1 00:00:53,750 --> 00:00:58,500 MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN 2 00:01:14,375 --> 00:01:19,667 Alam semesta yang diketahui, dengan adi wira dan keagungannya, 3 00:01:20,167 --> 00:01:23,000 tetapi bagaimana dengan kegelapan? 4 00:01:23,875 --> 00:01:27,833 Di dalam dunia kita yang moden, di situlah raksasa bersarang, 5 00:01:28,083 --> 00:01:32,375 bersama golongan yang memburu dan membunuh mereka dengan bangga. 6 00:01:33,042 --> 00:01:36,333 Tiada yang sehebat keluarga Bloodstone. 7 00:01:36,417 --> 00:01:42,083 Ketua keluarganya menguasai satu barang tinggalan yang berkuasa, 8 00:01:42,167 --> 00:01:46,250 Bloodstone, senjata yang unik daripada yang lain. 9 00:01:46,333 --> 00:01:50,750 Namun kini, senjata ini memerlukan tuan baharu, 10 00:01:50,833 --> 00:01:54,833 kerana Ulysses Bloodstone telah meninggal. 11 00:01:56,583 --> 00:02:00,000 Malam ini ialah majlis pengebumiannya. 12 00:02:02,000 --> 00:02:05,167 Pemburu telah berkumpul dari seluruh dunia, 13 00:02:06,667 --> 00:02:08,667 saling tak mengenali sebelum malam ini, 14 00:02:09,458 --> 00:02:15,375 untuk menyertai upacara pemburuan yang akan memutuskan pemilik baharu Bloodstone. 15 00:02:17,208 --> 00:02:23,500 Dan kecelakaan besarlah bagi raksasa yang bertemu mereka. 16 00:03:43,000 --> 00:03:44,250 Elsa datang. 17 00:03:57,250 --> 00:03:58,875 Cantik, bukan? 18 00:04:00,667 --> 00:04:02,958 Saya dah bunuh lima puluh tujuh ekor. 19 00:04:06,167 --> 00:04:08,250 Tahun depan musim ke-30 saya. 20 00:04:08,500 --> 00:04:10,875 Saya hampir boleh bau darah di tangan awak. 21 00:04:12,083 --> 00:04:13,000 Terima kasih. 22 00:04:13,250 --> 00:04:15,875 Saya suka rupa awak dengan solekan begini. 23 00:04:16,000 --> 00:04:17,292 Rupa yang menggerunkan. 24 00:04:17,375 --> 00:04:20,000 Ya, untuk beri penghormatan kepada nenek moyang saya. 25 00:04:20,583 --> 00:04:24,042 Saya tak peduli tentang hal seperti menghormati nenek moyang dan perasaan. 26 00:04:24,125 --> 00:04:26,250 Saya hanya tahu rupa itu sesuai dengan awak. 27 00:04:26,333 --> 00:04:31,375 Saya faham kepentingan melindungi identiti dalam kerjaya kita, 28 00:04:31,458 --> 00:04:34,250 tapi sunyilah. 29 00:04:35,583 --> 00:04:37,125 Saya cuma nak kata, saya bangga 30 00:04:37,792 --> 00:04:40,333 meraikan Ulysses bersama awak malam ini. 31 00:04:40,417 --> 00:04:42,750 Ulysses. Ya. Susah percaya yang dia dah tiada. 32 00:04:43,083 --> 00:04:44,750 Ya, si bedebah gila itu. 33 00:04:45,958 --> 00:04:48,417 Rumahnya agak gah, ya? 34 00:04:49,500 --> 00:04:53,208 Awak ada bunuh mana-mana raksasa ini? 35 00:04:55,375 --> 00:04:56,333 Tak. 36 00:04:57,125 --> 00:05:01,667 Tak, tapi saya pernah berlawan dengannya. 37 00:05:02,625 --> 00:05:04,250 Dia tak pernah nampak seghairah itu. 38 00:05:16,042 --> 00:05:21,500 Elsa, selepas 20 tahun, saya harap awak tak rasa terpaksa untuk datang. 39 00:05:21,833 --> 00:05:26,167 Orang lain takkan suka. Berapa lama awak di sini? 40 00:05:26,333 --> 00:05:28,167 Berikan hak saya, saya pergi sekarang. 41 00:05:28,833 --> 00:05:31,667 Apa aspek Bloodstone yang kita kejar sebenarnya? 42 00:05:31,750 --> 00:05:34,875 Kekuatan dan perlindungannya? 43 00:05:35,667 --> 00:05:36,750 Kelanjutan usia... 44 00:05:36,875 --> 00:05:38,917 Verussa, apa saya buat setelah memperolehnya 45 00:05:39,000 --> 00:05:40,458 bukan urusan awak. 46 00:05:40,542 --> 00:05:42,583 Sejujurnya, itu mungkin bahagian terbaik. 47 00:05:45,292 --> 00:05:49,583 Saya tertanya-tanya kalau awak mampu. Bertahun-tahun tanpa latihan... 48 00:05:49,667 --> 00:05:51,333 Tanpa latihan daripada dia. 49 00:05:52,958 --> 00:05:54,292 Mari kita tengok nanti. 50 00:05:56,458 --> 00:05:58,708 Awak berpotensi besar ketika kecil dulu. 51 00:06:00,042 --> 00:06:04,042 Kami semua percaya awak akan mengatasi ayah awak. 52 00:06:05,000 --> 00:06:08,958 Sebaliknya, awak berpuas hati untuk mengikut langkah ibu awak. 53 00:06:10,042 --> 00:06:11,958 Saya dah buat yang terbaik untuk awak. 54 00:06:12,750 --> 00:06:14,167 Malangnya saya tak jadi begitu. 55 00:06:14,250 --> 00:06:16,000 Jangan terlalu senang hati. 56 00:06:17,000 --> 00:06:19,583 Awak kehampaan terbesarnya. 57 00:06:27,583 --> 00:06:32,333 Jumlahnya, lebih 200 mangsa buruan. 58 00:06:34,083 --> 00:06:36,000 Dua puluh enam bagi awak. 59 00:06:37,042 --> 00:06:39,292 Tiga puluh tujuh. 60 00:06:39,583 --> 00:06:41,083 Empat puluh tiga. 61 00:06:41,583 --> 00:06:45,125 Hebat, 57. 62 00:06:45,583 --> 00:06:50,292 Melebihi 100, lebih kurang. 63 00:06:50,583 --> 00:06:51,542 Lebih 100? 64 00:06:51,708 --> 00:06:52,542 Ya. 65 00:06:53,167 --> 00:06:56,500 Begitu banyak pembunuh di dalam satu bilik. 66 00:06:58,750 --> 00:07:00,208 Kesayanganku! 67 00:07:07,375 --> 00:07:11,667 Terima kasih kerana berkumpul dalam upacara ini, 68 00:07:12,458 --> 00:07:19,125 kerana membuka topeng anda untuk memberi penghormatan kepada Ulysses Bloodstone. 69 00:07:20,792 --> 00:07:21,958 Dia seorang pemimpin, 70 00:07:23,958 --> 00:07:25,292 seorang kawan, 71 00:07:25,875 --> 00:07:29,583 seorang kekasih yang tiada taranya. 72 00:07:32,792 --> 00:07:35,583 Dia sedia maklum semangatnya takkan bersama kita malam ini. 73 00:07:35,667 --> 00:07:38,542 Demi menyatakan hasratnya untuk upacara pemburuan ini, 74 00:07:38,625 --> 00:07:43,375 dia menampilkan kehadirannya dengan cara lain. 75 00:07:46,083 --> 00:07:48,375 Dia memang teruk. 76 00:08:20,167 --> 00:08:24,750 Saya berharap kehadiran saya menggembirakan anda. 77 00:08:26,792 --> 00:08:30,333 Terima kasih, Verussa, kerana mengepalainya 78 00:08:30,417 --> 00:08:33,917 dan membentuk tujuan kita dengan baik. 79 00:08:35,208 --> 00:08:40,583 Setelah kematian saya, kini masanya untuk pilih pemimpin baharu 80 00:08:40,667 --> 00:08:44,000 dalam pertempuran melawan raksasa. 81 00:08:44,083 --> 00:08:48,583 Penghormatan ini hanya boleh dianugerahkan kepada 82 00:08:48,667 --> 00:08:53,292 orang yang paling kuat dan komited dengan misi kita. 83 00:08:53,750 --> 00:08:58,333 Tak lama lagi, raksasa yang tak pernah anda hadapi 84 00:08:58,417 --> 00:09:02,375 akan dibebaskan ke dalam tanah suci ini. 85 00:09:03,125 --> 00:09:08,875 Pemburu yang bunuh haiwan ini akan jadi ketua baharu kita, 86 00:09:09,250 --> 00:09:13,292 memiliki Bloodstone saya. 87 00:09:13,375 --> 00:09:15,792 Semoga berjaya. 88 00:09:15,917 --> 00:09:19,958 Saya akan melolong untuk anda. 89 00:09:25,333 --> 00:09:28,625 Maafkan saya. Jenaka kubur. 90 00:09:40,500 --> 00:09:43,250 Hanya ada satu Bloodstone, 91 00:09:44,917 --> 00:09:48,542 dan hanya ada satu penjaga. 92 00:09:49,458 --> 00:09:55,083 Patutnya batu itu milik anak perempuannya, tetapi setelah berdekad-dekad menghilang, 93 00:09:55,833 --> 00:09:59,542 Elsa telah kehilangan hak kelahiran itu. 94 00:10:01,792 --> 00:10:03,875 Senjata-senjata yang dibenarkan malam ini 95 00:10:03,958 --> 00:10:07,375 telah diletakkan di seluruh taman untuk anda cari. 96 00:10:09,583 --> 00:10:11,958 Sebagaimana hasrat suami saya, 97 00:10:13,708 --> 00:10:18,667 batu itu akan dilekatkan pada kulit raksasa itu. 98 00:10:20,167 --> 00:10:21,958 Ini akan melemahkannya. 99 00:10:22,833 --> 00:10:27,292 Ini juga akan membuatkannya marah. 100 00:10:32,000 --> 00:10:33,000 Nanti dulu. 101 00:10:33,083 --> 00:10:37,583 Batu itu akhirnya dibuka untuk rebutan dan kami semua berhak memburu, 102 00:10:37,667 --> 00:10:40,458 tetapi dia boleh ikut serta macam itu saja? 103 00:10:40,542 --> 00:10:45,000 Betul kata dia. Di mana medalion gadis cantik ini? 104 00:10:45,292 --> 00:10:46,875 Dah periksa punggung sendiri? 105 00:10:46,958 --> 00:10:49,542 Elsa dialu-alukan untuk turut serta. 106 00:10:49,708 --> 00:10:54,083 Seperti anda semua, dia perlu menyertainya secara adil. 107 00:10:55,625 --> 00:10:58,958 Tiada layanan khas. 108 00:11:03,042 --> 00:11:04,917 Mereka yang gagal bertahan 109 00:11:05,917 --> 00:11:10,000 akan diberi penghormatan sewajarnya. 110 00:11:13,333 --> 00:11:20,042 Kerana pada malam ini, pemburu akan saling bersaing. 111 00:11:41,792 --> 00:11:43,625 Awak bertuah. 112 00:11:44,500 --> 00:11:46,125 Awak pergi dulu. 113 00:11:49,333 --> 00:11:51,333 Yang lain akan menyusul. 114 00:12:07,583 --> 00:12:09,875 Nampaknya batu itu sudah ditempatkan. 115 00:12:11,917 --> 00:12:13,292 Pergilah. 116 00:12:26,208 --> 00:12:28,083 Sekarang, kita berikrar. 117 00:12:29,167 --> 00:12:32,625 Kita akan tumpahkan darah demi pemburuan ini. 118 00:12:33,083 --> 00:12:38,208 Demi batu dan nama, demi penempa pedang kita. 119 00:12:38,292 --> 00:12:41,750 Buang daripada tanah ini makhluk yang memalukan. 120 00:12:42,750 --> 00:12:48,333 Tiada keamanan tanpa darah, maka begitulah hendaknya. 121 00:12:48,917 --> 00:12:50,875 Maka begitulah hendaknya. 122 00:12:51,542 --> 00:12:53,417 Maka begitulah hendaknya. 123 00:12:54,125 --> 00:12:55,792 Maka begitulah hendaknya. 124 00:12:56,458 --> 00:12:58,667 Maka begitulah hendaknya. 125 00:12:59,208 --> 00:13:01,208 Maka begitulah hendaknya. 126 00:15:46,750 --> 00:15:50,625 Saya sarankan kita abaikan satu sama lain. 127 00:15:51,083 --> 00:15:51,917 Apa? 128 00:15:53,583 --> 00:15:56,458 Saya sarankan kita abaikan satu sama lain. 129 00:16:02,083 --> 00:16:06,000 Batu itu milik saya! 130 00:16:22,167 --> 00:16:25,000 Kematian akan mengejar awak, gadis muda! 131 00:20:03,667 --> 00:20:06,917 Hei. Hei. Apa khabar? 132 00:20:07,917 --> 00:20:10,292 Sudah tentu saya akan cari awak. 133 00:20:10,375 --> 00:20:12,083 Sudah tentu. Awak okey? 134 00:20:14,000 --> 00:20:16,500 Awak asyik kata awak akan berhati-hati setiap kali, 135 00:20:16,583 --> 00:20:18,250 tapi tengoklah. 136 00:20:18,333 --> 00:20:21,750 Awak tak boleh terus harap saya selamatkan awak. Ini kali terakhir. 137 00:20:24,083 --> 00:20:26,708 Saya tahu. Sakitkah? 138 00:20:27,958 --> 00:20:29,375 Ia melemahkan awak, ya? 139 00:20:30,125 --> 00:20:32,208 Ya, mereka kata batu itu jadikan awak begitu. 140 00:20:33,833 --> 00:20:36,042 Jangan risau, saya ada rancangan. 141 00:20:36,583 --> 00:20:40,500 Nampaknya, benda-benda kecil ini meletup. 142 00:20:41,333 --> 00:20:43,375 Kita akan letupkannya untuk keluar dari sini. 143 00:20:43,500 --> 00:20:45,625 Jangan mati, itu saja awak perlu buat. 144 00:20:45,708 --> 00:20:47,833 Terus hidup. 145 00:20:48,083 --> 00:20:51,208 Saya cari tempat letak benda ini, dan datang cari awak. 146 00:20:51,292 --> 00:20:52,833 Saya akan cari awak. Saya tak tahu. 147 00:21:09,083 --> 00:21:11,417 Tidak, tidak, tidak... 148 00:21:11,500 --> 00:21:12,542 Pintu. 149 00:21:18,292 --> 00:21:19,833 Bagus. 150 00:21:31,292 --> 00:21:32,625 Bagaimana malam awak? 151 00:21:32,708 --> 00:21:34,917 Gelap. 152 00:21:37,125 --> 00:21:38,083 Sukar. 153 00:21:39,875 --> 00:21:40,833 Awak cedera? 154 00:21:41,208 --> 00:21:42,667 -Boleh saya bantu? -Tak. 155 00:21:44,583 --> 00:21:45,458 Okey. 156 00:21:49,125 --> 00:21:50,417 Darah banyak keluar. 157 00:21:52,625 --> 00:21:55,125 Mesti ketat dan sekata. 158 00:21:55,375 --> 00:21:56,875 Terima kasihlah. 159 00:21:58,250 --> 00:22:00,250 Saya perlu keluar dari sini. 160 00:22:00,333 --> 00:22:01,542 Saya tak perlu keluar? 161 00:22:02,708 --> 00:22:05,417 Saya nak dapatkan batu itu kerana nak tinggalkan ayah saya, 162 00:22:05,500 --> 00:22:08,833 ibu tiri saya, dan semua ini selamanya. Sekarang saya tersekat... 163 00:22:08,917 --> 00:22:09,917 Ketatnya. 164 00:22:10,000 --> 00:22:11,042 Boleh saya tengok? 165 00:22:12,500 --> 00:22:15,375 Perlu buat dengan betul, kalau tak, tak berkesan. 166 00:22:29,917 --> 00:22:33,375 Awak pun tak nak bertarung tadi, ketika terjumpa saya? 167 00:22:34,583 --> 00:22:37,000 Si gila dengan kapak itu muncul, awak tak melawan. 168 00:22:37,708 --> 00:22:40,667 Saya tak percaya awak buru dan bunuh raksasa. 169 00:22:40,750 --> 00:22:42,958 Saya bukan pemburu jenis itu. 170 00:22:43,750 --> 00:22:45,583 Tak seperti kuli-kuli di luar sana. 171 00:22:45,792 --> 00:22:47,125 Saya pun. 172 00:22:49,417 --> 00:22:52,083 Tak? Bukan dalam DNA awak? 173 00:22:56,875 --> 00:22:59,333 Kalau awak bukan pemburu, kenapa nak batu itu? 174 00:23:04,667 --> 00:23:05,667 Saya tak nak. 175 00:23:08,417 --> 00:23:10,250 Bukan itu sebab saya di sini. 176 00:23:11,250 --> 00:23:13,250 Mungkin kita boleh saling membantu. 177 00:23:14,292 --> 00:23:17,625 Kalau awak tolong saya keluarkan raksasa itu hidup-hidup, 178 00:23:18,833 --> 00:23:20,083 saya berikan awak batu itu. 179 00:23:21,583 --> 00:23:24,625 Yalah. Sebabnya awak akan berborak dengan raksasa itu, 180 00:23:24,708 --> 00:23:27,375 berbincang, kerana awak kawannya? 181 00:23:43,958 --> 00:23:45,875 Awak tak nak jadi macam ayah awak? 182 00:23:45,958 --> 00:23:46,958 Hati-hati. 183 00:23:47,792 --> 00:23:51,167 Saya faham. Mesti rumit membesar dengan keluarga ini. 184 00:23:51,250 --> 00:23:53,333 Awak tak tahu tentang keluarga saya. 185 00:23:53,458 --> 00:23:54,417 Tak. 186 00:23:56,458 --> 00:23:58,417 Keluarga saya berbeza. 187 00:24:00,333 --> 00:24:02,500 Tapi semua keluarga ada persamaan. 188 00:24:04,333 --> 00:24:05,417 Mereka ikut kita. 189 00:24:07,500 --> 00:24:12,667 Baik ataupun buruk, mereka ada, bagaikan suasana. 190 00:24:15,625 --> 00:24:19,500 Kadangkala kita fikir, dengan melakukan sesuatu secara spesifik, 191 00:24:19,583 --> 00:24:22,750 kita boleh ubah segalanya, dan tak jadi macam mereka. 192 00:24:30,292 --> 00:24:32,625 Kadangkala, mereka hanya orang yang leceh 193 00:24:32,708 --> 00:24:34,792 yang kita perlu selamatkan setiap masa. 194 00:24:39,458 --> 00:24:40,333 Entahlah. 195 00:24:41,792 --> 00:24:42,833 Rumit. 196 00:24:46,750 --> 00:24:48,000 Kita boleh mati di sini. 197 00:24:51,208 --> 00:24:52,958 Awak dan saya, dengan keluarga awak. 198 00:24:54,208 --> 00:24:57,292 Itu satu pilihan. Bukan pilihan saya, tapi satu pilihan. 199 00:25:21,833 --> 00:25:22,917 Apa awak buat? 200 00:25:23,000 --> 00:25:24,125 Semasa kecil, 201 00:25:24,208 --> 00:25:27,042 ayah pernah cerita tentang Mak Cik Frances saya yang gila. 202 00:25:34,583 --> 00:25:36,417 Dia kata kalau saya berkelakuan buruk, 203 00:25:37,500 --> 00:25:39,292 mak cik akan buka kuburnya, 204 00:25:39,667 --> 00:25:42,625 keluar dan tarik saya masuk ke kubur untuk temankan dia. 205 00:25:43,375 --> 00:25:47,125 Dia yakin dia akan kembali daripada kematian, dan dia tahu, 206 00:25:48,250 --> 00:25:50,250 ketika tiba masanya, dia perlukan... 207 00:25:52,375 --> 00:25:53,333 Hebat juga. 208 00:25:59,542 --> 00:26:00,792 ...strategi keluar. 209 00:26:11,375 --> 00:26:14,667 Syabas, Elsa. Kalau nak tahu, nama saya Jack. 210 00:26:14,750 --> 00:26:17,375 Awak letupkan dinding, saya bawa dia kepada awak. 211 00:26:17,458 --> 00:26:20,958 Okey, saya percayakan awak. Saya percayakan awak, okey? 212 00:26:21,042 --> 00:26:22,625 Dapatkan batu itu, kita okey. 213 00:26:23,458 --> 00:26:25,208 Kemudian, awak jalan sendiri. 214 00:26:28,750 --> 00:26:33,458 Dinding perimeter terdekat pada arah itu, terus, kemudian dua kiri dan sekali kanan. 215 00:26:33,875 --> 00:26:35,875 Ada rekahan besar di bawah. 216 00:26:35,958 --> 00:26:38,000 Sampai saja di sana, hidupkan bahan letupan. 217 00:26:38,083 --> 00:26:39,958 Baling ke arah dinding, dan lari. 218 00:26:40,042 --> 00:26:40,958 Okey. 219 00:26:41,042 --> 00:26:43,833 Jack, kalau awak khianati saya, saya bunuh kamu berdua. 220 00:26:44,833 --> 00:26:45,875 Okey. 221 00:26:45,958 --> 00:26:49,000 Apabila awak bertemu dengannya... 222 00:26:50,458 --> 00:26:54,083 Layan saja dia macam kawan lama. Panggil namanya. 223 00:26:54,167 --> 00:26:55,125 Apa namanya? 224 00:26:55,500 --> 00:26:57,917 Ted. Namanya Ted. 225 00:26:59,958 --> 00:27:00,792 Ted? 226 00:27:01,458 --> 00:27:02,292 Ya. 227 00:27:03,583 --> 00:27:06,208 Bagaimana nak hidupkan benda ini? Kerana saya dah cuba... 228 00:27:08,375 --> 00:27:09,208 Alamak. 229 00:27:34,417 --> 00:27:35,458 Hei! 230 00:27:58,458 --> 00:27:59,292 Ted? 231 00:28:01,542 --> 00:28:04,292 Awak ada nama yang indah. 232 00:28:05,542 --> 00:28:09,958 Kawan awak sedang tunggu awak. 233 00:28:53,250 --> 00:28:54,083 Tidak! 234 00:29:06,583 --> 00:29:07,542 Tunggu! 235 00:29:54,792 --> 00:29:57,917 Lihatlah. 236 00:29:59,292 --> 00:30:01,417 Bloodstone buat begini kepada awak? 237 00:30:02,292 --> 00:30:05,083 Dia menyambarnya dan benda itu buat dia tercampak. 238 00:30:08,667 --> 00:30:09,833 Aduhai. 239 00:30:13,208 --> 00:30:14,500 Raksasa. 240 00:30:16,583 --> 00:30:19,375 Menyamar sebagai ahli kita. 241 00:30:20,292 --> 00:30:23,250 Mencemarkan malam yang suci. 242 00:30:28,292 --> 00:30:30,667 Awak pula? Apa awak fikirkan? 243 00:30:30,958 --> 00:30:33,083 Awak bebaskan raksasa dengan raksasa? 244 00:30:33,208 --> 00:30:34,583 Saya tak tahu tentang itu. 245 00:30:35,875 --> 00:30:36,708 Beginilah, 246 00:30:38,917 --> 00:30:43,583 saya tak sabar nak tahu apa jenis kejahatan awak. 247 00:30:45,417 --> 00:30:47,292 Kamu semua tak patut dapat batu itu. 248 00:30:47,708 --> 00:30:49,375 Pemburuan ini yang akan tentukan! 249 00:30:56,667 --> 00:30:57,833 Peraturan tuan rumah. 250 00:31:20,625 --> 00:31:23,750 Tidak. Tidak, tidak, tidak, tidak... 251 00:31:25,083 --> 00:31:26,167 Tidak. 252 00:31:36,833 --> 00:31:37,750 Elsa? 253 00:31:42,458 --> 00:31:45,375 Elsa. Awak okey? 254 00:31:47,833 --> 00:31:50,417 Sebelum awak gigit leher saya, mungkin saya okey. 255 00:31:51,833 --> 00:31:55,500 Saya... minta maaf. 256 00:31:56,375 --> 00:31:59,500 Saya tak boleh beritahu awak. Tak selamat. 257 00:31:59,583 --> 00:32:02,000 Awak fikir pendirian saya akan dipengaruhi? 258 00:32:02,458 --> 00:32:05,500 Ya, saya tahu, saya bodoh. Saya tahu. 259 00:32:06,833 --> 00:32:08,292 Tapi saya juga manusia. 260 00:32:09,875 --> 00:32:14,125 Mungkin bukan kategori yang awak gelarkan manusia. 261 00:32:16,833 --> 00:32:20,208 Saya ada sistem untuk kawal kecederaan yang saya mungkin akan buat... 262 00:32:20,292 --> 00:32:23,000 Saya tak peduli dengan sistem awak. 263 00:32:23,083 --> 00:32:25,083 Jauhi saya selagi boleh. 264 00:32:25,167 --> 00:32:28,500 Sistem itu berkesan. Awak pasti terkejut. Sistem itu berkesan. 265 00:32:29,167 --> 00:32:30,417 Kerana saya bukan seperti itu. 266 00:32:31,500 --> 00:32:33,833 Saya begini. Saya... 267 00:32:34,542 --> 00:32:37,625 Saya takkan sakiti awak atau mereka. 268 00:32:38,167 --> 00:32:44,667 Saya memburu dengan bahagian diri saya yang bukan diri saya. 269 00:32:45,667 --> 00:32:47,958 Bukan bahagian itu yang bersama awak sekarang. 270 00:32:51,833 --> 00:32:53,542 Awak tak perlu risau. 271 00:32:53,958 --> 00:32:58,500 Kerana saya mengunci diri sendiri sebulan sekali, setiap bulan purnama. 272 00:32:58,792 --> 00:33:00,042 Itu saja. 273 00:33:00,125 --> 00:33:03,000 Bulan purnama berikutnya dalam lima hari. 274 00:33:03,083 --> 00:33:05,792 Kita ada banyak masa untuk cari jalan. 275 00:33:05,875 --> 00:33:07,583 Awak tak faham, kawan. 276 00:33:09,833 --> 00:33:11,958 Awak fikir kenapa mereka kurung saya dengan awak? 277 00:33:13,167 --> 00:33:14,250 Lima hari? 278 00:33:14,917 --> 00:33:18,000 Bloodstone mampu ubah awak dalam lima saat. 279 00:33:20,792 --> 00:33:22,917 Terima kasih sebab bunuh saya cepat nanti. 280 00:33:40,750 --> 00:33:41,875 Tidak, tidak. 281 00:33:48,542 --> 00:33:50,417 Saya tak patut minta bantuan awak. 282 00:33:51,167 --> 00:33:52,958 Saya tak sepatutnya perlukan bantuan awak. 283 00:33:53,042 --> 00:33:55,417 -Pasti teruk. -Bodoh betul. 284 00:34:04,000 --> 00:34:05,917 Okey, okey. 285 00:34:06,667 --> 00:34:09,458 Kalau hal itu berlaku, awak perlu pandang saya. 286 00:34:09,750 --> 00:34:11,542 Jangan alihkan pandangan langsung. 287 00:34:11,625 --> 00:34:13,167 Apa yang awak maksudkan? 288 00:34:13,708 --> 00:34:15,792 Apa awak buat? Apa... 289 00:34:17,292 --> 00:34:18,125 Pergi... 290 00:34:19,333 --> 00:34:20,917 Ini apa pula? 291 00:34:21,208 --> 00:34:22,583 Saya perlu ingat awak. 292 00:34:24,292 --> 00:34:25,583 Berkesankah? 293 00:34:29,792 --> 00:34:30,625 Sekali. 294 00:34:38,250 --> 00:34:39,583 Saya merayu kepada awak. 295 00:34:40,958 --> 00:34:42,208 Jangan buat begini. 296 00:34:43,292 --> 00:34:44,417 Bukan begini. 297 00:34:49,208 --> 00:34:50,625 Bunuh saya dalam bentuk begini. 298 00:34:52,750 --> 00:34:54,917 Kalau tak, takkan ada belas kasihan, sungguh. 299 00:35:15,667 --> 00:35:16,625 Belas kasihan? 300 00:35:21,583 --> 00:35:23,167 Awak mungkin tak sangka, 301 00:35:23,792 --> 00:35:27,958 tapi misi kami berpaksi kepada belas kasihan kepada awak, 302 00:35:28,875 --> 00:35:30,750 dan makhluk macam awak, 303 00:35:32,292 --> 00:35:36,375 begitu juga nyawa tak bersalah yang awak rentap. 304 00:35:38,917 --> 00:35:42,208 Awak pasti nak lihat, sayang. 305 00:35:42,667 --> 00:35:48,292 Ayah awak meninggal dengan rasa yakin yang awak takkan pulang. Saya berharap. 306 00:35:48,417 --> 00:35:50,833 Entah apa dia rasa tentang awak memburu saya. 307 00:35:50,917 --> 00:35:53,208 Lebih baik daripada pengkhianatan awak. 308 00:35:54,125 --> 00:35:58,667 Apabila perkara ini selesai, tangan saya bersih. 309 00:35:58,750 --> 00:36:02,375 Dia? Tak. 310 00:36:07,292 --> 00:36:11,583 Kini masanya untuk awak munculkan diri. 311 00:36:34,875 --> 00:36:36,125 Maaf, Elsa. 312 00:38:28,792 --> 00:38:30,125 Tangan saya! 313 00:38:30,208 --> 00:38:34,083 Dia takkan lepaskan! Dia takkan lepaskan! Dia tarik saya! 314 00:38:35,667 --> 00:38:36,708 Tangkap dia! 315 00:41:15,208 --> 00:41:17,000 Tidak! Tidak, tidak, tidak! 316 00:43:17,625 --> 00:43:20,208 Jack, awak masih di sana? 317 00:44:43,833 --> 00:44:48,167 Elsa! Awak lepaskan dia! 318 00:44:53,333 --> 00:44:57,208 Sama macam sepanjang hayat awak, awak akan mati 319 00:44:57,792 --> 00:45:01,167 memalukan memori ayah awak 320 00:45:02,333 --> 00:45:05,167 dan nama Bloodstone yang suci! 321 00:45:28,708 --> 00:45:30,458 Dia pergi ke arah itu. 322 00:45:46,542 --> 00:45:47,917 Itu pun awak, puan. 323 00:45:49,708 --> 00:45:55,333 Saya cuma nak berkhidmat untuk awak. 324 00:45:56,167 --> 00:45:58,917 Bagus. Mula dengan bersihkan tempat bersepah ini. 325 00:47:00,208 --> 00:47:01,458 Ya, terima kasih, Ted. 326 00:47:04,333 --> 00:47:05,333 Terima kasih, kawan. 327 00:47:16,375 --> 00:47:17,417 Dia tak apa-apa? 328 00:47:20,417 --> 00:47:21,958 Bagus. Baguslah. 329 00:47:37,167 --> 00:47:39,042 Apa? Tidak. 330 00:47:40,375 --> 00:47:44,167 Tak, saya yang selamatkan awak. Apa yang awak cakap? 331 00:47:44,750 --> 00:47:46,042 Apa-apalah. Tak. 332 00:47:49,500 --> 00:47:52,083 Aduhai, saya tak boleh fikir tentang makanan sekarang. 333 00:47:54,500 --> 00:47:58,667 Ayuh makan susyi. Saya terhutang budi dengan awak. Ya. 334 00:48:00,250 --> 00:48:02,000 Ya, awak pilih. Ya. 335 00:52:32,792 --> 00:52:34,792 Terjemahan sari kata oleh Aimee Hidayah Suhairi