1
00:00:15,720 --> 00:00:18,960
Pelayaran lapan minggu Maiden
Mengelilingi Zuhal
2
00:00:19,040 --> 00:00:21,480
Okey, selamat pagi.
3
00:00:21,880 --> 00:00:23,800
Terbang dengan selamat dan yakin.
4
00:00:23,880 --> 00:00:24,960
- Terbang...
- Dengan selamat!
5
00:00:25,040 --> 00:00:26,800
- Terbang...
- Dengan yakin!
6
00:00:26,880 --> 00:00:27,880
Kapten Ryan.
7
00:00:27,960 --> 00:00:30,640
Anak saya nak jumpa
wira yang menyelamatkan Avenue Tiga.
8
00:00:30,800 --> 00:00:31,800
Dia ada di...
9
00:00:31,920 --> 00:00:32,920
Maksud awak, saya!
10
00:00:33,000 --> 00:00:34,000
Ya.
11
00:00:34,080 --> 00:00:35,400
Kita semua adalah wira
dalam kapal ini.
12
00:00:35,480 --> 00:00:36,920
- Siapa nama awak?
- Jade.
13
00:00:37,000 --> 00:00:38,000
Berkuasa.
14
00:00:38,840 --> 00:00:39,840
Nama yang berkuasa.
15
00:00:40,840 --> 00:00:44,480
Okey, Kapten Jade
menguasai Jambatan, semua.
16
00:00:44,560 --> 00:00:45,920
Tepat pada masanya
untuk tekan butang...
17
00:00:46,000 --> 00:00:47,440
bagi membersihkan penujah utama.
18
00:00:47,960 --> 00:00:49,200
Ia tak bersambung dengan apa-apa.
19
00:00:49,280 --> 00:00:50,280
Ikut sini, Kapten Jade.
20
00:00:52,840 --> 00:00:54,160
Selamat pagi, Iris.
21
00:00:54,240 --> 00:00:57,040
Dikelilingi oleh bintang,
tapi awak yang paling bersinar.
22
00:00:57,120 --> 00:00:58,880
Baiklah.
En. Judd kurang sihat.
23
00:00:58,960 --> 00:01:00,160
Sayangnya.
24
00:01:00,240 --> 00:01:01,760
Dia memikirkan
idea barangan dagangan...
25
00:01:01,840 --> 00:01:03,080
sehingga dia sakit kepala.
26
00:01:03,160 --> 00:01:04,160
Dia cakap begitu?
27
00:01:04,240 --> 00:01:05,600
- Ya, betul.
- Mestilah dia cakap begitu.
28
00:01:05,680 --> 00:01:07,520
Jadi awak akan menjadi hos
untuk sarapan penumpang.
29
00:01:07,760 --> 00:01:08,760
Tetamu-tetamu awak...
30
00:01:08,840 --> 00:01:10,440
- Itu Pn. Rodrigues?
- Ya.
31
00:01:10,520 --> 00:01:12,480
Saya jumpa dia semalam.
Pekak di kedua-dua telinga.
32
00:01:12,840 --> 00:01:14,040
Awak boleh kata dia pekak saja.
33
00:01:14,800 --> 00:01:15,840
Saya dengar, Iris.
34
00:01:15,920 --> 00:01:17,000
Sebab telinga saya tak pekak.
35
00:01:17,080 --> 00:01:19,280
- Sarapan dalam...
- Karaoke kru malam ini, kapten?
36
00:01:19,360 --> 00:01:21,000
Saya hanya menyanyi
semasa saya mabuk.
37
00:01:21,080 --> 00:01:22,520
Jadi tanya saya semula
pada jam 5 petang.
38
00:01:22,600 --> 00:01:23,600
Baiklah.
39
00:01:23,680 --> 00:01:26,560
- Sarapan dalam masa 20...
- Hei, jangan lupa berseronok.
40
00:01:26,640 --> 00:01:27,640
Baiklah, kapten!
41
00:01:28,160 --> 00:01:29,320
Mereka sangat hebat.
42
00:01:29,400 --> 00:01:30,560
Tidak, mereka tak hebat langsung.
43
00:01:30,640 --> 00:01:32,400
- Sarapan dalam masa 20 minit.
- 20 minit, ya.
44
00:01:32,480 --> 00:01:33,480
Okey.
45
00:01:33,560 --> 00:01:34,840
Awak tahu
apa yang awak boleh cakap?
46
00:01:35,360 --> 00:01:38,760
Kita baru memecah rekod
untuk kelas yoga terbesar di angkasa.
47
00:01:38,840 --> 00:01:40,160
Yakah?
Kita kalahkan siapa?
48
00:01:40,560 --> 00:01:43,120
Datanglah ke
Bufet Sarapan Mudah Judd.
49
00:01:43,200 --> 00:01:45,560
Kalau anda tak puas hati sepenuhnya,
anda salah.
50
00:01:45,640 --> 00:01:47,400
Okey.
Boleh kita berhenti sekarang?
51
00:01:47,480 --> 00:01:49,280
- Saya dah berhenti. Awak?
- Ya, saya dah berhenti.
52
00:01:49,360 --> 00:01:51,600
- Bagus.
- Boleh kita bermaafan dan lupakan?
53
00:01:51,680 --> 00:01:53,920
- Mari lupakan.
- Awak tak minta maaf.
54
00:01:54,000 --> 00:01:55,000
Awak pun.
55
00:01:55,080 --> 00:01:56,880
Awak ajak bermaafan,
tapi awak tak minta maaf pun.
56
00:01:56,960 --> 00:01:58,640
Okey, maafkan saya
sebab berkahwin dengan awak.
57
00:01:58,720 --> 00:02:00,240
Boleh begitu?
Itu cukup bagus untuk awak, Doug?
58
00:02:00,320 --> 00:02:01,320
Maafkan saya sebab jumpa awak.
59
00:02:01,400 --> 00:02:04,000
Percayalah, saya tak sabar
untuk tak perlu tengok muka awak lagi.
60
00:02:04,080 --> 00:02:05,920
Saya tahu
awak nak tengok muka siapa lagi.
61
00:02:06,000 --> 00:02:07,120
En. Hunk McSpunk ini.
62
00:02:07,200 --> 00:02:08,760
- Ini dia.
- Oh Tuhan, awak periksa telefon saya?
63
00:02:08,840 --> 00:02:10,040
- Awak psiko!
- Zum masuk...
64
00:02:10,120 --> 00:02:11,360
Saya zum masuk terlalu banyak.
Sekejap, itu dia!
65
00:02:11,440 --> 00:02:14,040
- Pasti awak tak sabar nak berasmara.
- Ya, memang betul pun.
66
00:02:14,120 --> 00:02:15,440
Terima kasih
sebab mengingatkan saya...
67
00:02:15,520 --> 00:02:17,400
tentang asmara hangat saya
bersama dia.
68
00:02:17,480 --> 00:02:18,720
Ia memang luar biasa!
69
00:02:18,840 --> 00:02:20,400
- Baguslah awak menikmatinya.
- Okey.
70
00:02:20,480 --> 00:02:23,800
Alamak, saya lupa pinggan saya
dan simpan tempat duduk untuk saya.
71
00:02:24,280 --> 00:02:25,280
Ya, baiklah.
72
00:02:25,360 --> 00:02:27,440
Saya akan simpan tempat duduk
untuk awak di dasar kolam renang.
73
00:02:27,520 --> 00:02:28,520
Tak guna!
74
00:02:29,760 --> 00:02:30,760
Maaf.
75
00:02:31,120 --> 00:02:32,360
Boleh beri saya tiga pastri Danish?
76
00:02:32,880 --> 00:02:36,440
Para hadirin sekalian,
nikmati koktel hari ini, Jus Judder.
77
00:02:36,520 --> 00:02:37,640
Kebanyakannya adalah susu.
78
00:02:38,320 --> 00:02:40,440
- Hei, kerja yang bagus.
- Terima kasih.
79
00:02:40,520 --> 00:02:42,160
Saya suka melihat
orang bangga dengan kerja mereka...
80
00:02:42,240 --> 00:02:43,760
walaupun sesetengah orang akan kata
itu adalah kerja kasar.
81
00:02:43,840 --> 00:02:46,040
Tapi bukan saya.
Saya menghargai kerja awak.
82
00:02:46,480 --> 00:02:48,120
- Saya tak nampak sarung tangan awak.
- Terima kasih.
83
00:02:48,480 --> 00:02:49,800
En. Judd, awak dah sampai.
84
00:02:49,880 --> 00:02:51,440
- Saya ingat...
- Hei, tidak!
85
00:02:51,520 --> 00:02:52,960
Saya dapat idea hebat yang
perlu difikirkan selama seminggu...
86
00:02:53,040 --> 00:02:54,360
dalam masa 11 minit.
Ini dia.
87
00:02:54,480 --> 00:02:56,160
Jadikan semua yang
saya tulis ini kenyataan.
88
00:02:56,560 --> 00:02:58,600
Siapa kapten kegemaran saya?
89
00:02:59,440 --> 00:03:01,480
- Idea baru.
- Oh, Tuhan.
90
00:03:01,560 --> 00:03:02,720
Stik kita akan banyak terjual...
91
00:03:02,800 --> 00:03:04,520
kalau restoran ini
berwarna merah sepenuhnya.
92
00:03:04,720 --> 00:03:06,240
Itu mungkin ada kaitan dengan sains.
93
00:03:06,320 --> 00:03:07,560
Periksa kalau ia ada kaitan
dengan sains.
94
00:03:09,400 --> 00:03:11,120
Ubah lampu restoran
menjadi warna merah.
95
00:03:14,640 --> 00:03:16,520
Yoga, sangat menenangkan.
96
00:03:16,720 --> 00:03:17,800
Saya tak melenturkan badan pun.
97
00:03:17,880 --> 00:03:19,120
Ini supernova yoga.
98
00:03:19,200 --> 00:03:20,440
Mereka buat untuk pihak kita.
99
00:03:20,520 --> 00:03:21,600
Yoga banyak bakar kalori?
100
00:03:21,680 --> 00:03:23,240
Sebab medan selera kita
kehilangan untung.
101
00:03:23,320 --> 00:03:25,200
Tak bolehkah
mereka bergerak lebih banyak?
102
00:03:25,560 --> 00:03:27,360
- Yoga pantas?
- Yoga pantas?
103
00:03:27,440 --> 00:03:30,160
Kamu tahu
macam mana rupa asteroid lama?
104
00:03:31,520 --> 00:03:33,360
Ia lebih purba
daripada angkasawan tua ini.
105
00:03:33,440 --> 00:03:34,640
Panggilan terakhir untuk asteroid.
106
00:03:34,720 --> 00:03:36,240
Tapi untuk umur begitu,
ia tak kelihatan elok.
107
00:03:37,200 --> 00:03:38,400
Lihat piston itu.
108
00:03:38,800 --> 00:03:40,920
Dia dah diperiksa, bukan?
Lelaki tua itu?
109
00:03:41,000 --> 00:03:42,160
Untuk berurusan dengan budak-budak?
110
00:03:42,240 --> 00:03:44,000
Bekas angkasawan itu?
Sudah tentu.
111
00:03:44,080 --> 00:03:47,320
- Ya, dia beritahu mereka tentang...
- Ya, asteroid!
112
00:03:47,400 --> 00:03:48,920
Semua orang ke sini!
113
00:03:49,000 --> 00:03:50,720
Ada batu yang hebat sedang datang!
114
00:03:50,800 --> 00:03:51,800
- Ayuh!
- Dia ajak ke sana.
115
00:03:51,880 --> 00:03:53,160
Seketul asteroid sedang datang
dengan cara yang baik!
116
00:03:53,240 --> 00:03:54,920
Galaksi Judd
Kawalan misi
117
00:03:55,000 --> 00:03:56,440
Diagnostik Avenue Dua dah kembali.
118
00:03:56,520 --> 00:03:58,960
Sedikit penurunan oksigen,
tapi akan jadi nominal pukul 9.
119
00:03:59,320 --> 00:04:01,400
Pelancaran Avenue Lima kelilingi Titan
semuanya mengikut masa.
120
00:04:01,480 --> 00:04:02,680
Macam mana
proses pembersihan saluran udara?
121
00:04:02,760 --> 00:04:03,760
Okey, walaupun...
122
00:04:03,840 --> 00:04:05,600
Bagus, jangan lupa beritahu saya
tentang terbang lintas hormat Titan.
123
00:04:05,680 --> 00:04:07,960
Masuk, semua.
Sila nikmati pemandangan ini.
124
00:04:08,040 --> 00:04:10,200
Dia dah mula.
Hai.
125
00:04:10,280 --> 00:04:11,600
Selamat datang
ke Kawalan Misi Judd.
126
00:04:11,680 --> 00:04:14,320
Nama saya Rav Mulcair,
pengarah Galaksi Judd.
127
00:04:14,400 --> 00:04:15,760
Maaf, pemeriksaan penutupan hac okey?
128
00:04:15,840 --> 00:04:16,840
- Semuanya okey.
- Bagus.
129
00:04:16,920 --> 00:04:19,160
Seperti yang anda lihat,
ada banyak teknologi di sini tapi...
130
00:04:19,240 --> 00:04:20,480
- Trajektori okey?
- Ya, okey.
131
00:04:20,560 --> 00:04:21,760
Bagus, anda perlu tahu...
132
00:04:21,840 --> 00:04:23,240
yang ia memastikan
orang tersayang anda selamat...
133
00:04:23,320 --> 00:04:24,560
dan memastikan saya sentiasa sibuk.
134
00:04:26,280 --> 00:04:27,280
Okey.
135
00:04:30,200 --> 00:04:34,040
Tak bolehkah ada
imej hutan, tasik atau mungkin angkasa?
136
00:04:34,440 --> 00:04:37,080
Sudah dua hari ia tersangkut
dengan imej "industri berat".
137
00:04:38,320 --> 00:04:39,440
Tidak, ia tak berubah.
138
00:04:39,520 --> 00:04:40,560
Tapi boleh awak membaikinya?
139
00:04:40,640 --> 00:04:43,240
- Rasanya dia sedang cuba, sayang.
- Kita ada dek tinjau.
140
00:04:43,320 --> 00:04:44,360
Ya, betul.
141
00:04:44,680 --> 00:04:46,040
Okey, saya ada pemerhatian...
142
00:04:46,120 --> 00:04:48,120
dan kami tak perlu
pergi ke dek untuknya.
143
00:04:48,400 --> 00:04:50,320
Kami dah bayar
untuk pelayaran angkasa.
144
00:04:50,680 --> 00:04:51,920
Okey.
145
00:04:52,600 --> 00:04:53,880
Awak kata dah bayar, bukan?
146
00:04:53,960 --> 00:04:56,960
Tapi adik awak yang bayar
tiket yang tak boleh dipindah milik.
147
00:04:57,040 --> 00:04:59,360
- Bukannya awak penumpang haram.
- Baik, apa-apa sajalah.
148
00:04:59,440 --> 00:05:02,040
- Saya harap awak tak maksudkannya.
- Karen, beginilah.
149
00:05:02,120 --> 00:05:04,160
Semasa saya 19 tahun,
saya akan pergi ke festival muzik...
150
00:05:04,240 --> 00:05:05,560
dan tidur di dalam
tandas mudah alih.
151
00:05:05,640 --> 00:05:07,640
Jadi saya dah biasa dengan
cara penumpang haram.
152
00:05:07,720 --> 00:05:10,000
- Saya faham.
- Kami bukan penumpang haram.
153
00:05:10,080 --> 00:05:11,160
- Okey.
- Dia bayar untuk tiket itu.
154
00:05:11,240 --> 00:05:12,920
- Dia tak dapat datang.
- Ya, pembedahan kaki.
155
00:05:13,000 --> 00:05:15,560
Jari kaki kecil dia lebih besar
daripada jari kaki besar dia.
156
00:05:15,640 --> 00:05:18,280
Saya pula tertekan di pejabat...
157
00:05:18,360 --> 00:05:19,640
Maaf kerana mengganggu.
158
00:05:19,720 --> 00:05:21,040
Cik Ellis di 810...
159
00:05:21,120 --> 00:05:23,200
nak tahu kalau kita boleh
pindahkan lelaki di 811.
160
00:05:23,280 --> 00:05:25,280
Nampaknya, pernafasan dia
kedengaran gemuk.
161
00:05:26,640 --> 00:05:27,760
Okey.
162
00:05:27,840 --> 00:05:28,960
Maaf.
163
00:05:29,040 --> 00:05:30,400
Saya perlu bertugas, tapi...
164
00:05:31,040 --> 00:05:34,080
saya mahu mengurangkan
masalah awak.
165
00:05:34,160 --> 00:05:38,320
Saya nak dengar lagi
tentang jari kaki Joyce yang besar.
166
00:05:38,720 --> 00:05:39,720
Mari kita sambung nanti.
167
00:05:39,800 --> 00:05:41,920
Baiklah, saya akan sambung
dalam masa sejam.
168
00:05:42,000 --> 00:05:43,400
Betul, dia tak mudah mengalah.
169
00:05:44,000 --> 00:05:45,280
Saya pula mudah menerima.
170
00:05:47,400 --> 00:05:48,560
Apa maksudnya?
171
00:05:49,960 --> 00:05:50,960
Saya tak tahu.
172
00:05:51,560 --> 00:05:55,400
Okey, mari bersiaran langsung
ke Avenue Lima!
173
00:05:55,720 --> 00:05:56,840
Berapa banyak yang mereka tahu?
174
00:05:56,920 --> 00:05:58,960
Orang ramai tahu tentang
kelewatan selama 26 saat.
175
00:05:59,040 --> 00:06:00,040
Bagus.
176
00:06:00,720 --> 00:06:03,080
En. Judd, helo!
177
00:06:03,920 --> 00:06:05,520
Galaksi Judd
178
00:06:07,280 --> 00:06:08,280
Baiklah.
179
00:06:08,360 --> 00:06:11,080
Sementara kita tunggu,
apa kata bawa mereka bersiar-siar?
180
00:06:11,160 --> 00:06:12,480
Yakah?
Terima kasih.
181
00:06:12,760 --> 00:06:13,800
Idea yang bagus.
182
00:06:14,120 --> 00:06:15,320
Orang Rusia.
Silakan.
183
00:06:17,440 --> 00:06:20,640
Itu atrium yang memenangi anugerah
dari segi reka bentuk...
184
00:06:20,720 --> 00:06:22,120
Memang hebat.
185
00:06:22,200 --> 00:06:26,320
Ini tempat makan utama
yang berwarna merah.
186
00:06:26,400 --> 00:06:28,400
Itu kawasan spa...
187
00:06:28,480 --> 00:06:29,920
saya tak boleh berurusan
dengannya sekarang...
188
00:06:30,560 --> 00:06:32,840
untuk bantu anda relaks.
189
00:06:32,920 --> 00:06:34,760
Malah, ada kawasan bermain.
190
00:06:34,920 --> 00:06:35,960
Hore!
191
00:06:36,600 --> 00:06:37,600
Saya pun nak juga.
192
00:06:39,160 --> 00:06:40,920
En. Judd, helo!
193
00:06:41,000 --> 00:06:42,480
Selamat datang ke angkasa!
194
00:06:42,560 --> 00:06:45,200
Nak lihat kami mengelilingi Zuhal?
195
00:06:46,320 --> 00:06:47,560
Kenapa dia berdiri saja di sana?
196
00:06:47,640 --> 00:06:49,360
Kenapa dia tak bercakap dengan kita?
197
00:06:49,880 --> 00:06:52,120
- Tidak, ada kelewatan.
- Apa maksud awak?
198
00:06:52,200 --> 00:06:53,640
Saya ingatkan ada orang membaikinya.
199
00:06:53,720 --> 00:06:55,280
Memang betul.
200
00:06:56,080 --> 00:06:57,240
Baiklah.
201
00:06:57,600 --> 00:06:59,240
Operasi yang membazirkan masa.
202
00:06:59,320 --> 00:07:01,160
Joe, beritahu saya
apa yang awak nampak?
203
00:07:01,240 --> 00:07:04,280
Saya nampak
tiada gunanya berada di sini.
204
00:07:04,600 --> 00:07:08,200
Saya nampak kita ada tiga jam
sebelum kita mengelilingi Titan.
205
00:07:08,280 --> 00:07:10,920
Saya nampak lampu amaran di sini.
206
00:07:11,360 --> 00:07:13,240
Biasanya ada tulisan
di sebelah lampu itu...
207
00:07:13,320 --> 00:07:14,640
yang memberitahu apa maksudnya.
208
00:07:15,640 --> 00:07:17,240
Saya rasa ia Amaran Sindiran.
209
00:07:17,320 --> 00:07:18,720
Ia berkesan.
210
00:07:18,880 --> 00:07:20,680
Graviti terbalik
211
00:07:33,040 --> 00:07:34,640
Graviti terbalik
212
00:07:34,720 --> 00:07:36,360
Graviti terbalik ke bahagian pelabuhan.
213
00:07:36,600 --> 00:07:38,320
Awak rasa?
214
00:07:47,320 --> 00:07:49,000
Tetapkan semula sistem graviti.
215
00:07:50,440 --> 00:07:51,760
Sekarang, Billie.
216
00:07:55,520 --> 00:07:56,520
Saya tak boleh...
217
00:07:57,440 --> 00:07:58,480
Joe, saya tak boleh...
218
00:07:58,560 --> 00:07:59,840
Beri saya amaran dulu.
219
00:08:12,680 --> 00:08:13,680
Sudah, Joe.
220
00:08:14,720 --> 00:08:15,840
Helo?
Joe?
221
00:08:17,360 --> 00:08:18,360
Sama-sama.
222
00:08:22,080 --> 00:08:23,240
Tak guna.
223
00:08:25,360 --> 00:08:26,440
Oh, Tuhan.
224
00:08:27,440 --> 00:08:28,520
Oh, Tuhan.
225
00:08:29,200 --> 00:08:30,200
Saya terbang tadi.
226
00:08:30,280 --> 00:08:31,280
Awak nampak?
227
00:08:31,360 --> 00:08:33,200
Saya terbang tadi.
228
00:08:33,400 --> 00:08:34,480
Iris!
229
00:08:35,960 --> 00:08:38,680
Jane, saya nak tahu
apa yang baru berlaku tadi...
230
00:08:38,760 --> 00:08:39,800
dan siapa yang patut disalahkan.
231
00:08:39,880 --> 00:08:40,880
Iris!
232
00:08:41,440 --> 00:08:42,480
Saya nak tahu keadaan awak juga.
233
00:08:43,440 --> 00:08:45,280
Ini anjing siapa?
234
00:08:46,400 --> 00:08:47,720
Seseorang tolong dia!
235
00:08:48,760 --> 00:08:50,440
Siapa yang bawa anjing ke sesi yoga?
236
00:08:57,600 --> 00:08:58,640
Ayuh.
237
00:08:58,960 --> 00:09:00,640
Mereka semua dijaga dengan selamat.
238
00:09:01,640 --> 00:09:03,280
Okey, semua.
239
00:09:03,880 --> 00:09:05,800
Semuanya okey!
240
00:09:06,400 --> 00:09:08,520
Sila bertenang, semua.
241
00:09:09,040 --> 00:09:12,760
Beri perhatian kepada ayat saya,
bukan nada saya.
242
00:09:13,240 --> 00:09:15,720
- Okey?
- Awak pasti semuanya okey?
243
00:09:15,800 --> 00:09:17,000
Saya tak pasti.
244
00:09:17,080 --> 00:09:18,960
Saya rasa saya tertelan
sebatang gigi.
245
00:09:19,040 --> 00:09:20,320
- Saya tak rasa itu gigi saya.
- Dengar sini.
246
00:09:20,400 --> 00:09:23,160
Saya tahu semua orang takut sekarang,
tapi jangan takut.
247
00:09:23,240 --> 00:09:25,560
Semasa kebakaran berlaku
di dewan tarian di Avenue Tiga...
248
00:09:25,640 --> 00:09:27,680
Kapten Clark di sana
menyelamatkan ramai nyawa.
249
00:09:27,760 --> 00:09:28,760
- Itu...
- Jadi teruskan bertenang!
250
00:09:28,840 --> 00:09:30,640
- Ya, itu kebakaran kecil saja.
- Ya.
251
00:09:30,720 --> 00:09:33,280
Ia tak merebak
sebab tindakan pantas awak.
252
00:09:33,360 --> 00:09:36,760
Paramedik juga layak diberi pujian.
253
00:09:36,840 --> 00:09:37,960
- Perenjis air juga.
- Hei.
254
00:09:38,040 --> 00:09:40,240
Oh, Tuhan.
Lihat, asteroid itu!
255
00:09:40,320 --> 00:09:42,000
Tiada apa yang anda boleh buat.
256
00:09:46,760 --> 00:09:48,600
Lantai itu sangat lembut.
257
00:09:50,920 --> 00:09:51,920
- Awak okey?
- Kenapa?
258
00:09:52,000 --> 00:09:53,080
Awak harap saya cedera?
259
00:09:53,160 --> 00:09:54,160
Semua orang okey?
260
00:09:54,240 --> 00:09:56,440
Tak, saya terperangkap di angkasa
dengan isteri saya sekarang.
261
00:09:56,520 --> 00:09:58,880
Sayang, apa pun yang berlaku,
saya pasti mereka sedang uruskan.
262
00:09:58,960 --> 00:10:00,080
Tolonglah jangan masuk campur.
263
00:10:00,160 --> 00:10:02,600
- Saya nak masuk campur.
- Saya tahu.
264
00:10:02,680 --> 00:10:04,480
Bukan masuk campur.
Menyiasatlah.
265
00:10:04,560 --> 00:10:05,560
Saya tahu.
266
00:10:06,200 --> 00:10:09,040
Kalau anda cedera,
jangan ke mana-mana...
267
00:10:09,120 --> 00:10:10,640
dan kami akan datang
kepada anda, okey?
268
00:10:10,720 --> 00:10:13,880
Kalau anda tak cedera,
tapi ada di atas orang yang cedera...
269
00:10:14,960 --> 00:10:16,080
hentikannya, okey?
270
00:10:16,160 --> 00:10:19,680
Darren, boleh awak cari Joe
untuk saya?
271
00:10:19,760 --> 00:10:22,120
- Terima kasih.
- Lelaki ini...
272
00:10:22,200 --> 00:10:24,040
Tunjuk saya yang awak boleh
buat kerja dengan lebih baik, Iris.
273
00:10:24,120 --> 00:10:25,160
Awak tak boleh melakukannya, bukan?
274
00:10:25,240 --> 00:10:26,840
Itu turnikuet yang hebat.
275
00:10:26,920 --> 00:10:28,360
Cantik betul.
276
00:10:28,440 --> 00:10:29,520
Awak pandai membalut hadiah?
277
00:10:29,600 --> 00:10:32,000
Kalau saya memerlukan
pemindahan dua tangan...
278
00:10:32,080 --> 00:10:33,640
saya akan biarkan dia kudung.
279
00:10:33,720 --> 00:10:35,720
Kalau ada sesiapa yang boleh bertahan
dengan kudung kedua-dua tangan...
280
00:10:35,800 --> 00:10:37,120
dialah orangnya,
bukan saya.
281
00:10:37,200 --> 00:10:39,320
Boleh awak cari Joe untuk saya?
282
00:10:39,400 --> 00:10:40,600
Ia agak penting.
283
00:10:40,680 --> 00:10:41,680
Terima kasih.
284
00:10:42,520 --> 00:10:43,920
Awak fleksibel.
285
00:10:44,240 --> 00:10:45,240
Awak...
286
00:10:45,880 --> 00:10:46,920
Ia patah?
287
00:10:47,000 --> 00:10:49,640
- Gadis tukang cuci itu okey?
- Saya boleh periksa.
288
00:10:49,720 --> 00:10:52,360
Ya, beritahu dia malam ini
mungkin akan menjadi sibuk.
289
00:10:52,440 --> 00:10:54,680
Joe, boleh sesiapa tolong
panggilkan Joe untuk saya?
290
00:10:54,760 --> 00:10:57,520
Kapten, saya Billie McEvoy,
bahagian kejuruteraan.
291
00:10:57,640 --> 00:10:59,080
Saya dah tetapkan semula
sistem graviti...
292
00:10:59,800 --> 00:11:02,000
Okey.
Boleh awak jumpa saya di atrium?
293
00:11:02,440 --> 00:11:04,240
Saya di atrium, tuan.
Saya boleh nampak awak.
294
00:11:05,400 --> 00:11:06,440
Rupa awak macam mana?
295
00:11:06,520 --> 00:11:08,000
Macam diri saya. Hai.
296
00:11:08,080 --> 00:11:10,640
Okey, saya nak pergi ke spa.
297
00:11:10,720 --> 00:11:12,040
Okey? Sekejap saja.
298
00:11:12,800 --> 00:11:13,960
Itu nampak teruk.
299
00:11:15,440 --> 00:11:17,360
Tiada kerosakan struktur yang teruk.
300
00:11:17,440 --> 00:11:20,280
Tapi kami masih menentukan impak
yang berkekalan dalam haluan kita.
301
00:11:20,360 --> 00:11:21,640
Apa? Tidak.
302
00:11:21,720 --> 00:11:24,160
Tak boleh ada impak yang berkekalan.
303
00:11:24,240 --> 00:11:26,240
Impak itu tetap akan ada.
304
00:11:26,320 --> 00:11:28,200
5,000 orang terhantuk
di sisi kapal...
305
00:11:28,280 --> 00:11:29,320
akan memberi kesan sampingan.
306
00:11:29,400 --> 00:11:30,920
- Itu tak boleh berlaku.
- Tapi...
307
00:11:31,000 --> 00:11:32,160
Sebab kita ada jadual.
308
00:11:32,240 --> 00:11:33,360
Kepala awak terhantukkah?
309
00:11:33,440 --> 00:11:35,040
Tak, mana ada.
310
00:11:35,120 --> 00:11:37,320
Sayangnya, saya masih
sedar sepenuhnya.
311
00:11:37,400 --> 00:11:39,720
Saya tak faham
kenapa awak tak faham...
312
00:11:39,800 --> 00:11:41,480
yang kita akan menerima impak itu.
313
00:11:42,160 --> 00:11:43,200
Ya, saya nak bercakap dengan Joe.
314
00:11:43,280 --> 00:11:45,520
Tidak. Kapten, sekejap. Maaf.
315
00:11:46,000 --> 00:11:47,200
Tidak, jadi...
316
00:11:47,560 --> 00:11:50,720
Saya dan Joe cuba menguatkan
pautan komunikasi tadi sebab...
317
00:11:50,800 --> 00:11:52,240
- Judd tak suka kelewatan itu.
- Judd tak suka kelewatan itu.
318
00:11:52,320 --> 00:11:54,240
Tiada apa yang kita boleh buat
tentang kelewatan itu.
319
00:11:54,320 --> 00:11:56,480
- Jadi awak buat...
- Aktiviti luar kapal.
320
00:11:56,560 --> 00:11:59,520
Saya tak dapat menghubungi
jurutera seorang lagi.
321
00:12:00,160 --> 00:12:01,160
Siapa?
322
00:12:01,520 --> 00:12:02,520
Jangan...
323
00:12:03,960 --> 00:12:05,200
Jangan cakap Joelah orangnya.
324
00:12:06,720 --> 00:12:07,760
Moe.
325
00:12:09,960 --> 00:12:10,960
Moe?
326
00:12:11,920 --> 00:12:13,000
Moe.
327
00:12:14,920 --> 00:12:16,920
- Mestilah Joe.
- Saya tahu Joe orangnya.
328
00:12:17,000 --> 00:12:18,480
- Saya tahu Joe orangnya.
- Awak kata jangan cakap...
329
00:12:18,560 --> 00:12:20,360
- Sebab kita tiada jurutera...
- Okey.
330
00:12:20,440 --> 00:12:22,000
- bernama Moe.
- Tiada, jadi saya fikir ia jelas.
331
00:12:22,080 --> 00:12:23,120
- Okey.
- Ini...
332
00:12:23,920 --> 00:12:24,920
Oh, Tuhan.
333
00:12:25,920 --> 00:12:27,600
Mulut saya sangat kering,
saya boleh...
334
00:12:28,760 --> 00:12:30,520
Ini perbualan yang sangat teruk.
335
00:12:30,600 --> 00:12:31,600
Ya, tuan.
336
00:12:33,760 --> 00:12:35,840
- Ini jumlah terkini?
- Ya.
337
00:12:36,240 --> 00:12:37,640
Ramainya yang patah kaki.
338
00:12:37,720 --> 00:12:38,720
Okey.
339
00:12:38,800 --> 00:12:40,720
Keutamaan pertama, penumpang.
340
00:12:40,800 --> 00:12:42,040
Sudah tentu, saya memikirkan...
341
00:12:42,120 --> 00:12:44,520
beg hadiah,
urutan percuma selama 40 minit.
342
00:12:44,600 --> 00:12:46,840
Oh Tuhan, Iris.
Saya bukannya Santa Klaus.
343
00:12:49,280 --> 00:12:50,280
Untuk buat mereka rasa lebih baik.
344
00:12:50,360 --> 00:12:51,720
Siapa yang nak buat saya
rasa lebih baik?
345
00:12:52,640 --> 00:12:55,160
Baiklah, keutamaan pertama yang lain,
para pemegang saham.
346
00:12:55,480 --> 00:12:56,560
Keutamaan pertama yang sebenar.
347
00:12:56,640 --> 00:12:57,640
Macam itulah.
348
00:12:59,600 --> 00:13:00,840
Saya nak cari Joe di luar.
349
00:13:00,920 --> 00:13:02,960
Macam itulah.
Jangan tinggalkan rakan sekerja.
350
00:13:03,040 --> 00:13:04,080
Tak kisah hidup atau mati.
351
00:13:04,640 --> 00:13:06,000
Tidak, dia mesti hidup!
352
00:13:06,080 --> 00:13:07,600
Tiada pilihan lain!
353
00:13:10,640 --> 00:13:11,880
Tenangkan diri, okey?
354
00:13:12,280 --> 00:13:13,680
Tenangkan diri,
semuanya akan okey.
355
00:13:13,760 --> 00:13:16,480
Anda di dalam jagaan Syarikat Judd.
356
00:13:16,560 --> 00:13:17,560
Diamlah.
357
00:13:17,640 --> 00:13:18,640
- Anda bertuah.
- Maaf sebab mengganggu.
358
00:13:18,720 --> 00:13:19,800
Tapi ini tugas saya.
359
00:13:19,880 --> 00:13:20,960
- Selamat datang ke angkasa!
- Saya nak tahu apa yang berlaku.
360
00:13:21,040 --> 00:13:22,040
Ia juga tak boleh berlaku lagi.
361
00:13:22,120 --> 00:13:24,000
Ia cuma kesilapan sistem graviti
yang berlaku sekali saja.
362
00:13:24,080 --> 00:13:25,440
- Selamat datang ke angkasa.
- Sekali saja.
363
00:13:25,520 --> 00:13:29,080
Ada beberapa orang yang cedera,
tapi kebanyakannya cedera ringan.
364
00:13:29,160 --> 00:13:30,360
Jadi takkan ada yang lebih teruk?
365
00:13:30,440 --> 00:13:32,400
Memang takkan ada hal teruk
yang akan berlaku, Iris.
366
00:13:32,480 --> 00:13:34,800
Selamat datang ke angkasa.
367
00:13:34,880 --> 00:13:36,880
Ini cuma hari Selasa yang biasa.
368
00:13:39,640 --> 00:13:40,840
- Awak nak ke arah sini.
- Ya, arah sini.
369
00:13:41,320 --> 00:13:42,320
Awak nak ke mana?
370
00:13:43,600 --> 00:13:45,080
Awak rasa dia boleh kawal keadaan?
371
00:13:45,160 --> 00:13:48,000
Ya, kapten yang terlalu garang,
tapi kasar.
372
00:13:48,080 --> 00:13:50,240
Ya, saya rasa
dia boleh kawal keadaan.
373
00:13:51,080 --> 00:13:52,680
Awak suka pekerja uniform sekarang?
374
00:13:52,760 --> 00:13:53,840
Semua orang boleh pakai uniform.
375
00:13:53,920 --> 00:13:55,080
Awak nak berasmara
dengan pemungut sampah juga?
376
00:13:55,160 --> 00:13:56,640
Oh Tuhan,
apa yang awak merepek, Doug?
377
00:13:56,720 --> 00:13:58,280
Boleh berhenti jadi budak-budak?
378
00:13:58,360 --> 00:13:59,640
- Saya kebudak-budakan?
- Ya!
379
00:13:59,720 --> 00:14:03,160
Semua orang tarik nafas dalam-dalam.
380
00:14:03,240 --> 00:14:04,960
- Okey, semuanya akan okey.
- Maafkan saya.
381
00:14:05,040 --> 00:14:07,240
- Ataupun tidak.
- Apa yang berlaku?
382
00:14:07,320 --> 00:14:09,040
- Saya nak tahu.
- Kapal ini dah nak rosakkah?
383
00:14:09,120 --> 00:14:10,120
Kami selamatkah?
384
00:14:10,200 --> 00:14:11,880
Saya pun tak tahu
macam kamu semua.
385
00:14:12,720 --> 00:14:14,920
Kasar pula bunyinya.
Saya cuma merendahkan diri sendiri.
386
00:14:15,000 --> 00:14:16,600
Saya tak jumpa anak saya.
387
00:14:16,840 --> 00:14:19,400
Dia ada di Jambatan tadi,
memakai topi kapten.
388
00:14:19,480 --> 00:14:22,520
Okey, topi itu lasak
dan ia melindungi kepala.
389
00:14:23,320 --> 00:14:25,040
- Topi itu ada pada awak.
- Mungkin saya boleh tolong.
390
00:14:25,120 --> 00:14:28,760
Saya salah seorang daripada 30 orang
angkasawan yang mengelilingi Marikh.
391
00:14:28,840 --> 00:14:30,920
Awak angkasawan
yang ke-30, bukan?
392
00:14:31,000 --> 00:14:33,080
Saya warga Kanada pertama
yang mendarat di atasnya.
393
00:14:33,160 --> 00:14:34,840
Baiklah, kalau kita nak
menyenaraikan pencapaian...
394
00:14:34,920 --> 00:14:36,800
saya orang pertama
yang keracunan alkohol...
395
00:14:36,880 --> 00:14:37,880
di Sekolah Menengah Maplewood.
396
00:14:37,960 --> 00:14:39,360
Maaf, saya bukan nak
jadi terlalu teliti...
397
00:14:39,440 --> 00:14:41,360
Saya memang nak jadi terlalu teliti.
398
00:14:41,440 --> 00:14:43,120
Awak ketua perkhidmatan pelanggan.
399
00:14:43,200 --> 00:14:45,080
Sekarang ini,
kami tak dilayan dengan baik.
400
00:14:45,160 --> 00:14:46,720
Jadi apa sebenarnya berlaku?
401
00:14:46,800 --> 00:14:47,960
Dia hebat dalam benda-benda begini.
402
00:14:48,040 --> 00:14:49,760
Kami dapat tawaran insurans
yang bagus.
403
00:14:50,400 --> 00:14:52,040
Sekejap, saya rasa
kita tiada insurans untuk ini.
404
00:14:52,120 --> 00:14:53,480
Awak dah tanda senarai itu, bukan?
405
00:14:54,480 --> 00:14:55,480
Ya.
406
00:14:55,920 --> 00:14:58,440
Para hadirin sekalian.
407
00:14:58,920 --> 00:15:00,080
Krisis dah berakhir.
408
00:15:00,160 --> 00:15:01,440
Melegakan, bukan?
409
00:15:02,320 --> 00:15:03,400
Kita semua ada kisah hebat...
410
00:15:03,480 --> 00:15:05,600
untuk beritahu
ahli terapi dan kiropraktik kita.
411
00:15:05,680 --> 00:15:07,640
Kenapa ada mayat lelaki di angkasa?
412
00:15:09,520 --> 00:15:10,760
Oh, Tuhan.
413
00:15:10,840 --> 00:15:11,880
Alamak.
414
00:15:12,280 --> 00:15:14,280
Kita terjumpa diakah?
415
00:15:14,720 --> 00:15:16,400
Atau dia dari kapal ini?
416
00:15:16,480 --> 00:15:17,720
Bersemadi dengan aman, Joe.
417
00:15:17,800 --> 00:15:19,160
Awak lelaki angkasa sekarang.
418
00:15:19,240 --> 00:15:22,640
Untuk tenangkan hati,
dia tiada ramai orang tersayang.
419
00:15:24,480 --> 00:15:25,800
Saya tak mahu mati.
420
00:15:28,600 --> 00:15:30,040
Teruskan saja.
421
00:15:30,120 --> 00:15:31,200
Kenapa awak masih di sini?
Pergilah cepat.
422
00:15:31,280 --> 00:15:32,280
Lima minit, datang balik.
423
00:15:32,360 --> 00:15:33,440
Kami dah memetakan trajektori baru.
424
00:15:33,520 --> 00:15:34,960
Itu bermakna
kita sudah tiada trajektori lama...
425
00:15:35,040 --> 00:15:36,200
dan saya sangat suka
trajektori lama itu.
426
00:15:36,280 --> 00:15:37,280
Jadi saya lebih suka...
427
00:15:37,360 --> 00:15:38,640
kalau kita cakap
kita memang ada satu trajektori saja.
428
00:15:38,720 --> 00:15:40,520
Okey?
Paparkan pada skrin.
429
00:15:40,600 --> 00:15:42,240
Pandang ke depan, semua.
430
00:15:42,320 --> 00:15:44,280
Kami dah ada trajektori itu.
431
00:15:46,120 --> 00:15:47,240
Okey.
432
00:15:47,480 --> 00:15:50,120
Ia agak tersasar,
tapi tak terlalu...
433
00:15:51,160 --> 00:15:52,440
Ia pergi ke...
434
00:15:52,520 --> 00:15:53,840
Itu matahari.
Ia mengelilingi matahari.
435
00:15:53,920 --> 00:15:55,920
- Itu nampak teruk.
- Kenapa ia tak berhenti?
436
00:15:56,000 --> 00:15:57,760
- Berhenti!
- Lima minit sebelum jumpa En. Judd.
437
00:15:57,840 --> 00:15:59,160
- Adakah itu...
- Oh, Tuhan.
438
00:15:59,240 --> 00:16:00,520
Itu trajektori baru?
439
00:16:01,720 --> 00:16:03,640
Ya, betul.
440
00:16:05,520 --> 00:16:08,520
- Panjang betul.
- Alamak, awak boleh pergi sekarang.
441
00:16:10,360 --> 00:16:12,760
Hari yang tinggal
442
00:16:14,040 --> 00:16:15,360
Awak pasti dia dah mati?
443
00:16:15,800 --> 00:16:18,240
Jantung dia tertikam
dengan pemutar skru dia sendiri.
444
00:16:19,400 --> 00:16:20,480
Kenapa tiada darah?
445
00:16:20,960 --> 00:16:22,960
Mungkin ia tak kena jantung dia.
Sebab itulah tiada darah.
446
00:16:23,040 --> 00:16:24,640
Angkasa sejuk, kapten.
447
00:16:25,160 --> 00:16:26,160
Awak tahu, bukan?
448
00:16:26,240 --> 00:16:27,400
Darah Joe dah beku.
449
00:16:27,480 --> 00:16:28,640
Ya.
450
00:16:29,880 --> 00:16:31,160
Atau ia mungkin
tak terkena jantung dia.
451
00:16:31,920 --> 00:16:33,360
Tidak, apabila ia cair...
452
00:16:33,960 --> 00:16:35,640
Ia akan jadi begitu.
Awak nampak?
453
00:16:35,840 --> 00:16:38,600
- Hai, apa khabar kamu semua?
- Baik, boleh tahan.
454
00:16:38,680 --> 00:16:39,880
Ada sesuatu berlaku
pada lutut saya...
455
00:16:39,960 --> 00:16:41,760
tapi saya rasa
ia terjadi sebelum kemalangan.
456
00:16:42,320 --> 00:16:43,320
Apa khabar?
457
00:16:43,400 --> 00:16:45,320
Siaran langsung Galaksi Judd
458
00:16:45,400 --> 00:16:47,320
Ada kelewatan sikit.
Jangan lupa.
459
00:16:50,040 --> 00:16:53,280
Semua orang di sini
sampaikan salam dan doa.
460
00:16:59,920 --> 00:17:01,680
- Baiklah, saya ada...
- Baik, boleh tahan.
461
00:17:01,760 --> 00:17:03,160
- Maaf, awak masih bercakap.
- Ada sesuatu berlaku...
462
00:17:03,240 --> 00:17:04,840
Boleh awak ulang?
Saya rasa saya...
463
00:17:04,920 --> 00:17:06,520
Katanya, ada sesuatu berlaku
pada lutut dia...
464
00:17:06,600 --> 00:17:07,600
tapi dia rasa dia akan okey.
465
00:17:07,680 --> 00:17:08,680
Baiklah.
466
00:17:08,960 --> 00:17:11,320
Saya dah tak tahan lagi.
467
00:17:11,800 --> 00:17:14,360
Kita perlu membaikinya.
Komunikasi mereka lewat.
468
00:17:14,440 --> 00:17:15,640
Saya tahulah, Iris.
469
00:17:15,720 --> 00:17:17,680
Komunikasi Rav lewat,
bukan awak.
470
00:17:17,760 --> 00:17:18,840
Jadi semasa awak bercakap...
471
00:17:19,360 --> 00:17:20,640
saya boleh terus dengar.
472
00:17:20,720 --> 00:17:22,880
Saya akan cakap saja
disebabkan kelewatan ini.
473
00:17:22,960 --> 00:17:26,800
Saya ada berita buruk.
474
00:17:27,240 --> 00:17:31,600
Nampaknya, kamu tersasar dari haluan
sebanyak 0.21 darjah.
475
00:17:31,680 --> 00:17:33,320
Jadi apa makna...
476
00:17:33,400 --> 00:17:34,480
Itu bermakna...
477
00:17:34,920 --> 00:17:37,560
trajektori telah berubah.
478
00:17:37,640 --> 00:17:39,880
Maaf, puan.
Tak boleh masuk tanpa kad pengenalan.
479
00:17:39,960 --> 00:17:42,040
Okey, Dan.
Hai.
480
00:17:42,120 --> 00:17:43,240
- Maaf, puan.
- Saya patut ada di dalam sana.
481
00:17:43,320 --> 00:17:44,800
Kalau awak tak benarkan saya masuk,
itu akan jadi masalah.
482
00:17:44,880 --> 00:17:45,880
Puan ada kad pengenalan?
483
00:17:45,960 --> 00:17:47,640
Ia merupakan masalah
yang akan disebut dalam mesyuarat...
484
00:17:47,720 --> 00:17:49,120
yang awak menghalang saya masuk.
485
00:17:49,200 --> 00:17:50,640
Saya tak bawa bersama saya.
486
00:17:50,720 --> 00:17:52,680
Tapi awak bawa
dan terima kasih banyak-banyak.
487
00:17:52,760 --> 00:17:54,080
- Awak baik, Dan.
- Puan...
488
00:17:54,200 --> 00:17:58,240
Masa perjalanan baru
adalah tiga tahun...
489
00:17:59,040 --> 00:18:00,040
untuk pulang.
490
00:18:01,040 --> 00:18:02,240
- Tertakluk pada perubahan.
- Apa?
491
00:18:02,320 --> 00:18:03,440
Saya tak perlu ada di dalam.
492
00:18:03,880 --> 00:18:06,200
Kami semua merasa sangat positif.
493
00:18:08,080 --> 00:18:09,640
- Saya rasa saya patut...
- Tiga tahun manusia?
494
00:18:09,720 --> 00:18:12,440
Takkan tahun anjing pula, bukan?
Tak guna!
495
00:18:12,520 --> 00:18:14,600
Mari kita fikir sekejap, okey?
496
00:18:14,680 --> 00:18:16,040
Nampak macam ada beberapa masalah
yang kita perlu uruskan.
497
00:18:16,120 --> 00:18:18,120
Ya, kita boleh melakukannya!
Ya!
498
00:18:18,200 --> 00:18:20,560
Ini mungkin bencana paling teruk
sejak Google gulung tikar.
499
00:18:20,640 --> 00:18:22,240
Mereka akan fikirkan sesuatu.
500
00:18:22,320 --> 00:18:25,240
Mereka mengubah bulan
menjadi penjara yang sangat besar.
501
00:18:25,320 --> 00:18:27,200
Mereka paten sarung tangan cecair.
502
00:18:27,280 --> 00:18:29,160
Susah sangatkah
untuk menetapkan semula haluan?
503
00:18:29,240 --> 00:18:30,360
0.21 darjah.
504
00:18:30,440 --> 00:18:32,680
Itu kurang daripada
separuh sudut yang betul?
505
00:18:32,960 --> 00:18:34,760
Macam mana itu boleh
buat kita lewat tiga tahun?
506
00:18:34,840 --> 00:18:35,840
Billie?
507
00:18:37,000 --> 00:18:40,520
Saya?
Okey, sebelum ini kita ke arah ini.
508
00:18:40,800 --> 00:18:43,800
Sekarang kita pergi ke arah ini.
509
00:18:44,240 --> 00:18:46,240
Nampak macam mana
tangan saya semakin jauh terpisah?
510
00:18:47,320 --> 00:18:49,600
Ia lebih jauh sebenarnya.
511
00:18:50,560 --> 00:18:52,520
Memang jelas, bukan?
512
00:18:52,600 --> 00:18:55,040
- Nampak?
- Tidak, itu salah.
513
00:18:55,120 --> 00:18:56,120
Itu tak betul.
514
00:18:56,200 --> 00:18:57,200
Ia betul.
515
00:18:57,280 --> 00:18:58,400
- Betulkah?
- Ya.
516
00:18:58,480 --> 00:19:00,160
Tidak, ia sepatutnya garisan lurus.
517
00:19:00,240 --> 00:19:01,520
- Tidak.
- Tidak.
518
00:19:01,600 --> 00:19:02,920
- Apa?
- Ya.
519
00:19:03,000 --> 00:19:04,680
Siapa jurutera di sini?
520
00:19:04,760 --> 00:19:06,560
- Siapa yang genius?
- Siapa kapten?
521
00:19:06,640 --> 00:19:07,880
Siapa yang tak tahu apa-apa?
522
00:19:07,960 --> 00:19:10,560
- Tapi macam mana lelaki itu mati?
- Apa yang berlaku?
523
00:19:10,640 --> 00:19:13,160
- Patutkah kami rasa takut?
- Mungkin, kalau awak nak.
524
00:19:13,240 --> 00:19:15,280
Awak sepatutnya cakap tidak, tak guna.
525
00:19:15,360 --> 00:19:16,400
- Kami bayar untuk berada di sini.
- Okey.
526
00:19:16,480 --> 00:19:19,400
Saya dilatih untuk memastikan
yang sabun badan kamu ditambah.
527
00:19:19,480 --> 00:19:22,280
Bukan untuk membetulkan
malapetaka kewujudan manusia.
528
00:19:22,360 --> 00:19:24,000
Risau takkan membantu, okey?
529
00:19:24,080 --> 00:19:25,440
Sebab cara kamu bertindak sekarang...
530
00:19:25,520 --> 00:19:29,160
membuat saya rasa
kamu semua sangat tak menyeronokkan.
531
00:19:29,240 --> 00:19:31,240
Saya harap
kita ada di bilik yang berasingan...
532
00:19:31,320 --> 00:19:32,360
dan saya tak suka bersendirian!
533
00:19:32,440 --> 00:19:33,640
Lima minggu lagi...
534
00:19:33,760 --> 00:19:35,720
perjalanan ini akan berakhir
dan saya akan berada di rumah.
535
00:19:35,800 --> 00:19:37,840
Saya tak perlu fikir
tentang kamu semua lagi.
536
00:19:37,920 --> 00:19:40,640
Baiklah, Tony Macaroni.
537
00:19:40,720 --> 00:19:41,960
Dengar sini.
538
00:19:42,040 --> 00:19:43,280
Kita dah tersasar dari haluan...
539
00:19:43,360 --> 00:19:46,120
dan kita akan pulang
dalam masa tiga tahun.
540
00:19:46,200 --> 00:19:48,160
- Apa?
- Apa? Tiga tahun?
541
00:19:48,240 --> 00:19:49,440
- Apa?
- Apa?
542
00:19:51,400 --> 00:19:54,160
Oh Tuhan, kelakarnya!
543
00:19:54,920 --> 00:19:56,880
Saya baru beri ucapan.
544
00:19:57,120 --> 00:19:59,800
Karen, adik awak
yang sepatutnya ada di sini...
545
00:19:59,880 --> 00:20:01,120
tapi awak pula yang ada.
546
00:20:02,920 --> 00:20:04,600
Dia diselamatkan
oleh jari kaki dia yang besar!
547
00:20:04,680 --> 00:20:05,880
Kenapa awak tak beritahu kami?
548
00:20:05,960 --> 00:20:07,920
Kenapa kita terima tiket itu?
Kami akan bercerai.
549
00:20:08,000 --> 00:20:09,160
Kami akan berpisah!
Kami fikir...
550
00:20:09,240 --> 00:20:11,960
"Kenapa tak bercuti saja di angkasa?
Cuma lapan minggu."
551
00:20:12,040 --> 00:20:13,640
Saya salahkan yoga!
552
00:20:14,120 --> 00:20:18,120
Kelas dia dijalankan berterusan
dan buat kita tersasar dari laluan.
553
00:20:18,360 --> 00:20:19,960
Dia suruh saya cipta rekod!
554
00:20:20,040 --> 00:20:21,120
Jadi salah awak?
555
00:20:21,240 --> 00:20:22,240
Mungkin salah saya.
556
00:20:22,320 --> 00:20:23,840
Mungkin salah Space Pony...
557
00:20:23,920 --> 00:20:26,160
sebab dia suruh
semua orang tengok asteroid!
558
00:20:26,240 --> 00:20:27,480
Asteroid itu buruk pula itu!
559
00:20:27,560 --> 00:20:29,960
Kalau awak tak mula
mengambil saya dengan serius...
560
00:20:30,040 --> 00:20:31,960
semua orang di sini akan mati.
561
00:20:32,280 --> 00:20:34,360
- Awak akan jadi yang pertama.
- Apa maksudnya?
562
00:20:34,440 --> 00:20:35,600
- Saya tak nak mati!
- Ya.
563
00:20:35,680 --> 00:20:36,760
Apa maksud semua ini?
564
00:20:36,840 --> 00:20:38,000
Ini takdir.
565
00:20:38,080 --> 00:20:40,280
Ia sedang menguji kita.
566
00:20:40,360 --> 00:20:43,080
- Ini macam takdir jaz.
- Saya benci jaz!
567
00:20:43,160 --> 00:20:44,520
- Saya benci takdir.
- Betul dia cakap.
568
00:20:44,680 --> 00:20:46,800
- Hei, kenapa awak seronok sangat?
- Saya seorang penihilis.
569
00:20:46,880 --> 00:20:48,320
- Mana ada!
- Apa-apa sajalah!
570
00:20:48,400 --> 00:20:50,600
- Oh, Tuhan.
- Semua orang jerit!
571
00:20:54,120 --> 00:20:56,440
Baiklah, mari matikan graviti...
572
00:20:56,520 --> 00:20:58,000
dan lancarkan semua orang
ke dinding bertentangan.
573
00:20:58,080 --> 00:20:59,280
- Masalah selesai.
- Masalah selesai.
574
00:20:59,520 --> 00:21:01,160
Billie? Masalah selesai?
575
00:21:01,520 --> 00:21:03,160
Tentulah tak.
576
00:21:03,240 --> 00:21:06,080
Tak, kita mahu menggunakan
tarikan graviti Titan pada awalnya...
577
00:21:06,160 --> 00:21:07,400
dan kita mungkin
dah terlepas sekarang.
578
00:21:07,480 --> 00:21:08,480
Baiklah.
579
00:21:08,560 --> 00:21:10,440
Ryan, apa rancangan awak?
580
00:21:10,800 --> 00:21:13,240
Macam penting saja bunyinya.
581
00:21:13,560 --> 00:21:16,120
- Saya belum ada lagi.
- Saya mahukan jawapan.
582
00:21:16,200 --> 00:21:18,000
Awak lelaki yang
menyelamatkan Avenue...
583
00:21:18,080 --> 00:21:19,120
- Avenue Tiga.
- Tiga.
584
00:21:19,200 --> 00:21:20,960
- Betul.
- Saya dah baca laporannya.
585
00:21:21,040 --> 00:21:22,040
Saya bukan jenis suka membaca.
586
00:21:22,120 --> 00:21:23,120
Awak memang seorang wira.
587
00:21:23,200 --> 00:21:24,240
Ya, awak wira pada masa dulu.
588
00:21:24,320 --> 00:21:25,320
- Jadilah wira sekarang.
- Wira sekarang.
589
00:21:25,400 --> 00:21:26,400
Awak kapten, jadi awak patut...
590
00:21:26,480 --> 00:21:29,520
Demi Tuhan,
kenapa dengan kamu semua?
591
00:21:29,600 --> 00:21:31,160
Paramedik yang selamatkan!
592
00:21:31,240 --> 00:21:33,920
Dah banyak kali saya cakap!
593
00:21:34,000 --> 00:21:38,120
Kebakaran di Avenue Tiga dipadamkan
oleh ahli bomba!
594
00:21:38,200 --> 00:21:40,440
Perenjis air juga keluar dari siling!
595
00:21:40,520 --> 00:21:41,840
Saya cuma ada di sana!
596
00:21:41,920 --> 00:21:44,360
Saya boleh ada
di sekitar kawasan bencana...
597
00:21:44,440 --> 00:21:45,720
memakai topi yang cantik!
598
00:21:45,800 --> 00:21:47,680
Saya tak nak terlibat
dengan apa-apa yang melebihi itu!
599
00:21:54,120 --> 00:21:56,040
Beginilah, ini yang penting.
600
00:21:56,120 --> 00:21:57,560
Kita perlu menenangkan
para penumpang.
601
00:21:57,640 --> 00:21:59,960
Apa yang terjadi pada suara awak?
602
00:22:00,040 --> 00:22:01,080
Ya, apa terjadi?
603
00:22:01,160 --> 00:22:03,240
- Maaf, saya meninggi suara.
- Tidak.
604
00:22:03,520 --> 00:22:05,280
Awak macam buat
persembahan boneka...
605
00:22:05,360 --> 00:22:06,880
kemudian, awak buat
suara berbeza.
606
00:22:06,960 --> 00:22:08,000
Saya tak buat begitu.
607
00:22:08,080 --> 00:22:09,280
- Awak buat begitu.
- Ya.
608
00:22:09,360 --> 00:22:10,800
Awak buat macam...
609
00:22:12,840 --> 00:22:16,280
Okey, bukan macam itu,
tapi lebih kuranglah.
610
00:22:16,360 --> 00:22:17,600
Awak orang Australia?
611
00:22:18,080 --> 00:22:19,520
- Saya orang Australia?
- Ya.
612
00:22:19,600 --> 00:22:21,440
- Saya bukan orang Australia.
- Baiklah.
613
00:22:21,520 --> 00:22:23,640
- Saya orang British.
- Apa dia?
614
00:22:23,720 --> 00:22:25,040
- Oh, Tuhan.
- Itu lebih teruk!
615
00:22:25,120 --> 00:22:26,480
Yakah?
Awak rasa itu lebih teruk?
616
00:22:27,040 --> 00:22:29,320
Ada lagi yang lebih teruk.
617
00:22:29,440 --> 00:22:30,720
Saya juga bukan seorang kapten.
618
00:22:30,800 --> 00:22:33,120
- Itu masuk akal.
- Oh, Tuhan.
619
00:22:33,200 --> 00:22:34,400
- Sangat masuk akal.
- Awak seorang laksamana?
620
00:22:34,480 --> 00:22:35,760
Tidak.
Apa?
621
00:22:35,840 --> 00:22:37,040
- Timbalan laksamana?
- Tidak!
622
00:22:37,120 --> 00:22:39,920
Ini kapal angkasa automatik, okey?
623
00:22:40,000 --> 00:22:43,440
Saya hanya diupah
untuk beri jaminan kepada penumpang.
624
00:22:43,520 --> 00:22:45,480
Saya pun rasa
ia tak masuk akal macam kamu.
625
00:22:45,960 --> 00:22:48,800
- Loghat Amerika itu?
- Entahlah.
626
00:22:48,880 --> 00:22:51,800
Entah kenapa penumpang rasa
orang Amerika lebih menenangkan.
627
00:22:51,880 --> 00:22:54,160
Lebih menenangkan
kalau ada kapten sebenar!
628
00:22:54,240 --> 00:22:55,480
Hei, perlahanlah sikit!
629
00:22:55,560 --> 00:22:57,000
Saya yang patut naik angin.
630
00:22:57,480 --> 00:22:59,720
Idea yang sangat buruk
untuk buat dia cemas.
631
00:22:59,800 --> 00:23:01,280
- Awak tak guna.
- Syabas.
632
00:23:01,360 --> 00:23:03,080
Itu sumbangan yang hebat.
633
00:23:03,160 --> 00:23:04,600
Syabas.
Awak patut dapat lencana untuknya.
634
00:23:04,680 --> 00:23:06,160
Mungkin lencana J emas yang kecil.
635
00:23:06,240 --> 00:23:08,240
Nampak kepingan lantai ini?
636
00:23:08,640 --> 00:23:09,760
Ia lebih berguna daripada awak!
637
00:23:09,840 --> 00:23:11,600
Tin hijau ini?
638
00:23:11,760 --> 00:23:12,880
Ia lebih bernilai daripada awak!
639
00:23:12,960 --> 00:23:14,200
Saya tak tahu pun apa isinya.
640
00:23:14,280 --> 00:23:15,280
Ini makanan saya.
641
00:23:15,360 --> 00:23:16,680
- Jadi ia bernilai...
- Itu tak cukup untuk sesiapa makan.
642
00:23:16,760 --> 00:23:17,760
- Dengar!
- Baiklah.
643
00:23:17,840 --> 00:23:20,520
Saya buat
apa yang saya diupah untuk buat.
644
00:23:20,600 --> 00:23:23,480
Ini bukan salah saya langsung!
645
00:23:23,560 --> 00:23:24,880
Awak perlu bawa kami keluar dari sini.
646
00:23:24,960 --> 00:23:26,000
- Ya.
- Sebenarnya, tidak.
647
00:23:26,080 --> 00:23:28,160
- Itu bukan kepakaran saya.
- Jelas sekali!
648
00:23:28,240 --> 00:23:30,960
Tugas saya adalah
beri motivasi kepada pasukan...
649
00:23:31,040 --> 00:23:32,040
untuk bawa kita balik.
650
00:23:32,120 --> 00:23:33,440
Baiklah, kapten.
651
00:23:33,520 --> 00:23:34,640
Bukan Amerika.
652
00:23:35,480 --> 00:23:37,880
Kalau awak tak bertanggungjawab,
habis siapa?
653
00:23:39,880 --> 00:23:40,880
Joe.
654
00:23:42,600 --> 00:23:46,360
Joe ialah kapten sebenar kapal ini.
655
00:23:46,680 --> 00:23:48,440
Joe yang dah mati itu?
656
00:23:48,520 --> 00:23:52,680
Joe yang upah saya sebab...
657
00:23:54,240 --> 00:23:55,800
Saya tak nak cakap buruk
tentang si mati.
658
00:23:55,880 --> 00:23:59,120
Tapi secara jujur,
kemahiran sosial Joe...
659
00:23:59,960 --> 00:24:01,320
Dia tak mampu nak habiskan pun...
660
00:24:02,600 --> 00:24:03,800
kalau dia sedang bercakap.
661
00:24:04,160 --> 00:24:06,720
Dia tak suka para penumpang dan kru.
662
00:24:06,800 --> 00:24:08,320
Dia suka awak.
Dia benci awak.
663
00:24:08,400 --> 00:24:10,600
- Yakah?
- Dia takut dengan awak.
664
00:24:10,680 --> 00:24:11,680
Dia memang tak guna.
665
00:24:11,760 --> 00:24:12,960
Tapi kalau nak salahkan sesiapa...
666
00:24:13,040 --> 00:24:16,040
kamu terpaksa salahkan
lelaki yang letak saya di Avenue Tiga.
667
00:24:16,200 --> 00:24:17,200
Joe?
668
00:24:17,280 --> 00:24:20,160
- Dia dah mati.
- Billie ialah pemangku dia.
669
00:24:20,320 --> 00:24:21,640
Ini bukannya takhta.
670
00:24:22,480 --> 00:24:24,160
Okey, beginilah.
671
00:24:24,240 --> 00:24:28,080
Saya akan kumpulkan semua kru
dan meyakinkan mereka.
672
00:24:32,960 --> 00:24:34,000
Tak perlu berdiri.
673
00:24:34,080 --> 00:24:35,640
Nadia, kemas kini sistem.
674
00:24:35,720 --> 00:24:36,960
Semua sistem adalah nominal, tuan.
675
00:24:37,040 --> 00:24:38,960
Dinamik orbit?
676
00:24:39,040 --> 00:24:40,440
Nominal juga, tuan.
677
00:24:41,040 --> 00:24:42,440
Hei, Leah.
Awak tentu nak dengar ini.
678
00:24:42,520 --> 00:24:44,040
- Ikut saya.
- Kamu semua tahu apa yang berlaku?
679
00:24:44,120 --> 00:24:45,120
Saya nak tanya kapten...
680
00:24:45,200 --> 00:24:47,120
tapi saya tak dibenarkan
kalau-kalau dia buat saya hamil.
681
00:24:47,200 --> 00:24:48,760
Ikutlah kalau kamu nak tahu
dengan lebih lanjut.
682
00:24:48,840 --> 00:24:51,360
Semua litar sekunder jelas.
Kod hijau.
683
00:24:51,440 --> 00:24:52,840
Dia tahu semua itu.
684
00:24:52,920 --> 00:24:54,840
- Taklah.
- Dia memang tak tahu.
685
00:24:54,920 --> 00:24:58,000
Ya, dia tak tahu.
Saya lupa.
686
00:24:59,080 --> 00:25:01,520
Dalam keadaan sukar,
kru sebenar...
687
00:25:01,600 --> 00:25:03,360
harus bertentangan
daripada minyak dan air.
688
00:25:03,440 --> 00:25:04,880
Kita tak boleh berpisah,
kita perlu...
689
00:25:04,960 --> 00:25:05,960
Tuan.
690
00:25:06,040 --> 00:25:07,680
Saya tak suka mengganggu
metafora itu...
691
00:25:07,760 --> 00:25:09,800
tapi penumpang bijak
dan sedang naik angin ini...
692
00:25:09,880 --> 00:25:11,080
mahu menyalahkan orang.
693
00:25:11,160 --> 00:25:12,280
Ini bukan masa yang sesuai.
694
00:25:12,360 --> 00:25:14,400
- Saya tahu ia tiga tahun.
- Apa?
695
00:25:14,480 --> 00:25:16,720
Saya tahu kita akan terperangkap
di sini selama tiga tahun.
696
00:25:16,800 --> 00:25:18,440
- Awak beritahu dia?
- Tak, saya yang beritahu dia.
697
00:25:18,520 --> 00:25:19,560
Mengejutkan betul.
698
00:25:19,840 --> 00:25:22,080
Kita sedang mengalami bencana...
699
00:25:22,200 --> 00:25:24,480
- dan si tak guna ini tak membantu.
- Saya.
700
00:25:24,560 --> 00:25:27,480
Saya nak awak beritahu penumpang
sebelum orang lain dapat tahu...
701
00:25:27,560 --> 00:25:29,200
dan terangkan macam mana
awak nak menyelesaikannya...
702
00:25:29,280 --> 00:25:30,600
macam awak selamatkan Avenue Tiga.
703
00:25:31,800 --> 00:25:33,800
Macam yang saya dah
berkali-kali tekankan...
704
00:25:33,880 --> 00:25:36,160
perenjis air sebenarnya
yang menyelamatkan...
705
00:25:36,240 --> 00:25:38,120
Perenjis air yang menyelamatkannya.
706
00:25:38,200 --> 00:25:39,480
Saya tak kisah.
707
00:25:39,560 --> 00:25:41,480
Awak nak beritahu mereka
atau saya?
708
00:25:41,560 --> 00:25:42,560
- Baiklah.
- Okey.
709
00:25:42,640 --> 00:25:44,240
Melainkan kalau
awak nak uruskan kapal ini?
710
00:25:44,320 --> 00:25:45,840
Jangan melebih-lebih!
711
00:25:46,320 --> 00:25:47,440
Saya suka dia.
712
00:25:47,520 --> 00:25:48,520
Yakah?
713
00:25:49,320 --> 00:25:50,400
Terbang dengan selamat.
714
00:25:50,480 --> 00:25:51,480
- Terbang dengan yakin.
- Terbang dengan yakin.
715
00:25:52,480 --> 00:25:53,560
Itu pun awak.
716
00:25:53,840 --> 00:25:54,840
Mari bercakap.
717
00:25:55,600 --> 00:25:57,240
Awak ada rancangan, bukan?
718
00:25:57,800 --> 00:26:00,400
Angguk saja
kalau awak susah nak cakap sekarang.
719
00:26:00,480 --> 00:26:01,600
Ya, saya ada rancangan.
720
00:26:02,480 --> 00:26:05,200
Masuk ke sana dan senyum.
Ia sentiasa berkesan.
721
00:26:05,280 --> 00:26:07,560
Anda suka pankek?
Saya suka.
722
00:26:07,640 --> 00:26:08,920
Apa kata
anda pesan pankek untuk sarapan...
723
00:26:09,000 --> 00:26:10,240
di Judd Yum di Dek Lima?
724
00:26:10,320 --> 00:26:12,520
Hei, Jade.
Awak ada rancangan?
725
00:26:13,760 --> 00:26:14,800
Berbaloi untuk cuba.
726
00:26:16,480 --> 00:26:17,600
Hai!
727
00:27:12,360 --> 00:27:13,760
Watak dan kisah ini hanyalah rekaan.
728
00:27:13,840 --> 00:27:15,240
Sebarang persamaan
hanyalah satu kebetulan.