1
00:00:01,000 --> 00:00:03,440
{\an8}INI KISAH REKAAN
PERSAMAAN ADALAH KEBETULAN
2
00:01:46,280 --> 00:01:48,240
{\an8}Maafkan saya, Pengurus Mo ada?
3
00:01:49,200 --> 00:01:50,800
Adakah awak Zhou Xiaodan?
4
00:01:51,400 --> 00:01:52,240
Ya.
5
00:01:52,320 --> 00:01:56,280
Sila duduk. Dia setiausaha saya, Cik Zhu.
6
00:01:57,640 --> 00:01:59,920
Kami jangkakan awak semalam.
7
00:02:00,880 --> 00:02:04,720
Maaf, saya datang sehari lewat kerana
perlu hadiri majlis pengebumian kawan.
8
00:02:04,800 --> 00:02:06,960
Tak mengapa.
9
00:02:07,320 --> 00:02:10,639
Jabatan Pentadbiran kami
mengendalikan pelbagai perkara.
10
00:02:10,720 --> 00:02:12,360
Ada mesyuarat dan…
11
00:02:12,440 --> 00:02:13,640
Cik Zhu…
12
00:02:14,880 --> 00:02:15,800
Awak boleh menaip?
13
00:02:17,120 --> 00:02:17,960
Trengkas?
14
00:02:18,920 --> 00:02:20,040
Berbahasa Inggeris?
15
00:02:22,280 --> 00:02:23,800
Pengurus Mo!
16
00:02:23,880 --> 00:02:28,160
Encik Liao sudah mengarahkan kita
untuk masukkan dia ke jabatan kita.
17
00:02:28,240 --> 00:02:29,160
Puas hati?
18
00:02:29,760 --> 00:02:30,680
Saya puas hati.
19
00:02:31,320 --> 00:02:34,080
- Saya serahkan dia kepada awak.
- Apa dia boleh buat?
20
00:02:34,560 --> 00:02:39,440
Saya telah memikirkannya. Kita sibuk
kebelakangan ini, awak perlukan pembantu.
21
00:02:39,520 --> 00:02:42,040
Dia boleh belajar
mencatat minit mesyuarat.
22
00:02:42,280 --> 00:02:44,600
Dia akan belajar sambil bekerja. Boleh?
23
00:02:45,600 --> 00:02:47,840
- Sudah tentu boleh.
- Bagus.
24
00:02:47,920 --> 00:02:50,000
Cari meja untuknya.
25
00:02:51,160 --> 00:02:52,480
Terima kasih, Pengurus Mo.
26
00:02:52,560 --> 00:02:53,400
Bekerja keras.
27
00:03:00,640 --> 00:03:02,840
Siapa dia?
28
00:03:03,120 --> 00:03:05,840
Awak percaya jika saya kata
dia perempuan simpanan En. Liao?
29
00:03:06,160 --> 00:03:09,240
Saya percaya. Semua orang di sini
ialah keluarga termasuk awak!
30
00:03:13,280 --> 00:03:15,960
Tempat ini kosong.
Awak boleh duduk di sini.
31
00:03:16,040 --> 00:03:17,160
Okey.
32
00:03:24,680 --> 00:03:25,960
Apa patut saya buat?
33
00:03:26,440 --> 00:03:28,520
Saya terlalu sibuk untuk ajar awak.
34
00:03:55,640 --> 00:04:00,280
{\an8}Duduk betul-betul.
Ini pejabat, bukan bilik tidur awak.
35
00:04:00,920 --> 00:04:03,560
Mesyuarat akan bermula.
Ikut saya dengan pen dan kertas.
36
00:04:29,040 --> 00:04:31,280
Hongsheng, bangun.
37
00:04:32,800 --> 00:04:37,240
Semua orang bekerja
dan awak pula tidur di sini.
38
00:04:37,800 --> 00:04:40,160
Apa masalahnya? Saya cuma berehat.
39
00:04:40,240 --> 00:04:41,760
Jangan ganggu saya.
40
00:04:42,600 --> 00:04:45,880
Bangun. Tak elok jika
ada orang nampak awak.
41
00:04:45,960 --> 00:04:50,800
Awak sudah biasa bawa
muatan berat, tetapi saya tak biasa.
42
00:04:50,880 --> 00:04:54,080
Bertenang. Biar saya rehat,
saya tak boleh tahan lagi.
43
00:04:54,320 --> 00:04:59,040
Adakah awak mengharapkan
orang lain buat kerja awak?
44
00:04:59,120 --> 00:05:02,800
Bangun. Pergi sambung kerja.
45
00:05:02,880 --> 00:05:04,680
Ini tak adil.
46
00:05:04,760 --> 00:05:08,840
Kakak bekerja di pejabat tapi saya
perlu bekerja di bawah matahari terik.
47
00:05:08,920 --> 00:05:10,240
Saya tak tahan lagi!
48
00:05:10,320 --> 00:05:14,800
Kita tak berpelajaran dan hanya
boleh buat kerja kasar. Jangan merungut.
49
00:05:14,880 --> 00:05:16,640
Saya boleh buat kerja yang lebih baik.
50
00:05:16,720 --> 00:05:18,840
Saya akan berhenti
bila dapat kerja lebih baik.
51
00:05:18,920 --> 00:05:22,720
Jika dia nak berhenti, biarkan dia.
Kita boleh cari pekerja lain.
52
00:05:22,800 --> 00:05:23,800
Ulang semula!
53
00:05:23,880 --> 00:05:26,240
Lupakannya. Pergi sambung kerja.
54
00:05:26,320 --> 00:05:28,000
- Awak nak gaduh?
- Pakai ini.
55
00:05:29,440 --> 00:05:30,960
Cik Li.
56
00:05:31,040 --> 00:05:33,760
Jangan bersikap keanak-anakan, okey?
57
00:05:33,840 --> 00:05:35,200
Renniang!
58
00:05:35,280 --> 00:05:39,280
Mingzhu ada di sini.
Jaga sikap, pergi sambung bekerja.
59
00:05:42,240 --> 00:05:43,720
Awak sibuk dengan kerja, bukan?
60
00:05:43,800 --> 00:05:45,840
Saya tahu awak kerja di sini,
jadi saya singgah.
61
00:05:46,320 --> 00:05:49,800
Kami lewat dari jadual dan terpaksa
bekerja lebih keras agar tak dimarahi.
62
00:05:49,880 --> 00:05:53,560
Jangan beri diri awak tekanan. Awak akan
menderita kerana terlalu bekerja keras.
63
00:06:06,600 --> 00:06:08,480
Cheng, boleh awak ambil alih?
64
00:06:09,080 --> 00:06:11,120
Awak cuba curi tulang lagi?
65
00:06:12,120 --> 00:06:14,800
Baru tingkat ketiga tapi awak sudah takut?
66
00:06:23,120 --> 00:06:25,880
Cheng! Saya tak boleh lakukannya.
67
00:06:25,960 --> 00:06:29,880
Tangan dan lutut saya semakin lemah…
68
00:06:31,800 --> 00:06:33,040
Tolong!
69
00:06:33,120 --> 00:06:34,960
Tolong!
70
00:06:37,000 --> 00:06:38,480
Hongsheng, jangan takut!
71
00:06:41,080 --> 00:06:41,920
Jangan takut!
72
00:06:42,000 --> 00:06:44,400
Pegang tangan saya.
73
00:06:44,480 --> 00:06:46,360
Jangan takut. Ayuh.
74
00:06:46,440 --> 00:06:48,000
Panjat!
75
00:06:57,720 --> 00:07:00,560
- Renniang, awak tak apa-apa?
- Renniang…
76
00:07:01,920 --> 00:07:03,920
- Tangan saya.
- Cepat…
77
00:07:04,000 --> 00:07:06,480
- Pergi jumpa doktor.
- Bawa dia jumpa doktor.
78
00:07:06,600 --> 00:07:08,240
- Namun kerja saya…
- Cepat…
79
00:07:30,280 --> 00:07:32,920
{\an8}Apa awak buat di sini?
80
00:07:33,000 --> 00:07:34,200
{\an8}Cantik pejabat ini.
81
00:07:34,280 --> 00:07:37,120
{\an8}Berpendingin hawa
dan awak ada meja sendiri.
82
00:07:37,200 --> 00:07:41,400
{\an8}Bangun. Awak tak boleh duduk di situ.
83
00:07:41,480 --> 00:07:44,440
{\an8}Kenapa awak tak bekerja? Curi tulang lagi?
84
00:07:44,520 --> 00:07:47,720
{\an8}Saya beritahu Renniang
bahawa saya nak berhenti.
85
00:07:47,800 --> 00:07:49,800
Awak nak berhenti? Apa awak nak buat?
86
00:07:49,880 --> 00:07:54,520
Apa-apa saja kecuali kerja pembinaan.
Ia terlalu berbahaya.
87
00:07:54,600 --> 00:07:56,960
Saya hampir terbunuh tadi.
88
00:07:57,040 --> 00:07:57,920
Apa berlaku?
89
00:07:58,000 --> 00:08:01,920
Entahlah, saya terlalu takut. Renniang
cedera sebab cuba menyelamatkan saya.
90
00:08:02,000 --> 00:08:04,680
Dia cedera? Bagaimana keadaan dia?
91
00:08:04,760 --> 00:08:07,560
Saya rasa tangannya cedera.
92
00:08:07,640 --> 00:08:10,560
Jadi, apa awak buat di sini?
Bawa dia ke hospital.
93
00:08:10,800 --> 00:08:14,920
Saya nak, tapi Mingzhu bawa dia ke sana.
94
00:08:16,720 --> 00:08:17,640
Kakak!
95
00:08:20,000 --> 00:08:23,800
Apa masalahnya?
Awak belum makan tengah hari lagi?
96
00:08:24,240 --> 00:08:26,200
Cik Zhu, saya nak ambil cuti separuh hari.
97
00:08:26,440 --> 00:08:28,760
Apa? Pada hari pertama bekerja?
98
00:08:28,840 --> 00:08:33,200
Ini hal penting. Adik saya beritahu
sesuatu berlaku kepada keluarga saya.
99
00:08:33,280 --> 00:08:34,799
Tolong beritahu pengurus.
100
00:08:34,919 --> 00:08:36,559
Hei!
101
00:09:04,800 --> 00:09:06,120
Masih rasa sakit?
102
00:09:06,520 --> 00:09:08,000
Sudah tak sakit sangat.
103
00:09:08,280 --> 00:09:10,640
Jangan kerja esok. Rehat beberapa hari.
104
00:09:10,720 --> 00:09:11,960
Tak boleh.
105
00:09:13,120 --> 00:09:16,760
Tangan ini cedera,
tapi sebelah lagi masih elok.
106
00:09:16,840 --> 00:09:19,200
Apa awak boleh buat dengan sebelah tangan?
107
00:09:20,520 --> 00:09:23,280
Saya pasti ia akan sembuh tak lama lagi.
108
00:09:23,840 --> 00:09:26,760
Sebagai subkontraktor,
saya ada tanggungjawab yang berat.
109
00:09:26,840 --> 00:09:30,400
Walaupun tak boleh bekerja,
saya tetap perlu pergi ke tapak pembinaan.
110
00:09:30,840 --> 00:09:34,400
Saya tak tahu apa nak buat
dengan awak. Berhati-hati.
111
00:09:35,800 --> 00:09:37,400
Baliklah. Saya takkan ikut awak.
112
00:09:37,840 --> 00:09:41,560
Awak tak nak naik?
Awak takut nak jumpa Xiaodan?
113
00:09:41,640 --> 00:09:44,040
Bukan, saya tak nak menyusahkan awak.
114
00:09:46,400 --> 00:09:49,240
- Saya naik dulu.
- Selamat tinggal.
115
00:09:51,280 --> 00:09:52,120
Renniang!
116
00:09:54,080 --> 00:09:56,040
Kenapa? Awak nak ikut saya?
117
00:09:56,480 --> 00:09:59,440
Tidak. Jaga diet awak.
118
00:09:59,520 --> 00:10:02,880
Mak larang makan makanan sejuk
atau masam dengan tangan yang cedera.
119
00:10:02,960 --> 00:10:07,240
Okey. Boleh saya makan coklat?
120
00:10:07,320 --> 00:10:10,840
Tentulah. Awak suka coklat?
121
00:10:12,080 --> 00:10:14,560
Ya, tapi saya jarang membelinya.
122
00:10:17,160 --> 00:10:19,760
Naiklah. Saya pun nak pergi.
123
00:10:41,800 --> 00:10:44,760
Sup ginseng Cina? Siapa yang buat?
124
00:10:47,080 --> 00:10:50,360
Siapa itu? Adakah itu awak, Xiaodan?
125
00:10:50,840 --> 00:10:52,960
Xiaodan, awak sudah balik?
126
00:10:54,040 --> 00:10:55,040
Xiaodan?
127
00:10:56,800 --> 00:10:59,320
Xiaodan, awak sudah balik.
128
00:11:00,800 --> 00:11:02,840
Kenapa? Awak rasa tak sihat?
129
00:11:03,640 --> 00:11:04,840
Jangan ganggu saya.
130
00:11:06,560 --> 00:11:09,440
Awak yang buat sup?
131
00:11:12,160 --> 00:11:16,720
Hongsheng beritahu saya tangan awak
cedera, jadi saya buatkan sup untuk awak.
132
00:11:18,800 --> 00:11:21,440
Minum sup itu dan berehat.
133
00:11:24,480 --> 00:11:25,520
Terima kasih.
134
00:11:26,800 --> 00:11:30,440
Ia tak serius. Ia akan sembuh
dalam masa beberapa hari.
135
00:11:31,280 --> 00:11:34,760
Saya tahu. Mingzhu bawa awak jumpa doktor
136
00:11:35,560 --> 00:11:38,640
dan hantar awak pulang, bukan?
137
00:11:38,960 --> 00:11:39,800
Ya.
138
00:11:40,800 --> 00:11:46,160
Saya tak nak berleter, tapi adakah
awak buat perkara yang betul?
139
00:11:48,000 --> 00:11:53,040
Xiaodan, jangan terlalu susah hati.
140
00:11:54,320 --> 00:11:58,240
Saya rasa teruk melihat awak begini.
141
00:12:00,360 --> 00:12:02,440
Jika saya buat salah, marah saya.
142
00:12:02,520 --> 00:12:04,280
Apa yang boleh saya kata?
143
00:12:04,720 --> 00:12:08,680
Dia suka awak dan mahu
bersama awak, tapi itu hal dia.
144
00:12:09,480 --> 00:12:11,160
Perasaan awak lebih penting.
145
00:12:11,240 --> 00:12:13,280
Beritahu saya, apa perasaan awak?
146
00:12:15,960 --> 00:12:19,720
Saya tahu awak baik dengan saya.
147
00:12:21,520 --> 00:12:22,360
Namun…
148
00:12:24,200 --> 00:12:27,120
Namun Mingzhu juga baik dengan saya.
149
00:12:27,200 --> 00:12:28,480
Pasti ada perbezaan.
150
00:12:28,920 --> 00:12:32,800
Fikir. Siapa layan awak dengan lebih baik?
151
00:12:32,880 --> 00:12:33,880
Saya rasa…
152
00:12:34,800 --> 00:12:38,000
Kamu berdua sama baik dengan saya.
153
00:12:38,080 --> 00:12:39,400
Sama baik?
154
00:12:39,760 --> 00:12:42,680
Jika saya nak awak pilih,
siapa awak akan pilih?
155
00:12:43,840 --> 00:12:45,160
Boleh saya…
156
00:12:47,480 --> 00:12:49,280
Boleh saya pilih kedua-duanya?
157
00:12:51,000 --> 00:12:52,320
Awak nak kedua-duanya?
158
00:12:52,800 --> 00:12:55,520
Bukan itu maksud saya.
159
00:12:55,880 --> 00:12:59,040
Boleh saya ada kamu berdua
sebagai kawan baik?
160
00:12:59,280 --> 00:13:02,200
Tak boleh!
Semua wanita pentingkan diri sendiri.
161
00:13:02,280 --> 00:13:04,720
Saya takkan setuju, dia pun pasti begitu.
162
00:13:04,800 --> 00:13:08,480
Renniang, adakah awak
tak mampu buat keputusan sendiri?
163
00:13:09,680 --> 00:13:10,760
Bukan begitu…
164
00:13:11,480 --> 00:13:14,640
Saya sudah buat keputusan tentang sesuatu.
165
00:13:15,040 --> 00:13:16,520
Keputusan apa?
166
00:13:16,840 --> 00:13:18,760
Mak ada masalah buah pinggang.
167
00:13:18,840 --> 00:13:23,440
Saya nak menderma buah pinggang
kepada mak, tapi mak tak benarkan.
168
00:13:24,120 --> 00:13:26,320
Awak beri mak cik buah pinggang awak?
169
00:13:27,920 --> 00:13:29,840
Doktor telah memeriksa saya.
170
00:13:30,480 --> 00:13:36,080
Dia sahkan saya penderma yang sesuai.
Saya beritahu mak, tapi mak enggan terima.
171
00:13:36,280 --> 00:13:40,160
Dia ugut untuk
bunuh diri jika saya teruskannya.
172
00:13:40,880 --> 00:13:42,040
Apa saya nak buat?
173
00:13:42,440 --> 00:13:45,920
Jika saya tak derma buah pinggang
kepadanya, dia akan mati.
174
00:13:48,720 --> 00:13:50,760
Renniang, beritahu saya.
175
00:13:51,040 --> 00:13:53,880
Jika saya dan Mingzhu
ada penyakit buah pinggang,
176
00:13:54,360 --> 00:13:56,280
awak akan derma
buah pinggang kepada siapa?
177
00:13:59,200 --> 00:14:05,080
Selepas beri mak buah pinggang,
saya akan tinggal satu saja buah pinggang.
178
00:14:05,920 --> 00:14:08,920
Jika saya dermakannya juga,
saya takkan dapat hidup.
179
00:14:09,000 --> 00:14:11,000
Itu mustahil, bukan?
180
00:14:11,080 --> 00:14:12,840
Maksud saya jika ia berlaku!
181
00:14:12,920 --> 00:14:15,440
Jika terpaksa, awak akan
derma kepada saya atau Mingzhu?
182
00:14:15,600 --> 00:14:19,040
- Saya tak faham.
- Buat pilihan!
183
00:14:19,600 --> 00:14:24,760
Jangan tanya saya soalan begitu, Xiaodan.
Saya tak tahu cara nak menjawabnya.
184
00:14:24,840 --> 00:14:27,600
Mak tak pernah ajar saya
cara untuk jawab soalan ini.
185
00:14:29,520 --> 00:14:30,920
Saya nak pergi minum sup.
186
00:14:38,600 --> 00:14:40,400
Awak sudah balik.
187
00:14:40,840 --> 00:14:44,520
- Awak jumpa Mingzhu?
- Ya.
188
00:14:44,600 --> 00:14:45,600
Di mana dia?
189
00:14:45,680 --> 00:14:48,720
Saya pergi ke rumah Renniang
pagi tadi dan menunggu.
190
00:14:48,800 --> 00:14:52,680
Sekitar jam 3:00 atau 4:00 petang,
saya nampak dia dan Renniang.
191
00:14:52,760 --> 00:14:57,680
Saya sudah cakap.
Cari Renniang, awak akan jumpa Mingzhu.
192
00:14:57,760 --> 00:14:59,520
- Tahu di mana dia tinggal?
- Di mana?
193
00:14:59,600 --> 00:15:02,200
- Jalan Holland.
- Jalan Holland?
194
00:15:02,280 --> 00:15:03,640
Saya nampak Mingzhu naik.
195
00:15:03,720 --> 00:15:06,360
Saya siasat dan
diberitahu sewa di sana tinggi.
196
00:15:06,760 --> 00:15:10,240
Tentulah, itu daerah golongan atasan.
197
00:15:10,320 --> 00:15:14,200
Bagaimana dia mampu bayar
sewa rumah yang mahal? Dia sekaya itu?
198
00:15:16,200 --> 00:15:18,160
Ada masalah jika dia kaya.
199
00:15:18,240 --> 00:15:21,360
Maknanya dia tak buat kerja yang baik!
200
00:15:21,440 --> 00:15:25,760
Memikirkan yang kita telah memanjakan dia.
Dia memalukan kita!
201
00:15:25,840 --> 00:15:27,160
Saya mesti cari dia!
202
00:15:30,200 --> 00:15:32,480
- Apa masalahnya?
- Ini penting.
203
00:15:33,440 --> 00:15:37,280
Saya baru lihat beberapa pesanan baru.
Awak sudah hubungi bank?
204
00:15:37,560 --> 00:15:40,600
Jangan bincangkan hal itu dulu.
Saya nak beritahu saya nak berhenti.
205
00:15:41,240 --> 00:15:44,280
Berhenti? Kenapa?
Kita akan terima barang tak lama lagi,
206
00:15:44,360 --> 00:15:46,640
dan telah buat pesanan
dari Jepun dan Filipina.
207
00:15:46,720 --> 00:15:50,560
Secara jujurnya, saya sudah lama
bekerja dalam bidang perdagangan.
208
00:15:50,640 --> 00:15:53,720
Namun setiap kali perniagaan merosot,
saya akan alami kerugian besar.
209
00:15:53,800 --> 00:15:56,120
Sebelum saya memulakan usaha baru ini,
210
00:15:56,200 --> 00:15:58,720
saya tahu saya akan
diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
211
00:15:58,800 --> 00:16:04,680
Saya sudah minta lanjutan dengan harapan
perniagaan ini akan menguntungkan dulu.
212
00:16:04,960 --> 00:16:08,040
- Namun masa semakin suntuk.
- Apa kita nak buat?
213
00:16:08,560 --> 00:16:11,720
Saya tak boleh keluarkan surat kredit
sebab bank enggan beri pinjaman.
214
00:16:11,800 --> 00:16:14,680
Ia tak berguna walaupun
perniagaan menguntungkan.
215
00:16:16,000 --> 00:16:17,280
Sayangnya.
216
00:16:17,960 --> 00:16:20,920
Sia-sia saja
semua bantuan yang awak berikan.
217
00:16:21,000 --> 00:16:22,360
Jangan cakap begitu.
218
00:16:22,440 --> 00:16:25,000
- Berapa banyak awak kekurangan?
- Dua ratus ribu.
219
00:16:26,720 --> 00:16:29,560
Abang saya peguam.
Mungkin dia boleh bantu kita.
220
00:16:29,640 --> 00:16:32,720
Mari bincang dengannya nanti.
Mungkin akan ada cara.
221
00:16:32,800 --> 00:16:37,160
Bagaimana? Saya tak rasa dia boleh
bantu. Saya pun ada kawan peguam.
222
00:16:39,040 --> 00:16:40,040
Jadi, apa awak nak?
223
00:16:40,120 --> 00:16:43,680
Saya bukan hanya datang untuk
beritahu tentang masalah saya.
224
00:16:44,760 --> 00:16:47,600
Awak gadis yang berkebolehan.
225
00:16:47,680 --> 00:16:51,040
Untuk gadis yang baru tinggalkan
sekolah, awak buat dengan baik.
226
00:16:51,880 --> 00:16:54,520
Awak berminat dengan perniagaan ini?
227
00:16:57,320 --> 00:17:00,480
Semua dokumen ada di sini. Ambil alih.
228
00:17:00,560 --> 00:17:03,680
Jangan biarkan kerja
yang kita usahakan jadi sia-sia.
229
00:17:04,599 --> 00:17:06,839
Saya tak rasa saya patut buat begitu.
230
00:17:06,920 --> 00:17:13,040
Jangan teragak-agak lagi. Semua
dokumen dan buku ada di sini. Periksalah.
231
00:17:14,240 --> 00:17:17,800
Baiklah. Saya akan pergi tengok.
Saya minta diri sebentar.
232
00:17:17,880 --> 00:17:19,720
Awak ada apa-apa makanan?
233
00:17:19,800 --> 00:17:21,200
- Awak belum makan?
- Belum.
234
00:17:21,280 --> 00:17:22,760
Saya akan masak mi segera.
235
00:17:22,839 --> 00:17:26,040
Tak perlu. Saya masak sendiri.
Pergi buat kerja awak.
236
00:17:53,520 --> 00:17:55,160
Siapa yang awak cari?
237
00:17:55,240 --> 00:17:57,920
Awak bapa ayam!
238
00:17:58,000 --> 00:18:03,720
- Saya akan ajar awak! Lihatlah!
- Tolong!
239
00:18:03,800 --> 00:18:06,920
- Lepaskan dia!
- Hentikannya!
240
00:18:07,000 --> 00:18:10,200
Kamu tinggal dengan lelaki ini
sebab dia boleh bawa pelanggan!
241
00:18:10,280 --> 00:18:13,440
- Kamu memalukan kami!
- Berhenti! Apa ayah cakap?
242
00:18:13,520 --> 00:18:18,280
- Lepaskan atau saya hubungi polis!
- Perniagaan kami baik! Apa maksud awak?
243
00:18:18,360 --> 00:18:20,520
- Ayah! Kenapa ayah pukul dia?
- Lepaskan!
244
00:18:20,600 --> 00:18:21,520
En. Feng.
245
00:18:21,600 --> 00:18:23,120
Maaf, En. Feng.
246
00:18:23,200 --> 00:18:26,200
Guoli, apakah hubungan mereka?
247
00:18:26,280 --> 00:18:30,120
Apa maksud mak?
Mingzhu ialah pembantu En. Feng.
248
00:18:30,520 --> 00:18:33,800
Mereka beli plumbum serta besi dari
Vietnam dan perniagaan berjalan baik.
249
00:18:33,880 --> 00:18:36,440
Apa? Kenapa awak tak cakap?
250
00:18:36,520 --> 00:18:40,080
Awak tak beri saya peluang.
Saya akan saman awak sebab pukul saya!
251
00:18:40,480 --> 00:18:42,920
Saman saya? Salah awak
sebab tak jelaskan kepada saya.
252
00:18:43,000 --> 00:18:44,080
Ayah!
253
00:18:44,160 --> 00:18:46,880
Saya tak pernah jumpa lelaki
bersikap tak wajar seperti awak!
254
00:18:46,960 --> 00:18:50,440
Awak suka pergi mahkamah?
Saya akan ke balai polis sekarang!
255
00:18:50,520 --> 00:18:54,680
Encik Feng…
256
00:18:54,800 --> 00:18:56,560
Encik Feng, saya…
257
00:18:58,440 --> 00:19:01,800
- Mingzhu…
- Jangan sentuh saya! Saya tak senonoh!
258
00:19:02,640 --> 00:19:06,480
Siapa cakap begitu? Ayah larang
sesiapa cakap begitu tentang kamu.
259
00:19:08,400 --> 00:19:10,360
Awak sendiri yang kata begitu.
260
00:19:10,440 --> 00:19:14,360
Mingzhu, ayah salah sebab tumbuk dia.
261
00:19:14,440 --> 00:19:17,360
Ayah salah. Ayah akan jumpa dia dan…
262
00:19:22,200 --> 00:19:24,080
Masalah.
263
00:19:24,280 --> 00:19:29,520
Tidak lama lagi, saya akan menganggur.
Saya belum berusia 60 tahun lagi.
264
00:19:29,600 --> 00:19:32,440
Saya masih ada banyak tenaga,
tapi tiada kerja.
265
00:19:32,520 --> 00:19:34,360
Awak kehilangan kilang awak.
266
00:19:34,520 --> 00:19:37,240
Namun awak takkan bersantai
sekarang jika tak dapat bantuan.
267
00:19:39,240 --> 00:19:42,320
Mari tukar topik perbualan.
Saya nak cerita tentang anak saya, Guoli.
268
00:19:42,400 --> 00:19:45,520
Kini dia seorang peguam,
bekerja untuk firma guaman yang besar.
269
00:19:45,600 --> 00:19:47,800
Dia ada pejabat sendiri.
270
00:19:47,880 --> 00:19:52,000
Jika saya perlu ke mahkamah,
saya tak perlu rasa takut.
271
00:19:52,400 --> 00:19:54,760
Dengarlah cara awak bercakap.
272
00:19:54,840 --> 00:19:57,680
Namun hubungan awak dengan Guoli tak baik.
273
00:19:58,400 --> 00:20:02,280
Apa yang lebih teruk
ialah Mingzhu sudah terlibat
274
00:20:02,360 --> 00:20:07,240
dalam perniagaan logam sekerap.
Dia juga mengambil alih usaha itu.
275
00:20:07,320 --> 00:20:09,120
Sebab itu dia hadiri parti koktel itu.
276
00:20:09,200 --> 00:20:12,920
Saya sangka dia bergurau
yang dia dalam perniagaan logam.
277
00:20:13,680 --> 00:20:16,240
Awak tak fikir dia ada kebolehan?
278
00:20:16,320 --> 00:20:20,160
Saya tak pernah cakap begitu.
Dia ada teman lelaki?
279
00:20:20,560 --> 00:20:24,280
Tentulah tak. Dia masih muda.
280
00:20:24,360 --> 00:20:27,480
Berikan kad namanya.
Saya ada urusan nak dibincangkan.
281
00:20:28,360 --> 00:20:30,240
Jadi, awak patut bercakap dengan saya.
282
00:20:30,320 --> 00:20:33,360
Awak dalam perniagaan logam sekerap?
Kenapa perlu cakap dengan awak?
283
00:20:33,440 --> 00:20:35,840
Suka hati awaklah jika awak menolak.
284
00:20:37,320 --> 00:20:41,240
Saya tak akan buat begitu.
Rasanya saya ada kad dia.
285
00:20:44,440 --> 00:20:46,720
Ini kadnya.
286
00:20:47,240 --> 00:20:52,000
Li Mingzhu.
Nama yang indah, wajah yang cantik.
287
00:20:52,400 --> 00:20:53,880
Kasihannya.
288
00:20:55,000 --> 00:20:58,440
Awak bergurau. Dia tak sesuai untuk awak.
289
00:20:58,520 --> 00:21:02,920
Susah untuk dikata.
Ia bergantung pada sikap anak awak.
290
00:21:04,160 --> 00:21:09,000
Dia sangat manja.
Baik awak jangan ganggu dia.
291
00:21:09,080 --> 00:21:12,760
Sama ada dia terima saya atau tak,
kami tetap akan jadi rakan kongsi.
292
00:21:12,840 --> 00:21:16,040
- Saya belanja minum.
- Itu sudah pasti.
293
00:21:17,160 --> 00:21:19,480
Bagaimana dengan hal
kita bincangkan tempoh hari?
294
00:21:19,680 --> 00:21:20,720
Hal apa?
295
00:21:21,080 --> 00:21:22,640
Si dungu itu, Chen Haowen.
296
00:21:23,080 --> 00:21:26,560
Darah saya menyirap
apabila bercakap tentang dia.
297
00:21:26,640 --> 00:21:29,760
Dia berkelakuan seperti
lelaki budiman tapi dia jahat.
298
00:21:29,840 --> 00:21:33,520
Dia talam dua muka. Dia kelahiran semula
Sida-sida Li Lianying.
299
00:21:33,760 --> 00:21:37,200
Sebab itulah kita mesti
singkirkan dia. Ada idea?
300
00:21:37,800 --> 00:21:43,160
Awak budak yang bijak tapi
tak pandai menilai seperti saya.
301
00:21:43,880 --> 00:21:46,760
Sukar untuk berurusan
dengan lelaki seperti dia.
302
00:21:46,840 --> 00:21:49,600
Kakak awak itu seperti
azimat pelindung dia.
303
00:21:49,680 --> 00:21:52,360
Saya takkan tanya jika saya rasa ia mudah.
304
00:21:53,080 --> 00:21:58,240
Kita mesti bekerjasama
untuk menghancurkan dia.
305
00:21:58,320 --> 00:22:02,440
Kita akan pasang perangkap
untuk dia merangkak masuk.
306
00:22:04,520 --> 00:22:05,680
Awak sangat hebat.
307
00:22:06,240 --> 00:22:08,800
Awak buat rancangan.
Saya akan tunggu berita baik awak.
308
00:22:11,520 --> 00:22:13,320
Nikmati minuman awak. Saya pergi dulu.
309
00:22:16,720 --> 00:22:18,880
Awak nak cari gadis cantik?
310
00:22:26,280 --> 00:22:27,160
Helo?
311
00:22:28,000 --> 00:22:31,520
Wanjun cuti? Cari orang baru.
312
00:22:32,520 --> 00:22:37,160
Tak kisahlah dia boleh nyanyi atau tak.
Cari gadis cantik dengan badan menarik.
313
00:22:37,240 --> 00:22:38,520
Cepat.
314
00:22:59,120 --> 00:22:59,960
Masuk.
315
00:23:18,600 --> 00:23:20,520
Sabarlah.
316
00:23:26,520 --> 00:23:31,160
Sampai hati awak!
Kita keluarga yang bereputasi!
317
00:23:31,600 --> 00:23:34,480
Awak pelanggan. Siapa awak
untuk panggil saya pelacur?
318
00:23:34,800 --> 00:23:38,480
Saya bujang.
Lagipun, lelaki berhak untuk berseronok.
319
00:23:38,560 --> 00:23:41,480
Namun awak tak setia dengan abang saya.
320
00:23:41,560 --> 00:23:46,600
Apa akibatnya kalau ibu saya
dan ibu bapa awak tahu?
321
00:23:47,440 --> 00:23:52,480
Awak ingat saya nak lakukannya?
Awak tahu apa yang berlaku.
322
00:23:52,800 --> 00:23:55,000
Ya, saya patut tutup mulut saya.
323
00:23:55,560 --> 00:23:58,800
Namun saya tak pernah
mengecewakan keluarga.
324
00:23:59,160 --> 00:24:01,840
Keluarga awak kejam
terhadap saya tapi saya bersabar.
325
00:24:02,560 --> 00:24:05,840
Ibu awak pukul saya.
Begitu juga abang awak.
326
00:24:06,560 --> 00:24:08,280
Saya menderita dalam diam.
327
00:24:11,120 --> 00:24:15,760
Saya pulang ke rumah ibu bapa saya,
memikirkan saya boleh tinggal di sana.
328
00:24:17,520 --> 00:24:23,000
Namun mereka tamak dengan wang.
Mereka tak peduli tentang perasaan saya.
329
00:24:23,080 --> 00:24:25,200
Saya dipaksa pulang.
330
00:24:25,960 --> 00:24:29,680
Kalau begitu, awak patut duduk
di rumah dan menunggu hari
331
00:24:29,760 --> 00:24:32,520
awak akan diberi
sebahagian daripada harta.
332
00:24:34,520 --> 00:24:40,520
Awak tahu apa yang
wanita perlukan selain wang?
333
00:24:42,520 --> 00:24:44,000
Cinta.
334
00:24:45,520 --> 00:24:47,520
Cinta, awak faham?
335
00:24:48,760 --> 00:24:51,720
Awak tahu kenapa saya di sini?
336
00:24:52,840 --> 00:24:56,080
Disebabkan apa yang
abang awak dan Jinfeng buat.
337
00:24:57,120 --> 00:24:59,400
Mereka tak bermoral.
338
00:25:00,520 --> 00:25:03,080
Mereka anggap saya siapa?
339
00:25:05,240 --> 00:25:09,520
Jika dia boleh berlaku
curang, saya pun boleh.
340
00:25:11,520 --> 00:25:16,280
Saya nak mencuranginya
341
00:25:17,240 --> 00:25:21,760
berulang kali.
342
00:25:26,520 --> 00:25:28,320
Awak nak Wu tahu tentang ini?
343
00:25:31,520 --> 00:25:36,440
Wei, tolong saya.
Rahsiakannya, jangan beritahu mereka.
344
00:25:41,280 --> 00:25:42,120
Wei!
345
00:25:47,520 --> 00:25:49,840
Sudah tentu, saya boleh rahsiakan.
346
00:25:51,320 --> 00:25:57,120
Namun mungkin suatu hari nanti,
saya perlukan bantuan awak.
347
00:26:09,480 --> 00:26:12,040
- Selamat pagi, doktor.
- Awal awak datang.
348
00:26:12,120 --> 00:26:13,680
Saya bawa bubur untuk mak.
349
00:26:20,000 --> 00:26:23,400
Kenapa tangan dia bengkak?
350
00:26:23,720 --> 00:26:26,360
Itu kesan sampingan menjalani
dialisis tiga kali seminggu.
351
00:26:27,480 --> 00:26:31,360
Tolong bedah saya, doktor.
Saya akan beri buah pinggang saya.
352
00:26:31,440 --> 00:26:34,120
Kita tak boleh buat begitu
tanpa kebenarannya.
353
00:26:35,280 --> 00:26:38,880
Doktor, adakah pemindahan buah pinggang
354
00:26:39,200 --> 00:26:42,560
- satu-satunya cara untuk selamatkan dia?
- Ya.
355
00:26:43,120 --> 00:26:43,960
Jadi…
356
00:26:45,120 --> 00:26:49,120
Awak telah memeriksa saya dan
awak kata saya penderma terbaik
357
00:26:49,200 --> 00:26:52,960
yang dia boleh terima.
Awak perlu membedah saya.
358
00:26:53,040 --> 00:26:56,320
Saya faham, tapi kita perlukan
persetujuannya untuk pembedahan itu.
359
00:26:56,440 --> 00:27:02,440
Dia cuma risau kesihatan saya akan
merosot hanya dengan satu buah pinggang.
360
00:27:02,520 --> 00:27:04,600
Namun lihat, saya sangat kuat.
361
00:27:04,680 --> 00:27:06,320
- Saya faham…
- Abaikan dia.
362
00:27:06,400 --> 00:27:07,960
Awak perlu pujuk ibu awak.
363
00:27:08,800 --> 00:27:14,480
Bolehkah kita buat dia tak sedar
supaya kita boleh teruskan pemindahan itu?
364
00:27:14,560 --> 00:27:16,760
Saya tak dibenarkan buat begitu.
365
00:27:16,840 --> 00:27:20,920
Pasti awak boleh buat sesuatu.
Gunakan anestetik.
366
00:27:21,760 --> 00:27:25,680
Buat dia tidur dan awak boleh bedah dia.
367
00:27:26,280 --> 00:27:31,760
Bolehkah kita buat begitu?
Dia takkan tahu apa-apa.
368
00:27:39,480 --> 00:27:42,960
- Yuehao, masuklah.
- Lama menunggu?
369
00:27:43,040 --> 00:27:45,640
Tidak, duduklah.
370
00:27:45,720 --> 00:27:49,360
Qing, apa berita baik
yang awak ada untuk saya?
371
00:27:50,680 --> 00:27:55,280
Hasrat awak akan tercapai tak lama lagi.
Wanita itu sudah nazak.
372
00:27:55,360 --> 00:27:58,840
Dia perlu jalani dialisis
tiga kali seminggu di hospital.
373
00:27:58,920 --> 00:28:01,200
Dia akan mati tak lama lagi.
374
00:28:02,080 --> 00:28:05,120
Tak lama lagi? Berapa lama sebenarnya?
375
00:28:06,040 --> 00:28:08,640
Boleh jadi lapan atau sepuluh tahun.
376
00:28:10,000 --> 00:28:14,040
Saya tak boleh buat apa-apa
jika dia akan bertahan selama itu.
377
00:28:14,120 --> 00:28:16,200
Jangan buat saya tertekan.
378
00:28:16,440 --> 00:28:21,920
Jangan kata begitu. Saya tak pernah
acukan pistol atau pisau pada awak.
379
00:28:22,400 --> 00:28:27,080
Ya, awak tak memaksa saya buat apa-apa.
380
00:28:27,160 --> 00:28:31,280
Namun saya perlukan lebih masa.
381
00:28:31,360 --> 00:28:35,440
Saya nak beri awak
lebih masa, tapi kilang itu…
382
00:28:35,520 --> 00:28:37,280
Bagaimana dengan kilang itu?
383
00:28:38,280 --> 00:28:39,480
Tiada apa-apa.
384
00:28:40,200 --> 00:28:44,560
Saya tak tahu jika ia
akan dijual kepada orang lain.
385
00:28:44,640 --> 00:28:49,320
Yuehao, awak tak perlu risau langsung.
386
00:28:49,400 --> 00:28:53,440
Wanita itu pasti akan mati.
387
00:28:53,520 --> 00:28:56,400
Betul, saya nak dia mati.
388
00:28:57,320 --> 00:29:01,640
Saya nak awak
hapuskan dia secepat mungkin.
389
00:29:01,720 --> 00:29:06,440
Namun saya cuma berjanji
untuk bantu awak menghalau mereka.
390
00:29:06,520 --> 00:29:09,560
Bukan itu yang saya nak sekarang.
391
00:29:10,400 --> 00:29:11,800
Bukan yang awak nak?
392
00:29:12,520 --> 00:29:17,440
Saya tak boleh buat begitu.
Saya tak ada keberanian untuk lakukannya.
393
00:29:17,520 --> 00:29:21,640
Tanya diri awak.
Ada apa-apa yang awak tak boleh buat?
394
00:29:22,600 --> 00:29:25,640
- Saya…
- Doktor beritahu saya yang
395
00:29:25,720 --> 00:29:27,840
Qilin akan keluar tak lama lagi.
396
00:29:27,920 --> 00:29:32,000
Dia tak nak pulang kerana
wanita itu masih di hospital.
397
00:29:32,920 --> 00:29:38,520
Jika Tuhan berlaku adil dan
wanita itu mati akibat kambuh,
398
00:29:39,000 --> 00:29:43,680
semuanya akan selesai
dan Qilin akan pulang.
399
00:29:47,480 --> 00:29:51,840
Apa kata awak beri saya arahan khusus?
400
00:29:52,480 --> 00:29:55,280
Saya tahu ada ubat
401
00:29:56,120 --> 00:30:02,040
yang boleh bantu orang mati dengan mudah.
Saya tertanya-tanya jika ia akan berkesan.
402
00:30:02,600 --> 00:30:05,120
Qing, awak rasa ia akan berkesan?
403
00:30:05,200 --> 00:30:06,840
Saya…
404
00:30:08,760 --> 00:30:14,360
Awak sentiasa ada idea.
Tentu awak akan fikirkan sesuatu. Betul?
405
00:30:14,960 --> 00:30:17,160
Yuehao, saya benar-benar…
406
00:30:17,240 --> 00:30:20,400
Awak nak pergi?
407
00:30:20,480 --> 00:30:22,360
Saya akan tunggu berita awak.
408
00:30:22,960 --> 00:30:24,240
Yuehao!
409
00:30:27,840 --> 00:30:28,720
Habislah saya.
410
00:30:28,800 --> 00:30:32,000
Encik Li, bapa awak datang untuk berjumpa.
411
00:30:33,040 --> 00:30:34,520
- Suruh dia masuk.
- Okey.
412
00:30:34,960 --> 00:30:36,440
Terima kasih.
413
00:30:37,000 --> 00:30:41,280
Guoli, ayah tahu kamu sibuk tapi
ada sesuatu yang ayah perlu tanya.
414
00:30:41,360 --> 00:30:43,000
Jawablah dan ayah akan pergi.
415
00:30:43,080 --> 00:30:44,160
Apa halnya?
416
00:30:45,120 --> 00:30:47,640
- Renniang dan Mingzhu bercinta?
- Ayah.
417
00:30:47,720 --> 00:30:49,640
Saya tak boleh jawab untuk Mingzhu.
418
00:30:50,320 --> 00:30:54,000
Kamu sama seperti adik kamu,
layan ayah seperti orang luar.
419
00:30:54,080 --> 00:30:55,640
Kamu tak beritahu ayah apa-apa.
420
00:30:55,720 --> 00:30:57,800
Tanyalah diri ayah sebabnya.
421
00:30:57,960 --> 00:31:00,320
Mingzhu baik dengan ayah.
422
00:31:00,800 --> 00:31:02,760
Namun ayah buat tindakan teruk itu…
423
00:31:03,040 --> 00:31:05,480
Apa maksud kamu?
424
00:31:05,560 --> 00:31:08,160
Jangan berani biadab dengan ayah
hanya sebab kamu peguam.
425
00:31:08,240 --> 00:31:12,760
- Apa yang ayah buat adalah demi keluarga!
- En. Li, En. Feng sudah sampai.
426
00:31:12,840 --> 00:31:14,960
- Jemput dia masuk.
- Okey. En. Feng, silakan.
427
00:31:15,200 --> 00:31:18,040
Maaf, saya sangat sibuk.
Sila pergi jika tiada apa-apa lagi.
428
00:31:18,120 --> 00:31:20,000
- Ayah belum selesai…
- En. Li.
429
00:31:22,480 --> 00:31:24,800
- Dia klien kamu?
- Ya.
430
00:31:27,480 --> 00:31:30,520
Encik Feng, adakah awak datang
kerana apa yang berlaku tempoh hari?
431
00:31:30,880 --> 00:31:34,840
Ya. Saya nak saman awak
kerana memukul saya.
432
00:31:34,920 --> 00:31:36,520
Ia satu salah faham.
433
00:31:36,600 --> 00:31:39,720
Benarkah? Adakah itu
beri awak hak untuk pukul saya?
434
00:31:39,800 --> 00:31:41,720
Sila duduk, En. Feng.
435
00:31:43,160 --> 00:31:44,760
Encik Feng, dengar penjelasan saya.
436
00:31:45,520 --> 00:31:48,240
Kamu akan uruskan kes itu untuknya?
437
00:31:48,320 --> 00:31:50,920
Ya. Dalam kata-kata ayah sendiri,
438
00:31:51,000 --> 00:31:53,520
"Menjadi tugas kita untuk
bantu orang yang bayar kita."
439
00:31:53,600 --> 00:31:57,280
En. Feng minta bantuan saya.
Saya tak boleh menolak.
440
00:31:57,360 --> 00:32:00,440
Selain itu, saya saksi kejadian itu.
441
00:32:00,520 --> 00:32:04,240
Ayah bapa kamu dan kamu anak ayah.
Kamu tak boleh saman ayah!
442
00:32:04,320 --> 00:32:06,480
- Kamu tak boleh buat begitu!
- Bertenang.
443
00:32:06,560 --> 00:32:11,720
Jangan anggap dia serius. Encik Li,
jangan menakutkan bapa awak.
444
00:32:12,480 --> 00:32:17,120
Encik Li, saya datang untuk
menandatangani surat ikatan pemindahan.
445
00:32:17,200 --> 00:32:20,640
Anak awak ambil alih syarikat saya.
446
00:32:20,720 --> 00:32:24,840
Benarkah?
Kamu merahsiakannya daripada ayah!
447
00:32:24,920 --> 00:32:27,120
Kamu takut ayah akan
masuk campur urusan Mingzhu?
448
00:32:27,960 --> 00:32:31,960
Encik Li, biar anak-anak jalani kehidupan
mereka sendiri. Jangan terlalu risau.
449
00:32:32,040 --> 00:32:35,240
Anak-anak awak sudah berjaya.
Awak boleh nikmati kehidupan.
450
00:32:35,320 --> 00:32:40,760
Mana ada. Encik Feng, apa yang
berlaku dulu adalah salah faham.
451
00:32:40,840 --> 00:32:44,920
- Saya belanja awak teh untuk minta maaf.
- Sudah tentu…
452
00:32:45,000 --> 00:32:48,160
Jangan buat begitu.
Saya terima jemputan awak.
453
00:32:50,000 --> 00:32:52,600
Guoli, Da-Ma akan pulang esok.
454
00:32:52,680 --> 00:32:54,440
Kamu dan Mingzhu mesti jumpa dia.
455
00:32:54,520 --> 00:32:58,000
Saya akan ke sana.
Mungkin ayah yang perlukan peringatan.
456
00:32:58,080 --> 00:33:01,040
Dia selalu menjawab cakap saya.
457
00:33:01,240 --> 00:33:04,640
Ada banyak peluang menunggu ayah di luar.
458
00:33:04,720 --> 00:33:06,440
Ayah perlu perhatikan kamu.
459
00:33:06,520 --> 00:33:08,960
- Kakak!
- Jiayu!
460
00:33:09,200 --> 00:33:10,720
- Kamu semua ada.
- Lihatlah awak.
461
00:33:10,800 --> 00:33:13,800
Tiga bulan berlalu begitu cepat,
saya sudah kembali.
462
00:33:13,880 --> 00:33:17,200
Saya sangat gembira semua orang sihat.
463
00:33:18,240 --> 00:33:20,840
Jiayu, keadaan amat sukar bagi awak.
464
00:33:20,920 --> 00:33:25,160
Hari ini hari yang baik.
Saya akan bawa awak ke suatu tempat.
465
00:33:25,240 --> 00:33:27,720
Kita nak ke mana? Kakak baru keluar.
466
00:33:27,800 --> 00:33:31,440
Saya menunggu hari ini
untuk bawa dia ke kilang.
467
00:33:31,520 --> 00:33:35,360
Kilang? Bagaimana
awak boleh uruskan kilang?
468
00:33:35,480 --> 00:33:38,840
Jangan memandang rendah terhadap saya.
Saya ada cara tersendiri. Ayuh.
469
00:33:38,920 --> 00:33:42,320
Ia kilang yang besar.
470
00:33:45,400 --> 00:33:48,360
Apa kamu bisik-bisik? Nak ikut?
Jika tak kami akan pergi sendiri.
471
00:33:48,440 --> 00:33:49,640
- Kami nak ikut!
- Nak ikut!
472
00:33:49,720 --> 00:33:53,920
Ayah, saya tak boleh pergi.
473
00:33:54,280 --> 00:33:56,640
Saya pun tak boleh pergi.
Saya perlu ke mahkamah.
474
00:33:56,960 --> 00:33:58,440
Baiklah, selamat tinggal.
475
00:33:58,520 --> 00:34:01,440
Ya, pergi kembali bekerja.
476
00:34:01,520 --> 00:34:03,240
Suka hati kamulah. Ayuh.
477
00:34:09,600 --> 00:34:12,719
Besarnya!
478
00:34:12,800 --> 00:34:15,600
Apa pendapat awak tentang tempat ini?
479
00:34:16,600 --> 00:34:18,120
Besarnya.
480
00:34:18,600 --> 00:34:22,960
Luasnya lebih 6,000 kaki persegi,
jauh lebih besar daripada yang lama.
481
00:34:23,040 --> 00:34:24,560
Awak sudah menyewanya?
482
00:34:24,639 --> 00:34:29,440
Ya. Dengan perniagaan,
kita mampu sewa ruang lantai ini.
483
00:34:29,520 --> 00:34:33,080
Saya akan ubah suai tempat ini.
484
00:34:33,159 --> 00:34:36,600
Kilang lama kita akan jadi pejabat.
485
00:34:37,880 --> 00:34:41,600
Saya berada di dalam selama tiga bulan.
Dari mana awak dapat begitu banyak wang?
486
00:34:42,880 --> 00:34:46,000
Tak perlu gunakan wang sendiri
untuk menjalankan perniagaan.
487
00:34:46,080 --> 00:34:49,320
Ada institusi kewangan yang beri pinjaman.
488
00:34:49,400 --> 00:34:52,040
Saya dapat bantuan daripada bank.
489
00:34:52,120 --> 00:34:56,639
Bank mana? Bank keluarga Li
atau bank keluarga Sai?
490
00:34:57,880 --> 00:35:00,560
Apa maksud awak?
491
00:35:00,640 --> 00:35:05,240
Selain Sai Qilin dan Yuehao,
siapa akan pinjamkan wang kepada awak?
492
00:35:05,640 --> 00:35:09,560
Wang tak penting.
Jangan buat sesuatu semata-mata untuknya.
493
00:35:09,640 --> 00:35:12,920
Banyak yang saya
sudah buat untuk keluarga Sai.
494
00:35:13,280 --> 00:35:17,600
Apa salahnya jika Qilin
tunjukkan penghargaannya?
495
00:35:18,880 --> 00:35:20,280
Saya baru teringat.
496
00:35:20,360 --> 00:35:25,640
Sebelum awak masuk penjara, adakah
awak berikan Mingzhu sejumlah wang?
497
00:35:25,720 --> 00:35:28,360
Ya, saya takut ia akan dirampas.
498
00:35:28,440 --> 00:35:31,000
Jadi, saya masukkannya
ke dalam akaun Mingzhu.
499
00:35:31,640 --> 00:35:33,560
- Berapa banyak?
- Dua ratus ribu.
500
00:35:33,640 --> 00:35:37,800
Apa? Jadi, dia ambil wang saya
untuk memulakan perniagaan,
501
00:35:37,880 --> 00:35:42,080
- tapi enggan bekerjasama dengan saya!
- Awak dapat wang itu secara haram.
502
00:35:42,160 --> 00:35:45,040
Jika dia perlukannya untuk
perniagaan, biarkan dia ambil.
503
00:35:45,120 --> 00:35:50,200
Wang saya dicuri?
Itu hasil titik peluh saya.
504
00:35:51,520 --> 00:35:56,640
Jadi, saya ialah
bos sebenar syarikat Mingzhu!
505
00:36:01,240 --> 00:36:03,680
- Maaf, taipkannya sekarang. Cepat.
- Sudah tentu.
506
00:36:04,840 --> 00:36:05,880
Mingzhu…
507
00:36:05,960 --> 00:36:08,560
Kenapa? Saya sibuk.
Saya tak boleh bantu awak.
508
00:36:08,640 --> 00:36:12,280
Tolonglah. Saya tak nak
kembali ke tapak pembinaan.
509
00:36:12,360 --> 00:36:15,760
Saya tahu ini syarikat awak. Jadi, saya
minta alamat awak daripada Renniang.
510
00:36:15,840 --> 00:36:19,000
Saya akan buat apa-apa kerja. Tolong saya.
511
00:36:19,080 --> 00:36:22,240
Jika itu benar,
awak harus kembali bekerja.
512
00:36:22,320 --> 00:36:25,760
Tak boleh. Saya tak akan kembali ke sana.
513
00:36:25,840 --> 00:36:30,200
Saya nak bekerja di bilik
berpendingin hawa seperti kakak saya.
514
00:36:30,280 --> 00:36:33,760
Saya pergi ke sekolah.
Saya boleh buat kerja rencam.
515
00:36:33,840 --> 00:36:35,640
- Maaf, saya tak boleh bantu.
- Mingzhu.
516
00:36:36,960 --> 00:36:38,120
Abang Wei.
517
00:36:39,280 --> 00:36:42,960
Ia syarikat yang agak besar.
Saya tak tahu awak amat berkebolehan.
518
00:36:43,040 --> 00:36:43,960
Apa awak nak?
519
00:36:44,360 --> 00:36:47,560
Tidak mengapa.
Selesaikan masalah awak dengan dia dulu.
520
00:36:47,640 --> 00:36:49,400
Mingzhu, tolonglah.
521
00:36:49,480 --> 00:36:51,880
Hongsheng, saya
benar-benar tak boleh bantu awak.
522
00:36:52,640 --> 00:36:53,600
Apa masalahnya?
523
00:36:54,240 --> 00:36:57,280
Saya datang untuk
minta kerja dengan Mingzhu.
524
00:36:57,360 --> 00:37:00,760
Di tapak pembinaan, saya hampir…
525
00:37:01,800 --> 00:37:04,600
Jika begitu, mari bekerja
di kedai barang kemas kami.
526
00:37:04,680 --> 00:37:05,640
Kedai barang kemas?
527
00:37:07,280 --> 00:37:09,400
Jangan takutkan saya.
Saya tak layak untuknya.
528
00:37:09,480 --> 00:37:14,320
Jangan mengarut. Satu panggilan daripada
saya dan awak akan diambil bekerja.
529
00:37:14,400 --> 00:37:15,920
Terima kasih, Abang Wei.
530
00:37:17,240 --> 00:37:21,560
Mingzhu, boleh kita bercakap
tentang masalah kita sekarang?
531
00:37:21,640 --> 00:37:23,560
Tiada apa untuk kita bincangkan.
532
00:37:24,360 --> 00:37:28,560
- Kita boleh bincangkan hal perniagaan.
- Kita dalam bidang yang berbeza.
533
00:37:28,640 --> 00:37:30,280
Makan tengah hari dengan saya.
534
00:37:33,240 --> 00:37:36,440
Saya sibuk, saya perlu bertemu pelanggan.
535
00:37:36,520 --> 00:37:38,560
- Makan malam?
- Tiada masa.
536
00:37:38,640 --> 00:37:41,280
Saya tak rasa dia ada masa.
537
00:37:41,360 --> 00:37:45,560
Dia masuk dan keluar dari pejabat sejak
saya datang. Tengok dia sudah kembali.
538
00:37:45,640 --> 00:37:48,120
Mingzhu, awak terbeban dengan kerja?
539
00:37:49,160 --> 00:37:53,160
Ia akan jadi berbeza jika
orang lain yang ajak dia keluar.
540
00:37:55,400 --> 00:37:56,400
Masa makan malam!
541
00:37:57,360 --> 00:38:01,360
Ke mana awak pergi?
Awak tak nak bekerja pun.
542
00:38:01,440 --> 00:38:04,160
Saya keluar mencari kerja.
543
00:38:04,240 --> 00:38:05,560
- Sudah dapat kerja?
- Ya.
544
00:38:05,640 --> 00:38:10,360
Saya akan bekerja di kedai, tempat
saya boleh lihat banyak benda berkilau.
545
00:38:10,720 --> 00:38:13,200
- Apakah kedainya?
- Kedai barang kemas.
546
00:38:14,840 --> 00:38:16,680
- Siapa beri awak kerja itu?
- Abang Wei.
547
00:38:17,640 --> 00:38:19,200
Wei yang berikan?
548
00:38:19,640 --> 00:38:22,360
Awak hanya mahukan kerja yang mudah.
549
00:38:22,640 --> 00:38:25,440
Awak tak boleh cari kerja sendiri?
Kenapa perlu minta tolong?
550
00:38:25,640 --> 00:38:27,640
Tiada orang yang baik dalam keluarga itu.
551
00:38:28,320 --> 00:38:30,360
Awak salah.
552
00:38:30,440 --> 00:38:31,960
Bukan semuanya.
553
00:38:32,280 --> 00:38:34,280
Paling tidak,
bapa Renniang lelaki yang baik.
554
00:38:35,040 --> 00:38:37,360
Jika dia baik, semua ini tak akan berlaku.
555
00:38:37,600 --> 00:38:39,520
Orang muda belajar daripada orang dewasa.
556
00:38:41,560 --> 00:38:42,880
Saya faham maksud dia.
557
00:38:42,960 --> 00:38:46,240
Bapa borek, anak rintik. Betul tak, kakak?
558
00:38:51,280 --> 00:38:52,400
Makan!
559
00:39:05,400 --> 00:39:06,320
Apakah itu?
560
00:39:06,800 --> 00:39:10,880
- Mingzhu suruh beri kepada awak.
- Apakah ini?
561
00:39:11,320 --> 00:39:12,160
Coklat.
562
00:39:21,200 --> 00:39:23,600
{\an8}AWAK SUKA COKLAT. INI UNTUK AWAK.
563
00:40:27,520 --> 00:40:28,880
Awak nak ke mana?
564
00:40:30,400 --> 00:40:33,440
- Saya nak buat panggilan.
- Balik ke bilik awak nanti.
565
00:40:33,520 --> 00:40:34,360
Okey.
566
00:40:34,440 --> 00:40:35,400
Mak.
567
00:40:42,840 --> 00:40:47,560
Jururawat, awak nampak pesakit
di Bilik 303? Dia ibu saya.
568
00:40:47,640 --> 00:40:50,680
Saya tak nampak dia.
Liping, pergi bantu mencarinya.
569
00:40:53,000 --> 00:40:53,960
Ayah!
570
00:40:55,200 --> 00:40:57,360
- Ayah nampak mak?
- Kenapa?
571
00:40:57,440 --> 00:40:59,080
Tidak. Kenapa dengan dia?
572
00:40:59,160 --> 00:41:03,160
- Dia sudah tiada.
- Dia tiada?
573
00:41:05,680 --> 00:41:06,520
Mak!
574
00:41:16,480 --> 00:41:17,680
Mak!
575
00:41:18,600 --> 00:41:20,800
HOSPITAL TOA PAYOH
576
00:41:34,680 --> 00:41:36,320
KLINIK PERGIGIAN JINHUA
577
00:42:04,680 --> 00:42:05,880
JALAN LIM TUA TOW
578
00:42:17,440 --> 00:42:18,960
Helo, Xiaodan?
579
00:42:20,920 --> 00:42:22,040
Mak hilang!
580
00:42:22,400 --> 00:42:23,560
Awak tahu mana dia pergi?
581
00:42:23,640 --> 00:42:26,480
Dia tiada di kawasan berhampiran.
Tolong saya cari dia.
582
00:42:26,560 --> 00:42:27,560
Saya akan ke sana.
583
00:42:28,280 --> 00:42:30,880
Apa pula sekarang? Ambil cuti lagi?
584
00:42:32,480 --> 00:42:33,400
Tidak.
585
00:42:40,960 --> 00:42:44,560
Cik Zhu, ia sangat penting.
Saya perlukan cuti sehari.
586
00:42:45,040 --> 00:42:48,800
{\an8}Hei! Ini keterlaluan!
587
00:42:49,240 --> 00:42:51,520
- Ada orang pengsan di sana!
- Di mana?
588
00:42:51,600 --> 00:42:53,080
Di sana! Panggil ambulans!
589
00:42:53,160 --> 00:42:57,960
- Seseorang pengsan…
- Dia tak apa-apa?
590
00:43:00,040 --> 00:43:02,880
- Kenapa?
- Sana!
591
00:43:08,360 --> 00:43:09,240
Mak!
592
00:43:10,720 --> 00:43:13,040
- Puan.
- Bangun.
593
00:43:13,160 --> 00:43:16,240
Mak! Bagaimana keadaan mak?
594
00:44:54,640 --> 00:44:57,640
Terjemahan sari kata oleh Azrena Tarmizi