1
00:00:06,507 --> 00:00:07,800
Episod sebelum ini…
2
00:00:07,884 --> 00:00:09,844
Akan datang musim luruh ini:
Pembunuh-Pembunuh dalam Bangunan
Sahaja.
3
00:00:09,928 --> 00:00:12,805
Itu sangat bagus. Saya yang tulis.
4
00:00:12,889 --> 00:00:14,057
Apa terjadi malam itu?
5
00:00:14,140 --> 00:00:17,060
Pembunuh itu tikam Bunny
dan keluar melalui lubang
6
00:00:17,143 --> 00:00:18,311
di bawah almari saya.
7
00:00:18,394 --> 00:00:20,855
Bunny sebut, "14, Savage."
8
00:00:20,939 --> 00:00:22,482
{\an8}Kreps ialah Lelaki Perada.
9
00:00:22,565 --> 00:00:25,526
Kenapa Kreps nak bunuh Bunny?
Dia mahu lukisannya?
10
00:00:25,610 --> 00:00:27,987
Mustahil awak boleh rancang
pembunuhan yang begitu teliti.
11
00:00:28,071 --> 00:00:29,155
Saya kata berhenti.
12
00:00:29,239 --> 00:00:33,076
Jika saya bodoh sangat, bagaimana
saya dapat wanita paling bijak di dunia?
13
00:00:33,159 --> 00:00:36,454
Setiap malam, saya berkunjung
ke kelab tempatan, The Chicken Chug.
14
00:00:36,537 --> 00:00:39,499
Semua ini ada kaitan
dengan Semuanya Tak OK di Oklahoma.
15
00:00:39,582 --> 00:00:42,335
Awak patut lupakan semua ini.
Awak tak tahu kemampuan dia.
16
00:00:42,418 --> 00:00:44,420
Dia akan buat apa saja
untuk penuhi kemahuannya.
17
00:00:44,504 --> 00:00:47,131
Biar betul? Awak takut
dengan penyampai audio siar
18
00:00:47,215 --> 00:00:49,133
yang selesaikan pembunuhan Becky Butler?
19
00:00:49,217 --> 00:00:50,802
- Ya.
- Kenapa?
20
00:00:50,885 --> 00:00:52,178
Sebab saya Becky Butler.
21
00:00:52,679 --> 00:00:55,181
DALANG
JENAYAH
22
00:00:56,975 --> 00:00:58,351
Alamak.
23
00:01:03,481 --> 00:01:06,734
Sebelum saya menjadi
orang yang paling menjadi bualan ramai,
24
00:01:06,818 --> 00:01:08,152
Becky Butler,
25
00:01:08,236 --> 00:01:10,280
saya jalani hidup yang agak biasa.
26
00:01:10,363 --> 00:01:14,284
Biasa, jika dianggap kebanyakan hidup
orang biasa agak malang.
27
00:01:16,995 --> 00:01:19,497
Saya andaikan itu
sebagai anggapan selamat.
28
00:01:19,998 --> 00:01:23,626
Berapa lama untuk terus kekal
dalam situasi teruk?
29
00:01:23,710 --> 00:01:28,005
Ini yang buat Elizabeth Davies
termenung pada musim sejuk tahun 2003.
30
00:01:28,631 --> 00:01:30,717
Ayah, saya sediakan sarapan berkhasiat.
31
00:01:30,800 --> 00:01:31,801
Ayah tak lapar.
32
00:01:32,427 --> 00:01:33,928
Rasanya jika ayah makan sesuatu…
33
00:01:35,555 --> 00:01:37,098
Ayah tak lapar.
34
00:01:40,184 --> 00:01:42,228
Pejabat Datuk Bandar Tipton.
Boleh saya bantu?
35
00:01:42,895 --> 00:01:45,064
Ya. Sudah tentu, tunggu sebentar.
36
00:01:46,065 --> 00:01:47,317
Isteri tuan telefon.
37
00:01:48,234 --> 00:01:49,402
Bukan sekarang.
38
00:01:52,530 --> 00:01:54,615
Maaf, dia sedang bermesyuarat sekarang.
39
00:01:54,699 --> 00:01:56,826
Ada apa-apa saya boleh bantu awak, Teresa?
40
00:02:05,460 --> 00:02:07,754
Saya nak balik
kecuali tuan perlukan sesuatu.
41
00:02:07,837 --> 00:02:09,881
Jangan balik dulu, Becky.
42
00:02:10,548 --> 00:02:12,467
Minumlah bersama datuk bandar awak.
43
00:02:13,301 --> 00:02:14,677
Saya patut balik.
44
00:02:17,055 --> 00:02:18,139
Awak pasti?
45
00:02:19,140 --> 00:02:21,309
Ayah sedang menunggu saya. Selamat malam.
46
00:02:22,935 --> 00:02:24,228
Mungkin esok.
47
00:02:24,312 --> 00:02:26,814
Awak tak akan dapat tolak permintaan saya.
48
00:02:28,900 --> 00:02:30,902
"Saya perlu keluar dari sini,"
49
00:02:30,985 --> 00:02:34,322
itulah kata-kata terakhir
Elizabeth Davies tulis di dalam jurnalnya.
50
00:02:34,405 --> 00:02:38,785
Lima hari sebelum tangan kirinya
ditemui di dalam peti surat.
51
00:02:58,179 --> 00:03:01,015
cara menghilangkan diri
agar tak akan ditemui
52
00:03:06,437 --> 00:03:07,814
cara menghilangkan diri
53
00:03:14,904 --> 00:03:17,198
Cara Menghilangkan Diri Selama-Lamanya
54
00:03:30,211 --> 00:03:34,632
Berita Saluran 37
melaporkan kehilangan Becky Butler.
55
00:03:34,715 --> 00:03:37,760
Penduduk asal Chickasha
dan pasukan eksekutif Datuk Bandar Tipton…
56
00:03:37,844 --> 00:03:38,845
POLIS CHICKASHA
57
00:03:38,928 --> 00:03:41,139
{\an8}SIARAN LANGSUNG - PENCARIAN WANITA
HILANG DITERUSKAN - BERITA KZKP
58
00:03:41,222 --> 00:03:43,349
{\an8}…yang hilang minggu lepas.
Pihak berkuasa tiada bukti
59
00:03:43,433 --> 00:03:46,018
{\an8}dan dikatakan akan dapatkan bantuan
penguat kuasa undang-undang dari luar.
60
00:03:46,102 --> 00:03:47,103
Tidak.
61
00:03:49,439 --> 00:03:50,731
Maafkan saya, Cik Canning.
62
00:03:53,317 --> 00:03:57,655
Puan, nama saya Poppy White.
Saya peminat setia awak.
63
00:03:57,738 --> 00:03:59,699
Comel. Popi. Bagel kegemaran saya.
64
00:03:59,782 --> 00:04:01,159
Boleh saya bantu awak, Poppy?
65
00:04:01,242 --> 00:04:05,788
Saya ada cerita yang boleh
dijadikan audio siar yang bagus.
66
00:04:05,872 --> 00:04:10,042
Cerita tentang kehilangan
seorang wanita muda Oklahoma.
67
00:04:10,126 --> 00:04:11,752
Ramai gadis yang hilang, Poppy.
68
00:04:12,462 --> 00:04:16,883
Ya, tapi dia diganggu
oleh datuk bandar dari bandar kecil
69
00:04:16,966 --> 00:04:20,261
dan kempen slogannya
ialah "Semuanya Pasti OK."
70
00:04:20,928 --> 00:04:22,805
"OK" untuk Oklahoma.
71
00:04:22,889 --> 00:04:28,436
Saya fikir, Semuanya tak OK di Oklahoma
ialah tajuk yang sesuai untuk audio siar.
72
00:04:33,524 --> 00:04:34,609
Saya suka gaya awak.
73
00:04:35,568 --> 00:04:36,652
Hilang atau mati?
74
00:04:37,528 --> 00:04:39,113
- Maafkan saya?
- Gadis itu.
75
00:04:39,197 --> 00:04:40,990
- Hilang.
- Saya harap dia mati.
76
00:04:41,073 --> 00:04:43,618
Dia perlu mati agar
audio siar ini ada harapan.
77
00:04:43,701 --> 00:04:46,746
Dibunuh oleh datuk bandar itu.
Itu pasti cerita yang hebat.
78
00:04:48,289 --> 00:04:50,750
Maaf. Apa sebenarnya tujuan awak datang?
79
00:04:52,293 --> 00:04:53,920
Saya nak bekerja dengan awak.
80
00:04:55,129 --> 00:04:56,881
SEMUANYA TAK OK DI OKLAHOMA
bersama CINDA CANNING
81
00:04:56,964 --> 00:04:58,966
Semasa saya dapat tahu
kehilangan Becky Butler,
82
00:04:59,050 --> 00:05:00,551
saya tahu yang saya perlu ceritakannya.
83
00:05:00,635 --> 00:05:03,137
Saya tak sangka ia akan jadi popular.
84
00:05:03,721 --> 00:05:06,599
Namun, pujian perlu diberikan
kepada Poppy.
85
00:05:06,682 --> 00:05:08,059
Ya, Cinda.
86
00:05:08,142 --> 00:05:12,104
Sandwic ayam belanda,
tanpa daun selada, tomato dan roti.
87
00:05:12,188 --> 00:05:15,107
Hanya ayam belanda
dalam kerajang timah dan sedikit roti.
88
00:05:15,691 --> 00:05:19,695
Di mana saya tadi?
Perkataan "genius" itu kurang tepat.
89
00:05:22,031 --> 00:05:25,701
Jawapannya, "Kita semua ialah Tim Kono."
90
00:05:26,702 --> 00:05:28,913
"Kita semua ialah Tim Kono."
91
00:05:28,996 --> 00:05:32,166
Ada orang dengar audio siar bosan ini?
92
00:05:32,250 --> 00:05:33,834
Saya perlukan cerita baru.
93
00:05:34,502 --> 00:05:39,048
Saya tak nak jadi popular
kerana satu karya saja, Poppy.
94
00:05:39,131 --> 00:05:41,842
Saya tak nak jadi macam Nickelback.
95
00:05:42,343 --> 00:05:46,472
Awak ada fikir idea saya
tentang Rose Cooper,
96
00:05:46,556 --> 00:05:48,975
artis yang hilang bertahun-tahun lalu?
97
00:05:49,058 --> 00:05:50,685
Seni? Biar betul, Poppy?
98
00:05:51,352 --> 00:05:53,229
- Awak tahu seni dikaitkan dengan apa?
- Bijak?
99
00:05:53,312 --> 00:05:56,566
Kentut. Tiada sesiapa peduli tentangnya.
100
00:05:58,484 --> 00:06:01,237
Saya perlu sesuatu
tentang orang terkenal dan darah
101
00:06:01,320 --> 00:06:03,906
dan gadis cantik dengan payudara mantap.
102
00:06:03,990 --> 00:06:07,118
Saya perlukan pembunuhan yang bagus.
103
00:06:07,201 --> 00:06:10,329
Saya bosan menunggu bulan jatuh ke riba.
104
00:06:11,914 --> 00:06:13,374
Awak memang tak guna!
105
00:06:14,292 --> 00:06:17,295
Okey. Saya akan buat semua ini sendiri!
106
00:06:21,299 --> 00:06:23,467
- Jadi, Poppy ialah Becky Butler.
- Ya.
107
00:06:23,551 --> 00:06:25,553
Maksudnya Cinda
buat datuk bandar dipenjarakan
108
00:06:25,636 --> 00:06:27,847
kerana bunuh seseorang
yang dia tahu masih hidup.
109
00:06:27,930 --> 00:06:30,975
Sekarang dia nak mengatasi kita
dengan hantar kita ke penjara
110
00:06:31,058 --> 00:06:33,644
- untuk pembunuhan yang dia lakukan.
- Dia memang bagus!
111
00:06:34,604 --> 00:06:36,480
Apa? Dia sangat berani.
112
00:06:36,564 --> 00:06:38,149
Saya harap dapat fikir tentang itu.
113
00:06:38,232 --> 00:06:41,152
Saya tak akan buat seteruk itu,
tapi dia sangat komited, bukan?
114
00:06:41,235 --> 00:06:42,111
Biar betul?
115
00:06:42,194 --> 00:06:44,822
Jangan salahkan pemain,
salahkan perlawanan.
116
00:06:44,905 --> 00:06:46,157
Tidak, jangan cakap begitu.
117
00:06:47,074 --> 00:06:49,035
Dia kenakan kita selama ini.
118
00:06:49,118 --> 00:06:53,080
Penglipur lara/artis itu aniaya kita
agar tak jadi pesaing audio siarnya.
119
00:06:53,164 --> 00:06:57,585
- Bagaimana kita nak kenakan dia?
- Ini tak mudah, tapi saya ada rancangan.
120
00:06:58,252 --> 00:06:59,253
Apa?
121
00:07:03,549 --> 00:07:07,511
Maaf, saya sangka rancangan itu
akan timbul serta-merta,
122
00:07:07,595 --> 00:07:09,472
tapi langsung tiada.
123
00:07:10,056 --> 00:07:11,349
Namun…
124
00:07:13,267 --> 00:07:14,602
Tiada apa-apa.
125
00:07:15,936 --> 00:07:18,648
Kita banyak bukti untuk Oklahoma,
tapi pembunuhan Bunny?
126
00:07:18,731 --> 00:07:20,983
Kita tahu dia bekerjasama
dengan Detektif Kreps.
127
00:07:21,067 --> 00:07:23,778
Apa kaitan "14, Savage" dengan Cinda?
128
00:07:23,861 --> 00:07:25,404
Kita masih simpan pisau itu
129
00:07:25,488 --> 00:07:27,448
dan Detektif Williams
sedang buat ujian forensik.
130
00:07:27,531 --> 00:07:28,741
Kita hubungi dia…
131
00:07:28,824 --> 00:07:31,494
Jika DNA Cinda ada pada pisau,
habislah dia.
132
00:07:31,577 --> 00:07:33,162
- Ya.
- Saya nak mesej Detektif Williams.
133
00:07:33,245 --> 00:07:37,166
Kami bersemuka dengan
penglipur lara yang sangat berbakat
134
00:07:37,249 --> 00:07:39,752
dan polis yang biasa saja.
135
00:07:39,835 --> 00:07:41,754
Bagaimana kami nak mengakali mereka?
136
00:07:42,254 --> 00:07:43,673
- Kita perlukan pengakuan.
- Ya.
137
00:07:43,756 --> 00:07:46,258
Daripada Cinda Canning?
Awak rasa bagaimana kita nak buat?
138
00:07:46,342 --> 00:07:48,177
Seksaan? Boleh kita seksa dia?
139
00:07:48,886 --> 00:07:50,846
Charles, ambil konsertina awak
140
00:07:50,930 --> 00:07:53,474
dan sepuluh cerita paling menarik.
141
00:07:53,557 --> 00:07:57,436
Biar saya fikir sebentar.
142
00:07:57,520 --> 00:07:59,939
Tidak, kita perlu
menguraikan Cinda seperti…
143
00:08:00,564 --> 00:08:03,734
Seperti… Aduhai.
Apa yang boleh menguraikan dia?
144
00:08:05,152 --> 00:08:07,905
Tidak, kita perlu cari
bukti yang menguraikan Cinda
145
00:08:07,988 --> 00:08:11,075
supaya dia terlepas cakap
dan dedahkan diri sebagai pembunuh.
146
00:08:11,158 --> 00:08:12,118
Itu bagus.
147
00:08:12,201 --> 00:08:14,620
Apa yang kita tahu
akan buat Cinda hilang akal?
148
00:08:14,704 --> 00:08:17,039
- Baju panas?
- Baju panas buat Cinda hilang akal?
149
00:08:17,123 --> 00:08:19,458
Tidak, baju panas menguraikan dia.
Fikir cepat sikit.
150
00:08:19,542 --> 00:08:21,043
Misteri.
151
00:08:21,127 --> 00:08:24,463
Poppy! Pembantunya buat dia hilang akal.
152
00:08:24,547 --> 00:08:26,799
Tidak, itu perkataan yang saya cari.
Menguraikan misteri.
153
00:08:26,882 --> 00:08:28,300
- Saya lebih suka baju panas.
- Ya…
154
00:08:28,384 --> 00:08:30,136
Tidak, baju panas lebih baik
kerana awak dapat…
155
00:08:30,219 --> 00:08:32,638
- Misteri sangat…
- Kamu diserang strok atau saya?
156
00:08:32,722 --> 00:08:33,764
Ya Tuhan!
157
00:08:33,848 --> 00:08:37,893
Ini tak rasa macam finale, betul tak?
158
00:09:24,690 --> 00:09:29,236
Episod Sepuluh - Musim 2
Saya tahu Siapa Pelakunya
159
00:09:29,320 --> 00:09:32,323
{\an8}Saya ada banyak soalan.
Pertama, awak lebih suka Becky atau Poppy
160
00:09:32,406 --> 00:09:36,327
{\an8}atau awak lebih suka Boppy
dengan keunikan tersendiri?
161
00:09:36,410 --> 00:09:38,704
{\an8}- Saya tak boleh buat ini.
- Oliver, apa yang kita persetujui?
162
00:09:38,788 --> 00:09:40,623
{\an8}Awak dan Charles akan bercakap.
163
00:09:41,248 --> 00:09:43,584
{\an8}Kami tahu awak bekerja untuk Cinda.
164
00:09:43,667 --> 00:09:45,628
{\an8}Mabel dah jelaskan kerumitan hubungan itu…
165
00:09:45,711 --> 00:09:46,796
{\an8}Berterus terang saja.
166
00:09:48,047 --> 00:09:53,803
{\an8}Bagaimana kami nak menguraikan Cinda?
167
00:09:55,638 --> 00:09:58,265
{\an8}- Apa?
- Bagaimana nak buat Cinda mengaku?
168
00:09:58,349 --> 00:10:00,976
{\an8}Dia tak akan mengaku. Awak serius?
169
00:10:01,060 --> 00:10:03,896
{\an8}Awak pasti tahu apa yang buat dia marah,
buat dia rasa lemah.
170
00:10:03,979 --> 00:10:05,147
{\an8}Sudah tentu.
171
00:10:05,231 --> 00:10:09,026
{\an8}Kesilapan manusia, gangguan,
pekerjanya yang tak sama seperti dia.
172
00:10:09,109 --> 00:10:10,569
{\an8}Ya. Kami perasan itu.
173
00:10:10,653 --> 00:10:13,989
{\an8}Apa perkara yang mengganggu dia
dan buat dia hilang akal?
174
00:10:15,449 --> 00:10:18,410
{\an8}Dia tak suka bahagian dalam tomato.
175
00:10:19,829 --> 00:10:20,871
Saya faham.
176
00:10:21,789 --> 00:10:23,457
Saya takut tomato.
177
00:10:23,958 --> 00:10:26,669
Bahagian dalamnya pula? Sangat teruk.
178
00:10:27,169 --> 00:10:29,255
Saya rasa itu boleh digunakan.
179
00:10:29,338 --> 00:10:31,006
- Sudah tentu.
- Betulkah?
180
00:10:31,090 --> 00:10:33,717
Apa, kita nak jemput Cinda
dan hidang salad untuk dia?
181
00:10:34,677 --> 00:10:35,678
Ini pelik.
182
00:10:35,761 --> 00:10:37,137
Tomato itu normal?
183
00:10:37,221 --> 00:10:39,473
Dia sangat takut gerak perlahan.
184
00:10:40,307 --> 00:10:41,308
Apa?
185
00:10:41,392 --> 00:10:43,227
Saya ke parti Super Bowl bersama Cinda
186
00:10:43,310 --> 00:10:45,437
dan setiap kali ada ulang tayang segera,
187
00:10:45,521 --> 00:10:48,983
saya nampak dia menggigil, mula pitam,
kemudian menangis.
188
00:10:49,066 --> 00:10:50,693
Sebab gerak perlahan?
189
00:10:50,776 --> 00:10:52,945
- Dia tak suka gerak perlahan.
- Okey.
190
00:10:53,028 --> 00:10:54,738
Jadi, dia memang psikopat sebenar.
191
00:10:54,822 --> 00:10:57,283
Helo. Apa kamu nak pesan hari ini?
192
00:10:58,742 --> 00:11:00,286
Alamak. Cinda telefon.
193
00:11:01,287 --> 00:11:03,747
Finale Pembunuh-Pembunuh Sahaja
akan dikeluarkan esok.
194
00:11:05,124 --> 00:11:07,751
Saya nak bungkus
sandwic sosej hati dan marmalad?
195
00:11:08,919 --> 00:11:10,087
Hai, Cinda, maafkan saya.
196
00:11:10,170 --> 00:11:12,172
Saya dalam perjalanan balik.
Kereta api lewat.
197
00:11:12,256 --> 00:11:13,549
Ya Tuhan.
198
00:11:13,632 --> 00:11:14,842
Teruknya.
199
00:11:14,925 --> 00:11:16,969
Sandwic sosej hati dan marmalad wujud?
200
00:11:17,052 --> 00:11:20,055
Itu sandwic kegemaran kakak pemilik.
201
00:11:20,681 --> 00:11:24,018
Namun, Bunny rasa sangat jijik
kami masukkannya dalam menu
202
00:11:24,101 --> 00:11:25,895
dan dia gelarnya makanan aneh.
203
00:11:26,478 --> 00:11:28,772
Saya setuju dengan Bun-Bun tentang itu.
204
00:11:28,856 --> 00:11:30,649
- Ivan, mana roti bakar saya?
- Ya.
205
00:11:30,733 --> 00:11:33,110
- Kamu berdua…
- Mufin Inggeris akan dihidang.
206
00:11:33,611 --> 00:11:35,279
Detektif Williams telefon. Sebentar.
207
00:11:37,114 --> 00:11:38,657
- Cinda akan keluarkan episod finale.
- Saya tahu.
208
00:11:38,741 --> 00:11:40,826
Kita dah jangka siapa
dia akan tuduh sebagai pembunuh.
209
00:11:40,910 --> 00:11:43,621
Habislah kita.
Kita perlu dedahkan Cinda hari ini.
210
00:11:43,704 --> 00:11:45,205
Kita perlu guna sumber sebaiknya.
211
00:11:45,289 --> 00:11:46,665
Betul. Tepat sekali.
212
00:11:47,791 --> 00:11:49,543
Hei, Ivan ada ambil pesanan kita?
213
00:11:49,627 --> 00:11:50,878
Kita perlu buat rancangan.
214
00:11:50,961 --> 00:11:52,880
Saya setuju, tapi kita kena makan.
215
00:11:55,174 --> 00:11:56,467
Apa yang dia cakap?
216
00:11:56,550 --> 00:11:58,469
Williams dapat bukti daripada pisau itu?
217
00:11:58,552 --> 00:11:59,845
Ya. Betul.
218
00:12:01,221 --> 00:12:05,142
Kamu berdua, rasanya saya tahu
maksud "14, Savage".
219
00:12:06,507 --> 00:12:07,648
Kenapa kita ke sini?
220
00:12:07,732 --> 00:12:10,985
Saya anjurkan jualan estet,
tapi ia buat saya sangat sedih.
221
00:12:11,068 --> 00:12:15,031
Semua tumbuhannya dah mati
dan kenapa burung tak guna itu kembali?
222
00:12:15,531 --> 00:12:17,199
E-mel mencurigakan tertulis,
223
00:12:17,283 --> 00:12:19,660
"Pergi ke rumah Bunny pukul 7.00 pagi
jika anda suka teater
224
00:12:19,744 --> 00:12:22,163
dan/mahu jadi sebahagian sejarah."
225
00:12:22,246 --> 00:12:24,832
Saya tak nampak kek.
E-mel itu kata kek disediakan.
226
00:12:24,916 --> 00:12:26,000
Kedekut.
227
00:12:26,083 --> 00:12:27,752
Pakaian saya sesuai?
228
00:12:28,544 --> 00:12:31,380
Sukar nak tahu apa nak pakai
semasa parti pendedahan pembunuh.
229
00:12:31,464 --> 00:12:34,884
Ya, "parti pendedahan pembunuh,"
maksudnya parti pembunuh didedahkan
230
00:12:34,967 --> 00:12:36,844
atau parti yang hebat?
231
00:12:36,928 --> 00:12:39,138
Saya tak tahu, Jonathan.
Pakai saja pakaian segak.
232
00:12:39,221 --> 00:12:40,848
Selamat datang, kawan-kawan…
233
00:12:40,932 --> 00:12:43,142
- Inilah dia.
- …ke rancangan yang akan tamat.
234
00:12:43,225 --> 00:12:47,313
Sebab kami dapat tahu pembunuh
235
00:12:47,396 --> 00:12:49,148
Bunny Folger kesayangan kita.
236
00:12:49,231 --> 00:12:50,566
Okey, siapa pelakunya?
237
00:12:50,650 --> 00:12:52,026
Siapa pelakunya?
238
00:12:52,109 --> 00:12:53,945
Saya akan cekik burung itu.
239
00:12:54,028 --> 00:12:56,656
- Awak sangka kami akan terus cakap?
- Ya, rasanya begitu.
240
00:12:56,739 --> 00:12:58,407
Ya. Jika tidak, buat apa saya datang?
241
00:12:58,950 --> 00:13:01,327
Bukankah kita perlu beritahu
mereka akan terlibat?
242
00:13:01,410 --> 00:13:03,204
Perlukah awak rosakkan semua parti?
243
00:13:03,287 --> 00:13:05,414
Tak bolehkah
kita cipta ketegangan dramatik?
244
00:13:05,498 --> 00:13:07,833
Oliver, dia akan tiba dalam sejam.
Cakap sajalah.
245
00:13:07,917 --> 00:13:11,170
Mabel, kita boleh buat dengan pantas
atau buat dengan baik.
246
00:13:11,253 --> 00:13:12,254
Mana satu awak mahu?
247
00:13:12,338 --> 00:13:13,881
- Buat dengan pantas.
- Okey.
248
00:13:13,964 --> 00:13:16,258
Jadi, saya tak akan bertanggungjawab
terhadap ulasan.
249
00:13:16,342 --> 00:13:17,385
Baiklah. Okey.
250
00:13:17,468 --> 00:13:21,764
Soalan pertama,
siapa pernah berlatih teater?
251
00:13:22,473 --> 00:13:24,684
Saya buat pertunjukan Broadway sekarang.
252
00:13:24,767 --> 00:13:26,185
- Betulkah?
- Sebagai dubuk.
253
00:13:28,646 --> 00:13:30,398
Saya pernah buat uji bakat
untuk watak Joseph
254
00:13:30,481 --> 00:13:32,650
dalam Joseph
and the Amazing Technicolor Dreamcoat.
255
00:13:32,733 --> 00:13:35,361
Cara awak sebut macam awak tak faham.
256
00:13:35,444 --> 00:13:36,737
Itu betul.
257
00:13:36,821 --> 00:13:40,157
Namun, ia tak berkaitan dengan bakat,
tak kira apa mak saya cakap.
258
00:13:41,450 --> 00:13:42,451
Lester?
259
00:13:42,535 --> 00:13:45,663
Saya buat persembahan pentas
semasa masih muda.
260
00:13:45,746 --> 00:13:46,706
- Biar betul.
- Ya.
261
00:13:46,789 --> 00:13:50,459
Saya tamat pengajian di Juilliard, bermula
di Off-Broadway bersama Tracy Letts.
262
00:13:50,543 --> 00:13:52,169
Kami bersaing. Saya sumpah.
263
00:13:52,253 --> 00:13:53,921
Boleh saya tanya apa terjadi?
264
00:13:54,005 --> 00:13:57,717
Tak apa. Saya sedar yang saya berminat
untuk jadi penjaga pintu
265
00:13:57,800 --> 00:13:59,176
dan saya tinggalkan teater.
266
00:13:59,260 --> 00:14:00,344
Betulkah?
267
00:14:00,428 --> 00:14:02,221
Awak dah gila? Tidak.
268
00:14:02,304 --> 00:14:03,556
Saya berhenti kerja,
269
00:14:03,639 --> 00:14:06,809
ketagih minum alkohol
dan jadi gelandangan seketika.
270
00:14:06,892 --> 00:14:09,687
Saya hampir mati, berhenti minum,
terima kerja pertama saya dapat
271
00:14:09,770 --> 00:14:11,814
dan saya tersekat di sini sejak itu.
272
00:14:11,897 --> 00:14:13,899
- Ya Tuhan.
- Tragiknya.
273
00:14:13,983 --> 00:14:15,568
Itu sangat mengecewakan, bukan?
274
00:14:16,485 --> 00:14:19,655
Oh ya, kamu berkumpul hari ini
untuk memainkan watak
275
00:14:19,739 --> 00:14:25,494
untuk memanipulasi dalang
dalam rancangan pengakuan langsung kami.
276
00:14:25,578 --> 00:14:26,996
- Strim langsung.
- Strim langsung.
277
00:14:27,079 --> 00:14:28,873
Mana kek itu?
278
00:14:28,956 --> 00:14:30,583
Kek dalam perjalanan!
279
00:14:30,666 --> 00:14:33,210
Ini rancangan pada saat akhir
dan ini bukan tentang kek.
280
00:14:33,294 --> 00:14:35,379
Mereka tipu tentang kek.
281
00:14:35,463 --> 00:14:36,672
Saya nak balik.
282
00:14:36,756 --> 00:14:38,215
- Ayuh, Jonathan.
- Tunggu.
283
00:14:38,299 --> 00:14:39,759
Ini tentang kita sekarang,
284
00:14:39,842 --> 00:14:44,138
jiran rapat Bunny untuk satu peluang
bawa pembunuhnya ke muka pengadilan.
285
00:14:44,221 --> 00:14:46,015
Kami amat perlukan bantuan kamu.
286
00:14:48,726 --> 00:14:49,769
Baiklah.
287
00:14:50,269 --> 00:14:53,522
Namun, Bunny pasti pesan kek
dari kedai Sherman di Jalan 92.
288
00:14:53,606 --> 00:14:54,940
- Betul.
- Ya, betul.
289
00:14:55,024 --> 00:14:56,442
Okey, kita cuma ada masa sejam
290
00:14:57,443 --> 00:14:59,111
dan jika kita berjaya,
291
00:14:59,195 --> 00:15:01,614
saya berjanji kepada semua orang
di dalam bilik ini
292
00:15:01,697 --> 00:15:04,450
yang Charles akan beli kek pilihan kamu.
293
00:15:05,951 --> 00:15:07,411
{\an8}SIARAN LANGSUNG
294
00:15:07,495 --> 00:15:09,830
{\an8}Ini sangat saspens!!!
hot-diggity-dan masuk
295
00:15:09,914 --> 00:15:11,749
{\an8}Bunny Folger akan dibela!!
edwin@7 masuk
296
00:15:11,832 --> 00:15:14,376
{\an8}Biar betul. Siapa pembunuhnya??
saya tak sanggup tengok tapi nak juga
297
00:15:14,460 --> 00:15:15,961
Okey. Inilah dia.
298
00:15:17,505 --> 00:15:19,298
Saya tak hadiri persidangan ibu bapa
dan guru untuk ini,
299
00:15:19,381 --> 00:15:22,468
jadi baik kamu buat pengakuan bagus.
Guru anak saya sangat seksi.
300
00:15:23,344 --> 00:15:25,137
Siapa kata nak buat pengakuan?
301
00:15:25,221 --> 00:15:27,848
Awak kata nak dedahkan
pembunuh itu secara langsung
302
00:15:27,932 --> 00:15:29,141
dan awak pembunuh itu,
303
00:15:29,225 --> 00:15:31,977
jadi saya rasa ini
ialah pengakuan, Cik Mora.
304
00:15:32,853 --> 00:15:34,563
Awak benar-benar nak buat begini?
305
00:15:35,648 --> 00:15:37,024
Apa semua ini?
306
00:15:37,108 --> 00:15:38,734
KAMI SUDAH BERJAYA!
307
00:15:41,028 --> 00:15:42,988
Ini parti pendedahan pembunuh.
308
00:15:43,072 --> 00:15:45,991
Maksudnya parti pembunuh akan didedahkan
309
00:15:46,075 --> 00:15:48,953
atau parti yang hebat?
310
00:15:49,036 --> 00:15:51,038
Dengar tak? Ini mengelirukan.
311
00:15:51,122 --> 00:15:52,957
Semuanya akan dijelaskan.
312
00:15:53,040 --> 00:15:55,584
{\an8}Cinda, kami dah pasang alat merakam,
313
00:15:55,668 --> 00:15:57,169
{\an8}jadi mungkin awak nak pasang…
314
00:15:57,253 --> 00:15:59,463
Ada orang yang buat untuk saya.
Poppy, mulakan rakaman.
315
00:15:59,547 --> 00:16:01,715
Nak saya pasang mikrofon
pada semua atau guna mikrofon joran?
316
00:16:01,799 --> 00:16:05,427
Rakam saja kata-kata saya yang bijak
dan kata-kata mengarut mereka.
317
00:16:05,511 --> 00:16:06,512
Ya Tuhan!
318
00:16:08,639 --> 00:16:09,765
Okey, teruskan.
319
00:16:09,849 --> 00:16:14,687
Inilah parti pendedahan pembunuh
dan kami akan dedahkan pembunuh Bunny.
320
00:16:14,770 --> 00:16:16,689
Ini juga merupakan parti hebat.
321
00:16:16,772 --> 00:16:19,233
- Okey, jadi kita berdua betul.
- Dua-dua pun boleh.
322
00:16:19,316 --> 00:16:20,609
- Itu…
- Kias seleweng.
323
00:16:20,693 --> 00:16:25,781
Saya tak seronok maklumkan
bahawa pembunuh itu ada di sini.
324
00:16:25,865 --> 00:16:27,283
Di dalam bilik ini.
325
00:16:27,366 --> 00:16:31,203
Namun, itu mustahil. Salah seorang
daripada kami? Tolong kata itu tak benar.
326
00:16:31,287 --> 00:16:32,830
Howard, jangan ketara sangat.
327
00:16:33,539 --> 00:16:35,791
Mari kita ingat semula apa kita tahu.
328
00:16:35,875 --> 00:16:39,587
Hari terakhir Bunny sangat normal.
Dia terfikir untuk buat perubahan.
329
00:16:39,670 --> 00:16:41,422
Berpindah ke Florida.
330
00:16:41,505 --> 00:16:42,506
Florida tak guna!
331
00:16:42,590 --> 00:16:45,092
Kami bertiga jumpa dia malam itu.
332
00:16:45,176 --> 00:16:48,846
Dia mencari peneman, kawan.
333
00:16:48,929 --> 00:16:51,056
Namun, apa yang kami buat?
334
00:16:51,140 --> 00:16:52,474
Kami menolak dia.
335
00:16:52,558 --> 00:16:55,269
Kami halau dia balik ke apartmennya…
336
00:16:55,352 --> 00:16:57,396
Seseorang sedang menunggunya.
337
00:16:57,479 --> 00:17:00,816
Orang yang kejar Bunny
ke apartmen saya untuk aniaya saya.
338
00:17:01,483 --> 00:17:04,445
Kemudian tikam dia guna pisau Oliver
dan jarum mengait saya,
339
00:17:04,528 --> 00:17:08,949
seterusnya melarikan diri
ke laluan rahsia Arconia yang mereka tahu,
340
00:17:09,033 --> 00:17:11,285
kemudian guna laluan itu
341
00:17:11,368 --> 00:17:14,121
untuk letak senjata pembunuhan
di apartmen Charles
342
00:17:14,205 --> 00:17:17,541
bersama lukisan bogel
ayahnya yang sangat bernilai
343
00:17:17,625 --> 00:17:19,627
yang mereka curi daripada apartmen Bunny…
344
00:17:19,710 --> 00:17:21,879
Biar betul, ini yang kita
akan beritahu pendengar?
345
00:17:21,962 --> 00:17:24,340
Ia keterlaluan. Kita boleh jadikannya
lebih baik semasa latihan.
346
00:17:24,423 --> 00:17:29,887
Namun, siapa yang berminat
untuk aniaya tiga orang tak bersalah?
347
00:17:29,970 --> 00:17:30,930
Awak orangnya!
348
00:17:31,013 --> 00:17:32,431
- Saya?
- Maaf, saya salah tunjuk.
349
00:17:32,514 --> 00:17:33,933
Awak orangnya!
350
00:17:34,016 --> 00:17:36,602
Cinda Canning bunuh Bunny Folger!
351
00:17:37,353 --> 00:17:39,063
Bagaimana dia tutup jejaknya?
352
00:17:39,146 --> 00:17:42,733
Dengan bantuan polis tak jujur
yang dia jumpa bertahun lalu di Oklahoma.
353
00:17:47,112 --> 00:17:48,572
Bagaimana awak tahu tentang Kreps?
354
00:17:49,490 --> 00:17:50,908
Biar betul?
355
00:17:50,991 --> 00:17:53,786
Tenaga seksual
antara kamu berdua sangat jelas.
356
00:17:54,370 --> 00:17:58,540
Saya nak cakap lebih lagi,
tapi ini audio siar pembunuhan keluarga.
357
00:17:58,624 --> 00:18:01,835
Cinda Canning bukan penyampai audio siar
hebat yang selesaikan pembunuhan…
358
00:18:01,919 --> 00:18:05,464
Dia orang tak guna yang reka cerita.
359
00:18:05,547 --> 00:18:07,800
Kali ini, dia cuba melepaskan diri.
360
00:18:08,759 --> 00:18:09,843
Wah!
361
00:18:09,927 --> 00:18:12,137
Saya seronok dengar pendedahan ini.
362
00:18:12,221 --> 00:18:15,391
Seperti penamat episod Scooby-Doo,
sangat comel.
363
00:18:15,474 --> 00:18:16,850
Namun, ada satu masalah.
364
00:18:16,934 --> 00:18:19,311
Kenapa nak bunuh
wanita tua yang saya tak pernah jumpa?
365
00:18:19,395 --> 00:18:21,563
Awak pernah jumpa dia, Cik Canning.
366
00:18:21,647 --> 00:18:22,815
Saya simpan buku log.
367
00:18:22,898 --> 00:18:25,567
Awak kerap datang ke sini
sebelum Bunny mati, betul tak?
368
00:18:25,651 --> 00:18:28,320
Saya pantau siasatan Tim Kono.
369
00:18:28,404 --> 00:18:32,741
Awak bunuh dia dengan kejam.
370
00:18:32,825 --> 00:18:36,829
Awak bunuh wanita tua yang baik…
371
00:18:37,830 --> 00:18:39,581
Dia kawan saya.
372
00:18:39,665 --> 00:18:42,710
Dia satu-satunya kawan saya
dan awak rampas dia.
373
00:18:42,793 --> 00:18:44,044
Kenapa?
374
00:18:44,128 --> 00:18:45,879
Untuk audio siar?
375
00:18:46,630 --> 00:18:47,631
Kenapa?
376
00:18:49,008 --> 00:18:50,509
Kenapa?
377
00:18:51,010 --> 00:18:52,636
Ya Tuhan, dia sangat bagus.
378
00:18:57,683 --> 00:18:58,851
Howard, jangan.
379
00:19:00,269 --> 00:19:04,732
Langsung tiada motif.
Kenapa saya nak bunuh dia?
380
00:19:06,984 --> 00:19:09,611
Soalan
381
00:19:09,695 --> 00:19:14,366
yang sangat
382
00:19:14,450 --> 00:19:16,952
bagus.
383
00:19:17,036 --> 00:19:23,792
Ya, betul.
384
00:19:23,876 --> 00:19:25,544
Kenapa buat gerak perlahan?
385
00:19:25,627 --> 00:19:30,090
Siapa yang bergerak perlahan?
386
00:19:30,174 --> 00:19:34,428
Siapa, kami?
387
00:19:44,063 --> 00:19:47,524
- Hentikan! Saya nak keluar!
- Okey, berhenti!
388
00:19:54,239 --> 00:19:55,407
Ya Tuhan. Apa itu?
389
00:19:55,491 --> 00:20:00,371
Jadi, awak tandatangan perjanjian
audio siar mahal sebanyak 30 juta dolar.
390
00:20:00,454 --> 00:20:04,917
Masalahnya, awak tiada cerita bagus
untuk dijadikan audio siar.
391
00:20:05,000 --> 00:20:09,088
Jadi, awak cipta satu cerita
tentang wanita tua kesunyian
392
00:20:09,171 --> 00:20:14,051
yang dibunuh dalam
bangunan apartmen mewah.
393
00:20:14,134 --> 00:20:17,429
- Tidak.
- Sejujurnya, tak bagus sangat.
394
00:20:18,847 --> 00:20:24,395
Melainkan tiga orang yang buat
pembunuhan itu ialah selebriti terkenal.
395
00:20:26,647 --> 00:20:30,317
Maaf. Saya sangka awak buat jenaka.
396
00:20:30,401 --> 00:20:33,529
Awak rasa geram, Cik Canning?
397
00:20:33,612 --> 00:20:36,240
Mengaku awak melakukannya!
398
00:20:36,323 --> 00:20:37,825
Mengakulah!
399
00:20:37,908 --> 00:20:40,285
Lupakan saja! Saya tak akan mengaku.
400
00:20:40,369 --> 00:20:42,329
Sebab…
401
00:20:42,413 --> 00:20:43,455
Sebab kenapa?
402
00:20:43,539 --> 00:20:44,873
Sebab dia tak melakukannya.
403
00:20:47,543 --> 00:20:50,587
- Kita hampir berjaya. Apa awak buat?
- Selesaikan pembunuhan.
404
00:20:51,922 --> 00:20:52,964
Dia melakukannya.
405
00:20:53,048 --> 00:20:54,758
- Ya Tuhan.
- Apa?
406
00:20:54,842 --> 00:20:56,260
Maafkan saya, apa?
407
00:20:56,343 --> 00:21:01,181
Ini kerja seorang artis
yang muncul baru-baru ini.
408
00:21:01,265 --> 00:21:04,059
Galeri awak perlukan "tenaga baru."
Itu yang awak cakap, bukan?
409
00:21:04,143 --> 00:21:05,144
GALERI
ARTE DEL SUR
410
00:21:05,227 --> 00:21:08,105
Rupanya awak hasilkan seni
daripada tragedi saya.
411
00:21:08,605 --> 00:21:11,275
Jadi, apa kata aniaya saya
untuk menaikkan nilai seni awak?
412
00:21:11,358 --> 00:21:13,110
Semua ini sebahagian rancangan?
413
00:21:13,193 --> 00:21:14,528
Saya pun dah tak pasti.
414
00:21:14,611 --> 00:21:17,656
Saya amat terkejut
dan bukankah semua ini dah selesai?
415
00:21:17,739 --> 00:21:19,116
Maaf, siapa dia?
416
00:21:19,199 --> 00:21:21,201
Boleh minta dia kurangkan loghat?
417
00:21:21,285 --> 00:21:23,662
Jika saya tak faham, bagaimana
dengan pendengar Amerika Tengah?
418
00:21:23,745 --> 00:21:27,458
Awak memang menarik, Alice
dan pencium yang hebat.
419
00:21:27,958 --> 00:21:29,084
Bagus.
420
00:21:29,793 --> 00:21:31,336
Namun, awak juga penipu…
421
00:21:33,297 --> 00:21:35,215
…dan pembunuh.
422
00:21:36,800 --> 00:21:39,219
Syabas, Mabel. Awak hebat.
423
00:21:39,887 --> 00:21:42,222
Selama ini saya fikir
awak cuma gadis membosankan
424
00:21:42,306 --> 00:21:44,308
dengan kemahiran melukis yang teruk.
425
00:21:44,391 --> 00:21:46,268
Awak yang pergi ke Kedai Makan The Pickle
426
00:21:46,351 --> 00:21:48,270
merayu Bunny jual lukisan Rose Cooper.
427
00:21:48,353 --> 00:21:50,189
Namun, dia nak jual dengan harga 14 juta.
428
00:21:50,898 --> 00:21:52,774
Empat belas untuk Savage.
429
00:21:52,858 --> 00:21:55,527
Harga itu terlalu tinggi
untuk awak, bukan?
430
00:21:56,778 --> 00:21:59,531
Perempuan tak berbakat yang bangga diri.
431
00:21:59,615 --> 00:22:01,700
Alamak, dia berjaya dedahkan dia.
432
00:22:03,952 --> 00:22:04,953
Tidak!
433
00:22:07,206 --> 00:22:08,582
Halang dia!
434
00:22:10,542 --> 00:22:12,878
- Lepaskan saya!
- Tahan dia!
435
00:22:12,961 --> 00:22:15,797
- Cha…
- Charles!
436
00:22:15,881 --> 00:22:17,216
- Tahan dia! Tidak!
- Lepaskan saya!
437
00:22:17,299 --> 00:22:20,093
- Pegang tangannya!
- Ya Tuhan! Gila!
438
00:22:20,177 --> 00:22:22,346
- Ya, 911, ada orang ditikam.
- Ya Tuhan!
439
00:22:22,429 --> 00:22:24,264
- Ya, kami di Arconia.
- Alamak!
440
00:22:24,348 --> 00:22:25,349
Ya, dia berlumuran darah.
441
00:22:25,432 --> 00:22:29,144
- Aduhai.
- Charles!
442
00:22:29,228 --> 00:22:31,438
Awak akan selamat, kawan.
443
00:22:35,651 --> 00:22:39,363
- Tidak.
- Aduhai.
444
00:22:44,117 --> 00:22:45,118
Tidak.
445
00:22:45,702 --> 00:22:48,997
Ya Tuhan. Tolong beritahu saya
awak rakam semuanya.
446
00:22:52,417 --> 00:22:53,418
Tidak.
447
00:22:54,757 --> 00:22:56,217
Lepaskan saya! Awak…
448
00:22:56,300 --> 00:22:59,887
Awak tak apa-apa, Pn. Gambolini.
Jangan takut.
449
00:23:01,847 --> 00:23:03,349
Burung ini terseksa, Jonathan.
450
00:23:03,432 --> 00:23:05,351
Polis dan ambulans
akan tiba dalam tiga minit.
451
00:23:05,434 --> 00:23:09,188
Rupanya tikaman itu
sedalam beberapa inci. Teruknya.
452
00:23:09,271 --> 00:23:10,439
Saya perlu setuju dengan…
453
00:23:10,523 --> 00:23:13,359
Saya bersimpati, Mabel untuk semuanya.
454
00:23:13,901 --> 00:23:14,985
Kasihannya awak.
455
00:23:15,903 --> 00:23:17,613
Namun, tindakan awak tadi…
456
00:23:19,740 --> 00:23:22,868
Maksud saya, awak memang hebat.
457
00:23:23,536 --> 00:23:25,746
Awak penyiasat yang luar biasa.
458
00:23:26,247 --> 00:23:29,124
Awak boleh bekerja dengan saya.
459
00:23:29,208 --> 00:23:30,251
Maksud saya…
460
00:23:31,585 --> 00:23:34,004
Awak boleh buat audio siar sendiri.
461
00:23:34,088 --> 00:23:36,382
Jangan berani cakap begitu!
462
00:23:37,633 --> 00:23:39,051
Poppy?
463
00:23:39,134 --> 00:23:40,177
Apa?
464
00:23:42,221 --> 00:23:43,889
Dia cuma bernasib baik.
465
00:23:43,973 --> 00:23:48,561
Tiada apa yang kaitkan gadis Australia itu
dengan pembunuhan Bunny.
466
00:23:49,144 --> 00:23:50,771
- Tiada apa-apa.
- Saya orang Inggeris, bodoh.
467
00:23:51,730 --> 00:23:52,773
Tuhan rahmati awak.
468
00:23:53,274 --> 00:23:54,275
Terima kasih.
469
00:23:56,026 --> 00:23:57,528
Kenapa nak beri Mabel audio siar?
470
00:23:59,071 --> 00:24:00,114
Sebab dia cantik?
471
00:24:01,240 --> 00:24:04,118
Sebab dia berani berjanji temu
dengan pembunuh?
472
00:24:05,327 --> 00:24:07,246
Saya buat semuanya untuk awak.
473
00:24:07,329 --> 00:24:09,373
Saya beli makanan tengah hari awak
474
00:24:09,456 --> 00:24:11,375
dan saya balas semua surat awak,
475
00:24:11,458 --> 00:24:14,545
saya ambil dan hantar
pakaian awak untuk cucian kering.
476
00:24:14,628 --> 00:24:16,589
Berulang kali.
477
00:24:16,672 --> 00:24:19,758
Kenapa tak pakai pakaian
yang awak boleh basuh sendiri?
478
00:24:20,467 --> 00:24:25,264
Saya beritahu tentang lukisan Rose Cooper
dan awak buat jenaka kentut.
479
00:24:25,347 --> 00:24:26,432
Saya beritahu semua…
480
00:24:27,016 --> 00:24:28,350
Awak tahu peraturan saya.
481
00:24:28,434 --> 00:24:31,729
Dua kali bersin di depan saya bermakna
awak perlu kuarantin diri seminggu.
482
00:24:31,812 --> 00:24:35,232
Poppy, kenapa beritahu Cinda
tentang Rose Cooper?
483
00:24:36,233 --> 00:24:40,613
Itu idea untuk audio siar.
Cinda tak berminat.
484
00:24:40,696 --> 00:24:44,867
Namun, awak berminat
dan lukisan yang dimiliki Bunny.
485
00:24:46,160 --> 00:24:51,415
Awak ada alahan?
Mungkin terhadap Pn. Gambolini?
486
00:24:53,876 --> 00:24:58,505
Peliknya. Pembunuh itu bersin
semasa lari dari tempat kejadian jenayah.
487
00:25:01,133 --> 00:25:04,303
Salahkah sebab alergi
pada bulu burung yang tengik?
488
00:25:05,638 --> 00:25:06,889
Apa? Awak nak percaya
489
00:25:06,972 --> 00:25:09,934
budak perempuan yang bersembunyi
di dalam dinding awak?
490
00:25:11,852 --> 00:25:15,272
Hanya pembunuh tahu ada gadis
bersembunyi dalam dinding malam itu.
491
00:25:15,356 --> 00:25:17,149
Namanya Lucy.
492
00:25:17,983 --> 00:25:20,694
Nama awak pula Becky.
493
00:25:22,696 --> 00:25:24,657
- Siapa beritahu awak?
- Kami.
494
00:25:25,699 --> 00:25:27,076
Ya Tuhan!
495
00:25:31,205 --> 00:25:35,668
Saya tak ditikam. Semua ini drama.
496
00:25:35,751 --> 00:25:37,795
Kami mengesyaki awak
sejak tengah hari ini.
497
00:25:37,878 --> 00:25:39,213
Kami semua.
498
00:25:39,880 --> 00:25:42,049
Saya tak faham apa yang berlaku.
499
00:25:42,132 --> 00:25:43,550
Semuanya dah berakhir, sayang.
500
00:25:43,634 --> 00:25:46,011
Saya tahu rancangan awak di Oklahoma
501
00:25:46,095 --> 00:25:49,556
dan mereka tahu rancangan awak
di bangunan yang sangat mahal ini.
502
00:25:49,640 --> 00:25:53,852
Saya cuma pengsan sekali,
yang lain itu lakonan.
503
00:25:57,731 --> 00:26:02,903
Saya cuma nak buat audio siar yang bagus.
Saya nak tarik perhatian Cinda.
504
00:26:03,779 --> 00:26:06,156
Namun, rancangan saya
tak berjalan lancar sejak awal.
505
00:26:06,240 --> 00:26:09,785
Sejak malam itu semasa saya mesej kamu
untuk keluar dari bangunan
506
00:26:09,868 --> 00:26:12,037
dan awak kembali ke apartmen.
507
00:26:12,705 --> 00:26:14,581
CHARLES, OLIVER, MABEL
Keluar dari bangunan sekarang!!!
508
00:26:18,711 --> 00:26:19,878
Bagaimana awak tahu?
509
00:26:25,175 --> 00:26:26,844
Detektif Williams telefon. Sebentar.
510
00:26:28,887 --> 00:26:29,888
- Hei.
- Hei.
511
00:26:29,972 --> 00:26:32,474
Saya dah dapat DNA
senjata pembunuhan itu. Air liur.
512
00:26:32,558 --> 00:26:34,101
Namun, awak kena tahu,
513
00:26:34,184 --> 00:26:37,563
DNA itu milik gadis yang dah mati
di luar negeri ini.
514
00:26:37,646 --> 00:26:40,399
Biar saya teka. Oklahoma?
515
00:26:42,526 --> 00:26:44,111
Bagaimana awak tahu?
516
00:26:44,194 --> 00:26:47,114
Rasanya saya tahu maksud "14, Savage".
517
00:26:50,159 --> 00:26:51,618
Sandwic #14:
Sosej hati & Marmalad
518
00:26:53,954 --> 00:26:55,622
Sandwic.
519
00:26:55,706 --> 00:26:58,876
Sandwic 14?
Sosej hati dan marmalad bungkus.
520
00:26:58,959 --> 00:27:00,210
Saya punya.
521
00:27:07,092 --> 00:27:08,093
Masalahnya,
522
00:27:08,761 --> 00:27:11,930
sebelum saya menjadi
orang yang paling menjadi bualan ramai,
523
00:27:13,390 --> 00:27:15,017
saya jalani hidup yang agak biasa.
524
00:27:18,103 --> 00:27:22,107
Biasa, jika dianggap kebanyakan hidup
orang biasa agak malang.
525
00:27:24,568 --> 00:27:26,779
Saya andaikan itu
sebagai anggapan selamat.
526
00:27:43,045 --> 00:27:44,129
Poppy.
527
00:27:55,808 --> 00:27:59,144
Apabila Becky Butler temui cara
untuk guna ceritanya sendiri
528
00:27:59,228 --> 00:28:01,897
untuk dapatkan kerja
dengan wiranya, Cinda Canning…
529
00:28:01,980 --> 00:28:03,649
Apa sebenarnya tujuan awak datang?
530
00:28:03,732 --> 00:28:05,150
Saya nak bekerja dengan awak.
531
00:28:05,234 --> 00:28:06,860
…dia sangka tak akan tertangkap.
532
00:28:07,736 --> 00:28:10,697
Dia juga jumpa seseorang
yang sanggup membantunya.
533
00:28:10,781 --> 00:28:11,782
Walaupun pada mulanya,
534
00:28:11,865 --> 00:28:13,784
- banyak perkara tak berjalan lancar,
- Hantar bil.
535
00:28:14,409 --> 00:28:16,161
semuanya hanya tentang cinta.
536
00:28:16,787 --> 00:28:21,959
Dia berusaha untuk
buat cerita yang lebih menarik.
537
00:28:22,042 --> 00:28:23,627
- Saya tak boleh buat.
- Awak boleh.
538
00:28:23,710 --> 00:28:26,505
- Dia tua dan menjengkelkan.
- Ya.
539
00:28:26,588 --> 00:28:28,298
Awak berhak mendapatnya,
kita berdua berhak.
540
00:28:29,091 --> 00:28:31,844
- Awak jadi terkenal. Saya naik pangkat.
- Ya.
541
00:28:32,427 --> 00:28:34,805
Kita boleh pindah keluar
dari kawasan yang teruk ini.
542
00:28:34,888 --> 00:28:36,890
- Ya.
- Ya. Awak boleh buat.
543
00:28:36,974 --> 00:28:38,267
- Saya berhak mendapatnya.
- Ya.
544
00:28:38,350 --> 00:28:39,935
- Saya berhak mendapatnya.
- Ya.
545
00:28:40,018 --> 00:28:42,396
Saya ada cerita
laluan rahsia yang saya jumpa?
546
00:28:42,479 --> 00:28:44,565
Apa? Saya mencintai awak.
547
00:28:44,648 --> 00:28:47,860
Dengan itu, satu lagi misteri selesai.
548
00:28:47,943 --> 00:28:51,655
Buat kali terakhir,
untuk Pembunuhan dalam Bangunan Sahaja…
549
00:28:51,738 --> 00:28:54,449
Serta untuk Pembunuh-Pembunuh
dalam Bangunan Sahaja…
550
00:28:54,950 --> 00:28:56,326
Saya Oliver Putnam.
551
00:28:57,035 --> 00:28:58,453
Saya Mabel Mora
552
00:28:58,537 --> 00:29:00,831
dan saya Charles-Haden Savage
553
00:29:01,498 --> 00:29:02,624
serta Cinda Canning.
554
00:29:02,708 --> 00:29:04,877
Terima kasih untuk penaja kami,
Susu Usus Ringan.
555
00:29:04,960 --> 00:29:08,922
Ia kaya dengan perisa Susu Usus
tanpa kesan sampingan.
556
00:29:10,048 --> 00:29:13,010
- Dua pembunuhan berterusan.
- Ya.
557
00:29:13,594 --> 00:29:17,347
Sekarang kita boleh berbual seperti biasa
dan bukan tentang pembunuhan.
558
00:29:17,431 --> 00:29:18,432
Betul.
559
00:29:29,693 --> 00:29:30,694
Terima kasih.
560
00:29:33,614 --> 00:29:36,575
- Okey, di mana kerusi roda?
- Awak tak baca arahan pentas?
561
00:29:36,658 --> 00:29:37,784
Tidak, saya cuma ada satu dialog.
562
00:29:37,868 --> 00:29:40,370
Charles, keputusan ujian awak
amat memberangsangkan.
563
00:29:40,454 --> 00:29:43,123
Rangkaian nak batalkan babak kerusi roda
564
00:29:43,207 --> 00:29:45,334
dan demensia awak hilang.
565
00:29:45,417 --> 00:29:48,837
Saya sembuh secara tiba-tiba!
566
00:29:48,921 --> 00:29:50,505
Baguslah, demensia awak dah pulih.
567
00:29:50,589 --> 00:29:51,798
Terima kasih, Luce!
568
00:29:51,882 --> 00:29:52,883
Pemeriksaan terakhir!
569
00:29:55,719 --> 00:29:59,306
Selamat kembali beraksi.
570
00:29:59,389 --> 00:30:00,515
Terima kasih, Joy.
571
00:30:01,391 --> 00:30:02,809
Awak nampak kacak, Charlie.
572
00:30:04,353 --> 00:30:05,437
Hei, Joy?
573
00:30:05,520 --> 00:30:06,521
Ya?
574
00:30:13,654 --> 00:30:15,989
Awak nak ajak saya keluar?
575
00:30:18,242 --> 00:30:19,326
Bila?
576
00:30:21,286 --> 00:30:23,038
Awak cadangkan malam ini?
577
00:30:23,789 --> 00:30:24,790
Ya.
578
00:30:26,541 --> 00:30:29,878
Charlie, akhirnya awak dapat luahkan.
579
00:30:35,759 --> 00:30:37,177
Ya Tuhan! Alamak!
580
00:30:44,893 --> 00:30:47,562
Awak melakukannya. Awak buat ubah suai.
581
00:30:48,063 --> 00:30:50,440
Sudah tiba masanya.
582
00:30:51,400 --> 00:30:54,027
Ini akan bersepadu
dengan reka bentuk baru?
583
00:30:54,111 --> 00:30:55,279
Saya pula?
584
00:30:56,822 --> 00:30:57,823
Tidak.
585
00:30:57,906 --> 00:31:01,118
Namun, awak boleh tolong saya cat.
586
00:31:13,338 --> 00:31:14,339
Hei.
587
00:31:16,341 --> 00:31:18,093
Hei! Apa kamu buat di sini?
588
00:31:19,177 --> 00:31:22,723
Lihat kamu. Berjaya dalam tugas besar
dipenuhi ahli sihir dan Muchkin.
589
00:31:22,806 --> 00:31:25,684
Berjaya? Saya tak tahu tentang itu,
tapi kami berjaya siapkannya.
590
00:31:25,767 --> 00:31:29,062
- Ya.
- Di mana…
591
00:31:29,146 --> 00:31:30,772
Apa ayah panggilnya sekarang?
592
00:31:30,856 --> 00:31:32,774
"Mama G"? Ya.
593
00:31:32,858 --> 00:31:36,320
Burung itu ada di sana
sedang kelihatan kurang sihat.
594
00:31:36,403 --> 00:31:38,238
Okey. Mari kita lihat.
595
00:31:38,322 --> 00:31:39,531
Winnie yang perasan dulu.
596
00:31:39,614 --> 00:31:41,074
Jadi, ayah nak terus belanya?
597
00:31:41,158 --> 00:31:43,869
Winnie sangat menyukainya, jadi…
598
00:31:48,123 --> 00:31:51,585
Willie, ayah nak cakap sesuatu.
599
00:31:51,668 --> 00:31:56,256
Ayah tak jujur dengan kamu.
600
00:31:57,507 --> 00:31:58,508
Ayah.
601
00:32:00,510 --> 00:32:03,472
Walaupun ayah bukan ayah kandung saya,
ayahlah yang terbaik.
602
00:32:04,514 --> 00:32:05,515
Ayah dengar tak?
603
00:32:10,645 --> 00:32:11,730
Bagaimana kamu tahu?
604
00:32:11,813 --> 00:32:14,691
Ayuh. Saya tahu semua isyarat ayah.
605
00:32:19,529 --> 00:32:21,239
Ayah amat sayangi kamu.
606
00:32:25,327 --> 00:32:26,328
- Ayah nak jawab panggilan?
- Tidak. Bukan sekarang.
607
00:32:26,411 --> 00:32:28,163
Tidak. Bukan sekarang.
608
00:32:30,916 --> 00:32:32,959
Biar betul? Jawab saja panggilan itu.
609
00:32:33,043 --> 00:32:34,044
Kalau begitu…
610
00:32:34,127 --> 00:32:36,880
Ayah cuma nak hentikannya.
Kita tak akan tahu.
611
00:32:37,756 --> 00:32:40,133
Donna telefon. Kawan penerbit ayah.
612
00:32:40,675 --> 00:32:44,012
Hei, Donna. Kenapa awak telefon…
613
00:32:45,806 --> 00:32:47,933
Saya tahu. Saya banyak berhutang
dengan awak,
614
00:32:48,016 --> 00:32:50,185
tapi awak telefon sebab itu?
615
00:32:53,188 --> 00:32:54,314
Betulkah?
616
00:32:55,816 --> 00:32:58,026
Pengarahnya tarik diri?
617
00:33:00,070 --> 00:33:01,071
Broadway!
618
00:33:03,740 --> 00:33:05,033
Persembahan dalam setahun?
619
00:33:05,117 --> 00:33:08,245
Ya! Saya sangat sesuai untuk itu.
620
00:33:08,328 --> 00:33:09,788
Siapa bintang utamanya?
621
00:33:12,040 --> 00:33:13,417
Betulkah?
622
00:33:13,500 --> 00:33:14,501
Setahun Kemudian
623
00:33:14,584 --> 00:33:15,585
Ben!
624
00:33:15,669 --> 00:33:19,172
Semua orang rasa gementar
pada malam pembukaan. Saya boleh bantu.
625
00:33:19,256 --> 00:33:20,882
BILIK PERSALINAN
BEN GLENROY
626
00:33:21,883 --> 00:33:23,176
Saya okey.
627
00:33:23,260 --> 00:33:24,261
Okey.
628
00:33:26,680 --> 00:33:27,681
Baiklah.
629
00:33:28,473 --> 00:33:30,100
Hei, saya okey.
630
00:33:30,183 --> 00:33:31,518
- Saya akan buat yang terbaik.
- Bagus.
631
00:33:31,601 --> 00:33:33,770
Awak perlu cakap dengan si tak guna itu.
632
00:33:33,854 --> 00:33:36,189
Tidak! Okey, saya dah cakap dengan dia…
633
00:33:36,273 --> 00:33:37,315
Okey. Dia minta maaf?
634
00:33:38,066 --> 00:33:40,277
Banyak perkara dah berlaku, tapi…
635
00:33:41,570 --> 00:33:43,155
Dengar sini, ini cadangan saya.
636
00:33:43,238 --> 00:33:45,240
Gunakannya, okey?
637
00:33:45,323 --> 00:33:49,244
Guna ketegangan antara kamu berdua
pada malam ini sebagai pemberi semangat.
638
00:33:49,327 --> 00:33:51,288
Okey, supaya saya boleh bunuh dia.
639
00:33:51,371 --> 00:33:53,457
Saya mungkin buat begitu.
Saya beri amaran.
640
00:33:53,540 --> 00:33:55,542
Itu pemberi semangat yang menarik.
641
00:33:55,625 --> 00:33:56,668
Ambil tempat!
642
00:33:57,627 --> 00:33:58,753
Semoga berjaya, Ben.
643
00:33:58,837 --> 00:34:00,172
Itu pun pilihan yang bagus.
644
00:34:01,173 --> 00:34:03,467
Baiklah. Jadi, saya cuma…
645
00:34:03,550 --> 00:34:05,844
mahu awak menikmatinya.
646
00:34:25,113 --> 00:34:26,114
Semoga berjaya malam ini.
647
00:34:27,824 --> 00:34:28,825
Terima kasih.
648
00:34:28,909 --> 00:34:30,911
"Semoga berjaya"
ialah carutan dalam teater.
649
00:34:32,787 --> 00:34:33,788
Saya tahu.
650
00:34:34,331 --> 00:34:36,208
Awak ingat saya tak tahu?
651
00:34:36,291 --> 00:34:38,585
Saya tak sebut
kerana bersopan dengan awak,
652
00:34:38,668 --> 00:34:39,669
celaka.
653
00:34:39,753 --> 00:34:41,213
Hei.
654
00:34:41,963 --> 00:34:45,258
Kita perlu harungi dua setengah jam.
Jika saya boleh buat, awak pun boleh.
655
00:34:45,342 --> 00:34:48,428
Saya profesional, okey?
Jangan risau tentang saya.
656
00:34:51,389 --> 00:34:54,976
Bertindak bijak. Jauhi dia.
657
00:34:57,270 --> 00:35:00,398
Kenapa? Apa awak nak buat?
658
00:35:00,482 --> 00:35:04,361
Ben, saya tahu perbuatan awak.
659
00:35:23,380 --> 00:35:24,506
Hei, kamu.
660
00:35:25,715 --> 00:35:27,092
- Saya tak mempercayainya.
- Ya.
661
00:35:27,175 --> 00:35:28,718
Tahun yang sibuk, betul tak?
662
00:35:28,802 --> 00:35:32,264
Ya, bagi saya, tahun
tanpa pembunuhan cukup bagus.
663
00:35:33,223 --> 00:35:35,725
- Okey, bersedialah.
- Ya.
664
00:35:36,268 --> 00:35:37,269
- Hei!
- Hei, sayang.
665
00:35:37,352 --> 00:35:39,854
- Saya bangga dengan awak.
- Terima kasih.
666
00:35:53,743 --> 00:35:56,746
Apa yang menjadikan saya makhluk malam?
667
00:36:00,083 --> 00:36:01,209
Saya akan beritahu.
668
00:36:16,099 --> 00:36:17,100
Makh…
669
00:36:22,814 --> 00:36:23,815
Apa?
670
00:36:24,441 --> 00:36:26,234
Biar saya…
671
00:36:26,318 --> 00:36:27,777
Tolong saya!
672
00:36:30,405 --> 00:36:31,740
Seseorang! Sesiapa saja!
673
00:36:36,536 --> 00:36:37,787
Dia tak bergerak!
674
00:36:50,091 --> 00:36:52,636
Biar betul!
675
00:36:56,222 --> 00:36:57,724
DI MANA BECKY BUTLER?
676
00:36:57,807 --> 00:36:59,976
SEMUANYA TAK OK DI OKLAHOMA
bersama CINDA CANNING
677
00:37:00,060 --> 00:37:01,645
PERTUNJUKAN DAN PENTAS
TEATER GOOSEBURY
678
00:37:41,184 --> 00:37:43,186
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine