1
00:00:33,252 --> 00:00:36,672
Kita dah sampai sejauh ini.
Kehilangan sebanyak ini.
2
00:00:36,756 --> 00:00:39,509
Awak gari abang saya di atas
bumbung dan tinggalkan dia?
3
00:00:39,592 --> 00:00:42,011
Sukar nak menaruh kepercayaan
jika orang boleh pergi bila saja.
4
00:00:43,846 --> 00:00:48,643
Tapi orang yang mati dan orang
yang pergi tak hilang selamanya.
5
00:00:50,061 --> 00:00:52,855
Saya percaya. Saya perlu percaya.
6
00:00:54,649 --> 00:00:56,692
-Mengingatkan suara mereka...
-Mereka perlukan awak.
7
00:00:57,026 --> 00:00:58,361
...ialah cara kita
mengenang mereka.
8
00:00:58,444 --> 00:01:01,197
Masa depan milik kita sekarang.
9
00:01:01,572 --> 00:01:03,533
Letakkan senjata awak.
Jangan bergerak.
10
00:01:04,825 --> 00:01:07,328
-Bunuh dia.
-Letakkan pisau awak.
11
00:01:07,453 --> 00:01:10,998
-Lakukan atau kami akan tembak.
-Lepaskan dia sekarang juga.
12
00:01:13,709 --> 00:01:15,169
Semua orang berundur.
13
00:01:33,396 --> 00:01:35,857
Dengar cakap dia.
Letakkan senjata.
14
00:01:38,693 --> 00:01:42,113
Ini bukan hanya tentang awak.
Saya nak dia hidup-hidup.
15
00:01:44,824 --> 00:01:47,827
Dixon. Bukan di sini.
16
00:01:48,911 --> 00:01:51,998
-Bukan begini.
-Awak menyebelahi dia?
17
00:01:52,790 --> 00:01:56,502
-Jika benar, saya dah bunuh awak.
-Buat apa yang awak perlu buat.
18
00:01:57,128 --> 00:01:58,171
Daryl.
19
00:02:01,674 --> 00:02:04,177
-Apa awak dah buat?
-Saya buat perjanjian untuk kita.
20
00:02:38,336 --> 00:02:40,588
Jangan risau. Dia tak akan mati.
21
00:03:41,023 --> 00:03:43,067
{\an8}Jadi, kita tak perlu
bayar apa-apa?
22
00:03:44,068 --> 00:03:46,946
{\an8}Hutang, kematian
di kedua-dua pihak.
23
00:03:48,030 --> 00:03:50,366
{\an8}Kita dapat bekalan, air, senjata.
24
00:03:50,741 --> 00:03:53,411
{\an8}Pamela sediakan segala yang kita
perlukan untuk pembinaan semula.
25
00:03:53,911 --> 00:03:56,747
{\an8}-Bebas dan tak berhutang.
-Kita boleh balik?
26
00:03:58,916 --> 00:04:00,251
{\an8}Itu terpulang kepada semua orang.
27
00:04:01,836 --> 00:04:04,672
{\an8}-Apa manfaatnya kepada Pamela?
-Hornsby.
28
00:04:05,923 --> 00:04:07,884
{\an8}Kita beritahu orang
apa dia buat di luar,
29
00:04:08,301 --> 00:04:11,304
{\an8}dan di rumah orang dibunuh.
30
00:04:13,347 --> 00:04:16,517
{\an8}-Dia dipersalahkan.
-Ini demi selamatkan anak dia.
31
00:04:17,185 --> 00:04:18,603
{\an8}Ini bukan masalah kita lagi.
32
00:04:20,479 --> 00:04:22,773
{\an8}Kami akan bincang dengan
orang kami selepas mereka tiba.
33
00:04:23,357 --> 00:04:24,984
{\an8}Ada banyak yang
kami perlu pertimbangkan.
34
00:04:25,067 --> 00:04:28,321
{\an8}Ya, seperti cara mereka bunuh
ramai orang kami.
35
00:04:32,825 --> 00:04:33,868
{\an8}Ada sesiapa lagi?
36
00:04:38,247 --> 00:04:40,666
{\an8}Apa yang paling penting
ialah kita semua bersama.
37
00:04:41,876 --> 00:04:43,503
{\an8}Saya tak nak
berjuang bersendirian lagi.
38
00:04:45,546 --> 00:04:48,341
{\an8}Saya tak percaya mereka.
Tapi jika awak kata boleh balik
39
00:04:48,466 --> 00:04:52,386
{\an8}ke kediaman kita,
maka risikonya berbaloi.
40
00:04:58,100 --> 00:04:59,227
{\an8}Baiklah.
41
00:05:11,739 --> 00:05:13,407
Boleh pindahkan saya sikit?
42
00:05:15,243 --> 00:05:16,994
{\an8}Saya rasa saya duduk
di atas busut.
43
00:05:25,545 --> 00:05:26,587
{\an8}Biasakan diri.
44
00:05:28,631 --> 00:05:30,258
{\an8}Saya sangka hubungan kita baik.
45
00:05:31,217 --> 00:05:33,010
Berapa orang saya
yang awak korbankan?
46
00:05:33,970 --> 00:05:37,223
Mercer, awak patut sudah sedar.
47
00:05:38,891 --> 00:05:40,142
Mereka bukan orang awak.
48
00:05:50,278 --> 00:05:51,696
Pergilah selesaikannya, askar.
49
00:06:13,759 --> 00:06:16,762
Awak akan dibawa balik
ke Commonwealth dan dibicarakan.
50
00:06:16,846 --> 00:06:19,599
Sudahlah, Pamela. Cuma kita
di sini, berhenti berlakon.
51
00:06:19,724 --> 00:06:22,268
Ini bukan lakonan, Lance.
Awak dah keterlaluan.
52
00:06:24,729 --> 00:06:25,771
Biar betul.
53
00:06:27,190 --> 00:06:30,067
Dulu awak tak kisah
cara saya selesaikan tugas saya.
54
00:06:30,151 --> 00:06:32,528
Ini bukan tentang masa silam.
Ini tentang sekarang.
55
00:06:33,321 --> 00:06:34,655
Awak merosakkan keadaan sekarang.
56
00:06:35,239 --> 00:06:36,282
Tunggu dulu.
57
00:06:36,365 --> 00:06:38,242
Awak mungkin boleh hidup
jika awak bertindak dengan betul.
58
00:06:38,326 --> 00:06:40,745
Tapi hidup awak
di Commonwealth dah berakhir.
59
00:06:41,245 --> 00:06:42,288
Berakhir?
60
00:06:45,249 --> 00:06:49,003
Selepas bertahun-tahun
saya berkhidmat untuk awak...
61
00:06:49,086 --> 00:06:52,924
Tolonglah. Awak lebih
mengutamakan kepentingan diri.
62
00:06:53,382 --> 00:06:56,302
Sentiasa cuba membuktikan
bahawa dunia ini silap.
63
00:06:57,553 --> 00:07:00,056
Awak enggan mengakuinya,
tapi saya berjaya.
64
00:07:07,563 --> 00:07:11,150
Awak budak kecil
yang marah, Lance.
65
00:07:11,984 --> 00:07:16,239
Cuba memenangi permainan,
tapi terlalu bodoh untuk sedar
66
00:07:16,322 --> 00:07:19,450
bahawa awak tak dianggap
sebagai pemain pun.
67
00:07:28,167 --> 00:07:29,210
Awak masih perlukan saya.
68
00:07:33,631 --> 00:07:35,049
Jika apa-apa berlaku kepada saya,
69
00:07:36,300 --> 00:07:38,261
sekutu-sekutu
tertentu Commonwealth,
70
00:07:39,011 --> 00:07:42,807
faktor penstabilan tertentu
mungkin akan menjadi masalah.
71
00:07:47,895 --> 00:07:51,732
Apa saja permainan awak,
Pamela, saya terlibat.
72
00:07:56,153 --> 00:07:58,364
Lance Hornsby
menyalahgunakan kedudukannya
73
00:07:58,447 --> 00:08:00,533
dan mengakibatkan penderitaan
kepada orang lain.
74
00:08:01,701 --> 00:08:04,912
Tapi berkat bantuan
daripada rakan dan sekutu kita,
75
00:08:04,996 --> 00:08:07,039
bersama dengan
pasukan tentera kita yang taat,
76
00:08:07,623 --> 00:08:09,166
dia berjaya ditangkap.
77
00:08:09,542 --> 00:08:13,754
Saya janji kepada anda semua,
keadilan akan ditegakkan.
78
00:08:18,676 --> 00:08:19,969
Dia pandai merebut peluang.
79
00:08:20,636 --> 00:08:23,055
Hornsby jadi kambing hitam,
Sebastian bebas.
80
00:08:23,139 --> 00:08:25,600
Esok ialah Hari Pengasas,
81
00:08:25,808 --> 00:08:29,478
iaitu peluang untuk masyarakat
kita bersatu dan meraikan
82
00:08:30,021 --> 00:08:35,067
sebab Commonwealth begitu kukuh.
Sebab itu ialah penduduknya.
83
00:08:35,860 --> 00:08:37,653
Kita akan meraikannya
dengan meriah.
84
00:08:37,987 --> 00:08:41,115
Kita tak akan lupa, tapi kita
akan dapat mengatasinya.
85
00:08:42,241 --> 00:08:44,452
Sebab kita penduduk Commonwealth.
86
00:08:56,214 --> 00:08:58,174
Tentu ada sesuatu
yang kita boleh buat.
87
00:08:59,467 --> 00:09:02,887
Orang awak akan beredar.
Ini bukan masalah awak lagi.
88
00:09:03,221 --> 00:09:06,265
Saya masih ada di sini.
89
00:09:06,766 --> 00:09:08,935
Saya tahu. Terima kasih.
90
00:09:09,769 --> 00:09:14,023
Awak nak tukar pemandangan?
91
00:09:14,857 --> 00:09:17,068
Awak tunjukkan saya rumah awak.
Saya nak tunjukkan rumah saya.
92
00:09:19,987 --> 00:09:21,072
Mungkin suatu hari nanti.
93
00:09:27,328 --> 00:09:28,496
Tapi bukan sekarang.
94
00:09:44,053 --> 00:09:46,138
Kami akan pastikan
Oceanside selamat.
95
00:09:46,639 --> 00:09:49,600
Saya akan beritahu Cyndie dan
Rachel, lihat keperluan mereka.
96
00:09:50,184 --> 00:09:51,894
Mungkin mengambil masa
untuk siapkan semua orang
97
00:09:52,645 --> 00:09:54,105
dan mengumpulkan semua bekalan.
98
00:09:55,314 --> 00:09:58,109
Pergi ke Alexandria dulu. Di sana
lebih terjaga daripada Hilltop.
99
00:09:58,484 --> 00:09:59,819
-Kami jumpa awak di sana.
-Hati-hati.
100
00:10:02,405 --> 00:10:05,366
-Awak pasti awak nak pergi?
-Ya.
101
00:10:05,950 --> 00:10:08,661
Dah berminggu-minggu mengembara,
beberapa minggu lagi tak apa, ya?
102
00:10:13,541 --> 00:10:16,252
Dah siap berkemas.
Saya akan ambilkan air, ya?
103
00:10:16,335 --> 00:10:17,670
Baik. Terima kasih.
104
00:10:21,382 --> 00:10:22,717
"Beberapa minggu lagi?"
105
00:10:24,218 --> 00:10:26,596
-Maaf.
-Tak perlu minta maaf.
106
00:10:27,847 --> 00:10:29,182
Tak, saya cuma...
107
00:10:31,642 --> 00:10:32,810
Henry.
108
00:10:34,395 --> 00:10:36,063
Saya tak lupa tentang dia.
109
00:10:37,398 --> 00:10:38,691
Cuma... Entahlah.
110
00:10:41,068 --> 00:10:43,321
Carilah kebahagiaan selagi boleh.
111
00:10:45,698 --> 00:10:47,575
Jangan rasa bersalah.
112
00:10:49,160 --> 00:10:50,203
Faham?
113
00:10:53,164 --> 00:10:54,207
Ya.
114
00:10:59,670 --> 00:11:03,966
-Awak okey?
-Ya.
115
00:11:05,009 --> 00:11:10,473
-Terima kasih, selamatkan dia.
-Terima kasih, selamatkan saya.
116
00:11:12,099 --> 00:11:14,602
-Tak perlu. Itu tugas kita.
-Ya.
117
00:11:16,395 --> 00:11:19,732
Baiklah. Mari.
Berhati-hati di luar, faham?
118
00:11:21,275 --> 00:11:22,318
Awak juga.
119
00:11:29,534 --> 00:11:30,785
Kami tak akan pergi lama.
120
00:11:38,084 --> 00:11:39,126
Tak apa.
121
00:11:48,678 --> 00:11:50,221
Ambil. Ini milik awak.
122
00:11:58,354 --> 00:11:59,397
Saya tak mahu.
123
00:12:06,863 --> 00:12:07,905
Baiklah.
124
00:12:12,994 --> 00:12:15,621
Ibu saya nak simpan pedangnya
suatu hari nanti.
125
00:12:16,414 --> 00:12:18,124
Bukannya kerana kita dah selamat,
126
00:12:18,207 --> 00:12:20,376
tapi cukup selamat agar dia
tak perlu menggunakannya lagi.
127
00:12:22,378 --> 00:12:24,380
Jika saya ambil itu,
keadaan kembali seperti dahulu.
128
00:12:25,131 --> 00:12:29,135
-Keadaan harus jadi lebih baik.
-Ya, selepas kita balik.
129
00:12:29,802 --> 00:12:32,221
Bagaimana? Keadaan masih teruk.
130
00:12:33,347 --> 00:12:36,851
Bagaimana dengan orang di sini?
Bukankah kita patut bantu mereka?
131
00:12:38,102 --> 00:12:40,646
Bukan itu yang awak, ayah dan ibu
buat di Alexandria dan Hilltop?
132
00:12:41,063 --> 00:12:43,149
-Itu berbeza.
-Tidak.
133
00:12:43,733 --> 00:12:44,775
Apa yang berbeza sekarang
134
00:12:44,859 --> 00:12:46,194
ialah awak rela lari
daripada berjuang.
135
00:12:46,277 --> 00:12:48,362
Biar betul. Sudah.
136
00:12:50,364 --> 00:12:51,449
Cukup.
137
00:12:54,327 --> 00:12:55,369
Sudahlah.
138
00:13:28,945 --> 00:13:31,990
Tiket loteri dijual di sini.
Dapatkan tiket loteri di sini.
139
00:13:32,741 --> 00:13:35,952
Hidup baharu dengan harga
satu dolar. Loteri.
140
00:13:44,836 --> 00:13:47,506
Awak tak perlu buat ini lagi.
141
00:13:48,799 --> 00:13:51,301
Saya tak nak kanak-kanak kecewa.
142
00:13:52,386 --> 00:13:54,846
-Pasti orang lain boleh buat.
-Ya.
143
00:13:56,974 --> 00:13:58,600
Mungkin saya cuma suka bersenam.
144
00:14:03,855 --> 00:14:05,107
Awak tak nak ikut kami, ya?
145
00:14:07,776 --> 00:14:10,028
Jika ini tentang rawatan,
kita akan dapat banyak ubat.
146
00:14:10,112 --> 00:14:12,030
Saya pastikan ubat mencukupi.
Mungkin Tomi boleh ikut.
147
00:14:12,114 --> 00:14:13,240
Bukan tentang itu.
148
00:14:17,911 --> 00:14:18,954
Tempat saya di sini.
149
00:14:21,498 --> 00:14:23,417
Semasa saya bertolak
bersama Eugene dan Yumiko,
150
00:14:23,500 --> 00:14:26,503
kita semua terdesak
untuk cari bantuan. Ingat tak?
151
00:14:29,464 --> 00:14:33,719
Saya terdesak nak buat sumbangan
buat kali terakhir.
152
00:14:37,097 --> 00:14:38,598
Tapi tempat ini,
orang-orang di sini,
153
00:14:41,476 --> 00:14:42,602
awak,
154
00:14:44,104 --> 00:14:46,857
memberikan saya peluang kedua
untuk buat lebih banyak lagi.
155
00:14:46,940 --> 00:14:48,150
Itulah yang saya akan buat.
156
00:14:56,241 --> 00:14:58,785
Bantu orang di kediaman lain
sebelum keadaan merosot.
157
00:15:03,206 --> 00:15:04,541
Marilah.
158
00:15:05,125 --> 00:15:06,960
-Baik. Mari kita cuba.
-Okey.
159
00:15:11,673 --> 00:15:12,799
Kita semua boleh buat begitu.
160
00:15:16,845 --> 00:15:21,099
Hari ini hari peringatan
bagi mereka yang terkorban
161
00:15:21,183 --> 00:15:23,060
dalam mengasaskan Commonwealth.
162
00:15:23,393 --> 00:15:26,188
Keberanian dan azam mereka
mengukuhkan benteng kita,
163
00:15:26,355 --> 00:15:30,233
melindungi keluarga kita,
masa depan dan Amerika juga.
164
00:15:32,027 --> 00:15:34,279
Jika mereka nak dengar ini,
kenapa saya perlu beri ucapan?
165
00:15:37,491 --> 00:15:39,242
Ada perkara tertentu
yang awak perlu buat
166
00:15:39,326 --> 00:15:41,161
jika awak nak
mengetuai tempat ini.
167
00:15:43,497 --> 00:15:44,748
Max, boleh awak...
168
00:15:52,130 --> 00:15:55,384
"Saya rasa berbesar hati
kerana berada di sini hari ini
169
00:15:55,467 --> 00:15:58,804
"untuk menghormati
penubuhan kediaman kita."
170
00:16:01,056 --> 00:16:06,728
Mengarut. Saya tetap akan jadi
ketua sebab saya keluarga Milton.
171
00:16:06,895 --> 00:16:08,730
Awak dah rosakkan keadaan
dengan tindakan bodoh awak.
172
00:16:09,564 --> 00:16:11,525
Mereka perlu lihat
bahawa awak tak bersalah
173
00:16:11,608 --> 00:16:14,319
dan diingatkan bahawa
awak cucu pengasas.
174
00:16:14,653 --> 00:16:17,906
-Saya memang cucu dia.
-Buktikan kepada mereka dan mak.
175
00:16:27,708 --> 00:16:29,584
-Saya akan buktikan.
-Mak yakin dengan awak.
176
00:16:31,336 --> 00:16:33,672
Dulu mak tak suka politik juga.
177
00:16:40,721 --> 00:16:42,889
Awak dilahirkan
untuk mengetuai tempat ini.
178
00:16:58,739 --> 00:17:00,824
Nampaknya cecair amnion awak
agak tinggi.
179
00:17:01,450 --> 00:17:04,786
-Apa maksudnya?
-Nasib baik awak datang ke sini.
180
00:17:05,746 --> 00:17:08,165
Ini akan menimbulkan masalah
jika tak dikesan awal,
181
00:17:08,749 --> 00:17:10,834
tapi kini kami akan awasi awak
dan awak akan selamat.
182
00:17:24,348 --> 00:17:26,475
-Awak tak rasa takut?
-Tidak.
183
00:17:28,185 --> 00:17:29,353
Tidak.
184
00:17:30,771 --> 00:17:33,315
-Tapi ini memang menakutkan.
-Semuanya akan baik saja.
185
00:17:40,614 --> 00:17:43,158
-Kita tak boleh tinggal di sini.
-Ya.
186
00:17:44,660 --> 00:17:45,702
Tak boleh.
187
00:17:48,997 --> 00:17:51,875
Kita ada pengikut.
188
00:17:54,628 --> 00:17:57,297
Saya tak boleh
bahayakan nyawa mereka.
189
00:17:57,839 --> 00:18:01,635
Saya asyik dengar suara
ayah saya dalam kepala saya
190
00:18:04,012 --> 00:18:09,017
berkata, "Nyawa kita bukan lagi
milik kita jika dah ada anak.
191
00:18:09,101 --> 00:18:10,268
"Tak akan sama seperti dulu."
192
00:18:13,605 --> 00:18:18,568
Saya asyik nak tahu apa rasanya
dan akhirnya saya berpeluang.
193
00:18:21,655 --> 00:18:24,324
Saya asyik dengar suara
Ian dan Jessie.
194
00:18:25,701 --> 00:18:27,202
Semua orang yang mereka bunuh.
195
00:18:28,912 --> 00:18:30,288
Kita tak perlukan tempat ini.
196
00:18:34,251 --> 00:18:35,711
Sebab kita ada satu sama lain.
197
00:18:38,171 --> 00:18:39,256
Ya.
198
00:19:32,225 --> 00:19:35,562
Baik. Di mana Judith?
199
00:19:37,356 --> 00:19:40,901
-R.J., di mana Judith?
-Saya tak boleh beritahu.
200
00:19:41,401 --> 00:19:42,819
Dia sepatutnya berkemas.
201
00:19:45,280 --> 00:19:47,491
Saya kata kita perlu berkemas,
tapi dia kata dia tak nak ikut.
202
00:19:50,118 --> 00:19:51,161
Ke mana dia pergi?
203
00:19:54,164 --> 00:19:55,248
Saya tak tahu.
204
00:20:03,917 --> 00:20:05,344
{\an8}PERAYAAN HARI PENGASAS
COMMONWEALTH
205
00:20:05,427 --> 00:20:06,470
{\an8}Kita akan jumpa dia.
206
00:20:08,430 --> 00:20:11,433
Saya tak reti jadi penjaga orang.
207
00:20:12,392 --> 00:20:13,852
Kini, awak memang penjaganya.
208
00:20:15,520 --> 00:20:19,858
-Apa dia akan buat?
-Tidak. Rick tiada di sini.
209
00:20:22,986 --> 00:20:24,863
Pelik, tiba-tiba menjadi penjaga.
210
00:20:25,906 --> 00:20:28,283
Semasa Sophia lahir,
saya tak tahu apa-apa.
211
00:20:28,784 --> 00:20:30,410
Saya cuma tahu
saya sayangkan dia.
212
00:20:32,329 --> 00:20:35,874
Dia begitu kecil dan perlukan
saya untuk segalanya.
213
00:20:36,667 --> 00:20:40,587
Tekanan membuat keputusan.
214
00:20:43,966 --> 00:20:47,261
Kita cuma boleh harap keputusan
yang kita buat adalah betul.
215
00:20:47,886 --> 00:20:49,555
Awak akan biasa nanti.
Saya yakin.
216
00:20:50,264 --> 00:20:51,306
Ya.
217
00:21:04,278 --> 00:21:07,072
-Saya rasa ini idea yang teruk.
-Kita tiada pilihan.
218
00:21:07,155 --> 00:21:09,700
-Kita ada pilihan.
-Saya perlu buat sesuatu, Eugene.
219
00:21:10,242 --> 00:21:11,785
Bertahun-tahun saya berkhidmat
untuk dia.
220
00:21:11,994 --> 00:21:13,954
Walaupun saya tak tahu
apa sebenarnya yang berlaku,
221
00:21:14,037 --> 00:21:17,040
saya tahu Sebastian bermasalah
dan saya tak mengendahkannya.
222
00:21:17,124 --> 00:21:19,668
Awak tak faham rasa bersalah itu.
223
00:21:20,502 --> 00:21:24,298
Awak tentu terkejut dengan betapa
saya biasa dengan beban itu.
224
00:21:26,633 --> 00:21:27,968
Saya bangga dengan tindakan kita.
225
00:21:28,844 --> 00:21:32,347
Saya dah biasa berasa
saya tak mampu buat perubahan.
226
00:21:32,472 --> 00:21:34,516
Seolah-olah kita terperangkap
di dunia lama.
227
00:21:36,101 --> 00:21:39,688
Selepas semua ini, kenapa kita
tak cuba buat dengan lebih baik?
228
00:21:39,938 --> 00:21:42,149
Berfikiran begitu terasa bagus.
229
00:21:42,232 --> 00:21:45,068
Seolah-olah kita boleh
ubah keadaan.
230
00:21:48,322 --> 00:21:49,573
Tapi semua itu dah dipadam.
231
00:21:51,074 --> 00:21:54,536
Jadi, saya perlu cuba,
tak kira apa yang berlaku.
232
00:21:55,495 --> 00:21:57,915
Tapi jika awak tak nak
buat begini, jika ini terlalu...
233
00:21:57,998 --> 00:22:02,753
Saya cuma nak kita selamat.
Kita tak boleh percaya dia.
234
00:22:05,923 --> 00:22:08,675
Tapi jika awak percaya ada
peluang dia boleh bantu kita,
235
00:22:08,759 --> 00:22:10,636
maka saya akan diam.
236
00:22:12,262 --> 00:22:13,472
Saya akan cuba sedaya upaya.
237
00:22:25,692 --> 00:22:29,321
-Saya sangka awak dah pergi.
-Belum lagi.
238
00:22:37,037 --> 00:22:38,455
Makanan untuk perbualan.
239
00:22:49,841 --> 00:22:51,843
Ini sebagai balasan kerana
menyelamatkan awak dari kurungan?
240
00:22:53,554 --> 00:22:56,223
Saya hairan awak tak mampu
membantu diri sendiri.
241
00:22:57,057 --> 00:22:58,141
Siapa kata saya tak mampu?
242
00:23:00,769 --> 00:23:02,604
Saya tak nak ambil hati.
243
00:23:03,438 --> 00:23:07,359
-Itu peraturan permainan, bukan?
-Boleh saya tawarkan bantuan?
244
00:23:10,112 --> 00:23:11,572
Itu cubaan yang lemah, Eugene.
245
00:23:14,241 --> 00:23:16,618
Jika awak nak sesuatu,
minta saja.
246
00:23:24,835 --> 00:23:26,837
Saya mencari sebarang maklumat
yang boleh memusnahkan
247
00:23:27,129 --> 00:23:28,797
Pamela atau anaknya.
248
00:23:35,554 --> 00:23:36,597
Itu permintaan yang sukar.
249
00:23:40,475 --> 00:23:41,518
Saya nak bantu.
250
00:23:43,186 --> 00:23:46,607
Tapi hakikatnya,
saya masih hidup kerana Pamela.
251
00:23:48,191 --> 00:23:49,234
Awak nak nasihat?
252
00:23:50,110 --> 00:23:52,779
Jika awak menentang keluarga
Milton, awak akan dihapuskan.
253
00:23:53,906 --> 00:23:57,075
Pamela bijak. Orang nak balas
dendam terhadap anaknya.
254
00:23:57,159 --> 00:24:00,245
Kini, mereka menari di jalan,
meraikan warisan keluarga Milton.
255
00:24:01,622 --> 00:24:03,707
Pengasas Commonwealth.
256
00:24:08,420 --> 00:24:10,047
Percayalah, apabila saya kata
lebih baik
257
00:24:10,130 --> 00:24:13,550
awak berbaik dengan Pamela
dan anak tak gunanya.
258
00:24:21,266 --> 00:24:24,561
Eugene, pastikan awak
beritahu teman wanita awak juga.
259
00:24:25,687 --> 00:24:29,691
Dia begitu mahir bersembunyi
di depan Pamela.
260
00:24:30,150 --> 00:24:31,318
Dia harus meneruskannya.
261
00:24:31,610 --> 00:24:34,446
Saya tak nak awak berdua
dikurung seperti saya.
262
00:24:41,036 --> 00:24:42,371
Awak berdua
perlu menerima hakikat.
263
00:24:44,873 --> 00:24:47,417
Kecuali awak sanggup
memusnahkan semuanya.
264
00:24:51,296 --> 00:24:52,798
GEREJA KRISTIAN PERTAMA
COMMONWEALTH
265
00:24:52,881 --> 00:24:56,593
Kamu harus memperlakukan terhadap
mereka mengikut seluruh rukun
266
00:24:56,677 --> 00:24:57,928
yang saya telah arahkan.
267
00:25:00,472 --> 00:25:03,642
Jadi kuat dan berani.
268
00:25:05,978 --> 00:25:08,689
Jangan takut pada mereka,
269
00:25:10,732 --> 00:25:13,735
sebab Tuhan
sentiasa bersama kamu.
270
00:25:18,323 --> 00:25:20,200
Dia tak akan meninggalkan
atau mengabaikan kamu.
271
00:25:24,162 --> 00:25:27,666
-Khutbah terakhir saya.
-Bukan yang terakhir.
272
00:25:37,009 --> 00:25:39,511
-Ayuhlah.
-Awak selesai berkemas?
273
00:25:42,097 --> 00:25:46,059
-Awak nak saya ambil apa-apa?
-Ahli kariah saya bawa makanan.
274
00:25:47,769 --> 00:25:50,939
Kita boleh nikmati ambrosia
Pn. Brennan dalam perjalanan.
275
00:25:51,064 --> 00:25:52,107
Itu berkat usaha awak.
276
00:26:00,365 --> 00:26:02,326
Tak sangka saya akan
kembali kepada ini lagi.
277
00:26:05,037 --> 00:26:06,121
Kembali kepada Tuhan.
278
00:26:09,333 --> 00:26:10,375
Tapi saya buat begitu.
279
00:26:13,378 --> 00:26:18,300
Orang-orang yang duduk di sini
memberikan saya peluang itu.
280
00:26:20,427 --> 00:26:22,554
Awak memberikan
mereka sesuatu juga.
281
00:26:25,432 --> 00:26:28,101
Sumbangan awak akan dikenang
selepas awak tiada.
282
00:26:30,395 --> 00:26:31,438
Ya.
283
00:26:37,402 --> 00:26:39,238
Kalaulah mereka bawa gulali.
284
00:26:53,252 --> 00:26:54,503
Perkara yang sama setiap tahun.
285
00:26:54,836 --> 00:26:56,672
Kita sediakan,
bersihkan semuanya,
286
00:26:56,755 --> 00:26:58,632
dan kita tak berpeluang
melihat acara utama.
287
00:26:59,841 --> 00:27:04,012
Tak apa selagi saya boleh dengar
nombor loteri disebut.
288
00:27:04,096 --> 00:27:06,557
Saya janji akan lupakan awak
jika saya menang.
289
00:27:12,396 --> 00:27:13,438
Boleh kami bantu?
290
00:28:10,539 --> 00:28:13,417
-Saya tak nak awak risau.
-Saya tahu.
291
00:28:16,420 --> 00:28:18,714
-Saya cuma...
-Awak nak bersendirian.
292
00:28:20,382 --> 00:28:21,425
Saya faham.
293
00:28:23,052 --> 00:28:24,511
Dulu saya ada
tempat persembunyian juga.
294
00:28:26,221 --> 00:28:27,931
Semasa saya nak bersembunyi
dan tak nak balik.
295
00:28:31,560 --> 00:28:35,314
-Awak ke mana?
-Ada sungai di belakang rumah.
296
00:28:37,900 --> 00:28:42,279
Saya ke sana
dan tunggu ayah saya tidur.
297
00:28:48,077 --> 00:28:49,161
Awak selalu bersendirian?
298
00:28:52,164 --> 00:28:55,793
-Ya.
-Saya tak kisah bersendirian.
299
00:28:57,252 --> 00:29:01,256
-Kadangkala saya suka begitu.
-Ada masa untuk berfikir.
300
00:29:04,676 --> 00:29:06,011
Membuat keputusan.
301
00:29:17,231 --> 00:29:20,109
-Maaf tentang tadi.
-Tak apa.
302
00:29:27,866 --> 00:29:29,118
Saya tak tahu apa nak buat.
303
00:29:32,746 --> 00:29:34,164
Saya cuba sedaya upaya.
304
00:29:40,045 --> 00:29:42,548
Saya harap keadaan
adalah seperti yang awak mahukan.
305
00:29:44,633 --> 00:29:48,095
Sepatutnya begitu, tapi tidak.
306
00:29:51,098 --> 00:29:52,433
Saya perlu pastikan awak selamat.
307
00:29:54,935 --> 00:29:58,939
Saya akan pegang pistol ini
sehingga awak mahukannya.
308
00:29:59,815 --> 00:30:00,858
Atau tidak.
309
00:30:03,360 --> 00:30:04,903
Walau bagaimanapun,
saya sentiasa bersama awak.
310
00:30:12,411 --> 00:30:15,414
-Boleh?
-Ya.
311
00:30:19,877 --> 00:30:21,503
Boleh saya ucapkan selamat
tinggal kepada kawan saya?
312
00:30:22,671 --> 00:30:24,757
Ya. Bantu saya bangun.
313
00:30:28,010 --> 00:30:30,971
"Saya berbesar hati
berada di sini bersama kamu
314
00:30:31,055 --> 00:30:34,058
"untuk menghormati
penubuhan kediaman kita."
315
00:30:34,266 --> 00:30:37,603
-Saya kedengaran teruk.
-Awak akan buat dengan baik.
316
00:30:41,148 --> 00:30:44,068
Ini untuk nanti dan saya nak
balik tukar pakaian dulu.
317
00:30:44,401 --> 00:30:45,694
Baiklah.
318
00:30:47,488 --> 00:30:48,530
Mengarut.
319
00:31:29,113 --> 00:31:30,155
Hei.
320
00:31:33,450 --> 00:31:34,493
Terima kasih.
321
00:31:37,538 --> 00:31:38,580
Awak akan melakukannya?
322
00:31:39,957 --> 00:31:41,583
Saya tiada pilihan.
323
00:31:42,710 --> 00:31:46,630
-Awak ada pilihan. Kami juga.
-Tidak menurut ibu saya.
324
00:31:51,093 --> 00:31:52,177
Abang saya yang harus di sini.
325
00:31:53,804 --> 00:31:57,599
Dia orang yang ibu saya mahu.
Saya cuma pengganti.
326
00:31:59,977 --> 00:32:01,186
Awak boleh jadi
lebih daripada itu.
327
00:32:02,187 --> 00:32:04,815
Ini tujuan awak?
Awak cuma kuli dia.
328
00:32:05,649 --> 00:32:07,484
Membuat saya buat
apa yang dia mahu, betul?
329
00:32:08,193 --> 00:32:11,321
Saya bukan saja pekerja ibu awak.
Saya penduduk di sini.
330
00:32:12,698 --> 00:32:13,741
Okey.
331
00:32:13,824 --> 00:32:16,910
Memimpin bukan hanya menyampaikan
kata-kata ibu awak.
332
00:32:18,579 --> 00:32:22,708
Awak patut beritahu hal sebenar.
Orang hormati benda begitu.
333
00:32:23,625 --> 00:32:25,002
Orang tak nak kejujuran.
334
00:32:25,627 --> 00:32:27,546
Mereka mahu diberitahu
bahawa semuanya baik saja
335
00:32:27,671 --> 00:32:30,674
agar mereka boleh mengabaikan
keadaan teruk dunia sebenar.
336
00:32:30,758 --> 00:32:31,967
Itu tak benar.
337
00:32:32,176 --> 00:32:36,805
Tolonglah. Commonwealth dibina
atas kepercayaan mengarut.
338
00:32:38,515 --> 00:32:39,975
Keinginan terdesak untuk percaya
339
00:32:40,059 --> 00:32:42,019
bahawa impian
Amerika lama masih wujud.
340
00:32:42,311 --> 00:32:46,190
Pepatah, "Semuanya tak mustahil."
"Kita boleh bangkit dari bawah."
341
00:32:46,815 --> 00:32:48,233
Mengarut betul.
342
00:32:49,151 --> 00:32:51,278
Realitinya, orang miskin
tetap miskin
343
00:32:51,361 --> 00:32:53,989
agar orang kaya boleh buat
apa saja yang kami mahu.
344
00:32:54,948 --> 00:32:58,327
Permainan ini dah ditentukan.
Tak guna berusaha.
345
00:32:58,410 --> 00:33:01,205
Ibu saya memilih
pemenang loteri sendiri.
346
00:33:01,789 --> 00:33:04,958
Semua ini tak penting
dan tiada apa yang akan berubah.
347
00:33:05,209 --> 00:33:10,255
Tapi orang yang
awak fikir nak kejujuran
348
00:33:12,883 --> 00:33:16,887
cuma terlalu bodoh untuk sedar.
Menyedihkan.
349
00:33:18,305 --> 00:33:20,015
Awak seolah-olah
percaya itu benar.
350
00:33:24,853 --> 00:33:31,026
Tapi mungkin awak memilih
untuk jadi orang tak berguna.
351
00:33:32,986 --> 00:33:38,826
Jika orang sudah menjangkakannya,
tiada orang akan kecewa, bukan?
352
00:34:01,056 --> 00:34:02,433
Ya. Pergilah berseronok.
353
00:34:07,646 --> 00:34:08,689
Syabas.
354
00:34:09,523 --> 00:34:11,984
Tiket loteri di sini.
355
00:34:12,317 --> 00:34:13,736
Semua orang perlukan peluang.
356
00:34:25,622 --> 00:34:26,665
Awak okey?
357
00:34:27,166 --> 00:34:29,585
-Tuan-tuan dan puan-puan...
-Saya baik.
358
00:34:29,793 --> 00:34:37,009
...sila duduk kerana
acara utama bakal bermula.
359
00:34:50,105 --> 00:34:51,398
Itulah presiden kita.
360
00:35:00,032 --> 00:35:06,038
Penduduk Commonwealth,
anda bersedia untuk saksikan
361
00:35:06,121 --> 00:35:11,585
perlawanan hebat?
362
00:35:36,443 --> 00:35:37,486
Hati-hati.
363
00:35:43,575 --> 00:35:44,785
Bagus.
364
00:35:49,665 --> 00:35:50,874
Ya Tuhan.
365
00:35:57,589 --> 00:35:59,466
Satu, dua, tiga.
366
00:36:11,937 --> 00:36:14,648
Commonwealth.
367
00:36:16,817 --> 00:36:20,612
-Kuat sikit. Ayuh.
-Commonwealth.
368
00:36:21,196 --> 00:36:23,782
Commonwealth.
369
00:36:41,133 --> 00:36:44,553
Berikan tepukan gemuruh
untuk peserta kita.
370
00:36:51,226 --> 00:36:54,104
Untuk meneruskan majlis ini,
371
00:36:54,646 --> 00:36:58,233
anak saya Sebastian
akan memberikan ucapan.
372
00:37:15,250 --> 00:37:18,420
Terima kasih.
Saya rasa berbesar hati
373
00:37:18,504 --> 00:37:22,299
berada di sini hari ini
bagi meraikan...
374
00:37:27,554 --> 00:37:28,931
-Apa dia buat?
-Ayuhlah.
375
00:37:33,811 --> 00:37:39,274
Saya tahu ramai orang
tak suka saya.
376
00:37:41,026 --> 00:37:42,569
Saya tahu itu salah saya sendiri.
377
00:37:43,821 --> 00:37:46,740
Ia akan mengambil masa yang lama
378
00:37:46,824 --> 00:37:51,745
untuk saya memperoleh kepercayaan
anda dan memenuhi warisan saya.
379
00:37:53,622 --> 00:37:57,584
Saya tak reti menjelaskan betapa
penting tempat ini bagi saya.
380
00:37:59,837 --> 00:38:01,130
Tapi datuk saya reti.
381
00:38:02,172 --> 00:38:07,636
Saya minta anda mengikuti
kata-kata hikmat
382
00:38:08,470 --> 00:38:12,599
Presiden Milton,
pengasas Commonwealth.
383
00:38:30,451 --> 00:38:34,913
Tolonglah. Commonwealth dibina
atas kepercayaan mengarut.
384
00:38:36,790 --> 00:38:38,250
Keinginan terdesak untuk percaya
385
00:38:38,333 --> 00:38:40,335
bahawa impian
Amerika lama masih wujud.
386
00:38:40,544 --> 00:38:44,840
Pepatah, "Semuanya tak mustahil."
"Kita boleh bangkit dari bawah."
387
00:38:45,382 --> 00:38:46,467
Mengarut betul.
388
00:38:47,176 --> 00:38:49,553
Realitinya, orang miskin
tetap miskin
389
00:38:49,636 --> 00:38:52,389
agar orang kaya boleh buat
apa saja yang kami mahu.
390
00:38:53,265 --> 00:38:56,769
Permainan ini dah ditentukan.
Tak guna berusaha.
391
00:38:56,852 --> 00:38:59,229
Ibu saya memilih
pemenang loteri sendiri.
392
00:38:59,605 --> 00:39:01,690
-Semua ini tak penting...
-Saya dah agak. Saya dah cakap.
393
00:39:01,774 --> 00:39:03,192
...dan tiada apa
yang akan berubah.
394
00:39:03,275 --> 00:39:04,401
Perempuan tak guna!
395
00:39:06,737 --> 00:39:07,821
Tutup pita itu.
396
00:39:07,946 --> 00:39:09,198
-Tunggu dulu.
-Pergi.
397
00:39:10,991 --> 00:39:13,160
{\an8}Ya, mereka terlalu
bodoh untuk sedar.
398
00:39:19,541 --> 00:39:23,879
-Berkumpul di gelanggang.
-Bertenang, semua.
399
00:39:26,757 --> 00:39:28,550
Jangan tembak.
400
00:39:29,301 --> 00:39:32,304
Berundur.
401
00:40:19,437 --> 00:40:24,067
Ke belakang. Berundur.
402
00:40:34,578 --> 00:40:36,121
Perayau!
403
00:40:36,454 --> 00:40:38,331
Pereput! Ada pereput di dataran!
404
00:40:45,797 --> 00:40:48,258
Mari sini. Nahas awak.
405
00:41:01,354 --> 00:41:03,732
Kecemasan. Semua unit ke medan.
406
00:41:04,399 --> 00:41:08,570
Perayau ada di dalam benteng.
Awak berenam, ikut saya.
407
00:41:09,404 --> 00:41:11,489
Lindungi gabenor
sehingga awak dapat arahan saya.
408
00:41:11,990 --> 00:41:14,492
Awak nak ke mana?
Awak sepatutnya melindungi saya.
409
00:41:15,869 --> 00:41:17,871
Tugas saya ialah untuk
melindungi Commonwealth, puan.
410
00:41:51,738 --> 00:41:52,781
Judith.
411
00:41:56,618 --> 00:41:57,702
Judith.
412
00:42:27,232 --> 00:42:29,526
-Jom, mari kita pergi.
-Berikan saya pistol itu.
413
00:42:30,318 --> 00:42:31,361
Mereka perlukan bantuan kita.
414
00:42:36,157 --> 00:42:39,119
Kita akan lakukan bersama,
faham? Jom.
415
00:43:05,854 --> 00:43:09,691
Perempuan tak guna.
Awak bukan siapa-siapa.
416
00:43:30,504 --> 00:43:33,089
Tolong! Tolong saya!
417
00:43:33,840 --> 00:43:35,133
Tolong saya!
418
00:43:35,634 --> 00:43:37,969
-Tidak!
-Kita perlu pergi.
419
00:43:38,094 --> 00:43:39,179
Tolong!
420
00:43:40,764 --> 00:43:44,643
Tidak!
421
00:43:48,146 --> 00:43:50,482
Tolong saya!
422
00:43:51,900 --> 00:43:55,654
Tolong! Tolong saya!
423
00:44:21,471 --> 00:44:23,473
Ya, mereka terlalu bodoh
untuk sedar.
424
00:44:24,641 --> 00:44:29,187
Tolonglah. Commonwealth dibina
atas kepercayaan mengarut.
425
00:44:31,022 --> 00:44:32,315
Keinginan terdesak untuk percaya
426
00:44:32,399 --> 00:44:34,568
bahawa impian
Amerika lama masih wujud.
427
00:44:34,651 --> 00:44:38,822
Pepatah, "Semuanya tak mustahil."
"Kita boleh bangkit dari bawah."
428
00:44:39,281 --> 00:44:40,615
Mengarut betul.
429
00:44:41,283 --> 00:44:43,785
Realitinya, orang miskin
tetap miskin
430
00:44:43,869 --> 00:44:46,538
agar orang kaya boleh buat
apa saja yang kami mahu.
431
00:45:12,939 --> 00:45:14,941
Terjemahan sari kata oleh
Audrey Teo