1 00:00:21,958 --> 00:00:25,458 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:32,083 --> 00:00:36,791 "Bunuh atau dibunuh adalah undang-undang." 3 00:00:36,875 --> 00:00:39,333 "Menunjukkan belas kasihan adalah satu kelemahan." 4 00:00:39,416 --> 00:00:41,416 JACK LONDON - THE CALL OF THE WILD 5 00:00:42,708 --> 00:00:45,125 Ini adalah pengajaran yang saya mahu lupakan. 6 00:00:47,333 --> 00:00:48,583 Awak tak apa-apa? 7 00:00:50,083 --> 00:00:51,750 Ayuh, jangan putus asa! 8 00:01:02,083 --> 00:01:03,208 Beri sini! 9 00:01:03,708 --> 00:01:06,291 - Beri sini! - Cepat. Ayuh! 10 00:01:07,333 --> 00:01:09,625 Pergi! 11 00:01:17,375 --> 00:01:19,583 - Ayuh, Sofia! - Pergi! 12 00:01:31,041 --> 00:01:33,833 Bertenang, Sofia. Jangan masuk campur. 13 00:01:33,916 --> 00:01:35,125 Enam puluh lima. 14 00:01:35,208 --> 00:01:37,083 Enam puluh tiga. Keluar. 15 00:01:40,541 --> 00:01:42,500 Saya tak faham sebab dia berkelakuan begini. 16 00:01:44,375 --> 00:01:46,583 Kalau ada orang serang, awak perlu lawan balik. 17 00:02:09,375 --> 00:02:10,541 - Ayuh, Sofy. - Ayuh. 18 00:02:39,500 --> 00:02:40,708 Selamat tinggal, semua. 19 00:02:40,791 --> 00:02:42,458 Selamat tinggal, Sofia. 20 00:02:42,541 --> 00:02:43,833 Jumpa lagi, terima kasih. 21 00:02:47,708 --> 00:02:49,083 Hai. 22 00:02:49,166 --> 00:02:50,583 - Selamat tinggal. - Jumpa lagi, Sofia. 23 00:02:52,750 --> 00:02:54,333 Hai, sayang. 24 00:02:54,416 --> 00:02:55,416 Helo. 25 00:02:56,708 --> 00:02:59,416 Syabas. 26 00:03:01,166 --> 00:03:02,875 Awak suka Hakim? 27 00:03:04,250 --> 00:03:06,375 Dia lelaki yang baik. 28 00:03:07,750 --> 00:03:10,458 Dia perlu berurusan dengan saya jika dia buat Sofia menderita. 29 00:03:11,333 --> 00:03:13,250 Santo, tolonglah. 30 00:03:16,541 --> 00:03:18,833 - Kita bincang nanti. - Okey, kita bercakap nanti. 31 00:03:18,916 --> 00:03:19,750 - Okey. - Jumpa nanti. 32 00:03:19,833 --> 00:03:21,000 Selamat tinggal. 33 00:03:26,666 --> 00:03:29,083 Siapa juara? Syabas, sayang. 34 00:03:29,166 --> 00:03:31,791 - Kamu hebat, sayang. - Terima kasih. 35 00:03:31,875 --> 00:03:32,791 - Terima kasih. - Syabas. 36 00:03:34,750 --> 00:03:35,583 Masuk, cepat. 37 00:03:36,666 --> 00:03:39,000 Masuk, lekas. 38 00:03:40,083 --> 00:03:41,458 Ayah perlu tunaikan janji. 39 00:03:41,541 --> 00:03:42,875 Janji apa? Ayah tak ingat. 40 00:03:42,958 --> 00:03:44,333 Jangan bergurau, ayah! 41 00:03:44,416 --> 00:03:45,708 Apa semua ini? 42 00:03:45,791 --> 00:03:46,791 Dia dah berjanji. 43 00:03:46,875 --> 00:03:49,500 Jika kami menang dan masuk ke main habis. 44 00:03:49,583 --> 00:03:50,625 Jadi? 45 00:03:52,083 --> 00:03:53,250 Jadi? 46 00:03:55,791 --> 00:03:56,791 Okey. 47 00:04:21,125 --> 00:04:23,208 Kenapa awak janji begitu dengan dia? 48 00:04:23,291 --> 00:04:26,041 Dia hampir 18 tahun, dia akan dapat lesen memandu nanti. 49 00:04:26,125 --> 00:04:27,208 Kami akan berlatih. 50 00:04:27,291 --> 00:04:29,208 Tolonglah, awak tahu ia berbahaya. 51 00:04:29,291 --> 00:04:31,291 Awak selalu buat saya risau… 52 00:04:37,166 --> 00:04:38,166 Okey. 53 00:04:38,250 --> 00:04:40,000 Selamat tinggal, sayang. 54 00:04:40,083 --> 00:04:41,083 Usah risau, dia bagus. 55 00:04:41,666 --> 00:04:42,500 Selamat tinggal, mak. 56 00:04:52,875 --> 00:04:54,583 Kamu ingat apa nak buat di sini? Jalan! 57 00:04:54,666 --> 00:04:56,541 Ayah pasti? 58 00:04:56,625 --> 00:04:57,916 Jalan. 59 00:04:58,500 --> 00:04:59,708 Jalan, Sofy, ayuh! 60 00:05:02,833 --> 00:05:04,791 Hati-hati dengan bonggol di sebelah kanan. 61 00:05:10,291 --> 00:05:11,333 Undur. 62 00:05:14,500 --> 00:05:16,125 Hidupkan enjin. Pergi! 63 00:05:18,125 --> 00:05:19,208 Kita dah berjaya. 64 00:05:21,041 --> 00:05:23,291 - Syabas. - Aduhai, saya berjaya. 65 00:05:50,500 --> 00:05:51,958 Maafkan saya. 66 00:05:52,041 --> 00:05:53,416 Kita akan fikirkannya nanti. 67 00:05:53,500 --> 00:05:54,958 Okey. 68 00:05:59,041 --> 00:06:00,291 Tidak, terima kasih. 69 00:06:04,250 --> 00:06:06,458 Patutkah kita bawa mak Ahad depan 70 00:06:06,541 --> 00:06:08,375 atau dia akan kena serangan jantung? 71 00:06:08,958 --> 00:06:10,041 Oh ya, 72 00:06:10,125 --> 00:06:13,125 tentang Ahad depan. 73 00:06:13,208 --> 00:06:16,041 Saya merancang percutian hujung minggu bersama Hakim. 74 00:06:16,125 --> 00:06:18,541 Kami akan menunggang motosikalnya, biasa-biasa saja. 75 00:06:23,541 --> 00:06:26,291 Ada kawan lain bersama kami, kami takkan bersendirian. 76 00:06:32,208 --> 00:06:35,166 Boleh ayah pujuk mak juga? 77 00:06:40,791 --> 00:06:41,708 Okey. 78 00:06:41,791 --> 00:06:44,041 Oh, Tuhan. Terima kasih! 79 00:07:02,416 --> 00:07:03,791 Lihat betapa cantiknya ini. 80 00:07:04,708 --> 00:07:06,833 Adakah gunung-ganang di Calabria seperti ini? 81 00:07:10,958 --> 00:07:12,833 Kesunyian yang sama. 82 00:07:14,208 --> 00:07:16,541 Kenapa ayah pindah ke sini semasa ayah kecil? 83 00:07:21,083 --> 00:07:22,375 Demi cinta. 84 00:07:26,500 --> 00:07:28,166 Mak seorang wanita yang bertuah. 85 00:07:31,958 --> 00:07:33,375 Ayuh, masa untuk pulang. 86 00:07:33,458 --> 00:07:35,916 Mari cuba pulang sebelum hari gelap. 87 00:07:38,583 --> 00:07:40,041 Boleh kita ambil gambar? 88 00:07:40,125 --> 00:07:42,500 Tak, kamu tahu ayah tak suka. 89 00:07:42,583 --> 00:07:44,458 Hanya satu, sebagai kenangan hari ini. 90 00:07:44,541 --> 00:07:47,000 Kita tak perlukan gambar untuk mengingatinya. 91 00:07:48,625 --> 00:07:49,916 Ayuh, ayah. Mari pergi. 92 00:07:50,000 --> 00:07:51,458 Tunggu sekejap. 93 00:08:10,833 --> 00:08:13,291 Okey, ia akan bertahan sehingga kita pulang. 94 00:08:14,666 --> 00:08:17,875 AYAH YANG HEBAT MEMANDU JALAN LASAK 95 00:08:17,958 --> 00:08:18,791 MENGESAN DATA WAJAH 96 00:08:18,875 --> 00:08:19,958 DATA DIAMBIL HIMPUNAN BIOMETRIK 97 00:08:30,333 --> 00:08:33,125 Mereka mengesahkan bahawa nilai biometrik adalah sama. 98 00:08:35,958 --> 00:08:37,083 Kita dah jumpa dia. 99 00:08:54,833 --> 00:08:55,708 Bagus! 100 00:08:59,250 --> 00:09:01,000 Berhenti! Ada sesuatu yang tak kena! 101 00:09:01,083 --> 00:09:02,375 Ada apa? 102 00:09:02,458 --> 00:09:03,666 Ia tak memotong lurus. 103 00:09:04,916 --> 00:09:07,250 Paling banyak pun 0.5 milimeter! 104 00:09:07,333 --> 00:09:09,875 Mari siapkan kerja dan baikinya esok. 105 00:09:09,958 --> 00:09:11,500 Saya nak buat sekarang. 106 00:09:11,583 --> 00:09:14,333 Boleh awak tolong ambil Sofia di mahkamah? 107 00:09:14,416 --> 00:09:16,416 - Baiklah. - Terima kasih. 108 00:09:30,500 --> 00:09:31,458 Hai, mak. 109 00:09:31,541 --> 00:09:32,583 Hai, Sofia. 110 00:09:32,666 --> 00:09:33,916 Bagaimana dengan latihan? 111 00:09:34,000 --> 00:09:35,625 Bagus. 112 00:09:41,208 --> 00:09:42,333 KHAMIS 20 SEPTEMBER 113 00:09:44,333 --> 00:09:46,791 AYAH YANG HEBAT MEMANDU JALAN LASAK 114 00:09:53,958 --> 00:09:55,958 Boleh kamu tolong mak sediakan makan malam? 115 00:09:56,041 --> 00:09:58,416 Baiklah, saya nak letak baju panas dalam mesin basuh. 116 00:09:58,500 --> 00:09:59,625 Terima kasih. 117 00:10:08,916 --> 00:10:10,000 Hai, adik. 118 00:10:10,083 --> 00:10:11,083 Hai. 119 00:10:11,666 --> 00:10:15,250 Bagaimana dengan Santo? Dah beratus kali saya telefon dia! 120 00:10:15,333 --> 00:10:16,916 Dia baiki gergaji. 121 00:10:17,000 --> 00:10:18,416 Selewat ini? 122 00:10:19,416 --> 00:10:21,291 Saya cuba beritahu dia, 123 00:10:22,166 --> 00:10:26,708 tapi suami awak degil. 124 00:10:30,708 --> 00:10:31,666 Itu pun dia. 125 00:10:32,291 --> 00:10:33,958 Badan dia akan berminyak. 126 00:10:34,041 --> 00:10:36,500 Suruh dia tanggalkan pakaian di luar! 127 00:10:38,791 --> 00:10:40,833 Patrick! Tolong! 128 00:10:40,916 --> 00:10:42,291 Tolong! Patrick! 129 00:10:45,625 --> 00:10:47,708 Awak nak ke mana? 130 00:10:47,791 --> 00:10:49,375 Patrick! 131 00:10:49,458 --> 00:10:51,291 Tolong! Patrick! 132 00:11:10,291 --> 00:11:11,166 Tidak! 133 00:11:21,000 --> 00:11:21,958 Mak? 134 00:11:53,750 --> 00:11:55,583 Bagaimana kita nak cari dia? 135 00:12:00,208 --> 00:12:01,375 Kita akan cari betina itu. 136 00:12:01,458 --> 00:12:04,291 Mari pergi. Kita tak boleh tinggal di sini. Tak guna. 137 00:12:12,541 --> 00:12:14,166 PANGGILAN TERKINI 138 00:12:14,250 --> 00:12:15,666 SAYANG 139 00:13:01,708 --> 00:13:02,916 Ingrid. 140 00:13:40,208 --> 00:13:41,208 Oh Tuhan, Sofia. 141 00:13:41,791 --> 00:13:42,791 Sofia! 142 00:13:49,083 --> 00:13:50,083 Ayah. 143 00:13:53,166 --> 00:13:54,041 Ayah! 144 00:13:54,125 --> 00:13:55,000 Kita perlu pergi. 145 00:13:55,083 --> 00:13:56,416 Telefon ambulans. 146 00:13:56,500 --> 00:13:57,500 Kita perlu pergi. 147 00:13:57,583 --> 00:13:58,500 Lepaskan! 148 00:13:58,583 --> 00:13:59,958 Mereka dah mati, kita perlu pergi. 149 00:14:00,041 --> 00:14:02,708 Ayah, sakitlah. Mak! 150 00:14:03,666 --> 00:14:05,083 Mak! 151 00:14:05,625 --> 00:14:06,583 Mak! 152 00:14:10,250 --> 00:14:11,750 Kenapa kita lari? 153 00:14:11,833 --> 00:14:13,833 Kenapa kita tinggalkan mak di sana? 154 00:14:13,916 --> 00:14:15,166 Bukan sekarang, Sofy. 155 00:14:15,250 --> 00:14:16,291 Beritahu saya! 156 00:14:16,375 --> 00:14:18,375 - Bukan sekarang. - Saya kata beritahu saya! 157 00:14:18,458 --> 00:14:19,583 Sofy! 158 00:14:22,166 --> 00:14:23,500 Saya nak tahu apa yang… 159 00:14:23,583 --> 00:14:26,250 Ayah cakap bukan sekarang! 160 00:14:45,583 --> 00:14:48,291 Berita baik atau buruk. 161 00:14:48,375 --> 00:14:50,750 Malangnya, gadis itu terlepas. 162 00:14:50,833 --> 00:14:53,416 Tapi berita selebihnya bagus. 163 00:14:53,500 --> 00:14:54,416 Begitu rupanya. 164 00:14:55,541 --> 00:14:57,958 Jumpa di rumah nanti. 165 00:14:58,875 --> 00:15:00,416 Saya akan lewat. 166 00:15:01,583 --> 00:15:03,208 Jangan risau. 167 00:15:03,875 --> 00:15:06,083 Kita orang tua, kita tak banyak tidur. 168 00:15:06,750 --> 00:15:07,875 Jumpa nanti. 169 00:15:26,416 --> 00:15:28,041 Tempat apa ini? 170 00:15:30,375 --> 00:15:32,708 Beritahu saya, saya tak mahu berada di sini. 171 00:15:32,791 --> 00:15:35,375 Hanya untuk malam ini. Kita cari tempat lebih baik esok. 172 00:15:35,458 --> 00:15:36,791 Ayah, kita telefon polis. 173 00:15:36,875 --> 00:15:38,583 - Tak boleh. - Kenapa? 174 00:15:46,583 --> 00:15:47,500 Mereka akan tangkap ayah. 175 00:15:47,583 --> 00:15:49,625 Kenapa? Ayah tak buat apa-apa. 176 00:15:52,250 --> 00:15:53,416 Cukup. 177 00:15:53,500 --> 00:15:56,041 Tunggu. 178 00:15:56,125 --> 00:15:57,916 Kamu tak fahamkah kita dalam bahaya? 179 00:15:58,000 --> 00:16:00,416 - Mereka nak bunuh kita semua. - Jangan ganggu saya. 180 00:16:00,500 --> 00:16:02,833 Tunggu. Hentikan! 181 00:16:02,916 --> 00:16:04,916 Sekarang kamu senyap. 182 00:16:05,000 --> 00:16:06,375 Duduk diam. 183 00:16:45,083 --> 00:16:46,541 Selamat malam, Don Angelo. 184 00:16:47,083 --> 00:16:48,500 Selamat malam. 185 00:17:11,416 --> 00:17:12,958 Berhenti di sini. 186 00:17:22,666 --> 00:17:24,750 Tak guna. Itu bukan dia. 187 00:17:25,458 --> 00:17:28,166 Bagaimana ia boleh berlaku? Dia nampak macam dalam gambar. 188 00:17:28,250 --> 00:17:29,708 Pergi selesaikan masalah ini. 189 00:17:30,333 --> 00:17:33,166 Don Angelo mahu dia mati. Gadis itu juga. 190 00:17:33,250 --> 00:17:35,666 Alamak, kacaunya. 191 00:17:35,750 --> 00:17:36,916 Tolong cepat. 192 00:17:37,000 --> 00:17:38,583 Atau dia akan bunuh kita, faham? 193 00:17:38,666 --> 00:17:41,541 Okey. Saya dalam perjalanan. 194 00:17:41,625 --> 00:17:43,250 Beritahu Vituzzo. 195 00:17:43,958 --> 00:17:45,791 Beritahu dia si bedebah itu masih hidup. 196 00:19:05,791 --> 00:19:08,000 THE CALL OF THE WILD 197 00:19:11,875 --> 00:19:14,916 THE CALL OF THE WILD OLEH JACK LONDON 198 00:19:20,250 --> 00:19:21,375 Ayah? 199 00:19:24,916 --> 00:19:27,625 Ayah, saya merayu. Saya tak boleh tahan lagi. 200 00:19:30,500 --> 00:19:34,250 Beritahu saya apa yang kita buat di sini! 201 00:19:34,916 --> 00:19:36,958 Jawab! 202 00:19:39,166 --> 00:19:40,708 - Saya tak boleh terima. - Okey. 203 00:19:40,791 --> 00:19:42,500 Okey. 204 00:19:46,833 --> 00:19:48,125 Okey. 205 00:19:53,625 --> 00:19:55,791 Sebelum ayah jumpa mak kamu, 206 00:19:57,375 --> 00:19:59,208 ayah ada kehidupan yang berbeza. 207 00:20:02,291 --> 00:20:03,625 Ayah orang lain. 208 00:20:03,708 --> 00:20:05,166 Orang yang bagaimana? 209 00:20:09,375 --> 00:20:11,708 Bukan orang yang baik. 210 00:20:18,083 --> 00:20:19,958 Kamu tahu apa itu 'Ndrangheta? 211 00:20:24,750 --> 00:20:26,375 Ia seperti mafia Sicily. 212 00:20:30,291 --> 00:20:32,041 Pertalian darah sangat kuat 213 00:20:32,125 --> 00:20:34,208 dan jika kamu dilahirkan dalam keluarga gabungan… 214 00:20:38,250 --> 00:20:39,541 kamu tak boleh lari. 215 00:20:40,833 --> 00:20:42,750 Mereka beri kamu pistol dan suruh kamu 216 00:20:42,833 --> 00:20:45,041 tembak keluarga lawan. 217 00:20:47,666 --> 00:20:50,250 Sama ada kamu mati atau mereka yang mati. 218 00:21:00,500 --> 00:21:02,416 Nama ayah bukan Santo Romeo. 219 00:21:07,708 --> 00:21:09,875 Nama sebenar ayah ialah Domenico Franzè. 220 00:21:15,291 --> 00:21:18,166 Sebab itu ayah tak nak ambil gambar. 221 00:21:20,958 --> 00:21:22,166 Oh, Tuhan. 222 00:21:24,958 --> 00:21:25,916 Saya… 223 00:21:26,875 --> 00:21:28,250 ambil gambar ayah. 224 00:21:28,333 --> 00:21:29,250 Itu tak penting. 225 00:21:29,333 --> 00:21:30,791 Ya, itu penting. 226 00:21:30,875 --> 00:21:32,375 Sebab ayah selalu tipu saya. 227 00:21:32,458 --> 00:21:35,166 Salah ayah mak mati! 228 00:21:59,958 --> 00:22:01,541 Apa yang ayah nak buat? 229 00:22:07,000 --> 00:22:10,875 Sofia, ayah nak kamu percayakan ayah. 230 00:22:18,208 --> 00:22:21,666 Jangan guna ini untuk apa-apa sebab melainkan ayah panggil kamu. 231 00:22:25,625 --> 00:22:27,166 Janji? 232 00:22:28,625 --> 00:22:30,250 Tunggu ayah di sini. 233 00:22:30,333 --> 00:22:31,833 Ayah akan kembali nanti. 234 00:22:37,000 --> 00:22:38,291 Pandang ayah. 235 00:22:39,833 --> 00:22:41,833 Ia takkan berlaku kepada kita. 236 00:22:44,625 --> 00:22:46,208 Ayah janji. 237 00:24:11,250 --> 00:24:12,708 - Hakim. - Sofia. 238 00:24:12,791 --> 00:24:14,666 Tolong datang ambil saya. 239 00:24:14,750 --> 00:24:16,583 Apa yang berlaku? Polis mencari awak. 240 00:24:16,666 --> 00:24:19,333 - Awak tak apa-apa? - Saya tak apa-apa, jangan risau. 241 00:24:19,416 --> 00:24:21,750 Saya akan terus ke sana. Beritahu saya lokasi awak. 242 00:24:21,833 --> 00:24:23,791 Saya di hotel terbiar. 243 00:24:23,875 --> 00:24:26,000 Di selekoh Speikboden, awak tahu? 244 00:24:26,083 --> 00:24:28,125 Ya. Ayah awak ada bersama awak? 245 00:24:28,208 --> 00:24:31,166 Saya tak peduli tentang dia, dia bukan ayah saya lagi. 246 00:24:31,250 --> 00:24:34,083 Saya tak nak ada kaitan dengan dia. Tolonglah datang ke sini. 247 00:24:34,166 --> 00:24:35,375 Jangan risau, saya datang. 248 00:24:35,458 --> 00:24:38,250 Tolong cepat. Saya merayu. 249 00:24:48,083 --> 00:24:50,625 Apa maksud awak bukan dia? Mereka ada gambar. 250 00:24:50,708 --> 00:24:52,291 Mereka kenal dia. 251 00:24:53,916 --> 00:24:56,000 Saya tak perlukan amaran. 252 00:24:56,916 --> 00:24:58,333 Awak perlu tolong saya. 253 00:24:58,916 --> 00:25:00,458 Helo? 254 00:25:47,208 --> 00:25:48,208 Siapa yang buat? 255 00:25:59,333 --> 00:26:01,500 Saya tak ada kaitan dengan ini, saya sumpah. 256 00:26:01,583 --> 00:26:02,958 Mereka datang ke sini semalam 257 00:26:03,041 --> 00:26:04,875 hanya selama setengah jam! 258 00:26:04,958 --> 00:26:06,833 Saya tak tahu apa-apa. 259 00:26:06,916 --> 00:26:08,166 Mereka akan bunuh saya. 260 00:26:08,250 --> 00:26:11,041 Saya akan bunuh awak juga, tapi saya akan buat awak menderita dulu. 261 00:26:11,125 --> 00:26:14,416 Kalau awak beritahu saya, mungkin awak akan sampai ke hospital. 262 00:26:14,500 --> 00:26:16,583 Don Angelo yang hantar mereka. 263 00:26:16,666 --> 00:26:19,666 Awak tak perlu beritahu saya itu. 264 00:26:19,750 --> 00:26:21,333 Saya nak tahu siapa yang buat. 265 00:26:21,875 --> 00:26:23,541 Marino Gallo. 266 00:26:23,625 --> 00:26:25,791 Oh Tuhan, saya akan mati. 267 00:26:26,291 --> 00:26:28,541 Teruskan. Saya tahu ada dua orang. 268 00:26:28,625 --> 00:26:30,041 Anak saya nampak mereka. 269 00:26:30,125 --> 00:26:32,916 Santo, tolong hubungi ambulans. 270 00:26:33,000 --> 00:26:33,833 Namanya! 271 00:26:37,916 --> 00:26:42,125 Rudi Crisara. 272 00:26:42,208 --> 00:26:44,875 Orang kanan baharu Don Angelo. 273 00:26:45,916 --> 00:26:47,458 Oh Tuhan, saya akan mati! 274 00:26:47,958 --> 00:26:49,708 Awak ada satu cara untuk diselamatkan. 275 00:26:52,750 --> 00:26:53,625 Berdoa kepada Tuhan. 276 00:27:07,583 --> 00:27:08,416 Hakim. 277 00:27:09,375 --> 00:27:11,041 Ayuh, mari pergi. Cepat. 278 00:27:43,791 --> 00:27:44,791 Sofia? 279 00:27:46,291 --> 00:27:47,541 Sofia? 280 00:27:56,958 --> 00:27:58,333 Sofia! 281 00:28:01,666 --> 00:28:03,208 Sofia! 282 00:28:26,541 --> 00:28:27,833 Bertahan, Sofy. 283 00:28:30,916 --> 00:28:32,875 Tunduk! 284 00:28:39,333 --> 00:28:40,416 Hakim! 285 00:28:42,666 --> 00:28:44,541 Lari, Sofia. Lari! 286 00:28:45,166 --> 00:28:47,291 - Saya kata lari! - Aduhai, tidak! 287 00:28:49,666 --> 00:28:51,791 Awak nak ke mana? 288 00:28:52,583 --> 00:28:53,416 Bertenang. 289 00:28:53,500 --> 00:28:56,625 Saya tak boleh buat kalau awak tak duduk diam, faham? 290 00:28:59,000 --> 00:29:00,833 Apa yang awak buat? Mari sini. 291 00:29:00,916 --> 00:29:02,750 Mari sini. 292 00:29:03,333 --> 00:29:04,458 Saya ada hadiah untuk awak. 293 00:29:10,041 --> 00:29:11,083 Ayuh. 294 00:29:19,166 --> 00:29:20,416 Masuk ke dalam. 295 00:29:36,250 --> 00:29:38,583 Budak kecil tak guna. 296 00:30:32,166 --> 00:30:33,375 Jangan. Franzè, jangan. 297 00:30:33,458 --> 00:30:35,708 - Pusing, Sofia. - Jangan mengarut, Franzè. 298 00:30:35,791 --> 00:30:37,166 Jangan mengarut… 299 00:31:12,541 --> 00:31:14,375 Mari kita pergi dari sini. 300 00:31:25,500 --> 00:31:27,791 Tentang Alto Adige ini… 301 00:31:27,875 --> 00:31:29,791 Saya harap saya diberitahu lebih awal. 302 00:31:38,375 --> 00:31:40,541 Kita sedang membina bandar ini. 303 00:31:40,625 --> 00:31:42,625 Kita boleh kata ini bandar kita. 304 00:31:43,625 --> 00:31:45,833 Tapi tolonglah, mari elakkan skandal. 305 00:31:46,375 --> 00:31:49,083 Kita perlu jadi halimunan, untuk bank juga. 306 00:31:49,625 --> 00:31:51,333 Ayah tak peduli tentang bank. 307 00:31:52,041 --> 00:31:54,875 Kita ada lebih kurang 40 tapak bangunan di seluruh Itali Utara. 308 00:31:54,958 --> 00:31:57,833 Kita tak boleh bahayakan semuanya untuk balas dendam. 309 00:32:03,458 --> 00:32:04,500 Untuk… 310 00:32:05,916 --> 00:32:07,916 - Untuk balas dendam? - Maaf… 311 00:32:10,750 --> 00:32:14,500 Franzè bunuh abang kamu. 312 00:32:16,750 --> 00:32:19,583 Kamu patut kelar lehernya dengan tangan kamu sendiri. 313 00:32:19,666 --> 00:32:23,541 Sebaliknya, kamu duduk di belakang meja sambil mengira wang. 314 00:32:24,125 --> 00:32:26,208 Setiap kali ayah pandang kamu… 315 00:32:26,291 --> 00:32:28,708 Apa? Apa ayah rasa? 316 00:32:29,666 --> 00:32:32,500 Ayah rasa Franzè bunuh salah orang. 317 00:32:46,708 --> 00:32:48,458 Ayah tak boleh terus begini. 318 00:32:49,708 --> 00:32:52,458 Ini cuma luka ringan, kita tak boleh berhenti. 319 00:33:11,791 --> 00:33:12,875 Ayah! 320 00:33:16,333 --> 00:33:17,166 Okey. 321 00:33:36,625 --> 00:33:38,791 Ada pakaian di dalam but. 322 00:33:38,875 --> 00:33:40,458 Pergi tukar baju. Selepas itu, 323 00:33:40,541 --> 00:33:42,625 - kita jumpa di sana. - Okey. 324 00:33:42,708 --> 00:33:43,750 Sofy. 325 00:34:28,875 --> 00:34:31,791 …di kawasan Bolzano. 326 00:34:34,541 --> 00:34:37,583 - Semuanya 17.30 euro. - Mayat Ingrid dan abangnya 327 00:34:37,666 --> 00:34:40,458 telah ditemui dibunuh di ladang ini, 328 00:34:40,541 --> 00:34:42,083 tempat dia tinggal bersama suami 329 00:34:42,166 --> 00:34:44,416 dan anaknya yang masih hilang. 330 00:34:44,500 --> 00:34:47,125 Penyiasat tidak boleh ketepikan sebarang petunjuk. Mereka takut… 331 00:34:49,041 --> 00:34:50,541 Ayah, ini saya. 332 00:34:54,083 --> 00:34:55,041 - Cepat. - Ya. 333 00:35:30,250 --> 00:35:33,000 Ayah tak boleh memandu. Ayah pun tahu. 334 00:35:41,125 --> 00:35:42,958 Tapi kita nak ke mana? 335 00:35:43,041 --> 00:35:44,208 Kita akan ke Milan. 336 00:35:51,458 --> 00:35:53,791 Berapa lama ini akan berterusan, ayah? 337 00:35:57,541 --> 00:36:01,166 Ia takkan berakhir hingga ayah selesaikan apa yang ayah mulakan 20 tahun lalu. 338 00:36:27,875 --> 00:36:29,666 Dia bunuh Vituzzo. 339 00:36:31,583 --> 00:36:34,250 Orang yang memiliki restoran di Bolzano. 340 00:36:36,666 --> 00:36:39,166 Dia tahu Vituzzo orang kita. 341 00:36:41,125 --> 00:36:42,958 Tak guna. 342 00:36:44,875 --> 00:36:47,625 Keadaan jadi semakin teruk. 343 00:36:54,500 --> 00:36:56,583 Adakah dia akan datang serang kita di sini? 344 00:36:58,166 --> 00:36:59,375 Lelaki itu 345 00:37:00,458 --> 00:37:02,750 bukan jenis yang melarikan diri. 346 00:37:04,000 --> 00:37:05,375 Dia lelaki yang terhormat. 347 00:37:05,458 --> 00:37:09,458 Ayah. Bukan tentang "lelaki terhormat" ini lagi. 348 00:37:19,333 --> 00:37:22,666 Ayah betul-betul nak risikokan semuanya 349 00:37:23,416 --> 00:37:24,416 untuk seorang lelaki? 350 00:37:24,500 --> 00:37:25,791 Michele. 351 00:37:29,375 --> 00:37:33,250 Ayah minta maaf sebab layan kamu dengan teruk tadi. 352 00:37:35,625 --> 00:37:37,291 Tapi ada perkara 353 00:37:37,375 --> 00:37:39,750 yang kamu takkan faham. 354 00:37:42,375 --> 00:37:44,250 Kamu percayakan ayah? 355 00:37:53,208 --> 00:37:55,750 Ya, ayah. Sudah tentu. 356 00:37:56,666 --> 00:37:58,375 Perlahan sedikit. 357 00:38:02,583 --> 00:38:04,208 Berhenti. 358 00:38:04,916 --> 00:38:07,291 Kita perlu buat sesuatu sebelum sampai ke Milan. 359 00:38:49,041 --> 00:38:50,208 Pergi. 360 00:38:56,333 --> 00:38:57,833 Dr. Ferriario. 361 00:38:58,416 --> 00:39:01,666 Saya belum ucap terima kasih untuk hal wajah itu. 362 00:39:01,750 --> 00:39:04,000 Pengecaman wajah, bukan? 363 00:39:09,458 --> 00:39:11,708 Awak dah jumpa orang yang awak cari? 364 00:39:11,791 --> 00:39:13,750 Kami dah jumpa dia. 365 00:39:13,833 --> 00:39:16,875 Tapi sekarang dia hilang lagi. 366 00:39:18,833 --> 00:39:20,833 Dia berada di Milan dan nampaknya, 367 00:39:21,541 --> 00:39:23,333 dia marahkan kami. 368 00:39:23,416 --> 00:39:25,833 Pengecaman yang awak lakukan untuk kami di Internet… 369 00:39:26,666 --> 00:39:30,750 Bolehkah awak lakukannya di dunia nyata menggunakan kamera? 370 00:39:31,666 --> 00:39:33,541 Kamera CCTV? 371 00:39:34,208 --> 00:39:35,500 Ya. 372 00:39:35,583 --> 00:39:37,291 Di seluruh Milan. 373 00:39:37,375 --> 00:39:42,208 Jika ada akses rangkaian keselamatan awam, kita boleh luaskan pencarian. 374 00:39:43,083 --> 00:39:44,666 Boleh awak lakukannya? 375 00:39:45,583 --> 00:39:48,041 Saya bekerja untuk kerajaan sebelum bekerja sendiri. 376 00:39:49,125 --> 00:39:50,750 Saya masih ada beberapa kawan. 377 00:39:51,791 --> 00:39:54,083 Kami sangat berterima kasih. 378 00:39:56,625 --> 00:39:58,291 Cari dia juga. 379 00:39:59,416 --> 00:40:00,750 Baiklah. 380 00:40:05,333 --> 00:40:07,958 Jejak darah semakin panjang di belakang Domenico Franzè, 381 00:40:08,041 --> 00:40:10,291 pembunuh 'Ndrangheta yang melarikan diri sejak malam tadi. 382 00:40:10,375 --> 00:40:12,458 Tiga lagi mangsa nampaknya ada kaitan dengannya 383 00:40:12,541 --> 00:40:15,250 dan sekarang, dia orang dikehendaki nombor satu di Utara Itali. 384 00:40:15,333 --> 00:40:16,291 MILAN 385 00:40:16,375 --> 00:40:20,375 Anaknya, Sofia, dikesan di stesen minyak berhampiran Merano. 386 00:40:20,458 --> 00:40:24,791 Polis percaya Franzè bersenjata dan sangat berbahaya. 387 00:40:37,708 --> 00:40:39,166 UNTUK DIJUAL 388 00:40:39,250 --> 00:40:40,375 Berhenti. 389 00:40:46,541 --> 00:40:48,250 Okey, tunggu ayah di sini. 390 00:41:05,958 --> 00:41:07,166 UNTUK DIJUAL 391 00:41:31,375 --> 00:41:33,208 MARI SINI 392 00:42:04,958 --> 00:42:06,125 Sakit sangatkah? 393 00:42:06,208 --> 00:42:08,250 Tak, ayah cuma perlu bernafas sedikit. 394 00:42:39,958 --> 00:42:41,166 Ayah? 395 00:42:42,875 --> 00:42:43,958 Ayah? 396 00:42:45,500 --> 00:42:46,583 Ayah! 397 00:42:47,541 --> 00:42:49,541 Ayah, jawablah. Ayah dengar tak? 398 00:42:49,625 --> 00:42:52,666 Oh, Tuhan. 399 00:42:54,000 --> 00:42:56,541 Tak guna. 400 00:43:24,458 --> 00:43:25,791 FARMASI 401 00:43:42,625 --> 00:43:44,541 Tolong buka pintu. 402 00:43:47,291 --> 00:43:48,583 Saya perlukan bantuan. 403 00:43:49,666 --> 00:43:51,416 Di mana saya boleh cari doktor? 404 00:43:55,166 --> 00:43:57,000 Kami tak boleh tolong awak, pergi. 405 00:43:57,083 --> 00:43:59,291 - Saya perlukan doktor. - Kami tak mahu masalah. 406 00:43:59,375 --> 00:44:01,791 - Saya kata saya perlukan doktor sekarang. - Pergi. 407 00:44:02,958 --> 00:44:04,208 Awak nak ini? 408 00:44:08,791 --> 00:44:11,583 Bertenang. Perlahan-lahan. 409 00:44:11,666 --> 00:44:15,041 Ayah, semuanya baik-baik saja. 410 00:44:15,125 --> 00:44:18,875 Tarik nafas. 411 00:44:20,291 --> 00:44:24,125 Bagus. 412 00:44:27,541 --> 00:44:30,125 Bertenang. Jaga pergerakan awak. 413 00:44:39,125 --> 00:44:40,291 Itu pun dia. 414 00:44:46,791 --> 00:44:48,125 Syabas. 415 00:44:50,250 --> 00:44:51,708 Helo, sayang. 416 00:44:54,000 --> 00:44:56,958 Kalau kamu baca surat ini, maknanya ayah dah mati. 417 00:44:58,041 --> 00:44:59,458 Ayah tak kisah. 418 00:44:59,958 --> 00:45:02,500 Sebab jika ayah boleh kata ayah masih hidup, 419 00:45:03,416 --> 00:45:04,958 semuanya kerana kamu. 420 00:45:08,541 --> 00:45:10,958 Kamu selamatkan nyawa ayah, sayang. 421 00:45:11,041 --> 00:45:13,916 Nyawa yang tak patut diselamatkan. 422 00:45:14,666 --> 00:45:17,416 Sebab tiada apa-apa kecuali kekejaman 423 00:45:17,916 --> 00:45:19,291 dan keganasan di dalamnya. 424 00:45:21,291 --> 00:45:23,083 Ayah tak tahu tentang cinta 425 00:45:24,041 --> 00:45:26,208 atau rasa dicintai. 426 00:45:27,041 --> 00:45:29,833 Ayah hidup untuk membunuh dan membunuh untuk hidup. 427 00:45:30,666 --> 00:45:32,875 Ayah hanya menunggu untuk mati. 428 00:45:32,958 --> 00:45:36,333 Sebab ayah tak nampak perbezaan antara hidup dan mati lagi. 429 00:45:37,791 --> 00:45:40,083 Ayah hilang harapan untuk diselamatkan. 430 00:45:41,958 --> 00:45:43,500 Tapi ayah silap. 431 00:45:45,666 --> 00:45:47,291 Sebab ayah 432 00:45:48,333 --> 00:45:50,291 yang datang dari neraka pun, 433 00:45:51,875 --> 00:45:54,000 masih berpeluang untuk dirahmati. 434 00:45:55,708 --> 00:45:57,958 Ayah tak tahu apa-apa tentang hidup 435 00:45:58,041 --> 00:45:59,333 atau diri ayah 436 00:46:00,166 --> 00:46:01,958 sehingga kamu datang. 437 00:46:04,125 --> 00:46:06,875 Rahmat ayah ialah kelahiran kamu. 438 00:46:08,208 --> 00:46:09,208 Sofia. 439 00:46:10,416 --> 00:46:11,458 Sayang ayah. 440 00:47:04,166 --> 00:47:05,708 Apa yang berlaku? 441 00:47:06,708 --> 00:47:08,208 Betul cakap awak. 442 00:47:08,750 --> 00:47:10,916 Ayah awak mahu kita terus mencari Franzè. 443 00:47:11,750 --> 00:47:13,583 Saya dah agak. 444 00:47:13,666 --> 00:47:17,000 Kali ini, dia meminta pencarian yang lebih lanjut. 445 00:47:17,083 --> 00:47:19,166 Rumit. Haram. 446 00:47:19,666 --> 00:47:20,833 Sangat mahal. 447 00:47:20,916 --> 00:47:22,958 Sangat, sangat mahal. 448 00:47:23,041 --> 00:47:26,416 Terutamanya kerana orang yang saya perlu ganggu di institusi. 449 00:47:31,625 --> 00:47:33,000 Tapi saya boleh elak mencari dia. 450 00:47:34,458 --> 00:47:35,750 Tidak, dia akan tahu. 451 00:47:37,083 --> 00:47:39,291 Dia selalu tahu semuanya. 452 00:47:41,666 --> 00:47:44,208 Jadi mari buat begini. 453 00:47:44,291 --> 00:47:47,083 Beri apa yang dia nak, tapi terus maklumkan kepada saya. 454 00:47:51,666 --> 00:47:53,833 Ayah minta maaf hal ini berlaku kepada kamu juga. 455 00:47:56,833 --> 00:47:58,541 Menjalani hidup begini. 456 00:48:09,291 --> 00:48:11,000 Beri ayah satu. 457 00:48:15,958 --> 00:48:17,708 Kita perlu pergi dari sini. 458 00:48:17,791 --> 00:48:19,583 Lebih cepat lebih baik. 459 00:48:20,875 --> 00:48:23,541 Kami ada beberapa lokasi dari malam tadi. 460 00:48:26,583 --> 00:48:28,708 Semuanya di antara Quarto Oggiaro dan Bovisa. 461 00:48:29,208 --> 00:48:30,166 Kami jumpa mereka. 462 00:48:43,291 --> 00:48:47,208 Kami mengesan gadis itu di kawasan perindustrian berdekatan juga. 463 00:48:47,291 --> 00:48:50,000 Gudang lama yang mereka guna untuk pengguguran haram. 464 00:49:06,208 --> 00:49:08,083 Awak dah habis kerja? 465 00:49:09,625 --> 00:49:12,625 Saya serahkan kepada awak. 466 00:49:14,041 --> 00:49:16,375 Alihkan barang itu sebelum saya pergi. 467 00:49:16,458 --> 00:49:18,750 Alihkannya. Saya nak cepat. 468 00:49:18,833 --> 00:49:20,666 Okey. Saya pergi dulu. 469 00:49:21,291 --> 00:49:23,208 Tutup pintu dan mari pergi. 470 00:49:37,458 --> 00:49:39,291 KUNCI, BATERI, UNIT KAWALAN 471 00:50:35,500 --> 00:50:37,625 Di mana orang Itali dan gadis itu? 472 00:50:38,875 --> 00:50:40,291 Di mana mereka? 473 00:51:42,875 --> 00:51:45,375 Saya akan bunuh awak seperti saya bunuh isteri awak. 474 00:51:57,666 --> 00:51:59,083 Berhenti! 475 00:52:07,416 --> 00:52:08,625 Angkat tangan. 476 00:52:32,291 --> 00:52:36,375 Mereka dah jumpa kita, jadi mereka takkan berhenti sehingga kita berdua mati. 477 00:52:37,916 --> 00:52:39,166 SULFUR 478 00:52:39,250 --> 00:52:41,541 Sebab itulah kita kena mulakan langkah pertama, Sofia. 479 00:52:42,250 --> 00:52:43,750 Kita tiada pilihan. 480 00:52:44,458 --> 00:52:46,750 Membunuh untuk mengelak daripada dibunuh. 481 00:52:48,125 --> 00:52:51,083 Ini perkara yang ayah tak mahu ajar kamu. 482 00:52:52,625 --> 00:52:55,208 Ayah ada rancangan jelas, tapi ayah tak boleh buat sendiri. 483 00:52:56,041 --> 00:52:57,375 Ayah perlukan kamu. 484 00:53:03,458 --> 00:53:04,958 Ambil ini. 485 00:53:10,208 --> 00:53:11,416 Macam mana nak pegang? 486 00:53:11,500 --> 00:53:13,125 Biar tangan kamu yang tentukan. 487 00:53:13,625 --> 00:53:15,291 Ia tak patut rasa macam benda asing, 488 00:53:15,375 --> 00:53:16,958 tapi sebahagian daripada tangan kamu. 489 00:53:20,416 --> 00:53:23,250 Kalau kamu guna pisau, maknanya kamu dekat dengan musuh kamu, 490 00:53:23,333 --> 00:53:24,875 dekat dengan bahaya. 491 00:53:24,958 --> 00:53:26,291 Dekat dengan mati. 492 00:53:26,375 --> 00:53:29,625 Ketepikan rasa takut untuk bertindak. 493 00:53:30,750 --> 00:53:32,500 Kamu tiada masa untuk tikaman kedua, 494 00:53:32,583 --> 00:53:34,208 jadi tikaman pertama perlu membunuh. 495 00:53:37,666 --> 00:53:39,333 Ayuh, cuba satu posisi. 496 00:53:41,000 --> 00:53:42,041 Tidak. 497 00:53:45,541 --> 00:53:47,666 Pisau perlu sentiasa berada di depan. 498 00:53:47,750 --> 00:53:50,666 Kamu serang dengan pisau, halang dengan pisau. 499 00:53:51,916 --> 00:53:54,791 Berdiri di tepi. Jangan tawarkan badan kamu kepada lawan kamu. 500 00:53:54,875 --> 00:53:57,708 Sentiasa bergerak, guna tangan satu lagi untuk cari keseimbangan. 501 00:54:00,875 --> 00:54:02,666 Kalau kamu serang mereka di tepi… 502 00:54:06,291 --> 00:54:09,166 mereka akan rasa sangat sakit, tapi mereka mungkin akan selamat. 503 00:54:09,916 --> 00:54:11,916 Kalau kamu serang di jantung mereka… 504 00:54:14,958 --> 00:54:17,250 mereka akan pengsan serta-merta. 505 00:54:17,833 --> 00:54:19,333 Tiga saat dan mereka akan mati. 506 00:54:21,166 --> 00:54:23,541 Tapi kalau kamu serang mereka di leher… 507 00:54:26,458 --> 00:54:30,666 mereka ada 30 saat sebelum mati tercekik dengan darah sendiri. 508 00:54:31,375 --> 00:54:34,416 Wajah terakhir yang mereka lihat bukan wajah orang tersayang, 509 00:54:35,166 --> 00:54:36,250 tapi wajah kamu. 510 00:54:39,208 --> 00:54:41,000 Balas dendam yang paling kejam. 511 00:54:59,375 --> 00:55:00,708 Saya dah jumpa. 512 00:55:01,875 --> 00:55:03,041 Quadra Capital. 513 00:55:03,125 --> 00:55:05,250 Ini peta bangunan itu. 514 00:55:06,708 --> 00:55:09,000 Ia ada dalam laman web syarikat seni bina 515 00:55:09,083 --> 00:55:10,625 yang mereka buat hiasan dalaman. 516 00:55:10,708 --> 00:55:12,208 Syabas. 517 00:55:18,291 --> 00:55:19,875 Semuanya akan okey, bukan? 518 00:55:22,083 --> 00:55:23,208 Ya. 519 00:55:25,791 --> 00:55:26,958 Kemudian? 520 00:55:30,166 --> 00:55:32,875 Ayah ada kawan di Afrika Selatan. 521 00:55:32,958 --> 00:55:35,000 Kita akan tinggal di sana buat sementara waktu. 522 00:55:35,875 --> 00:55:37,208 Kamu dan ayah. 523 00:55:41,291 --> 00:55:43,041 Saya rindukan mak. 524 00:55:46,291 --> 00:55:48,291 Saya tak patut ambil gambar itu. 525 00:55:48,375 --> 00:55:50,500 Semuanya salah ayah, Sofia. 526 00:55:50,583 --> 00:55:52,583 Ia berlaku kerana kehidupan ayah dulu. 527 00:55:53,208 --> 00:55:54,583 Maafkan ayah. 528 00:55:55,250 --> 00:55:57,000 Jangan rasa bersalah, ayah. 529 00:55:57,833 --> 00:56:00,333 Ayah hanya cuba untuk terus hidup. 530 00:56:02,000 --> 00:56:03,250 Sama seperti Buck. 531 00:56:04,541 --> 00:56:05,833 THE CALL OF THE WILD 532 00:56:05,916 --> 00:56:07,208 Kamu dah baca? 533 00:56:07,291 --> 00:56:09,708 Ya, kami baca di sekolah menengah. 534 00:56:13,291 --> 00:56:15,291 Ini buku kegemaran ayah. 535 00:56:18,125 --> 00:56:19,791 Ayah beli di pesta. 536 00:56:24,541 --> 00:56:26,166 Ayah suka muka depannya. 537 00:56:38,166 --> 00:56:41,166 Saya percayakan ayah. Tak apa. 538 00:57:19,583 --> 00:57:21,458 Awak tak boleh berada di sini. 539 00:57:21,541 --> 00:57:23,250 Apa awak buat dengan telefon itu? 540 00:57:25,125 --> 00:57:27,750 - Maafkan saya. Saya sesat. - Apa? 541 00:57:28,708 --> 00:57:31,250 Saya mahu ke pusat bandar, tapi navigasi tak berfungsi. 542 00:57:31,333 --> 00:57:32,250 Saya tak peduli. 543 00:57:32,333 --> 00:57:34,125 Awak perlu pergi. Ayuh, pergilah. 544 00:57:34,208 --> 00:57:35,875 Maafkan saya. Saya pergi sekarang. 545 00:57:43,250 --> 00:57:45,416 Okey, beritahu saya nanti. Selamat tinggal. 546 00:57:53,375 --> 00:57:55,708 Letak tangan pada stereng dan pandu ke dalam garaj. 547 00:58:04,458 --> 00:58:05,666 Belok kiri. 548 00:58:15,166 --> 00:58:16,916 Letak kereta di sebelah kiri. 549 00:58:20,916 --> 00:58:22,625 Okey. Keluar. 550 00:58:28,166 --> 00:58:29,333 Mari sini. 551 00:58:31,791 --> 00:58:32,791 Mari. 552 00:58:34,416 --> 00:58:36,541 Di sana. Pusing. 553 00:59:01,625 --> 00:59:02,875 Masukkan kod. 554 00:59:04,500 --> 00:59:05,375 Masukkan kod. 555 00:59:06,166 --> 00:59:07,083 Masukkan kod. 556 00:59:39,291 --> 00:59:42,458 Apa itu? Apa yang berlaku? 557 00:59:45,708 --> 00:59:47,708 Biar saya tengok. 558 01:00:02,333 --> 01:00:04,291 Berhenti. 559 01:00:05,291 --> 01:00:06,625 Ikut cakap dia. 560 01:00:06,708 --> 01:00:09,166 - Lepaskan dia. - Jika awak tembak, dia akan mati. 561 01:00:11,125 --> 01:00:12,458 Letakkan pistol awak. 562 01:00:23,833 --> 01:00:24,958 Lepaskan dia. 563 01:00:26,375 --> 01:00:27,416 Saya tiada kaitan. 564 01:00:34,708 --> 01:00:37,208 Bunuh saya dan anak awak akan jadi mangsa seterusnya. 565 01:00:37,291 --> 01:00:39,125 Letakkan pistol itu. 566 01:00:40,041 --> 01:00:41,291 Lepaskan dia. 567 01:00:57,416 --> 01:00:59,333 Brek! 568 01:01:05,333 --> 01:01:06,791 Tunduk! 569 01:01:17,291 --> 01:01:18,416 Ayuh! 570 01:01:18,500 --> 01:01:20,291 Gerak! 571 01:01:37,375 --> 01:01:38,750 Ikut sini! 572 01:02:04,375 --> 01:02:05,916 Jalan! 573 01:02:07,500 --> 01:02:08,541 Undur. 574 01:02:13,208 --> 01:02:14,375 Ke kiri. 575 01:02:19,125 --> 01:02:20,375 Jalan terus! 576 01:02:33,041 --> 01:02:33,916 Jaga-jaga! 577 01:02:40,708 --> 01:02:41,791 Kiri! 578 01:02:50,250 --> 01:02:51,291 Jalan! 579 01:03:28,125 --> 01:03:30,166 Ia akan berakhir tak lama lagi. 580 01:04:17,583 --> 01:04:19,625 Ini tiba hari ini daripada nombor Michele. 581 01:04:21,250 --> 01:04:23,083 Si sial itu dapat dia. 582 01:04:32,041 --> 01:04:34,166 Gambar itu datang dengan mesej ini. 583 01:04:35,625 --> 01:04:39,375 Hei, sial. Awak ada sejam untuk serah diri 584 01:04:39,458 --> 01:04:42,125 dan mengaku jenayah awak selama 30 tahun ini. 585 01:04:54,791 --> 01:04:58,416 Beri mereka nama ahli gabungan, pelindung politik, bukti 586 01:04:58,500 --> 01:05:01,083 dan terutamanya nombor semua akaun bank 587 01:05:01,166 --> 01:05:04,833 yang awak ada di Eropah, London dan Amerika Selatan. 588 01:05:05,416 --> 01:05:08,250 Jika tidak, saya terpaksa bunuh seorang lagi anak awak. 589 01:05:09,041 --> 01:05:11,083 Saya nak dengar berita di TV 590 01:05:11,166 --> 01:05:12,958 sebelum tengah malam esok. 591 01:05:13,041 --> 01:05:14,833 Atau saya akan bunuh Michele. 592 01:05:15,625 --> 01:05:17,333 Kalau awak buat apa yang saya suruh, 593 01:05:17,416 --> 01:05:20,583 saya akan beritahu awak lokasinya dan awak boleh cari dia hidup-hidup. 594 01:05:23,250 --> 01:05:24,958 Hubungi Ferrario. 595 01:05:32,500 --> 01:05:34,375 Ia landasan kereta api yang terbiar. 596 01:05:34,458 --> 01:05:37,125 Menara telekomunikasi mengesan telefon sekejap, 597 01:05:37,208 --> 01:05:39,791 tepat untuk hantar gambar, kemudian ia dimatikan. 598 01:05:41,166 --> 01:05:42,583 Tapi kita ada lokasinya. 599 01:05:48,666 --> 01:05:51,166 Rudi, awak tak boleh gagal kali ini. 600 01:06:22,375 --> 01:06:23,625 Keluar ke sini. 601 01:06:23,708 --> 01:06:25,250 Okey. 602 01:06:59,250 --> 01:07:00,750 Itu vannya. 603 01:07:04,416 --> 01:07:05,625 Mari keluar. 604 01:07:29,750 --> 01:07:31,916 Mino, di depan. 605 01:07:41,625 --> 01:07:42,541 Michele. 606 01:07:44,250 --> 01:07:46,875 Michele, ini saya. Rudi. 607 01:07:46,958 --> 01:07:48,791 Sekarang saya akan lepaskan awak. 608 01:07:54,083 --> 01:07:56,000 Di belakang van! 609 01:07:59,750 --> 01:08:02,958 Dari mana dia menembak? 610 01:08:12,208 --> 01:08:13,458 Berundur! 611 01:08:24,000 --> 01:08:26,416 - Saya boleh nampak dia. - Di mana dia? 612 01:08:29,041 --> 01:08:31,083 Tangkap sial itu! 613 01:08:58,791 --> 01:09:00,041 Tak guna. 614 01:10:42,541 --> 01:10:43,833 Benarkah? 615 01:10:44,375 --> 01:10:46,416 Awak fikir Don Angelo 616 01:10:46,500 --> 01:10:49,208 akan musnahkan empayarnya untuk anaknya? 617 01:10:49,291 --> 01:10:51,666 Keluarga saya tiada kaitan dengan ini. 618 01:10:57,250 --> 01:10:58,791 Orang macam kita 619 01:10:59,291 --> 01:11:01,291 tak patut ada keluarga. 620 01:11:49,041 --> 01:11:50,333 Tolonglah. 621 01:11:52,375 --> 01:11:53,875 Tolonglah. 622 01:11:59,875 --> 01:12:00,958 Tolonglah. 623 01:12:12,625 --> 01:12:15,708 Tolonglah. Sedikit air. Saya sangat haus. 624 01:12:29,750 --> 01:12:31,416 Terima kasih. 625 01:12:33,041 --> 01:12:35,083 Maaf, apa yang berlaku kepada awak memang teruk. 626 01:12:35,166 --> 01:12:37,041 Ia tak berlaku dengan sengaja. 627 01:12:37,125 --> 01:12:40,208 Awak dan keluarga mafia awak yang lakukannya. 628 01:12:40,291 --> 01:12:43,166 Ayah saya, Sofia. 629 01:12:44,333 --> 01:12:46,041 Nama awak Sofia, bukan? 630 01:12:46,750 --> 01:12:50,875 Saya sumpah saya tak tahu apa yang dia buat dan kalau saya tahu… 631 01:12:50,958 --> 01:12:53,166 Awak tak tahu ayah awak anggota mafia? 632 01:12:55,583 --> 01:12:56,750 Bagaimana dengan awak? 633 01:12:56,833 --> 01:12:59,333 Bagaimana rasanya mengetahui siapa ayah awak sebenarnya? 634 01:13:03,458 --> 01:13:05,083 Saya tahu siapa ayah saya. 635 01:13:08,083 --> 01:13:11,333 Saya tak tahu apa yang dia beritahu awak, tapi semuanya mengarut. 636 01:13:12,791 --> 01:13:14,583 Diam. 637 01:13:14,666 --> 01:13:17,375 Dengar cakap saya. Awak tak tahu apa-apa. 638 01:13:17,458 --> 01:13:20,041 Awak fikir ayah awak menegakkan keadilan, tapi tidak. 639 01:13:20,125 --> 01:13:21,541 Kami mangsa, keluarga Lo Bianco. 640 01:13:21,625 --> 01:13:22,625 Mengarut. 641 01:13:23,500 --> 01:13:25,625 Ayah awak bunuh abang saya. 642 01:13:26,875 --> 01:13:29,291 Dia bunuh ramai orang, Sofia. 643 01:13:30,708 --> 01:13:33,083 Dia bukan manusia, dia penjenayah. 644 01:13:34,458 --> 01:13:36,750 Awak tak tahu apa yang dia dah buat. 645 01:13:38,916 --> 01:13:40,583 Tapi awak berbeza. 646 01:13:40,666 --> 01:13:42,833 Masa depan awak belum tertulis lagi. 647 01:13:42,916 --> 01:13:45,833 Masa depan yang sama awak bayangkan sehingga tiga hari lalu. 648 01:13:45,916 --> 01:13:47,750 Awak boleh kehilangannya selama-lamanya. 649 01:13:48,416 --> 01:13:50,083 Ini bukan peperangan awak, Sofia. 650 01:13:50,166 --> 01:13:51,916 Awak bukan Franzè. 651 01:13:52,000 --> 01:13:54,291 Ayah awak tak dapat memilih. 652 01:13:54,375 --> 01:13:56,791 Awak boleh, tapi awak perlu buat sekarang. 653 01:13:58,416 --> 01:13:59,583 Tolong bebaskan saya. 654 01:13:59,666 --> 01:14:01,833 Lari, selamatkan diri awak. 655 01:14:02,875 --> 01:14:04,666 Tolong bebaskan saya. 656 01:14:10,250 --> 01:14:11,666 Sofia? 657 01:14:11,750 --> 01:14:12,875 Sofia, tolonglah. 658 01:14:12,958 --> 01:14:14,791 Tolong bebaskan saya, Sofia! 659 01:14:14,875 --> 01:14:16,416 Sofia, tolonglah! 660 01:14:16,500 --> 01:14:19,791 Berapa ramai lagi yang perlu mati? Tolonglah, Sofia. 661 01:14:35,666 --> 01:14:36,666 Helo? 662 01:14:37,833 --> 01:14:39,458 Hai, sayang. Ini ayah. 663 01:14:41,291 --> 01:14:43,500 Ayah di mana? Suara ayah pelik. 664 01:14:45,333 --> 01:14:47,208 Ia tak berjalan lancar, maafkan ayah. 665 01:14:47,291 --> 01:14:49,166 Rancangan kita tak berjaya. 666 01:14:49,250 --> 01:14:50,625 Itu Franzè. 667 01:14:50,708 --> 01:14:53,375 Panggilan itu daripada telefon bimbit di Agrate Brianza. 668 01:14:53,458 --> 01:14:54,625 Dia sedang bergerak. 669 01:14:55,416 --> 01:14:56,291 Apa maksud ayah? 670 01:14:56,958 --> 01:14:58,375 Ayah, apa yang berlaku? 671 01:14:59,916 --> 01:15:01,250 Ayah cedera? 672 01:15:02,458 --> 01:15:03,500 Bagaimana keadaan ayah? 673 01:15:03,583 --> 01:15:04,458 Suara perempuan. 674 01:15:04,541 --> 01:15:06,458 Geolokasi dalam kedudukan pegun. 675 01:15:06,541 --> 01:15:07,708 Itu anak perempuannya. 676 01:15:08,333 --> 01:15:10,083 Mari kita pergi. 677 01:15:10,166 --> 01:15:12,416 Dua skuad. Satu untuk Franzè, satu untuk anaknya. 678 01:15:12,500 --> 01:15:14,541 Cakaplah dengan saya, ayah. 679 01:15:15,208 --> 01:15:16,500 Ayah tak apa-apa. 680 01:15:19,208 --> 01:15:21,375 Tapi ayah tak ada pilihan. 681 01:15:21,458 --> 01:15:22,750 Ayah, pulanglah ke sini. 682 01:15:22,833 --> 01:15:25,125 Tolong jangan pergi. 683 01:15:28,833 --> 01:15:30,625 Tak boleh, Sofy. 684 01:15:32,375 --> 01:15:34,791 Ayah tahu ia takkan berhasil. 685 01:15:37,958 --> 01:15:41,458 Tapi ayah harap ia akan berhasil. Demi kebaikan kamu. 686 01:15:41,541 --> 01:15:43,000 Apa kita nak buat sekarang? 687 01:15:47,833 --> 01:15:49,875 Kamu tak perlu buat apa-apa, sayang. 688 01:15:52,208 --> 01:15:55,708 Ayah harap ada cara lain. 689 01:15:57,875 --> 01:15:59,083 Tapi ayah silap. 690 01:16:10,125 --> 01:16:12,500 Sekarang, satu-satunya cara untuk selamat 691 01:16:14,041 --> 01:16:17,750 ialah pastikan Don Angelo lenyap dari muka bumi ini. 692 01:16:22,833 --> 01:16:24,250 Ayah perlu serang dia sekarang. 693 01:16:26,875 --> 01:16:29,875 Apa maksud ayah? Saya tak faham. 694 01:16:34,333 --> 01:16:36,416 Ayah dah berubah, Sofia. 695 01:16:36,500 --> 01:16:37,791 Ayah dah berubah. 696 01:16:41,500 --> 01:16:43,250 Ayah sangat sayangkan kamu. 697 01:16:43,333 --> 01:16:45,916 Ayah tahu kamu boleh berjaya tanpa ayah sekarang. 698 01:17:00,083 --> 01:17:02,208 Awak tahu apa akan berlaku kalau awak bunuh saya, bukan? 699 01:17:05,833 --> 01:17:08,416 Apa mereka akan buat kepada anak awak? 700 01:17:11,875 --> 01:17:13,666 Awak tak patut ganggu keluarga saya. 701 01:17:13,750 --> 01:17:15,750 Awak tak patut sentuh mereka. 702 01:17:45,958 --> 01:17:47,000 Tolonglah, ayah. 703 01:17:47,083 --> 01:17:50,458 Saya merayu. 704 01:17:50,541 --> 01:17:54,458 Kita sepatutnya ke Afrika Selatan, bukan? Ayah dah janji. 705 01:17:54,958 --> 01:17:57,000 Kita sepatutnya pergi bersama. 706 01:17:57,083 --> 01:17:58,666 Tolonglah. 707 01:18:00,791 --> 01:18:02,791 Tunjukkan tangan awak! 708 01:18:04,791 --> 01:18:07,416 Ayah lalui tahun-tahun yang indah. 709 01:18:07,500 --> 01:18:09,416 Ayah ada keluarga. 710 01:18:09,500 --> 01:18:10,583 Ayah ada kamu. 711 01:18:12,375 --> 01:18:13,791 Keajaiban ayah. 712 01:18:16,666 --> 01:18:17,708 Angkat tangan! 713 01:18:18,291 --> 01:18:20,708 Saya kata angkat tangan! 714 01:18:20,791 --> 01:18:23,416 Tapi lebih baik kita selesaikan sekarang. 715 01:18:35,666 --> 01:18:37,041 Ayah! 716 01:18:37,958 --> 01:18:39,625 Ayah! 717 01:19:09,958 --> 01:19:10,791 Angkat tangan! 718 01:19:10,875 --> 01:19:12,333 Saya kata angkat tangan! 719 01:19:19,083 --> 01:19:21,250 - Selamat. - Selamat. 720 01:19:22,333 --> 01:19:23,666 Hai, Sofia. 721 01:19:30,500 --> 01:19:31,958 Bangun. 722 01:19:34,833 --> 01:19:36,708 Jangan risau, ia dah berakhir. 723 01:21:01,125 --> 01:21:03,208 Franzè, ikut saya. 724 01:21:10,833 --> 01:21:13,250 Saya tak suka coklat, terima kasih. 725 01:21:14,541 --> 01:21:15,375 Awak dilayan dengan baik? 726 01:21:15,458 --> 01:21:17,000 Apa yang awak mahu? 727 01:21:19,041 --> 01:21:20,750 Saya dah bercakap dengan majistret. 728 01:21:20,833 --> 01:21:22,625 Mereka tak ada pertuduhan ke atas awak. 729 01:21:22,708 --> 01:21:25,375 Awak akan dibebaskan semasa perbicaraan. 730 01:21:25,458 --> 01:21:27,041 Saya sangat gembira. 731 01:21:27,125 --> 01:21:28,958 Awak bergantung kepada belas kasihan orang gila. 732 01:21:29,041 --> 01:21:30,750 Awak telah didera. 733 01:21:34,750 --> 01:21:37,166 Kita berdua ada takdir yang sama. 734 01:21:37,875 --> 01:21:40,333 Kita terima balasan atas kesalahan ayah kita. 735 01:21:41,000 --> 01:21:42,666 Tapi sekarang, kita dah bebas. 736 01:21:42,750 --> 01:21:44,625 Itu yang awak nak beritahu saya? 737 01:21:49,875 --> 01:21:50,875 Tidak. 738 01:21:52,833 --> 01:21:55,708 Saya nak cakap yang bagi saya, 739 01:21:55,791 --> 01:21:57,833 perang antara Lo Bianco dan Franzè 740 01:21:57,916 --> 01:21:59,166 sudah berakhir. 741 01:22:00,791 --> 01:22:02,458 Kita dah berbaik. 742 01:22:04,541 --> 01:22:08,041 Awak akan matang tak lama lagi. 743 01:22:08,541 --> 01:22:09,750 Awak akan keluar dari sini 744 01:22:09,833 --> 01:22:11,750 dan awak boleh mula semula dari awal. 745 01:22:14,041 --> 01:22:15,875 Kalau awak perlukan bantuan, 746 01:22:16,666 --> 01:22:18,500 awak boleh jumpa saya. 747 01:22:18,583 --> 01:22:21,041 Saya betul-betul nak tolong awak. 748 01:22:33,375 --> 01:22:34,958 Apa yang awak nak buat? 749 01:22:38,000 --> 01:22:39,750 Saya rasa tak selamat. 750 01:22:41,375 --> 01:22:43,208 Apabila dia keluar, hapuskan dia. 751 01:22:43,291 --> 01:22:46,625 Saya mahu dia mati dengan tali menjerut lehernya, 752 01:22:46,708 --> 01:22:48,333 sama seperti ayah saya. 753 01:22:57,250 --> 01:22:58,791 "Sama seperti bayangan itu 754 01:22:58,875 --> 01:23:02,125 adalah panggilan yang masih kedengaran jauh di dalam hutan." 755 01:23:06,541 --> 01:23:10,291 "Dia penuh dengan kegelisahan dan keinginan aneh." 756 01:23:10,791 --> 01:23:11,750 THE CALL OF THE WILD 757 01:23:11,833 --> 01:23:14,916 "Ia menyebabkan dia rasa kegembiraan yang samar-samar 758 01:23:16,500 --> 01:23:18,875 dan dia sedar keinginan liar 759 01:23:18,958 --> 01:23:21,541 serta semangat yang dia tak tahu." 760 01:23:25,833 --> 01:23:28,958 "Dia akan bercangkung selama berjam-jam, seolah-olah bersembunyi, 761 01:23:29,041 --> 01:23:32,166 di sebalik batang pokok tumbang yang dilitupi kulat, 762 01:23:33,708 --> 01:23:36,125 fokus dan peka 763 01:23:36,208 --> 01:23:39,541 terhadap semua benda yang bergerak dan berbunyi tentangnya." 764 01:23:41,416 --> 01:23:43,875 "Mungkin dengan berbohong, 765 01:23:44,625 --> 01:23:48,458 dia berharap dapat mengejutkan panggilan yang dia tak fahami ini." 766 01:23:49,583 --> 01:23:52,375 "Tapi dia tak tahu kenapa dia buat semua itu." 767 01:23:53,041 --> 01:23:55,083 "Dia terdorong untuk melakukannya… 768 01:23:57,291 --> 01:23:59,291 dan langsung tidak memikirkannya." 769 01:24:20,333 --> 01:24:21,166 Cakap. 770 01:24:23,875 --> 01:24:24,791 Gadis itu dah tiada. 771 01:24:24,875 --> 01:24:26,000 Apa maksud awak? 772 01:24:26,708 --> 01:24:28,250 Saya kata saya mahu dia mati. 773 01:24:28,333 --> 01:24:30,208 Dia tiada di sini. Tentu dia dah lari. 774 01:24:32,833 --> 01:24:34,958 Baiklah, saya akan hubungi awak nanti. 775 01:24:43,291 --> 01:24:44,375 Sofia. 776 01:24:45,958 --> 01:24:47,916 Kenapa dengan awak? Awak nampak gementar. 777 01:24:52,166 --> 01:24:53,333 Bagaimana awak masuk? 778 01:24:59,041 --> 01:25:01,375 Dengan kad nama awak dan senyuman. 779 01:25:02,083 --> 01:25:04,875 Saya bukan gadis pertama yang awak panggil ke sini, bukan? 780 01:25:07,583 --> 01:25:12,125 Saya bayangkan awak datang untuk bantuan yang saya janjikan. 781 01:25:16,166 --> 01:25:17,333 Jadi? 782 01:25:23,125 --> 01:25:25,833 Ada masalah dengan hal berbaik itu, Michele Lo Bianco. 783 01:25:26,666 --> 01:25:28,250 Apa dia? 784 01:25:31,416 --> 01:25:33,625 Kita berdua perlu bersetuju. 785 01:25:38,291 --> 01:25:40,916 Keluarga Franzè masih berperang. 786 01:25:50,916 --> 01:25:54,958 "Bunuh atau dibunuh adalah undang-undangnya." 787 01:25:56,208 --> 01:25:58,916 "Menunjukkan belas kasihan adalah satu kelemahan." 788 01:30:25,333 --> 01:30:30,333 Terjemahan sari kata oleh Nur Afni