1
00:00:06,000 --> 00:00:10,041
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:27,458 --> 00:00:30,666
Selepas jumpa Mak Cik Vittoria,
aku asyik teringat dia.
3
00:00:30,750 --> 00:00:32,041
Adakah dia hodoh?
4
00:00:32,125 --> 00:00:33,208
Adakah dia cantik?
5
00:00:33,291 --> 00:00:34,333
Aku tak tahu.
6
00:00:36,083 --> 00:00:39,083
Jika aku sepertinya,
kenapa aku tiada semangatnya?
7
00:00:40,208 --> 00:00:44,791
Adakah aku mempunyai kemesraan sepertinya?
Di manakah kemesraan itu?
8
00:01:57,333 --> 00:01:58,416
Giovanna!
9
00:02:02,958 --> 00:02:04,291
Kamu buat apa di situ?
10
00:02:04,791 --> 00:02:06,625
Kenapa kamu tak ke sekolah?
11
00:02:09,625 --> 00:02:12,250
Aku juga asyik teringat rantai tangan itu.
12
00:02:12,333 --> 00:02:17,000
Aku yakin, jika aku memakainya,
aku pasti akan rasa lebih kuat.
13
00:02:42,583 --> 00:02:49,291
BAB 2 - KESERUPAAN
14
00:03:04,291 --> 00:03:05,791
Giovà, kamu ke mana tadi?
15
00:03:08,125 --> 00:03:10,291
Kamu tak jawab pun.
16
00:03:16,708 --> 00:03:17,791
Beginilah, sayang.
17
00:03:18,333 --> 00:03:20,583
Mak dah tanya ayah kamu pagi tadi.
18
00:03:21,125 --> 00:03:23,333
Vittoria tak pernah beri kita hadiah.
19
00:03:24,166 --> 00:03:25,375
Tiada satu pun.
20
00:03:25,458 --> 00:03:26,791
Jadi, dia tipu?
21
00:03:26,875 --> 00:03:28,958
Mestilah. Dia penipu besar.
22
00:03:29,500 --> 00:03:32,166
Pilih mana satu kamu nak.
Mak akan berikan.
23
00:03:36,791 --> 00:03:40,708
Saya tak nak barang mak.
Saya nak rantai tangan Mak Cik Vittoria.
24
00:03:40,791 --> 00:03:43,708
Ia tak wujud.
Mak tak tahu nak cakap apa lagi.
25
00:03:56,416 --> 00:03:59,750
Giovà, kamu belum siap lagi?
Cepatlah. Lambat kita nanti.
26
00:04:00,708 --> 00:04:03,333
Ayah pergilah dulu.
Saya boleh pergi sendiri.
27
00:04:06,000 --> 00:04:08,708
Itulah kali pertama aku tipu ibu bapa aku.
28
00:04:08,791 --> 00:04:11,708
Aku dah buat rancangan.
Aku tak nak pergi sekolah.
29
00:04:11,791 --> 00:04:15,291
Aku nak jumpa mak cik aku diam-diam
untuk ziarah kubur Enzo.
30
00:04:15,375 --> 00:04:18,916
Namun, aku tak sangka
Mak Cik Vittoria ada rancangan sendiri.
31
00:04:19,000 --> 00:04:19,833
Selamat pagi.
32
00:04:20,500 --> 00:04:21,333
Selamat pagi.
33
00:04:21,833 --> 00:04:23,666
Aku datang nak jemput Giannina.
34
00:04:25,375 --> 00:04:26,291
- Hei.
- Hei.
35
00:04:26,875 --> 00:04:28,291
Cepatlah. Nanti lambat.
36
00:04:34,708 --> 00:04:36,375
Vittoria, kenapa kau datang?
37
00:04:36,458 --> 00:04:37,583
Aku dah cakap tadi.
38
00:04:38,416 --> 00:04:40,333
Kau saja-saja buat pekakkah?
39
00:04:41,583 --> 00:04:43,500
Aku datang nak jemput Giannina.
40
00:04:44,708 --> 00:04:48,208
Hari ini ulang tahun aku dan Enzo.
Ulang tahun ke-23.
41
00:04:49,875 --> 00:04:52,208
Vittoria, Giovanna kena pergi sekolah.
42
00:04:56,125 --> 00:04:59,041
Namun, kamu dah ada rancangan.
Kamu nak pergikah?
43
00:04:59,125 --> 00:05:02,458
Mestilah dia nak.
Kalau tak, buat apa adik awak datang?
44
00:05:04,333 --> 00:05:05,916
Kami memang ada rancangan.
45
00:05:10,916 --> 00:05:11,916
Pergilah.
46
00:05:14,416 --> 00:05:16,000
- Jumpa lagi.
- Jumpa lagi.
47
00:05:27,208 --> 00:05:30,958
- Pukul berapa kau nak bawa dia balik?
- Apabila dia dah puas.
48
00:05:32,416 --> 00:05:35,375
- Tengah hari.
- Okey. Kami akan balik pukul satu.
49
00:05:36,041 --> 00:05:37,416
Ayuh, mari pergi.
50
00:05:45,833 --> 00:05:46,958
Cepat.
51
00:05:48,125 --> 00:05:52,666
Nello, maafkan saya.
Mereka tak betul sikit.
52
00:06:21,791 --> 00:06:24,333
Apa ini? Kamu nampak macam polis.
53
00:06:27,583 --> 00:06:29,833
Apabila aku nampak Andrea tadi,
54
00:06:30,416 --> 00:06:32,750
aku terfikir, "Kau semakin tua juga."
55
00:06:35,083 --> 00:06:36,250
Dia nampak penat.
56
00:06:36,750 --> 00:06:38,708
Kasihan. Dia dulu kacak orangnya.
57
00:06:41,875 --> 00:06:43,666
Kamu pernah ke kubur?
58
00:06:43,750 --> 00:06:46,291
- Tak.
- Mestilah tak. Aku dah agak.
59
00:06:46,375 --> 00:06:48,583
Ayah kamu penakut sangat.
60
00:06:50,500 --> 00:06:54,875
Dari dulu dia begitu.
Dia takut sakit dan mati.
61
00:06:55,500 --> 00:06:59,916
Mereka semua bongkak, Giannì.
Mereka pura-pura macam kematian tak wujud.
62
00:07:00,791 --> 00:07:01,708
Ayah kamu,
63
00:07:02,458 --> 00:07:06,708
waktu nenek kamu meninggal dunia,
semoga Tuhan merahmatinya,
64
00:07:07,375 --> 00:07:11,916
dia ke pengebumiannya sekejap saja.
Waktu datuk kamu meninggal dunia pun sama.
65
00:07:12,541 --> 00:07:14,666
Dia datang kejap, selepas itu balik.
66
00:07:17,166 --> 00:07:18,375
Apa masalah kau?
67
00:07:25,250 --> 00:07:27,500
Apa masalah kau, sundal?
68
00:07:27,583 --> 00:07:29,458
Mak dan adik kaulah sundal!
69
00:07:29,541 --> 00:07:32,083
Mereka memang suka dijolok!
70
00:07:39,708 --> 00:07:43,041
Begitulah dia.
Waktu datuk kamu meninggal dunia pun sama.
71
00:07:44,250 --> 00:07:48,208
Dia tak nak tengok kematian
sebab tak nak ingat tentang mati.
72
00:07:51,375 --> 00:07:53,666
Orang mati macam barang rosak.
73
00:07:55,250 --> 00:07:57,666
Macam radio, televisyen dan pengisar.
74
00:07:58,541 --> 00:07:59,375
Pengisar?
75
00:07:59,458 --> 00:08:02,416
Kita perlu ingat
keadaannya waktu ia berfungsi.
76
00:08:02,500 --> 00:08:04,916
Kita perlu ingat kenangan yang baik saja.
77
00:08:05,666 --> 00:08:07,000
Mengarut betul.
78
00:08:07,083 --> 00:08:10,791
Kamu cuma ulang
kata-kata mengarut ayah kamu.
79
00:08:10,875 --> 00:08:12,416
Mak kamu pun sama.
80
00:08:12,958 --> 00:08:15,750
Kamu nak tahu tak? Aku pun begitu dulu.
81
00:08:15,833 --> 00:08:17,083
Waktu aku kecil.
82
00:08:17,916 --> 00:08:19,833
Namun, apabila aku bertemu Enzo,
83
00:08:20,458 --> 00:08:22,625
aku terus lupakan ayah kamu.
84
00:08:23,208 --> 00:08:24,500
Aku buang dia.
85
00:09:01,083 --> 00:09:02,750
Puan nak ke mana?
86
00:09:02,833 --> 00:09:05,041
- Apa hal?
- Awak tak boleh lalu jalan ini.
87
00:09:05,125 --> 00:09:07,750
Awak perlu undur
dan letak kereta di sana.
88
00:09:07,833 --> 00:09:10,333
Nenek gemuk kau saja layak digelar "puan".
89
00:09:10,416 --> 00:09:12,583
Maaf, cik. Cik nak derma tak?
90
00:09:13,250 --> 00:09:15,458
- Berambuslah.
- Pergi mampuslah kau.
91
00:09:41,500 --> 00:09:42,833
Selamat pagi, Giggino.
92
00:09:43,458 --> 00:09:44,833
Selamat pagi, Vittoria.
93
00:09:44,916 --> 00:09:47,458
Hari ini, sepuluh bunga kekwa
harganya 8,000 lira.
94
00:09:47,958 --> 00:09:49,333
Adik suka apa?
95
00:09:49,833 --> 00:09:50,833
Beri aku itu.
96
00:09:50,916 --> 00:09:52,833
Ini. Baiklah.
97
00:09:54,083 --> 00:09:55,000
Itu sekali?
98
00:10:07,041 --> 00:10:07,875
Satu lagi.
99
00:10:09,500 --> 00:10:10,333
Ini dia.
100
00:10:14,708 --> 00:10:16,458
- Murah saja.
- Terima kasih.
101
00:10:16,541 --> 00:10:17,375
Jaga diri.
102
00:10:24,250 --> 00:10:27,541
Beri aku bunga itu.
Ambil barang-barang kita.
103
00:10:43,583 --> 00:10:45,541
Semuanya okey? Apa halnya?
104
00:10:45,625 --> 00:10:46,500
Tiada apa-apa.
105
00:10:47,958 --> 00:10:50,291
- Kamu tak sedap hatikah?
- Saya okey.
106
00:10:51,708 --> 00:10:52,666
Kita dah sampai.
107
00:11:03,666 --> 00:11:04,625
Inilah Enzo aku.
108
00:11:06,541 --> 00:11:09,125
Jawab dengan jujur. Kacak tak dia?
109
00:11:10,375 --> 00:11:11,250
Sangat kacak.
110
00:11:14,541 --> 00:11:16,416
Kita bersihkan sikit. Okey.
111
00:11:17,916 --> 00:11:19,458
Nah, ambil ini.
112
00:11:20,958 --> 00:11:23,125
Ada pili air di bawah sana.
113
00:11:23,750 --> 00:11:25,583
Di sebelah kanan. Pergilah.
114
00:11:28,583 --> 00:11:30,375
Apa ini? Apa?
115
00:11:31,125 --> 00:11:33,750
Apa kau buat? Kotorlah.
116
00:11:34,250 --> 00:11:37,291
Kau patut bersihkannya. Cepat!
117
00:11:39,500 --> 00:11:43,083
St. Anthony musuh si iblis
118
00:11:44,916 --> 00:11:48,541
St. Anthony musuh si iblis
119
00:11:51,958 --> 00:11:55,375
St. Anthony musuh si iblis
120
00:11:59,625 --> 00:12:00,791
St. Anthony…
121
00:12:07,625 --> 00:12:10,458
Enzo, awak nampak tak
orang yang saya bawa?
122
00:12:11,833 --> 00:12:12,875
Namanya Giovanna.
123
00:12:15,000 --> 00:12:16,666
Saya panggil dia "Giannina",
124
00:12:18,125 --> 00:12:19,166
sebab dia kecil.
125
00:12:20,333 --> 00:12:21,416
Dia cantik, bukan?
126
00:12:24,083 --> 00:12:26,416
Dia belum lahir waktu awak masih hidup.
127
00:12:28,875 --> 00:12:30,666
Itu sebab awak tak kenal dia.
128
00:12:36,041 --> 00:12:37,833
Dia sepatutnya jadi anak kita.
129
00:13:06,583 --> 00:13:08,458
Kenapa tengok aku begitu?
130
00:13:09,875 --> 00:13:11,833
Tak pernah tengok orang menangis?
131
00:13:17,083 --> 00:13:20,416
Ya. Letakkan bunga kamu di sana.
Aku pula letak di sini.
132
00:13:24,083 --> 00:13:24,916
Tisunya.
133
00:13:27,833 --> 00:13:28,666
Baiklah.
134
00:13:29,791 --> 00:13:30,625
Nah.
135
00:13:35,750 --> 00:13:36,583
Baiklah.
136
00:13:37,625 --> 00:13:38,541
Macam itu.
137
00:13:44,208 --> 00:13:45,041
Bagus.
138
00:13:49,125 --> 00:13:49,958
Tak guna.
139
00:13:54,833 --> 00:13:58,000
Ada ayah kamu cerita
tentang pergaduhan di rumah aku?
140
00:14:00,208 --> 00:14:02,125
Rumah agam aku itu.
141
00:14:04,083 --> 00:14:05,666
Ayah kamu asyik cakap,
142
00:14:05,750 --> 00:14:07,541
"Ini rumah mak dan ayah.
143
00:14:08,458 --> 00:14:11,416
Aku nak bahagian aku.
Kita kena jual rumah ini."
144
00:14:12,666 --> 00:14:14,708
Aku kata, "Aku tahu, Andrea.
145
00:14:16,583 --> 00:14:20,333
Namun, kamu semua dah ada rumah.
146
00:14:20,416 --> 00:14:23,916
Aku tiada tempat lain,
dan rumah buruk ini tiada nilai pun."
147
00:14:24,875 --> 00:14:26,916
Kami asyik bertengkar mengenainya.
148
00:14:28,541 --> 00:14:30,958
Memandangkan kami tak jumpa penyelesaian,
149
00:14:32,250 --> 00:14:36,166
untuk melindungi aku,
150
00:14:36,250 --> 00:14:37,375
Enzo campur tangan
151
00:14:37,458 --> 00:14:38,500
untuk bantu aku.
152
00:14:41,958 --> 00:14:42,791
Andrea.
153
00:14:44,333 --> 00:14:47,750
Adik kau tak mampu bayar bahagian kau.
Dia tiada duit.
154
00:14:51,083 --> 00:14:52,666
Kau patut diam.
155
00:14:53,208 --> 00:14:56,791
Kau tiada kaitan dengan hal ini.
Kau tak layak beri pendapat.
156
00:15:00,166 --> 00:15:01,000
Baiklah.
157
00:15:03,750 --> 00:15:05,125
Berapa harga rumah ini?
158
00:15:06,041 --> 00:15:08,500
Aku akan bayar bahagian kau
guna duit aku.
159
00:15:09,166 --> 00:15:12,625
Banyakkah duit kau?
Kau cuma pegawai. Kau tiada apa-apa.
160
00:15:13,708 --> 00:15:15,833
Kau miskin. Mana kau nak cari duit?
161
00:15:16,416 --> 00:15:18,916
Kau ada duitnya? Jawablah.
162
00:15:19,625 --> 00:15:21,083
Mesti kau mencuri.
163
00:15:22,250 --> 00:15:25,208
Kau terlibat dengan kegiatan kotor, ya?
164
00:15:25,750 --> 00:15:27,583
Kau penjenayah, ya?
165
00:15:28,291 --> 00:15:29,208
Jawablah.
166
00:15:30,333 --> 00:15:31,541
Jawablah!
167
00:15:33,291 --> 00:15:34,541
Bodoh betul.
168
00:15:44,708 --> 00:15:47,583
Jika kau hina aku lagi,
aku akan tembak kau.
169
00:16:25,416 --> 00:16:26,250
Margherita.
170
00:16:29,333 --> 00:16:31,041
Boleh kita bercakap sekejap?
171
00:16:33,541 --> 00:16:36,583
Kau tak sedarkah
yang suami kau meniduri adik aku
172
00:16:36,666 --> 00:16:38,041
di depan mata kau?
173
00:16:40,291 --> 00:16:42,666
Kini, dia nak halau aku dari rumah pula.
174
00:16:42,750 --> 00:16:45,375
- Patutkah begitu?
- Apa maksud kau?
175
00:17:18,208 --> 00:17:19,583
Sampai begitu dia buat.
176
00:17:21,375 --> 00:17:23,625
Kononnya itu tanggungjawabnya.
177
00:17:24,125 --> 00:17:25,625
Apa jadi selepas itu?
178
00:17:25,708 --> 00:17:27,208
Isterinya maafkan dia.
179
00:17:27,833 --> 00:17:30,125
Namun, dia tak dapat hidup tanpa aku.
180
00:17:31,333 --> 00:17:32,583
Selepas itu…
181
00:17:35,291 --> 00:17:36,833
beberapa bulan kemudian…
182
00:17:39,916 --> 00:17:40,750
dia mati.
183
00:17:41,708 --> 00:17:43,083
Dia mati kerana derita?
184
00:17:49,916 --> 00:17:52,791
- Ya.
- Jadi, kenapa mak cik tak mati?
185
00:17:55,958 --> 00:18:01,833
Aku tak mati kerana hidup aku
umpama pingat dengan dua bahagian.
186
00:18:02,416 --> 00:18:08,666
Di sebelah bahagian ada kasih sayang.
Untuk Enzo, anak-anaknya dan Margherita.
187
00:18:09,416 --> 00:18:12,416
Sebelah lagi pula ada
rasa benci terhadap ayah kamu.
188
00:18:13,666 --> 00:18:14,625
Rasa benci
189
00:18:15,666 --> 00:18:19,083
yang buat kita teruskan hidup
walaupun kita ingin mati.
190
00:18:22,083 --> 00:18:24,875
Isterinya maafkan mak cik
walaupun mak cik rampas suaminya?
191
00:18:26,000 --> 00:18:27,958
Memang aku rampas suaminya.
192
00:18:29,291 --> 00:18:30,208
Tepat sekali.
193
00:18:32,583 --> 00:18:35,666
Itulah yang aku buat.
Ia bukan perbuatan yang baik.
194
00:18:38,333 --> 00:18:43,250
Namun, cinta kami begitu kuat,
hinggakan aku tak dapat halang diri aku.
195
00:18:52,541 --> 00:18:56,333
Kamu tahu apa yang lelaki
dan wanita buat bersama-sama?
196
00:18:58,458 --> 00:18:59,291
Ya.
197
00:19:01,250 --> 00:19:02,500
Kamu kata kamu tahu.
198
00:19:03,375 --> 00:19:08,625
Mungkin sebab kamu sentuh diri kamu
dan beronani beberapa kali.
199
00:19:11,375 --> 00:19:13,958
Kamu sebenarnya tak tahu.
Mereka buat seks.
200
00:19:15,083 --> 00:19:15,916
Kamu faham?
201
00:19:19,208 --> 00:19:21,583
Aku dan Enzo buat seks 11 kali.
202
00:19:22,958 --> 00:19:26,125
Aku tak pernah lakukannya
dengan orang lain lagi.
203
00:19:27,791 --> 00:19:32,458
Enzo sentuh aku, cium aku,
dan jilat seluruh badan aku.
204
00:19:32,541 --> 00:19:35,375
Aku pula sentuh dia. Aku cium dia.
205
00:19:37,083 --> 00:19:39,250
Selepas itu, dia masukkan zakarnya…
206
00:19:42,750 --> 00:19:45,583
pegang punggung aku
dengan kedua-dua tangannya,
207
00:19:45,666 --> 00:19:47,500
di sebelah sini dan sini,
208
00:19:48,000 --> 00:19:51,541
dan kongkek aku
dengan begitu kuat dan kasar…
209
00:19:53,708 --> 00:19:55,083
hinggakan aku menjerit.
210
00:19:58,833 --> 00:20:05,041
Jika kamu tak buat seperti aku
sekali seumur hidup,
211
00:20:05,125 --> 00:20:08,708
dengan keghairahan dan cinta
yang aku tunjukkan,
212
00:20:08,791 --> 00:20:10,583
tiada maknalah hidup kamu.
213
00:20:12,083 --> 00:20:13,583
Beritahu ayah kamu.
214
00:20:13,666 --> 00:20:18,708
"Mak Cik Vittoria beritahu saya,
jika saya sekali pun tak pernah buat seks
215
00:20:18,791 --> 00:20:22,708
sepertimana dilakukannya dengan Enzo,
tiada maknanya hidup saya."
216
00:20:23,708 --> 00:20:24,541
Okey?
217
00:20:26,708 --> 00:20:28,125
Cakap begitu kepadanya.
218
00:20:31,500 --> 00:20:32,458
Mari kita pergi.
219
00:20:36,166 --> 00:20:37,000
Bagus.
220
00:20:42,750 --> 00:20:43,875
Kau merokok pula?
221
00:20:44,750 --> 00:20:46,250
Pergilah bersihkan kubur!
222
00:20:47,666 --> 00:20:48,791
Bedebah betul.
223
00:21:08,750 --> 00:21:10,041
- Hei.
- Hai.
224
00:21:30,083 --> 00:21:32,791
Matilah aku
225
00:21:32,875 --> 00:21:33,708
Hai.
226
00:21:34,916 --> 00:21:35,833
Hai.
227
00:21:37,708 --> 00:21:39,625
Pergi basuh tangan. Makanan dah siap.
228
00:22:19,166 --> 00:22:20,250
Kamu tak laparkah?
229
00:22:20,791 --> 00:22:21,916
Saya rasa loya.
230
00:22:22,791 --> 00:22:25,375
- Kenapa?
- Mak Cik Vittoria memandu dengan teruk.
231
00:22:26,208 --> 00:22:28,791
Ayah harap kamu tak cakap begitu
depan dia.
232
00:22:28,875 --> 00:22:30,375
Tak, saya diam saja.
233
00:22:34,333 --> 00:22:35,833
Kenapa ayah dan dia bertengkar?
234
00:22:40,666 --> 00:22:43,208
Kami bertengkar
kerana lelaki bernama Enzo,
235
00:22:44,250 --> 00:22:45,750
bapa kepada tiga anak,
236
00:22:47,291 --> 00:22:48,291
seorang kawan
237
00:22:49,791 --> 00:22:54,208
kepada adik ayah,
yang mahukan rumah ibu bapa kami.
238
00:22:59,250 --> 00:23:01,500
Vittoria hampir hilang segala-galanya.
239
00:23:06,375 --> 00:23:07,750
Enzo seorang polis.
240
00:23:08,250 --> 00:23:10,000
Namun, dia sebenarnya jahat.
241
00:23:12,083 --> 00:23:14,000
Dia ugut nak tembak ayah.
242
00:23:16,208 --> 00:23:20,666
Untuk halang dan elakkan dia
daripada menganiayai mak cik kamu,
243
00:23:20,750 --> 00:23:23,666
ayah terpaksa dedahkan
hubungan sulit mereka.
244
00:23:24,791 --> 00:23:27,041
Ayah terpaksa beritahu isterinya?
245
00:23:27,125 --> 00:23:31,541
- Ya. Sekarang, makan.
- Besar betul tanggungjawab ayah, ya?
246
00:23:37,916 --> 00:23:41,875
Ia merujuk kepada seluruh keluarga,
iaitu si datuk, rumahnya, dan botnya.
247
00:23:41,958 --> 00:23:43,833
Namun, orang kampung hanya mementingkan
248
00:23:43,916 --> 00:23:47,000
barangan milik keluarga Malavoglia
dan kuasa ketua keluarganya.
249
00:23:47,083 --> 00:23:51,083
Sastera kamu okey. Tatabahasa pula,
masih banyak ruang untuk diisi.
250
00:23:53,375 --> 00:23:55,458
Ruang untuk diisi. Faham?
251
00:23:56,208 --> 00:23:57,083
C tolak.
252
00:23:58,083 --> 00:23:58,916
Mari sini.
253
00:24:09,125 --> 00:24:11,083
Kamu suka novel itu, ya?
254
00:24:11,166 --> 00:24:13,291
Ya. Saya suka semua novel.
255
00:24:13,375 --> 00:24:15,666
Kamu kena ulang kaji
benda yang kamu tak suka juga.
256
00:24:17,375 --> 00:24:18,208
Pergilah.
257
00:25:24,875 --> 00:25:27,083
Nampak sangat kau tak tahu buat.
258
00:25:38,958 --> 00:25:41,333
Kau nak tahu tentang tempat itu tak?
259
00:25:45,666 --> 00:25:46,500
Ceritalah.
260
00:25:48,000 --> 00:25:49,541
"Il Pianto" maksudnya "kesedihan".
261
00:25:51,291 --> 00:25:52,666
Sakitlah!
262
00:25:52,750 --> 00:25:54,541
Namun, orang di sana selalu ketawa.
263
00:25:56,875 --> 00:25:59,541
Tempat itu di Naples,
tapi ia macam planet lain.
264
00:26:06,000 --> 00:26:09,000
Tempat itu nampak kotor,
tapi ia sebenarnya cuma miskin.
265
00:26:09,875 --> 00:26:12,250
Penduduk di sana asyik mencuci.
266
00:26:12,333 --> 00:26:14,375
Mereka gilakan kebersihan.
267
00:26:15,208 --> 00:26:19,000
Kalau saluran kumbahan pecah pun,
tempat itu tetap berbau sabun.
268
00:26:21,666 --> 00:26:24,958
Mak cik aku cakap,
dia cuma mencintai seorang lelaki.
269
00:26:25,041 --> 00:26:29,250
Sejak lelaki itu mati,
dia dah tak mahu sesiapa lagi.
270
00:26:32,833 --> 00:26:34,500
Cinta sebegitu memang indah.
271
00:26:36,625 --> 00:26:38,291
Aku seperti dirasuk.
272
00:26:38,375 --> 00:26:41,333
Aku mula mengikut
kekasaran Mak Cik Vittoria.
273
00:26:42,083 --> 00:26:44,583
Aku meniru reaksinya
yang tak menyenangkan.
274
00:26:44,666 --> 00:26:48,125
Mereka buat seks 11 kali
dan dia buat mak cik aku menjerit.
275
00:26:50,041 --> 00:26:54,833
Mak cik aku kata, apabila kita buat seks,
kita mesti menjerit betul-betul.
276
00:26:54,916 --> 00:26:58,708
Dia kata, jika kita kongkek
tapi tak jerit, apa gunanya hidup?
277
00:26:59,500 --> 00:27:01,625
Aku tak pernah dengar
ibu bapa aku menjerit.
278
00:27:02,250 --> 00:27:04,750
Aku pernah sekali dengar mak aku menjerit.
279
00:27:04,833 --> 00:27:08,916
Namun, bunyinya sekejap saja,
macam ayah aku tarik rambutnya.
280
00:27:09,000 --> 00:27:12,375
- Semua orang menjerit dalam filem lucah.
- Mana kau tahu?
281
00:27:12,875 --> 00:27:15,666
Kami tengok di rumah Gioacchino
waktu Krismas.
282
00:27:16,166 --> 00:27:18,458
Ada seorang warden penjara
283
00:27:18,541 --> 00:27:21,791
bercakap loghat Naples,
marah warden trafik perempuan
284
00:27:21,875 --> 00:27:23,166
kerana saman dia.
285
00:27:23,250 --> 00:27:25,791
Jadi, dia tarik warden itu,
buat posisi anjing, dan kata,
286
00:27:25,875 --> 00:27:28,875
"Cepatlah. Ambil wisel ini
dan kawal lalu lintas!"
287
00:27:28,958 --> 00:27:31,125
- Hebat betul.
- Memang pun.
288
00:28:21,458 --> 00:28:24,625
Apabila kamu belajar, kamu perlu faham.
289
00:28:26,000 --> 00:28:29,250
Kalau tak, kamu cuma tin kosong.
290
00:28:30,458 --> 00:28:31,833
Kamu faham tak?
291
00:28:31,916 --> 00:28:32,750
Faham.
292
00:28:36,125 --> 00:28:37,125
Bawa anjing ini.
293
00:28:41,208 --> 00:28:42,083
Aku nak tanya,
294
00:28:43,333 --> 00:28:45,833
ayah kamu masih kedekutkah?
295
00:28:47,375 --> 00:28:50,541
Kenapa mak cik asyik sebut tentang dia?
Dia macam menghantui mak cik.
296
00:28:50,625 --> 00:28:53,708
Lain kali, saya bawa dia sekali
untuk luangkan masa dengan mak cik.
297
00:28:55,791 --> 00:28:58,958
- Mari sini.
- Giannì, kamu dah besar.
298
00:28:59,041 --> 00:29:00,625
Kamu patut memberontak.
299
00:29:01,458 --> 00:29:05,666
Kalau tak, mereka akan rosakkan kamu.
Tengok ibu bapa kamu betul-betul.
300
00:29:05,750 --> 00:29:07,083
Kalau tak, habis kamu.
301
00:29:09,708 --> 00:29:12,125
Maaf. Aku tak marahkan kamu. Okey?
302
00:29:13,291 --> 00:29:14,125
Sekejap.
303
00:29:18,583 --> 00:29:19,916
- Nah.
- Apa ini?
304
00:29:20,000 --> 00:29:23,958
- Duitlah. Apa lagi?
- Saya tahu. Kenapa mak cik berikannya?
305
00:29:24,041 --> 00:29:25,625
Ambillah. Tak banyak pun.
306
00:29:26,250 --> 00:29:29,375
Giannì, aku tiada apa-apa,
tapi aku tak perlu apa-apa.
307
00:29:29,916 --> 00:29:31,500
Kamu boleh beli kenderaan
308
00:29:33,208 --> 00:29:34,458
dan datang lawat aku.
309
00:29:35,083 --> 00:29:38,166
Nanti, tak perlulah aku
jalan kaki keliling pekan.
310
00:29:38,791 --> 00:29:39,833
- Baiklah.
- Okey?
311
00:29:43,750 --> 00:29:45,125
Vittò, ada pemetik api?
312
00:29:45,833 --> 00:29:49,916
Hati-hati, budak.
Takut terbakar bulu dada kau nanti.
313
00:29:50,000 --> 00:29:51,250
Apa khabar, Vittò?
314
00:29:51,791 --> 00:29:53,833
Pergilah kau. Kalau tak, aku tumbuk nanti.
315
00:29:53,916 --> 00:29:55,375
- Vittò.
- Mari.
316
00:29:55,458 --> 00:29:56,375
Siapa dia ini?
317
00:29:58,208 --> 00:30:00,083
Berlagak betul mereka.
318
00:30:00,166 --> 00:30:02,291
- Cantiknya dia.
- Hai, Vittò.
319
00:30:02,375 --> 00:30:03,916
Hai, sayang.
320
00:30:07,708 --> 00:30:08,583
Aku penatlah.
321
00:30:10,666 --> 00:30:14,208
Nombor 71, "si lelaki tak guna".
Cepat, ampai kain.
322
00:30:14,291 --> 00:30:15,333
Selamat pagi.
323
00:30:15,416 --> 00:30:18,458
Enam, "si dia yang memandang ke bumi".
Vittò!
324
00:30:18,541 --> 00:30:21,375
Wah, Giovanna pun ada!
Cantiknya dia sekarang!
325
00:30:21,458 --> 00:30:22,375
Hai.
326
00:30:22,458 --> 00:30:25,250
- Cantiknya dia.
- Jomlah main sekali.
327
00:30:26,333 --> 00:30:30,416
- Tak bolehlah.
- Nanti kita main sama-sama.
328
00:30:30,500 --> 00:30:33,625
- Okey. Mari.
- Cepat, ya. Aku nak main juga.
329
00:30:33,708 --> 00:30:38,708
- Aiskrimnya dah nak cair.
- Jangan risau, Giovà.
330
00:30:41,291 --> 00:30:44,416
- Nombor berapa?
- Jangan tengok. Ampai kain kau.
331
00:30:44,500 --> 00:30:46,125
Aduhai, teruk betullah.
332
00:30:46,208 --> 00:30:49,791
Enam puluh empat. Nombor "kongkek" pula.
333
00:31:20,041 --> 00:31:23,250
Aku tak tahu dia sengaja tunjuk atau tak,
tapi aku tak sangka
334
00:31:23,333 --> 00:31:27,958
hubungannya begitu baik dengan isteri
dan anak-anak bekas kekasihnya.
335
00:31:28,041 --> 00:31:29,500
Selamat datang.
336
00:31:31,083 --> 00:31:32,833
Jemput masuk. Seronoknya aku.
337
00:31:32,916 --> 00:31:34,541
- Selamat berkenalan?
- Apa?
338
00:31:34,625 --> 00:31:36,791
Kita pernah jumpa di laman bawah.
339
00:31:36,875 --> 00:31:38,541
Aku cabut bulu Giuliana.
340
00:31:38,625 --> 00:31:39,958
Kami bawa aiskrim!
341
00:31:41,000 --> 00:31:45,625
Giuliana, keluarkan cawan dan sudu.
Bawa tisu sekali. Vittoria bawa aiskrim.
342
00:31:45,708 --> 00:31:47,208
- Panaslah.
- Saya datang.
343
00:31:47,291 --> 00:31:48,333
- Kau sihat?
- Ya.
344
00:31:48,416 --> 00:31:49,958
- Duduklah.
- Terima kasih.
345
00:31:50,041 --> 00:31:51,750
Ini cawannya.
346
00:31:51,833 --> 00:31:54,000
Ini sudu. Ambil sudu kecil sekali.
347
00:31:54,083 --> 00:31:55,875
Cantiknya kau!
348
00:31:55,958 --> 00:31:57,125
Ini Giuliana.
349
00:31:57,666 --> 00:31:58,833
Ini Corrado.
350
00:31:59,333 --> 00:32:00,750
Ini pula Tonino.
351
00:32:00,833 --> 00:32:02,208
- Duduk.
- Terima kasih.
352
00:32:02,291 --> 00:32:03,291
Sudu kecil.
353
00:32:03,375 --> 00:32:04,208
Mari sini.
354
00:32:04,291 --> 00:32:05,708
Bukalah. Ambil sudu.
355
00:32:06,500 --> 00:32:10,000
Nah. Hulurkan tisunya. Ambil seorang satu.
356
00:32:10,083 --> 00:32:12,083
Ada pistasio, stracciatella
dan kacang hazel.
357
00:32:12,166 --> 00:32:13,000
Sedapnya!
358
00:32:13,541 --> 00:32:15,833
- Saya nak stracciatella.
- Aku nak semua!
359
00:32:15,916 --> 00:32:18,125
Dia buat piza. Dia asyik makan saja.
360
00:32:18,208 --> 00:32:20,708
- Paha aku sakit.
- Kau penatkah?
361
00:32:20,791 --> 00:32:22,458
Tiada aiskrim coklatkah?
362
00:32:22,541 --> 00:32:26,250
- Saya suka aiskrim coklat.
- Diamlah. Kamu suka semua benda.
363
00:32:26,333 --> 00:32:27,875
Kerjanya asyik makan saja.
364
00:32:29,750 --> 00:32:31,750
- Perisa apa kamu nak?
- Stracciatella.
365
00:32:31,833 --> 00:32:33,458
- Itu saja?
- Kacang hazel sekali.
366
00:32:41,208 --> 00:32:42,541
Terima kasih, mak cik.
367
00:32:42,625 --> 00:32:44,541
Seronok betul rasanya.
368
00:32:45,541 --> 00:32:48,291
Tak sangka dia begitu comel
dan berbudi bahasa.
369
00:32:49,875 --> 00:32:53,708
Semua orang lebih comel
dan berbudi bahasa daripada kamu.
370
00:32:53,791 --> 00:32:57,125
Jangan dengar cakap dia, Giovà.
Saya dididik dengan baik.
371
00:32:59,250 --> 00:33:01,666
Terima kasih bawa aiskrim.
Janganlah kasar dengan dia.
372
00:33:01,750 --> 00:33:05,083
Aku tak kasarlah.
Aku ajar dia cara untuk berkelakuan.
373
00:33:05,750 --> 00:33:10,125
Perkara pertama aku ajar dia adalah,
apabila ke rumah orang, ketuk pintu…
374
00:33:10,208 --> 00:33:11,125
Kamu sambung.
375
00:33:12,375 --> 00:33:14,958
- Guna kaki.
- Guna kaki!
376
00:33:15,625 --> 00:33:17,000
Itu memang betul.
377
00:33:18,166 --> 00:33:19,666
Kamu faham tak maksudnya?
378
00:33:20,250 --> 00:33:21,958
Jangan datang tangan kosong.
379
00:33:22,041 --> 00:33:24,125
- Bagus.
- Bijaknya kau.
380
00:33:24,208 --> 00:33:27,166
Biasanya, orang perlukan penterjemah
untuk faham Mak Cik Vittoria.
381
00:33:28,625 --> 00:33:32,083
- Kamu memang bijak, ya?
- Tengok boleh, sentuh jangan.
382
00:33:32,166 --> 00:33:35,916
Betul katanya. Jangan nak menggatal.
Jangan usik budak itu.
383
00:33:36,000 --> 00:33:38,791
Budak? Dia tak nampak macam budak pun.
384
00:33:41,083 --> 00:33:42,541
Kamu rasa macam budakkah?
385
00:33:44,708 --> 00:33:46,000
Corrà, sudahlah.
386
00:33:46,083 --> 00:33:48,208
Apa masalahnya? Nak aku pergikah?
387
00:33:48,291 --> 00:33:49,750
Aduhai, Corrà.
388
00:33:49,833 --> 00:33:51,291
Kamu memang nakal.
389
00:33:53,541 --> 00:33:54,625
Nah.
390
00:33:56,375 --> 00:33:57,916
- Mak cik.
- Ada apa?
391
00:33:58,416 --> 00:34:00,750
- Roberto nak datang malam ini.
- Yakah?
392
00:34:00,833 --> 00:34:04,625
- Entah bagaimana dia hidup di Milan.
- Milan tempat yang cantik.
393
00:34:05,750 --> 00:34:07,166
Lebih elok daripada di sini.
394
00:34:07,250 --> 00:34:09,083
Ya, Casalpusterlengo pun lebih elok.
395
00:34:11,916 --> 00:34:15,000
- Saya kata dia boleh bermalam di sini.
- Kenapa?
396
00:34:15,083 --> 00:34:17,875
- Kamu terhutang budi dengan diakah?
- Tak.
397
00:34:18,541 --> 00:34:19,375
Jadi, kenapa?
398
00:34:20,750 --> 00:34:24,416
Kenapa mak tak suka?
Dia bijak dan dihormati.
399
00:34:25,416 --> 00:34:26,625
Dia juga kacak.
400
00:34:29,208 --> 00:34:32,208
Giovà, jangan percaya. Dia menyusahkan.
401
00:34:32,291 --> 00:34:36,416
- Jangan hina Roberto.
- Dia lebih baik daripada kawan-kawan kau.
402
00:34:36,500 --> 00:34:40,250
Kawan-kawan aku akan belasah dia
jika dia cakap lagi macam dulu.
403
00:34:40,333 --> 00:34:42,291
Siapa kawan-kawan kamu?
404
00:34:43,250 --> 00:34:45,916
Adakah kamu maksudkan Rosario Sargente?
405
00:34:47,291 --> 00:34:48,958
Anak Sargente si peguam itu?
406
00:34:50,125 --> 00:34:52,041
Saya tak maksudkan sesiapa pun.
407
00:34:55,000 --> 00:34:56,583
Jika kamu jumpa orang itu,
408
00:34:57,333 --> 00:34:59,291
dan kamu bertegur sapa dengannya,
409
00:35:00,583 --> 00:35:02,541
aku akan kerjakan kamu, Corrà.
410
00:35:03,291 --> 00:35:04,291
Faham?
411
00:35:06,708 --> 00:35:10,875
Dia dah ke Milan. Dia tiada hak
nak ajar kita cara untuk hidup di sini.
412
00:35:10,958 --> 00:35:12,916
Corrà, kau tak reti diamkah?
413
00:35:14,041 --> 00:35:17,541
Berjam-jam saya dengar cerita Roberto.
Dia selalu betul.
414
00:35:19,500 --> 00:35:21,541
Bukan sebab kau si bodoh
yang dilamun cinta?
415
00:35:21,625 --> 00:35:24,500
Sudah, Corrà! Cukup! Kamu dah melampau.
416
00:35:26,000 --> 00:35:27,250
Roberto budak baik.
417
00:35:31,125 --> 00:35:35,125
- Apa aku patut buat, Vittò?
- Rumah ini tiada bilik lain.
418
00:35:36,000 --> 00:35:38,375
Giuliana pula di sini. Tak boleh begitu.
419
00:35:40,791 --> 00:35:43,916
Beginilah. Dia boleh tidur di rumah aku.
420
00:35:47,916 --> 00:35:50,750
Mujurlah mak cik ada. Terima kasih.
421
00:35:50,833 --> 00:35:52,458
- Sudahlah.
- Jangan marah.
422
00:35:52,541 --> 00:35:54,291
- Sudah.
- Mari kita berbaik.
423
00:35:54,375 --> 00:35:55,833
- Kamu nak buat apa?
- Nak cium.
424
00:35:55,916 --> 00:35:58,375
- Janganlah.
- Aduhai.
425
00:35:59,708 --> 00:36:01,916
- Nakal betullah!
- Cium sekali saja.
426
00:36:05,458 --> 00:36:06,916
Manja betul kamu!
427
00:36:07,541 --> 00:36:08,750
Saya sayang mak cik.
428
00:36:12,125 --> 00:36:16,791
Seperti seorang wanita
Sedia untuk berkongsi
429
00:36:16,875 --> 00:36:19,458
Aku menggigil menginginkanmu
430
00:36:19,541 --> 00:36:23,208
Jadi, anak-anak Margherita
bagaimana orangnya?
431
00:36:23,291 --> 00:36:26,333
- Anak Mak Cik Vittoria juga.
- Ya, mereka bagaimana orangnya?
432
00:36:26,416 --> 00:36:28,958
Ada Giuliana yang cantik dan lembut.
433
00:36:29,041 --> 00:36:31,708
Ada Corrado yang berlagak samseng,
tapi bodoh.
434
00:36:32,333 --> 00:36:33,458
Ada juga Tonino.
435
00:36:34,500 --> 00:36:35,458
Dia pemalu.
436
00:36:36,458 --> 00:36:37,458
- Pemalu?
- Ya.
437
00:36:38,208 --> 00:36:41,833
Kau tak jujur dengan aku.
Kau jatuh hati dengan diakah?
438
00:36:41,916 --> 00:36:42,750
Angela.
439
00:36:43,458 --> 00:36:46,458
- Kau mesti pandai guna bibir kau.
- Apa maksud kau?
440
00:36:47,208 --> 00:36:48,041
Seks oral.
441
00:36:48,125 --> 00:36:50,833
- Suruhlah mak kau buat.
- Mak aku?
442
00:36:50,916 --> 00:36:52,625
Dia memang suka dijolok!
443
00:36:52,708 --> 00:36:54,500
- Kau memang nak mati!
- Sabar.
444
00:37:02,250 --> 00:37:04,666
Aku rasa ya. Aku suka dia.
445
00:37:05,750 --> 00:37:06,875
Aku dah agak.
446
00:37:08,166 --> 00:37:09,250
Aku rasa gementar.
447
00:37:09,916 --> 00:37:12,000
- Mari kita tengok.
- Bagaimana?
448
00:37:14,041 --> 00:37:15,041
Kau berdua lulus.
449
00:37:16,125 --> 00:37:17,416
- Kau?
- Aku pun.
450
00:37:18,250 --> 00:37:19,291
Okey, bagus.
451
00:37:28,833 --> 00:37:30,250
Bodohlah kau!
452
00:37:31,916 --> 00:37:34,125
"Tonino!"
453
00:37:34,625 --> 00:37:38,125
- Kenalkan kami. Kalau tak, putus kawan.
- Aku janji.
454
00:37:52,125 --> 00:37:54,416
- Semuanya okey?
- Ya. Kenapa?
455
00:37:54,500 --> 00:37:56,416
- Seronokkah?
- Kenapa tanya begitu?
456
00:37:56,500 --> 00:37:57,625
Kau berciumkah?
457
00:37:57,708 --> 00:37:59,416
- Ida, kau marahkah?
- Aku nampak kau.
458
00:37:59,500 --> 00:38:02,083
Nampak apa? Bodohlah kau. Tangkap dia!
459
00:38:06,583 --> 00:38:09,208
Jagalah kau! Kami akan tangkap kau!
460
00:38:21,125 --> 00:38:24,750
Ida memang begitu sejak sekolah rendah.
Dia asyik menulis.
461
00:38:24,833 --> 00:38:28,500
Dia melihat semua benda dan orang
sebagai kisah baru untuknya.
462
00:38:28,583 --> 00:38:29,583
Sial kau!
463
00:38:29,666 --> 00:38:31,625
Jaga sikit mulut kamu!
464
00:38:32,125 --> 00:38:35,250
Udang putih 15,000 lira sekilogram
dan ikan siakap pula 25,000 lira.
465
00:38:35,333 --> 00:38:38,166
Mahalnya. Kau beli
di bahagian belakang pasarkah?
466
00:38:38,250 --> 00:38:39,083
Ya.
467
00:38:39,166 --> 00:38:43,541
Mereka dah tipu kau, Marià.
Mahal sangat harga udang itu.
468
00:38:43,625 --> 00:38:46,250
- Kau pergilah beli di sana esok.
- Baiklah.
469
00:38:46,333 --> 00:38:49,833
Aku beli, tapi aku tak boleh makan pun.
Aku ada masalah pundi hempedu.
470
00:38:49,916 --> 00:38:54,208
- Kau boleh saja makan ikan.
- Ini kerang-kerangan, Andrea.
471
00:38:54,291 --> 00:38:56,541
Kerang-keranganlah yang bawa masalah.
472
00:38:58,041 --> 00:39:00,833
Kamu masih pegang benda itu? Aduhai.
473
00:39:01,333 --> 00:39:03,583
Rumah di Posillipo itu memang cantik.
474
00:39:03,666 --> 00:39:07,000
Ia milik Costanza,
yang keluarganya sangat kaya.
475
00:39:07,083 --> 00:39:09,875
Mak aku cikgu
dan dia banyak membaca pruf buku.
476
00:39:09,958 --> 00:39:13,083
Costanza lahir sebagai wanita atasan,
begitu juga anak-anaknya.
477
00:39:13,166 --> 00:39:14,166
Boleh kita makan?
478
00:40:21,833 --> 00:40:24,125
Leher aku sakit.
Mesti sebab kelembapan di sini.
479
00:40:24,708 --> 00:40:28,083
Aduhai, Mariano.
Kau asyik ada masalah saja.
480
00:40:28,166 --> 00:40:31,125
Pasang muzik.
Kau ada jangkitan telinga jugakah?
481
00:40:31,208 --> 00:40:32,125
Celaka kau!
482
00:40:34,041 --> 00:40:35,000
Pergi, Giovà.
483
00:40:38,291 --> 00:40:39,541
LAGU TERHEBAT PEPPINO
484
00:40:55,541 --> 00:40:56,375
Ya.
485
00:41:10,250 --> 00:41:14,583
Sudahku kata yang cinta boleh melukai
486
00:41:18,041 --> 00:41:21,791
Kau kata itu tak benar
Kau kata kau tahu apa kau lakukan
487
00:41:24,083 --> 00:41:26,208
Kini? Bagaimana sekarang?
488
00:41:28,583 --> 00:41:30,875
Aku cintakan kau
489
00:41:32,458 --> 00:41:36,291
Matamu yang bak rembulan buat aku gila
490
00:41:36,375 --> 00:41:38,916
Aku cintakan kau
491
00:41:40,250 --> 00:41:42,000
Kini? Bagaimana sekarang?
492
00:41:44,000 --> 00:41:46,500
Aku takut
493
00:41:47,875 --> 00:41:51,708
Takut bermimpi malam ini tanpamu
494
00:41:51,791 --> 00:41:55,166
Aku takut
495
00:41:56,833 --> 00:42:00,583
Nina, Ninetta, jika ini bukan cinta
496
00:42:00,666 --> 00:42:03,375
Beritahu aku apakah ia
497
00:42:04,583 --> 00:42:08,500
Nina, Ninetta, aku mahu melupakanmu
498
00:42:08,583 --> 00:42:11,583
Beritahu aku apa aku patut lakukan
499
00:42:11,666 --> 00:42:15,125
Namun kenapa? Mengapa?
500
00:42:15,625 --> 00:42:18,500
Adakah aku semakin gila keranamu
501
00:42:19,500 --> 00:42:22,833
Namun kenapa? Mengapa?
502
00:42:23,333 --> 00:42:26,875
Jika ia dah berakhir, aku tak mahu tahu
503
00:42:26,958 --> 00:42:28,333
Bagaimana sekarang?
504
00:42:29,041 --> 00:42:30,416
Apa? "Bagaimana sekarang"?
505
00:42:30,500 --> 00:42:32,416
- Bukan. Bagaimana sekarang.
- Sekarang?
506
00:42:33,708 --> 00:42:35,833
Oh, tidak.
507
00:42:37,541 --> 00:42:38,833
Wain dah habis.
508
00:42:39,833 --> 00:42:43,000
Biarlah. Kita minum limoncello saja.
509
00:42:53,041 --> 00:42:55,666
Saya sedang semak draf sebuah novel.
510
00:42:56,291 --> 00:42:59,750
Namun, saya tak tahu
nak terangkan plotnya.
511
00:42:59,833 --> 00:43:01,333
Tak banyak benda berlaku.
512
00:43:03,750 --> 00:43:06,958
Novel itu tentang seorang wanita
yang kehilangan anjingnya,
513
00:43:07,041 --> 00:43:10,541
dan untuk mencarinya,
dia perlu ubah seluruh hidupnya.
514
00:43:16,000 --> 00:43:19,041
Entahlah. Saya pun tak pandai terangkan.
515
00:43:21,666 --> 00:43:25,041
Saya tak tahu sebabnya,
tapi ia memberi kesan kepada saya.
516
00:43:25,125 --> 00:43:26,375
Saya akan membacanya!
517
00:43:26,458 --> 00:43:28,750
Awak cuma mampu baca esei saja.
518
00:43:31,041 --> 00:43:32,500
Pandai awak melawak, ya?
519
00:43:45,583 --> 00:43:46,416
Aduhai.
520
00:43:51,416 --> 00:43:52,958
- Nak tahu sesuatu?
- Apa?
521
00:43:54,041 --> 00:43:57,041
- Aku tak rasa mak cik kau wujud.
- Dia wujudlah.
522
00:43:57,125 --> 00:43:59,666
Kalau ya,
dia mesti tak macam yang kau ceritakan.
523
00:43:59,750 --> 00:44:04,041
- Itu sebab kau tak nak kami jumpa dia.
- Dia jauh lebih baik.
524
00:44:04,625 --> 00:44:07,708
- Aku tak pandai huraikan orang.
- Beginilah.
525
00:44:08,208 --> 00:44:09,583
Bawa kami ke rumahnya
526
00:44:09,666 --> 00:44:12,583
agar aku boleh teliti dan huraikan dia.
527
00:44:15,208 --> 00:44:18,875
Memandangkan Mak Cik Vittoria suruh aku
tengok ibu bapa aku betul-betul,
528
00:44:18,958 --> 00:44:23,166
tindakan mereka yang paling biasa pun
nampak seperti menyimpan rahsia.
529
00:44:38,208 --> 00:44:42,500
- Kau nak bawa kami atau tak?
- Jangan desak dia. Dia dilamun cinta.
530
00:44:43,041 --> 00:44:45,250
- Yakah? Dengan kau?
- Dah puas cakap?
531
00:44:53,291 --> 00:44:55,500
Lain orang, lain cita rasanya..
532
00:44:55,583 --> 00:44:57,666
Tiada sesiapa tahu.
533
00:45:07,000 --> 00:45:10,458
Waktu kita kecil, semuanya nampak besar.
534
00:45:10,541 --> 00:45:15,041
Apabila kita dah besar,
semuanya nampak kecil.
535
00:45:15,125 --> 00:45:17,708
Lain orang, lain cita rasanya.
536
00:45:21,916 --> 00:45:22,875
Mari kita masuk.
537
00:45:23,875 --> 00:45:25,291
Cepat, anak-anak!
538
00:46:15,916 --> 00:46:19,583
Waktu kita kecil, semuanya nampak besar.
539
00:46:19,666 --> 00:46:23,583
Apabila kita dah besar,
semuanya nampak kecil.
540
00:46:24,250 --> 00:46:26,458
Lain orang, lain cita rasanya.
541
00:46:26,541 --> 00:46:28,083
Tiada sesiapa tahu.
542
00:47:03,333 --> 00:47:06,916
Waktu kita kecil, semuanya nampak besar.
543
00:47:07,000 --> 00:47:10,791
Apabila kita dah besar,
semuanya nampak kecil.
544
00:47:11,750 --> 00:47:13,750
Lain orang, lain cita rasanya.
545
00:47:15,708 --> 00:47:17,875
Tiada sesiapa tahu.
546
00:47:18,708 --> 00:47:20,375
Tiada sesiapa tahu.
547
00:47:45,041 --> 00:47:46,875
Lain orang, lain cita rasanya.
548
00:47:47,375 --> 00:47:48,833
Tiada sesiapa tahu.
549
00:48:24,166 --> 00:48:27,708
Waktu kita kecil, semuanya nampak besar.
550
00:48:27,791 --> 00:48:31,125
Apabila kita dah besar,
semuanya nampak kecil.
551
00:48:32,583 --> 00:48:34,583
Lain orang, lain cita rasanya.
552
00:48:36,541 --> 00:48:38,541
Tiada sesiapa tahu.
553
00:48:39,541 --> 00:48:41,333
Tiada sesiapa tahu.
554
00:49:41,541 --> 00:49:43,375
Lain orang, lain cita rasanya.
555
00:49:43,916 --> 00:49:45,916
Tiada sesiapa tahu.
556
00:49:47,875 --> 00:49:49,750
Lain orang, lain cita rasanya.
557
00:49:50,250 --> 00:49:51,625
Tiada sesiapa tahu.
558
00:49:51,708 --> 00:49:54,333
Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi