1 00:00:54,280 --> 00:00:57,120 Kita boleh lakukannya bersama-sama. 2 00:00:57,680 --> 00:00:58,840 Awak datang jumpa saya, ya? 3 00:00:59,160 --> 00:01:00,720 Awak boleh jumpa dia juga. 4 00:01:02,240 --> 00:01:03,520 Faiz masih belajar. 5 00:01:03,600 --> 00:01:05,080 Ayahnya menaruh harapan tinggi terhadapnya. 6 00:01:05,880 --> 00:01:08,080 Tapi dia masih belum jumpa anak kami. 7 00:01:09,080 --> 00:01:11,640 Saya tak mahu lihat awak berada di sekitar sini. 8 00:01:11,720 --> 00:01:13,320 Telefon pada tengah malam. 9 00:01:13,400 --> 00:01:15,680 Menjerit, meraung. Tak boleh buat semua itu. 10 00:02:35,600 --> 00:02:38,000 Saya tak pasti situasi yang awak telah lalui. 11 00:02:39,520 --> 00:02:41,360 Awak juga tak kenal saya. 12 00:02:41,800 --> 00:02:44,080 Ibu dan anak... 13 00:02:56,520 --> 00:02:59,320 rentung dalam kebakaran rumah. 14 00:03:13,400 --> 00:03:14,680 Piawai keselamatan kebakaran gagal dipatuhi 50 peratus bangunan tinggi. 15 00:03:15,000 --> 00:03:17,080 Apa yang sedang berlaku? 16 00:03:18,400 --> 00:03:19,400 Helo? 17 00:03:22,880 --> 00:03:24,440 Saya bau gas. 18 00:03:26,520 --> 00:03:27,800 Tekan loceng pintu. 19 00:03:42,000 --> 00:03:43,040 Walaupun dalam letupan sebesar begitu... 20 00:03:43,120 --> 00:03:44,920 mereka masih bersama. 21 00:03:45,600 --> 00:03:47,440 Itulah kasih sayang. 22 00:03:48,800 --> 00:03:50,440 Rohnya tak tenang. 23 00:03:51,120 --> 00:03:53,760 Kali ini pasti berjaya. 24 00:03:54,040 --> 00:03:56,680 Ia akan jadi toyol yang berkuasa... 25 00:03:56,760 --> 00:03:59,840 yang akan melaksanakan semua arahan awak. 26 00:04:00,520 --> 00:04:03,120 Maaf kerana bertemu dengan cara begini. 27 00:04:05,000 --> 00:04:07,360 Takdir telah menemukan kita. 28 00:04:09,760 --> 00:04:13,640 Segala yang kami lakukan, tak boleh dimaafkan. 29 00:04:14,080 --> 00:04:15,640 Inilah yang kami kena terima. 30 00:04:16,520 --> 00:04:17,760 Kami merayu... 31 00:04:17,920 --> 00:04:23,600 agar wanita ini diberi kuasa dan dibebaskan. 32 00:04:28,320 --> 00:04:31,880 Kematian bukan pengakhiran. 33 00:04:35,160 --> 00:04:36,720 Jaga anak ini... 34 00:04:36,800 --> 00:04:39,960 dan sayanginya seperti anak sendiri. 35 00:06:15,920 --> 00:06:19,840 Belum ada petunjuk tentang punca kematian ikan-ikan... 36 00:06:19,920 --> 00:06:22,240 di perkampungan nelayan Kampung Cham. 37 00:06:22,360 --> 00:06:23,880 Penternakan ikan merupakan salah satu... 38 00:06:23,960 --> 00:06:25,360 punca pendapatan utama. 39 00:06:25,600 --> 00:06:28,080 Teori awal sabotaj telah ditolak... 40 00:06:28,160 --> 00:06:29,160 apabila pakar dapati... 41 00:06:29,280 --> 00:06:31,680 tiada kesan pencemaran atau sebab lain... 42 00:06:31,920 --> 00:06:34,080 yang menyebabkan kematian ikan-ikan itu. 43 00:06:34,960 --> 00:06:36,400 Memang pelik. 44 00:06:36,480 --> 00:06:38,360 Haiwan seperti tahu. 45 00:06:38,560 --> 00:06:40,040 Masih ingat haiwan melarikan diri... 46 00:06:40,120 --> 00:06:42,160 sebelum tsunami melanda? 47 00:06:42,800 --> 00:06:44,760 Masih ingat pada 2004 semasa ikan-ikan mati... 48 00:06:44,840 --> 00:06:45,840 hanyut ke pantai sebelum ombak membadai? 49 00:06:45,920 --> 00:06:46,920 Jika awak tanya saya... 50 00:06:47,000 --> 00:06:48,640 ada sesuatu yang besar bakal berlaku. 51 00:06:48,840 --> 00:06:49,880 Kita pasti akan mati... 52 00:06:50,200 --> 00:06:51,280 ketika mereka umumkannya. 53 00:06:51,440 --> 00:06:53,800 Tidak, saya rasa seseorang pasti... 54 00:06:53,880 --> 00:06:54,880 sudah buat seseorang marah. 55 00:06:55,560 --> 00:06:56,880 - Terima kasih. - Terima kasih. 56 00:06:58,040 --> 00:06:59,120 Mereka cakap tentang apa? 57 00:06:59,480 --> 00:07:02,040 Atau buat sesuatu marah. 58 00:07:02,960 --> 00:07:04,320 Buat seseorang marah? 59 00:07:04,400 --> 00:07:06,880 - Jangan jadi gila. - Awak takkan tahu. 60 00:07:07,400 --> 00:07:09,280 Anak lelaki saya bermimpi tentang malam... 61 00:07:09,360 --> 00:07:10,800 sebelum mereka jumpa ikan-ikan mati itu. 62 00:07:10,960 --> 00:07:12,640 Dia mimpi seseorang... 63 00:07:12,720 --> 00:07:13,720 ketuk pintu kami... 64 00:07:13,800 --> 00:07:15,200 nak masuk ke dalam. 65 00:07:15,400 --> 00:07:18,360 Anak saya bermimpi mimpi yang sama. 66 00:07:18,680 --> 00:07:19,920 Ya? 67 00:07:44,920 --> 00:07:45,920 Dia buka pintu... 68 00:07:46,000 --> 00:07:47,120 tapi tiada sesiapa di luar. 69 00:07:47,280 --> 00:07:48,440 Dia sakit selepas itu. 70 00:07:48,880 --> 00:07:51,160 Kampung ini terkena sumpahan. 71 00:07:51,440 --> 00:07:54,320 Ramai orang kampung mulai sakit. 72 00:08:29,560 --> 00:08:30,560 Awak tak apa-apa? 73 00:08:32,120 --> 00:08:33,320 Selamat sejahtera, tuan. 74 00:08:33,400 --> 00:08:34,400 Selamat sejahtera. 75 00:08:34,480 --> 00:08:35,480 Semuanya baik selepas balik dari umrah? 76 00:08:35,560 --> 00:08:36,760 Syukur. Semuanya baik. 77 00:08:36,920 --> 00:08:37,960 Ikut arah sini. Mereka sudah sampai. 78 00:08:38,120 --> 00:08:39,680 Salam sejahtera. 79 00:08:40,680 --> 00:08:44,000 Saya tak lena tidur kerana isu ini. 80 00:08:44,760 --> 00:08:46,680 Ini keutamaan kita. 81 00:08:47,160 --> 00:08:52,800 Saya akan guna segala sumber untuk selesaikan masalah ini. 82 00:08:53,920 --> 00:08:56,440 Saya tak suka tentang teori konspirasi... 83 00:08:56,520 --> 00:08:57,920 yang menular sekarang. 84 00:08:58,320 --> 00:08:59,600 Tolonglah. 85 00:08:59,720 --> 00:09:01,840 Tolong simpati dengan nasib penduduk. 86 00:09:01,920 --> 00:09:03,560 Itu yang saya minta. 87 00:09:03,640 --> 00:09:06,920 Kepada semua ahli politik yang telah mengkritik saya... 88 00:09:07,000 --> 00:09:09,160 sejak hari pertama isu ini timbul. 89 00:09:09,280 --> 00:09:10,760 Ini jawapan saya. 90 00:09:11,560 --> 00:09:14,480 Tuhan tak menghukum sesiapa di sini. 91 00:09:15,080 --> 00:09:17,800 Jadi, jangan pandai-pandai nak jadi Tuhan. 92 00:09:19,040 --> 00:09:21,400 Tuan, ada rancangan sokongan? 93 00:09:22,880 --> 00:09:24,840 Kita masih dalam rancangan utama! 94 00:09:26,760 --> 00:09:29,440 Saya harap kamu tak serius tentang ini. 95 00:09:31,200 --> 00:09:33,240 Tuan, ini gangguan luar. 96 00:09:33,440 --> 00:09:34,640 Bukan sesuatu yang biasa. 97 00:09:34,720 --> 00:09:36,400 Ada yang tak kena. 98 00:09:37,320 --> 00:09:38,800 Ini idea siapa? 99 00:09:39,120 --> 00:09:40,200 Tuan... 100 00:09:40,280 --> 00:09:43,080 tak rugi kalau mencuba. 101 00:09:43,320 --> 00:09:47,440 Kita takkan tahu selagi tak cuba, bukan? 102 00:09:48,720 --> 00:09:50,200 Saya tak pasti. 103 00:09:50,680 --> 00:09:54,480 Kalau tuan tak pasti, saya akan pastikan ia berjaya. 104 00:09:54,800 --> 00:09:56,200 Percaya cakap saya. 105 00:09:57,040 --> 00:10:00,040 Ada perkara yang di luar kuasa kita. 106 00:10:00,160 --> 00:10:02,800 Kita perlukan orang yang sesuai untuk lakukannya. 107 00:10:03,320 --> 00:10:05,240 Untuk lakukan dengan betul. 108 00:10:05,440 --> 00:10:06,880 Itu maksud saya. 109 00:10:21,440 --> 00:10:22,480 Awak tahu, Zul? 110 00:10:22,600 --> 00:10:24,920 Ayah saya tinggalkan banyak legasi. 111 00:10:25,040 --> 00:10:27,400 Tiada satu pun saya bangga. 112 00:10:27,520 --> 00:10:30,400 Dia peras ugut dan menekan rakyat. 113 00:10:30,560 --> 00:10:31,960 Apabila orang pandang saya... 114 00:10:32,040 --> 00:10:34,120 mereka fikir saya dapat segalanya dengan mudah. 115 00:10:34,320 --> 00:10:35,320 Awak tahu betapa sukarnya... 116 00:10:35,400 --> 00:10:37,080 saya nak keluar dari bayang-bayangnya. 117 00:10:37,600 --> 00:10:41,800 Itulah sebabnya kita tak boleh silap langkah. 118 00:10:44,920 --> 00:10:47,280 Saya bukan seperti ayah saya. 119 00:10:47,480 --> 00:10:49,120 Saya nak buat perkara yang betul. 120 00:10:49,840 --> 00:10:50,920 Saya tahu, tuan. 121 00:10:51,000 --> 00:10:53,880 Saya rasa semua orang pun tahu. 122 00:10:54,760 --> 00:10:56,080 Tapi begini... 123 00:10:56,160 --> 00:10:58,400 kita tak sakiti sesiapa. 