1 00:00:35,708 --> 00:00:42,583 Okey, dah sampai. Kita datang nak berseronok. Ayuh! 2 00:00:43,250 --> 00:00:48,667 Selamat menaiki Halycon, kapal persiaran termewah di galaksi. 3 00:00:49,542 --> 00:00:55,250 Saya Lando Calrissian, dilantik selaku duta Chandrila Star Line 4 00:00:55,333 --> 00:00:58,333 dan perjalanan anda adalah keistimewaan buat kami. 5 00:00:58,625 --> 00:01:02,000 Hei, tengok. Lando di situ. Hei, Lando! 6 00:01:02,083 --> 00:01:03,500 Itu video hologram, Finn. 7 00:01:03,583 --> 00:01:07,375 Hebat, bukan? Tiada Stormtrooper atau Pejuang TIE. 8 00:01:07,458 --> 00:01:09,292 Tiada ancaman pemusnahan galaksi. 9 00:01:09,375 --> 00:01:12,708 Inilah kembara! Kembara percutian! 10 00:01:12,792 --> 00:01:15,167 Idea yang bagus, tapi... 11 00:01:15,250 --> 00:01:16,792 Wira pun boleh bercuti? 12 00:01:16,875 --> 00:01:19,042 Tengok saja semua aktiviti ini. 13 00:01:20,208 --> 00:01:23,583 Poe, awak suka aktiviti. 14 00:01:23,667 --> 00:01:27,042 Betul. Saya suka aktiviti. 15 00:01:27,125 --> 00:01:30,583 Okey, mula-mula pergi lawatan anjungan, diikuti kejohanan holo-sabacc, 16 00:01:30,667 --> 00:01:33,083 kemudian makan sekejap di Ruang Makan Crown Corellia. 17 00:01:33,167 --> 00:01:36,875 Makan cepat sebab selepas itu, kita berjalan pantas di geladak matahari. 18 00:01:36,958 --> 00:01:40,917 Poe, ini cutilah. Kita sepatutnya berehat. 19 00:01:41,125 --> 00:01:43,250 Saya boleh atur lima minit masa berehat 20 00:01:43,333 --> 00:01:47,000 antara pengalaman shuffleboard dan bilik kejuruteraan. 21 00:01:47,083 --> 00:01:48,875 "Pengalaman bilik kejuruteraan"? 22 00:01:49,667 --> 00:01:54,542 Begitulah caranya, Poe. Nah, boleh berjemur, Rey. 23 00:01:56,083 --> 00:02:01,125 Bagus juga kalau berehat. Rehat, relaks dan membaca. 24 00:02:01,208 --> 00:02:03,625 Berehat dengan baca buku Jedi? 25 00:02:03,750 --> 00:02:06,458 Kita berehat guna cara masing-masing. 26 00:02:08,458 --> 00:02:12,625 -Boleh tahan. -Malah ada spa di sini. 27 00:02:12,708 --> 00:02:18,125 Mandi minyak untuk semua orang. Akhirnya, kami bercuti. 28 00:02:18,208 --> 00:02:20,958 -Bukan percutian seperti itu. -Biarkan saja. 29 00:02:21,042 --> 00:02:23,375 Ya, tapi... Biarlah. 30 00:02:23,458 --> 00:02:27,583 Tengok? Pasti hebat nanti. Kita memang perlu cuti. 31 00:02:28,333 --> 00:02:31,125 Lebih-lebih lagi, ini kali terakhir kita dapat bersama. 32 00:02:32,458 --> 00:02:34,333 Apa-apa pun, biar saya daftar masuk. 33 00:02:34,417 --> 00:02:37,208 Okey, jangan bazir masa. Mari bergerak. 34 00:02:37,292 --> 00:02:38,292 Awak pergi ke mana? 35 00:02:38,375 --> 00:02:39,375 Geladak matahari. 36 00:02:39,458 --> 00:02:42,417 Saya akan cuba pujuk awak, tapi kita dah lewat. 37 00:02:44,792 --> 00:02:48,625 Okey, Rose dan Rey. Awak tinggal di dek tujuh, bilik 301... 38 00:02:48,708 --> 00:02:54,833 Rey? Rose? Mana mereka? Sepatutnya kami buat bersama-sama. 39 00:02:56,250 --> 00:03:01,167 Perhatian, penumpang. Halcyon kini berlepas dari Chandrila. 40 00:03:01,250 --> 00:03:05,792 Anda akan mengalami cuti yang tak pernah lagi dirasai. 41 00:03:06,417 --> 00:03:07,917 Pakai tali pinggang keledar. 42 00:03:23,167 --> 00:03:27,792 Helo, saya BV-RJ. Robot cyborg manusia. 43 00:03:27,875 --> 00:03:29,292 Boleh saya tawarkan minuman? 44 00:03:29,375 --> 00:03:31,875 Apa yang elok untuk orang yang ditinggalkan kawan? 45 00:03:31,958 --> 00:03:33,208 Kawan yang lebih baik? 46 00:03:34,500 --> 00:03:37,917 Saya ada minuman sesuai. Titisan Yerdua. 47 00:03:40,417 --> 00:03:42,458 Percutian ini tak macam yang saya harapkan. 48 00:03:42,542 --> 00:03:44,208 Memang jarang menepati jangkaan. 49 00:03:44,292 --> 00:03:49,875 Betul? Apa yang ada di dalamnya? 50 00:03:51,500 --> 00:03:52,583 Siapa awak? 51 00:03:52,667 --> 00:03:55,250 Obi-Wan Kenobi. Helo. 52 00:03:55,375 --> 00:03:58,292 Obi-Wan Kenobi? Dari Pertempuran Geonosis? 53 00:03:58,375 --> 00:04:00,583 Serangan Felucia? Pengepungan Ryloth? 54 00:04:00,667 --> 00:04:03,083 Boleh dikatakan saya macam pakar Clone Wars. 55 00:04:03,167 --> 00:04:07,500 Bangga rasanya, tuan. Jeneral. Jeneral Tuan. Jeneral Kenobi. 56 00:04:07,583 --> 00:04:10,375 Tak perlu sambut saya, Finn. 57 00:04:10,458 --> 00:04:14,500 Panggil saya Obi-Wan. Lagipun, kita sedang bercuti. 58 00:04:16,875 --> 00:04:20,292 Rey pernah kata Jedi masa lalu mungkin muncul untuk membimbing. 59 00:04:20,375 --> 00:04:24,250 Sebab itu awak datang? Ada apa? Ada satu lagi Death Star? 60 00:04:24,333 --> 00:04:28,083 Titah Kedua? Adakah maharaja akan kembali lagi? 61 00:04:28,167 --> 00:04:32,083 Tak, saya rasa ada Jedi memerlukan nasihat. 62 00:04:34,125 --> 00:04:37,250 Rey ada di suatu tempat. Cuma saya tak pasti di mana. 63 00:04:37,333 --> 00:04:39,250 Saya bercakap tentang awak. 64 00:04:39,333 --> 00:04:42,375 Saya? Saya baik saja. 65 00:04:42,917 --> 00:04:46,375 Kawan-kawan lesap, saya melepak di ruang rehat dengan hantu Jedi. 66 00:04:46,458 --> 00:04:47,708 Finn. 67 00:04:47,792 --> 00:04:48,833 Okey, saya tak baik. 68 00:04:48,917 --> 00:04:52,458 Kawan-kawan lesap, saya melepak di ruang rehat dengan hantu Jedi. 69 00:04:52,542 --> 00:04:56,500 Ini percutian, Finn. Biarkan mereka seronok sendiri. 70 00:04:56,583 --> 00:05:00,083 Awak mesti belajar untuk rasa seronok sendiri. 71 00:05:00,167 --> 00:05:02,833 Tunggu. Apa yang awak tahu tentang cuti? 72 00:05:02,917 --> 00:05:07,208 Awak nak kata Obi-Wan Kenobi yang hebat pun ambil cuti? 73 00:05:08,208 --> 00:05:13,417 Nah, dari sudut pandangan tertentu. Kisahnya bermula di Tatooine. 74 00:05:38,208 --> 00:05:42,042 Rupa awak macam orang kalah dalam peraduan memerah susu Bantha. 75 00:05:42,125 --> 00:05:43,750 Itu baru sikit. 76 00:05:43,833 --> 00:05:45,083 Secawan kafein? 77 00:05:49,208 --> 00:05:52,375 Jus Jawa. Banyak ais. Kalau orang tanya, saya dah lama di sini. 78 00:05:52,458 --> 00:05:53,833 Itu dia. 79 00:05:57,208 --> 00:05:59,542 Tunjuk pengenalan awak, perisik Pemberontak... 80 00:05:59,625 --> 00:06:05,083 Saya? Saya bukan pengintip. Saya bercuti dengan suami saya. 81 00:06:06,333 --> 00:06:09,333 Percutian? Di Mos Eisley? 82 00:06:09,500 --> 00:06:11,333 Sudah tentulah. 83 00:06:12,250 --> 00:06:13,792 Pengenalan. 84 00:06:14,292 --> 00:06:17,000 Pengenalan. Di mana agaknya? Tak guna. 85 00:06:17,083 --> 00:06:20,417 Sayang, saya tertinggal pengenalan kita di Lubang Besar Carkoon? 86 00:06:20,875 --> 00:06:23,333 Sebenarnya, lubang yang boleh tahan saja. 87 00:06:25,542 --> 00:06:27,333 Saya pasti tak nak masuk campur. 88 00:06:28,333 --> 00:06:31,375 Kepala pun dia akan lupa kalau tak dicantum awal-awal. 89 00:06:31,458 --> 00:06:33,417 Beri pengenalan sekarang. 90 00:06:33,792 --> 00:06:36,167 Awak tak perlu tengok pengenalan dirinya. 91 00:06:36,250 --> 00:06:38,625 Kami tak perlu tengok pengenalan dia. 92 00:06:38,708 --> 00:06:40,875 Dia bukan perisik yang awak cari. 93 00:06:40,958 --> 00:06:43,208 Dia bukan perisik yang kami cari. 94 00:06:43,292 --> 00:06:45,208 Dia akan menikmati perjalanannya. 95 00:06:45,458 --> 00:06:46,708 Nikmati perjalanan awak. 96 00:06:49,708 --> 00:06:53,000 -Terima kasih. -Ben. Sama-sama. 97 00:06:53,750 --> 00:06:56,500 Maaflah tak boleh bersembang, Ben. Saya nak cepat. 98 00:06:57,417 --> 00:07:00,083 Serius, jangan terlibat. 99 00:07:00,500 --> 00:07:02,750 Tunggu, Cik... 100 00:07:03,750 --> 00:07:06,208 Valeria. Colvett Valeria. 101 00:07:06,458 --> 00:07:10,125 Mungkin awak perlu bantuan dalam misi pengintipan awak. 102 00:07:10,458 --> 00:07:13,000 Jangan risau, rahsia awak selamat bersama saya. 103 00:07:13,083 --> 00:07:16,917 Rahsia awak selamat bersama saya, Jedi. 104 00:07:18,792 --> 00:07:20,375 Nak ikut atau tidak? 105 00:07:22,875 --> 00:07:25,625 Sel Pemberontak saya memintas penghantaran coaxium, 106 00:07:25,708 --> 00:07:27,583 tapi diserang hendap di Hutt Space. 107 00:07:27,667 --> 00:07:30,500 Sekarang Jabba jual semula kepada Empayar. 108 00:07:32,375 --> 00:07:35,583 Semuanya akan berlaku ketika barbeku ulang tahun tahunan Jabba, 109 00:07:35,667 --> 00:07:39,167 semasa satu hari dalam setahun dia buka istananya kepada semua orang. 110 00:07:39,250 --> 00:07:41,833 Bijak. Muktamadkan di tempat terbuka 111 00:07:41,917 --> 00:07:45,125 menghilangkan rasa takut jika dikhianati mana-mana pihak. 112 00:07:45,417 --> 00:07:47,500 Mereka takkan rasa pintar selepas kita ambil. 113 00:07:48,250 --> 00:07:49,250 Apa rancangan awak? 114 00:07:51,375 --> 00:07:53,333 Buat macam biasa. 115 00:07:53,708 --> 00:07:58,583 Kita hanya pasangan suami isteri bercuti yang berseronok di barbeku hari jadi. 116 00:08:08,375 --> 00:08:12,708 Saya akan mencari coaxium, awak awasi. Cuba untuk tak menonjol. 117 00:08:13,208 --> 00:08:18,875 Baiklah. Okey, saya tak menonjol. 118 00:08:21,083 --> 00:08:24,958 Ben, awak tak pernah hadiri parti? Atau hanya berehat? 119 00:08:26,417 --> 00:08:30,292 Makan sikit dan bergaul. Mungkin dapat dengar sesuatu yang berguna. 120 00:08:31,125 --> 00:08:33,042 Saya... Bergaul. 121 00:08:38,250 --> 00:08:39,667 Bagaimana rasanya bergaul? 122 00:08:40,000 --> 00:08:41,583 Saya teruskan dengan makan. 123 00:08:42,167 --> 00:08:43,792 Awak dah jumpa coaxium itu? 124 00:08:43,875 --> 00:08:47,833 Saya rasa begitu. Cuma konco Imperial Jabba menjaganya. 125 00:08:47,917 --> 00:08:50,625 Saya perlu dapatkannya tanpa mereka sedari. 126 00:08:50,708 --> 00:08:53,917 -Susah bunyinya. -Itu baru sikit. 127 00:08:54,000 --> 00:08:56,917 Rupa-rupanya, saya pernah berlawan dengan beberapa orang. 128 00:08:57,000 --> 00:09:00,625 Mereka, mereka dan mereka. 129 00:09:01,458 --> 00:09:04,792 Boleh dikatakan semua orang, kecuali Jawa itu. 130 00:09:04,875 --> 00:09:08,208 Tak, dia juga. Saya perlu alihkan perhatian mereka. 131 00:09:08,292 --> 00:09:11,500 Macam mana caranya? 132 00:09:11,583 --> 00:09:13,583 Bukan saya, tapi awak. 133 00:09:14,375 --> 00:09:16,708 Gadis Gamorrean dalam nada kekunci D. 134 00:09:17,375 --> 00:09:18,917 Awak akan menyanyi. 135 00:09:19,000 --> 00:09:20,917 Saya? Menyanyi? 136 00:09:21,708 --> 00:09:24,375 Tak mahu. Saya tak pandai menyanyi. Menyanyi? 137 00:09:25,167 --> 00:09:27,708 Gadis Gamorrean berdansa sepanjang malam 138 00:09:29,542 --> 00:09:33,125 Dari pasir Tatooine 139 00:09:33,208 --> 00:09:36,958 Sehingga ke Bukit Canto Bight? 140 00:09:37,042 --> 00:09:43,375 Ayuh, Ben. Buat betul-betul. Gunakan Force... personaliti awak. 141 00:09:43,458 --> 00:09:44,458 Ya. 142 00:09:57,750 --> 00:09:59,833 Begitulah caranya. Teruskan. 143 00:10:00,792 --> 00:10:03,000 Gadis Gamorrean dan jejaka Gamorrean 144 00:10:03,083 --> 00:10:05,042 Terbang bak kapal angkasa di langit berbintang 145 00:10:05,125 --> 00:10:06,958 Gadis Gamorrean dan jejaka Gamorrean 146 00:10:07,042 --> 00:10:09,583 Menari rancak sekali Sehingga asyik tak terperi 147 00:10:11,875 --> 00:10:12,917 Ya! 148 00:10:13,000 --> 00:10:17,500 Rodian ke lantai tari! Ayuh, Rodian! 149 00:10:18,458 --> 00:10:21,125 Sekarang Jawa turut serta menari! 150 00:10:21,708 --> 00:10:22,792 Utini! 151 00:10:22,875 --> 00:10:24,917 Gadis Gamorrean dan jejaka Gamorrean 152 00:10:25,000 --> 00:10:26,833 Utini sudah pasti. 153 00:10:33,208 --> 00:10:36,458 Stormtrooper, kembali ke tempat bertugas. 154 00:10:38,125 --> 00:10:40,792 Hei. Lelaki dari bar itu. 155 00:10:40,875 --> 00:10:42,833 Lantai tari ini tempatmu bertugas Apa, apa 156 00:10:42,917 --> 00:10:45,167 Lantai tari ini tempatmu bertugas 157 00:10:46,333 --> 00:10:51,375 Ya! Ayuh dengar Outer Rim bersorak! 158 00:10:51,833 --> 00:10:53,875 Jeritan matahari kembar! 159 00:10:56,083 --> 00:10:58,042 Haruskah kita teruskan pertukaran? 160 00:10:58,167 --> 00:11:00,917 Empayar sedia bayar pampasan kepada awak untuk coaxium 161 00:11:01,000 --> 00:11:03,583 yang sesuai dijadikan hadiah ulang tahun yang baik. 162 00:11:04,750 --> 00:11:10,167 Pemburu ganjaran, Imperial, awak pun boleh bersembunyi! 163 00:11:10,583 --> 00:11:14,792 Dia betul. Saya tak boleh sembunyikan gerakan saya! 164 00:11:18,000 --> 00:11:19,333 Saya tak menari. 165 00:11:20,000 --> 00:11:22,458 Baiklah. Semuanya kerana hari lahir awak. 166 00:11:41,000 --> 00:11:43,125 Saya kata, "Nee Jabba", sahut "Nobata." 167 00:11:43,208 --> 00:11:44,750 -Nee Jabba. -Nobata! 168 00:11:44,833 --> 00:11:46,333 -Nee Jabba. -Nobata! 169 00:11:47,750 --> 00:11:52,917 Ben! Saya dah dapat ambil. Mari pergi dari sini! 170 00:11:53,000 --> 00:11:57,167 Apa? Isteri saya. Ya! 171 00:11:57,250 --> 00:12:00,208 Kami pasangan berkahwin sedang berseronok bercuti! 172 00:12:01,125 --> 00:12:02,708 Mereka memang secocok. 173 00:12:03,167 --> 00:12:05,792 -Ya, betul! -Cepat tamatkan. 174 00:12:07,917 --> 00:12:10,000 Terima kasih! Terima kasih, semua! 175 00:12:21,083 --> 00:12:22,667 Kita perlu pergi sekarang. 176 00:12:35,708 --> 00:12:37,333 Berhenti, Pemberontak jahat... 177 00:12:55,667 --> 00:12:56,667 Terima kasih, Ben. 178 00:12:56,750 --> 00:12:59,250 Nampaknya kita perlukan pengangkutan baharu. 179 00:12:59,458 --> 00:13:01,625 Di situ! Hadiah kapal angkasa Jabba! 180 00:13:05,292 --> 00:13:08,000 Hentian seterusnya, Pelabuhan Angkasa Mos Eisley. 181 00:13:08,083 --> 00:13:11,458 Sarang segala penyangak! 182 00:13:12,250 --> 00:13:13,667 Pergi! 183 00:13:18,208 --> 00:13:20,000 Laju lagi! 184 00:13:20,083 --> 00:13:22,875 Sudah kelajuan maksimum! Hadiah hari lahir, konon. 185 00:13:24,500 --> 00:13:28,083 Jika mengena coaxium, habislah kita. Tumpaskan dia. 186 00:13:34,375 --> 00:13:36,083 Kita telah kehilangan meriam. 187 00:13:39,750 --> 00:13:40,833 Buat sesuatu, Ben! 188 00:13:59,250 --> 00:14:02,583 Mereka terlepas. Saya akan kembali. 189 00:14:04,000 --> 00:14:06,042 Yalah, saya akan bawa lebih banyak ais! 190 00:14:10,333 --> 00:14:13,667 Nah, semuanya ada. Awak pasti nak ikut saya? 191 00:14:13,750 --> 00:14:15,833 Pemberontakan perlukan bantuan yang ada. 192 00:14:16,875 --> 00:14:19,208 Saya terlalu tua untuk perkara begitu. 193 00:14:19,292 --> 00:14:23,542 Awak masih mantap, orang tua. Saya tak cakap dari segi Jedi. 194 00:14:23,625 --> 00:14:26,833 Akui saja, awak seronok tadi. Menyanyi dan menari. 195 00:14:27,667 --> 00:14:29,667 Memang betul. 196 00:14:33,875 --> 00:14:36,167 Namun, saya ada tugas di sini. 197 00:14:38,708 --> 00:14:41,417 Terima kasih kerana jadi suami palsu yang hebat, Ben. 198 00:14:41,750 --> 00:14:43,958 Semoga Force bersama awak, Colvett. 199 00:14:49,792 --> 00:14:51,792 Ngarai Pengemis, saya datang! 200 00:15:00,625 --> 00:15:03,625 Gadis Gamorrean dan jejaka Gamorrean 201 00:15:03,708 --> 00:15:07,750 Dari pasir Tatooine ke Bukit Canto Bight 202 00:15:07,833 --> 00:15:11,375 Jadi, walaupun semasa bercuti, awak tetap buat kerja Jedi? 203 00:15:11,458 --> 00:15:14,417 Saya tak suka nak cakap, tapi itu bukanlah cuti namanya. 204 00:15:14,500 --> 00:15:21,417 Pada saya sebaliknya. Saya seronok, Finn. Awak patut buat perkara sama. 205 00:15:21,500 --> 00:15:27,042 Menurut pengalaman saya, kita takkan tahu berapa lama detik itu berkekalan. 206 00:15:30,250 --> 00:15:36,208 "Seronok pada masa sekarang." Tak boleh jadi jika hanya duduk di sini. 207 00:15:38,958 --> 00:15:45,333 Selamat datang ke simulator iklim kami, untuk berjemur dengan matahari tiruan. 208 00:15:45,667 --> 00:15:50,542 Cuma bawa banyak losen, kerana selaran itu benar. 209 00:15:51,875 --> 00:15:55,583 Rey! Akhirnya jumpa awak! Awak takkan sangka perkara yang berlaku! 210 00:15:55,792 --> 00:15:57,542 Saya seorang diri di ruang rehat 211 00:15:57,625 --> 00:16:00,667 dan Obi-Wan Kenobi di depan saya dan... 212 00:16:01,000 --> 00:16:07,875 Hei. Maksudnya, sekarang saya seorang Jedi secara rasmi atau... Rey? 213 00:16:08,042 --> 00:16:14,875 Porg. Banyak sungguh yang memandang saya dengan mata bundar. 214 00:16:16,750 --> 00:16:18,625 Kita sembang nanti. Tak apa. 215 00:16:24,208 --> 00:16:28,958 Kita sedang menghampiri Scarif, pelabuhan panggilan yang pertama. 216 00:16:29,042 --> 00:16:32,083 Pantai yang baru dipulihkan ialah tempat yang sempurna 217 00:16:32,167 --> 00:16:35,542 untuk rakan dan keluarga melepak dan meluncur air. 218 00:16:35,625 --> 00:16:37,792 Perkhidmatan ulang-alik berlepas dua minit lagi. 219 00:16:37,875 --> 00:16:39,125 Tuan Finn! 220 00:16:39,583 --> 00:16:41,750 Threepio! Ke mana awak pergi? 221 00:16:41,833 --> 00:16:44,667 Menerima mandian minyak yang paling mulia. 222 00:16:44,750 --> 00:16:48,667 Ada kesan hangus karbon di port yang tak disangka-sangka. 223 00:16:48,750 --> 00:16:49,958 Awak nampak orang lain? 224 00:16:50,042 --> 00:16:54,125 -Finn! Itu pun awak. -Hei! Saya sedang mencari semua orang. 225 00:16:54,750 --> 00:16:56,750 -Mana Poe? -Kami terpaksa tinggalkan dia. 226 00:16:58,708 --> 00:17:01,125 Dia buat kami sibuk dengan aktiviti tanpa henti. 227 00:17:01,208 --> 00:17:04,667 Malah dah tempah lawatan pemadat sampah. Pemadat sampah! 228 00:17:05,167 --> 00:17:07,000 Cepat. Ya, menyorok sebelum dia... 229 00:17:07,083 --> 00:17:08,417 Di situ rupanya awak! 230 00:17:08,500 --> 00:17:10,125 Jumpa kita. 231 00:17:10,667 --> 00:17:12,292 Maaf, tumpang lalu. Maaflah. 232 00:17:12,375 --> 00:17:13,917 Beri laluan untuk jeneral. 233 00:17:14,000 --> 00:17:15,500 Serius, ke tepi. Maaflah. 234 00:17:15,583 --> 00:17:19,750 Awak tinggalkan saya di pengalaman Rasa Makan Sekitar Galaksi. 235 00:17:19,833 --> 00:17:22,917 Rose, Chewie, awak pasti suka paf krim galaksi ini. 236 00:17:23,000 --> 00:17:25,083 Berpecah! Dia tak boleh kejar semua orang. 237 00:17:25,583 --> 00:17:27,083 Tunggu kami! 238 00:17:27,542 --> 00:17:29,042 Pesawat sedang berlepas. 239 00:17:29,125 --> 00:17:30,458 Pergilah berseronok lagi! 240 00:17:30,542 --> 00:17:34,125 Hei! Tak apa. Saya tak kisah buat apa-apa, 241 00:17:34,208 --> 00:17:36,750 asalkan kita buat bersama-sama. 242 00:17:40,833 --> 00:17:42,083 Mari pergi dari sini. 243 00:17:49,125 --> 00:17:51,500 "Berseronok pada masa sekarang, Finn." 244 00:17:58,333 --> 00:18:04,625 Di sinilah saya, menikmati waktu ini sambil berseronok seorang diri. 245 00:18:16,000 --> 00:18:17,375 Siapa awak? 246 00:18:19,833 --> 00:18:21,083 Anakin Skywalker. 247 00:18:21,375 --> 00:18:25,375 Anakin Skywalker. Hari ini semakin pelik. 248 00:18:25,708 --> 00:18:28,542 Biar saya teka. Awak rasa ada Jedi hadapi masalah nak menolong. 249 00:18:28,625 --> 00:18:30,958 Itulah sebabnya SkyGuy datang untuk bersama Finn. 250 00:18:31,042 --> 00:18:32,750 Jadi, apa khabar? 251 00:18:33,167 --> 00:18:35,208 Saya merancang cuti untuk melepak dengan kawan, 252 00:18:35,292 --> 00:18:38,500 tapi sejak berlepas, semuanya serba tak kena. 253 00:18:38,583 --> 00:18:41,750 Pertama, mereka lesap. Saya cari, kemudian mereka lesap lagi. 254 00:18:41,833 --> 00:18:45,583 Obi-Wan Kenobi kata perlu berseronok pada masa ini, 255 00:18:45,667 --> 00:18:47,833 tapi saya bersendirian. Sekali lagi. 256 00:18:48,500 --> 00:18:51,333 Tunggu. Obi-Wan kata, "Berseronoklah"? 257 00:18:54,625 --> 00:18:57,708 Betul? Obi-Wan Kenobi? 258 00:18:58,500 --> 00:19:00,167 Berseronok pun saya tak boleh buat. 259 00:19:01,667 --> 00:19:04,042 Pasir, bukan? Bersepah di semua tempat. 260 00:19:04,875 --> 00:19:07,167 Apa yang saya fikirkan? Mungkin Rose betul. 261 00:19:07,250 --> 00:19:09,917 Wira tak bercuti. Apatah lagi penjahat. 262 00:19:11,417 --> 00:19:12,625 Awak pasti? 263 00:19:12,708 --> 00:19:15,500 Sekarang, saya tak pasti apa-apa, okey? 264 00:19:15,583 --> 00:19:19,083 Kecuali ada pasir di tempat yang tak sepatutnya. 265 00:19:19,167 --> 00:19:23,000 Baiklah. Finn, kita patut relaks saja. 266 00:19:23,083 --> 00:19:25,542 Kalau saya kata penjahat pun bercuti? 267 00:19:25,625 --> 00:19:29,667 Malah, saya tahu ada lelaki ini terjahat daripada yang paling teruk. 268 00:19:29,750 --> 00:19:31,583 Dia pun ambil masa bercuti. 269 00:19:42,417 --> 00:19:45,083 Selamat Hari Empayar! 270 00:19:46,458 --> 00:19:49,917 Tetapi ini ialah sambutan untuk aturan yang kita bawa ke galaksi. 271 00:19:50,750 --> 00:19:53,458 -"Kita"? -Awak. 272 00:19:53,958 --> 00:19:58,000 Memang betul satu keraian. Bagi mereka. Di bawah sana berseronok, 273 00:19:58,083 --> 00:20:02,750 menggoncang bunga api, penuhkan mulut dengan balutan ronto. 274 00:20:04,208 --> 00:20:07,875 Saya rasa nak beri kejutan kepada setiap orang! 275 00:20:12,333 --> 00:20:15,833 Apa yang saya dapat? Perkara yang sama setiap hari. 276 00:20:16,250 --> 00:20:19,750 Bangun, sarapan ringan dan kemudian, tiada apa-apa. 277 00:20:19,833 --> 00:20:23,583 Tiada Jedi, tiada apa-apa untuk ditakluk, tiada kerja untuk dibuat. 278 00:20:24,083 --> 00:20:29,750 Hanya birokrasi karut tak berkesudahan. Saya beruntung jika dapat keluarkan kuasa. 279 00:20:30,667 --> 00:20:35,083 Tengok, Senat bertengkar kerana percukaian laluan perdagangan terpencil. 280 00:20:35,500 --> 00:20:37,000 Apa lagi cerita baharu? 281 00:20:37,792 --> 00:20:40,958 Awak tahu caranya. Hancur, penyek, binasa. 282 00:20:41,042 --> 00:20:43,583 Pergilah, Tommy Dua Tanduk. 283 00:20:44,625 --> 00:20:48,708 Kadangkala saya harap dapat tinggalkan semua ini. 284 00:20:48,792 --> 00:20:52,833 Tiada sesiapa mengganggu. Tak peduli hal-hal galaksi. 285 00:20:52,917 --> 00:20:58,625 Tak peduli hal galaksi. Itulah caranya! Mari pergi jauh daripada semua ini. 286 00:20:58,708 --> 00:21:00,417 Saya tahu tempat yang sesuai. 287 00:21:08,708 --> 00:21:13,500 Apa yang saya kata? Scarif ada pantai yang terbaik di galaksi. 288 00:21:15,875 --> 00:21:18,708 Tempat yang sempurna untuk menikmati syurga. 289 00:21:18,792 --> 00:21:22,500 Yalah, topi keledar dan perisai memang sangat "syurga". 290 00:21:25,250 --> 00:21:29,417 Cepat sapu. Jangan tertinggal bahu saya. Habis diselar nanti. 291 00:21:34,583 --> 00:21:39,667 Tengok, pantai tiada orang. Tiada yang ganggu atau minta perhatian. 292 00:21:39,750 --> 00:21:41,750 -Sungguh... -Membosankan. 293 00:21:43,792 --> 00:21:47,375 Hei, bunyi itu tak membosankan. 294 00:21:47,875 --> 00:21:50,208 Ayuh letak dulu lightsaber, tiba masa untuk... 295 00:21:54,333 --> 00:21:55,417 Kita mulakan! 296 00:21:55,500 --> 00:21:59,708 Ayuh keluar di bawah mentari Bersama-sama riang dan ria 297 00:22:00,458 --> 00:22:03,083 Terbang ke suatu tempat Di angkasa 298 00:22:03,333 --> 00:22:05,500 Nun jauh di sana 299 00:22:05,958 --> 00:22:07,792 Ke tepilah! Awak! 300 00:22:08,583 --> 00:22:11,750 Ke tepi. Awak tahu saya siapa? 301 00:22:12,375 --> 00:22:15,333 Saya patut lenyapkan senyuman pada wajah mereka. 302 00:22:18,708 --> 00:22:23,333 Awak kata pantai tiada orang. Namun, penuh di sini. 303 00:22:24,250 --> 00:22:27,000 Mujur kita dapat elak Coruscant yang sesak. 304 00:22:29,333 --> 00:22:31,917 Tengok, lebih banyak nyanyian dan menari. 305 00:22:32,000 --> 00:22:34,667 Hari Empayar kononnya. 306 00:22:34,750 --> 00:22:37,583 Kita kembara separuh jalan melintasi galaksi untuk ini? 307 00:22:37,667 --> 00:22:39,292 Yalah, saya salahkan diri sendiri. 308 00:22:39,375 --> 00:22:42,125 Saya patut tahu tak patut biar awak atur apa-apa. 309 00:22:42,667 --> 00:22:45,792 Pantai ini berbau macam Mon Calamari. 310 00:22:45,875 --> 00:22:48,708 Cukup! Saya buat untuk awak! 311 00:22:48,792 --> 00:22:53,625 Awak rasa saya nak keluar berpanas? Dah macam paya di dalam perisai ini. 312 00:22:53,708 --> 00:22:57,333 -Awak betul. Jom balik. -Baiklah. 313 00:22:58,458 --> 00:23:02,125 -Pasti jadi perjalanan yang panjang. -Terutamanya dengan cara awak pandu. 314 00:23:02,250 --> 00:23:04,583 Biarkan pantai bergegar 315 00:23:04,667 --> 00:23:06,875 Kami Vic Vankoh dan Bith Boys. 316 00:23:06,958 --> 00:23:11,542 Sekarang, siapa bersedia untuk pertandingan pantai yang hebat? 317 00:23:11,625 --> 00:23:13,333 Bukan saya. 318 00:23:13,417 --> 00:23:18,708 Pemenang akan menerima dua pas bufet Scarif kami! 319 00:23:20,750 --> 00:23:21,750 Biasa saja. 320 00:23:21,833 --> 00:23:26,500 Pemenang akan diisytiharkan sebagai Pemerintah Pantai! 321 00:23:26,583 --> 00:23:33,542 Pemerintah? Lord Vader, bersedia untuk bertempur. 322 00:23:37,667 --> 00:23:42,000 Saya ada. Hantar ke sini. Beri kepada saya. 323 00:23:45,125 --> 00:23:48,042 Atas, bawah, sebelah badan. 324 00:24:02,375 --> 00:24:04,417 Semua orang, limbo! 325 00:24:08,917 --> 00:24:10,333 Sakitnya. 326 00:24:10,417 --> 00:24:11,958 Siapa seterusnya? 327 00:24:18,125 --> 00:24:24,583 Pemenang setiap pertandingan dan Pemerintah Pantai ialah... 328 00:24:25,250 --> 00:24:26,708 Saya tak tahu nama awak. 329 00:24:26,792 --> 00:24:32,958 Sheev. Sheev Palpa... Palpa Sky Welker Junior? 330 00:24:33,500 --> 00:24:36,708 Kawan awak macam biasa dilihat. 331 00:24:38,083 --> 00:24:39,875 Siapa? Dia? Dia tak penting. 332 00:24:39,958 --> 00:24:41,917 Pemerintah Pantai! 333 00:24:42,542 --> 00:24:49,500 Betul! Pemerintah Pantai! Saya dan kuasa tanpa had! 334 00:24:58,375 --> 00:25:01,458 -Apa semua ini? -Trofi penyertaan. 335 00:25:01,542 --> 00:25:03,958 Kami mahukan suasana santai 336 00:25:04,042 --> 00:25:07,083 kerana di Scarif, semua orang ialah pemerintah. 337 00:25:07,167 --> 00:25:12,250 Vic. Jika semua orang pemerintah, maka tiada orang jadi pemerintah. 338 00:25:12,333 --> 00:25:17,250 Kalau tiada pemerintah, maka ada kacau-bilau! 339 00:25:17,333 --> 00:25:19,208 Hei! Itu Maharaja! 340 00:25:19,458 --> 00:25:20,667 Hei! 341 00:25:20,750 --> 00:25:22,958 Hei! Itu Darth Vader! 342 00:25:23,083 --> 00:25:26,583 Tiada masa untuk bufet. Awak ada banyak kerja untuk dibuat. 343 00:25:26,917 --> 00:25:29,583 Kerja? Namun, kita sedang bercuti. 344 00:25:29,917 --> 00:25:33,667 Itulah halnya. Percutian ini buat saya sedar sesuatu. 345 00:25:33,750 --> 00:25:37,625 Apabila buat kerja yang disukai, setiap hari ialah percutian. 346 00:25:37,708 --> 00:25:41,250 Sekarang, awak akan bina pangkalan Imperial di Scarif ini. 347 00:25:41,333 --> 00:25:44,500 Sisa pentas ini sempurna sekali untuk berek. 348 00:25:44,583 --> 00:25:47,083 Peti besi data diletak di bukit pasir indah itu. 349 00:25:47,792 --> 00:25:50,542 Sudah tentu, letak pintu perisai di sini, 350 00:25:50,625 --> 00:25:53,875 tapi suis induk jauh di sana. 351 00:25:57,000 --> 00:26:02,375 Jadi, Scarif berubah daripada resort, pangkalan Imperial, kemudian resort. 352 00:26:02,458 --> 00:26:05,458 Begitulah ceritanya. Namun, ada satu pengajaran penting. 353 00:26:06,000 --> 00:26:07,583 Maharaja mustahil untuk dipuaskan? 354 00:26:07,792 --> 00:26:10,958 -Ya, tapi bukan. -Pasir dan perisai tak serasi? 355 00:26:11,042 --> 00:26:12,833 -Hampir. -Jangan sokong sisi gelap? 356 00:26:12,917 --> 00:26:18,833 Akhirnya. Paling penting, awak perlu cari kebahagiaan, buat apa yang disukai. 357 00:26:18,917 --> 00:26:20,542 Apa yang awak suka buat, Finn? 358 00:26:20,625 --> 00:26:21,917 Apa yang saya suka? 359 00:26:22,000 --> 00:26:25,125 Cari jawapannya, barulah semuanya baik-baik saja. 360 00:26:25,542 --> 00:26:31,292 "Buat apa yang disukai." Tunggu, awak beri pengajaran hidup Maharaja? 361 00:26:45,542 --> 00:26:49,875 "Nikmati percutian selagi boleh." "Buat apa yang disukai." 362 00:26:53,167 --> 00:26:54,542 Di mana mereka? 363 00:26:59,750 --> 00:27:04,167 Di Chandrila Star Line, kami mahu pengalaman anda macam koleksi jubah saya, 364 00:27:04,250 --> 00:27:08,458 teramat mewah dan tak ditelan zaman. 365 00:27:08,542 --> 00:27:13,250 Kami berharap anda dan teman-teman menikmati percutian bersama-sama. 366 00:27:13,333 --> 00:27:14,583 Sudahlah, Lando. 367 00:27:14,667 --> 00:27:17,667 Percutian bersama-sama. Bersama. 368 00:27:19,958 --> 00:27:22,375 Menghairankan betapa sukarnya buat begitu. 369 00:27:22,458 --> 00:27:23,458 Leia? 370 00:27:23,542 --> 00:27:26,083 Panggil saya Jeneral Organa. 371 00:27:26,167 --> 00:27:28,167 Betul. Maaf, jeneral. 372 00:27:28,792 --> 00:27:31,750 Finn, saya mengusik saja. Awak macam tak keruan. 373 00:27:31,917 --> 00:27:33,250 Saya sedang cuba fahamkan. 374 00:27:33,333 --> 00:27:36,250 Contohnya cara untuk berseronok macam Tuan Kenobi beritahu. 375 00:27:36,333 --> 00:27:39,542 Obi-Wan Kenobi suruh awak berseronok? 376 00:27:42,000 --> 00:27:44,708 Betul? Obi-Wan? Kenobi? 377 00:27:44,792 --> 00:27:48,375 Selepas itu, Anakin Skywalker suruh saya buat apa yang disukai. 378 00:27:49,250 --> 00:27:52,208 Saya habiskan banyak masa dengan hantu berbanding kawan. 379 00:27:53,000 --> 00:27:56,792 Jangan terasa, jeneral. Saya dah mula menyesal bercuti. 380 00:27:57,333 --> 00:28:01,875 Finn, kita perlu bercuti kadangkala. Saya juga bercuti. 381 00:28:01,958 --> 00:28:06,708 Awak? Wira perang? Jeneral Penentangan? 382 00:28:07,208 --> 00:28:08,625 Awak tiada bezanya. 383 00:28:08,708 --> 00:28:10,375 Kenapa saya rasa susah nak bercuti? 384 00:28:10,458 --> 00:28:15,833 Sebab kadangkala, bercuti bukan sekadar berseronok. Ada lebih lagi. 385 00:28:15,917 --> 00:28:19,000 Biar saya ceritakan tentang percutian saya dan Han. 386 00:28:19,167 --> 00:28:21,250 Kami rancang percutian keluarga terakhir 387 00:28:21,333 --> 00:28:24,958 kami dalam perjalanan jemput anak kami untuk mula latihan Jedi. 388 00:28:25,042 --> 00:28:27,750 Dahulunya koloni perlombongan semasa era Imperial, 389 00:28:27,833 --> 00:28:32,000 Mimban kini menjadi tempat banyak tarikan bersejarah, termasuk ini. 390 00:28:32,083 --> 00:28:35,000 Bola lumpur terbesar keempat di galaksi. 391 00:28:35,292 --> 00:28:38,917 Di sinilah ayah dan Chewie pertama kali bertemu. Hebat, Ben? 392 00:28:39,000 --> 00:28:43,292 Hebat? Semasa Stormtrooper humban ayah ke dalam lubang untuk dia makan ayah? 393 00:28:44,167 --> 00:28:46,167 Ya. Kisah hebat dulu-dulu. 394 00:28:47,792 --> 00:28:52,125 Sekarang, ikuti saya untuk tengok bola lumpur ketiga terbesar di galaksi. 395 00:28:53,542 --> 00:28:55,875 Hei, apa pendapat awak? Hebat? 396 00:28:55,958 --> 00:28:56,958 Awak mahu kemeja-T? 397 00:29:00,625 --> 00:29:03,958 Jangan tersinggung, ayah. Semasa ayah kata "hentian menyeronokkan", 398 00:29:04,042 --> 00:29:06,750 saya sangka pasti menyeronokkan. 399 00:29:07,458 --> 00:29:09,417 Siapa yang tak fikir ini menyeronokkan? 400 00:29:11,458 --> 00:29:14,042 Saya tersekat! 401 00:29:16,208 --> 00:29:18,875 Adakah Ben sedar betapa bertuahnya dia? 402 00:29:18,958 --> 00:29:22,667 Saya tak pernah bercuti semasa membesar. Apatah lagi bersama keluarga. 403 00:29:22,750 --> 00:29:25,167 Dia semakin dewasa, Han. 404 00:29:25,250 --> 00:29:28,167 Dia tak mahu dengar cerita kenangan ayahnya. 405 00:29:28,250 --> 00:29:30,458 Dia mahukan pengembaraan sendiri. 406 00:29:30,542 --> 00:29:31,750 Pengembaraan sendiri. 407 00:29:41,250 --> 00:29:43,583 Chewie, tetapkan haluan menuju Endor. 408 00:29:45,042 --> 00:29:49,000 Han, apa saya kata tentang paksa Han dengar cerita kenangan lama awak? 409 00:29:49,458 --> 00:29:52,708 Tidak. Ini tempat peranginan baharu yang mewah. 410 00:29:52,792 --> 00:29:57,167 Seronok dapat bersama keluarga. Apa pendapat awak, anak? 411 00:29:57,667 --> 00:29:59,792 Ayah! Apa yang lebih menyeronokkan? 412 00:29:59,875 --> 00:30:01,708 Jika saya terbangkan kita ke sana. 413 00:30:03,125 --> 00:30:07,250 Terbangkan Falcon? Mungkin nanti apabila awak lebih dewasa. 414 00:30:07,333 --> 00:30:09,583 Ayah tak pernah beri saya buat apa-apa. 415 00:30:13,458 --> 00:30:15,250 Awak terbangkan pesawat sebaya dia. 416 00:30:15,333 --> 00:30:20,583 Speeder dan swoop. Terhempas banyak kali. Dia belum sedia. 417 00:30:21,000 --> 00:30:23,417 Mungkin sebenarnya awak tak bersedia? 418 00:30:23,917 --> 00:30:28,083 Saya dah sedia. Amat bersedia. Tak bersedia untuk apa? 419 00:30:28,667 --> 00:30:30,625 Melepaskan dia. 420 00:30:34,042 --> 00:30:36,375 Baiklah. Endor, kami datang. 421 00:30:39,417 --> 00:30:41,917 Tak seperti yang saya bayangkan. 422 00:30:45,625 --> 00:30:47,167 Kita akan buat yang terbaik. 423 00:30:49,333 --> 00:30:52,458 Hei, mungkin kita boleh naik bersama-sama. 424 00:30:54,667 --> 00:30:56,708 Boleh kita pergi ke rumah Pak Cik Luke saja? 425 00:30:56,792 --> 00:31:00,375 Betul kata Ben, Han. Tempat ini terbiar. 426 00:31:00,667 --> 00:31:04,583 Kami lebih suka istilah "kedesaan Ewok," tuanku. 427 00:31:04,917 --> 00:31:07,792 Selamat datang ke Kampung Tasik Endor. 428 00:31:07,875 --> 00:31:12,792 Saya Wick Cooper. Bon vivant antara galaksi dan pemilik. 429 00:31:12,875 --> 00:31:15,667 Namun, tolong panggil saya Encik Cooper. 430 00:31:15,750 --> 00:31:18,583 Saya nak katakan betapa terujanya kami 431 00:31:18,667 --> 00:31:24,250 menerima Organa-Solosas yang dihormati sebagai tetamu. Kemewahan menanti. 432 00:31:24,333 --> 00:31:26,125 Aduhai! 433 00:31:26,208 --> 00:31:28,458 Nampaknya awak dah jumpa Tasik Ewok. 434 00:31:37,833 --> 00:31:38,833 Mata awak okey? 435 00:31:39,708 --> 00:31:42,833 Awak macam merenung gerhana matahari kembar. 436 00:31:42,917 --> 00:31:43,917 Saya... 437 00:31:45,000 --> 00:31:49,708 Ini anak saya, Sidero. Sapalah tetamu kita, puteri. 438 00:31:49,792 --> 00:31:54,375 Ayah, jangan panggil saya... Puteri Leia Organa! Tak sangka. 439 00:31:54,458 --> 00:31:57,458 Hai, Sidero. Ini Han dan Chewbacca. 440 00:31:58,833 --> 00:32:00,083 R2-D2? 441 00:32:01,542 --> 00:32:03,458 Saya pula C-3PO, manusia... 442 00:32:03,542 --> 00:32:05,708 Ayah tak kata mereka tinggal bersama kita. 443 00:32:05,792 --> 00:32:08,958 Hebatnya! Boleh beri saya pinjaman kredit? 444 00:32:09,042 --> 00:32:11,125 Saya bertemu Mahlnor di Bar Snek Laksamana. 445 00:32:11,542 --> 00:32:14,625 -Ini... -Saya takkan sebut. 446 00:32:14,708 --> 00:32:15,958 Snek! 447 00:32:16,542 --> 00:32:22,250 Sudah tentu, sayang. Apa kata awak tunjuk pantai kepada Ben? 448 00:32:23,000 --> 00:32:24,958 Saya? Pergi dengan dia? 449 00:32:25,792 --> 00:32:27,750 Dia bercakap. Ayuh. 450 00:32:28,917 --> 00:32:30,583 Bagaimana dengan basikal speeder? 451 00:32:32,958 --> 00:32:35,375 Dia mungkin ada minat lain. 452 00:32:36,375 --> 00:32:38,708 Mungkin nanti. Berseronoklah. 453 00:32:38,792 --> 00:32:45,292 Ayuh ke penyambut tetamu, cik puan. Encik juga. 454 00:32:47,583 --> 00:32:50,125 Saya tak sangka ibu awak ialah Leia Organa. 455 00:32:50,417 --> 00:32:54,375 Dia sangat hebat! Hidup awak mesti menarik. 456 00:32:54,458 --> 00:32:56,083 Dah terbangkan Millennium Falcon? 457 00:32:56,167 --> 00:32:58,625 Sudah tentulah. Betul, Ben? 458 00:32:58,708 --> 00:33:00,042 Sebenarnya... 459 00:33:00,125 --> 00:33:04,375 Nampak saya buat tadi? Saya baru pecah rekod kelajuan Tasik Ewok. 460 00:33:05,375 --> 00:33:06,417 Siapa droid tikus ini? 461 00:33:06,500 --> 00:33:09,542 Sudahlah, Rad. Ini Ben Solo. 462 00:33:09,625 --> 00:33:12,667 Dia baru nak ceritakan pengalaman menerbangkan Millennium Falcon. 463 00:33:13,208 --> 00:33:14,875 Si tikus Womp ini? 464 00:33:18,500 --> 00:33:20,958 Capai panel kemudi pun tak dapat, apa lagi terbangkan. 465 00:33:21,042 --> 00:33:23,208 Saya sentiasa terbangkan Falcon. 466 00:33:23,292 --> 00:33:26,958 Hanya kerana nama akhir awak Solo, tak bermakna awak juruterbang. 467 00:33:27,042 --> 00:33:29,208 Ya? Saya akan buktikan. 468 00:33:31,417 --> 00:33:34,667 Solo? Lebih kepada "so low." 469 00:33:34,750 --> 00:33:40,083 Faham? Rendah? Sebab dia pendek. 470 00:33:41,917 --> 00:33:44,500 Sangat rendah. Mantap. 471 00:33:46,583 --> 00:33:50,500 Ini navigasi komputer. Status sistem hiperpandu... 472 00:33:50,583 --> 00:33:52,583 Tolong jangan duduk di tempat ayah saya. 473 00:33:52,667 --> 00:33:58,208 Jangan sentuh dadu dia. Awak tak boleh juga sentuh... 474 00:33:58,625 --> 00:34:01,708 -Pakai tali pinggang keledar, si lemah! -...kawalan! 475 00:34:01,792 --> 00:34:03,667 Ya! 476 00:34:08,542 --> 00:34:12,083 Jauhnya berjalan untuk sampai ke meja tetamu. 477 00:34:13,292 --> 00:34:14,917 Sikit saja lagi. 478 00:34:15,000 --> 00:34:20,083 Saya perlu katakan, semasa nampak nama awak, saya tertarik. 479 00:34:22,125 --> 00:34:26,250 Betul kata awak, Chewie. Tiada Ewok sejak kita sampai di sini. 480 00:34:26,333 --> 00:34:28,208 Untung sebenarnya. Ewok. 481 00:34:29,333 --> 00:34:33,875 Mungkin nampak comel dan suka dipeluk, tapi sebenarnya mereka raksasa ganas. 482 00:34:33,958 --> 00:34:38,417 Malah, sebab itulah saya nak bincang dengan awak! 483 00:34:38,833 --> 00:34:42,083 Tak guna! Tengok? Raksasa. 484 00:34:42,167 --> 00:34:44,833 Awak tak boleh buli saya lagi, makhluk jahat. 485 00:34:44,917 --> 00:34:46,667 Tengok siapa yang ada di pihak saya. 486 00:34:51,667 --> 00:34:57,125 Ya, betul. Leia Organa dan Han Solo. Pahlawan Pemberontakan. 487 00:34:57,208 --> 00:34:59,000 Berkawan baik dengan Wick Cooper. 488 00:35:00,125 --> 00:35:02,042 Hei, kami kenal mereka. 489 00:35:03,625 --> 00:35:05,375 Wicket? Wicket! 490 00:35:10,833 --> 00:35:17,667 Sekali lagi saya dewa emas. Awak boleh terus memuja. 491 00:35:18,458 --> 00:35:20,000 Apa yang berlaku, Wick? 492 00:35:20,083 --> 00:35:23,667 Ya. Saya mula rasa ini bukan meja penyambut tetamu. 493 00:35:24,625 --> 00:35:28,625 Saya mungkin ada niat lain dengan membawa awak ke mari. 494 00:35:28,708 --> 00:35:32,167 Nampaknya penduduk tempatan tak begitu teruja 495 00:35:32,250 --> 00:35:35,333 dengan resort saya dan mereka cuba usir saya. 496 00:35:35,417 --> 00:35:38,292 Awak tahulah, melempar batu, 497 00:35:38,375 --> 00:35:41,542 penyek khemah guna balak, mengancam untuk makan tetamu saya. 498 00:35:41,625 --> 00:35:44,125 Jadi, saya fikir jika tokoh macam awak pujuk mereka, 499 00:35:44,208 --> 00:35:45,708 mungkin mereka berundur. 500 00:35:45,792 --> 00:35:49,500 Selepas tengok yang awak sebenarnya berkawan... 501 00:35:50,833 --> 00:35:55,167 Entahlah. Pertikaian hartanah bukanlah bidang kepakaran kami. 502 00:35:55,250 --> 00:35:57,333 Selain itu, mereka sampai di sini dulu. 503 00:35:57,417 --> 00:36:01,292 Ya, tapi dia bernasib malang dan perniagaannya gagal? 504 00:36:01,375 --> 00:36:03,167 Tak dapat apa-apa manfaat? 505 00:36:03,250 --> 00:36:04,750 Saya boleh faham. 506 00:36:05,875 --> 00:36:09,750 Tuanku? Saya tak suka memaksa, tapi boleh kita segerakan? 507 00:36:10,083 --> 00:36:12,542 Saya harap percutian Ben lebih baik berbanding kita. 508 00:36:18,208 --> 00:36:20,167 Ya! 509 00:36:20,250 --> 00:36:23,375 Ini tak macam ahli sihir sama sekali. Saya nak balik. 510 00:36:23,458 --> 00:36:25,042 Buat sesuatu, Ben. 511 00:36:28,292 --> 00:36:30,958 Apa dia cakap? Maaf, saya tak fasih bertutur Varmint. 512 00:36:31,042 --> 00:36:33,500 Saya agak berkarat dalam dialek mereka, 513 00:36:33,583 --> 00:36:37,833 tapi saya rasa dia panggil awak penyangak dan penipu jahat. 514 00:36:38,958 --> 00:36:45,458 Beraninya awak, tuan? Awak ajak orang datang ke barbeku untuk makan mereka. 515 00:36:48,833 --> 00:36:50,500 Betul cakap saya, bukan? 516 00:36:52,292 --> 00:36:57,833 Berita baik. Masalah selesai. Ewok setuju berundur dengan satu syarat. 517 00:36:58,083 --> 00:37:02,083 -Apa-apa saja. -Awak bekerjasama berniaga. 518 00:37:02,167 --> 00:37:07,542 Saya sedia libatkan mereka. Wick dan Wicket. Sedap juga bunyinya. 519 00:37:08,583 --> 00:37:10,417 Baik, ya. Wicket dan Wick. 520 00:37:12,542 --> 00:37:13,542 Ben. 521 00:37:13,625 --> 00:37:16,375 -Apa? Kenapa? -Anak kita dalam kesusahan. 522 00:37:16,458 --> 00:37:18,083 Bagaimana awak tahu? 523 00:37:22,458 --> 00:37:23,458 Saya tahu. 524 00:37:23,708 --> 00:37:25,333 Turun ke bawah, Rad! 525 00:37:25,417 --> 00:37:28,583 Saya rasa awak kata, "Bawa ke atas." Sedia. 526 00:37:32,833 --> 00:37:35,208 -Helo? -Panggil anak saya! 527 00:37:35,292 --> 00:37:40,583 -Untuk awak. -Ben, awak okey? Apa semua itu? 528 00:37:40,667 --> 00:37:43,708 Kenapa awak terbangkan kami ke medan asteroid? 529 00:37:43,792 --> 00:37:45,000 Saya tak berniat! 530 00:37:45,083 --> 00:37:50,500 Medan asteroid? Tiada medan asteroid yang diketahui di sekitar Endor. Mesti... 531 00:37:50,583 --> 00:37:51,958 Serpihan Death Star. 532 00:37:52,042 --> 00:37:54,208 Jangan risau. Awak akan pulang dengan selamat. 533 00:37:54,292 --> 00:37:57,625 -Bagaimana? -Saya tak tahu. 534 00:37:58,708 --> 00:38:01,917 Han, sudah tiba masanya untuk melepaskan dia. 535 00:38:03,083 --> 00:38:05,958 Ben, awak akan menerbangkan Falcon. 536 00:38:06,042 --> 00:38:07,125 Saya? 537 00:38:07,500 --> 00:38:11,292 Tuan, peluang budak berjaya menempuh medan puing 538 00:38:11,375 --> 00:38:15,333 ialah sekitar 5,738,000 hingga... 539 00:38:15,417 --> 00:38:18,292 Jangan beritahu dia kemungkinan itu. Awak boleh buat, Ben. 540 00:38:19,833 --> 00:38:22,292 Ke tepi, tikus droid. 541 00:38:22,917 --> 00:38:26,375 Okey, mula-mula, kuasakan depan perisai pemesong depan. 542 00:38:26,458 --> 00:38:27,917 Suis di atas sana. 543 00:38:28,750 --> 00:38:31,542 Seterusnya, awak mungkin dapat meletupkan serpihan itu. 544 00:38:31,625 --> 00:38:33,708 Bolehkah atur orang jaga meriam laser? 545 00:38:34,792 --> 00:38:35,875 Baiklah. 546 00:38:36,708 --> 00:38:38,250 Okey. Sekarang apa? 547 00:38:38,333 --> 00:38:40,708 Awak anak Solo. Sekarang, awak terbang. 548 00:38:43,208 --> 00:38:44,375 Mahlnor, giliran awak! 549 00:38:47,250 --> 00:38:48,292 Saya berjaya! 550 00:38:48,375 --> 00:38:50,583 Bagus. Jangan angkuh. 551 00:38:53,750 --> 00:38:54,792 Jaga-jaga, Ben! 552 00:39:10,042 --> 00:39:12,167 Ayah pasti tak dapat buat sebaik awak. 553 00:39:15,000 --> 00:39:18,250 Adakah mereka baik-baik saja? 554 00:39:18,333 --> 00:39:19,625 Sudah tentu. 555 00:39:19,708 --> 00:39:22,042 Jadi, boleh sesiapa turunkan saya? 556 00:39:22,125 --> 00:39:24,583 Darah meluru masuk ke kepala saya. 557 00:39:32,792 --> 00:39:36,083 Artoo, syukurlah yang awak selamat. 558 00:39:37,083 --> 00:39:38,458 Hebat, ada barbeku! 559 00:39:42,167 --> 00:39:44,750 Anak ayah yang manis. 560 00:39:46,417 --> 00:39:51,667 Ayah sangat gembira si intan payung ini selamat. 561 00:39:51,750 --> 00:39:56,083 -Ayah, semua orang tengok. -Ayah tak peduli. 562 00:39:58,458 --> 00:39:59,500 Terima kasih, Chewie. 563 00:40:04,292 --> 00:40:08,250 Ben! Awak menakjubkan tadi dengan laser dan letupan. 564 00:40:08,333 --> 00:40:10,500 Membelok dalam... Aduhai. 565 00:40:11,208 --> 00:40:12,250 Biasa saja. 566 00:40:13,250 --> 00:40:14,458 Jumpa lagi, Ben. 567 00:40:18,375 --> 00:40:20,458 Percutian terbaik yang pernah dilalui! 568 00:40:41,250 --> 00:40:43,417 Saya akan merindui awak juga, Chewie. 569 00:40:45,875 --> 00:40:48,000 Awak akan suka latihan lightsaber. 570 00:40:48,083 --> 00:40:51,375 Cuba jangan putus lengan. Itu masalah keluarga kita. 571 00:40:51,458 --> 00:40:54,500 -Okey, ibu. -Kami sangat sayang awak. 572 00:40:55,042 --> 00:40:57,208 Awak terbangkan Falcon melepasi serpihan, 573 00:40:57,292 --> 00:40:59,417 selamatkan hari dan dapat ciuman pertama. 574 00:40:59,500 --> 00:41:00,500 Ayah. 575 00:41:00,583 --> 00:41:03,667 Ayah hanya nak kata, percutian kita bukanlah teruk sangat. 576 00:41:04,042 --> 00:41:07,667 -Rasanya begitu. -Ayah rasa sampai di sini saja. 577 00:41:08,042 --> 00:41:10,500 -Ya. -Ikut ajaran Pak Cik Luke. 578 00:41:10,792 --> 00:41:11,792 Baiklah. 579 00:41:14,917 --> 00:41:18,458 Sayang? Ayah sayang awak. 580 00:41:19,750 --> 00:41:20,750 Saya tahu. 581 00:41:31,833 --> 00:41:33,792 -Adakah sukar? -Apa yang sukar? 582 00:41:33,875 --> 00:41:34,917 Ucap selamat tinggal. 583 00:41:35,375 --> 00:41:40,250 Paling sukar. Namun, sudah tiba masanya. Kenapa tanya? 584 00:41:40,333 --> 00:41:43,333 Saya mula sedar yang saya tak tahu jika boleh melakukannya. 585 00:41:43,417 --> 00:41:45,417 Kami akan ikut haluan sendiri. 586 00:41:45,500 --> 00:41:48,333 Rey menuju ke Wilayah Tidak Dikenali untuk cari kuil Jedi. 587 00:41:48,417 --> 00:41:51,667 Latihan juruterbang X-Wing baharu Poe. Rose pimpin misi bantuan 588 00:41:51,750 --> 00:41:54,625 dan saya akan teroka galaksi untuk cari orang macam saya. 589 00:41:54,708 --> 00:41:56,625 Orang lain yang kuat dalam Force. 590 00:41:56,708 --> 00:41:58,667 Siapa tahu bila kami akan bersama lagi? 591 00:41:58,750 --> 00:42:01,458 Mungkin itulah sebabnya percutian ini sukar. 592 00:42:01,542 --> 00:42:03,458 -Untuk kamu semua. -Kami semua? 593 00:42:03,542 --> 00:42:07,292 Mungkinkah tiada seorang pun bersedia untuk ucap selamat tinggal? 594 00:42:08,583 --> 00:42:13,417 Finn, seorang Jedi yang bijak pernah kata, "Tiada orang pernah benar-benar tiada." 595 00:42:15,042 --> 00:42:16,250 Terima kasih, jeneral. 596 00:42:18,083 --> 00:42:21,792 -Tuan Finn di situ. -Puas kami cari awak. 597 00:42:21,875 --> 00:42:24,583 -Saya pun cari awak. -Kami minta maaf, kawan. 598 00:42:24,667 --> 00:42:25,792 Untuk apa? 599 00:42:25,875 --> 00:42:28,458 Awak atur percutian luar biasa ini untuk kita bersama, 600 00:42:28,542 --> 00:42:31,625 tapi kami buat kerja sendiri. 601 00:42:32,125 --> 00:42:36,625 Tak apa. Saya rancang cuti ini sebab mengelak daripada sesuatu. 602 00:42:36,708 --> 00:42:38,000 Ucapkan selamat tinggal. 603 00:42:38,083 --> 00:42:39,083 Betul katanya. 604 00:42:39,167 --> 00:42:41,667 -Saya merasakannya juga. -Percutian ini penamatnya. 605 00:42:41,750 --> 00:42:44,583 Tepat sekali. Namun, percutian bukan soal destinasi. 606 00:42:44,667 --> 00:42:48,583 Sebaliknya perjalanan. Nikmat saat sebaiknya selagi ada. 607 00:42:48,667 --> 00:42:51,417 Tidak. Jangan lakukannya. Jangan buat saya terharu. 608 00:42:51,500 --> 00:42:53,000 Ingat kali pertama kita bertemu? 609 00:42:53,083 --> 00:42:55,750 FN-2187. Itulah nama yang diberi kepada saya. 610 00:42:55,833 --> 00:42:58,750 Saya tak nak guna. Saya nak panggil awak Finn. Boleh? 611 00:42:59,167 --> 00:43:00,708 Awak beri saya nama, Poe. 612 00:43:01,667 --> 00:43:03,708 Awak dah buat. Awak buat saya rasa terharu. 613 00:43:08,375 --> 00:43:10,708 Rey, ingat pasar di Jakku? 614 00:43:15,583 --> 00:43:16,583 Ikut saya. 615 00:43:17,708 --> 00:43:23,458 Awak beri saya tujuan, Rey. Rose, awak beri saya harapan. 616 00:43:23,542 --> 00:43:24,667 Kenapa halang saya? 617 00:43:24,750 --> 00:43:28,708 Selamatkan awak. Begitulah kita menang, selamatkan apa yang disayangi. 618 00:43:31,375 --> 00:43:34,625 Saya diminta buat perkara yang disukai. 619 00:43:34,708 --> 00:43:38,708 Saya suka berjuang bersama kamu. Saya pasti akan rindukannya. 620 00:43:38,792 --> 00:43:42,167 Saya tak mahu mengaku, tapi saya tak mahu perasaan itu berakhir. 621 00:43:42,250 --> 00:43:44,042 Sebab itu saya rancang percutian ini. 622 00:43:44,125 --> 00:43:48,125 Bersama kenangan yang kita kongsi, tiada sesiapa benar-benar pergi. 623 00:43:50,417 --> 00:43:56,292 Hei! Percutian baru bermula. Saya tahu kita harus buat apa. 624 00:43:56,375 --> 00:44:01,250 -Lebih baik bukan pemadat sampah. -Pelukan kumpulan? Ayuh. 625 00:44:01,333 --> 00:44:06,125 Ini agak menyenangkan. Chewbacca! 626 00:44:06,208 --> 00:44:08,292 Tak, Chewie. Pelukan ini sempurna. 627 00:44:08,875 --> 00:44:13,458 Kami harap anda menikmati pengembaraan dan menaiki Halcyon. 628 00:44:13,542 --> 00:44:19,458 Walaupun setiap perjalanan harus berakhir, kenangan akan kekal selamanya. 629 00:44:19,542 --> 00:44:25,917 Jadi, terima kasih kerana bersama kami dan moga Force bersama anda. 630 00:44:56,917 --> 00:44:58,917 Terjemahan sari kata oleh NH Azizan