1 00:01:51,153 --> 00:01:54,163 KAWASAN LARANGAN. DILARANG MASUK! 2 00:02:57,636 --> 00:03:00,216 Ujian kenderaan pelancaran itu ada masalah. 3 00:03:00,306 --> 00:03:04,846 Tapi kami telah mengenal pasti masalahnya. Sedikit masalah pembuatan. 4 00:03:04,935 --> 00:03:09,395 Apabila komponen itu dibaiki, projek ini boleh diteruskan mengikut jadual. 5 00:03:09,481 --> 00:03:10,941 -Berapa lama? -Enam minggu. 6 00:03:11,025 --> 00:03:12,065 Paling lama. 7 00:03:13,694 --> 00:03:15,824 Maaf, tuan. Kami perlukan lebih masa. 8 00:03:17,156 --> 00:03:21,446 Ya, faham. Ambillah seberapa lama yang perlu. 9 00:03:21,535 --> 00:03:24,905 Dalam kerja ini, kita perlukan ketepatan, bukan? 10 00:03:26,999 --> 00:03:30,919 Kerajaan kamu bangga dengan kerja-kerja kamu. 11 00:03:33,297 --> 00:03:38,547 Ini bukan tugasan mudah, namun kamu telah membuktikan kemampuan kamu. 12 00:03:42,222 --> 00:03:43,772 Terima kasih, semua. 13 00:03:53,067 --> 00:03:55,487 Ini era yang rumit. 14 00:03:57,029 --> 00:03:58,449 Ada masalah? 15 00:03:58,530 --> 00:04:02,410 Cara lama semakin pupus, Luka. Pemimpin republik kita yang agung 16 00:04:02,493 --> 00:04:06,623 diaibkan di persada dunia, tapi kita berdiam diri. 17 00:04:06,705 --> 00:04:08,245 Kita telah hilang keberanian. 18 00:04:08,332 --> 00:04:09,252 Ya, tuan. 19 00:04:12,711 --> 00:04:14,051 Awak ada anak? 20 00:04:14,922 --> 00:04:15,802 Tidak. 21 00:04:15,881 --> 00:04:18,181 Apabila awak ada, awak akan faham. 22 00:04:18,258 --> 00:04:22,678 Pengorbanan mesti dibuat, jika tidak, kita akan dikorbankan seperti mereka. 23 00:04:26,725 --> 00:04:27,885 Sokol? 24 00:04:27,977 --> 00:04:32,897 Ia akan memakan diri kita. Terlalu bahaya untuk diteruskan. 25 00:04:36,151 --> 00:04:38,701 Boleh awak uruskan ini, Luka? 26 00:04:40,447 --> 00:04:41,527 Ya, tuan. 27 00:05:06,056 --> 00:05:08,056 Yegorov! Lebedev! 28 00:05:16,400 --> 00:05:17,280 Ya, tuan. 29 00:05:17,359 --> 00:05:19,399 Jeneral telah mengeluarkan arahan. 30 00:05:23,949 --> 00:05:25,159 Sokol telah berakhir. 31 00:05:26,118 --> 00:05:27,448 Ia mesti dihentikan. 32 00:05:28,746 --> 00:05:29,826 Sepenuhnya. 33 00:05:31,040 --> 00:05:33,540 Maaf, tuan. Maksud tuan… 34 00:05:33,625 --> 00:05:35,665 Awak tahu maksud dia. 35 00:05:35,753 --> 00:05:36,883 Ya, tuan. 36 00:05:38,422 --> 00:05:41,592 Sepenuhnya, Sarjan Lebedev. 37 00:05:42,384 --> 00:05:43,344 Ya, tuan. 38 00:05:48,766 --> 00:05:49,676 Jom! 39 00:05:58,150 --> 00:05:59,110 Cepat! 40 00:06:09,912 --> 00:06:10,752 Mari! 41 00:06:30,140 --> 00:06:33,730 MASA SEKARANG ROME, ITALI 42 00:06:47,407 --> 00:06:48,577 Awak boleh pergi. 43 00:06:48,659 --> 00:06:51,079 -Berapa lama lagi dia tiba? -Lima minit. 44 00:07:01,630 --> 00:07:03,720 Jangan balik lewat, sayang. 45 00:07:05,592 --> 00:07:06,892 Dua puluh tiga. 46 00:07:33,245 --> 00:07:36,665 Firebird telah mendarat. Dia diiringi orangnya. 47 00:08:05,110 --> 00:08:09,410 SEDANG DISELENGGARA SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI 48 00:08:55,911 --> 00:08:56,751 Helo. 49 00:09:05,504 --> 00:09:09,054 Tuan Duta, gembira dapat bertemu, terima kasih kerana… 50 00:09:28,151 --> 00:09:29,191 Puan Menteri. 51 00:09:37,369 --> 00:09:38,579 Zoya. 52 00:09:40,497 --> 00:09:41,417 Jack. 53 00:09:43,792 --> 00:09:46,672 Awak menyiasat Projek Sokol, bukan? 54 00:09:46,753 --> 00:09:47,803 Ya. 55 00:09:50,590 --> 00:09:53,220 Sokol dimulakan ketika kejatuhan USSR 56 00:09:53,302 --> 00:09:56,972 untuk bangunkan senjata nuklear kecil yang sukar dikesan radar. 57 00:09:57,055 --> 00:09:58,095 Tak boleh dikesan. 58 00:09:58,849 --> 00:10:01,939 Bayangkan implikasi daripada teknologi sebegini. 59 00:10:02,019 --> 00:10:07,519 -Mereka cuba memulakan perang masa itu. -Kini program itu telah diaktifkan semula. 60 00:10:07,607 --> 00:10:11,987 -Mereka telah bangunkan senjata itu. -Di mana? 61 00:10:12,070 --> 00:10:16,910 -Saya hanya tahu ia sedang dipindahkan. -Siapa sumber maklumat awak? 62 00:10:16,992 --> 00:10:20,042 Katakan saja orang yang juga bimbang seperti awak. 63 00:10:21,413 --> 00:10:22,873 Saya minta maaf. 64 00:10:23,540 --> 00:10:24,460 Kenapa? 65 00:10:24,541 --> 00:10:28,171 Kamu makan gaji buta? Biarkan saja sesiapa masuk? 66 00:10:28,253 --> 00:10:30,923 Semua nak saya ajar! 67 00:10:47,439 --> 00:10:49,819 Adakah awak sengaja nak dihalau? 68 00:10:49,900 --> 00:10:51,900 Sebenarnya, ya. Lebih cepat. 69 00:10:51,985 --> 00:10:55,315 Adakah awak juga sengaja nak dihumban keluar? 70 00:10:55,405 --> 00:10:58,155 Aduhai. Nampaknya awak naik pesawat paling awal. 71 00:10:58,241 --> 00:11:01,331 Ya. Mati pun saya mesti datang. 72 00:11:01,411 --> 00:11:03,581 -Bagaimana pertemuan tadi? -Tak bagus. 73 00:11:03,663 --> 00:11:05,503 -Projek dah aktif? -Jauh lebih teruk. 74 00:11:06,416 --> 00:11:07,826 Senjata itu telah dibina. 75 00:11:13,590 --> 00:11:17,390 MOSCOW, RUSIA 76 00:11:18,220 --> 00:11:22,890 Jika NATO benar-benar gerakkan misil ke Republik Czech, kita mesti respons. 77 00:11:22,974 --> 00:11:25,814 Adakah ini cadangan awak atau menteri pertahanan? 78 00:11:25,894 --> 00:11:28,194 Menteri Popov dan saya sepakat. 79 00:11:28,271 --> 00:11:33,241 Dia sedang ke Prague untuk bertemu presiden Czech. Saya akan berjumpa dia. 80 00:11:33,318 --> 00:11:38,528 Misil-misil antipesawat itu bukan ancaman serius. 81 00:11:38,615 --> 00:11:41,865 Ya, namun mesej yang disampaikan ialah ancaman. 82 00:11:41,952 --> 00:11:43,912 Ia peluang untuk membuat pertukaran. 83 00:11:45,038 --> 00:11:47,668 Presiden Kovac mahu sesuatu daripada kita. 84 00:11:47,749 --> 00:11:51,089 Sebab itu dia bocorkan maklumat sebelum persidangan itu. 85 00:11:59,469 --> 00:12:00,889 Apa yang dia mahu? 86 00:12:02,806 --> 00:12:04,716 Tuan mesti tanya dia. 87 00:12:04,808 --> 00:12:07,848 Ikut rentak dia? Gerakkan tentera ke rantau itu 88 00:12:07,936 --> 00:12:11,476 dan tunjuk Czech bahawa tentangan akan dibalas dengan kekerasan. 89 00:12:12,691 --> 00:12:14,941 Apa kita tahu tentang Presiden Kovac? 90 00:12:15,527 --> 00:12:16,947 Dia pragmatik. 91 00:12:18,029 --> 00:12:20,619 Bermakna dia boleh dipujuk. 92 00:12:20,699 --> 00:12:22,239 Apa cadangan awak? 93 00:12:23,702 --> 00:12:25,412 Saya berikan maklumat. 94 00:12:26,371 --> 00:12:27,751 Saya bukan ahli politik. 95 00:12:28,748 --> 00:12:30,878 Sebab itu saya tanya awak. 96 00:12:32,711 --> 00:12:35,341 Jangan berenggang daripada musuh kita. 97 00:12:37,174 --> 00:12:40,054 Lebih mudah menikam mereka dari belakang jika perlu. 98 00:12:50,312 --> 00:12:53,572 PRAGUE, REPUBLIK CZECH 99 00:12:54,816 --> 00:12:57,146 Apa saya perlu tahu tentang Popov? 100 00:12:57,235 --> 00:13:01,065 Ini lawatan pertamanya sejak puan dilantik sebagai presiden. 101 00:13:01,156 --> 00:13:03,866 Sebelum dijadikan menteri pertahanan Rusia, 102 00:13:03,950 --> 00:13:06,200 dia berkhidmat di Ukraine dan Afghanistan. 103 00:13:06,286 --> 00:13:09,746 -Dia Marsyal Persekutuan Rusia. -Saya tahu butirannya. 104 00:13:09,831 --> 00:13:11,081 Orangnya bagaimana? 105 00:13:11,875 --> 00:13:13,745 Penyokong kuat Rusia dari era lama. 106 00:13:13,835 --> 00:13:17,375 Suka minum vodka dan lelaki cauvinis. 107 00:13:17,464 --> 00:13:20,554 Dia tak suka wanita yang berjawatan tinggi. 108 00:13:20,634 --> 00:13:21,804 Lelaki mana yang suka? 109 00:14:20,026 --> 00:14:22,696 Panggil wartawan ke Istana. 110 00:14:22,779 --> 00:14:25,619 Daripada Mladá Fronta, Blesk, Právo, semua saluran. 111 00:14:25,699 --> 00:14:28,659 Puan, Rusia tak mahu kehadiran wartawan. 112 00:14:28,743 --> 00:14:30,293 Ramai wartawan, David. 113 00:14:32,330 --> 00:14:33,160 Baik. 114 00:15:08,617 --> 00:15:09,657 Lily... 115 00:15:12,078 --> 00:15:15,368 Radek, sentiasa berwaspada. 116 00:15:16,124 --> 00:15:17,134 Ya, tuan. 117 00:15:18,168 --> 00:15:19,588 Awak boleh pergi. 118 00:15:19,669 --> 00:15:21,049 Jangan mengendap. 119 00:15:32,098 --> 00:15:33,928 Ada ikan yang makan umpan? 120 00:15:34,017 --> 00:15:36,727 Hari ini tidak. Ia tahu ayah lapar. 121 00:15:39,522 --> 00:15:42,482 Bukan kebetulan Popov melawat 122 00:15:42,567 --> 00:15:46,357 ketika NATO minta meletak misil di negara kita. 123 00:15:46,446 --> 00:15:49,986 Rusia menganggap tindakan itu satu pencerobohan berani. 124 00:15:53,244 --> 00:15:58,924 Saya datang bersantai dengan ayah, bukan bercakap tentang politik. 125 00:15:59,000 --> 00:16:03,050 Kamu tak datang kecuali ada sesuatu yang merunsingkan kamu. 126 00:16:08,843 --> 00:16:11,473 Apa tinjauan dalaman kita tentang NATO? 127 00:16:13,223 --> 00:16:15,933 Kota-kota dan universiti menyokong. 128 00:16:16,017 --> 00:16:19,307 Tapi kawasan pedalaman berasa was-was. 129 00:16:21,147 --> 00:16:23,727 Sesetengahnya andaikan kamu disogok NATO. 130 00:16:24,651 --> 00:16:27,821 Yang selebihnya anggap kamu boneka Rusia yang lembik. 131 00:16:29,531 --> 00:16:32,531 Kamu tersepit antara dua dunia, Lily. 132 00:16:32,617 --> 00:16:35,197 Hari-hari berikut bersama Popov hanya kepura-puraan. 133 00:16:36,204 --> 00:16:37,754 Sandiwara. 134 00:16:41,292 --> 00:16:43,252 Yang pasti… 135 00:16:46,881 --> 00:16:49,011 Mereka akan memandang rendah kamu. 136 00:16:51,594 --> 00:16:53,014 Saya harap begitu. 137 00:17:02,647 --> 00:17:06,277 KEDUTAAN A.S. ROME, ITALI 138 00:17:25,920 --> 00:17:27,210 Selamat pagi. 139 00:17:27,297 --> 00:17:28,417 Malam yang memenatkan? 140 00:17:29,132 --> 00:17:31,972 Tak, sebenarnya. Nak kata penat, ada lagi teruk. 141 00:17:32,051 --> 00:17:35,851 Produktif. Kami dapat bukti paling kukuh sejak sekian lama. 142 00:17:35,930 --> 00:17:38,730 Awak tahu tentang kerja pertama saya di Agensi? 143 00:17:38,808 --> 00:17:42,188 -Tidak. -Bermula sebagai Pengarah Sokongan. 144 00:17:42,270 --> 00:17:44,900 Membaca kawat, hantar laporan selepas operasi, 145 00:17:44,981 --> 00:17:46,861 tuntutan, apa saja. 146 00:17:46,941 --> 00:17:48,491 Seronok bunyinya. 147 00:17:48,568 --> 00:17:51,198 Begitulah saya belajar setiap aspek kerja kita. 148 00:17:51,279 --> 00:17:53,069 Dengan membaca dokumentasi. 149 00:17:53,156 --> 00:17:57,236 Saya tak dapat laporan operasi semalam. Awak bertindak sendirian? 150 00:17:57,327 --> 00:18:00,957 Tidak, Braden jadi peninjau. Ia diumumkan. Senang. 151 00:18:01,748 --> 00:18:02,618 Okey. 152 00:18:04,292 --> 00:18:06,502 Saya tak suka wira, Jack. 153 00:18:06,586 --> 00:18:10,796 Mereka bertindak dulu, tak fikirkan akibatnya. 154 00:18:11,800 --> 00:18:12,720 Ya, puan. 155 00:18:31,903 --> 00:18:34,613 -Saya perlukan bantuan. -Awak nak telefon bimbit? 156 00:18:34,697 --> 00:18:37,237 Tidak. Saya nak tahu kandungan kad itu. 157 00:18:37,325 --> 00:18:39,825 -Mungkin berasaskan Kad Java. -Mungkin. 158 00:18:39,911 --> 00:18:42,161 Nampaknya kad GSM. Mana awak dapat? 159 00:18:43,081 --> 00:18:44,331 Daripada orang jahat. 160 00:18:46,084 --> 00:18:47,214 Hebat. 161 00:18:48,503 --> 00:18:52,053 Amboi, ia aplikasi disulit dengan kelewahan tiga kali ganda… 162 00:18:52,131 --> 00:18:53,261 MENYAHSULIT FAIL… 163 00:18:53,341 --> 00:18:55,221 …dan sumber tunggal hantar-terima. 164 00:18:56,219 --> 00:18:57,509 Dengan erti kata mudah… 165 00:18:57,595 --> 00:19:01,515 Cara lain untuk menghantar maklumat penjejak. Apa lokasinya? 166 00:19:01,599 --> 00:19:04,389 -Ketika ini, tiada apa. -Apa maksud awak tiada apa? 167 00:19:04,477 --> 00:19:07,607 Ia di Semenanjung Crimea, tapi belum ditanda pin. 168 00:19:07,689 --> 00:19:08,769 Belum? 169 00:19:09,649 --> 00:19:12,779 Ada seorang lelaki guna program begini 170 00:19:12,861 --> 00:19:15,361 untuk hantar lokasi hotel kepada teman wanitanya. 171 00:19:15,446 --> 00:19:18,946 Tapi isterinya ahli sains komputer, NYU. Dia kantoi. 172 00:19:19,033 --> 00:19:20,993 Jadi, penghantarnya 173 00:19:21,077 --> 00:19:24,157 akan letak PIN yang hanya kad SIM itu boleh baca? 174 00:19:24,247 --> 00:19:25,077 Ya. 175 00:19:25,164 --> 00:19:27,794 -Kini saya perlukan telefon. -Awak bertuah. 176 00:19:30,837 --> 00:19:34,047 -Kedai Serbaneka Telefon Pakai Buang. -Telefon bertuah. 177 00:20:03,995 --> 00:20:07,535 Ketika Perang Dingin, sekumpulan kecil penyokong kuat Rusia 178 00:20:07,624 --> 00:20:09,714 membentuk pelan untuk memelihara USSR. 179 00:20:09,792 --> 00:20:12,502 Mereka panggilnya Projek Sokol. 180 00:20:12,587 --> 00:20:17,797 Nama itu berasal daripada permainan perang Rusia, bergelar Sem' dney do reki Reyn, 181 00:20:17,884 --> 00:20:19,554 atau Tujuh Hari ke Rhine. 182 00:20:19,636 --> 00:20:23,926 Pelan itu berdasarkan satu doktrin perang kecil. 183 00:20:25,016 --> 00:20:27,886 Timbulkan kekacauan sesama jiran Blok Timur mereka 184 00:20:27,977 --> 00:20:32,897 menerusi pembunuhan dan maklumat palsu untuk goyahkan kerajaan-kerajaan itu. 185 00:20:32,982 --> 00:20:36,402 Kemudian guna serangan nuklear terhad untuk cetuskan kekacauan 186 00:20:36,486 --> 00:20:39,776 untuk memudahkan penaklukan darat ke atas negara-negara itu, 187 00:20:39,864 --> 00:20:41,624 yang dikenali sebagai Rhine. 188 00:20:41,699 --> 00:20:44,789 Matlamatnya ialah mengekalkan dan meluaskan sempadan USSR. 189 00:20:44,869 --> 00:20:49,709 Mereka perlu cipta senjata nuklear untuk diguna tanpa penyebaban. 190 00:20:49,791 --> 00:20:54,711 Mereka lakukan. Nama samaran "Sokol" atau Falcon. Teknologinya terlalu maju masa itu 191 00:20:54,796 --> 00:20:58,716 dan projek pembinaan senjata itu terbengkalai, itu yang kita sangka. 192 00:20:58,800 --> 00:21:03,100 Sehinggalah semalam. Saya dapat pengesahan Projek Sokol kini aktif. 193 00:21:03,179 --> 00:21:05,679 Senjata itu dah siap dan sedang digerakkan. 194 00:21:05,765 --> 00:21:08,345 -Disahkan oleh siapa? -Zoya Ivanova. 195 00:21:08,434 --> 00:21:11,484 Seorang menteri-kaunselor di kedutaan Rusia. Rome. 196 00:21:11,562 --> 00:21:15,732 Ada pertalian dengan SVR. Kami pernah bertemu ketika saya di stesen Moscow. 197 00:21:15,817 --> 00:21:18,487 Kami percaya dia telah hantar program pemetaan 198 00:21:18,569 --> 00:21:21,109 yang akan mengenal pasti bahan nuklear sebenar 199 00:21:21,197 --> 00:21:23,987 yang akan diguna dalam misil Sokol baru itu. 200 00:21:24,575 --> 00:21:25,405 Hipotesis? 201 00:21:26,369 --> 00:21:30,119 Senario terbaik, jika senjata dah siap, kita boleh cari dan musnah. 202 00:21:30,206 --> 00:21:34,456 Senario terburuk, mereka telah memulakan pelan Tujuh Hari ke Rhine. 203 00:21:34,544 --> 00:21:37,464 Maka, jangkakan banyak peristiwa buruk, 204 00:21:37,547 --> 00:21:40,757 dan berakhir dengan konflik dunia baru yang mereka mahu. 205 00:21:40,842 --> 00:21:43,052 Siapa sumber maklumat Zoya? 206 00:21:44,470 --> 00:21:48,220 -Saya masih menjejakinya. -Zoya dilatih sebagai perisik. 207 00:21:48,307 --> 00:21:51,097 Dia masih ada kenalan dalam organisasi itu. 208 00:21:51,185 --> 00:21:55,975 Dia bahaya, penipu yang pentingkan diri. 209 00:21:56,065 --> 00:21:58,985 Namun jika dia tidak berbohong, maklumatnya sahih. 210 00:21:59,068 --> 00:22:01,778 Masalahnya ialah perisik pandai berbohong. 211 00:22:01,863 --> 00:22:04,703 Dia tak bohong. Dia ketakutan. 212 00:22:09,829 --> 00:22:11,209 Di mana senjata ini? 213 00:22:11,873 --> 00:22:15,673 Berdasarkan peta, ia di Crimea, tapi masih tiada pin lokasi. 214 00:22:15,752 --> 00:22:16,922 Jika ada pin? 215 00:22:17,754 --> 00:22:19,094 Apabila ada pin lokasi, 216 00:22:19,172 --> 00:22:22,972 kita tak bertanggungjawab dan cuai jika kita abaikan. 217 00:22:23,051 --> 00:22:24,391 Maksud awak? 218 00:22:24,469 --> 00:22:29,269 Jika disahkan, saya mahu pasukan SOG dihantar untuk uruskannya segera. 219 00:22:30,433 --> 00:22:33,393 Pertama, AS tak boleh mendekati Crimea secara rasmi. 220 00:22:33,478 --> 00:22:35,978 Rusia dah marah kerana pencerobohan NATO, 221 00:22:36,064 --> 00:22:38,864 dan kita tiada ruang untuk buat silap. 222 00:22:38,941 --> 00:22:41,901 Kedua, ini hipotesis awak, belum terbukti. 223 00:22:43,404 --> 00:22:48,164 Jika ada bukti kukuh daripada kad SIM Zoya kita menilai. Jika tidak, lupakannya. 224 00:22:48,242 --> 00:22:49,792 Gembira bertemu awak, James. 225 00:22:56,250 --> 00:22:59,340 Elizabeth masih tegas dengan awak. 226 00:22:59,420 --> 00:23:02,420 Saya rasa itu aktiviti kegemarannya. 227 00:23:02,507 --> 00:23:04,377 Hati-hati dengannya. 228 00:23:04,467 --> 00:23:07,927 Dia selamba, tapi tak mudah mengalah. 229 00:23:10,264 --> 00:23:14,394 ISTANA PRAGUE PRAGUE, REPUBLIK CZECH 230 00:23:36,374 --> 00:23:39,384 Selagi kita semua sepakat, 231 00:23:40,461 --> 00:23:43,671 saya mahu tahu matlamat kamu tentang NATO 232 00:23:43,756 --> 00:23:48,426 dan keinginan mereka untuk mengguna negara kamu 233 00:23:48,511 --> 00:23:52,601 sebagai satu lagi stesen pelancaran misil mereka. 234 00:23:52,682 --> 00:23:56,392 Benar bahawa NATO menawarkan untuk melengkapkan pangkalan Czech kami 235 00:23:56,477 --> 00:23:58,347 dengan misil permukaan ke udara, 236 00:23:59,272 --> 00:24:01,272 tawaran yang sedang dipertimbangkan. 237 00:24:03,860 --> 00:24:09,820 Tapi saya juga akan tolak, atau tunda 238 00:24:09,907 --> 00:24:12,287 jika menteri dan kerajaannya 239 00:24:12,368 --> 00:24:15,868 akan hentikan pencerobohan ke dalam Ukraine. 240 00:24:16,956 --> 00:24:21,496 Pencerobohan yang menjejaskan kestabilan rantau lebih daripada misil, 241 00:24:21,586 --> 00:24:26,216 serta memaksa Czech mendapatkan perlindungan NATO. 242 00:24:34,390 --> 00:24:35,850 Boleh berhenti sebentar? 243 00:24:36,893 --> 00:24:37,813 Baik. 244 00:24:39,478 --> 00:24:43,518 Terang-terang membuat tawaran dan permintaan berani. 245 00:24:44,692 --> 00:24:46,402 Itu serangan hendap namanya. 246 00:24:47,862 --> 00:24:50,872 Saya difahamkan hari ini kita akan berbincang. 247 00:24:50,948 --> 00:24:53,778 Perlawanan bola sepak esok ialah sesi fotografi. 248 00:24:53,868 --> 00:24:57,368 Saya patut diberitahu bahawa ada wartawan. 249 00:24:57,455 --> 00:25:01,495 Awak boleh duduk dan senyum depan kamera. Tapi awak tak mahu. 250 00:25:04,837 --> 00:25:08,587 Waspada, Puan Presiden. 251 00:25:40,039 --> 00:25:43,379 Berapa lama awak nak tunggu? 252 00:25:45,086 --> 00:25:46,916 Saya lupakan dia sejak tadi. 253 00:25:56,180 --> 00:25:57,470 Dia yang rugi. 254 00:25:59,600 --> 00:26:03,900 Saya nak beri dia kejutan. Belikan tiket untuk perlawanan Rusia. 255 00:26:06,899 --> 00:26:09,319 Awak perlukan teman baru. 256 00:26:20,246 --> 00:26:22,156 -Nak rasa? -Tidak. 257 00:26:22,248 --> 00:26:26,458 -Injap baru, peraturan baru. -Peraturan. Itu rahsia awak begitu sihat? 258 00:26:26,544 --> 00:26:30,804 Ya. Berhenti minum, tak makan roti, tenusu, malah bermeditasi. 259 00:26:30,923 --> 00:26:34,973 Berkesan tak? Semakin kurus semakin beruban. 260 00:26:35,052 --> 00:26:37,432 -Sudahlah. -Meditasi berkesan. 261 00:26:39,932 --> 00:26:40,852 Bagi saya satu. 262 00:26:41,726 --> 00:26:42,686 Celaka. 263 00:26:45,479 --> 00:26:48,149 Mungkin dia mempermainkan kita. 264 00:26:48,232 --> 00:26:51,692 Zoya? Tidak. Kenapa dia bersusah payah? 265 00:26:52,403 --> 00:26:56,703 Memalukan Agensi. Bazirkan sumber kita untuk memburu ancaman palsu. 266 00:26:56,782 --> 00:26:59,742 Jika saya betul, dan jika mereka bina senjata baru, 267 00:26:59,827 --> 00:27:01,827 berbaloi risiko itu, bukan? 268 00:27:03,122 --> 00:27:07,082 Eloklah awak beransur turun padang sebagai pegawai kes. 269 00:27:07,168 --> 00:27:10,458 Tidak. Saya tak mahu Greer baru ini. 270 00:27:11,714 --> 00:27:14,344 Lihat sekeliling, mata awak mengenyit. 271 00:27:14,425 --> 00:27:17,005 -Awak teringin turun padang. -Tidak. 272 00:27:18,637 --> 00:27:20,637 Saya tak buat semua itu lagi. 273 00:27:20,723 --> 00:27:22,683 Saya tak nak menyibuk. 274 00:27:22,767 --> 00:27:24,597 -Ya. -Senang-lenang. 275 00:27:24,685 --> 00:27:27,305 Selesa di pejabat, pergi balik dan bersara. 276 00:27:27,938 --> 00:27:30,268 Semua kebijaksanaan datang dari memori. 277 00:27:35,571 --> 00:27:37,371 Awak memetik kata-kata Aeschylus? 278 00:27:39,158 --> 00:27:42,238 Terus terang. 279 00:27:42,328 --> 00:27:44,908 Saya tak kisah awak jaga pemakanan, meditasi. 280 00:27:44,997 --> 00:27:47,747 Saya risau jika awak berfalsafah. 281 00:27:51,295 --> 00:27:53,335 Jangan ucap selamat dengan air suam. 282 00:28:28,541 --> 00:28:32,801 SEVASTOPOL LAUT HITAM 283 00:28:41,846 --> 00:28:45,216 AGENSI PERISIKAN PUSAT LANGLEY, VIRGINIA 284 00:28:49,019 --> 00:28:53,479 Direktor Miller, Ketua Stesen Rome dalam talian, dia kata penting. 285 00:28:58,028 --> 00:28:59,658 Maafkan saya. 286 00:29:05,369 --> 00:29:06,949 Panggil saya dari mesyuarat, 287 00:29:07,037 --> 00:29:08,537 saya harap ini hal mustahak. 288 00:29:08,747 --> 00:29:11,667 Ada potensi senjata nuklear. 289 00:29:11,750 --> 00:29:13,590 Saya dah baca laporan. Jalan buntu. 290 00:29:13,669 --> 00:29:15,669 Dengar dulu. Jack. 291 00:29:16,714 --> 00:29:20,844 Menurut maklumat, sebuah kapal kargo dibina untuk pengangkutan hawa dingin 292 00:29:20,926 --> 00:29:23,756 meninggalkan pelabuhan Sevastopol, Crimea, semalam. 293 00:29:23,846 --> 00:29:26,926 Kami percaya ia membawa bahan nuklear, 294 00:29:27,016 --> 00:29:29,846 tapi kami mesti naik ke atas kapal untuk sahkannya. 295 00:29:29,935 --> 00:29:32,975 Berdasarkan maklumat daripada Zoya Ivanova? 296 00:29:33,063 --> 00:29:33,983 Ya. 297 00:29:34,064 --> 00:29:38,034 Bekas ejen SVR biasanya tak boleh dipercayai. Macam khabar angin. 298 00:29:38,110 --> 00:29:41,030 Menurut kajian saya, segala yang dia beri benar. 299 00:29:41,113 --> 00:29:44,073 Lautan seperti belantara dan Rusia tahu. 300 00:29:44,158 --> 00:29:46,698 Jika mereka akan gerakkan senjata nuklear, 301 00:29:46,785 --> 00:29:48,995 kapal kargo ialah caranya. 302 00:29:49,079 --> 00:29:51,249 Bukan idea yang cerdik pun. 303 00:29:51,332 --> 00:29:53,082 Apakah catatan sejarah 304 00:29:53,167 --> 00:29:57,877 jika kita tahu senjata canggih digerakkan dan kita berdiam diri? 305 00:30:01,759 --> 00:30:05,429 Guna pasukan empat orang, SOG, penyamaran dan tinjau saja. 306 00:30:05,513 --> 00:30:08,313 -Awak jumpa apa-apa, JSOC ambil alih. -Ya, tuan. 307 00:30:08,390 --> 00:30:11,100 Lihat, sahkan, dan beredar, Jack. 308 00:30:11,644 --> 00:30:12,484 TIADA ISYARAT 309 00:30:15,523 --> 00:30:16,903 Awak diberi kelulusan. 310 00:30:22,780 --> 00:30:27,240 USS ROOSEVELT LAUT HITAM 311 00:31:03,862 --> 00:31:05,782 Dr. Ryan, selamat datang. 312 00:31:05,864 --> 00:31:07,664 Saya hargai awak bawa saya. 313 00:31:08,367 --> 00:31:12,577 Awak juga hargai operasi ini menyusahkan saya? 314 00:31:12,663 --> 00:31:14,163 Ya, tuan. 315 00:31:14,248 --> 00:31:16,498 Jika begitu, kita tiada masalah. 316 00:31:16,584 --> 00:31:20,964 Bertolak tepat jam 20.00. Jangan berhubung lagi selepas awak pergi. 317 00:31:21,046 --> 00:31:22,166 Faham. 318 00:31:22,256 --> 00:31:24,966 Jika awak rahsiakan misi ini tak siapa akan tahu. 319 00:31:25,050 --> 00:31:26,140 Misi apa? 320 00:31:27,928 --> 00:31:31,178 Bagus. Greer kata awak bijak. 321 00:31:31,265 --> 00:31:33,725 Saya tak tahu dia peduli. 322 00:31:33,809 --> 00:31:37,099 Dia juga kata naluri awak banyak menyusahkannya. 323 00:31:37,855 --> 00:31:40,105 Operasi ini berdasarkan perkara begitu? 324 00:31:41,525 --> 00:31:42,895 Lebih kurang begitu. 325 00:31:44,945 --> 00:31:46,065 Moga berjaya, doktor. 326 00:31:47,031 --> 00:31:49,991 AK, pasukan udara bersedia, geladak buritan depan. 327 00:31:50,242 --> 00:31:52,662 AK, pasukan udara bersedia, depan kanan kapal. 328 00:31:52,745 --> 00:31:55,155 -Hei. McAuliffe. -Ryan. 329 00:31:55,247 --> 00:31:57,787 Awak tak bawa apa-apa? ID? Tanda kebesaran? 330 00:31:57,875 --> 00:31:59,955 -Tiada apa. -Mari bertolak! 331 00:32:12,514 --> 00:32:14,854 Saya nampak rombongan menteri. 332 00:32:14,933 --> 00:32:18,483 Popov masih di hotel, tapi pesawatnya sedang bersiap di Havel. 333 00:32:18,562 --> 00:32:20,402 Nampak macam dia nak pulang. 334 00:32:21,357 --> 00:32:22,977 Saya tak beri dia pilihan. 335 00:32:23,067 --> 00:32:25,567 Umumkan tawaran maka dia tak boleh abaikan. 336 00:32:25,653 --> 00:32:26,993 Jadi biarkan dia pergi. 337 00:32:27,071 --> 00:32:30,281 Mereka kawal spigot kepada seluruh bekalan tenaga kita. 338 00:32:30,366 --> 00:32:31,526 Jika ia ditutup, 339 00:32:31,617 --> 00:32:34,197 seluruh Czech tak boleh berfungsi. 340 00:32:36,872 --> 00:32:40,172 Hantar sebotol vodka ke hotel menteri itu. 341 00:32:41,293 --> 00:32:44,173 Pastikan ia jenama Soyuznik. 342 00:32:44,254 --> 00:32:46,094 Ertinya "sekutu" dalam bahasa Rusia. 343 00:32:52,012 --> 00:32:56,522 LAUT HITAM 344 00:35:53,819 --> 00:35:54,859 Pergi. 345 00:36:25,309 --> 00:36:26,179 Selamat! 346 00:36:26,268 --> 00:36:28,978 -Cari angka dua digit, 6B. -6B. 347 00:36:45,704 --> 00:36:46,834 Dah jumpa. 348 00:36:54,338 --> 00:36:55,168 Selamat. 349 00:37:15,567 --> 00:37:18,277 -Jangan tembak! Tolong jangan tembak! -Tuhan… 350 00:37:18,362 --> 00:37:19,912 -Bangunkan dia. -Jangan tembak. 351 00:37:19,988 --> 00:37:21,198 Saya jaga dia. 352 00:37:21,281 --> 00:37:23,661 -Awak orang Amerika? -Dengar sini! 353 00:37:23,742 --> 00:37:26,582 -Siapa awak? -Yuri Bashkin. Saya mahu suaka AS. 354 00:37:26,662 --> 00:37:30,962 -Apa awak buat di dalam kotak? -Saya saintis. Saya nak tinggalkan Rusia… 355 00:37:31,041 --> 00:37:32,001 -Saintis? -Ya. 356 00:37:32,084 --> 00:37:33,544 -Kita kena pergi. -Sokol? 357 00:37:35,253 --> 00:37:37,763 -Ya, saya bantu bina Sokol. -Kita mesti pergi. 358 00:37:37,839 --> 00:37:40,089 Saya diberitahu Amerika akan ambil saya! 359 00:37:40,175 --> 00:37:43,215 -Kita mesti pergi! -Pergi, saya kawal dia. 360 00:37:43,303 --> 00:37:44,263 Pergi. 361 00:37:46,181 --> 00:37:47,141 Bergerak! 362 00:37:48,141 --> 00:37:48,981 Jalan! 363 00:37:51,853 --> 00:37:52,903 Anggota terakhir. 364 00:38:23,051 --> 00:38:23,891 Pergi. 365 00:39:12,184 --> 00:39:13,894 Jumpa dia. 366 00:39:29,743 --> 00:39:31,583 Jack, pakej ada di situ? 367 00:39:31,661 --> 00:39:32,541 Tiada nuklear. 368 00:39:32,621 --> 00:39:35,621 -Pakej ialah seorang lelaki. -Apa? 369 00:39:35,707 --> 00:39:38,127 Namanya Yuri Bashkin, 370 00:39:38,210 --> 00:39:41,840 seorang saintis Rusia dalam Projek Sokol. 371 00:39:41,922 --> 00:39:44,092 Dia mengesahkan bahawa ada senjata. 372 00:39:45,175 --> 00:39:47,675 -Ada dia beritahu lokasinya? -Tidak. 373 00:39:47,761 --> 00:39:48,761 Tapi dia diberitahu 374 00:39:48,845 --> 00:39:52,635 orang Amerika akan ambil dia sebelum kapal itu sampai di Greece. 375 00:39:53,767 --> 00:39:59,187 Ini bukti kesahihan maklumat kita. Ada sebabnya dia dihantar kepada kita. 376 00:39:59,272 --> 00:40:02,652 Operasi SR awak kini ialah ekstraksi aset Rusia. 377 00:40:02,734 --> 00:40:05,074 Mustahil kita boleh dapat kelulusannya. 378 00:40:05,153 --> 00:40:09,163 Jika awak beritahu Miller, dia akan halang atau berlengah. 379 00:40:09,241 --> 00:40:12,291 Tak kira apa, jika aset ini hilang, jejaknya berakhir. 380 00:40:15,080 --> 00:40:18,380 Kami akan hantar koordinat penghantaran di pantai Greece. 381 00:40:18,458 --> 00:40:21,628 Kenderaan akan tunggu untuk bawa awak ke rumah selamat. 382 00:40:21,711 --> 00:40:24,421 Jack, ikut tatatertib operasi. 383 00:40:33,974 --> 00:40:35,644 Dua PhD dalam nuklear fizik, 384 00:40:35,725 --> 00:40:38,435 ketua penyelidik kolektif tenaga Rusia, 385 00:40:38,520 --> 00:40:40,270 kemudian jadikan dia kolonel. 386 00:40:40,355 --> 00:40:42,855 Mereka melatih dia sejak sekolah menengah 387 00:40:42,941 --> 00:40:44,901 untuk program nuklear rahsia. 388 00:40:46,653 --> 00:40:49,163 Lebih baik meminta maaf daripada keizinan. 389 00:40:49,239 --> 00:40:51,529 -Bukan awak yang akan kena nanti. -Ayuh. 390 00:40:51,616 --> 00:40:55,326 Jack membawa bara ke dalam tempat yang mudah terbakar. 391 00:40:55,412 --> 00:41:00,042 -Saya nak pastikan dia boleh diharap. -Hanya dia boleh lakukan ini. 392 00:41:00,125 --> 00:41:03,295 Awak berdua rapat, harungi banyak misi bersama. 393 00:41:03,378 --> 00:41:04,378 Ya? 394 00:41:04,462 --> 00:41:08,432 Dalam arahan pemindahan, dia tak guna nama awak sebagai rujukan. Kenapa? 395 00:41:08,508 --> 00:41:12,258 Bekerjasama dalam dua operasi besar, awak pegawai kanannya. 396 00:41:13,054 --> 00:41:14,014 Pelik, bukan? 397 00:41:16,558 --> 00:41:20,808 Dia rasa saya bos yang menyusahkan. 398 00:41:20,896 --> 00:41:23,516 Hakikatnya dia dapat kesan sesuatu. 399 00:41:23,607 --> 00:41:24,727 Awak pun tahu. 400 00:41:26,193 --> 00:41:27,363 Saya harap dia betul. 401 00:42:12,781 --> 00:42:15,411 -Terima kasih. -Terima kasih untuk misi itu. 402 00:42:15,492 --> 00:42:16,742 Panggil saya jika perlu. 403 00:42:16,826 --> 00:42:18,036 Manalah tahu. 404 00:42:19,829 --> 00:42:22,709 -Mereka orang awak? -Ya, bertenang. 405 00:42:25,460 --> 00:42:26,380 -Elias. -Jack. 406 00:42:26,461 --> 00:42:27,461 Jom. 407 00:42:32,092 --> 00:42:32,932 Tunggu. 408 00:42:34,427 --> 00:42:36,967 Saya nak tahu apa awak tahu. 409 00:42:37,055 --> 00:42:39,675 Awak kata awak takut dibunuh. Kenapa? 410 00:42:41,476 --> 00:42:43,306 Saya terlalu banyak bertanya. 411 00:42:43,395 --> 00:42:45,855 Dah berapa lama awak usahakan projek Sokol? 412 00:42:48,066 --> 00:42:49,396 Empat tahun. 413 00:42:49,484 --> 00:42:54,284 Saya andaikan kami membina loji pengayaan, yang awak panggil, kemudahan. 414 00:42:54,364 --> 00:42:56,744 Kemudian tugas dan fokus kami berubah. 415 00:42:57,784 --> 00:43:01,834 -Bagaimana mereka akan gunakannya? -Kerja saya cuma buat muatannya. 416 00:43:01,913 --> 00:43:05,213 Sokol berskala kecil. Hanya tiga megatan. 417 00:43:05,292 --> 00:43:06,842 Tuhan. 418 00:43:08,712 --> 00:43:10,262 Bolehkah ia dikesan radar? 419 00:43:12,632 --> 00:43:14,132 Yuri, bolehkah ia dikesan? 420 00:43:16,636 --> 00:43:20,806 Ada anggota pasukan buat pantulan pancaran dan inframerah. 421 00:43:22,392 --> 00:43:25,442 Awak kata awak terlalu banyak bertanya. Tanya apa? 422 00:43:28,773 --> 00:43:32,613 Awak pernah dengar pelan perang Rusia, Sem' dney do reki Reyn? 423 00:43:32,694 --> 00:43:33,824 Tujuh Hari, ya. 424 00:43:36,448 --> 00:43:37,448 Soalan begitu. 425 00:43:39,659 --> 00:43:42,909 Awak tak faham. Mereka mahu lebih maklumat daripada awak. 426 00:43:45,081 --> 00:43:47,041 Tak boleh cakap selagi tiada suaka. 427 00:43:57,635 --> 00:43:58,595 Jom. 428 00:44:02,140 --> 00:44:03,430 Tunduk! 429 00:44:27,415 --> 00:44:28,375 Yuri, bergerak! 430 00:44:31,836 --> 00:44:32,836 Sedia? 431 00:44:32,921 --> 00:44:33,801 Bergerak! 432 00:44:38,301 --> 00:44:39,261 Pergi! 433 00:44:49,604 --> 00:44:51,364 Ikut rapat. 434 00:44:51,439 --> 00:44:52,359 Bergerak! 435 00:44:55,026 --> 00:44:55,856 Lari! 436 00:44:58,863 --> 00:45:00,203 Masuk! 437 00:45:11,042 --> 00:45:13,502 -Awak di mana? -Mereka semua dah mati! 438 00:45:13,586 --> 00:45:14,666 Seluruh pasukan. 439 00:45:16,005 --> 00:45:17,545 Saya nak ke mana? 440 00:45:17,632 --> 00:45:20,472 Boleh awak pergi ke 524, Jalan Zinosos di Athens? 441 00:45:20,552 --> 00:45:21,932 Pergi dan kita bincang. 442 00:45:22,720 --> 00:45:23,720 Pegang kuat. 443 00:45:45,577 --> 00:45:46,407 Awas! 444 00:46:26,701 --> 00:46:30,831 ISTANA PRAGUE PRAGUE, REPUBLIK CZECH 445 00:47:29,806 --> 00:47:32,556 Terima kasih untuk vodka itu, pilihan yang unggul. 446 00:47:32,642 --> 00:47:36,022 -Tanda meminta maaf. -Tanda perdamaian. 447 00:47:38,731 --> 00:47:40,781 Lihat berapa lama ia akan bertahan. 448 00:47:41,609 --> 00:47:45,109 Perlawanan ini akan mencetuskan kemarahan kita. 449 00:47:45,196 --> 00:47:50,116 Warga Czech dan Rusia sayang negara mereka macam mereka sayangkan pasukan mereka. 450 00:47:50,201 --> 00:47:51,741 Sebab itulah kita bertekak. 451 00:47:53,329 --> 00:47:57,169 Saya nak pastikan awak bayar apabila awak kalah. 452 00:47:57,250 --> 00:48:01,920 Saya tahu awak optimis, tapi saya akan menang. 453 00:48:05,508 --> 00:48:06,428 Selamat berjaya. 454 00:48:13,933 --> 00:48:16,193 Ia tempat letak kereta VIP, di sini. 455 00:48:26,237 --> 00:48:27,607 Tempat yang bagus. 456 00:48:28,865 --> 00:48:31,985 -Boleh nampak terowong pemain. -Saya tahu. 457 00:48:35,663 --> 00:48:37,333 -Awak dah sedia? -Ya. 458 00:48:43,087 --> 00:48:48,217 Bagi sebuah negara kecil, penyokong pasukan awak amat bersemangat. 459 00:48:49,844 --> 00:48:54,224 Kami telah ditakdirkan kecil dan megah 460 00:48:54,307 --> 00:48:56,807 tersepit antara dua kuasa besar. 461 00:48:57,685 --> 00:48:59,185 Ya, Amerika. 462 00:49:00,271 --> 00:49:03,941 Saya berada di Olimpik tahun 1980. 463 00:49:05,234 --> 00:49:09,114 Peminat hoki muda yang bersemangat patriotik. 464 00:49:10,406 --> 00:49:12,076 Perlawanan yang hebat. 465 00:49:12,158 --> 00:49:16,038 Saya muda tapi saya tahu kesudahan perlawanan itu. 466 00:49:20,875 --> 00:49:24,085 Tapi siapa Amerika kalahkan sebelum mereka bertemu kami? 467 00:49:26,381 --> 00:49:27,511 Pasukan Czech. 468 00:49:29,592 --> 00:49:31,472 Sebab itu kita kena bekerjasama. 469 00:49:45,483 --> 00:49:48,613 Saya akan kemukakan cadangan awak ke Kremlin. 470 00:49:48,695 --> 00:49:50,775 Saya tak boleh janji. 471 00:49:53,282 --> 00:49:54,372 Terima kasih. 472 00:50:22,645 --> 00:50:23,475 Penembak! 473 00:50:25,732 --> 00:50:26,822 Jangan bergerak! 474 00:50:26,899 --> 00:50:28,359 Letak senjata! 475 00:51:01,559 --> 00:51:02,479 Celaka! 476 00:51:02,560 --> 00:51:03,940 Apa? Kenapa? 477 00:51:06,606 --> 00:51:07,516 Adakah itu mereka? 478 00:51:09,734 --> 00:51:10,694 Pegang kuat. 479 00:51:18,326 --> 00:51:19,196 Siapa hantar awak? 480 00:51:19,285 --> 00:51:22,495 -Rahsia. -Ada sebab orang hantar awak kepada kami. 481 00:51:22,580 --> 00:51:23,500 Siapa dia? 482 00:51:33,716 --> 00:51:34,836 Siapa nak bunuh awak? 483 00:51:34,926 --> 00:51:36,716 -Suaka. -Saya saja peluang awak. 484 00:51:36,803 --> 00:51:39,353 -Siapa lagi pegawai atasan yang tahu? -Suaka! 485 00:51:48,564 --> 00:51:49,694 Pegang kuat! 486 00:52:05,164 --> 00:52:07,124 -Awak buat apa? -Mengimprovisasi. 487 00:52:59,677 --> 00:53:01,257 -Yuri, bertahan. -Awas! 488 00:53:12,523 --> 00:53:13,653 -Keluar! -Apa? 489 00:53:13,733 --> 00:53:14,863 Keluar dari kereta! 490 00:53:21,157 --> 00:53:22,157 Cepat. 491 00:53:25,870 --> 00:53:27,460 Bangun. 492 00:53:42,094 --> 00:53:44,564 Ayuh. Bertenang. 493 00:53:44,639 --> 00:53:46,599 Bertenang. 494 00:53:46,682 --> 00:53:48,852 Bernafas. Tarik nafas. 495 00:53:48,935 --> 00:53:50,015 Tarik nafas. 496 00:53:53,522 --> 00:53:54,652 Pergi. 497 00:54:03,574 --> 00:54:05,664 Lari! 498 00:54:22,677 --> 00:54:24,717 Siapa bantu awak lari dari Rusia? 499 00:54:29,725 --> 00:54:31,975 Mereka nak tahu apa awak beritahu dia. 500 00:54:33,562 --> 00:54:34,562 Cakap. 501 00:54:37,149 --> 00:54:38,819 Pergi mampus, pengkhianat. 502 00:56:03,652 --> 00:56:05,152 Kamu berdarah. 503 00:56:06,864 --> 00:56:08,034 Bukan darah saya. 504 00:56:08,115 --> 00:56:10,655 -Bagaimana ini boleh berlaku? -Hentikan. 505 00:56:10,743 --> 00:56:13,413 Puan, panggilan mula tiba daripada pemimpin 506 00:56:13,496 --> 00:56:17,456 termasuk presiden Perancis, Jerman, AS, dan Perdana Menteri Rusia. 507 00:56:17,541 --> 00:56:19,631 -Hubungi PM Rusia. -Baik. 508 00:56:59,125 --> 00:57:00,575 PANGGILAN MASUK 509 00:57:04,004 --> 00:57:06,384 Panggilan masuk menerusi pusat operasi. Ryan. 510 00:57:11,679 --> 00:57:12,599 Awak di mana? 511 00:57:13,681 --> 00:57:15,431 Yuri dah mati, mereka bunuh dia. 512 00:57:19,937 --> 00:57:21,687 Ada satu perkara lagi, Jack. 513 00:57:22,648 --> 00:57:24,278 Dmitry Popov dah mati. 514 00:57:25,901 --> 00:57:26,941 Apa? 515 00:57:28,195 --> 00:57:29,815 Menteri pertahanan itu? 516 00:57:29,905 --> 00:57:31,235 Dibunuh. 517 00:57:31,323 --> 00:57:33,243 Arena bola sepak di Republik Czech. 518 00:57:35,327 --> 00:57:36,537 Ya Tuhan. 519 00:57:39,206 --> 00:57:40,206 Ia dah bermula. 520 00:57:42,960 --> 00:57:44,090 Tujuh Hari. 521 00:57:45,337 --> 00:57:48,047 Pembunuhan itu ialah satu permulaan. 522 00:57:48,132 --> 00:57:50,512 Berakhir dengan nuklear Sokol. 523 00:57:54,805 --> 00:57:56,385 Adakah awak di rumah selamat? 524 00:57:57,141 --> 00:57:58,351 Tidak. 525 00:57:58,434 --> 00:57:59,484 Kenapa? 526 00:58:01,270 --> 00:58:02,770 Awak buat apa, Jack? 527 00:58:03,772 --> 00:58:05,272 Awaklah beritahu saya. 528 00:58:06,150 --> 00:58:09,400 Secara rasmi, awak masuk negara itu secara rahsia 529 00:58:09,486 --> 00:58:11,026 untuk bunuh seorang warga Rusia 530 00:58:11,113 --> 00:58:13,623 seraya bunuh seorang pegawai polis Greece. 531 00:58:14,783 --> 00:58:15,833 Oh, tidak. 532 00:58:18,078 --> 00:58:19,868 Awak mencari kambing hitam. 533 00:58:23,667 --> 00:58:24,747 Apa maksud awak? 534 00:58:24,835 --> 00:58:25,875 Tanya dia. 535 00:58:28,339 --> 00:58:29,969 Apa awak dah buat? 536 00:58:30,633 --> 00:58:34,303 Jack, jika awak tak lapor diri, awak akan dipanggil balik. 537 00:58:34,386 --> 00:58:37,466 Penyamaran kedutaan dan imuniti diplomatik awak dilucut. 538 00:58:37,556 --> 00:58:40,676 -Awak akan bersendirian. -Ada orang nak berhubung. 539 00:58:40,768 --> 00:58:43,598 Orang itu tahu saya betul. Saya pulang, 540 00:58:43,687 --> 00:58:46,517 komunikasi akan terputus, dan kita hilang haluan. 541 00:58:46,607 --> 00:58:50,487 Jika awak lari, lagi teruk untuk awak. 542 00:58:50,569 --> 00:58:52,399 Dengar sini, jangan lakukannya. 543 00:58:55,074 --> 00:58:56,784 Perlindungan di syurga. 544 00:59:22,101 --> 00:59:23,891 Miller suruh awak korbankan Jack? 545 00:59:25,437 --> 00:59:27,517 Dia serah kepada saya. Saya buat pilihan. 546 00:59:29,358 --> 00:59:31,858 Jack panjang akal, kini dia beban kita. 547 00:59:33,404 --> 00:59:35,744 Apa awak cakap kepada dia? 548 00:59:38,033 --> 00:59:39,913 "Perlindungan di syurga." 549 01:00:07,104 --> 01:00:10,524 MACE NEUFELD DALAM KENANGAN 550 01:01:51,166 --> 01:01:53,166 Terjemahan sari kata oleh Vincent Lim 551 01:01:53,252 --> 01:01:55,252 Penyelia Kreatif Vincent Lim