1 00:00:11,280 --> 00:00:13,080 Kita bercakap tentang Digital Karma, Irene. 2 00:00:13,199 --> 00:00:16,559 30 juta dalam bentuk Bitcoin, atau seluruh dunia akan tahu. 3 00:00:18,920 --> 00:00:21,960 Kenapa awak nak masuk ke bidang saya? 4 00:00:22,080 --> 00:00:23,679 Sebab saya boleh menang. 5 00:00:24,440 --> 00:00:26,000 Bukan salah dia. -Ya Allah. 6 00:00:26,120 --> 00:00:28,480 Apa awak sudah buat ini, Iman? -Intan, awak tak faham. 7 00:00:28,599 --> 00:00:30,360 Saya buat semua ini kerana abah. 8 00:00:30,480 --> 00:00:32,680 Sebab saya nak jaga abah. Saya tak ada duit, Intan. 9 00:00:32,799 --> 00:00:34,200 Lepas! 10 00:00:35,559 --> 00:00:37,199 Semua kita buat ini betul, Kadak. 11 00:00:37,320 --> 00:00:40,599 Awak yakinkan saya, atau yakinkan diri sendiri? 12 00:02:12,000 --> 00:02:15,080 Saya janji dengan awak saya tak buat lagi. 13 00:02:15,200 --> 00:02:16,679 Tolonglah, saya ada anak dan isteri. 14 00:02:16,799 --> 00:02:19,120 Saya janji dengan awak saya tak buat lagi. Tolonglah. 15 00:02:53,919 --> 00:02:55,360 Hei, tak guna! 16 00:02:56,960 --> 00:02:58,879 Berapa banyak betina itu bayar awak? 17 00:03:09,640 --> 00:03:11,519 Itu masalah apabila ada duit. 18 00:03:13,639 --> 00:03:15,680 Awak ingat awak boleh beli semua orang. 19 00:03:15,799 --> 00:03:19,520 Jangan nak berlagak alim. Awak pun sama! 20 00:03:23,759 --> 00:03:25,320 Kadak orang saya. 21 00:03:26,919 --> 00:03:30,520 Awak nak pangkah saya? Awak rasa siapa dia pilih? 22 00:03:32,319 --> 00:03:35,360 Kawan yang beri dia duit, atau orang yang jaga dia? 23 00:03:36,280 --> 00:03:40,200 Hei, tahi judi. Kalau saya tahu awak kerja... 24 00:03:40,320 --> 00:03:43,960 ...dengan dia, saya biarkan awak hidup merempat tak ada duit. 25 00:03:59,839 --> 00:04:03,680 Dalam operasi yang berlangsung kira-kira pukul 9:30 pagi tadi,... 26 00:04:03,799 --> 00:04:06,240 ...pihak polis menemui barang kemas, wang tunai,... 27 00:04:06,360 --> 00:04:09,160 ...serta bahan bukti lain milik Nuriman bin Shah,... 28 00:04:09,279 --> 00:04:12,360 ...seorang kerani Bank Bintang. Nuriman dikatakan telah... 29 00:04:12,480 --> 00:04:16,400 ...menggodam sistem dalam talian Bank Bintang serta lapan buah... 30 00:04:16,519 --> 00:04:18,840 ...bank tempatan yang lain, dengan memindah keluar... 31 00:04:18,960 --> 00:04:22,280 ...wang tunai sebanyak satu sen daripada setiap akaun pelanggan... 32 00:04:22,400 --> 00:04:24,960 ...bank-bank tersebut. Nuriman disyaki menyeleweng... 33 00:04:25,080 --> 00:04:28,200 ...RM 71 juta dalam tempoh tiga bulan. 34 00:04:28,320 --> 00:04:31,720 Saya ingin meyakinkan pelanggan kami bahawa ini adalah... 35 00:04:31,840 --> 00:04:36,440 ...satu insiden terpencil. Ini bukan satu ancaman kepada... 36 00:04:36,560 --> 00:04:39,720 ...standard keselamatan dan integriti yang menjadi... 37 00:04:39,839 --> 00:04:45,040 ...asas kami di Bank Bintang ini. Kami yakin pelakunya,... 38 00:04:45,160 --> 00:04:48,920 ...pencuri satu sen ini, akan dibawa ke muka pengadilan. 39 00:04:49,080 --> 00:04:50,960 Terima kasih banyak. -Awak tahu siapa yang... 40 00:04:51,080 --> 00:04:55,280 ...beritahu polis? -Intan, apa awak dah buat? 41 00:04:56,240 --> 00:04:58,280 Sepatutnya saya sudah bunuh dia awal-awal,... 42 00:04:59,160 --> 00:05:02,520 ...tapi saya fikir-fikir balik, daripada polis siasat Ash... 43 00:05:02,640 --> 00:05:05,320 ...dengan Redza, lebih baik mereka siasat awak. 44 00:05:08,680 --> 00:05:11,040 Hei, perempuan bodoh! 45 00:05:14,359 --> 00:05:18,800 Kalau polis geledah rumah saya dan jumpa komputer saya,... 46 00:05:19,399 --> 00:05:22,040 ...polis akan tahu separuh yang saya pindahkan itu... 47 00:05:22,160 --> 00:05:23,639 ...ke akaun awak! 48 00:05:35,040 --> 00:05:36,680 Komputer saya? 49 00:05:45,240 --> 00:05:47,040 Awak bukan lawan saya. 50 00:05:56,919 --> 00:05:59,719 Apa yang awak nak? -Tunjukkan kepada saya,... 