124 00:10:58,480 --> 00:11:00,240 Kita cuba saja. 125 00:11:00,680 --> 00:11:01,680 Bayar saja. 126 00:11:01,760 --> 00:11:05,640 Anggaplah sebagai membuat baik kepada masyarakat. 127 00:11:06,080 --> 00:11:08,400 Saya tak pernah buat perkara sebegini. 128 00:11:08,840 --> 00:11:09,880 Mahalkah? 129 00:11:23,040 --> 00:11:25,200 Saya fikir nak buat secara senyap. 130 00:11:25,680 --> 00:11:27,280 Kenapa ramai orang? 131 00:11:27,840 --> 00:11:29,880 Dia kata begini cara dia lakukannya. 132 00:11:30,160 --> 00:11:33,280 Semua ini pengikutnya. 133 00:12:09,640 --> 00:12:11,040 Siapa awak? 134 00:12:12,200 --> 00:12:13,560 Dia buat apa? 135 00:12:16,440 --> 00:12:17,480 Halau roh. 136 00:12:23,080 --> 00:12:24,360 Siapa awak? 137 00:12:24,440 --> 00:12:25,840 Syaitan atau iblis? 138 00:12:26,280 --> 00:12:27,640 Tinggalkan budak ini! 139 00:12:32,000 --> 00:12:33,520 Tinggalkan budak ini! 140 00:12:33,640 --> 00:12:35,160 Tinggalkan budak ini! 141 00:12:41,960 --> 00:12:44,080 Hujan akan turun... 142 00:12:44,280 --> 00:12:46,360 dua hari dua malam. 143 00:12:49,360 --> 00:12:54,400 Untuk mencuci dan memulihkan dunia. 144 00:13:05,880 --> 00:13:08,480 Dia minta lebih banyak ikan agaknya. 145 00:13:08,560 --> 00:13:10,160 Macam mana boleh jadi begini? 146 00:13:13,440 --> 00:13:16,440 Bukan awak yang terpaksa jawab di parlimen. 147 00:13:17,480 --> 00:13:19,240 Teruk saya dipersoal nanti. 148 00:13:19,960 --> 00:13:21,360 - Sila masuk. - Sila masuk. 149 00:13:22,400 --> 00:13:23,680 Kamu tahu... 150 00:13:23,840 --> 00:13:26,280 bomoh itu kata kita belum bayar duit dia? 151 00:13:26,520 --> 00:13:29,960 Jangan risau, saya akan selesaikannya. 152 00:13:30,040 --> 00:13:32,760 Misteri Kematian Ikan Masih Belum Diselesaikan 153 00:13:34,880 --> 00:13:36,720 Lebih banyak pihak media menulis tentang dia... 154 00:13:36,880 --> 00:13:38,480 makin teruk reputasi saya. 155 00:13:39,360 --> 00:13:40,920 Saya kasihan... 156 00:13:41,000 --> 00:13:42,200 orang kampung itu saja. 157 00:13:43,520 --> 00:13:45,880 Awak tak syak apa-apa tentang budak yang dirasuk itu? 158 00:13:46,000 --> 00:13:47,000 Dia adik ipar bomoh itu! 159 00:13:47,080 --> 00:13:49,000 Itu pun awak tak sedar? 160 00:13:51,240 --> 00:13:53,000 Kita kena minta maaf. 161 00:13:53,080 --> 00:13:54,440 Saya akan draf kenyataan akhbar. 162 00:13:54,520 --> 00:13:55,520 Periksa untuk saya. 163 00:14:02,240 --> 00:14:03,880 Melakukan kebaikan, kononnya? 164 00:14:29,280 --> 00:14:31,240 Kita pernah jumpa sebelum ini? 165 00:14:33,520 --> 00:14:35,160 Pernah nampak saya? 166 00:14:36,320 --> 00:14:37,320 Mungkin. 167 00:14:42,200 --> 00:14:45,280 Maaf, saya tak biasa buat perkara sebegini. 168 00:14:45,560 --> 00:14:47,600 Tapi kita pernah bertemu, bukan? 169 00:14:48,160 --> 00:14:51,480 Jika encik rasa begitu, terpulanglah. 170 00:14:55,680 --> 00:14:57,000 Maafkan saya. 171 00:14:57,320 --> 00:14:59,320 Encik ada masalah? 172 00:15:05,800 --> 00:15:08,000 Saya rasa cik salah orang. 173 00:15:12,600 --> 00:15:13,600 Semua bomoh ini... 174 00:15:13,680 --> 00:15:16,080 rasa saya uruskan badan kebajikan? 175 00:15:16,160 --> 00:15:18,120 Mereka ingat mereka siapa? 176 00:15:18,280 --> 00:15:20,160 Kalau nak uruskan negara... 177 00:15:20,240 --> 00:15:21,400 jadi ahli politik. 178 00:15:42,280 --> 00:15:43,920 Apa awak letak di dalam poket saya? 179 00:15:44,080 --> 00:15:45,080 Ini apa? 180 00:15:45,440 --> 00:15:47,200 Saya cuma nak tolong. 181 00:15:49,160 --> 00:15:50,800 Apa awak tahu tentang anak saya? 182 00:15:51,240 --> 00:15:52,480 Ini satu gurauan? 183 00:15:53,080 --> 00:15:54,360 Sudah dua tahun. 184 00:15:54,440 --> 00:15:56,040 Tak guna kalau masih rasa kesal. 185 00:15:56,800 --> 00:15:59,280 Sebab anak encik takkan hidup kembali. 186 00:15:59,400 --> 00:16:00,800 Tapi saya tahu... 187 00:16:00,960 --> 00:16:03,000 encik boleh hidupkan pekan ini. 188 00:16:04,960 --> 00:16:07,120 Macam mana awak tahu tentang anak saya? 189 00:16:08,040 --> 00:16:09,600 Saya cuma nak menolong. 190 00:16:42,720 --> 00:16:45,200 Awak pasti tak nak kami hantar ke dalam? 191 00:16:46,200 --> 00:16:49,080 Tak apa. Di sini sudah memadai. 192 00:17:00,680 --> 00:17:01,800 Zul. 193 00:17:02,880 --> 00:17:04,760 Bos jumpa apa di dalam poketnya? 194 00:17:08,200 --> 00:17:09,320 Mainan. 195 00:17:09,920 --> 00:17:12,320 Anak dia masukkannya di dalam poket jaketnya... 196 00:17:13,280 --> 00:17:15,280 pada hari kematian dia. 197 00:17:16,200 --> 00:17:17,600 Tiada sesiapa tahu. 198 00:17:18,560 --> 00:17:19,800 Isteri dia pun tak tahu. 199 00:17:20,160 --> 00:17:22,400 Macam mana wanita itu tahu? 200 00:17:26,200 --> 00:17:27,280 Okey. 201 00:17:30,520 --> 00:17:32,080 Itulah sebabnya... 202 00:17:32,160 --> 00:17:33,960 bos begitu serius tentang wanita ini. 203 00:18:08,080 --> 00:18:09,080 Zul. 204 00:18:12,600 --> 00:18:13,720 Apa? 205 00:18:14,280 --> 00:18:15,600 Awak dengar? 206 00:18:17,440 --> 00:18:18,800 Dengar apa? 207 00:18:19,720 --> 00:18:20,880 Budak menangis. 208 00:18:31,800 --> 00:18:33,680 Ini bukan idea yang baik. 209 00:18:33,920 --> 00:18:35,240 Dia sudah pesan jangan ganggu dia. 210 00:18:35,400 --> 00:18:37,720 Kita bukan nak ganggu dia. 211 00:18:38,880 --> 00:18:42,560 Elok awak berdoa agar tiada perkara buruk berlaku. 212 00:18:42,800 --> 00:18:44,520 Tuan percaya dia. 213 00:18:44,600 --> 00:18:46,520 Awak sedar cara tuan pandang dia? 214 00:18:48,000 --> 00:18:50,800 Saya cuma nak tengok muslihat dia. 215 00:19:08,120 --> 00:19:10,000 Dia cakap dengan siapa? 216 00:19:12,920 --> 00:19:14,120 Nampak itu? 217 00:19:33,920 --> 00:19:35,160 Tikus? 218 00:19:36,200 --> 00:19:38,400 Biar betul tikus. 219 00:19:40,520 --> 00:19:42,280 Itu bukan tikus. 220 00:19:42,800 --> 00:19:44,520 Terlalu besar untuk tikus. 221 00:19:44,800 --> 00:19:46,080 Terlalu gelap, mana awak tahu? 222 00:19:46,160 --> 00:19:47,760 Saya boleh rasa. 223 00:19:47,840 --> 00:19:49,200 Ular atau tikus? 224 00:19:49,360 --> 00:19:52,120 Saya pernah nampak tikus besar. 225 00:19:53,320 --> 00:19:55,040 Itu bukan tikus. 226 00:20:06,040 --> 00:20:08,000 Kamu ke mana? 227 00:20:11,840 --> 00:20:13,600 Saya tak percaya. Tak mungkin betul. 228 00:20:13,760 --> 00:20:14,920 Kenapa? 229 00:20:15,000 --> 00:20:16,680 Tiada keajaiban di sini. 230 00:20:16,840 --> 00:20:18,080 Awak tak tahu. 231 00:20:18,320 --> 00:20:20,280 Kali ini saya dengar bomoh wanita. 232 00:20:23,000 --> 00:20:28,160 Kepada mereka yang sebarkan perkara tak betul... 233 00:20:28,240 --> 00:20:29,800 tiada kontroversi di sini. 234 00:20:29,880 --> 00:20:31,360 Saya pun dengar begitu. 235 00:20:31,480 --> 00:20:33,080 Bomoh sebelum ini... 236 00:20:33,160 --> 00:20:34,520 memang penipu. 237 00:20:34,640 --> 00:20:35,640 Kali ini... 238 00:20:35,720 --> 00:20:36,800 mereka guna bomoh wanita dari Indonesia. 239 00:20:36,880 --> 00:20:38,480 Saya dengar dia berkuasa. 240 00:20:39,320 --> 00:20:40,800 Saya jamin... 241 00:20:40,880 --> 00:20:44,120 tiada sesiapa nak racun kolam penduduk kampung. 242 00:20:44,200 --> 00:20:45,200 Saya tak peduli orangnya. 243 00:20:45,280 --> 00:20:47,640 Yang penting masalah itu sudah diselesaikan. 244 00:20:47,760 --> 00:20:50,080 Kepada mereka yang nak lihat saya jatuh... 245 00:20:50,760 --> 00:20:51,760 terbukti hari ini... 246 00:20:51,840 --> 00:20:55,920 saya jadi lebih kuat dan komited terhadap penduduk kampung ini. 247 00:20:56,000 --> 00:20:58,000 Jangan main-main dengan perkara seperti ini. 248 00:20:58,080 --> 00:20:59,680 Ia seperti kad kredit. 249 00:20:59,760 --> 00:21:00,920 Memang seronok guna... 250 00:21:01,080 --> 00:21:02,480 tapi lambat laun, awak kena bayar semula. 251 00:21:02,560 --> 00:21:03,560 Tuan masih belum beritahu... 252 00:21:03,640 --> 00:21:05,280 cara atasi masalah ini. 253 00:21:06,360 --> 00:21:10,760 Saya guna bomoh yang lebih handal. 254 00:21:17,560 --> 00:21:18,560 Mustahil tak jumpa apa-apa. 255 00:21:18,640 --> 00:21:21,240 Rekod cukai tak ada? Rekod keluarga? 256 00:21:21,320 --> 00:21:22,840 Tentu ada sesuatu! 257 00:21:23,280 --> 00:21:24,720 Apa maksud awak saya kena bayar lebih? 258 00:21:30,440 --> 00:21:31,760 Jangan begitu. 259 00:21:33,720 --> 00:21:36,680 Berapa banyak saya nak kena bayar lagi? 260 00:21:39,760 --> 00:21:41,160 Okey, baiklah. 261 00:21:41,680 --> 00:21:42,840 Saya akan bayar awak. 262 00:24:01,200 --> 00:24:02,640 Salam sejahtera. 263 00:24:05,040 --> 00:24:06,360 Salam sejahtera. 264 00:24:09,960 --> 00:24:11,520 Jangan risau. 265 00:24:12,480 --> 00:24:14,840 Saya bukan nak minta duit awak. 266 00:24:17,600 --> 00:24:19,480 Buatlah apa-apa saja. 267 00:24:20,880 --> 00:24:22,680 Tolong tinggalkan dia. 268 00:24:23,920 --> 00:24:26,640 Saya makin suka tempat ini. 269 00:24:28,680 --> 00:24:29,960 Boleh awak pergi dari sini? 270 00:24:30,760 --> 00:24:32,120 Tolong pergi. 271 00:24:33,680 --> 00:24:36,960 Sebut harganya. 272 00:24:40,640 --> 00:24:42,040 Mungkin... 273 00:24:44,720 --> 00:24:46,960 awak yang patut tinggalkan dia. 274 00:24:56,640 --> 00:24:58,800 Mana dia? 275 00:25:06,440 --> 00:25:08,920 - Helo? - Lan, saya nak cakap dengan tuan! 276 00:25:09,720 --> 00:25:12,000 Kami sedang melawat rumah anak yatim. 277 00:25:12,120 --> 00:25:13,120 - Kenapa? - Lan! 278 00:25:13,200 --> 00:25:15,640 Saya nak cakap dengan tuan sekarang! 279 00:25:16,640 --> 00:25:19,200 Dia kata tak mahu diganggu. 280 00:25:19,400 --> 00:25:21,680 Awak tak sedar semua ini angkara dia. 281 00:25:21,760 --> 00:25:23,880 Ikan-ikan mati, semua angkara dia, Lan! 282 00:25:23,960 --> 00:25:26,400 Di mana kamu? 283 00:25:27,480 --> 00:25:28,600 Tak dengar. 284 00:25:28,680 --> 00:25:30,320 Lan, dengarkah? Lan! 285 00:25:30,400 --> 00:25:32,920 Hei, awak di mana? 286 00:25:34,800 --> 00:25:36,200 Tak guna! 287 00:25:36,960 --> 00:25:38,360 Tak guna! 288 00:25:41,400 --> 00:25:42,400 Hei! 289 00:25:42,480 --> 00:25:46,480 Siapa kena tangkap tak boleh makan ais krim. 290 00:25:53,320 --> 00:25:55,320 Kamu berdua, jangan bising! 291 00:25:56,800 --> 00:25:59,400 Tak pernah puas. Di rumah bising, di sini bising. 292 00:25:59,480 --> 00:26:01,120 Dengar cakap ayah. 293 00:26:21,680 --> 00:26:22,680 Helo. 294 00:26:24,800 --> 00:26:26,000 Apa? 295 00:26:27,440 --> 00:26:28,640 Di mana? 296 00:26:30,920 --> 00:26:32,120 Okey. 297 00:26:33,640 --> 00:26:35,040 Jumpa sekejap lagi. 298 00:26:39,520 --> 00:26:41,320 Zul kena langgar kereta. 299 00:26:42,800 --> 00:26:44,800 Meninggal dunia di dalam ambulans. 300 00:26:48,160 --> 00:26:50,560 Saya masih ingat semasa pergi ke kolejnya. 301 00:26:51,440 --> 00:26:53,640 Dia satu-satunya pelajar yang cabar saya. 302 00:26:54,960 --> 00:26:56,760 Saya suka sikap dia. 303 00:26:58,840 --> 00:27:01,440 Saya pilih dia, latih dia. 304 00:27:01,960 --> 00:27:03,880 Biayai pengajiannya. 305 00:27:05,000 --> 00:27:06,200 Jaga dia. 306 00:27:10,000 --> 00:27:11,800 Awak marah saya? 307 00:27:13,440 --> 00:27:14,840 Tidak. 308 00:27:17,320 --> 00:27:19,320 Kenapa saya nak marah awak? 309 00:27:21,280 --> 00:27:22,880 Awak juga yang beritahu saya... 310 00:27:22,960 --> 00:27:26,120 dia curi duit di belakang saya. 311 00:27:31,200 --> 00:27:33,000 Saya terlambat? 312 00:27:34,400 --> 00:27:35,600 Tidak. 313 00:27:37,000 --> 00:27:39,400 Semuanya akan okey selepas ini. 314 00:28:05,200 --> 00:28:07,000 Apa kita buat di sini? 315 00:28:07,760 --> 00:28:09,360 Tak ada apa-apa pun. 316 00:28:11,560 --> 00:28:13,360 Apabila saya selesaikan masalah... 317 00:28:13,440 --> 00:28:15,640 orang akan lupa berita buruk tentang saya. 318 00:28:16,440 --> 00:28:17,880 Sayang. 319 00:28:17,960 --> 00:28:19,320 Para penternak ikan di kampung... 320 00:28:19,400 --> 00:28:20,800 sangat berterima kasih kepada awak. 321 00:28:20,880 --> 00:28:22,480 Ramai pelancong datang. 322 00:28:24,640 --> 00:28:28,040 Ada sebab saya dilantik sekali lagi. 323 00:28:31,000 --> 00:28:32,040 Jadi, ini masanya... 324 00:28:32,120 --> 00:28:34,520 awak nak saya tutup mata... 325 00:28:34,920 --> 00:28:37,720 supaya awak boleh kalungkan rantai di leher saya? 326 00:28:38,640 --> 00:28:42,840 Awak boleh baca fikiran saya. 327 00:28:44,960 --> 00:28:46,160 Tutup mata. 328 00:28:52,280 --> 00:28:53,360 Sayang? 329 00:28:55,360 --> 00:28:57,160 Okey, buka mata. 330 00:29:04,840 --> 00:29:07,280 Ada tiga pemaju bida tanah ini. 331 00:29:07,360 --> 00:29:09,080 Cuba teka siapa dapat? 332 00:29:11,440 --> 00:29:12,840 Sayang? 333 00:29:13,440 --> 00:29:15,640 Semua ini akan jadi milik awak. 334 00:29:16,320 --> 00:29:18,320 Saya akan sediakan dokumen. 335 00:29:19,600 --> 00:29:20,960 Saya takkan sampai ke tahap ini... 336 00:29:21,040 --> 00:29:22,400 tanpa awak, sayang. 337 00:29:27,120 --> 00:29:29,320 Semuanya akan berubah. 338 00:29:30,320 --> 00:29:31,720 Semuanya. 339 00:29:45,680 --> 00:29:48,280 Awak janji nak beri nama anak kita. 340 00:29:49,680 --> 00:29:50,960 Bagus. 341 00:29:52,240 --> 00:29:55,120 Bos, kita akan menang kes saman ini. 342 00:29:57,280 --> 00:30:00,280 Bagus. 343 00:30:00,560 --> 00:30:04,280 Memang betul cadangan awak. Kita patut saman semua akhbar itu. 344 00:30:04,360 --> 00:30:08,280 Kalau akhbar tulis perkara mengarut tentang saya... 345 00:30:08,640 --> 00:30:11,240 elok kita dapat habuan daripadanya. 346 00:30:13,720 --> 00:30:15,480 Awak tak suka dengar berita ini? 347 00:30:15,560 --> 00:30:16,760 Sayang... 348 00:30:17,360 --> 00:30:21,760 jangan lupa, ada perkara yang awak belum selesaikan. 349 00:30:49,080 --> 00:30:50,880 Ini saja, Datin. 350 00:30:56,520 --> 00:30:59,120 Ayah awak pasti terseksa di dalam kubur. 351 00:31:01,440 --> 00:31:03,840 Nak ludah awak pun saya tak ingin! 352 00:31:05,960 --> 00:31:06,960 Tak berbaloi. 353 00:31:16,640 --> 00:31:17,760 Begini. 354 00:31:19,120 --> 00:31:21,120 Walaupun selepas 12 tahun... 355 00:31:21,360 --> 00:31:22,520 dia masih tak faham... 356 00:31:22,600 --> 00:31:24,280 saya tak mahu jadi seperti ayah saya. 357 00:31:25,440 --> 00:31:26,600 Boleh kita teruskan? 358 00:31:27,320 --> 00:31:29,000 Tuan sedar... 359 00:31:29,080 --> 00:31:30,960 tuan melepaskan banyak perkara. 360 00:31:31,040 --> 00:31:32,360 Tuan nak pertimbangkan semula? 361 00:31:32,440 --> 00:31:34,080 Tidak, saya amat yakin. 362 00:31:35,760 --> 00:31:37,920 Tentu tuan sangat sayangkan isteri baru tuan. 363 00:31:52,760 --> 00:31:53,760 Hei! 364 00:31:53,840 --> 00:31:56,160 Awak takkan aman di rumah saya, perempuan tak guna! 365 00:31:56,720 --> 00:31:58,760 - Datin! - Keluar! 366 00:31:58,840 --> 00:32:01,360 - Lepaskan saya! - Okey, maaf. 367 00:32:03,640 --> 00:32:05,360 Perempuan tak guna! 368 00:32:18,480 --> 00:32:22,440 Saya lapar, rasa macam boleh makan orang. 369 00:32:25,160 --> 00:32:26,760 Ibu tak restu. 370 00:32:30,400 --> 00:32:31,480 Ibu. 371 00:32:32,880 --> 00:32:34,240 Duduk dulu. 372 00:32:41,880 --> 00:32:44,000 Ibu akan tahu juga. 373 00:32:44,760 --> 00:32:47,080 Sebelum ini semasa kahwin dengan Siti pun sama. 374 00:32:47,160 --> 00:32:48,160 Ibu tak setuju... 375 00:32:48,240 --> 00:32:49,640 tak restu. 376 00:32:49,720 --> 00:32:51,080 Siti ada di sini tadi. 377 00:32:51,160 --> 00:32:53,560 Ibu tahu perkara ini akan berlaku. 378 00:32:53,640 --> 00:32:56,640 Ibu kesal kerana tak mampu menghalang kamu. 379 00:32:58,160 --> 00:33:00,560 Hubungan saya dan Siti sudah berakhir. 380 00:33:01,080 --> 00:33:02,840 Dia sudah bebas sekarang. 381 00:33:03,320 --> 00:33:05,120 Boleh ke mana-mana dia suka. 382 00:33:06,120 --> 00:33:07,960 Berbaloi hilang akal... 383 00:33:08,040 --> 00:33:10,640 demi wanita itu? 384 00:33:12,120 --> 00:33:13,720 Kamu seperti ayah kamu. 385 00:33:14,040 --> 00:33:16,240 Kamu hanya mahu perkara yang kamu inginkan. 386 00:33:17,080 --> 00:33:18,800 Walaupun ayah kamu ada perempuan simpanan... 387 00:33:18,880 --> 00:33:20,320 dia sentiasa pulang ke rumah. 388 00:33:20,400 --> 00:33:21,840 Dia tak pernah abaikan kita. 389 00:33:21,920 --> 00:33:24,320 Saya tak mahu jadi seperti ayah. 390 00:33:24,760 --> 00:33:26,160 Dia layan ibu dengan teruk... 391 00:33:26,240 --> 00:33:28,040 tapi ibu tak melawan. 392 00:33:28,560 --> 00:33:30,560 Saya tak mahu jadi seperti ayah. 393 00:33:31,840 --> 00:33:34,040 Saya nak buat cara saya. 394 00:33:36,000 --> 00:33:37,800 Kamu nak buat ikut cara sendiri? 395 00:33:39,840 --> 00:33:42,640 Ibu akan tahu nanti. 396 00:33:43,840 --> 00:33:45,640 Kamu saja yang ibu ada. 397 00:33:46,000 --> 00:33:47,480 Ibu tak boleh buat apa-apa lagi. 398 00:33:47,560 --> 00:33:49,360 Kamu sembahyang atau tidak? 399 00:33:51,000 --> 00:33:52,600 Tuhan saja yang melindungi kamu. 400 00:33:53,440 --> 00:33:55,960 Saman fitnah terhadap APC Media Holdings... 401 00:33:56,040 --> 00:33:58,240 akan diselesaikan di luar mahkamah. 402 00:33:58,320 --> 00:34:00,840 Syarikat itu disaman sejuta ringgit... 403 00:34:00,920 --> 00:34:02,400 berhubung laporan yang mendakwa... 404 00:34:02,480 --> 00:34:05,200 Dato terlibat dalam salah laku perniagaan... 405 00:34:05,280 --> 00:34:08,320 masa masalah kolam penternakan ikan di Kampung Cham. 406 00:34:08,400 --> 00:34:11,720 Seperti anda lihat, saya sangat bersyukur... 407 00:34:11,800 --> 00:34:15,600 kerana mahkamah memutuskan saya di pihak yang benar. 408 00:34:39,440 --> 00:34:41,440 Sabar, anakku. 409 00:34:43,000 --> 00:34:46,000 Semuanya akan selesai tak lama lagi. 410 00:35:31,480 --> 00:35:33,760 Kenapa, sayang? 411 00:35:34,960 --> 00:35:36,840 Saya tak boleh tidur... 412 00:35:36,920 --> 00:35:39,320 sejak wanita itu keluar rumah. 413 00:35:40,080 --> 00:35:43,080 Setiap malam saya mimpi aneh. 414 00:35:44,280 --> 00:35:47,040 Kadangkala saya mimpi awak... 415 00:35:47,560 --> 00:35:49,360 Kenapa saya mimpi awak... 416 00:35:49,440 --> 00:35:52,520 sedangkan jumpa awak setiap hari? 417 00:35:52,600 --> 00:35:55,880 Mungkin dia sudah buat sesuatu pada rumah ini. 418 00:35:56,800 --> 00:35:58,000 Sesuatu yang jahat. 419 00:35:58,080 --> 00:36:00,480 Awak ingat saya tak periksa rumah ini? 420 00:36:02,280 --> 00:36:04,480 Bukan itu maksud saya. 421 00:36:06,160 --> 00:36:11,960 Maksud saya, sesuatu yang awak tak boleh uruskan. 422 00:36:14,440 --> 00:36:17,240 Tiada apa-apa yang saya tak boleh uruskan. 423 00:36:26,120 --> 00:36:29,720 Awak tahu apa yang pelik tentang mimpi itu? 424 00:36:31,960 --> 00:36:34,760 Ingat kali pertama kita bertemu? 425 00:36:35,040 --> 00:36:38,720 Saya sebut seperti pernah lihat awak. 426 00:36:39,400 --> 00:36:41,200 Dalam mimpi-mimpi itu... 427 00:36:42,720 --> 00:36:45,120 macam kita sudah lama kenal. 428 00:36:45,440 --> 00:36:48,840 Perasaan itu semakin kuat. 429 00:36:51,680 --> 00:36:54,080 Sakit tekak pula selepas cakap banyak. 430 00:37:34,120 --> 00:37:35,120 Sayang? 431 00:37:58,160 --> 00:37:59,560 Itu awak, sayang? 432 00:38:26,400 --> 00:38:28,800 Sayang, ada orang di dalam rumah! 433 00:39:20,480 --> 00:39:21,680 Jangan! 434 00:39:29,720 --> 00:39:31,800 Awak kena biasakan diri. 435 00:39:32,480 --> 00:39:35,480 Ada sebab kita sampai sejauh ini. 436 00:39:36,720 --> 00:39:38,520 Dengar cakap saya baik-baik. 437 00:39:41,240 --> 00:39:43,040 Jangan toleh. 438 00:39:44,360 --> 00:39:47,160 Ia mungkin cemburu dengan awak. 439 00:39:48,600 --> 00:39:50,200 Mari sini, sayang. 440 00:39:59,920 --> 00:40:01,360 Sakit, bukan? 441 00:40:03,240 --> 00:40:05,200 Tak macam dalam mimpi. 442 00:40:10,120 --> 00:40:12,120 Tapi mimpi boleh jadi kenyataan. 443 00:40:15,720 --> 00:40:18,320 Ibu saya perempuan simpanan ayah. 444 00:40:20,080 --> 00:40:22,000 Dia cantik. 445 00:40:22,080 --> 00:40:24,480 Tak seperti isteri ayah saya... 446 00:40:25,360 --> 00:40:27,600 yang sering dapat perhatian... 447 00:40:28,040 --> 00:40:30,120 daripada ayah dan keluarganya. 448 00:40:30,720 --> 00:40:34,040 Mereka kaya dan terkenal. 449 00:40:34,320 --> 00:40:36,320 Semua orang kenal mereka. 450 00:40:39,520 --> 00:40:40,520 Saya dan ibu... 451 00:40:40,600 --> 00:40:41,640 seperti tak wujud. 452 00:40:43,200 --> 00:40:45,200 Saya nak jadi cantik. 453 00:40:48,000 --> 00:40:50,000 Cantik seperti ibu saya. 454 00:40:51,160 --> 00:40:55,160 Biar satu dunia nampak. 455 00:40:59,040 --> 00:41:01,080 Maafkan kami... 456 00:41:01,160 --> 00:41:04,680 kami lemah dan tak berkuasa. 457 00:41:04,760 --> 00:41:06,240 Kami mohon... 458 00:41:06,320 --> 00:41:10,720 berikan wanita ini kuasa dan kebebasan. 459 00:41:10,960 --> 00:41:13,800 Awak sanggup berkhidmat dan setia? 460 00:41:18,160 --> 00:41:19,760 Saya sanggup... 461 00:41:28,560 --> 00:41:30,760 dan akan tetap setia. 462 00:41:31,800 --> 00:41:34,600 Sekarang cerita kisah awak. 463 00:41:36,160 --> 00:41:38,560 Semasa enam belas tahun... 464 00:41:42,800 --> 00:41:44,200 saya hamil. 465 00:41:44,720 --> 00:41:46,520 Saya hamil. 466 00:41:47,440 --> 00:41:49,640 Saya mahu simpan kandungan saya. 467 00:41:51,040 --> 00:41:53,040 Saya sedar saya kurang cerdik. 468 00:41:55,120 --> 00:41:57,520 Ayah saya paksa saya gugurkannya. 469 00:42:01,200 --> 00:42:03,920 Walaupun dia tahu bayi itu anaknya. 470 00:42:05,840 --> 00:42:07,880 Selepas ibu saya tahu... 471 00:42:11,800 --> 00:42:14,200 dia berubah. 472 00:42:16,760 --> 00:42:17,760 Saya jaga dia... 473 00:42:17,840 --> 00:42:20,040 semasa dia di rumah sakit jiwa. 474 00:42:22,840 --> 00:42:25,440 Ayah melawat sekali saja. 475 00:42:26,800 --> 00:42:32,600 Semasa datang, dia menangis dan mohon kemaafan. 476 00:42:34,440 --> 00:42:37,240 Tapi ketika itu, ibu sudah meninggal dunia. 477 00:42:38,320 --> 00:42:40,320 Dia sudah lama meninggal dunia. 478 00:42:43,680 --> 00:42:46,880 Saya nak balas dendam dengan semua kebencian saya. 479 00:42:47,600 --> 00:42:50,400 Tapi tak sempat sebab dia sudah mati. 480 00:42:52,720 --> 00:42:55,040 Ayah sudah tiada. 481 00:43:00,000 --> 00:43:05,400 Saya tak boleh membalas dendam terhadap ayah. 482 00:43:08,440 --> 00:43:10,240 Tapi saya tahu... 483 00:43:12,000 --> 00:43:14,120 keluarga dia masih ada. 484 00:43:20,080 --> 00:43:22,080 Seperti kata awak. 485 00:43:23,280 --> 00:43:25,480 Kita ada hubungan. 486 00:43:30,880 --> 00:43:32,480 Sayang sekali... 487 00:43:35,320 --> 00:43:38,040 ayah kita tak pernah cerita tentang saya. 488 00:43:42,080 --> 00:43:43,480 Abang. 489 00:44:51,360 --> 00:44:53,160 Saya sayang budak itu. 490 00:44:54,120 --> 00:44:56,040 Dia tahu akibatnya. 491 00:44:56,640 --> 00:44:58,560 Sepuluh tahun tak lama. 492 00:44:58,640 --> 00:45:01,240 Saya harap Adam tak menderita... 493 00:45:01,560 --> 00:45:04,160 apabila tiba harinya. 494 00:45:08,720 --> 00:45:10,320 Tahniah, Datin! 495 00:45:10,400 --> 00:45:11,560 Saya dengar berita baik. 496 00:45:11,640 --> 00:45:13,200 Undian untuk Datin begitu tinggi! 497 00:45:13,280 --> 00:45:14,720 Pasti Datin menang. 498 00:45:14,800 --> 00:45:16,000 Terima kasih. 499 00:45:16,080 --> 00:45:18,400 Saya yang patut berterima kasih. 500 00:45:23,280 --> 00:45:24,680 Salam ayah. 501 00:45:32,960 --> 00:45:34,640 Mulut dia sudah boleh bergerak sikit, Datin. 502 00:45:35,680 --> 00:45:37,280 Sudah banyak perubahan, bukan? 503 00:45:38,320 --> 00:45:39,880 Kami tak boleh beri harapan yang tinggi... 504 00:45:39,960 --> 00:45:41,520 kepada pesakit strok. 505 00:45:42,960 --> 00:45:46,160 Datin, bangunan belakang itu sudah siap. 506 00:45:46,640 --> 00:45:48,240 Datin nak tengok? 507 00:45:49,200 --> 00:45:51,200 Saya gembira dapat menolong. 508 00:45:58,840 --> 00:46:00,640 Indahnya hari ini. 509 00:46:23,760 --> 00:46:25,560 Pernah nampak saya?