1
00:00:41,914 --> 00:00:47,920
May It Please The Court
2
00:00:49,171 --> 00:00:50,548
Episod 10
3
00:01:04,478 --> 00:01:09,275
Peguam Noh Chakhee
4
00:01:09,358 --> 00:01:10,484
16 Mei, Isnin
5
00:01:11,444 --> 00:01:13,029
Berdasarkan Esei May It Please
The Court oleh Jung Hyejin
6
00:01:33,299 --> 00:01:36,802
Kalau awak bunuh saya begini,...
7
00:01:37,595 --> 00:01:39,722
...awak akan jadi pembunuh.
8
00:01:40,514 --> 00:01:44,268
Awak akan dihukum mati
dan awak juga akan mati.
9
00:01:45,394 --> 00:01:50,399
Kenapa awak
bersusah payah begini?
10
00:01:52,610 --> 00:01:53,819
Untuk balas dendam?
11
00:01:54,779 --> 00:01:57,073
Apa gunanya?
12
00:02:00,534 --> 00:02:04,872
Lebih baik awak lupakan semuanya.
13
00:02:06,832 --> 00:02:10,044
Apa yang awak dapat...
14
00:02:11,087 --> 00:02:13,380
...dengan mengukirnya di hati...
15
00:02:14,256 --> 00:02:16,467
...dan tulang awak?
16
00:02:19,970 --> 00:02:24,558
Adakah awak bertekad untuk
mengingatinya selama-lamanya?
17
00:02:25,476 --> 00:02:28,479
Awak fikir membunuh saya
setelah sekian lama...
18
00:02:30,731 --> 00:02:35,361
...bermakna awak menang? Yakah?
19
00:02:46,330 --> 00:02:48,749
Awak perlu sedar daripada mabuk!
Duduk saja.
20
00:02:48,833 --> 00:02:50,626
Yakah? Okey, saya faham.
21
00:02:50,709 --> 00:02:53,045
Ya, okey. Suka hati awaklah.
22
00:02:53,671 --> 00:02:54,839
Biarkan saja dia.
23
00:02:55,381 --> 00:02:57,049
Aduhai. Serius.
24
00:03:01,470 --> 00:03:02,721
Apa yang boleh saya bantu?
25
00:03:08,811 --> 00:03:10,187
Saya datang untuk serah diri.
26
00:03:12,106 --> 00:03:13,107
Serah diri?
27
00:03:13,691 --> 00:03:16,902
Cho Hyunsik, Yoon Seokgu,
Park Kangil...
28
00:03:17,361 --> 00:03:19,530
...dan Pengerusi Jang Byungchun
dari Jangsan.
29
00:03:22,074 --> 00:03:23,659
Saya bunuh mereka semua.
30
00:03:33,335 --> 00:03:34,753
Balai Polis Jeongha
31
00:03:34,837 --> 00:03:36,297
Saya Yoo Kyungjin
dari Jenayah Berat.
32
00:03:36,380 --> 00:03:38,507
Di mana suspek yang mengaku itu?
33
00:03:40,426 --> 00:03:41,468
Di sana.
34
00:04:48,160 --> 00:04:49,203
Punca kematian?
35
00:04:49,286 --> 00:04:50,913
Tercekik akibat digantung.
36
00:04:51,497 --> 00:04:53,082
Mereka takkan jumpa
tanda-tanda pembunuhan.
37
00:04:53,666 --> 00:04:56,126
Itu juga akan menjadi penilaian
awal JFN.
38
00:04:56,210 --> 00:04:59,546
Tapi dadah itu akan ditemui
dalam autopsi.
39
00:04:59,630 --> 00:05:00,798
Apa yang tuan...
40
00:05:01,924 --> 00:05:03,300
Saya akan uruskannya.
41
00:05:04,885 --> 00:05:07,263
Oh Daehyeon
Terima
42
00:05:07,471 --> 00:05:09,348
Dedahkan punca kematian
Park Dukman...
43
00:05:09,431 --> 00:05:10,808
...dan nota bunuh diri
kepada media.
44
00:05:12,351 --> 00:05:13,352
Patutkah saya buat sekarang?
45
00:05:13,435 --> 00:05:16,563
Pastikan ia disiarkan
dalam akhbar esok pagi.
46
00:05:16,897 --> 00:05:18,232
Apabila orang tahu...
47
00:05:18,315 --> 00:05:21,360
...Park Dukman bunuh diri
kerana rasa bersalah...
48
00:05:21,443 --> 00:05:23,988
...membunuh lelaki yang cukup
baik hati untuk terima dia,...
49
00:05:24,780 --> 00:05:28,993
...semua rasa syak terhadap saya
akan hilang sekelip mata.
50
00:05:29,576 --> 00:05:30,869
Ya, saya faham.
51
00:05:31,120 --> 00:05:32,288
Dua minggu saja.
52
00:05:33,247 --> 00:05:36,250
Dalam masa dua minggu,
saya boleh keluar...
53
00:05:36,333 --> 00:05:38,210
...dari bandar ini
memakai pin ahli dewan.
54
00:05:38,294 --> 00:05:42,172
Jadi, jangan buat silap
dengan apa-apa.
55
00:05:44,216 --> 00:05:45,342
Saya akan ingat.
56
00:05:46,844 --> 00:05:47,886
Panggilan Tamat
Oh Daehyeon
57
00:05:50,097 --> 00:05:51,473
Wartawan Park
58
00:05:55,227 --> 00:05:57,229
En. Jang. Ini Park.
59
00:05:57,479 --> 00:05:59,481
Saya dapat maklumat dan
datang ke Balai Polis Jeongha.
60
00:06:00,566 --> 00:06:05,571
Seorang lelaki telah mengaku
yang dia membunuh Pengerusi Jang.
61
00:06:28,510 --> 00:06:30,179
Peguam Jwa Sibaek
62
00:06:31,847 --> 00:06:34,350
Telefon ini telah dimatikan.
Sila tinggalkan pesanan...
63
00:06:41,482 --> 00:06:43,317
Hei! Kamu tahu
kes pembunuhan bersiri...
64
00:06:43,400 --> 00:06:45,069
- ...lelaki tua yang kaya, bukan?
- Apa?
65
00:06:45,152 --> 00:06:47,279
Awak tahu. Ada orang tua
diseksa dan dibunuh!
66
00:06:47,905 --> 00:06:50,032
Rupa-rupanya, pesalah itu
menyerah diri malam tadi.
67
00:06:50,115 --> 00:06:51,325
- Tak mungkin. Mengarut.
- Apa?
68
00:06:51,408 --> 00:06:53,202
Betul! Tengok ini.
69
00:06:53,285 --> 00:06:54,703
Ia dah tersebar di Internet.
70
00:06:54,787 --> 00:06:56,246
Ada artikel berita
tentangnya juga.
71
00:06:57,164 --> 00:06:58,207
Nampak?
72
00:06:58,665 --> 00:06:59,958
Saya dah kata ia benar.
73
00:07:00,042 --> 00:07:01,877
Apa tajuk berita itu?
74
00:07:01,960 --> 00:07:03,170
Pembunuhan bersiri.
75
00:07:03,253 --> 00:07:04,296
Pembunuh Bersiri Warga Emas Kaya
Mengaku Bersalah
76
00:07:05,255 --> 00:07:06,298
Hei, betullah.
77
00:07:06,382 --> 00:07:07,800
Nampak? Saya dah cakap.
78
00:07:08,467 --> 00:07:09,676
Tak guna.
79
00:07:23,899 --> 00:07:24,942
Helo?
80
00:07:25,025 --> 00:07:27,945
Detektif Yoo.
Saya Peguam Noh Chakhee.
81
00:07:28,862 --> 00:07:31,281
Saya dengar lelaki yang bunuh
Cho Hyunsik dan Yoon Seokgu...
82
00:07:31,365 --> 00:07:32,533
...telah menyerah diri.
83
00:07:33,367 --> 00:07:34,410
Ya.
84
00:07:34,493 --> 00:07:36,245
Adakah senarai mangsa
juga termasuk...
85
00:07:36,328 --> 00:07:39,164
...Pengerusi Jang Byungchun
dari Jangsan?
86
00:07:39,915 --> 00:07:41,250
Ya, begitulah.
87
00:07:41,625 --> 00:07:44,628
Suspek mengaku yang dia
juga membunuh Pengerusi Jang.
88
00:07:44,711 --> 00:07:46,046
Bagaimana dengan Park Dukman?
89
00:07:46,130 --> 00:07:47,589
Kami takkan tahu
sehingga kami siasat.
90
00:07:47,673 --> 00:07:50,426
Jika pengakuan suspek
terbukti benar,...
91
00:07:51,176 --> 00:07:53,929
...pengakuan Park Dukman dan
kematiannya akan disiasat semula.
92
00:07:55,597 --> 00:07:56,890
Kalau saya tanya
siapa suspeknya...
93
00:07:56,974 --> 00:07:58,809
Saya tak boleh beritahu.
94
00:08:28,589 --> 00:08:29,923
Jangan pandang saya begitu.
95
00:08:30,007 --> 00:08:32,509
Sebagai tanda budi bahasa.
Saya tak harap awak akan minum.
96
00:08:37,973 --> 00:08:39,391
Awak pun rasa pelik, bukan?
97
00:08:42,603 --> 00:08:43,645
Saya bercakap tentang Gido.
98
00:08:44,730 --> 00:08:46,648
Dia beritahu saya,
ayahnya mati dalam tidur...
99
00:08:46,732 --> 00:08:47,858
...di rumah percutiannya.
100
00:08:47,941 --> 00:08:49,401
Mungkin dia beritahu
awak perkara yang sama.
101
00:08:50,027 --> 00:08:52,446
Tapi kemudian Park Dukman muncul.
102
00:08:52,529 --> 00:08:54,198
Sekarang, pesalah sebenar?
103
00:08:55,449 --> 00:08:57,743
Saya dengar awak membesar dengan
Park Dukman di rumah anak yatim.
104
00:08:59,036 --> 00:09:00,496
Kami tak membesar bersama.
105
00:09:00,579 --> 00:09:02,623
Kami berada di sana
bersama-sama selama dua tahun.
106
00:09:02,706 --> 00:09:05,542
Saya dengar dia cari awak semasa
dia di penjara sebelum dia mati.
107
00:09:06,335 --> 00:09:09,171
Polis telefon awak sebab
dia kata awak peguam dia.
108
00:09:10,380 --> 00:09:11,381
Adakah semua ini...
109
00:09:11,882 --> 00:09:13,509
...perbuatan Gido?
110
00:09:13,592 --> 00:09:14,635
Saya tak tahu.
111
00:09:15,511 --> 00:09:16,929
Kalau saya tahu pun,
saya takkan beritahu awak.
112
00:09:21,683 --> 00:09:22,935
Baik awak fikir betul-betul.
113
00:09:23,685 --> 00:09:25,687
Datuk kesayangan awak
dah tiada sekarang.
114
00:09:25,771 --> 00:09:26,855
Jang Gido?
115
00:09:28,106 --> 00:09:30,067
Saya tak beritahu awak
sebelum ini,...
116
00:09:30,150 --> 00:09:31,985
...tapi bagi dia,
awak cuma alat...
117
00:09:32,069 --> 00:09:33,820
...yang dia boleh guna dan buang.
Mudah diganti.
118
00:09:35,572 --> 00:09:38,116
Nampaknya sekarang awak
perlukan alat itu juga.
119
00:09:39,368 --> 00:09:40,827
Memandangkan awak datang ke sini.
120
00:09:41,453 --> 00:09:43,413
Saya tak tahu apa yang Gido
janjikan kepada awak,...
121
00:09:43,497 --> 00:09:44,957
...tapi jangan percaya
kata-katanya.
122
00:09:45,666 --> 00:09:48,502
Setiap kali dia buka mulut,
dia menipu.
123
00:09:54,216 --> 00:09:56,468
Fikir baik-baik yang awak nak
digunakan oleh siapa.
124
00:09:57,094 --> 00:09:58,762
Sekurang-kurangnya,
saya tunaikan janji saya.
125
00:09:58,845 --> 00:10:00,389
Saya takkan khianati awak.
126
00:10:07,229 --> 00:10:08,730
Telefon saya kalau awak
nak buat perjanjian.
127
00:10:22,911 --> 00:10:26,582
Pengarah Pembinaan Yulhu Oh Haran
128
00:10:31,962 --> 00:10:34,673
Berita Harian Hansan SBC
129
00:10:52,691 --> 00:10:56,903
Kenapa awak bunuh
Pengerusi Jang Byungchun?
130
00:11:01,617 --> 00:11:02,659
Gido.
131
00:11:04,578 --> 00:11:06,288
Saya pilih orang yang salah.
132
00:11:07,539 --> 00:11:10,542
Dia ada reputasi yang baik di
Jeongha dan sejarah yang bersih.
133
00:11:13,420 --> 00:11:14,421
Maafkan saya.
134
00:11:15,464 --> 00:11:16,673
Daehyeon.
135
00:11:18,592 --> 00:11:22,804
Awak betul-betul fikir
Jwa Sibaek yang bunuh ayah saya?
136
00:11:24,181 --> 00:11:25,182
Apa?
137
00:11:25,265 --> 00:11:27,601
Kenapa dia mengaku sekarang?
138
00:11:28,685 --> 00:11:31,772
Mungkin semua yang dia buat,
bantu saya dengan kempen saya,...
139
00:11:32,689 --> 00:11:34,650
...terlibat dengan Noh Chakhee...
140
00:11:34,733 --> 00:11:37,152
...dan memfailkan saman
terhadap Jangsan...
141
00:11:37,861 --> 00:11:39,529
...adalah disengajakan.
142
00:11:41,990 --> 00:11:43,283
Kenapa...
143
00:11:46,912 --> 00:11:48,413
Untuk jatuhkan saya...
144
00:11:51,375 --> 00:11:53,418
...dan memalukan ayah saya.
145
00:12:09,893 --> 00:12:11,937
Bahagian Jenayah Pasukan
Homisid Tiga Sarjan Choi Taesik
146
00:12:21,530 --> 00:12:22,948
Balai Polis Jeongha
147
00:12:28,328 --> 00:12:29,329
Helo?
148
00:12:29,413 --> 00:12:32,165
Hai, ini Detektif Choi Taesik?
149
00:12:32,249 --> 00:12:33,500
Saya Peguam Noh Chakhee.
150
00:12:34,084 --> 00:12:35,419
Kita berjumpa
di Rumah Anak Yatim Haesong...
151
00:12:35,502 --> 00:12:37,796
...semasa awak uruskan
kes pengarah.
152
00:12:37,879 --> 00:12:40,382
Ya, saya ingat. Boleh saya bantu?
153
00:12:40,465 --> 00:12:44,177
Boleh saya jumpa detektif
kes pembunuhan En. Park Dukman?
154
00:12:44,761 --> 00:12:45,762
Kenapa?
155
00:12:50,600 --> 00:12:52,310
Saya peguam En. Park Dukman.
156
00:12:53,729 --> 00:12:57,274
Pegawai Penjara Kang Soomin
157
00:12:59,568 --> 00:13:02,696
Tuan, apa khabar?
Saya Peguam Noh Chakhee.
158
00:13:03,238 --> 00:13:04,656
Saya nak tahu jika...
159
00:13:04,740 --> 00:13:08,785
...saya boleh dengar tentang cara
En. Park Dukman mati di penjara.
160
00:13:08,869 --> 00:13:12,664
Boleh jumpa pengawal penjara
yang ditugaskan untuk dia?
161
00:13:14,541 --> 00:13:15,917
Begitu.
162
00:13:16,001 --> 00:13:17,586
Ya, terima kasih.
163
00:13:33,018 --> 00:13:35,604
Saya rasa saya dah buat silap.
164
00:13:36,563 --> 00:13:38,190
Saya tak lakukannya.
165
00:13:42,068 --> 00:13:44,988
Kalau awak tak buat,
kenapa awak mengaku?
166
00:13:53,622 --> 00:13:55,123
Biar betul.
167
00:13:55,499 --> 00:13:56,875
Adakah dia memang psiko?
168
00:13:57,626 --> 00:13:59,878
Semasa dia di sini sebelum ini,
dia menafikan tuduhan...
169
00:13:59,961 --> 00:14:02,172
...dan buat saya hilang akal
dengan kata-kata dia.
170
00:14:02,255 --> 00:14:04,216
Dia ada kecelaruan ingkar?
171
00:14:05,008 --> 00:14:08,345
Dia tak cakap apa-apa sejak
dia mengaku membunuh.
172
00:14:08,845 --> 00:14:10,430
Maksud saya,...
173
00:14:10,514 --> 00:14:12,891
...dia perlu beritahu cara dan
sebab dia bunuh mereka itu...
174
00:14:12,974 --> 00:14:14,518
...untuk kita mula menyiasat.
175
00:14:15,060 --> 00:14:17,562
Patutkah saya masuk
dan pukul dia?
176
00:14:17,646 --> 00:14:18,772
Tak habis-habis...
177
00:14:19,815 --> 00:14:21,566
Cukuplah.
178
00:14:21,650 --> 00:14:23,693
Tengok. Dia dah mengaku
yang dia bunuh mereka semua,...
179
00:14:23,777 --> 00:14:24,861
...jadi, itu saja.
180
00:14:24,945 --> 00:14:29,115
Kenapa kita nak soal siasat dia,
siasat atau cari bukti?
181
00:14:29,199 --> 00:14:31,785
Park Dukman yang mati
di penjara juga mengaku...
182
00:14:31,868 --> 00:14:33,328
...yang dia bunuh Pengerusi Jang.
183
00:14:33,411 --> 00:14:35,872
Kemudian lelaki itu muncul,
gelar dirinya pesalah sebenar...
184
00:14:35,956 --> 00:14:37,123
...dan juga buat pengakuan.
185
00:14:38,875 --> 00:14:42,546
Jadi, kenapa Park Dukman
kata dia yang bunuh?
186
00:14:55,141 --> 00:14:56,184
En. Jwa Sibaek.
187
00:14:57,185 --> 00:14:58,603
Kenapa awak buat begitu?
188
00:15:06,319 --> 00:15:09,406
Awak lelaki yang bijak,
jadi, saya pasti awak dah tahu.
189
00:15:09,990 --> 00:15:12,659
Kami tak jumpa sebarang bukti
fizikal di tempat kejadian...
190
00:15:12,742 --> 00:15:14,828
...pembunuhan Cho Hyunsik,
Yoon Seokgu atau Park Kangil...
191
00:15:14,911 --> 00:15:16,621
...yang tunjukkan awak
sebagai pembunuh.
192
00:15:17,163 --> 00:15:19,541
Ya, DNA awak ditemui di tempat
pembunuhan Yoon Seokgu,...
193
00:15:19,666 --> 00:15:21,543
...tapi itu tak cukup.
194
00:15:22,002 --> 00:15:24,045
Kami cuma ada bukti
berdasarkan keadaan.
195
00:15:24,129 --> 00:15:26,506
Jadi, untuk pengakuan awak
memberi kesan,...
196
00:15:26,882 --> 00:15:29,843
...puncanya adalah penting.
Motif awak untuk pembunuhan itu.
197
00:15:32,304 --> 00:15:34,264
Kenapa awak bunuh mereka?
198
00:15:39,352 --> 00:15:43,064
Bila, di mana, bagaimana dan
kenapa awak bunuh Pengerusi Jang?
199
00:15:44,190 --> 00:15:46,109
Tak guna. Kenapa awak bunuh dia?
200
00:15:48,653 --> 00:15:50,739
Kalau awak tutup mulut begini,...
201
00:15:50,822 --> 00:15:53,783
...mesti awak tahu, awak boleh
didakwa menghalang keadilan...
202
00:15:53,867 --> 00:15:58,330
...dan mungkin melindungi
dan membantu penjenayah.
203
00:16:00,165 --> 00:16:02,250
Kenapa awak buat begitu?
204
00:16:03,168 --> 00:16:05,211
Awak cuba
sembunyikan pesalah itu?
205
00:16:06,463 --> 00:16:08,131
Atau awak cuma berlakon?
206
00:16:08,340 --> 00:16:11,217
Atau awak cuma
mempermainkan pihak polis?
207
00:16:23,897 --> 00:16:24,940
Saya nak...
208
00:16:26,983 --> 00:16:28,318
...bercakap dengan peguam saya.
209
00:16:31,905 --> 00:16:33,281
Dia ini...
210
00:16:56,554 --> 00:16:59,057
Peguam Jwa Sibaek
211
00:17:02,435 --> 00:17:05,313
Telefon ini telah dimatikan.
Sila tinggalkan pesanan...
212
00:17:12,404 --> 00:17:14,447
Peguam Bela Awam
Mahkamah Daerah Jeongha
213
00:17:22,789 --> 00:17:23,790
En. Do.
214
00:17:24,124 --> 00:17:25,709
Awak ada dengar apa-apa
daripada En. Jwa?
215
00:17:25,792 --> 00:17:28,044
Tak, telefon dia dimatikan.
216
00:17:28,128 --> 00:17:30,046
Saya cuba telefon rumah dia juga,
tapi dia tak jawab.
217
00:17:30,463 --> 00:17:32,924
Dia tak pernah ponteng kerja
tanpa notis selama ini.
218
00:17:33,550 --> 00:17:35,468
Patutkah saya telefon polis?
219
00:17:40,098 --> 00:17:41,808
Saya Peguam Noh Chakhee.
220
00:17:44,811 --> 00:17:45,895
Ya, saya tahu.
221
00:17:50,400 --> 00:17:51,484
Saya?
222
00:17:54,612 --> 00:17:57,949
Gido untuk Jeongha
223
00:17:59,325 --> 00:18:00,368
Gido.
224
00:18:02,328 --> 00:18:04,247
Jwa Sibaek minta
peguamnya datang.
225
00:18:07,208 --> 00:18:08,251
Siapa?
226
00:18:09,544 --> 00:18:11,421
Adakah dia seseorang
yang kita boleh harapkan?
227
00:18:14,257 --> 00:18:15,341
Noh Chakhee.
228
00:18:16,718 --> 00:18:19,345
Dia meminta Noh Chakhee
menjadi peguamnya.
229
00:18:20,847 --> 00:18:21,931
Apa?
230
00:18:24,476 --> 00:18:25,518
Tak guna.
231
00:18:28,104 --> 00:18:29,731
Apa yang dia mahu?
232
00:18:42,243 --> 00:18:45,872
Saya minum lima cawan
setiap hari. Ia satu ketagihan.
233
00:18:45,955 --> 00:18:48,416
Hakim Oh, saya tak boleh
terima kes ini.
234
00:18:49,292 --> 00:18:50,877
- Kenapa tidak?
- Suspek telah mengaku...
235
00:18:50,960 --> 00:18:52,462
...yang dia bunuh
Pengerusi Jang Byungchun.
236
00:18:52,545 --> 00:18:54,130
Tuan mungkin tak tahu,...
237
00:18:54,214 --> 00:18:56,508
...tapi Pengerusi Jang
umpama datuk saya sendiri.
238
00:18:56,925 --> 00:18:57,926
Jadi?
239
00:18:58,009 --> 00:18:59,052
Sebab itulah saya tak boleh buat!
240
00:18:59,135 --> 00:19:01,096
Macam mana saya nak bela
orang yang bunuh datuk saya?
241
00:19:01,179 --> 00:19:02,430
Sudah tentu boleh. Buat sajalah.
242
00:19:03,014 --> 00:19:04,808
Saya akan mohon untuk tarik diri.
Tolonglah terima.
243
00:19:05,391 --> 00:19:07,310
Peguam bela awam tak boleh
pilih kes mereka.
244
00:19:07,393 --> 00:19:09,020
Tapi ini bukan kes biasa.
245
00:19:09,104 --> 00:19:10,814
Semuanya sama saja.
Terima sajalah.
246
00:19:10,897 --> 00:19:11,940
Hakim Oh!
247
00:19:12,357 --> 00:19:13,358
Cuba tuan fikir.
248
00:19:13,441 --> 00:19:15,110
Walaupun saya nak
mewakili si gila itu,...
249
00:19:15,443 --> 00:19:17,362
...tuan rasa saya boleh
pertahankan dia dengan betul?
250
00:19:17,737 --> 00:19:19,739
Saya akan bunuh dia kalau boleh.
251
00:19:22,700 --> 00:19:23,952
Awak tak nak tahukah?
252
00:19:24,410 --> 00:19:27,872
Awak tak nak tengok
muka dia yang hodoh itu?
253
00:19:31,251 --> 00:19:33,211
Mahkamah Daerah Jeongha
254
00:19:41,469 --> 00:19:42,679
Kenapa mesti saya?
255
00:19:47,642 --> 00:19:51,312
Saya pasti ini semua lakonan
yang dia buat dengan Jwa Sibaek.
256
00:19:53,356 --> 00:19:55,733
Kenapa mereka nak bersusah payah?
Untuk apa?
257
00:19:55,817 --> 00:19:58,444
Manalah saya tahu apa yang ada
dalam fikiran orang gila itu?
258
00:19:58,903 --> 00:20:00,905
Maksud saya,
ada sesuatu yang mencurigakan.
259
00:20:00,989 --> 00:20:04,826
Dalam ramai-ramai orang, dia mahu
Noh Chakhee menjadi peguamnya.
260
00:20:04,993 --> 00:20:07,537
Pengerusi Jang Byungchun,
orang yang dia mengaku bunuh,...
261
00:20:07,620 --> 00:20:10,540
...menyayangi Noh Chakhee seperti
cucunya semasa dia masih hidup.
262
00:20:10,623 --> 00:20:14,085
Jadi, macam mana dia boleh minta
orang macam itu jadi peguam dia?
263
00:20:14,169 --> 00:20:16,588
Awak kata Jwa Sibaek
seorang sosiopat.
264
00:20:16,671 --> 00:20:18,256
Kalau betul, masuk akal, bukan?
265
00:20:18,339 --> 00:20:20,466
Betul. Jadi, dia mahu
menyeksa Noh Chakhee.
266
00:20:20,550 --> 00:20:23,720
Awak kata mereka berdua
ada hubungan.
267
00:20:23,803 --> 00:20:24,971
Jadi, kenapa dia menyeksanya?
268
00:20:26,639 --> 00:20:28,850
Hei, semuanya masuk akal
sekarang.
269
00:20:29,601 --> 00:20:31,853
Saya pasti Noh Chakhee
yang tinggalkan dia.
270
00:20:32,437 --> 00:20:35,607
Jwa Sibaek menjadi marah,
lalu membunuh Jang Byungchun...
271
00:20:36,191 --> 00:20:38,818
...dan meminta Noh Chakhee
menjadi peguamnya.
272
00:20:38,902 --> 00:20:40,904
Akhirnya semua teka-teki...
273
00:20:40,987 --> 00:20:42,197
...terjawab.
274
00:20:45,241 --> 00:20:47,994
Berani awak ambil makanan saya!
275
00:20:51,080 --> 00:20:52,874
Pasti itu motifnya
untuk membunuh.
276
00:20:54,125 --> 00:20:56,044
Bersihkan sebelum awak pergi.
277
00:20:59,047 --> 00:21:01,674
Saya cuma makan sesuap. Aduhai.
278
00:21:19,776 --> 00:21:22,320
Lihatlah siapa yang datang.
Apa awak buat di sini, Cik Noh?
279
00:21:22,737 --> 00:21:24,489
Awak peguam suspek?
280
00:21:25,031 --> 00:21:26,908
Betul, bukan?
281
00:21:27,158 --> 00:21:30,662
Cik Noh. Saya akan
jadikan awak peguam terkenal.
282
00:21:30,954 --> 00:21:32,080
Selepas rundingan awak,...
283
00:21:32,163 --> 00:21:34,374
...berikan saya
temu bual eksklusif, okey?
284
00:21:41,089 --> 00:21:43,007
Saya rasa dia cakap
sesuatu dengan matanya.
285
00:21:51,474 --> 00:21:53,101
Awak betul-betul datang
untuk buat begini?
286
00:22:14,497 --> 00:22:15,623
Dengar sini, Inspektor Yoo.
287
00:22:16,416 --> 00:22:19,335
Sejujurnya, saya tak suka
Peguam Noh.
288
00:22:19,419 --> 00:22:20,712
Dia angkuh dan biadab.
289
00:22:20,795 --> 00:22:23,214
Tapi saya tetap
rasa tak sedap hati.
290
00:22:23,840 --> 00:22:26,718
Saya rasa lebih baik kalau kita
beritahu dia siapa suspeknya...
291
00:22:26,801 --> 00:22:27,885
...dan suruh dia
jangan buat begini.
292
00:22:28,553 --> 00:22:29,595
Kenapa?
293
00:22:29,679 --> 00:22:30,847
Perlukah awak tanya?
294
00:22:30,930 --> 00:22:34,475
Dia akan tahu teman lelakinya
yang bunuh datuk dia.
295
00:22:34,559 --> 00:22:37,228
Orang yang paling waras pun
akan hilang akal.
296
00:22:37,854 --> 00:22:41,065
Kita dah tahu motif pembunuhan,
suruh dia pergi, okey?
297
00:22:41,941 --> 00:22:43,651
Kalau cerita rekaan awak itu
betul,...
298
00:22:43,735 --> 00:22:46,487
...lagilah dia perlu jumpa
Jwa Sibaek.
299
00:22:47,071 --> 00:22:49,157
Apa pun niat dia, apabila
dia jumpa perempuan itu,...
300
00:22:49,240 --> 00:22:50,825
...dia akan beritahu sesuatu.
301
00:22:52,285 --> 00:22:55,496
Awak memang tak berhati perut,
bukan?
302
00:23:37,622 --> 00:23:38,623
En. Jwa.
303
00:23:41,250 --> 00:23:42,502
Apa awak buat di sini?
304
00:23:57,558 --> 00:23:58,643
Tunggu.
305
00:24:01,062 --> 00:24:02,063
Tunggu.
306
00:24:04,774 --> 00:24:07,819
Saya datang nak jumpa
pembunuh datuk,...
307
00:24:09,612 --> 00:24:11,030
...jadi, kenapa awak ada di sini?
308
00:24:15,827 --> 00:24:18,287
Jawab! Kenapa awak di sini?
309
00:24:24,877 --> 00:24:25,878
Pandang saya.
310
00:24:26,629 --> 00:24:27,672
Cakaplah sesuatu!
311
00:24:27,964 --> 00:24:30,341
Kenapa? Kenapa awak di sini?
312
00:24:32,552 --> 00:24:33,678
Adakah awak...
313
00:24:37,849 --> 00:24:39,392
...yang bunuh dia?
314
00:24:43,271 --> 00:24:46,691
Awak bunuh datuk saya?
315
00:24:49,152 --> 00:24:51,070
Beritahu saya!
Beritahu saya sekarang!
316
00:24:51,654 --> 00:24:52,947
Beritahu saya yang awak tak buat!
317
00:24:53,448 --> 00:24:54,991
Tolong beritahu saya,
awak tak buat begitu.
318
00:24:56,117 --> 00:24:59,787
Beritahu saya, awak tak bersalah!
Beritahu saya, bukan awak!
319
00:25:13,301 --> 00:25:14,844
Maafkan saya.
320
00:25:44,332 --> 00:25:47,084
Motifnya tak jelas,
tapi En. Jwa Sibaek mungkin...
321
00:25:48,085 --> 00:25:50,546
...mengheret awak ke dalam
tuntutan mahkamah...
322
00:25:50,630 --> 00:25:53,132
...yang melibatkan mangsa bunuh.
323
00:25:55,551 --> 00:25:57,303
Saya akan tanya sekali ini saja.
324
00:25:58,763 --> 00:26:02,558
Cho Hyunsik, Yoon Seokgu,
Park Kangil.
325
00:26:03,976 --> 00:26:05,353
Awakkah yang bunuh mereka semua?
326
00:26:08,272 --> 00:26:09,440
Ya.
327
00:26:59,699 --> 00:27:02,285
Ladu Buatan Sendiri
dari Kawasan Pedalaman
328
00:27:02,368 --> 00:27:03,536
Terima kasih, ia nampak cantik.
329
00:27:10,626 --> 00:27:12,753
- Sedap?
- Ya.
330
00:27:13,337 --> 00:27:16,549
Awak buat ladu terbaik di dunia.
331
00:27:19,468 --> 00:27:21,262
Awak dah cuba
semua ladu di dunia?
332
00:27:22,221 --> 00:27:26,434
Tak, tapi awak punya yang
paling sedap saya pernah rasa.
333
00:27:28,394 --> 00:27:29,562
Makanlah sepuasnya.
334
00:27:30,438 --> 00:27:31,814
Ini ladu terakhir saya.
335
00:27:36,068 --> 00:27:37,111
Terakhir?
336
00:27:39,739 --> 00:27:41,240
Saya rasa dah tiba masanya...
337
00:27:42,992 --> 00:27:44,285
...saya tutup restoran ini.
338
00:27:48,748 --> 00:27:50,124
Tapi kenapa?
339
00:27:50,207 --> 00:27:54,629
Ladu awak popular
dan restoran ini maju.
340
00:27:56,297 --> 00:27:59,133
Kalau sebab saya tak pandai
buat kerja,...
341
00:27:59,634 --> 00:28:01,177
...awak tak perlu
tahan saya di sini.
342
00:28:02,219 --> 00:28:04,680
Saya cuma nak tolong awak,
tapi tak sangka...
343
00:28:05,473 --> 00:28:06,766
...saya sebenarnya
membebankan awak...
344
00:28:06,849 --> 00:28:07,850
Bukan begitu.
345
00:28:12,688 --> 00:28:14,231
Tinggal seorang saja lagi.
346
00:28:16,859 --> 00:28:17,902
Apa?
347
00:28:17,985 --> 00:28:19,403
Mereka semua dah mati.
348
00:28:21,656 --> 00:28:23,366
Tinggal seorang saja lagi.
349
00:28:25,326 --> 00:28:27,662
Saya perlu bunuh dia sendiri.
350
00:28:29,121 --> 00:28:31,123
Jadi, saya tak ada masa
untuk jual ladu.
351
00:28:35,878 --> 00:28:38,798
Saya tak faham maksud awak.
352
00:28:40,466 --> 00:28:42,802
Awak akan faham tak lama lagi.
353
00:28:45,388 --> 00:28:46,639
Oh ya,...
354
00:28:48,057 --> 00:28:49,392
...dah hampir tiba masanya.
355
00:28:54,271 --> 00:28:55,856
Awak tak apa-apa, En. Han?
356
00:28:58,526 --> 00:28:59,527
Apa?
357
00:28:59,985 --> 00:29:01,821
Ya, saya okey.
358
00:29:05,324 --> 00:29:07,535
Hospital Besar Mi Rae
359
00:29:07,618 --> 00:29:08,994
Tadi,...
360
00:29:09,870 --> 00:29:12,164
...Peguam Noh nampak
sangat teruk.
361
00:29:13,165 --> 00:29:17,503
Saya harap dia tak terbakar
dalam api neraka itu.
362
00:29:22,049 --> 00:29:23,050
Apa maksudnya?
363
00:29:26,303 --> 00:29:28,389
Doktor kata, ingatan ketua
sekejap datang dan sekejap pergi.
364
00:29:28,472 --> 00:29:29,807
Awak rasa ini idea yang baik?
365
00:29:29,890 --> 00:29:31,892
Dia satu-satunya mangsa
yang terselamat.
366
00:29:31,976 --> 00:29:33,018
Kita tiada pilihan.
367
00:29:44,488 --> 00:29:46,490
Tuan tak apa-apa?
368
00:29:50,578 --> 00:29:51,662
Ini saya, Jung Jaegeun.
369
00:29:53,831 --> 00:29:54,832
Betul.
370
00:29:55,374 --> 00:29:58,210
Ya, saya ingat awak.
371
00:30:00,546 --> 00:30:02,548
Awak pula...
372
00:30:03,924 --> 00:30:05,634
Saya Yoo Kyungjin
dari Jenayah Berat.
373
00:30:11,223 --> 00:30:12,308
Tuan.
374
00:30:12,391 --> 00:30:16,270
Kami dah tangkap orang
yang buat begini pada awak.
375
00:30:21,567 --> 00:30:24,695
Awak dah tangkap Lee Dongpil?
376
00:30:25,863 --> 00:30:26,947
Lee Dongpil.
377
00:30:27,364 --> 00:30:29,450
Tak, saya dah cakap.
378
00:30:29,533 --> 00:30:31,118
Dia ialah Jwa Sibaek,
peguam bela awam...
379
00:30:31,202 --> 00:30:33,037
...yang mengugut tuan
semasa tuan memandu.
380
00:30:33,120 --> 00:30:34,413
Tuan ingat tak?
381
00:30:34,914 --> 00:30:37,500
Dia mengaku yang dia bunuh...
382
00:30:37,583 --> 00:30:39,668
...Cho Hyunsik, Yoon Seokgu
dan Park Kangil.
383
00:30:40,002 --> 00:30:41,170
Juga...
384
00:30:41,253 --> 00:30:43,422
Betul, tuan mungkin
belum tahu lagi.
385
00:30:44,006 --> 00:30:46,592
Pengerusi Jang Byungchun dari
Jangsan juga telah dibunuh.
386
00:30:56,894 --> 00:30:57,895
Tidak.
387
00:30:58,771 --> 00:31:00,272
Bukan dia.
388
00:31:01,607 --> 00:31:03,108
Dia Lee Dongpil.
389
00:31:04,151 --> 00:31:08,280
Sami di Tokong Hwaju kata
dia mati tiga tahun lalu.
390
00:31:09,240 --> 00:31:10,366
Lee Dongpil!
391
00:31:11,033 --> 00:31:12,159
Itu dia.
392
00:31:12,743 --> 00:31:14,453
Dia masih hidup.
393
00:31:21,544 --> 00:31:22,753
Pegawai.
394
00:31:23,379 --> 00:31:24,964
Hantar pegawai ke sini.
395
00:31:26,799 --> 00:31:30,052
Lelaki tak guna itu akan datang
dan bunuh saya.
396
00:31:31,720 --> 00:31:33,013
Semua orang dah mati.
397
00:31:35,099 --> 00:31:37,852
Pengerusi Jang Byungchun
pun dah mati.
398
00:31:39,270 --> 00:31:40,354
Saya seorang saja.
399
00:31:41,772 --> 00:31:43,440
Saya seorang saja
yang masih hidup.
400
00:31:43,524 --> 00:31:45,818
Tuan, semuanya okey sekarang.
401
00:31:45,901 --> 00:31:48,070
Kami dah tangkap penjenayah itu
dan Lee Dongpil dah mati.
402
00:31:48,153 --> 00:31:50,281
Tuan tak perlu risau lagi.
403
00:31:50,364 --> 00:31:51,991
Lee Dongpil bukan seperti dahulu.
404
00:31:53,284 --> 00:31:54,994
Dia belum mati.
405
00:31:56,954 --> 00:32:00,916
Lelaki tak guna itu
akan datang dan bunuh saya.
406
00:32:02,293 --> 00:32:03,294
Pegawai...
407
00:32:04,211 --> 00:32:05,796
Hantar pegawai polis.
408
00:32:35,618 --> 00:32:36,952
Awak dah bangun.
409
00:32:40,581 --> 00:32:41,832
Awak di sini? Bagaimana...
410
00:32:41,999 --> 00:32:44,293
Awak pengsan di restoran tadi,...
411
00:32:45,711 --> 00:32:47,379
...jadi, saya hantar awak balik.
412
00:32:49,548 --> 00:32:50,549
Awak tak ingat?
413
00:32:51,425 --> 00:32:53,093
Tidak, saya...
414
00:32:53,636 --> 00:32:54,720
Tak mengapa.
415
00:32:54,803 --> 00:32:57,473
Makanlah ini dan
awak akan ingat nanti.
416
00:32:58,015 --> 00:32:59,058
Mari makan.
417
00:32:59,725 --> 00:33:02,061
Awak tak makan tengah hari.
Mesti awak lapar.
418
00:33:05,522 --> 00:33:06,565
Okey.
419
00:33:11,946 --> 00:33:14,448
Makanlah. Makan semuanya.
420
00:33:16,116 --> 00:33:19,203
Kemudian, kita ada kerja.
421
00:33:22,998 --> 00:33:25,042
- Kerja?
- Saya dapat tahu...
422
00:33:26,126 --> 00:33:29,546
...tempat Lee Dongpil berada.
423
00:33:32,967 --> 00:33:34,301
Lee Dongpil!
424
00:33:34,551 --> 00:33:35,678
Ya.
425
00:33:35,803 --> 00:33:38,889
Lelaki yang buat awak jadi dungu
dan tak ingat nama sendiri.
426
00:33:39,348 --> 00:33:43,018
Lelaki tak guna
yang menyeksa awak,...
427
00:33:43,102 --> 00:33:46,313
...menganiaya awak dan buat
keluarga awak tinggalkan awak.
428
00:33:49,441 --> 00:33:50,442
Tempat itu...
429
00:33:58,826 --> 00:34:00,035
Mereka memang tak guna.
430
00:34:03,455 --> 00:34:06,458
Lee Dongpil buat saya
jadi begini.
431
00:34:06,542 --> 00:34:07,543
Betul.
432
00:34:07,626 --> 00:34:09,878
Lelaki tak guna itu yang
buat saya jadi begini.
433
00:34:11,422 --> 00:34:12,423
Makanlah.
434
00:34:31,650 --> 00:34:35,404
Perbicaraan berjalan lancar
kerana Cik Noh.
435
00:34:35,487 --> 00:34:37,573
Awak hanya perlu bayar denda.
436
00:34:38,449 --> 00:34:39,658
Nah.
437
00:34:40,451 --> 00:34:41,493
Terima kasih.
438
00:34:42,244 --> 00:34:44,455
Nah. Awak boleh makan
saya punya juga.
439
00:34:45,039 --> 00:34:46,832
Kenapa awak selalu okey?
440
00:34:57,342 --> 00:34:58,594
Nampak sangat.
441
00:34:59,720 --> 00:35:01,555
Awak belum makan apa-apa, bukan?
442
00:35:04,433 --> 00:35:05,434
Mari pergi.
443
00:35:06,143 --> 00:35:07,186
Mari pergi makan.
444
00:35:19,281 --> 00:35:20,407
Maafkan saya.
445
00:35:25,037 --> 00:35:26,163
Kenapa awak minta maaf?
446
00:35:35,297 --> 00:35:36,298
Maafkan saya.
447
00:36:24,429 --> 00:36:26,265
Nombor yang anda dail
tidak dapat dihubungi.
448
00:36:26,348 --> 00:36:28,225
Sila tinggalkan pesanan...
449
00:36:28,308 --> 00:36:30,894
Peguam Noh Chakhee
450
00:36:31,311 --> 00:36:32,396
23 Mei, Isnin
451
00:36:51,373 --> 00:36:52,791
Cik Noh!
452
00:36:53,876 --> 00:36:55,836
Cik Noh! Awak ada di dalam?
453
00:36:58,172 --> 00:36:59,506
Cik Noh!
454
00:37:04,887 --> 00:37:06,305
Cik Noh!
455
00:37:07,181 --> 00:37:09,141
Cik Noh, awak ada di dalam?
456
00:37:11,143 --> 00:37:12,519
Cik Noh!
457
00:37:19,818 --> 00:37:21,612
Nombor yang anda dail
tidak dapat dihubungi.
458
00:37:21,695 --> 00:37:23,488
Sila tinggalkan pesanan...
459
00:37:25,282 --> 00:37:26,867
Di mana dia?
460
00:37:27,367 --> 00:37:29,036
Peguam Noh Chakhee
461
00:37:29,119 --> 00:37:30,287
Dia tak jawab?
462
00:37:32,372 --> 00:37:33,999
Nampaknya dia memang
terbakar dalam api neraka.
463
00:37:35,417 --> 00:37:38,086
- Awak cuba telefon dia.
- Saya tak bawa telefon.
464
00:37:38,170 --> 00:37:40,714
Awak serius?
465
00:37:57,189 --> 00:37:58,190
Aduhai.
466
00:38:11,286 --> 00:38:12,329
Apa?
467
00:40:10,405 --> 00:40:11,615
Aduhai.
468
00:40:13,867 --> 00:40:16,787
Sudah beberapa hari berlalu.
Hubungi Noh Chakhee sekali lagi.
469
00:40:17,287 --> 00:40:19,748
Mungkin hanya dia yang boleh buat
si tak guna itu bercakap.
470
00:40:19,831 --> 00:40:21,291
Oh, Tuhan,...
471
00:40:22,042 --> 00:40:24,586
...awak tak rasa dia dah mati,
bukan?
472
00:40:42,938 --> 00:40:45,273
Balai Polis Jeongha
473
00:41:15,804 --> 00:41:16,930
Masa awak dah tamat.
474
00:41:27,607 --> 00:41:29,234
Pada hari pengumuman kempen,...
475
00:41:34,781 --> 00:41:36,283
...saya pergi
ke rumah percutiannya.
476
00:41:43,290 --> 00:41:46,960
Pengerusi Jang izinkan saya masuk
tanpa sebarang syak wasangka.
477
00:41:47,919 --> 00:41:49,713
Selepas bermain beberapa
permainan Go,...
478
00:41:50,046 --> 00:41:52,048
...saya letak dadah dalam
makanannya untuk pengsankan dia.
479
00:41:52,299 --> 00:41:53,550
Saya heret dia
ke bilik bawah tanah,...
480
00:41:53,633 --> 00:41:55,051
...ikat dia pada kerusi
dan seksa dia.
481
00:41:56,386 --> 00:41:57,679
Saya mulakan
dengan seksaan air,...
482
00:41:57,762 --> 00:42:00,599
...kemudian saya sambungkan
bateri kereta pada jari kakinya.
483
00:42:01,099 --> 00:42:02,309
Penyeksaan kejutan elektrik.
484
00:42:04,436 --> 00:42:06,438
Semuanya patut masih ada
di tingkat bawah tanah,...
485
00:42:06,521 --> 00:42:07,981
...termasuk bateri kereta
dan tuala...
486
00:42:08,064 --> 00:42:09,316
...yang saya guna
untuk seksaan air.
487
00:42:10,358 --> 00:42:12,527
- Di situ saya tinggalkannya.
- Kenapa?
488
00:42:13,153 --> 00:42:16,740
Awak tak tinggalkan apa-apa jejak
dengan jenayah awak sebelum ini.
489
00:42:18,825 --> 00:42:21,953
Sebab Jang Byungchun
yang terakhir.
490
00:42:24,956 --> 00:42:26,208
Kenapa awak seksa dia?
491
00:42:26,750 --> 00:42:28,001
Kalau matlamat awak
nak bunuh dia,...
492
00:42:28,084 --> 00:42:30,045
...tentu ada cara
yang lebih mudah.
493
00:42:30,378 --> 00:42:33,215
Sebab itulah hukuman
yang dia patut terima.
494
00:42:52,567 --> 00:42:53,777
Balai Polis Jeongha
495
00:43:08,917 --> 00:43:10,043
Kebajikan Sosial Baru,
Keadilan Baru
496
00:43:10,126 --> 00:43:11,461
Permulaan Baru bersama Jang Gido
497
00:43:11,545 --> 00:43:13,505
Baiklah. Awak boleh
sambung kerja.
498
00:43:13,588 --> 00:43:14,631
Okey.
499
00:43:23,515 --> 00:43:25,183
Akhirnya, Jwa Sibaek
membuka mulutnya.
500
00:43:28,687 --> 00:43:29,729
Kenapa dia bunuh ayah saya?
501
00:43:30,438 --> 00:43:32,524
Dia masih belum bercakap tentang
motif pembunuhannya,...
502
00:43:33,108 --> 00:43:34,943
...tapi dia mengaku cara
dia membunuhnya.
503
00:43:36,736 --> 00:43:38,238
Berapa lama dia fikir
dia boleh lengahkannya...
504
00:43:38,321 --> 00:43:39,864
...dengan penipuan yang jelas?
505
00:43:42,200 --> 00:43:45,287
Katanya dia ke rumah percutian
pada hari pengumuman kempen awak.
506
00:43:46,079 --> 00:43:48,123
Selepas main Go, dia membawanya
ke tingkat bawah tanah...
507
00:43:52,168 --> 00:43:54,754
...dan menyeksanya dengan air
dan renjatan elektrik.
508
00:43:58,216 --> 00:43:59,301
Apa?
509
00:44:00,927 --> 00:44:02,345
Dia menyeksanya?
510
00:44:03,597 --> 00:44:06,891
Polis dalam perjalanan ke sana
untuk mengumpul bukti.
511
00:44:25,410 --> 00:44:26,494
Jwa Sibaek.
512
00:44:29,414 --> 00:44:31,875
Dia bunuh ayah saya?
513
00:44:35,337 --> 00:44:37,547
Polis dalam perjalanan
ke rumah percutian sekarang.
514
00:44:38,131 --> 00:44:39,924
Sebaik saja bukti ditemui untuk
membuktikan kenyataannya...
515
00:44:40,008 --> 00:44:41,092
Tidak.
516
00:44:42,052 --> 00:44:44,179
Tiada apa-apa
di tingkat bawah tanah.
517
00:44:52,562 --> 00:44:54,522
Sebab saya dah buang semuanya.
518
00:45:05,492 --> 00:45:06,618
Apa ini?
519
00:45:07,619 --> 00:45:09,663
Tiada apa-apa di sini.
Di mana buktinya?
520
00:45:11,623 --> 00:45:14,209
Jwa Sibaek tak guna. Dia mahu
kita buat kerja sia-sia?
521
00:45:14,292 --> 00:45:16,753
Hei, lihatlah sekeliling.
Tentu ada sesuatu. Tak guna.
522
00:45:17,671 --> 00:45:19,005
Tiada apa-apa di sini.
523
00:45:21,716 --> 00:45:26,304
Tiada apa-apa di tingkat bawah
tanah rumah percutian itu.
524
00:45:27,722 --> 00:45:29,724
Bukti yang awak beritahu kami.
525
00:45:29,974 --> 00:45:32,477
Kami tak jumpa apa-apa di rumah.
526
00:45:34,187 --> 00:45:35,271
Yakah?
527
00:45:36,147 --> 00:45:37,982
Itu sangat pelik.
528
00:45:41,319 --> 00:45:44,698
Kalau awak main-main,
hentikan sekarang.
529
00:45:45,949 --> 00:45:47,033
Inilah dia.
530
00:45:47,117 --> 00:45:50,537
Melainkan awak mahu didakwa
kerana menghalang keadilan.
531
00:45:52,497 --> 00:45:54,749
Saya tinggalkan
semua bukti di sana,...
532
00:45:54,916 --> 00:45:57,377
...tapi semuanya dah hilang?
533
00:45:58,002 --> 00:46:03,425
Kalau begitu, awak tak rasakah
ada orang yang membuangnya?
534
00:46:06,136 --> 00:46:07,345
Pengerusi Jang Byungchun.
535
00:46:08,012 --> 00:46:10,682
Mula-mula mereka nak tanam dia
atas sebab semula jadi.
536
00:46:12,809 --> 00:46:15,228
Orang yang jumpa dia
dan laporkan kematiannya.
537
00:46:15,311 --> 00:46:18,690
Maknanya, orang yang menemuinya
pasti telah melihatnya.
538
00:46:19,315 --> 00:46:24,195
Kesan seksaan Jang Byungchun
di tingkat bawah tanah.
539
00:46:32,412 --> 00:46:37,584
Laporan dibuat pada pukul 9:30,
dan Choi Taesik dihantar.
540
00:46:37,667 --> 00:46:39,627
Apabila dia tiba di sana,
pengerusi ada di bilik tidur,...
541
00:46:39,711 --> 00:46:43,214
...kelihatan seperti dia mati
dalam tidur dan doktornya datang.
542
00:46:43,465 --> 00:46:46,509
Jang Gido kata ayahnya mati
akibat penyakit lamanya,...
543
00:46:46,593 --> 00:46:48,136
...jadi, Choi Taesik berundur.
544
00:46:48,344 --> 00:46:51,598
Kemudian, pengarah pengebumian
yang mengurus mayat pengerusi...
545
00:46:51,681 --> 00:46:55,101
...telefon polis dan kata, ia tak
nampak macam kematian biasa.
546
00:46:56,311 --> 00:46:58,688
Selepas itu, Park Dukman ditahan.
547
00:46:59,397 --> 00:47:01,149
Sebaik saja kami jumpa
barang berharga...
548
00:47:01,232 --> 00:47:03,151
...yang dia curi dari
rumah percutian, dia mengaku.
549
00:47:04,527 --> 00:47:08,364
Kalau Jwa Sibaek
bercakap benar,...
550
00:47:09,115 --> 00:47:10,533
...tentu Jang Gido nampak.
551
00:47:10,617 --> 00:47:12,243
Mayat ayahnya
di tingkat bawah tanah...
552
00:47:12,327 --> 00:47:13,912
...di mana dia diseksa
dan dibunuh.
553
00:47:13,995 --> 00:47:16,331
Kenapa awak percaya
kata-kata pembunuh itu?
554
00:47:16,706 --> 00:47:18,333
Dia cuma memperdayakan kita.
555
00:47:18,416 --> 00:47:19,751
Jang Gido lagi.
556
00:47:19,876 --> 00:47:21,753
Cho Hyunsik, Yoon Seokgu,
Park Kangil, Jeon Jaeho...
557
00:47:21,836 --> 00:47:23,338
...dan sekarang Jang Byungchun.
558
00:47:23,421 --> 00:47:26,341
Mereka semua terlibat
dengan Jang Gido.
559
00:47:29,803 --> 00:47:32,138
Identiti pembunuh bersiri
yang membunuh...
560
00:47:32,222 --> 00:47:34,682
...warga emas kaya,
termasuk bapa Jang Gido,...
561
00:47:34,766 --> 00:47:37,352
...calon ahli dewan di Jeongha
telah didedahkan, bukan?
562
00:47:37,435 --> 00:47:38,603
Ya, betul.
563
00:47:38,686 --> 00:47:42,273
Suspek ialah En. Jwa,
peguam bela awam di Jeongha.
564
00:47:42,357 --> 00:47:44,317
Dia peguam hak asasi manusia...
565
00:47:44,400 --> 00:47:46,986
...dan pemenang tiga kali
Peguam Bela Awam Tahunan.
566
00:47:47,904 --> 00:47:49,197
Peguam hak asasi manusia?
567
00:47:49,280 --> 00:47:53,201
Orang begitu rupa-rupanya
pembunuh bersiri? Mengejutkan.
568
00:47:53,284 --> 00:47:55,411
Khabarnya, En. Jwa yang
mengaku melakukan jenayah itu...
569
00:47:55,495 --> 00:47:57,372
...turut serta dalam
kempen pilihan raya.
570
00:47:57,455 --> 00:48:00,416
Dunia ini dah hampir kiamat.
571
00:48:00,500 --> 00:48:03,878
Si tak guna ini pun dapat peguam.
572
00:48:03,962 --> 00:48:06,631
Maksud saya, peguam ini.
573
00:48:06,714 --> 00:48:09,926
Mereka tentu dapat banyak duit
untuk bela orang jahat begini.
574
00:48:10,009 --> 00:48:12,220
Awak tak rasa begitu?
575
00:48:12,303 --> 00:48:15,139
Tiada siapa yang waras
akan buat begitu.
576
00:48:15,223 --> 00:48:17,642
Mereka dibutakan dengan duit.
Aduhai.
577
00:48:18,977 --> 00:48:20,061
Kenderaan Media DBPS
578
00:48:40,540 --> 00:48:43,126
Saya tak peduli lagi tentang...
579
00:48:45,086 --> 00:48:47,672
...mana benar atau mana palsu...
580
00:48:49,841 --> 00:48:51,217
...atau kenapa awak pilih saya
sebagai peguam awak.
581
00:48:58,099 --> 00:48:59,434
Saya takkan tertipu lagi.
582
00:49:03,813 --> 00:49:05,023
Saya sendiri...
583
00:49:07,525 --> 00:49:09,027
...akan pastikan
awak dihukum mati.
584
00:49:21,331 --> 00:49:25,293
Kecemasan
Hospital Besar Mi Rae
585
00:49:34,802 --> 00:49:36,095
Dalam bangunan itu,...
586
00:49:39,349 --> 00:49:43,394
...ada orang tak guna
yang awak cari selama ini.
587
00:49:45,772 --> 00:49:46,814
Okey.
588
00:49:54,238 --> 00:49:57,951
Lee Dongpil akan kata
dia bukan Lee Dongpil.
589
00:50:00,370 --> 00:50:02,664
Dia akan tipu awak
untuk selamatkan dirinya.
590
00:50:03,790 --> 00:50:04,916
En. Han.
591
00:50:06,626 --> 00:50:09,212
Jangan percaya kata-kata dia.
592
00:50:11,297 --> 00:50:14,258
Okey, baiklah.
593
00:51:07,603 --> 00:51:08,771
Lee Dongpil!
594
00:51:09,480 --> 00:51:11,524
Awak...
595
00:51:11,607 --> 00:51:13,609
Saya ingat dengan jelas.
596
00:51:14,027 --> 00:51:15,028
Tempat itu.
597
00:51:15,653 --> 00:51:18,322
Tempat yang gelap dan lembap itu.
598
00:51:19,282 --> 00:51:22,285
Bau busuk air. Bau darah.
599
00:51:23,536 --> 00:51:27,498
Bunyi jeritan yang kuat
datang dari bilik sebelah.
600
00:51:29,625 --> 00:51:30,626
Di mana awak...
601
00:51:31,294 --> 00:51:32,295
Awak!
602
00:51:33,504 --> 00:51:35,631
Tempat awak bawa
orang tak bersalah...
603
00:51:36,674 --> 00:51:38,051
...dan seksa mereka dengan air.
604
00:51:39,886 --> 00:51:41,846
Sebab itulah saya jadi begini.
605
00:51:43,389 --> 00:51:45,683
Selepas diseksa oleh awak,...
606
00:51:46,768 --> 00:51:48,102
...saya tak tahan lagi...
607
00:51:49,854 --> 00:51:51,397
...dan mengaku
saya buat sesuatu...
608
00:51:52,482 --> 00:51:53,941
...yang saya tak pernah buat.
609
00:51:54,609 --> 00:51:55,610
Kemudian!
610
00:51:56,736 --> 00:51:58,029
Saya jadi penjenayah.
611
00:52:02,033 --> 00:52:06,412
Semua ini berlaku
disebabkan awak, Lee Dongpil.
612
00:52:07,330 --> 00:52:10,666
Tak guna. Kenapa awak
panggil saya Lee Dongpil?
613
00:52:11,542 --> 00:52:14,754
Lee Dongpil akan kata
dia bukan Lee Dongpil.
614
00:52:15,713 --> 00:52:17,548
Dia akan tipu awak
untuk selamatkan dirinya.
615
00:52:18,966 --> 00:52:20,009
En. Han.
616
00:52:21,677 --> 00:52:24,055
Jangan percaya kata-kata dia.
617
00:52:37,902 --> 00:52:39,028
Lee Dongpil!
618
00:52:40,738 --> 00:52:42,907
Tiba masanya untuk awak terima
balasan atas perbuatan awak.
619
00:52:43,116 --> 00:52:45,076
Nama awak Lee Dongpil!
620
00:52:45,618 --> 00:52:47,203
Awak Lee Dongpil!
621
00:52:47,829 --> 00:52:51,040
Awak Syaitan Penyeksa
Lee Dongpil, orang gila!
622
00:52:56,796 --> 00:52:57,839
Saya...
623
00:53:00,174 --> 00:53:01,634
Saya Lee Dongpil?
624
00:53:02,301 --> 00:53:03,845
Ya, orang gila.
625
00:53:04,929 --> 00:53:08,683
Inspektor Lee Dongpil,
Polis Wilayah Gyeonggi!
626
00:53:19,443 --> 00:53:21,028
Polis Wilayah Gyeonggi...
627
00:53:21,112 --> 00:53:22,196
Tak guna.
628
00:53:22,280 --> 00:53:24,407
Kuat juga lelaki tak guna ini.
629
00:53:32,123 --> 00:53:34,417
Hei. Angkat kepala awak sekali
lagi dan awak akan mati. Faham?
630
00:53:34,500 --> 00:53:35,501
Jangan bergerak.
631
00:53:35,585 --> 00:53:36,627
- Tak guna.
- Matilah awak.
632
00:53:36,711 --> 00:53:39,130
- Masuklah.
- Apa gunanya? Tak guna.
633
00:53:39,213 --> 00:53:41,257
Mari ikut jalan mudah, tak guna!
634
00:53:41,340 --> 00:53:44,218
Ayuh. Berlembut dengan dia.
Oh, Tuhan.
635
00:54:07,575 --> 00:54:11,871
Cho Hyunsik, Yoon Seokgu,
Park Kangil.
636
00:54:12,830 --> 00:54:14,332
Awak bunuh mereka semua, bukan?
637
00:54:15,291 --> 00:54:16,792
Mereka semua dibunuh
dengan cara awak.
638
00:54:17,710 --> 00:54:19,128
Lee Dongpil,...
639
00:54:19,837 --> 00:54:22,590
...kepakaran awak ialah
seksaan air. Awak memang gila!
640
00:54:24,508 --> 00:54:27,887
Apa-apa pun, saya minta maaf.
641
00:54:27,970 --> 00:54:29,013
Kalau begitu, matilah.
642
00:54:32,099 --> 00:54:33,226
Inspektor Lee Dongpil...
643
00:54:33,517 --> 00:54:34,518
Tolonglah.
644
00:54:34,602 --> 00:54:35,645
Dongpil!
645
00:54:35,811 --> 00:54:36,812
Tolonglah.
646
00:54:36,896 --> 00:54:38,981
Saya bukan Lee Dongpil, tak guna!
647
00:54:43,653 --> 00:54:44,695
Tidak!
648
00:54:50,368 --> 00:54:51,369
Saya bukan...
649
00:54:55,373 --> 00:54:56,582
Saya bukan Lee Dongpil.
650
00:54:58,042 --> 00:54:59,043
Saya...
651
00:55:00,253 --> 00:55:01,254
Saya...
652
00:55:02,713 --> 00:55:03,756
Saya...
653
00:55:06,008 --> 00:55:11,931
Awak yang bunuh Cho Hyunsik,
Yoon Seokgu, Park Kangil!
654
00:55:14,558 --> 00:55:15,559
Tak mungkin.
655
00:55:17,520 --> 00:55:18,521
Saya...
656
00:55:19,689 --> 00:55:21,357
Saya bukan raksasa begitu.
657
00:55:23,109 --> 00:55:24,151
Saya tak buat begitu.
658
00:55:24,944 --> 00:55:26,028
Saya tak lakukannya.
659
00:55:26,487 --> 00:55:29,699
Inspektor Lee Dongpil,
Polis Wilayah Gyeonggi.
660
00:55:30,533 --> 00:55:32,326
Tak. Saya tak buat!
661
00:55:32,410 --> 00:55:35,830
Saya tak buat!
Saya bukan raksasa begitu!
662
00:55:35,913 --> 00:55:38,833
Tidak!
663
00:55:47,633 --> 00:55:51,429
Doktor! Tolong saya! Tolong saya!
664
00:55:52,638 --> 00:55:54,015
Cepat!
665
00:57:57,054 --> 00:57:59,056
Sari Kata oleh Farhana Mohar