1
00:02:33,100 --> 00:02:34,929
Nama dan watak dalam filem ini diubah...
2
00:02:35,059 --> 00:02:36,890
...bagi mematuhi undang-undang.
3
00:03:32,645 --> 00:03:35,172
Apa yang awak lakukan?
4
00:03:35,911 --> 00:03:37,655
Ini semua mengarut.
5
00:03:53,422 --> 00:03:56,471
Tutup kepala kamu.
Ihsan Hodja sedang menunggu.
6
00:04:33,061 --> 00:04:35,022
Aku menyeru kepadamu.
7
00:04:35,153 --> 00:04:37,113
Penuhilah hajat kami,...
8
00:04:37,243 --> 00:04:40,858
...sesungguhnya kami
hanya hamba yang lemah.
9
00:04:47,348 --> 00:04:49,353
Siapa nama awak?
-Oznur.
10
00:04:49,483 --> 00:04:51,486
Kenapa awak ke sini?
11
00:04:51,879 --> 00:04:56,321
Saya mahu bertanya tentang
lelaki yang saya ingin kahwin.
12
00:04:56,495 --> 00:04:58,457
Siapa nama dia?
-Kudret.
13
00:04:58,587 --> 00:05:00,722
Dia mencintai awak?
14
00:05:02,377 --> 00:05:04,163
Dia kenal awak?
15
00:05:05,644 --> 00:05:07,472
Dia sepupu saya.
16
00:05:09,258 --> 00:05:11,305
Adakah dia akan mengahwini saya?
17
00:05:11,828 --> 00:05:15,095
Boleh awak pastikan?
Saya mahu tahu itu saja.
18
00:05:23,677 --> 00:05:25,245
Awak akan tahu jawapannya.
19
00:05:28,512 --> 00:05:30,168
Oznur.
20
00:05:30,342 --> 00:05:34,262
Kudret itu sepupu awak.
Dia tak sesuai untuk awak.
21
00:05:35,611 --> 00:05:37,441
Awak tidak akan
dikurniakan anak.
22
00:05:37,573 --> 00:05:39,446
Dia bagaikan racun.
23
00:05:39,794 --> 00:05:43,105
Dia akan musnahkan hidup awak.
Dia hanya akan menyusahkan awak.
24
00:05:44,760 --> 00:05:46,545
Jauhkan diri awak daripadanya.
25
00:05:46,675 --> 00:05:48,505
Dia akan menjadi
punca kematian awak.
26
00:05:50,291 --> 00:05:54,080
12 tahun kemudian. Mei 2009.
27
00:06:11,854 --> 00:06:14,119
Saya dah larang awak
daripada datang ke sini.
28
00:06:14,249 --> 00:06:16,732
Kudret, sudah dua minggu berlalu!
Dua minggu awak menghilang!
29
00:06:16,863 --> 00:06:19,477
Awak tak jawab telefon.
Apa yang saya harus buat?
30
00:06:19,694 --> 00:06:21,218
Awak tak dibenarkan
datang ke sini.
31
00:06:21,348 --> 00:06:22,874
Untuk dua minggu.
Mahupun dua tahun!
32
00:06:23,005 --> 00:06:24,659
Awak tak boleh
lari daripada saya.
33
00:06:24,790 --> 00:06:27,317
Awak tak boleh lari
daripada anak kita.
34
00:06:27,448 --> 00:06:30,410
Saya tak peduli.
Saya akan lahirkan anak kita.
35
00:06:30,670 --> 00:06:32,980
Jangan buat saya marah!
36
00:06:33,109 --> 00:06:35,463
Lebih baik awak
gugurkan kandungan itu!
37
00:06:35,593 --> 00:06:37,291
Awak dah gila?
38
00:06:37,423 --> 00:06:38,946
Kandungan saya sudah
empat bulan setengah.
39
00:06:39,078 --> 00:06:40,603
Sudah terlambat untuk
gugurkan kandungan ini.
40
00:06:40,732 --> 00:06:43,738
Saya tetap akan lahirkan
bayi ini. Awak faham?
41
00:06:43,869 --> 00:06:46,221
Anak ini akan
didaftarkan sebagai anak awak!
42
00:06:46,657 --> 00:06:49,184
Awak yang goda saya.
Awak mahu semua orang tahu...
43
00:06:49,313 --> 00:06:51,144
...saya ada
anak luar nikah dengan awak?
44
00:06:51,710 --> 00:06:53,583
Sepatutnya awak
fikir hal ini dari dulu lagi.
45
00:06:54,018 --> 00:06:56,240
Bagaimana saya nak jelaskan
kepada semua orang nanti?
46
00:06:56,370 --> 00:06:58,767
Semua orang akan anggap saya
sebagai perempuan murahan.
47
00:07:01,598 --> 00:07:03,862
Saya tak peduli.
Saya tahu niat awak.
48
00:07:03,993 --> 00:07:06,303
Awak mengandung
tanpa pengetahuan saya...
49
00:07:06,433 --> 00:07:09,176
...supaya saya
kahwin dengan awak.
50
00:07:09,873 --> 00:07:11,965
Tuhan akan menghukum awak.
51
00:07:16,494 --> 00:07:18,543
Awak yang merumitkan keadaan!
52
00:07:25,816 --> 00:07:27,559
Awak di mana?
53
00:07:27,690 --> 00:07:30,870
Awak berada di stesen teksi?
Datang ke sini sekarang.
54
00:07:31,001 --> 00:07:35,269
Saya harus ke hospital.
Cepat!
55
00:07:45,156 --> 00:07:47,422
Makan, mak.
56
00:07:58,137 --> 00:07:59,967
Badan mak dah susut.
57
00:08:01,535 --> 00:08:04,018
Alangkah baiknya kalau
mak dapat makan seperti dulu.
58
00:08:04,367 --> 00:08:06,021
Sup saja tak mencukupi.
59
00:08:16,475 --> 00:08:18,349
Ceyda, awak lapar?
60
00:08:18,784 --> 00:08:20,309
Belum lagi, mak.
61
00:08:34,466 --> 00:08:36,252
Saya tahu kamu berdua
suka dengar lagu ini.
62
00:08:36,383 --> 00:08:38,169
Ayah saya sukakannya juga.
63
00:08:45,791 --> 00:08:48,928
Mak, apa warna bibir saya?
64
00:08:49,755 --> 00:08:51,280
Merah.
65
00:08:51,453 --> 00:08:55,068
Bibir anak patung saya merah juga?
-Tunjukkan pada mak.
66
00:09:01,123 --> 00:09:02,823
Mak Cik Oznur suka berdandan,...
67
00:09:02,954 --> 00:09:04,651
...tapi dia belikan awak
anak patung yang tak menarik.
68
00:09:05,088 --> 00:09:07,702
Jika dia datang nanti, kita minta
dia cantikkan anak patung itu.
69
00:09:07,832 --> 00:09:10,446
Dia akan cantikkan anak patung ini?
Boleh dia cantikkan saya juga?
70
00:09:12,188 --> 00:09:13,931
Awak besar nanti,
mak akan dandan awak.
71
00:09:14,060 --> 00:09:16,326
Dia cakap warna
merah jambu cantik.
72
00:09:16,456 --> 00:09:18,722
Bagaimana agaknya warna merah?
73
00:09:21,510 --> 00:09:24,036
Mari makan, sayang.
74
00:10:03,674 --> 00:10:05,287
Oznur, bayi itu
tak dapat diselamatkan.
75
00:10:06,506 --> 00:10:09,468
Bayi itu mati
sejak dalam kandungan lagi.
76
00:10:10,906 --> 00:10:12,648
Kata doktor, dia sudah mati
sebelum dapat dikeluarkan.
77
00:10:14,652 --> 00:10:17,483
Bagaimana awak
boleh begitu tenang?
78
00:10:18,485 --> 00:10:21,882
Awak yang bunuh anak kita.
-Oznur, jangan terlalu bersedih.
79
00:10:22,012 --> 00:10:23,669
Ini takdir.
80
00:10:27,720 --> 00:10:29,898
Apa maksud awak?
81
00:10:30,028 --> 00:10:31,987
Lelaki jenis apa awak ini?
82
00:10:32,337 --> 00:10:33,992
Awak bunuh anak saya!
83
00:10:34,862 --> 00:10:37,259
Ini pertemuan kita
yang terakhir,...
84
00:10:37,390 --> 00:10:39,829
...jangan ganggu saya lagi, faham?
85
00:10:39,960 --> 00:10:41,658
Kudret.
86
00:10:42,485 --> 00:10:44,141
Kudret.
87
00:10:46,276 --> 00:10:49,891
Maafkan saya. Saya tak
berniat menyusahkan awak.
88
00:10:50,022 --> 00:10:52,766
Jangan tinggalkan saya.
89
00:10:52,897 --> 00:10:55,423
Jika awak terus begini,...
90
00:10:55,553 --> 00:10:58,080
...saya akan beritahu
semuanya pada ayah awak.
91
00:10:58,255 --> 00:10:59,822
Hubungan kami rapat.
92
00:10:59,953 --> 00:11:01,522
Dia pasti akan bawa awak
ke rumah kakak awak di kampung.
93
00:11:01,652 --> 00:11:03,351
Awak akan tinggal
sendirian di sana.
94
00:11:18,902 --> 00:11:21,210
Jangan tinggalkan
saya di sini!
95
00:11:29,966 --> 00:11:31,794
Awak hanya ada saya.
96
00:11:32,970 --> 00:11:34,974
Hanya saya layak untuk awak.
97
00:11:46,257 --> 00:11:48,435
Mak, ayah dah balik!
98
00:11:51,962 --> 00:11:53,486
Hati-hati, sayang.
99
00:11:54,750 --> 00:11:56,493
Ayah, selamat pulang.
100
00:11:58,060 --> 00:11:59,673
Kenapa awak masih belum tidur?
101
00:12:00,020 --> 00:12:02,635
Saya tunggu ayah.
Mak izinkan saya tunggu ayah.
102
00:12:02,766 --> 00:12:04,726
Ayah selalu pulang lewat.
103
00:12:06,728 --> 00:12:08,254
Awak lapar?
104
00:12:08,777 --> 00:12:10,301
Tak.
105
00:12:10,911 --> 00:12:13,132
Saya tak mahu makan apa-apa.
Saya sakit kepala.
106
00:12:13,262 --> 00:12:15,572
Mungkin sakit saya akan
reda selepas saya berehat.
107
00:12:15,703 --> 00:12:19,665
Ceyda, pergilah tidur.
Cepat.
108
00:12:47,501 --> 00:12:49,069
Ayah.
109
00:12:49,505 --> 00:12:53,250
Ayah.
Bangun, ayah.
110
00:12:54,209 --> 00:12:56,299
Tolong masukkan
mata saya ke dalam soketnya.
111
00:12:56,430 --> 00:12:58,694
Saya mahu melihat seperti ayah.
112
00:13:00,481 --> 00:13:02,005
Bertenang!
Awak hanya bermimpi.
113
00:13:38,291 --> 00:13:40,685
Kudret, saya sakit.
Bawa saya ke hospital.
114
00:13:40,817 --> 00:13:42,777
Bawa saya ke hospital.
115
00:13:42,908 --> 00:13:45,695
Sakitnya semakin terasa.
Saya hampir bersalin.
116
00:13:45,825 --> 00:13:48,179
Kandungan awak belum cukup bulan.
Baru enam setengah bulan.
117
00:13:48,309 --> 00:13:50,225
Bertahanlah.
Ini hanya tanda-tanda palsu.
118
00:13:54,364 --> 00:13:56,455
Air ketuban saya sudah pecah.
119
00:13:56,584 --> 00:13:59,199
Saya akan bersalin.
120
00:14:03,989 --> 00:14:06,168
Saraf matanya rosak.
121
00:14:06,299 --> 00:14:08,521
Malangnya,
dia tidak akan dapat melihat.
122
00:14:08,650 --> 00:14:11,308
Kalaulah awak bawa
isteri awak ke sini lebih awal.
123
00:14:11,612 --> 00:14:14,358
Kalaulah.....
124
00:14:43,323 --> 00:14:46,068
Kawan saya adakan
majlis berkhatan untuk anaknya.
125
00:14:46,199 --> 00:14:48,942
Saya nak pergi.
-Biarlah mak yang pergi.
126
00:14:49,074 --> 00:14:52,907
Awak seorang janda sekarang.
Patutkah awak keluar seorang diri?
127
00:14:53,517 --> 00:14:56,131
Dia minta saya pergi ke sana.
128
00:14:56,697 --> 00:14:59,964
Ini bukan kali pertama
saya keluar seorang diri.
129
00:15:00,095 --> 00:15:03,362
Tak bolehkah seorang janda
keluar sendirian? Sudahlah!
130
00:15:08,414 --> 00:15:10,373
Ali Ismail, anakku sayang.
131
00:15:10,897 --> 00:15:14,642
Sekiranya awak masih hidup,
pasti dia tak terlalu degil.
132
00:15:50,754 --> 00:15:55,981
Dengan nama Tuhan yang
Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
133
00:15:56,503 --> 00:15:58,028
Para hadirin sekalian,...
134
00:15:59,466 --> 00:16:01,817
...kesalahan yang kita lakukan,
dengan sengaja,...
135
00:16:01,947 --> 00:16:07,611
...atau tidak, merupakan
peringatan buat kita semua.
136
00:16:07,742 --> 00:16:11,183
Kita akan terima
balasannya di akhirat kelak.
137
00:16:11,662 --> 00:16:15,452
Setiap dosa yang
dilakukan akan dinilai.
138
00:16:17,281 --> 00:16:24,032
Ini sejajar dengan ajaran
yang tertulis dalam al-Quran.
139
00:16:25,078 --> 00:16:27,822
Apa itu Sijjin?
140
00:16:29,913 --> 00:16:31,873
Sijjin merupakan syaitan.
141
00:16:32,004 --> 00:16:34,268
Seperti yang telah termaktub.
142
00:16:34,399 --> 00:16:37,711
Kehancuran buat mereka
yang menafikan Hari Perhitungan.
143
00:16:38,103 --> 00:16:42,589
Tiada sesiapa yang menafikannya
selain mereka yang berdosa.
144
00:16:54,088 --> 00:16:55,613
Saya tinggalkan
kasut saya di sini tadi.
145
00:16:56,005 --> 00:16:59,576
Saya jarang ke masjid.
Sekarang kasut saya dicuri pula.
146
00:16:59,882 --> 00:17:01,885
Kasut awak memang patut hilang
sebab awak bawa lelaki yang...
147
00:17:02,016 --> 00:17:04,019
...tidak berminat dengan agama
seperti saya ke masjid.
148
00:17:05,893 --> 00:17:07,723
Itu kasut saya.
149
00:17:16,435 --> 00:17:18,003
Hei.
150
00:17:18,176 --> 00:17:20,267
Tolong rahsiakan tentang
hubungan saya dengan Oznur.
151
00:17:20,397 --> 00:17:23,752
Baiklah, tapi kenapa awak
jalinkan hubungan dengannya?
152
00:17:24,319 --> 00:17:26,496
Awak sudah berkeluarga,
awak tak patut berlaku curang.
153
00:17:26,626 --> 00:17:28,195
Betul cakap awak.
154
00:17:46,359 --> 00:17:48,407
Awak tak terima pesanan saya?
Saya dah cakap, kita putus.
155
00:17:48,755 --> 00:17:50,366
Kita tiada hubungan lagi!
156
00:17:50,498 --> 00:17:52,153
Jangan hubungi saya lagi.
157
00:17:54,200 --> 00:17:57,554
Tuhan akan balas perbuatan awak.
Awak tunggulah balasannya.
158
00:18:30,877 --> 00:18:34,100
Ceyda?
Kenapa?
159
00:18:34,623 --> 00:18:37,061
Mak, ada sesuatu
yang buruk telah berlaku.
160
00:18:37,454 --> 00:18:38,979
Beritahulah mak.
161
00:18:39,110 --> 00:18:41,287
Mak mesti janji untuk
rahsiakan hal ini daripada ayah.
162
00:18:41,418 --> 00:18:43,901
Pasti ayah sedih
jika ayah tahu.
163
00:18:44,032 --> 00:18:47,081
Beritahu mak.
Jangan buat mak risau.
164
00:19:37,871 --> 00:19:40,614
Awak ingat apa pesanan saya?
Awak tak peduli langsung.
165
00:19:40,746 --> 00:19:42,270
Tengoklah sekarang!
166
00:19:43,359 --> 00:19:44,883
Maafkan saya.
167
00:19:46,496 --> 00:19:48,455
Saya gagal kawal diri saya.
168
00:19:50,721 --> 00:19:52,942
Tolonglah saya.
Saya merayu, tolonglah saya.
169
00:19:53,073 --> 00:19:55,338
Saya mahu dia
menjadi milik saya seorang.
170
00:19:55,774 --> 00:19:58,212
Ini antara hidup dan mati.
171
00:19:58,561 --> 00:20:00,172
Saya akan cuba sebaik mungkin.
172
00:20:00,304 --> 00:20:01,915
Tapi awak mesti berjanji.
173
00:20:05,139 --> 00:20:07,055
Saya bawa semua
wang yang saya ada.
174
00:20:10,234 --> 00:20:13,067
Saya hanya ambil sedikit
untuk wang tambang pulang nanti.
175
00:20:13,197 --> 00:20:14,809
Tolonglah saya.
176
00:20:15,069 --> 00:20:18,816
Sudah ramai yang saya bantu.
177
00:20:19,383 --> 00:20:21,124
Lelaki ini akan
menjadi milik awak seorang.
178
00:20:22,213 --> 00:20:26,265
Tetapi sudah
pasti ada bayarannya.
179
00:20:29,271 --> 00:20:31,666
Ambillah barang perhiasan saya.
180
00:20:33,409 --> 00:20:35,237
Tolong saya, saya merayu.
181
00:20:35,587 --> 00:20:37,328
Siapa nama isterinya?
182
00:20:38,896 --> 00:20:40,682
Nisa.
183
00:20:41,075 --> 00:20:42,729
Siapa lagi yang
tinggal bersamanya?
184
00:20:43,818 --> 00:20:48,959
Ceyda, anak perempuan mereka
dan ibunya yang sudah uzur.
185
00:20:49,307 --> 00:20:51,703
Sekarang, awak dengar
pesanan saya baik-baik.
186
00:20:52,662 --> 00:20:55,101
Saya akan sihir isterinya.
187
00:20:56,321 --> 00:20:58,715
Kuasa sihir ini terlalu kuat,
hanya saya yang mampu lakukannya.
188
00:20:59,109 --> 00:21:02,942
Setiap ajaran agama
percaya dengan kewujudan syaitan.
189
00:21:03,813 --> 00:21:05,337
Daripada semua
golongan syaitan dan jin,...
190
00:21:05,468 --> 00:21:06,993
...ada satu golongan
yang sangat berkuasa,...
191
00:21:07,123 --> 00:21:08,690
...iaitu Anzar.
Anzar membenci umat Islam.
192
00:21:10,084 --> 00:21:14,659
Saya akan arahkan
agar Anzar merasuk Nisa.
193
00:21:15,224 --> 00:21:16,968
Apa yang akan
berlaku kepada Nisa?
194
00:21:17,360 --> 00:21:19,059
Kuasa jahat ini
akan menguasai diri Nisa.
195
00:21:19,189 --> 00:21:20,887
Nisa akan mati
dalam tempoh 5 hari.
196
00:21:21,018 --> 00:21:24,199
Saudara-maranya
juga akan terkorban.
197
00:21:24,894 --> 00:21:26,506
Adakah mereka akan mati?
198
00:21:26,638 --> 00:21:28,248
Saudara yang ada
pertalian darah dengannya.
199
00:21:29,295 --> 00:21:31,037
Tetapi mereka
ada anak perempuan.
200
00:21:31,167 --> 00:21:32,953
Awak juga ada
anak yang sudah mati.
201
00:21:33,085 --> 00:21:34,913
Adakah mereka
bersimpati dengan nasib awak?
202
00:21:36,046 --> 00:21:38,660
Untuk menghantar sihir ini,...
203
00:21:38,791 --> 00:21:41,187
...awak perlu kufur
terhadap ajaran Islam.
204
00:21:41,884 --> 00:21:43,539
Saya akan tulis ayat al-Quran...
205
00:21:43,669 --> 00:21:45,368
...pada tulang kering
mayat yang baru mati.
206
00:21:45,804 --> 00:21:47,894
Saya akan membalutnya
dengan usus khinzir.
207
00:21:49,157 --> 00:21:51,597
Saya perlukan
sesuatu daripada Nisa.
208
00:21:51,945 --> 00:21:55,647
Air liur, rambut,
darah atau serpihan kukunya.
209
00:21:56,302 --> 00:21:59,481
Saya juga perlukan gambarnya.
210
00:22:03,184 --> 00:22:05,012
Apa lagi yang boleh saya lakukan?
211
00:22:07,235 --> 00:22:08,976
Saya tiada pilihan lain.
212
00:22:10,502 --> 00:22:12,375
Teruskan rancangan ini.
213
00:22:13,201 --> 00:22:15,292
Semoga pertolongan awak dibalas.
214
00:23:03,904 --> 00:23:06,737
Saya akan tulis ayat al-Quran
pada tulang kering mayat.
215
00:23:07,042 --> 00:23:10,091
Saya akan arahkan syaitan itu merasuk dirinya.
216
00:24:19,785 --> 00:24:22,746
Oznur, silakan masuk.
-Terima kasih.
217
00:24:23,400 --> 00:24:26,363
Ceyda asyik
bercerita tentang awak.
218
00:24:28,149 --> 00:24:32,286
Sudah lama saya mahu ke sini.
-Baguslah!
219
00:24:34,856 --> 00:24:37,601
Mak Cik Oznur.
-Ya, sayang.
220
00:24:37,730 --> 00:24:40,563
Boleh saya beritahu satu rahsia?
-Cakaplah.
221
00:24:41,260 --> 00:24:42,784
Efe suka saya.
222
00:24:43,437 --> 00:24:45,049
Siapa Efe?
Budak lelaki di sekolah?
223
00:24:45,180 --> 00:24:46,705
Dia rakan sekelas saya.
224
00:24:46,835 --> 00:24:49,056
Baguslah!
Awak sudah besar sekarang.
225
00:24:49,841 --> 00:24:52,018
Kenapa Gulsum
tak datang sekali?
226
00:24:55,286 --> 00:24:59,424
Tak perlulah sebut tentang dia.
Dia buat saya pening kepala.
227
00:25:00,034 --> 00:25:02,559
Dia ibu mentua awak.
Ibu mentua memang selalu membebel.
228
00:25:02,909 --> 00:25:05,696
Saya bertahan dengannya
hanya kerana arwah suami saya.
229
00:25:05,827 --> 00:25:07,395
Jika tidak, saya tidak
mahu tinggal bersamanya.
230
00:25:07,525 --> 00:25:09,049
Bertolak-ansur
dengan orang tua.
231
00:25:09,399 --> 00:25:11,794
Tuhan pasti
akan beri ganjarannya.
232
00:25:12,448 --> 00:25:14,844
Tuhan pasti
akan beri ganjarannya.
233
00:25:18,240 --> 00:25:20,636
Sama juga jika awak
tinggal dengan ayah awak.
234
00:25:21,028 --> 00:25:23,207
Dia aneh orangnya,
sama seperti suami saya, Kudret.
235
00:25:25,734 --> 00:25:30,219
Saya terpaksa pulang sekarang.
Boleh saya tumpang tandas?
236
00:26:21,402 --> 00:26:23,275
Saya perlukan sesuatu daripada Nisa.
237
00:26:23,405 --> 00:26:25,322
Air liur, rambut,...
238
00:26:56,816 --> 00:26:58,732
...darah atau serpihan kuku.
239
00:27:09,142 --> 00:27:10,842
Oznur.
-Ya, Nisa.
240
00:27:11,189 --> 00:27:13,236
Ada tuala di rak.
Awak boleh guna tuala itu.
241
00:27:14,065 --> 00:27:15,590
Baiklah.
242
00:27:15,937 --> 00:27:17,550
Terima kasih.
243
00:27:44,817 --> 00:27:46,691
Semoga awak selamat pulang.
244
00:27:47,170 --> 00:27:49,217
Jumpa lagi, Mak Cik Oznur.
Datanglah melawat kami lagi.
245
00:28:05,594 --> 00:28:09,298
Sudah pasti mak cik
akan datang lagi.
246
00:28:10,126 --> 00:28:13,696
Sebentar lagi Kudret akan pulang.
Tunggulah dia pulang.
247
00:28:15,875 --> 00:28:18,619
Tak apa-apalah, jumpa lagi.
248
00:28:19,752 --> 00:28:21,319
Selamat tinggal.
249
00:28:39,049 --> 00:28:40,659
Apa awak buat di sini?
250
00:28:41,357 --> 00:28:43,448
Saya datang melawat
keluarga awak yang bahagia.
251
00:28:43,578 --> 00:28:45,975
Isteri awak sungguh baik.
252
00:28:46,104 --> 00:28:48,501
Saya hampir beritahu dia yang
suaminya sudah bunuh anak saya!
253
00:28:48,632 --> 00:28:51,201
Tapi saya tak mahu
hancurkan kebahagiaannya.
254
00:28:51,331 --> 00:28:53,118
Oznur!
255
00:28:54,207 --> 00:28:57,909
Jangan dekati isteri saya
dan rumah saya!
256
00:28:58,476 --> 00:29:00,305
Jangan berani mendekati saya lagi!
257
00:29:07,013 --> 00:29:08,537
Lelaki tak guna!
258
00:29:11,499 --> 00:29:13,242
Lelaki tak guna!
259
00:30:01,506 --> 00:30:03,031
Bagus!
260
00:30:03,989 --> 00:30:09,303
Tuhan yang mencipta Adam telah
mengurniakan tujuan hidup.
261
00:30:09,434 --> 00:30:14,137
Tuhan memberikannya kehidupan
dan menghidupkan makhluk lain.
262
00:30:16,664 --> 00:30:19,235
Berikan saya air
dan sesuatu yang tajam.
263
00:32:15,625 --> 00:32:18,717
Beri makan kepada anjing
selama 5 malam.
264
00:32:18,848 --> 00:32:20,459
Baiklah.
265
00:33:21,920 --> 00:33:24,840
Setelah malam kelima,
hajat awak akan tercapai.
266
00:33:24,971 --> 00:33:27,453
Syaitan akan
memenuhi permintaan kita.
267
00:33:29,327 --> 00:33:32,593
Malam pertama. 10 Mei 2009.
268
00:34:42,070 --> 00:34:43,813
Ayah saya selalu berkata begini.
269
00:34:46,252 --> 00:34:49,301
Seorang bapa
seperti sebuah pokok.
270
00:34:50,521 --> 00:34:52,044
Walaupun tidak berbuah,...
271
00:34:52,175 --> 00:34:53,700
...kita rasa selamat
berlindung di bawahnya.
272
00:34:59,320 --> 00:35:02,585
Sejak ayah saya meninggal dunia,
saya tidak lagi rasa selamat.
273
00:35:03,239 --> 00:35:05,286
Hidup saya menjadi sia-sia.
Tiada ketenangan.
274
00:35:09,338 --> 00:35:11,211
Jangan risau.
Kepayahan ini akan berlalu pergi.
275
00:35:12,865 --> 00:35:14,478
Semua orang mesti
pernah melaluinya.
276
00:35:15,262 --> 00:35:17,221
Bertahanlah.
277
00:35:20,141 --> 00:35:23,190
Sudah pastilah saya
akan bertahan dan hadapinya.
278
00:35:24,366 --> 00:35:27,067
Saya hanya tertekan
dengan keadaan sekarang.
279
00:35:27,197 --> 00:35:29,897
Awak pun tahu masalah saya.
280
00:35:30,943 --> 00:35:32,554
Kawan saya hanya awak seorang.
281
00:35:33,862 --> 00:35:35,474
Mari kita minum.
282
00:36:30,881 --> 00:36:35,454
Selepas malam kelima,
semua saudara-maranya akan mati.
283
00:36:37,458 --> 00:36:39,244
Tapi mereka ada anak perempuan.
284
00:38:36,549 --> 00:38:38,159
Mak.
285
00:38:39,990 --> 00:38:41,514
Saya rasa tak sihat.
286
00:38:43,867 --> 00:38:46,479
Ada sesuatu terjadi pada saya
tapi saya tak tahu puncanya.
287
00:38:49,486 --> 00:38:51,880
Mak tolonglah doakan saya.
288
00:38:57,588 --> 00:38:59,679
Doa mak pasti
dapat membantu saya.
289
00:42:37,299 --> 00:42:41,786
Selepas malam kelima,
semua saudara-maranya akan mati.
290
00:42:43,833 --> 00:42:49,147
Mereka temui anjing terbiar
yang dikerumuni kutu.
291
00:42:50,716 --> 00:42:55,377
Mereka bawa anjing itu pulang
dan mengembara bersama-sama.
292
00:42:55,855 --> 00:42:59,036
Tuan tanah melihat mereka
lalu menjemput mereka.
293
00:43:08,661 --> 00:43:10,361
Kudret.
294
00:43:13,889 --> 00:43:16,634
Boleh kita berbual
selepas awak minum kopi?
295
00:43:17,069 --> 00:43:19,812
Awak cakap sajalah sekarang.
296
00:43:22,078 --> 00:43:23,690
Tak mengapa,
kita bincang kemudian.
297
00:43:24,561 --> 00:43:26,652
Nisa, cakaplah.
Apa yang awak mahu katakan?
298
00:43:27,828 --> 00:43:30,137
Saya solat
setelah terjaga tadi.
299
00:43:31,225 --> 00:43:33,142
Tapi saya rasa ada
sesuatu yang tidak kena.
300
00:43:33,578 --> 00:43:35,277
Apa yang berlaku?
301
00:43:35,886 --> 00:43:37,759
Saya tak pasti,
tapi saya rasa pelik.
302
00:43:37,890 --> 00:43:41,114
Saya takut.
-Apa yang awak merepek?
303
00:43:42,116 --> 00:43:45,165
Awak terlalu percaya pada
kepercayaan yang karut.
304
00:43:46,862 --> 00:43:49,608
Awak tak perlu tinggikan suara.
305
00:43:49,956 --> 00:43:52,134
Awak cakap, ia berlaku
ketika awak sedang solat.
306
00:43:52,265 --> 00:43:53,833
Itu karut!
307
00:43:58,799 --> 00:44:00,889
Kejadian pelik apa?
308
00:44:02,195 --> 00:44:04,810
Ada orang gila di rumah ini.
309
00:44:04,983 --> 00:44:07,466
Awak buat saya marah!
-Jangan tengok.
310
00:44:07,597 --> 00:44:09,993
Pejamkan mata.
311
00:44:11,866 --> 00:44:13,609
Ada baiknya tak dapat melihat.
312
00:44:49,197 --> 00:44:52,464
Malam kedua. 11 Mei 2009.
313
00:45:39,377 --> 00:45:40,901
Mak masih berjaga?
314
00:45:41,598 --> 00:45:43,383
Awak ke mana?
315
00:45:44,865 --> 00:45:46,606
Saya ke rumah Nisa.
Kami berbual-bual.
316
00:45:47,827 --> 00:45:49,438
Selamat malam.
317
00:47:15,642 --> 00:47:19,040
Ali Ismail.
-Saya mati disebabkan awak.
318
00:47:21,565 --> 00:47:23,134
Ali Ismail.
319
00:47:23,308 --> 00:47:25,661
Saya bunuh diri saya
kerana awak tidak mencintai saya.
320
00:47:27,273 --> 00:47:28,797
Saya bunuh diri saya...
321
00:47:29,712 --> 00:47:31,322
...sebab awak
mencintai lelaki lain.
322
00:47:32,500 --> 00:47:34,589
Sekarang masanya
untuk awak mati.
323
00:47:40,950 --> 00:47:42,780
Oznur, kenapa?
324
00:47:44,478 --> 00:47:46,221
Saya mimpi ngeri.
325
00:47:47,657 --> 00:47:49,530
Awak tak apa-apa?
326
00:47:49,661 --> 00:47:51,622
Saya tak apa-apa, mak tidurlah.
327
00:49:35,641 --> 00:49:37,382
Apa yang awak merepek?
328
00:49:39,865 --> 00:49:41,695
Ada orang gila di rumah ini.
329
00:50:02,604 --> 00:50:04,434
Mak dah bersih sekarang.
330
00:50:39,411 --> 00:50:40,980
Mak dengarlah muzik ini.
331
00:50:41,938 --> 00:50:46,206
Saya akan
sediakan teh untuk mak.
332
00:52:51,657 --> 00:52:53,180
Mak?
333
00:52:57,885 --> 00:52:59,409
Mak!
334
00:53:00,064 --> 00:53:01,588
Mak!
335
00:53:07,729 --> 00:53:09,255
Mak!
336
00:53:11,999 --> 00:53:13,524
Mak!
337
00:53:18,141 --> 00:53:20,101
Mak!
338
00:54:22,391 --> 00:54:24,002
Salam takziah.
339
00:54:51,792 --> 00:54:56,149
Salam takziah.
Kami turut bersedih.
340
00:54:56,802 --> 00:54:58,413
Terima kasih.
341
00:54:59,458 --> 00:55:01,113
Terima kasih kerana sudi datang.
342
00:55:02,247 --> 00:55:04,033
Salam takziah.
343
00:55:07,779 --> 00:55:11,787
Saya tak faham bagaimana
dia boleh pergi ke dapur sendiri.
344
00:55:13,224 --> 00:55:14,922
Kenapa dia bunuh diri?
345
00:55:16,882 --> 00:55:19,192
Saya menjaga dan
merawatnya dengan baik.
346
00:55:20,541 --> 00:55:22,154
Jangan salahkan diri awak.
347
00:55:22,894 --> 00:55:24,984
Ketika anak saya meninggal dunia,
saya juga buntu.
348
00:55:25,813 --> 00:55:27,989
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
349
00:55:37,572 --> 00:55:39,228
Ceyda.
350
00:55:42,191 --> 00:55:44,804
Awak nak masuk?
-Saya mahu duduk di sini.
351
00:56:00,398 --> 00:56:03,664
Malam ketiga. 12 Mei 2009.
352
00:56:54,760 --> 00:56:56,328
Nisa.
353
00:56:57,287 --> 00:56:58,898
Nisa.
354
00:56:59,160 --> 00:57:00,771
Nisa.
355
00:57:13,534 --> 00:57:15,189
Ayah.
356
00:57:17,716 --> 00:57:19,326
Ceyda?
357
00:57:31,829 --> 00:57:33,702
Ayah.
358
00:57:35,270 --> 00:57:38,450
Ayah, saya buta disebabkan ayah.
359
00:57:38,841 --> 00:57:40,365
Saya tahu.
360
00:57:48,469 --> 00:57:50,037
Ayah.
361
00:58:00,533 --> 00:58:02,363
Kudret.
362
00:58:03,104 --> 00:58:04,802
Nisa.
363
00:58:14,517 --> 00:58:16,172
Nisa.
364
00:58:24,534 --> 00:58:26,102
Ayah.
365
00:58:27,366 --> 00:58:29,021
Ceyda, sayang.
366
00:58:35,032 --> 00:58:36,644
Sayang.
367
00:58:52,980 --> 00:58:54,896
Ke mana awak pergi?
368
00:58:56,028 --> 00:58:57,989
Sepatutnya awak
jaga keluarga awak.
369
00:58:59,294 --> 00:59:01,777
Tapi awak masih
mahu berfoya-foya?
370
00:59:02,605 --> 00:59:05,263
Kudret!
Masuklah kau ke neraka!
371
00:59:06,483 --> 00:59:08,224
Ayah, apa yang berlaku?
372
00:59:09,837 --> 00:59:11,579
Sayang.
373
00:59:13,017 --> 00:59:16,284
Apa yang berlaku?
-Tiada apa, Ceyda.
374
00:59:16,805 --> 00:59:18,462
Sayang.
375
01:00:02,021 --> 01:00:03,632
Akhirnya, saya faham...
376
01:00:06,377 --> 01:00:07,987
...perkara yang awak
cuba sampaikan kepada saya.
377
01:00:13,869 --> 01:00:15,741
Saya akan bertanya kepada Imam.
378
01:00:16,831 --> 01:00:18,528
Saya harap dia dapat
berikan nasihat dan saranan.
379
01:01:21,516 --> 01:01:23,344
Assalamualaikum.
380
01:01:23,694 --> 01:01:25,741
Waalaikumsalam, Kudret.
381
01:01:25,872 --> 01:01:27,482
Selamat datang.
382
01:01:27,832 --> 01:01:31,359
Apa khabar isteri awak?
Dia sihat?
383
01:01:31,490 --> 01:01:34,758
Hanya masa dapat
meredakan kesedihannya.
384
01:01:35,760 --> 01:01:38,459
Ada sesuatu yang
ingin saya tanyakan.
385
01:01:38,590 --> 01:01:40,116
Itu pun jika Imam tidak keberatan.
386
01:01:40,246 --> 01:01:41,902
Saya perlu hadiri
majlis pengebumian hari ini.
387
01:01:44,035 --> 01:01:45,561
Tapi tak apa-apalah, mari.
388
01:01:45,691 --> 01:01:48,305
Kita boleh solat bersama.
-Terima kasih.
389
01:02:20,321 --> 01:02:23,021
Ini petanda yang tidak elok.
390
01:02:24,546 --> 01:02:27,464
Isteri awak seperti
dirasuk sesuatu.
391
01:02:27,595 --> 01:02:29,206
Dirasuk?
392
01:02:29,512 --> 01:02:31,906
Dirasuk jin.
393
01:02:32,821 --> 01:02:37,919
Jin memang suka
mengganggu manusia.
394
01:02:38,397 --> 01:02:41,055
Kenapa kami?
Kami tidak berbuat apa-apa.
395
01:02:41,184 --> 01:02:42,971
Mungkin.
396
01:02:43,189 --> 01:02:47,197
Tapi mungkin mereka
yang ada masalah dengan kamu.
397
01:02:51,988 --> 01:02:54,689
Pada malam perkahwinan saya,
saya jatuh sakit.
398
01:02:54,818 --> 01:02:58,826
Saya terlantar di atas katil
selama 2 setengah bulan.
399
01:03:00,482 --> 01:03:04,184
Saudara saya meminta
bantuan seorang imam.
400
01:03:04,532 --> 01:03:09,325
Akhirnya, kami dapat tahu
isteri saya dirasuk jin.
401
01:03:09,717 --> 01:03:13,550
Isteri saya dirasuk jin...
402
01:03:13,681 --> 01:03:15,554
...supaya saya
tidak dapat menyentuhnya.
403
01:03:17,687 --> 01:03:19,213
Imam membaca bacaan al-Quran
selama setengah jam...
404
01:03:19,343 --> 01:03:20,868
...untuk mengusir jin itu keluar.
405
01:03:20,999 --> 01:03:23,045
Kemudian, Imam itu memberi
tunjuk ajar kepada saya.
406
01:03:23,785 --> 01:03:27,707
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kini, saya menyambung tugasnya.
407
01:03:28,054 --> 01:03:29,710
Semoga rohnya dirahmati Tuhan.
408
01:03:30,059 --> 01:03:31,800
Boleh Imam tolong saya?
409
01:03:32,367 --> 01:03:37,027
Dengan pertolongan Tuhan,
saya akan cuba tolong awak.
410
01:03:38,378 --> 01:03:39,989
Terima kasih.
411
01:04:15,622 --> 01:04:17,189
Nisa.
412
01:06:21,202 --> 01:06:24,468
Saya lapar.
Saya nak makan serdak.
413
01:06:48,862 --> 01:06:50,735
Oh Tuhanku.
414
01:06:56,180 --> 01:06:57,705
Tuhan, tolonglah hamba-Mu.
415
01:06:58,010 --> 01:06:59,533
Aku berlindung kepada-Mu.
416
01:07:04,673 --> 01:07:06,939
Tuhan, bantulah hamba-Mu.
417
01:07:12,079 --> 01:07:13,995
Tuhan, bantulah hamba-Mu.
418
01:07:17,394 --> 01:07:18,918
Aku bermohon.
419
01:07:19,048 --> 01:07:20,661
Nisa.
420
01:07:22,229 --> 01:07:24,015
Nisa.
421
01:07:24,231 --> 01:07:25,887
Nisa?
422
01:07:29,852 --> 01:07:32,814
Kudret.
-Apa yang berlaku?
423
01:07:35,296 --> 01:07:36,952
Saya rasa tidak sihat.
424
01:07:40,393 --> 01:07:42,700
Seperti yang saya
beritahu sebelum ini,...
425
01:07:45,097 --> 01:07:46,840
...fikiran saya bercelaru.
426
01:07:48,625 --> 01:07:50,281
Nisa.
427
01:07:50,760 --> 01:07:53,853
Saya sudah bertanya kepada Imam.
Dia akan bantu kita.
428
01:07:53,983 --> 01:07:57,120
Kita akan pergi
bertemu dengannya esok.
429
01:07:58,643 --> 01:08:00,386
Kita berehat sekarang.
430
01:08:01,126 --> 01:08:02,695
Esok saja kita fikirkan
tentang masalah ini.
431
01:08:04,741 --> 01:08:08,009
Malam keempat. 13 Mei 2009.
432
01:08:42,857 --> 01:08:44,380
Alamak.
433
01:10:39,072 --> 01:10:40,813
Awak dikurniakan anak lelaki.
434
01:10:42,904 --> 01:10:45,083
Disebabkan awak berzina
dengan sepupu awak,...
435
01:10:46,042 --> 01:10:47,784
...anak awak dilahirkan cacat.
436
01:10:52,575 --> 01:10:54,144
Tengoklah.
437
01:10:58,890 --> 01:11:02,680
Awak goda suami siapa?
438
01:11:02,812 --> 01:11:04,380
Perempuan murahan!
439
01:11:31,473 --> 01:11:33,041
Ihsan Hodja,
ini saya, Oznur.
440
01:11:33,171 --> 01:11:34,741
Ya, Oznur.
441
01:11:35,830 --> 01:11:39,750
Tolong saya, saya
kerap dihantui mimpi ngeri.
442
01:11:40,273 --> 01:11:42,015
Sudah berapa orang keluarga
Kudret yang sudah mati?
443
01:11:42,668 --> 01:11:44,324
Hanya ibunya.
444
01:11:44,976 --> 01:11:49,072
Orang sangka ibunya bunuh diri.-Apa masalah awak sekarang?
445
01:11:49,767 --> 01:11:51,947
Boleh saya tanya sesuatu?
446
01:11:52,339 --> 01:11:54,864
Pernahkah awak
menyihirkan orang lain?
447
01:11:55,518 --> 01:11:59,003
Adakah syaitan yang merasuk
Nisa itu akan mengganggu saya?
448
01:11:59,874 --> 01:12:02,052
Awak ada pertalian darah dengan Nisa?
449
01:12:02,706 --> 01:12:04,317
Tidak.
450
01:12:04,665 --> 01:12:06,712
Jangan risau.
451
01:12:06,843 --> 01:12:08,891
Awak dah lupa pesanan saya?
452
01:12:09,022 --> 01:12:13,028
Awak kata, hanya saudara dengan
pertalian darah yang akan mati.
453
01:12:15,207 --> 01:12:16,731
Baiklah kalau begitu.
454
01:12:16,993 --> 01:12:18,821
Saya percayakan awak.
455
01:12:39,644 --> 01:12:42,127
Adakah nenek
sudah berada di syurga?
456
01:12:46,482 --> 01:12:48,356
Ya, sayang.
457
01:12:49,575 --> 01:12:51,187
Mungkin belum lagi.
458
01:12:51,971 --> 01:12:53,625
Tapi itulah
tempat yang ditujunya.
459
01:12:54,541 --> 01:12:56,196
Bagaimana kalau
nenek masuk ke neraka?
460
01:12:59,681 --> 01:13:01,336
Tidak.
461
01:13:03,819 --> 01:13:05,473
Nenek tidak akan masuk ke neraka.
462
01:13:05,779 --> 01:13:08,958
Kenapa? Neraka itu teruk?
463
01:13:09,656 --> 01:13:11,311
Ceyda.
464
01:13:11,703 --> 01:13:13,314
Duduklah.
465
01:13:13,489 --> 01:13:15,798
Baju saya dah siap dijahit?
-Ceyda, mak suruh duduk.
466
01:14:21,353 --> 01:14:23,140
Mak.
467
01:14:24,054 --> 01:14:26,973
Nisa!
-Ayah?
468
01:14:35,337 --> 01:14:37,165
Mak?
Apa yang berlaku?
469
01:14:39,257 --> 01:14:40,825
Sayang, pergi ke bilik awak.
470
01:14:40,955 --> 01:14:43,003
Ayah, kenapa ayah pulang awal?
471
01:14:43,350 --> 01:14:44,876
Ceyda!
Pergi ke bilik awak!
472
01:14:45,617 --> 01:14:48,317
Nisa, tarik nafas dalam-dalam.
473
01:14:48,448 --> 01:14:50,233
Nisa.
474
01:14:51,060 --> 01:14:52,716
Kita akan halau jin ini
hari ini juga. Bertahanlah.
475
01:14:53,282 --> 01:14:55,896
Tarik nafas dalam-dalam.
476
01:16:38,173 --> 01:16:42,092
Sayang, ayah dan mak
nak keluar malam ini.
477
01:16:42,486 --> 01:16:45,098
Ayah mahu awak tunggu
di rumah sehingga kami pulang.
478
01:16:45,534 --> 01:16:47,364
Saya nak pergi juga.
479
01:16:48,018 --> 01:16:51,197
Sudah lewat malam.
Lain kali, kita keluar bersama.
480
01:18:42,012 --> 01:18:43,667
Oh Tuhanku!
481
01:18:44,538 --> 01:18:46,279
Tolong!
482
01:19:00,655 --> 01:19:03,921
Malam kelima. 14 Mei 2009.
483
01:19:47,612 --> 01:19:50,398
Assalamualaikum.
-Waalaikumsalam.
484
01:19:50,747 --> 01:19:52,490
Selamat datang.
485
01:19:53,144 --> 01:19:55,234
Kita perlu berbincang.
-Ikut saya.
486
01:20:00,330 --> 01:20:02,901
Imam masih ingat dengan
sepupu saya yang bernama Oznur?
487
01:20:03,032 --> 01:20:05,602
Suaminya bunuh diri.
488
01:20:05,732 --> 01:20:07,257
Ya, saya masih ingat.
489
01:20:07,475 --> 01:20:09,435
Ibu mentuanya bertemu
dengan saya tadi.
490
01:20:10,435 --> 01:20:12,397
Katanya, dia terdengar
perbualan Oznur di telefon.
491
01:20:13,180 --> 01:20:14,704
Dia dengar,...
492
01:20:15,271 --> 01:20:17,014
...Oznur meminta
bantuan dukun...
493
01:20:17,145 --> 01:20:18,931
...untuk menghantar
sihir kepada isteri saya.
494
01:20:19,497 --> 01:20:22,023
Isteri saya dirasuk jin,
sama seperti yang Imam katakan.
495
01:20:22,807 --> 01:20:25,639
Mereka mahu bunuh
isteri saya dan keluarganya.
496
01:20:27,555 --> 01:20:29,428
Ibunya mati disebabkan sihir ini.
497
01:20:29,732 --> 01:20:31,911
Mereka sudah buat
perjanjian dengan syaitan.
498
01:20:33,958 --> 01:20:35,962
Masalah ini semakin rumit.
499
01:20:43,018 --> 01:20:47,723
Nisa, ikut saya.
-Nisa, mari.
500
01:20:48,463 --> 01:20:50,250
Ayuh.
501
01:21:27,230 --> 01:21:30,411
Kudret, awak akan lihat
sesuatu yang mengejutkan.
502
01:21:30,542 --> 01:21:35,987
Percayalah, ini saja caranya
untuk menghalau syaitan ini.
503
01:21:39,732 --> 01:21:42,650
Tanggalkan kotnya.
Minta dia duduk.
504
01:21:47,180 --> 01:21:49,489
Doa tidak mencukupi.
505
01:21:49,621 --> 01:21:52,625
Saya akan cuba amalkan ilmu
yang diajarkan kepada saya.
506
01:21:53,628 --> 01:21:55,370
Tanggalkan selendangnya.
507
01:22:00,248 --> 01:22:01,817
Tutup kepalanya dengan ini.
508
01:22:08,001 --> 01:22:09,527
Tutup wajahnya sekali.
509
01:22:42,327 --> 01:22:45,462
Curahkan air ke atas kepalanya,
sementara itu, saya akan berdoa.
510
01:23:13,777 --> 01:23:15,737
Imam?
511
01:23:17,958 --> 01:23:21,312
Dengan nama Tuhan!
-Apa Imam cuba lakukan?
512
01:23:21,443 --> 01:23:24,186
Kudret!
Ini bukan diri Nisa lagi.
513
01:23:24,405 --> 01:23:27,672
Jin di dalamnya akan menderita.
Nisa tidak akan mati.
514
01:23:30,373 --> 01:23:31,896
Kudret!
515
01:23:32,507 --> 01:23:34,337
Kenapa awak berlaku curang?
516
01:23:34,467 --> 01:23:36,515
Saya akan lakukan perkara
yang sama kepada isteri awak.
517
01:23:36,644 --> 01:23:38,736
Sama seperti yang
awak lakukan kepada Oznur.
518
01:23:38,867 --> 01:23:41,132
Keluar dari badan ini!
519
01:23:41,480 --> 01:23:43,222
Dengan nama Tuhan!
520
01:23:49,234 --> 01:23:51,542
Kau akan mati di sini!
521
01:23:56,768 --> 01:23:58,946
Aku akan bunuh semuanya!
522
01:24:15,150 --> 01:24:16,980
Kudret, kita mesti ikat dia.
523
01:24:34,405 --> 01:24:36,800
Keluar dari jasad ini!
524
01:24:37,410 --> 01:24:39,021
Dengan nama Tuhan!
525
01:24:40,851 --> 01:24:42,376
Lelaki tak guna!
526
01:24:43,594 --> 01:24:46,514
Kekasih isteri kau
merupakan sahabat aku.
527
01:24:47,124 --> 01:24:49,258
Ketika kau terlantar sakit,...
528
01:24:49,389 --> 01:24:51,567
...dia meniduri isteri kau.
529
01:24:52,306 --> 01:24:55,225
Tapi isteri kau rahsiakan
hal ini daripada kau, bukan?
530
01:24:56,010 --> 01:24:59,277
Dengan kuasa yang ada pada aku,
keluarlah kau...
531
01:24:59,408 --> 01:25:01,149
...daripada jasad ini!
532
01:25:03,459 --> 01:25:05,374
Dengan nama Tuhan!
533
01:25:07,945 --> 01:25:10,428
Nisa.
534
01:25:11,908 --> 01:25:13,608
Nisa.
535
01:25:20,839 --> 01:25:22,755
Apa yang kau dah buat?
536
01:25:23,321 --> 01:25:26,066
Kudret, berhenti!
-Kau bunuh isteri aku!
537
01:25:27,763 --> 01:25:29,768
Isteri awak telah dikawal.
538
01:25:31,772 --> 01:25:34,211
Bukan dia yang dirasuk.
539
01:25:35,605 --> 01:25:37,260
Tapi dia!
540
01:25:45,493 --> 01:25:49,370
Ceyda? Apa yang berlaku?
541
01:25:49,544 --> 01:25:51,678
Mak, ada sesuatu yang buruk telah berlaku.
542
01:25:52,070 --> 01:25:53,769
Beritahulah mak.
543
01:25:53,899 --> 01:25:56,643
Anak kita datang bulan hari ini.
-Mak!
544
01:25:56,775 --> 01:25:58,517
Berikan pada mak. Kita buang di dalam tong sampah.
545
01:26:03,046 --> 01:26:04,833
Saya perlukan sesuatu daripada Nisa.
546
01:26:04,964 --> 01:26:07,708
Air liur, rambut, darah atau serpihan kuku.
547
01:26:11,628 --> 01:26:13,500
Bagus!
548
01:26:14,416 --> 01:26:18,859
Selepas malam kelima, semua saudara-maranya akan mati.
549
01:26:19,164 --> 01:26:20,688
Sihir itu pada dia!
550
01:26:20,950 --> 01:26:22,691
Bagaimana kalau nenek ke neraka?
551
01:26:26,351 --> 01:26:28,747
Saudara yang ada pertalian
darah dengannya akan mati.
552
01:26:38,678 --> 01:26:41,074
Adakah syaitan yang merasuk
Nisa itu akan mengganggu saya?
553
01:26:41,378 --> 01:26:43,425
Awak ada pertalian darah dengan Nisa?
554
01:26:43,862 --> 01:26:45,605
Tidak.
555
01:26:46,126 --> 01:26:47,825
Kudret. Dia sepupu saya.
556
01:26:47,957 --> 01:26:49,481
Siapa lagi yang tinggal bersamanya?
557
01:26:49,612 --> 01:26:51,137
Ceyda, anak perempuan mereka.
558
01:26:51,311 --> 01:26:53,880
Sihir itu pada dia! -Ceyda?
559
01:26:54,011 --> 01:26:56,188
Saudara yang ada pertalian
darah dengannya akan mati.
560
01:27:13,438 --> 01:27:15,181
Dia yang telah dirasuk!
561
01:27:20,234 --> 01:27:23,240
Seorang bapa H.K., 42 tahun,
seorang ibu N.K., 33 tahun...
562
01:27:23,370 --> 01:27:24,937
...dan anak mereka L.K.,
11 tahun,...
563
01:27:25,069 --> 01:27:26,681
...ditemui mati di tingkat bawah tanah masjid.
564
01:27:26,811 --> 01:27:30,601
Setelah memberikan keterangan,
Imam masjid itu...
565
01:27:30,732 --> 01:27:33,126
...didapati bersalah atas kematian keluarga itu.
566
01:27:34,957 --> 01:27:37,048
Ramai orang yang mengamalkan ilmu hitam...
567
01:27:37,177 --> 01:27:39,269
...atau menderita disebabkan ilmu hitam.
568
01:27:39,400 --> 01:27:41,839
Mengamalkan ilmu hitam dianggap...
569
01:27:41,969 --> 01:27:47,328
...sebagai salah satu dosa besar dalam Islam.