1
00:00:06,125 --> 00:00:10,665
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:12,833 --> 00:00:13,883
Ayuh!
3
00:00:14,500 --> 00:00:15,500
Cepatlah!
4
00:00:19,166 --> 00:00:20,456
Tunggu aku!
5
00:00:33,041 --> 00:00:34,291
Apa benda itu?
6
00:00:36,500 --> 00:00:38,710
Dah mati. Mujurlah.
7
00:00:38,791 --> 00:00:40,751
Tolonglah kata ini dunia kita.
8
00:00:40,833 --> 00:00:41,833
Tengoklah.
9
00:00:42,750 --> 00:00:43,880
Xin'trea.
10
00:00:44,875 --> 00:00:46,125
Ia dah makin dekat.
11
00:00:49,500 --> 00:00:53,790
Tenaga daripadanya itulah yang kau rasa
di dunia asal raksasa Balor.
12
00:00:54,750 --> 00:00:56,670
Ia tiris ke dunia kita.
13
00:00:56,750 --> 00:00:58,460
Mari kita sambung perjalanan.
14
00:01:08,708 --> 00:01:09,748
Orang kerdil.
15
00:01:10,750 --> 00:01:12,790
Sekarang waktu dia makanlah!
16
00:01:12,875 --> 00:01:14,455
Dia dah berkhayal.
17
00:01:14,541 --> 00:01:16,791
Aku tak berkhayallah, bodoh.
18
00:01:17,833 --> 00:01:18,713
Itu!
19
00:01:21,000 --> 00:01:21,880
Raksasa Balor.
20
00:01:23,041 --> 00:01:24,251
Matilah kita.
21
00:01:24,333 --> 00:01:25,923
Ikut aku kalau nak hidup.
22
00:01:44,125 --> 00:01:46,995
Aku sebenarnya nak tengok kamu kena makan,
23
00:01:47,083 --> 00:01:50,423
tapi Gwen kata kamu semua istimewa.
24
00:01:50,500 --> 00:01:51,380
Gwen?
25
00:01:55,083 --> 00:01:55,923
Gwen.
26
00:01:57,916 --> 00:01:59,206
Dia betul rupanya.
27
00:01:59,791 --> 00:02:01,831
Aku biasanya menyampah bunian,
28
00:02:01,916 --> 00:02:04,376
tapi aku gembira dapat menjamu kalian.
29
00:02:04,875 --> 00:02:07,125
Katanya kalian bunuh
ratusan askar di Daédwóde
30
00:02:07,208 --> 00:02:10,828
selepas mereka bakar bank orang kerdil.
31
00:02:10,916 --> 00:02:12,166
Lebih kuranglah.
32
00:02:12,791 --> 00:02:14,291
Hebat.
33
00:02:15,458 --> 00:02:17,378
Seri Ayu pun ada sekali.
34
00:02:17,458 --> 00:02:19,078
Aku ingat kau pendek.
35
00:02:19,166 --> 00:02:21,376
Tak apa, ia bukan salah kau.
36
00:02:21,458 --> 00:02:24,038
Perbuatan kau dah makin terkenal
daripada lagu kau.
37
00:02:24,125 --> 00:02:26,825
Orang kata kau bunuh 80 pembunuh empayar
38
00:02:26,916 --> 00:02:30,416
yang dihantar untuk bunuh kau di Inis Dubh
dengan tangan kosong dan gigi.
39
00:02:31,750 --> 00:02:33,330
Bukan hanya 80?
40
00:02:34,041 --> 00:02:34,921
Aku dah agak!
41
00:02:35,416 --> 00:02:36,536
Duduk!
42
00:02:36,625 --> 00:02:37,535
Silakan.
43
00:02:39,041 --> 00:02:42,421
Terima kasih. Dah lama
kami tak makan makanan panas.
44
00:02:42,500 --> 00:02:46,040
Ayah aku kata,
"Makanan sedap jika dikongsi."
45
00:02:46,125 --> 00:02:48,075
Tempat ini boleh tahan, Meldof.
46
00:02:48,916 --> 00:02:49,916
Jadi,
47
00:02:51,416 --> 00:02:52,456
betulkah?
48
00:02:53,750 --> 00:02:57,790
- Kalian rancang untuk bunuh maharani?
- Kami bukan saja merancang.
49
00:02:57,875 --> 00:02:59,825
Kalian gilalah.
50
00:03:00,500 --> 00:03:04,710
Aku suka! Semoga dewa bencana bangkit
dan menyokong kalian.
51
00:03:05,750 --> 00:03:08,080
Tapi Xin'trea kuat,
52
00:03:08,166 --> 00:03:11,496
lagipun, kalian bukannya ada
pasukan tentera.
53
00:03:11,583 --> 00:03:12,673
Tentera tak perlu.
54
00:03:13,333 --> 00:03:14,793
Dia ahli Suku Anjing.
55
00:03:14,875 --> 00:03:16,205
Dia tahu jalan masuk.
56
00:03:16,791 --> 00:03:20,381
Untuk bunuh maharani,
bunuh raksasanya dulu.
57
00:03:20,458 --> 00:03:23,168
Ia boleh tukar orang kepada debu berdarah.
58
00:03:23,250 --> 00:03:25,170
Malah, pekan Gylfen pun lenyap sekali gus.
59
00:03:25,750 --> 00:03:27,750
Kami tak tahu cara untuk membunuhnya.
60
00:03:27,833 --> 00:03:30,633
Kami nyaris jadi mangsa
raksasa yang lebih kecil daripadanya.
61
00:03:30,708 --> 00:03:32,958
Kita bagilah ia makan kambing beracun.
62
00:03:36,291 --> 00:03:37,251
Bengapnya.
63
00:03:38,166 --> 00:03:38,996
Boleh juga.
64
00:03:39,083 --> 00:03:41,963
Apa kata kita hasilkan raksasa
untuk membunuhnya?
65
00:03:43,458 --> 00:03:44,668
Bagaimana?
66
00:03:45,666 --> 00:03:48,076
Jantung makhluk dunia dari pintu itu…
67
00:03:48,916 --> 00:03:52,166
Jika dikenakan dengan sihir tertentu,
68
00:03:53,625 --> 00:03:54,995
mungkin berpadu dengan aku.
69
00:03:56,958 --> 00:03:59,748
Rasanya aku tak masukkan dadah
dalam kuah itu.
70
00:04:00,250 --> 00:04:03,380
- Apa makna "berpadu"?
- Itulah maknanya.
71
00:04:03,458 --> 00:04:06,788
Aku satukan teras biologi raksasa itu
dengan teras aku
72
00:04:06,875 --> 00:04:08,705
untuk dapatkan kekuatan dan kuasanya.
73
00:04:10,083 --> 00:04:12,923
Harap-harap ia mampu bunuh raksasa Balor.
74
00:04:17,000 --> 00:04:18,540
Tapi aku tak mampu buat seorang.
75
00:04:24,458 --> 00:04:25,328
Dia buat lagi!
76
00:04:27,666 --> 00:04:28,626
Dia buat lagi!
77
00:04:45,375 --> 00:04:50,125
Aku ingat kau kembali
untuk tebus kesilapan lalu.
78
00:04:55,375 --> 00:05:01,575
- Aku tahu aku tak balik sejak ibu pergi.
- Kami tak sepatutnya terima kau.
79
00:05:12,625 --> 00:05:15,245
Aku rahsiakan kejadian itu.
80
00:05:17,625 --> 00:05:20,495
Aku fikir jika aku melupakannya…
81
00:05:20,583 --> 00:05:22,963
Ia mustahil. Aku dah cuba.
82
00:05:29,541 --> 00:05:32,131
- Tindakan kita…
- Kita cuba selamatkan dia.
83
00:05:32,208 --> 00:05:34,998
- Dia mati, Syndril.
- Kita hidupkan dia semula.
84
00:05:35,083 --> 00:05:37,213
Makhluk yang kita hidupkan itu
85
00:05:38,208 --> 00:05:39,578
bukan dia.
86
00:05:42,583 --> 00:05:45,503
Dia mati dan kita sepatutnya reda.
87
00:05:48,958 --> 00:05:49,878
Aku tahu…
88
00:05:52,958 --> 00:05:56,538
Aku memang tak berhak
mengharapkan bantuan kau,
89
00:05:57,125 --> 00:06:01,325
tapi raksasa dan segala kemusnahan itu
berlaku disebabkan aku.
90
00:06:02,541 --> 00:06:04,751
Tanpa bantuan kau, dunia akan kiamat.
91
00:06:04,833 --> 00:06:06,753
Mungkin dunia patut kiamat.
92
00:06:35,833 --> 00:06:38,173
Aku hampir berjaya, Solryth.
93
00:06:39,666 --> 00:06:41,626
Aku hanya perlu terus hidup.
94
00:07:31,916 --> 00:07:36,246
Penyatuan bunian dan raksasa itu,
tak sesuai untuk kau.
95
00:07:37,208 --> 00:07:41,418
- Kita perlu pahlawan, bukan ahli sihir.
- Salah seorang daripada kami.
96
00:07:42,958 --> 00:07:46,208
Ikut rancangan. Musnahkan tugu
selepas kita bunuh raksasa.
97
00:07:46,291 --> 00:07:48,381
Jika kau hidup selepas upacara itu,
98
00:07:49,708 --> 00:07:52,998
kau mungkin berubah sepenuhnya.
99
00:07:53,583 --> 00:07:58,083
Setiap urat dan saraf kau akan rosak.
100
00:07:58,875 --> 00:08:02,285
Tempoh perubahannya memakan masa
dan sakitnya tak terperi.
101
00:08:02,375 --> 00:08:05,245
Ithlinne kata,
"Dua yang terpisah akan bersatu.."
102
00:08:06,041 --> 00:08:06,961
Ini lagi.
103
00:08:07,041 --> 00:08:09,831
Aku akan buat. Ini takdir aku.
104
00:08:09,916 --> 00:08:11,456
Lantaklah dengan takdir.
105
00:08:11,541 --> 00:08:13,291
Kamu boleh pilih kemudian.
106
00:08:14,375 --> 00:08:16,785
Persediaannya ambil masa sepanjang malam.
107
00:08:16,875 --> 00:08:20,575
Bunga feainnewedd ada dalam gua ini,
tapi aku nak kalian cari
108
00:08:20,666 --> 00:08:23,456
akar mandrake, wolfsban dan netel mayat.
109
00:08:23,958 --> 00:08:26,788
Bawa juga jantung raksasa
yang di tugu itu.
110
00:08:26,875 --> 00:08:27,745
Aku nak cari herba.
111
00:08:27,833 --> 00:08:29,583
Jangan biar dia buat.
112
00:08:30,791 --> 00:08:32,881
Kehendaknya takkan dapat dihalang.
113
00:08:34,625 --> 00:08:35,665
Percayalah.
114
00:08:40,125 --> 00:08:41,325
Kau tak boleh buat.
115
00:08:42,458 --> 00:08:46,078
- Aku orang terbaik.
- Kerana ramalan gadis yang mengarut itu?
116
00:08:46,166 --> 00:08:48,496
Ia mengarut semasa raksasa tak wujud.
117
00:08:49,583 --> 00:08:51,463
Ia bukan sekadar ramalan.
118
00:08:53,791 --> 00:08:55,461
Aku perlu tebus dosa, Fjall.
119
00:08:55,958 --> 00:08:57,288
Dalam halimun Zacharé,
120
00:08:57,375 --> 00:09:00,575
aku teringat waktu aku bakar
sebuah keluarga demi raja.
121
00:09:01,916 --> 00:09:03,916
Padahal itu belum apa-apa lagi.
122
00:09:04,000 --> 00:09:06,790
Kita semua pernah berlaku kejam
demi suku kita.
123
00:09:06,875 --> 00:09:09,955
Aku ingat aku boleh tebus dosa
dengan berkongsi lagu.
124
00:09:10,708 --> 00:09:13,578
Tapi tidak. Ia hanya boleh ditebus
dengan mengorbankan diri.
125
00:09:13,666 --> 00:09:14,666
Tidak.
126
00:09:16,666 --> 00:09:18,706
Kau beri harapan kepada dunia.
127
00:09:19,375 --> 00:09:20,455
Aku lihat sendiri.
128
00:09:22,166 --> 00:09:23,496
Aku tak beri apa-apa kecuali…
129
00:09:25,125 --> 00:09:26,575
Kecuali maut.
130
00:09:28,541 --> 00:09:30,001
Kau perlu hidup, Éile.
131
00:09:31,500 --> 00:09:32,630
Tak apa.
132
00:09:40,541 --> 00:09:42,331
Fjall, aku dah kehabisan lagu.
133
00:09:58,750 --> 00:10:00,460
Siapa akan ambil eliksir itu?
134
00:10:02,958 --> 00:10:04,208
Aku akan buat.
135
00:10:11,875 --> 00:10:14,285
Kalian tahu aku mungkin mati esok, bukan?
136
00:10:17,541 --> 00:10:20,291
Mana majlis keraian aku, kawan-kawan?
137
00:10:20,375 --> 00:10:21,325
Majlis!
138
00:10:21,916 --> 00:10:24,076
Ya!
139
00:10:26,041 --> 00:10:28,001
Dari mana kau dapat semua ini?
140
00:10:28,083 --> 00:10:30,083
Aku mungkin hidup dalam hutan terpencil,
141
00:10:30,166 --> 00:10:33,706
tapi itu tak bermakna
aku perlu lupakan nikmat tamadun dunia.
142
00:10:39,666 --> 00:10:40,576
Cendawan?
143
00:10:43,625 --> 00:10:44,825
Minumlah dengan aku.
144
00:11:08,833 --> 00:11:10,583
Kamu buat peraturan sendiri.
145
00:11:10,666 --> 00:11:12,996
Kalau kau kata
aku boleh guna hravel untuk vaina…
146
00:11:13,083 --> 00:11:14,583
Kau kata kau tahu main!
147
00:11:16,083 --> 00:11:17,133
Aku bahagi kad.
148
00:11:17,208 --> 00:11:20,168
Kita patut biar dia main tipu.
Kasihan dia.
149
00:11:20,250 --> 00:11:21,500
Dia tetap akan kalah.
150
00:11:23,333 --> 00:11:26,833
Kalau dah malang,
memang malanglah jawabnya.
151
00:11:32,500 --> 00:11:35,880
- Kau tak minum.
- Fikiran seseorang perlu kekal tajam.
152
00:11:36,791 --> 00:11:41,421
Kalau sihir Syndril berkesan pun,
kita masih perlu masuk ke dalam istana.
153
00:11:42,000 --> 00:11:43,880
Ceritakan tentang pintu masuk rahsia itu.
154
00:11:48,250 --> 00:11:50,130
Mana ada pintu rahsia.
155
00:11:51,333 --> 00:11:52,633
Kalau ada pun,
156
00:11:52,708 --> 00:11:55,248
aku tentu dah jumpa dan tutup pintu itu.
157
00:11:55,333 --> 00:11:58,423
Jadi, kita perlu melepasi tembok Xin'trea
158
00:11:58,916 --> 00:12:00,416
tanpa askar upahan?
159
00:12:00,916 --> 00:12:02,416
Kita ikutlah keadaan.
160
00:12:04,666 --> 00:12:07,456
Setiap kali aku dah puas bersabar
dengan badut bodoh,
161
00:12:07,958 --> 00:12:09,878
ada saja badut baru yang muncul.
162
00:12:31,458 --> 00:12:34,958
Syabas, Tuan Avallac'h.
Boleh kamu buka laluannya?
163
00:12:35,458 --> 00:12:37,078
Ya, mungkin boleh.
164
00:12:37,166 --> 00:12:39,666
Sepatutnya boleh, tapi patik tak pasti
165
00:12:39,750 --> 00:12:41,540
selagi tak cuba sendiri. Jika…
166
00:12:42,333 --> 00:12:43,753
Pencuri!
167
00:12:44,666 --> 00:12:47,666
Kau fikir kau boleh curi daripada aku?
168
00:12:47,750 --> 00:12:48,920
Jangan sakiti dia!
169
00:12:50,375 --> 00:12:53,285
Tuanku perlu tunggu.
Nanti giliran tuanku pula.
170
00:12:53,875 --> 00:12:57,575
Beritahu aku, kau buat begini
kerana angkuh atau bodoh?
171
00:12:59,041 --> 00:13:01,331
Nak mati cepat
atau dengan cara yang menarik?
172
00:13:04,333 --> 00:13:05,463
Baiklah, menarik.
173
00:13:06,541 --> 00:13:09,461
Pernahkah kau lihat
mayat bahlul hancur berkecai?
174
00:13:13,500 --> 00:13:15,920
Mahu pergi ke dunia lain, Tuan Avallac'h?
175
00:13:16,541 --> 00:13:18,631
Belajarlah terbang dulu.
176
00:13:20,125 --> 00:13:21,125
Balor!
177
00:13:24,708 --> 00:13:26,328
Buatlah kalau nak dia mati.
178
00:13:35,708 --> 00:13:36,538
Berhenti.
179
00:13:41,916 --> 00:13:42,916
Pergi.
180
00:13:46,958 --> 00:13:49,918
Panggil tabib terbaik kita.
Kita perlukan dia.
181
00:13:54,083 --> 00:13:55,503
Kau dah tertipu.
182
00:14:05,666 --> 00:14:06,496
Jadi,
183
00:14:08,125 --> 00:14:09,915
kenapa tukul kau ada nama?
184
00:14:11,958 --> 00:14:12,918
Gwen.
185
00:14:14,500 --> 00:14:18,750
Dia orang kerdil tercantik
yang aku pernah kenal.
186
00:14:20,458 --> 00:14:22,878
Payudaranya montok.
187
00:14:23,833 --> 00:14:25,583
Janggutnya lembut bak sutera.
188
00:14:26,541 --> 00:14:27,921
Cemburu aku dibuatnya.
189
00:14:28,416 --> 00:14:32,206
Sehelai bulu pun
tak mahu tumbuh di dagu aku.
190
00:14:33,791 --> 00:14:35,001
Walau bagaimanapun,
191
00:14:35,583 --> 00:14:38,833
aku amat mencintainya.
192
00:14:40,375 --> 00:14:42,325
Ia saat terindah dalam hidup aku.
193
00:14:44,875 --> 00:14:45,875
Apa yang berlaku?
194
00:14:48,250 --> 00:14:49,250
Perkara biasa.
195
00:14:51,208 --> 00:14:54,458
Tentera bunian serang kem kami
semasa aku memburu.
196
00:14:55,666 --> 00:14:59,416
Aku jumpa Gwen
dalam keadaan bogel dan disembelih
197
00:14:59,500 --> 00:15:02,000
oleh bangsat Xin'trea itu.
198
00:15:02,083 --> 00:15:02,923
Maaf.
199
00:15:04,041 --> 00:15:05,881
Sebagai bunian, kau agak teruk.
200
00:15:05,958 --> 00:15:08,628
Minta maaf kepada orang kerdil.
Tak pernah dibuat bunian.
201
00:15:10,875 --> 00:15:11,745
Selepas itu,
202
00:15:15,250 --> 00:15:19,250
aku gali bijih terbaik
di Pergunungan Koreth,
203
00:15:19,333 --> 00:15:23,383
aku leburkannya dan sebatikannya
dengan abu Gwen kesayanganku.
204
00:15:25,666 --> 00:15:28,996
Kemudian, aku dan Gwen pergi memburu.
205
00:15:35,208 --> 00:15:36,708
Benda terakhir yang mereka nampak
206
00:15:37,833 --> 00:15:40,383
ialah nama Gwen yang menuntut keadilan.
207
00:15:43,458 --> 00:15:45,248
Aku janji tak buat dia marah.
208
00:15:49,541 --> 00:15:51,751
- Kau dan ahli sihir wanita itu…
- Ya.
209
00:15:53,333 --> 00:15:57,503
- Bagaimana kalian boleh bersama?
- Panjang ceritanya.
210
00:15:58,916 --> 00:16:00,956
Ia tentu menarik.
211
00:16:02,166 --> 00:16:05,626
Pada satu hari,
aku melangkah ke dalam kabusnya…
212
00:16:09,750 --> 00:16:12,580
dan dia nampak segala yang aku dah buat…
213
00:16:15,541 --> 00:16:18,211
segala kejahatan
yang aku bawa ke dunia ini…
214
00:16:21,875 --> 00:16:24,375
tapi entah kenapa, dia masih nampak…
215
00:16:29,791 --> 00:16:31,041
kebaikan dalam diri aku.
216
00:16:34,750 --> 00:16:36,540
Maka, dia mula merawat roh aku
217
00:16:36,625 --> 00:16:39,245
dengan kelembutan
yang aku tak berhak terima.
218
00:16:50,625 --> 00:16:52,535
Hebatnya kisah kau.
219
00:16:55,500 --> 00:16:59,710
Diamatinya cahaya fajar
220
00:16:59,791 --> 00:17:03,251
Pada mayangnya yang mengurai
221
00:17:04,916 --> 00:17:06,956
Kemongelan bibirnya
222
00:17:07,916 --> 00:17:11,576
Menjanjikan kehidupan bahagia
223
00:17:11,666 --> 00:17:15,126
Dua kekasih berdakapan
224
00:17:15,208 --> 00:17:19,078
Dalam sinar musim salju
225
00:17:21,375 --> 00:17:23,785
Tatkala perang
226
00:17:23,875 --> 00:17:27,665
Melanda segenap alam
227
00:17:30,208 --> 00:17:33,038
Temanilah daku, sayangku
228
00:17:33,125 --> 00:17:36,785
Kerisauan menguasai hati
229
00:17:36,875 --> 00:17:39,205
Temanilah daku, sayangku
230
00:17:39,291 --> 00:17:41,711
Perbatasan dijilat api
231
00:17:41,791 --> 00:17:44,961
Dan perang menanti
232
00:17:45,041 --> 00:17:48,751
Untuk membawa kau pergi
233
00:17:48,833 --> 00:17:51,003
Biar kau bersemadi
234
00:17:51,083 --> 00:17:54,673
Tertanam dalam Bumi
235
00:17:55,500 --> 00:17:58,290
Pulanglah, oh sayangku
236
00:17:58,375 --> 00:18:01,125
Cintaku masih membara
237
00:18:03,750 --> 00:18:05,710
Pulanglah, oh sayangku
238
00:18:05,791 --> 00:18:08,331
Anakmu mahukan bapanya
239
00:18:08,416 --> 00:18:11,496
Jiwaku dahaga
240
00:18:11,583 --> 00:18:14,963
Akan gelombang yang berbusa
241
00:18:17,250 --> 00:18:20,170
Jejakmu akan kuturuti
242
00:18:20,250 --> 00:18:24,460
Ke negeri abadi
243
00:18:38,041 --> 00:18:40,751
Pulanglah, oh sayangku…
244
00:18:40,833 --> 00:18:42,923
Aduh, tolonglah.
245
00:18:44,500 --> 00:18:47,000
Cintaku masih cedera…
246
00:18:47,083 --> 00:18:49,133
Sudahlah. Jahanam lagu aku.
247
00:18:49,208 --> 00:18:53,038
Rasa sungai berpusar
248
00:18:53,125 --> 00:18:55,995
Jejakmu akan kuturuti…
249
00:18:56,083 --> 00:18:57,543
Aku menyanyi macam itu?
250
00:18:58,833 --> 00:18:59,923
Terima kasih.
251
00:19:05,958 --> 00:19:08,128
Kau memang berbakat.
252
00:19:10,333 --> 00:19:12,793
Kau ada terfikir tentang masa depan
253
00:19:13,666 --> 00:19:15,286
jika terselamat?
254
00:19:20,333 --> 00:19:21,633
Entahlah.
255
00:19:24,333 --> 00:19:25,753
Aku tak ada bakat.
256
00:19:28,041 --> 00:19:29,961
Selain membunuh dan…
257
00:19:32,083 --> 00:19:33,673
sentiasa memalukan diri.
258
00:19:38,000 --> 00:19:39,080
Manalah tahu.
259
00:19:39,875 --> 00:19:41,915
Kalaulah kita lahir
di bawah bintang berbeza,
260
00:19:42,000 --> 00:19:46,130
aku dibesarkan
sebagai anak orang biasa dan…
261
00:19:48,750 --> 00:19:49,670
bukan begini.
262
00:19:55,708 --> 00:19:57,498
Kau pula penggembala khinzir
263
00:19:58,250 --> 00:19:59,670
dan Merwyn isteri kau.
264
00:20:01,083 --> 00:20:02,793
Dengan 20 orang anak.
265
00:20:07,000 --> 00:20:08,000
Tidak.
266
00:20:12,250 --> 00:20:13,880
Hubungan aku dengan Merwyn
267
00:20:15,416 --> 00:20:16,286
tak sejati.
268
00:20:22,958 --> 00:20:24,328
Di bawah mana-mana bintang.
269
00:20:32,708 --> 00:20:35,208
Indahnya kalau kita lahir
di bawah bintang yang sama.
270
00:20:40,166 --> 00:20:41,036
Ya.
271
00:20:46,791 --> 00:20:47,921
Jangan lupakan aku.
272
00:21:35,166 --> 00:21:36,126
Tidak.
273
00:21:38,083 --> 00:21:40,543
- Tidak!
- Dia terlalu kuat!
274
00:21:40,625 --> 00:21:43,285
Hentikannya. Aku yang sepatutnya minum!
275
00:21:43,375 --> 00:21:46,915
Dia dah ambil eliksir pertama.
Kalau berhenti, dia akan mati.
276
00:21:49,375 --> 00:21:50,705
- Ikat dia!
- Fjall!
277
00:21:51,541 --> 00:21:52,711
Aku di sini.
278
00:21:52,791 --> 00:21:54,751
Ini aku! Aku di sini.
279
00:21:56,166 --> 00:21:56,996
Celaka.
280
00:22:01,333 --> 00:22:04,383
- Tentu ada cara untuk memulihkannya.
- Tiada, aku…
281
00:22:05,166 --> 00:22:06,036
Tolonglah!
282
00:22:07,791 --> 00:22:09,131
Kita perlu sambung.
283
00:22:10,125 --> 00:22:10,955
Pegang dia.
284
00:22:17,625 --> 00:22:19,745
Telan!
285
00:22:31,625 --> 00:22:36,165
Ketika Ujian Ramuan Herba mula menampakkan
kesan dahsyatnya terhadap Fjall,
286
00:22:36,250 --> 00:22:39,880
maharani muda itu
mula merealisasikan impian utamanya,
287
00:22:39,958 --> 00:22:42,748
yakni menguasai kunci ke dunia lain.
288
00:22:42,833 --> 00:22:43,673
Komander Agung.
289
00:22:44,458 --> 00:22:46,878
Tuan Avallac'h. Kamu dah bersedia?
290
00:22:46,958 --> 00:22:48,038
Sudah tentu.
291
00:22:49,041 --> 00:22:49,881
Sebentar, ya.
292
00:23:12,458 --> 00:23:13,458
Ini kerja bodoh.
293
00:23:15,000 --> 00:23:15,830
Kita perlu Balor.
294
00:23:16,416 --> 00:23:19,206
Tanpa laluan ini,
tak bolehlah kita takluk dunia baru.
295
00:23:19,291 --> 00:23:20,831
Maka, kita tiada makanan.
296
00:23:20,916 --> 00:23:24,126
- Pemberontakan akan tercetus.
- Kita dah kurung dia.
297
00:23:24,208 --> 00:23:25,708
Dia takkan setuju,
298
00:23:25,791 --> 00:23:27,421
tapi patik boleh pujuk dia.
299
00:23:27,500 --> 00:23:30,540
Tidak, dia lebih rela dihukum.
300
00:23:30,625 --> 00:23:33,955
Dia sanggup mati daripada malu.
Biar beta uruskannya.
301
00:23:34,833 --> 00:23:36,423
Sediakan pasukan peninjau.
302
00:23:37,000 --> 00:23:38,500
Baik.
303
00:23:46,875 --> 00:23:48,285
Lama lagikah?
304
00:23:48,375 --> 00:23:52,325
Segala yang kita dah buat
cuma persediaan untuk tatacaranya.
305
00:23:54,166 --> 00:23:56,166
Itu bukan tatacaranya?
306
00:23:56,833 --> 00:23:57,833
Kau patut keluar.
307
00:23:58,333 --> 00:24:00,713
Ini mungkin tak berjaya langsung.
308
00:24:00,791 --> 00:24:04,461
Aku faham perasaannya
apabila melihat orang menjadi raksasa.
309
00:24:07,000 --> 00:24:08,710
Kau buatlah apa yang patut.
310
00:24:10,708 --> 00:24:12,288
Aku takkan ke mana-mana.
311
00:24:13,875 --> 00:24:14,915
Buka mulutnya.
312
00:24:37,208 --> 00:24:38,208
Dia dah bersedia.
313
00:24:46,666 --> 00:24:47,666
Fjall.
314
00:24:49,083 --> 00:24:51,333
Mari buat cepat supaya dia tak mati.
315
00:24:58,125 --> 00:24:59,075
Buatlah.
316
00:25:04,291 --> 00:25:08,251
Ibu bentala, dengarlah rayuanku.
Pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
317
00:25:09,166 --> 00:25:12,166
Ibu samudera,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
318
00:25:12,250 --> 00:25:14,960
Ibu cakerawala,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
319
00:25:15,041 --> 00:25:18,631
Ibu segala yang tak nyata,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
320
00:25:19,458 --> 00:25:22,288
Ibu samudera,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
321
00:25:22,375 --> 00:25:25,535
Ibu cakerawala,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
322
00:25:25,625 --> 00:25:30,075
Ibu bentala, dengarlah rayuanku.
Pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
323
00:25:33,333 --> 00:25:36,333
Ibu samudera,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
324
00:25:36,416 --> 00:25:39,576
Ibu cakerawala,
pinjamkanlah kuasamu kepadaku.
325
00:26:31,500 --> 00:26:32,420
Dia…
326
00:26:34,541 --> 00:26:35,501
dah tiada.
327
00:26:38,875 --> 00:26:40,075
Maafkan aku.
328
00:27:13,916 --> 00:27:14,826
Seksanya.
329
00:27:15,958 --> 00:27:18,288
Kalian tak biasa terseksa begini.
330
00:27:18,791 --> 00:27:21,791
Bunian lebih cekal
daripada orang kerdil. Itu hakikatnya.
331
00:27:23,500 --> 00:27:24,330
Hakikat.
332
00:27:25,416 --> 00:27:26,326
Hakikat bunian.
333
00:27:28,041 --> 00:27:31,961
Kami dah lama menderita di tangan bunian.
334
00:27:32,041 --> 00:27:36,291
Penderitaan dan keperitan
yang kau takkan faham.
335
00:27:36,375 --> 00:27:37,285
Ya, tapi…
336
00:27:38,375 --> 00:27:40,495
itu dah lama berlalu. Ia bukan…
337
00:27:40,583 --> 00:27:41,583
Bukan kau?
338
00:27:44,041 --> 00:27:46,751
Dunia kaum kau wujud
atas pengorbanan kami.
339
00:27:52,583 --> 00:27:55,083
Kau tahu kenapa aku panggil
tugu itu "menara zakar"?
340
00:27:56,791 --> 00:28:00,831
Kerana nenek moyang kami tanam tugu itu
untuk menyuburkan alam.
341
00:28:02,875 --> 00:28:03,875
Ia tugu keramat.
342
00:28:05,375 --> 00:28:08,495
Tapi bunian mencemarinya.
343
00:28:10,083 --> 00:28:12,133
Patutlah kebuluran berleluasa.
344
00:28:13,541 --> 00:28:17,001
Ya, aku memang tak menafikannya.
345
00:28:20,333 --> 00:28:22,923
Kau yakinkah kau mampu bunuh maharani?
346
00:28:24,541 --> 00:28:25,881
Itulah rancangannya.
347
00:28:29,000 --> 00:28:30,330
Baiklah, aku nak ikut.
348
00:28:33,291 --> 00:28:35,631
Kenapa kau nak bantu sekumpulan bunian?
349
00:28:36,833 --> 00:28:39,633
Kerana untuk pengetahuan kau,
350
00:28:43,125 --> 00:28:44,325
jiwa aku kosong.
351
00:28:48,708 --> 00:28:52,998
Aku dah buru dan bunuh semua perogol Gwen.
352
00:28:55,625 --> 00:28:57,285
Tiada apa-apa yang tinggal.
353
00:28:58,291 --> 00:29:01,081
Tinggal satu lagi misi
untuk menemukan kami.
354
00:29:02,375 --> 00:29:05,875
Supaya aku boleh mati dengan rasa megah.
355
00:29:06,833 --> 00:29:08,333
Kami mengalu-alukan kau,
356
00:29:09,375 --> 00:29:10,455
dan Gwen.
357
00:29:13,166 --> 00:29:14,786
Kami perlukan tukang masak.
358
00:29:22,916 --> 00:29:23,826
Mana Scían?
359
00:29:49,625 --> 00:29:50,625
Berhenti!
360
00:29:51,916 --> 00:29:53,876
Apa urusan kau di Xin'trea?
361
00:29:57,166 --> 00:29:59,376
Aku ada maklumat untuk maharani.
362
00:30:02,916 --> 00:30:03,746
Mara.
363
00:30:32,458 --> 00:30:33,668
Cacah di badan kamu.
364
00:30:34,250 --> 00:30:38,790
Puak Hantu? Beta pernah nampak lukisan
dalam buku Tolomast yang Muda,
365
00:30:39,333 --> 00:30:40,253
beta ingat kamu…
366
00:30:40,333 --> 00:30:43,753
Patik orang terakhir puak kami,
disebabkan ayahanda tuanku.
367
00:30:44,625 --> 00:30:46,375
Kalaulah keadaan berbeza,
368
00:30:46,458 --> 00:30:48,328
patik mungkin dah bunuh tuanku.
369
00:30:48,416 --> 00:30:49,286
Tunggu.
370
00:30:51,583 --> 00:30:52,923
Kalau keadaan berbeza,
371
00:30:53,458 --> 00:30:54,918
kamu mungkin akan cuba.
372
00:31:00,500 --> 00:31:02,000
Baiklah, apa urusan kamu?
373
00:31:02,791 --> 00:31:05,711
Patik tahu kedudukan Fjall Stoneheart.
374
00:31:06,291 --> 00:31:07,581
Dia masih hidup?
375
00:31:07,666 --> 00:31:09,626
Kali terakhir kami berjumpa, ya.
376
00:31:10,166 --> 00:31:13,206
Patik mengembara
dengan dia dan gadis Raven itu.
377
00:31:13,291 --> 00:31:16,501
Patik Ibu Pedangnya. Dia percayakan patik.
378
00:31:16,583 --> 00:31:18,463
Tapi kamu sanggup khianati dia?
379
00:31:18,541 --> 00:31:21,581
Tuanku pun pernah khianati
keluarga sendiri.
380
00:31:22,541 --> 00:31:26,671
Bayar dulu 50,000 oir untuk Fjall,
dan 20,000 untuk Seri Ayu itu.
381
00:31:27,833 --> 00:31:32,673
- Nilainya tak setinggi itu.
- Dia suara rakyat.
382
00:31:33,916 --> 00:31:37,036
Lagipun, dia dah curi hati Fjall.
383
00:31:38,916 --> 00:31:40,376
- Baiklah.
- Patik belum selesai.
384
00:31:40,875 --> 00:31:42,575
Sebagai tukaran dengan Fjall,
385
00:31:43,583 --> 00:31:46,883
kembalikan pedang suci puak patik,
386
00:31:47,583 --> 00:31:49,253
Soulreaver.
387
00:31:50,625 --> 00:31:54,495
Akhir sekali, patik perlukan
50 askar Empayar Emas
388
00:31:54,583 --> 00:31:56,833
untuk tangkap dia hidup-hidup.
389
00:31:56,916 --> 00:31:59,666
Patik tak rasa dia mahu jumpa tuanku
390
00:31:59,750 --> 00:32:01,420
menurut tuntutan tuanku.
391
00:32:03,041 --> 00:32:04,631
- Penuhi permintaannya.
- Baik.
392
00:32:11,625 --> 00:32:12,625
Fjall.
393
00:32:19,166 --> 00:32:20,076
Fjall, ini aku.
394
00:32:27,666 --> 00:32:30,326
Aku boleh… hidu darah kau,
395
00:32:31,541 --> 00:32:34,041
Aku nak musnahkan segalanya.
396
00:32:40,208 --> 00:32:41,128
Tak apa.
397
00:32:43,541 --> 00:32:47,291
Hei. Yang lain ada di luar.
Cuma kita berdua di sini.
398
00:33:11,125 --> 00:33:12,415
Maafkan aku.
399
00:33:15,916 --> 00:33:17,826
Kenapa kau buat begini?
400
00:33:24,208 --> 00:33:25,668
Aku ingat kau dah mati.
401
00:33:29,416 --> 00:33:30,666
Tak sanggup aku melihatnya.
402
00:34:53,833 --> 00:34:55,173
Aku sanggup mati demi kau.
403
00:35:07,250 --> 00:35:08,290
Kau dah mati pun.
404
00:35:18,333 --> 00:35:21,173
Sia-sia saja kita korbankan
budak-budak itu.
405
00:35:21,250 --> 00:35:24,630
Kenapa ia gagal?
406
00:35:24,708 --> 00:35:28,128
Apa lagi yang dia nak?
407
00:35:30,500 --> 00:35:32,500
Pengorbanan sebenar
datang dari dalam jiwa.
408
00:35:35,500 --> 00:35:37,330
Sekarang aku faham maksudnya.
409
00:35:39,708 --> 00:35:40,708
Dah terlambat.
410
00:35:56,041 --> 00:35:57,171
Kita perlu bincang.
411
00:36:02,208 --> 00:36:03,708
Belenggu ini tak perlu.
412
00:36:05,416 --> 00:36:09,996
Patik bina sel dimeritium ini
untuk kurung ahli sihir yang keras kepala.
413
00:36:11,083 --> 00:36:12,793
Supaya kuasa mereka dikekang.
414
00:36:13,458 --> 00:36:16,288
Supaya mereka rasa kosong
dan tak berkuasa.
415
00:36:18,208 --> 00:36:19,828
Kini, patik berada di sini.
416
00:36:20,666 --> 00:36:22,376
Kosong dan tanpa kuasa.
417
00:36:23,625 --> 00:36:26,205
Atas perintah maharani yang keras kepala.
418
00:36:29,083 --> 00:36:30,883
Tapi ada cara untuk bebas.
419
00:36:32,083 --> 00:36:34,253
Berkhidmat untuk maharani kamu.
420
00:36:35,583 --> 00:36:38,383
Ahli sihir tuanku
gagal buka laluannya, bukan?
421
00:36:41,625 --> 00:36:42,665
Ya.
422
00:36:44,958 --> 00:36:46,498
Beta akan berterus terang.
423
00:36:47,791 --> 00:36:50,001
Kalau kamu bekerjasama dengan beta,
424
00:36:50,083 --> 00:36:51,543
beta akan bebaskan kamu
425
00:36:51,625 --> 00:36:53,995
dan kembalikan jawatan
Ketua Pendeta Majlis.
426
00:36:54,083 --> 00:36:55,633
Patik pernah bantu tuanku.
427
00:36:56,958 --> 00:36:58,248
Lihatlah akibatnya.
428
00:36:59,541 --> 00:37:01,171
Kita mungkin tak sekepala.
429
00:37:02,458 --> 00:37:05,418
Tapi lihatlah
segala yang kita capai bersama.
430
00:37:06,583 --> 00:37:10,423
Akhirnya, semua bunian disatukan,
sedia untuk menakluk dunia lain.
431
00:37:10,500 --> 00:37:12,040
Kerana patik dan wawasan patik.
432
00:37:12,125 --> 00:37:13,915
Ya, beta amat berterima kasih.
433
00:37:17,083 --> 00:37:19,253
Kita sama-sama keras kepala.
434
00:37:21,375 --> 00:37:22,245
Namun begitu,
435
00:37:23,291 --> 00:37:25,421
kenapa kita jauh terpisah?
436
00:37:25,500 --> 00:37:27,750
- Ia atas dasar hormat.
- Hormat?
437
00:37:28,458 --> 00:37:31,668
Balor, kamu anggap beta
sebagai puteri yang dikurung
438
00:37:31,750 --> 00:37:35,420
untuk ditukar, diperguna atau dihapuskan.
439
00:37:35,500 --> 00:37:39,920
Tuanku anggap patik rakyat marhaen
yang diangkat ke kedudukan yang tinggi.
440
00:37:40,416 --> 00:37:42,206
Kamu yang anggap begitu.
441
00:37:44,000 --> 00:37:47,670
Beta anggap kamu seorang yang bijak,
442
00:37:47,750 --> 00:37:51,000
jauh berkebolehan daripada kepompong
yang ayahanda beta tetapkan.
443
00:37:52,166 --> 00:37:54,326
Beta cuma minta
kamu anggap beta begitu juga.
444
00:37:58,250 --> 00:38:00,130
Hentikan perselisihan ini
445
00:38:00,208 --> 00:38:02,918
dan mari kita bentuk masa depan bersama.
446
00:38:04,541 --> 00:38:06,751
Tentu bukan ini saja yang ada.
447
00:38:08,875 --> 00:38:09,745
Memang ada.
448
00:38:12,625 --> 00:38:13,625
Baiklah.
449
00:38:14,958 --> 00:38:18,828
Tapi bebaskan Fenrik.
Dia anak didik patik.
450
00:38:21,208 --> 00:38:22,208
Sudah tentu.
451
00:38:22,708 --> 00:38:26,168
Jangan percayakan perempuan ini.
452
00:38:28,250 --> 00:38:30,790
Dia ucap terima kasih setulus hati.
453
00:38:37,958 --> 00:38:38,958
Pengawal!
454
00:38:43,083 --> 00:38:44,083
Bebaskan mereka.
455
00:38:50,500 --> 00:38:54,210
Aku dah cari di seluruh hutan.
Kuda terbaik aku pun dah tiada.
456
00:38:54,291 --> 00:38:55,631
Tak sangka dia curi.
457
00:38:55,708 --> 00:38:57,248
- Siapa?
- Scían.
458
00:38:59,083 --> 00:39:01,673
Itu tak masuk akal. Kenapa pergi sekarang?
459
00:39:02,583 --> 00:39:03,583
Tanpa sebarang ucapan.
460
00:39:03,666 --> 00:39:07,576
Mungkin dia cuma tiba-tiba waras
memandangkan kita menempah maut.
461
00:39:08,416 --> 00:39:11,666
Rupa-rupanya tak ada pun pintu rahsia.
462
00:39:12,166 --> 00:39:15,666
Semasa Fjall kata begitu, mukanya berubah.
463
00:39:15,750 --> 00:39:17,170
- Dia…
- Dia dah pulang.
464
00:39:24,875 --> 00:39:25,995
Aku tinjau kawasan.
465
00:39:26,625 --> 00:39:27,495
Semua selamat.
466
00:39:27,583 --> 00:39:31,793
Ada jejak pemburu yang boleh melindungi
jejak kita ke Xin'trea.
467
00:39:31,875 --> 00:39:32,915
Bijak.
468
00:39:37,916 --> 00:39:39,246
Kau nampak sama saja.
469
00:39:41,083 --> 00:39:42,253
Ia gagalkah?
470
00:39:42,333 --> 00:39:43,333
Ia berjaya.
471
00:39:45,083 --> 00:39:46,083
Tapi bukan pada aku.
472
00:39:49,250 --> 00:39:51,290
Fjall yang keluar dari gua itu
473
00:39:51,375 --> 00:39:53,875
bukan Fjall yang memasukinya.
474
00:39:54,666 --> 00:39:59,326
Perubahan tenaga pada udara
di sekelilingnya belum pernah mereka rasa…
475
00:40:03,166 --> 00:40:04,166
atau lihat.
476
00:40:12,125 --> 00:40:13,455
Boleh tahan.
477
00:40:13,541 --> 00:40:15,081
Baiklah. Mari kita pergi.
478
00:40:15,916 --> 00:40:17,166
Kita kesuntukan masa.
479
00:40:24,000 --> 00:40:25,210
Cepatlah, Meldof.
480
00:40:25,291 --> 00:40:28,171
Kencing pun tak tenang.
Teruknya apabila digesa.
481
00:40:29,625 --> 00:40:31,205
Kita dah tak jauh.
482
00:40:31,291 --> 00:40:34,711
Jejak pemburu itu berada
di seberang rabung seterusnya.
483
00:40:35,583 --> 00:40:37,083
Apa ini?
484
00:40:37,166 --> 00:40:38,416
Jalan mati.
485
00:40:43,000 --> 00:40:44,880
Dari mana mereka datang?
486
00:41:06,500 --> 00:41:07,420
Apa dia buat?
487
00:41:10,041 --> 00:41:11,081
Tidak.
488
00:41:15,708 --> 00:41:17,668
Biar betul.
489
00:41:19,875 --> 00:41:21,125
Berbaris!
490
00:41:22,291 --> 00:41:23,751
Jangan biar mereka lepasi kita.
491
00:41:24,750 --> 00:41:25,880
Jangan berundur.
492
00:41:29,833 --> 00:41:31,673
Berhenti! Angkat pedang.
493
00:41:32,375 --> 00:41:35,205
Scían, apa kau buat?
494
00:42:04,208 --> 00:42:05,578
Indahnya.
495
00:42:06,666 --> 00:42:08,996
Lihatlah. Mereka macam landak berdarah.
496
00:42:09,083 --> 00:42:11,713
Jangan ragui lagi rancangan aku, Uthrok.
497
00:42:11,791 --> 00:42:13,131
Kau kenal dia?
498
00:42:13,208 --> 00:42:14,458
Mereka di pihak kita?
499
00:42:15,625 --> 00:42:16,705
Kita menangkah?
500
00:42:17,333 --> 00:42:18,463
Tak juga.
501
00:42:25,250 --> 00:42:26,420
Maaf, Gwen.
502
00:42:27,666 --> 00:42:29,826
Dia agak cemburu.
503
00:42:43,625 --> 00:42:48,125
Éile daripada Suku Raven,
aku perkenalkan Uthrok Berbuah Satu.
504
00:42:49,083 --> 00:42:50,333
Ia nama gelaran saja.
505
00:42:50,833 --> 00:42:53,583
Ia besar macam dua biji buah delima.
506
00:42:53,666 --> 00:42:54,666
Tanyalah dia.
507
00:42:54,750 --> 00:42:55,750
Hei.
508
00:42:58,416 --> 00:43:00,666
Jangan pandang aku begitu.
509
00:43:00,750 --> 00:43:04,210
Semua orang di Kontinen buru kau
untuk tuntut ganjaran.
510
00:43:04,791 --> 00:43:07,331
Aku cuma guna kelemahan itu
dan jadikannya kekuatan
511
00:43:07,416 --> 00:43:11,246
dan kini, kita ada cara
untuk memasuki kota
512
00:43:12,041 --> 00:43:14,041
dan askar upahan.
513
00:43:19,333 --> 00:43:22,713
Kini, dengan askar
yang pahlawan bertujuh itu perlukan,
514
00:43:22,791 --> 00:43:24,581
mereka berpeluang untuk menang
515
00:43:25,625 --> 00:43:28,165
sekiranya mereka berjaya
membawa Fjall masuk
516
00:43:28,250 --> 00:43:31,420
sebelum raksasa dalam tubuhnya
menguasai dirinya.
517
00:43:35,250 --> 00:43:38,330
Sebaik saja kita berjaya masuk,
buka semua jelapang.
518
00:43:38,416 --> 00:43:41,036
Biar rakyat merusuh,
supaya semua askar lari.
519
00:43:41,125 --> 00:43:43,165
Aku akan suruh Fjall masuk
ke balairung seri
520
00:43:43,250 --> 00:43:44,540
untuk bunuh raksasa.
521
00:43:44,625 --> 00:43:46,995
Aku dan Zacharé akan musnahkan tugu itu.
522
00:43:47,500 --> 00:43:48,830
Aku akan bunuh Merwyn.
523
00:43:52,250 --> 00:43:54,170
Kita akan bertarung lagi, Gwen.
524
00:43:54,250 --> 00:43:56,040
Kita akan jumpa tak lama lagi.
525
00:43:57,541 --> 00:44:01,921
Kalau aku terkorban,
boleh kau suruh dia bela kematian aku?
526
00:44:03,666 --> 00:44:04,786
Dia tentu suka.
527
00:44:17,000 --> 00:44:18,960
Rancangan ini akan gagal.
528
00:44:20,625 --> 00:44:22,165
Mereka tentu tahu rancangan kita.
529
00:44:22,250 --> 00:44:23,420
Cubalah bertahan.
530
00:44:25,125 --> 00:44:26,205
Lawan desakan itu.
531
00:44:26,708 --> 00:44:27,538
Aku memang lawan.
532
00:44:27,625 --> 00:44:28,705
Dengar sini.
533
00:44:40,250 --> 00:44:41,750
Bawa suara aku bersama.
534
00:44:43,291 --> 00:44:44,421
Jangan lepaskannya,
535
00:44:45,541 --> 00:44:48,881
selagi kau belum bersemuka
dengan raksasa itu.
536
00:45:00,083 --> 00:45:01,083
Baiklah.
537
00:45:02,583 --> 00:45:04,673
Mari kita tumpaskan sebuah empayar.
538
00:45:12,541 --> 00:45:16,461
Diamatinya cahaya fajar
539
00:45:16,541 --> 00:45:20,881
Pada mayangnya yang mengurai
540
00:45:22,291 --> 00:45:24,501
Kemongelan bibirnya
541
00:45:25,291 --> 00:45:29,001
Menjanjikan kehidupan bahagia
542
00:45:29,083 --> 00:45:32,543
Dua kekasih berdakapan
543
00:45:32,625 --> 00:45:36,575
Dalam sinar musim salju
544
00:45:38,083 --> 00:45:40,793
Tatkala perang
545
00:45:40,875 --> 00:45:44,625
Melanda segenap alam
546
00:45:47,375 --> 00:45:50,205
Temanilah daku, sayangku
547
00:45:50,291 --> 00:45:54,291
Kerisauan menguasai hati
548
00:45:55,291 --> 00:45:57,751
Temanilah daku, sayangku
549
00:45:57,833 --> 00:46:00,543
Perbatasan dijilat api
550
00:46:00,625 --> 00:46:03,665
Dan perang menanti
551
00:46:03,750 --> 00:46:07,630
Untuk membawa kau pergi
552
00:46:09,833 --> 00:46:15,043
Biar kau bersemadi, tertanam dalam Bumi
553
00:46:16,916 --> 00:46:19,786
Di tepi sungai dia menanti
554
00:46:19,875 --> 00:46:23,375
Kepulangan roh kekasihnya
555
00:46:25,000 --> 00:46:27,630
Fitrah kekasih diwarisi
556
00:46:27,708 --> 00:46:30,038
Anaknya yang bakal bernyawa
557
00:46:30,125 --> 00:46:33,075
Dan suara mereka yang gugur
558
00:46:33,166 --> 00:46:36,876
Bergema dalam kabus pagi
559
00:46:38,291 --> 00:46:40,711
Cuba untuk kembali
560
00:46:40,791 --> 00:46:44,251
Menemui cinta sejati
561
00:46:46,541 --> 00:46:49,381
Pulanglah, oh sayangku
562
00:46:49,458 --> 00:46:53,128
Anakmu mahukan bapanya
563
00:46:55,583 --> 00:46:57,543
Pulanglah, oh sayangku
564
00:46:57,625 --> 00:47:00,415
Cintaku masih membara
565
00:47:00,500 --> 00:47:03,580
Jiwaku dahaga
566
00:47:03,666 --> 00:47:07,206
Akan gelombang yang berbusa
567
00:47:10,666 --> 00:47:13,416
Jejakmu akan kuturuti
568
00:47:13,500 --> 00:47:17,670
Ke negeri abadi
569
00:47:19,625 --> 00:47:22,575
Jejakmu akan kuturuti
570
00:47:22,666 --> 00:47:26,576
Ke negeri abadi
571
00:48:26,750 --> 00:48:32,250
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin