1
00:00:06,291 --> 00:00:10,671
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:13,000 --> 00:00:16,580
Sementara Fjall, Éile
dan Scían menuju ke selatan,
3
00:00:16,666 --> 00:00:19,916
seorang lagi cuba membalas dendam
terhadap Empayar Emas.
4
00:00:20,000 --> 00:00:22,080
Mana nak sama si kucing belang
5
00:00:33,208 --> 00:00:36,708
Kami tak jual dadah
kepada kaum kerdil. Berambus.
6
00:00:36,791 --> 00:00:38,581
Aku bukan cari dadah.
7
00:00:39,291 --> 00:00:41,831
Baik, tapi kami tak pesan pelacur kerdil.
8
00:00:42,583 --> 00:00:45,003
Ada sesiapa pesan pelacur kerdil?
9
00:00:45,083 --> 00:00:46,173
Aku bukan pelacur.
10
00:00:46,666 --> 00:00:49,496
Bunian yang aku cari suka gadis kerdil.
11
00:00:50,000 --> 00:00:51,540
Talyysen Bermata Satu.
12
00:00:51,625 --> 00:00:53,705
Dia sarjan Empayar Emas.
13
00:00:53,791 --> 00:00:55,131
Tak pernah dengar pun.
14
00:00:57,250 --> 00:00:58,130
Kau pasti?
15
00:00:59,208 --> 00:01:01,078
Dia di sini beberapa malam lepas.
16
00:01:01,166 --> 00:01:02,076
Dengar sini,
17
00:01:03,125 --> 00:01:07,415
di sini ada ramai bunian macam aku
yang benci kaum kerdil,
18
00:01:07,500 --> 00:01:10,420
semuanya mabuk teruk dan cepat naik darah.
19
00:01:10,500 --> 00:01:12,960
Jadi, tolonglah,
20
00:01:13,041 --> 00:01:15,581
blah, berambus dari sini.
21
00:01:22,250 --> 00:01:23,210
Kau pasti?
22
00:01:24,541 --> 00:01:25,921
Mungkin bukan di sini.
23
00:01:29,666 --> 00:01:30,746
Baiklah, Gwen.
24
00:01:32,166 --> 00:01:33,036
Betul juga.
25
00:01:34,958 --> 00:01:37,578
Mari kita pergi tengok sendiri.
26
00:01:39,833 --> 00:01:44,543
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
27
00:01:54,416 --> 00:01:56,916
Celaka. Macam mana kau masuk?
28
00:02:00,791 --> 00:02:02,211
Kau siapa?
29
00:02:03,958 --> 00:02:05,788
Kamu semua sihat malam ini?
30
00:02:05,875 --> 00:02:06,705
Aku Meldof.
31
00:02:07,208 --> 00:02:11,578
Aku mencari Talyysen Bermata Satu.
Dia bunian bagak bedebah.
32
00:02:11,666 --> 00:02:12,746
Perempuan, keluar.
33
00:02:22,916 --> 00:02:27,746
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
34
00:02:27,833 --> 00:02:29,833
Dua tiga boleh kucari
35
00:02:29,916 --> 00:02:32,826
Mana nak sama kawanku seorang…
36
00:02:44,375 --> 00:02:45,455
Jangan risau.
37
00:02:47,000 --> 00:02:48,330
Kita pasti menemuinya.
38
00:03:24,375 --> 00:03:27,375
Aku boleh dengar kau gerit gigi.
39
00:03:27,458 --> 00:03:31,578
Jangan sampai aku benam kau dalam air.
Tetamu lain tentu tak suka.
40
00:03:34,291 --> 00:03:35,631
Apa masalahnya?
41
00:03:36,416 --> 00:03:41,246
Keadaan di Utara dan Selatan
dah makin membarah.
42
00:03:42,000 --> 00:03:43,670
Kita kuasai kebanyakan kota,
43
00:03:43,750 --> 00:03:46,420
tapi masih ada yang menolak Empayar Emas.
44
00:03:46,500 --> 00:03:48,000
Rangkaian bekalan terganggu.
45
00:03:48,083 --> 00:03:51,753
Jadi, pedagang ambil kesempatan
dengan menaikkan harga bijian.
46
00:03:52,791 --> 00:03:56,131
Bunuh dan gantung saja mereka
di kota sebagai pengajaran.
47
00:03:56,208 --> 00:03:58,128
Mereka kawal rangkaian ke Timur.
48
00:03:58,208 --> 00:04:02,828
Nanti sukar pula kita nak dapatkan
besi kaum kerdil untuk kempen dunia baru.
49
00:04:03,666 --> 00:04:05,206
Jadi, apa cadangan kau?
50
00:04:05,291 --> 00:04:06,791
Ajak mereka minum teh?
51
00:04:07,625 --> 00:04:08,955
Hidangkan kek madu?
52
00:04:09,041 --> 00:04:11,131
Tahan ketua persatuan mereka.
53
00:04:11,208 --> 00:04:13,918
Tapi biar yang lain berdagang
menurut undang-undang kita.
54
00:04:14,000 --> 00:04:16,710
Rakyat yang kelaparan pasti memberontak.
55
00:04:16,791 --> 00:04:17,631
Cubalah.
56
00:04:18,125 --> 00:04:21,035
Kalau cara itu gagal,
biar mereka makan kek madu.
57
00:04:21,583 --> 00:04:23,003
Kalau tak, gantung saja.
58
00:04:23,833 --> 00:04:24,673
Apa lagi?
59
00:04:25,291 --> 00:04:27,791
Fjall dan Seri Ayu dikesan di Gaylth.
60
00:04:29,250 --> 00:04:31,210
Aku dah tempatkan tentera di selatannya.
61
00:04:32,291 --> 00:04:33,291
Tunggu masa saja.
62
00:04:34,208 --> 00:04:36,128
Aku dah dengar rungutan ini.
63
00:04:37,250 --> 00:04:38,750
Kaukah yang tak cekap?
64
00:04:38,833 --> 00:04:41,583
Mereka bersendirian
dan takkan bertahan lama.
65
00:04:41,666 --> 00:04:47,166
Bagaimana kalau kau silap?
Dua pahlawan yang menempuh ranjau berduri.
66
00:04:47,250 --> 00:04:49,710
Ditemukan oleh takdir dan sebagainya.
67
00:04:49,791 --> 00:04:51,291
Benihnya sudah cukup
68
00:04:51,375 --> 00:04:54,995
untuk disemai menjadi kisah
yang diteladani golongan bawahan.
69
00:04:55,083 --> 00:05:00,003
- Kisah yang kita tak dapat kawal.
- Tapi ia boleh dipadam dengan besi.
70
00:05:00,083 --> 00:05:03,003
Sejarah penuh dengan badut
yang fikir begitu.
71
00:05:03,083 --> 00:05:05,583
Kalau kau kawal kisahnya, dunia milik kau.
72
00:05:06,250 --> 00:05:08,830
Hapuskan mereka.
73
00:05:19,000 --> 00:05:20,000
Itu Byrelle.
74
00:05:20,083 --> 00:05:22,213
Sudah seribu tahun
mereka tak pernah tumpas.
75
00:05:22,291 --> 00:05:26,251
Biar betul. Tiga angkatan tentera bersatu.
76
00:05:26,333 --> 00:05:29,463
- Mereka pasti tumpas.
- Ini pembunuhan beramai-ramai.
77
00:05:30,916 --> 00:05:34,036
Untuk menang di Xin'trea,
kita perlu lebih ramai orang.
78
00:05:34,750 --> 00:05:35,750
Askar upahan.
79
00:05:37,750 --> 00:05:39,790
Boleh, kalau duitnya cukup.
80
00:05:41,000 --> 00:05:44,250
Daédwóde ada berdekatan.
Kita boleh rompak bank di sana.
81
00:05:44,333 --> 00:05:46,003
Kita perlu elak jalan utama.
82
00:05:47,916 --> 00:05:49,706
Mereka bertiga terus berjalan,
83
00:05:49,791 --> 00:05:53,921
walaupun sedar bahawa serbuan ini
mungkin mengancam misi dendam mereka.
84
00:05:54,416 --> 00:05:56,626
Namun, tanpa wang untuk askar upahan,
85
00:05:56,708 --> 00:06:00,078
mereka bagaikan debu
jika berdepan dengan sebuah empayar.
86
00:06:10,291 --> 00:06:11,171
Mana semua orang?
87
00:06:11,250 --> 00:06:13,170
Mungkin ke hutan
selepas pemberontakan itu.
88
00:06:13,875 --> 00:06:17,075
Kita akan serang dari batasan pokok.
Elak jalan utama.
89
00:06:18,541 --> 00:06:19,381
Setuju.
90
00:06:21,083 --> 00:06:22,083
Risikonya tinggi.
91
00:06:22,791 --> 00:06:26,541
- Tanpa askar, dendam tak terbalas.
- Kau boleh cari askar?
92
00:06:27,166 --> 00:06:29,376
Askar upahan bersepah di bumi ini,
93
00:06:29,458 --> 00:06:32,998
dan kerana kaulah, Sasian Pedang,
aku kenal hampir semuanya.
94
00:06:33,500 --> 00:06:34,750
Mari kita lakukannya.
95
00:06:44,833 --> 00:06:45,923
Kami datang!
96
00:06:59,291 --> 00:07:00,421
Mana semua wangnya?
97
00:07:03,541 --> 00:07:06,501
Kau tahu kata orang
tentang bunian berkapak besar?
98
00:07:12,458 --> 00:07:16,958
Semuanya dah dicuri
selepas rampasan kuasa itu.
99
00:07:17,458 --> 00:07:21,628
Di sini, satu-satunya benda
yang berharga cuma kamu berdua.
100
00:07:31,083 --> 00:07:32,963
Rupanya tak macam aku pun.
101
00:07:33,041 --> 00:07:34,291
DIKEHENDAKI MATI
GANJARAN
102
00:07:34,375 --> 00:07:35,665
Apa yang tak sama?
103
00:07:36,166 --> 00:07:37,036
Matanya?
104
00:07:39,625 --> 00:07:42,665
Musuh Empayar Emas! Keluarkan senjata!
105
00:07:43,666 --> 00:07:44,826
Kita telah dikesan.
106
00:07:45,708 --> 00:07:47,038
Mana pintu belakang?
107
00:07:47,833 --> 00:07:50,883
Ini bank.
Ada satu saja pintu keluar masuk.
108
00:07:51,458 --> 00:07:52,828
Itu bukan askar biasa.
109
00:07:53,333 --> 00:07:56,333
- Mereka berpengalaman. Elit.
- Elok sangatlah.
110
00:07:57,708 --> 00:07:59,128
Padan muka, bodoh!
111
00:08:00,250 --> 00:08:01,130
- Celaka.
- Celaka.
112
00:08:02,291 --> 00:08:03,881
Apit aku, sekarang!
113
00:08:04,583 --> 00:08:06,583
Peluang terakhir untuk serah diri!
114
00:08:11,291 --> 00:08:12,541
Sekat mereka di sini.
115
00:08:13,125 --> 00:08:16,325
Jika kita bersatu,
kita mungkin berjaya lari.
116
00:08:50,708 --> 00:08:52,208
Bangsat jahanam!
117
00:08:53,416 --> 00:08:54,496
Ambil posisi asal!
118
00:09:34,000 --> 00:09:35,080
Ini petanda buruk.
119
00:09:48,625 --> 00:09:49,575
Tak guna!
120
00:09:50,750 --> 00:09:52,420
Kita tak boleh mati di sini.
121
00:09:56,250 --> 00:09:57,540
Ia besi kerdil.
122
00:09:57,625 --> 00:09:58,625
Ini pun sama.
123
00:10:20,125 --> 00:10:24,625
Berseorangan dan tak berdaya,
minda Merwyn ligat berfikir,
124
00:10:25,250 --> 00:10:28,500
terdesak untuk bebas
daripada cengkaman Balor.
125
00:10:29,625 --> 00:10:32,875
Merwyn tahu dia akan dibunuh
apabila tidak lagi diperlukan.
126
00:10:39,208 --> 00:10:40,288
Tuanku.
127
00:10:44,708 --> 00:10:46,208
Rakyat marhaen kelaparan…
128
00:10:48,458 --> 00:10:49,958
tapi empayar kau meluas.
129
00:11:20,916 --> 00:11:22,036
Rasanya teruk.
130
00:11:22,125 --> 00:11:27,075
- Tapi tuanku akan selesa sebentar nanti.
- Ini tak sepatutnya berlaku.
131
00:11:28,708 --> 00:11:30,748
- Dia siapa?
- Pekerja dapur.
132
00:11:32,041 --> 00:11:36,171
- Dia ada kata apa-apa?
- Dia ada sebut tentang kelaparan.
133
00:11:37,208 --> 00:11:39,538
Rakyat menderita kerana kebuluran.
134
00:11:39,625 --> 00:11:40,535
Kebuluran?
135
00:11:42,125 --> 00:11:45,455
Patik akan suruh tentera terbaik
untuk melindungi tuanku.
136
00:11:47,000 --> 00:11:47,830
Tidak.
137
00:11:48,458 --> 00:11:50,538
Dia akan melindungi beta.
138
00:11:51,166 --> 00:11:52,706
Kemampuannya dah terbukti.
139
00:11:53,791 --> 00:11:54,711
Kamu siapa?
140
00:11:55,625 --> 00:11:57,875
Crevan Espane aep Caomhan Macha.
141
00:11:58,500 --> 00:12:00,880
Tapi patik dipanggil Avallac'h.
142
00:12:00,958 --> 00:12:02,208
Patutlah.
143
00:12:02,291 --> 00:12:04,041
Bila kebuluran ini bermula?
144
00:12:04,125 --> 00:12:08,245
Beta tak tahu langsung
tentang keadaan di luar istana.
145
00:12:08,333 --> 00:12:10,003
Beta perlu lihat sendiri.
146
00:12:10,083 --> 00:12:13,213
Mungkin lebih baik tuanku duduk
di istana saja.
147
00:12:14,375 --> 00:12:16,075
Kami akan uruskan segalanya.
148
00:12:16,166 --> 00:12:18,996
Demi keselamatan tuanku.
149
00:12:24,541 --> 00:12:28,171
Sementara Éile, Fjall dan Scían
menuju ke Xin'trea di selatan
150
00:12:28,250 --> 00:12:30,880
untuk memburu dalang rampasan kuasa itu,
151
00:12:31,375 --> 00:12:33,495
ketiga-tiga pemburu itu
152
00:12:34,666 --> 00:12:35,956
kini menjadi buruan.
153
00:12:49,416 --> 00:12:52,206
Kita perlu cari herba
sebelum luka itu dijangkiti kuman.
154
00:12:52,708 --> 00:12:53,958
Aku boleh lagi jalan.
155
00:12:54,875 --> 00:12:55,955
Kau dah tak larat.
156
00:12:56,583 --> 00:12:58,133
Aku punca kau cedera.
157
00:13:01,833 --> 00:13:02,923
Kau perlu berehat.
158
00:13:10,458 --> 00:13:12,668
Aku nak cari herba untuk dibuat tuam.
159
00:13:15,791 --> 00:13:17,331
Lagi cepat jika kamu pergi berdua.
160
00:13:18,000 --> 00:13:20,130
Pergilah. Aku tak apa-apa.
161
00:13:21,000 --> 00:13:22,080
Aku enggan pergi.
162
00:13:23,833 --> 00:13:24,673
Pergilah.
163
00:13:25,416 --> 00:13:26,576
Tak apa.
164
00:13:29,666 --> 00:13:31,076
Aku akan cari komfrei.
165
00:13:55,125 --> 00:13:57,705
Tuanku mahu berjumpa patik?
166
00:14:01,916 --> 00:14:03,206
Kamu suka buku?
167
00:14:05,541 --> 00:14:08,421
Patik perasan
Taklukan Kaum Kerdil karya Solryth.
168
00:14:09,750 --> 00:14:11,290
Pilihan beta tepat sekali.
169
00:14:14,458 --> 00:14:17,918
Patik tak tahu tentang perlindungan
dan masih belajar.
170
00:14:18,541 --> 00:14:19,791
Kamu selamatkan beta.
171
00:14:20,708 --> 00:14:21,538
Tidak.
172
00:14:22,458 --> 00:14:24,498
Patik cuma ikut gerak hati.
173
00:14:24,583 --> 00:14:27,423
Tepat sekali.
Sebab itulah kamu boleh dipercayai.
174
00:14:28,666 --> 00:14:29,876
Kamu paling sesuai.
175
00:14:29,958 --> 00:14:31,168
Untuk apa?
176
00:14:31,250 --> 00:14:34,420
Mengintip Balor dan Eredin
bagi pihak beta.
177
00:14:36,750 --> 00:14:38,880
Patik bukan pengintip. Terus terang…
178
00:14:38,958 --> 00:14:41,208
Apabila kedudukan empayar kukuh,
179
00:14:41,291 --> 00:14:44,921
beta pasti mereka akan bunuh beta.
180
00:14:45,541 --> 00:14:47,541
Mungkin dengan kemalangan tragis
181
00:14:47,625 --> 00:14:50,535
dan kerana mereka tahu
kamu pelindung beta,
182
00:14:50,625 --> 00:14:52,745
kamu juga pasti akan dibunuh.
183
00:14:54,875 --> 00:14:59,705
Kamu tentu tak mahu itu berlaku,
jadi, sekarang, kamu pengintip beta.
184
00:14:59,791 --> 00:15:00,671
Tapi…
185
00:15:01,708 --> 00:15:03,498
Balor ada pengintip di setiap ceruk.
186
00:15:03,583 --> 00:15:05,713
- Bagaimana jika dia…
- Curi bukunya.
187
00:15:05,791 --> 00:15:06,631
Apa?
188
00:15:06,708 --> 00:15:09,208
Buku karya Syndril. Kitab Tugu.
189
00:15:09,916 --> 00:15:12,916
Kamu perlu belajar
cara buka laluan ke dunia baru.
190
00:15:13,000 --> 00:15:13,960
Ini kerja gila.
191
00:15:15,000 --> 00:15:17,540
- Patik akan mati.
- Beta perlu mengawalnya.
192
00:15:17,625 --> 00:15:19,325
Buat cepat. Serahkan jubah kamu.
193
00:15:21,916 --> 00:15:23,076
Untuk apa?
194
00:15:26,708 --> 00:15:28,538
Beta nampak mata si mati itu.
195
00:15:29,208 --> 00:15:30,078
Tuanku nak ke mana?
196
00:15:31,375 --> 00:15:34,535
Beta perlu tahu keadaan
di luar tembok istana ini.
197
00:15:42,000 --> 00:15:42,830
Ya.
198
00:15:43,916 --> 00:15:45,956
Ya, sah aku akan mati.
199
00:15:53,875 --> 00:15:55,285
Ke tepi!
200
00:15:56,291 --> 00:15:58,461
- Kau butakah?
- Buka mata!
201
00:16:03,250 --> 00:16:04,920
Kembalikannya sekarang!
202
00:16:06,875 --> 00:16:08,125
Ke tepi sikit!
203
00:16:11,333 --> 00:16:12,753
- Pergi!
- Jangan sentuh!
204
00:16:24,916 --> 00:16:27,786
Jangan kembali.
Kalau tidak, aku panggil askar.
205
00:16:27,875 --> 00:16:29,575
Tolonglah! Aku lapar!
206
00:16:29,666 --> 00:16:30,996
Nak roti, bayar dulu.
207
00:16:31,875 --> 00:16:33,825
Bunga tumbuh
208
00:16:33,916 --> 00:16:36,206
Di tanah yang ditempuh
209
00:16:36,291 --> 00:16:38,081
Nyawa kami dirampas
210
00:16:38,166 --> 00:16:39,996
Menyemaikan dendam
211
00:16:41,083 --> 00:16:44,793
Kita Mawar Hitam…
212
00:17:23,958 --> 00:17:27,288
Kau tipu aku. Kau saja yang tahu
tentang tangkapan itu.
213
00:17:27,375 --> 00:17:31,665
Tapi pedagang sempat pula lari
dengan bijian mereka.
214
00:17:59,958 --> 00:18:00,878
Maafkan aku.
215
00:18:03,500 --> 00:18:06,210
Ada wain semasa mesyuarat kami dan aku…
216
00:18:07,666 --> 00:18:08,786
mungkin terlepas cakap.
217
00:18:10,125 --> 00:18:12,075
Kau akan terbunuh.
218
00:18:15,791 --> 00:18:16,751
Aku tak apa-apa.
219
00:18:19,333 --> 00:18:21,753
Kau dengan mulut tempayan kau
mungkin selamat,
220
00:18:21,833 --> 00:18:24,583
tapi aku tak mahulah hilang kepala aku.
221
00:18:24,666 --> 00:18:28,246
- Balor ketatkan kawalan.
- Mereka takkan tahu kau terlibat.
222
00:18:29,291 --> 00:18:30,631
Rahsia kita selamat…
223
00:18:33,000 --> 00:18:37,790
dan seperti yang kau selalu kata,
orang takkan percaya pun.
224
00:18:39,166 --> 00:18:42,326
Bunian tentera berpangkat
bersama pedagang bawahan.
225
00:18:42,416 --> 00:18:44,076
Aku tak maksudkan begitu.
226
00:18:44,583 --> 00:18:46,253
- Malam itu…
- Tak apa.
227
00:18:48,833 --> 00:18:51,383
Kita sama-sama… mabuk.
228
00:19:02,416 --> 00:19:03,746
Teruk sangatkah keadaannya?
229
00:19:05,708 --> 00:19:08,248
Balor cuma rakyat biasa yang cepat terasa.
230
00:19:15,041 --> 00:19:17,791
Kita perlu rampas bijian
untuk bekalan tentera.
231
00:19:18,291 --> 00:19:20,081
Bagaimana dengan jelapang istana?
232
00:19:22,041 --> 00:19:23,041
Ia hampir kosong.
233
00:19:26,708 --> 00:19:27,828
Aku tak tahu pula.
234
00:19:29,416 --> 00:19:30,626
Memang pun,
235
00:19:31,208 --> 00:19:33,498
dengan arak atau tanpanya.
236
00:19:36,625 --> 00:19:40,245
Sementara Eredin berusaha
merahsiakan kekasih gelapnya,
237
00:19:41,041 --> 00:19:43,541
jauh dari dataran rakyat jelata,
238
00:19:43,625 --> 00:19:46,455
Balor menyemai rahsianya.
239
00:19:50,416 --> 00:19:54,376
Aku risau. Tuan perlu berwaspada.
Bagaimana kalau Eredin dapat tahu?
240
00:19:54,458 --> 00:19:57,708
Eredin tak tahu
tentang kuasa dunia tandus atau dia.
241
00:19:58,208 --> 00:19:59,748
Dia beri aku raksasa.
242
00:20:00,458 --> 00:20:04,378
Malah, banyak lagi
kalau aku tunaikan kehendaknya.
243
00:20:04,458 --> 00:20:06,958
Apabila mereka menyedarinya,
ia dah terlambat.
244
00:20:09,416 --> 00:20:11,126
Ketika itu, aku dah berubah.
245
00:20:23,750 --> 00:20:25,630
Kawan kamu nampak teruk.
246
00:20:29,500 --> 00:20:30,830
Kau siapa?
247
00:20:38,500 --> 00:20:42,420
Anggap saja aku suka cerita menarik.
248
00:20:46,833 --> 00:20:48,253
Aku rasa kau
249
00:20:49,458 --> 00:20:50,668
boleh jadi mukadimahnya.
250
00:20:54,208 --> 00:20:55,668
Habuan lumayan.
251
00:20:57,666 --> 00:20:59,126
Apa yang kamu dah buat?
252
00:21:02,166 --> 00:21:06,376
Kami nak bunuh maharani,
dan semua yang merampas kuasa bersamanya.
253
00:21:08,291 --> 00:21:10,131
Serta sesiapa yang halang kami.
254
00:21:14,625 --> 00:21:16,825
Kamu berdua memang dah biul
255
00:21:16,916 --> 00:21:18,876
kalau kamu ingat kamu mampu buat.
256
00:21:18,958 --> 00:21:21,458
Kamu perlu bunuh ramai tentera empayar.
257
00:21:21,958 --> 00:21:23,038
Apa masalahnya?
258
00:21:23,125 --> 00:21:24,955
Tidak, aku tak kisah.
259
00:21:26,833 --> 00:21:29,753
Bangsat keparat hapuskan kampung
yang terima kehadiran aku.
260
00:21:31,541 --> 00:21:32,501
Mereka baik orangnya.
261
00:21:33,916 --> 00:21:35,536
Aku tak mahu lagi membunuh.
262
00:21:37,041 --> 00:21:39,081
Tapi aku terpaksa meneruskannya.
263
00:21:45,541 --> 00:21:46,381
Jadi,
264
00:21:46,875 --> 00:21:49,495
terpaksalah aku sertai jalan cerita kamu.
265
00:21:51,333 --> 00:21:52,463
Kalau kamu sudi.
266
00:21:55,708 --> 00:21:57,918
Kau cekap guna pisau itu?
267
00:21:58,500 --> 00:21:59,380
Terlalu cekap.
268
00:22:01,750 --> 00:22:02,830
Aku Callan.
269
00:22:05,250 --> 00:22:07,250
Tapi aku digelar Abang Maut.
270
00:22:07,750 --> 00:22:09,000
Aku pernah ada abang.
271
00:22:10,541 --> 00:22:11,541
Dia dah mati.
272
00:22:18,750 --> 00:22:19,830
Hidu bau lukanya.
273
00:22:22,083 --> 00:22:24,173
Pedang itu tentu beracun.
274
00:22:24,250 --> 00:22:25,420
Ia minyak mayat.
275
00:22:27,416 --> 00:22:28,626
Dia akan mati subuh nanti.
276
00:22:31,625 --> 00:22:34,325
Perjalanan kau ke Xin'trea lebih cepat…
277
00:22:35,041 --> 00:22:36,131
tanpa aku.
278
00:22:36,791 --> 00:22:38,381
- Tinggalkan aku.
- Tidak.
279
00:22:38,458 --> 00:22:39,828
Di bawah bintang.
280
00:22:42,041 --> 00:22:45,001
Puak aku akan datang menjemput.
281
00:22:47,375 --> 00:22:48,415
Aku boleh
282
00:22:49,833 --> 00:22:51,253
bawa kau berjumpa dukun.
283
00:22:52,250 --> 00:22:53,330
Dia ahli sihir?
284
00:22:53,416 --> 00:22:54,576
Lebih kuranglah.
285
00:22:56,541 --> 00:22:57,501
Dia berbeza.
286
00:22:58,625 --> 00:22:59,575
Berkuasa.
287
00:23:00,583 --> 00:23:02,293
Dia mungkin tak mahu bantu
288
00:23:02,375 --> 00:23:05,625
dan mungkin bunuh kamu
kalau tak berkenan dengan kamu.
289
00:23:08,666 --> 00:23:12,706
- Tapi kamu ambil berat tentang dia.
- Seluruh Kontinen buru kami.
290
00:23:12,791 --> 00:23:14,381
Éile, kita tak kenal dia.
291
00:23:20,041 --> 00:23:21,671
Bawa kami jumpa dukun itu.
292
00:23:22,166 --> 00:23:26,036
Maka dengan itu, tiga menjadi empat.
293
00:23:28,458 --> 00:23:30,128
Ini Paya Halimunnya.
294
00:23:33,583 --> 00:23:35,083
Jangan pedulikan semuanya
295
00:23:36,791 --> 00:23:38,581
dan cubalah menyeberanginya.
296
00:24:18,958 --> 00:24:20,828
Jangan berhenti bertarung, dik!
297
00:24:22,000 --> 00:24:23,330
Kareg!
298
00:24:24,666 --> 00:24:25,496
Tidak!
299
00:24:33,833 --> 00:24:37,633
Kamu ingat tak khinzir pertama
yang kamu bunuh?
300
00:24:37,708 --> 00:24:38,628
Abang dah lupa.
301
00:24:47,708 --> 00:24:48,958
Abang dah lupa macam-macam.
302
00:25:26,208 --> 00:25:27,038
Ibu?
303
00:25:27,583 --> 00:25:29,503
Mereka khianati raja kamu, Éile.
304
00:25:30,500 --> 00:25:31,630
Saya…
305
00:25:31,708 --> 00:25:33,498
Dapatkanlah tatu suku kamu.
306
00:25:35,500 --> 00:25:37,420
Tolong!
307
00:25:39,708 --> 00:25:42,418
Ke mana
308
00:25:43,625 --> 00:25:47,125
Perginya si anak rusa?
309
00:25:47,208 --> 00:25:48,958
Di bawah sinar suria…
310
00:25:49,041 --> 00:25:51,791
Tidak. Tolonglah jangan!
311
00:25:56,333 --> 00:26:01,713
Bawalah bersamamu busur dan pedang
312
00:26:01,791 --> 00:26:07,711
Agar kau tak ditelan Hutan Brokilon
313
00:26:08,416 --> 00:26:14,036
Bawalah bersamamu busur dan pedang
314
00:26:14,125 --> 00:26:19,245
Agar kau tak dibawa ke alam yang kelam
315
00:26:21,500 --> 00:26:22,420
Hidup Seri Ayu!
316
00:26:22,500 --> 00:26:25,880
Seri Ayu!
317
00:26:29,041 --> 00:26:30,041
Aku di sini!
318
00:26:34,250 --> 00:26:35,250
Jangan risau.
319
00:27:03,208 --> 00:27:04,288
Helo, Callan.
320
00:27:04,791 --> 00:27:06,001
Helo, sayangku.
321
00:27:11,208 --> 00:27:12,208
Kau tak patut.
322
00:27:12,291 --> 00:27:15,921
- Bukan aku yang kau marah.
- Terima kasih kerana beri amaran.
323
00:27:18,041 --> 00:27:19,831
Aku di sini. Kau tak apa-apa.
324
00:27:20,333 --> 00:27:21,333
Kalau kau tahu,
325
00:27:21,416 --> 00:27:23,956
ingatan kau tentu tercemar
kerana kau cuba melindunginya.
326
00:27:25,000 --> 00:27:25,830
Betul katanya.
327
00:27:26,416 --> 00:27:27,786
Apa ini?
328
00:27:27,875 --> 00:27:28,995
Syndril.
329
00:27:30,333 --> 00:27:34,173
Halimun Zacaré perlukan isyarat tulen
untuk membaca isi hati kamu.
330
00:27:34,958 --> 00:27:36,498
Dia punca semua ini!
331
00:27:41,333 --> 00:27:43,383
Aku saja yang berhak menghukumnya
332
00:27:44,083 --> 00:27:45,173
dan aku akan buat.
333
00:27:45,666 --> 00:27:47,956
Sekarang, kawan kamu perlu dirawat.
334
00:27:49,583 --> 00:27:50,583
Ikut aku.
335
00:28:02,583 --> 00:28:06,503
Butiran-butiran kecil itulah
yang paling penting, bukan?
336
00:28:07,291 --> 00:28:10,831
Jejak yang kita tinggalkan.
337
00:28:11,666 --> 00:28:12,876
Gerak-geri kita.
338
00:28:14,625 --> 00:28:18,285
Aku tahu jika Gwen dah berada
di kamar atau melintas jalan.
339
00:28:19,166 --> 00:28:23,496
Bau beri musim salji dan bunga lilac.
340
00:28:25,000 --> 00:28:26,580
Entah bagaimana dia buat.
341
00:28:31,000 --> 00:28:33,960
Aku ikut kau hingga ke seluruh Kontinen.
342
00:28:34,916 --> 00:28:35,916
Gaylth.
343
00:28:36,500 --> 00:28:37,580
Bon Machán.
344
00:28:38,083 --> 00:28:38,963
Kilmac.
345
00:28:39,458 --> 00:28:44,828
Cuma kadangkala aku terlambat sedetik dua.
346
00:28:47,666 --> 00:28:49,576
Aku ingat sarjan bermata satu
347
00:28:49,666 --> 00:28:51,996
yang suka kerdil lawa tak sukar dicari.
348
00:28:53,750 --> 00:28:55,670
Aku teringat Gwen ketawakan aku.
349
00:28:56,166 --> 00:28:58,576
Aku menyumpah setiap kali kau terlepas.
350
00:29:02,041 --> 00:29:04,041
Aku sayang dia.
351
00:29:06,166 --> 00:29:07,326
Sayang sangat.
352
00:29:09,375 --> 00:29:10,415
Mari, sayang.
353
00:29:15,875 --> 00:29:19,495
DI SINI BERSEMADINYA
TALYYSEN BERMATA SATU, PEROGOL, PEMBUNUH.
354
00:29:19,583 --> 00:29:23,543
DITAMATKAN OLEH GWEN PUSPITA.
SEMOGA DIA MERANA SELAMANYA DI NERAKA
355
00:29:23,625 --> 00:29:25,745
Rasanya kita dah puas memburu
di kota bunian.
356
00:29:30,583 --> 00:29:32,963
Meldof mahu meninggalkan dunia bunian.
357
00:29:34,250 --> 00:29:38,040
Namun, dunia bunian belum bersedia
untuk melepaskannya.
358
00:29:46,333 --> 00:29:47,633
Kita akan ke mana?
359
00:29:48,250 --> 00:29:51,880
Kita akan mengembara
untuk bertemu kawan baik saya.
360
00:30:03,083 --> 00:30:03,963
Mari.
361
00:30:05,458 --> 00:30:07,748
Dia tahu kamu istimewa.
362
00:30:30,958 --> 00:30:33,288
Aku bawakan adik-beradik suci.
363
00:30:34,125 --> 00:30:35,915
Lahir bawah sinar bulan merah marak.
364
00:30:36,708 --> 00:30:37,998
Kuasa mereka langka.
365
00:30:38,833 --> 00:30:39,793
Berkuasa.
366
00:30:39,875 --> 00:30:41,785
Aku boleh merasainya.
367
00:30:42,291 --> 00:30:43,581
Kau pasti?
368
00:30:43,666 --> 00:30:47,786
Kuasa yang kau cari bukan percuma.
369
00:30:47,875 --> 00:30:51,125
Sihir chaos ada harganya.
370
00:30:56,083 --> 00:30:58,753
Dunia milikmu, wahai pendeta.
371
00:31:20,541 --> 00:31:23,881
Kuasa yang tak terkira
menderu masuk ke seluruh tubuhnya.
372
00:31:24,375 --> 00:31:26,745
Panas membakar. Tidak dapat dihalang.
373
00:31:27,541 --> 00:31:30,251
Rasanya seperti chaos sebenar.
374
00:31:36,916 --> 00:31:40,416
- Tidak.
- Korban kecil, maka kecillah pulangannya.
375
00:31:40,500 --> 00:31:43,290
Perubahan memerlukan pengorbanan sebenar.
376
00:31:43,375 --> 00:31:45,205
Apa maksudnya?
377
00:31:47,958 --> 00:31:49,998
Apa makna pengorbanan sebenar?
378
00:32:03,500 --> 00:32:04,750
Koleksi ini menarik.
379
00:32:05,666 --> 00:32:06,826
Itu Aibelle?
380
00:32:07,541 --> 00:32:09,671
Tajamnya mata tuanku.
381
00:32:10,250 --> 00:32:12,330
Cita rasa kamu hebat.
382
00:32:31,875 --> 00:32:33,745
Selamat pagi, Komander.
383
00:32:33,833 --> 00:32:36,213
Mari sertai kami.
384
00:32:56,583 --> 00:32:58,043
Kami amat berhati-hati.
385
00:32:59,083 --> 00:33:01,583
Kadangkala, nasib tak menyebelahi kamu.
386
00:33:03,458 --> 00:33:05,958
Beta bukannya mahu
mendedahkan rahsia kamu.
387
00:33:07,208 --> 00:33:10,328
Beta faham derita akibat cinta
dengan orang terlarang.
388
00:33:12,166 --> 00:33:13,456
Beta datang seorang.
389
00:33:14,708 --> 00:33:15,708
Dengan satu usul.
390
00:33:16,708 --> 00:33:17,748
Beraninya tuanku.
391
00:33:19,666 --> 00:33:20,876
Atau bodoh.
392
00:33:21,458 --> 00:33:23,998
Sudah tentu beta selamat di sini,
393
00:33:24,083 --> 00:33:26,633
tambahan pula, beta bersama
komander kanan Empayar Emas
394
00:33:26,708 --> 00:33:30,378
dan bakal ahli Majlis Diraja beta.
395
00:33:31,125 --> 00:33:33,825
Tuanku akan jadikan patik ahli majlis?
396
00:33:33,916 --> 00:33:35,826
Dengan gelaran.
397
00:33:35,916 --> 00:33:40,076
Bagaimana dengan gelaran
duta dagangan dunia baru?
398
00:33:41,625 --> 00:33:44,535
Bukankah itu yang kamu mahu?
Kedudukan berpangkat.
399
00:33:45,250 --> 00:33:48,210
Penyertaan di dunia baru
yang bebas daripada Balor.
400
00:33:48,291 --> 00:33:50,881
Status sosial
untuk berkahwin, kalau perlu.
401
00:33:51,625 --> 00:33:54,575
- Beta cakap saja.
- Balor takkan membenarkannya.
402
00:33:54,666 --> 00:33:58,666
Beta syorkan kita tunjuk kepadanya
yang maharani dan tentera bersatu
403
00:33:59,416 --> 00:34:02,666
dan dia perlu tunduk kepada empayar,
bukan sebaliknya.
404
00:34:05,375 --> 00:34:06,875
Berbaloikah risikonya?
405
00:34:10,750 --> 00:34:12,710
Kita ada cita-cita yang sama.
406
00:34:14,666 --> 00:34:16,956
Untuk mengembangkan empayar kita.
407
00:34:18,791 --> 00:34:22,581
Balor lelaki marhaen
yang benci kewujudan kita.
408
00:34:23,458 --> 00:34:26,498
Baginya, kamu dan dia tak setaraf.
Tentu kamu sedar.
409
00:34:26,583 --> 00:34:28,293
Dia kawal pintunya.
410
00:34:30,375 --> 00:34:34,205
- Kita perlukan dia untuk ke dunia baru.
- Tidak lagi selepas ini.
411
00:34:34,958 --> 00:34:36,788
Kalau kita bekerjasama.
412
00:34:40,458 --> 00:34:43,168
Ada satu lagi benda yang beta perlukan.
413
00:34:45,291 --> 00:34:46,171
Seorang waris.
414
00:34:48,000 --> 00:34:51,830
Tolong bawa
Fjall Stoneheart pulang hidup-hidup.
415
00:34:52,958 --> 00:34:56,958
Dia tentu mahu bunuh tuanku
daripada berkongsi zuriat dengan tuanku.
416
00:34:57,708 --> 00:34:59,788
Tapi keadaan dah berubah.
417
00:35:00,916 --> 00:35:03,286
Mereka yang bersengketa boleh bersekutu.
418
00:35:04,500 --> 00:35:05,460
Jadi,
419
00:35:06,541 --> 00:35:07,881
kamu setuju?
420
00:35:15,083 --> 00:35:17,043
Jangan fikir terlalu lama.
421
00:35:18,125 --> 00:35:22,375
Hidup bermula dan berakhir sekelip mata
kebelakangan ini.
422
00:35:28,666 --> 00:35:30,576
Ini mungkin permulaan baru.
423
00:35:38,125 --> 00:35:39,495
Atau penamat bagi kita.
424
00:36:10,458 --> 00:36:13,168
Bagaimana kau kenal ahli sihir itu?
425
00:36:13,708 --> 00:36:14,788
Kami bersaudara.
426
00:36:15,291 --> 00:36:16,501
Lebih kurang begitu.
427
00:36:17,625 --> 00:36:20,785
Lahir serentak di kampung yang sama,
428
00:36:20,875 --> 00:36:22,825
di bawah bintang yang marak.
429
00:36:24,750 --> 00:36:26,130
Kembar suci,
430
00:36:26,208 --> 00:36:28,708
dengan anugerah kuasa ajaib
yang sama tapi…
431
00:36:30,583 --> 00:36:33,003
Itu kisah silam. Pegang sikunya.
432
00:37:04,375 --> 00:37:05,205
Terima kasih.
433
00:37:10,166 --> 00:37:11,166
Apa kau rasa?
434
00:37:11,875 --> 00:37:12,825
Hebat.
435
00:37:19,958 --> 00:37:21,668
Apa yang berlaku di Xin'trea?
436
00:37:25,083 --> 00:37:29,173
Sepanjang hidup aku,
437
00:37:30,458 --> 00:37:32,828
aku bercita-cita menjelajahi dunia lain.
438
00:37:35,000 --> 00:37:37,750
Jadi, aku gembira
apabila pintu itu terbuka.
439
00:37:37,833 --> 00:37:39,833
Buminya, makanannya,
440
00:37:39,916 --> 00:37:41,576
sumber yang tak putus-putus.
441
00:37:41,666 --> 00:37:44,746
Ia harapan untuk kaum bunian
hingga ke anak cucu.
442
00:37:44,833 --> 00:37:47,463
Tapi dunia yang kami lihat gersang.
443
00:37:49,041 --> 00:37:49,961
Tandus.
444
00:37:50,791 --> 00:37:51,631
"Kami?"
445
00:37:52,416 --> 00:37:55,666
Aku pergi bersama Ketua Pendeta Balor.
446
00:37:55,750 --> 00:37:58,670
Ada kuasa di sana yang menggerunkan aku.
447
00:38:01,125 --> 00:38:02,415
Di langitnya,
448
00:38:03,791 --> 00:38:05,001
ada raksasa dahsyat.
449
00:38:08,083 --> 00:38:09,503
Bunyi yang ia keluarkan…
450
00:38:14,041 --> 00:38:18,211
Aku cuba beritahu Balor
tentang perasaan yang aku alami di sana,
451
00:38:18,291 --> 00:38:20,921
kuasa yang berkecamuk.
452
00:38:21,708 --> 00:38:24,958
Aku beritahu dia
yang kami tak patut buka pintu itu,
453
00:38:25,041 --> 00:38:26,461
tapi dia tak peduli.
454
00:38:27,833 --> 00:38:29,963
Dia rampas Kitab Tugu dan tahan aku.
455
00:38:30,750 --> 00:38:33,460
Dia kata kononnya
aku dah hilang di dunia lain.
456
00:38:35,375 --> 00:38:37,205
Kemudian, dari kurungan aku,
457
00:38:40,500 --> 00:38:44,420
aku nampak raksasa yang sama,
458
00:38:44,500 --> 00:38:47,290
melenyapkan mereka
setelah dijampi oleh Balor.
459
00:38:47,791 --> 00:38:50,421
Aku lari dan bersumpah
akan memusnahkan pintu itu.
460
00:38:50,500 --> 00:38:52,330
Jadi, Balor dalang semua ini?
461
00:38:52,416 --> 00:38:54,376
Kau tak tahu rupanya.
462
00:38:56,416 --> 00:39:00,126
Merwyn yang kelar leher adik kau.
463
00:39:09,958 --> 00:39:11,378
Aku tak tipu.
464
00:39:13,791 --> 00:39:15,291
Raksasa itu sebesar mana?
465
00:39:16,083 --> 00:39:17,713
Sebesar kapal.
466
00:39:19,750 --> 00:39:21,460
Tapi ada masalah lebih besar.
467
00:39:23,958 --> 00:39:28,958
Tugu itu mengoyakkan
rintangan antara dunia.
468
00:39:29,041 --> 00:39:31,791
Tenaga aneh mula masuk ke dunia kita.
469
00:39:31,875 --> 00:39:34,745
Sebab itulah Zacaré sukar merawat.
470
00:39:34,833 --> 00:39:37,883
Ada beberapa hari saja
sebelum dunia kita musnah.
471
00:39:39,708 --> 00:39:41,828
Dunia akan berakhir melainkan…
472
00:39:41,916 --> 00:39:46,036
Kita perlu musnahkan tugu utama
di Xin'trea. Ard Gaeth.
473
00:39:46,125 --> 00:39:47,625
Kami nak ikut kamu.
474
00:39:47,708 --> 00:39:50,378
Untuk bunuh maharani?
Bela kematian keluarga?
475
00:39:50,458 --> 00:39:53,248
Kau takkan sempat
kerana dunia akan musnah dulu.
476
00:39:53,333 --> 00:39:59,673
Kami nak guna tugu
untuk buka laluan terus ke laman istana.
477
00:39:59,750 --> 00:40:01,040
Itulah cara aku ke sini.
478
00:40:01,125 --> 00:40:03,455
Tugu itu setengah hari perjalanan
ke arah barat.
479
00:40:03,541 --> 00:40:06,291
- Kita boleh tiba di istana malam ini.
- Balor kawal istana.
480
00:40:06,375 --> 00:40:09,915
Balor tak tahu kita boleh pergi
dari satu tugu ke tugu lain.
481
00:40:10,000 --> 00:40:12,420
Peluang kita lebih cerah
jika kita bekerjasama.
482
00:40:13,291 --> 00:40:15,131
Dewa-dewi telah menemukan kita.
483
00:40:17,208 --> 00:40:18,828
Tentu ada tujuannya.
484
00:40:19,333 --> 00:40:21,793
Kita terpaksa. Kita tiada askar upahan…
485
00:40:21,875 --> 00:40:23,035
Aduhai.
486
00:40:23,875 --> 00:40:25,825
Baiklah. Kami akan lindungi kau.
487
00:40:25,916 --> 00:40:28,916
Kau musnahkan tugu.
Kami tewaskan Merwyn dan raksasanya.
488
00:40:34,708 --> 00:40:38,918
Maka dengan itu, empat menjadi enam.
489
00:40:51,333 --> 00:40:54,173
Katanya kita akan dihantar ke Xin'trea?
490
00:40:54,250 --> 00:40:56,210
Ingatkan mereka tak terima bunian wanita.
491
00:40:56,291 --> 00:40:58,581
Dengar kata makanan di sana mewah.
492
00:40:59,333 --> 00:41:03,633
Bangsawan, marhaen,
semuanya gemuk-gemuk belaka.
493
00:41:03,708 --> 00:41:04,918
Berhenti di situ.
494
00:41:05,458 --> 00:41:08,628
Ada daging dan ikan di semua meja.
495
00:41:56,833 --> 00:41:58,713
Kenapa ada dua bulan?
496
00:41:58,791 --> 00:42:01,171
Ke mana kau bawa kami?
497
00:42:01,250 --> 00:42:02,080
Aku tak tahu.
498
00:42:02,666 --> 00:42:04,286
Ia sepatutnya berjaya.
499
00:42:04,375 --> 00:42:06,575
Aku ingat istana lebih indah.
500
00:42:06,666 --> 00:42:08,246
Bawa kami pulang.
501
00:42:15,083 --> 00:42:17,673
Cantiknya…
502
00:42:25,000 --> 00:42:26,000
Cis celaka!
503
00:42:27,500 --> 00:42:29,130
Itu apa?
504
00:42:29,208 --> 00:42:30,078
Lari!
505
00:42:30,916 --> 00:42:32,326
Tunggu aku!
506
00:42:32,416 --> 00:42:33,956
Éile, lari!
507
00:42:37,208 --> 00:42:41,918
Ke mana perginya si anak rusa?
508
00:42:43,250 --> 00:42:46,540
Merentasi buana
509
00:42:46,625 --> 00:42:49,205
Di bawah pancaran suria
510
00:42:50,666 --> 00:42:56,376
Ke mana perginya si anak rubah?
511
00:42:57,541 --> 00:43:00,881
Di padang dan sungai
512
00:43:00,958 --> 00:43:03,498
Di sebalik salji yang mencurah
513
00:43:04,750 --> 00:43:07,710
Aku setia menunggu
514
00:43:07,791 --> 00:43:10,631
Cinta hatiku
515
00:43:11,958 --> 00:43:14,958
Bertemankan bulan bintang
516
00:43:15,041 --> 00:43:17,381
Nyanyian merbuk yang merdu
517
00:43:19,500 --> 00:43:24,920
Bawalah bersamamu busur dan pedang
518
00:43:25,708 --> 00:43:31,538
Agar kau tak ditelan Hutan Brokilon
519
00:43:32,375 --> 00:43:37,915
Bawalah bersamamu busur dan pedang
520
00:43:38,000 --> 00:43:40,210
Agar kau tak dibawa
521
00:43:42,000 --> 00:43:45,170
Ke alam yang kelam
522
00:45:53,791 --> 00:45:58,541
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin