1
00:00:07,360 --> 00:00:09,000
Dia tipu peminat Barcelona.
2
00:00:09,080 --> 00:00:11,000
Dia kecewakan kami dan akan dapat balasan.
3
00:00:11,080 --> 00:00:13,600
Dia mata duitan. Dia boleh pergi mati.
4
00:00:36,000 --> 00:00:38,560
Selamat datang
ke kisah bola sepak terhebat.
5
00:00:38,640 --> 00:00:42,320
Antara perlawanan bola sepak
terhebat di dunia.
6
00:00:44,320 --> 00:00:48,640
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
7
00:00:50,680 --> 00:00:52,640
Barcelona menentang Real Madrid.
8
00:00:52,720 --> 00:00:55,400
Catalonia menentang Sepanyol.
9
00:00:55,920 --> 00:00:58,720
Tapi malam ini,
semuanya tentang seorang lelaki.
10
00:00:59,880 --> 00:01:03,680
Ia sambutan yang teruk,
terutamanya untuk Luís Figo.
11
00:01:03,760 --> 00:01:05,840
Pengkhianat, mata duitan, pembelot.
12
00:01:05,920 --> 00:01:08,080
Itu yang peminat Barcelona gelarnya,
13
00:01:08,160 --> 00:01:11,280
walaupun dia pernah menjadi wira
di Catalonia.
14
00:01:12,120 --> 00:01:15,560
Hati-hati! Keadaan boleh jadi teruk
bila-bila masa!
15
00:01:15,640 --> 00:01:19,200
CATALONIA TIDAK LUPA. PEMBELOT!
16
00:01:21,440 --> 00:01:24,160
Mereka baling apa saja ke arah Luís Figo.
17
00:01:26,320 --> 00:01:28,360
Semuanya.
18
00:01:38,720 --> 00:01:40,040
Ia dah berakhir.
19
00:01:40,560 --> 00:01:43,440
Perlawanan akan dihentikan.
Mari lihat kata Medina Cantalejo.
20
00:01:43,520 --> 00:01:46,440
Dia akan menghentikan perlawanan.
21
00:01:48,520 --> 00:01:53,160
Seolah-olah baru semalam
Figo dipuja di stadium ini.
22
00:01:53,680 --> 00:01:56,520
Bagaimana keadaan berakhir seperti ini?
23
00:02:07,720 --> 00:02:09,920
Ramai fikir mereka tahu kisahnya.
24
00:02:11,280 --> 00:02:12,280
Tapi…
25
00:02:13,320 --> 00:02:15,160
hanya saya tahu kebenarannya.
26
00:02:19,960 --> 00:02:21,560
Kerana saya protagonisnya.
27
00:02:24,560 --> 00:02:25,880
Kerana ini hidup saya.
28
00:02:27,840 --> 00:02:29,720
Semua orang ada versi sendiri.
29
00:02:30,680 --> 00:02:32,640
Saya akan ceritakan versi saya.
30
00:02:46,920 --> 00:02:49,400
LISBON
31
00:03:01,840 --> 00:03:03,960
Pemain bola sepak Portugis Luís Figo
32
00:03:04,040 --> 00:03:06,960
akan bermain dua musim seterusnya
untuk Barcelona,
33
00:03:07,040 --> 00:03:09,280
mengikut sumber dalam akhbar Portugis.
34
00:03:09,360 --> 00:03:12,720
Figo, 22, pemain untuk Sporting Lisbon,
35
00:03:12,800 --> 00:03:15,680
kini antara bintang bola sepak terbesar
Portugal.
36
00:03:16,480 --> 00:03:18,880
Figo akan meninggalkan kejiranan ini,
37
00:03:18,960 --> 00:03:20,760
sebelas kilometer dari Lisbon,
38
00:03:20,840 --> 00:03:23,240
untuk kehidupan mewah di Barcelona.
39
00:03:24,600 --> 00:03:28,680
Saya rasakan kebahagiaan
dan kegembiraan yang hebat.
40
00:03:29,680 --> 00:03:34,000
Barcelona pasukan yang saya ikuti
dan kagumi.
41
00:03:37,000 --> 00:03:40,680
Saya rasa seperti budak
yang baru diberi bola baru.
42
00:03:44,000 --> 00:03:49,040
Itu langkah pertama saya ke luar negara.
43
00:03:49,120 --> 00:03:52,200
Ia realiti yang sangat berbeza.
44
00:03:52,280 --> 00:03:55,320
Negara baru, liga baru…
45
00:03:55,400 --> 00:03:56,680
Saya sangat muda.
46
00:03:57,960 --> 00:03:59,560
Saya akan hidup sendiri.
47
00:03:59,640 --> 00:04:02,320
Saya tinggal dengan ibu bapa saya
sebelum itu.
48
00:04:03,200 --> 00:04:05,600
DESTINASI: BARCELONA
49
00:04:13,880 --> 00:04:16,440
Luís Figo, sehingga kini
pemain Sporting Lisbon,
50
00:04:16,520 --> 00:04:20,880
tiba dengan bergaya,
bersama ejennya, José Veiga.
51
00:04:38,520 --> 00:04:40,760
Luís, awak terkejut dengan sambutan ini?
52
00:04:41,280 --> 00:04:45,280
Agak terkejut, tapi apabila anda
ambil kira saiz kelab itu,
53
00:04:46,040 --> 00:04:47,600
saya tak begitu terkejut.
54
00:04:47,680 --> 00:04:51,600
Tapi adakah awak sedar
awak pembelian bintang Barcelona musim ini
55
00:04:51,680 --> 00:04:55,200
dan ada jangkaan besar untuk awak?
56
00:04:55,280 --> 00:04:59,000
Ya. Saya harap
saya boleh menepati jangkaan itu.
57
00:04:59,640 --> 00:05:03,200
- Awak gembira, Luís?
- Ya. Saya sangat gembira sekarang.
58
00:05:06,800 --> 00:05:09,360
Saya rasa ia kelab yang besar,
59
00:05:10,520 --> 00:05:14,040
di mana saya boleh capai
perkara yang saya mahu,
60
00:05:14,120 --> 00:05:16,320
iaitu untuk memenangi gelaran.
61
00:05:17,880 --> 00:05:22,160
Sebagai peminat bola sepak yang dimainkan
Pasukan Impian Johan Cruyff,
62
00:05:22,680 --> 00:05:24,120
saya ambil peluang itu.
63
00:05:33,560 --> 00:05:38,160
Saya disokong kebanyakan pemain Sepanyol.
64
00:05:40,760 --> 00:05:44,080
Terutamanya Pep.
65
00:05:44,960 --> 00:05:51,200
Itu membantu saya
menjadi sebahagian daripada kelab
66
00:05:51,280 --> 00:05:52,880
dan budayanya.
67
00:05:55,760 --> 00:05:57,560
Sudah 20 tahun berlalu?
68
00:05:58,080 --> 00:05:59,560
- Ya.
- Ya? Aduhai.
69
00:06:02,080 --> 00:06:08,680
Sebenarnya, saya dah lupa
banyak soalan yang saya ada untuk dia.
70
00:06:08,760 --> 00:06:11,920
Cepatnya masa berlalu.
71
00:06:16,720 --> 00:06:18,400
Kami banyak habiskan masa bersama.
72
00:06:18,920 --> 00:06:22,800
Kami berkongsi bilik semasa pra perlawanan
dan kami rakan sebilik.
73
00:06:22,880 --> 00:06:25,480
Jadi kami banyak habiskan masa bersama.
74
00:06:27,000 --> 00:06:29,480
Kami tak boleh dipisahkan.
75
00:06:34,720 --> 00:06:40,680
Selamat petang dari Nou Camp,
di mana Barcelona menentang Real Madrid.
76
00:06:40,760 --> 00:06:43,360
Ini pasukan dari ibu kota.
77
00:06:45,960 --> 00:06:48,800
Saya ingat lagi pada zaman awal Figo,
78
00:06:49,520 --> 00:06:52,200
saya jumpa Cruyff dan kata,
"Siapa yang awak beli?"
79
00:06:52,280 --> 00:06:55,120
Maksudnya lelaki ini hebat.
80
00:06:56,400 --> 00:06:58,320
Guardiola kepada Figo…
81
00:07:15,720 --> 00:07:19,520
Semasa kami bersama
di Barcelona, dia pemain yang hebat.
82
00:07:20,920 --> 00:07:24,000
Sangat hebat.
83
00:07:25,440 --> 00:07:28,200
Selamat petang
dari Stadium Santiago Bernabéu di Madrid.
84
00:07:28,280 --> 00:07:31,440
Suasana hebat untuk perlawanan akhir
Piala Sepanyol.
85
00:07:31,520 --> 00:07:37,000
Barcelona dan Real Madrid
akan mula berlawan tak lama lagi.
86
00:07:49,920 --> 00:07:53,440
Perkara terbaik tentang Luís
adalah apabila anda ada masalah,
87
00:07:53,520 --> 00:07:55,320
dia akan bantu anda.
88
00:08:05,200 --> 00:08:09,120
MINIT 45
89
00:08:13,800 --> 00:08:15,800
Ada ramai pemain hebat
90
00:08:15,880 --> 00:08:19,360
yang ketika sukar, mereka bergelut.
91
00:08:21,680 --> 00:08:24,560
Luís pula sebaliknya.
92
00:08:25,320 --> 00:08:28,000
Ketika sukar, dia akan kata,
"Beri saya bola,"
93
00:08:28,640 --> 00:08:31,920
dan dia akan cuba mengubah keadaan.
94
00:08:45,200 --> 00:08:49,880
Barcelona mendapat markah
yang saya rasa mungkin pemenangnya!
95
00:08:50,800 --> 00:08:54,080
GOL DUA
96
00:09:00,640 --> 00:09:02,200
Ini dia!
97
00:09:06,760 --> 00:09:09,280
Siapa jaringkan gol kemenangan semalam?
98
00:09:10,960 --> 00:09:15,120
Jangan berhenti, Figo
99
00:09:15,200 --> 00:09:21,120
Jangan berhenti, Figo
100
00:09:21,200 --> 00:09:23,000
Anda boleh beli kalendar Figo…
101
00:09:23,080 --> 00:09:24,560
poskad…
102
00:09:24,640 --> 00:09:26,600
poster…
103
00:09:26,680 --> 00:09:30,960
dan baju Figo nombor tujuh.
104
00:09:31,040 --> 00:09:32,960
Ini kegilaan Figo.
105
00:09:35,000 --> 00:09:39,600
Selamat petang. Selamat datang
ke Nou Camp. Tiada permainan lebih besar.
106
00:09:39,680 --> 00:09:42,600
Barcelona menentang Real Madrid.
107
00:09:42,680 --> 00:09:44,240
El Clásico.
108
00:09:44,920 --> 00:09:46,360
Di sini, di Nou Camp,
109
00:09:46,440 --> 00:09:52,040
Barcelona boleh menjadi
110
00:09:52,120 --> 00:09:57,840
juara liga tahun 1997-98.
111
00:10:01,840 --> 00:10:04,080
Menentang Luís Figo bukan pengalaman.
112
00:10:04,160 --> 00:10:05,360
Ia penderitaan.
113
00:10:08,560 --> 00:10:12,280
Menentang Luís bermaksud tak tidur lena.
114
00:10:12,360 --> 00:10:15,000
Dia kapten Barcelona
dan tugas saya menghalang dia.
115
00:10:15,080 --> 00:10:18,400
Saya tahu perkara
yang saya perlu buat, tapi ia mustahil.
116
00:10:29,480 --> 00:10:31,440
Dia nombor satu di dunia.
117
00:10:35,720 --> 00:10:41,480
Sekarang, Barcelona boleh merasakan
kemenangan manis bagi gelaran liga.
118
00:10:50,040 --> 00:10:54,600
Figo boleh dikatakan simbol kelab itu
119
00:10:54,680 --> 00:10:58,120
semasa dia di Barcelona.
120
00:11:00,120 --> 00:11:02,720
Saya berpegang pada nilai-nilai kelab itu.
121
00:11:03,920 --> 00:11:06,000
Saya sanggup mati untuk baju itu.
122
00:11:07,560 --> 00:11:11,520
Saya rasa sebab itu saya dilihat
sebagai salah satu daripada mereka.
123
00:11:11,600 --> 00:11:16,560
Saya rasa ada orang tertentu
yang patut ucap tahniah kepada kita.
124
00:11:19,280 --> 00:11:25,880
Putih Madrid! Tunduk kepada juara!
125
00:11:25,960 --> 00:11:27,360
Hidup Barça!
126
00:11:41,920 --> 00:11:48,920
Barcelona ialah juara liga 1998-99!
127
00:11:49,000 --> 00:11:53,920
Ini gelaran liga keenam mereka
bagi tahun 90-an.
128
00:11:54,000 --> 00:11:56,360
Mereka memenangi banyak gelaran
pada dekad ini sahaja
129
00:11:56,440 --> 00:11:58,960
berbanding selama 40 tahun yang lalu.
130
00:12:01,160 --> 00:12:03,480
Luís, pertama sekali, tahniah.
131
00:12:04,000 --> 00:12:06,960
Adakah ini bukti kukuh
keunggulan semasa Barcelona?
132
00:12:07,640 --> 00:12:12,240
Sekarang saya rasa
Barça mempunyai profesional yang hebat,
133
00:12:12,320 --> 00:12:16,720
pemain hebat
134
00:12:16,800 --> 00:12:19,200
dan kami pasti kelab terbaik di dunia.
135
00:12:19,280 --> 00:12:21,440
Juara, kawan!
136
00:12:21,520 --> 00:12:22,960
Kami yang terbaik.
137
00:12:23,600 --> 00:12:25,080
Hidup Barça!
138
00:12:26,320 --> 00:12:31,600
Ada dua musim berturut-turut
di mana kami menang liga itu.
139
00:12:32,520 --> 00:12:35,280
Kalau anda menang liga,
anda pasukan terbaik.
140
00:12:44,960 --> 00:12:51,120
Ia tempoh yang indah bagi saya
dan pada usia muda sebegitu.
141
00:12:51,200 --> 00:12:54,520
Ketika itulah saya bertemu isteri saya.
142
00:12:57,400 --> 00:13:00,000
Anak perempuan sulung saya
lahir di Barcelona.
143
00:13:01,640 --> 00:13:04,440
Sebenarnya, saya sangat gembira.
144
00:13:05,720 --> 00:13:08,120
Hari ini 31 Mac.
145
00:13:08,200 --> 00:13:12,840
Daniela baru berumur setahun
146
00:13:12,920 --> 00:13:16,600
dan kami raikan hari lahirnya di rumah.
147
00:13:40,480 --> 00:13:42,560
Awak ingat musim terakhir Figo?
148
00:13:42,640 --> 00:13:46,600
Dia nampak tak gembira?
Dia ada sebut tentang kontraknya?
149
00:13:46,680 --> 00:13:47,800
Tidak.
150
00:13:47,880 --> 00:13:49,200
Tak pernah.
151
00:13:49,720 --> 00:13:53,600
Dia mahir memisahkan bola sepak
daripada hidup di luar.
152
00:13:56,160 --> 00:13:58,640
Saya tahu
dalam beberapa bulan terakhirnya,
153
00:13:58,720 --> 00:14:02,520
ada banyak khabar angin
154
00:14:02,600 --> 00:14:04,280
dan kami bincang tentangnya.
155
00:14:04,360 --> 00:14:06,600
Saya tanya dia keadaan dia.
156
00:14:06,680 --> 00:14:11,120
Dia kata dia okey dan apa yang ditakdirkan
akan berlaku pasti berlaku.
157
00:14:11,840 --> 00:14:14,040
Tapi dia macam biasa saja.
158
00:14:17,360 --> 00:14:20,160
Saya sangat gembira
di bandar itu dan kelab itu.
159
00:14:22,840 --> 00:14:27,680
Tapi perkara yang penting bagi saya
160
00:14:27,760 --> 00:14:32,000
ialah rasa dihargai atas perkara
yang saya berikan kepada kelab.
161
00:14:36,600 --> 00:14:40,000
Mungkin kadangkala saya tak rasa dihargai
162
00:14:41,320 --> 00:14:44,560
oleh orang-orang yang uruskan kelab
163
00:14:44,640 --> 00:14:49,760
berbanding orang-orang
yang menyokong kelab, peminat.
164
00:14:53,120 --> 00:14:55,960
Bagi saya,
bermain bola sepak menggembirakan,
165
00:14:57,040 --> 00:14:59,200
tapi diiktiraf atas sumbangan saya
juga penting.
166
00:15:12,840 --> 00:15:15,960
Saya tak boleh ulas.
Saya tak tahu apa akan berlaku.
167
00:15:16,040 --> 00:15:21,760
Tapi saya harap semuanya selesai
dan kami semua boleh bertenang.
168
00:15:21,840 --> 00:15:25,200
Saya nak kata, "Nikmati hari cuti,"
tapi awak tak bercuti.
169
00:15:25,280 --> 00:15:28,120
- Semoga berjaya dalam Euros.
- Terima kasih.
170
00:15:28,200 --> 00:15:32,360
Apabila anda rasa begitu,
171
00:15:34,440 --> 00:15:36,920
bahawa orang tak hargai anda,
172
00:15:38,240 --> 00:15:42,280
mungkin ada kelab lain
yang akan hargai dan hormati anda.
173
00:15:47,600 --> 00:15:49,560
Satu lagi musim mengecewakan dalam negara…
174
00:15:49,640 --> 00:15:50,480
24 MEI
175
00:15:50,560 --> 00:15:55,520
…tapi Real Madrid cuma ada satu permainan
sebelum menakluki Eropah sekali lagi.
176
00:15:55,600 --> 00:16:00,120
Madrid berdepan Valencia
dalam pusingan akhir Liga Juara Sepanyol.
177
00:16:22,000 --> 00:16:25,360
Real Madrid, tiga-kosong.
178
00:16:25,440 --> 00:16:30,800
Real Madrid kini boleh mengira
hingga lapan Piala Eropah!
179
00:16:32,160 --> 00:16:35,400
Bermain dalam Real Madrid
180
00:16:35,480 --> 00:16:38,080
bermakna anda perlu bermain
dalam Liga Juara dan menang.
181
00:16:39,360 --> 00:16:43,200
Persediaan kami sentiasa
tertumpu pada Liga Juara
182
00:16:43,280 --> 00:16:45,520
kerana sudah lama kami tak menang.
183
00:16:51,160 --> 00:16:52,400
Bagi saya,
184
00:16:53,480 --> 00:16:58,880
tak syak lagi ia saat penting
dalam sejarah baru Real Madrid.
185
00:17:01,640 --> 00:17:07,240
Ia memulihkan kuasa dan status kelab itu
di Eropah sekali lagi.
186
00:17:11,840 --> 00:17:15,040
Kedua-dua Liga Juara
yang menang di bawah Lorenzo Sanz
187
00:17:15,120 --> 00:17:16,920
sangat hebat untuk kelab.
188
00:17:23,720 --> 00:17:28,000
Sebagai seorang presiden,
saya rasa Lorenzo sangat mesra.
189
00:17:28,520 --> 00:17:31,320
Dia sangat rapat
dengan kami, seperti ayah.
190
00:17:42,960 --> 00:17:45,040
Sepanyol ialah negara yang berbeza
191
00:17:46,000 --> 00:17:48,520
di mana presiden ialah protagonis.
192
00:17:49,120 --> 00:17:51,920
Mereka disanjungi orang ramai.
193
00:17:52,000 --> 00:17:55,240
Mereka disanjungi dalam pasukan
dan di bilik persalinan.
194
00:17:56,480 --> 00:18:00,880
Presiden perlu berada
di tengah-tengah sebagai simbol kelab.
195
00:18:04,960 --> 00:18:05,800
Ia rasmi.
196
00:18:05,880 --> 00:18:09,720
Musim panas ini, ahli Real Madrid
perlu mengundi presiden mereka.
197
00:18:09,800 --> 00:18:12,360
Lorenzo Sanz mempunyai setahun lagi
sebagai presiden
198
00:18:12,440 --> 00:18:15,640
tapi telah memutuskan
bahawa ini masa yang sesuai
199
00:18:15,720 --> 00:18:17,560
untuk mengambil alih penggal baru.
200
00:18:18,400 --> 00:18:22,320
Kini kita perlu tunggu dan lihat
jika ada calon yang boleh mencabar
201
00:18:22,400 --> 00:18:26,480
presiden yang memenangi
dua Liga Juara dalam tiga tahun.
202
00:18:30,280 --> 00:18:33,720
Hari ini ada tetamu istimewa
dalam program kami.
203
00:18:35,160 --> 00:18:38,600
Dia berusia 53 tahun.
Dia jurutera awam. Dia dah berkahwin.
204
00:18:38,680 --> 00:18:42,400
Dia sudah menjadi
ahli Real Madrid selama 40 tahun.
205
00:18:47,080 --> 00:18:49,560
Sila alu-alukan Florentino Pérez.
206
00:18:49,640 --> 00:18:50,640
Selamat petang.
207
00:18:54,200 --> 00:18:57,800
- Tuan presiden Real Madrid seterusnya?
- Saya pasti.
208
00:18:58,600 --> 00:19:02,480
Kami tahu dia ahli perniagaan
yang penting dan berkuasa…
209
00:19:04,920 --> 00:19:07,680
yang sukakan bola sepak
210
00:19:07,760 --> 00:19:12,240
dan telah memutuskan
untuk menjadi calon pilihan raya presiden.
211
00:19:12,320 --> 00:19:14,520
INILAH CARA MADRID MENANG
212
00:19:14,600 --> 00:19:16,480
Tapi kami tak tahu banyak tentang dia.
213
00:19:21,480 --> 00:19:25,120
Kenapa seseorang nak jadi
presiden kelab bola sepak?
214
00:19:25,880 --> 00:19:26,960
Atas banyak sebab.
215
00:19:27,040 --> 00:19:29,960
Kenapa seseorang nak jadi
presiden sebuah negara?
216
00:19:30,640 --> 00:19:33,720
Untuk kuasa. Untuk buat keputusan.
217
00:19:33,800 --> 00:19:37,640
Dalam kes Florentino,
dia ahli Madrid sejak dia dilahirkan.
218
00:19:37,720 --> 00:19:38,560
PENYIAR
219
00:19:38,640 --> 00:19:40,160
Ayahnya jadikan dia ahli.
220
00:19:40,680 --> 00:19:45,400
Saya rasa itu kehidupan dia.
221
00:19:47,840 --> 00:19:52,160
Saya sangka perwatakannya
sama licik seperti sekarang,
222
00:19:53,240 --> 00:19:55,920
sama dingin seperti perasaannya,
223
00:19:56,000 --> 00:19:58,760
tapi mungkin dia lebih naif dahulu
224
00:19:58,840 --> 00:20:02,000
tentang dunia bola sepak
berbanding sekarang.
225
00:20:03,760 --> 00:20:06,600
KEMPEN PRESIDEN
226
00:20:06,680 --> 00:20:08,360
Bola sepak adalah tentang keputusan.
227
00:20:08,440 --> 00:20:09,360
WARTAWAN REAL MADRID
228
00:20:09,440 --> 00:20:12,280
Madrid menang dua Liga Juara.
Orang fikir, "Bagaimana dia boleh menang?"
229
00:20:12,800 --> 00:20:15,880
Florentino berikan satu mesej
230
00:20:15,960 --> 00:20:20,560
bahawa walaupun Real Madrid
menang dua Liga Juara,
231
00:20:21,240 --> 00:20:22,800
mereka kekurangan sesuatu.
232
00:20:23,280 --> 00:20:26,520
Mereka perlukan pemain
yang berkaliber tertentu
233
00:20:27,440 --> 00:20:30,760
untuk memulihkan reputasi,
yang pada pandangannya,
234
00:20:30,840 --> 00:20:32,920
makin pudar di pentas antarabangsa.
235
00:20:34,920 --> 00:20:38,840
Ada dua cara untuk menang.
Menang kecil atau menang besar,
236
00:20:38,920 --> 00:20:43,480
yang merupakan cara pasukan Real Madrid
sentiasa menang pada masa lalu.
237
00:20:44,320 --> 00:20:47,200
Saya nak menang besar.
238
00:20:47,280 --> 00:20:52,360
Sebab itulah ini kelab paling terkenal
dan berprestij di dunia.
239
00:20:52,440 --> 00:20:54,040
Kelab ini, seperti yang semua tahu,
240
00:20:54,120 --> 00:20:57,240
telah diisytiharkan
sebagai Kelab Abad Ini oleh FIFA,
241
00:20:57,320 --> 00:21:03,080
dan ini disebabkan gaya
dan tindakannya yang unik.
242
00:21:03,160 --> 00:21:06,560
Malangnya, kita jauh daripada imej itu.
243
00:21:09,480 --> 00:21:12,320
Tiada apa-apa
yang boleh menghalang Di Stéfano.
244
00:21:15,120 --> 00:21:18,680
Real Madrid telah memenangi
Piala Eropah pertama.
245
00:21:28,760 --> 00:21:32,320
Real Madrid unik disebabkan sejarahnya.
246
00:21:32,920 --> 00:21:35,320
Pencapaian hebat oleh Real Madrid ini
247
00:21:35,400 --> 00:21:38,960
menunjukkan sokongan peminat mereka
yang tinggi.
248
00:21:53,960 --> 00:21:55,040
Disebabkan mereka tiada
249
00:21:55,080 --> 00:21:57,200
PENGARAH SUKAN REAL MADRID 2000-2005
250
00:21:57,280 --> 00:22:01,520
…identiti budaya, sosial
atau politik yang jelas,
251
00:22:01,600 --> 00:22:04,520
keutamaan Real Madrid adalah untuk menang.
252
00:22:20,600 --> 00:22:25,600
Florentino Pérez anggap Real Madrid
sebagai pasukan legenda.
253
00:22:26,960 --> 00:22:30,160
Dia sentiasa mengidealkan kelab itu
254
00:22:30,240 --> 00:22:34,160
dan dia mahu buat kelab itu
menepati ideal ini.
255
00:22:34,240 --> 00:22:38,600
En. Pérez, semoga berjaya
dalam kempen pilihan raya.
256
00:22:38,680 --> 00:22:40,960
Terima kasih kerana beri saya peluang
257
00:22:41,040 --> 00:22:43,360
untuk bercakap dengan anda
dan ahli-ahli saya.
258
00:22:46,400 --> 00:22:48,720
Saya pernah makan tengah hari dengannya
259
00:22:48,800 --> 00:22:52,200
dan beritahu dia saya rasa ia mustahil.
260
00:22:53,520 --> 00:22:55,880
Saya beritahu dia, "Awak sangat naif."
261
00:22:56,640 --> 00:22:58,840
"Dalam dunia bola sepak,
262
00:22:58,920 --> 00:23:01,680
di mana semua orang sangat kuat,
263
00:23:01,760 --> 00:23:03,720
awak takkan bertahan dua hari."
264
00:23:03,800 --> 00:23:07,040
Dia kata, "Itu pendapat awak.
Dalam dunia perniagaan…"
265
00:23:07,120 --> 00:23:10,320
Saya kata, "Dunia perniagaan
tiada kaitan dengan ini."
266
00:23:14,920 --> 00:23:18,280
Bila Florentino mula sebut
tentang rancangan membeli Figo?
267
00:23:20,320 --> 00:23:21,640
Pada perjumpaan pertama kami.
268
00:23:21,720 --> 00:23:24,240
Dia minta pendapat saya
tentang pemain itu.
269
00:23:24,320 --> 00:23:27,680
Dia anggap bola sepak
sebagai perniagaan wira
270
00:23:27,760 --> 00:23:33,840
dan dia mahu orang
yang terbaik di dunia sejak awal lagi.
271
00:23:34,880 --> 00:23:38,760
EMPAT MINGGU SEBELUM PILIHAN RAYA
272
00:23:41,240 --> 00:23:42,720
Saya di rumah.
273
00:23:43,560 --> 00:23:45,200
Kawan saya telefon saya.
274
00:23:46,680 --> 00:23:49,000
Dia kata, "Hei, orang Portugis.
Di mana awak?"
275
00:23:49,080 --> 00:23:51,400
Saya kata, "Di Madrid."
Dia jawab, "Datang sini!"
276
00:23:51,480 --> 00:23:53,760
"Ia penting. Boleh awak datang sekarang?"
277
00:23:56,600 --> 00:23:59,560
Saya nampak bangunan-bangunan
yang mengagumkan
278
00:24:00,840 --> 00:24:02,280
dan saya masuk ke dalam.
279
00:24:02,360 --> 00:24:04,800
Setiausaha bawa saya ke satu pejabat…
280
00:24:06,640 --> 00:24:09,080
dan perkenalkan saya
kepada Florentino Pérez.
281
00:24:11,640 --> 00:24:14,960
Ini kali pertama dalam hidup
saya dengar nama itu.
282
00:24:16,800 --> 00:24:21,000
Lelaki ini bertanding
dalam pilihan raya presiden Real Madrid.
283
00:24:22,080 --> 00:24:25,720
Tapi dia hanya akan bertanding
284
00:24:26,880 --> 00:24:29,200
jika Luís Figo sertai dia.
285
00:24:29,280 --> 00:24:31,680
Saya sangka ia gurauan.
286
00:24:31,760 --> 00:24:33,800
Kenapa saya perlu datang ke sini?
287
00:24:34,920 --> 00:24:39,240
- Bagaimana awak gambarkan Paulo Futre?
- Mengagumkan.
288
00:24:40,160 --> 00:24:42,720
Paulo ialah wira saya.
289
00:24:48,440 --> 00:24:50,120
Dia pemain terbaik Portugal,
290
00:24:51,240 --> 00:24:53,560
jadi saya sanjungi Paulo sejak kecil.
291
00:24:57,360 --> 00:24:59,840
Kemudian, entah bagaimana,
292
00:25:00,680 --> 00:25:02,760
dia terlibat dalam pemindahan saya.
293
00:25:03,920 --> 00:25:05,400
Paulo boleh buat apa saja!
294
00:25:09,480 --> 00:25:12,720
Luís Figo ada klausa pelepasan
60 juta euro.
295
00:25:15,080 --> 00:25:16,320
Siapa yang bayar itu?
296
00:25:19,440 --> 00:25:21,360
"Jangan risau," katanya.
297
00:25:21,880 --> 00:25:23,080
"Saya akan bayar."
298
00:25:26,160 --> 00:25:29,280
Jadi saya hubungi ejen Luís Figo,
299
00:25:29,800 --> 00:25:32,600
José Veiga, kawan baik saya.
300
00:25:39,400 --> 00:25:43,280
Dulu, saya ejen terbaik dalam bola sepak.
301
00:25:44,920 --> 00:25:47,080
"Hei, José. Apa khabar?"
302
00:25:48,800 --> 00:25:52,080
Saya kata, "Pablo, jangan telefon saya
pada waktu malam
303
00:25:52,120 --> 00:25:53,240
EJEN LUÍS FIGO 1989-2004
304
00:25:53,360 --> 00:25:56,720
…untuk beritahu saya ada calon
yang cuba menang pilihan raya Real Madrid
305
00:25:56,800 --> 00:25:58,320
yang mahu beli Figo."
306
00:25:58,400 --> 00:25:59,320
"Tak mungkin."
307
00:25:59,400 --> 00:26:03,320
"Tidak, Paulo, lupakannya.
Kita berbual lain kali, bukan sekarang."
308
00:26:03,400 --> 00:26:04,960
Dia letak telefon.
309
00:26:09,960 --> 00:26:12,400
Tapi saya tak letak telefon saya.
310
00:26:12,480 --> 00:26:14,720
Saya tak letak,
bercakap dengan diri sendiri.
311
00:26:14,800 --> 00:26:17,160
Saya kata, "Ya, José. Okey."
312
00:26:19,440 --> 00:26:24,720
Tiga puluh hingga 40 saat itu,
ketika saya pura-pura cakap dengan José,
313
00:26:25,960 --> 00:26:27,160
sangat penting
314
00:26:28,200 --> 00:26:30,720
dalam keseluruhan operasi itu.
315
00:26:32,800 --> 00:26:34,560
Jadi apa yang saya fikirkan?
316
00:26:34,640 --> 00:26:39,560
Jika Florentino Pérez boleh bayar
60 juta euro dan cukai nilai tambahan
317
00:26:39,640 --> 00:26:40,640
secara tunai,
318
00:26:42,360 --> 00:26:43,840
dia mampu bayar lebih.
319
00:26:43,920 --> 00:26:45,840
Saya terus berfikir.
320
00:26:45,920 --> 00:26:51,240
Saya letak telefon di atas meja
dan saya kata kepada Florentino,
321
00:26:51,320 --> 00:26:53,960
"Dia nak sepuluh juta euro dalam komisen."
322
00:26:54,040 --> 00:26:56,480
Dia kata, "Lima juta."
323
00:26:56,560 --> 00:26:59,160
Kami setuju pada harga enam juta.
324
00:27:01,960 --> 00:27:06,360
Paulo tak pernah berhenti
dan dia telefon saya lagi.
325
00:27:07,040 --> 00:27:10,600
"Kawan… ini peluang sekali seumur hidup."
326
00:27:10,680 --> 00:27:12,400
"Ia tak pernah berlaku."
327
00:27:12,480 --> 00:27:14,320
Paulo Futre memang begitu.
328
00:27:14,400 --> 00:27:18,040
"José, bertenang. Jangan letak telefon.
Enam juta euro komisen."
329
00:27:19,240 --> 00:27:22,520
"Enam juta euro
dalam komisen menunggu kita."
330
00:27:23,240 --> 00:27:25,120
"Bertenang. Jangan letak telefon!"
331
00:27:25,200 --> 00:27:27,000
Kemudian José kata,
332
00:27:27,080 --> 00:27:30,640
"Apa? Enam juta euro dalam komisen?"
333
00:27:33,000 --> 00:27:34,040
Pada hari itu,
334
00:27:34,120 --> 00:27:38,000
kisah Luís Figo bermula.
Hebatnya ia bermula dengan satu penipuan.
335
00:27:42,800 --> 00:27:46,320
Jadi, saya ke Madrid
untuk berjumpa dengan Florentino Pérez
336
00:27:46,400 --> 00:27:49,400
di pejabatnya di ACS.
337
00:27:51,120 --> 00:27:54,080
En. Florentino jelaskan rancangan itu
kepada saya.
338
00:27:55,680 --> 00:28:00,560
Semua kata-kata dia
masuk akal, tapi sukar untuk dilaksanakan.
339
00:28:02,080 --> 00:28:05,520
Jadi saya beritahu dia,
"Saya akan bercakap dengan Luís
340
00:28:05,600 --> 00:28:07,320
dan kita akan bercakap lagi."
341
00:28:08,440 --> 00:28:13,400
Luís Figo berada di Belanda
untuk Kejuaraan Eropah,
342
00:28:13,480 --> 00:28:15,880
jadi saya terus ke sana.
343
00:28:19,080 --> 00:28:22,560
KEM LATIHAN PORTUGAL
344
00:28:23,920 --> 00:28:29,160
Pagi ini, José Veiga tiba
di hotel Portugal.
345
00:28:29,240 --> 00:28:31,520
José Veiga ialah ejen Luís Figo.
