1
00:00:43,252 --> 00:00:45,252
Cricket? Masa untuk bangun.
2
00:00:52,177 --> 00:00:53,637
Walaupun kita dah berusaha,
3
00:00:53,720 --> 00:00:56,390
kita masih bergelut untuk hentikan
peningkatan suhu global.
4
00:00:56,473 --> 00:00:58,483
Kita hampir tak mampu kembalikan
keadaan asal,
5
00:00:58,559 --> 00:01:01,769
dan sebab itulah misi kamu sangat penting.
6
00:01:02,354 --> 00:01:04,194
- Selamat pagi.
- Selamat pagi, Bug.
7
00:01:04,272 --> 00:01:05,652
Hei, Cricket.
8
00:01:05,732 --> 00:01:08,192
Teruskan kerja yang bagus
untuk hasilkan ekosistem di sana.
9
00:01:08,277 --> 00:01:09,777
Bumi bergantung kepada awak.
10
00:01:10,445 --> 00:01:13,865
Awak bot penyelamat kemanusiaan.
Kekalkan suhu 1.5 darjah.
11
00:01:14,741 --> 00:01:15,741
Cousineau keluar.
12
00:01:17,911 --> 00:01:20,661
Kenapa manusia tak boleh bekerjasama
dan bantu hentikan pemanasan global?
13
00:01:20,747 --> 00:01:22,077
Ia tak semudah itu.
14
00:01:22,165 --> 00:01:26,245
Banyak tempat masih bergantung pada minyak
dan membakar minyak itu memudaratkan bumi.
15
00:01:26,336 --> 00:01:28,916
Berita baiknya adalah
kita ada kemajuan di sini.
16
00:01:29,006 --> 00:01:31,376
Menanam tumbuhan di dalam tanah.
Hampir menemui air.
17
00:01:31,466 --> 00:01:35,096
Lebih cepat kita berjaya, lebih cepat
kita boleh pulang untuk melawat.
18
00:01:35,929 --> 00:01:36,969
Saya sayang kamu,
19
00:01:37,055 --> 00:01:39,885
tapi dah dua Krismas dan Halloween.
20
00:01:39,975 --> 00:01:41,135
Saya rindu helah atau hadiah.
21
00:01:41,226 --> 00:01:43,806
Mak rindu dedaunan dan bau musim luruh.
22
00:01:44,396 --> 00:01:45,646
Saya pun sama.
23
00:01:47,065 --> 00:01:49,145
Jadi, kamu teruja?
24
00:01:50,110 --> 00:01:51,280
Tentang?
25
00:01:52,112 --> 00:01:55,122
Tetamu kita. Pelawat pertama.
26
00:01:55,199 --> 00:01:57,619
Mak bercakap dengan ibu bapa Casey
di alat komunikasi malam tadi.
27
00:01:57,701 --> 00:01:59,621
Mereka akan sampai pukul 6:00 esok.
28
00:01:59,703 --> 00:02:00,913
Kamu tahu
29
00:02:00,996 --> 00:02:04,576
bagaimana perasaannya ada satu-satunya
kawan dipancar di bilik sebagai hologram?
30
00:02:05,167 --> 00:02:08,997
Saya boleh gunakan tepuk ria.
Tepuk ria yang sebenar.
31
00:02:10,297 --> 00:02:13,837
Hei. Mungkin kita patut buat
biskut cip coklat,
32
00:02:13,926 --> 00:02:15,886
seperti semasa di rumah.
33
00:02:15,969 --> 00:02:18,639
Penghantaran
bekalan seterusnya dalam sembilan bulan.
34
00:02:18,722 --> 00:02:21,482
Kita memang nak guna semua coklat
untuk dijadikan biskut?
35
00:02:22,309 --> 00:02:25,939
- Ya.
- Okey. Masa untuk cepat.
36
00:02:29,900 --> 00:02:31,860
Pengurusan sisa dimulakan.
37
00:02:31,944 --> 00:02:33,404
PEMPROSES SISA
38
00:02:39,034 --> 00:02:41,544
Saya cuma nak cakap
jika kita guna semua coklat,
39
00:02:41,620 --> 00:02:43,410
takkan ada coklat untuk kegunaan lain.
40
00:02:43,956 --> 00:02:45,536
Bagaimana dengan bar kacang kurma?
41
00:02:46,291 --> 00:02:49,631
Mak, dah sembilan bulan
saya tak makan biskut.
42
00:02:49,711 --> 00:02:52,091
Ada pemuliharaan dan ada kedunguan.
43
00:02:52,172 --> 00:02:53,672
Pemuliharaan itu penting.
44
00:02:53,757 --> 00:02:55,337
Coklat pun sama.
45
00:03:01,265 --> 00:03:04,055
Hei, si kecil. Pasti awak suka biskut.
46
00:03:05,686 --> 00:03:08,266
Saya rasa ia layak menerimanya,
menghalang kepupusan lebah.
47
00:03:08,355 --> 00:03:11,145
Dron membantu.
Kita masih perlukan lebah sebenar.
48
00:03:11,233 --> 00:03:12,783
- Tiada lebah…
- Tiada pendebungaan.
49
00:03:12,860 --> 00:03:16,110
Tiada pendebungaan, maka musnahlah
bekalan makanan ketiga Bumi.
50
00:03:16,196 --> 00:03:19,616
Perkara paling kecil juga boleh ada
kesan besar terhadap persekitaran.
51
00:03:20,367 --> 00:03:24,157
Kadangkala, saya harap orang boleh nampak
apa kita buat di sini.
52
00:03:24,246 --> 00:03:25,366
Suatu hari nanti mereka akan nampak.
53
00:03:26,081 --> 00:03:29,381
Bayangkan sekumpulan keluarga
tinggal di penempatan seperti kita.
54
00:03:29,459 --> 00:03:34,209
Bot penyelamat.
Bot penyelamat yang sama setiap hari.
55
00:03:34,965 --> 00:03:36,255
Tapi bukan esok.
56
00:03:37,134 --> 00:03:38,184
Bukan esok.
57
00:03:38,260 --> 00:03:40,140
Pasti bagus dapat bertemu manusia lain.
58
00:03:40,721 --> 00:03:41,851
Apa yang mak nak pakai?
59
00:03:42,639 --> 00:03:43,929
Ini, rasanya.
60
00:03:46,185 --> 00:03:49,145
Tak boleh?
Mungkin kamu boleh tolong pilihkan?
61
00:03:49,730 --> 00:03:50,900
Sudah tentu.
62
00:03:54,526 --> 00:03:56,396
- Rumah ini dah dicaj sepenuhnya.
- Oksigen?
63
00:03:56,486 --> 00:03:58,106
Pemeriksaan sistem persekitaran.
64
00:03:58,197 --> 00:04:00,987
- Atmosfera bagus.
- Sedia untuk mengawal hari ini?
65
00:04:01,074 --> 00:04:03,794
Perancangan penerbangan dah ada pada saya.
Sedia untuk mengawal.
66
00:04:08,207 --> 00:04:11,707
Ketinggian maksimum ditetapkan pada
300 meter. Memohon kebenaran melancarkan.
67
00:04:12,544 --> 00:04:13,804
Kebenaran diberikan.
68
00:04:14,296 --> 00:04:16,046
Pengangkatan dimulakan.
69
00:04:18,926 --> 00:04:20,966
Panel solar bersih daripada pasir.
70
00:04:24,765 --> 00:04:26,225
Struktur penempatan baik.
71
00:04:30,562 --> 00:04:31,692
Hai, mak.
72
00:04:36,401 --> 00:04:38,281
Menara komunikasi beroperasi.
73
00:04:42,366 --> 00:04:43,946
Pendaratan selesai.
74
00:04:44,034 --> 00:04:45,374
Syabas, Maverick.
75
00:04:45,953 --> 00:04:46,953
Siapa?
76
00:04:49,873 --> 00:04:52,503
Berseronoklah di sekolah, Cricket.
Kami sayang kamu.
77
00:04:53,043 --> 00:04:54,963
Ke bintang dan kembali.
78
00:04:59,591 --> 00:05:01,431
Penyahtekanan dimulakan.
79
00:05:04,429 --> 00:05:07,139
Amaran. Pintu ruang dibuka.
80
00:05:17,651 --> 00:05:19,031
Selamat pagi, Digby.
81
00:05:22,739 --> 00:05:24,779
Ambilkan saya burger keju
dan jejari kentang, okey?
82
00:05:25,659 --> 00:05:27,949
Baiklah. Pergi kemas katil.
83
00:05:56,523 --> 00:06:00,823
Jadi, sambung yang sebelum ini.
Thoreau bermain sembunyi-sembunyi dengan…
84
00:06:02,070 --> 00:06:03,360
Loon yang bising.
85
00:06:04,031 --> 00:06:06,331
Sesiapa? Bukan burung hantu, tapi…
86
00:06:06,408 --> 00:06:08,118
- Ya?
- Loon yang bising.
87
00:06:09,453 --> 00:06:11,583
Mereka tak dengar. Ia dirakam.
88
00:06:11,663 --> 00:06:15,583
- Saya tahu, Casey. Tabiat.
- Baiklah.
89
00:06:15,667 --> 00:06:19,547
Jadi, dia tinggalkan bandar besar
dan tinggal dalam kabin buruk di hutan
90
00:06:19,630 --> 00:06:23,800
dan hidup bersama tupai tanah,
partridges dan semut di Walden. Sekarang…
91
00:06:23,884 --> 00:06:25,934
- Sekurang-kurangnya dia ada semut.
- Serta kolam.
92
00:06:26,011 --> 00:06:27,351
Serta alam semula jadi.
93
00:06:27,429 --> 00:06:31,889
Saya sanggup membunuh untuk semut di sini.
Labah-labah juga, walaupun saya benci ia.
94
00:06:33,143 --> 00:06:34,273
Sekejap.
95
00:06:36,980 --> 00:06:38,940
T- AWAK AKAN HADIRI
PARTI HARI LAHIR AELISH?
96
00:06:39,024 --> 00:06:42,074
Saya terlepas parti
hari lahir Aelish yang hebat sekali lagi.
97
00:06:42,569 --> 00:06:45,609
Lebih baik mainkannya.
Mereka menyelia kelas kita, Crick.
98
00:06:47,074 --> 00:06:48,334
Betul.
99
00:06:48,408 --> 00:06:50,868
Jadi, awak dah sedia untuk
ayah saya yang kekok secara sosial
100
00:06:50,953 --> 00:06:52,703
dan ibu yang sangat bersemangat esok?
101
00:06:52,788 --> 00:06:57,708
Sudah tentu. Bawa sarung tangan besbol,
kasut roda dan penjujuk awak.
102
00:06:57,793 --> 00:06:59,503
Kita perlu rakam lagu
untuk persembahan bakat.
103
00:06:59,586 --> 00:07:01,666
Ayah saya cakap ada had masa.
104
00:07:01,755 --> 00:07:03,375
Kami tak nak habiskan bekalan oksigen.
105
00:07:03,465 --> 00:07:08,385
Ya, tapi kita boleh berseronok
dalam empat jam. Ia pasti hebat.
106
00:07:08,470 --> 00:07:10,220
Jadi, musim sejuk akan tiba,
107
00:07:10,305 --> 00:07:14,305
dan kawan kita, Thoreau, ada kabin buruk
di hutan untuk melindunginya
108
00:07:14,393 --> 00:07:15,523
dari cuaca yang sukar.
109
00:07:18,689 --> 00:07:21,229
Kami buat penemuan hebat
dengan perayau hari ini.
110
00:07:22,401 --> 00:07:24,111
Kamu jumpa lubang cacing
untuk kembali ke Bumi?
111
00:07:24,736 --> 00:07:28,066
Kami hampir mengesahkan
sumber air bawah tanah Marikh.
112
00:07:28,156 --> 00:07:30,576
Kuar kami mencecah
kedalaman satu kilometer.
113
00:07:31,118 --> 00:07:33,448
Jika ada tasik bawah tanah,
ia mengubah segala-galanya.
114
00:07:33,537 --> 00:07:35,747
Manusia perlukan blok bangunan.
115
00:07:35,831 --> 00:07:40,631
Mikroorganisma, laut Marikh, sebahagian
resipi untuk planet boleh didiami.
116
00:07:40,711 --> 00:07:42,171
Jadi, bagaimana dengan sekolah hari ini?
117
00:07:43,881 --> 00:07:45,051
Bagus.
118
00:07:45,132 --> 00:07:48,142
Bagaimana dengan lagu
yang kamu dah Casey usahakan?
119
00:07:48,218 --> 00:07:51,308
Kami akan merakamnya esok
apabila dia datang.
120
00:07:51,930 --> 00:07:53,020
Perlukan penonton?
121
00:07:53,891 --> 00:07:54,891
Tidak.
122
00:07:54,975 --> 00:07:57,135
- Tolonglah.
- Cricket.
123
00:08:00,272 --> 00:08:01,362
Amaran cuaca.
124
00:08:04,276 --> 00:08:05,606
Amaran cuaca.
125
00:08:05,694 --> 00:08:07,574
Perayau cuaca mengesan ribut.
126
00:08:07,654 --> 00:08:10,534
Kecil kategori A.
Akan sampai dalam 14 jam.
127
00:08:12,034 --> 00:08:15,624
Kita perlu tangguhkan lawatan
daripada Casey dan keluarganya
128
00:08:15,704 --> 00:08:17,504
sehingga ribut pasir berlalu.
129
00:08:18,290 --> 00:08:21,500
Kita perlu periksa rumah selepas itu,
kemudian boleh jadualkan semula.
130
00:08:22,711 --> 00:08:23,711
Berapa lama?
131
00:08:26,215 --> 00:08:28,755
- Bug, bergantung kepada banyak faktor…
- Berapa lama?
132
00:08:29,760 --> 00:08:32,180
Tiga minggu. Mungkin dua.
133
00:08:34,097 --> 00:08:36,637
Saya cuma mahukan
beberapa jam dengan kawan.
134
00:08:37,142 --> 00:08:38,432
Permintaan saya keterlaluan?
135
00:08:39,227 --> 00:08:43,357
Kita di planet lain
dan cuacanya merosakkan rancangan kita.
136
00:08:44,107 --> 00:08:45,477
Biar betul?
137
00:08:45,567 --> 00:08:47,817
- Kami bersimpati, Cricket.
- Kami memang bersimpati.
138
00:08:48,362 --> 00:08:50,862
Ya. Saya pun sama.
139
00:09:05,546 --> 00:09:08,966
Okey. Secara teknikalnya,
ia bukan salah mereka.
140
00:09:09,842 --> 00:09:12,512
Sudah berbulan-bulan kita lakukannya.
141
00:09:12,594 --> 00:09:13,764
Kenapa tak boleh tunggu dua minggu lagi?
142
00:09:13,846 --> 00:09:16,056
Awak tahu mereka selalu menjangkakan
143
00:09:16,139 --> 00:09:19,479
seseorang buat sesuatu
tentang perubahan iklim?
144
00:09:19,977 --> 00:09:21,647
Kitalah seseorang itu.
145
00:09:22,479 --> 00:09:24,769
Kadangkala
saya tak nak jadi seseorang itu.
146
00:09:25,607 --> 00:09:26,607
Saya faham.
147
00:09:26,692 --> 00:09:30,702
Sekarang, kita akan terlepas
persembahan bakat. Ia dua hari lagi.
148
00:09:30,779 --> 00:09:32,409
Kita masih boleh merakamnya
secara berasingan.
149
00:09:33,699 --> 00:09:35,579
Saya cuma harap mereka tak rosakkan Bumi.
150
00:09:37,202 --> 00:09:39,122
- Masih belum terlambat.
- Mungkin.
151
00:09:44,084 --> 00:09:47,804
Okey. Saya bereksperimen
dengan rangkapnya. Awak nak dengar?
152
00:09:48,922 --> 00:09:50,132
Mainkannya.
153
00:09:52,718 --> 00:09:58,518
Di planet yang sunyi
Bak hologram, kita hanya cahaya menari
154
00:09:58,599 --> 00:10:02,439
Dari tempat kau berdiri
Kau boleh pegang tanganku
155
00:10:02,936 --> 00:10:06,606
Pegang tanganku
Kita berlari di langit
156
00:10:06,690 --> 00:10:09,070
Seperti gema, jangan lepaskan
157
00:10:09,151 --> 00:10:11,401
Beratus ribu batu
158
00:10:11,486 --> 00:10:13,946
Lebih lebar daripada senyuman
159
00:10:14,031 --> 00:10:16,621
Aku akan tiba nanti
160
00:10:16,700 --> 00:10:21,750
Merenung bulan purnama raya
Tiada yang lain kecuali kita
161
00:10:22,289 --> 00:10:24,499
Dalam gelap, kita juga bersinar
162
00:10:25,501 --> 00:10:28,341
Tunggu, kita keemasan
163
00:10:30,005 --> 00:10:31,755
Hei. Kamu dah siap?
164
00:10:31,840 --> 00:10:33,300
Saya akan ke sana.
165
00:10:35,135 --> 00:10:37,595
Saya perlu main catur dengan ayah.
Perlawanan dendam.
166
00:10:39,348 --> 00:10:41,268
Jangan lupa ucap selamat malam.
167
00:10:41,350 --> 00:10:42,350
Saya takkan lupa.
168
00:11:05,874 --> 00:11:09,294
CATUAN TOWELETTE
169
00:11:26,061 --> 00:11:27,191
Selamat malam, kawan.
170
00:11:34,111 --> 00:11:35,901
Terima kasih
kerana uruskan kerja rumah hari ini, Bug.
171
00:11:36,405 --> 00:11:37,405
Tiada masalah.
172
00:11:37,948 --> 00:11:40,738
Kami akan tutup tapak penggalian
dan pulang sebelum ribut melanda.
173
00:11:43,120 --> 00:11:44,370
Kamu okey?
174
00:11:44,913 --> 00:11:45,913
Sudah tentu.
175
00:11:47,291 --> 00:11:49,921
- Jangan lupa…
- Kemas katil. Saya takkan lupa.
176
00:12:14,318 --> 00:12:16,108
Keju panggang nampak hebat.
177
00:12:17,487 --> 00:12:20,027
Saya tahu idea untuk simulasi
kita makan tengah hari di sekolah
178
00:12:20,115 --> 00:12:21,905
adalah untuk buat kita
kurang rasa terasing,
179
00:12:21,992 --> 00:12:26,412
tapi sebenarnya, lebih banyak rasa
seperti di Bumi, saya lebih rindukannya.
180
00:12:28,415 --> 00:12:32,035
Okey. Saya ada lawak untuk ceriakan awak.
Dengar.
181
00:12:32,794 --> 00:12:35,714
Kenapa makhluk asing
belum dapat masuk sistem solar kita?
182
00:12:36,715 --> 00:12:39,585
Mereka baca ulasan. Satu bintang.
183
00:12:42,095 --> 00:12:43,675
Pertama sekali, "periksa"?
184
00:12:44,264 --> 00:12:47,984
Kedua, kenapa awak baru 13 tahun
dan hanya tahu lawak orang tua?
185
00:12:48,060 --> 00:12:49,100
Ia buat awak ketawa.
186
00:12:49,186 --> 00:12:50,896
Saya ketawakan awak,
bukan ketawa dengan awak.
187
00:12:50,979 --> 00:12:52,439
Tapi terima kasih kerana mencuba.
188
00:12:54,942 --> 00:12:56,862
Bagaimana awak boleh kekal optimistik?
189
00:12:57,819 --> 00:12:58,899
Rasanya ia pilihan.
190
00:13:03,408 --> 00:13:04,828
Boleh saya tanya sesuatu?
191
00:13:05,327 --> 00:13:06,497
Tanyalah.
192
00:13:06,578 --> 00:13:09,618
Awak pernah rasa marah
pada ibu bapa awak?
193
00:13:09,706 --> 00:13:11,626
- Sentiasa.
- Casey.
194
00:13:12,459 --> 00:13:13,459
Maaf.
195
00:13:14,044 --> 00:13:17,634
Awak pernah rasa marah
mereka bawa awak ke sini?
196
00:13:18,924 --> 00:13:20,764
Kadangkala saya rasa seperti beg pakaian.
197
00:13:20,843 --> 00:13:22,223
Atau tumbuhan yang bercakap.
198
00:13:24,054 --> 00:13:25,974
Saya faham apa yang mereka buat.
199
00:13:26,557 --> 00:13:31,937
Ia penting, tapi saya rindu
udara segar dan berlari.
200
00:13:35,691 --> 00:13:36,941
Saya rindu kawan-kawan.
201
00:13:38,318 --> 00:13:39,318
Saya kawan awak.
202
00:13:40,320 --> 00:13:45,700
Saya tahu.
Saya cuma rindukan rumah. Itu saja.
203
00:13:46,743 --> 00:13:49,873
Saya tak nak berada di sini
lebih daripada awak.
204
00:13:51,331 --> 00:13:53,211
Tapi, apa kita boleh buat?
205
00:13:53,834 --> 00:13:56,804
Saya tahu. Maaf.
206
00:13:58,088 --> 00:13:59,588
Tahu apa yang saya fikir?
207
00:13:59,673 --> 00:14:02,683
Kita terima semuanya
dan hadapinya dengan baik.
208
00:14:04,970 --> 00:14:05,970
Mungkin awak betul.
209
00:14:07,306 --> 00:14:09,426
Rasanya saya dah dapat korus
untuk bahagian kedua,
210
00:14:09,516 --> 00:14:11,056
dan kita boleh merakamnya nanti.
211
00:14:12,352 --> 00:14:15,272
Merenung bulan purnama raya
212
00:14:16,064 --> 00:14:18,734
Tiada yang lain kecuali kita
213
00:14:19,318 --> 00:14:21,898
Dalam gelap, kita juga bersinar
214
00:14:22,738 --> 00:14:26,158
Tunggu, kita keemasan
215
00:14:26,241 --> 00:14:29,751
Kita boleh ikut Bima Sakti
216
00:14:30,245 --> 00:14:34,365
Ada bintang yang keluar bermain
217
00:14:34,958 --> 00:14:38,378
Mengejar cahaya baru
218
00:14:38,462 --> 00:14:42,722
Jadi, tunggu, kami hampir pulang
219
00:14:43,300 --> 00:14:45,300
Teruskan menyanyi rangkap kedua,
masukkan dalam korus.
220
00:14:47,638 --> 00:14:50,678
Satu, dua, tiga, empat.
221
00:14:50,766 --> 00:14:52,976
Dalam buruj
222
00:14:53,060 --> 00:14:56,650
Kita akan melukis peta
Impian yang paling mengagumkan
223
00:14:56,730 --> 00:15:01,860
Ia berpiksel tapi pada malam yang cerah
Kau hampir boleh melihat
224
00:15:01,944 --> 00:15:04,204
Niat, terputusnya sambungan
225
00:15:04,279 --> 00:15:06,239
Kami cuma terapung
226
00:15:06,990 --> 00:15:11,830
Rasa begitu hidup
Ya, kita akan terbang
227
00:15:11,912 --> 00:15:16,922
Merenung bulan purnama raya
Tiada yang lain kecuali kita
228
00:15:17,626 --> 00:15:23,046
Dalam gelap, kita juga bersinar
Tunggu, kita keemasan
229
00:15:23,131 --> 00:15:24,971
Kita boleh ikut Bima Sakti
230
00:15:25,551 --> 00:15:27,591
Ada bintang yang keluar bermain
231
00:15:28,470 --> 00:15:30,260
- Mengejar cahaya baru
- Casey?
232
00:15:31,181 --> 00:15:34,981
Tunggu, kami hampir pulang
233
00:15:36,311 --> 00:15:38,651
Casey! Cas…
234
00:15:38,730 --> 00:15:40,150
Casey?
235
00:15:44,528 --> 00:15:45,738
MULA
BERHENTI
236
00:15:55,330 --> 00:15:56,580
Oh Tuhan.
237
00:15:56,665 --> 00:15:59,205
Cricket, ia kategori D.
238
00:15:59,293 --> 00:16:02,093
Sedia untuk hentaman.
Penempatan utama. Sekarang!
239
00:16:07,342 --> 00:16:08,802
- Pasang pelindung tingkap.
- Baiklah.
240
00:16:11,013 --> 00:16:14,433
- Buka penjana kedua.Tutup sendat udara.
- Menutup.
241
00:16:14,516 --> 00:16:15,976
Sendat udara ditutup.
242
00:16:17,269 --> 00:16:18,269
Ditutup.
243
00:16:19,688 --> 00:16:22,228
Apa berlaku kepada perayau cuaca?
Kenapa ia tak beri kita amaran?
244
00:16:22,316 --> 00:16:24,526
Pasti ia rosak
sebelum boleh menghantar bacaan.
245
00:16:24,610 --> 00:16:27,490
Air, solar, ekosistem, semuanya selamat.
246
00:16:27,988 --> 00:16:29,068
Penempatan ditutup.
247
00:16:31,116 --> 00:16:34,406
Amaran kehampiran.
248
00:16:35,704 --> 00:16:37,254
Bersedia untuk hentaman.
249
00:16:38,040 --> 00:16:39,420
Bersedia untuk hentaman.
250
00:16:40,792 --> 00:16:41,712
PUSAT KAWALAN PENEMPATAN
251
00:17:00,187 --> 00:17:01,687
SAMBUNGAN TERPUTUS
252
00:17:02,564 --> 00:17:04,274
Komunikasi dengan Bumi terputus.
253
00:17:10,489 --> 00:17:11,949
KEKUATAN ISYARAT
ISYARAT TERPUTUS
254
00:17:19,957 --> 00:17:21,167
Tidak.
255
00:17:22,041 --> 00:17:24,341
Penempatan Casey gelap.
Kita perlu membantunya.
256
00:17:24,419 --> 00:17:26,919
Tunggu, Cricket.
Mengesahkan pengurangan oksigen.
257
00:17:27,005 --> 00:17:28,165
Dron saja dah cukup.
258
00:17:28,257 --> 00:17:30,257
Mak, kita tak boleh memandu ke sana
dan pastikan mereka okey?
259
00:17:30,342 --> 00:17:33,852
Bug, dengar. Pintu ruang ke perayau
rosak dan ada kebocoran oksigen.
260
00:17:33,929 --> 00:17:37,059
Serta masalah air. Kita tak pasti
jika perayau boleh digunakan.
261
00:17:37,140 --> 00:17:38,350
Kita perlu kembalikan aliran air
262
00:17:38,433 --> 00:17:40,983
dan but semula mesin elektrolisis
yang berikan kita udara untuk bernafas.
263
00:17:41,061 --> 00:17:42,981
Tanpa sumber itu,
kita akan hadapi masalah besar.
264
00:17:43,063 --> 00:17:45,573
Kita perlu pentingkan diri sendiri dahulu
sebelum bantu orang lain.
265
00:17:45,649 --> 00:17:48,239
Sekarang, ia tentang akses
kepada sistem air.
266
00:17:48,819 --> 00:17:52,659
Mari selesaikan masalah kita dahulu dan
kita boleh fokus kepada Casey. Okey?
267
00:17:52,739 --> 00:17:54,119
Panel mengakses di luar.
268
00:17:54,199 --> 00:17:56,949
Kita tak boleh keluar.
Pintu sendat udara rosak.
269
00:18:06,461 --> 00:18:09,011
Bagaimana jika kita ikut terowong ini
ke panel,
270
00:18:09,506 --> 00:18:11,466
dan tukar aliran air kepada saluran lain?
271
00:18:11,550 --> 00:18:13,300
Ia tak cukup besar untuk diakses manusia.
272
00:18:14,178 --> 00:18:16,468
Saya boleh lakukannya. Seperti tikus.
273
00:18:45,792 --> 00:18:47,462
- Tak guna!
- Cricket.
274
00:18:47,544 --> 00:18:49,344
- Kita patut tarik dia keluar.
- Tunggu.
275
00:18:54,760 --> 00:18:55,760
Saya okey.
276
00:18:58,055 --> 00:18:59,465
Okey.
277
00:19:00,724 --> 00:19:02,024
PANEL AKSES
278
00:19:10,734 --> 00:19:12,614
Aliran air dimulakan semula.
279
00:19:15,030 --> 00:19:16,740
Tekanan air distabilkan.
280
00:19:26,625 --> 00:19:28,245
Masih terputus hubungan dengan Bumi.
281
00:19:29,461 --> 00:19:31,001
Kebocoran oksigen pula?
282
00:19:31,588 --> 00:19:33,968
Kami dah tutup sendat udara taman.
Ia dah tercemar.
283
00:19:36,093 --> 00:19:37,433
Bagaimana jika semua tumbuhan mati?
284
00:19:38,220 --> 00:19:42,310
Ia akan jadi masalah untuk kerja kita,
tapi kita takkan apa-apa.
285
00:19:42,933 --> 00:19:45,233
Hanya perlu tanam semula
dan mulakan dari awal.
286
00:19:45,310 --> 00:19:47,690
Pesan tumbuhan baru
untuk penghantaran bekalan seterusnya.
287
00:19:47,771 --> 00:19:48,811
Mulakan ekosistem baru.
288
00:19:49,773 --> 00:19:51,483
Ia bukan perkara mudah di Bumi.
289
00:19:51,567 --> 00:19:54,527
Ya, tiada Bumi lain untuk
buat pesanan tumbuhan lain.
290
00:19:54,611 --> 00:19:57,161
Casey pula?
291
00:19:58,657 --> 00:20:01,157
Mak yakin mereka ikut protokol sama
seperti kita.
292
00:20:01,785 --> 00:20:03,905
Boleh kita cuba hubungi mereka?
293
00:20:03,996 --> 00:20:05,786
Alat perhubungan tak berfungsi.
294
00:20:05,873 --> 00:20:07,333
Kita juga kehilangan sinaran matahari.
295
00:20:07,416 --> 00:20:10,246
Jadi, kita perlu kurangkan penggunaan
kuasa dan jimat setiap kilowatt.
296
00:20:12,588 --> 00:20:13,878
Esok, Bug.
297
00:20:53,128 --> 00:20:54,298
Selamat malam, kawan.
298
00:20:58,091 --> 00:20:59,181
Hei.
299
00:20:59,259 --> 00:21:01,009
Dia tak balas isyarat saya.
300
00:21:03,430 --> 00:21:04,890
Dia selalu balas.
301
00:21:07,851 --> 00:21:11,561
Mungkin Casey sedang melawak
302
00:21:12,064 --> 00:21:14,404
dan bermain catur
dengan ayahnya guna lampu suluh.
303
00:21:17,694 --> 00:21:22,664
Kita tak dapat berhubung hari ini.
Kita akan bertindak esok. Mak janji.
304
00:21:26,537 --> 00:21:27,747
Saya sayang mak.
305
00:21:29,164 --> 00:21:30,464
Ke bintang dan kembali?
306
00:21:30,541 --> 00:21:31,831
Ke bintang dan kembali.
307
00:21:43,136 --> 00:21:44,966
Dah jumpa bahagian bocor. Ia dah ditutup.
308
00:21:45,722 --> 00:21:47,892
Tumbuhan okey,
dan dron sedang lakukan pendebungaan.
309
00:21:47,975 --> 00:21:51,595
Kita tak boleh memandu ke penempatan lain.
Maaf, Cricket.
310
00:21:52,396 --> 00:21:55,516
Berjaya buka pintu dalam,
tapi perayau bukan pilihan.
311
00:21:55,607 --> 00:21:57,987
Tak boleh melihatnya dari kamera ruang.
Pasti angin dah menolaknya.
312
00:21:58,068 --> 00:21:59,948
Jadi, kita terkurung.
313
00:22:00,028 --> 00:22:01,448
Amaran. Kebocoran oksigen dikesan.
314
00:22:01,530 --> 00:22:04,280
Bantuan kehidupan di penempatan lain
menunjukkan beberapa kebocoran oksigen.
315
00:22:04,366 --> 00:22:05,986
- Kritikal?
- Belum lagi.
316
00:22:08,954 --> 00:22:10,214
Bagaimana dengan dron?
317
00:22:10,873 --> 00:22:12,173
Kenapa dengannya?
318
00:22:12,249 --> 00:22:14,539
Bukankah kita patut periksa
jika mereka okey?
319
00:22:15,586 --> 00:22:18,506
Bug, ia satu-satunya dron yang kita ada.
Kita tiada dron lain.
320
00:22:18,589 --> 00:22:21,299
- Kita perlu periksa tapak penggalian.
- Kita boleh periksanya nanti.
321
00:22:21,383 --> 00:22:23,843
Betul, bukan, Max?
Saya risau tentang oksigen mereka.
322
00:22:25,762 --> 00:22:26,762
Mak akan uruskannya.
323
00:22:28,515 --> 00:22:29,885
Mak, saya boleh buat.
324
00:22:31,518 --> 00:22:33,018
Ia penerbangan lurus.
325
00:22:33,896 --> 00:22:35,896
- Cricket…
- Dia kawan baik saya.
326
00:22:41,486 --> 00:22:43,026
Pengangkatan dimulakan
327
00:22:49,077 --> 00:22:50,287
Syabas, Bug.
328
00:22:51,580 --> 00:22:52,580
Hampir sampai.
329
00:22:53,081 --> 00:22:54,371
Hati-hati dengan horizon.
330
00:22:59,129 --> 00:23:02,339
Amaran jarak.
Penghantaran kepada dron terjejas.
331
00:23:05,260 --> 00:23:08,180
Keadaan kritikal. Dron dimatikan.
332
00:23:08,263 --> 00:23:09,723
Tidak!
333
00:23:16,271 --> 00:23:20,481
Tiada rancangan sandaran untuk
peralatan itu, Amahle. Ia dah hilang.
334
00:23:21,902 --> 00:23:24,072
Itu sangat dungu. Maafkan saya.
335
00:23:24,154 --> 00:23:26,074
Kerosakan pada sendat udara
memerangkap kita,
336
00:23:26,156 --> 00:23:28,026
dan sekarang kita tak boleh lihat
apa berlaku di luar tanpa dron.
337
00:23:28,867 --> 00:23:33,407
- Kita tak boleh ambil risiko lagi.
- Perlu kekal fokus pada kita. Itu saja.
338
00:23:34,831 --> 00:23:36,921
Bukan ini tujuannya.
339
00:23:38,252 --> 00:23:41,342
Seluruh eksperimen ini, kamu ajar saya
340
00:23:41,421 --> 00:23:43,971
sebab kita berada di Marikh
adalah untuk bantu kemanusiaan.
341
00:23:44,466 --> 00:23:46,836
Untuk cipta bot penyelamat
untuk selamatkan kehidupan.
342
00:23:47,553 --> 00:23:50,813
Setiap tindakan boleh berikan
perbezaan. Betul, bukan?
343
00:23:51,807 --> 00:23:52,887
- Ya.
- Sudah tentu.
344
00:23:53,433 --> 00:23:56,103
Ada manusia di sana, sekarang.
345
00:23:57,437 --> 00:24:01,687
Casey tak balas isyarat saya.
Bagaimana jika mereka kehabisan oksigen?
346
00:24:05,195 --> 00:24:06,905
Kita perlu periksa jika mereka
perlukan bantuan.
347
00:24:07,990 --> 00:24:09,160
Cricket.
348
00:24:09,241 --> 00:24:11,911
Biar betul? Kita langsung tak nak cuba?
349
00:24:13,495 --> 00:24:16,665
Bagaimana jika itu kita?
Bagaimana jika saya?
350
00:24:17,916 --> 00:24:19,496
Kamu tak nak mereka
datang selamatkan kita?
351
00:24:21,044 --> 00:24:23,384
Bug, perayau rosak.
352
00:24:23,463 --> 00:24:26,183
Kita terperangkap di dalam
dengan sendat udara yang rosak.
353
00:24:27,676 --> 00:24:29,296
Bagaimana kita nak membantu?
354
00:24:30,012 --> 00:24:31,012
Kita berjalan.
355
00:24:35,184 --> 00:24:36,814
Dengan bekalan oksigen di dalam.
356
00:24:37,311 --> 00:24:40,191
Kita ada enam jam setengah
untuk sampai ke sana.
357
00:24:40,898 --> 00:24:45,238
Cukup untuk sehala.
Tapi ia tak cukup untuk pulang.
358
00:24:46,278 --> 00:24:48,488
Jika kita berjaya buka
sendat udara yang rosak,
359
00:24:48,572 --> 00:24:49,912
kita akan kehilangan
semua udara di penempatan.
360
00:24:49,990 --> 00:24:53,910
Jika kita gagal menutupnya semula,
tak boleh berpatah balik.
361
00:24:55,662 --> 00:24:57,542
Mak boleh buat.
362
00:24:58,123 --> 00:25:01,253
Kita boleh. Saya tahu kita boleh buat.
363
00:25:43,544 --> 00:25:45,464
Penyahmampatan dimulakan.
364
00:26:34,261 --> 00:26:35,551
Mak?
365
00:26:39,391 --> 00:26:41,561
Biar betul.
366
00:26:45,522 --> 00:26:46,822
Kami tak pernah tinggalkan Bumi?
367
00:26:48,192 --> 00:26:49,282
Mak tahu?
368
00:26:50,777 --> 00:26:51,777
Tidak!
369
00:26:52,487 --> 00:26:54,237
Sudah tentu tidak.
370
00:26:56,575 --> 00:26:57,575
Cricket.
371
00:27:05,918 --> 00:27:07,748
Apa yang berlaku?
372
00:27:07,836 --> 00:27:11,416
Awak okey? Awak marah? Saya…
373
00:27:11,507 --> 00:27:13,587
Rasanya saya marah tapi saya tak pasti.
374
00:27:13,675 --> 00:27:15,425
Saya rasa semuanya sekarang.
375
00:27:16,345 --> 00:27:18,555
Saya marah tapi gembira.
376
00:27:20,182 --> 00:27:21,432
Saya gembira berjumpa awak.
377
00:27:22,017 --> 00:27:23,347
Saya sangat gembira awak okey.
378
00:27:26,855 --> 00:27:28,065
Mana ibu bapa awak?
379
00:27:28,148 --> 00:27:31,068
Mereka sedang diberikan taklimat.
Kami juga baru tahu.
380
00:27:32,069 --> 00:27:36,369
Saya pandu perayau selama 14 bulan.
381
00:27:37,491 --> 00:27:41,251
Ia simulasi.
Permainan video pegun dengan hidraulik.
382
00:27:41,912 --> 00:27:43,752
Tujuan eksperimen adalah untuk pastikan
383
00:27:43,830 --> 00:27:46,630
keluarga boleh selamat di bawah tekanan
tinggal di Marikh.
384
00:27:46,708 --> 00:27:48,838
Serta bekerjasama
untuk menyelesaikan krisis.
385
00:27:50,963 --> 00:27:54,883
Saya rasa kami faham.
386
00:27:55,717 --> 00:27:58,137
Saya sangat terkejut sekarang.
387
00:27:58,720 --> 00:28:02,520
Awak tunjukkan kepintaran, kerjasama
dan dedikasi kepada kehidupan manusia.
388
00:28:02,599 --> 00:28:04,729
Kamu berjaya dalam
semua eksperimen sepatutnya.
389
00:28:04,810 --> 00:28:09,440
Kamulah keluarga yang kami perlukan untuk
teroka dan kekalkan kehidupan di Marikh.
390
00:28:10,399 --> 00:28:12,149
Bagaimana jika kita tak perlu ke sana?
391
00:28:14,236 --> 00:28:16,986
Marikh bukan bot penyelamat.
Ia pengajaran.
392
00:28:19,408 --> 00:28:23,448
Kami hidup dalam zon tanpa karbon,
sifar sisa selama 14 bulan.
393
00:28:24,204 --> 00:28:27,464
Satu-satunya pengorbanan adalah sendirian.
394
00:28:28,917 --> 00:28:31,837
Kenapa kita perlu ke Marikh
untuk hidup tanpa pencemaran?
395
00:28:32,880 --> 00:28:34,920
Jika kita boleh buat semua itu di Bumi,
396
00:28:35,007 --> 00:28:36,797
secara harfiahnya ia bagus
untuk kedua-dua planet.
397
00:28:38,177 --> 00:28:40,757
Kita boleh selamatkan planet bersama-sama.
Kita tak perlukan bot penyelamat.
398
00:28:43,140 --> 00:28:46,980
Cricket June, apa yang awak buat
selama 24 jam lalu
399
00:28:47,060 --> 00:28:48,560
adalah pengajaran untuk kami semua.
400
00:28:49,938 --> 00:28:51,268
Awak dilahirkan untuk jadi
ketua yang bagus.
401
00:28:51,940 --> 00:28:52,940
Saya?
402
00:28:53,025 --> 00:28:55,145
Ya. Awak.
403
00:28:57,613 --> 00:28:58,863
Awak lakukan tugas awak.
404
00:28:59,489 --> 00:29:01,829
Kita akan teruskan
program Bot Penyelamat Marikh.
405
00:29:02,826 --> 00:29:04,196
Harapan saya adalah
kamu takkan perlukannya.
406
00:29:07,331 --> 00:29:10,211
Satu lagi sebelum kita mulakan.
407
00:29:11,960 --> 00:29:14,460
- Pukul berapa sekarang?
- 3:00 petang.
408
00:29:16,757 --> 00:29:17,757
Masih ada masa.
409
00:29:18,717 --> 00:29:21,257
Casey, awak bawa penjujuk?
410
00:29:22,596 --> 00:29:23,466
Ya.
411
00:29:24,473 --> 00:29:28,943
Ya, kami akan terbang
Merenung bulan purnama raya
412
00:29:29,770 --> 00:29:34,440
Tiada yang lain kecuali kita
Dalam gelap, kita juga bersinar
413
00:29:35,484 --> 00:29:38,074
Tunggu, kita keemasan
414
00:29:38,153 --> 00:29:40,533
Kita boleh ikut Bima Sakti
415
00:29:40,614 --> 00:29:45,704
Ada bintang yang keluar bermain
Mengejar cahaya baru
416
00:29:45,786 --> 00:29:48,996
Jadi, tunggu, kami hampir pulang
417
00:29:49,081 --> 00:29:52,331
Bulan purnama raya
418
00:29:54,711 --> 00:29:57,051
Bulan purnama raya
419
00:29:57,130 --> 00:30:00,470
Tunggu, kami hampir pulang
420
00:30:57,566 --> 00:30:59,566
Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid