1
00:00:01,000 --> 00:00:04,120
♪ BoBoiBoy Galaxy! ♪
2
00:00:04,200 --> 00:00:05,320
[muzik tema bermain]
3
00:00:08,360 --> 00:00:10,880
♪ Biar semua tahu ♪
4
00:00:10,960 --> 00:00:13,640
♪ Ini dunia baru ♪
5
00:00:13,720 --> 00:00:17,520
♪ Sama-sama kita tentang sampai menang ♪
6
00:00:18,160 --> 00:00:20,760
♪ Kuasa ini kita mencari ♪
7
00:00:20,840 --> 00:00:22,520
♪ Satu galaksi ♪
8
00:00:23,920 --> 00:00:27,440
♪ Kuasa ini jadi realiti ♪
9
00:00:29,000 --> 00:00:32,040
♪ Lepaskan kuasamu ♪
10
00:00:32,119 --> 00:00:34,840
♪ Mereka akan tahu ♪
11
00:00:34,920 --> 00:00:39,240
♪ Ini dunia kau dan aku ♪
12
00:00:39,840 --> 00:00:42,680
♪ Melayang kita lawan ♪
13
00:00:42,760 --> 00:00:45,200
♪ Bayangmu jadi awan ♪
14
00:00:45,280 --> 00:00:48,920
♪ Ya, cuma kita sahaja ♪
15
00:00:49,000 --> 00:00:51,560
♪ Lepaskan kuasamu ♪
16
00:00:51,640 --> 00:00:53,800
♪ Mereka akan tahu ♪
17
00:00:54,360 --> 00:00:57,360
♪ Inilah dunia kita ♪
18
00:00:59,560 --> 00:01:02,040
♪ Lepaskan kuasamu ♪
19
00:01:02,120 --> 00:01:04,360
♪ Mereka akan tahu ♪
20
00:01:04,440 --> 00:01:09,680
♪ Inilah dunia kau dan aku ♪
21
00:01:09,760 --> 00:01:12,200
♪ Melayang kita lawan ♪
22
00:01:12,280 --> 00:01:14,960
♪ Bayangmu jadi awan ♪
23
00:01:15,040 --> 00:01:18,280
♪ Ya, cuma kita sahaja ♪
24
00:01:18,360 --> 00:01:21,280
♪ BoBoiBoy Galaxy! ♪
25
00:01:23,920 --> 00:01:26,680
♪ BoBoiBoy Galaxy! ♪
26
00:01:31,000 --> 00:01:33,560
DOBI - DIBUKA 24 JAM
PROMOSI DOBI ANGKASA
27
00:01:33,640 --> 00:01:35,920
[Ying] Hore! Masa untuk belajar!
28
00:01:36,000 --> 00:01:39,120
- Dah lama kita tak datang sini.
-Betul.
29
00:01:39,680 --> 00:01:42,160
[Yaya] Kenapa bersepah ini?
30
00:01:42,240 --> 00:01:44,640
[bunyi berdengkur]
31
00:01:44,720 --> 00:01:46,240
Dengar tak?
32
00:01:46,320 --> 00:01:48,200
Ada orang lainkah di sini?
33
00:01:48,280 --> 00:01:50,760
[bunyi berdengkur]
34
00:01:50,840 --> 00:01:52,680
[Yaya] Tempat ini bersepah.
35
00:01:53,920 --> 00:01:56,040
[Ying] Gopal? BoBoiBoy.
36
00:01:56,120 --> 00:01:58,000
[mengerang]
37
00:01:59,280 --> 00:02:02,120
Yaya. Selamat pagi.
38
00:02:02,200 --> 00:02:03,960
[Yaya] Kamu tidur di sinikah?
39
00:02:04,040 --> 00:02:06,040
[menggeliat]
40
00:02:07,320 --> 00:02:11,039
Ya. Kita habiskan sepanjang malam
belajar di sini!
41
00:02:11,120 --> 00:02:12,600
Apa? Belajar?
42
00:02:12,680 --> 00:02:14,160
- Di sini?
- Kamu semua?
43
00:02:14,240 --> 00:02:15,080
Benarkah?
44
00:02:15,800 --> 00:02:17,920
Awak tak percayakan kami?
45
00:02:18,000 --> 00:02:23,000
Nah! Saya mencari sebarang maklumat
tentang kuasa elemen Cahaya, tapi…
46
00:02:23,080 --> 00:02:26,280
Tapi tak ada! Kami dah cari
tapi tak jumpa apa-apa!
47
00:02:26,360 --> 00:02:29,560
Awak dah cari?
Baru lima minit dah tertidur!
48
00:02:29,640 --> 00:02:32,520
{\an8}Baiklah! Misi untuk membantu BoBoiBoy.
49
00:02:32,600 --> 00:02:34,080
[berdengkur]
50
00:02:34,160 --> 00:02:35,800
Aduhai…
51
00:02:35,880 --> 00:02:39,480
Apa? Inilah pencapaian terbesar
dalam hidup saya.
52
00:02:39,560 --> 00:02:41,520
Kenapa?
53
00:02:41,600 --> 00:02:44,680
Awak kawan baik yang tak guna, BoBoiBoy.
54
00:02:44,760 --> 00:02:45,760
[Gopal] Awak tak tahu?
55
00:02:45,840 --> 00:02:50,240
Ini kali pertama saya
jejakkan kaki ke perpustakaan
56
00:02:50,320 --> 00:02:52,280
sepanjang hayat saya!
57
00:02:52,360 --> 00:02:53,680
Benarkah?
58
00:02:54,640 --> 00:02:57,520
Setiap langkah bagaikan seksaan.
59
00:02:57,600 --> 00:03:02,160
Setiap saat saya di sini
dipenuhi penderitaan.
60
00:03:02,240 --> 00:03:03,720
[muzik dramatik]
61
00:03:03,800 --> 00:03:06,560
Saya sangat bangga dengan awak, Gopal.
62
00:03:08,360 --> 00:03:12,960
Buku ini sepatutnya mengandungi
semua Sfera Kuasa mereka.
63
00:03:13,040 --> 00:03:15,960
Ia tak lengkap. Ochobot pun tak ada.
64
00:03:16,040 --> 00:03:18,320
Hei! Awak tak dengarkah?
65
00:03:18,400 --> 00:03:19,320
Aduh.
66
00:03:19,400 --> 00:03:24,280
Kalau tak ada di sini, di mana saya boleh
dapat maklumat tentang kuasa elemen saya?
67
00:03:24,360 --> 00:03:25,840
- [Koko Ci] Saya tahu!
- [bunyi berdebup]
68
00:03:25,920 --> 00:03:30,280
Ada satu Sfera Kuasa
yang boleh bantu awak!
69
00:03:30,360 --> 00:03:33,240
Aduhai. Bila awak sampai, komander?
70
00:03:33,320 --> 00:03:34,880
[BoBoiBoy] Sfera Kuasa apa. komander?
71
00:03:34,960 --> 00:03:36,080
Sfera Kuasa
72
00:03:37,040 --> 00:03:38,160
DataBot!
73
00:03:38,240 --> 00:03:40,960
Apa kuasa DataBot, komander?
74
00:03:41,040 --> 00:03:43,560
Ia tak ada sebarang kuasa!
75
00:03:43,640 --> 00:03:50,480
Tapi DataBot ada semua data
dan rekod semua Sfera Kuasa!
76
00:03:50,560 --> 00:03:53,200
Jadi, ia tahu tentang kuasa
elemen Cahaya saya!
77
00:03:53,280 --> 00:03:56,960
Tentulah! Tapi DataBot dah lama hilang.
78
00:03:57,040 --> 00:03:59,400
Khabar angin mengatakan ia
telah berjaya ditangkap
79
00:03:59,480 --> 00:04:02,680
dan ada yang kata ia telah dimusnahkan.
80
00:04:02,760 --> 00:04:04,880
Kalau begitu, kenapa awak beritahu kami?
81
00:04:04,960 --> 00:04:06,240
Apa awak cakap?
82
00:04:06,320 --> 00:04:08,640
Ya, komander? Ada panggil saya?
83
00:04:08,720 --> 00:04:10,360
- [Ying teriak]
- [Gopal mengaduh] Jangan!
84
00:04:11,160 --> 00:04:12,680
Kenapa awak ambil cermin mata saya?
85
00:04:14,120 --> 00:04:18,120
Saya perlu cari!
Di mana lokasi terakhir DataBot?
86
00:04:19,279 --> 00:04:20,560
Saya pun tak pasti.
87
00:04:21,480 --> 00:04:22,760
[Tarung] Tapi saya tahu!
88
00:04:22,840 --> 00:04:24,600
[semua bernafas laju]
89
00:04:24,680 --> 00:04:28,320
Lokasi terakhir DataBot
adalah di Planet Junkberg
90
00:04:28,400 --> 00:04:30,200
20 tahun lalu!
91
00:04:30,280 --> 00:04:31,480
Dua puluh tahun lalu?
92
00:04:31,560 --> 00:04:36,400
Kami pernah hantar ahli TAPOPS
untuk menjejaki DataBot
93
00:04:36,480 --> 00:04:38,520
tapi ia tak berjaya.
94
00:04:38,600 --> 00:04:42,320
[Tarung] Mungkin pelanduk dua
atau cuma khabar angin.
95
00:04:43,200 --> 00:04:44,440
Tiada siapa tahu.
96
00:04:44,520 --> 00:04:48,560
Kalau begitu,
boleh kami minta izin cari DataBot?
97
00:04:48,640 --> 00:04:50,640
Mungkin ia masih di situ!
98
00:04:51,760 --> 00:04:56,200
Baiklah. Tapi usaha awak mungkin sia-sia.
99
00:04:56,280 --> 00:04:59,280
Tak mengapa, laksamana. Asalkan kami cuba.
100
00:04:59,360 --> 00:05:01,320
Betul, anak muda!
101
00:05:01,400 --> 00:05:05,120
Saya suka orang yang mencuba.
102
00:05:05,200 --> 00:05:08,160
Benarkan saya bawa awak ke sana!
103
00:05:09,320 --> 00:05:11,520
Boleh tak jangan buat kami terkejut?
104
00:05:12,600 --> 00:05:15,160
Kenapa saya pula kena marah?
105
00:05:15,240 --> 00:05:18,080
{\an8}[muzik ringan]
106
00:05:24,520 --> 00:05:26,480
Di mana kita patut mula mencari?
107
00:05:28,000 --> 00:05:30,200
Apa maklumat yang kita
ada tentang DataBot?
108
00:05:30,280 --> 00:05:32,000
[Ochobot] Menurut data TAPOPS,
109
00:05:32,080 --> 00:05:36,680
{\an8}ia Kuasa Sfera yang suka
mengumpul data dan maklumat.
110
00:05:37,760 --> 00:05:40,800
Mungkin ada di kawasan simpanan maklumat.
111
00:05:40,880 --> 00:05:43,040
Ya! Seperti arkib lama!
112
00:05:43,640 --> 00:05:45,320
Mari kita tanya makhluk asing di sini.
113
00:05:45,920 --> 00:05:48,280
Bagus, anak muda!
114
00:05:48,360 --> 00:05:51,520
Kamu pergi cari Sfera Kuasa BotBot.
115
00:05:51,600 --> 00:05:55,360
Saya nak cari makan. Selamat tinggal!
116
00:05:55,440 --> 00:05:57,800
Makan? Tunggu saya, Kapten Papa!
117
00:05:57,880 --> 00:05:59,720
Awak ikut kami!
118
00:05:59,800 --> 00:06:02,360
[Gopal] Lepaskan saya, BoBoiBoy.
Saya lapar!
119
00:06:02,960 --> 00:06:04,840
[bunyi hon kenderaan]
120
00:06:04,920 --> 00:06:05,960
[riuh-rendah]
121
00:06:07,480 --> 00:06:09,840
Arkib angkasa lepas? Tak tahu pula.
122
00:06:11,560 --> 00:06:12,480
Pergi!
123
00:06:13,680 --> 00:06:15,680
Awak tahu di mana? Kami tak tahu.
124
00:06:16,720 --> 00:06:18,200
[menggumam]
125
00:06:24,240 --> 00:06:28,000
Pak cik,
pak cik tahu apa-apa arkib lama di sini?
126
00:06:28,080 --> 00:06:30,680
Arkib lama? Tak pernah dengar.
127
00:06:30,760 --> 00:06:33,120
Tidak? Bagaimana dengan kebab?
128
00:06:33,880 --> 00:06:34,960
Sudah!
129
00:06:35,040 --> 00:06:36,960
Bagus! Beri saya sepuluh cucuk.
130
00:06:37,520 --> 00:06:38,520
[mengeluh]
131
00:06:38,600 --> 00:06:40,880
[Ying] BoBoiBoy,
kami dengar sesuatu yang berguna.
132
00:06:40,960 --> 00:06:42,200
Ada apa?
133
00:06:42,800 --> 00:06:44,520
Di utara Pasar Kerat,
134
00:06:44,600 --> 00:06:47,960
ada kapal angkasa besar
yang terhempas 20 tahun lalu.
135
00:06:48,040 --> 00:06:51,800
Dua puluh tahun lalu?
Itu kali terakhir DataBot dilihat!
136
00:06:51,880 --> 00:06:53,640
[BoBoiBoy] Mari kita lihat!
137
00:06:53,720 --> 00:06:56,640
[Gopal] Hei, BoBoiBoy. Tunggu saya!
138
00:06:58,240 --> 00:07:01,360
[semua termengah-mengah]
139
00:07:04,320 --> 00:07:05,960
[kagum]
140
00:07:06,040 --> 00:07:07,600
[semua] Besarnya!
141
00:07:08,160 --> 00:07:09,400
[bunyi imbasan]
142
00:07:10,640 --> 00:07:12,760
[Ochobot] Ini Kapal Arkib Angkasa!
143
00:07:12,840 --> 00:07:14,680
Kapal Arkib Angkasa?
144
00:07:14,760 --> 00:07:19,840
[Ochobot] Betul. Kapal Arkib Angkasa
membawa pelbagai data dan maklumat
145
00:07:19,920 --> 00:07:24,320
{\an8}untuk dikongsikan dengan orang
di planet yang jauh daripada ketamadunan.
146
00:07:24,400 --> 00:07:26,840
{\an8}Macam perpustakaan bergerak!
147
00:07:26,920 --> 00:07:30,880
[Ochobot] Kapal itu tak terhempas,
tapi ia dah berhenti berfungsi
148
00:07:30,960 --> 00:07:34,760
apabila kapal angkasa yang baru
dihantar 20 tahun lalu.
149
00:07:36,200 --> 00:07:38,360
Ini bukan kebetulan!
150
00:07:38,440 --> 00:07:41,200
[BoBoiBoy] Tentu Kapal Arkib ini
ada kaitan dengan DataBot.
151
00:07:41,880 --> 00:07:43,680
Ada pintu masuk di sana!
152
00:07:43,760 --> 00:07:45,360
- Okey, mari pergi!
- [Yaya] Ayuh!
153
00:07:47,080 --> 00:07:48,120
[Gopal menjerit]
154
00:07:49,840 --> 00:07:51,920
[BoBoiBoy] Tempat ini sangat sunyi.
155
00:07:53,320 --> 00:07:55,080
Patung robot apa ini?
156
00:07:55,880 --> 00:07:57,360
Robot membaca buku juga?
157
00:07:57,440 --> 00:08:00,640
- [Ochobot] Jangan sentuh apa-apa, Gopal!
- Sentuh apa? Sentuh ini?
158
00:08:00,720 --> 00:08:01,840
[bunyi gegaran]
159
00:08:02,480 --> 00:08:04,840
Apa dah jadi? Saya tak buat apa-apa!
160
00:08:07,040 --> 00:08:08,520
[bunyi berkeletak]
161
00:08:16,240 --> 00:08:18,840
[muzik dramatik]
162
00:08:25,800 --> 00:08:28,400
[Jagara] Tinggalkan tempat ini
sekarang juga!
163
00:08:28,480 --> 00:08:29,520
[gema]
164
00:08:30,640 --> 00:08:31,880
[muzik saspens]
165
00:08:34,400 --> 00:08:37,840
- Maafkan saya, pengawal.
- Pengawal, kamu kata?
166
00:08:38,440 --> 00:08:41,320
Saya ialah robot pelindung Arkib Angkasa!
167
00:08:41,400 --> 00:08:44,159
Nama saya Jagara!
168
00:08:45,200 --> 00:08:47,640
Bukankah sama saja?
169
00:08:47,720 --> 00:08:51,320
Mereka tak sama!
Satu ada "ra" dan satu lagi tak ada.
170
00:08:51,400 --> 00:08:53,480
Maafkan kami, Jagara.
171
00:08:53,560 --> 00:08:55,640
Kami hanya mahu memasuki
kapal angkasa ini.
172
00:08:55,720 --> 00:08:57,680
[Jagara] Kamu tak dibenarkan masuk!
173
00:08:57,760 --> 00:09:04,280
Hanya mereka yang berjaya boleh
jejakkan kaki ke Kapal Arkib Angkasa ini!
174
00:09:04,360 --> 00:09:06,440
Macam mana kita nak buktikan?
175
00:09:06,520 --> 00:09:08,520
[Jagara] Soalan yang bijak.
176
00:09:08,600 --> 00:09:10,120
Ada tiga cara!
177
00:09:10,200 --> 00:09:11,600
[Ochobot] Apa itu?
178
00:09:11,680 --> 00:09:14,440
[Jagara] Pertama, kita beradu kekuatan!
179
00:09:14,520 --> 00:09:17,680
Kedua, kita beradu kepandaian!
180
00:09:17,760 --> 00:09:18,600
Ketiga?
181
00:09:18,680 --> 00:09:23,440
[Jagara] Ketiga, cipta mesin masa
dan kembali ke sini sebelum saya dicipta!
182
00:09:23,520 --> 00:09:25,480
Awak robot yang kelakar.
183
00:09:25,560 --> 00:09:26,720
[Jagara] Saya tak kelakar!
184
00:09:26,800 --> 00:09:29,480
Semua cara ini hanya logik!
185
00:09:30,720 --> 00:09:33,280
Kekuatan atau kepandaian?
186
00:09:33,360 --> 00:09:35,160
Baiklah, saya pilih lawan kekuatan!
187
00:09:35,240 --> 00:09:36,680
Hei, siapa yang suruh awak pilih?
188
00:09:36,760 --> 00:09:40,320
Bertenanglah. Saya bukan pandai sangat.
189
00:09:40,400 --> 00:09:43,160
Kita berempat! Apa yang dia boleh buat?
190
00:09:43,240 --> 00:09:47,160
[Jagara] Pilihan diterima!
Kalibrasi senjata!
191
00:09:47,240 --> 00:09:48,640
[bunyi tembakan]
192
00:09:49,400 --> 00:09:50,800
[bunyi letupan]
193
00:09:51,360 --> 00:09:52,840
[semua menjerit]
194
00:09:56,160 --> 00:09:57,720
Boleh kita tukar lawan kepandaian?
195
00:09:57,800 --> 00:09:59,200
[Jagara] Tak boleh!
196
00:09:59,280 --> 00:10:03,320
Bolehlah, wahai robot yang hebat,
kacak dan bergaya.
197
00:10:03,400 --> 00:10:07,520
[Jagara] Awak fikir robot seperti saya
akan termakan pujian??
198
00:10:07,600 --> 00:10:11,840
Itu bukan pujian. Ini fakta. Awak setuju?
199
00:10:12,600 --> 00:10:14,640
[Jagara] Logiklah, janji awak itu.
200
00:10:14,720 --> 00:10:16,480
- Baiklah, saya terima!
- [bunyi berdebup]
201
00:10:16,560 --> 00:10:18,520
Awak boleh buat begitu?
202
00:10:18,600 --> 00:10:21,280
[Jagara] Bersedia untuk ketiga-tiga
soalan ini!
203
00:10:21,360 --> 00:10:23,560
Jawab dengan betul!
204
00:10:24,320 --> 00:10:26,440
Awak ada talian hayat tak?
205
00:10:26,520 --> 00:10:28,160
Mana ada!
206
00:10:28,240 --> 00:10:30,280
Boleh beri kami talian hayat?
207
00:10:30,360 --> 00:10:32,160
Awak robot yang baik dan pemurah.
208
00:10:32,840 --> 00:10:35,640
[Jagara] Saya boleh rasa awak semua
sengaja kenakan saya!
209
00:10:36,920 --> 00:10:38,960
[Gopal] Jadi, awak bukan robot yang baik?
210
00:10:40,240 --> 00:10:43,440
[Jagara] Tentulah! Saya sangat baik.
211
00:10:43,960 --> 00:10:46,800
Sentiasa bersedia untuk
bantu mereka yang memerlukan.
212
00:10:47,760 --> 00:10:48,680
Perasan betul.
213
00:10:48,760 --> 00:10:50,960
[Jagara] Baiklah. Tiga talian hayat!
214
00:10:51,040 --> 00:10:52,880
Jawab dengan betul atau…
215
00:10:55,520 --> 00:10:56,640
[bunyi letupan]
216
00:10:58,240 --> 00:11:01,320
Baiklah. Apa soalan pertama?
217
00:11:01,400 --> 00:11:02,920
[Jagara] Soalan pertama.
218
00:11:03,000 --> 00:11:05,200
Ada kulit, tapi tiada rambut.
219
00:11:05,280 --> 00:11:07,600
Ada tulang belakang, tapi tiada otot.
220
00:11:07,680 --> 00:11:09,960
Ada cerita, tapi tiada mulut.
221
00:11:10,040 --> 00:11:13,320
Kalau awak pandai, siapa saya?
222
00:11:13,400 --> 00:11:14,640
Kuda botak?
223
00:11:14,720 --> 00:11:16,200
Kuda ada mulut!
224
00:11:17,600 --> 00:11:20,280
Ada kulit, tiada rambut.
225
00:11:20,360 --> 00:11:22,800
Ada tulang, tiada otot.
226
00:11:22,880 --> 00:11:25,920
Ada cerita, tak ada mulut?
227
00:11:26,000 --> 00:11:29,320
Susahnya.
Saya nak gunakan talian hayat pertama!
228
00:11:29,400 --> 00:11:30,760
Hei! Tunggu!
229
00:11:30,840 --> 00:11:33,800
Baiklah. Talian hayat pertama!
230
00:11:33,880 --> 00:11:36,760
Sila hubungi sesiapa saja.
231
00:11:40,240 --> 00:11:42,360
[bunyi bip]
232
00:11:42,440 --> 00:11:43,960
[bunyi telefon berdering]
233
00:11:44,560 --> 00:11:46,800
Helo, ayah! Ini Gopal!
234
00:11:46,880 --> 00:11:48,120
[Kumar] Gopal? Ada apa?
235
00:11:48,200 --> 00:11:50,480
Ada kulit, tiada mata.
236
00:11:50,560 --> 00:11:52,160
Memang ada tulang belakang,
tapi tak ada otak.
237
00:11:52,240 --> 00:11:53,240
Ada hidung…
238
00:11:53,320 --> 00:11:55,480
[Gopal] Saya belum habis tanya lagi!
239
00:11:55,560 --> 00:11:57,680
Tanya soalan pun salah!
240
00:11:57,760 --> 00:12:00,320
Mungkin soalannya salah,
tapi jawapannya betul.
241
00:12:01,000 --> 00:12:03,480
[Jagara] Hei, tak logik langsung.
242
00:12:06,040 --> 00:12:08,400
Saya tahu! Di sini!
243
00:12:08,480 --> 00:12:09,560
[Jagara] Ya, ada apa?
244
00:12:09,640 --> 00:12:10,800
Buku!
245
00:12:10,880 --> 00:12:12,280
Betul tak, Jagara?
246
00:12:12,360 --> 00:12:14,640
[Yaya] Buku ada kulit,
tapi tak ada rambut.
247
00:12:14,720 --> 00:12:16,080
Ada tulang, tiada otot.
248
00:12:16,160 --> 00:12:18,440
Buku ada cerita, tapi tak ada mulut.
249
00:12:18,520 --> 00:12:19,920
[muzik mendebarkan]
250
00:12:20,000 --> 00:12:21,880
[Jagara ketawa]
251
00:12:22,560 --> 00:12:25,600
Betul! "Buku" ialah jawapannya!
252
00:12:26,360 --> 00:12:28,320
- Bagus, Yaya!
- Terima kasih!
253
00:12:28,400 --> 00:12:31,000
Macam mana awak tahu
jawapannya ialah sebuah buku?
254
00:12:31,080 --> 00:12:33,000
Pada mulanya, saya juga keliru,
255
00:12:33,080 --> 00:12:35,520
tapi selepas saya melihatnya
dari sudut berbeza,
256
00:12:35,600 --> 00:12:37,360
baru saya faham soalannya.
257
00:12:38,480 --> 00:12:40,120
[Jagara ketawa]
258
00:12:40,200 --> 00:12:42,240
[Jagara] Sedia untuk soalan kedua?
259
00:12:42,320 --> 00:12:43,600
[semua] Sedia!
260
00:12:44,320 --> 00:12:46,120
[Jagara] Jangan terlalu gembira.
261
00:12:47,080 --> 00:12:48,800
Dia yang gembira.
262
00:12:48,880 --> 00:12:51,800
[Jagara] Mengarut!
Robot tak rasa kegembiraan!
263
00:12:52,520 --> 00:12:54,400
Dia tak siuman sangat.
264
00:12:54,480 --> 00:12:57,000
[Jagara] Apa awak cakap? Tak siuman?
265
00:12:57,720 --> 00:13:00,800
Saya kata,
saya tak sabar nak dengar soalan kedua!
266
00:13:00,880 --> 00:13:01,840
[Jagara] Baiklah!
267
00:13:01,920 --> 00:13:03,840
Dengar sini!
268
00:13:03,920 --> 00:13:06,360
Mak Ahmad ada lima orang anak.
269
00:13:06,440 --> 00:13:09,640
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Khamis.
270
00:13:09,720 --> 00:13:12,800
Apa nama anak kelima itu?
271
00:13:12,880 --> 00:13:15,360
- Senang saja.
- [BoBoiBoy] Jaga mulut awak, Gopal!
272
00:13:16,400 --> 00:13:17,920
Kenapa awak tutup mulut saya?
273
00:13:18,000 --> 00:13:21,440
Jangan jawab, Gopal! Ia soalan perangkap!
274
00:13:22,000 --> 00:13:23,960
Bukan "Jumaat".
275
00:13:24,040 --> 00:13:26,560
Jagara, boleh awak ulang soalan itu?
276
00:13:26,640 --> 00:13:27,720
[Jagara] Saya akan ulang.
277
00:13:27,800 --> 00:13:30,720
Mak Ahmad ada lima orang anak.
278
00:13:30,800 --> 00:13:34,040
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Khamis.
279
00:13:34,120 --> 00:13:37,040
Apa nama anak kelima itu?
280
00:13:37,120 --> 00:13:39,880
Ada yang tak kena dengan soalan ini.
281
00:13:39,960 --> 00:13:42,320
Patutkah kita gunakan talian hayat kedua?
282
00:13:43,200 --> 00:13:45,800
Setuju!
Kami nak gunakan talian hayat kedua!
283
00:13:45,880 --> 00:13:51,280
Baiklah! Salinan kedua awak
ialah jawapan pelbagai pilihan!
284
00:13:51,360 --> 00:13:52,560
Pilih antara
285
00:13:52,640 --> 00:13:54,640
A. Jumaat.
286
00:13:54,720 --> 00:13:56,280
{\an8}B. Sabtu.
287
00:13:56,360 --> 00:13:58,440
{\an8}C. Ahad.
288
00:13:58,520 --> 00:14:00,560
{\an8}Dan D. Ahmad.
289
00:14:00,640 --> 00:14:02,560
Tiada hari yang dipanggil "Ahmad"!
290
00:14:03,320 --> 00:14:05,320
Soalan itu mengatakan mak Ahmad.
291
00:14:05,400 --> 00:14:06,760
Mak kepada Ahmad.
292
00:14:06,840 --> 00:14:11,000
Jadi, anak kelima itu mesti Ahmad!
Betul tak?
293
00:14:14,320 --> 00:14:15,520
[Jagara] Awak pasti?
294
00:14:18,880 --> 00:14:21,360
Ya! D. Ahmad!
295
00:14:21,440 --> 00:14:23,240
[Jagara menggumam]
296
00:14:23,800 --> 00:14:28,200
[Jagara] Ya! Betul cakap awak!
297
00:14:28,280 --> 00:14:29,640
D. Ahmad!
298
00:14:30,840 --> 00:14:31,960
Hebat, Ying!
299
00:14:32,960 --> 00:14:34,600
Nasib baik aku perasan yang awal itu.
300
00:14:35,320 --> 00:14:36,920
Saya tak faham.
301
00:14:37,000 --> 00:14:41,240
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Khamis.
Selepas itu sepatutnya Jumaat, bukan?
302
00:14:41,320 --> 00:14:43,080
[Ochobot] Sila duduk di tepi.
303
00:14:43,160 --> 00:14:47,160
Satu lagi soalan,
lepas itu kita boleh masuk!
304
00:14:48,360 --> 00:14:51,720
[Jagara] Baiklah.
Sedia untuk soalan terakhir?
305
00:14:51,800 --> 00:14:52,760
Sedia!
306
00:14:52,840 --> 00:14:54,800
[muzik rancak]
307
00:14:54,880 --> 00:14:56,560
Apa patut kita buat?
308
00:14:56,640 --> 00:14:59,240
[Jagara] Hanya gerakkan tiga batang besi,
309
00:14:59,320 --> 00:15:02,880
ubah empat kotak itu
menjadi tiga kotak sahaja!
310
00:15:02,960 --> 00:15:04,720
Susahnya.
311
00:15:04,800 --> 00:15:06,760
Kita masih ada talian hayat terakhir.
312
00:15:06,840 --> 00:15:08,320
Mari kita gunakannya saja!
313
00:15:08,400 --> 00:15:10,320
Kami nak gunakan talian hayat terakhir!
314
00:15:10,400 --> 00:15:12,920
[Jagara] Baiklah! Talian hayat terakhir.
315
00:15:13,000 --> 00:15:15,960
Awak boleh tanya sesiapa saja di sini.
316
00:15:16,560 --> 00:15:19,000
- [bunyi angin bertiup]
- [gagak menggauk]
317
00:15:19,080 --> 00:15:21,440
Hei, tak ada sesiapa di sini.
318
00:15:21,520 --> 00:15:23,240
[Jagara] Itu bukan masalah saya!
319
00:15:24,400 --> 00:15:25,880
[Ochobot] Hei! Di sana!
320
00:15:25,960 --> 00:15:27,080
[termengah-mengah]
321
00:15:29,880 --> 00:15:32,240
Itu pun kamu, anak-anak kapal saya!
322
00:15:32,320 --> 00:15:35,240
[Jagara] Awak boleh tanya orang tua ini!
323
00:15:36,600 --> 00:15:39,840
Orang tua?
Badan begini awak kata orang tua?
324
00:15:39,920 --> 00:15:42,680
Jaga mulut awak, robot!
325
00:15:42,760 --> 00:15:44,720
Bertenang, Kapten Papa!
326
00:15:44,800 --> 00:15:47,920
Kapten Papa perlu bantu kami
selesaikan masalah ini!
327
00:15:48,800 --> 00:15:50,320
Apa? Ini kotak apa?
328
00:15:50,400 --> 00:15:55,840
Kita perlu gerakkan tiga batang besi
untuk jadikan empat kotak jadi tiga kotak.
329
00:15:55,920 --> 00:15:58,800
Hei, ini pun awak tak tahu?
330
00:15:58,880 --> 00:16:03,080
Awak anak murid Kebenaran atau Kesalahan?
331
00:16:04,000 --> 00:16:06,000
[Jagara] Jika awak bijak, selesaikannya.
332
00:16:06,080 --> 00:16:09,240
Keadilan tak pernah tak bijak!
333
00:16:09,320 --> 00:16:11,480
Budak-budak perempuan, tolong Papa!
334
00:16:11,560 --> 00:16:12,720
Baiklah!
335
00:16:12,800 --> 00:16:14,360
Alihkan yang ini ke sana.
336
00:16:14,440 --> 00:16:16,640
[Papa Zola] Yang itu di sana.
337
00:16:16,720 --> 00:16:18,720
Alih sedikit lagi! Yang bawah ini
338
00:16:18,800 --> 00:16:20,840
bawa ke atas. Lagi!
339
00:16:22,160 --> 00:16:23,600
Siap!
340
00:16:23,680 --> 00:16:25,160
- [Papa Zola ketawa]
- [Yaya dan Ying mengah]
341
00:16:25,240 --> 00:16:26,840
- [Ying] Rehat dulu.
- [Yaya] Penat.
342
00:16:27,840 --> 00:16:29,120
Mudah saja!
343
00:16:29,200 --> 00:16:31,920
Lain kali, fikir di luar kotak.
344
00:16:32,000 --> 00:16:34,440
Bukan fikir macam si kepala kotak itu!
345
00:16:35,080 --> 00:16:36,680
Fikir di luar kotak?
346
00:16:36,760 --> 00:16:38,680
[Jagara] Di luar kotak apa?
347
00:16:38,760 --> 00:16:41,640
Saya suruh gerakkan tiga batang besi
348
00:16:41,720 --> 00:16:44,280
bukan 30 batang besi!
349
00:16:44,360 --> 00:16:46,840
Tiga atau 30, sama saja!
350
00:16:46,920 --> 00:16:51,400
Awak tak belajar Matematik
di sekolah robotik awak?
351
00:16:51,480 --> 00:16:53,960
Tiada beza apabila awak tambah sifar!
352
00:16:54,040 --> 00:16:55,480
[Papa Zola] Memang betul robot!
353
00:16:56,320 --> 00:16:58,520
[Jagara] Lelaki tua degil!
354
00:16:58,600 --> 00:17:01,120
Rasakan…
355
00:17:01,680 --> 00:17:04,040
[BoBoiBoy] Tunggu!
Saya tahu jalan penyelesaiannya!
356
00:17:05,200 --> 00:17:06,640
- [Jagara] Ada apa?
- Lihat ini!
357
00:17:06,720 --> 00:17:10,119
BoBoiBoy Kuasa Tiga!
358
00:17:10,640 --> 00:17:13,800
Okey, dengar sini!
Letak balik pada posisi asal.
359
00:17:13,880 --> 00:17:14,839
Baiklah!
360
00:17:14,920 --> 00:17:16,319
[muzik aksi]
361
00:17:16,400 --> 00:17:19,800
Okey, sekarang alihkan yang itu.
362
00:17:19,880 --> 00:17:21,240
[BoBoiBoy Petir] Yang ini ke sini.
363
00:17:21,319 --> 00:17:23,280
Tolak yang ini ke tepi.
364
00:17:24,319 --> 00:17:25,480
Wah!
365
00:17:25,560 --> 00:17:26,760
Nampaknya begitulah.
366
00:17:26,839 --> 00:17:27,720
Hebat!
367
00:17:30,880 --> 00:17:32,080
Jadi, macam mana?
368
00:17:34,920 --> 00:17:37,040
[Jagara ketawa]
369
00:17:39,720 --> 00:17:45,040
[Jagara] Jawapan yang tepat! Tahniah!
370
00:17:45,120 --> 00:17:46,760
- Kita berjaya!
- Hebat!
371
00:17:46,840 --> 00:17:49,600
Macam mana awak boleh
terfikir penyelesaiannya?
372
00:17:49,680 --> 00:17:51,760
[BoBoiBoy] Saya ikut cakap awak
dan Kapten Papa.
373
00:17:51,840 --> 00:17:55,120
Lihat dari sudut berbeza,
dan fikir di luar kotak.
374
00:17:56,600 --> 00:18:00,960
Tahniah! Kamu telah menjawab semua soalan!
375
00:18:01,040 --> 00:18:03,280
[Jagara] Ini ganjaran awak!
376
00:18:07,960 --> 00:18:12,760
Selamat datang ke Kapal Arkib Angkasa!
377
00:18:12,840 --> 00:18:16,120
Silakan masuk! Baiklah.
378
00:18:17,000 --> 00:18:18,200
[bunyi saspens]
379
00:18:20,920 --> 00:18:23,600
[Yaya dan Ying]
Ada banyak benda dalam arkib itu!
380
00:18:23,680 --> 00:18:26,440
Pasti ada maklumat tentang elemen Cahaya!
381
00:18:27,640 --> 00:18:28,880
Apa benda ini?
382
00:18:28,960 --> 00:18:32,240
Budak-budak zaman sekarang! Awak tak tahu?
383
00:18:32,320 --> 00:18:34,040
Ini Cakera Lontar!
384
00:18:34,920 --> 00:18:36,080
[Papa Zola] Tangkap!
385
00:18:36,160 --> 00:18:37,720
- [Gopal bernafas laju]
- [Ochobot mengeluh]
386
00:18:37,800 --> 00:18:39,520
[Ochobot] Awak masih main-main.
387
00:18:41,360 --> 00:18:43,400
Ambillah, Kapten Papa!
388
00:18:47,760 --> 00:18:50,640
[DataBot] Apa kamu semua buat di sini?
389
00:18:51,800 --> 00:18:54,080
Awak anak robot tadi?
390
00:18:54,640 --> 00:18:55,920
[muzik mendebarkan]
391
00:18:56,000 --> 00:18:58,320
- Itu DataBot!
- Itu DataBot!
392
00:18:58,400 --> 00:19:01,840
Ya, saya DataBot!
393
00:19:01,920 --> 00:19:03,960
Siapa awak?
394
00:19:04,760 --> 00:19:07,600
Kami anggota TAPOPS. Saya BoBoiBoy.
395
00:19:07,680 --> 00:19:10,240
Ini Gopal, Yaya, Ying,
396
00:19:10,320 --> 00:19:12,440
Kapten Papa dan Ochobot.
397
00:19:13,560 --> 00:19:16,480
Ochobot. Sfera Kuasa terakhir.
398
00:19:16,560 --> 00:19:19,240
- Selamat berkenalan!
- [Ochobot] Hai!
399
00:19:19,840 --> 00:19:22,880
Tak sangka betul.
Akhirnya kita jumpa DataBot.
400
00:19:22,960 --> 00:19:27,240
Saya terkejut awak melepasi Jagara.
401
00:19:27,320 --> 00:19:30,480
Ramai yang cuba cari awak tapi gagal!
402
00:19:30,560 --> 00:19:32,120
Sudah tentu.
403
00:19:34,720 --> 00:19:38,080
Saya sengaja bersembunyi di sini.
404
00:19:38,160 --> 00:19:42,760
Untuk belajar lebih banyak data
dan luaskan ilmu.
405
00:19:42,840 --> 00:19:44,600
Kecil-kecil dah rajin!
406
00:19:44,680 --> 00:19:48,040
Kecil? Dia nampak antik, Kapten Papa.
407
00:19:48,120 --> 00:19:50,720
Ya, saya dah lama.
408
00:19:50,800 --> 00:19:52,800
Saya antara Sfera Kuasa…
409
00:19:52,880 --> 00:19:54,800
[Gopal] Kenapa dengan dia?
410
00:19:56,440 --> 00:19:58,440
yang terawal dicipta.
411
00:19:58,520 --> 00:20:02,160
Maknanya awak mesti tahu
tentang kuasa Elemental bukan?
412
00:20:02,240 --> 00:20:07,600
Betul. Saya ada maklumat
tentang semua Sfera Kuasa.
413
00:20:07,680 --> 00:20:10,440
Maknanya awak boleh tolong saya!
414
00:20:10,520 --> 00:20:15,160
Sudah tentu. Apa yang awak nak tahu?
415
00:20:15,240 --> 00:20:17,920
Saya nak tahu lebih lanjut
tentang elemen Cahaya saya!
416
00:20:18,000 --> 00:20:20,000
Macam mana nak aktifkan?
417
00:20:20,080 --> 00:20:23,160
Baiklah. Tolong beri saya sedikit masa.
418
00:20:25,400 --> 00:20:27,080
Saya tak sabar nak tahu!
419
00:20:27,160 --> 00:20:28,920
Lima minit kemudian…
420
00:20:29,000 --> 00:20:31,640
[mengeluh] Bila nak dapat jawapannya?
421
00:20:31,720 --> 00:20:34,120
[Ochobot] Dia masih proses soalan awak.
422
00:20:34,200 --> 00:20:37,280
Tak apa. Kita beri dia sedikit masa.
423
00:20:37,360 --> 00:20:39,080
Lima jam kemudian…
424
00:20:39,640 --> 00:20:41,520
[muzik santai]
425
00:20:42,000 --> 00:20:44,080
MEMUATKAN
426
00:20:44,640 --> 00:20:46,400
[semua mengeluh]
427
00:20:47,560 --> 00:20:50,120
Hei, DataBot! Awak masih di sana?
428
00:20:50,200 --> 00:20:53,600
MEMUATKAN
429
00:20:53,680 --> 00:20:55,440
Lima hari kemudian…
430
00:20:55,520 --> 00:20:58,840
MEMUATKAN
431
00:21:01,720 --> 00:21:04,880
Saya tak sangka awak
betul-betul jumpa DataBot.
432
00:21:06,320 --> 00:21:09,920
Dia mungkin dah rosak.
Mungkin memori dia terlalu penuh.
433
00:21:10,000 --> 00:21:12,360
Salah awak sebab tanya soalan susah!
434
00:21:12,440 --> 00:21:15,680
Susah? Itu soalan yang mudah!
435
00:21:16,360 --> 00:21:18,600
Apa kita nak buat sekarang?
436
00:21:19,160 --> 00:21:20,480
Tinggalkan dia di sini.
437
00:21:20,560 --> 00:21:24,400
[Tarung] Ada banyak lagi kerja penting
yang kita perlu uruskan.
438
00:21:27,880 --> 00:21:31,800
Nampaknya saya tak dapat maklumat
tentang kuasa elemen Cahaya saya.
439
00:21:34,360 --> 00:21:39,200
MEMUATKAN
440
00:21:39,280 --> 00:21:40,680
Data siap diproses!
441
00:21:40,760 --> 00:21:45,720
Elemen Cahaya yang datang
dari SinarBot ada tiga tahap.
442
00:21:45,800 --> 00:21:48,880
Untuk aktifkannya,
pengguna perlu meningkatkan
443
00:21:48,960 --> 00:21:53,800
kebijaksanaan mereka
kepada tahap yang lebih tinggi.
444
00:21:54,880 --> 00:21:55,960
Mereka pergi ke mana?
445
00:21:59,600 --> 00:22:01,920
Ini gurauan, bukan?
446
00:22:02,000 --> 00:22:05,960
Kuasa Cahaya daripada Ochobot,
bukan SinarBot!
447
00:22:06,520 --> 00:22:08,400
Salah! Sebenarnya…
448
00:22:09,400 --> 00:22:11,680
MEMUATKAN
449
00:22:11,760 --> 00:22:13,480
Sebenarnya, apa?
450
00:22:14,280 --> 00:22:17,920
Ini bukan DataBot. Ini KarutBot!
451
00:22:18,000 --> 00:22:20,040
Membazir masa saya saja!
452
00:22:20,120 --> 00:22:21,960
[Papa Zola] Mari, Cattus.
453
00:22:22,040 --> 00:22:23,240
Ikut Papa!
454
00:22:23,320 --> 00:22:24,560
[mengiau]
455
00:22:24,640 --> 00:22:28,080
Apa yang KarutBot cakapkan ini.
Betul tak, Cattus?
456
00:22:28,160 --> 00:22:30,920
MEMUATKAN
457
00:22:31,440 --> 00:22:33,440
[muzik tema penutup]
458
00:22:38,440 --> 00:22:45,320
♪ Kita di sini bersama ♪
459
00:22:45,400 --> 00:22:52,040
♪ Melewati indah dunia ♪
460
00:22:52,120 --> 00:22:58,920
♪ Kita bersama seperti karang ♪
461
00:22:59,000 --> 00:23:05,960
♪ Takkan ada yang mampu mengalahkan ♪
462
00:23:06,040 --> 00:23:11,800
♪ Di bawah langit yang sama ♪
463
00:23:11,880 --> 00:23:15,800
♪ Kita bergandingan ♪
464
00:23:15,880 --> 00:23:19,800
♪ Saling menjaga ♪
465
00:23:19,880 --> 00:23:25,480
♪ Di atas bumi yang sama ♪
466
00:23:25,560 --> 00:23:29,600
♪ Kita bergandingan ♪
467
00:23:29,680 --> 00:23:33,480
♪ Saling menjaga ♪
468
00:23:33,560 --> 00:23:39,280
♪ Di bawah langit yang sama ♪
469
00:23:39,360 --> 00:23:43,560
♪ Kita bergandingan ♪
470
00:23:43,640 --> 00:23:50,520
♪ Saling menjaga ♪