346
00:28:31,600 --> 00:28:35,840
Veiga mungkin akan membincangkan
masa depan pemain itu.
347
00:28:36,680 --> 00:28:40,520
Saya ada maklumat bahawa ada seseorang
348
00:28:41,320 --> 00:28:43,000
yang saya tak kenal langsung
349
00:28:44,160 --> 00:28:49,560
mahu saya sertai Madrid
jika dia menang pilihan raya.
350
00:28:49,640 --> 00:28:53,880
"Dia nak awak cakap
awak akan sertai Madrid jika dia menang."
351
00:28:53,960 --> 00:28:55,360
Saya kata, "Awak gila?"
352
00:28:55,440 --> 00:28:59,800
"Bagaimana saya nak beritahu seseorang,
jika saya tak tahu dia akan menang,
353
00:28:59,880 --> 00:29:03,040
saya akan masuk Real Madrid,
sedangkan saya ada kontrak di Barcelona?"
354
00:29:03,120 --> 00:29:05,200
"Tak mungkin saya boleh buat itu."
355
00:29:07,600 --> 00:29:10,440
Tiada kelab pernah belanjakan
banyak wang untuk seorang pemain.
356
00:29:11,800 --> 00:29:16,440
Mereka tawarkan empat kali ganda duit
yang saya buat di Barcelona.
357
00:29:19,360 --> 00:29:22,720
Saya rasa itu sukar dipercayai.
358
00:29:24,440 --> 00:29:25,920
Ia musim panas yang pelik
359
00:29:26,000 --> 00:29:29,960
sebab ada pilihan raya presiden juga
di Barcelona.
360
00:29:30,480 --> 00:29:37,360
Pelik untuk kedua-dua kelab
ada pilihan raya pada masa yang sama.
361
00:29:37,440 --> 00:29:41,240
Tapi itu yang berlaku.
Saya beritahu ejen saya, "Terus bercakap."
362
00:29:41,320 --> 00:29:47,560
"Terus cakap dengan orang yang berkaitan
dan lihat apa yang berlaku."
363
00:29:47,640 --> 00:29:51,880
Luís kata, "Okey, pergi ke Barcelona
364
00:29:51,960 --> 00:29:54,200
dan siasat jika kontrak saya
boleh diperbaiki."
365
00:29:54,280 --> 00:29:56,400
"Jika boleh, saya akan kekal di Barca."
366
00:30:01,320 --> 00:30:03,720
Perlumbaan untuk presiden Barcelona
telah bermula.
367
00:30:03,800 --> 00:30:09,200
Joan Gaspart kegemaran ramai
untuk menggantikan presiden semasa.
368
00:30:10,280 --> 00:30:14,200
Ini penamat era di Barcelona
369
00:30:14,280 --> 00:30:17,920
tapi permulaan yang baru.
370
00:30:18,440 --> 00:30:24,400
Ahli-ahli Barça boleh memilih
presiden baru.
371
00:30:24,480 --> 00:30:25,720
SEMANGAT UNTUK BARÇA
372
00:30:25,760 --> 00:30:28,240
Pencalonan saya sangat mudah.
373
00:30:28,960 --> 00:30:31,960
Saya tak perlu kenalkan diri
kepada ahli Barça dan beritahu mereka,
374
00:30:32,040 --> 00:30:33,680
NAIB PRESIDEN FC BARCELONA 1978-2000
375
00:30:33,720 --> 00:30:34,840
… "Undi untuk saya."
376
00:30:34,920 --> 00:30:39,240
Saya cuma cakap, "Saya di sini.
Saya naib presiden selama 22 tahun."
377
00:30:39,320 --> 00:30:41,480
"Kalian sudah tahu
kebaikan dan keburukan saya."
378
00:30:41,560 --> 00:30:44,520
Sedarlah. Barca kelab terbaik di dunia.
379
00:30:44,600 --> 00:30:48,280
Jangan kata kita perlu jadikan Barca
kelab terbaik di dunia. Ia sudah terbaik!
380
00:30:54,440 --> 00:30:58,400
Joan Gaspart yang saya kenal
bukan mudah untuk ditangani.
381
00:30:59,120 --> 00:31:03,720
Dia dianggap sebagai orang
yang menyayangi Barcelona,
382
00:31:03,800 --> 00:31:05,120
yang tak boleh dipertikaikan,
383
00:31:06,960 --> 00:31:10,120
tapi dia juga seorang
yang tak tunaikan janji.
384
00:31:12,440 --> 00:31:14,760
Jadi, apabila dia berjanji,
385
00:31:14,840 --> 00:31:19,240
dia sentiasa akan buat anda ragu-ragu.
386
00:31:23,560 --> 00:31:24,760
Saya ke Barcelona…
387
00:31:26,680 --> 00:31:28,680
dan saya kata kepada Joan Gaspart,
388
00:31:29,200 --> 00:31:32,560
"Kami ada tawaran
yang kami tak boleh tolak…"
389
00:31:32,640 --> 00:31:34,480
Saya tak sebut nama kelab yang terlibat.
390
00:31:35,400 --> 00:31:37,400
"…dan kami mahu lihat
391
00:31:37,480 --> 00:31:43,120
jika kami boleh memperbaiki
syarat kontrak Luís Figo."
392
00:31:43,200 --> 00:31:47,760
Ia obsesi Luís.
393
00:31:47,840 --> 00:31:51,560
Dari masa ke masa, dia atau Veiga
akan minta lebih banyak duit.
394
00:31:51,640 --> 00:31:55,200
Tapi itu perkara biasa
dalam dunia bola sepak.
395
00:31:56,480 --> 00:31:59,480
Joan Gaspart menjawab,
396
00:31:59,560 --> 00:32:03,560
"Itu mustahil. Tak mungkin.
Saya tak nak perbaharui kontrak sesiapa."
397
00:32:04,200 --> 00:32:06,360
"Apa pun, akan ada pilihan raya
398
00:32:07,200 --> 00:32:10,400
dan semasa proses ini, kami takkan
perbaharui mana-mana kontrak."
399
00:32:11,200 --> 00:32:14,960
Figo ada kontrak dengan Barcelona
yang berakhir dalam tiga atau empat tahun.
400
00:32:15,040 --> 00:32:16,720
Dia nak perbaiki kontraknya,
401
00:32:16,800 --> 00:32:20,720
tapi sekarang kami tiada niat
untuk buat begitu
402
00:32:20,800 --> 00:32:22,440
sebab kami buat begitu setahun lalu.
403
00:32:24,920 --> 00:32:26,960
Luís Figo mendapat perhatian ramai
404
00:32:27,040 --> 00:32:31,200
sementara Portugal memulakan
kempen Euro 2000 mereka.
405
00:32:37,480 --> 00:32:39,080
Aduhai!
406
00:32:42,680 --> 00:32:49,200
Presiden kata dia tak boleh selesaikan
apa-apa dan saya patut cakap dengan calon.
407
00:32:49,280 --> 00:32:52,800
Calon-calon kata
mereka tiada kuasa untuk berunding
408
00:32:52,880 --> 00:32:55,080
dan saya patut cakap dengan presiden.
409
00:32:55,160 --> 00:33:00,640
Jadi, saya dihantar
dari satu ke yang lain.
410
00:33:00,720 --> 00:33:04,320
Orang bercakap tentang perasaan,
yang sudah tentu saya ada,
411
00:33:04,400 --> 00:33:08,560
tapi perasaan itu perlu dibalas.
412
00:33:09,240 --> 00:33:11,560
Pada penghujung hari, ia satu hubungan.
413
00:33:12,080 --> 00:33:17,000
Tapi nampaknya tiada siapa
sanggup dengar cakap saya
414
00:33:17,080 --> 00:33:18,640
untuk buat keputusan.
415
00:33:19,200 --> 00:33:20,680
Saya kembali ke Belanda.
416
00:33:25,680 --> 00:33:28,240
Saya jelaskan situasi itu kepada Luís Figo
417
00:33:28,320 --> 00:33:33,480
dan dia kata,
"Saya nak tinggal di Barcelona."
418
00:33:35,800 --> 00:33:40,360
Ini perlawanan Portugal dan Turkey
bagi tempat di separuh akhir.
419
00:33:41,520 --> 00:33:42,600
Mudah dilakukan.
420
00:33:42,680 --> 00:33:45,480
Ünsal cuba buat sesuatu.
Pengadil tak mahu tahu…
421
00:33:45,560 --> 00:33:46,840
Itu gol kedua.
422
00:33:49,000 --> 00:33:53,440
"Pergi berbual dengan Joan Gaspart
buat kali terakhir."
423
00:33:55,720 --> 00:34:00,720
"Joan, mari kita berbincang. Ini serius."
424
00:34:02,320 --> 00:34:05,680
"Jika kita tak capai persetujuan
dan awak tak bertindak,
425
00:34:05,760 --> 00:34:08,920
Barcelona akan kehilangan Luís Figo."
426
00:34:09,440 --> 00:34:11,960
"Tidak, itu mustahil."
427
00:34:12,040 --> 00:34:15,520
"Awak cuba berunding dengan saya.
Awak mengugut saya."
428
00:34:15,600 --> 00:34:19,360
"Jika seseorang bayar klausa pelepasan,
jika seseorang bawa cek,
429
00:34:19,440 --> 00:34:24,280
saya akan bayar tiket penerbangan
kelas pertama untuk awak dan Luís Figo
430
00:34:24,360 --> 00:34:27,240
dengan karpet baldu merah dari sini."
431
00:34:28,440 --> 00:34:30,360
"Bawa cek untuk klausa pelepasan
432
00:34:30,440 --> 00:34:33,680
sebab saya tak percaya ada kelab
di dunia yang boleh bayar jumlah itu."
433
00:34:35,400 --> 00:34:38,480
Jadi saya kata,
"Okey, Joan, jika itu yang awak mahu,
434
00:34:39,120 --> 00:34:41,880
kami akan teruskan."
435
00:34:43,600 --> 00:34:45,280
Jadi saya telefon Luís Figo…
436
00:34:46,280 --> 00:34:50,120
Jelas sekali ada
kekurangan kemahuan di sini setakat ini.
437
00:34:50,840 --> 00:34:56,320
Beginilah, apabila orang nak selesaikan
masalah, mereka akan selesaikannya.
438
00:34:56,400 --> 00:35:00,520
Gaspart layan saya macam sampah.
439
00:35:01,480 --> 00:35:06,160
Saya tak jangkakan itu. Saya jangka
mungkin dia lebih mesra sedikit.
440
00:35:06,240 --> 00:35:08,520
Atau dia mengiktiraf saya.
441
00:35:09,520 --> 00:35:11,440
Saya rasa marah.
442
00:35:11,520 --> 00:35:14,200
Selepas bercakap dengannya, saya fikir,
443
00:35:14,280 --> 00:35:15,800
"Tak guna,
444
00:35:15,880 --> 00:35:22,280
lelaki ini fikir saya tipu
untuk perbaiki kontrak saya!"
445
00:35:22,800 --> 00:35:26,840
Jadi semuanya bermula kerana saya marah.
446
00:35:29,520 --> 00:35:32,960
Separuh akhir Euro 2000 di Brussels.
447
00:35:33,040 --> 00:35:35,200
Perancis menentang Portugal.
448
00:35:39,040 --> 00:35:40,240
Zidane dapat markah!
449
00:35:40,320 --> 00:35:42,600
Perancis ke pusingan akhir.
450
00:35:43,720 --> 00:35:47,640
Luís Figo dan pasukan Portugisnya
akan pulang.
451
00:35:47,720 --> 00:35:51,320
Figo, awak di sini bersama Portugal,
tapi bercakap tentang hal peribadi,
452
00:35:51,400 --> 00:35:53,280
awak akan kekal di Barcelona musim depan?
453
00:35:53,360 --> 00:35:55,200
Usah cakap tentang saya. Hanya Portugal.
454
00:35:55,280 --> 00:35:59,040
- Bila awak akan cakap tentang diri awak?
- Saya tak pernah cakap tentang diri saya.
455
00:35:59,120 --> 00:36:03,720
Jadi awak takkan beri komen
tentang kelab mana yang awak akan mainkan?
456
00:36:03,800 --> 00:36:06,960
Beginilah, saya ada kontrak
dan saya akan tunaikannya.
457
00:36:08,880 --> 00:36:10,360
Saya pergi bercuti.
458
00:36:12,280 --> 00:36:19,200
Beberapa minggu kemudian,
keadaan mula berkembang
459
00:36:19,280 --> 00:36:21,800
dan ia menjadi semakin besar
460
00:36:22,320 --> 00:36:27,640
sehingga ia jadi sangat serius.
461
00:36:33,480 --> 00:36:35,440
SEBELAS HARI SEBELUM PILIHAN RAYA
462
00:36:35,480 --> 00:36:37,920
Saya dapat maklumat daripada seseorang
463
00:36:38,000 --> 00:36:41,080
yang Florentino mungkin cuba beli Figo.
464
00:36:42,560 --> 00:36:44,000
Saya cakap dengan Florentino.
465
00:36:45,360 --> 00:36:48,080
Dia naik marah dan kata ia tak benar.
466
00:36:48,160 --> 00:36:51,760
Kemudian dia kata ia benar.
Saya kata, "Saya akan umumkannya."
467
00:36:51,840 --> 00:36:54,320
Dia kata, "Kalau awak umum,
awak akan musnahkan saya."
468
00:36:54,400 --> 00:36:57,680
"Jangan lakukannya.
Awak akan rosakkan semuanya!"
469
00:36:57,760 --> 00:36:59,560
Saya kata, "Saya akan umum
pada tengah malam."
470
00:37:13,760 --> 00:37:15,040
Hari itu hari Rabu.
471
00:37:15,120 --> 00:37:17,960
Míchel Salgado akan mengahwini
anak Lorenzo Sanz.
472
00:37:18,560 --> 00:37:20,640
Saya ke majlis perkahwinan itu.
473
00:37:20,720 --> 00:37:23,320
Tuan lebih gementar
untuk majlis kahwin atau pilihan raya?
474
00:37:23,400 --> 00:37:25,280
Saya tak fikirkan pilihan raya hari ini.
475
00:37:27,440 --> 00:37:31,440
Macam mana saya tahu yang MARCA
takkan bocorkan cerita dalam talian?
476
00:37:31,520 --> 00:37:32,760
Mereka boleh bocorkan dulu.
477
00:37:32,840 --> 00:37:35,760
"Figo sertai Madrid."
Kalau begitu, cerita itu milik MARCA.
478
00:37:35,840 --> 00:37:38,640
Jadi, saya tengok waktunya.
479
00:37:38,720 --> 00:37:41,440
Pukul 6:20 petang,
betul-betul semasa majlis kahwin itu.
480
00:37:41,960 --> 00:37:44,400
Saya tinggalkan gereja itu.
481
00:37:44,480 --> 00:37:47,600
Saya tak tunggu hingga tengah malam.
Saya akan umum pada 8:30 malam.
482
00:37:53,040 --> 00:37:54,040
Saya masuk kereta.
483
00:37:54,720 --> 00:37:56,360
Berita disiarkan secara langsung
484
00:37:57,240 --> 00:37:58,960
dalam saluran Cadena Ser.
485
00:38:03,560 --> 00:38:06,600
"Figo akan menjadi
pembelian baharu Real Madrid
486
00:38:06,680 --> 00:38:09,960
jika Florentino Pérez menjadi presiden."
487
00:38:10,680 --> 00:38:14,280
Kemudian saya reka sesuatu
untuk jadikannya cerita yang lebih besar.
488
00:38:14,360 --> 00:38:15,880
"Florentino berkata…"
489
00:38:15,960 --> 00:38:22,520
…jika Figo tidak sertai Madrid,
dia akan bayar semua yuran keahlian.
490
00:38:22,600 --> 00:38:24,640
Saya reka bahagian itu.
491
00:38:25,480 --> 00:38:28,960
Florentino hubungi saya, "Tak guna,
awak tahu apa yang awak dah buat?"
492
00:38:29,040 --> 00:38:31,680
"Awak juga kata
saya akan bayar yuran keahlian!"
493
00:38:32,280 --> 00:38:34,240
Lorenzo Sanz duduk
di belakang kereta saya.
494
00:38:34,320 --> 00:38:37,200
Dia dengar berita itu di dalam kereta.
495
00:38:38,280 --> 00:38:43,000
Apabila kami tiba di majlis itu,
Lorenzo nampak saya dan menjerit,
496
00:38:44,120 --> 00:38:48,000
"Mereka perbodohkan awak!"
497
00:38:48,520 --> 00:38:50,880
Saya kata, "Fokus pada pengantin.
Itu tugas awak."
498
00:38:51,640 --> 00:38:53,200
Tapi dia terus bercakap.
499
00:38:53,280 --> 00:38:57,400
"Awak buat diri awak nampak bodoh."
500
00:38:58,960 --> 00:39:01,640
Selepas itu, ia jadi
berita terhangat di bandar.
501
00:39:03,440 --> 00:39:07,120
Cadena Ser telah melaporkan berita
bahawa Florentino Pérez,
502
00:39:07,200 --> 00:39:09,200
salah seorang calon presiden Real Madrid,
503
00:39:09,280 --> 00:39:11,400
mungkin telah tandatangani
pembelian Luís Figo.
504
00:39:11,480 --> 00:39:16,000
Semuanya menunjukkan Florentino Pérez
telah membeli Luís Figo…
505
00:39:16,080 --> 00:39:17,800
…antara pemain terbaik di dunia.
506
00:39:17,880 --> 00:39:21,520
Tapi dia takkan pergi secara percuma.
Enam puluh juta euro harganya,
507
00:39:21,600 --> 00:39:24,440
menjadikan dia pemain termahal
sepanjang masa.
508
00:39:27,480 --> 00:39:29,440
FIGO KEJUTAN FLORENTINO
509
00:39:29,520 --> 00:39:31,400
FIGO KEJUTANNYA
510
00:39:31,480 --> 00:39:33,040
Ia memang mengejutkan.
511
00:39:33,120 --> 00:39:35,560
Tapi ketika itu, kami semua berkata,
512
00:39:36,280 --> 00:39:38,880
"Mustahil. Benar-benar mustahil."
513
00:39:38,960 --> 00:39:42,000
Sebab ia mustahil.
Dulu, ia nampak sangat mustahil.
514
00:39:43,240 --> 00:39:45,520
Ia seperti Real Madrid membeli Messi.
515
00:39:46,680 --> 00:39:47,840
Mustahil.
516
00:39:48,480 --> 00:39:50,840
Seperti kata anda nak ambil
Raúl dari Real Madrid.
517
00:39:50,920 --> 00:39:54,480
Apa skuad Real Madrid akan kata?
Apa pemain lain akan kata?
518
00:39:55,200 --> 00:39:56,640
Semua orang bercuti
519
00:39:56,720 --> 00:40:00,520
semasa kami dengar khabar angin
tentang Figo sertai kelab itu.
520
00:40:00,600 --> 00:40:02,840
Saya ragu-ragu.
521
00:40:04,880 --> 00:40:09,320
Saya hubungi beberapa orang
seperti Iker Casillas dan Fernando Hierro.
522
00:40:12,360 --> 00:40:13,640
PERANG TENTANG FIGO
523
00:40:13,720 --> 00:40:16,160
Sejujurnya, ia sangat sukar dipercayai.
524
00:40:17,280 --> 00:40:18,960
Tidak.
525
00:40:19,800 --> 00:40:22,120
Kontrak awal itu hal yang sangat besar.
526
00:40:22,200 --> 00:40:24,600
Semua orang tahu klausa pelepasannya
527
00:40:25,320 --> 00:40:29,800
dan ia akan dilakukan
jika Florentino menang pilihan raya.
528
00:40:29,880 --> 00:40:33,080
Secara peribadi, saya fikir ia mustahil.
529
00:40:33,600 --> 00:40:36,560
Ejen pemain Portugis itu
mengakui mereka dihubungi,
530
00:40:36,640 --> 00:40:41,000
tapi sekarang, Pérez berdiam diri
walaupun beliau tak menafikan berita itu.
531
00:40:41,080 --> 00:40:44,720
Jika saya presiden Real Madrid,
pemain terbaik akan bermain untuk Madrid.
532
00:40:44,800 --> 00:40:47,320
Jadi, tuan tak nafikan
perjanjian telah ditandatangani?
533
00:40:47,400 --> 00:40:49,440
Saya tak nafikan jika saya jadi presiden,
534
00:40:49,520 --> 00:40:51,360
Madrid akan ada pemain terbaik.
535
00:40:53,000 --> 00:40:54,720
Ejen Figo lebih berterus terang
536
00:40:54,800 --> 00:40:57,040
dan mengaku menghubungi Florentino Pérez.
537
00:40:57,120 --> 00:40:59,360
Betul. Kalau dia kata
ia benar, ia memang benar.
538
00:40:59,440 --> 00:41:02,160
Saya jumpa dia minggu lepas.
539
00:41:02,240 --> 00:41:05,920
Ini pengetahuan umum sekarang
dan Florentino tahu apa yang dia cakap.
540
00:41:06,000 --> 00:41:09,120
Kalau dia cakap itu,
itu disebabkan dia boleh buatnya.
541
00:41:09,200 --> 00:41:11,600
Kontrak perlu dihormati.
542
00:41:11,680 --> 00:41:15,360
Tapi, calon-calon Barcelona
tak percayakannya.
543
00:41:16,320 --> 00:41:19,760
Figo tak benarkan mana-mana kontrak
untuk ditandatangan bagi pihaknya.
544
00:41:19,840 --> 00:41:24,520
Tapi jika mereka cukup cuai
dan saya pasti mereka tidak,
545
00:41:25,800 --> 00:41:32,560
untuk menandatangani mana-mana dokumen,
kontrak itu benar-benar haram.
546
00:41:32,640 --> 00:41:36,000
Saya akan terangkan dengan cepat
untuk mereka yang masih belum baca MARCA.
547
00:41:36,080 --> 00:41:38,080
Ia mengatakan pada 1 Julai
548
00:41:38,160 --> 00:41:41,280
dokumen telah ditandatangani
antara Veiga dan Florentino Pérez.
549
00:41:41,360 --> 00:41:43,240
En. Gaspart berkata dokumen ini haram,
550
00:41:43,320 --> 00:41:45,920
tapi editor MARCA berkata
mereka nampak tandatangan Veiga.
551
00:41:46,560 --> 00:41:48,560
Perkara paling teruk tentang kisah Figo,
552
00:41:48,640 --> 00:41:52,760
di mana perkataan pengkhianatan
dilibatkan,
553
00:41:52,840 --> 00:41:55,640
ialah, menurut dia,
554
00:41:55,720 --> 00:42:00,360
Veiga menandatangani kontrak
tanpa pengetahuannya.
555
00:42:00,880 --> 00:42:02,520
Saya tak percayakan dia.
556
00:42:05,160 --> 00:42:11,760
Macam mana ejen boleh buat itu
tanpa persetujuan lisan pemainnya?
557
00:42:11,840 --> 00:42:15,320
Tapi, Luís Figo menafikan
kontrak ini untuk masa yang lama,
558
00:42:16,120 --> 00:42:18,320
menurut versi kebenarannya.
559
00:42:18,400 --> 00:42:23,040
Dia kata dia tak tahu apa-apa,
yang ejen dia yang buat
560
00:42:23,120 --> 00:42:26,320
dan dia tak tahu tentang kontrak itu.
561
00:42:26,840 --> 00:42:28,280
Kontrak awal apa?
562
00:42:32,320 --> 00:42:36,160
Beginilah, saya cuma boleh katakan
kebenaran saya. Saya rasa…
563
00:42:39,040 --> 00:42:43,320
orang yang boleh bertindak balas
terhadap ini
564
00:42:43,400 --> 00:42:44,600
ialah José,
565
00:42:45,120 --> 00:42:51,120
yang secara teori
menandatangani kontrak itu.
566
00:42:54,080 --> 00:42:56,760
Satu-satunya perkara
yang saya buat ialah beritahu José,
567
00:42:56,840 --> 00:43:00,360
"Beginilah, cakap dengan siapa yang perlu,
568
00:43:00,440 --> 00:43:04,080
kemudian kita boleh tentukan
sama ada ini benar atau tidak."
569
00:43:04,160 --> 00:43:08,800
Jadi, sejujurnya saya tak tahu
jika ada orang tandatangani kontrak
570
00:43:08,880 --> 00:43:10,360
sebab saya tak nampaknya.
571
00:43:11,040 --> 00:43:13,080
Adakah kontrak awal wujud?
572
00:43:14,000 --> 00:43:15,160
Ya, ada.
573
00:43:16,320 --> 00:43:18,840
- Awak tandatanganinya?
- Ya, saya tandatanganinya.
574
00:43:19,560 --> 00:43:21,480
- Figo tandatanganinya?
- Tak.
575
00:43:22,000 --> 00:43:24,360
Figo tak tandatanganinya.
Dia tak dapat buat begitu.
576
00:43:24,880 --> 00:43:27,520
- Figo suruh awak tandatangani kontrak?
- Ya.
577
00:43:28,760 --> 00:43:31,200
Menyuruh dia bercakap
dengan orang satu perkara,
578
00:43:31,280 --> 00:43:35,520
tapi jika dia tandatangani sesuatu
bagi pihak saya, itu perkara lain.
579
00:43:35,600 --> 00:43:41,280
Jika dia tandatangan,
dia beri komitmen dan mengambil risiko
580
00:43:41,360 --> 00:43:42,880
dalam situasi ini.
581
00:43:42,960 --> 00:43:49,920
Sebab dia tiada cara
untuk buat saya bertanggungjawab
582
00:43:50,000 --> 00:43:51,760
atas situasi sebegini.
583
00:43:54,280 --> 00:43:58,080
Saya tak berminat untuk menipu.
Dua puluh satu tahun dah berlalu.
584
00:43:58,160 --> 00:44:02,040
Tapi saya rasa sudah tiba masanya
untuk saya beritahu versi saya.
585
00:44:02,560 --> 00:44:04,960
Luís Figo tak pernah lihat kontrak ini.
586
00:44:05,480 --> 00:44:06,600
Dia tak pernah lihatnya.
587
00:44:07,120 --> 00:44:10,240
Florentino Pérez tak pernah ada salinan.
Cuma ada satu versi saja.
588
00:44:10,320 --> 00:44:14,440
Sebelum menandatangani kontrak itu,
589
00:44:15,760 --> 00:44:20,440
saya hubungi Luís Figo
dan bacakan kontraknya sepenuhnya.
590
00:44:23,360 --> 00:44:24,920
Saya tanya Luís,
591
00:44:26,160 --> 00:44:28,400
"Luís, boleh saya tandatanganinya?"
592
00:44:31,560 --> 00:44:34,760
Luís menjawab, "Ya, awak boleh."
Jadi saya tandatangan.
593
00:44:35,840 --> 00:44:38,400
Saya takkan tandatangani dokumen
594
00:44:38,480 --> 00:44:42,640
tanpa kebenaran pemain,
sama ada Figo atau orang lain.
595
00:44:42,720 --> 00:44:45,040
Mustahil.
596
00:44:46,640 --> 00:44:48,760
Lorenzo Sanz tidak mempercayainya.
597
00:44:48,840 --> 00:44:51,920
Buat masa ini, dia menuntut
penghormatan bagi skuad Real Madrid
598
00:44:52,000 --> 00:44:56,080
dan berfikir ejen Figo,
José Veiga, tidak boleh dipercayai.
599
00:44:56,160 --> 00:44:59,960
Ia kertas yang tak bernilai.
Dia tak tahu bola sepak.
600
00:45:00,040 --> 00:45:04,720
Jika anda percayakan ejen yang boleh
tandatangani kontrak dengan kelab berbeza…
601
00:45:04,800 --> 00:45:06,080
Juve, Parma…
602
00:45:06,160 --> 00:45:08,960
nampaknya anda tak faham bola sepak.
603
00:45:10,280 --> 00:45:14,240
LIMA TAHUN LEBIH AWAL
604
00:45:25,960 --> 00:45:31,760
Saya jumpa dia semasa dia 16
atau 17 tahun. Kami mula bekerjasama.
605
00:45:32,520 --> 00:45:35,480
Luís Figo sudah berada
di tahap yang sangat tinggi
606
00:45:35,560 --> 00:45:38,520
sehinggakan masa depannya ditakdirkan
untuk berada di luar negara.
607
00:45:39,920 --> 00:45:41,880
Ada satu nama Portugis dalam tajuk utama
608
00:45:41,960 --> 00:45:44,000
dan ia pemain Sporting Lisbon, Luís Figo
609
00:45:44,080 --> 00:45:47,600
dalam peperangan antara Parma
dan Juventus.
610
00:45:47,680 --> 00:45:50,400
Pemergian Figo dari Sporting
umpama drama lipur lara
611
00:45:50,480 --> 00:45:53,320
dan kelab yang akan dimainkan pemain itu
masih belum diketahui.
612
00:45:54,200 --> 00:45:55,920
Kita bercakap tentang tahun 90-an
613
00:45:56,000 --> 00:46:00,400
dan bola sepak Itali
adalah yang terbaik di dunia.
614
00:46:00,480 --> 00:46:02,520
Setiap pemain mahu main di Itali.
615
00:46:02,600 --> 00:46:07,240
Figo menandatangan untuk menyertai Parma
pagi ini di pejabat di Lisbon.
616
00:46:07,320 --> 00:46:10,160
Menjelang tengah hari
dia sudah menandatanganinya
617
00:46:10,240 --> 00:46:13,880
dan jabat tangan itu menandakan
dia menyertai kelab itu selama tiga tahun.
618
00:46:13,960 --> 00:46:17,160
Parma telah mengalahkan Juventus,
setidaknya dalam memenangi Figo.
619
00:46:17,240 --> 00:46:19,080
Tapi Juventus tak mengalah.
620
00:46:19,600 --> 00:46:23,960
Mereka tandatangani satu perjanjian
dengan Luís Figo.
621
00:46:24,480 --> 00:46:27,720
Parma dan Juventus cuba menentukan
destinasi terakhir Figo.
622
00:46:27,800 --> 00:46:30,200
Ia mesyuarat yang sukar,
pada hari akhbar O JOGO
623
00:46:30,280 --> 00:46:34,360
mendedahkan tuduhan baharu
terhadap ejen pemain itu, José Veiga.
624
00:46:34,440 --> 00:46:38,760
Mereka suruh dia tandatangani perjanjian
tanpa pengetahuan saya.
625
00:46:38,840 --> 00:46:43,360
Veiga membuat kesilapan
berkenaan surat baru-baru ini.
626
00:46:43,440 --> 00:46:45,040
Pertama, dia merujuk kepada dokumen
627
00:46:45,120 --> 00:46:47,800
yang ditandatangani Figo
dan Juventus sebagai perjanjian.
628
00:46:47,880 --> 00:46:50,520
Tapi dalam perenggan kedua,
dia merujuk kepadanya sebagai kontrak.
629
00:46:50,600 --> 00:46:53,320
Ejen itu tidak sengaja
mengiktiraf bahawa Figo,
630
00:46:53,400 --> 00:46:56,160
daripada menandatangani pra-perjanjian,
631
00:46:56,240 --> 00:47:00,720
telah menandatangani kontrak
dengan Juventus. Percanggahan itu jelas.
632
00:47:01,920 --> 00:47:05,760
Adakah awak tahu Juventus boleh
beri tekanan kepada pihak berkuasa
633
00:47:05,840 --> 00:47:08,120
dan awak tak boleh bermain di Itali?
634
00:47:08,200 --> 00:47:09,560
Adakah awak tahu?
635
00:47:10,080 --> 00:47:15,520
Tidak, sebab saya cuma tandatangani
satu kontrak sah dengan Parma…
636
00:47:15,600 --> 00:47:16,840
Adakah awak pasti?
637
00:47:16,920 --> 00:47:18,600
Setahu saya, itulah kesnya.
638
00:47:18,680 --> 00:47:20,600
Awak tandatangani kontrak dengan Juventus?
639
00:47:20,680 --> 00:47:23,320
Tak. Saya tandatangani satu perjanjian.
640
00:47:24,480 --> 00:47:26,600
Saya dah cakap ini banyak kali.
641
00:47:27,200 --> 00:47:31,600
Satu-satunya kontrak yang saya ada adalah
dengan ejen saya dan saya akan hormatinya.
642
00:47:38,040 --> 00:47:41,720
Juventus dan Parma
sudah putus asa untuk membeli Luís Figo.
643
00:47:41,800 --> 00:47:45,720
Kedua-dua kelab itu bertemu
dengn Persekutuan Bola Sepak Itali
644
00:47:45,800 --> 00:47:49,200
dan pemain itu dilarang bermain
di Itali selama dua tahun akan datang.
645
00:47:49,280 --> 00:47:52,040
Dilarang bermain di Itali
selama dua tahun,
646
00:47:52,120 --> 00:47:56,360
dia mesti dipinjamkan oleh Parma
kepada kelab lain, mungkin di Sepanyol.
647
00:47:56,440 --> 00:47:58,240
Luís Figo sudah berada di Barcelona.
648
00:47:58,320 --> 00:48:00,520
Pemain Portugis itu tiba
649
00:48:00,600 --> 00:48:03,080
di ibu kota Catalonia semalam.
650
00:48:03,160 --> 00:48:06,640
Champagne dan sorakan
untuk bintang baru Barça,
651
00:48:06,720 --> 00:48:09,120
disambut oleh ramai peminat.
652
00:48:12,720 --> 00:48:16,680
TUJUH HARI SEBELUM PILIHAN RAYA
653
00:48:19,680 --> 00:48:22,560
Helo. Saya sibuk sekarang,
654
00:48:22,640 --> 00:48:25,840
mungkin sedang buat sesuatu
yang lebih menarik.
655
00:48:27,280 --> 00:48:30,000
Tinggalkan mesej selepas bunyi bip.
656
00:48:30,080 --> 00:48:31,160
Terima kasih.
657
00:48:37,440 --> 00:48:41,520
Luís Figo telah menjadi tumpuan
pilihan raya Real Madrid.
658
00:48:41,600 --> 00:48:45,760
Pérez tidak mengesahkan atau menafikan
ada perjanjian dengan pemain itu.
659
00:48:45,840 --> 00:48:49,840
Figo, yang bersama kami
pagi tadi di Algarve,
660
00:48:49,920 --> 00:48:52,240
juga tidak menafikan berita itu.
661
00:48:52,880 --> 00:48:57,640
Saya minta maaf kalian datang ke sini,
tapi saya tiada apa-apa nak cakap.
662
00:48:57,720 --> 00:49:02,360
- Boleh awak sahkan atau nafikan berita?
- Tak. Maaf.
663
00:49:08,960 --> 00:49:10,560
Saya sentiasa di sisinya.
664
00:49:11,040 --> 00:49:14,240
Saya bersama dia
di Algarve setiap hari, menenangkan dia
665
00:49:15,120 --> 00:49:18,320
dan cuba pastikan dia positif.
666
00:49:27,480 --> 00:49:30,760
Saya makan malam
dengan dia pada malam sebelumnya.
667
00:49:31,800 --> 00:49:34,720
Saya bersama dia
dan dia tak cakap apa-apa.
668
00:49:43,000 --> 00:49:47,760
Saya bangun dan apabila saya hidupkan
telefon, peti masuk saya dipenuhi mesej.
669
00:49:48,360 --> 00:49:50,160
Satu daripada Florentino Pérez,
670
00:49:51,120 --> 00:49:52,120
José Veiga…
671
00:49:52,840 --> 00:49:55,680
"Paulo…"
672
00:49:58,480 --> 00:50:01,840
FIGO NAFI SEMUANYA
673
00:50:01,920 --> 00:50:04,360
Dalam temu bual
dengan akhbar Catalonia, SPORT,
674
00:50:04,440 --> 00:50:06,160
Figo berkata dia akan kekal di Barça.
675
00:50:06,240 --> 00:50:10,360
Hari Ahad ini benar-benar gila
semasa kempen berjalan.
676
00:50:10,440 --> 00:50:14,640
Kejutan Figo telah memaksa dua calon
mengambil langkah tidak dijangka.
677
00:50:14,720 --> 00:50:17,040
Florentino Pérez terpaksa bersinggah
di khemahnya
678
00:50:17,120 --> 00:50:20,200
untuk cuba menjelaskan
kenyataan pemain Portugis itu.
679
00:50:20,280 --> 00:50:23,240
Lorenzo Sanz mempercepatkan
penerbangannya dari Barcelona
680
00:50:23,320 --> 00:50:26,240
untuk menghadiri sidang media
di ibu pejabat kempennya.
681
00:50:26,320 --> 00:50:28,640
Dia mesti sedar
yang dia tak boleh terus menipu
682
00:50:28,720 --> 00:50:30,440
dan sekarang semuanya musnah bagi dia.
683
00:50:30,520 --> 00:50:34,000
Adakah saya nampak risau? Saya tenang.
684
00:50:34,080 --> 00:50:35,960
"Tenteram," bak kata orang Catalonia.
685
00:50:36,040 --> 00:50:39,080
KEMPEN PRESIDEN REAL MADRID
686
00:50:41,440 --> 00:50:46,720
Apabila temu bual ini disiarkan,
Florentino Pérez telefon saya dan kata,
687
00:50:47,920 --> 00:50:51,240
"José, apa masalah temu bual ini?
Bagaimana ini boleh berlaku?"
688
00:50:51,320 --> 00:50:52,440
"Ini tak boleh berlaku."
689
00:50:52,520 --> 00:50:55,080
"Kami dalam pilihan raya.
Apa yang berlaku?"
690
00:50:55,160 --> 00:50:57,600
Saya menenangkan Florentino.
691
00:50:58,480 --> 00:51:00,280
"Jangan risau. Semuanya baik."
692
00:51:00,360 --> 00:51:03,600
"Tiada masalah. Ia cuma tekanan
daripada Barcelona."
693
00:51:03,680 --> 00:51:06,320
"Jangan risau. Semuanya berjalan lancar."
694
00:51:06,840 --> 00:51:08,200
Florentino kata,
695
00:51:08,280 --> 00:51:13,600
"Tak mengapa, tapi sekarang
dia perlu buat temu bual dengan MARCA."
696
00:51:13,680 --> 00:51:17,600
ENAM HARI SEBELUM PILIHAN RAYA
697
00:51:18,200 --> 00:51:22,360
Kes Figo terus menguasai tajuk utama.
Hari ini, MARCA menerbitkan kisah
698
00:51:22,440 --> 00:51:25,040
yang bercanggah
dengan artikel SPORT semalam.
699
00:51:25,120 --> 00:51:26,920
FLORENTINO MEMBELI DIA
700
00:51:27,000 --> 00:51:28,760
FIGO: SELURUH KEBENARANNYA
701
00:51:28,840 --> 00:51:31,920
Di muka depan MARCA, dia kata,
702
00:51:32,000 --> 00:51:35,680
"Jika dia menang,
siapa tahu apa akan berlaku?"
703
00:51:36,280 --> 00:51:39,800
Dia kata dia takkan pakai
baju Real Madrid,
704
00:51:40,320 --> 00:51:44,880
kemudian, esoknya, dia kata, "Mungkin…"
705
00:51:44,960 --> 00:51:48,640
Esok, Florentino Pérez
akan mengulas tentang isu ini.
706
00:51:48,720 --> 00:51:50,800
Tapi sementara itu,
siapa patut kita percaya?
707
00:51:50,880 --> 00:51:52,960
Secara peribadi, saya percayakan MARCA.
708
00:51:54,760 --> 00:51:56,680
Tanpa ragu-ragu.
709
00:51:56,760 --> 00:52:00,200
Kasihan Luís Figo.
Dia diberikan banyak tekanan minggu ini.
710
00:52:00,280 --> 00:52:02,400
Saya takkan terkejut jika dia tertekan.
711
00:52:02,480 --> 00:52:04,480
Saya tak pedulikan khabar angin.
712
00:52:04,560 --> 00:52:07,800
Esok saya akan cakap
tentang rancangan saya.
713
00:52:07,880 --> 00:52:11,480
Saya juga akan cakap tentang Luís Figo
dan saya mahu ia jadi kali terakhir.
714
00:52:14,560 --> 00:52:18,520
LIMA HARI SEBELUM PILIHAN RAYA
715
00:52:18,600 --> 00:52:21,040
INILAH CARA MADRID MENANG
716
00:52:21,800 --> 00:52:26,000
Saya minta ahli-ahli
tidak berbincang tentang isu ini lagi.
717
00:52:26,760 --> 00:52:29,000
Jika saya jadi presiden Real Madrid,
718
00:52:29,080 --> 00:52:33,520
Luís Figo akan jadi pemain Real Madrid.
719
00:52:34,720 --> 00:52:37,320
Untuk menekankan keyakinan saya,
720
00:52:38,640 --> 00:52:41,400
jika saya jadi presiden
dan ini tak berlaku,
721
00:52:41,920 --> 00:52:47,360
saya akan bayar yuran keahlian
untuk setiap ahli musim depan.
722
00:52:58,640 --> 00:53:02,040
Inilah saat semua ahli Real Madrid sedar,
723
00:53:02,560 --> 00:53:04,600
"Ini sebenarnya serius. Ia benar."
724
00:53:06,720 --> 00:53:10,000
"Inilah presiden yang mampu
buat kita bermimpi
725
00:53:10,080 --> 00:53:13,360
lebih daripada lelaki
yang baru menang dua gelaran Liga Juara."
726
00:53:16,400 --> 00:53:17,640
Kita akan lihat esok
727
00:53:17,720 --> 00:53:21,440
apabila En. Figo menafikannya lagi
dan saya harap kali ini muktamad,
728
00:53:21,520 --> 00:53:26,160
yang dia kekal dengan Barcelona
dan dia minta maaf kepada ahli-ahlinya.
729
00:53:26,240 --> 00:53:30,080
Pasukan Lorenzo Sanz
bersedia untuk menentang kesan Figo
730
00:53:30,160 --> 00:53:34,000
dan tiada apa lebih baik daripada
menunjukkan Figo saat-saat Barcelonanya.
731
00:53:34,080 --> 00:53:36,840
Semua ahli akan menerima
salinan video ini.
732
00:53:36,920 --> 00:53:43,520
Putih Madrid! Tunduk kepada juara!
733
00:53:50,000 --> 00:53:52,560
Sebagai rakan sepasukannya,
sebagai peminat,
734
00:53:52,640 --> 00:53:54,960
mengetahui kehebatan dia
sebagai pemain bola sepak,
735
00:53:55,040 --> 00:53:58,680
saya harap dia kekal dalam Barcelona.
Itulah harapan saya dan peminat.
736
00:53:58,760 --> 00:54:02,240
Tapi jelas sekali, itu keputusannya
dan dia perlukan masa untuk fikir.
737
00:54:02,320 --> 00:54:04,160
Saya kenal dia dan saya tahu
738
00:54:04,240 --> 00:54:08,080
dia tak ambil mudah
tentang keputusan sebegini.
739
00:54:08,160 --> 00:54:10,480
Kami bincang tentangnya
740
00:54:10,560 --> 00:54:15,320
dan saya beri pendapat saya sebagai kawan.
741
00:54:15,400 --> 00:54:19,360
Dia kata dia perlu fikirkannya,
yang dia ada tawaran daripada Madrid
742
00:54:19,440 --> 00:54:22,000
dan dia akan dapatkan lebih maklumat.
743
00:54:22,520 --> 00:54:25,760
Saya cuba meyakinkan dia untuk kekal.
744
00:54:25,840 --> 00:54:30,360
Yang tiada tempat yang lebih baik,
yang orang di sini sayang dia
745
00:54:30,440 --> 00:54:34,720
yang dia akan jadi pemain yang unik
dan satu dalam seribu di sini.
746
00:54:39,640 --> 00:54:41,840
Dia suka bandar Barcelona.
747
00:54:44,640 --> 00:54:46,440
Kenapa Barça lebih daripada satu kelab?
748
00:54:48,800 --> 00:54:50,160
Jika awak rasa itu benar!
749
00:54:51,120 --> 00:54:53,480
Ya, apabila anda di sini, anda sedar ia…
750
00:54:53,560 --> 00:54:55,920
BERCAKAP PADA 1999
751
00:54:56,000 --> 00:54:58,080
…disebabkan kasih sayang orangnya.
752
00:54:58,160 --> 00:55:04,960
Saya percaya sesebuah kelab
bukan hanya tentang sukan.
753
00:55:05,480 --> 00:55:09,640
Saya rasa seperti di rumah,
754
00:55:10,160 --> 00:55:11,200
dengan keluarga.
755
00:55:11,880 --> 00:55:16,080
Ia juga disebabkan masa silam kelab
semasa pemerintahan diktator Franco.
756
00:55:16,600 --> 00:55:22,280
Jadi, atas sebab-sebab itu,
anda boleh kata ia lebih daripada kelab.
757
00:55:22,360 --> 00:55:25,760
KEJATUHAN BARCELONA
758
00:55:25,840 --> 00:55:28,000
Barcelona, ibu kota Catalonia,
759
00:55:28,080 --> 00:55:31,440
dilanda pengeboman terakhir
sebelum ditangkap oleh tentera Franco.
760
00:55:45,960 --> 00:55:50,720
Semasa berbahasa Catalonia
diharamkan semasa era Franco
761
00:55:50,800 --> 00:55:53,360
dan bahasa kami ditindas,
762
00:55:53,440 --> 00:55:56,520
Nou Camp tempat
yang anda boleh pergi dan luahkan diri
763
00:55:58,640 --> 00:55:59,720
dengan bebas.
764
00:56:03,720 --> 00:56:05,840
Bagi saya, Barca
lebih daripada satu kelab.
765
00:56:08,280 --> 00:56:11,400
Barca ialah kelab Catalonia,
sangat pro-Catalonia,
766
00:56:13,680 --> 00:56:15,480
berakar umbi di kawasan itu.
767
00:56:16,000 --> 00:56:18,360
Jadi ia menyatukan…
768
00:56:21,120 --> 00:56:24,920
diri kami dan perkara yang kami wakili,
769
00:56:25,880 --> 00:56:30,160
iaitu negara kami dan perasaan kami.
770
00:56:32,320 --> 00:56:34,800
Inilah sebabnya simbolisme
bagi maksud Barcelona
771
00:56:34,880 --> 00:56:38,200
dengan Catalonia, dan sebaliknya,
tidak boleh dipisahkan.
772
00:56:38,720 --> 00:56:41,880
Sebagai kelab bola sepak,
ia antara yang terpenting.
773
00:56:41,960 --> 00:56:44,200
Bagi sesetengah orang, ia yang terpenting.
774
00:57:12,000 --> 00:57:16,120
Ini maksudnya apabila orang anggap
Barcelona lebih daripada satu kelab.
775
00:57:16,200 --> 00:57:21,600
"Kami mewakili satu cara hidup tertentu,
776
00:57:23,000 --> 00:57:25,240
iaitu menentang sentralisme."
777
00:57:25,320 --> 00:57:30,080
Jadi, jika Real Madrid
mewakili sentralisme,
778
00:57:30,160 --> 00:57:32,320
maka syaratnya sempurna untuk bersaing.
779
00:57:33,200 --> 00:57:39,160
Awak tahu orang Catalonia meluahkan
perasaan mereka melalui kelab ini
780
00:57:39,240 --> 00:57:42,360
kepada Sepanyol dan seluruh dunia.
781
00:57:42,440 --> 00:57:44,600
Itulah cara kami luahkan
nationalisme Catalonia.
782
00:57:44,680 --> 00:57:46,040
Apa pendapat awak tentang ini?
783
00:57:47,280 --> 00:57:51,240
Dari luar, dari sudut pandangan saya,
784
00:57:51,320 --> 00:57:54,440
ia cara untuk menuntut semula
785
00:57:57,120 --> 00:58:02,560
satu cara hidup dan satu cara berfikir
786
00:58:02,640 --> 00:58:04,880
untuk rakyat Catalonia.
787
00:58:04,960 --> 00:58:08,600
Sejak saya tiba di kelab,
saya sentiasa rasa disokong.
788
00:58:09,120 --> 00:58:13,360
Saya rasa saya terhutang budi
kepada rakyatnya.
789
00:58:13,440 --> 00:58:15,040
Kita sekeluarga!
790
00:58:16,720 --> 00:58:18,240
Hidup Barça!
791
00:58:19,040 --> 00:58:20,280
Hidup Catalonia!
792
00:58:24,280 --> 00:58:26,760
Saya berpegang pada nilai-nilai kelab itu.
793
00:58:29,200 --> 00:58:31,120
Saya sanggup mati demi baju itu.
794
00:58:31,960 --> 00:58:35,160
Saya dilihat sebagai salah seorang
daripada mereka.
795
00:58:38,440 --> 00:58:42,400
DUA HARI SEBELUM PILIHAN RAYA
796
00:58:45,240 --> 00:58:48,440
Kami mempunyai rakaman eksklusif,
yang dirakam kamera TeleMadrid,
797
00:58:48,520 --> 00:58:51,760
bagi acara yang berlaku
petang tadi di Hotel Melia Castilla.
798
00:58:51,840 --> 00:58:56,040
Dalam rakaman itu,
Florentino Pérez bertemu José Veiga,
799
00:58:56,120 --> 00:58:59,240
ejen pemain Portugis itu
800
00:58:59,320 --> 00:59:03,800
yang peminat Madrid berharap dapat
sertai Madrid, tapi masih milik Barcelona.
801
00:59:03,880 --> 00:59:05,880
Ini sorotan perjumpaan itu.
802
00:59:05,960 --> 00:59:07,360
Dengar kata-kata Veiga…
803
00:59:07,440 --> 00:59:11,160
Kami harap Florentino menang.
Jika dia menang, kami di sini Isnin depan.
804
00:59:11,680 --> 00:59:14,040
"Jika Florentino menang,
kami di sini Isnin depan."
805
00:59:14,120 --> 00:59:17,960
Dia merujuk kepada dirinya
dan kliennya, Luís Figo.
806
00:59:19,400 --> 00:59:22,280
Saya rasa Florentino Pérez sangat yakin.
807
00:59:22,360 --> 00:59:26,800
Dia tahu jika dia boleh dapatkan Figo,
dia pasti akan menang pilihan raya.
808
00:59:30,640 --> 00:59:34,480
Tapi Luís ada banyak keraguan.
809
00:59:34,560 --> 00:59:38,360
Dia rasa tinggal di Barcelona
mungkin pilihan terbaik.
810
00:59:40,240 --> 00:59:41,720
Ia sangat sukar.
811
00:59:41,800 --> 00:59:45,480
Kami tak mahu dia. Dia boleh pergi.
Mereka boleh bayar klausa beli habis dia.
812
00:59:45,560 --> 00:59:48,520
Dia mata duitan. Dia boleh pergi mati.
813
00:59:49,280 --> 00:59:50,360
Faham? Itu saja.
814
00:59:53,800 --> 00:59:56,720
Kami di Sardinia.
815
00:59:59,680 --> 01:00:02,520
Kami datang untuk luangkan
beberapa hari di sini.
816
01:00:08,040 --> 01:00:10,880
Sepanjang proses ini, ada saat-saat
817
01:00:10,960 --> 01:00:14,400
ragu-ragu, memikirkan ya,
kemudian memikirkan tidak.
818
01:00:16,240 --> 01:00:19,320
Ada banyak ugutan,
819
01:00:21,480 --> 01:00:26,200
banyak tekanan, banyak kenyataan
dan cerita yang teruk,
820
01:00:26,280 --> 01:00:28,760
bukan hanya terhadap saya,
tapi terhadap keluarga saya.
821
01:00:30,600 --> 01:00:35,160
Tukar untuk bermain
bagi pesaing anda bukan mudah.
822
01:00:45,760 --> 01:00:48,280
Luís Figo hubungi saya untuk kata,
823
01:00:48,360 --> 01:00:51,880
"Kita perlu hentikan semua khabar angin
sebab ia membahayakan saya."
824
01:00:51,960 --> 01:00:52,840
KETUA EDITOR, SPORT
825
01:00:52,920 --> 01:00:57,120
"Saya dikritik di Barcelona
dan saya nak jelaskan beberapa perkara."
826
01:00:59,400 --> 01:01:01,320
SPORT pergi ke Sardinia,
827
01:01:01,400 --> 01:01:04,040
ke Hotel Romazzino di Costa Smeralda.
828
01:01:05,040 --> 01:01:07,000
Tiada siapa paksa dia.
829
01:01:07,080 --> 01:01:10,640
Dia bebas untuk cakap
dan buat yang terbaik.
830
01:01:10,720 --> 01:01:15,120
Dia yakin dia akan kekal di Barcelona
831
01:01:15,200 --> 01:01:18,160
sama ada Florentino menang atau kalah.
832
01:01:33,840 --> 01:01:35,760
TIDAK KEPADA MADRID
833
01:01:35,840 --> 01:01:38,040
"SAYA AKAN KEKAL DENGAN BARÇA…"
834
01:01:38,120 --> 01:01:41,000
"Masa telah tiba, didorong oleh keadaan,
835
01:01:41,080 --> 01:01:44,360
apabila dia tidak boleh bersikap
tidak ambil peduli."
836
01:01:44,440 --> 01:01:48,920
"Figo mahu menamatkan
drama lipur lara musim panas itu."
837
01:01:49,440 --> 01:01:50,760
"Awak takkan ke Real Madrid?"
838
01:01:50,840 --> 01:01:51,720
"Tak, saya takkan."
839
01:01:51,800 --> 01:01:53,400
"Awak akan tinggal di Barca?"
840
01:01:54,120 --> 01:01:58,360
"Itulah hasrat, keinginan
dan harapan saya dari awal."
841
01:01:58,440 --> 01:02:00,720
"Saya takkan tinggalkan Barca."
842
01:02:00,800 --> 01:02:02,840
"Itu keputusan terakhir saya."
843
01:02:03,440 --> 01:02:05,760
"Luís Figo mengambil baju Barça."
844
01:02:05,840 --> 01:02:08,520
"Itu bajunya, nombor tujuh. Dia memakainya
845
01:02:09,120 --> 01:02:11,880
dan hal itu ditutup."
846
01:02:19,440 --> 01:02:23,880
Saya yakin jika dia kata dia akan kekal,
ia disebabkan dia ingat dia akan kekal.
847
01:02:23,960 --> 01:02:28,680
Saya rasa dia bukan mengatakan,
"Saya akan sertai Real Madrid
848
01:02:28,760 --> 01:02:31,320
dan kata saya kekal
sedangkan saya tahu saya akan pergi."
849
01:02:31,400 --> 01:02:33,520
Itu tak begitu bijak.
850
01:02:33,600 --> 01:02:35,920
Saya anggap Luís seorang yang bijak.
851
01:02:36,600 --> 01:02:39,600
Semasa orang ambil gambar awak
dalam baju Barça itu,
852
01:02:39,680 --> 01:02:43,880
awak percaya awak akan kekal?
853
01:02:45,200 --> 01:02:48,280
Ya, ketika itu, saya fikir begitu.
854
01:02:48,360 --> 01:02:51,720
Saya sangka itu akan berlaku.
855
01:02:53,040 --> 01:02:54,840
Sebab itu saya buat begitu.
856
01:02:59,920 --> 01:03:04,040
HARI PILIHAN RAYA
857
01:03:16,760 --> 01:03:19,800
- Saya tak tidur langsung.
- Tuan tak boleh tidur?
858
01:03:19,880 --> 01:03:21,520
- Tuan cuba?
- Tak langsung.
859
01:03:21,600 --> 01:03:23,560
- Tuan mandi?
- Saya mandi.
860
01:03:30,880 --> 01:03:33,920
Kini, berita sukan.
Real Madrid kekal dalam perhatian.
861
01:03:34,000 --> 01:03:35,920
Kami bersama Roberto Gómez.
Selamat datang.
862
01:03:36,000 --> 01:03:37,560
Helo, semua. Helo, Isabel.
863
01:03:37,640 --> 01:03:42,760
Ya, Real Madrid dalam perhatian
kerana kelab ini ada presiden baru.
864
01:03:58,440 --> 01:04:02,920
Kisahnya ialah kisah di mana semua orang
mendakwa ada versi kebenaran mereka.
865
01:04:03,600 --> 01:04:05,920
Awak rasa siapa yang bercakap benar?
866
01:04:06,600 --> 01:04:09,360
Tanpa persoalan, saya. Saya protagonisnya.
867
01:04:09,440 --> 01:04:10,640
PRESIDEN REAL MADRID
868
01:04:10,680 --> 01:04:12,720
Semua yang saya cakap
ialah apa yang berlaku.
869
01:04:16,920 --> 01:04:19,360
Antara kita semua,
870
01:04:19,440 --> 01:04:23,480
kita akan pastikan
nama kelab ini sinonim dengan kehebatan.
871
01:04:23,560 --> 01:04:26,880
Kerana sejarahnya layak dapatnya,
ahli-ahlinya layak dapatnya,
872
01:04:26,960 --> 01:04:29,520
begitu juga berjuta penyokong
di bandar ini,
873
01:04:29,600 --> 01:04:32,240
di Sepanyol dan seluruh dunia.
874
01:04:32,320 --> 01:04:33,680
Terima kasih banyak.
875
01:04:38,760 --> 01:04:41,000
Florentino akan mula bekerja hari ini.
876
01:04:41,080 --> 01:04:44,640
Ahli-ahli Real Madrid
kini menunggu ketibaan Luís Figo.
877
01:04:46,840 --> 01:04:50,080
Saya anggap saya seorang yang tenang.
878
01:04:50,160 --> 01:04:52,640
Saya fikirkan perkara
yang saya perlu buat.
879
01:04:52,720 --> 01:04:56,720
Kalau saya benar-benar nak sesuatu,
saya yakin saya akan dapatkannya.
880
01:04:58,200 --> 01:05:00,640
Itu masa yang gila.
Saya baru menang pilihan raya.
881
01:05:00,720 --> 01:05:04,840
Saya perlu rancang dan atur semuanya.
Semua media bercakap tentang Figo
882
01:05:04,920 --> 01:05:08,640
dan saya rasa dia rasa agak tertekan.
883
01:05:10,280 --> 01:05:13,360
Tapi saya yakin
Figo akan datang ke Real Madrid
884
01:05:13,440 --> 01:05:15,080
hingga saya tak berinya kepentingan.
885
01:05:15,160 --> 01:05:17,280
Pemain sertai Real Madrid
kerana mereka mahu
886
01:05:17,360 --> 01:05:20,360
dan saya yakin
Figo mahu sertai Real Madrid.
887
01:05:21,880 --> 01:05:24,760
- Awak tak ragu-ragu langsung?
- Tak.
888
01:05:25,280 --> 01:05:26,440
Saya tak ragu-ragu.
889
01:05:27,640 --> 01:05:30,280
Mari kita lihat tajuk utama sukan.
890
01:05:30,360 --> 01:05:34,720
SPORT, "Peminat bertanya,
'Apa akan berlaku?'"
891
01:05:34,800 --> 01:05:36,400
"Penyokong atau pengkhianat Barça?"
892
01:05:36,480 --> 01:05:40,800
AS, "Figo berlindung di Sardinia. Diburu."
893
01:05:46,560 --> 01:05:49,280
Florentino menang pilihan raya di Madrid,
894
01:05:49,360 --> 01:05:50,480
jadi,
895
01:05:51,760 --> 01:05:54,960
semua yang terlibat dalam operasi itu,
896
01:05:55,040 --> 01:05:56,400
yang merangkumi
897
01:05:58,040 --> 01:05:59,600
ejen saya,
898
01:05:59,680 --> 01:06:03,440
cuba pujuk saya untuk bertindak.
899
01:06:09,120 --> 01:06:12,520
Jadi, Veiga hubungi Figo,
yang berada di Sardinia.
900
01:06:13,040 --> 01:06:15,000
Ketika itulah Luís kata,
901
01:06:15,080 --> 01:06:19,400
"Saya takkan ke Real Madrid."
902
01:06:21,160 --> 01:06:22,960
"Takkan."
903
01:06:23,720 --> 01:06:26,000
"Saya takkan pergi."
904
01:06:27,160 --> 01:06:28,840
Kemudian Luís beritahu Veiga
905
01:06:28,920 --> 01:06:30,960
jangan telefon dia lagi.
906
01:06:31,040 --> 01:06:35,240
"Jangan ganggu saya.
Jangan telefon saya lagi."
907
01:06:35,320 --> 01:06:37,960
"Awak takkan dapat yakinkan saya!"
908
01:06:41,040 --> 01:06:43,560
Saya sangka ini boleh gagal
bila-bila masa,
909
01:06:43,640 --> 01:06:45,400
yang Barca boleh bertindak.
910
01:06:46,240 --> 01:06:51,560
Tapi saya cakap dengan Florentino
dan dia beritahu saya ia tak boleh diubah.
911
01:06:52,200 --> 01:06:54,560
Saya kata, "Tapi pada saat akhir,
semua boleh gagal."
912
01:06:54,640 --> 01:06:58,600
"Tak, ia tak boleh gagal sebab saya
tambah klausa penalti 30 juta euro."
913
01:06:58,680 --> 01:07:01,280
"Jika dia mahu keluar
daripada perjanjian itu,
914
01:07:01,360 --> 01:07:03,880
dia perlu bayar 30 juta euro
kepada Real Madrid."
915
01:07:03,960 --> 01:07:04,960
Aduhai.
916
01:07:07,280 --> 01:07:11,240
Saya tak pernah tandatangani
benda sebegitu sebelum ini, saya jamin.
917
01:07:12,200 --> 01:07:16,440
Ini tahun 2000 dan dalam 21 tahun lalu,
saya tak pernah buat begitu lagi.
918
01:07:17,240 --> 01:07:21,000
Ia klausa motivasi sahaja.
919
01:07:22,360 --> 01:07:23,840
Figo tak pernah tandatanganinya.
920
01:07:23,920 --> 01:07:28,080
Ia kontrak yang saya
dan Veiga tandatangani,
921
01:07:28,160 --> 01:07:32,400
yang boleh dilihat
sebagai pengisytiharan niat,
922
01:07:32,480 --> 01:07:35,600
kerana José Veiga tiada kuasa
923
01:07:35,680 --> 01:07:37,640
untuk tandatangani apa saja
bagi pihak Figo.
924
01:07:40,360 --> 01:07:41,800
Ia klausa terakhir.
925
01:07:44,280 --> 01:07:46,600
Saya tengoknya.
926
01:07:48,320 --> 01:07:51,720
Jika Luís asyik beritahu Veiga
927
01:07:51,800 --> 01:07:55,840
yang dia takkan sertai Real Madrid,
kami akan ada masalah besar.
928
01:07:55,920 --> 01:07:59,960
Masalah besar.
929
01:08:03,040 --> 01:08:09,160
Ini menyebabkan José Veiga sangat tertekan
930
01:08:10,360 --> 01:08:12,280
kerana namanya ada pada kontrak.
931
01:08:13,960 --> 01:08:18,800
Seseorang perlu bayar 30 juta euro.
932
01:08:21,520 --> 01:08:23,640
"Saya takkan pergi."
933
01:08:25,000 --> 01:08:28,120
Jadi saya kata kepada José,
"Kita cuma ada satu penyelesaian."
934
01:08:28,680 --> 01:08:32,600
"Hanya satu. Bukan dua."
935
01:08:32,680 --> 01:08:36,680
"Kita perlu carter pesawat peribadi."
936
01:08:37,280 --> 01:08:38,760
Ini ejen Figo.
937
01:08:40,960 --> 01:08:43,240
Awak belum MARCA lagi?
938
01:08:44,520 --> 01:08:46,040
Terus baca MARCA.
939
01:08:52,200 --> 01:08:55,360
Pada pukul empat atau lima pagi,
kami bertolak ke Sardinia.
940
01:08:56,800 --> 01:08:57,960
Selepas itu…
941
01:08:58,880 --> 01:09:00,440
mimpi ngeri itu bermula.
942
01:09:03,200 --> 01:09:05,080
Dia di Hotel Romazzino.
943
01:09:06,520 --> 01:09:10,240
Saya telefon dia dan kata,
"Saya di lobi." Waktunya sembilan pagi.
944
01:09:10,320 --> 01:09:14,600
Apabila mereka muncul
di Sardinia, apa yang awak fikirkan?
945
01:09:15,760 --> 01:09:17,240
Apa mereka buat di sini?
946
01:09:20,800 --> 01:09:24,240
Saya boleh rasakan banyak ketegangan.
947
01:09:25,840 --> 01:09:30,120
Isteri dia, Helen, sangat marah.
948
01:09:33,240 --> 01:09:38,440
Luís juga resah.
949
01:09:42,240 --> 01:09:46,560
José tahu semuanya
tentang perjanjian yang dia tandatangan.
950
01:09:48,600 --> 01:09:50,280
Tapi itu perjanjiannya.
951
01:09:50,800 --> 01:09:56,320
Dia tahu keadaannya yang teruk itu.
952
01:10:00,320 --> 01:10:05,880
Jadi mereka datang untuk buat saya
bertanggungjawab sepenuhnya.
953
01:10:06,640 --> 01:10:07,920
Sebab itulah mereka datang.
954
01:10:11,960 --> 01:10:17,120
"Saya tak boleh ke Real Madrid.
Hidup saya, keluarga saya. Tak boleh."
955
01:10:17,800 --> 01:10:19,320
Itu yang saya dengar seharian.
956
01:10:20,320 --> 01:10:21,320
Seharian.
957
01:10:21,840 --> 01:10:23,320
Pertama di restoran…
958
01:10:25,120 --> 01:10:26,560
kemudian di pantai.
959
01:10:26,640 --> 01:10:27,840
Pantai!
960
01:10:28,800 --> 01:10:31,520
Kami ke pantai, dalam sut dan tali leher.
961
01:10:31,600 --> 01:10:33,560
"Paulo, apa kita buat di pantai?"
962
01:10:33,640 --> 01:10:37,600
Jadi kami ikut mereka
ke pantai dalam sut kami.
963
01:10:43,760 --> 01:10:46,680
Saya diberitahu, "Pergi ke Sardinia
untuk cari Figo."
964
01:10:46,760 --> 01:10:47,600
"Okey, baiklah."
965
01:10:47,680 --> 01:10:50,000
Saya pergi dengan rakan sekerja.
Seorang jurugambar.
966
01:10:51,960 --> 01:10:56,800
Kami jumpa dia di pantai,
tapi seluruh babak ini sangat tegang
967
01:10:58,040 --> 01:11:00,600
sebab masih ada cerita dalam berita
968
01:11:00,680 --> 01:11:03,080
mengatakan dia akan menolak kontrak ini.
969
01:11:06,000 --> 01:11:07,680
Hari itu sangat…
970
01:11:09,280 --> 01:11:11,640
teruk.
971
01:11:11,720 --> 01:11:12,720
Sangat sukar.
972
01:11:14,040 --> 01:11:16,720
Saya kata kepadanya,
"Okey, Luís, saya faham."
973
01:11:16,800 --> 01:11:19,920
"Tapi jika awak tak pergi,
seseorang perlu bayar
974
01:11:20,440 --> 01:11:23,680
tiga puluh juta euro kepada Real Madrid."
975
01:11:24,640 --> 01:11:26,080
Itu masalah besar.
976
01:11:26,880 --> 01:11:28,680
Tiga puluh juta euro.
977
01:11:30,680 --> 01:11:34,840
Bagaimana nak lepaskan diri?
Bagaimana nak lari daripada masalah ini?
978
01:11:36,800 --> 01:11:40,000
Saya kata kepada Luís,
"Luís, mari buat begini."
979
01:11:40,520 --> 01:11:43,040
"Mari dapatkan jet peribadi ke Lisbon."
980
01:11:43,120 --> 01:11:47,760
"Saya akan minta Florentino jumpa kita
di sana, kita akan minta maaf kepadanya
981
01:11:47,840 --> 01:11:51,440
dan awak beritahu dia
awak tak mahu main untuk Real Madrid."
982
01:11:51,960 --> 01:11:56,400
"Jika awak mahu, kita boleh minum
di bandar dan terbang semula."
983
01:11:56,480 --> 01:12:00,320
Kami pergi ke hotel Figo.
984
01:12:01,160 --> 01:12:03,920
Orang pertama yang nampak saya
ialah Futre.
985
01:12:04,440 --> 01:12:07,440
"Félix!" dia kata.
"Apa awak buat di sini?"
986
01:12:07,520 --> 01:12:11,200
"Pergi dari sini. Jika Figo nampak awak,
dia bunuh awak! Tolong pergi!"
987
01:12:11,280 --> 01:12:12,440
Sebab ketika ini,
988
01:12:12,520 --> 01:12:15,200
Figo baru nak naik jet peribadi ke Lisbon…
989
01:12:17,280 --> 01:12:20,400
kerana dia masih tak yakin
untuk bermain untuk Real Madrid.
990
01:12:32,320 --> 01:12:34,120
Kami semua berjumpa di Lisbon.
991
01:12:35,760 --> 01:12:37,240
Kami tiba di pejabat saya
992
01:12:37,320 --> 01:12:40,760
dan Florentino Pérez
ada di sana bersama stafnya.
993
01:12:44,120 --> 01:12:45,760
Saya beritahu dia rancangan saya,
994
01:12:45,840 --> 01:12:49,560
yang saya mahu bina
seluruh projek sukan melibatkannya.
995
01:12:49,640 --> 01:12:52,440
Saya beritahu dia
pemain terbaik di dunia akan datang
996
01:12:52,520 --> 01:12:56,480
dan kami mahu mencipta Madrid ajaib
yang sesuai dengan sejarahnya.
997
01:12:56,560 --> 01:13:00,600
Bagi saya, dia asas
untuk saya bina projek sukan itu.
998
01:13:06,640 --> 01:13:09,680
Pada masa ini, hati Luís hampir dimenangi.
999
01:13:10,240 --> 01:13:11,640
Saya ingat lagi…
1000
01:13:13,560 --> 01:13:16,240
saya kata kepadanya,
"Beritahu Helen." Hubungi Helen."
1001
01:13:18,880 --> 01:13:23,840
Semua orang cuba meyakinkan saya
1002
01:13:24,800 --> 01:13:26,800
dan saya cuba dengar semua orang.
1003
01:13:26,880 --> 01:13:31,960
Kemudian, saya hubungi isteri saya
pada dua atau tiga pagi,
1004
01:13:32,040 --> 01:13:36,720
saya kejutkan dia dan kata,
"Saya akan pergi ke Madrid."
1005
01:13:37,400 --> 01:13:40,480
Dia mula bercakap
dengan Helen dalam bahasa Inggeris.
1006
01:13:41,640 --> 01:13:43,480
Dia cuma kata,
1007
01:13:43,560 --> 01:13:49,400
"Ya…"
1008
01:13:49,480 --> 01:13:53,440
Apabila panggilan tamat, dia kata,
"Saya tak boleh tandatanganinya."
1009
01:14:08,280 --> 01:14:10,240
Kemudian Florentino kata,
1010
01:14:10,800 --> 01:14:12,600
"Awak akan jadi bintang saya."
1011
01:14:14,960 --> 01:14:17,440
"Saya nak awak jadi
pemain Real Madrid, Luís."
1012
01:14:18,400 --> 01:14:20,960
"Saya tak mahu 30 juta euro.
Saya mahu awak."
1013
01:14:21,480 --> 01:14:23,800
"Saya nak bina pasukan terbaik di dunia."
1014
01:14:29,240 --> 01:14:31,560
Saya yang boleh kehilangan segalanya
1015
01:14:32,560 --> 01:14:35,000
kerana hidup saya ada di Barcelona.
1016
01:14:38,200 --> 01:14:41,520
Bagi saya, ia bermula
sebagai kekurangan pertimbangan,
1017
01:14:43,080 --> 01:14:46,160
disebabkan kepentingan saya kepada kelab,
sumbangan saya kepada kelab
1018
01:14:46,240 --> 01:14:48,240
dan perkara yang saya buat untuk kelab.
1019
01:14:49,840 --> 01:14:53,520
Saya nak main bola
di tempat saya dihargai.
1020
01:14:56,000 --> 01:14:58,680
Itulah yang meyakinkan saya
1021
01:14:58,760 --> 01:15:00,760
untuk sertai Real Madrid.
1022
01:15:03,360 --> 01:15:05,200
Sebab utama saya pergi
1023
01:15:05,280 --> 01:15:08,000
ialah mereka menghargai saya
dan benar-benar mahukan saya.
1024
01:15:10,920 --> 01:15:12,920
Akhirnya, saya fikirkan diri saya.
1025
01:15:16,000 --> 01:15:18,360
Adakah ia pentingkan diri? Mungkin.
1026
01:15:18,440 --> 01:15:24,840
Adakah saya dapat lebih banyak duit?
Ya, tapi jika saya kekal di Barcelona,
1027
01:15:25,440 --> 01:15:26,960
saya akan dapat duit yang sama.
1028
01:15:27,040 --> 01:15:32,840
Ada saat-saat penting
apabila anda perlu fikirkan diri sendiri.
1029
01:15:37,840 --> 01:15:42,160
Hari sudah subuh, matahari sudah terbit…
1030
01:15:43,920 --> 01:15:45,600
dan Luís tandatangani kontrak itu.
1031
01:15:51,080 --> 01:15:53,560
LIMA HARI KEMUDIAN
1032
01:16:00,520 --> 01:16:03,080
Hari saya jadi presiden tiba.
1033
01:16:03,600 --> 01:16:06,040
Saya jadi presiden
pada pukul sembilan malam.
1034
01:16:06,120 --> 01:16:07,560
Saya pergi meraikannya.
1035
01:16:11,440 --> 01:16:13,760
Semua orang gembira sebab kami menang.
1036
01:16:15,560 --> 01:16:17,640
Luís Figo kemudian telefon saya.
1037
01:16:23,600 --> 01:16:25,560
Luís kata, "Hai, Joan. Tahniah."
1038
01:16:25,640 --> 01:16:27,880
Setakat ini, semuanya baik.
"Terima kasih banyak."
1039
01:16:27,960 --> 01:16:31,280
Saya tanya, "Bila awak akan tiba?"
"Itu bergantung pada awak."
1040
01:16:31,360 --> 01:16:34,320
Inilah saat pengkhianatan berlaku.
1041
01:16:34,400 --> 01:16:37,080
Dia kata, "Saya ada dua tiket."
1042
01:16:37,160 --> 01:16:40,840
"Satu dari Lisbon ke Madrid
dan satu dari Lisbon ke Barcelona."
1043
01:16:40,920 --> 01:16:45,120
"Sama ada saya gunakan tiket Barcelona itu
bergantung pada awak."
1044
01:16:45,200 --> 01:16:46,840
Saya kata, "Ia bergantung pada apa?"
1045
01:16:46,920 --> 01:16:49,160
ISNIN, 24 JUN
1046
01:16:49,240 --> 01:16:52,960
"Awak perlu berikan saya
jaminan bank sebanyak 500 juta peseta."
1047
01:16:53,000 --> 01:16:54,960
PENYOKONG ATAU PENGKHIANAT BARÇA?
1048
01:16:55,040 --> 01:16:57,760
"Saya mahu Barca berikan saya itu."
1049
01:16:58,280 --> 01:17:01,440
"Jadi awak perlu jemput saya
di lapangan terbang esok
1050
01:17:01,520 --> 01:17:07,160
dan buat kenyataan umum, sebagai presiden,
bahawa Figo kekal di Barça."
1051
01:17:13,640 --> 01:17:16,080
Saya kata, "Luis, sekarang tengah malam."
1052
01:17:17,360 --> 01:17:19,520
"Saya tak boleh beri jaminan bank."
1053
01:17:23,440 --> 01:17:27,560
"Awak minta saya benda yang mustahil."
"Kalau begitu, saya akan ke Madrid."
1054
01:17:27,640 --> 01:17:31,320
"Okey. Semoga berjaya. Selamat tinggal.
Apa awak nak saya cakap?"
1055
01:17:34,040 --> 01:17:38,240
Perkara ini, "Saya ada dua tiket, satu
untuk Madrid dan satu untuk Barcelona…"
1056
01:17:38,320 --> 01:17:40,560
Ia bukan rekaan saya. Dia yang cakap.
1057
01:17:42,560 --> 01:17:46,600
Jika dia beritahu kebenarannya,
bukan satu penipuan, kebenarannya…
1058
01:17:46,680 --> 01:17:49,160
Saya akan minta
ahli-ahli Barça maafkan dia
1059
01:17:49,240 --> 01:17:51,200
dan kita boleh lupakan hal Figo.
1060
01:17:51,280 --> 01:17:57,920
Gaspart kata awak hubungi dia
pada malam dia menang pilihan raya
1061
01:17:58,000 --> 01:18:00,440
dan awak beritahu dia awak ada dua tiket…
1062
01:18:00,520 --> 01:18:02,800
Itu satu penipuan.
1063
01:18:04,480 --> 01:18:05,480
Penipuan.
1064
01:18:08,720 --> 01:18:11,920
En. Gaspart, hari ini pasti gembira
untuk tuan.
1065
01:18:12,000 --> 01:18:14,200
Ini kali pertama tuan
sebagai presiden Barcelona.
1066
01:18:14,280 --> 01:18:18,400
Tapi saya akan keruhkan keadaan sedikit
kerana saya akan tanya tentang Luís Figo.
1067
01:18:18,480 --> 01:18:19,960
Apakah ulasan tuan?
1068
01:18:20,040 --> 01:18:22,760
Daripada apa yang saya tahu, Luís Figo
1069
01:18:22,840 --> 01:18:25,840
telah menandatangani kontrak
dengan Real Madrid.
1070
01:18:26,600 --> 01:18:27,680
Jika itu benar,
1071
01:18:27,760 --> 01:18:30,560
jika Luís Figo telah menandatangani
kontrak ini,
1072
01:18:30,640 --> 01:18:33,200
tiada apa yang perlu dibuat
1073
01:18:33,280 --> 01:18:36,800
dan malangnya, Figo mungkin kini
pemain Real Madrid.
1074
01:18:36,880 --> 01:18:38,360
Tapi apakah kosnya?
1075
01:18:42,040 --> 01:18:46,040
Dia tokoh masa kini,
bintang Portugis Luís Figo…
1076
01:18:46,120 --> 01:18:48,080
Luís Figo sudah berada di Madrid,
1077
01:18:48,160 --> 01:18:52,400
dan malam ini,
dia akan diperkenalkan di Bernabéu…
1078
01:18:52,480 --> 01:18:56,560
Dia menandatangani kontrak enam tahun
dengan musuh ketat, Real Madrid…
1079
01:18:56,640 --> 01:18:59,760
…menjadikannya pemindahan paling mahal
di dunia.
1080
01:18:59,840 --> 01:19:01,800
Duit mampu membeli segalanya,
1081
01:19:01,880 --> 01:19:05,400
mampu buat perkara
yang mustahil tidak mustahil.
1082
01:19:15,320 --> 01:19:19,440
Kami belum pulang ke Barcelona
1083
01:19:19,520 --> 01:19:22,160
selepas Euros
1084
01:19:22,240 --> 01:19:25,400
kerana kami pergi bercuti
dan saya tak pernah kembali.
1085
01:19:26,960 --> 01:19:29,520
Dari situ, saya terus
ke upacara perkenalan.
1086
01:19:34,000 --> 01:19:36,680
Jangan risau tentangnya.
1087
01:19:36,760 --> 01:19:40,240
Sudah tentu saya akan cuba.
Cuba. Ambil gambar itu!
1088
01:19:51,360 --> 01:19:53,480
Kita saja yang ikut dia.
1089
01:19:56,680 --> 01:19:59,880
Lelaki tak guna. Pergi ke sebelah dia.
1090
01:19:59,960 --> 01:20:02,720
Pergi ke sebelah dia. Jantan tak guna.
1091
01:20:02,800 --> 01:20:04,760
Dekati dia. Dia boleh pergi mati.
1092
01:20:20,800 --> 01:20:22,200
Ia bilik yang kecil.
1093
01:20:23,160 --> 01:20:24,920
Ia sangat panas.
1094
01:20:25,000 --> 01:20:28,560
Ada orang berlari-lari, "Di mana Figo?"
1095
01:20:33,440 --> 01:20:36,240
Tiba-tiba, adegan di bilik kecil itu…
1096
01:20:36,320 --> 01:20:39,280
Di Stéfano dan Florentino Pérez
dengan baju Madrid.
1097
01:20:39,360 --> 01:20:41,720
Di Stéfano gembira.
1098
01:20:42,320 --> 01:20:43,920
Florentino Pérez tersenyum.
1099
01:20:44,000 --> 01:20:45,160
Figo pula…
1100
01:21:11,040 --> 01:21:14,560
Selamat petang, semua.
1101
01:21:16,240 --> 01:21:19,280
Bagi saya, saya sangat puas hati
1102
01:21:20,000 --> 01:21:24,600
untuk berada di tempat yang indah ini,
dikelilingi banyak trofi yang dimenangi
1103
01:21:24,680 --> 01:21:27,360
oleh Real Madrid sepanjang sejarahnya.
1104
01:21:28,040 --> 01:21:30,800
Saya gembira
bersama presiden kehormat kita,
1105
01:21:30,880 --> 01:21:32,360
Don Alfredo Di Stéfano.
1106
01:21:33,080 --> 01:21:35,360
Paling penting, saya ingin perkenalkan
kepada anda
1107
01:21:35,440 --> 01:21:41,520
dan ini perkenalan pertama saya,
antara pemain terbaik di dunia, Luís Figo.
1108
01:21:45,200 --> 01:21:50,600
Luís, saya nak sambut awak ke kelab
1109
01:21:51,120 --> 01:21:52,800
yang akan jadi rumah awak.
1110
01:21:52,880 --> 01:21:56,640
Awak pasti akan gembira buat keputusan ini
1111
01:21:57,200 --> 01:22:03,000
dan peminat pasti akan mencintai awak…
1112
01:22:05,080 --> 01:22:08,800
sama seperti ahli lembaga pengarah
mencintai awak.
1113
01:22:08,880 --> 01:22:10,440
Terima kasih banyak, Luís.
1114
01:22:25,640 --> 01:22:28,440
Anda berada pada saat
1115
01:22:28,520 --> 01:22:33,920
di mana banyak perkara
yang bermain di fikiran anda.
1116
01:22:35,520 --> 01:22:39,600
Mungkin ia paksa anda
melupakan perasaan sebenar.
1117
01:22:49,440 --> 01:22:51,240
Untuk membuat keputusan itu
1118
01:22:51,320 --> 01:22:56,800
dan tiba-tiba diperkenalkan di Madrid,
1119
01:22:56,880 --> 01:23:00,000
menimbulkan macam-macam emosi.
1120
01:23:04,480 --> 01:23:09,840
Fikiran saya saat itu tak jelas
untuk meluahkan kegembiraan saya.
1121
01:23:11,880 --> 01:23:13,680
Saya di sana, tapi saya tiada di sana.
1122
01:23:33,280 --> 01:23:35,840
Ada banyak perkara yang berlaku serentak
1123
01:23:35,920 --> 01:23:40,800
dan ia boleh buat anda…
1124
01:23:45,000 --> 01:23:47,000
bukannya hancurkan anda, tapi…
1125
01:23:48,360 --> 01:23:50,720
ia mempengaruhi anda.
1126
01:24:00,840 --> 01:24:03,760
SAYA DI SINI
1127
01:24:03,840 --> 01:24:07,600
FIGO, PENGKHIANAT!
1128
01:24:11,280 --> 01:24:13,800
Kami doakan yang terbaik untuk dia,
1129
01:24:14,320 --> 01:24:17,240
terutamanya kami yang kenal dia
dan mencintainya.
1130
01:24:17,320 --> 01:24:22,560
Jika ini keputusannya,
saya rasa ia sempurna
1131
01:24:22,640 --> 01:24:24,040
sebab ia kehidupan dia.
1132
01:24:25,160 --> 01:24:29,120
Kami kehilangan pemain
yang tak boleh diganti dan berbakat besar.
1133
01:24:30,080 --> 01:24:31,680
Kami cuma doakan dia yang terbaik.
1134
01:24:31,760 --> 01:24:34,040
Sejujurnya, ia buat saya sedih.
1135
01:24:34,600 --> 01:24:39,080
Saya lebih suka Luís tinggal dengan saya,
bukan saja di padang, tapi di luar,
1136
01:24:39,160 --> 01:24:40,480
di bilik persalinan.
1137
01:24:40,560 --> 01:24:45,640
Saya tahu kami bercakap
pada hari-hari berikutnya
1138
01:24:46,160 --> 01:24:48,120
dan saya ucap semoga berjaya kepada dia
1139
01:24:48,200 --> 01:24:52,360
dan beritahu dia saya akan rindukan dia,
begitu juga pada tahun-tahun berikutnya.
1140
01:24:52,440 --> 01:24:53,600
Itu saja.
1141
01:25:05,320 --> 01:25:07,200
Saya tak boleh cakap bagi peminat Barça,
1142
01:25:07,280 --> 01:25:13,600
tapi saya rasa
seolah-olah saya ditikam dari belakang.
1143
01:25:13,680 --> 01:25:15,000
Ia mengecewakan saya.
1144
01:25:15,680 --> 01:25:18,400
Luís Figo akan tinggalkan Barça
kerana dia mahu.
1145
01:25:18,920 --> 01:25:21,160
Saya harap dia tak cari alasan.
1146
01:25:21,240 --> 01:25:22,640
Dia patut berani.
1147
01:25:22,720 --> 01:25:25,400
Dia patut kata
duit itu segalanya dalam hidup.
1148
01:25:26,520 --> 01:25:28,200
Saya faham itu dan itu adil.
1149
01:25:28,720 --> 01:25:30,120
Asalkan dia cakap
1150
01:25:30,200 --> 01:25:34,080
dan tak malu kerana mahukan lebih banyak.
1151
01:25:34,840 --> 01:25:36,880
Joan Gaspart takkan lupa ini.
1152
01:25:39,200 --> 01:25:40,640
Bergembiralah, Figo!
1153
01:25:40,720 --> 01:25:43,080
Hidup awak lebih bagus
di sini daripada di Barcelona!
1154
01:25:44,720 --> 01:25:46,800
Ini bandar terbaik di dunia.
1155
01:25:48,320 --> 01:25:49,320
Juara!
1156
01:25:50,280 --> 01:25:52,640
Semoga berjaya!
Semoga masa depan awak cerah.
1157
01:25:56,320 --> 01:26:00,000
Saya sentiasa hormati pendapat orang lain,
1158
01:26:01,920 --> 01:26:05,520
jadi orang perlu hormati keputusan saya
sama ada mereka suka atau tak.
1159
01:26:06,720 --> 01:26:08,960
Mereka panggil saya pengkhianat, tapi…
1160
01:26:11,000 --> 01:26:13,080
mungkin orang yang panggil saya
pengkhianat
1161
01:26:13,160 --> 01:26:15,160
ialah orang yang khianati saya.
1162
01:26:16,760 --> 01:26:19,720
Saya fokus untuk berada di sini
1163
01:26:19,800 --> 01:26:24,520
dan buat yang terbaik
untuk mewakili kelab ini.
1164
01:26:27,240 --> 01:26:31,160
TIGA BULAN KEMUDIAN
1165
01:26:33,080 --> 01:26:36,040
Semua tempat duduk
yang anda nampak sekarang
1166
01:26:36,120 --> 01:26:37,920
akan dipenuhi.
1167
01:26:38,000 --> 01:26:40,480
Seratus ribu orang
akan berada di Nou Camp.
1168
01:26:40,560 --> 01:26:41,760
Tiket habis dijual.
1169
01:26:41,840 --> 01:26:44,720
Barça menentang Real Madrid,
1170
01:26:44,800 --> 01:26:48,640
atau lebih sesuai
untuk kata permainan itu sebenarnya…
1171
01:26:48,720 --> 01:26:50,800
Barça menentang Figo.
1172
01:26:53,240 --> 01:26:56,320
Adakah Luis rasa
orang di Barcelona akan maafkan dia?
1173
01:26:57,640 --> 01:26:59,160
Saya cuma kata
1174
01:27:00,480 --> 01:27:02,280
mereka akan cemuh dia.
1175
01:27:02,360 --> 01:27:04,960
Mereka akan cemuh dia
disebabkan cara dia pergi.
1176
01:27:09,480 --> 01:27:12,200
Nou Camp terluka
dan bersedia untuk mengecam
1177
01:27:12,280 --> 01:27:15,360
lelaki yang pergi ke tempat
yang paling melukakan peminat.
1178
01:27:18,360 --> 01:27:20,880
Saya rasa Figo tak sedar
1179
01:27:21,400 --> 01:27:23,240
perkara yang akan berlaku.
1180
01:27:24,560 --> 01:27:31,120
Kebencian daripada peminat sama
dengan cinta mereka terhadap satu pemain.
1181
01:27:33,160 --> 01:27:36,720
Figo disanjungi di Barcelona.
1182
01:27:41,800 --> 01:27:44,480
Enam ratus wartawan, 200 dari luar negara.
1183
01:27:44,560 --> 01:27:47,840
Semua akan menyaksikan
kepulangan Luís Figo ke Nou Camp.
1184
01:27:47,920 --> 01:27:50,640
Dia tak sedar perkara
yang dia buat kepada peminat Barca.
1185
01:27:50,720 --> 01:27:53,640
Tapi jangan harap
dia boleh main bola malam ini.
1186
01:27:53,720 --> 01:27:56,080
Kami tak dibenarkan baling apa-apa.
1187
01:27:56,160 --> 01:27:59,560
Tapi kalau boleh,
saya akan baling batu ke kepalanya.
1188
01:27:59,640 --> 01:28:03,160
Joan, tuan nampak tegang…
1189
01:28:03,240 --> 01:28:06,000
sementara Florentino, tuan nampak tenang.
1190
01:28:06,520 --> 01:28:08,720
Itu bergantung pada personaliti kami.
1191
01:28:08,800 --> 01:28:13,200
Awak tahu saya bersemangat
dan ambil serius tentang permainan ini
1192
01:28:13,280 --> 01:28:17,320
kerana kita perlu akui
persaingan ini sudah lama berlaku.
1193
01:28:17,400 --> 01:28:21,560
Walaupun kami makan tengah hari bersama,
ia takkan berubah.
1194
01:28:22,160 --> 01:28:26,120
Itu dia. Apa yang anda nampak
di sini ialah kemesraan.
1195
01:28:26,200 --> 01:28:30,200
Mari lihat keadaannya
dalam lima jam dan 30 minit.
1196
01:28:43,760 --> 01:28:46,160
"Pengkhianat, pembelot, mata duitan."
1197
01:28:46,240 --> 01:28:49,480
Penghinaan ini antara yang Figo
perlu jangka daripada peminat Barca.
1198
01:28:49,560 --> 01:28:52,760
Saya cuma merayu
supaya tiada perkara serius berlaku.
1199
01:28:52,840 --> 01:28:55,520
Kita bercakap tentang Figo
seolah-olah dia musuh ketat awam.
1200
01:28:55,600 --> 01:28:58,680
Tak, maaf, dia bukan penjenayah,
tapi dia pengkhianat!
1201
01:29:00,040 --> 01:29:02,600
Jangan ambil gambar dengan baju itu.
1202
01:29:02,680 --> 01:29:07,360
Jangan kata, "Saya takkan pergi!"
Itu yang dia tak patut buat!
1203
01:29:08,440 --> 01:29:10,360
Figo, kau memang tak guna!
1204
01:29:12,200 --> 01:29:14,680
Di mana Fig o?
1205
01:29:15,200 --> 01:29:18,560
Figo? Di mana Figo? Di mana Figo?
1206
01:29:19,080 --> 01:29:20,400
Di mana Fig o?
1207
01:29:20,480 --> 01:29:22,480
Kau mata duitan!
1208
01:29:22,560 --> 01:29:24,960
- Tak guna!
- Tak guna!
1209
01:29:32,400 --> 01:29:38,120
Figo, tak guna
Teman wanita kau pelacur!
1210
01:29:38,640 --> 01:29:41,720
FIGO MATA DUITAN
1211
01:30:22,440 --> 01:30:25,840
FIGO = PENGKHIANAT, PENIPU DAN MATA DUITAN
1212
01:30:25,920 --> 01:30:29,320
FIGO, KAU AKAN JUAL MAK KAU
JIKA KAU TAHU SIAPA DIA
1213
01:30:29,400 --> 01:30:32,200
PEMBELOT
1214
01:30:45,280 --> 01:30:49,480
Sejujurnya, ia salah satu permainan
di mana saya keluar untuk panaskan badan
1215
01:30:49,560 --> 01:30:52,280
dan jika pengadil kata
dia batalkan perlawanan,
1216
01:30:52,360 --> 01:30:53,480
saya pasti gembira.
1217
01:30:53,560 --> 01:30:55,280
MATA WANG KERTAS BARU
1218
01:30:55,360 --> 01:30:57,560
Suasananya menakutkan di Nou Camp.
1219
01:30:57,640 --> 01:31:00,200
Anda boleh rasa ketegangan di stadium.
1220
01:31:03,320 --> 01:31:06,160
Jelas sekali,
disebabkan gambar oleh SPORT itu,
1221
01:31:06,240 --> 01:31:09,840
orang rasa terluka dan tertipu.
1222
01:31:11,560 --> 01:31:14,160
Tapi pada penghujung hari,
orang perlu faham
1223
01:31:14,960 --> 01:31:17,360
semua orang berhak buat pilihan sendiri,
1224
01:31:17,440 --> 01:31:19,320
tapi keadaan makin melampau,
1225
01:31:19,400 --> 01:31:22,120
batas telah dilanggar
dan apa yang terjadi telah terjadi.
1226
01:31:26,040 --> 01:31:28,800
Mustahil untuk tidak terjejas
1227
01:31:28,880 --> 01:31:33,040
ketika bermain bola sepak
1228
01:31:33,120 --> 01:31:36,560
kerana suasananya sangat dahsyat.
1229
01:31:36,640 --> 01:31:38,680
Saya tak pernah tengok
sesuatu seperti ini.
1230
01:31:41,880 --> 01:31:44,400
Figo, kau patut mati!
1231
01:31:45,560 --> 01:31:49,720
Dengarkan sambutan
yang para pemain Madrid dapat.
1232
01:31:51,720 --> 01:31:56,120
Saya tak boleh ingat
jika ada suasana sedahsyat ini.
1233
01:31:57,080 --> 01:31:59,160
Hati-hati!
1234
01:31:59,240 --> 01:32:02,200
Hati-hati! Keadaan boleh jadi teruk
bila-bila masa!
1235
01:32:03,680 --> 01:32:05,760
Raúl… Figo…
1236
01:32:12,560 --> 01:32:14,680
Ada sesiapa beritahu Figo
jangan main hari itu?
1237
01:32:14,760 --> 01:32:15,760
Tidak.
1238
01:32:17,000 --> 01:32:21,240
Pertama, sebab kami tak boleh beritahu dia
apa nak buat.
1239
01:32:22,040 --> 01:32:27,400
Kedua, kerana semua orang yang tahu Luís
tahu dia takkan lakukannya.
1240
01:32:28,960 --> 01:32:30,320
Itu untuk pengecut.
1241
01:32:31,320 --> 01:32:35,840
Itu bermaksud mengalah kepada orang
1242
01:32:36,560 --> 01:32:39,040
yang menyerang saya.
1243
01:32:40,080 --> 01:32:43,560
Figo nampak serius. Ini ujian yang hebat!
1244
01:33:04,520 --> 01:33:10,680
Jantan Portugis tak guna!
1245
01:33:17,480 --> 01:33:20,240
FIGO, KAU PENGKHIANAT,
SELAMAT DATANG KE NERAKA
1246
01:33:20,320 --> 01:33:26,080
Figo, tak guna!
Teman wanita kau pelacur!
1247
01:33:28,040 --> 01:33:30,680
Figo, pergi mati!
1248
01:33:45,400 --> 01:33:47,280
Jantan tak guna!
1249
01:33:48,440 --> 01:33:50,520
Jantan tak guna!
1250
01:34:06,280 --> 01:34:08,480
Para peminat kembali melontar barang.
1251
01:34:17,800 --> 01:34:20,360
Wisel akhir ditiup. Barça, dua-kosong.
1252
01:34:31,520 --> 01:34:37,120
Peminat bertindak sebegitu
kerana pihak media timbulkan kebencian.
1253
01:34:37,200 --> 01:34:39,760
KAU KHIANATI KAMI
1254
01:34:39,840 --> 01:34:42,760
Ia bukan lagi soal marah
tentang satu pemindahan…
1255
01:34:46,680 --> 01:34:48,320
yang saya boleh faham.
1256
01:34:48,400 --> 01:34:51,360
Ia serangan peribadi,
menentang keluarga saya juga.
1257
01:34:51,440 --> 01:34:55,400
Jadi, selepas itu, saya tentukan batasnya.
1258
01:34:55,480 --> 01:34:57,800
Ia dah berakhir.
1259
01:35:07,600 --> 01:35:11,680
10,000 PESETA
MATA DUITAN
1260
01:35:37,080 --> 01:35:39,240
Dengan segala perkara
yang saya alami di Madrid,
1261
01:35:41,640 --> 01:35:46,600
saya sangat yakin keputusan saya tepat
untuk menyertai kelab itu.
1262
01:35:55,280 --> 01:35:58,040
Pada tahun 2000,
saya memenangi Ballon d'Or.
1263
01:35:59,000 --> 01:36:02,680
Diundi pemain terbaik
di dunia memang gila.
1264
01:36:18,680 --> 01:36:22,040
Pada tahun pertama saya,
dengan semua tekanan yang saya hadapi,
1265
01:36:22,120 --> 01:36:23,680
kami menang liga itu.
1266
01:36:32,920 --> 01:36:35,400
Kami menang Liga Juara pada tahun kedua.
1267
01:36:50,960 --> 01:36:52,400
Jadi kami menang segalanya.
1268
01:36:54,280 --> 01:36:57,400
Saya tak tahu jika saya ubah
persaingan itu. Ia sentiasa ada.
1269
01:36:57,920 --> 01:37:01,720
Adakah ia ubah sesuatu
dalam bola sepak Sepanyol? Ya, itu benar
1270
01:37:01,800 --> 01:37:06,240
kerana ia pemindahan besar pertama
dalam bola sepak dunia.
1271
01:37:06,320 --> 01:37:09,640
Ia juga mengubah kitaran kemenangan.
1272
01:37:12,040 --> 01:37:14,280
Adakah itu disebabkan pemindahan saya?
1273
01:37:14,360 --> 01:37:21,120
Saya tak tahu,
tapi realitinya kitaran itu berubah
1274
01:37:21,200 --> 01:37:25,880
kerana Barcelona kemudian
tak menang apa-apa selama lima tahun.
1275
01:37:36,760 --> 01:37:39,040
Barça kehilangan pemain terbaik
1276
01:37:39,720 --> 01:37:43,560
dan Madrid tiba-tiba ada
pemain terbaik dalam bola sepak Sepanyol.
1277
01:37:45,760 --> 01:37:47,680
Tuan dah lupakan hal Figo itu?
1278
01:37:47,760 --> 01:37:50,040
Kami belum bincang tentangnya.
1279
01:37:51,720 --> 01:37:55,320
Saya mengagumi Florentino Pérez
sebagai seorang manusia.
1280
01:37:56,320 --> 01:37:58,680
Tapi sebagai presiden Real Madrid,
1281
01:38:00,000 --> 01:38:01,760
dia musuh ketat saya
1282
01:38:01,840 --> 01:38:04,720
dan lelaki yang menipu
1283
01:38:05,240 --> 01:38:08,560
yang meninggalkan saya dengan mandat
yang berakhir dengan teruk.
1284
01:38:09,080 --> 01:38:15,920
JOAN GASPART MELETAK JAWATAN
SEBAGAI PRESIDEN FC BARCELONA PADA 2003
1285
01:38:16,000 --> 01:38:20,840
Pergi, Gaspart!
1286
01:38:22,080 --> 01:38:24,520
Dia masih presiden Real Madrid
1287
01:38:25,440 --> 01:38:30,120
dan saya antara presiden paling teruk
dalam sejarah Barça.
1288
01:38:37,800 --> 01:38:43,480
LUÍS FIGO IALAH PEMAIN PERTAMA
DARIPADA "GALÁCTICOS" FLORENTINO PÉREZ
1289
01:38:47,520 --> 01:38:52,920
Saya rasa kami buat kenyataan besar
dan kata, "Mari buat sesuatu yang besar."
1290
01:38:57,400 --> 01:39:02,440
Dunia bola sepak berubah
tanpa sebarang keraguan.
1291
01:39:03,680 --> 01:39:06,240
PÉREZ MASIH PRESIDEN REAL MADRID
1292
01:39:06,320 --> 01:39:10,640
DAN SEKARANG MENJADI PELOPOR
LIGA SUPER EROPAH
1293
01:39:10,720 --> 01:39:14,680
Setiap kali saya jumpa dia, saya kata,
"Figo, semuanya bermula dengan awak!"
1294
01:39:21,440 --> 01:39:24,200
Saya takkan lupa
perbualan saya dengan Luís.
1295
01:39:24,280 --> 01:39:28,440
Saya beritahu dia,
"Saya dah bersara selama 18 bulan."
1296
01:39:30,360 --> 01:39:34,600
"Persekutuan Portugis masih belum
jemput saya ke satu perlawanan."
1297
01:39:34,680 --> 01:39:37,840
"Perlawanan mesra pun tidak.
Tiada apa-apa langsung."
1298
01:39:38,840 --> 01:39:40,360
"Kenapa saya beritahu awak?"
1299
01:39:40,440 --> 01:39:42,000
"Sebab pada penghujung hari,
1300
01:39:42,800 --> 01:39:46,960
perkara yang penting
bukan pingat, Ballon d'Or, Bola de Prata."
1301
01:39:47,040 --> 01:39:48,840
"Malah, bukan Liga Juara pun."
1302
01:39:48,920 --> 01:39:51,480
"Perkara yang penting ialah duit."
1303
01:39:52,840 --> 01:39:55,000
"Duit yang awak buat."
1304
01:39:55,600 --> 01:39:59,520
PAULO FUTRE MENDAPAT 1.5 JUTA EURO
BAGI PERANANNYA DALAM PEMINDAHAN ITU
1305
01:39:59,600 --> 01:40:06,120
JOSÉ VEIGA MENDAPAT
TIGA JUTA EURO BAGI PERANANNYA
1306
01:40:14,400 --> 01:40:18,160
Kalau kita tahu cara cari kebahagiaan,
kita akan terus ke sana.
1307
01:40:18,680 --> 01:40:22,160
Anda buat keputusan sebab anda rasa
ia terbaik untuk anda dan keluarga anda.
1308
01:40:23,480 --> 01:40:26,360
Siapa yang boleh halang anda?
1309
01:40:30,280 --> 01:40:32,840
Adakah saya mahu dia kekal? Sudah tentu.
1310
01:40:32,920 --> 01:40:35,400
Bukan saya saja,
tapi semua orang di kelab,
1311
01:40:35,480 --> 01:40:37,560
di Barcelona dan Catalonia.
1312
01:40:37,640 --> 01:40:40,760
Dia putuskan untuk pergi
dan demi kenangan yang kami kongsi,
1313
01:40:40,840 --> 01:40:44,760
saya doakannya yang terbaik. Saya tahu
dia gembira dan itu yang penting.
1314
01:40:45,880 --> 01:40:47,360
ANTARA 2008 DAN 2012,
1315
01:40:47,440 --> 01:40:51,800
PEP GUARDIOLA MENJADI JURULATIH BARCELONA
YANG PALING BERJAYA
1316
01:40:55,520 --> 01:40:58,840
Kalau anda tanya saya
siapa yang saya nak lebih berjaya,
1317
01:40:58,920 --> 01:41:00,160
saya akan kata Real Madrid.
1318
01:41:01,960 --> 01:41:04,440
Zidane… Makélélé…
1319
01:41:04,960 --> 01:41:07,440
Ia datang ke Figo!
1320
01:41:08,120 --> 01:41:12,000
Luís Figo mematahkan hati Barcelona
1321
01:41:12,080 --> 01:41:13,360
sekali lagi.
1322
01:41:13,440 --> 01:41:16,440
LUÍS FIGO BERMAIN
UNTUK REAL MADRID SEHINGGA 2005
1323
01:41:16,520 --> 01:41:21,040
DIA MASIH TINGGAL DI MADRID
BERSAMA KELUARGANYA
1324
01:41:21,120 --> 01:41:26,400
CATALONIA TAK LUPA. PEMBELOT!
1325
01:41:27,480 --> 01:41:31,520
Saya tahu sepanjang kerjaya saya,
saya buat banyak kesilapan.
1326
01:41:35,120 --> 01:41:38,400
Itu normal. Saya tak sempurna
dan saya tak mahu jadi sempurna.
1327
01:41:41,600 --> 01:41:46,880
Tapi saya tak buat kesilapan itu
untuk sakiti sesiapa.
1328
01:41:46,960 --> 01:41:52,000
Mungkin saya sakiti diri saya
kerana saya tak boleh menolak.
1329
01:41:54,520 --> 01:41:59,760
Tapi saya cuba untuk tak menyesal
sebab saya tak rasa ia berguna.
1330
01:44:43,640 --> 01:44:48,640
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi