1 00:00:01,084 --> 00:00:02,884 KISAH INI BERDASARKAN KEJADIAN SEBENAR. 2 00:00:02,961 --> 00:00:04,921 BEBERAPA ASPEK TELAH DIUBAH SUAI. 3 00:01:19,788 --> 00:01:21,788 SEDANG DITAYANGKAN "MR. SONG" 4 00:01:23,417 --> 00:01:27,547 DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR 5 00:01:33,218 --> 00:01:34,428 Betul. 6 00:01:34,511 --> 00:01:37,511 Lagu tadi ialah "I'll Be A Witness" oleh Reverend Timothy Wright. 7 00:01:37,598 --> 00:01:42,188 Seterusnya The Mighty Indiana Travelers dengan lagu, "I'll Be Satisfied." 8 00:01:42,269 --> 00:01:47,149 Saya akan puas jika wanita di dunia ini mula dihormati. 9 00:01:47,232 --> 00:01:50,942 Saya Ratu Martha Jean di radio WQHG. 10 00:01:51,528 --> 00:01:55,028 Kamu lukis muka lagi? Mak dah cakap, jangan. Padam. 11 00:01:55,115 --> 00:01:56,945 Apa? Tak dengar. 12 00:01:57,409 --> 00:01:58,409 Matikan radio itu! 13 00:02:00,579 --> 00:02:02,709 Mak suruh lap tingkap. 14 00:02:02,789 --> 00:02:03,919 Saya dah lap! 15 00:02:04,416 --> 00:02:05,626 Mak tak percaya. 16 00:02:07,044 --> 00:02:09,384 Kamu tambahkan kerja mak. Lap cepat! 17 00:02:17,054 --> 00:02:18,474 Gerak bulatan! 18 00:02:19,848 --> 00:02:21,228 Jangan ada kesan! 19 00:02:26,480 --> 00:02:28,570 Untuk ini, biru… 20 00:02:29,441 --> 00:02:32,071 atau hijau? 21 00:02:32,986 --> 00:02:33,816 Biru. 22 00:02:35,614 --> 00:02:36,624 Okey. 23 00:02:39,034 --> 00:02:40,244 Pergi main di luar. 24 00:02:40,827 --> 00:02:42,327 - Minimum sejam. - Okey. 25 00:02:53,382 --> 00:02:56,762 Anak muda, itu lagu "I'll Be A Witness"? 26 00:02:56,844 --> 00:02:57,894 Ya, puan. 27 00:02:58,929 --> 00:03:00,809 Saya mainkan di program radio saya tadi. 28 00:03:00,889 --> 00:03:01,889 Sekejap… 29 00:03:01,974 --> 00:03:03,484 Ratu Martha Jean? 30 00:03:04,059 --> 00:03:06,139 - Betul. - Awak terkenal. 31 00:03:06,645 --> 00:03:09,645 Saya dengar program awak setiap pagi sebelum mak matikan radio. 32 00:03:09,731 --> 00:03:12,151 Orang di sini kenal saya rupanya. Siapa nama awak? 33 00:03:12,734 --> 00:03:16,704 Luke Song, anak Jin-ho Song, pemilik kedai Mr. Song. 34 00:03:16,780 --> 00:03:19,620 Kedai yang menjual topi dan aksesori. 35 00:03:20,242 --> 00:03:23,162 Awak patut masuk dan tengok barang cantik yang kami jual. 36 00:03:23,662 --> 00:03:26,872 En. Luke Song, memandangkan awak sangat sopan, saya takkan menolak. 37 00:03:29,459 --> 00:03:31,299 Topi itu baru disiapkan. 38 00:03:31,378 --> 00:03:33,208 Saya rasa, sesuai dengan awak. 39 00:03:34,506 --> 00:03:39,756 Tak melebihi bahu saya. Bagus. Pemakaian topi pun ada peraturan. 40 00:03:39,845 --> 00:03:41,045 Okey. 41 00:03:41,138 --> 00:03:44,638 Topi ini sesuai? 42 00:03:44,725 --> 00:03:48,805 Tak sesuai dengan muka awak. Muka awak terlalu bulat. 43 00:03:49,771 --> 00:03:51,481 Bentuk bulan besar. 44 00:03:51,565 --> 00:03:55,815 - Apa? "Bentuk bulan"? - Dia masih belajar Inggeris. 45 00:03:55,903 --> 00:03:57,363 Tidak, bahasa Inggerisnya bagus. 46 00:03:57,446 --> 00:03:59,866 Saya suka jurujual yang jujur dengan saya. 47 00:04:01,408 --> 00:04:06,288 Muka saya memang macam bulan. Kepala saya besar sebab otak saya besar. 48 00:04:09,666 --> 00:04:10,746 Bagaimana dengan topi ini? 49 00:04:11,460 --> 00:04:12,920 Bentuknya lebih cantik. 50 00:04:13,545 --> 00:04:15,205 Biar saya cuba. 51 00:04:15,297 --> 00:04:16,297 Topi ini perlukan sesuatu. 52 00:04:16,380 --> 00:04:19,430 - Ya, betul. - Ya. Awak terima tempahan khas? 53 00:04:19,510 --> 00:04:22,430 - Ya. - Bagus. 54 00:04:22,513 --> 00:04:24,643 Saya tak nak tengok orang pakai topi sama di gereja. 55 00:04:25,557 --> 00:04:27,677 Sekejap. Idea. 56 00:04:27,768 --> 00:04:28,768 Ya? 57 00:04:29,269 --> 00:04:31,099 Pernah hadiri gereja orang kulit hitam, Luke? 58 00:04:31,730 --> 00:04:33,110 Saya hadiri gereja Methodist Korea. 59 00:04:33,982 --> 00:04:35,532 Sangat membosankan. 60 00:04:36,568 --> 00:04:37,898 Gereja kulit hitam membosankan? 61 00:04:37,986 --> 00:04:38,986 Tidak. 62 00:04:40,697 --> 00:04:42,117 Ya. 63 00:04:42,866 --> 00:04:45,196 Dia letak bulu pelepah. 64 00:04:45,285 --> 00:04:47,325 - Ya. - Kamu berasal dari mana? 65 00:04:48,080 --> 00:04:49,580 Seoul, Korea Selatan. 66 00:04:49,665 --> 00:04:50,665 Bagusnya. 67 00:04:50,749 --> 00:04:53,129 Saya suka dengar orang berhijrah ke sini, bukan ke luar. 68 00:04:53,961 --> 00:04:56,171 Tapi, perniagaan tak begitu maju. 69 00:04:56,255 --> 00:04:58,545 Awak tak boleh tergesa-gesa. Lambat-laun akan maju. 70 00:04:59,258 --> 00:05:01,338 Saya bosan dengar orang gelar pekan ini terpencil. 71 00:05:01,426 --> 00:05:02,796 Kita pun berduit. 72 00:05:04,388 --> 00:05:06,558 Cuba tengok. Suka? 73 00:05:13,397 --> 00:05:15,607 Bagaimana nak sebut "topi" dalam bahasa Korea? 74 00:05:15,691 --> 00:05:16,901 Moja. 75 00:05:16,984 --> 00:05:18,154 Moja? Begitu? 76 00:05:18,235 --> 00:05:21,985 - Ya. - Ya. Moja ada dua maksud. 77 00:05:22,072 --> 00:05:26,742 Selain "topi," ia juga bermaksud "ibu dan anak lelaki." 78 00:05:31,123 --> 00:05:32,373 Baiklah. 79 00:05:32,457 --> 00:05:34,957 Moja dan moja. 80 00:05:35,961 --> 00:05:39,261 Aduhai. Menarik, bukan? 81 00:05:39,882 --> 00:05:41,842 Mulakan bab empat dari awal. 82 00:05:41,925 --> 00:05:46,005 Apa itu kaedah saintifik? Saintis yang perhatikan dunia semula jadi 83 00:05:46,096 --> 00:05:48,516 sentiasa fikirkan persoalan atau permasalahan. 84 00:05:48,599 --> 00:05:50,599 Tapi mereka dapat jawapan bukan dengan meneka. 85 00:05:50,684 --> 00:05:53,404 Mereka guna kaedah saintifik, iaitu beberapa jenis langkah. 86 00:05:53,478 --> 00:05:55,398 Langkah paling asas ditunjukkan dalam Rajah Dua. 87 00:05:56,565 --> 00:05:57,565 Pelik. 88 00:05:58,859 --> 00:06:00,739 Hei! Si pelik inilah yang akan belajar di kolej perubatan 89 00:06:00,819 --> 00:06:02,739 dan tanggung kamu semua setelah dia jadi doktor. 90 00:06:02,821 --> 00:06:08,121 Orang tak buat begini, mak. Buku teks dibaca, bukan dihafal. 91 00:06:08,410 --> 00:06:09,240 Jangan merungut. 92 00:06:09,578 --> 00:06:12,538 Kalau di Korea, kamu perlu ke tuisyen setiap hari sampai pukul 10:00 malam. 93 00:06:13,207 --> 00:06:15,417 Kenapa kita pindah ke sini kalau Korea lebih bagus? 94 00:06:16,168 --> 00:06:18,088 Sebab rakan-rakan kongsi ayah kamu menetap di sini. 95 00:06:18,170 --> 00:06:19,670 Tapi ayah selalu ke Korea. 96 00:06:19,755 --> 00:06:23,005 Seoul kemudian New York, ayah pergi dua minggu saja. 97 00:06:23,091 --> 00:06:25,011 Bagaimana dengan persembahan selo saya? 98 00:06:25,093 --> 00:06:26,893 Oh, Tuhan! 99 00:06:26,970 --> 00:06:32,480 Banyak soal tapi tak makan. Sebab itu kamu kecil dan kurus. 100 00:06:33,352 --> 00:06:36,522 Jangan gelak. Makan. 101 00:06:37,397 --> 00:06:39,227 Kamu semua kurus sangat. 102 00:06:40,400 --> 00:06:41,400 Pelik. 103 00:06:56,083 --> 00:06:58,003 Ayah? 104 00:07:01,046 --> 00:07:02,206 Ayah! 105 00:07:07,427 --> 00:07:10,967 Boleh saya ikut ayah ke New York? 106 00:07:11,390 --> 00:07:13,230 Ayah kerjalah. 107 00:07:38,333 --> 00:07:40,133 - Betul. - Betul. 108 00:07:40,210 --> 00:07:42,340 Saya Ratu Martha Jean. 109 00:07:42,421 --> 00:07:45,551 Sekarang, anda patut berdoa ini sebuah televisyen, 110 00:07:45,632 --> 00:07:48,262 bukannya radio pada pagi yang indah ini 111 00:07:48,343 --> 00:07:52,103 sebab saya nampak sangat cantik. 112 00:07:52,181 --> 00:07:57,141 Kenapa? Sebab saya beli topi baharu dari kedai Mr. Song. 113 00:07:57,227 --> 00:08:00,267 Mak! 114 00:08:00,939 --> 00:08:02,399 Kenapa? 115 00:08:02,816 --> 00:08:05,026 - Mari dengar! - Penduduk di pusat bandar 116 00:08:05,110 --> 00:08:11,200 perlu tahu tentang kedai Mr. Song. Layanan terbaik dan topinya cantik. 117 00:08:12,034 --> 00:08:14,454 Saya akan singgah lagi ke kedai itu hujung minggu depan. 118 00:08:14,870 --> 00:08:16,370 Kita terkenal! 119 00:08:20,042 --> 00:08:21,042 BUKA MASUK 120 00:08:27,466 --> 00:08:31,256 Saya tak nak terlalu menonjol sebab dah tua. 121 00:08:31,345 --> 00:08:36,135 Tapi Tuhan perlu nampak saya supaya doa saya makbul. 122 00:08:36,225 --> 00:08:37,805 Dia ada banyak tanggungjawab. 123 00:08:37,893 --> 00:08:41,153 Dia mahu Tuhan nampak topinya. 124 00:08:41,813 --> 00:08:44,483 - Kata topi ini sesuai dengan mukanya. - Nak tanya. 125 00:08:45,275 --> 00:08:46,855 Kamu ada topi fascinator? 126 00:08:46,944 --> 00:08:48,074 Ya, ada. 127 00:08:48,612 --> 00:08:52,412 Mak, kita perlu periksa apa itu fascinator. 128 00:08:52,741 --> 00:08:54,791 Pergi tolong Pn. Ellis. 129 00:08:55,577 --> 00:08:57,577 Hari ini hari bonus di syarikat automobil. 130 00:08:57,663 --> 00:09:00,963 - Tolong kuatkan, sayang. - Ya, betul. Hari bonus. 131 00:09:01,041 --> 00:09:04,501 Pergi cari suami anda dan dapatkan cek itu. 132 00:09:04,586 --> 00:09:08,376 Ashley, dengar tak? Martha Jean kata hari ini hari bonus. 133 00:09:08,465 --> 00:09:10,125 Lebih baik awak pergi ke kilang. 134 00:09:10,217 --> 00:09:12,087 Saya akan ke sana sekarang. 135 00:09:12,761 --> 00:09:14,051 Berapa harganya? 136 00:09:14,137 --> 00:09:15,557 Mak, berapa harga? 137 00:09:15,889 --> 00:09:17,139 Tengok tanda harga. 138 00:09:18,433 --> 00:09:19,893 Harganya 25 dolar. 139 00:09:22,563 --> 00:09:24,613 - Mak. - Terima kasih. 140 00:09:54,553 --> 00:09:55,553 Helo? 141 00:09:56,054 --> 00:09:57,064 Martha Jean! 142 00:09:57,973 --> 00:09:59,563 Sayang, jemput dia masuk. 143 00:09:59,641 --> 00:10:00,641 Okey. 144 00:10:03,562 --> 00:10:05,312 Helo. Mak awak ada? 145 00:10:05,397 --> 00:10:07,107 - Ikut saya ke belakang. - Terima kasih. 146 00:10:07,191 --> 00:10:09,191 Masuklah. Sediakan kerusi. 147 00:10:10,903 --> 00:10:12,613 - Jemput duduk. Ya. - Terima kasih. 148 00:10:12,696 --> 00:10:13,986 Semuanya okey? 149 00:10:14,072 --> 00:10:16,662 Mereka kata, awak telefon stesen radio, sebab itu saya singgah. 150 00:10:17,451 --> 00:10:19,331 - Semuanya okey. - Okey. 151 00:10:19,411 --> 00:10:20,791 Ya. 152 00:10:22,789 --> 00:10:24,459 Awak pandai melukis. Boleh saya tengok? 153 00:10:24,917 --> 00:10:26,377 Ya. Boleh. 154 00:10:28,086 --> 00:10:32,546 Cantiknya lukisan awak. Nampak serupa betul. 155 00:10:33,342 --> 00:10:35,052 Berapa banyak kami perlu bayar? 156 00:10:35,969 --> 00:10:36,969 Bayar apa? 157 00:10:38,055 --> 00:10:41,425 Beritahu dia, untuk iklan dalam program radionya. 158 00:10:42,017 --> 00:10:44,727 Mak mahu bayar awak untuk iklan itu. 159 00:10:45,938 --> 00:10:48,648 Itu bukan iklan. Saya ceritakan tentang kamu sebab saya suka topi saya. 160 00:10:49,525 --> 00:10:51,395 Saya perlu hebahkan perkara baik. 161 00:10:51,902 --> 00:10:53,782 Dia tak mahu duit. 162 00:10:57,491 --> 00:10:58,491 Terima kasih. 163 00:10:58,575 --> 00:11:00,575 Sudah 30 tahun saya jadi juruhebah 164 00:11:00,661 --> 00:11:02,701 dan penduduk di sini suka dengar hebahan mulut. 165 00:11:02,788 --> 00:11:08,538 Di Seoul pun sama. Tapi di sini, kami tak kenal sesiapa. 166 00:11:09,169 --> 00:11:10,629 Sekarang, awak kenal saya. 167 00:11:14,299 --> 00:11:16,639 Saya nak hadiahkan topi sebagai tanda terima kasih. 168 00:11:17,135 --> 00:11:19,175 Hadiah untuk kawan. 169 00:11:19,805 --> 00:11:22,515 Hadiah untuk wajah bulan besar. 170 00:11:27,020 --> 00:11:29,360 Terima kasih, tapi saya nak beli topi awak. 171 00:11:29,898 --> 00:11:33,358 Saya juga nak beli lukisan awak, Luke, kalau awak tak kisah. 172 00:11:33,861 --> 00:11:36,281 Beli lukisan saya? Betul? Lukisan yang mana? 173 00:11:37,322 --> 00:11:38,742 - Lukisan ini. - Okey. 174 00:11:39,658 --> 00:11:41,618 Awak perlu beri autograf dulu. 175 00:11:41,702 --> 00:11:42,912 Okey. 176 00:11:43,495 --> 00:11:45,035 Satu hari nanti, lukisan ini pasti bernilai. 177 00:11:45,122 --> 00:11:48,422 Tidaklah. Ini cuma hobi. Saya akan jadi doktor. 178 00:11:50,794 --> 00:11:54,014 Bagi menentukan molekul itu berkutub atau tidak, 179 00:11:54,089 --> 00:11:57,379 kita perlu tengok struktur Lewis. 180 00:11:57,968 --> 00:12:00,048 Sebatian tak berkutub berbentuk simetri. 181 00:12:00,137 --> 00:12:03,637 Semua bahagian di sekeliling atom tengah adalah serupa. 182 00:12:04,558 --> 00:12:08,058 Jika kita tengok pada metana, atom karbon di tengah 183 00:12:08,145 --> 00:12:11,475 dikelilingi atom hidrogen. 184 00:12:11,565 --> 00:12:13,725 Sebatian berkutub pula tak simetri. 185 00:12:21,742 --> 00:12:23,242 Itu saja untuk hari ini. 186 00:12:24,286 --> 00:12:28,536 Saya ada keputusan ujian kamu. Sila ambil sebelum keluar. 187 00:12:31,376 --> 00:12:32,416 Terima kasih. 188 00:12:36,256 --> 00:12:37,546 - Alan. Sama-sama. - Terima kasih. 189 00:12:40,677 --> 00:12:43,347 - Lee, usaha lagi. - Terima kasih, profesor. 190 00:12:43,430 --> 00:12:44,810 - Arthur. - Terima kasih. 191 00:12:47,434 --> 00:12:48,694 En. Song? 192 00:12:51,563 --> 00:12:52,563 Maaf. 193 00:12:56,318 --> 00:12:58,398 Macam biasa. Syabas. 194 00:12:58,987 --> 00:13:00,737 Awak akan berjaya dalam bidang ini. 195 00:13:13,168 --> 00:13:14,878 Itu pun dia! 196 00:13:14,962 --> 00:13:18,302 Anak doktor mak balik! 197 00:13:19,925 --> 00:13:23,675 - Kurusnya. Tak makan? - Makanlah. 198 00:13:24,096 --> 00:13:25,886 Mak perlu bantu pelanggan. 199 00:13:25,973 --> 00:13:27,183 Ramai isteri pastor datang kedai. 200 00:13:28,600 --> 00:13:30,730 Martha Jean! Luke dah sampai! 201 00:13:31,979 --> 00:13:34,649 Luke, hai. 202 00:13:35,232 --> 00:13:37,362 - Hai. - Awak balik bercuti? Duduklah. 203 00:13:37,442 --> 00:13:39,652 Saya perlu sorok topi ini. 204 00:13:39,736 --> 00:13:42,906 Suami saya kata, "Pilih saya atau topi itu." 205 00:13:42,990 --> 00:13:45,080 Kita tahu apa pilihan awak. 206 00:13:47,244 --> 00:13:50,124 Suasana hari Sabtu di kedai Mr. Song memang menarik. 207 00:13:51,373 --> 00:13:53,293 Topi ini cantik. 208 00:13:53,375 --> 00:13:54,785 Awak kenal semua wanita ini? 209 00:13:55,294 --> 00:13:58,174 Kebanyakannya saya kenal. Tapi mereka semua kenal saya. 210 00:13:59,298 --> 00:14:02,008 Ada yang cuba mengampu sebab saya pengacara radio. 211 00:14:02,092 --> 00:14:04,302 Tapi belakang saya, mereka kutuk saya. 212 00:14:04,803 --> 00:14:05,803 Betul? 213 00:14:06,597 --> 00:14:08,427 Mereka tak suka wanita yang bersuara. 214 00:14:09,016 --> 00:14:12,016 Saya terlalu berani dan tak ikut ajaran Tuhan. 215 00:14:13,187 --> 00:14:16,057 Saya sendiri pun perlukan keberanian. 216 00:14:16,940 --> 00:14:19,280 Sudahlah. Awak akan jadi doktor kaya dan hebat. 217 00:14:21,111 --> 00:14:22,111 Bagaimana jika tidak? 218 00:14:24,156 --> 00:14:25,276 Saya tak terkejut. 219 00:14:26,200 --> 00:14:27,410 Betul? 220 00:14:28,285 --> 00:14:29,535 Teman saya ke kereta. 221 00:14:31,079 --> 00:14:32,659 Saya fikir, awak tak sesuai jadi doktor. 222 00:14:33,498 --> 00:14:35,748 Saya dapat rasakan, awak akan jadi artis terkenal. 223 00:14:35,834 --> 00:14:37,384 Saya beli lukisan awak. Ingat tak? 224 00:14:37,461 --> 00:14:39,551 Nampaknya, awak dah rugi. 225 00:14:40,672 --> 00:14:42,422 Kita tak tahu masa depan kita. 226 00:14:43,842 --> 00:14:45,592 Dulu saya belajar nak jadi jururawat. 227 00:14:47,304 --> 00:14:48,434 Tapi tengok saya sekarang. 228 00:14:49,473 --> 00:14:50,933 Awak Ratu Martha Jean. 229 00:14:51,808 --> 00:14:54,348 Awak saja yang tahu kemahuan awak, En. Song. 230 00:15:27,594 --> 00:15:32,144 Constance ada beritahu dia diterima ke sekolah perundangan UC Davis? 231 00:15:33,183 --> 00:15:35,353 Tidak. Hebatnya. 232 00:15:36,728 --> 00:15:42,728 Mak beritahu mak cik, mak ada anak lelaki doktor, anak perempuan peguam. 233 00:15:42,818 --> 00:15:44,778 Kasihan mak cik. 234 00:15:46,071 --> 00:15:49,831 Anak lelakinya, Byung-ho, dapat nombor 28 dalam kelas. 235 00:15:49,908 --> 00:15:51,868 Dia memang tak bijak pun. 236 00:16:00,627 --> 00:16:02,087 Saya nak berhenti belajar. 237 00:16:05,299 --> 00:16:06,299 Apa? 238 00:16:07,467 --> 00:16:08,757 Saya tak nak sambung belajar. 239 00:16:11,555 --> 00:16:12,885 Jangan mengarut. 240 00:16:13,640 --> 00:16:14,810 Saya serius dan nekad. 241 00:16:15,976 --> 00:16:17,806 Kamu dah nak habis belajar. 242 00:16:18,896 --> 00:16:20,306 Tinggal satu semester saja lagi. 243 00:16:20,397 --> 00:16:22,517 Saya nak habiskan cuti musim panas ini untuk siapkan portfolio 244 00:16:22,733 --> 00:16:24,443 dan memohon ke kolej seni. 245 00:16:27,446 --> 00:16:30,406 Kolej seni! Mengarut. 246 00:16:32,534 --> 00:16:33,744 Saya nak jadi artis. 247 00:16:36,872 --> 00:16:38,042 Kami… 248 00:16:39,208 --> 00:16:41,458 korbankan segalanya demi kamu. 249 00:16:43,837 --> 00:16:45,797 Kami berhijrah ke sini supaya kamu ada peluang. 250 00:16:46,840 --> 00:16:50,390 Tapi kamu sia-siakan. 251 00:16:52,638 --> 00:16:53,968 Kamu nak hancurkan hidup kamu? 252 00:17:06,859 --> 00:17:07,859 Mak. 253 00:17:08,987 --> 00:17:10,607 Inilah kemahuan saya. 254 00:17:10,696 --> 00:17:11,866 Jadi? 255 00:17:13,157 --> 00:17:16,867 Ayah kamu nak jadi penyanyi opera! 256 00:17:17,246 --> 00:17:21,456 Tapi dia lupakan impian mengarut itu apabila abangnya terkorban dalam perang. 257 00:17:21,541 --> 00:17:22,671 Ya! 258 00:17:23,544 --> 00:17:26,304 Sebab itu dia bersedih! 259 00:17:27,297 --> 00:17:29,467 Ayah sepatutnya lebih faham pilihan saya! 260 00:17:29,550 --> 00:17:31,760 Dia tahu tanggungjawabnya. 261 00:17:32,052 --> 00:17:33,552 Dia sayangkan keluarganya. 262 00:17:33,846 --> 00:17:35,306 Saya pun sayang! 263 00:17:36,098 --> 00:17:38,768 - Tapi saya tak patut menderita… - Menderita? 264 00:17:39,101 --> 00:17:40,811 Kamu tak tahu apa-apa tentang penderitaan! 265 00:17:40,894 --> 00:17:42,654 Martha Jean kata saya berbakat. 266 00:17:43,605 --> 00:17:44,565 Apa? 267 00:17:45,023 --> 00:17:47,323 Martha Jean fikir, pilihan saya betul! 268 00:17:48,694 --> 00:17:50,454 Kenapa tiba-tiba cakap tentang dia? 269 00:17:52,739 --> 00:17:54,069 Dia mak kamu? 270 00:17:57,744 --> 00:17:59,504 Mengarut betul. 271 00:18:03,709 --> 00:18:05,709 Saya tak pernah suruh dia berhenti belajar. 272 00:18:05,794 --> 00:18:07,554 Awak yang mempengaruhi dia. 273 00:18:07,629 --> 00:18:09,129 Saya cuma beri dia galakan. 274 00:18:09,214 --> 00:18:11,554 Dia tak bahagia. Anak awak seorang yang kreatif. 275 00:18:11,633 --> 00:18:12,893 Dia tinggal satu semester saja lagi! 276 00:18:12,968 --> 00:18:15,848 Semakin hampir ke penamat, ada hidup yang selamat dan terjamin. 277 00:18:15,929 --> 00:18:17,349 Tapi dia sia-siakan. 278 00:18:17,890 --> 00:18:22,350 Saya dah janji dengan diri saya, anak-anak saya takkan menderita macam saya. 279 00:18:22,936 --> 00:18:25,936 Saya hadapi zaman perang. Awak pernah hadapinya? 280 00:18:26,023 --> 00:18:29,283 Saya alami pemberontakan Detroit 1967 sebagai wanita kulit hitam. 281 00:18:29,359 --> 00:18:30,609 Dia anak saya! 282 00:18:31,153 --> 00:18:35,283 Awak ingat, awak boleh arah kami hanya kerana awak ada program radio? 283 00:18:35,866 --> 00:18:37,326 Awak cuma pelanggan. 284 00:18:39,494 --> 00:18:40,664 Betul kata awak. 285 00:18:41,288 --> 00:18:44,118 Awak ibunya, saya cuma pelanggan. 286 00:18:45,459 --> 00:18:48,839 Tapi jika awak terus berdegil, awak akan kehilangan dia. 287 00:19:26,750 --> 00:19:28,170 Ayah… 288 00:19:34,216 --> 00:19:38,346 Saya dapat biasiswa dan diterima ke Kolej Rekaan Parsons. 289 00:19:39,513 --> 00:19:41,563 Saya tak minta apa-apa daripada ayah. 290 00:19:47,646 --> 00:19:49,816 Kamu tahu opera ini tentang apa? 291 00:19:51,275 --> 00:19:55,735 Seorang pemuda yang pilih haluan yang membawa kepada kematiannya 292 00:19:56,572 --> 00:19:58,032 dalam masa sehari. 293 00:20:10,961 --> 00:20:14,421 Saya sedih ayah tak dapat kecapi impian ayah. 294 00:20:17,176 --> 00:20:21,466 Saya mohon lapan kolej seni dan semua permohonan itu diterima. 295 00:20:24,516 --> 00:20:26,306 Saya amat berbakat. 296 00:21:11,063 --> 00:21:16,613 Apabila bercakap tentang seni, maksudnya cara melihat, okey? 297 00:21:17,194 --> 00:21:19,454 Ingat, ini kelas pemikiran kritis. 298 00:21:19,530 --> 00:21:23,870 Jadi, saya mahu kamu semua fikirkan dialog dengan penonton. 299 00:21:31,542 --> 00:21:32,712 Kenapa lukisan alam benda? 300 00:21:33,919 --> 00:21:36,379 Saya suka lukisan Zaman Kegemilangan Belanda. 301 00:21:37,047 --> 00:21:38,337 Saya suka teknik. 302 00:21:40,634 --> 00:21:42,804 Awak ada kenangan indah dengan pisang kaki? 303 00:21:44,388 --> 00:21:47,848 Tidak. Saya cuma suka bentuk dan warnanya. 304 00:21:49,101 --> 00:21:51,021 Apa yang penting tentangnya? 305 00:21:54,523 --> 00:21:57,363 Saya cuba faham penjelasannya. 306 00:21:57,442 --> 00:21:58,442 Ia cantik. 307 00:22:00,654 --> 00:22:01,914 Itu saja. Itulah penjelasannya. 308 00:22:04,241 --> 00:22:05,241 Okey. 309 00:22:06,159 --> 00:22:07,159 Pelajar seterusnya. 310 00:22:07,995 --> 00:22:10,705 Gavin, apa mesej awak cuba sampaikan? 311 00:22:11,832 --> 00:22:13,882 Tentulah tentang pengaruh luaran. 312 00:22:14,459 --> 00:22:17,919 Ilham saya ialah karya Guy Debord, The Society of the Spectacle. 313 00:22:18,005 --> 00:22:21,255 Ia mengkritik tentang kapitalisme. 314 00:22:21,967 --> 00:22:24,887 Kenapa awak pilih imejan tahun 1960-an? 315 00:22:52,122 --> 00:22:55,462 Kita asyik bincang hal yang sama sepanjang tahun. 316 00:22:56,001 --> 00:22:58,091 Lukisan awak perlu ada makna. 317 00:22:58,170 --> 00:23:00,960 Fikir tentang pilihan yang awak buat. 318 00:23:01,048 --> 00:23:04,088 Luke, awak perlu mampu ceritakan tentang karya awak! 319 00:23:04,176 --> 00:23:06,466 Saya tak mahu jelaskan, okey? 320 00:23:06,553 --> 00:23:08,973 Saya cuma mahu orang ramai datang ke galeri karya saya 321 00:23:09,056 --> 00:23:11,426 dan tersentuh melihat bentuk dan warna. 322 00:23:11,517 --> 00:23:13,557 Tidak. Lukisan bukan tentang visual saja. 323 00:23:13,644 --> 00:23:16,024 Ia memerlukan dialog antara si pelukis… 324 00:23:16,104 --> 00:23:18,194 Kenapa? Itu terlalu malas, okey? 325 00:23:18,273 --> 00:23:21,943 Seni konseptual mengarut dan alasan untuk tak mempunyai teknik. 326 00:23:23,987 --> 00:23:29,327 Luke, sepanjang tahun ini, saya cuma mahu awak berfikir secara kritis. 327 00:23:30,494 --> 00:23:33,504 Itu saja. Lagipun, ini sekolah. 328 00:23:35,582 --> 00:23:37,252 Sukatan pelajaran pun tak ada. 329 00:23:51,723 --> 00:23:53,393 Ini bukan rumah tumpangan. 330 00:23:54,893 --> 00:23:57,983 Kalau nak tinggal di sini, kamu perlu kerja. Tolong mak di kedai. 331 00:23:58,397 --> 00:23:59,437 Enam hari seminggu. 332 00:24:00,732 --> 00:24:02,232 Mak boleh bermegah. 333 00:24:03,443 --> 00:24:05,033 Mak tak nak bermegah. 334 00:24:10,367 --> 00:24:11,737 Mak masih marah. 335 00:24:20,794 --> 00:24:22,094 KE UDARA 336 00:24:22,171 --> 00:24:24,091 Jika anda betul-betul mahu berjaya, 337 00:24:24,173 --> 00:24:27,383 anda perlu belajar bertenang jika berdepan kesusahan. 338 00:24:29,052 --> 00:24:33,102 Anda sedang mendengar Ratu Martha Jean di WQHG. 339 00:24:42,941 --> 00:24:44,111 - Hei. - Hai. 340 00:24:45,194 --> 00:24:46,534 Kita boleh cakap sepanjang lagu ini saja. 341 00:24:46,612 --> 00:24:48,782 Ceritakan segalanya dalam masa tiga minit. Bagaimana hidup di New York? 342 00:24:51,366 --> 00:24:52,366 Tak bagus. 343 00:24:53,702 --> 00:24:55,292 - Duduklah. - Okey. 344 00:25:00,709 --> 00:25:03,799 Saya berhenti belajar lagi. 345 00:25:05,172 --> 00:25:08,682 Saya tak berjiwa seni. Mungkin saya tak berbakat. 346 00:25:09,551 --> 00:25:14,101 Hidup di New York memang mencabar. Tapi aktiviti seni di Detroit hebat juga. 347 00:25:14,181 --> 00:25:16,101 Ramai artis hebat berasal dari Detroit. 348 00:25:16,183 --> 00:25:17,683 Saya bukan seorang artis. 349 00:25:17,768 --> 00:25:19,978 - Awak artis. - Jangan cakap begitu. 350 00:25:20,729 --> 00:25:23,819 Sebelum ini pun awak cakap begitu dan saya tak patut ikut cakap awak. 351 00:25:23,899 --> 00:25:26,989 - Saya? Apa kaitan dengan saya pula? - Awak yang suruh saya jadi artis. 352 00:25:27,069 --> 00:25:31,159 Saya bukan betul sepanjang masa. Awak patut abaikan saya macam anak saya. 353 00:25:32,491 --> 00:25:34,161 Jangan. Tidak. 354 00:25:34,243 --> 00:25:38,333 Bukan begini caranya. Saya bukan majikan awak. 355 00:25:38,413 --> 00:25:40,833 Awak mungkin takkan dapat segalanya yang awak mahu. 356 00:25:41,416 --> 00:25:46,796 Tapi awak juga takkan dapat apa-apa jika asyik mengenang nasib. 357 00:25:46,880 --> 00:25:49,130 Awak anak ibu awak. 358 00:25:51,176 --> 00:25:54,806 Dia masih marah pada saya. Saya dah tak datang ke kedainya. 359 00:25:56,348 --> 00:25:59,558 Keluarga Song memang dramatik. 360 00:26:01,395 --> 00:26:02,685 Keluar. 361 00:26:08,902 --> 00:26:10,452 Awak masih simpan lukisan itu? 362 00:26:11,029 --> 00:26:12,699 Ya. Tapi saya akan buang 363 00:26:12,781 --> 00:26:15,201 sebab awak baru cakap, lukisan itu tak ada nilai. 364 00:26:15,742 --> 00:26:17,332 Selama ini, saya terfikir nak jual. 365 00:26:19,204 --> 00:26:20,374 Keluar. 366 00:26:46,815 --> 00:26:47,815 Martha Jean. 367 00:26:49,902 --> 00:26:50,992 Seronok berjumpa awak. 368 00:26:52,946 --> 00:26:53,946 Awak perlukan topi baharu? 369 00:26:56,200 --> 00:26:58,240 Topi ini perlukan lebih gaya. Menonjol. 370 00:26:58,327 --> 00:27:01,957 Tinggi. Sangat tinggi. Macam Nefertiti, ratu sebenar. 371 00:27:03,081 --> 00:27:04,631 - Lima belas sentimeter? - Tiga puluh. 372 00:27:04,708 --> 00:27:05,998 - Okey. - Itu bukan trend sekarang. 373 00:27:06,084 --> 00:27:07,344 Kalau saya pakai, akan jadi trend. 374 00:27:07,878 --> 00:27:11,548 Tinggi sangat. Tak boleh. Topi akan jatuh macam kek cair. 375 00:27:11,632 --> 00:27:13,882 - Lebih kurang begini? - Lakaran saja tak berguna. 376 00:27:13,967 --> 00:27:16,547 Luke faham. Ya, saya suka! 377 00:27:16,637 --> 00:27:18,637 Tinggi sangat. Tak boleh. 378 00:27:18,722 --> 00:27:20,932 - Kita boleh buat besar. - Kamu nak guna apa sebagai rangka? 379 00:27:21,016 --> 00:27:23,346 - Dawai. - Dawai tak kukuh. 380 00:27:23,435 --> 00:27:26,015 - Kita boleh guna kokot… - Mengarutlah. Mustahil. 381 00:27:26,104 --> 00:27:28,654 Kamu berdua boleh hasilkan bersama-sama. 382 00:27:28,732 --> 00:27:30,032 Tengok. 383 00:27:30,108 --> 00:27:31,528 - Mustahil. - Tengoklah. 384 00:27:31,944 --> 00:27:33,784 Tak boleh. Kamu buatlah dengan dia. 385 00:27:33,862 --> 00:27:35,662 Saya rasa, nampak cantik. 386 00:27:37,324 --> 00:27:38,744 Kami boleh hasilkannya. 387 00:28:35,299 --> 00:28:36,799 Tindihkan dua acuan. 388 00:28:37,843 --> 00:28:39,183 Supaya tinggi. 389 00:28:40,137 --> 00:28:41,717 Kamu perlu tambah tetulang 390 00:28:42,264 --> 00:28:43,774 supaya tak terjatuh. 391 00:28:45,100 --> 00:28:46,100 Okey. 392 00:28:47,269 --> 00:28:49,059 Buat begini, di sekelilingnya. 393 00:29:18,675 --> 00:29:20,965 - Saya dah kata, bukan? Ya. - Okey. 394 00:29:34,107 --> 00:29:35,977 Itu pun topinya. 395 00:29:37,736 --> 00:29:39,236 Nefertiti. 396 00:29:40,405 --> 00:29:42,315 Kali ini, kamu berdua betul-betul melebihi jangkaan saya. 397 00:29:42,407 --> 00:29:43,447 Terima kasih. 398 00:29:43,951 --> 00:29:45,081 Boleh saya tengok? 399 00:29:48,205 --> 00:29:51,535 Ya. Saya mahu dikebumikan dengan topi ini. 400 00:29:51,625 --> 00:29:52,995 Jangan cakap tentang kematian. 401 00:29:53,710 --> 00:29:55,130 Saya pujilah. 402 00:29:56,171 --> 00:29:58,301 Kamu perlu ke gereja untuk tengok saya pakai topi ini. 403 00:29:58,382 --> 00:30:00,012 Tak nak. Saya tak kuat agama. 404 00:30:00,092 --> 00:30:02,092 - Kami tak kisah. - Saya akan bawa dia. 405 00:30:02,636 --> 00:30:05,556 Akhirnya, kedai ini ada pewaris. 406 00:30:14,648 --> 00:30:16,728 Biar mak tengok bahagian bawah. Bawa ke sini. 407 00:30:22,406 --> 00:30:23,486 Okey. 408 00:30:28,203 --> 00:30:29,083 Wah… 409 00:30:29,830 --> 00:30:34,210 Mak tak pernah terfikir bentuk ini boleh dijadikan topi. 410 00:30:35,335 --> 00:30:38,455 Kelas anatomi saya selama ini berguna juga. 411 00:30:43,135 --> 00:30:45,595 Saya namakannya "Sarang Burung." 412 00:30:49,933 --> 00:30:52,813 Mak tahu saya buat semua ini sebab mak? 413 00:30:53,687 --> 00:30:56,567 Saya selalu tengok mak buat semasa saya kecil. 414 00:30:57,065 --> 00:31:00,605 Mak dapat idea dan terus hasilkannya. 415 00:31:01,862 --> 00:31:03,362 Mak menjahit saja. 416 00:31:05,490 --> 00:31:06,870 Mak seorang artis. 417 00:31:07,367 --> 00:31:08,367 Mana ada. 418 00:31:09,578 --> 00:31:12,288 Ya, mak artis. 419 00:31:16,043 --> 00:31:20,013 Selama ini, saya asyik fikir nak jadi apa… 420 00:31:22,341 --> 00:31:23,341 Mak… 421 00:31:24,468 --> 00:31:26,678 Mungkin saya cuma nak jadi macam mak. 422 00:31:37,898 --> 00:31:39,728 Apabila melihat sekeliling, 423 00:31:39,816 --> 00:31:42,646 saya perasan ada antara kamu yang tak mahu berada di sini. 424 00:31:43,695 --> 00:31:48,405 Ada seseorang yang baru tersedar dari kegelapan. 425 00:31:49,326 --> 00:31:54,496 Rasa tiada harapan dan buntu. Tapi, kamu tetap datang. 426 00:31:55,707 --> 00:31:58,587 Kamu di rumah Tuhan dan masih hidup. 427 00:31:58,669 --> 00:32:02,169 Kamu masih bernafas dan kelihatan menawan. Amen? 428 00:32:02,256 --> 00:32:03,966 Amen. 429 00:32:04,049 --> 00:32:07,299 "Jika aku dapat bantu seseorang semasa aku sendirian… 430 00:32:08,512 --> 00:32:11,892 jika aku dapat beri semangat melalui kata-kata atau lagu, 431 00:32:12,975 --> 00:32:16,765 jika aku dapat tunjukkan jalan yang benar kepada si pengembara, 432 00:32:17,437 --> 00:32:20,357 tidak sia-sialah kehidupanku." 433 00:32:20,440 --> 00:32:21,730 - Amen. - Amen. 434 00:32:21,817 --> 00:32:25,857 Percayalah, tidak sia-sialah kehidupanku. Amen? 435 00:32:26,488 --> 00:32:28,698 Tuhan, kami bersyukur kepada-Mu. Kami di rumah-Mu… 436 00:32:29,867 --> 00:32:31,327 - Amen! - Ya. 437 00:32:31,410 --> 00:32:35,540 Jika aku berusaha 438 00:32:35,622 --> 00:32:36,922 Tuhan akan beriku ganjaran 439 00:32:36,999 --> 00:32:39,419 Jika aku berusaha 440 00:32:39,501 --> 00:32:41,921 Tuhan akan beriku ganjaran 441 00:32:42,004 --> 00:32:44,924 Jika aku berusaha 442 00:32:45,007 --> 00:32:46,587 Tuhan akan beriku ganjaran 443 00:32:46,675 --> 00:32:47,675 Dia memberitahuku 444 00:32:47,759 --> 00:32:51,429 Pergilah ke ladang anggur Tuhan akan beriku ganjaran 445 00:32:51,513 --> 00:32:54,473 Bukankah Tuhan mengatakan… 446 00:32:56,310 --> 00:33:00,190 Bukankah Tuhan mengatakan 447 00:33:00,939 --> 00:33:03,779 Bukankah Tuhan mengatakan 448 00:33:05,235 --> 00:33:08,775 Aku perlu berusaha, ya 449 00:33:09,531 --> 00:33:14,411 Dia akan beriku ganjaran 450 00:33:14,494 --> 00:33:19,124 Ada ganjaran untuk kau dan semua umat 451 00:33:19,208 --> 00:33:24,088 Dia akan memberimu ganjaran Aku percaya kerana itu kata-Nya 452 00:33:26,298 --> 00:33:28,838 Tuhan akan beriku ganjaran 453 00:33:28,926 --> 00:33:31,136 Dia akan beriku ganjaran 454 00:33:35,766 --> 00:33:38,766 MR. SONG MENJADI KEDAI TOPI PALING TERKENAL DI DETROIT. 455 00:33:39,520 --> 00:33:42,310 LUKE HASILKAN TOPI REBEN TERKENAL YANG DIPAKAI ARETHA FRANKLIN 456 00:33:42,397 --> 00:33:44,227 SEMASA UPACARA PELANTIKAN OBAMA. 457 00:33:44,983 --> 00:33:47,863 MARTHA JEAN DAN LUKE KEKAL BERSAHABAT 458 00:33:47,945 --> 00:33:49,735 SEPANJANG KEHIDUPAN MARTHA JEAN. 459 00:33:50,572 --> 00:33:53,872 MARTHA JEAN DIKEBUMIKAN BERSAMA TOPI NEFERTITI MILIKNYA. 460 00:33:53,951 --> 00:33:58,621 Tuhan akan beriku ganjaran 461 00:34:08,924 --> 00:34:12,844 Dia ada ganjaranmu Kita cuma perlu 462 00:34:12,928 --> 00:34:17,718 Perlu hidup dengan baik Layan keluarga dengan baik 463 00:34:17,808 --> 00:34:22,348 Teruskan sehingga akhirnya Bersabar sehingga akhirnya 464 00:34:22,437 --> 00:34:24,937 Aku tak sabar mahu terima ganjaranku 465 00:34:25,023 --> 00:34:29,903 Kau juga akan terima ganjaranmu 466 00:34:42,165 --> 00:34:43,915 Dia akan berimu ganjaran 467 00:34:44,001 --> 00:34:46,381 Dia akan beriku ganjaran 468 00:34:46,460 --> 00:34:48,880 Kita akan ke syurga 469 00:34:48,964 --> 00:34:50,224 Aku tak sabar mahu ke sana 470 00:34:50,299 --> 00:34:51,879 BERDASARKAN SIRI MAJALAH EPIC "LITTLE AMERICA" 471 00:34:51,967 --> 00:34:53,967 Terjemahan sari kata oleh Hamizah