1
00:00:07,424 --> 00:00:09,759
Kapten telah memadamkan
lampu amaran tali pinggang keledar.
2
00:00:10,051 --> 00:00:11,803
Kini anda bebas bergerak di sekitar kabin.
3
00:00:12,011 --> 00:00:12,887
Hei.
4
00:00:13,930 --> 00:00:14,806
Tori.
5
00:00:15,724 --> 00:00:16,641
Hei.
6
00:00:17,517 --> 00:00:18,351
Apa?
7
00:00:18,727 --> 00:00:19,936
Ini ayamkah?
8
00:00:24,190 --> 00:00:25,483
Saya rasa, mungkin nanas...
9
00:00:27,110 --> 00:00:28,486
atau sebahagian daripada ibu jari.
10
00:00:30,071 --> 00:00:31,948
Kakak tak selera nak makan
sajian kapal terbang.
11
00:00:32,031 --> 00:00:33,074
Ia terlalu menjijikkan.
12
00:00:39,122 --> 00:00:41,249
Kenapa kakak letak di atas meja saya pula?
13
00:00:41,791 --> 00:00:43,209
Sebab kakak dah tak nak makan lagi.
14
00:00:44,377 --> 00:00:46,129
Saya tak peduli jika
kakak tak nak makan lagi.
15
00:00:46,212 --> 00:00:47,881
- Buang sampah ini...
- Hei, budak!
16
00:00:47,964 --> 00:00:49,883
Saya kata, jangan tendang
tempat duduk saya lagi.
17
00:00:49,966 --> 00:00:50,800
Jadi?
18
00:00:51,468 --> 00:00:52,302
Hentikan!
19
00:00:52,385 --> 00:00:54,304
Awak bukannya ratu
dalam kapal terbang ini.
20
00:00:56,347 --> 00:00:57,265
Maafkan saya.
21
00:00:57,348 --> 00:00:59,225
Boleh tak awak tegur anak awak?
22
00:00:59,934 --> 00:01:01,895
Boleh tak jangan tendang
tempat duduk dia lagi?
23
00:01:02,062 --> 00:01:03,063
Tak boleh.
24
00:01:08,026 --> 00:01:09,861
Sesetengah orang sungguh biadab.
25
00:01:11,738 --> 00:01:12,655
Saya tahu.
26
00:01:15,533 --> 00:01:17,410
Ini Kapten Stubing.
27
00:01:17,744 --> 00:01:19,537
Maaf kerana kita berlepas
agak lewat hari ini.
28
00:01:19,871 --> 00:01:21,456
Kita akan tiba di Los Angeles
29
00:01:21,539 --> 00:01:23,583
dalam pukul 11:14 malam.
30
00:01:25,502 --> 00:01:28,129
- Dia kata pukul berapa?
- 11:14.
31
00:01:28,963 --> 00:01:31,466
Baguslah. Lewat tiga setengah jam.
32
00:01:31,716 --> 00:01:32,634
Kenapa kamu risau?
33
00:01:32,717 --> 00:01:34,260
Saya nak jumpa Andre, Beck dan Cat
34
00:01:34,344 --> 00:01:36,304
untuk tulis skrip yang perlu
dihantar pagi esok.
35
00:01:36,513 --> 00:01:38,223
- Siapa cikgu kamu?
- Gradstein.
36
00:01:39,015 --> 00:01:41,017
- Dia sangat tegas.
- Sangat Chiz.
37
00:01:41,810 --> 00:01:43,311
"Chiz" itu apa?
38
00:01:43,686 --> 00:01:45,313
Andre fikir ia sejenis sosej Jerman.
39
00:01:47,732 --> 00:01:49,692
- Ini air awak.
- Terima kasih.
40
00:01:50,819 --> 00:01:51,945
Encik nak apa-apa?
41
00:01:52,362 --> 00:01:54,155
- Maafkan saya.
- Ya?
42
00:01:54,489 --> 00:01:55,949
Kapal terbang ini ada Wi-Fi?
43
00:01:56,282 --> 00:01:59,369
Tak ada, tapi kami ada
perkhidmatan Internet wayarles.
44
00:02:01,329 --> 00:02:02,539
Itulah Wi-Fi.
45
00:02:03,623 --> 00:02:04,999
Jangan cari pasal dengan saya.
46
00:02:09,878 --> 00:02:10,880
Apa yang kamu buat?
47
00:02:10,964 --> 00:02:13,800
Saya nak lihat jika Andre ada dalam talian
untuk berbincang melalui video.
48
00:02:14,300 --> 00:02:15,760
Bijak. Mungkin kamu boleh...
49
00:02:16,719 --> 00:02:18,304
Awak tendang tempat duduk saya lagikah?
50
00:02:18,388 --> 00:02:19,973
Kenapa awak tak tanya punggung awak?
51
00:02:21,432 --> 00:02:22,934
Jika awak tendang lagi,
52
00:02:23,017 --> 00:02:24,227
saya akan beritahu pramugari.
53
00:02:25,186 --> 00:02:27,272
Awak ahli sihir yang menakutkan.
54
00:02:28,940 --> 00:02:30,400
Kalaulah saya seorang ahli sihir,
55
00:02:30,483 --> 00:02:32,569
saya akan ambil penyapu saya dan...
56
00:02:32,652 --> 00:02:33,653
Trina, duduk!
57
00:02:38,199 --> 00:02:39,659
Bagus. Andre ada dalam talian.
58
00:02:40,285 --> 00:02:41,661
Saya perlukan lebih banyak udara.
59
00:02:43,371 --> 00:02:44,747
Ada jerawat di bawah lengan kakak.
60
00:02:45,039 --> 00:02:46,374
Jangan sebut tentang itu.
61
00:02:48,543 --> 00:02:49,961
Tori Vega, apa khabar?
62
00:02:50,336 --> 00:02:51,963
Hei, saya di dalam kapal terbang.
63
00:02:52,213 --> 00:02:53,673
Awak di atas kapal terbang?
64
00:02:53,756 --> 00:02:55,967
Kalau saya jadi awak,
saya akan masuk dalam kapal terbang.
65
00:02:59,345 --> 00:03:00,680
Jadi, awak di dalam kapal terbang.
66
00:03:02,015 --> 00:03:03,933
Saya akan mendarat
selepas pukul 11:00 malam.
67
00:03:04,058 --> 00:03:05,894
Tapi kita perlu siapkan skrip itu.
68
00:03:05,977 --> 00:03:06,895
Saya tahu.
69
00:03:07,270 --> 00:03:08,563
Nak buat melalui perbualan video?
70
00:03:09,063 --> 00:03:10,523
Ya, saya akan mesej Cat dan Beck
71
00:03:10,607 --> 00:03:11,858
dan suruh mereka sertai kita.
72
00:03:12,066 --> 00:03:12,942
Baiklah.
73
00:03:13,318 --> 00:03:14,903
Boleh tak kamu picitkan untuk kakak?
74
00:03:15,528 --> 00:03:16,487
Tak nak.
75
00:03:16,863 --> 00:03:19,616
Kamu dah pinjam
baju sejuk hijau kakak minggu lepas.
76
00:03:20,325 --> 00:03:22,201
Jadi, maksudnya saya perlu
picit jerawat kakak?
77
00:03:23,578 --> 00:03:25,246
Ya. Kita adik-beradik.
78
00:03:25,330 --> 00:03:26,998
Jika kamu ada jerawat, kakak akan...
79
00:03:27,707 --> 00:03:29,125
Jangan tendang kerusi saya!
80
00:03:29,208 --> 00:03:30,710
"Jangan tendang kerusi saya!"
81
00:03:33,963 --> 00:03:35,173
Ini pencuci mulut kamu.
82
00:03:37,675 --> 00:03:38,968
Apa ini?
83
00:03:39,302 --> 00:03:41,054
Entahlah. Puding?
84
00:03:44,682 --> 00:03:45,975
Ada bulu di atasnya.
85
00:03:46,893 --> 00:03:48,937
Sama macam jerawat kakak.
86
00:05:05,513 --> 00:05:06,806
Panjang betul.
87
00:05:07,598 --> 00:05:09,100
Hei, Tori!
88
00:05:10,518 --> 00:05:12,145
Hei. Awak dah beritahu Cat dan Beck?
89
00:05:12,228 --> 00:05:13,896
Ya, mereka akan sertai kita sebentar lagi.
90
00:05:13,980 --> 00:05:14,814
Bagus.
91
00:05:15,356 --> 00:05:17,525
- Awak di mana?
- Di rumah nenek saya.
92
00:05:17,775 --> 00:05:19,068
Kenapa awak di rumah nenek awak?
93
00:05:19,152 --> 00:05:20,903
Dia telefon saya dan kata dia takut
94
00:05:20,987 --> 00:05:23,114
kerana nombor pada jam digitalnya
asyik berubah-ubah.
95
00:05:25,158 --> 00:05:26,659
Itu memang fungsi jam, bukan?
96
00:05:26,826 --> 00:05:28,453
Apa yang saya tahu, bila saya sampai,
97
00:05:28,536 --> 00:05:29,871
dia bersembunyi di bawah katilnya.
98
00:05:30,705 --> 00:05:31,748
Awak dah keluarkan dia?
99
00:05:33,708 --> 00:05:35,001
Tapi saya terpaksa guna mentega.
100
00:05:37,545 --> 00:05:38,546
Cat ada dalam talian.
101
00:05:38,629 --> 00:05:39,630
Ya, saya nampak.
102
00:05:40,298 --> 00:05:41,257
Biar saya jemput dia.
103
00:05:42,967 --> 00:05:44,594
Hei, kamu nak makan puding kamu?
104
00:05:45,762 --> 00:05:46,929
Kakak dah makan puding kakak?
105
00:05:47,722 --> 00:05:49,348
Ya, kakak cuma buang bulu di atasnya.
106
00:05:49,432 --> 00:05:50,391
Ia agak sedap.
107
00:05:52,518 --> 00:05:53,478
Ambillah.
108
00:05:56,814 --> 00:05:57,732
Hai.
109
00:05:58,024 --> 00:05:59,317
Apa khabar, si merah kecil?
110
00:05:59,400 --> 00:06:00,276
Hei, Cat.
111
00:06:00,359 --> 00:06:01,903
- Andre!
- Tunggu sebentar.
112
00:06:01,986 --> 00:06:03,112
Ada apa, nenek?
113
00:06:03,196 --> 00:06:05,573
Nombor pada jam nenek berubah lagi!
114
00:06:06,365 --> 00:06:07,492
Itu jam, nenek.
115
00:06:07,575 --> 00:06:09,285
Nombor pada jam memang sepatutnya berubah.
116
00:06:09,952 --> 00:06:11,370
Apa dah jadi dengan mentega nenek?
117
00:06:12,747 --> 00:06:14,749
Saya akan ke kedai esok
dan belikan mentega lagi.
118
00:06:17,585 --> 00:06:18,628
Apa itu?
119
00:06:18,961 --> 00:06:20,630
Nenek saya menjerit.
120
00:06:21,005 --> 00:06:23,091
- Kenapa? Apa berlaku?
- Saya tak tahu.
121
00:06:23,174 --> 00:06:24,842
Saya rasa dia nampak diri dia di cermin.
122
00:06:26,469 --> 00:06:29,180
Andre, ada kembar nenek di dinding!
123
00:06:30,556 --> 00:06:31,974
Tak apa, nenek.
124
00:06:32,058 --> 00:06:34,393
Nenek perkenalkanlah diri.
Saya pasti dia orang yang baik.
125
00:06:36,395 --> 00:06:38,648
- Beck ada dalam talian.
- Ya.
126
00:06:39,148 --> 00:06:40,608
Saya akan minta dia sertai kita.
127
00:06:42,360 --> 00:06:43,277
Apa?
128
00:06:43,361 --> 00:06:45,863
Budak nakal itu tendang
tempat duduk kakak lagi
129
00:06:45,947 --> 00:06:47,323
dan kakak tercucuk mata kakak.
130
00:06:47,406 --> 00:06:48,699
Saya tak tendang kerusi awak.
131
00:06:48,908 --> 00:06:49,784
Awak tendang tadi!
132
00:06:49,867 --> 00:06:51,285
Macam mana dengan jerawat awak?
133
00:06:51,953 --> 00:06:53,121
Saya tak boleh tahan lagi!
134
00:06:53,538 --> 00:06:54,497
Trina!
135
00:06:54,831 --> 00:06:55,706
Trina!
136
00:06:56,332 --> 00:06:57,667
Dia hanya budak kecil.
137
00:06:57,750 --> 00:07:00,002
Ya, dan kakak akan masukkan dia
ke hospital kecil!
138
00:07:03,089 --> 00:07:04,507
Awak minta saya sertai kamu?
139
00:07:04,757 --> 00:07:06,467
- Hei.
- Hai!
140
00:07:06,551 --> 00:07:07,552
Hei, Beck.
141
00:07:08,136 --> 00:07:09,428
Awak pegang anjingkah?
142
00:07:09,762 --> 00:07:11,389
Tengoklah anak anjing itu.
143
00:07:12,723 --> 00:07:13,724
Comel, bukan?
144
00:07:13,891 --> 00:07:15,768
- Sangat comel.
- Anjing awakkah?
145
00:07:15,893 --> 00:07:17,478
Tak, saya tolong jaga untuk jiran saya
146
00:07:17,562 --> 00:07:19,063
sementara dia ke latihan pasukan sorak.
147
00:07:19,230 --> 00:07:20,940
Jiran awak ahli pasukan sorak?
148
00:07:21,107 --> 00:07:22,024
Ya.
149
00:07:22,316 --> 00:07:24,902
Baguslah, jiran saya pula
lelaki tua tempang
150
00:07:24,986 --> 00:07:26,612
yang selalu baling
buah lemon ke arah saya.
151
00:07:28,030 --> 00:07:29,490
Jadi, ada apa?
152
00:07:29,782 --> 00:07:31,075
Kapal terbang Tori sampai lambat.
153
00:07:31,200 --> 00:07:32,827
Saya akan sampai tengah malam nanti.
154
00:07:33,035 --> 00:07:35,246
Tapi kita kena tulis skrip
untuk kelas Gradstein.
155
00:07:35,496 --> 00:07:37,790
Ya, jadi kita akan bincang
melalui perbualan video.
156
00:07:37,999 --> 00:07:39,125
Bagus juga.
157
00:07:39,709 --> 00:07:40,918
Baiklah.
158
00:07:41,169 --> 00:07:42,503
Saya akan taip.
159
00:07:42,628 --> 00:07:44,046
Cat, bacakan tugasan kita.
160
00:07:44,130 --> 00:07:45,047
Okey.
161
00:07:45,840 --> 00:07:47,383
Ia mengatakan...
162
00:07:49,635 --> 00:07:52,889
"Tulis skrip untuk satu babak
dalam tujuh hingga sepuluh muka surat.
163
00:07:53,222 --> 00:07:54,849
Babak itu perlu ada unsur misteri.
164
00:07:55,892 --> 00:07:58,853
Guna sekurang-kurangnya tiga watak
dan ada olahan plot kejutan."
165
00:07:59,437 --> 00:08:00,855
- Baiklah.
- Kita boleh buat.
166
00:08:00,938 --> 00:08:03,357
- Ada sebarang idea?
- Hei, kamu nak dengar jenaka yang lucu?
167
00:08:03,858 --> 00:08:05,985
- Jenaka?
- Ya. Dengarlah.
168
00:08:07,028 --> 00:08:07,945
Okey.
169
00:08:08,154 --> 00:08:10,323
Apa anak udang kata bila ibunya tanya
170
00:08:10,406 --> 00:08:11,991
kenapa dia tak nak kongsi alat mainannya?
171
00:08:12,241 --> 00:08:13,075
Apa?
172
00:08:13,576 --> 00:08:16,037
"Maaf, saya kerang kecil."
173
00:08:21,459 --> 00:08:22,418
Faham tak?
174
00:08:22,627 --> 00:08:24,629
Sebab udang tak suka berkongsi.
175
00:08:26,339 --> 00:08:29,008
Saya rasa ia lawak kerana "shellfish"
176
00:08:29,091 --> 00:08:30,426
berbunyi seperti "selfish".
177
00:08:31,469 --> 00:08:33,679
Oh, Tuhan. Itu lagi kelakar!
178
00:08:38,267 --> 00:08:39,519
Okey, kembali kepada skrip kita.
179
00:08:40,645 --> 00:08:42,855
Bagaimana jika skrip kita
berkisar tentang seorang budak
180
00:08:42,938 --> 00:08:45,858
yang masuk ke dalam sebuah almari
untuk mencari sesuatu dan...
181
00:08:45,942 --> 00:08:47,026
PERMINTAAN PERBUALAN VIDEO
182
00:08:48,694 --> 00:08:49,987
- Apa?
- Siapa itu?
183
00:08:50,363 --> 00:08:52,073
Robbie nak sertai perbualan kita.
184
00:08:52,740 --> 00:08:53,741
TERIMA
185
00:08:54,200 --> 00:08:55,785
- Hei.
- Hai.
186
00:08:55,868 --> 00:08:57,370
- Apa khabar?
- Hei, Rob.
187
00:08:57,995 --> 00:09:00,665
Robbie, apa anak udang kata
bila ibunya tanya...
188
00:09:00,748 --> 00:09:02,959
"Saya kerang kecil."
Awak dah beritahu saya semalam.
189
00:09:04,210 --> 00:09:05,211
Teruknya.
190
00:09:06,587 --> 00:09:08,130
Dengar sini, saya perlukan bantuan kamu.
191
00:09:08,548 --> 00:09:10,132
Awak perlukan bantuan pakar.
192
00:09:10,841 --> 00:09:12,301
Saya tak peduli!
193
00:09:12,927 --> 00:09:13,844
Robbie.
194
00:09:14,011 --> 00:09:16,472
Kami nak tulis skrip
yang perlu dihantar pagi esok.
195
00:09:16,764 --> 00:09:18,015
Ini sekejap saja.
196
00:09:18,683 --> 00:09:19,892
Okey, apa masalah awak?
197
00:09:20,476 --> 00:09:21,936
Pada hari Jumaat di sekolah,
198
00:09:22,019 --> 00:09:25,106
saya tanya Rex jika dia nak
tonton wayang dengan saya pada malam Ahad.
199
00:09:25,481 --> 00:09:26,524
Betul tak?
200
00:09:26,774 --> 00:09:28,526
Awak kata, "Apa pendapat awak
201
00:09:28,609 --> 00:09:30,278
jika pergi tengok wayang pada malam Ahad?"
202
00:09:30,361 --> 00:09:31,946
Saya kata, "Itu rancangan bagus."
203
00:09:32,196 --> 00:09:33,114
Tepat sekali.
204
00:09:33,197 --> 00:09:36,284
Malam ini malam Ahad
dan Rex kata dia ada rancangan lain!
205
00:09:37,076 --> 00:09:38,160
Memang pun.
206
00:09:39,453 --> 00:09:40,663
Kenapa awak buat rancangan lain
207
00:09:40,746 --> 00:09:42,498
sedangkan awak nak
tengok wayang dengan saya?
208
00:09:42,582 --> 00:09:44,041
- Hei.
- Saya tak pernah kata
209
00:09:44,125 --> 00:09:45,501
saya nak tengok wayang dengan awak.
210
00:09:45,585 --> 00:09:47,169
Saya kata, "Itu rancangan bagus."
211
00:09:47,253 --> 00:09:48,671
Apa bezanya?
212
00:09:48,879 --> 00:09:50,464
Awak tak minta pengesahan daripada saya!
213
00:09:51,090 --> 00:09:52,466
Saya nak pergi ambil rutbir.
214
00:09:53,134 --> 00:09:54,176
Robbie, Rex,
215
00:09:54,343 --> 00:09:55,928
kamu kena selesaikan masalah ini sendiri.
216
00:09:56,137 --> 00:09:57,346
- Jumpa lagi, Robbie.
- Tunggu.
217
00:09:57,430 --> 00:09:59,015
Jangan halau kami daripada perbualan ini!
218
00:09:59,098 --> 00:10:00,057
Jangan!
219
00:10:02,268 --> 00:10:04,228
Baiklah, kembali kepada skrip kita.
220
00:10:04,353 --> 00:10:07,064
Hei, bagaimana jika kita
tulis tentang zirafah
221
00:10:07,315 --> 00:10:08,774
yang belajar untuk bercinta?
222
00:10:10,943 --> 00:10:13,487
- Zirafah?
- Itu tak bagus.
223
00:10:13,571 --> 00:10:14,655
Tak nak.
224
00:10:15,531 --> 00:10:17,491
Mari kita teruskan dengan kisah
budak dalam almari.
225
00:10:17,575 --> 00:10:18,409
Betul.
226
00:10:18,618 --> 00:10:21,912
Jadi saya rasa, dia balik dari sekolah
untuk mencari sesuatu.
227
00:10:22,038 --> 00:10:23,539
Dia masuk ke dalam almarinya
228
00:10:23,623 --> 00:10:26,167
dan ada pintu rahsia kecil di sebalik...
229
00:10:28,502 --> 00:10:30,463
Cat, awak buat apa?
230
00:10:30,588 --> 00:10:32,173
Saya klik butang "Pelangi".
231
00:10:35,843 --> 00:10:37,219
Boleh awak berhenti buat begitu?
232
00:10:37,345 --> 00:10:38,929
Kita perlu siapkan projek ini.
233
00:10:40,097 --> 00:10:40,973
Maaf.
234
00:10:42,975 --> 00:10:44,185
Kita di mana tadi?
235
00:10:44,435 --> 00:10:46,270
Budak itu masuk ke dalam almarinya.
236
00:10:46,479 --> 00:10:47,355
Betul.
237
00:10:47,521 --> 00:10:49,315
Mungkin dia bukan budak biasa.
238
00:10:49,607 --> 00:10:51,901
Mungkin dia dicipta oleh saintis
239
00:10:51,984 --> 00:10:53,486
di makmal kerajaan atau...
240
00:10:54,236 --> 00:10:55,112
Siapa itu?
241
00:10:55,696 --> 00:10:57,156
Jade. Biar saya tanya apa dia nak.
242
00:10:59,033 --> 00:10:59,909
TERIMA
243
00:11:00,701 --> 00:11:03,120
Hei, kami sedang buat projek
yang perlu dihantar pagi esok...
244
00:11:03,204 --> 00:11:04,163
Awak di mana?
245
00:11:05,122 --> 00:11:06,248
Rumah. Kenapa?
246
00:11:06,332 --> 00:11:08,834
Saya tinggalkan pesanan suara
dan awak masih belum telefon saya.
247
00:11:09,752 --> 00:11:11,379
Saya sedang buat kerja sekolah.
248
00:11:11,462 --> 00:11:12,922
Jadi, awak nak berpisah dengan saya?
249
00:11:13,881 --> 00:11:14,757
Tunggu. Taklah.
250
00:11:14,840 --> 00:11:16,675
Kenapa awak fikir saya nak
berpisah dengan awak?
251
00:11:16,759 --> 00:11:18,094
Kenapa awak ada binatang itu?
252
00:11:18,677 --> 00:11:19,762
Ini anjing jiran saya.
253
00:11:19,929 --> 00:11:21,972
Jiran dia ahli pasukan sorak.
254
00:11:22,556 --> 00:11:23,641
Ahli pasukan sorak?
255
00:11:24,767 --> 00:11:26,560
Kenapa? Kenapa awak beritahu dia?
256
00:11:27,228 --> 00:11:28,104
Maaf.
257
00:11:28,687 --> 00:11:30,356
Awak tahu apa yang ahli pasukan sorak ada?
258
00:11:31,482 --> 00:11:32,400
Semangat.
259
00:11:33,567 --> 00:11:35,444
- Semangat?
- Dia kata, "Semangat"?
260
00:11:36,529 --> 00:11:38,531
Kenapa awak tolong ahli pasukan sorak
261
00:11:38,614 --> 00:11:40,074
dan apa yang dia buat untuk awak?
262
00:11:40,241 --> 00:11:41,742
Bukan begitu. Dia cuma...
263
00:11:41,826 --> 00:11:42,785
Saya nak ke rumah awak.
264
00:11:42,868 --> 00:11:44,453
Jangan. Awak tak perlu...
265
00:11:46,122 --> 00:11:47,081
Baiklah.
266
00:11:47,373 --> 00:11:48,916
Setakat ini, kita tak tulis apa-apa pun!
267
00:11:49,458 --> 00:11:51,710
Jadi, lebih bagus jika kita
dapat tulis bersama, okey?
268
00:11:52,086 --> 00:11:54,713
Tengok! Saya dalam kaleidoskop.
269
00:11:57,842 --> 00:11:59,176
Bagaimana dia buat begitu?
270
00:11:59,552 --> 00:12:01,387
Cuma klik "Kesan Khas"
di bawah sebelah kiri.
271
00:12:01,595 --> 00:12:03,264
Ini bukan masanya untuk buat kesan khas.
272
00:12:06,767 --> 00:12:08,227
Hei, tengoklah.
273
00:12:08,561 --> 00:12:10,229
Kamu buat saya sakit kepala.
274
00:12:10,312 --> 00:12:11,272
Andre!
275
00:12:11,856 --> 00:12:13,149
Saya semakin pening.
276
00:12:13,232 --> 00:12:15,234
Tengok saya, saya sedang berpusing.
277
00:12:15,943 --> 00:12:17,319
Itu kesan khas apa?
278
00:12:17,945 --> 00:12:19,738
"Pusing ikut arah jam."
279
00:12:20,030 --> 00:12:21,073
Kenapa awak beritahu dia?
280
00:12:23,492 --> 00:12:25,035
Kita masih tak buat apa-apa.
281
00:12:25,202 --> 00:12:26,245
Tengok saya!
282
00:12:26,328 --> 00:12:28,831
Andre, saya nak awak fokus
dan pandang ke arah...
283
00:12:29,123 --> 00:12:30,166
Saya sedang berpusing.
284
00:12:30,332 --> 00:12:32,251
Saya tak dapat fokus langsung.
285
00:12:32,543 --> 00:12:33,669
Seperti dalam kapal angkasa.
286
00:12:33,752 --> 00:12:36,213
Saya Puteri Putaran.
287
00:12:36,505 --> 00:12:38,299
Kita perlu siapkan projek!
288
00:12:38,382 --> 00:12:40,885
Saya tak nak duduk di sini
dan lihat kamu berpusing ikut arah jam!
289
00:12:41,385 --> 00:12:43,220
Hei, kamu dengar apa dia kata. Dah sedia?
290
00:12:43,554 --> 00:12:44,972
Lawan arah jam!
291
00:12:45,139 --> 00:12:46,515
Terbalik!
292
00:12:47,099 --> 00:12:48,392
Sekarang kita dah terbalik!
293
00:12:48,476 --> 00:12:49,977
Bukan itu maksud saya!
294
00:12:50,102 --> 00:12:52,980
Tengok saya sedang kembali ke masa lampau.
295
00:12:53,272 --> 00:12:55,107
Sejak bila saya jadi yang paling matang?
296
00:12:55,399 --> 00:12:56,317
Kakak tak tahu.
297
00:12:57,318 --> 00:12:58,736
- Hentikan!
- Cubalah hentikan saya!
298
00:12:58,819 --> 00:13:00,446
Saya akan buat awak berhenti!
299
00:13:00,529 --> 00:13:01,405
Kamu semua.
300
00:13:01,489 --> 00:13:02,531
Siaplah awak!
301
00:13:02,615 --> 00:13:04,033
Kita perlu selesaikan perkara ini!
302
00:13:04,116 --> 00:13:05,201
Ini memang sukar.
303
00:13:05,284 --> 00:13:06,660
Ini bukan masa untuk main-main!
304
00:13:06,744 --> 00:13:08,078
Awak tak boleh layan saya begini.
305
00:13:08,162 --> 00:13:10,539
Maaf. Anak awak sangat nakal!
306
00:13:11,749 --> 00:13:12,666
LAMAN TORI VEGA
307
00:13:12,750 --> 00:13:17,379
Saya berada sembilan ribu meter di UDARA,
sedang buat kerja sekolah. TOLONG!
308
00:13:17,463 --> 00:13:20,174
Perasaan: Gementar
309
00:13:28,390 --> 00:13:30,476
Baiklah. Jadi budak itu menjerit...
310
00:13:34,313 --> 00:13:36,398
- Boleh tak kakak berhenti?
- Apa?
311
00:13:38,943 --> 00:13:40,528
Berhenti menari macam orang pelik!
312
00:13:44,406 --> 00:13:46,825
Jadi, apa yang budak itu jeritkan?
313
00:13:47,076 --> 00:13:48,702
Kita boleh tulis, "Mak!
314
00:13:48,786 --> 00:13:50,371
Ada iblis dalam almari saya!
315
00:13:50,538 --> 00:13:52,831
Iblis!"
316
00:13:52,915 --> 00:13:54,041
Okey, bagus.
317
00:13:54,124 --> 00:13:56,168
Bagaimana saya nak eja "iblis"?
318
00:13:56,961 --> 00:13:58,587
Guna empat "I" dan tiga "L".
319
00:13:59,380 --> 00:14:00,381
Baiklah.
320
00:14:02,091 --> 00:14:04,468
Sekarang, bagaimana jika kita kata
321
00:14:04,552 --> 00:14:05,803
ibunya masuk ke dalam almari
322
00:14:05,886 --> 00:14:08,097
dan nampak muka anaknya dimakan oleh...
323
00:14:08,180 --> 00:14:09,014
Tengok!
324
00:14:09,890 --> 00:14:11,725
Sekarang saya jadi pai ceri.
325
00:14:13,686 --> 00:14:15,187
Saya Gadis Pai!
326
00:14:15,896 --> 00:14:17,898
Tapi jangan gigit hidung saya.
327
00:14:20,317 --> 00:14:22,611
Cat, kita perlu hantar skrip
sepuluh muka surat pagi esok,
328
00:14:22,695 --> 00:14:25,114
kita baru buat muka surat tiga
dan awak tak membantu langsung.
329
00:14:25,197 --> 00:14:27,032
Boleh tak jangan berkelakuan
macam budak-budak?
330
00:14:31,203 --> 00:14:32,204
Habislah.
331
00:14:33,080 --> 00:14:35,457
Saya tak berniat nak tengking awak.
332
00:14:35,958 --> 00:14:37,793
Tolong jangan menangis.
Saya marah kerana...
333
00:14:41,589 --> 00:14:42,548
Apa berlaku?
334
00:14:42,631 --> 00:14:44,717
Saya buat Cat menangis
dan dia terus log keluar.
335
00:14:45,009 --> 00:14:47,928
Kamu perlu jaga perasaan orang lain.
336
00:14:49,972 --> 00:14:52,474
Jangan tendang tempat duduk saya,
budak tak guna!
337
00:14:52,600 --> 00:14:54,101
Diamlah, perempuan tua!
338
00:14:58,230 --> 00:15:00,357
Awak nak biarkan anak awak
cakap begitu pada saya?
339
00:15:01,567 --> 00:15:03,235
Saya nak buang air.
340
00:15:03,944 --> 00:15:05,404
Berseronoklah!
341
00:15:07,489 --> 00:15:09,325
Kita dah tulis berapa muka surat?
342
00:15:09,533 --> 00:15:11,577
Masih di muka surat tiga.
Budak itu kata, "Mak!
343
00:15:11,660 --> 00:15:13,120
Ada iblis dalam almari saya! Iblis!"
344
00:15:13,203 --> 00:15:14,038
Betul.
345
00:15:14,121 --> 00:15:15,164
- Oh, ya.
- Okey.
346
00:15:15,247 --> 00:15:18,208
Seterusnya, bagaimana jika
almari itu bertukar
347
00:15:18,292 --> 00:15:19,835
menjadi tempat berapi...
348
00:15:20,544 --> 00:15:22,171
Robbie muncul lagikah?
349
00:15:22,546 --> 00:15:24,381
Ya, dia nak sertai semula perbualan kita.
350
00:15:24,673 --> 00:15:26,091
- Jangan benarkan.
- Jangan terima.
351
00:15:26,175 --> 00:15:27,384
Tak dibenarkan.
352
00:15:27,509 --> 00:15:28,385
TOLAK
353
00:15:29,929 --> 00:15:31,597
- Ke sana sikit.
- Kakak nak pergi ke mana?
354
00:15:31,680 --> 00:15:33,682
Salon perangkan kulit.
Kamu rasa kakak nak ke mana?
355
00:15:33,766 --> 00:15:34,850
Kakak nak buang air.
356
00:15:36,143 --> 00:15:37,728
Ayah budak itu ada di dalam tandas.
357
00:15:38,354 --> 00:15:39,563
Kakak tak nak ke sana.
358
00:15:39,647 --> 00:15:41,482
Kakak nak buang air
di tandas kelas pertama.
359
00:15:41,774 --> 00:15:43,651
- Mana boleh?
- Ya, ke tepi.
360
00:15:45,945 --> 00:15:47,237
Apa itu?
361
00:15:47,696 --> 00:15:48,781
Itu punggung Trina.
362
00:15:50,532 --> 00:15:51,659
Dahsyat betul.
363
00:15:55,287 --> 00:15:56,622
Kakak awak memang pelik.
364
00:15:58,165 --> 00:15:59,625
Ya, saya tahu.
365
00:16:00,834 --> 00:16:02,044
Tapi dia agak seksi.
366
00:16:05,339 --> 00:16:06,882
Awak kata kakak saya seksi?
367
00:16:07,216 --> 00:16:09,093
Ya. Tapi awak lebih seksi.
368
00:16:15,849 --> 00:16:18,060
Siapa teman lelaki baru awak itu?
369
00:16:18,686 --> 00:16:19,812
Tak kelakarlah, Andre.
370
00:16:20,688 --> 00:16:22,898
- Bunyi apa itu?
- Buka pintu!
371
00:16:23,607 --> 00:16:25,359
- Itu Jade?
- Ya.
372
00:16:25,943 --> 00:16:27,945
Saya sedang sibuk siapkan projek!
373
00:16:29,154 --> 00:16:30,823
Saya nak bercakap dengan awak!
374
00:16:31,657 --> 00:16:32,992
Maaf, pintu saya terkunci.
375
00:16:35,744 --> 00:16:36,996
Sekarang, ia tak terkunci lagi.
376
00:16:37,663 --> 00:16:39,665
- Dia ada kunci?
- Tak, dia ada kaki.
377
00:16:41,792 --> 00:16:43,085
Apa sedang berlaku?
378
00:16:43,293 --> 00:16:44,962
Awak baru tendang pintu saya!
379
00:16:45,170 --> 00:16:47,506
Letak anjing itu dan beritahu saya
tentang ahli pasukan sorak
380
00:16:47,589 --> 00:16:48,966
yang tinggal di sebelah rumah awak.
381
00:16:49,049 --> 00:16:51,176
- Saya tak nak letak anjing ini.
- Yakah?
382
00:16:51,719 --> 00:16:52,678
Jika awak nak jumpa dia,
383
00:16:52,761 --> 00:16:54,763
dia akan pulang sekejap lagi
untuk ambil anjingnya.
384
00:16:54,847 --> 00:16:55,931
Jadi, saya akan tunggu dia.
385
00:16:56,432 --> 00:16:57,391
Suka hati awaklah.
386
00:16:59,101 --> 00:17:01,311
Okey, boleh kita sambung tulis skrip kita?
387
00:17:01,729 --> 00:17:02,980
Ya, mari kita siapkan.
388
00:17:03,355 --> 00:17:05,773
Okey, budak dalam almari.
Mukanya telah dimakan.
389
00:17:05,858 --> 00:17:07,443
Ibunya masuk dan...
390
00:17:08,444 --> 00:17:10,404
Satu lagi permintaan untuk
sertai perbualan kita?
391
00:17:10,612 --> 00:17:11,739
Siapa pula sekarang?
392
00:17:11,905 --> 00:17:14,657
Seseorang bernama "Lil-Stephanie21".
393
00:17:14,950 --> 00:17:17,243
- Siapa dia?
- Entah. Biar saya tengok.
394
00:17:19,413 --> 00:17:20,664
Helo.
395
00:17:21,498 --> 00:17:22,332
Robbie!
396
00:17:22,415 --> 00:17:24,292
- Hei.
- Sudahlah.
397
00:17:24,626 --> 00:17:26,336
Awak cipta nama skrin palsu?
398
00:17:26,502 --> 00:17:28,255
Awak tak terima nama sebenar saya!
399
00:17:28,589 --> 00:17:30,632
Tapi kenapa guna nama "Lil-Stephanie21"?
400
00:17:31,008 --> 00:17:33,010
Sebab dah ada orang guna
Lil-Stephanie1 hingga 20.
401
00:17:34,344 --> 00:17:35,179
Apa?
402
00:17:35,345 --> 00:17:36,722
Awak tak nak guna nama lelaki?
403
00:17:36,889 --> 00:17:38,390
Itu menjelaskan banyak perkara, bukan?
404
00:17:39,683 --> 00:17:42,019
Kamu setuju tak jika seseorang kata
405
00:17:42,102 --> 00:17:44,021
dia nak tengok wayang dengan kamu
pada malam Ahad,
406
00:17:44,104 --> 00:17:45,522
dia patut tepati janji
407
00:17:45,606 --> 00:17:47,149
dan bukannya biarkan saya...
408
00:17:48,358 --> 00:17:49,485
Apa berlaku pada Robbie?
409
00:17:49,693 --> 00:17:50,778
Jari saya.
410
00:17:52,696 --> 00:17:55,115
- Semua penumpang, sila...
- Ke tepi!
411
00:17:56,909 --> 00:17:57,910
Ia dah kembali!
412
00:17:59,495 --> 00:18:02,039
Boleh tak jangan goyangkan punggung
depan muka kawan-kawan saya?
413
00:18:02,414 --> 00:18:04,249
Cuba teka kakak jumpa siapa
di kelas pertama!
414
00:18:04,583 --> 00:18:06,460
- Siapa?
- Perez Hilton!
415
00:18:06,835 --> 00:18:08,253
- Tak mungkin.
- Kakak bersumpah.
416
00:18:08,337 --> 00:18:09,505
Baris pertama, tempat duduk B.
417
00:18:09,588 --> 00:18:11,965
Alamak. Saya harap kakak
tak ganggu Perez Hilton.
418
00:18:12,049 --> 00:18:13,050
Kakak terpaksa!
419
00:18:14,176 --> 00:18:15,260
Trina.
420
00:18:15,552 --> 00:18:17,763
Kamu tahu tak betapa
berkuasanya dia di Hollywood?
421
00:18:17,888 --> 00:18:19,932
Dia boleh buat kakak terkenal
dalam sekelip mata!
422
00:18:21,475 --> 00:18:22,518
Kakak bercakap dengan dia?
423
00:18:22,601 --> 00:18:24,520
Kakak cuba, tapi dia panggil pramugari
424
00:18:24,603 --> 00:18:25,854
dan dia panggil pengawal.
425
00:18:25,938 --> 00:18:27,731
Mereka iringi kakak keluar
dari kelas pertama.
426
00:18:29,024 --> 00:18:30,400
Jadi, kenapa kakak senyum?
427
00:18:31,110 --> 00:18:32,861
Kakak dapat kamera dia.
428
00:18:35,239 --> 00:18:36,156
Kenapa?
429
00:18:36,406 --> 00:18:39,576
Sebab esok kakak akan hantar e-mel
dan kata yang kakak terjumpa kameranya.
430
00:18:39,660 --> 00:18:42,329
Dia akan terhutang budi dan dia akan
tulis tentang kakak dalam blognya
431
00:18:42,412 --> 00:18:43,497
dan kakak akan jadi popular!
432
00:18:44,164 --> 00:18:46,583
Kenapa tak cuba jadi terkenal
melalui bakat?
433
00:18:47,334 --> 00:18:50,212
Bakat tiada kaitan
dengan menjadi terkenal.
434
00:18:52,756 --> 00:18:53,841
Sekarang siapa pula?
435
00:18:54,424 --> 00:18:56,135
Ada orang nak sertai perbualan kita.
436
00:18:56,718 --> 00:18:57,970
Mungkin Robbie lagi.
437
00:18:58,887 --> 00:18:59,847
Apa nama skrin dia?
438
00:19:00,514 --> 00:19:02,266
"EncikJeanKetat".
439
00:19:03,016 --> 00:19:04,059
Itu Sinjin.
440
00:19:06,311 --> 00:19:07,354
Hei, semua.
441
00:19:08,397 --> 00:19:09,982
Saya nampak kamu bersembang dalam video.
442
00:19:10,482 --> 00:19:12,568
Apa yang awak nak?
Sebab kami sangat sibuk.
443
00:19:13,193 --> 00:19:14,444
Awak di dalam kapal terbangkah?
444
00:19:14,820 --> 00:19:16,238
Ya, saya di dalam kapal terbang.
445
00:19:16,321 --> 00:19:17,614
Mereka ada Wi-Fi?
446
00:19:18,115 --> 00:19:20,075
Taklah. Saya ada kabel Internet
terpanjang di dunia
447
00:19:20,159 --> 00:19:21,451
yang tergantung di luar tingkap.
448
00:19:22,411 --> 00:19:25,164
Tak mungkin.
Tingkap kapal terbang tak boleh dibuka.
449
00:19:27,416 --> 00:19:29,459
Hei. Tunggu sebentar.
450
00:19:31,044 --> 00:19:32,004
Sinjin?
451
00:19:32,880 --> 00:19:33,839
Hai, Jade.
452
00:19:34,715 --> 00:19:36,175
Mana awak dapat lampu itu?
453
00:19:39,678 --> 00:19:41,305
Di kedai lampu.
454
00:19:42,181 --> 00:19:45,058
Ia nampak sama seperti
lampu dalam bilik di rumah saya.
455
00:19:46,935 --> 00:19:47,936
Pelik betul.
456
00:19:48,437 --> 00:19:50,189
Awak berada di dalam rumah saya?
457
00:19:54,484 --> 00:19:56,195
Ambil komputer awak!
458
00:19:57,321 --> 00:19:58,614
Tolong jangan beritahu mak saya!
459
00:19:59,072 --> 00:20:02,075
Baiklah, kita tak akan terima
sebarang permintaan lagi, okey?
460
00:20:02,367 --> 00:20:03,660
- Bagus.
- Saya setuju.
461
00:20:03,744 --> 00:20:06,038
Andre, berhenti bercakap
dengan diri sendiri!
462
00:20:06,496 --> 00:20:08,207
Nenek, saya tak bercakap
dengan diri sendiri.
463
00:20:08,290 --> 00:20:09,708
Saya bercakap dengan Tori dan Beck.
464
00:20:09,875 --> 00:20:11,835
Jangan tipu! Mereka tiada di sini!
465
00:20:12,669 --> 00:20:13,587
Saya tahu.
466
00:20:13,670 --> 00:20:15,547
Saya bercakap dengan mereka
dalam talian. Tengok?
467
00:20:17,424 --> 00:20:19,343
- Hai, Pn. Harris.
- Apa khabar?
468
00:20:19,509 --> 00:20:20,844
Nenek tak faham semua ini!
469
00:20:20,928 --> 00:20:21,887
Nenek!
470
00:20:24,139 --> 00:20:25,390
Nenek!
471
00:20:25,766 --> 00:20:27,351
Duduk saja di kerusi nenek.
472
00:20:27,643 --> 00:20:29,603
Ini saya, Pn. Harris.
473
00:20:29,728 --> 00:20:30,896
Jangan ganggu saya!
474
00:20:34,733 --> 00:20:36,193
Nampaknya cuma tinggal saya dan awak.
475
00:20:37,194 --> 00:20:38,237
Saya juga.
476
00:20:39,529 --> 00:20:41,406
Biar kita semua dapat gred F sajalah.
477
00:20:41,531 --> 00:20:43,659
Ayuh, kita berdua boleh siapkan skrip ini.
478
00:20:44,201 --> 00:20:45,285
Betulkah?
479
00:20:45,535 --> 00:20:47,120
Tentulah. Apa kata kita cuba...
480
00:20:47,996 --> 00:20:49,164
Apa pula sekarang?
481
00:20:49,539 --> 00:20:50,958
Ahli pasukan sorak dah sampai?
482
00:20:51,500 --> 00:20:52,417
Masuklah.
483
00:20:52,584 --> 00:20:53,919
Ya! Masuk!
484
00:20:57,798 --> 00:20:58,799
Hai, Beck.
485
00:20:59,424 --> 00:21:00,592
Hai, Allie.
486
00:21:03,095 --> 00:21:05,931
Jade, ini jiran saya, Allie.
487
00:21:06,473 --> 00:21:08,225
Allie, ini teman wanita saya, Jade.
488
00:21:08,809 --> 00:21:11,728
- Gembira jumpa awak.
- Helo, Allie.
489
00:21:14,064 --> 00:21:15,732
Terima kasih kerana tolong jaga Sparkles.
490
00:21:15,816 --> 00:21:16,900
Tiada masalah.
491
00:21:19,945 --> 00:21:21,697
Teman wanita awak cantik.
492
00:21:22,489 --> 00:21:23,532
Saya tahu.
493
00:21:25,200 --> 00:21:26,910
- Selamat tinggal.
- Jumpa lagi.
494
00:21:34,584 --> 00:21:37,546
Jade, nampaknya awak ada
pesaing yang hebat.
495
00:21:38,714 --> 00:21:40,132
Awak nak minta maaf?
496
00:21:40,215 --> 00:21:42,175
Awak tak beritahu saya
dia berusia sembilan tahun!
497
00:21:42,259 --> 00:21:43,343
Awak tak beri saya peluang.
498
00:21:43,427 --> 00:21:44,803
Jangan nak salahkan saya pula.
499
00:21:44,886 --> 00:21:46,596
- Hei.
- Awak suka buat saya cemburu.
500
00:21:46,680 --> 00:21:48,098
- Beck?
- Awak sepatutnya cakap...
501
00:21:48,181 --> 00:21:49,099
Dengar sini.
502
00:21:49,433 --> 00:21:50,726
Boleh tak kamu bergaduh kemudian?
503
00:21:50,809 --> 00:21:51,852
Jangan masuk campur, Tori!
504
00:21:51,977 --> 00:21:53,895
Tapi saya perlukan Beck
untuk tolong saya tulis...
505
00:21:56,481 --> 00:21:57,691
Apa kamu nak buat sekarang?
506
00:21:58,567 --> 00:22:01,194
Saya akan siapkan skrip ini sendiri!
507
00:22:01,862 --> 00:22:04,323
Kita ada lagi 62 minit
sebelum kita mendarat
508
00:22:04,406 --> 00:22:06,950
dan saya pasti jika saya
taip dengan cepat,
509
00:22:07,075 --> 00:22:08,994
- saya dapat siapkan...
- Awak!
510
00:22:09,870 --> 00:22:10,871
Perez!
511
00:22:12,205 --> 00:22:13,623
Oh, Tuhan, awak Perez Hilton!
512
00:22:15,876 --> 00:22:17,502
Awak ambil kamera saya.
513
00:22:18,086 --> 00:22:19,171
Taklah.
514
00:22:19,588 --> 00:22:21,173
Ya, awak ambil. Awak sedang memegangnya.
515
00:22:23,508 --> 00:22:25,302
Saya akan berikan
jika awak tulis tentang saya.
516
00:22:25,385 --> 00:22:27,387
Tak boleh. Bukan begitu caranya.
Berikan kamera saya.
517
00:22:27,512 --> 00:22:28,722
- Tolonglah!
- Trina!
518
00:22:28,930 --> 00:22:30,974
- Awak tak faham. Ini penting.
- Berikan kamera saya!
519
00:22:31,058 --> 00:22:33,143
Ini sesuatu yang saya mahu
untuk seluruh hidup saya!
520
00:22:33,894 --> 00:22:36,438
Alamak! Perez Hilton
ada di atas riba saya!
521
00:22:36,605 --> 00:22:38,482
Perez Hilton ada di atas riba saya!
522
00:22:38,774 --> 00:22:40,108
Berhenti menyanyi!
523
00:22:43,904 --> 00:22:45,947
- Tidak! Hentikan!
- Boleh jemput saya ke parti awak?
524
00:22:46,073 --> 00:22:47,240
Hei, orang pelik!
525
00:22:48,867 --> 00:22:51,828
- Tidak! Ini sangat penting bagi saya.
- Jangan!
526
00:22:52,370 --> 00:22:53,497
Lepaskan saya!
527
00:22:53,580 --> 00:22:54,831
Awak orang yang pelik!
528
00:22:55,707 --> 00:22:57,042
Jemput saya ke parti awak!
529
00:22:57,250 --> 00:22:59,086
- Awak tak waras!
- Maafkan saya tentang itu!
530
00:22:59,169 --> 00:23:00,837
Saya suka awak, Perez Hilton!
531
00:23:01,046 --> 00:23:01,963
Trina!
532
00:23:02,130 --> 00:23:03,924
Jangan ganggu Perez Hilton!
533
00:23:05,967 --> 00:23:07,594
Hei, ini saya, Perez Hilton.
534
00:23:07,677 --> 00:23:10,680
Ini satu video dari TheSlap.com.
535
00:23:10,847 --> 00:23:11,973
Tengoklah.
536
00:23:12,516 --> 00:23:14,976
Ramai orang tanya sama ada
ini warna asal rambut saya.
537
00:23:15,185 --> 00:23:16,478
Tak, itu tak benar.
538
00:23:16,728 --> 00:23:19,147
Saya warnakan begini kerana saya suka
kek cawan Red Velvet.
539
00:23:19,314 --> 00:23:22,275
Inilah warna kek cawan Red Velvet.
540
00:23:25,987 --> 00:23:26,988
Tapi rasanya macam rambut.
541
00:23:31,326 --> 00:23:32,619
Berseronoklah!