51 00:06:00,720 --> 00:06:02,439 ...bagaimana awak keluarkan duit itu? 52 00:06:02,759 --> 00:06:04,759 Kalau saya tunjukkan bagaimana saya buat,... 53 00:06:04,879 --> 00:06:07,720 ...dia tak perlukan saya lagi. Pergi mati! 54 00:06:43,159 --> 00:06:44,680 Apa benda ini, Kadak? 55 00:06:51,480 --> 00:06:53,000 Nak buat apa? 56 00:06:56,759 --> 00:07:02,439 Bodoh! Hei, bodoh! Apa semua ini, tak guna! 57 00:07:02,560 --> 00:07:06,440 Hei, Kadak! Jangan! 58 00:07:06,560 --> 00:07:08,439 Okey, okey, okey! 59 00:07:09,960 --> 00:07:12,240 Okey, okey, okey! 60 00:07:36,360 --> 00:07:37,800 Perisa apa? 61 00:07:40,160 --> 00:07:41,759 Jangan hiraukan saya. 62 00:07:50,000 --> 00:07:53,320 Saya berhenti tahun lepas, tapi selepas semua yang terjadi,... 63 00:07:53,440 --> 00:07:56,720 ...saya rasa inilah masanya untuk mulakan semula. 64 00:07:58,200 --> 00:07:59,759 Semua ini salah saya, kan? 65 00:08:03,879 --> 00:08:05,360 Awak buat hal yang betul. 66 00:08:06,000 --> 00:08:09,439 Kadang-kadang nak buat hal yang betul bukan mudah. 67 00:08:11,559 --> 00:08:13,399 Awak boleh rasa marah. Dia telah menipu awak. 68 00:08:13,520 --> 00:08:16,879 Saya tipu diri saya sendiri. Hari itu semasa Redza dibunuh,... 69 00:08:17,719 --> 00:08:19,159 ...ada orang memecah masuk ke bilik pelayan komputer. 70 00:08:19,280 --> 00:08:21,160 Saya tahu itu dia. Entah bagaimana saya tahu,... 71 00:08:21,279 --> 00:08:22,719 ...tapi saya biarkan dia pergi. 72 00:08:24,960 --> 00:08:27,000 Saya akan naikkan pangkat awak kepada Ketua Bahagian Teknologi. 73 00:08:27,560 --> 00:08:29,400 Tugasnya banyak tertumpu kepada pembangunan produk,... 74 00:08:30,240 --> 00:08:33,040 ...tapi awak tak perlu risau tentang keselamatan siber. 75 00:08:33,319 --> 00:08:35,719 Ya, tapi perisian hasad dia masih dalam pelayan komputer. 76 00:08:35,839 --> 00:08:37,760 Saya kena keluarkan dan bersihkan semuanya. 77 00:08:37,879 --> 00:08:39,439 Saya akan tugaskan orang lain. 78 00:08:39,960 --> 00:08:43,159 Awak pula akan dapat kenaikan gaji yang besar,... 79 00:08:43,280 --> 00:08:46,679 ...kereta syarikat, kad platinum, rumah syarikat,... 80 00:08:46,799 --> 00:08:49,760 ...dan pejabat baharu. Awak cuma perlu sebut saja. 81 00:08:53,200 --> 00:08:55,040 Ya, tapi saya tak faham. Kenapa saya? 82 00:09:00,360 --> 00:09:02,560 Sebab awak telah mementingkan syarikat ini. 83 00:09:04,480 --> 00:09:06,600 Saya tahu saya selalu menyusahkan awak Intan,... 84 00:09:07,480 --> 00:09:09,520 ...tapi itu kerana saya percaya akan awak. 85 00:09:22,639 --> 00:09:24,960 Nak degil lagi? 86 00:09:27,759 --> 00:09:29,919 Awak buat benda ini untuk saya,... 87 00:09:31,199 --> 00:09:35,599 ...saya tak akan sentuh abah awak dan Intan. 88 00:09:38,720 --> 00:09:40,120 Boleh? 89 00:09:58,440 --> 00:10:00,480 Perisian hasad saya masih ada di Bank Bintang. 90 00:10:01,199 --> 00:10:02,919 Kenapa Intan tak padam lagi? 91 00:10:04,080 --> 00:10:05,679 Cepatlah, bodoh. 92 00:10:48,960 --> 00:10:50,359 Kadak. 93 00:10:52,879 --> 00:10:55,159 Jalan. -Kadak, tolonglah. 94 00:10:55,919 --> 00:10:57,600 Kadak, Kadak. 95 00:10:58,160 --> 00:11:00,720 Tolong saya, Kadak? Apa ini? 96 00:11:08,640 --> 00:11:11,559 Puas hati awak sekarang? Saya sudah cakap, kan? 97 00:11:13,240 --> 00:11:16,360 Awak degil juga. Nak juga langgar Ibu Zara. 98 00:11:18,000 --> 00:11:24,080 Hei, awak sudah ada semuanya. Awak nak risau apa lagi? 99 00:11:24,560 --> 00:11:28,799 Tapi sekarang ini awak tamak. Awak tamak! Awak nak apa lagi? 100 00:11:28,919 --> 00:11:30,520 Apa lagi yang tak cukup? 101 00:11:33,560 --> 00:11:37,919 Hei, saya jaga awak... 102 00:11:40,160 --> 00:11:42,840 ...macam adik saya sendiri, tak guna. 103 00:11:49,760 --> 00:11:53,400 Orang selalu cakap, sebelum kita mati,... 104 00:11:53,519 --> 00:11:56,200 ...kita akan nampak seluruh hidup kita... 105 00:11:56,319 --> 00:12:00,320 ...bermain di depan mata, tapi saya tak nampak apa-apa. 106 00:12:06,120 --> 00:12:07,679 Kenapa awak senyap? 107 00:12:08,359 --> 00:12:09,879 Awak berdoa, ya? 108 00:12:11,440 --> 00:12:13,000 Sudah terlambat. 109 00:12:13,199 --> 00:12:17,480 Saya cuba berdoa, minta ampun, tapi satu ayat Quran pun... 110 00:12:17,599 --> 00:12:19,080 ...saya tak pernah hafal. 111 00:12:20,040 --> 00:12:22,080 Bagaimana Tuhan nak tolong saya? 112 00:12:22,599 --> 00:12:25,480 Tuhan pun tak akan ampunkan dosa awak. 113 00:12:42,880 --> 00:12:44,640 Hei, tak guna! 114 00:13:02,640 --> 00:13:04,040 Iman! 115 00:13:42,440 --> 00:13:43,919 Iman. 116 00:13:44,040 --> 00:13:46,160 Bagaimana budak pandai macam awak ini boleh... 117 00:13:46,280 --> 00:13:48,160 ...terjebak dengan benda-benda seperti ini? 118 00:13:48,280 --> 00:13:49,840 Awak boleh tolong saya, kan? 119 00:15:14,520 --> 00:15:16,040 Terima kasih. 120 00:15:22,759 --> 00:15:24,240 Lan! 121 00:15:28,719 --> 00:15:30,320 Awak buat apa ini? 122 00:15:33,919 --> 00:15:37,000 Kebetulan saya dekat. Ingat nak singgah... 123 00:15:37,120 --> 00:15:38,640 ...jumpa Tan Sri sekejap. 124 00:15:46,080 --> 00:15:47,599 Ibu. 125 00:15:53,679 --> 00:15:55,199 Cantik budaknya. 126 00:15:56,960 --> 00:15:59,679 Tan Sri tahu, umurnya baru 16 tahun? 127 00:16:10,160 --> 00:16:11,639 Awak dengar sini, ya. 128 00:16:13,720 --> 00:16:16,200 Awak ingat saya takut? 129 00:16:20,879 --> 00:16:22,799 Awak yang patut takut dengan rakyat. 130 00:16:25,159 --> 00:16:29,200 Kalau mereka nampak awak begini, apa agaknya mereka kata? 131 00:16:41,839 --> 00:16:43,439 Pilihan raya dah nak dekat. 132 00:16:44,919 --> 00:16:48,360 Apa awak nak lagi? Apa yang tak cukup? 133 00:16:50,919 --> 00:16:52,759 Hidup ini mana pernah cukup? 134 00:17:44,399 --> 00:17:47,080 Iman. Iman. 135 00:17:47,200 --> 00:17:49,600 Iman, bangun Iman. Iman, bangun. 136 00:17:50,000 --> 00:17:53,080 Iman! Iman! Iman, bangun Iman. 137 00:18:11,759 --> 00:18:13,320 Iman. 138 00:18:29,280 --> 00:18:30,960 Saya bukan nak kacau awak. 139 00:18:31,879 --> 00:18:33,759 Saya tak tahu nak lari ke mana. 140 00:18:34,960 --> 00:18:39,080 Betulkah Iman... 141 00:18:40,679 --> 00:18:42,320 ...curi duit bank? 142 00:18:50,319 --> 00:18:51,879 Awak boleh telefon polis. 143 00:18:53,080 --> 00:18:55,919 Sampai hati Iman ingat mak seperti itu. 144 00:18:56,480 --> 00:18:58,480 Kalau awak mak saya, awak tak tinggalkan saya. 145 00:18:59,160 --> 00:19:00,800 Mak bukan begitu, Iman. 146 00:19:01,439 --> 00:19:04,360 Awak dengar sini, ya. 147 00:19:05,000 --> 00:19:07,720 Kalau awak mak saya, awak tak biarkan lelaki lain... 148 00:19:07,840 --> 00:19:09,759 ...halau anak dia. Awak tak akan biarkan saya... 149 00:19:09,879 --> 00:19:12,200 ...membesar dengan abah saya seorang diri. 150 00:19:13,240 --> 00:19:15,160 Saya nak awak ingat hal itu. Awak dengar sini. 151 00:19:18,120 --> 00:19:19,720 Mak terpaksa. 152 00:19:22,160 --> 00:19:25,399 Kalau tak, abah tak akan ceraikan mak. 153 00:19:28,879 --> 00:19:31,879 Baiklah. Saya boleh lepaskan awak,... 154 00:19:33,600 --> 00:19:36,920 ...tapi Iman tinggal dengan saya, dan awak jangan tunjukkan... 155 00:19:37,040 --> 00:19:39,759 ...muka awak di sini lagi. Awak bukan mak dia! 156 00:19:39,879 --> 00:19:41,400 Mak! 157 00:19:43,399 --> 00:19:45,040 Mak! 158 00:19:47,040 --> 00:19:51,040 Mak! -Tapi mak dah janji dengan abah. 159 00:19:52,120 --> 00:19:54,960 Mak nak hidup bebas. -Habis itu awak tinggalkan... 160 00:19:55,080 --> 00:19:57,560 ...saya juga, kan? -Mak sudah penat, Iman. 161 00:19:58,799 --> 00:20:02,640 Mak sudah tak nampak jalan lain. -Awak pentingkan diri awak sendiri. 162 00:20:02,960 --> 00:20:07,760 Pada masa itu mak muda. Ada saja masalah, mak akan lari. 163 00:20:09,279 --> 00:20:10,919 Mak nak hidup bahagia. 164 00:20:12,800 --> 00:20:14,680 Mak nak jalan yang paling mudah... 165 00:20:18,840 --> 00:20:22,639 ...tapi sampai sekarang, mak menyesal. 166 00:20:35,960 --> 00:20:37,600 Iman tak tahu, mak. 167 00:20:45,720 --> 00:20:47,759 Iman sudah buat macam-macam, mak. 168 00:20:53,440 --> 00:20:55,399 Iman tak nak hidup begini lagi. 169 00:21:05,040 --> 00:21:06,560 Iman takut. 170 00:21:07,320 --> 00:21:11,040 Iman tak nak hidup begini, mak. -Mak tahu. 171 00:21:13,600 --> 00:21:15,799 Mak tak tahu apa masalah Iman,... 172 00:21:19,280 --> 00:21:22,280 ...tapi mak nak Iman dengar nasihat mak. 173 00:21:24,360 --> 00:21:25,919 Jangan lari, nak. 174 00:21:29,480 --> 00:21:31,399 Jangan jadi macam mak. 175 00:21:44,919 --> 00:21:46,719 Salam. -Wirawan! 176 00:21:46,839 --> 00:21:48,800 Salam. -Wirawan! 177 00:21:49,960 --> 00:21:53,000 Syukur alhamdulillah kerana kita semua dapat... 178 00:21:53,120 --> 00:21:56,279 ...berkumpul di sini pada petang yang berbahagia ini. 179 00:21:56,399 --> 00:22:01,399 Saya selaku Naib Presiden Parti Wirawan Rakyat,... 180 00:22:01,520 --> 00:22:05,960 ...mewakili ahli majlis tertinggi Parti Wirawan Rakyat... 181 00:22:06,400 --> 00:22:09,399 ...ingin membuat pengumuman istimewa pada hari ini. 182 00:22:09,520 --> 00:22:13,159 Kami telah pun memilih Puan Zara binti Abdullah,... 183 00:22:13,280 --> 00:22:17,799 ...pengasas Yayasan Zara, yang akan mewakili... 184 00:22:17,919 --> 00:22:23,400 ...Parti Wirawan Rakyat selaku calon bagi kawasan Kuala Serting. 185 00:22:23,519 --> 00:22:27,879 Jadi dengan ini saya mempersilakan Puan Zara binti Abdullah... 186 00:22:28,000 --> 00:22:30,040 ...untuk menyampaikan ucapan. 187 00:22:34,040 --> 00:22:37,800 Saya berjanji saya akan melaksanakan tanggungjawab saya... 188 00:22:37,919 --> 00:22:40,799 ...kepada para pengundi di Kuala Serting serta... 189 00:22:40,919 --> 00:22:44,680 ...memastikan keamanan dan kemakmuran rakyat... 190 00:22:44,799 --> 00:22:47,000 ...negara kita terjamin. 191 00:22:51,200 --> 00:22:53,559 Dalam berita lain, pihak polis masih mencari... 192 00:22:53,679 --> 00:22:56,240 ...Nuriman bin Shah atau lebih dikenali sebagai... 193 00:22:56,359 --> 00:22:59,839 ...Pencuri Satu Sen. -Sampai bila saya nak lari? 194 00:23:00,360 --> 00:23:03,680 Kalau dia naik jadi menteri, hancur dunia ini. 195 00:23:04,440 --> 00:23:06,560 Dia sudah tahu bagaimana saya bawa keluar duit. 196 00:23:06,840 --> 00:23:09,160 Dia sudah pegang semua bank di negara ini. 197 00:23:09,560 --> 00:23:11,200 Semua sebab saya. 198 00:23:12,560 --> 00:23:14,160 Melainkan,... 199 00:23:15,560 --> 00:23:17,360 ...saya halang dia. 200 00:23:21,200 --> 00:23:24,520 Kita nak cari apa? -Awak pernah dengar Yayasan Zara? 201 00:23:25,360 --> 00:23:29,599 Yayasan Zara? Rumah anak yatim itu? 202 00:23:36,880 --> 00:23:40,080 Logik tak rumah anak yatim beli aset sebanyak ini? 203 00:23:40,879 --> 00:23:42,280 Selepas itu jual, pindahkan balik dan masuk... 204 00:23:42,400 --> 00:23:43,800 ...ke dalam akaun. 205 00:23:44,680 --> 00:23:46,080 Sekejap. 206 00:23:46,599 --> 00:23:49,919 Kalau mereka buat perniagaan haram, mereka buka akaun,... 207 00:23:50,040 --> 00:23:52,080 ...dan masukkan duit ke dalam akaun itu balik. 208 00:23:53,360 --> 00:23:56,240 Selepas itu kita tolong mereka beli aset, jual dan... 209 00:23:56,359 --> 00:23:58,360 ...pindahkan balik masuk ke dalam akaun. 210 00:24:00,200 --> 00:24:03,879 Intan, bukankah itu..... -Pencucian wang. 211 00:24:05,639 --> 00:24:07,960 Ada orang membantu Yayasan Zara mencuci duit. 212 00:24:08,399 --> 00:24:11,120 Siapa yang menguruskan akaun ini? -Redza. 213 00:24:12,200 --> 00:24:15,279 Redza? Pasti ada orang atas yang... 214 00:24:15,399 --> 00:24:17,400 ...tahu tentang hal ini. Seseorang harus meluluskan... 215 00:24:17,519 --> 00:24:18,920 ...semua ini, kan? 216 00:24:29,320 --> 00:24:30,920 Irene? 217 00:24:42,040 --> 00:24:44,480 Intan, apa awak buat? 218 00:24:44,799 --> 00:24:46,360 Saya muat turun akaun ini. 219 00:24:47,120 --> 00:24:49,879 Untuk apa? -Nak beri kepada polis. 220 00:25:00,960 --> 00:25:03,439 Sakitlah! -Jalan. 221 00:25:10,120 --> 00:25:13,280 Awak nak bawa saya ke mana? -Saya cakap jalan, awak jalan. 222 00:25:13,960 --> 00:25:15,560 Jalan. -Okey. 223 00:25:44,520 --> 00:25:46,400 Awak tahu tak betapa untungnya awak kerana masih hidup? 224 00:25:46,519 --> 00:25:51,080 Saya cuma tahu yang awak dan Redza telah mencuci duit. 225 00:25:52,719 --> 00:25:54,440 Saya sudah nampak bukti-buktinya. 226 00:25:55,120 --> 00:25:58,519 Siapa Yayasan Zara ini? -Hanya satu pelanggan. 227 00:25:58,719 --> 00:26:00,320 Hanya satu pelanggan? 228 00:26:01,159 --> 00:26:04,240 Awak tahu tak bagaimana bank-bank mendapat untung? 229 00:26:05,240 --> 00:26:08,560 Kita mendapat untung dengan melaburkan duit orang lain. 230 00:26:09,680 --> 00:26:11,599 Kita tak kisah daripada mana duit itu datang. 231 00:26:12,480 --> 00:26:16,799 Lembaga Pengarah tak kisah. Pemegang saham pun tak kisah. 232 00:26:17,599 --> 00:26:20,560 Selagi kita mendapat keuntungan, semua orang gembira. 233 00:26:21,600 --> 00:26:25,720 Semua orang, kecuali Redza dan Ash. 234 00:26:28,519 --> 00:26:30,280 Itukah sebabnya mereka berdua ditembak? 235 00:26:31,520 --> 00:26:34,639 Redza dibunuh kerana dia cuba mengugut pelanggan. 236 00:26:34,759 --> 00:26:38,480 Dia jadi tamak. Ash ditembak kerana dia... 237 00:26:38,600 --> 00:26:41,839 ...menyiasat pelanggan. Dia menggunakan awak untuk... 238 00:26:41,960 --> 00:26:45,919 ...masuk ke sistem kita, dan apabila pelanggan kita tahu... 239 00:26:46,040 --> 00:26:47,679 ...awak bekerjasama dengan Ash,... 240 00:26:49,159 --> 00:26:51,960 ...satu-satunya sebab awak masih hidup ialah saya. 241 00:26:57,359 --> 00:26:58,759 Kenapa? 242 00:26:59,960 --> 00:27:01,480 Kenapa saya? 243 00:27:14,520 --> 00:27:16,679 Saya tak tipu apabila saya kata awak sama... 244 00:27:16,799 --> 00:27:20,240 ...macam saya, Intan. Lagipun awak berbakat. 245 00:27:21,279 --> 00:27:23,240 Lebih baik awak bekerja dengan saya daripada... 246 00:27:23,360 --> 00:27:24,840 ...menentang saya. 247 00:27:26,960 --> 00:27:28,480 Awak sudah gila. 248 00:27:34,919 --> 00:27:36,760 Awak gembira tak, Intan? 249 00:27:38,040 --> 00:27:43,159 Atau awak mahu banyak duit, jaminan pekerjaan,... 250 00:27:43,280 --> 00:27:48,080 ...kerjaya yang lebih baik? Kehidupan yang awak mahu. 251 00:27:49,480 --> 00:27:53,040 Peluang untuk realisasikan semua impian awak. 252 00:27:55,960 --> 00:27:58,599 Awak faham tak apa yang saya tawarkan ini, Intan? 253 00:28:01,159 --> 00:28:03,560 Saya menawarkan semua impian awak. 254 00:28:04,320 --> 00:28:06,800 Saya menawarkan satu kehidupan yang lebih baik. 255 00:28:18,440 --> 00:28:20,640 Jangan bergerak! Semua di atas lantai! 256 00:28:22,919 --> 00:28:24,400 Apa yang berlaku? 257 00:28:34,759 --> 00:28:37,280 Apa yang berlaku? -Iman. 258 00:28:47,000 --> 00:28:49,360 Jangan buat benda bodoh. -Iman. 259 00:28:49,480 --> 00:28:51,000 Diamlah, Kak Mas. 260 00:29:32,799 --> 00:29:34,320 Iman! 261 00:29:35,080 --> 00:29:38,200 Turunkan senjata awak! -Awak turunkan senjata awak. 262 00:29:39,600 --> 00:29:42,400 Saya tak main-main. Letakkan senjata! 263 00:31:53,200 --> 00:31:56,200 Perhatian kepada semua penumpang tren ekspres Senandung Siam... 264 00:31:56,319 --> 00:31:59,240 ...ke Bangkok. Tren akan tiba di platform lima... 265 00:31:59,360 --> 00:32:01,960 ...pada jam empat petang. Terima kasih. 266 00:32:05,120 --> 00:32:07,679 Apa punya bodoh? Curi satu sen. 267 00:32:07,800 --> 00:32:10,440 Kalau ya pun, curilah banyak sikit. 268 00:32:10,639 --> 00:32:14,319 Awak ini, bukankah ada 9.5 juta akaun bank? 269 00:32:14,960 --> 00:32:18,560 Gaji besar, kerja besar, tapi mencuri. 270 00:32:18,680 --> 00:32:22,080 Kalau orang begini, saya tak bawa ke mahkamah lagi. 271 00:32:22,200 --> 00:32:24,800 Saya terus tembak saja. -Hei! Jaga sikit bahasa itu. 272 00:32:25,360 --> 00:32:28,480 Awak tak kenal pun dia. Awak tak tahu bagaimana ceritanya. 273 00:32:28,599 --> 00:32:31,840 Awak siapa nak hukum dia? -Awak ini siapa,... 274 00:32:31,960 --> 00:32:33,919 ...tiba-tiba saja nak menyampuk cakap kami? 275 00:32:34,240 --> 00:32:35,679 Awak dah kenapa? 276 00:32:37,399 --> 00:32:39,080 Sibuk hal orang. 277 00:32:39,839 --> 00:32:42,600 Berita terkini. Suspek Nuriman bin Shah... 278 00:32:42,720 --> 00:32:46,200 ...kini dilaporkan terbabit dalam satu rompakan bersenjata... 279 00:32:46,320 --> 00:32:49,480 ...yang berlaku di cawangan utama Bank Bintang. 280 00:32:49,639 --> 00:32:52,440 Pihak polis kini berada di luar premis bank dan nasib... 281 00:32:52,559 --> 00:32:55,520 ...tebusan di dalam masih belum diketahui. 282 00:33:13,600 --> 00:33:16,639 Jangan ambil gambar! Berdiri di belakang tali. 283 00:33:20,240 --> 00:33:21,640 Beri ruang. 284 00:33:23,040 --> 00:33:24,560 Kapten, kami anggarkan ada lebih kurang 600 orang di dalam... 285 00:33:24,680 --> 00:33:26,120 ...bangunan ini. -Tak payah kuat sangat. 286 00:33:26,240 --> 00:33:27,960 Saya belum pekak lagi. Ada visual atau tidak? 287 00:33:28,080 --> 00:33:29,759 Tak ada, tuan. -Nak tunggu apa lagi? 288 00:33:29,879 --> 00:33:32,439 Perutusan khas? Cepatlah. -Baik, tuan. 289 00:33:42,960 --> 00:33:44,399 Tumpang lalu. 290 00:33:48,840 --> 00:33:51,240 Kapten, saya Detektif Raj. Suspek ialah orang dikehendaki... 291 00:33:51,359 --> 00:33:52,759 ...dalam kes saya, tuan. 292 00:33:53,360 --> 00:33:55,480 Malangnya suspek awak sudah merompak bank. 293 00:33:55,600 --> 00:33:58,599 Sekarang sudah jadi kes saya. -CID mahu saya membantu awak. 294 00:33:59,040 --> 00:34:00,440 Bantu, ya? 295 00:34:00,640 --> 00:34:05,160 Okey. Di sana ada kedai. Awak tolong bantu saya beli satu... 296 00:34:05,280 --> 00:34:10,040 ...kopi ais ikat tepi. Saya mahu talinya berwarna merah. 297 00:34:18,440 --> 00:34:20,399 Saya gunakan kad akses yang saya baru rampas untuk... 298 00:34:20,520 --> 00:34:21,960 ...masuk lif. 299 00:34:22,120 --> 00:34:24,200 Saya ada 10 minit sebelum polis sampai untuk padam... 300 00:34:24,320 --> 00:34:25,760 ...perisian hasad saya. 301 00:34:26,160 --> 00:34:29,080 Apabila polis sampai, saya tak akan lari. 302 00:34:29,480 --> 00:34:32,240 Saya akan serah diri, dan serahkan semua bukti... 303 00:34:32,359 --> 00:34:34,440 ...supaya mereka boleh tangkap Ibu Zara. 304 00:34:35,080 --> 00:34:37,320 Mungkin tak cukup untuk hapuskan dosa saya,... 305 00:34:37,840 --> 00:34:40,960 ...tapi saya akan pastikan Ibu Zara tak boleh sentuh... 306 00:34:41,080 --> 00:34:42,920 ...sesiapa lagi selepas ini. 307 00:34:47,960 --> 00:34:50,640 Jadi saya percaya dengan penglibatan saya sebagai... 308 00:34:50,759 --> 00:34:54,480 ...wakil rakyat, saya dapat menggunakan suara saya untuk... 309 00:34:54,600 --> 00:34:56,319 ...menyumbang dengan lebih berkesan. 310 00:35:05,080 --> 00:35:06,640 Maafkan saya. 311 00:35:34,480 --> 00:35:37,679 Langkah pertama. Jangan biarkan sesiapa masuk. 312 00:35:50,200 --> 00:35:51,640 Tak guna! 313 00:35:57,120 --> 00:35:59,759 Bunuh dia. -Baik, ibu. 314 00:36:08,640 --> 00:36:11,280 Langkah kedua. Cari perisian hasad saya. 315 00:36:29,519 --> 00:36:31,199 Intan. -Diam! 316 00:36:33,480 --> 00:36:35,799 Intan. Ini saya, Intan. 317 00:36:35,919 --> 00:36:40,040 Jangan. Ke tepi. -Dengar dulu cakap saya. 318 00:36:40,160 --> 00:36:43,240 Sekarang! -Okey. 319 00:36:45,359 --> 00:36:50,080 Perisian hasad itu ada di situ. Saya kena buang, Intan. 320 00:36:50,359 --> 00:36:51,960 Saya tak nak dengar. 321 00:36:54,160 --> 00:36:55,760 Okey. Tak apa, Intan. 322 00:36:59,519 --> 00:37:03,520 Kalau awak tak nak percaya saya, tak apa, tapi saya nak... 323 00:37:03,640 --> 00:37:07,800 ...awak beritahu polis. Suruh mereka halang Ibu Zara. 324 00:37:09,040 --> 00:37:13,040 Zara? Yayasan Zara? 325 00:37:16,400 --> 00:37:19,560 Encik, cuba biar saya masuk. Iman itu anak saya. 326 00:37:19,800 --> 00:37:21,600 Dia dengar cakap saya. Kalau encik nak suruh dia... 327 00:37:21,720 --> 00:37:23,480 ...serah diri, saya boleh tolong. 328 00:37:23,960 --> 00:37:27,680 Encik. Encik ini ayah Iman? -Awak ini siapa? 329 00:37:30,320 --> 00:37:32,120 Patutlah dia berikan saya kenaikan pangkat. 330 00:37:32,600 --> 00:37:34,400 Dia tarik balik akses saya sebab dia tak nak saya padam... 331 00:37:34,519 --> 00:37:37,439 ...perisian hasad awak. -Bank Bintang ini penyangak. 332 00:37:39,759 --> 00:37:42,320 Sekarang awak percaya saya. -Awak pun sama. 333 00:37:43,399 --> 00:37:46,960 Intan, tolonglah. -Awak sudah tipu saya sekali. 334 00:37:47,120 --> 00:37:48,680 Awak ingat saya bodoh? 335 00:38:11,320 --> 00:38:12,920 Saya minta maaf, Intan. 336 00:38:14,960 --> 00:38:16,519 Saya yang bodoh. 337 00:38:29,360 --> 00:38:31,199 Tapi ini saja cara yang saya ada, Intan. 338 00:38:33,520 --> 00:38:34,960 Awak kena tolong saya. 339 00:38:37,760 --> 00:38:39,200 Tolong percaya saya. 340 00:38:46,559 --> 00:38:49,000 Sudah siap atau belum? Mereka boleh dengar di dalam? 341 00:38:49,679 --> 00:38:51,279 Tuan, pihak bank kata talian ini disambungkan kepada... 342 00:38:51,399 --> 00:38:52,879 ...sistem PA mereka dan boleh didengari di seluruh... 343 00:38:53,000 --> 00:38:54,400 ...bangunan. -Maknanya boleh dengarlah. 344 00:38:54,520 --> 00:38:56,040 Cerita panjang-panjang buat apa? 345 00:38:56,399 --> 00:38:57,839 Okey, cuba uji. 346 00:38:59,040 --> 00:39:01,480 Ujian, satu, dua, tiga. Dengar tak? 347 00:39:02,040 --> 00:39:03,560 Abah? 348 00:39:04,799 --> 00:39:08,160 Jangan panik. Cakap dengan anak awak, okey? 349 00:39:12,600 --> 00:39:14,000 Iman. 350 00:39:15,640 --> 00:39:17,919 Awak dengar tak? Ini abah. 351 00:39:19,040 --> 00:39:21,960 Mereka cakap awak boleh dengar di dalam sana. 352 00:39:25,000 --> 00:39:26,399 Iman. 353 00:39:27,839 --> 00:39:29,839 Semua orang sudah tahu semua yang awak buat, Iman. 354 00:39:31,439 --> 00:39:33,439 Maknanya setiap hari mereka kecam awak. 355 00:39:33,960 --> 00:39:37,919 Cakap macam-macam, tapi mereka tak tahu yang... 356 00:39:38,040 --> 00:39:40,040 ...awak buat semua ini kerana abah. 357 00:39:41,960 --> 00:39:45,439 Bukan sebab abah sakit, atau pun sebab abah berhutang... 358 00:39:45,560 --> 00:39:47,120 ...dengan ceti,... 359 00:39:50,359 --> 00:39:52,080 ...tapi sebab abah putus asa. 360 00:39:55,480 --> 00:40:01,199 Apa yang abah buat, tak pernah dirancang. Gagal. 361 00:40:02,759 --> 00:40:04,400 Selepas itu abah salahkan orang lain. 362 00:40:06,120 --> 00:40:07,840 Awak yang menanggungnya. 363 00:40:14,080 --> 00:40:16,960 Kalau abah lepaskan awak ikut mak awak dulu,... 364 00:40:20,359 --> 00:40:22,240 ...pasti hidup awak tak jadi seperti ini. 365 00:40:24,080 --> 00:40:26,839 Itulah hal yang paling abah menyesal sekali, Iman. 366 00:40:27,040 --> 00:40:28,559 Sampai hari ini, Iman. 367 00:40:30,960 --> 00:40:34,519 Orang nak kata awak jahat, terpulang kepada mereka,... 368 00:40:35,120 --> 00:40:36,760 ...sebab mereka tak kenal awak. 369 00:40:39,200 --> 00:40:40,679 Awak anak abah. 370 00:40:45,399 --> 00:40:47,679 Abah sayang awak, Iman. 371 00:41:03,680 --> 00:41:05,320 Awak padam perisian hasad awak. 372 00:41:05,759 --> 00:41:07,560 Saya muat turun akaun Yayasan Zara. 373 00:41:15,240 --> 00:41:18,000 Tuan, ada tembakan di dalam, datang dari bilik pelayan. 374 00:41:19,639 --> 00:41:22,519 Semua unit masuk sekarang. Masuk ke dalam sekarang! 375 00:41:24,520 --> 00:41:26,000 Selamatkan anak saya. 376 00:41:36,040 --> 00:41:38,480 Selama ini saya cuba selesaikan hidup saya dengan duit. 377 00:41:39,680 --> 00:41:42,160 Sedangkan harta yang paling berharga bukan duit,... 378 00:41:43,240 --> 00:41:44,960 ...tapi orang-orang yang kita sayang. 379 00:41:49,280 --> 00:41:52,120 Mula-mula saya padam perisian hasad saya di dalam pelayan. 380 00:41:52,240 --> 00:41:55,919 Selepas itu saya sambungkan semula ke komputer saya,... 381 00:41:56,040 --> 00:41:57,439 ...dan hapuskan semua data. 382 00:42:09,640 --> 00:42:11,080 Iman! 383 00:42:12,080 --> 00:42:13,840 Awak yang masuk ke sini dulu, kan? 384 00:42:15,879 --> 00:42:18,080 Sepatutnya saya sudah bunuh awak sejak dulu lagi. 385 00:42:20,759 --> 00:42:24,240 Awak tak akan dapat lari daripada Ibu Zara. 386 00:44:06,640 --> 00:44:08,359 Iman! 387 00:44:41,000 --> 00:44:44,560 Intan. Jaga abah, ya. 388 00:46:13,720 --> 00:46:16,360 Berita terkini. Kumpulan penjenayah siber,... 389 00:46:16,480 --> 00:46:20,640 ...Digital Karma, mendesak kerajaan agar menyiasat... 390 00:46:20,759 --> 00:46:24,320 ...kegiatan jenayah oleh Yayasan Zara dan Bank Bintang. 391 00:46:24,720 --> 00:46:27,759 Bank Bintang didakwa bersubahat dengan Yayasan Zara... 392 00:46:27,879 --> 00:46:31,120 ...untuk mencuci wang hasil daripada kegiatan jenayah... 393 00:46:31,240 --> 00:46:34,200 ...ekoran dokumen-dokumen yang viral di media sosial... 394 00:46:34,320 --> 00:46:36,920 ...beberapa minggu yang lalu. Calon parti Wirawan Rakyat... 395 00:46:37,040 --> 00:46:40,040 ...dari daerah Serting, Zara binti Abdullah menafikan... 396 00:46:40,160 --> 00:46:42,400 ...dakwaan ini sebagai propaganda pembangkang. 397 00:46:42,520 --> 00:46:46,280 Beliau berkata, saya anggap ini sebagai asam garam dunia politik... 398 00:46:46,400 --> 00:46:48,800 ...tapi saya tetap akan berjuang demi rakyat. 399 00:46:49,000 --> 00:46:52,080 CTO Bank Bintang, Irene De Costa kini diburu... 400 00:46:52,200 --> 00:46:54,840 ...oleh pihak Interpol atas tuduhan pecah amanah... 401 00:46:54,960 --> 00:46:58,719 ...dan masih belum ditemui. Susulan kejadian yang sama,... 402 00:46:58,839 --> 00:47:01,159 ...Nuriman bin Shah, juga dikenali sebagai... 403 00:47:01,280 --> 00:47:04,440 ...Pencuri Satu Sen masih diburu polis setelah... 404 00:47:04,559 --> 00:47:09,000 ...ambulans yang dinaikinya lenyap sebelum tiba di hospital. 405 00:47:27,279 --> 00:47:31,760 Setiap daripada kita ada sebuah jalan yang harus ditempuh. 406 00:47:37,800 --> 00:47:40,200 Dari kecil kita diajar untuk takut. 407 00:47:41,200 --> 00:47:43,439 Takut dengan semua yang menanti di penghujung. 408 00:47:51,680 --> 00:47:55,199 Kita bergadai nyawa dan maruah untuk wang ringgit... 409 00:47:56,120 --> 00:47:59,240 ...seolah-olah duit boleh menjanjikan kehidupan yang abadi. 410 00:48:04,000 --> 00:48:07,800 Kita tak sedar kita cuma hidup dalam ketakutan,... 411 00:48:09,160 --> 00:48:11,400 ...sedangkan itulah kematian yang sebenar. 412 00:48:40,480 --> 00:48:43,439 Hei, kawan. Selamat datang ke Digital Karma. 413 00:48:46,960 --> 00:48:48,680 Tak guna.