:08:17,375 --> 00:08:22,575 Mereka jadikan bijian yang rakyat tanam makanan tentera empayar, 82 00:08:22,666 --> 00:08:26,876 setelah kalian berkorban segalanya hingga anak sendiri kebuluran. 83 00:08:27,416 --> 00:08:28,996 Dia Seri Ayu. 84 00:08:29,666 --> 00:08:31,036 Ambillah bijian kalian! 85 00:08:39,833 --> 00:08:41,293 Ia kosong. 86 00:08:42,291 --> 00:08:43,381 Ia kosong! 87 00:08:45,000 --> 00:08:46,920 - Mereka tak pedulikan rakyat! - Alamak. 88 00:08:47,541 --> 00:08:50,711 - Tiada apa-apa yang tinggal! - Bagaimana nak hidup? 89 00:08:50,791 --> 00:08:51,671 Matilah kita! 90 00:08:56,166 --> 00:09:01,036 Inilah dunia bawah pemerintahan maharani dan empayar jahanamnya. 91 00:09:02,000 --> 00:09:06,040 Masa depan kalian sekeluarga hanya akan dibelenggu kelaparan. 92 00:09:06,750 --> 00:09:08,540 Kita perlu bangkit. 93 00:09:09,541 --> 00:09:12,581 Aku tahu kalian takut, tapi ini saja peluang kita. 94 00:09:13,166 --> 00:09:15,076 Bersama-sama, kita boleh menang. 95 00:09:25,458 --> 00:09:29,668 Kita Mawar Hitam 96 00:09:29,750 --> 00:09:33,290 Tegakkan perjuangan kita 97 00:09:33,375 --> 00:09:37,575 Bangkitlah dan biar durinya terasa 98 00:09:37,666 --> 00:09:40,706 Kebebasan milik kita 99 00:09:40,791 --> 00:09:44,211 Kitalah Mawar Hitam 100 00:09:44,291 --> 00:09:48,211 Memuliakan wira yang dilupa 101 00:09:48,291 --> 00:09:52,211 Bangkitlah, dengarkan teriakan kita 102 00:09:52,291 --> 00:09:55,001 Ini saat rakyat jelata 103 00:09:55,083 --> 00:09:58,003 Pergi! Sebarkan laungan kita! 104 00:09:58,083 --> 00:10:00,883 Biar mereka tahu pada hari ini, rakyat bangkit! 105 00:10:00,958 --> 00:10:03,628 Hari ini, Xin'trea milik kalian! 106 00:10:04,875 --> 00:10:07,245 Biar mereka rasa kemarahan kita! 107 00:10:08,458 --> 00:10:11,208 Kebebasan dan makanan untuk semua! 108 00:10:12,125 --> 00:10:13,495 Ambil senjata! 109 00:10:13,583 --> 00:10:14,633 Pergi! 110 00:10:16,375 --> 00:10:19,285 Aku ingat kuasa aku dah cukup hebat. Syabas. 111 00:10:19,375 --> 00:10:20,575 Kalau aku terkorban, 112 00:10:20,666 --> 00:10:23,666 aku nak kau tulis lagu tentang kedua-dua buah zakar aku. 113 00:10:23,750 --> 00:10:24,920 Uthrok Berburung Sasa. 114 00:10:25,000 --> 00:10:28,290 Kemaluannya besar dan dia tumpaskan sebuah empayar. 115 00:10:28,375 --> 00:10:32,415 Dengarlah kata-kata Seri Ayu! Ikut aku, bangsat mulia! 116 00:10:38,875 --> 00:10:40,205 Mari kita masuk. 117 00:10:55,708 --> 00:10:56,788 Fjall. 118 00:11:04,000 --> 00:11:05,380 Kenapa dengan kau? 119 00:11:13,083 --> 00:11:14,253 Kau ada soalan. 120 00:11:18,250 --> 00:11:20,960 Semua yang kau dengar memang benar. 121 00:11:22,083 --> 00:11:23,463 Aku bunuh Alvitir, 122 00:11:24,958 --> 00:11:25,788 dan keluarga kau. 123 00:11:27,125 --> 00:11:28,325 Seluruh Suku Anjing. 124 00:11:29,333 --> 00:11:33,133 Aku tahu semua orang yang aku sayang akan mati, maka, aku setuju. 125 00:11:34,166 --> 00:11:35,706 Tanpa teragak-agak. 126 00:11:37,166 --> 00:11:40,666 Aku enggan menjadi kisah sampingan dalam riwayat orang lain. 127 00:11:41,416 --> 00:11:44,246 Aku cuma objek sebagai tukaran. Aku seolah-olah tak wujud. 128 00:11:44,333 --> 00:11:45,293 Tidak. 129 00:11:48,916 --> 00:11:51,076 Aku sedar kewujudan kau. 130 00:11:54,041 --> 00:11:55,671 Adat lama perlu dihapuskan. 131 00:11:57,041 --> 00:11:59,131 Walaupun aku sayang kakanda aku, 132 00:11:59,208 --> 00:12:02,208 dia akan buat kesilapan yang raja-raja dulu buat. 133 00:12:03,041 --> 00:12:05,581 Tapi tentera dan ahli sihir menyebelahi aku. 134 00:12:06,125 --> 00:12:08,915 Mereka sedang mengajar peradaban di dunia lain. 135 00:12:10,416 --> 00:12:14,166 Aku akan memimpin kita ke zaman kegemilangan baru, 136 00:12:16,500 --> 00:12:18,210 dan aku mahu kau di sisi aku. 137 00:12:22,375 --> 00:12:24,825 Kau pasti mahu fikir dulu. 138 00:12:44,291 --> 00:12:46,501 Kau benar-benar tak siuman. 139 00:12:51,375 --> 00:12:52,875 Kau ingat 140 00:12:54,208 --> 00:12:57,418 aku boleh maafkan kau atas semua perbuatan kau? 141 00:12:59,416 --> 00:13:05,166 Kau tahukah pengorbanan yang suku aku buat hanya untuk melindungi kau? 142 00:13:06,250 --> 00:13:09,580 Kekejaman yang kami buat terhadap orang lain demi kau? 143 00:13:11,666 --> 00:13:13,126 Tapi kau khianati kami. 144 00:13:22,708 --> 00:13:23,708 Kau binatang. 145 00:13:33,291 --> 00:13:34,581 Aku faham sangat. 146 00:13:37,833 --> 00:13:38,673 Lari! 147 00:13:47,208 --> 00:13:48,038 Cepat! 148 00:14:20,833 --> 00:14:22,713 Tak bolehkah iring baik-baik? 149 00:14:27,250 --> 00:14:28,880 - Fokus. - Kau pun sama. 150 00:14:28,958 --> 00:14:32,078 Ia tak terbuka. Kuncinya tentu logam dimeritium. 151 00:14:32,166 --> 00:14:35,076 Masa kita terbuang padahal tentera dah nak sampai. 152 00:14:36,875 --> 00:14:38,165 Bukan kami yang buka. 153 00:14:38,750 --> 00:14:39,710 Bersedia. 154 00:14:43,291 --> 00:14:44,331 Dah puas bersiar-siar? 155 00:14:48,291 --> 00:14:50,671 Warna merah itu menyerikan muka kau. 156 00:14:52,708 --> 00:14:54,628 - Mana arah ke tugu itu? - Jalan terus. 157 00:14:54,708 --> 00:14:56,168 Di mana semua pengawal? 158 00:14:56,250 --> 00:14:58,540 - Harap-harap di tempat rusuhan. - Berhenti. 159 00:15:00,666 --> 00:15:03,626 Pergi. Musnahkan tugu. Kami tahan mereka di sini. 160 00:15:09,083 --> 00:15:09,963 Jaga diri kau. 161 00:15:10,041 --> 00:15:11,461 Aku akan cuba. 162 00:15:11,541 --> 00:15:12,541 Kau pun. 163 00:15:18,333 --> 00:15:20,833 Dia di balairung seri. Bunuh dia cepat. 164 00:15:20,916 --> 00:15:21,746 Ayuh! 165 00:15:21,833 --> 00:15:22,883 Bersiap sedia. 166 00:15:35,250 --> 00:15:36,210 Aduhai. 167 00:15:49,250 --> 00:15:50,710 Muka kau pun dah berseri. 168 00:15:51,291 --> 00:15:53,711 - Terima kasih. - Aduh, bertarung memenatkan, ya? 169 00:15:53,791 --> 00:15:56,881 Ayuh, cik abang. Kita baru saja bermula. 170 00:16:10,791 --> 00:16:12,171 Jangan berundur! 171 00:16:40,708 --> 00:16:41,578 Tunggu. 172 00:16:41,666 --> 00:16:43,206 Kota dah tak terkawal. 173 00:16:43,291 --> 00:16:44,711 Tuanku, pergi ke berek Yaruga. 174 00:16:44,791 --> 00:16:46,961 Tidak, pergi ke bilik beta dulu. 175 00:16:47,541 --> 00:16:50,251 Itu dia. Pergi. Kami boleh pergi sendiri. 176 00:16:51,333 --> 00:16:53,383 - Semoga berjaya. - Harap kau pun sama. 177 00:16:57,083 --> 00:16:58,633 Mari kita pergi ke tugu. 178 00:17:33,791 --> 00:17:34,711 Kau dia. 179 00:17:36,125 --> 00:17:37,125 Seri Ayu. 180 00:17:37,875 --> 00:17:38,995 Beta ingat kau 181 00:17:40,583 --> 00:17:41,503 lebih hebat. 182 00:17:43,458 --> 00:17:45,828 Setahu beta, kita ada banyak persamaan. 183 00:17:47,041 --> 00:17:50,421 Kita tinggalkan hidup yang telah diatur untuk tentukan jalan hidup sendiri. 184 00:17:52,708 --> 00:17:56,038 Semua yang beta buat hanya untuk bangsa bunian 185 00:17:56,125 --> 00:17:59,125 dan beta tak rasa bersalah kerana melakukannya. 186 00:18:00,750 --> 00:18:03,540 Kau tak tahu pun erti sebenar bangsa bunian. 187 00:18:05,833 --> 00:18:08,543 - Kau cuma puteri manja. - Beta maharani! 188 00:18:08,625 --> 00:18:12,245 Kau budak mentah yang mengepalai jentera perang. 189 00:18:15,250 --> 00:18:18,000 Kau tak berhak bercakap bagi pihak bunian. 190 00:18:18,083 --> 00:18:19,293 Habis, kau layakkah? 191 00:18:20,750 --> 00:18:22,580 Mereka wakili diri sendiri. 192 00:18:26,250 --> 00:18:29,580 Orang yang berotak sempit takut akan sesuatu yang mereka tak faham. 193 00:18:34,333 --> 00:18:39,043 Kalau begitu, balaslah dendam kau, Seri Ayu. 194 00:18:41,291 --> 00:18:44,961 Aku bersemangat apabila membayangkan nyawa kau melayang. 195 00:18:46,916 --> 00:18:50,076 Mendamaikan hati aku setelah mengembara sekian jauh. 196 00:18:51,833 --> 00:18:56,463 Tapi semakin aku dekat, aku makin gusar. 197 00:18:59,791 --> 00:19:01,171 Barangkali tindakan kau betul. 198 00:19:03,375 --> 00:19:04,745 Kau hapuskan monarki, 199 00:19:07,083 --> 00:19:07,923 dan suku kaum. 200 00:19:09,541 --> 00:19:12,881 Kami hamba kerabat diraja yang menzalimi rakyat. 201 00:19:13,375 --> 00:19:15,075 Kami bunuh bagi pihak mereka, 202 00:19:15,583 --> 00:19:16,673 tanpa banyak soal. 203 00:19:23,416 --> 00:19:25,246 Tapi kau pun lebih kurang sama. 204 00:19:31,958 --> 00:19:33,628 Kau tak ubah apa-apa. 205 00:19:39,916 --> 00:19:41,376 Kau juga kerabat 206 00:19:42,250 --> 00:19:43,630 yang mencari mangsa lain. 207 00:19:48,166 --> 00:19:49,166 Kau dengar bunyi itu? 208 00:19:51,541 --> 00:19:53,581 Itulah masa depan bangsa bunian. 209 00:19:55,125 --> 00:19:57,625 Lagu yang mereka dendangkan bukan tentang kau, 210 00:20:00,375 --> 00:20:01,745 tapi tentang kebebasan. 211 00:20:06,083 --> 00:20:08,213 Kau nak tentukan jalan hidup. 212 00:20:09,708 --> 00:20:11,378 Aku dah beri kau pilihan. 213 00:20:12,333 --> 00:20:15,043 Biarkan pisau itu dan hukum alam akan membantu. 214 00:20:15,541 --> 00:20:16,461 Selamatkan kau. 215 00:20:16,958 --> 00:20:19,878 Sempatlah kau lihat dunia hancur di keliling kau. 216 00:20:20,625 --> 00:20:21,875 Hadapi kesalahan kau. 217 00:20:24,916 --> 00:20:26,996 Atau cabut pisau itu dan mati sebagai pengecut. 218 00:20:28,916 --> 00:20:29,996 Orang takkan tahu. 219 00:20:31,583 --> 00:20:32,673 Kecuali kau. 220 00:20:49,416 --> 00:20:50,826 Tuan, ada pemberontakan. 221 00:20:57,625 --> 00:20:58,665 Balor! 222 00:21:00,375 --> 00:21:02,245 Kau dah rosakkan segalanya. 223 00:21:03,500 --> 00:21:05,330 Ini harus berakhir sekarang! 224 00:21:15,083 --> 00:21:16,633 Kenapa dia boleh kawal api? 225 00:21:17,958 --> 00:21:19,208 Boleh kau rasakannya? 226 00:21:20,458 --> 00:21:22,458 Kuasa chaos dari dunia lain. 227 00:22:21,041 --> 00:22:22,291 Jangan pedulikan aku. 228 00:22:22,791 --> 00:22:23,881 Tapi agaknya, 229 00:22:24,916 --> 00:22:27,206 tuanku tahu jalan ke kilang wang? 230 00:22:29,916 --> 00:22:31,166 Mereka dah sampai. 231 00:22:35,583 --> 00:22:39,383 Indahnya pemberontakan kalian. Nikmatilah kebebasan kalian. 232 00:22:39,458 --> 00:22:42,328 Untuk pengetahuan kalian, ada buah pic di dapur. 233 00:22:47,541 --> 00:22:48,631 Ingatilah beta. 234 00:23:37,291 --> 00:23:38,581 Fjall, bangun! 235 00:23:45,958 --> 00:23:46,828 Éile! 236 00:24:18,875 --> 00:24:19,705 Fjall! 237 00:24:41,125 --> 00:24:44,375 Sepanjang hidup aku, orang macam kau tak pandang aku. 238 00:24:47,500 --> 00:24:48,830 Tidak lagi sekarang. 239 00:24:49,958 --> 00:24:52,208 Aku kawal chaos. 240 00:24:52,291 --> 00:24:54,171 Aku tak perlukan kalian. 241 00:24:58,250 --> 00:25:00,210 Kita perlu pantulkan kuasanya. 242 00:25:01,250 --> 00:25:04,290 Aku akan satukan kuasa aku dengan chaosnya untuk hancurkan tugu. 243 00:25:10,125 --> 00:25:12,325 Sekarang! Satukan kami! 244 00:25:39,625 --> 00:25:44,165 Raksasa tak menggerunkan lagi kalau kita dapat lihat duburnya, bukan? 245 00:25:46,000 --> 00:25:47,540 - Tidak! - Fjall! 246 00:25:48,291 --> 00:25:50,211 - Fjall dah tiada. - Callan! 247 00:25:58,291 --> 00:25:59,631 Tidak! 248 00:26:10,583 --> 00:26:12,833 Pulanglah, oh sayangku 249 00:26:12,916 --> 00:26:16,416 Anakmu mahukan bapanya 250 00:26:19,208 --> 00:26:21,288 Pulanglah, oh sayangku 251 00:26:21,375 --> 00:26:24,125 Cintaku masih membara 252 00:26:24,208 --> 00:26:27,328 Jiwaku dahaga 253 00:26:27,416 --> 00:26:30,786 Akan gelombang yang berbusa 254 00:26:32,666 --> 00:26:36,036 Jejakmu akan kuturuti 255 00:26:36,125 --> 00:26:40,245 Ke negeri abadi 256 00:26:55,083 --> 00:26:56,133 Pulanglah. 257 00:27:18,708 --> 00:27:19,708 Tolonglah. 258 00:27:22,875 --> 00:27:23,995 Aku tak mampu. 259 00:27:31,500 --> 00:27:32,630 Aku akan menunggumu 260 00:27:34,583 --> 00:27:38,253 di balai Caer Aenwyn nan megah. 261 00:27:41,208 --> 00:27:42,918 Teruskan hidup, Éile. 262 00:27:46,041 --> 00:27:47,041 Hiduplah. 263 00:27:51,791 --> 00:27:52,791 Aku cintakan kau. 264 00:29:15,875 --> 00:29:17,035 Apa yang kau buat? 265 00:29:19,208 --> 00:29:20,038 Tidak. 266 00:29:38,958 --> 00:29:40,498 Dengan satu sentuhan terakhir, 267 00:29:40,583 --> 00:29:43,333 pendeta itu menghancurkan ciptaan teragungnya, 268 00:29:43,958 --> 00:29:46,788 tanpa menyedari tenaga yang tersebar membinasakan 269 00:29:46,875 --> 00:29:48,455 sempadan ruang dan masa. 270 00:29:52,000 --> 00:29:56,250 Pemisah tipis antara dunia telah rabak. 271 00:30:00,541 --> 00:30:02,831 Dimensi pelbagai alam saling berbaur. 272 00:30:05,208 --> 00:30:07,668 Langit-langit saling bertembung. 273 00:30:07,750 --> 00:30:09,790 Malam membaham siang. 274 00:30:09,875 --> 00:30:12,825 Berbilang dunia menggauli satu sama lain, 275 00:30:12,916 --> 00:30:15,996 spesies bertaburan apabila semuanya bergabung. 276 00:30:19,625 --> 00:30:22,785 Inilah Gabungan Cakerawala. 277 00:30:31,000 --> 00:30:34,920 Semua makhluk hidup senyap. 278 00:30:40,083 --> 00:30:41,003 Kemudian… 279 00:30:41,083 --> 00:30:42,463 DELTA YARUGA KERAJAAN XIN'TREA 280 00:30:43,666 --> 00:30:44,916 Kontinen terjaga. 281 00:30:56,041 --> 00:30:58,171 Kapal aneh binasa, 282 00:30:58,250 --> 00:31:01,790 meluahkan muatan pelik di pantai bunian. 283 00:31:05,958 --> 00:31:10,578 Manusia, tercampak jauh selama-lamanya dari dunia asal mereka. 284 00:31:11,625 --> 00:31:14,285 Manusia kini hidup dalam kalangan bunian. 285 00:31:15,791 --> 00:31:16,921 Ini tempat apa? 286 00:31:21,500 --> 00:31:22,500 Kau apa? 287 00:31:23,083 --> 00:31:25,173 Kau datang dari mana? 288 00:31:29,708 --> 00:31:32,378 Segalanya berubah selama-lamanya. 289 00:31:41,208 --> 00:31:45,628 Dua batu berdiri megah 290 00:31:46,291 --> 00:31:51,501 Di tanah lapang yang luas 291 00:31:53,000 --> 00:31:57,080 Satu rebah dan sisinya pecah 292 00:31:57,166 --> 00:32:02,706 Sejak cakerawala bersatu 293 00:32:03,541 --> 00:32:07,831 Sang wira terkubur di sebaliknya 294 00:32:07,916 --> 00:32:13,666 Dengan keberanian yang tak terbatas 295 00:32:14,375 --> 00:32:18,375 Yang berkorban agar kau bebas 296 00:32:19,333 --> 00:32:24,503 Dan kerananya, pemimpin zalim tumpas 297 00:32:27,250 --> 00:32:31,380 Khabarnya hatinya keras 298 00:32:31,458 --> 00:32:37,128 Tiada kasih atau rasa belas 299 00:32:37,666 --> 00:32:42,076 Namun dendangan si seri ayu 300 00:32:42,166 --> 00:32:47,826 Mencairkan hatinya yang beku 301 00:32:48,833 --> 00:32:53,253 Mereka berjuang di bumi yang gersang 302 00:32:53,333 --> 00:32:59,383 Tempat rakyat membanting tulang Dan kelaparan 303 00:32:59,458 --> 00:33:03,918 Berjuang demi kerabat mereka 304 00:33:04,000 --> 00:33:09,380 Dan membebaskan rakyat jelata 305 00:33:10,166 --> 00:33:14,876 Aku seri ayu dan batu itu 306 00:33:14,958 --> 00:33:20,958 Berdiri di sisi kekasihku 307 00:33:21,500 --> 00:33:26,210 Suaraku lenyap ditiup bayu 308 00:33:26,291 --> 00:33:29,921 Dan kisah kami kian lupus 309 00:33:30,000 --> 00:33:31,130 ENAM BULAN KEMUDIAN 310 00:33:35,541 --> 00:33:39,961 Kehangatan cintamu pudar 311 00:33:40,041 --> 00:33:42,381 DIKEHENDAKI - BUNIAN BUNUH VODNIKS GANJARAN LUMAYAN 312 00:33:42,458 --> 00:33:45,288 Tidak lagi terasa 313 00:33:46,250 --> 00:33:50,920 Tapi cinta kami melahirkan nyawa 314 00:33:51,666 --> 00:33:56,786 Yang bakal menyelamatkan dunia 315 00:34:04,708 --> 00:34:05,538 Mari, makan. 316 00:34:07,791 --> 00:34:10,381 Éile dan Fjall telah membenihkan nyawa baru. 317 00:34:11,208 --> 00:34:13,748 Anak dengan darah keramat, 318 00:34:14,833 --> 00:34:18,383 daripada raksasa dengan sentuhan kuasa sakti. 319 00:34:18,458 --> 00:34:21,168 Aku tak makan makanan begini sejak tinggalkan Árd Fuile. 320 00:34:21,833 --> 00:34:23,923 Betulkah kau bukan kacukan? 321 00:34:24,000 --> 00:34:26,420 Entahlah. Kau rasa bagaimana? 322 00:34:28,083 --> 00:34:30,333 Mungkin nenek moyang kau orang kerdil. 323 00:34:31,291 --> 00:34:32,961 Bermakna kita bersaudara. 324 00:34:37,625 --> 00:34:38,625 Ia dah berlaku. 325 00:34:40,291 --> 00:34:42,501 Aku bunuh raksasa seperti yang kau kata. 326 00:34:44,875 --> 00:34:46,995 Aku cuma terkejut dengan raksasanya. 327 00:34:51,125 --> 00:34:51,995 Boleh buat lagi? 328 00:34:56,833 --> 00:34:57,923 Kau pasti? 329 00:35:24,541 --> 00:35:26,711 Detik cakerawala makin hampir. 330 00:35:26,791 --> 00:35:31,171 Aen Seidhe sesat di awangan, hanyut dalam aliran masa, 331 00:35:31,250 --> 00:35:35,080 tercari-cari orang tersayang yang hilang dan ditinggalkan. 332 00:35:35,791 --> 00:35:38,881 Benih Seri Ayu akan menyanyikan 333 00:35:38,958 --> 00:35:43,748 not pertama lagu yang akan menamatkan semesta… 334 00:35:43,833 --> 00:35:47,253 Dan salah seorang warisnya akan mendendangkan not terakhir. 335 00:35:49,166 --> 00:35:50,166 Apa? 336 00:35:54,375 --> 00:35:55,285 Siapa? 337 00:35:56,208 --> 00:35:58,038 Siapa? Siapa antara mereka? 338 00:35:59,041 --> 00:36:01,581 Nyanyikanlah Lagu Pahlawan Bertujuh, Kedidi. 339 00:36:04,375 --> 00:36:05,785 LAGU YANG MENAMATKAN SEMESTA. 340 00:36:05,875 --> 00:36:08,285 SEORANG WARISNYA AKAN MENDENDANGKAN NOT TERAKHIR. 341 00:36:12,166 --> 00:36:14,956 Agar orang yang tertindas mendapat semangat 342 00:36:15,041 --> 00:36:17,041 daripada kisah nenek moyang mereka 343 00:36:17,541 --> 00:36:18,461 dan bersedia 344 00:36:19,250 --> 00:36:21,750 menghadapi perubahan besar yang bakal tiba. 345 00:37:09,375 --> 00:37:10,915 - Baiklah. - Balinglah. 346 00:37:12,583 --> 00:37:14,213 Sayang sekali. 347 00:37:31,750 --> 00:37:33,750 Kau longlai, lemah 348 00:37:33,833 --> 00:37:35,883 Tak bermaya, resah 349 00:37:35,958 --> 00:37:37,828 Kecewa dan tewas 350 00:37:37,916 --> 00:37:39,956 Terduduk hampa 351 00:37:40,041 --> 00:37:41,881 Penindas berkuasa 352 00:37:41,958 --> 00:37:43,958 Kuat tak terkira 353 00:37:44,041 --> 00:37:45,711 Sejarah mengajar kita 354 00:37:45,791 --> 00:37:48,381 Penentangan sia-sia 355 00:37:49,125 --> 00:37:51,665 Lupakan kata mereka 356 00:37:51,750 --> 00:37:53,830 Kerana sejarah menyimpan rahsia 357 00:37:53,916 --> 00:37:55,496 Yang dicela pendendam 358 00:37:55,583 --> 00:37:58,043 Yang mahu rahsia terbenam 359 00:37:58,125 --> 00:37:59,825 Teladan kisahmu 360 00:37:59,916 --> 00:38:01,916 Lagumu dan dirimu 361 00:38:02,000 --> 00:38:03,420 Untuk merampas semula 362 00:38:03,500 --> 00:38:06,500 Tanah orang kerdil dan bunian 363 00:38:07,750 --> 00:38:09,880 Ayuh, dendangkan bersama 364 00:38:09,958 --> 00:38:11,878 "Lagu Pahlawan Bertujuh" 365 00:38:11,958 --> 00:38:13,828 Tak kiralah kau apa 366 00:38:13,916 --> 00:38:15,996 Kerdil, bunian atau apa saja 367 00:38:16,083 --> 00:38:17,753 Sampaikan kisah mereka 368 00:38:17,833 --> 00:38:20,133 Agar tak disorokkan 369 00:38:20,208 --> 00:38:23,538 Sebarkan keagungan dan bangkit 370 00:38:23,625 --> 00:38:28,165 Kita bangkit 371 00:38:28,250 --> 00:38:29,830 Berjuang bersama 372 00:38:29,916 --> 00:38:32,206 Demi dendam dan kebenaran 373 00:38:32,291 --> 00:38:33,581 Ditakdirkan gagal 374 00:38:33,666 --> 00:38:35,746 Tapi mereka enggan 375 00:38:35,833 --> 00:38:37,833 Tujuh pahlawan terpisah 376 00:38:37,916 --> 00:38:39,996 Bersatu teguh 377 00:38:40,083 --> 00:38:41,923 Empayar hancurkan mereka 378 00:38:42,000 --> 00:38:44,210 Tapi mereka kata, "Berambus" 379 00:38:44,291 --> 00:38:45,921 Mereka kata, "Berambus" 380 00:38:46,000 --> 00:38:47,880 Mereka himpunkan rakyat 381 00:38:47,958 --> 00:38:49,748 Dengan keberanian dan lagu 382 00:38:49,833 --> 00:38:51,833 Teladan mereka menjelaskan 383 00:38:51,916 --> 00:38:54,036 Benar dan salah 384 00:38:54,125 --> 00:38:55,785 Kuasa sebuah kisah 385 00:38:55,875 --> 00:38:57,995 Mengobarkan semangat 386 00:38:58,083 --> 00:38:59,883 Rakyat akan bangkit 387 00:38:59,958 --> 00:39:02,288 Membawa perubahan 388 00:39:03,791 --> 00:39:05,881 Ayuh, dendangkan bersama 389 00:39:05,958 --> 00:39:07,878 "Lagu Pahlawan Bertujuh" 390 00:39:07,958 --> 00:39:09,918 Tak kiralah kau apa 391 00:39:10,000 --> 00:39:11,920 Kerdil, bunian atau apa saja 392 00:39:12,000 --> 00:39:13,880 Sampaikan kisah mereka 393 00:39:13,958 --> 00:39:16,248 Agar tak disorokkan 394 00:39:16,333 --> 00:39:19,543 Sebarkan keagungan dan bangkit 395 00:39:19,625 --> 00:39:23,495 Kita bangkit 396 00:39:23,583 --> 00:39:26,003 Kita bangkit 397 00:39:27,583 --> 00:39:31,543 Kita bangkit 398 00:39:31,625 --> 00:39:34,125 Kita bangkit 399 00:39:35,750 --> 00:39:41,710 Kita bangkit 400 00:39:46,208 --> 00:39:47,748 Ayuh, dendangkan bersama 401 00:39:47,833 --> 00:39:49,833 "Lagu Pahlawan Bertujuh" 402 00:39:49,916 --> 00:39:51,826 Tak kiralah kau apa 403 00:39:51,916 --> 00:39:53,956 Kerdil, bunian atau apa saja 404 00:39:54,041 --> 00:39:55,881 Sampaikan kisah mereka 405 00:39:55,958 --> 00:39:58,168 Agar tak disorokkan 406 00:39:58,250 --> 00:39:59,830 Sebarkan keagungan 407 00:39:59,916 --> 00:40:01,576 Dan bangkit 408 00:40:01,666 --> 00:40:04,076 Kita bangkit 409 00:40:04,166 --> 00:40:05,876 Ayuh, dendangkan bersama 410 00:40:05,958 --> 00:40:07,878 "Lagu Pahlawan Bertujuh" 411 00:40:07,958 --> 00:40:09,828 Tak kiralah kau apa 412 00:40:09,916 --> 00:40:11,916 Kerdil, bunian atau apa saja 413 00:40:12,000 --> 00:40:13,830 Sampaikan kisah mereka 414 00:40:13,916 --> 00:40:16,166 Agar tak disorokkan 415 00:40:16,250 --> 00:40:17,880 Sebarkan keagungan 416 00:40:17,958 --> 00:40:21,538 Dan bangkit 417 00:40:21,625 --> 00:40:24,535 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati