1 00:00:08,042 --> 00:00:09,292 Kamala Khan! 2 00:00:12,208 --> 00:00:13,208 SEBELUM INI 3 00:00:13,292 --> 00:00:14,958 Jadi, kita tak pergil AvengerCon? 4 00:00:15,042 --> 00:00:17,125 Pertandingan Cosplay Carol Danvers 5 00:00:17,208 --> 00:00:18,875 di acara peminat terbesar. 6 00:00:18,958 --> 00:00:21,875 Kostum saya sikit saja lagi nak sempurna. 7 00:00:21,958 --> 00:00:24,375 Cantiknya benda ini. Ini Nani punya? 8 00:00:24,458 --> 00:00:26,958 Itu semua sampah. 9 00:00:27,042 --> 00:00:30,167 Cikgu kamu cakap kamu melukis sepanjang hari, 10 00:00:30,250 --> 00:00:31,333 asyik berangan. 11 00:00:31,417 --> 00:00:34,375 Mana ada gadis Pakistan dari Jersey yang selamatkan dunia. 12 00:00:34,458 --> 00:00:36,333 Ada satu acara namanya AvengerCon. 13 00:00:36,417 --> 00:00:38,875 Meraikan adiwira terulung kita. 14 00:00:38,958 --> 00:00:41,833 Jadi, kamu nak pergi berparti? Kamu bergurau? 15 00:00:43,583 --> 00:00:44,833 Tengok ini. 16 00:00:44,917 --> 00:00:46,833 Remaja perempuan di AvengerCon. 17 00:00:46,917 --> 00:00:48,958 -Tak pernah tengok kuasa begitu. -Cari dia. 18 00:00:53,917 --> 00:00:55,625 Kamu nak jadi apa dalam dunia ini? 19 00:00:55,708 --> 00:00:59,250 Ammi dah nampak apa jadi kalau seseorang terlalu taasub dengan fantasi. 20 00:00:59,333 --> 00:01:00,417 Awak Kamala Khan. 21 00:01:00,500 --> 00:01:03,250 Awak nak selamatkan dunia? Awak akan selamatkan dunia. 22 00:01:03,333 --> 00:01:04,542 Hebat. 23 00:01:48,833 --> 00:01:50,042 Apa khabar? 24 00:01:52,792 --> 00:01:53,875 Hei. 25 00:02:01,458 --> 00:02:03,208 -Selamat pagi, Camilla. -Pagi. 26 00:02:03,292 --> 00:02:05,125 Sebenarnya, dah lama saya nak cakap 27 00:02:05,208 --> 00:02:06,875 sebutan nama saya "Kamala". 28 00:02:12,417 --> 00:02:13,750 -Apa khabar? -Hei. 29 00:02:17,458 --> 00:02:19,875 Hai. Ke tepi. Terima kasih. 30 00:02:20,500 --> 00:02:22,250 Apa saya suka tentang AirPods 31 00:02:22,333 --> 00:02:25,500 ialah kita tak perlu berdiri dekat begini. 32 00:02:26,292 --> 00:02:28,750 Saya suka awak berdua! Saya sokong! 33 00:02:28,833 --> 00:02:30,458 Memang terbaik. Ya! 34 00:02:31,417 --> 00:02:33,250 Saya minta maaf! 35 00:02:33,333 --> 00:02:34,417 Tak apa. 36 00:02:40,542 --> 00:02:41,958 Maaf. Saya perlu melihatnya. 37 00:02:42,042 --> 00:02:45,208 Saya tak nampak apa apa-apa daripada video yang awak hantar. 38 00:02:45,292 --> 00:02:47,625 Tak nampak? Saya cuba kecilkan diri, terbang 39 00:02:47,708 --> 00:02:49,292 cakap dengan semut. Tak jadi. 40 00:02:49,375 --> 00:02:51,292 Kenapa rasa awak dapat kuasa Ant-Man? 41 00:02:51,375 --> 00:02:54,458 Sebab kami comel dan menawan dan nampak muda dari umur kami. 42 00:02:54,583 --> 00:02:55,708 Ia mengagumkan. 43 00:02:55,792 --> 00:02:58,208 Semua orang kata saya patut buat siaran langsung, 44 00:02:58,292 --> 00:03:00,750 tapi saya cuma nak nikmati setiap saat yang ada. 45 00:03:00,833 --> 00:03:04,000 Saya dengar pengikut Zoe mencanak naik masa hujung minggu. 46 00:03:04,083 --> 00:03:06,583 Dia umpama berselisih bahu dengan adiwira. 47 00:03:06,667 --> 00:03:08,750 Jelas sekali orang akan berminat. 48 00:03:08,833 --> 00:03:11,333 Mungkin kerana dia tahu yang 49 00:03:11,417 --> 00:03:13,292 saya boleh kawal situasi. 50 00:03:20,833 --> 00:03:24,417 Bayangkan berapa ramai pengikut budak yang selamatkan dia boleh dapat. 51 00:03:24,500 --> 00:03:27,000 Ada sebab kenapa identiti rahsia itu rahsia. 52 00:03:27,083 --> 00:03:28,083 Sejuta pengikut? 53 00:03:28,167 --> 00:03:29,875 Bagus. Boleh tunjukkan sekarang? 54 00:03:29,958 --> 00:03:31,708 Jumpa lepas makan tengah hari. 55 00:03:31,792 --> 00:03:33,708 -Kenapa lompat? -Zoe terkenal. 56 00:03:33,792 --> 00:03:36,167 -Gelinya. -Segalanya berlaku dengan pantas. 57 00:03:36,250 --> 00:03:38,250 Satu masa, saya sedang ambil gambar. 58 00:03:38,333 --> 00:03:40,833 Tiba-tiba, saya dengar orang menjerit, 59 00:03:40,917 --> 00:03:42,958 dan saya terus tercampak. 60 00:03:43,583 --> 00:03:47,667 Kemudian ada satu cahaya putih yang cantik menyelubungi saya. 61 00:03:47,917 --> 00:03:51,542 Saya rasa sangat tenang, macam saya tahu saya selamat. 62 00:03:51,625 --> 00:03:54,667 Ada satu lagi malapetaka adiwira, dan dia pula duduk di sana 63 00:03:54,750 --> 00:03:57,292 bangga yang Captain Marvel murahan selamatkan dia. 64 00:03:57,375 --> 00:03:58,375 Terima kasih. 65 00:03:59,500 --> 00:04:01,375 -Apa? -Terima kasih. 66 00:04:01,458 --> 00:04:03,250 Akhirnya ada yang cakap. 67 00:04:03,333 --> 00:04:06,750 Biasalah Zoe. Dia memang suka bercakap. 68 00:04:06,833 --> 00:04:08,417 Bawa bertenang. 69 00:04:08,500 --> 00:04:09,583 Jadi, siapa dia? 70 00:04:10,667 --> 00:04:11,667 Night Light. 71 00:04:13,042 --> 00:04:14,042 Ya, Night Light. 72 00:04:14,583 --> 00:04:17,042 Dia tak mahu dikenali. 73 00:04:18,000 --> 00:04:21,042 Tapi saat itu betul-betul dah ubah hidup saya. 74 00:04:21,167 --> 00:04:24,625 Sebab itu saya akan adakan parti Jumaat ini. 75 00:04:24,708 --> 00:04:27,667 Untuk meraikan betapa rapuhnya hidup ini. 76 00:04:27,750 --> 00:04:29,500 Juga untuk pengikut separuh juta, 77 00:04:29,583 --> 00:04:31,417 tapi lebih kepada kerapuhan hidup. 78 00:04:31,500 --> 00:04:33,500 Dia nak raikan kerapuhan hidup. 79 00:04:34,042 --> 00:04:36,792 Ya, kita takkan pergi parti itu. 80 00:04:36,875 --> 00:04:39,833 Hei, awak pelajar senior baru, bukan? 81 00:04:39,958 --> 00:04:41,125 -Kamran. -Ya. 82 00:04:41,250 --> 00:04:43,750 Saya buat parti Jumaat ini. Datanglah. 83 00:04:45,417 --> 00:04:47,542 Ya, dengar macam seronok. 84 00:04:47,625 --> 00:04:48,625 -Ya. -Terima kasih. 85 00:04:48,708 --> 00:04:51,000 -Baik. Nanti saya mesej butirannya. -Ya. 86 00:04:54,542 --> 00:04:56,000 Kita kena pergi ke parti itu. 87 00:04:58,333 --> 00:04:59,333 Apa? 88 00:05:04,833 --> 00:05:07,333 -Saya tak nak pergi ke parti Zoe. -Pasti seronok. 89 00:05:18,833 --> 00:05:19,958 Wah, itu... 90 00:05:21,167 --> 00:05:22,375 Menakjubkan. 91 00:05:23,250 --> 00:05:24,583 Rasa macam mana? 92 00:05:26,458 --> 00:05:28,458 Seperti idea menjadi kenyataan. 93 00:05:34,500 --> 00:05:37,375 Jadi kekuatan luar biasa bukan sebahagian daripadanya. 94 00:05:37,458 --> 00:05:39,708 Ya, mungkin saya patut banyak bersenam. 95 00:05:46,083 --> 00:05:47,333 Saya selamatkan awak. 96 00:05:49,458 --> 00:05:51,458 Hanya sebab awak hampir bunuh saya tadi. 97 00:05:54,458 --> 00:05:56,750 Saya kena berlatih guna kuasa ini. 98 00:06:05,125 --> 00:06:08,292 Tak ada kekuatan luar biasa. Ini saja yang saya ada. 99 00:06:24,042 --> 00:06:26,625 Nampaknya kuasa awak bukan datang dari gelang itu. 100 00:06:27,167 --> 00:06:29,000 Ia datang dari dalam diri awak. 101 00:06:29,083 --> 00:06:31,750 Gelang tu bebaskan kuasa luar biasa dari dalam awak. 102 00:06:38,917 --> 00:06:42,208 Jadi, apa, saya macam orang Asgard ke? 103 00:06:42,292 --> 00:06:45,125 -Saya saudara Thor? -Tak, bukan itu maksud saya. 104 00:06:45,208 --> 00:06:46,750 -Bruno! -Mungkin? 105 00:06:47,583 --> 00:06:48,417 Terima kasih. 106 00:06:58,542 --> 00:06:59,667 Ya! 107 00:06:59,750 --> 00:07:02,417 Itu sejenis tulisan? 108 00:07:02,542 --> 00:07:04,292 Sukar untuk dibaca. 109 00:07:04,375 --> 00:07:08,417 Mungkin bahasa Arab atau Urdu? Saya tak pasti. 110 00:07:08,500 --> 00:07:10,875 Okey. Mari kita fokus pada apa yang kita tahu. 111 00:07:10,958 --> 00:07:12,750 Cahaya keluar dan mengeras. 112 00:07:14,750 --> 00:07:16,625 Kita namakannya "Cahaya Keras". 113 00:07:16,708 --> 00:07:17,875 Bijak betul. 114 00:07:29,167 --> 00:07:30,375 Bertahan. 115 00:07:37,125 --> 00:07:38,750 Tolong lepaskan saya. 116 00:07:38,833 --> 00:07:40,042 Awak kena lepaskan saya. 117 00:08:01,542 --> 00:08:02,542 Jadi! 118 00:08:16,292 --> 00:08:18,667 Dua orang ini selalu lambat. 119 00:08:29,208 --> 00:08:30,417 Biar betul? 120 00:08:32,417 --> 00:08:33,292 Tepi sikit. 121 00:09:19,917 --> 00:09:21,458 Lagi sekali. Nampak buruk. 122 00:09:21,667 --> 00:09:23,875 Tulis hidup di masjid. Atau cara hidup Islam. 123 00:09:24,917 --> 00:09:26,458 -Hei! -Janganlah! 124 00:09:26,542 --> 00:09:28,917 Jangan main Snapchat dalam masjid! 125 00:09:29,000 --> 00:09:30,083 Ini Instagram! 126 00:09:36,125 --> 00:09:37,875 Mereka perlu baiki tempat ini. 127 00:09:38,917 --> 00:09:41,917 Mereka perlu baiki bahagian kita ini. 128 00:09:42,583 --> 00:09:45,208 Tengok, bahagian orang lelaki nampak elok. 129 00:09:45,292 --> 00:09:46,833 Berbuat baik setiap hari. 130 00:09:46,958 --> 00:09:50,458 Ada kulapuk bawah karpet ini, dinding pula merekah. 131 00:09:50,542 --> 00:09:54,000 Tak boleh tampal poster setiap kali ada dinding berlubang. 132 00:09:54,083 --> 00:09:56,583 Tolong jangan bercakap semasa ceramah. 133 00:09:56,875 --> 00:09:58,667 Maaf, Sheikh Abdullah. 134 00:09:58,750 --> 00:10:02,083 Susah nak tumpukan perhatian jika kami tak boleh nampak awak. 135 00:10:02,167 --> 00:10:05,167 Saudari Kamala! Syukurlah kamu datang ceramah hari ini. 136 00:10:05,708 --> 00:10:07,542 Tirai dan pintu masuk berasingan 137 00:10:07,625 --> 00:10:10,958 untuk menjaga kehormatan kamu. 138 00:10:11,042 --> 00:10:12,208 Terima kasih, Kamala 139 00:10:12,292 --> 00:10:15,167 sebab ingatkan kita betapa pentingnya kita bersuara. 140 00:10:15,250 --> 00:10:17,375 Kecuali mungkin bukan semasa kuliah saya. 141 00:10:19,083 --> 00:10:20,167 Satu lagi peringatan, 142 00:10:20,250 --> 00:10:23,792 pencalonan masih terbuka untuk pemilihan ahli lembaga masjid. 143 00:10:23,875 --> 00:10:26,542 Naks, awak patut bertanding. 144 00:10:26,792 --> 00:10:28,458 Awak dah hilang akal? 145 00:10:29,208 --> 00:10:31,958 Saya nampak macam orang tua? 146 00:10:32,708 --> 00:10:34,625 -Kadang kala... -Tidak. 147 00:10:34,708 --> 00:10:36,917 -Hanya... -Cukup. Saya benci awak. 148 00:10:43,750 --> 00:10:47,000 Tidak! Kamala, ada orang curi kasut saya! 149 00:10:47,083 --> 00:10:48,500 Itu Versace baru. 150 00:10:49,375 --> 00:10:51,917 Pencuri kasut di masjid buat hal lagi. 151 00:10:54,000 --> 00:10:56,583 Itu kasut ke-22 yang kena curi, 152 00:10:56,667 --> 00:10:58,292 tapi tak ada orang pun kisah. 153 00:10:58,375 --> 00:11:01,750 Mungkin saya patut bertanding dan betul-betul buat perubahan. 154 00:11:01,833 --> 00:11:03,167 Ya. 155 00:11:03,250 --> 00:11:06,792 Tunggu. Tak boleh, sebab Pak Cik Rasheed pun bertanding. 156 00:11:08,542 --> 00:11:11,125 Semua orang sukakan dia. 157 00:11:11,208 --> 00:11:12,375 -Awak serius? -Ya. 158 00:11:12,458 --> 00:11:14,875 Rasheed tak hebat mana pun, okey? 159 00:11:14,958 --> 00:11:18,583 Awak ialah perubahan itu. Perubahan dah tiba dan dialah perubahan itu. 160 00:11:18,667 --> 00:11:20,833 Awak betul. Mungkin saya akan bertanding. 161 00:11:20,917 --> 00:11:22,000 Ya. 162 00:11:22,542 --> 00:11:24,958 -Awak akan jadi pengurus kempen saya. -Apa? 163 00:11:28,792 --> 00:11:30,167 Biar saya tolong. 164 00:11:30,250 --> 00:11:31,542 Hai. Terima kasih. 165 00:11:33,000 --> 00:11:34,000 Boleh? 166 00:11:41,250 --> 00:11:44,542 Saya minta maaf kerana menyelinap keluar. 167 00:11:45,250 --> 00:11:48,333 Kamala, Ammi tahu yang kamu sedang membesar. 168 00:11:48,417 --> 00:11:51,250 Tapi Ammi nak kamu sentiasa selamat. 169 00:11:51,667 --> 00:11:53,667 Itu saja yang penting buat Ammi . 170 00:11:55,250 --> 00:11:56,417 Saya tahu. 171 00:11:58,833 --> 00:12:02,583 Lagi satu, ini bukan masa yang sesuai nak tanya tapi... 172 00:12:02,667 --> 00:12:03,833 Kamala Khan. 173 00:12:04,708 --> 00:12:07,333 Kalau ia tentang AvengerCon kedua atau... 174 00:12:07,417 --> 00:12:08,792 Bukan. 175 00:12:08,875 --> 00:12:10,917 Zoe ada buat majlis malam ini. 176 00:12:11,583 --> 00:12:14,833 Bruno dan Nakia pun datang. Sebelum pukul sembilan saya balik. 177 00:12:15,375 --> 00:12:16,750 Boleh saya pergi? 178 00:12:17,708 --> 00:12:18,792 Okey. 179 00:12:20,000 --> 00:12:24,333 Tapi kali ini, pastikan kamu balik ikut pintu. 180 00:12:25,375 --> 00:12:26,542 Terima kasih. 181 00:12:32,958 --> 00:12:34,042 Nakia! 182 00:12:37,417 --> 00:12:38,917 Selamat datang ke parti. 183 00:12:39,000 --> 00:12:41,583 Hai, terima kasih sebab datang. Miguel nak ikut. 184 00:12:42,583 --> 00:12:43,583 Apa cerita? 185 00:12:44,542 --> 00:12:45,792 Nak sikit? 186 00:12:45,875 --> 00:12:47,958 -Tak apa, saya... -Ada alkohol dalam tu? 187 00:12:48,958 --> 00:12:50,458 Tak. Ini jus oren. 188 00:12:53,542 --> 00:12:54,792 Kenapa awak buat begitu? 189 00:12:55,167 --> 00:12:56,792 -Tak baiklah. -Ada vodka sikit. 190 00:13:00,708 --> 00:13:02,542 Saya nak balik. Nak kongsi Uber? 191 00:13:02,625 --> 00:13:03,958 Tak, tak boleh. 192 00:13:04,083 --> 00:13:05,708 Semua orang ada di sini. 193 00:13:05,792 --> 00:13:07,125 Adakah saya mabuk? 194 00:13:07,500 --> 00:13:08,958 Tunggu, siapa itu? 195 00:13:09,083 --> 00:13:11,375 -Terjun! Lakukannya! -Dia dah hilang akal? 196 00:13:11,458 --> 00:13:13,708 Hei! Jangan terjun. 197 00:13:13,792 --> 00:13:14,958 -Oh, Tuhan. -Terjun! 198 00:13:15,042 --> 00:13:16,208 Saya kena buat sesuatu? 199 00:13:16,292 --> 00:13:18,208 -Apa awak nak buat? -Saya tak tahu. 200 00:13:29,958 --> 00:13:31,833 -Apa maksudnya? -Hebat! 201 00:13:31,917 --> 00:13:33,167 "Itu ketentuan Tuhan." 202 00:13:44,042 --> 00:13:45,167 Maaf. 203 00:13:46,125 --> 00:13:47,208 Ya. 204 00:13:47,500 --> 00:13:48,500 Baju saya. 205 00:13:50,125 --> 00:13:51,958 -Maaf. -Tak apa. 206 00:13:52,042 --> 00:13:54,625 Tinggi betul awak terjun. Mesti sakit. 207 00:13:54,708 --> 00:13:56,917 Tak sakit. Saya tak rasa apa pun. 208 00:13:58,625 --> 00:14:00,458 -Saya Kamran. -Nakia. 209 00:14:02,500 --> 00:14:05,667 Kamala. Saya Kamala. 210 00:14:06,250 --> 00:14:08,458 Polis datang! Semua beredar cepat! 211 00:14:09,542 --> 00:14:11,042 Ibu bapa saya akan bunuh saya! 212 00:14:11,125 --> 00:14:13,250 Jalan disekat. Saya tak nak masuk penjara. 213 00:14:13,333 --> 00:14:16,500 Hei, semua. Saya ada kereta. Ikut saya. 214 00:14:19,500 --> 00:14:23,750 Kereta pak cik awak memang hebat. Cantik warnanya. 215 00:14:23,833 --> 00:14:25,125 Terima kasih. 216 00:14:25,208 --> 00:14:26,417 Ia cuma hitam. 217 00:14:26,500 --> 00:14:28,875 Awak boleh bawa sekali-sekala kalau nak. 218 00:14:28,958 --> 00:14:29,958 -Betul ke? -Ya. 219 00:14:30,042 --> 00:14:31,917 -Dia gagal ujian memandu. -Bruno. 220 00:14:32,833 --> 00:14:35,417 Betullah. Awak langgar kereta belakang. Tak ingat? 221 00:14:35,500 --> 00:14:37,500 Terima kasih, Bruno. Saya hampir lupa. 222 00:14:37,583 --> 00:14:39,750 Tak apa. Saya juga gagal kali pertama. 223 00:14:42,000 --> 00:14:44,583 -Ini Swet Shop Boys? -Ya. 224 00:14:44,667 --> 00:14:47,667 Baguslah kalau awak pun suka lagu begini. 225 00:14:49,125 --> 00:14:53,292 Awak suka tengok cerita Bollywood? 226 00:14:53,375 --> 00:14:54,583 Sudah tentu. 227 00:14:54,667 --> 00:14:59,083 Tapi cuma filem yang hebat macam Baazigar, dan cerita begitu. 228 00:14:59,167 --> 00:15:01,208 Saya dah agak awak mesti suka Baazigar. 229 00:15:01,292 --> 00:15:02,875 Satu-satunya filem terbaik SRK. 230 00:15:02,958 --> 00:15:05,958 Ya, saya tahu. Ramai orang suka DDLJ. 231 00:15:06,042 --> 00:15:08,458 DDLJ. Ya. Sudah tentu. 232 00:15:14,125 --> 00:15:15,417 Saya suka Baazigar. 233 00:15:16,250 --> 00:15:17,500 -Ya? -Ya. 234 00:15:17,583 --> 00:15:20,583 Bagus. Saya tak tahu pula yang awak dah tengok. 235 00:15:20,667 --> 00:15:24,250 Ia bagus. Saya tengok beberapa tahun lepas. Memang bagus. 236 00:15:24,875 --> 00:15:26,042 Ya. 237 00:15:42,667 --> 00:15:45,667 Tunggu. Bagi telefon awak. 238 00:15:49,083 --> 00:15:53,292 Kalau nak saya ajar awak memandu, ini nombor telefon saya. 239 00:15:53,792 --> 00:15:55,667 Mesej saya atau telefon. 240 00:15:56,542 --> 00:15:57,917 Tak kisah mana-mana. 241 00:15:58,000 --> 00:16:01,625 Pastikan saya boleh simpan nombor awak juga. 242 00:16:03,833 --> 00:16:05,083 Seronok dapat jumpa. 243 00:16:06,000 --> 00:16:09,583 Miguel, Paul, Nakia, Brian. 244 00:16:10,875 --> 00:16:12,083 Jumpa lagi. 245 00:16:17,167 --> 00:16:18,292 Brian. 246 00:16:18,417 --> 00:16:21,875 -Dia tahu nama saya bukan Brian. -Brian marah. Kenapa dia marah? 247 00:16:21,958 --> 00:16:23,583 Dia tahu nama saya bukan Brian. 248 00:17:11,375 --> 00:17:13,667 -Macam mana parti tadi? -Seronok sangat. 249 00:17:31,917 --> 00:17:34,208 KAMRAN KELAS PERTAMA, ISNIN? 250 00:17:37,667 --> 00:17:39,667 BOLEH! 251 00:18:04,417 --> 00:18:07,042 Enam minggu ajar Rom purba dan Yunani purba, 252 00:18:07,125 --> 00:18:10,292 tapi enam minit saja tentang Parsi purba dan Byzantium. 253 00:18:11,083 --> 00:18:14,167 Sejarah ditulis oleh penindas. Itu saja saya boleh katakan. 254 00:18:14,542 --> 00:18:15,542 Helo? 255 00:18:18,583 --> 00:18:20,958 Hei, KK. Awak okey? 256 00:18:24,708 --> 00:18:26,292 Saya ada tuala wanita. 257 00:18:27,375 --> 00:18:29,958 Saya tahu mak awak tak setuju dengan tampon. 258 00:18:33,000 --> 00:18:34,250 Saya tak perlukannya. 259 00:18:35,375 --> 00:18:36,542 Awak pasti? 260 00:18:37,208 --> 00:18:38,708 Awak macam tak okey. 261 00:18:39,792 --> 00:18:42,917 Perangai awak agak pelik sejak beberapa hari ini. 262 00:18:43,000 --> 00:18:45,083 Awak boleh ceritakan masalah awak. 263 00:18:59,042 --> 00:19:01,667 Segalanya berubah dengan cepat, Naks. 264 00:19:04,208 --> 00:19:06,833 Macam tak sempat nak kejar. Saya tahu ia dungu, 265 00:19:06,917 --> 00:19:08,208 Awak berguraukah? 266 00:19:08,292 --> 00:19:10,333 Sejak saya bertudung dan akil baligh, 267 00:19:10,417 --> 00:19:13,125 mak ayah saya dah macam susah nak bercakap dengan saya. 268 00:19:16,167 --> 00:19:18,167 Bagaimana awak buat macam nampak senang? 269 00:19:20,083 --> 00:19:21,250 Mudah? 270 00:19:21,833 --> 00:19:24,083 Ia tak mudah. 271 00:19:26,250 --> 00:19:32,292 Sepanjang hidup, orang asyik persoalkan warna kulit saya. 272 00:19:32,375 --> 00:19:37,125 Ada masa saya rasa agak tak selesa dan teruk. 273 00:19:38,125 --> 00:19:42,750 Jadi, bila saya pakai ni, saya harap orang akan berhenti cakap buruk pasal saya. 274 00:19:43,875 --> 00:19:49,000 Tapi, saya sedar yang saya tak perlu buktikan pada sesiapa. 275 00:19:51,000 --> 00:19:53,292 Bila bertudung, saya rasa ini diri saya. 276 00:19:53,375 --> 00:19:54,875 Saya ada tujuan hidup. 277 00:19:55,917 --> 00:19:59,250 Mungkin sebab itu saya bertanding untuk ahli lembaga masjid. 278 00:20:00,000 --> 00:20:04,208 Dan ingat, awak yang cadangkan supaya saya masuk bertanding. 279 00:20:04,292 --> 00:20:05,708 Saya sayang awak. 280 00:20:06,083 --> 00:20:07,708 Saya sayang awak juga. 281 00:20:10,208 --> 00:20:13,333 Saya ada bawa sesuatu untuk kelas memandu awak dengan Kamran. 