1 00:00:12,887 --> 00:00:17,177 Tempat ini memberi kesan yang mendalam ke atas semangat saya. 2 00:00:17,809 --> 00:00:21,019 Apabila awak sembuhkan kucing, awak dah selamatkannya. 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,225 Ia perasaan terbaik di dunia, dan ia mendorong saya untuk teruskan. 4 00:00:27,485 --> 00:00:29,985 Saya sentiasa mencari makna kehidupan, 5 00:00:30,071 --> 00:00:32,661 sesuatu yang sangat memuaskan. 6 00:00:33,241 --> 00:00:35,041 Kucing ini agak sensitif. 7 00:00:35,118 --> 00:00:38,788 Dia pernah diserang beberapa kali ketika cuba kembali ke rumah. 8 00:00:38,872 --> 00:00:41,212 Dia rasa terganggu atau dibuli 9 00:00:41,291 --> 00:00:43,961 dan dia sudah serik dengan itu. 10 00:00:44,044 --> 00:00:47,264 - Awak datang setiap hari? - Ya. Pagi dan petang. 11 00:00:50,091 --> 00:00:53,051 Kali pertama saya nampak anak kucing di jalanan, 12 00:00:53,136 --> 00:00:55,756 saya sedar jika saya tak buat sesuatu, 13 00:00:55,847 --> 00:00:57,467 anak kucing ini akan mati. 14 00:00:57,557 --> 00:01:00,517 Ketika itulah hidup saya mula berubah. 15 00:01:18,953 --> 00:01:20,293 Semasa kami tiba, 16 00:01:20,371 --> 00:01:23,921 saya beri kucing di jalanan makan dan penduduk memarahi saya. 17 00:01:24,000 --> 00:01:26,340 Mereka tak suka saya beri kucing makan. 18 00:01:27,295 --> 00:01:30,045 Kami perlu ambil tindakan serius tentang ini. 19 00:01:30,548 --> 00:01:33,838 Saya sedar, kami perlukan tempat perlindungan kucing. 20 00:01:35,678 --> 00:01:39,218 Apabila sedar yang ia bukan tentang diri, drama, ego, 21 00:01:39,307 --> 00:01:42,687 apa dalam diri awak, tapi tentang kehidupan si kecil ini. 22 00:01:42,769 --> 00:01:45,309 Ini yang menjadikan ia bermakna. 23 00:01:47,357 --> 00:01:49,817 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 24 00:02:29,774 --> 00:02:32,694 Di setiap sudut di Syros, akan nampak kucing. 25 00:02:34,737 --> 00:02:36,277 Mereka ada di mana-mana. 26 00:02:37,448 --> 00:02:40,538 Di sekitar tong sampah, ada koloni kucing, 27 00:02:41,161 --> 00:02:43,291 anak kucing yang perlukan bantuan. 28 00:02:43,371 --> 00:02:45,751 Kami jumpa mereka dalam koloni ini 29 00:02:45,832 --> 00:02:47,292 di sekitar pulau ini. 30 00:02:52,005 --> 00:02:55,795 Kami kebetulan lalu semalam dan nampak anak kucing ini. 31 00:02:56,467 --> 00:02:58,967 Keadaan matanya, kemungkinan besar 32 00:02:59,053 --> 00:03:02,143 dia akan buta melainkan kami buat sesuatu. 33 00:03:02,640 --> 00:03:03,810 Dia di sana? 34 00:03:03,892 --> 00:03:05,522 - Ya. - Hai, sayang. 35 00:03:06,978 --> 00:03:08,228 Hai, sayang. 36 00:03:08,313 --> 00:03:11,653 Kami akan hampiri dan lihat jika kucing itu liar, 37 00:03:11,733 --> 00:03:13,443 cuba dapatkan kepercayaannya. 38 00:03:13,526 --> 00:03:14,356 Hei. 39 00:03:15,153 --> 00:03:16,363 Matanya sakit. 40 00:03:17,572 --> 00:03:18,622 Dia demam. 41 00:03:18,698 --> 00:03:20,408 - Dia memang demam. - Okey. 42 00:03:20,491 --> 00:03:21,581 Hai, sayang. 43 00:03:21,659 --> 00:03:23,749 Jika jumpa kucing sakit, kami akan selamatkan, 44 00:03:23,828 --> 00:03:27,868 telefon klinik haiwan dan kata, "Boleh kami bawa kucing ini?" 45 00:03:28,124 --> 00:03:28,964 Sedia? 46 00:03:29,042 --> 00:03:32,212 Satu hujan dan dia mungkin hidap pneumonia. 47 00:03:32,295 --> 00:03:36,375 Jika pneumonia tak dirawat, dalam masa yang singkat, dia akan mati. 48 00:03:38,092 --> 00:03:43,682 Ada kira-kira 25,000 penduduk Syros dan 13,000 ekor kucing. 49 00:03:44,307 --> 00:03:47,437 Sikap terhadap kucing di sini adalah mereka perosak. 50 00:03:47,518 --> 00:03:50,188 Mereka macam tikus, tak diingini. 51 00:03:50,271 --> 00:03:54,231 Dianggap sakit, tak boleh disentuh dan di sinilah saya tampil 52 00:03:54,317 --> 00:03:56,487 dan mula ubah mentaliti mereka. 53 00:04:02,909 --> 00:04:07,999 Pulau kami kecil. 54 00:04:08,081 --> 00:04:12,211 Pada masa lalu, tiada program kembiri. 55 00:04:12,293 --> 00:04:13,923 TIMBALAN DATUK BANDAR SYROS 56 00:04:14,003 --> 00:04:17,673 Jadi, populasi kucing sangat tinggi. 57 00:04:17,757 --> 00:04:18,587 WARGA SYROS 58 00:04:18,675 --> 00:04:21,135 Saya tak suka kucing sebelum ini. 59 00:04:21,761 --> 00:04:25,311 Pendekatan pertama adalah ia terlalu banyak. 60 00:04:25,848 --> 00:04:29,808 Kebanyakan orang suka kucing. 61 00:04:29,894 --> 00:04:31,104 PEMANDU TEKSI 62 00:04:31,187 --> 00:04:32,687 Entahlah kenapa. 63 00:04:33,231 --> 00:04:35,781 Saya datang ke sini sepuluh tahun lalu. 64 00:04:35,858 --> 00:04:39,608 Saya tak tahu situasi di sini. 65 00:04:39,696 --> 00:04:43,616 Saya nampak beribu kucing terbiar 66 00:04:43,700 --> 00:04:45,580 yang membiak tanpa kawalan. 67 00:04:45,660 --> 00:04:46,620 DOKTOR HAIWAN 68 00:04:46,703 --> 00:04:48,963 Ia kitaran hidup yang kejam. 69 00:04:55,503 --> 00:04:59,843 Kami terkenal disebabkan tempat perlindungan kucing ini 70 00:04:59,924 --> 00:05:02,894 yang kami mulakan kira-kira sepuluh tahun lalu. 71 00:05:05,888 --> 00:05:08,848 Ada 20 ekor kucing yang menunggu untuk diambil. 72 00:05:09,642 --> 00:05:10,522 Pergilah. 73 00:05:10,601 --> 00:05:13,521 Jika kami boleh hantar mereka ke rumah baru, 74 00:05:13,604 --> 00:05:15,574 ruang kami lebih terbuka. 75 00:05:16,482 --> 00:05:18,692 Kebanyakannya ada masalah kesihatan. 76 00:05:18,776 --> 00:05:20,776 Kami perlu sembuhkan mereka dulu. 77 00:05:20,862 --> 00:05:23,362 Kemudian, mereka akan disuntik vaksin, 78 00:05:23,448 --> 00:05:24,988 dan tunggu beberapa minggu 79 00:05:25,074 --> 00:05:28,334 untuk pastikan tiada kesan buruk vaksin, 80 00:05:28,411 --> 00:05:31,541 dan kemudian mereka sudah bersedia untuk diambil. 81 00:05:33,750 --> 00:05:36,090 Proses pengambilan taklah semudah itu, 82 00:05:36,169 --> 00:05:39,419 sebab kami cuba serahkan kucing ke luar negara. 83 00:05:39,505 --> 00:05:40,545 Ia proses besar. 84 00:05:40,631 --> 00:05:42,881 Pertama, mencari orang di Facebook. 85 00:05:42,967 --> 00:05:44,337 Mereka akan mesej kami, 86 00:05:44,427 --> 00:05:46,967 dan kami cuba selidik latar belakang mereka, 87 00:05:47,055 --> 00:05:48,345 adakah mereka sesuai? 88 00:05:49,349 --> 00:05:55,359 Kami sudah hantar kucing ke Jerman, Kanada, Denmark, Switzerland. 89 00:05:55,438 --> 00:05:56,558 Ke mana saja. 90 00:05:57,273 --> 00:06:00,743 Ia satu proses utama menghantar kucing dari Syros ke Lapangan Terbang Athens, 91 00:06:00,818 --> 00:06:03,778 dari situ ke serata dunia. 92 00:06:04,280 --> 00:06:07,530 Penting dalam kerja ini untuk berhubung dengan kucing, 93 00:06:07,617 --> 00:06:08,657 beri mereka nama. 94 00:06:08,743 --> 00:06:11,663 Tunjukkan yang mereka penting bagi kita. 95 00:06:14,248 --> 00:06:17,288 Semasa kami temui Bella, kami tak sedar 96 00:06:17,377 --> 00:06:18,877 tentang kanser hidungnya. 97 00:06:19,462 --> 00:06:23,302 Dia sudah jalani pembedahan, dan kami perlu pisahkan Bella. 98 00:06:23,925 --> 00:06:25,545 Kami sangka kanser hidung 99 00:06:25,635 --> 00:06:28,045 akan sukarkan dia untuk diambil. 100 00:06:28,638 --> 00:06:30,468 Tak mungkin ada orang sudi 101 00:06:30,556 --> 00:06:33,226 memikul tanggungjawab ke atas kucing ini. 102 00:06:34,185 --> 00:06:35,935 Dia kucing istimewa. 103 00:06:37,605 --> 00:06:40,065 Dia sangat suka didakap, 104 00:06:40,149 --> 00:06:43,779 dan dia akan tidur di sebelah saya setiap malam. 105 00:06:43,861 --> 00:06:46,241 Ada sesuatu di antara kami. 106 00:06:53,329 --> 00:06:57,459 Saya dari Denmark, dan di Denmark, kucing ada kehidupan yang berbeza. 107 00:06:58,543 --> 00:07:00,553 Saya ada banyak pengalaman hidup. 108 00:07:00,628 --> 00:07:03,338 Saya belajar dalam bidang fesyen ketika muda, 109 00:07:03,423 --> 00:07:06,683 dan sekian lamanya, memiliki syarikat rekaan beg tangan. 110 00:07:06,759 --> 00:07:09,299 Rasa seronok, tapi ada sesuatu yang kurang, 111 00:07:09,887 --> 00:07:13,057 iaitu makna kehidupan yang besar. 112 00:07:14,016 --> 00:07:17,766 Pada usia 16 tahun, dalam perjalanan ke sekolah, 113 00:07:17,854 --> 00:07:21,324 saya tak naik bas untuk ke sekolah 114 00:07:22,066 --> 00:07:27,196 tapi pulang ke rumah seolah-olah berpandukan cahaya, 115 00:07:27,280 --> 00:07:31,370 ambil pasport dan wang saya dan pergi ke Lapangan Terbang Heathrow, 116 00:07:31,451 --> 00:07:34,371 dan saya ke New York. 117 00:07:34,954 --> 00:07:36,624 Saya mulakan perjalanan 118 00:07:36,706 --> 00:07:41,626 untuk memahami apa tujuan hidup manusia. 119 00:07:42,503 --> 00:07:43,343 Kami berjumpa… 120 00:07:43,421 --> 00:07:46,631 Dia sedang adakan seminar The Art of Being Human, 121 00:07:47,258 --> 00:07:49,968 dan ia sesuatu yang menarik perhatian saya. 122 00:07:51,012 --> 00:07:53,602 Dia tinggalkan rumah pada usia yang sama. 123 00:07:53,681 --> 00:07:56,811 Kami saling tertarik, 124 00:07:56,893 --> 00:07:59,733 jadi kami bersama, 125 00:07:59,812 --> 00:08:03,772 dan kami bersama selama 27 tahun. 126 00:08:05,109 --> 00:08:07,899 Hai, sayang. Teruskan. Ayuh. 127 00:08:08,404 --> 00:08:10,164 Lucas, mari. 128 00:08:10,656 --> 00:08:11,776 Nampak Cham Cham? 129 00:08:12,533 --> 00:08:13,453 Tidak. 130 00:08:16,662 --> 00:08:19,372 Ini Benji, juga dikenali sebagai Juju. 131 00:08:19,457 --> 00:08:22,877 - Tiny. mari, Tiny. - Tiny, ayuh. 132 00:08:23,669 --> 00:08:24,919 Itu Noogie? 133 00:08:25,880 --> 00:08:27,550 - Ini Noogie, ya. - Itu Noogie. 134 00:08:28,049 --> 00:08:29,129 Ini Mous Mous. 135 00:08:30,343 --> 00:08:33,353 Ia seperti misai kecil. 136 00:08:34,972 --> 00:08:36,142 Hei… 137 00:08:36,224 --> 00:08:39,274 Lila, dia menakjubkan sebab dalam masa yang singkat, 138 00:08:39,352 --> 00:08:40,942 dan sejujurnya, 139 00:08:41,020 --> 00:08:44,480 dia ingat nama-nama 65 ekor kucing dan saya kagum. 140 00:08:44,565 --> 00:08:49,445 Ini Temple, ini Sammy, ini Polly, ini Banjo, 141 00:08:49,529 --> 00:08:50,659 ini Coco. 142 00:08:50,738 --> 00:08:54,078 Itu Kali, Lucas, Tiny, Snowy. 143 00:08:56,744 --> 00:09:00,414 Richard dan Joan 100 peratus komited dengan kucing, 144 00:09:00,498 --> 00:09:03,078 tapi mereka selesa menyendiri. 145 00:09:05,211 --> 00:09:08,631 Kami hidup mewah di Denmark. 146 00:09:09,423 --> 00:09:12,843 Kami beli rumah di sebelah rumah permaisuri, 147 00:09:12,927 --> 00:09:15,047 kediaman musim panasnya. 148 00:09:16,430 --> 00:09:18,270 Putera Denmark 149 00:09:18,349 --> 00:09:22,349 akan berjoging pada waktu pagi dengan askarnya, 150 00:09:22,436 --> 00:09:25,356 salah seorang daripada mereka bermain seruling, 151 00:09:25,439 --> 00:09:29,939 dan dia akan mengangguk apabila nampak kami. 152 00:09:30,987 --> 00:09:31,987 Kami pengembara. 153 00:09:32,071 --> 00:09:34,071 Kami pernah ke England, Amerika, 154 00:09:34,156 --> 00:09:35,826 dan di Kanada agak lama. 155 00:09:35,908 --> 00:09:38,578 Kami berdua ingin mencari tempat 156 00:09:38,661 --> 00:09:40,331 yang kami rasa akan menetap. 157 00:09:40,413 --> 00:09:42,543 Dia tahu saya mencari sesuatu 158 00:09:42,623 --> 00:09:44,833 yang boleh memenuhi hasrat saya. 159 00:09:45,376 --> 00:09:49,296 Pada masa itu, kesihatan saya merosot dengan ketara 160 00:09:49,380 --> 00:09:53,340 sehingga doktor yang hantar saya ke setiap pakar berkata, 161 00:09:53,426 --> 00:09:55,466 "Saya tak tahu nak buat apa lagi." 162 00:09:56,721 --> 00:09:58,681 Dia menghidap keletihan kronik. 163 00:09:58,764 --> 00:10:00,024 Dia selalu penat, 164 00:10:00,099 --> 00:10:03,229 cuma berbaring sepanjang hari. 165 00:10:03,311 --> 00:10:06,361 Dia kata, "Apa kata awak tinggal di Mediterranean 166 00:10:06,439 --> 00:10:09,569 dan hidup bahagia di sana?" 167 00:10:09,650 --> 00:10:14,240 Anehnya, kami datang ke Syros. 168 00:10:14,822 --> 00:10:18,082 Kami pilih waktu paling teruk untuk berpindah ke Greece. 169 00:10:18,159 --> 00:10:21,039 Ketika itulah krisis bermula pada tahun 2008. 170 00:10:21,120 --> 00:10:23,290 Kedai tutup satu demi satu. 171 00:10:23,372 --> 00:10:26,632 Kami sampai ke tahap tiada wang. 172 00:10:26,709 --> 00:10:28,209 Tiada satu sen pun. 173 00:10:28,836 --> 00:10:31,916 Kami melabur segalanya dari Denmark di sini, 174 00:10:32,006 --> 00:10:36,136 tapi perasaan yang sama ada ini adalah pengakhiran mutlak, 175 00:10:36,218 --> 00:10:39,178 pengakhiran permulaan, atau permulaan pengakhiran. 176 00:10:39,263 --> 00:10:40,813 Entahlah yang mana satu. 177 00:10:41,932 --> 00:10:44,022 Kami baru tiba beberapa minggu. 178 00:10:44,101 --> 00:10:47,521 Richard masuk dan kata, "Saya nampak anak kucing di taman." 179 00:10:47,605 --> 00:10:50,145 Ada dua anak kucing dalam semak, 180 00:10:50,232 --> 00:10:51,442 bersembunyi di situ, 181 00:10:51,525 --> 00:10:53,395 seekor daripada mereka sakit, 182 00:10:53,486 --> 00:10:56,906 saya sedar saya perlu perangkap dan bawa ke doktor haiwan. 183 00:10:57,114 --> 00:10:59,834 Doktor tak pasti  nak kucing ini akan hidup, 184 00:10:59,909 --> 00:11:03,409 tapi saya bertegas sebab saya sanggup. 185 00:11:04,205 --> 00:11:07,745 Hanya duduk setiap hari, pastikan dia diberi antibiotik. 186 00:11:09,585 --> 00:11:12,755 Setelah selamatkan satu nyawa, awak nak selamatkan lagi. 187 00:11:13,839 --> 00:11:17,839 Awak baru selamatkan nyawa. Perasaan itu, tak dapat digambarkan. 188 00:11:22,181 --> 00:11:25,771 Joan dan saya berjanji hanya 20, itu saja. 189 00:11:26,394 --> 00:11:28,444 "Kita mesti kekalkan di bawah 25, 190 00:11:29,105 --> 00:11:30,555 sebab 30 agak…" 191 00:11:30,648 --> 00:11:33,688 "Okey, 30 adalah had." 192 00:11:33,776 --> 00:11:35,566 "Saya takkan melebihi 35." 193 00:11:35,653 --> 00:11:38,113 "Siapa ada 35 ekor kucing?" 194 00:11:38,197 --> 00:11:40,987 Saya rasa kami sekarang ada 65 kucing. 195 00:11:41,701 --> 00:11:45,791 Kami tertekan setiap masa ketika ini, ketika menyelamatkan kucing, 196 00:11:45,871 --> 00:11:47,331 sebab tempat ini… 197 00:11:47,415 --> 00:11:49,785 terlalu padat dan kami perlukan lebih ruang. 198 00:11:49,875 --> 00:11:53,205 Kami sangat memerlukan ruang supaya ia tak terlalu sesak 199 00:11:53,295 --> 00:11:54,835 untuk kucing di sini. 200 00:11:56,882 --> 00:11:59,302 Saya tak begitu pandai di awal permulaan. 201 00:11:59,385 --> 00:12:02,755 Kami ada anak kucing yang biasa bersama saya, 202 00:12:02,847 --> 00:12:05,057 dia akan menyusu, dan dia serba kekurangan. 203 00:12:05,141 --> 00:12:06,521 Saya serasi dengan dia. 204 00:12:06,600 --> 00:12:08,810 Saya fikir, "Mereka sihat pada tahun pertama." 205 00:12:08,894 --> 00:12:11,024 "Mereka sihat, semua penyelamat kita bagus." 206 00:12:11,105 --> 00:12:13,815 Ketika musim sejuk pertama, dia sakit. 207 00:12:14,358 --> 00:12:18,358 Entah kenapa, tapi tiba-tiba dia begitu, 208 00:12:18,446 --> 00:12:21,486 rupa-rupanya, berlaku wabak parvovirus pertama kami. 209 00:12:21,574 --> 00:12:24,164 yang membawa maut jika kucing tak divaksin. 210 00:12:25,244 --> 00:12:28,624 Ia sangat menyakitkan bagi saya kerana doktor berkata, 211 00:12:28,706 --> 00:12:31,666 "Jika kucing ini divaksin, ia takkan mati." 212 00:12:33,753 --> 00:12:37,013 Belajar dengan cara begini kadangkala sukar diterima. 213 00:12:40,009 --> 00:12:42,049 Anak kucing dari jalanan ini, 214 00:12:42,136 --> 00:12:44,176 kami bimbangkan penglihatannya. 215 00:12:44,263 --> 00:12:47,183 Jika penglihatannya tiada, dia akan dalam bahaya. 216 00:12:50,519 --> 00:12:53,019 - Matanya sakit. - Ya. 217 00:12:53,105 --> 00:12:55,895 Dia juga bersin dan batuk, 218 00:12:55,983 --> 00:12:57,743 jadi dia selesema. 219 00:12:59,445 --> 00:13:03,985 - Nampak kemerahan di sekitar giginya? - Kasihan dia. 220 00:13:04,074 --> 00:13:07,294 Joan bimbangkan anak kucing ini. 221 00:13:07,369 --> 00:13:09,749 Ia terhuyung-hayang, 222 00:13:09,830 --> 00:13:15,840 dan ia menimbulkan sifat keibuan Joan kepada kucing itu. 223 00:13:17,129 --> 00:13:19,839 - Dia mungkin ada kulat. - Kulat? Okey. 224 00:13:19,924 --> 00:13:22,724 - Hati-hati. - Awak perlu asingkan dia. 225 00:13:22,802 --> 00:13:23,802 - Ya. - Ya, okey. 226 00:13:25,387 --> 00:13:26,307 Okey. 227 00:13:26,388 --> 00:13:29,558 Bagaimana dengan matanya? Sebab nampak teruk. 228 00:13:29,642 --> 00:13:32,522 - Dia ada selesema kucing. - Okey. 229 00:13:32,603 --> 00:13:35,403 Saya perlu letak sesuatu untuk kutu, 230 00:13:35,898 --> 00:13:39,608 dan selepas dua, tiga minggu, kita perlu memvaksin dia. 231 00:13:39,693 --> 00:13:43,453 - Ya. - Awak tahu berapa umur kucing itu? 232 00:13:43,531 --> 00:13:45,951 Berapa umur? Lebih kurang lima bulan. 233 00:13:46,033 --> 00:13:47,373 - Okey. - Terima kasih. 234 00:13:47,451 --> 00:13:48,831 - Okey. - Kecilnya dia. 235 00:13:48,911 --> 00:13:51,331 - Ya, kecil untuk umurnya. - Sangat kecil. 236 00:13:51,413 --> 00:13:52,253 Sangat baik. 237 00:13:52,790 --> 00:13:56,710 Joan datang ke sini bersama kucing terbiar hampir setiap minggu. 238 00:13:57,545 --> 00:13:58,955 Ia menakjubkan, 239 00:13:59,046 --> 00:14:01,626 inilah pengajaran untuk kehidupan. 240 00:14:01,715 --> 00:14:02,875 Apa saya nak kata? 241 00:14:02,967 --> 00:14:07,177 Dia selamatkan nyawanya. 242 00:14:09,181 --> 00:14:12,981 Penting untuk sedar yang awak tak boleh selamatkan mereka semua. 243 00:14:13,477 --> 00:14:15,307 Tapi, macam yang mereka kata, 244 00:14:15,396 --> 00:14:18,726 besar manfaatnya bagi setiap ekor yang diselamatkan. 245 00:14:19,316 --> 00:14:22,316 Tiada kerja sambil lewa bila Joan dengan kucing ini. 246 00:14:23,362 --> 00:14:25,742 Harinya sibuk, tujuh hari seminggu. 247 00:14:28,200 --> 00:14:30,870 Saya sukakan kucing. Saya dakap mereka. 248 00:14:30,953 --> 00:14:34,673 Tak dapat ditekankan betapa banyaknya kerja Joan. 249 00:14:35,249 --> 00:14:37,249 Saya sentiasa bersama Joan. 250 00:14:39,920 --> 00:14:43,380 Harinya bermula hampir pukul tujuh. 251 00:14:43,883 --> 00:14:46,723 Dia akan beri makan kucing di bahagian bawah, 252 00:14:47,636 --> 00:14:50,806 kemudian di bahagian tengah, 253 00:14:51,557 --> 00:14:52,977 Kucing di bahagian atas. 254 00:14:53,767 --> 00:14:56,097 - Mari, sayang. - Kucing belakang rumah. 255 00:14:56,729 --> 00:14:59,019 Kucing di belakang rumah tengah. 256 00:14:59,857 --> 00:15:03,397 Dia sentiasa memberi perhatian jika ada yang hilang, 257 00:15:03,485 --> 00:15:06,445 dan jika ada, dia akan mencari di sekitar bukit 258 00:15:06,530 --> 00:15:07,820 sehingga jumpa. 259 00:15:09,074 --> 00:15:11,124 Semenjak menetap selama sepuluh tahun, 260 00:15:11,201 --> 00:15:13,751 Richard menyokong penuh usaha saya. 261 00:15:15,122 --> 00:15:17,542 Seronok melihat dia bekerja. 262 00:15:18,500 --> 00:15:21,090 Boleh kita cuba satu… 263 00:15:21,170 --> 00:15:22,000 Satu… 264 00:15:23,464 --> 00:15:25,724 - Bukan rosmeri. Lavender? - Lavender? 265 00:15:25,799 --> 00:15:28,089 Boleh kita cuba hari ini? 266 00:15:31,347 --> 00:15:32,217 Richard? 267 00:15:34,224 --> 00:15:39,404 Saya tak tahu nak kata apa tentang dia. Dia suka luangkan masa di taman. 268 00:15:42,399 --> 00:15:44,229 Mereka boleh duduk… 269 00:15:44,318 --> 00:15:48,488 Ini dibina dengan batu dan lumpur. 270 00:15:48,572 --> 00:15:50,122 Kita buat bersama, bukan? 271 00:15:50,199 --> 00:15:53,619 - Betul. Kita buat bersama. - Bersama. 272 00:15:56,997 --> 00:15:59,627 Kami percaya jika kami usahakan projek ini, 273 00:15:59,708 --> 00:16:02,918 akan ada ramai orang  274 00:16:03,003 --> 00:16:05,883 yang nak jadi sukarelawan dan berbakti demi kucing. 275 00:16:05,965 --> 00:16:09,215 Tinggal di tempat indah ini sambil membantu kucing. 276 00:16:11,053 --> 00:16:15,853 Saya ingat lagi bertemu Lila di padang dan berfikir ketika pulang, 277 00:16:15,933 --> 00:16:19,813 "Saya baru jumpa wanita Perancis ini, dan dia nampak hebat." 278 00:16:20,437 --> 00:16:22,687 Saya sedar yang dia serius tentang ini 279 00:16:22,773 --> 00:16:25,233 dan sangat meminati kucing 280 00:16:25,317 --> 00:16:27,317 dan ingin belajar tentang mereka. 281 00:16:36,328 --> 00:16:39,248 Saya menamatkan ijazah sarjana dalam Sejarah Seni, 282 00:16:39,331 --> 00:16:42,631 dan ingin mengembara ke serata dunia dengan kekasih saya, 283 00:16:42,710 --> 00:16:45,630 tetapi 2020 bukanlah tahun yang sesuai. 284 00:16:46,463 --> 00:16:48,303 Kami bertemu Richard dan Joan, 285 00:16:49,008 --> 00:16:53,178 dan terus jatuh hati dengan kucing, 286 00:16:53,762 --> 00:16:55,762 bersama mereka, di sini. 287 00:16:56,223 --> 00:16:59,023 Dia beri saya tanggungjawab memberi makan kucing 288 00:16:59,101 --> 00:17:00,731 setiap malam di padang. 289 00:17:02,396 --> 00:17:06,106 Seminggu menjadi dua, dua minggu menjadi sebulan, 290 00:17:06,191 --> 00:17:07,941 dan ia tak pernah berakhir. 291 00:17:09,111 --> 00:17:11,361 Saya masih di sini, lima bulan. 292 00:17:12,072 --> 00:17:13,572 Helo, Harry. 293 00:17:13,657 --> 00:17:16,407 Teman lelaki saya di Ecuador. 294 00:17:17,077 --> 00:17:19,707 Saya akan ikut dia selama sebulan dua, 295 00:17:20,205 --> 00:17:24,745 kemudian akan kembali ke sini dan kita akan lihat bagaimana. 296 00:17:26,045 --> 00:17:28,915 Kucing-kucing ini ialah kucing terbiar 297 00:17:29,006 --> 00:17:32,086 yang kami jaga setiap hari, pagi dan petang. 298 00:17:33,302 --> 00:17:36,812 Mereka semua dimandulkan. 299 00:17:39,099 --> 00:17:43,149 Saya boleh luangkan masa 15 hingga 30 minit bersama mereka. 300 00:17:43,228 --> 00:17:48,818 Menukar air, memberi makan, memastikan semuanya baik, 301 00:17:48,901 --> 00:17:50,901 dan meluangkan masa dengan mereka. 302 00:17:52,446 --> 00:17:55,776 Awak tahu kucing suka makan banyak. 303 00:17:56,658 --> 00:17:58,988 Ketika kami mula membantu kucing, 304 00:17:59,078 --> 00:18:01,908 semakin ramai orang yang terlibat, 305 00:18:01,997 --> 00:18:04,077 klinik haiwan mula mengembiri. 306 00:18:04,166 --> 00:18:06,456 Penduduk tempatan boleh nampak dengan sedikit… 307 00:18:06,543 --> 00:18:07,753 pemandulan dan kembiri, 308 00:18:07,836 --> 00:18:10,586 dan memberi mereka makanan setiap hari, 309 00:18:10,672 --> 00:18:11,592 air jernih… 310 00:18:11,673 --> 00:18:13,803 kesannya hebat ke atas kucing. 311 00:18:15,052 --> 00:18:17,142 Mari, kucing kecil. 312 00:18:17,763 --> 00:18:20,603 Jiran memarahi mereka, 313 00:18:20,682 --> 00:18:25,312 sebab mereka tak beri makan kucing di ruang sendiri. 314 00:18:25,813 --> 00:18:28,273 Mereka letak makanan di sini. 315 00:18:30,734 --> 00:18:32,824 Mereka makan sebanyak… 316 00:18:32,903 --> 00:18:33,903 WARGA SYROS 317 00:18:33,987 --> 00:18:35,157 …yang awak beri. 318 00:18:35,239 --> 00:18:38,489 Saya beri mereka makan setiap hari. 319 00:18:39,535 --> 00:18:45,455 Kami mulakan kafe kucing di pulau ini, 320 00:18:45,541 --> 00:18:51,671 mengembiri kucing yang tinggal di kafe kucing. 321 00:18:51,755 --> 00:18:54,625 Kami tiada dana. 322 00:18:54,716 --> 00:18:58,756 Kami guna wang sendiri. Tiada lagi wang yang tinggal. 323 00:18:59,596 --> 00:19:02,846 Saya dah habiskan 15,000 euro dalam masa lima tahun ini. 324 00:19:02,933 --> 00:19:06,813 Minta dirahsiakan ya. 325 00:19:07,312 --> 00:19:12,992 Kami bertuah ada orang seperti Manolis Vorrisis, doktor haiwan, 326 00:19:13,068 --> 00:19:16,948 yang sanggup bersusah payah 327 00:19:17,030 --> 00:19:22,080 membantu kucing mencari tempat perlindungan. 328 00:19:22,953 --> 00:19:24,833 Bagaimana nak teruskan? 329 00:19:24,913 --> 00:19:26,713 Kita lihat, saya tak biasa di sini, 330 00:19:26,790 --> 00:19:29,330 tapi jika awak panggil, mereka akan datang. 331 00:19:29,418 --> 00:19:31,628 - Okey. - Flora kata mereka mudah… 332 00:19:31,712 --> 00:19:36,262 "Perangkap, kembiri, kembalikan." Itu istilah rasmi apa yang kami buat. 333 00:19:36,967 --> 00:19:40,797 Tujuannya adalah mengawal populasi mendadak kucing. 334 00:19:40,888 --> 00:19:43,678 Sepuluh kucing ini takkan jadi 50. 335 00:19:44,516 --> 00:19:47,516 Ia akan kekal sepuluh ekor kucing. 336 00:19:47,603 --> 00:19:50,403 - Manos, awak perlukan sangkar? - Entahlah. 337 00:19:50,480 --> 00:19:54,740 Kita perlu tunggu sepuluh minit untuk kucing datang… 338 00:19:54,818 --> 00:19:56,238 - Ya, okey. - …bersantai. 339 00:19:56,320 --> 00:19:57,950 Kita akan tangkap dia. 340 00:19:59,364 --> 00:20:01,744 Manos, doktor haiwan yang kami kenali, 341 00:20:01,825 --> 00:20:04,945 ketika tiba di pulau ini sepuluh tahun lalu. 342 00:20:05,954 --> 00:20:08,674 Pada masa itu, kami mula mengembiri kucing, 343 00:20:08,749 --> 00:20:11,589 di mana perubahan besar mula berlaku. 344 00:20:12,669 --> 00:20:15,589 Dengan jumlah kucing yang banyak di pulau ini, 345 00:20:15,672 --> 00:20:16,882 masalahnya besar. 346 00:20:19,218 --> 00:20:22,048 Hujung minggu adalah masa semua bekerja keras, 347 00:20:22,137 --> 00:20:25,017 perangkap kucing, bawa ke klinik, mandul dan kembirikan mereka, 348 00:20:25,098 --> 00:20:27,848 dan keesokan harinya, kami keluar dan bebaskan. 349 00:20:27,935 --> 00:20:30,345 TNR, kerja yang sukar. 350 00:20:37,402 --> 00:20:39,742 Kami beri makan 100 kucing setiap hari. 351 00:20:39,821 --> 00:20:43,411 Makanan saja memerlukan dana yang besar untuk itu. 352 00:20:43,492 --> 00:20:44,952 Saya perlu dapatkan ini… 353 00:20:45,619 --> 00:20:47,039 - Enam. - Ini? 354 00:20:47,120 --> 00:20:48,410 - Tak apa, tinggalkan. - Ya? 355 00:20:48,497 --> 00:20:50,787 - Okey. Saya tahu. - Kami ada enam ini. 356 00:20:55,045 --> 00:20:55,875 Okey. 357 00:20:58,590 --> 00:21:01,970 Sepuluh tahun di sini, saya sedar tak boleh selamatkan mereka semua, 358 00:21:02,052 --> 00:21:04,182 tapi saya akan buat selagi boleh, 359 00:21:04,263 --> 00:21:06,563 dan saya tahu ada maafaatnya. 360 00:21:07,349 --> 00:21:10,849 Memastikan tempat ini beroperasi, semuanya dijalankan… 361 00:21:10,936 --> 00:21:12,056 Bil elektrik, awak tahu? 362 00:21:12,145 --> 00:21:14,475 Pada musim sejuk, kami perlu pastikan kucing hangat. 363 00:21:14,564 --> 00:21:16,534 Jadi, ia tanggungjawab yang besar 364 00:21:16,608 --> 00:21:18,608 dan buat saya sukar tidur. 365 00:21:20,737 --> 00:21:24,697 Joan bekerja 16 jam sehari, tak pernah dapat sesen pun. 366 00:21:24,783 --> 00:21:29,583 Bersama sukarelawan, kami pastikan mereka ada rumah, 367 00:21:29,663 --> 00:21:32,003 elektrik, guna kereta, ada minyak, 368 00:21:32,082 --> 00:21:36,042 dan wang yang cukup untuk makan, dan tak tertekan, 369 00:21:36,128 --> 00:21:37,338 tapi ia bukan tempat 370 00:21:37,421 --> 00:21:40,051 yang awak akan datang dan bersara awal. 371 00:21:40,132 --> 00:21:43,262 Itu takkan ada apa-apa kaitan dengan haiwan, 372 00:21:43,343 --> 00:21:47,013 melainkan awak ada kerja haram. 373 00:21:51,643 --> 00:21:55,813 Saya pakai sarung tangan sebab kucing kecil yang kami jumpa 374 00:21:55,897 --> 00:21:59,567 di jalanan ini ada kulat di telinganya, 375 00:22:00,068 --> 00:22:02,858 dan ia penyakit berjangkit. 376 00:22:02,946 --> 00:22:04,816 Dia selesema teruk. 377 00:22:04,906 --> 00:22:09,366 Ini menjejaskan hidung dan mulutnya, 378 00:22:09,453 --> 00:22:12,503 dan matanya juga sakit. 379 00:22:13,957 --> 00:22:17,337 - Dia dah ada nama? - Kami fikirkan "Milo." 380 00:22:18,045 --> 00:22:20,755 Nama yang baik untuk dia. 381 00:22:22,174 --> 00:22:25,434 Dia sangat berterima kasih kerana diselamatkan. 382 00:22:25,510 --> 00:22:27,430 Dia tidur sepanjang tengah hari. 383 00:22:28,722 --> 00:22:33,232 Kami dah mula beri antibiotik dan titik mata, 384 00:22:33,310 --> 00:22:37,940 dan dia akan tinggal di bilik ini sehingga kami jumpa rumah untuk dia. 385 00:22:38,523 --> 00:22:41,783 Semoga cepatlah, betul? 386 00:22:45,072 --> 00:22:46,992 Bella, kami sangat bertuah 387 00:22:47,074 --> 00:22:49,584 kerana dapat tawaran menjaga dia di UK. 388 00:22:50,243 --> 00:22:53,043 Bagi memastikan mereka selamat dalam perjalanan, 389 00:22:53,121 --> 00:22:54,541 kami hantar pengiring. 390 00:22:54,623 --> 00:22:57,173 Buat masa ini, kami bertuah kerana ada Lila, 391 00:22:57,250 --> 00:22:58,960 yang sangat membantu. 392 00:23:00,003 --> 00:23:01,553 Ini buat saya gembira, 393 00:23:01,630 --> 00:23:04,510 dan ketika inilah saya rasai kepuasan hidup. 394 00:23:07,511 --> 00:23:11,641 Saya rasa dia akan gembira dan puas di rumah itu. 395 00:23:12,140 --> 00:23:13,890 Saya tumpang gembira. 396 00:23:15,519 --> 00:23:18,189 Langkah pertama adalah mebawa dia ke Athens. 397 00:23:18,271 --> 00:23:19,561 Saya akan naik kapal. 398 00:23:19,648 --> 00:23:21,858 Kurang tekanan. 399 00:23:22,692 --> 00:23:25,202 Kemudian kami menaiki pesawat ke Paris, 400 00:23:25,278 --> 00:23:26,108 PERANCIS 401 00:23:26,196 --> 00:23:28,026 dan saya akan memandu ke UK. 402 00:23:29,074 --> 00:23:34,164 Saya akan menangis sebab sangat sayangkan dia. 403 00:23:36,706 --> 00:23:39,416 Helen, kami ingin berterima kasih 404 00:23:39,501 --> 00:23:43,551 sebab kami sangka takkan dapat cari rumah untuk Bella. 405 00:23:43,630 --> 00:23:45,970 Hasrat kami jika ingin bela kucing lain 406 00:23:46,007 --> 00:23:47,007 IBU BAHARU BELLA 407 00:23:47,092 --> 00:23:50,102 adalah memberi rumah kepada kucing yang sukar 408 00:23:50,178 --> 00:23:51,888 mencari penjaga baru. 409 00:23:51,972 --> 00:23:55,482 Mudah saja. Dia perlukan rumah. 410 00:23:55,559 --> 00:23:58,019 Helen, awak nak lihat dia? 411 00:23:58,103 --> 00:24:00,363 Dia ada di latar belakang. Ya? 412 00:24:00,439 --> 00:24:02,689 - Mestilah saya nak lihat. - Okey. 413 00:24:03,567 --> 00:24:05,487 - Seronoknya dia. - Ya, betul. 414 00:24:05,569 --> 00:24:07,239 Dia teruja. 415 00:24:07,320 --> 00:24:09,200 Jika awak sayangkan haiwan, 416 00:24:09,281 --> 00:24:12,031 dia akan sayang awak lebih lagi. 417 00:24:12,117 --> 00:24:13,367 Tepat sekali. 418 00:24:13,452 --> 00:24:14,412 Hai, Bella. 419 00:24:14,953 --> 00:24:18,463 Sedih rasanya ada kucing yang diselamatkan ketika kecil, 420 00:24:18,540 --> 00:24:22,040 dan awak sangat menyayangi mereka ketika itu. 421 00:24:22,127 --> 00:24:26,007 Ia sangat menyedihkan, tapi ada anak kucing lain yang menunggu. 422 00:24:26,089 --> 00:24:28,299 Jadi, itulah cara kami teruskan. 423 00:24:30,760 --> 00:24:31,600 Flora? 424 00:24:31,678 --> 00:24:34,308 - Helo. - Helo. 425 00:24:34,890 --> 00:24:37,520 - Fofi tinggal di luar? - Ya, rasanya begitu. 426 00:24:40,145 --> 00:24:43,355 Mereka menangis dengan kuat. 427 00:24:44,232 --> 00:24:45,732 Mereka sangat lapar. 428 00:24:45,817 --> 00:24:50,407 Anak kucing yang Flora beri makan, mereka dijumpai dalam tong sampah. 429 00:24:51,198 --> 00:24:52,988 Mereka berusia sepuluh hari. 430 00:24:53,700 --> 00:24:55,410 Kecilnya. 431 00:25:05,962 --> 00:25:08,592 Mereka buka mata dua hari lalu. 432 00:25:08,673 --> 00:25:11,053 Ya, saya nampak. 433 00:25:12,302 --> 00:25:17,312 Apa pendapat awak tentang kucing di Syros? 434 00:25:17,390 --> 00:25:19,390 Saya rasa ia semakin baik. 435 00:25:19,476 --> 00:25:22,806 Dulu ia lebih teruk, tiada doktor haiwan. 436 00:25:22,896 --> 00:25:24,266 Tiada… 437 00:25:24,856 --> 00:25:26,606 Kedai haiwan peliharaan. 438 00:25:27,192 --> 00:25:31,202 Sekarang, kita bekerjasama dengan klinik tentang program kembiri. 439 00:25:31,279 --> 00:25:35,279 Saya bekerja dengan Manolis sekarang, 440 00:25:35,367 --> 00:25:38,287 di stesen makanan dan tamannya, 441 00:25:38,370 --> 00:25:43,290 dan kita memberi mereka imej yang berbeza 442 00:25:43,875 --> 00:25:46,375 tentang apa sebenarnya kucing. 443 00:25:47,003 --> 00:25:50,173 Jadi, dia banyak membantu. 444 00:25:51,174 --> 00:25:53,724 Dia sangat mengantuk. 445 00:25:54,302 --> 00:25:56,852 Saya terpukau dengan dia. 446 00:26:06,356 --> 00:26:08,276 Hei. Hai, Milo. 447 00:26:08,900 --> 00:26:10,610 Mari, sayang. Aduhai. 448 00:26:10,694 --> 00:26:13,614 Awak bersemangat nak keluar dan lihat dunia lagi. 449 00:26:13,697 --> 00:26:14,737 Hei. 450 00:26:14,823 --> 00:26:17,283 Helo, Milo. Ya. 451 00:26:17,367 --> 00:26:20,447 - Tengoklah dia. - Awak takkan lama, bukan? 452 00:26:21,037 --> 00:26:23,457 Tengoklah dia. Perkembangannya hebat. 453 00:26:23,540 --> 00:26:24,370 Oh, Tuhan. 454 00:26:24,457 --> 00:26:25,997 Ya, dalam masa enam hari… 455 00:26:26,084 --> 00:26:29,134 - Mata dia akan normal, bukan? - Ia agak dramatik. 456 00:26:29,212 --> 00:26:31,132 - Wah. - Ia memang dramatik. 457 00:26:31,840 --> 00:26:34,470 Matanya adalah contoh tepat tentang… 458 00:26:34,968 --> 00:26:37,718 Ia nampak teruk ketika kami jumpa dia, 459 00:26:37,804 --> 00:26:41,144 dan tanpa titik mata, dia akan perlahan-lahan, 460 00:26:41,224 --> 00:26:44,194 jadi buta sebab tak dirawat. 461 00:26:44,269 --> 00:26:46,019 Berat dia juga bertambah. 462 00:26:46,104 --> 00:26:48,904 Saya rasa dia sangat suka makan. 463 00:26:48,982 --> 00:26:51,822 Dia boleh makan tanpa henti kalau kita benarkan. 464 00:26:51,901 --> 00:26:54,031 Ya, awak budak gembira, Milo. 465 00:26:55,071 --> 00:26:58,371 Awak juga akan diambil. Ya. 466 00:26:59,242 --> 00:27:03,042 - Apa pendapat awak tentang itu? - Tawaran dari mana? 467 00:27:03,121 --> 00:27:05,121 - Ia di Belanda. - Okey. 468 00:27:05,206 --> 00:27:06,036 - Ya. - Bagus. 469 00:27:06,625 --> 00:27:09,205 Keluarga yang nak ambil dia ada anak lelaki enam tahun. 470 00:27:09,294 --> 00:27:11,554 - Oh, dengan anak kucing begitu. - Yaa. 471 00:27:11,630 --> 00:27:12,960 Dia pasti gembira. 472 00:27:13,048 --> 00:27:16,008 Saya rasa mereka sepadan sebab dia sangat mesra, 473 00:27:16,092 --> 00:27:19,472 dan bukan semua kucing suka didakap pada umur ini, 474 00:27:19,554 --> 00:27:21,314 yang datang dari jalanan. 475 00:27:21,806 --> 00:27:23,806 Awak nak pergi ke Belanda? 476 00:27:24,559 --> 00:27:26,689 - Ada rumah untuk awak di sana. - Ya. 477 00:27:27,187 --> 00:27:28,357 Awak dah pergi. 478 00:27:29,564 --> 00:27:30,984 "Saya dalam perjalanan." 479 00:27:40,075 --> 00:27:40,905 Hei, Bella. 480 00:27:41,534 --> 00:27:43,664 Susah nak ucap selamat tinggal, 481 00:27:43,745 --> 00:27:48,705 tapi saya tahu ia demi kasih sayang dan perhatian 482 00:27:48,792 --> 00:27:50,922 yang dia tak pernah impikan. 483 00:27:51,628 --> 00:27:53,798 Dia pemalu semasa saya sampai, 484 00:27:53,880 --> 00:27:56,840 dan banyak berubah sejak beberapa bulan dahulu. 485 00:28:03,890 --> 00:28:05,640 Dia kucing istimewa. 486 00:28:07,435 --> 00:28:09,515 Ada sesuatu antara kami, jadi,  487 00:28:09,604 --> 00:28:12,324 saya akan sedih kerana kehilangan dia. 488 00:28:20,073 --> 00:28:23,743 Kadangkala, Joan sukar untuk datang ketika pelepasan ini. 489 00:28:24,744 --> 00:28:27,714 Kami tak boleh rapat dengan kucing ini, 490 00:28:27,789 --> 00:28:30,209 sebab awak akan sukakan mereka. 491 00:28:32,335 --> 00:28:33,285 Itu kerja kami. 492 00:28:34,462 --> 00:28:38,382 Kerja kita bukan menjaga mereka. Tapi membantu mereka. 493 00:28:41,636 --> 00:28:43,596 Awak boleh lihat mereka. 494 00:28:44,389 --> 00:28:46,679 Tak tahulah jika awak dah mengelilingi pulau ini… 495 00:28:46,766 --> 00:28:52,896 Awak nampak banyak kucing, yang tak dihalau orang. 496 00:28:53,398 --> 00:28:58,818 Ada yang tak suka, tapi tak apa. 497 00:28:58,903 --> 00:29:01,993 Secara amnya, Syros tempat sesuai untuk kucing. 498 00:29:05,201 --> 00:29:09,961 Saya rasa di Syros, kita tak boleh hidup tanpa kucing. 499 00:29:12,000 --> 00:29:15,130 Kucing sebahagian daripada budaya kami. 500 00:29:15,211 --> 00:29:16,591 KUCING YANG INGIN TAHU 501 00:29:16,671 --> 00:29:17,511 KITA HIDUP BERSAMA 502 00:29:17,589 --> 00:29:19,339 Ia haiwan megah 503 00:29:19,424 --> 00:29:24,804 yang menghubungkan kita dengan alam semula jadi. 504 00:29:29,392 --> 00:29:31,442 Apabila melihat kucing gembira, 505 00:29:32,479 --> 00:29:35,689 dan melihat taman bunga dalam keadaan baik, 506 00:29:35,774 --> 00:29:40,074 ia menggembirakan. 507 00:29:40,153 --> 00:29:42,743 Ada ketenangan di mana-mana. 508 00:29:42,822 --> 00:29:43,702 Mari. 509 00:29:44,741 --> 00:29:47,541 Kucing memberi kita kebahagiaan. 510 00:29:47,619 --> 00:29:51,459 Wajah kecil mereka, setiap watak tersendiri mereka. 511 00:29:51,998 --> 00:29:54,378 Semangat mereka menghidupkan tempat ini, 512 00:29:54,459 --> 00:29:55,919 dan ia indah. 513 00:29:56,002 --> 00:29:58,342 Saya terlupa nak keluarkan, sayang. 514 00:29:58,421 --> 00:29:59,841 - Ke bumbung. - Okey. 515 00:29:59,923 --> 00:30:03,383 Ada jenaka yang menyamakan penyelamat kucing dengan mafia. 516 00:30:03,468 --> 00:30:05,598 Apabila dah masuk, tak boleh keluar. 517 00:30:07,514 --> 00:30:10,814 Selama sepuluh tahun, ini ditinggalkan di taman kami. 518 00:30:10,892 --> 00:30:13,982 Tempat perlindungan sejauh sepuluh meter di sana? 519 00:30:14,562 --> 00:30:16,522 Visi ideal kami 520 00:30:16,606 --> 00:30:19,476 adalah sebuah perkampungan tempat perlindungan. 521 00:30:19,984 --> 00:30:24,664 Anehnya ia ada di sini, dan sedang dijual. 522 00:30:26,282 --> 00:30:28,742 Tiga ini adalah yang hampir siap, 523 00:30:28,827 --> 00:30:33,247 untuk sukarelawan, pelawat, pembantu. 524 00:30:33,832 --> 00:30:36,712 Itu akan jadi pusat pengambilan. 525 00:30:38,044 --> 00:30:41,384 Dari saat kami ambil mereka ketika sakit, 526 00:30:41,464 --> 00:30:43,684 dan ada yang awak fikir takkan hidup, 527 00:30:43,758 --> 00:30:45,088 dan mereka hidup… 528 00:30:46,469 --> 00:30:49,809 Membantu mereka melalui proses untuk sembuh, 529 00:30:50,306 --> 00:30:52,676 melihat mereka berkembang, hidup semula. 530 00:30:52,767 --> 00:30:55,767 Awak boleh nampak cahaya kembali dalam diri mereka. 531 00:30:56,646 --> 00:30:58,566 Kemudian mencari rumah untuk mereka 532 00:30:58,648 --> 00:31:00,648 dan melihat gambar mereka di rumah 533 00:31:00,733 --> 00:31:02,823 di mana mereka disayangi, 534 00:31:02,902 --> 00:31:04,862 hidup macam yang sepatutnya… 535 00:31:05,363 --> 00:31:08,283 Ia sangat menakjubkan. 536 00:31:10,535 --> 00:31:14,535 Idea kampung tempat perlindungan kucing, 537 00:31:14,622 --> 00:31:18,882 untuk Syros melihat dunia alam semula jadi berkembang. 538 00:31:19,627 --> 00:31:21,667 Tidak lebih daripada 500, Joan. 539 00:31:21,754 --> 00:31:23,304 - Janji. Tak lebih… - Okey. 540 00:31:23,381 --> 00:31:25,971 - Seribu? Baiklah. - Okey. 541 00:31:29,053 --> 00:31:31,063 Bella gembira tinggal di Norfolk, England. 542 00:31:31,139 --> 00:31:35,389 Dia dilimpahi kasih sayang dan mainan lebih dari yang diidamkan. 543 00:31:36,769 --> 00:31:38,729 Milo selamat sampai ke Belanda. 544 00:31:38,813 --> 00:31:40,523 Matanya sembuh, 545 00:31:40,607 --> 00:31:44,567 dan dia suka bermain dengan abangnya.