1 00:00:06,965 --> 00:00:12,095 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:12,178 --> 00:00:13,928 Siya Kolisi merupakan kapten 3 00:00:14,014 --> 00:00:18,104 Pasukan Kesatuan Ragbi Kebangsaan Afrika Selatan, Springboks. 4 00:00:18,184 --> 00:00:20,194 Dalam usahanya di dalam dan luar padang, 5 00:00:20,270 --> 00:00:24,320 Siya membawa legasi wiranya, Nelson Mandela, 6 00:00:24,399 --> 00:00:27,489 untuk menginspirasikan bakal pemimpin Afrika Selatan. 7 00:00:28,111 --> 00:00:30,991 Madiba Mandela inspirasi utama saya. 8 00:00:31,072 --> 00:00:34,032 Orang Afrika pertama menggegar dunia, bukan Afrika Selatan saja. 9 00:00:34,117 --> 00:00:38,657 Dia menyelesaikan segala-galanya 10 00:00:38,747 --> 00:00:42,327 dengan kasih sayang dan kemaafan. 11 00:00:42,417 --> 00:00:45,457 Saya nak teruskan perjuangan 12 00:00:45,545 --> 00:00:48,125 ke arah wawasannya untuk Afrika Selatan. 13 00:00:48,631 --> 00:00:51,051 Diinspirasikan oleh Nelson Mandela, 14 00:00:51,760 --> 00:00:56,350 dia pernah kata, "Yang penting di dunia ini bukanlah kehidupan kita… 15 00:00:56,431 --> 00:00:59,931 …tapi perubahan yang dibuat terhadap kehidupan orang lain 16 00:01:00,018 --> 00:01:03,858 akan menentukan makna hidup kita." 17 00:01:04,689 --> 00:01:08,149 Kehidupannya meninggalkan kesan kepada seluruh dunia. 18 00:01:08,234 --> 00:01:12,244 Legasi yang menginspirasikan ramai orang untuk bangkit… 19 00:01:12,322 --> 00:01:15,742 …berjuang demi perubahan dan menjadi pemimpin. 20 00:01:15,825 --> 00:01:18,495 Ini demi memperingati Madiba. 21 00:01:19,329 --> 00:01:22,959 Sebagai peringatan akan perubahan yang seseorang boleh buat. 22 00:01:23,041 --> 00:01:26,341 Berkisarkan mereka yang telah buat keputusan berani. 23 00:01:26,419 --> 00:01:30,169 Para pemimpin yang bersama dia dan mengikut jejak langkahnya. 24 00:01:30,757 --> 00:01:35,007 Menjaga orang lain, berusaha ke arah dunia yang lebih baik dan adil. 25 00:01:35,887 --> 00:01:38,677 Serta memberi inspirasi kepada kita semua 26 00:01:39,390 --> 00:01:41,600 agar hidup untuk memimpin. 27 00:02:04,165 --> 00:02:09,165 Kini, tiada lagi budak sekolah di pekan ini yang tiada harapan. 28 00:02:09,254 --> 00:02:12,054 Di sinilah segalanya bermula buat Siya Kolisi, 29 00:02:12,132 --> 00:02:15,222 padang tanah di belakang sekolah rendahnya. 30 00:02:16,052 --> 00:02:21,062 Saya dibesarkan oleh nenek. Kami bukan keluarga senang. 31 00:02:21,141 --> 00:02:23,061 Saya mula bermain ragbi. 32 00:02:23,143 --> 00:02:25,233 Setiap hari, saya ke sekolah, 33 00:02:25,311 --> 00:02:28,941 siapkan tugasan di sekolah, pergi ke latihan 34 00:02:29,440 --> 00:02:33,190 dan pulang. Jika ada makanan, saya makan atau terus masuk tidur. 35 00:02:33,278 --> 00:02:37,658 Bekas gurunya masih ingat seorang budak miskin yang serba boleh. 36 00:02:37,740 --> 00:02:40,290 Siya berasal daripada keluarga susah. 37 00:02:40,368 --> 00:02:46,668 Dia selalu tonton ragbi di tavern kerana tiada televisyen di rumahnya. 38 00:02:46,749 --> 00:02:48,919 Akan tetapi, di mana dia sekarang? 39 00:02:49,002 --> 00:02:53,592 Kebangkitan Kolisi daripada kepapaan menjadi kapten Springbok Hitam pertama 40 00:02:53,673 --> 00:02:55,843 membuatkan dia digelar wira. 41 00:02:55,925 --> 00:03:00,175 Jutaan anak-anak ini bersatu di belakang kapten Springbok 42 00:03:00,263 --> 00:03:02,103 yang riwayatnya mirip mereka, 43 00:03:02,182 --> 00:03:04,732 dengan harapan dia akan bawa kemenangan Piala Dunia. 44 00:03:04,809 --> 00:03:08,769 Springboks menewaskan Wales di separuh akhir yang mendebarkan 45 00:03:08,855 --> 00:03:11,855 dan membawa kegembiraan kepada peminat di seluruh negara. 46 00:03:11,941 --> 00:03:16,861 Hebat betul melihat seorang pemenang yang keadaannya mirip kita, 47 00:03:16,946 --> 00:03:19,446 pernah melalui kesusahan yang kita alami. 48 00:03:19,532 --> 00:03:22,622 Itu membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil. 49 00:03:23,286 --> 00:03:29,246 Afrika Selatan, juara Piala Dunia 2019! 50 00:03:34,339 --> 00:03:36,129 Afrika Selatan tak pernah begini. 51 00:03:36,216 --> 00:03:39,636 Kami tak bermain demi diri, tapi demi keluarga dan rakyat. 52 00:03:39,719 --> 00:03:42,179 Itulah matlamat kami hari ini. 53 00:03:42,263 --> 00:03:43,973 Kami hargai segala sokongan. 54 00:03:44,057 --> 00:03:46,557 Orang-orang di tavern dan kedai arak, 55 00:03:46,643 --> 00:03:50,563 di ladang, gelandangan, ada skrin di sana, serta orang-orang di luar bandar. 56 00:03:50,647 --> 00:03:53,687 Terima kasih atas sokongan. Kami cinta Afrika Selatan. 57 00:03:53,775 --> 00:03:57,525 Kita mampu capai segalanya jika kita bersatu padu. 58 00:03:57,612 --> 00:04:00,782 Kami boleh buat jaringan, memenangi pingat dan trofi, 59 00:04:00,865 --> 00:04:03,405 orang akan sanjung kami, tapi akhirnya, 60 00:04:03,493 --> 00:04:04,953 juara seterusnya akan datang. 61 00:04:05,036 --> 00:04:07,616 Usaha di luar padang yang paling penting. 62 00:04:07,705 --> 00:04:09,245 Lebih cepat kita faham, 63 00:04:09,332 --> 00:04:12,592 lebih cepat kita sedar bahawa dunia lebih baik dengan sukan. 64 00:04:13,294 --> 00:04:17,554 TERIMA KASIH KERANA BAWA PULANG LEBIH DARIPADA SEKADAR PIALA DUNIA 65 00:04:28,685 --> 00:04:31,095 Apabila kita duduk dan fikirkannya, 66 00:04:31,187 --> 00:04:35,357 kita akan kata, "Okey, Siya pernah melalui perkara begitu, 67 00:04:35,441 --> 00:04:39,951 dia tiada makanan, kasut untuk dipakai dan tak dapat ke sekolah." 68 00:04:40,029 --> 00:04:42,949 Meskipun begitu, dia duduk di sini sebagai kapten 69 00:04:43,032 --> 00:04:48,962 dan mengetuai Afrika Selatan untuk merangkul piala ini. 70 00:04:49,038 --> 00:04:52,918 Begitulah gambaran tentang Siya. 71 00:04:53,501 --> 00:04:58,301 PERMULAAN 72 00:04:58,381 --> 00:04:59,801 Saya dibesarkan nenek. 73 00:04:59,882 --> 00:05:03,222 Dia sayangkan saya dan saya juga sayangkan dia. 74 00:05:03,303 --> 00:05:04,893 Dia segalanya bagi saya. 75 00:05:04,971 --> 00:05:06,761 Dia sering melawat kawannya. 76 00:05:06,848 --> 00:05:12,518 Apabila melawat kawan, mereka akan buatkan teh… 77 00:05:12,603 --> 00:05:14,153 …atau biskut. 78 00:05:14,230 --> 00:05:16,440 Dia akan bungkuskan, simpan dalam kocek 79 00:05:16,524 --> 00:05:18,534 dan bawa pulang untuk saya. Dia tak makan. 80 00:05:18,609 --> 00:05:21,569 Dialah wira sebenar bagi saya 81 00:05:21,654 --> 00:05:24,374 dan begitulah hidup kanak-kanak di tempat saya. 82 00:05:25,199 --> 00:05:27,079 Orang yang dipandang tinggi, 83 00:05:27,160 --> 00:05:31,040 wira di pekan asal saya ialah pengedar dadah. 84 00:05:31,122 --> 00:05:33,002 Ayah saya kaki botol 85 00:05:33,082 --> 00:05:36,422 dan sering mendera ibu saya sewaktu saya masih kecil. 86 00:05:36,502 --> 00:05:38,922 Saya selalu melihatnya ketika lima tahun. 87 00:05:39,005 --> 00:05:43,675 Pernah satu hari, saya sedang berjalan dan bermain dengan kawan, 88 00:05:43,760 --> 00:05:47,310 saya kutip gigi ibu saya di hujung jalan. 89 00:05:47,388 --> 00:05:50,558 Pada usia itu pun, saya tahu ini tak patut 90 00:05:50,641 --> 00:05:54,231 kerana ibu saya sedih. Saya selalu menangis melihatnya. 91 00:05:55,438 --> 00:05:57,728 Walaupun dengan semua itu di rumah, 92 00:05:58,691 --> 00:06:02,491 nenek amat menyayangi saya dan meluangkan masa dengan saya. 93 00:06:02,570 --> 00:06:04,570 Itu saja saya perlukan ketika itu. 94 00:06:06,657 --> 00:06:09,367 Dia berusaha sedaya upaya untuk sediakan makanan, 95 00:06:09,452 --> 00:06:12,752 tapi sesekali tak dapat juga. Saya minum air gula saja. 96 00:06:12,830 --> 00:06:15,170 Saya pergi ke sekolah kerana dapat makan. 97 00:06:15,249 --> 00:06:16,879 Saya sentiasa nantikannya. 98 00:06:16,959 --> 00:06:19,249 Saya bersukan, masuk kelas, 99 00:06:19,337 --> 00:06:22,377 kemudian sertai latihan kelab 100 00:06:22,465 --> 00:06:24,585 hanya dengan sekeping roti sehari. 101 00:06:24,675 --> 00:06:26,175 Saya bertahan dengannya. 102 00:06:29,013 --> 00:06:31,643 Apabila dia sakit ketika saya sepuluh tahun, 103 00:06:31,724 --> 00:06:33,644 saya perlu jaga nenek saya. 104 00:06:34,519 --> 00:06:37,189 Sememangnya sukar kerana tak dapat ke sekolah, 105 00:06:37,855 --> 00:06:41,105 tapi saya yang paling sesuai untuk menjaga nenek. 106 00:06:41,692 --> 00:06:45,822 Selepas pemergiannya, saya dijaga oleh mak cik saya. 107 00:06:45,905 --> 00:06:48,235 Dia juga meninggal dunia, diikuti ibu saya. 108 00:06:50,493 --> 00:06:55,043 Saya terpaksa matangkan diri. Saya jual sayur-sayuran 109 00:06:55,123 --> 00:06:58,883 ketika saya masih kecil demi sesuap roti. 110 00:06:58,960 --> 00:07:01,170 Ketika 15 tahun, saya bekerja di tavern. 111 00:07:01,254 --> 00:07:03,384 Memang tak boleh, tapi badan saya besar. 112 00:07:03,464 --> 00:07:06,264 Saya masih ingat mereka campak gas pemedih mata. 113 00:07:06,342 --> 00:07:10,142 Orang keluar, saya harus tahan, mata saya berair. 114 00:07:10,221 --> 00:07:13,521 Saya tak boleh tinggalkan mesin wang kerana saya sedang bekerja. 115 00:07:13,599 --> 00:07:17,439 Semua itu dibuat agar saya dapat sediakan makanan di rumah. 116 00:07:17,520 --> 00:07:19,940 Saya baru 15 tahun, tapi saya dah tahu 117 00:07:20,022 --> 00:07:23,652 yang saya perlu ubah nasib diri dan juga keluarga saya. 118 00:07:26,737 --> 00:07:28,487 Dari mana keberanian ini datang? 119 00:07:28,573 --> 00:07:33,583 Keberanian untuk menahan gas pemedih mata dan kecekalan awak di atas padang? 120 00:07:33,661 --> 00:07:36,121 Saya pun tak pasti… 121 00:07:38,124 --> 00:07:40,964 tapi keberanian saya mirip nenek saya. 122 00:07:41,043 --> 00:07:44,593 Dia buat saya berfikiran positif ketika menghadapi semuanya. 123 00:07:44,672 --> 00:07:49,762 Dia menahan lapar berhari-hari dan korbankan segalanya untuk saya. 124 00:07:49,844 --> 00:07:52,014 Kesukaran yang saya alami 125 00:07:52,096 --> 00:07:54,966 jauh lebih ringan daripada yang dia hadapi. 126 00:07:55,057 --> 00:07:57,437 Saya mewarisi keberanian dia. 127 00:07:57,518 --> 00:07:58,728 Saya tak nak gagal. 128 00:07:58,811 --> 00:08:00,061 Jika saya gagal, 129 00:08:00,146 --> 00:08:04,276 ramai orang takkan dapat perkara yang saya nak beri kepada mereka. 130 00:08:04,358 --> 00:08:08,068 Saya jumpa seorang cikgu bernama Eric, dia bawa saya ke sekolah. 131 00:08:08,154 --> 00:08:11,874 Dalam masa enam bulan, saya dapat tajaan untuk belajar di Grey. 132 00:08:11,949 --> 00:08:13,329 Dialah wira sebenar. 133 00:08:13,409 --> 00:08:16,159 Saya anggap dia macam ayah sendiri. 134 00:08:16,245 --> 00:08:20,245 Dia sentiasa ada untuk mendidik. Jika saya memerlukan, pasti dia ada. 135 00:08:20,833 --> 00:08:22,253 Saya sertai pemilihan 136 00:08:23,127 --> 00:08:24,377 dan saya tak mampu… 137 00:08:24,462 --> 00:08:27,722 Saya tiada seluar pendek, maka saya pakai seluar licin saja. 138 00:08:29,133 --> 00:08:34,013 Rasanya begitulah cikgu daripada Grey perasan saya. 139 00:08:35,473 --> 00:08:37,853 "Budak itu menyerlah. Saya nak dia." 140 00:08:38,809 --> 00:08:41,729 Awak ditawarkan tajaan yang mengubah hidup awak, betul? 141 00:08:41,812 --> 00:08:45,152 Ya, betul. 142 00:08:45,233 --> 00:08:48,863 Perjalanannya 15 minit dari rumah saya ke Grey. 143 00:08:48,945 --> 00:08:53,525 Sebaik saja tiba di Grey, impian saya mula berubah. 144 00:08:53,616 --> 00:08:56,986 Apabila melihat bangunannya, saya rasa tiada apa yang mustahil. 145 00:08:57,662 --> 00:09:00,622 IMPIAN BERUBAH 146 00:09:00,706 --> 00:09:02,286 Saya tahu asal usul saya. 147 00:09:02,375 --> 00:09:04,165 Dengan sekolah pekan Emsengeni, 148 00:09:04,252 --> 00:09:06,962 kami pakai satu jersi, tiga pasukan berbeza, 149 00:09:07,046 --> 00:09:10,586 bergilir-gilir dengan pasukan lain. Di Grey, saya dapat jersi sendiri. 150 00:09:10,675 --> 00:09:15,385 Setiap orang ada jersi sendiri. Saya tahu itu tak patut. 151 00:09:15,471 --> 00:09:19,981 Budak-budak di tempat lain bergelut untuk dapatkan makanan. 152 00:09:20,059 --> 00:09:23,099 Saya pula makan enam kali sehari. 153 00:09:24,397 --> 00:09:27,107 Saya masih ingat makan hidangan pertama saya. 154 00:09:27,191 --> 00:09:30,191 En. Clark, ketua asrama, tahun dua, tahan saya. 155 00:09:30,278 --> 00:09:33,358 Saya dah makan pinggan ketiga. Budak lain baru yang pertama. 156 00:09:33,447 --> 00:09:38,287 Dia kata, "Bertenang. Ini awak punya." Saya sangat terkejut. 157 00:09:38,369 --> 00:09:42,829 Keyakinan saya meningkat. Dada saya mengembang. 158 00:09:43,916 --> 00:09:48,916 Saya tahu ada banyak lagi perkara yang saya mampu capai. 159 00:09:49,005 --> 00:09:52,085 Terpulang kepada saya 160 00:09:52,174 --> 00:09:57,104 untuk merebut peluang itu. Saya manfaatkan sebaik-baiknya. 161 00:09:57,179 --> 00:09:59,969 Ya. Cerita tentang awak di sekolah 162 00:10:00,057 --> 00:10:03,937 bahawa awak sentiasa tersenyum. 163 00:10:04,020 --> 00:10:06,900 Awak yang pertama datang dan terakhir pulang ketika latihan. 164 00:10:06,981 --> 00:10:09,901 Awak mempunyai dorongan. Suatu cita-cita mungkin. 165 00:10:09,984 --> 00:10:12,284 Boleh ceritakan tentangnya? 166 00:10:12,361 --> 00:10:16,571 Saya dibesarkan dengan baik oleh nenek. Dia yang ajar saya semuanya. 167 00:10:16,657 --> 00:10:18,987 Melalui detik sukar, saya sentiasa gembira 168 00:10:19,744 --> 00:10:21,834 dan nak jadi sesuatu. 169 00:10:21,912 --> 00:10:23,162 Bukan untuk diri saya saja, 170 00:10:23,247 --> 00:10:26,247 tapi untuk semua orang yang berkorban demi saya. 171 00:10:27,460 --> 00:10:30,960 Saya jadi diri saya, tersenyum dan bercakap bahasa Inggeris. 172 00:10:31,047 --> 00:10:34,127 Saya belajar bahasa Inggeris macam darjah satu. 173 00:10:34,216 --> 00:10:36,216 Kami belajar ABCD dan… 174 00:10:37,386 --> 00:10:39,256 Tahulah perangai budak lelaki. 175 00:10:39,347 --> 00:10:42,347 Ada yang akan ketawa kerana saya nampak dungu. 176 00:10:42,433 --> 00:10:45,903 Saya ketawakan diri saya juga, jadi saya tak kecil hati. 177 00:10:45,978 --> 00:10:48,308 Mereka tak jahat. Biasalah budak-budak. 178 00:10:48,397 --> 00:10:51,567 Saya mula rasa seronok. Personaliti saya… 179 00:10:53,069 --> 00:10:55,069 disenangi kawan-kawan. 180 00:10:55,154 --> 00:10:58,454 Pada akhir tahun, saya dapat anugerah guru besar 181 00:10:58,532 --> 00:11:00,532 yang tak pernah diberi kepada murid baharu. 182 00:11:00,618 --> 00:11:02,828 Saya tahu matlamat saya. 183 00:11:02,912 --> 00:11:05,582 Saya tak tahu jika akan berjaya, tapi saya perlu berusaha 184 00:11:05,665 --> 00:11:07,825 agar takkan menyesal nanti. 185 00:11:07,917 --> 00:11:10,337 Awak masih kerap fikirkan nenek awak? 186 00:11:11,837 --> 00:11:13,667 Pasti dia bangga dengan saya. 187 00:11:13,756 --> 00:11:15,506 Bangga dengan diri saya sekarang. 188 00:11:15,591 --> 00:11:17,841 Saya harap dia masih ada, 189 00:11:17,927 --> 00:11:21,717 tapi saya yakin dia sedang melihat saya dengan bangga. 190 00:11:22,348 --> 00:11:25,428 Ini hari yang bersejarah dalam ragbi Afrika Selatan 191 00:11:25,518 --> 00:11:28,148 dengan pelantikan kapten Springbok kulit Hitam. 192 00:11:28,229 --> 00:11:33,029 Dengan sejarah pengasingan, masalah hubungan perkauman, 193 00:11:33,109 --> 00:11:35,989 aparteid, penjajahan selama ratusan tahun 194 00:11:36,070 --> 00:11:38,820 dan hakikat bahawa ragbi merupakan bahagian penting 195 00:11:38,906 --> 00:11:43,616 dalam reka bentuk aparteid, ideologi nasionalisme Afrikaner, 196 00:11:43,703 --> 00:11:47,253 kini kita mempunyai kapten ragbi Springbok kulit Hitam 197 00:11:47,331 --> 00:11:50,631 yang berasal dari Tanjung Timur, detik ini sangat bermakna. 198 00:11:50,710 --> 00:11:55,300 Pada tanggal 16 Jun, 199 00:11:55,381 --> 00:11:58,381 tahun 1991. 200 00:11:58,467 --> 00:12:02,347 Di pekan Zwide luar Port Elizabeth, telah lahirnya seorang insan. 201 00:12:02,430 --> 00:12:06,930 Anak ini tak dibesarkan oleh ibunya, 202 00:12:07,017 --> 00:12:10,017 tapi oleh nenek sebelah bapanya. 203 00:12:10,104 --> 00:12:14,114 Nama diberi Siyamthanda yang bermaksud "kami kasihkan dia," 204 00:12:14,191 --> 00:12:16,901 kerana walaupun lahir dan membesar dalam kepapaan 205 00:12:16,986 --> 00:12:20,526 dan kepayahan, dia amat dikasihi. 206 00:12:20,614 --> 00:12:24,664 Siya bertemu Eric Songwiqi ketika dia masih kecil. 207 00:12:24,744 --> 00:12:27,254 En. Songwiqi beritahu Siya ketika 11 tahun, 208 00:12:27,329 --> 00:12:29,999 "Anak muda, mainlah ragbi. Suatu hari nanti, 209 00:12:30,082 --> 00:12:31,922 kamu akan sertai Springboks." 210 00:12:32,001 --> 00:12:34,381 Mentor dia yang mendorongnya dalam ragbi. 211 00:12:34,462 --> 00:12:37,552 Yang selebihnya telah tercatat dalam sejarah. 212 00:12:38,090 --> 00:12:40,590 Masanya kini tiba. 213 00:12:40,676 --> 00:12:44,596 Siya pemain kulit Hitam pertama menjadi kapten pasukan kebangsaan 214 00:12:44,680 --> 00:12:47,310 di negara berbilang kaum ini. 215 00:12:48,058 --> 00:12:50,018 Bangkitlah, Zwide! 216 00:12:50,519 --> 00:12:51,559 Bangkitlah, Motherwell! 217 00:12:51,645 --> 00:12:53,435 Bangkitlah, Walmer! 218 00:12:53,522 --> 00:12:56,482 Bangkitlah, KwaZakhele dan New Brighton! 219 00:12:57,443 --> 00:13:02,453 Anak muda ini kepunyaan anda dan mewakili kita semua. 220 00:13:02,531 --> 00:13:05,451 Siya ialah cucu tanah air. 221 00:13:05,534 --> 00:13:06,744 Dia anak kita, 222 00:13:06,827 --> 00:13:08,497 anak saudara kita, 223 00:13:08,579 --> 00:13:10,039 adik kita, 224 00:13:10,122 --> 00:13:12,002 ayah kepada Nicholas, 225 00:13:12,082 --> 00:13:13,832 suami kepada Rachel, 226 00:13:14,710 --> 00:13:17,460 dia ibarat trak simen tanpa gear undur! 227 00:13:23,803 --> 00:13:26,813 Bagi kanak-kanak yang latar belakangnya macam saya, 228 00:13:26,889 --> 00:13:30,479 menghadapi kesusahan yang serupa. Hitam, putih atau apa jua bangsa. 229 00:13:30,559 --> 00:13:33,899 Saya harap ini menginspirasikan mereka bahawa tiada apa yang mustahil. 230 00:13:33,979 --> 00:13:35,979 Manfaatkan segalanya yang ada. 231 00:13:36,065 --> 00:13:37,975 Semasa kecil, saya tak impikan semua ini. 232 00:13:38,067 --> 00:13:42,357 Saya tak pernah terfikir semua ini, tapi kini mereka boleh impikannya. 233 00:13:42,988 --> 00:13:44,198 IMPIAN MENJADI KENYATAAN 234 00:13:44,281 --> 00:13:47,541 Afrika memulakan kempen Piala Dunia Ragbi 2019 235 00:13:47,618 --> 00:13:50,828 menentang All Blacks New Zealand pada hari Sabtu. 236 00:13:50,913 --> 00:13:54,213 Negara ini meletakkan harapan pada Skuad Springboks. 237 00:13:54,792 --> 00:13:59,382 Persoalan pada saat ini. Afrika Selatan, anda dah bersedia? 238 00:13:59,463 --> 00:14:01,843 All Blacks mara ke depan, Ryan Crotty. 239 00:14:01,924 --> 00:14:04,344 Bola diperoleh, Beauden Barrett… 240 00:14:04,426 --> 00:14:10,306 Barrett dibantu George Bridge. Cubaan oleh All Blacks! 241 00:14:12,017 --> 00:14:15,097 Tiada juara Piala Dunia pernah kalah satu perlawanan. 242 00:14:15,187 --> 00:14:16,307 Apa pendapat awak? 243 00:14:16,397 --> 00:14:18,937 Rasanya itu satu cabaran yang perlu disahut. 244 00:14:19,024 --> 00:14:23,034 Sejarah perlu diatasi. Malangnya, kami dah ada dalam kedudukan. 245 00:14:23,112 --> 00:14:24,322 Kini, kami harus berjuang. 246 00:14:25,197 --> 00:14:26,527 Mereka dah masuk. 247 00:14:27,741 --> 00:14:31,621 Perlawanan yang mesti dimenangi oleh Afrika Selatan. 248 00:14:33,289 --> 00:14:36,629 Kepada Brits, satu cubaan menyokong malam ini. 249 00:14:36,709 --> 00:14:42,339 Tangkapan yang baik, terus ke kanan dan lihatlah siapa itu! Siya Kolisi! 250 00:14:42,923 --> 00:14:48,223 Afrika Selatan kembali di landasan. Mereka menewaskan Itali. 251 00:14:48,304 --> 00:14:51,394 Kemenangan mata bonus buat Afrika Selatan. 252 00:14:51,473 --> 00:14:57,233 Usai sudah. Kita akan ke separuh akhir. 253 00:14:57,354 --> 00:15:02,614 Siya, saya sangat bangga dengan awak. 254 00:15:03,110 --> 00:15:08,530 Semoga berjaya pada separuh akhir. 255 00:15:08,616 --> 00:15:11,536 Saya tahu awak akan buat dengan baik. 256 00:15:11,619 --> 00:15:17,289 Ada 57 juta warga Afrika Selatan yang menyokong awak. 257 00:15:17,374 --> 00:15:18,504 Saya nak cakap, 258 00:15:19,209 --> 00:15:23,049 Siya, awak buat negara ini gembira. Kami sayangkan awak, Siya. 259 00:15:23,130 --> 00:15:27,180 Afrika Selatan berjaya! 260 00:15:27,760 --> 00:15:30,470 Mereka akan mara ke perlawanan ragbi terbesar. 261 00:15:30,554 --> 00:15:32,854 Mereka finalis Piala Dunia! 262 00:15:34,975 --> 00:15:38,845 Piala Dunia Ragbi 2019 hampir tiba ke kemuncaknya 263 00:15:38,938 --> 00:15:42,478 dengan Afrika Selatan dan England bakal berentap 264 00:15:42,566 --> 00:15:44,646 demi hadiah utama permainan ini. 265 00:15:47,112 --> 00:15:52,622 Mapimpi menyerahkan kepada Am! Am, lihatlah dia mara! 266 00:15:52,701 --> 00:15:56,291 Kembali kepada Makazole Mapimpi! 267 00:15:56,372 --> 00:15:58,832 Piala Dunia milik mereka! 268 00:15:59,875 --> 00:16:01,415 Masa berbaki sepuluh saat. 269 00:16:03,087 --> 00:16:08,427 Mereka bakal mencipta sejarah sebagai satu-satunya juara Piala Dunia 270 00:16:08,509 --> 00:16:14,639 yang kalah satu perlawanan kumpulan, tapi berjaya merangkul hadiah utama! 271 00:16:15,391 --> 00:16:17,691 AFRIKA SELATAN 32 - ENGLAND 12 272 00:16:17,768 --> 00:16:24,068 Afrika Selatan juara Piala Dunia 2019! 273 00:16:25,401 --> 00:16:28,451 Siya Kolisi dan Afrika Selatan 274 00:16:28,529 --> 00:16:33,659 ialah Raja Piala Dunia di Jepun! 275 00:16:39,164 --> 00:16:44,174 Kita ada di sini bersama kapten pemenang dari Afrika Selatan, Siya Kolisi. 276 00:16:47,381 --> 00:16:50,181 Siya, apabila wisel terakhir berbunyi, 277 00:16:50,259 --> 00:16:52,219 apa yang awak fikirkan? 278 00:16:53,512 --> 00:16:54,602 Saya bersyukur. 279 00:16:54,680 --> 00:16:59,520 Saya bersyukur atas segala perkara yang pasukan saya telah harungi. 280 00:16:59,601 --> 00:17:01,561 Kami hadapi banyak cabaran. 281 00:17:02,062 --> 00:17:04,862 Rakyat Afrika Selatan sentiasa menyokong kami 282 00:17:04,940 --> 00:17:07,530 dan kami berterima kasih kepada rakyat Afrika Selatan. 283 00:17:07,609 --> 00:17:10,859 Ada banyak masalah di negara kami, 284 00:17:11,363 --> 00:17:15,743 tapi alangkah baiknya ada pasukan yang ahlinya berbeza latar belakang 285 00:17:15,826 --> 00:17:19,786 dan bangsa, tapi mampu bersatu demi mencapai satu matlamat. 286 00:17:19,872 --> 00:17:22,622 Saya harap kami dah buktikan kepada Afrika Selatan 287 00:17:22,708 --> 00:17:26,048 yang kita boleh bersatu jika nak capai sesuatu. 288 00:17:30,215 --> 00:17:31,965 Apa yang paling penting bagi awak? 289 00:17:32,801 --> 00:17:35,261 Keluarga saya yang penting bagi saya. 290 00:17:35,345 --> 00:17:38,425 Cara anak-anak dan isteri pandang saya. 291 00:17:39,141 --> 00:17:41,641 Masyarakat sangat penting bagi saya. 292 00:17:41,727 --> 00:17:46,517 Sepanjang detik kesusahan, saya akan minta makanan daripada jiran 293 00:17:46,607 --> 00:17:48,977 atau tonton televisyen di rumah jiran lain. 294 00:17:49,068 --> 00:17:50,278 Mereka akan beri makanan. 295 00:17:50,360 --> 00:17:55,570 Kini, saya berpeluang untuk membalas jasa mereka. 296 00:17:56,617 --> 00:18:00,367 Setiap kali masuk ke padang, rasa hilang semangat 297 00:18:00,454 --> 00:18:03,754 atau nak berputus asa, saya akan fikirkan mereka. 298 00:18:05,626 --> 00:18:07,286 - Kami sayang awak! - Siya! 299 00:18:07,377 --> 00:18:11,967 Afrika Selatan negara yang hebat. Kami ada banyak potensi. 300 00:18:12,049 --> 00:18:16,219 Saya nak lihat Afrika Selatan yang sama rata. 301 00:18:16,303 --> 00:18:18,183 Budak yang tinggal di pekan 302 00:18:18,263 --> 00:18:21,143 boleh sama impiannya dengan budak di pinggir bandar 303 00:18:21,225 --> 00:18:24,225 agar tak perlu tinggalkan tempat yang selesa baginya 304 00:18:24,311 --> 00:18:27,521 dan berjauhan daripada keluarga demi mengubah nasibnya. 305 00:18:27,606 --> 00:18:29,856 Saya nak dia mampu impikan, 306 00:18:29,942 --> 00:18:35,162 "Saya nak jadi doktor, jadi kapten ragbi, jadi presiden." 307 00:18:35,239 --> 00:18:37,069 Semua ini telah pun dicapai. 308 00:18:37,157 --> 00:18:41,367 Saya harap mereka boleh sedar dan bagi kita yang ada peluang, 309 00:18:41,453 --> 00:18:44,713 gunakan platform, suara 310 00:18:44,790 --> 00:18:47,880 dan sumber kita untuk membalas semuanya. 311 00:18:47,960 --> 00:18:52,420 Sukan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. 312 00:18:52,506 --> 00:18:54,836 JUARA PIALA DUNIA RAGBI 2019 313 00:18:54,925 --> 00:18:58,295 Kuasa untuk memberi inspirasi. 314 00:18:59,847 --> 00:19:02,347 Kuasa untuk menyatukan manusia 315 00:19:03,350 --> 00:19:07,350 dengan cara yang tak banyak perkara mampu. 316 00:19:09,189 --> 00:19:14,069 Sukan berbicara kepada anak muda dalam bahasa yang mereka faham. 317 00:19:15,487 --> 00:19:19,317 Sukan boleh mencipta harapan 318 00:19:20,492 --> 00:19:23,002 dalam perkara yang dulunya penuh keraguan. 319 00:19:23,078 --> 00:19:24,368 ZWIDE BANGGA DENGAN AWAK 320 00:19:24,454 --> 00:19:28,464 Sukan lebih berkuasa daripada kerajaan 321 00:19:28,542 --> 00:19:31,842 dalam memecahkan tembok perkauman. 322 00:19:31,920 --> 00:19:37,970 Sukan mampu mengatasi segala jenis diskriminasi. 323 00:19:41,013 --> 00:19:42,143 PRINSIP PENDORONG 324 00:19:42,222 --> 00:19:43,722 Kepercayaan ialah segala-galanya. 325 00:19:43,807 --> 00:19:46,557 Saya cuba berpegang teguh kepadanya, 326 00:19:46,643 --> 00:19:50,773 tapi saya tak sempurna. Saya buat silap setiap hari. 327 00:19:50,856 --> 00:19:54,066 Itu sebabnya ada orang baik di sekeliling saya yang kata, 328 00:19:54,151 --> 00:19:57,321 "Ini bukan awak" atau "Ini bukan matlamat awak." 329 00:19:57,404 --> 00:20:01,994 Ragbi membantu saya capai perkara yang saya nak buat. 330 00:20:02,075 --> 00:20:06,865 Harapnya kesan yang saya tinggalkan adalah di luar padang. 331 00:20:10,250 --> 00:20:11,920 IBU SIYA PERGI, ADIK TIRINYA TINGGAL 332 00:20:12,002 --> 00:20:14,052 DENGAN AYAH MEREKA SEBELUM DIA MENINGGAL DUNIA 333 00:20:14,129 --> 00:20:15,589 MEREKA DIAMBIL KHIDMAT SOSIAL 334 00:20:15,672 --> 00:20:17,222 SIYA TAK DAPAT CARI MEREKA 335 00:20:17,299 --> 00:20:19,889 Ayah mereka meninggal dunia dan keluarga pula, 336 00:20:19,968 --> 00:20:24,718 "Kita tak boleh ambil tanggungjawab ini," dan serahkan mereka ke rumah penjagaan. 337 00:20:24,806 --> 00:20:27,476 Mereka berpindah-randah dan akhirnya terpisah. 338 00:20:27,559 --> 00:20:29,729 Selepas tujuh tahun, saya jumpa mereka. 339 00:20:29,811 --> 00:20:33,771 Saya terpilih untuk bermain menentang England. 340 00:20:33,857 --> 00:20:36,357 Saya sebahagian kumpulan, tapi tak main. 341 00:20:36,443 --> 00:20:40,913 Saya di PE, bawa kereta keluar. Kawan-kawan bawa kereta saya 342 00:20:40,989 --> 00:20:44,869 mengelilingi pekan dan jumpa sepupu sebelah ibu saya. 343 00:20:44,952 --> 00:20:47,792 Katanya, "Saya nampak adik-adik awak." Dia masuk kereta. 344 00:20:47,871 --> 00:20:50,291 Kami ambil kawan baik saya dan menuju ke sana. 345 00:20:50,374 --> 00:20:52,794 Saya pergi ke rumah itu, adik lelaki saya masuk 346 00:20:52,876 --> 00:20:55,916 dan suasananya amat penuh emosi. 347 00:20:56,004 --> 00:20:59,554 Adik perempuan pula masuk. Dia tak kenal saya pun, 348 00:20:59,633 --> 00:21:01,303 tapi dia tahu dia ada abang. 349 00:21:01,385 --> 00:21:03,795 Dia datang dan sentuh muka saya. 350 00:21:03,887 --> 00:21:08,807 Dia duduk di atas riba saya. Saya kata akan datang balik lagi sejam. 351 00:21:08,892 --> 00:21:12,152 Saya pergi ke kedai dan beli gula-gula. 352 00:21:12,229 --> 00:21:15,439 Saya datang balik dan kata, "Saya ambil mereka pada cuti Disember." 353 00:21:15,524 --> 00:21:17,444 Saya ambil mereka pada cuti itu. 354 00:21:17,526 --> 00:21:20,396 Mereka sepatutnya pulang, tapi saya tak lepaskan. 355 00:21:20,487 --> 00:21:23,117 Isteri saya mengandungkan anak saya. 356 00:21:23,198 --> 00:21:25,408 Ketika mereka datang, dia melahirkan. 357 00:21:25,492 --> 00:21:27,122 "Boleh kita jaga mereka?" 358 00:21:27,202 --> 00:21:30,372 Dia kata, "Tentulah. Mereka penting bagi awak." 359 00:21:30,455 --> 00:21:33,665 Apa maknanya bagi awak kerana dapat jaga mereka, 360 00:21:33,750 --> 00:21:38,840 berikan mereka tempat tinggal dan menguruskan mereka? 361 00:21:40,257 --> 00:21:42,927 Mereka berikan saya maksud hidup. 362 00:21:43,010 --> 00:21:45,850 Hubungan saya dan ibu saya agak aneh. 363 00:21:45,929 --> 00:21:47,429 Saya jarang bersama dia. 364 00:21:47,514 --> 00:21:51,944 Kehidupan dia berbeza. Dia tak penuhi keperluan saya. 365 00:21:52,019 --> 00:21:54,979 Nenek saya yang beri. Namun, saya tetap sayang dia. 366 00:21:55,772 --> 00:21:58,282 Saya nak mereka dapatkannya daripada saya. 367 00:21:58,358 --> 00:22:01,448 Mereka tak dapat kasih ibu bapa, saya saja keluarga mereka. 368 00:22:01,528 --> 00:22:03,448 Saya nak beri mereka peluang terbaik. 369 00:22:03,530 --> 00:22:06,070 Saya tak nak mereka susah macam saya. 370 00:22:06,158 --> 00:22:08,408 Kini, mereka boleh ada impian. 371 00:22:08,493 --> 00:22:11,413 Boleh jadi macam budak lain. 372 00:22:11,496 --> 00:22:14,416 Setakat ini, semuanya baik-baik saja. 373 00:22:15,792 --> 00:22:17,292 MENCARI TEMPAT 374 00:22:17,377 --> 00:22:20,957 Apakah ada isu tertentu yang betul-betul menguji awak? 375 00:22:26,094 --> 00:22:27,144 Entahlah. 376 00:22:27,929 --> 00:22:31,269 Entahlah. Mungkin akan datang. 377 00:22:31,350 --> 00:22:32,730 Saya dan ayah saya. 378 00:22:34,644 --> 00:22:36,274 Saya tak berapa ingat dia. 379 00:22:36,355 --> 00:22:39,725 Ada beberapa kenangan. Nenek saya memainkan peranan besar. 380 00:22:40,275 --> 00:22:43,275 Kami tak rapat pun, tapi saya nak kami rapat. 381 00:22:44,613 --> 00:22:47,453 Jika kehilangan dia, saya tak tahu rasanya. 382 00:22:47,532 --> 00:22:49,492 Apabila berada di Grey… 383 00:22:51,328 --> 00:22:53,998 dan tinggal di asrama, saya akan berdiri di tingkap. 384 00:22:54,081 --> 00:22:57,211 Ibu bapa datang jemput anak-anak mereka, 385 00:22:57,292 --> 00:22:59,632 peluk dan cium mereka sebelum pergi. 386 00:22:59,711 --> 00:23:01,511 Tiada sesiapa datang untuk saya. 387 00:23:01,588 --> 00:23:04,668 Itu sebabnya saya selalu pergi ke rumah kawan-kawan. 388 00:23:05,467 --> 00:23:08,547 Itu sesuatu yang saya nak untuk diri saya. 389 00:23:08,637 --> 00:23:11,217 Setiap kali dia datang ke perlawanan saya, 390 00:23:12,015 --> 00:23:13,845 saya cuba bermain untuk dia. 391 00:23:13,934 --> 00:23:17,854 Mungkin saya bukan abang atau ayah terbaik 392 00:23:17,938 --> 00:23:20,608 kerana saya juga tak memilikinya. 393 00:23:20,690 --> 00:23:23,150 Saya cuba, tapi isteri saya sangat hebat. 394 00:23:23,235 --> 00:23:26,355 Dia dapat tampung semua kekurangan saya 395 00:23:26,446 --> 00:23:29,526 kerana anak-anak dan adik-adik saya rapat dengan dia. 396 00:23:29,616 --> 00:23:31,736 Dia sentiasa ada untuk mereka. 397 00:23:31,827 --> 00:23:34,407 - Rachel orang Afrika Selatan kulit putih. - Ya. 398 00:23:34,496 --> 00:23:39,576 Sebagai orang luar yang melihat perubahan negara ini, 399 00:23:39,668 --> 00:23:43,088 sungguh indah melihat awak dan Rachel sebagai keluarga. 400 00:23:43,171 --> 00:23:45,301 Apakah ada cabarannya? 401 00:23:46,174 --> 00:23:48,224 Ya, kami hadapi cabaran pada awalnya. 402 00:23:48,301 --> 00:23:53,141 Sampai sekarang pun, masih ada yang tak suka hubungan kami. 403 00:23:53,223 --> 00:23:55,983 Itu bukan masalah saya. Saya dan keluarga bahagia. 404 00:23:56,059 --> 00:23:57,439 Itulah yang penting. 405 00:23:58,854 --> 00:24:03,324 Dengan orang-orang yang beri komen keji 406 00:24:03,400 --> 00:24:05,530 dan siarkannya di media sosial. 407 00:24:05,610 --> 00:24:07,700 Saya tak boleh marahkan mereka 408 00:24:07,779 --> 00:24:10,119 kerana mereka dibesarkan dan dididik begitu. 409 00:24:10,198 --> 00:24:11,238 Itu saja mereka tahu. 410 00:24:11,324 --> 00:24:12,834 Nenek saya selalu cakap, 411 00:24:12,909 --> 00:24:15,749 "Jika sayang seseorang, bawa mereka pulang. 412 00:24:15,829 --> 00:24:16,789 Itu yang saya buat. 413 00:24:22,252 --> 00:24:26,882 Mungkin generasi tua keluarga saya agak susah untuk terima, 414 00:24:26,965 --> 00:24:30,255 tapi mereka hormat pilihan dan penilaian saya. 415 00:24:30,343 --> 00:24:34,313 Mereka nak seseorang yang cintakan dan hormati saya. 416 00:24:34,389 --> 00:24:37,389 Akhirnya, itulah yang mereka dapat. 417 00:24:37,476 --> 00:24:40,936 Mereka sangat sukakan dia kerana dia amat mudah disenangi. 418 00:24:44,691 --> 00:24:46,611 Permulaan hidup dia susah. 419 00:24:46,693 --> 00:24:49,073 Saya tahu ramai orang dah pun tahu, 420 00:24:49,154 --> 00:24:52,284 tapi dia membawanya bersama ke mana-mana dia pergi. 421 00:24:52,365 --> 00:24:55,195 Itulah yang saya suka pada dia sejak dulu lagi. 422 00:24:55,285 --> 00:25:00,495 Dia sangat hargai asal usulnya dan tak pernah lupa daratan. 423 00:25:00,582 --> 00:25:03,592 MASYARAKAT 424 00:25:03,668 --> 00:25:05,628 Ribut melanda kita. 425 00:25:05,712 --> 00:25:09,342 Itulah mesej kerajaan Afrika Selatan kepada rakyatnya 426 00:25:09,424 --> 00:25:13,394 apabila COVID-19 tersebar di seluruh negara. 427 00:25:13,929 --> 00:25:16,639 Bulan ini penuh kesengsaraan, 428 00:25:17,516 --> 00:25:20,096 para pencari nafkah tak dapat bekerja, 429 00:25:20,185 --> 00:25:23,685 banyak keluarga bergelut untuk terus hidup, 430 00:25:23,772 --> 00:25:27,902 kanak-kanak masuk tidur dan bangun dalam kebuluran. 431 00:25:30,737 --> 00:25:33,367 Yayasan itu akan dilancarkan dalam beberapa bulan. 432 00:25:33,448 --> 00:25:35,368 Kami tak jangka untuk buat terlalu cepat. 433 00:25:35,450 --> 00:25:39,330 Namun, dengan keadaan COVID semasa, keselamatan makanan ialah perkara besar. 434 00:25:39,412 --> 00:25:42,462 Kami sasarkan untuk beri makan 6,000 orang 435 00:25:43,250 --> 00:25:46,340 dan rasanya dah hampir 41,000. 436 00:25:46,419 --> 00:25:49,799 Kami mengembara lebih 15,000 kilometer 437 00:25:49,881 --> 00:25:53,471 demi memastikan semua orang tahu 438 00:25:53,552 --> 00:25:58,012 bahawa kami tak sasarkan satu kawasan saja walhal seluruh Afrika Selatan memerlukan. 439 00:25:59,140 --> 00:26:02,810 Banyak perkara diperoleh kerana jawatan yang dipegang. 440 00:26:02,894 --> 00:26:04,814 Namun, semuanya akan pergi jua. 441 00:26:04,896 --> 00:26:09,776 Cabaran terbesar ialah cuba menerapkan dalam diri, 442 00:26:10,527 --> 00:26:12,197 walaupun jawatan diambil, 443 00:26:12,279 --> 00:26:14,279 kita mampu kekal menjadi diri kita 444 00:26:14,364 --> 00:26:17,454 dan terus perjuangkan perkara yang kita usahakan. 445 00:26:17,534 --> 00:26:21,544 Akhirnya, orang yang kita bantu akan berikan kita kegembiraan. 446 00:26:24,874 --> 00:26:28,004 Apa yang dunia perlukan lagi pada masa ini? 447 00:26:28,753 --> 00:26:30,513 Banyak perkara. 448 00:26:30,589 --> 00:26:33,929 Banyak perkara, tapi… 449 00:26:34,009 --> 00:26:37,849 Jika semua orang ketepikan kemahuan diri 450 00:26:37,929 --> 00:26:40,429 dan fikirkan keperluan orang lain, 451 00:26:40,515 --> 00:26:44,185 jika kita lakukannya sebagai penduduk dunia, 452 00:26:44,269 --> 00:26:46,519 sebagai rakyat dunia dan Afrika Selatan, 453 00:26:46,605 --> 00:26:49,265 tumpukan kepada keperluan Afrika Selatan 454 00:26:49,357 --> 00:26:52,397 untuk menjadi negara yang lebih baik. Tanya diri setiap hari, 455 00:26:52,485 --> 00:26:56,655 "Macam mana saya nak buat agar orang lain dapat sesuatu yang hebat? 456 00:26:56,740 --> 00:26:58,490 Agar Afrika Selatan bertambah baik?" 457 00:26:58,575 --> 00:27:00,945 Begitulah kami menang Piala Dunia. 458 00:27:01,036 --> 00:27:02,906 Apabila jurulatih berucap, 459 00:27:02,996 --> 00:27:06,366 dia minta kami bermain demi Afrika Selatan. Itu yang kami buat. 460 00:27:08,418 --> 00:27:12,628 APA NASIHAT AWAK KEPADA DIRI AWAK KETIKA BERUSIA 20 TAHUN? 461 00:27:17,052 --> 00:27:21,772 Pertama, impikanlah perkara besar. 462 00:27:21,848 --> 00:27:23,888 Impikan sesuatu dengan baik. 463 00:27:25,310 --> 00:27:27,770 Impikan perkara yang orang kata, 464 00:27:27,854 --> 00:27:30,024 "Awak tak boleh mencapainya." 465 00:27:30,106 --> 00:27:32,816 Sebaik saja impian itu tercapai dan awak berada di tempat 466 00:27:32,901 --> 00:27:36,821 yang tak disangka-sangka, berdirilah dengan teguh. 467 00:27:36,905 --> 00:27:39,405 Ada sebab awak dipilih. Ada sebab awak di sana. 468 00:27:39,491 --> 00:27:42,951 Jangan takut. Jangan minta maaf. Jangan malu. 469 00:27:43,036 --> 00:27:45,956 Tak kira dari mana pun asal usul, latar belakang awak, 470 00:27:46,039 --> 00:27:48,539 perbuatan ibu bapa awak atau jika mereka gagal. 471 00:27:48,625 --> 00:27:51,125 Ada sebab awak di sana. Awak harus memberi inspirasi 472 00:27:51,211 --> 00:27:55,091 dan ceritakan kisah awak. Lakukannya sebanyak mungkin. 473 00:27:55,173 --> 00:27:57,183 Tak usah hiraukan masalah dulu. 474 00:29:57,420 --> 00:29:59,420 UNTUK MADIBA 475 00:29:59,506 --> 00:30:04,636 "AKAL BUDI DAN HATI NURANI SENTIASA SEIRING" 476 00:30:04,719 --> 00:30:09,719 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi