1
00:00:06,600 --> 00:00:09,280
Hei.
2
00:00:09,360 --> 00:00:11,360
Aku pegang kau, sayang.
3
00:00:11,920 --> 00:00:12,920
Kau okey?
4
00:00:17,280 --> 00:00:18,800
Kau tahu aku akan selalu jaga kau.
5
00:00:21,920 --> 00:00:22,920
Aku tahu.
6
00:00:30,480 --> 00:00:31,680
Baiklah.
7
00:00:39,760 --> 00:00:43,240
Ayah aku suruh kau bunuh
seseorang yang sangat rapat dengan aku.
8
00:00:45,400 --> 00:00:47,120
Aku takkan biarkan itu terjadi.
9
00:00:49,800 --> 00:00:54,080
Hari-hari dia merampas
orang yang aku sayangi daripada aku…
10
00:00:58,320 --> 00:00:59,680
hari-hari itu dah berakhir.
11
00:01:04,640 --> 00:01:05,680
Mari pergi.
12
00:02:20,480 --> 00:02:22,160
Tlotlo tiada di sini. Dia dah pergi.
13
00:02:23,120 --> 00:02:24,240
Tlotlo tiada di rumah,
14
00:02:24,840 --> 00:02:28,320
selepas aku pesan jangan tinggalkan rumah
sehingga diberitahu kemudian.
15
00:02:28,880 --> 00:02:31,720
Pak Cik Taledi culik isteri aku,
kini aku perlu risau budak ini.
16
00:02:33,640 --> 00:02:36,240
Kau rasa tempat ini selamat, Mogomotsi?
17
00:02:36,840 --> 00:02:37,960
Ya, maksud aku…
18
00:02:38,560 --> 00:02:40,240
Aku cuma cakap, mungkin…
19
00:02:40,880 --> 00:02:43,960
Tlotlo tak rasa selamat berada di sini.
20
00:02:44,560 --> 00:02:46,720
Apa maksud kau?
Aku upah pengawal terbaik di sini.
21
00:02:48,880 --> 00:02:51,080
Kalau kau ada hal nak cakap,
cakap sajalah.
22
00:02:56,880 --> 00:02:59,640
Kadangkala, orang diancam bahaya
daripada keluarga sendiri.
23
00:03:01,360 --> 00:03:04,440
Orang sama yang kau amat percayai
boleh tembak kau macam anjing kurap
24
00:03:04,520 --> 00:03:06,400
di tengah-tengah Gaborone.
25
00:03:06,480 --> 00:03:08,440
Macam tiada orang yang menyayangi kau.
26
00:03:10,800 --> 00:03:12,320
Aku tak sangka kau sanggup buat.
27
00:03:14,240 --> 00:03:16,440
Bukan kau, Mo! Bukan kau!
28
00:03:18,840 --> 00:03:20,920
Simon rampas dua anak aku. Dua!
29
00:03:21,520 --> 00:03:24,280
Macam mana kau duduki tempat itu?
Macam mana kau nak buat?
30
00:03:26,280 --> 00:03:28,856
Berapa banyak lagi darah keluarga Masire
kau nak beri kepada syaitan ini?
31
00:03:28,880 --> 00:03:30,680
Berapa banyak lagi kita akan hilang?
32
00:03:34,480 --> 00:03:35,560
Kau tahu tak…
33
00:03:36,960 --> 00:03:38,760
Aku harap Tlotlo menjauhi kau.
34
00:03:40,120 --> 00:03:43,000
Sejauh yang boleh.
35
00:03:46,080 --> 00:03:47,760
Tolong jangan ganggu aku.
36
00:04:53,720 --> 00:04:56,280
SEDIA UNTUK MEMBANTU
37
00:05:11,080 --> 00:05:12,160
Tak guna!
38
00:05:20,520 --> 00:05:23,240
Oh, kawan.
39
00:05:24,400 --> 00:05:27,320
Adakah ini kau?
Aku tak sangka kau boleh berdiri.
40
00:05:28,640 --> 00:05:31,720
Doktor itu memang hebat.
Mereka kata ini satu keajaiban.
41
00:05:33,400 --> 00:05:35,120
Kau patut anggap diri kau bertuah.
42
00:05:36,840 --> 00:05:37,840
Kenapa?
43
00:05:38,800 --> 00:05:40,440
Pertama, kau masih hidup.
44
00:05:42,240 --> 00:05:45,240
Kedua, kau patut anggap ini peluang
untuk tebus diri kau.
45
00:05:46,960 --> 00:05:49,360
Perbetulkan hal yang salah.
46
00:05:55,360 --> 00:05:56,360
Apa maksud kau?
47
00:06:00,200 --> 00:06:03,160
Jangan buat tak tahu, Thuso.
Kau tahu tujuan aku ke sini.
48
00:06:03,760 --> 00:06:05,320
Aku datang nak beri perlindungan.
49
00:06:07,200 --> 00:06:09,240
Mogomotsi Masire cuba bunuh kau.
50
00:06:11,320 --> 00:06:13,240
Untuk tutup mulut kau.
51
00:06:15,840 --> 00:06:17,600
Kau sudah mula sedar, ya?
52
00:06:19,880 --> 00:06:21,920
Ya, jujur sajalah,
53
00:06:22,000 --> 00:06:24,000
antara kau dengan aku.
Kita tahu hal sebenar.
54
00:06:24,080 --> 00:06:25,760
Kau hidup dalam waktu yang tak menentu.
55
00:06:28,080 --> 00:06:30,880
Aku akan cuba lari dari hospital
kalau aku jadi kau.
56
00:06:37,280 --> 00:06:40,360
- Kau tak boleh lindungi aku.
- Aku boleh.
57
00:06:41,840 --> 00:06:43,120
Aku akan lindungi kau.
58
00:06:43,680 --> 00:06:45,360
Kau cuma perlu beritahu maklumat
59
00:06:45,440 --> 00:06:47,800
tentang rompakan emas
dan aku akan uruskan selebihnya.
60
00:06:48,400 --> 00:06:50,880
Aku akan bawa kau
ke rumah selamat pilihan kau.
61
00:06:51,560 --> 00:06:54,200
Kau boleh mula hidup baharu balik.
62
00:06:56,200 --> 00:06:57,440
Permulaan baharu.
63
00:06:58,480 --> 00:06:59,480
Jauh…
64
00:07:01,400 --> 00:07:02,920
tempat orang tak boleh cari kau.
65
00:07:04,240 --> 00:07:06,120
- Hei.
- Kenapa aku perlu percaya kau?
66
00:07:06,760 --> 00:07:08,960
Hanya aku yang boleh pastikan kau hidup.
67
00:07:10,680 --> 00:07:13,360
Kau keluar dan kau akan mati.
68
00:07:15,600 --> 00:07:16,600
Fikirkannya.
69
00:07:19,080 --> 00:07:21,480
Jangan jadi dungu, terima tawaran aku.
70
00:07:21,560 --> 00:07:22,680
Teruskan hidup.
71
00:07:25,840 --> 00:07:29,120
Atau kau boleh masuk penjara,
tempat orang Masire boleh cari kau.
72
00:07:30,360 --> 00:07:32,880
Aku jamin,
mereka takkan sia-siakan peluang kali ini.
73
00:07:33,840 --> 00:07:35,160
Apa yang akan terjadi?
74
00:07:42,200 --> 00:07:43,320
Aku sudah cuba.
75
00:07:44,920 --> 00:07:45,960
Tunggu.
76
00:07:53,920 --> 00:07:54,960
Aku akan buat.
77
00:07:57,720 --> 00:07:58,760
Bagus.
78
00:08:08,360 --> 00:08:10,880
Tlotlo, kau tak nak lakukan ini.
79
00:08:10,960 --> 00:08:14,880
Tlotlo, kau bukan pembunuh.
Kita berdua tahu hal ini.
80
00:08:15,480 --> 00:08:17,440
Beritahu kami
tempat mereka sembunyikan dia.
81
00:08:17,520 --> 00:08:20,000
- Sembunyikan siapa?
- Anak Menzi!
82
00:08:20,080 --> 00:08:21,840
Manalah aku tahu!
83
00:08:21,920 --> 00:08:25,160
Jangan buat tak tahu, okey?
Ini memang menjengkelkan.
84
00:08:26,480 --> 00:08:27,480
Dia sudah mati.
85
00:08:28,080 --> 00:08:30,800
- Bohong!
- Kenapa aku nak bohong?
86
00:08:30,880 --> 00:08:33,000
Sebab kami tahu
Mo menyembunyikan dia hidup-hidup.
87
00:08:33,679 --> 00:08:35,280
Lagi cepat kau beritahu lokasi dia,
88
00:08:35,880 --> 00:08:37,200
lagi cepat kau boleh berambus.
89
00:08:37,280 --> 00:08:39,159
Kenapa? Dengar cakap aku.
90
00:08:39,799 --> 00:08:41,799
Kenapa dia nak buat begitu?
91
00:08:41,880 --> 00:08:43,240
Manalah aku tahu, Leon!
92
00:08:44,800 --> 00:08:47,440
Mungkin itu sebab yang sama
dia suruh kau bunuh Thuso.
93
00:08:47,520 --> 00:08:53,440
Thuso? Thuso itu pemberi maklumat!
Thuso berubah menjadi saksi keadaan!
94
00:08:54,760 --> 00:08:56,400
Bohong!
95
00:08:57,000 --> 00:08:58,000
Macam mana kau tahu?
96
00:08:59,080 --> 00:09:02,440
Macam mana kau tahu yang sekarang
dia tak pecahkan rahsia kita?
97
00:09:03,040 --> 00:09:06,040
Dalam masa satu jam, semua polis
di Johannesburg akan buru ayah kau.
98
00:09:06,680 --> 00:09:09,240
Sayang, jangan dengar cakap dia.
99
00:09:09,320 --> 00:09:11,800
Tlotlo, dengar cakap aku.
Ayah kau perlu aku sekarang.
100
00:09:11,880 --> 00:09:15,000
Masalah Zaza ini hanya membuang masa.
101
00:09:15,080 --> 00:09:16,480
Aku sudah faham sekarang,
102
00:09:16,560 --> 00:09:19,280
kamu semua mereka-reka cerita
tanpa mengetahui akibatnya. Tolonglah!
103
00:09:23,400 --> 00:09:24,560
Kau ada masa tiga saat.
104
00:09:27,800 --> 00:09:28,880
Satu…
105
00:09:31,680 --> 00:09:33,040
- dua…
- Mimi.
106
00:10:06,280 --> 00:10:07,680
Terima kasih sudi jumpa aku.
107
00:10:07,760 --> 00:10:10,640
Berani kau tunjuk muka kau di sini!
108
00:10:10,720 --> 00:10:14,240
Aku patut pancung kepala kau
dan gantung di pagar aku…
109
00:10:14,320 --> 00:10:16,680
Annamarie, cukuplah.
110
00:10:20,880 --> 00:10:21,880
Betul kata dia.
111
00:10:23,720 --> 00:10:26,520
Tunjuk muka di sini,
kurang pengawal, tidak dilindungi.
112
00:10:27,760 --> 00:10:29,840
Sama ada kau gila atau dungu.
113
00:10:30,960 --> 00:10:31,960
Apa kau nak?
114
00:10:32,000 --> 00:10:34,120
Aku rasa dia nak mati.
115
00:10:34,200 --> 00:10:35,800
Beri apa-apa saja yang dia nak.
116
00:10:35,880 --> 00:10:38,600
Betulkah dia cakap?
Adakah itu yang kau nak?
117
00:10:40,760 --> 00:10:44,200
Aku tahu kau fikir aku bunuh anak kau,
tetapi bukan aku.
118
00:10:48,560 --> 00:10:50,320
Namun, aku tahu orang yang buat.
119
00:10:51,240 --> 00:10:52,360
Aku juga ada bukti.
120
00:10:54,680 --> 00:10:57,240
Aku akan tembak kepala dia,
beri saja arahan kepada aku.
121
00:10:58,480 --> 00:11:00,120
Tunggu. Bertenang.
122
00:11:06,640 --> 00:11:08,280
Siapa yang lakukan ini?
123
00:11:09,600 --> 00:11:10,880
Anak aku sudah mati.
124
00:11:12,080 --> 00:11:14,120
Aku masih tak dapat
emas kau janji kepada aku.
125
00:11:16,560 --> 00:11:17,680
Kau akan dapat emas itu.
126
00:11:18,920 --> 00:11:20,080
Apa syaratnya?
127
00:11:20,680 --> 00:11:22,680
Pastikan ia tidak jatuh
ke tangan yang salah.
128
00:11:24,000 --> 00:11:25,000
Itulah syaratnya.
129
00:11:25,880 --> 00:11:27,080
Tangan siapa?
130
00:11:28,360 --> 00:11:30,280
Tangan orang yang bunuh anak aku?
131
00:11:46,600 --> 00:11:50,960
Seperti dibincangkan,
setelah kita dapat emas itu,
132
00:11:51,040 --> 00:11:53,800
ia akan dibahagikan sewajarnya.
133
00:11:55,040 --> 00:11:57,280
Jelas keluarga kita akan dapat
bahagian terbanyak,
134
00:11:57,360 --> 00:11:58,560
namun, yakinlah,
135
00:12:00,160 --> 00:12:04,720
jika setiap orang mainkan peranan,
kita akan peroleh dengan banyak.
136
00:12:06,120 --> 00:12:07,120
Akhir sekali…
137
00:12:09,280 --> 00:12:10,760
orang kau sudah bersedia?
138
00:12:12,560 --> 00:12:13,880
Mestilah.
139
00:12:13,960 --> 00:12:15,440
Aku perlu butiran.
140
00:12:16,120 --> 00:12:19,160
Kalau Aliko Bajo sudah cakap begitu,
begitulah.
141
00:12:19,240 --> 00:12:21,240
Tak perlu nak merendahkan sesiapa di sini.
142
00:12:21,840 --> 00:12:22,960
Tiada siapa pun buat begitu.
143
00:12:24,840 --> 00:12:26,920
Kami tahu peranan kau penting
dalam operasi ini
144
00:12:27,640 --> 00:12:29,960
dan kau berdua
akan terima ganjaran sewajarnya,
145
00:12:30,720 --> 00:12:32,080
setelah kita kuasai Jo'burg.
146
00:12:34,840 --> 00:12:38,320
Aku nak kawal semua
penghantaran dadah ke Jo'burg.
147
00:12:39,440 --> 00:12:41,040
Rangkaian pengedaran
148
00:12:41,800 --> 00:12:44,040
dan sebahagian besar jualan akhir.
149
00:12:46,120 --> 00:12:48,240
- Itu tak ikut perjanjian kita.
- Setuju.
150
00:12:48,800 --> 00:12:49,840
Apa?
151
00:12:50,600 --> 00:12:51,640
Aku sudah cakap.
152
00:12:52,880 --> 00:12:55,080
Separuh penghantaran dan
80 peratus pengedaran.
153
00:12:56,200 --> 00:12:57,640
Selebihnya milik kami.
154
00:12:58,720 --> 00:13:00,360
Macam mana dengan Mo Masire?
155
00:13:03,360 --> 00:13:04,920
Dia takkan jadi masalah.
156
00:13:06,320 --> 00:13:10,760
Kebanyakan orang dia sudah mati,
dipenjara, atau sudah lari.
157
00:13:12,560 --> 00:13:14,080
Dia tiada bala tentera.
158
00:13:16,600 --> 00:13:20,880
En. Turner, boleh kami percaya kau
dengan permintaan kecil kami?
159
00:13:29,160 --> 00:13:30,520
Pastikan aku dapat bahagian aku.
160
00:13:31,120 --> 00:13:32,120
Kalau tidak?
161
00:13:36,240 --> 00:13:38,640
Kalau tidak, senarai aku
akan jadi jauh lebih panjang.
162
00:13:45,440 --> 00:13:46,880
Tentu kau tak nak masuk senarai aku.
163
00:13:57,400 --> 00:13:58,880
Veronica, tinggalkan kami di sini.
164
00:14:02,600 --> 00:14:04,200
Ada hal yang aku perlu risau?
165
00:14:04,280 --> 00:14:07,600
Berhenti tanya banyak soalan.
Tinggalkan kami.
166
00:14:29,120 --> 00:14:33,960
Setelah emas itu selamat
berada di tangan kita,
167
00:14:34,880 --> 00:14:39,480
aku nak kau bunuh Turner
dan semua ahli keluarga Masire…
168
00:14:42,000 --> 00:14:43,520
termasuklah Veronica.
169
00:14:44,800 --> 00:14:46,440
Aku tak mahu mereka
170
00:14:46,520 --> 00:14:50,240
datang mencabar aku
setelah aku ambil alih Johannesburg.
171
00:15:09,120 --> 00:15:10,240
Baiklah, dengar sini.
172
00:15:11,960 --> 00:15:15,240
Kita ada waran tangkap
untuk semua keluarga jenayah Masire.
173
00:15:17,160 --> 00:15:18,840
Namun, itu tak penting.
174
00:15:19,920 --> 00:15:24,800
Tumpuan utama kita adalah untuk
tangkap Mogomotsi Masire kerana merancang
175
00:15:24,880 --> 00:15:28,640
dan melakukan rompakan
Transit Mineral Afrika Selatan.
176
00:15:31,120 --> 00:15:32,560
Ada syaratnya.
177
00:15:33,800 --> 00:15:37,080
Untuk membolehkan tangkapan ini
dikenakan tindakan mahkamah,
178
00:15:39,040 --> 00:15:43,360
kita perlukan bukti yang kukuh.
179
00:15:44,600 --> 00:15:50,360
Maksud aku, bukti dalam bentuk
tunai dan emas.
180
00:15:51,960 --> 00:15:55,080
Selepas mengumpul risikan yang cukup
daripada orang aku di dalam,
181
00:15:55,160 --> 00:15:57,240
sebab seseorang perlu buat kerja itu…
182
00:15:58,680 --> 00:16:01,760
Kita ada sebab untuk percaya
yang keluarga Masire
183
00:16:01,840 --> 00:16:05,960
rancang untuk menukar wang tunai
dengan jongkong emas hari ini.
184
00:16:07,960 --> 00:16:09,520
Sekarang, kau faham maksudnya.
185
00:16:11,080 --> 00:16:12,080
Mulaudzi,
186
00:16:12,920 --> 00:16:17,560
pasukan kau perlu berada dalam
keadaan yang paling bagus.
187
00:16:17,640 --> 00:16:18,640
Baiklah, tuan.
188
00:16:21,040 --> 00:16:23,200
Jangan beri alasan kali ini.
189
00:16:24,080 --> 00:16:26,360
Orang yang kita sebut ini amat berbahaya.
190
00:16:26,440 --> 00:16:29,080
Mereka takkan fikir dua kali.
Mereka akan tembak kepala kau.
191
00:16:32,120 --> 00:16:33,760
Jadi, kita perlu lawan balik.
192
00:16:34,720 --> 00:16:37,280
Kita jangan tunjuk hormat dalam hal ini.
193
00:16:37,880 --> 00:16:41,200
Tempat pertemuan di luar jalan raya
tertutup yang masih dalam pembinaan.
194
00:16:41,800 --> 00:16:44,880
Kau tahu maksudnya, Sarjan Dumi.
195
00:16:45,440 --> 00:16:48,400
Kau tak boleh beritahu aku
yang orang awam ada di atas jalan.
196
00:16:48,480 --> 00:16:50,520
Itu bukan lagi alasan.
197
00:16:52,680 --> 00:16:53,960
Pasukan A,
198
00:16:55,120 --> 00:16:57,680
aku nak Pasukan A
di tepi jalan sebelah tenggara.
199
00:16:58,440 --> 00:17:01,760
Pasukan B di tepi jalan sebelah utara.
200
00:17:02,600 --> 00:17:05,280
Aku tak perlu nak ingatkan
hal yang terjadi kepada ahli pasukan
201
00:17:05,359 --> 00:17:07,240
yang tak buat kerja betul-betul, bukan?
202
00:17:07,319 --> 00:17:08,599
Tidak, tuan.
203
00:17:09,240 --> 00:17:10,760
Kau ingat Stan?
204
00:17:11,920 --> 00:17:12,920
Ya.
205
00:17:13,400 --> 00:17:14,680
Kau ingat Stan?
206
00:17:16,760 --> 00:17:17,960
Jangan jadi macam Stan.
207
00:17:20,160 --> 00:17:21,160
Mari buat kerja.
208
00:17:59,160 --> 00:18:00,920
SIMON MASIRE
209
00:18:02,120 --> 00:18:05,280
- Jangan ganggu aku.
- Hei, lepaskan abang kau!
210
00:18:05,360 --> 00:18:07,880
Sentiasa ingat,
kau akan sentiasa berkelahi dalam hidup.
211
00:18:07,960 --> 00:18:11,920
Namun, jangan biar apa-apa
atau sesiapa masuk campur urusan kau.
212
00:18:12,000 --> 00:18:13,600
Utamakan keluarga.
213
00:18:17,120 --> 00:18:20,440
Ibu harap kau dengar. Utamakan keluarga.
214
00:18:27,120 --> 00:18:28,720
Aku mungkiri janji aku.
215
00:18:33,520 --> 00:18:35,720
Aku berjanji tiada apa-apa
yang akan menghalang kita…
216
00:18:39,120 --> 00:18:40,280
dan keluarga kita.
217
00:18:44,600 --> 00:18:45,720
Aku gagal.
218
00:18:48,040 --> 00:18:49,920
Namun, aku janji sekarang…
219
00:18:52,120 --> 00:18:54,640
aku takkan ulangi lagi kesilapan itu.
220
00:19:11,840 --> 00:19:15,080
Aku nak kau beritahu hal sebenar.
221
00:19:16,760 --> 00:19:19,600
Aku nak kau mengaku, Mogomotsi.
222
00:19:21,520 --> 00:19:24,480
Aku tahu yang ibu kau pembunuh
223
00:19:24,560 --> 00:19:27,800
dan Simon bunuh dia
untuk dapatkan kuasanya.
224
00:19:28,560 --> 00:19:32,200
Bahawa kau ditangkap
atas tuduhan rompakan sepuluh tahun lalu.
225
00:19:34,040 --> 00:19:36,680
Simon rampas segalanya…
226
00:19:38,400 --> 00:19:40,080
termasuklah anak kau
227
00:19:41,080 --> 00:19:43,160
dan perempuan yang kau sayang.
228
00:19:45,720 --> 00:19:48,160
Kau rancang nak balas dendam.
229
00:19:49,440 --> 00:19:51,520
Kau buat dia percaya kau balik.
230
00:19:54,400 --> 00:19:57,520
Itulah yang kau buat.
Apabila saat itu tiba…
231
00:19:59,480 --> 00:20:00,520
kau bunuh dia.
232
00:20:02,200 --> 00:20:04,240
Ini balas dendam, bukan?
233
00:20:05,840 --> 00:20:07,160
Mengakulah!
234
00:20:08,280 --> 00:20:09,560
Mengakulah! Tak guna!
235
00:20:10,520 --> 00:20:12,520
- Mengakulah!
- Baiklah, aku yang bunuh!
236
00:20:14,840 --> 00:20:15,840
Aku yang bunuh.
237
00:20:17,680 --> 00:20:19,720
Namun, aku tiada pilihan, Angela.
238
00:20:21,360 --> 00:20:22,720
Aku tiada pilihan.
239
00:20:24,240 --> 00:20:25,760
Aku bunuh abang aku sendiri.
240
00:20:28,240 --> 00:20:30,440
Aku bunuh anak ayah aku.
241
00:20:32,280 --> 00:20:33,840
Namun, aku tiada pilihan.
242
00:20:35,880 --> 00:20:37,680
Sumpahan itu mahukan korban.
243
00:20:38,920 --> 00:20:41,240
Korban yang dia tak sanggup beri,
244
00:20:41,320 --> 00:20:46,200
namun, masa lalu Robin
menjerat Robin dan anaknya,
245
00:20:47,160 --> 00:20:49,240
dia pergi ke Botswana
untuk cuba lindungi mereka,
246
00:20:50,440 --> 00:20:52,080
namun, dia kalah.
247
00:20:54,280 --> 00:20:56,040
Daripada mengorbankan diri sendiri…
248
00:20:58,320 --> 00:20:59,640
dia bunuh anak sendiri.
249
00:21:05,040 --> 00:21:06,520
Aku bunuh dia.
250
00:21:08,480 --> 00:21:10,600
Aku nak tamatkan sumpahan ini.
251
00:21:12,080 --> 00:21:14,160
Sumpahan ini sudah berdekad
dalam keluarga kami.
252
00:21:16,320 --> 00:21:18,600
Aku lakukannya
untuk lindungi anak aku, Tlotlo.
253
00:21:20,360 --> 00:21:22,560
Aku lakukannya
untuk lindungi anak aku dalam perut.
254
00:21:26,320 --> 00:21:29,400
Aku buat untuk lindungi semua generasi
keluarga Masire akan datang.
255
00:21:33,200 --> 00:21:35,480
Sehinggalah aku sedar
yang semua itu sia-sia saja.
256
00:21:37,080 --> 00:21:38,360
Apa maksud kau?
257
00:21:43,000 --> 00:21:44,360
Seperti yang kau lihat…
258
00:21:46,200 --> 00:21:47,840
Mermaid hidup dalam diri aku.
259
00:22:07,960 --> 00:22:11,400
Aku akan rampas
seorang ahli keluarga kau malam ini.
260
00:22:11,480 --> 00:22:13,880
Malam ini juga.
261
00:22:13,960 --> 00:22:16,440
Jangan buat begini kepada aku. Tolonglah.
262
00:22:16,520 --> 00:22:19,280
Malam ini juga!
263
00:22:20,840 --> 00:22:24,800
Aku semakin kehilangan ahli keluarga aku.
Aku perlukan bantuan kau.
264
00:22:24,880 --> 00:22:30,600
Kau sudah gagal penuhi permintaan aku.
265
00:22:30,680 --> 00:22:31,960
Aku minta peluang terakhir.
266
00:22:32,800 --> 00:22:34,760
Kau akan dapat anak yang kau nak.
267
00:22:34,840 --> 00:22:36,120
Beri aku peluang terakhir.
268
00:22:37,840 --> 00:22:39,680
Tolong jangan buat aku begini.
269
00:23:04,960 --> 00:23:06,560
Aku ada sesuatu yang kau cari.
270
00:23:10,400 --> 00:23:12,880
Robin tinggalkan ini pada Simon
jika terjadi sesuatu kepadanya.
271
00:23:14,040 --> 00:23:15,640
Ia ada semua kata laluan ke akaun
272
00:23:15,720 --> 00:23:18,960
yang kau temui dalam pemacu keras FBI
yang kau ambil dari rumah Robin.
273
00:23:26,120 --> 00:23:27,880
Apa kau nak sebagai pertukaran?
274
00:23:29,800 --> 00:23:31,280
Aku nak cakap tentang perniagaan.
275
00:23:49,840 --> 00:23:53,720
BERSEDIA UNTUK MEMBANTU
276
00:24:42,640 --> 00:24:43,800
Adakah ini semua orangnya?
277
00:24:44,320 --> 00:24:45,320
Ya.
278
00:24:46,080 --> 00:24:48,600
Selepas Masai kini nazak
dan polis buat serbuan,
279
00:24:49,200 --> 00:24:51,000
ramai orang kita sudah tinggalkan kita.
280
00:24:53,520 --> 00:24:54,840
Mungkin itu perkara baik.
281
00:24:58,000 --> 00:24:59,280
Aku bukan nak bangkang,
282
00:25:00,000 --> 00:25:02,160
aku rasa tak sedap hati dengan semua ini.
283
00:25:03,120 --> 00:25:06,640
Aku tak rasa kau patut risau
sehingga perkara terakhir selesai.
284
00:25:08,000 --> 00:25:11,240
Macam abang aku selalu cakap, yakinlah.
285
00:25:13,560 --> 00:25:16,120
Leon, kau ke mana?
286
00:25:17,360 --> 00:25:19,000
Kita ada masalah dengan Tlotlo.
287
00:25:19,560 --> 00:25:21,440
Aku akan uruskannya kemudian.
288
00:25:27,640 --> 00:25:28,640
Ya?
289
00:25:29,040 --> 00:25:32,680
Litar Lumba Kyalami.
Serahkan emas kepada aku.
290
00:25:33,760 --> 00:25:35,000
Kalau kau nak emas,
291
00:25:36,160 --> 00:25:38,600
kau akan temuinya di jalan lama
yang telah dibina semula,
292
00:25:38,680 --> 00:25:39,920
betul-betul di luar Soweto.
293
00:25:41,000 --> 00:25:42,400
Aku akan hantar koordinasi.
294
00:25:43,040 --> 00:25:46,320
Aku rasa kau lupa
isteri kau yang berharga ada dengan aku.
295
00:25:50,280 --> 00:25:54,720
Lokasi aku, peraturan aku.
Terima atau lupakan.
296
00:26:13,560 --> 00:26:14,720
Kau tak perlu datang.
297
00:26:16,640 --> 00:26:17,840
Aku nak datang.
298
00:26:19,040 --> 00:26:20,680
Siapa lagi yang nak bantu kau?
299
00:26:26,040 --> 00:26:27,440
Kau tahu, dengan Keneilwe,
300
00:26:28,800 --> 00:26:30,160
Angela dan Tlotlo…
301
00:26:31,640 --> 00:26:34,080
perasaan mereka terhadap tindakan aku…
302
00:26:39,720 --> 00:26:41,000
Aku sayang kau, kakak.
303
00:26:47,880 --> 00:26:48,880
Kenapa?
304
00:26:51,800 --> 00:26:52,800
Tiada apa-apa.
305
00:26:55,440 --> 00:26:58,080
Aku tak ingat kau beritahu kau sayang aku.
306
00:27:09,760 --> 00:27:11,360
Mari mulakan permainan.
307
00:27:42,520 --> 00:27:43,600
Di mana isteri aku?
308
00:27:45,200 --> 00:27:46,520
Emas.
309
00:28:19,600 --> 00:28:21,680
Mari kita tamatkan hal ini.
310
00:28:24,320 --> 00:28:25,960
Tiada kaitan hal peribadi, anak buahku.
311
00:28:26,800 --> 00:28:29,040
Aku cuma harap kau faham.
312
00:29:41,680 --> 00:29:42,680
Leon, Sting,
313
00:29:43,680 --> 00:29:46,280
- bawa isteri aku ke tempat selamat.
- Bos, kau pasti?
314
00:29:46,960 --> 00:29:48,680
- Sayang, kau pasti?
- Jangan risau.
315
00:30:19,920 --> 00:30:21,280
Kau boleh balik sekarang.
316
00:30:22,560 --> 00:30:24,440
Maaf, adik, aku perlu lakukannya.
317
00:30:33,560 --> 00:30:34,760
Apa kau buat ini?
318
00:30:35,760 --> 00:30:39,080
Sesuatu yang aku nak buat
sejak keluarga ini mengabaikan aku.
319
00:30:43,200 --> 00:30:44,640
Apa kau cakap ini?
320
00:30:46,920 --> 00:30:48,320
Aku mencari kau.
321
00:30:50,080 --> 00:30:53,200
- Aku sudah cakap.
- Ini tentang ayah kau,
322
00:30:54,760 --> 00:30:56,040
abang aku,
323
00:30:56,760 --> 00:30:57,880
lakukan kepada aku.
324
00:30:59,600 --> 00:31:03,960
Apa yang keluarga Masire pandai buat?
Merampas.
325
00:31:04,880 --> 00:31:07,520
Tidak tinggalkan apa-apa untuk kami.
326
00:31:08,280 --> 00:31:09,280
Ayah aku…
327
00:31:11,160 --> 00:31:12,280
abang kau.
328
00:31:13,840 --> 00:31:16,440
Lelaki itu bina keluarga ini dari bawah.
329
00:31:18,120 --> 00:31:21,160
Dia bawa keluarga ini
ke kedudukan tinggi yang tak terbayang.
330
00:31:22,080 --> 00:31:23,920
Jadi, apa yang kau merepek ini?
331
00:31:24,600 --> 00:31:29,600
Ayah kau curi hak aku.
332
00:31:31,600 --> 00:31:33,120
Simon rampas daripada aku.
333
00:31:34,520 --> 00:31:35,640
Simon selamatkan kau.
334
00:31:35,720 --> 00:31:38,040
Simon selamatkan dirinya
dan biarkan aku mati.
335
00:31:38,640 --> 00:31:39,640
Semua biar aku mati.
336
00:31:41,560 --> 00:31:42,760
Sekarang,
337
00:31:43,800 --> 00:31:47,600
masa untuk kami balas balik.
338
00:31:52,080 --> 00:31:53,200
Kau akan ikut kami.
339
00:31:54,360 --> 00:31:55,440
Mari pergi.
340
00:31:58,320 --> 00:31:59,320
Gerak.
341
00:32:36,400 --> 00:32:37,880
Gerak!
342
00:32:48,800 --> 00:32:51,320
Kau tak patut rasa bersalah
atas apa-apa pun.
343
00:32:54,200 --> 00:32:55,440
Aku sangat bangga dengan kau.
344
00:33:22,320 --> 00:33:26,080
Di mana emas aku?
345
00:33:27,000 --> 00:33:28,000
Okey.
346
00:33:29,920 --> 00:33:31,520
Di mana emas aku?
347
00:34:13,239 --> 00:34:14,239
Bunuh dia!
348
00:34:15,760 --> 00:34:16,920
Tembak dia!
349
00:34:20,600 --> 00:34:21,679
Kenapa dengan kau ini?
350
00:34:23,719 --> 00:34:28,600
Apabila emas itu dalam genggaman kita,
351
00:34:28,679 --> 00:34:32,280
aku nak kau bunuh Turner
dan semua ahli keluarga Masire,
352
00:34:32,360 --> 00:34:33,560
termasuklah Veronica.
353
00:34:35,480 --> 00:34:37,000
Kau rakam percakapan aku?
354
00:34:38,239 --> 00:34:39,600
Aku yang rakam, orang tua.
355
00:34:42,800 --> 00:34:44,760
Aku sudah cakap jangan masuk senarai aku.
356
00:34:46,840 --> 00:34:48,080
Tengoklah diri kau sekarang.
357
00:34:49,840 --> 00:34:50,960
Kau sudah terkena.
358
00:34:58,400 --> 00:35:02,680
Perempuan tak setia!
359
00:35:03,640 --> 00:35:06,560
Ada perbezaan
antara kau dengan kami, pak cik.
360
00:35:07,240 --> 00:35:08,280
Apa perbezaannya?
361
00:35:13,800 --> 00:35:14,920
Bagi kami…
362
00:35:16,560 --> 00:35:18,520
keluarga sentiasa diutamakan.
363
00:35:32,520 --> 00:35:33,720
Melutut!
364
00:35:35,080 --> 00:35:36,280
Apa kau sudah buat?
365
00:35:38,880 --> 00:35:43,360
Apa kau sudah buat?
366
00:35:45,280 --> 00:35:46,720
Apa kau sudah buat?
367
00:35:47,760 --> 00:35:50,600
Si tak guna ini
hanya setia pada diri sendiri.
368
00:35:58,360 --> 00:36:00,040
Tangkap mereka!
369
00:36:02,480 --> 00:36:03,560
Tangkap mereka!
370
00:36:25,400 --> 00:36:26,400
Kejutan.
371
00:36:27,080 --> 00:36:28,160
Tangkap mereka!
372
00:36:28,960 --> 00:36:29,960
Kau ditahan.
373
00:36:30,560 --> 00:36:32,080
Kami tahu Taledi Masire ayah kau.
374
00:36:32,160 --> 00:36:34,520
Letakkan senjata.
375
00:36:35,520 --> 00:36:37,320
- Kau sudah buat…
- Letakkan senjata!
376
00:36:38,560 --> 00:36:40,200
Melutut!
377
00:36:45,600 --> 00:36:48,640
- Kau sudah buat silap.
- Angkat tangan.
378
00:36:50,560 --> 00:36:51,600
Tangkap dia.
379
00:36:53,600 --> 00:36:57,000
Kau berhak untuk terus diam.
Apa-apa saja yang kau cakap…
380
00:36:57,080 --> 00:36:59,320
- Tak guna!
- Diam.
381
00:37:07,040 --> 00:37:08,440
Ada satu lagi kami perlu buat.
382
00:37:10,560 --> 00:37:11,560
Baiklah.
383
00:37:13,120 --> 00:37:14,800
Namun ingat, kau dengan aku…
384
00:37:16,160 --> 00:37:17,320
kita sudah ada perjanjian.
385
00:37:18,600 --> 00:37:19,600
Perjanjian apa?
386
00:37:23,000 --> 00:37:24,000
Mari pergi dari sini.
387
00:37:24,520 --> 00:37:25,840
Mari pergi!
388
00:38:19,560 --> 00:38:23,320
PEMULIHAN
389
00:38:30,920 --> 00:38:33,520
Hei, banduan, mari ke sini!
390
00:38:34,160 --> 00:38:35,760
Cepat!
391
00:38:42,000 --> 00:38:48,880
Gerak. Cepat.
392
00:38:54,760 --> 00:38:59,720
PUSAT PEMULIHAN
393
00:39:07,800 --> 00:39:09,160
Cepatlah.
394
00:39:10,160 --> 00:39:13,920
Ini bukan rumah ibu kau.
395
00:39:20,760 --> 00:39:21,920
Masuk ke dalam.
396
00:39:26,400 --> 00:39:27,520
Aku cari seseorang.
397
00:39:27,600 --> 00:39:31,840
Aku tak tahu peraturan kau
semasa di Sun City,
398
00:39:31,920 --> 00:39:34,840
tetapi di sini, kau menyapa.
399
00:39:35,600 --> 00:39:37,280
- Helo.
- Helo.
400
00:39:39,520 --> 00:39:41,480
Orang yang aku cari,
nama keluarga kami sama.
401
00:39:41,560 --> 00:39:42,840
Aku pasti kau kenal dia.
402
00:39:43,840 --> 00:39:45,480
Dia memang nak jumpa kau.
403
00:39:47,600 --> 00:39:48,760
Baiklah.
404
00:39:48,840 --> 00:39:51,360
Masuk ke dalam. Cepat!
405
00:40:22,760 --> 00:40:28,000
Katak takkan melompat
sepanjang hari tanpa sebab.
406
00:40:28,760 --> 00:40:33,680
Kau datang minta kuasa,
407
00:40:34,560 --> 00:40:37,120
di bumi penuh roh.
408
00:40:43,840 --> 00:40:47,600
Aku, roh yang mengatasi semua roh,
409
00:40:48,520 --> 00:40:55,160
aku akan beri kuasa ini kepada kau.
Tak boleh ditembus.
410
00:41:04,520 --> 00:41:06,400
Kita ada kerja nak dibuat.
411
00:41:07,040 --> 00:41:10,680
Aku sudah lama tunggu kau,
412
00:41:11,440 --> 00:41:13,960
anakku.
413
00:41:20,680 --> 00:41:22,600
Tak boleh ditembus.
414
00:41:34,960 --> 00:41:36,360
Tak boleh ditembus.
415
00:41:39,600 --> 00:41:45,800
Darah mesti ditumpahkan!
416
00:41:47,480 --> 00:41:50,520
Darah mesti ditumpahkan!
417
00:42:12,200 --> 00:42:15,080
Perkahwinan Tlotlo dan Mimi
masih lagi utuh.
418
00:42:16,840 --> 00:42:21,160
Si kecil Mo sangat susah nak dikawal.
419
00:42:21,960 --> 00:42:23,920
Aku rasa, perangai dia macam ayah dia.
420
00:42:26,600 --> 00:42:30,280
Phumzi pula masih cuba menerima semua ini
421
00:42:30,360 --> 00:42:33,840
perlahan-lahan. Namun, dia okey.
422
00:42:35,880 --> 00:42:41,080
Keneilwe, dia rasa dia beri
terlalu banyak maklumat kepada Lester,
423
00:42:41,760 --> 00:42:43,880
dan salahkan dirinya
atas kehilangan Lester.
424
00:42:45,040 --> 00:42:46,280
Aku sudah pujuk dia.
425
00:42:48,440 --> 00:42:52,080
Aku sedang perbodohkan siapa ini?
Kau sudah tahu semua ini.
426
00:42:53,000 --> 00:42:56,880
Kerana aku tahu roh kau
ada bersama kami setiap hari.
427
00:42:59,440 --> 00:43:00,680
Aku sayang kau.
428
00:43:01,520 --> 00:43:05,560
Kau akan sentiasa menjadi
raja Jo'burg yang terunggul.
429
00:43:09,160 --> 00:43:11,200
Mak cik, kau tak boleh tangkap aku.
430
00:43:11,280 --> 00:43:14,240
Aku boleh, si kecil Si.
431
00:43:14,320 --> 00:43:15,920
Mari ke sini.
432
00:43:58,000 --> 00:44:00,160
- Hai.
- Hai.
433
00:44:00,240 --> 00:44:03,080
- Tegurlah ayah.
- Hai.
434
00:44:04,680 --> 00:44:05,680
Hai.
435
00:44:06,240 --> 00:44:07,560
Kami rindu kau.
436
00:44:08,680 --> 00:44:10,080
Aku rindu kau juga.
437
00:44:12,080 --> 00:44:15,360
Aku rasa sangat gembira
dapat tahu yang anak kita selamat
438
00:44:15,440 --> 00:44:17,760
dan kita tak perlu risau apa-apa lagi.
439
00:46:38,120 --> 00:46:40,200
Terjemahan sari kata oleh Raihan Mansor