1 00:00:09,217 --> 00:00:13,137 Gas! 2 00:00:15,473 --> 00:00:17,813 Gas! 3 00:00:17,892 --> 00:00:18,772 Cata! 4 00:00:21,354 --> 00:00:22,234 Cata! 5 00:00:24,566 --> 00:00:25,606 Cat! 6 00:00:25,692 --> 00:00:27,532 Crista, sudah dua jam! 7 00:00:29,112 --> 00:00:31,872 Hei, tandas kecil dan tak ada air panas! 8 00:00:31,948 --> 00:00:34,198 Anak-anak, mana ayah kamu? 9 00:00:34,284 --> 00:00:35,454 Di mana Cata? 10 00:00:35,535 --> 00:00:38,195 Ayah pergi cari kerja. Cata tiada di sini. 11 00:00:38,288 --> 00:00:40,328 Tak ada untuk buat sarapan pun. 12 00:00:40,957 --> 00:00:42,287 Ini mimpi ngeri. 13 00:00:42,375 --> 00:00:44,535 Betul, mak. Cuba cubit diri sendiri. 14 00:00:45,295 --> 00:00:46,705 Data telefon pun tak ada. 15 00:00:47,756 --> 00:00:49,336 Cata. Mari. 16 00:00:51,051 --> 00:00:54,051 Mari beli tamale Oaxaca yang sedap. 17 00:00:55,388 --> 00:00:56,558 Saya dah lapar. 18 00:00:59,642 --> 00:01:00,852 Om! 19 00:01:03,980 --> 00:01:06,190 THE WAR NEXT-DOOR 2 20 00:01:06,274 --> 00:01:08,444 Om! 21 00:01:08,526 --> 00:01:10,316 PASAR TEMPATAN BARRIO JESUS BAYI 22 00:01:11,112 --> 00:01:14,202 Jiran baru yang sedang mengetuk gong. 23 00:01:14,282 --> 00:01:18,122 Ya, orang baru yang cakap dia memang asal berambut perang. 24 00:01:18,203 --> 00:01:19,253 Siapa dia? 25 00:01:19,329 --> 00:01:20,999 Dia tak begitu penting pun. 26 00:01:21,081 --> 00:01:24,251 Tahu apa yang penting? Keluarga López Salcido dah kembali. 27 00:01:24,334 --> 00:01:25,594 Betul! 28 00:01:25,668 --> 00:01:27,458 Saya nak sekilo tomato. 29 00:01:28,088 --> 00:01:29,008 Ambil saja. 30 00:01:30,548 --> 00:01:31,798 Dengar tak, Elvira? 31 00:01:32,383 --> 00:01:33,223 Elvira. 32 00:01:33,718 --> 00:01:36,678 Tentu dia buat-buat tak dengar sebab awak beli sedikit. 33 00:01:36,763 --> 00:01:39,433 - Saya pasti. - Boleh beri saya 20 kilogram tomato? 34 00:01:40,016 --> 00:01:42,136 - Elvira. - Hai. 35 00:01:42,227 --> 00:01:44,647 - Helo. - Boleh saya nak limau nipis sebiji? 36 00:01:44,729 --> 00:01:47,189 - Baiklah, sayang. - Dah kenapa, Raquel? 37 00:01:47,273 --> 00:01:49,903 Saya sampai dahulu. Awak ingat awak halimunan? 38 00:01:49,984 --> 00:01:51,994 Amboi, amboi. Awak adalah… 39 00:01:52,821 --> 00:01:54,411 Tina. Anak Dolores. 40 00:01:54,489 --> 00:01:55,699 Maaf. 41 00:01:55,782 --> 00:02:00,162 Saya tak cam awak sebab dah lama awak tiada di sini. 42 00:02:00,245 --> 00:02:02,285 Ingat tak kakak dia, Leo 43 00:02:02,372 --> 00:02:05,922 tak cam kita juga lepas berpindah ke rumah besar itu? 44 00:02:06,000 --> 00:02:08,380 Carmen Salinas tak pernah lupa barrio dia. 45 00:02:08,461 --> 00:02:10,381 - Ya. - Cuauhtémoc Blanco pun sama. 46 00:02:10,463 --> 00:02:13,173 - Walaupun sampai ke Morelos. - Sejauh itu? 47 00:02:13,258 --> 00:02:16,928 Saya tak tahu kakak saya, tapi saya tak pernah lupa daratan. 48 00:02:17,470 --> 00:02:21,100 Cik Elvira, semakin cantik nampak? Awak buat sesuatukah? 49 00:02:22,142 --> 00:02:23,352 Muka saya kena melasma. 50 00:02:24,561 --> 00:02:26,521 Perempuan gila itu buat hal lagi. 51 00:02:26,604 --> 00:02:28,904 Adakah jiran awak memang gila? 52 00:02:28,982 --> 00:02:32,072 Jual sekilogram avokado untuk saya dan saya akan beritahu. 53 00:02:32,652 --> 00:02:34,322 Ceritalah, saya akan jual apa saja. 54 00:02:35,488 --> 00:02:37,028 Letak di sini. 55 00:02:37,115 --> 00:02:38,865 Mereka kata si rambut perang itu… 56 00:02:39,868 --> 00:02:41,078 bercakap banyak bahasa. 57 00:02:42,036 --> 00:02:43,616 - Betul. - Apa maksudnya? 58 00:02:43,705 --> 00:02:45,285 Pernah dengar amaranth? 59 00:02:45,373 --> 00:02:46,963 Atau Spanglish? 60 00:02:47,041 --> 00:02:48,541 Sudah tentu. 61 00:02:49,043 --> 00:02:50,923 Tomato ialah "ketchup". 62 00:02:51,504 --> 00:02:52,594 Cakap apa awak? 63 00:02:52,672 --> 00:02:56,012 Aduhai, saya pasti Mariana cakap buruk tentang saya. 64 00:02:57,218 --> 00:03:00,928 Crista, apa kita nak buat kalau kita kehabisan tisu tandas? 65 00:03:01,014 --> 00:03:02,814 Sedarlah sikit. Saya dah kehabisan data. 66 00:03:02,891 --> 00:03:04,851 Dengar sini. Pandang mata saya. 67 00:03:04,934 --> 00:03:06,944 Ada perkara yang lebih penting sekarang, 68 00:03:07,020 --> 00:03:10,320 macam tisu tandas supaya kita tak perlu lap punggung guna stoking. 69 00:03:10,398 --> 00:03:12,028 Apa maksud awak? 70 00:03:12,108 --> 00:03:14,988 Saya tengok meme Instagram tentang cara hidup miskin. 71 00:03:15,069 --> 00:03:16,699 Sudahlah, awak buat saya takut! 72 00:03:16,779 --> 00:03:18,239 Tak apa, saya akan selesaikan. 73 00:03:18,323 --> 00:03:22,333 Inilah peluang untuk tunjukkan bakat kepimpinan saya. 74 00:03:22,410 --> 00:03:24,370 Macam dalam Survivor Mexico. 75 00:03:28,041 --> 00:03:30,711 KEDAI ACARA RIGO APA SAJA UNTUK PARTI ANDA 76 00:03:35,089 --> 00:03:38,589 Hei, Neto! Ada apa, sahabat? Awak apa khabar? 77 00:03:38,676 --> 00:03:39,546 - Bagus. - Baiklah! 78 00:03:39,636 --> 00:03:40,596 - Cemerlang! - Hebat! 79 00:03:40,678 --> 00:03:44,388 Saya nak tawarkan perkhidmatan saya sementara keadaan pulih. 80 00:03:44,474 --> 00:03:46,434 Baiklah, masuklah. 81 00:03:46,517 --> 00:03:47,687 Apa perniagaan awak? 82 00:03:48,269 --> 00:03:49,939 Saya mulakan Kedai Acara Rigo 83 00:03:50,021 --> 00:03:52,231 dengan mengendalikan parti sulit. 84 00:03:53,024 --> 00:03:54,324 Tapi lihatlah saya sekarang. 85 00:03:54,400 --> 00:03:56,530 Majlis perkahwinan, pembaptisan, quinceañeras, 86 00:03:56,611 --> 00:03:59,571 tarian, parti bujang, perlawanan ayam, semua ada. 87 00:04:00,365 --> 00:04:02,865 Saya anjurkan Parti Perjamuan Suci Janet. 88 00:04:02,951 --> 00:04:03,871 Wah. 89 00:04:03,952 --> 00:04:06,452 Awak patut masuk majalah Faces. 90 00:04:06,537 --> 00:04:09,957 Kita belum kenal ketika itu. Masuklah. 91 00:04:10,041 --> 00:04:10,961 Duduklah. 92 00:04:11,042 --> 00:04:11,962 Ceritalah. 93 00:04:13,169 --> 00:04:14,549 Beginilah, 94 00:04:14,629 --> 00:04:16,919 benda pertama yang saya terfikir adalah… 95 00:04:18,091 --> 00:04:19,221 penjenamaan semula. 96 00:04:22,470 --> 00:04:24,140 Ubah suai jenama awak. 97 00:04:24,222 --> 00:04:26,562 Saya perlukan pendahuluan gaji saya. 98 00:04:26,641 --> 00:04:29,441 Lebih kurang 250,000 peso. 99 00:04:30,645 --> 00:04:32,015 250,000 peso? 100 00:04:32,939 --> 00:04:36,359 Buang satu sifar dan bahagi dua. Banyak itu saya boleh bayar. 101 00:04:36,985 --> 00:04:41,565 Rigo, gaji sebanyak itu tak dapat nak bayar sewa… 102 00:04:42,240 --> 00:04:44,030 kotej yang awak pinjamkan pun, 103 00:04:44,117 --> 00:04:46,367 tambahan barang dapur lagi. 104 00:04:46,452 --> 00:04:48,502 Saya nak tolong awaklah. 105 00:04:49,080 --> 00:04:51,040 Kalau begitu, lupakan saja. 106 00:04:51,124 --> 00:04:52,584 Lupakan saja. 107 00:04:53,876 --> 00:04:55,666 Saya akan cari duit di tempat lain. 108 00:04:56,212 --> 00:04:57,302 Silakan! 109 00:04:58,589 --> 00:04:59,419 Terima kasih. 110 00:05:00,049 --> 00:05:00,879 Sama-sama. 111 00:05:08,224 --> 00:05:09,394 Kenapa awak di sini? 112 00:05:09,475 --> 00:05:11,185 Kenapa tak datang kerja? 113 00:05:11,686 --> 00:05:15,816 Memandangkan tuan tak boleh bayar gaji saya lagi, 114 00:05:15,898 --> 00:05:17,528 Encik Rigo upah saya. 115 00:05:20,862 --> 00:05:22,492 - Cata! - Hai, Encik Rigo. 116 00:05:22,572 --> 00:05:24,072 Selamat memulakan kerja baru. 117 00:05:24,157 --> 00:05:25,447 Terima kasih banyak. 118 00:05:25,533 --> 00:05:28,043 Nampaknya semua orang sedar saya tak kaya. 119 00:05:28,745 --> 00:05:29,865 Awak pengikut saya. 120 00:05:32,832 --> 00:05:34,672 Kenapa awak berhenti ikut saya? 121 00:05:34,751 --> 00:05:37,171 Awak dah tiada gambar bersama kekasih awak, Belinda. 122 00:05:37,253 --> 00:05:41,013 Dia bukan Belinda, dan bukan juga kekasih. Tapi hampir. 123 00:05:41,090 --> 00:05:42,550 Awak dah pegang buah dada dia? 124 00:05:43,134 --> 00:05:44,514 Tak juga. 125 00:05:44,594 --> 00:05:47,144 Ada sekali dia ingat kami dirompak, 126 00:05:47,221 --> 00:05:48,391 terus pegang tangan saya. 127 00:05:48,473 --> 00:05:50,853 Nampak? Awak membosankan. 128 00:05:54,312 --> 00:05:55,812 Pablo! 129 00:05:56,814 --> 00:05:59,194 Crista? Akhirnya awak keluar rumah? 130 00:05:59,275 --> 00:06:02,275 Untuk guna data awak dan tengok apa orang-orang mengata saya. 131 00:06:03,154 --> 00:06:03,994 Okey. 132 00:06:04,072 --> 00:06:04,992 Oh… 133 00:06:05,823 --> 00:06:07,583 Okey, saya akan beri data, 134 00:06:07,658 --> 00:06:11,368 tapi awak kena muat naik gambar saya supaya orang ikut saya semula. 135 00:06:11,454 --> 00:06:16,424 Tak nak. Kita memang kawan baik, tapi saya tak nak muncul di akaun sesiapa. 136 00:06:16,501 --> 00:06:18,131 Tiada kiriman, tiada data. 137 00:06:23,883 --> 00:06:24,723 Gelinya. 138 00:06:24,801 --> 00:06:25,891 Saya kena buat sesuatu. 139 00:06:26,427 --> 00:06:28,677 Penduduk di sini layan kita dengan dingin. 140 00:06:28,763 --> 00:06:29,893 Itulah. 141 00:06:29,972 --> 00:06:32,642 Saya terpaksa reka cerita untuk beli avokado. 142 00:06:32,725 --> 00:06:34,135 - Pelik, bukan? - Aduhai. 143 00:06:34,227 --> 00:06:37,517 Mereka suruh saya beratur di kedai daging yang tiada orang. 144 00:06:37,605 --> 00:06:38,435 Aduhai. 145 00:06:38,523 --> 00:06:41,323 Mereka rampas botol garam daripada saya di gerai tortilla. 146 00:06:41,401 --> 00:06:43,151 Saya kehilangan semua pengikut saya. 147 00:06:43,236 --> 00:06:47,156 Mereka kecil hati sebab Leo tak jemput ke parti Perjamuan Suci Janet. 148 00:06:47,240 --> 00:06:49,580 Berhenti salahkan Leo! 149 00:06:49,659 --> 00:06:51,949 - Dia akan menghantui kamu. - Jangan! 150 00:06:52,036 --> 00:06:53,366 - Jangan. - Janganlah. 151 00:06:53,454 --> 00:06:56,964 Apa pun, kita mesti bekerja keras untuk berbaik dengan mereka semula. 152 00:06:57,041 --> 00:06:59,461 Kita boleh kata ayah lupa hantar alamat. 153 00:06:59,544 --> 00:07:00,964 - Ya! - Tidak. 154 00:07:01,045 --> 00:07:03,375 Tak perlu jelaskan apa-apa. Mak cik tahu caranya. 155 00:07:04,048 --> 00:07:07,428 Kita akan adakan parti, cara kita sendiri. 156 00:07:07,510 --> 00:07:09,140 Bagaimana? Kita pokai. 157 00:07:09,929 --> 00:07:12,639 Jangan kecewa. Saya tahu bagaimana dan dengan siapa. 158 00:07:12,723 --> 00:07:15,693 Parti besar yang buat orang berjaga sepanjang malam. 159 00:07:15,768 --> 00:07:17,268 Mak cik! 160 00:07:19,355 --> 00:07:21,015 Kuasa López dia dah keluar! 161 00:07:21,107 --> 00:07:22,687 - López? - López! 162 00:07:22,775 --> 00:07:24,025 - Ayuh. - Baiklah. 163 00:07:24,110 --> 00:07:28,200 López! 164 00:07:29,449 --> 00:07:30,319 Terbaik. 165 00:07:30,408 --> 00:07:32,988 Ernesto, awak kena cari kerja. 166 00:07:33,578 --> 00:07:35,788 Saya tanya sahabat. Tapi dia tawarkan gaji kecil. 167 00:07:35,872 --> 00:07:39,672 Apa? Saya tak sangka awak pergi jumpa tukang kedai kelas ketiga itu. 168 00:07:40,626 --> 00:07:41,666 Sayang, dengar sini. 169 00:07:42,295 --> 00:07:45,205 Saya berjanji akan buka perniagaan sendiri di sini. 170 00:07:45,798 --> 00:07:47,378 Tak susah sangat pun. 171 00:07:47,467 --> 00:07:49,087 Kalau Rigo berjaya, saya pun boleh. 172 00:07:49,177 --> 00:07:51,677 Sebab inilah saya jatuh cinta dengan awak. 173 00:07:51,762 --> 00:07:53,562 Awak ada sifat kejantanan. 174 00:07:56,476 --> 00:07:59,846 Oh ya, Rigo upah Cata. 175 00:08:00,480 --> 00:08:01,310 Apa? 176 00:08:01,397 --> 00:08:04,817 Mula-mula si bodoh itu letak kita di sini, sekarang dia curi Cat saya? 177 00:08:04,901 --> 00:08:07,151 Sebenarnya, dia benarkan kita tinggal di sini. 178 00:08:07,236 --> 00:08:10,276 Dia upah Cat sebab kita tak boleh bayar gaji dia. 179 00:08:10,364 --> 00:08:14,494 Baik awak buat untung betul-betul untuk selamatkan Cat daripada pencuri itu. 180 00:08:14,577 --> 00:08:17,907 Saya takkan buat kerja rumah selagi kita tinggal di sini, faham? 181 00:08:19,624 --> 00:08:20,544 Bagus. 182 00:08:22,877 --> 00:08:23,877 Tutup lampu. 183 00:08:30,885 --> 00:08:33,465 Tuan tak boleh buat begitu. Kena jual di pasar jalanan. 184 00:08:34,055 --> 00:08:37,015 Seperti pusat beli-belah Houston, kecuali di jalan. 185 00:08:37,099 --> 00:08:39,729 Mereka tak jual burger, tapi esquites. 186 00:08:41,437 --> 00:08:42,607 Kenapa, Neto? 187 00:08:43,272 --> 00:08:44,982 Jual semua barang berharga awak? 188 00:08:45,066 --> 00:08:49,316 Saya betul-betul perlukan wang tunai. Tapi saya akan ke pasar jalanan. 189 00:08:49,403 --> 00:08:51,363 Ada duit untuk sewa gerai di sana? 190 00:08:52,573 --> 00:08:54,663 Nak jual tepi jalan pun kena bayarkah? 191 00:08:59,622 --> 00:09:00,582 Memang kelakar. 192 00:09:01,499 --> 00:09:04,749 Toñito! Tolong bawa penyepit. 193 00:09:06,921 --> 00:09:08,971 Musim Sejuk, mak. Panggil saya Musim Sejuk. 194 00:09:09,048 --> 00:09:11,178 Musim Sejuk, Bunga, Panas, apa sajalah! 195 00:09:11,759 --> 00:09:13,799 Selamat pagi, semua! 196 00:09:14,554 --> 00:09:15,474 Selamat pagi. 197 00:09:15,555 --> 00:09:18,385 Kamu semua dijemput ke parti besar saya 198 00:09:18,474 --> 00:09:20,694 untuk meraikan kepulangan kami ke barrio. 199 00:09:20,768 --> 00:09:24,148 Serta pembukaan semula Kedai Makan Dolores. 200 00:09:24,230 --> 00:09:25,190 Aduhai. 201 00:09:25,690 --> 00:09:29,400 Kami semua sangat sibuk, tak boleh nak datang. 202 00:09:29,485 --> 00:09:30,895 Betul tak? 203 00:09:30,987 --> 00:09:31,857 Betul. 204 00:09:31,946 --> 00:09:36,986 Anak saudara sepupu sahabat ada buat Perjamuan Suci, bukan? 205 00:09:38,160 --> 00:09:39,160 Betul. 206 00:09:39,870 --> 00:09:42,500 Di Uppity Heights. 207 00:09:43,165 --> 00:09:44,785 Awak kenal tempat itu, bukan? 208 00:09:44,875 --> 00:09:46,085 Sayangnya. 209 00:09:46,711 --> 00:09:48,591 Awak akan terlepas makan besar. 210 00:09:49,672 --> 00:09:51,222 Saya sembelih seekor kambing. 211 00:09:51,299 --> 00:09:54,839 Dua ekor. Kami buat besar-besar, semua orang dijemput. 212 00:09:54,927 --> 00:09:57,137 Jiran berambut perang pun ada? 213 00:10:01,559 --> 00:10:04,899 Kalau dia pergi, kami akan pergi. Betul tak, semua? 214 00:10:04,979 --> 00:10:06,649 - Betul. - Sudah tentu. 215 00:10:06,731 --> 00:10:08,981 Sudah tentu dia datang, kami macam isi dan kuku. 216 00:10:09,066 --> 00:10:10,436 Siapa isinya? 217 00:10:10,526 --> 00:10:11,566 Sudah tentulah dia. 218 00:10:13,154 --> 00:10:14,914 Jumpa nanti, ya. Pakai cantik-cantik. 219 00:10:15,406 --> 00:10:16,816 - Baiklah. - Selamat tinggal. 220 00:10:16,907 --> 00:10:18,407 Selamat tinggal. 221 00:10:18,909 --> 00:10:20,789 - Betulkah? - Awak percayakah? 222 00:10:20,870 --> 00:10:25,370 GPS tiada, jadi saya lukis peta barrio. Tapi saya sesat. Pasar Utama tak ada pun. 223 00:10:28,210 --> 00:10:29,880 Sebab memang tak ada. 224 00:10:34,091 --> 00:10:36,261 Jadi, di mana awak dapat barangan runcit? 225 00:10:36,344 --> 00:10:39,014 Pasar atau kedai Puan Lulu di sana. 226 00:10:39,764 --> 00:10:41,604 Macam mana awak nak bayar? 227 00:10:41,682 --> 00:10:44,482 Menggunakan teknik primitif, sistem barter. 228 00:10:44,560 --> 00:10:47,560 Saya akan tukar idea rekaan dan rangkaian untuk barang. 229 00:10:47,647 --> 00:10:51,027 Tak boleh, Diego. Mereka cuma terima wang. Puan Lulu adalah Rottweiler. 230 00:10:51,651 --> 00:10:53,821 - Dia akan gigit awak. - Wah. 231 00:10:53,903 --> 00:10:56,913 Garangnya, saya suka. Bukan cabaran mudah. 232 00:11:03,788 --> 00:11:05,998 Kenapa muka muram, kawan? 233 00:11:06,707 --> 00:11:08,207 Janganlah sedih, Neto. 234 00:11:08,292 --> 00:11:09,882 Saya belum jual apa-apa. 235 00:11:10,503 --> 00:11:12,003 Harga awak mahal sangat. 236 00:11:12,088 --> 00:11:14,628 Penduduk tempatan suka barang murah, betul? 237 00:11:15,800 --> 00:11:18,050 Barang jualan saya ini tak ternilai. 238 00:11:18,719 --> 00:11:20,429 Sebagai contoh, tengok di sini. 239 00:11:21,013 --> 00:11:22,853 Jersi kelab Amerika Cabañas. 240 00:11:24,266 --> 00:11:28,186 Jersi ini, Mexico 1970. Ditandatangani oleh Pelé. 241 00:11:28,270 --> 00:11:29,110 Pelé. 242 00:11:29,855 --> 00:11:30,765 Ini kasut suci. 243 00:11:31,565 --> 00:11:35,315 Sepetak rumput dari Wembley, apabila Mexico memenangi Olimpik. 244 00:11:35,403 --> 00:11:37,153 Jangan kecewa, Neto. 245 00:11:37,238 --> 00:11:40,738 Saya akan tolong awak. Saya akan beli semuanya. 246 00:11:41,826 --> 00:11:42,986 Yakah? 247 00:11:43,077 --> 00:11:43,947 Boleh. 248 00:11:44,578 --> 00:11:47,918 Awak akan dapat murah. 20,000 peso untuk jersi Cabañas. 249 00:11:47,998 --> 00:11:51,168 Jersi Pelé, 50,000. 250 00:11:51,711 --> 00:11:53,051 Serta… 251 00:11:53,129 --> 00:11:54,759 Ambil semuanya dengan 500,000. 252 00:11:54,839 --> 00:11:58,009 Buang satu sifar, bahagia dua, saya akan beli. 253 00:11:58,926 --> 00:11:59,796 Secara ansuran. 254 00:12:02,471 --> 00:12:04,851 Awak biar betul. 255 00:12:05,433 --> 00:12:07,443 Bukankah awak kekurangan wang tunai? 256 00:12:07,518 --> 00:12:09,348 Saya bukan nak buat awak tak selesa, 257 00:12:09,437 --> 00:12:12,017 tapi saya kena kutip sewa rumah 258 00:12:12,106 --> 00:12:14,686 dan kawasan kecil yang saya pinjamkan ini. 259 00:12:14,775 --> 00:12:17,815 Agak-agak keluarga awak ada duit untuk makan tak? 260 00:12:17,903 --> 00:12:20,703 Saya fikir, "Rasanya tak ada." 261 00:12:20,781 --> 00:12:24,291 Kemudian saya tanya diri sendiri, "Tisu tandas mereka cukup tak?" 262 00:12:24,368 --> 00:12:27,158 Saya jawab lagi, "Rasanya tak." 263 00:12:27,246 --> 00:12:29,206 Fikirkan baunya. Entahlah. 264 00:12:29,290 --> 00:12:30,250 Fikirkanlah. 265 00:12:32,918 --> 00:12:34,878 Kedai awak ada stok. 266 00:12:34,962 --> 00:12:37,382 Tapi cuba susun barang cara lain. 267 00:12:37,465 --> 00:12:40,545 Barang keperluan asas seperti berus gigi elektrik, 268 00:12:40,634 --> 00:12:42,144 saya akan letak di depan. 269 00:12:42,219 --> 00:12:43,509 Saya tak jual barang begitu. 270 00:12:44,013 --> 00:12:45,143 Oh, maaf. 271 00:12:45,222 --> 00:12:46,272 - Awak nak bayar? - Ya. 272 00:12:46,348 --> 00:12:50,018 Apa kata saya bayar dengan idea untuk perniagaan awak? 273 00:12:50,102 --> 00:12:53,982 Contohnya, kursus percuma cara layan pelanggan dengan lebih baik? 274 00:12:54,064 --> 00:12:57,114 Adakah awak anak si rambut perang yang baru pindah itu? 275 00:12:57,777 --> 00:12:58,777 Lebih kurang. 276 00:12:58,861 --> 00:13:01,861 Adakah dia pembantu peribadi Thalía? 277 00:13:01,947 --> 00:13:02,867 Thalía? 278 00:13:06,702 --> 00:13:08,332 Ya, dia selalu datang rumah. 279 00:13:08,913 --> 00:13:11,173 Ambil apa saja yang awak nak, secara kredit! 280 00:13:11,248 --> 00:13:12,078 Terima kasih. 281 00:13:12,166 --> 00:13:13,666 Kita bincang lain kali. 282 00:13:15,836 --> 00:13:17,626 Ini juga. 283 00:13:17,713 --> 00:13:19,423 Ambil sedikit lagi. Itu dia. 284 00:13:19,507 --> 00:13:20,627 Terima kasih. 285 00:13:21,425 --> 00:13:23,295 Saya akan singgah, Budak Rambut Perang. 286 00:13:24,261 --> 00:13:25,761 Mengarutlah. 287 00:13:25,846 --> 00:13:28,216 Dia ingat Silvia kenal Thalía. 288 00:13:28,307 --> 00:13:30,057 Taklah, sebab prestasi saya. 289 00:13:30,142 --> 00:13:31,192 Apa? 290 00:13:31,268 --> 00:13:34,148 Teknik pemasaran. Ia membina kepercayaan serta-merta. 291 00:13:34,230 --> 00:13:35,560 Kali ini, pada kredit saya. 292 00:13:39,193 --> 00:13:40,533 Mari kita ke sana. 293 00:13:42,446 --> 00:13:43,486 Untuk apa? 294 00:13:43,572 --> 00:13:45,782 Syampu dan rawatan rambut khas. 295 00:13:45,866 --> 00:13:47,696 Jangan ambil lebih daripada perlu. 296 00:13:47,785 --> 00:13:50,995 Kenapa? Bakat saya bantu saya beli barang. Saya patut ambil banyak. 297 00:13:51,080 --> 00:13:53,460 Bakat? Itu sebab awak berkulit cerah. 298 00:13:53,541 --> 00:13:54,791 Saya akan buktikan. 299 00:13:57,837 --> 00:14:00,377 - Selamat tengah hari. - Selamat tengah hari. 300 00:14:00,464 --> 00:14:01,674 Saya Diego Espinoza. 301 00:14:01,757 --> 00:14:04,677 Saya datang untuk mencuba produk, kalau boleh. 302 00:14:04,760 --> 00:14:07,680 Saya boleh beri petua jualan dan pemasaran. 303 00:14:07,763 --> 00:14:11,733 Tentulah boleh, sayang! Ambil saja secara kredit. Boleh. 304 00:14:11,809 --> 00:14:13,889 Masuklah, si comel. 305 00:14:13,978 --> 00:14:17,228 Kamu, tolong orang muda ini. 306 00:14:17,314 --> 00:14:18,824 Apa khabar, Puan Raquel? 307 00:14:18,899 --> 00:14:21,239 Kalau awak benarkan saya cuba produk awak, 308 00:14:21,318 --> 00:14:22,858 saya boleh berikan petua… 309 00:14:22,945 --> 00:14:24,145 Dengar, si kulit perang. 310 00:14:24,947 --> 00:14:28,867 Orang kerinting tak dibenarkan. Kalau tak nak beli, keluar! 311 00:14:28,951 --> 00:14:29,911 Pergi. 312 00:14:40,379 --> 00:14:43,719 Saya dengar, ada khabar angin menyatakan, 313 00:14:43,799 --> 00:14:45,379 dia isteri pembunuh upahan. 314 00:14:46,010 --> 00:14:48,010 Pasangan pengedar dadahkah? 315 00:14:48,095 --> 00:14:50,385 Ya, lihat siapa yang bercakap… 316 00:15:02,359 --> 00:15:03,239 Helo! 317 00:15:18,334 --> 00:15:20,924 Om. Shanti. 318 00:15:22,129 --> 00:15:23,459 Dengar, semua. 319 00:15:24,173 --> 00:15:26,473 Orang kata dia ahli sihir albino. 320 00:15:27,176 --> 00:15:29,846 Ya. Katanya dia dari Rusia Timur. 321 00:15:30,387 --> 00:15:32,507 - Saya sumpah. Dari jauh. - Jauhnya. 322 00:15:32,598 --> 00:15:34,728 Orang kata dia agak gila. 323 00:15:34,808 --> 00:15:36,348 - Yakah? - Betul. 324 00:15:37,019 --> 00:15:38,189 Nampak? Apa saya kata? 325 00:15:38,270 --> 00:15:39,520 Itu tak normal. 326 00:15:39,605 --> 00:15:40,435 Tidak! 327 00:15:40,981 --> 00:15:44,441 Saya akan cerita sepenuhnya, kalau awak bayar. 328 00:15:45,110 --> 00:15:47,820 - Bayar? - Saya nak tengok duit. 329 00:15:47,905 --> 00:15:49,155 Terima kasih banyak-banyak. 330 00:15:49,239 --> 00:15:51,369 Awak sangat pemurah. 331 00:15:51,992 --> 00:15:54,502 Baiklah, ceritanya begini. 332 00:15:55,162 --> 00:15:57,962 Di Timur Jauh, ada seseorang berambut perang… 333 00:15:59,416 --> 00:16:01,206 Bukan. Ada ramai orang berambut perang, 334 00:16:02,252 --> 00:16:05,422 yang dianugerahi kuasa menawan lelaki dengan pandangan mereka. 335 00:16:08,425 --> 00:16:10,425 DILARANG MENONTON VIDEO LUCAH 336 00:16:13,138 --> 00:16:14,888 KE TANDAS 337 00:16:20,396 --> 00:16:24,566 Saya dengar Crista Espinoza de Los Montero tinggal di kejiranan yang miskin. 338 00:16:28,654 --> 00:16:31,164 PABLO, KECEMASAN! SAYA AKAN MUAT NAIK GAMBAR! TOLONG! 339 00:16:31,240 --> 00:16:32,160 Setuju. 340 00:16:32,241 --> 00:16:35,541 Muat naik gambar bersama saya dan saya akan buat awak nampak kaya. 341 00:16:40,624 --> 00:16:41,714 Dalam erti kata lain, 342 00:16:42,876 --> 00:16:44,796 wanita ini tak dapat diduga. 343 00:16:46,171 --> 00:16:47,011 Ya. 344 00:16:50,884 --> 00:16:52,764 - Siapa di sini ada Netflix? - Ya. 345 00:16:52,845 --> 00:16:55,675 María la del Barrio 2 sedang dalam penggambaran. 346 00:16:56,598 --> 00:16:58,478 Maafkan saya. 347 00:16:59,143 --> 00:17:01,903 Saya akan jemput si rambut perang ke parti esok. 348 00:17:01,979 --> 00:17:05,019 - Kami dua serangkai, bukan? - Tengoklah. 349 00:17:05,107 --> 00:17:06,067 - Tengok. - Baiklah. 350 00:17:06,942 --> 00:17:07,992 Tunggu dan lihat. 351 00:17:08,485 --> 00:17:09,815 - Dia takkan jawab. - Jawab. 352 00:17:09,903 --> 00:17:11,663 Tentu dia di bilik air. 353 00:17:12,656 --> 00:17:13,656 Rambut perang! 354 00:17:17,077 --> 00:17:18,907 Dia dibenarkan masuk! 355 00:17:18,996 --> 00:17:22,746 Tolong, sekumpulan zombi cuba tarik saya masuk ke dalam kumpulan mereka. 356 00:17:23,333 --> 00:17:25,673 Tolong hubungi 911 atau apa saja. 357 00:17:25,753 --> 00:17:28,093 - Tina dibenarkan masuk. - Dia mengenali Thalía. 358 00:17:28,172 --> 00:17:29,592 Macam kawan rapat. 359 00:17:29,673 --> 00:17:30,803 Jangan jadi paranoid. 360 00:17:30,883 --> 00:17:33,723 Mereka nak tengok awak, sama ada awak berambut perang asli. 361 00:17:33,802 --> 00:17:37,932 Tipulah. Kamu ada cip otak kelas bawahan yang suruh serang kami. 362 00:17:38,015 --> 00:17:42,345 Kami bukan zombi dan tak makan cip, jadi datanglah ke parti saya esok. 363 00:17:42,436 --> 00:17:45,306 Awak akan jumpa mereka, dan nampak yang mereka baik. 364 00:17:45,397 --> 00:17:49,687 Saya takkan pergi untuk jadi persembahan macam haiwan sarkas pada mereka. 365 00:17:49,777 --> 00:17:51,647 Saya takkan buat begitulah. 366 00:17:51,737 --> 00:17:54,027 Kata-kata anak Peña Nieto tepat sekali, 367 00:17:54,114 --> 00:17:56,624 orang biasa macam awak penuh dengan cemburu, 368 00:17:57,201 --> 00:17:58,451 jadi, pergi. 369 00:17:58,952 --> 00:17:59,952 Pergi dari sini. 370 00:18:00,037 --> 00:18:02,327 - Saya cuma nak tolong. - Tidak. 371 00:18:03,082 --> 00:18:06,712 Saya tak nak pergi. Mereka berbau macam pengangkutan awam. 372 00:18:06,794 --> 00:18:07,754 Lupakan saja. 373 00:18:09,296 --> 00:18:11,716 Dasvidaniya, selamat tinggal. 374 00:18:11,799 --> 00:18:13,129 Itu bau minyak nilam. 375 00:18:14,468 --> 00:18:15,678 Jadi? 376 00:18:15,761 --> 00:18:18,561 Adakah jiran baru akan datang ke parti awak? 377 00:18:19,932 --> 00:18:22,232 Rakan-rakan penduduk Barrio Jesus Bayi! 378 00:18:22,810 --> 00:18:26,650 Dia dah sahkan yang dia akan datang ke parti López Salcido! 379 00:18:29,066 --> 00:18:31,646 Saya ada soalan. Dia bawa Thalía tak? 380 00:18:36,615 --> 00:18:37,945 Thalía mungkin dalam lawatan. 381 00:18:39,409 --> 00:18:40,619 Tapi mungkin dia datang! 382 00:18:47,543 --> 00:18:49,753 Kenapa letak Espinoza di sebelah rumah? 383 00:18:49,837 --> 00:18:52,007 Awak dah lupakah si rambut perang itu menyampah? 384 00:18:52,089 --> 00:18:56,049 Maaf, Tina. Saya tak sampai hati biarkan keluarga Neto jadi gelandangan. 385 00:18:56,844 --> 00:18:59,184 Apa saya boleh buat untuk tebus kesalahan saya? 386 00:18:59,763 --> 00:19:00,893 Bawa awak makan malam? 387 00:19:00,973 --> 00:19:03,643 Awak rasa itu boleh perbaiki keadaan? 388 00:19:03,725 --> 00:19:05,845 Saya perlukan lebih daripada makan malam. 389 00:19:05,936 --> 00:19:09,766 Deejay, lantai tarian, barang parti, makanan dan arak banyak-banyak. 390 00:19:09,857 --> 00:19:11,277 Saya nak adakan parti besar 391 00:19:11,358 --> 00:19:14,488 untuk dapatkan kembali tempat kami di hati barrio ini. 392 00:19:14,570 --> 00:19:15,490 Faham? 393 00:19:16,155 --> 00:19:20,485 - Ya. - Beg ini sesuai untuk solekan saya. 394 00:19:22,911 --> 00:19:24,411 Beg itu milik awak, kalau nak. 395 00:19:24,496 --> 00:19:25,456 Itu untuk awak. 396 00:19:36,717 --> 00:19:39,467 Terima kasih. Saya boleh masuk sendiri. 397 00:19:40,637 --> 00:19:44,807 Chivis, boleh jelaskan orang ramai di luar chalet kecil kita? 398 00:19:44,892 --> 00:19:47,142 Orang miskin itu nak tengok cara kita hidup. 399 00:19:47,227 --> 00:19:51,147 Keluarga diraja British ada pengawal peribadi, tapi kita tak. 400 00:19:51,231 --> 00:19:52,981 Tak bolehkah kita pasang pagar? 401 00:19:53,066 --> 00:19:55,936 Saya janji kita akan pasang pagar. 402 00:19:56,028 --> 00:19:59,198 Saya bersumpah kita akan pindah semula, lagi cepat daripada itu. 403 00:20:00,365 --> 00:20:01,865 Boleh? Tengok. 404 00:20:01,950 --> 00:20:03,120 Saya beli makanan. 405 00:20:03,202 --> 00:20:04,832 Awak beli makanan vegetarian saya? 406 00:20:04,912 --> 00:20:09,462 Saya cuma jumpa mi sup dan salad kentang di sini. 407 00:20:11,168 --> 00:20:12,338 Serta air horchata. 408 00:20:13,503 --> 00:20:15,173 Saya rindu Cata! 409 00:20:15,255 --> 00:20:17,925 - Tak nak, jijiknya. - Ia diperbuat daripada beras. 410 00:20:20,052 --> 00:20:23,012 Saya pun terfikir tentang itu dan letak iklan. 411 00:20:23,722 --> 00:20:27,312 "Diperlukan: Pembantu rumah yang mahu bekerja… 412 00:20:27,392 --> 00:20:28,442 secara percuma." 413 00:20:33,315 --> 00:20:34,935 Siapa mereka semua? 414 00:20:35,025 --> 00:20:37,105 Orang biasa yang nak jumpa saya. 415 00:20:37,194 --> 00:20:40,824 Agustina akan adakan parti. Saya takkan pergi walaupun dia heret saya. 416 00:20:40,906 --> 00:20:41,736 Wah. 417 00:20:41,823 --> 00:20:44,583 - Betul kata Tere. - Apa yang betul? 418 00:20:44,660 --> 00:20:47,790 Saya dapat barang percuma sebab mak selebriti di sini. 419 00:20:48,872 --> 00:20:51,042 Termasuklah pelembap Perancis mak. 420 00:20:51,124 --> 00:20:54,964 Maksudnya, mak boleh dapat barang yang lebih hebat. 421 00:20:56,630 --> 00:20:58,840 Boleh tahan sebelum kita berpindah, bukan? 422 00:21:04,388 --> 00:21:08,478 Jualan murah! Dapatkan tawaran promosi ini! 423 00:21:08,558 --> 00:21:12,438 Dapatkan topi besbol dengan rambut perang yang berterbangan. 424 00:21:12,521 --> 00:21:14,691 Beli sekarang dengan harga murah! 425 00:21:15,274 --> 00:21:17,694 Ayuh. Datang beli. 426 00:21:17,776 --> 00:21:18,646 Dapatkan topi anda! 427 00:21:20,779 --> 00:21:23,699 Mari kita bersorak untuk orang hebat kita! 428 00:21:24,574 --> 00:21:25,954 Keluar! 429 00:21:26,034 --> 00:21:27,544 Keluar! 430 00:21:27,619 --> 00:21:29,619 Keluar! 431 00:21:29,705 --> 00:21:30,785 Hore! 432 00:21:31,623 --> 00:21:33,833 Sebagai tanda muhibah, 433 00:21:33,917 --> 00:21:37,087 dapatkan botol dengan gambar si rambut perang yang misteri! 434 00:21:37,170 --> 00:21:38,300 Sila datang! 435 00:21:38,380 --> 00:21:39,550 Lambai kepadanya! 436 00:21:40,507 --> 00:21:42,047 Dia fikir dia kerabat diraja. 437 00:21:42,134 --> 00:21:45,054 Kita mesti buat sesuatu untuk diterima mereka semula. 438 00:21:45,137 --> 00:21:47,007 Saya dah jemput dia ke parti, 439 00:21:47,097 --> 00:21:49,887 tapi si muflis itu berani tolak. 440 00:21:49,975 --> 00:21:51,805 Apa kamu nak buat? 441 00:21:51,893 --> 00:21:53,693 Biar orang fikir Silvia akan datang. 442 00:21:53,770 --> 00:21:55,690 Bila dah datang, mereka akan lupa. 443 00:21:55,772 --> 00:21:58,152 Kita letak rum berganda dalam punch. 444 00:21:58,233 --> 00:22:00,363 Tak kisahlah ahli sihir itu datang atau tak. 445 00:22:00,902 --> 00:22:02,992 - Betul tak? - Betul cakap kamu. 446 00:22:03,488 --> 00:22:04,318 Nampak? 447 00:22:05,115 --> 00:22:07,155 Dapatkan tawaran istimewa ini. 448 00:22:07,242 --> 00:22:09,542 Nak jumpa si rambut perang misteri itu? 449 00:22:09,619 --> 00:22:10,699 Beli tiket anda 450 00:22:10,787 --> 00:22:13,997 untuk bercakap dengan si rambut perang di parti López. 451 00:22:14,082 --> 00:22:15,712 Untuk 200 peso tambahan, 452 00:22:15,792 --> 00:22:17,422 anda dapat bergambar dengannya. 453 00:22:18,587 --> 00:22:20,757 - Siapa nak? - Saya! Saya nak sepuluh. 454 00:22:20,839 --> 00:22:23,839 Ini lebih baik daripada majlis penaung santo. 455 00:22:23,925 --> 00:22:26,385 Macam itulah! Berapa banyak? 456 00:22:26,470 --> 00:22:29,010 Sepuluh, terus. Lima? Ayuh. 457 00:22:31,892 --> 00:22:32,982 Neto! 458 00:22:33,060 --> 00:22:33,940 Apa khabar? 459 00:22:34,019 --> 00:22:36,729 Perancangan untuk berpindah cepat-cepat 460 00:22:36,813 --> 00:22:40,363 takkan terjadi lagi, jadi saya nak jual lagi barang. 461 00:22:40,442 --> 00:22:43,202 Terbaik! Tengok, semua dah hampir terjual. 462 00:22:46,323 --> 00:22:48,123 200 PESO SECARA ANSURAN 463 00:22:49,284 --> 00:22:51,704 Awak kata susah nak jual sebab mahal. 464 00:22:51,787 --> 00:22:52,827 Awak yang tak boleh. 465 00:22:53,580 --> 00:22:55,870 - Tapi saya boleh. - Okey, saya akan kira. 466 00:22:55,957 --> 00:22:59,417 Sahabat, tak kiralah harga sebuah barangan itu. 467 00:22:59,503 --> 00:23:01,713 Cara orang bayar itu penting. 468 00:23:01,797 --> 00:23:03,717 Beli jersi bola kesukaan anda 469 00:23:03,799 --> 00:23:07,759 tanpa faedah, dengan ansuran mingguan serendah 50 peso. 470 00:23:08,720 --> 00:23:10,010 Okey. Ini dia. 471 00:23:13,892 --> 00:23:17,352 Jadi? Berapa harga barang-barang awak di belakang? 472 00:23:17,938 --> 00:23:19,648 Tidak, ini… 473 00:23:20,399 --> 00:23:22,609 untuk kanak-kanak di rumah anak yatim. 474 00:23:22,692 --> 00:23:25,402 Saya bersama dengan kawan baik saya, Pablo López. 475 00:23:25,487 --> 00:23:26,947 Saya tahu kehilangan saya 476 00:23:27,030 --> 00:23:29,530 menyebabkan gosip tentang keberadaan saya. 477 00:23:29,616 --> 00:23:34,246 Jangan risau, peminat Crista. Saya masih berseronok di pantai. Minum. 478 00:23:34,329 --> 00:23:36,159 Aduhai, geladak matahari atas bumbung? 479 00:23:36,248 --> 00:23:39,498 - Pak cik, kenapa datang ke sini? - Alamak! Janganlah. 480 00:23:39,584 --> 00:23:41,134 - Maksud saya… - Pergilah! 481 00:23:41,211 --> 00:23:43,921 - Bumbung sendiri pun tak boleh guna. - Pergi. 482 00:23:44,005 --> 00:23:46,375 Tak guna. Itu siaran langsung. Mereka dah nampak. 483 00:23:46,967 --> 00:23:48,087 Apa yang berlaku? 484 00:23:48,176 --> 00:23:51,806 Saya dah kata jangan buat siaran langsung, awak dah guna semua data. 485 00:23:53,765 --> 00:23:55,305 Dia tak boleh terima kekecewaan. 486 00:23:55,392 --> 00:23:57,142 Dia marah sebab saya berkulit putih? 487 00:23:57,227 --> 00:24:00,057 Dia macam Tenoch Huerta, sedangkan awak Chumel. 488 00:24:00,147 --> 00:24:01,977 Kalau begitu, dia patut hargai saya. 489 00:24:02,065 --> 00:24:05,185 Saya lelaki kulit putih yang cuba hidup dalam keadaan teruk. 490 00:24:07,028 --> 00:24:08,408 Apa cadangan awak? 491 00:24:08,989 --> 00:24:12,449 Berbaik dengan dia di parti. Tere tenang apabila dia minum. 492 00:24:12,534 --> 00:24:15,754 Saya rasa awak jangan berpihak kepada pihak lawan secara radikal, 493 00:24:15,829 --> 00:24:17,119 macam orang bodoh. 494 00:24:22,586 --> 00:24:25,126 SEPERTI BELINDA DAN NODAL 495 00:24:25,213 --> 00:24:27,303 Belinda dan Christian Nodal? 496 00:24:28,341 --> 00:24:29,931 Saya ditipu lagi. 497 00:24:30,010 --> 00:24:34,760 Rigo beli semua barang saya dengan murah dan menjualnya lebih tinggi. 498 00:24:35,849 --> 00:24:36,979 Serius, Ernesto? 499 00:24:37,476 --> 00:24:39,436 Bukankah awak nak cari duit? 500 00:24:39,519 --> 00:24:42,359 Ya, tapi saya kurang pakar 501 00:24:42,439 --> 00:24:44,519 berbanding orang yang betul-betul menjual. 502 00:24:46,401 --> 00:24:50,031 Saya bermula dengan mewarisi agensi iklan sebagai pemilik. 503 00:24:50,113 --> 00:24:52,123 Saya tak tahu apa-apa tentangnya. 504 00:24:52,199 --> 00:24:53,329 Sekarang saya dah faham. 505 00:24:53,909 --> 00:24:58,079 Paling utama adalah jual mahal, dengan ansuran kecil, pada orang miskin. 506 00:24:58,163 --> 00:25:02,633 Betul. Sekarang saya tahu cara Salinas Pliego jadi kaya. 507 00:25:02,709 --> 00:25:05,629 Banyak benda saya kena belajar daripada sahabat. 508 00:25:05,712 --> 00:25:09,882 Tidak. Dia adalah orang terakhir yang patut dipelajari. 509 00:25:09,966 --> 00:25:11,256 Ernesto, tolonglah! 510 00:25:11,343 --> 00:25:15,183 Bagaimana jika kawan kita tahu awak bekerja dengan orang seperti dia? 511 00:25:15,263 --> 00:25:17,273 Chivis, serahkan kepada saya. 512 00:25:17,974 --> 00:25:19,314 Saya tahu apa perlu buat. 513 00:25:19,392 --> 00:25:20,522 Buat betul-betul. 514 00:25:21,436 --> 00:25:22,556 Buat betul-betul. 515 00:25:30,695 --> 00:25:31,945 Awak membuka mata saya. 516 00:25:32,531 --> 00:25:35,781 Dengan orang miskin, kita jual… 517 00:25:35,867 --> 00:25:38,367 benda yang nampak mahal, tapi murah. 518 00:25:38,453 --> 00:25:39,413 Tepat sekali! 519 00:25:39,955 --> 00:25:44,535 Orang nak beli barang mahal dengan harga lebih murah daripada jiran mereka beli, 520 00:25:44,626 --> 00:25:46,956 supaya mereka boleh menunjuk-nunjuk semasa Misa. 521 00:25:47,045 --> 00:25:49,795 Sebab itu saya nak bekerja dengan awak. Untuk belajar! 522 00:25:49,881 --> 00:25:51,011 Bagus. 523 00:25:51,091 --> 00:25:53,471 Selamat datang ke Kedai Acara Rigo. 524 00:25:53,552 --> 00:25:54,762 Awak bermula hari ini. 525 00:25:55,303 --> 00:25:56,263 Yakah? 526 00:25:56,346 --> 00:25:58,596 Bagus, saya ada banyak idea. 527 00:25:58,682 --> 00:26:01,692 - Untuk penjenamaan semula Acara Rigo… - Jangan. 528 00:26:01,768 --> 00:26:02,978 Bertenang. 529 00:26:03,562 --> 00:26:05,482 Saya ada rancangan sendiri. Catita. 530 00:26:07,399 --> 00:26:11,319 Awak akan jadi wajah baru Kedai Acara Rigo. 531 00:26:11,403 --> 00:26:16,783 Di parti malam ini, awak boleh buat apa yang dipanggil, debut awak. 532 00:26:16,866 --> 00:26:20,116 Saya tak boleh pakai seluar itu. Kalau isteri saya nampak, mati saya. 533 00:26:20,203 --> 00:26:21,913 Dia akan hadirkah? 534 00:26:25,917 --> 00:26:27,457 Selamat petang, semua. 535 00:26:32,007 --> 00:26:33,717 - Menggodanya! - Si rambut perang! 536 00:26:33,800 --> 00:26:36,340 - Tunjukkan barang awak! - Goyang! 537 00:26:37,053 --> 00:26:38,473 Apa khabar wanita cantik? 538 00:26:41,016 --> 00:26:44,266 Kita akan meraikan kepulangan keluarga Lopez ke barrio. 539 00:26:44,352 --> 00:26:46,772 - Beri tepukan untuk mereka. - Syabas! 540 00:26:46,855 --> 00:26:47,975 Terima kasih! 541 00:26:49,482 --> 00:26:50,942 Di mana wanita bujang? 542 00:26:51,026 --> 00:26:54,566 Mari kita mulakan dengan lagu rancak daripada deejay kita. 543 00:26:55,905 --> 00:26:56,735 Jom menari! 544 00:27:02,871 --> 00:27:05,581 Siapa sangka? Cantik juga kaki jiran kita. 545 00:27:05,665 --> 00:27:07,745 Tina, mana si rambut perang? 546 00:27:08,376 --> 00:27:09,916 Saya tak nampak dia. 547 00:27:10,003 --> 00:27:12,213 Dia dalam perjalanan. Saya akan dapatkan dia. 548 00:27:12,297 --> 00:27:13,837 - Pergilah. - Saya akan ambil dia. 549 00:27:14,799 --> 00:27:16,009 - Tina. - Apa? 550 00:27:16,092 --> 00:27:18,302 Kenapa kawan berambut perang awak tiada di sini? 551 00:27:18,386 --> 00:27:21,386 Saya jual beberapa gambar dia, mereka dah bayar terlebih dulu. 552 00:27:21,473 --> 00:27:22,773 Okey, dia takkan datang. 553 00:27:22,849 --> 00:27:23,679 Apa? 554 00:27:23,767 --> 00:27:25,517 - Diam. - Kita mesti buat sesuatu. 555 00:27:25,602 --> 00:27:28,612 Mereka dah benci kita. Saya tak nak masuk penjara. 556 00:27:29,356 --> 00:27:30,186 Baiklah. 557 00:27:30,899 --> 00:27:31,779 Lengahkan mereka. 558 00:27:32,400 --> 00:27:33,690 Percayalah. 559 00:27:34,194 --> 00:27:36,284 Percaya apa? 560 00:27:40,325 --> 00:27:41,735 Pablo, kita perlu berbincang. 561 00:27:41,826 --> 00:27:43,696 Ramai orang suka video kita. 562 00:27:43,787 --> 00:27:46,917 Apa kata kita buat akaun baru dan berpura-pura bercinta? 563 00:27:47,499 --> 00:27:49,129 Awak pasti? Saya berkulit perang. 564 00:27:49,209 --> 00:27:52,339 Belinda bercinta dengan Christian Nodal dan dia masih bergaya. 565 00:27:53,088 --> 00:27:56,218 Kita cakaplah saya datang ke barrio awak untuk melawat. 566 00:27:56,299 --> 00:27:57,129 Jadi? 567 00:27:57,217 --> 00:28:00,847 Apabila difikirkan, tak adalah teruk sangat berpura-pura. 568 00:28:01,388 --> 00:28:02,218 - Boleh? - Ya. 569 00:28:03,682 --> 00:28:05,102 Saya tahu apa awak mahu. 570 00:28:05,684 --> 00:28:08,564 Gunakan saya supaya orang terima awak. Saya tak bodoh. 571 00:28:08,645 --> 00:28:11,815 Kalau tak bodoh, awak akan nampak ini sebagai satu peluang. 572 00:28:11,898 --> 00:28:13,228 Peluang apa? 573 00:28:13,316 --> 00:28:15,856 Makan percuma di kedai kami sepanjang di barrio. 574 00:28:15,944 --> 00:28:18,494 Aduh. Saya tak rasa awak hidangkan makanan vegetarian. 575 00:28:18,571 --> 00:28:20,491 Awak guna lemak untuk semua benda. 576 00:28:21,700 --> 00:28:22,530 Tere. 577 00:28:22,617 --> 00:28:25,037 Saya tahu awak dipinggirkan. 578 00:28:25,578 --> 00:28:27,998 Kejayaan saya buat awak marah. Tapi bukan salah saya. 579 00:28:30,208 --> 00:28:31,748 Oh, Diego! 580 00:28:31,835 --> 00:28:35,755 Itu bukan kejayaan. Mereka berikan barang bermaksud awak dah berhutang. 581 00:28:36,256 --> 00:28:37,376 Apa? 582 00:28:37,465 --> 00:28:39,425 "Secara kredit" maksudnya kena bayar balik. 583 00:28:39,509 --> 00:28:41,969 Awak banyak berhutang. Bayar kalau tak nak kena serang. 584 00:28:43,972 --> 00:28:44,812 Betulkah? 585 00:28:47,559 --> 00:28:51,349 Saya beri amaran. Orang akan rasa kecewa jika awak tak datang, 586 00:28:51,438 --> 00:28:53,648 dan barrio ini boleh jadi susah untuk hidup. 587 00:28:53,732 --> 00:28:55,192 Tunggu sekejap. 588 00:28:55,692 --> 00:28:57,282 Saya tahu apa saya mahu. 589 00:28:57,360 --> 00:29:00,160 Saya nak awak beritahu si Rigo 590 00:29:00,238 --> 00:29:03,028 untuk pulangkan Cat kepada saya dan bayar gaji dia. 591 00:29:03,992 --> 00:29:05,032 Tidak. 592 00:29:05,618 --> 00:29:06,448 Okey. 593 00:29:07,454 --> 00:29:08,464 Baiklah. 594 00:29:08,955 --> 00:29:11,995 Saya akan cakap dengan dia. Dia kalah dengan badan ini. 595 00:29:12,709 --> 00:29:14,999 Lima jam dan bergambar dengan semua orang. 596 00:29:15,086 --> 00:29:18,336 Satu jam, saya akan bergambar dengan orang berkulit cerah saja. 597 00:29:28,975 --> 00:29:32,095 Cat kesayangan saya! 598 00:29:33,021 --> 00:29:36,111 Tahu tak? Awak boleh kembali bekerja di rumah kami. 599 00:29:36,191 --> 00:29:38,191 Saya dah jadi selebriti tempatan. 600 00:29:38,276 --> 00:29:40,446 Jadi? Awak tetap tak boleh bayar saya. 601 00:29:40,528 --> 00:29:42,818 Rigo akan bayar awak bekerja di rumah saya. 602 00:29:42,906 --> 00:29:46,866 Saya lebih suka jadi kerani kedai daripada pembantu rumah. 603 00:29:46,951 --> 00:29:48,791 Macam satu peningkatan. 604 00:29:48,870 --> 00:29:51,540 Saya tak tahan betul dengan orang tiada matlamat. 605 00:29:51,623 --> 00:29:52,793 Awak takkan pergi jauh. 606 00:29:52,874 --> 00:29:56,594 Jauh daripada suami awak, sebab gaji saya lebih tinggi sekarang. 607 00:30:02,467 --> 00:30:04,087 Ernesto? Ernesto. 608 00:30:04,177 --> 00:30:06,757 Chivis! Bukankah awak tak datang? 609 00:30:06,846 --> 00:30:09,386 Apa ini? Awak jadi pengiringkah? 610 00:30:10,892 --> 00:30:12,102 Pergi! 611 00:30:12,811 --> 00:30:14,401 Sayang. 612 00:30:15,605 --> 00:30:20,485 Duit yang diseleweng takkan kembali. Akauntan kita dah lari ke Guatemala. 613 00:30:20,568 --> 00:30:22,948 Kita perlu menyesuaikan diri. 614 00:30:24,197 --> 00:30:25,317 Puteri Albino. 615 00:30:25,907 --> 00:30:29,407 Puteri Albino. Tanda tangan autograf awak pada beberapa gambar. 616 00:30:29,494 --> 00:30:31,294 Di sini, cepat. 617 00:30:33,498 --> 00:30:34,368 Bagus. 618 00:30:35,291 --> 00:30:37,341 Si Topi! Gambar. 619 00:30:37,418 --> 00:30:41,508 Naik ke pentas dengan dia. Berikan ucapan yang hebat. 620 00:30:41,589 --> 00:30:42,669 - Okey. - Baiklah. 621 00:30:42,757 --> 00:30:46,257 Kalau mereka terima kita balik, saya berbaik dengan si kulit putih itu. 622 00:30:46,344 --> 00:30:47,724 - Ayuh! - Pergi. 623 00:30:47,804 --> 00:30:50,314 Tuan-tuan dan puan-puan, si rambut perang asli. 624 00:30:50,390 --> 00:30:52,230 puteri Russia kita, 625 00:30:52,976 --> 00:30:56,516 Chivis Espinoza de los Montero! 626 00:30:56,604 --> 00:30:57,944 Berikan tepukan! 627 00:30:58,022 --> 00:30:59,902 Itu dia! 628 00:31:01,192 --> 00:31:02,402 Macam mana, jiran? 629 00:31:02,485 --> 00:31:03,855 Saya dah yakinkan Rigo. 630 00:31:03,945 --> 00:31:05,025 Salam? 631 00:31:05,113 --> 00:31:05,953 Apa lagi? 632 00:31:06,489 --> 00:31:08,409 Mereka akan berbaik. 633 00:31:08,491 --> 00:31:12,161 Mak harap kamu betul dan kita elak pergaduhan dengan kakak kamu lagi. 634 00:31:12,245 --> 00:31:15,995 Dengar, wanita ada kelas tak pernah lupa. 635 00:31:17,250 --> 00:31:23,090 Helo, kawan-kawan saya dari Barrio Bayi Jesus! 636 00:31:24,841 --> 00:31:27,261 Terima kasih kerana menghadiri parti indah 637 00:31:27,343 --> 00:31:30,223 yang pembantu saya, Tina adakan untuk saya. 638 00:31:30,305 --> 00:31:33,925 Terima kasih, penduduk-penduduk barrio cantik ini 639 00:31:34,017 --> 00:31:38,227 di mana kami, Espinoza de los Monteros, akan tinggal selamanya! 640 00:31:41,983 --> 00:31:45,033 Pengkhianat. Ini parti saya, bukan awak. 641 00:31:45,111 --> 00:31:46,611 Wahai jiran-jiran! 642 00:31:46,696 --> 00:31:48,656 Alamak, jadi lagi. 643 00:31:48,740 --> 00:31:50,530 Cerita sama saja. 644 00:31:50,617 --> 00:31:51,907 Sekarang dengan si adik. 645 00:31:51,993 --> 00:31:54,753 Percayalah, yang ini lebih teruk. 646 00:31:54,829 --> 00:31:57,459 Saya belanja semua malam ini! 647 00:31:57,540 --> 00:31:59,750 Termasuklah isi peti López! 648 00:32:02,921 --> 00:32:04,881 Si rambut perang! 649 00:32:04,964 --> 00:32:07,264 Si rambut perang! 650 00:32:07,342 --> 00:32:10,432 - Si rambut perang! - Awak dengar tak? 651 00:32:10,511 --> 00:32:15,221 PERSEMBAHAN KEDAI ACARA RIGO 652 00:34:40,912 --> 00:34:44,172 Terjemahan sari kata oleh Syaheera Sanusi