282 00:20:15,417 --> 00:20:17,250 Satu, sangat comel. 283 00:20:18,125 --> 00:20:19,583 Dan... 284 00:20:21,458 --> 00:20:22,542 Ini. 285 00:20:24,250 --> 00:20:26,083 Semua impian saya menjadi kenyataan. 286 00:20:30,583 --> 00:20:33,708 -Hai. -Helo, Bruno, mari duduk. 287 00:20:35,625 --> 00:20:37,583 -Hai, apa khabar? -Hei. 288 00:20:37,667 --> 00:20:38,833 Bagus. 289 00:20:40,583 --> 00:20:42,250 Kamu dah duduk? 290 00:20:43,750 --> 00:20:45,125 -Ya. -Ya... 291 00:20:48,208 --> 00:20:49,292 Awak berjaya! 292 00:20:50,000 --> 00:20:51,000 Apa? 293 00:20:51,083 --> 00:20:54,875 Program kemasukan awal ke Caltech. Kamu dapat masuk. 294 00:20:54,958 --> 00:20:57,208 Semester depan, kamu akan belajar di Caltech. 295 00:20:57,292 --> 00:21:00,042 Dalam asrama, dalam kampus, dalam makmal. 296 00:21:00,125 --> 00:21:02,083 -Bunyinya mahal. -Tak. 297 00:21:02,167 --> 00:21:05,000 Segalanya percuma. Semuanya ditanggung. 298 00:21:05,083 --> 00:21:07,083 Makanan, semuanya. 299 00:21:07,167 --> 00:21:08,333 Hebat, bukan? 300 00:21:09,875 --> 00:21:11,292 Saya tak tahu nak cakap apa. 301 00:21:12,875 --> 00:21:14,375 Cakap saja kamu setuju. 302 00:21:16,042 --> 00:21:19,708 -Boleh saya fikirkannya? -Baiklah, Bruno. 303 00:21:20,500 --> 00:21:24,125 Kamu pernah menonton wayang? 304 00:21:25,417 --> 00:21:27,167 Ya, pernah. 305 00:21:27,250 --> 00:21:29,542 Ya. Kamu tahu bahagian dalam filem 306 00:21:29,625 --> 00:21:32,750 di mana orang datang jumpa watak utama dan berkata, 307 00:21:32,833 --> 00:21:34,833 "Kamu akan menjadi Jedi"? 308 00:21:35,750 --> 00:21:36,750 Atau... 309 00:21:36,833 --> 00:21:41,917 "Kamu nak jadi pembantu untuk editor majalah terkemuka yang suka mendesak?" 310 00:21:43,417 --> 00:21:45,208 Ya. 311 00:21:46,125 --> 00:21:48,292 Inilah saatnya. 312 00:21:48,375 --> 00:21:50,750 Ini yang berlaku kepada kamu sekarang. 313 00:21:50,833 --> 00:21:54,083 Kamu watak utama, saya Meryl Streep. 314 00:21:55,542 --> 00:21:57,083 Kamu perlu terima. 315 00:21:58,667 --> 00:22:00,792 Tapi ia di California. 316 00:22:31,292 --> 00:22:32,333 Hei. 317 00:22:32,417 --> 00:22:34,167 -Tak nampak awak lepas kelas. -Hai. 318 00:22:34,250 --> 00:22:35,542 -Ya. -Awak okey? 319 00:22:35,833 --> 00:22:37,500 Okey, hari ini saya ingat 320 00:22:37,583 --> 00:22:39,958 kita berlatih keseimbangan dan tumpuan awak. 321 00:22:40,042 --> 00:22:42,667 Saya juga perlu beritahu awak sesuatu. 322 00:22:42,750 --> 00:22:44,667 Saya tak boleh berlatih hari ini. 323 00:22:45,042 --> 00:22:46,625 Apa? Kenapa? 324 00:22:52,333 --> 00:22:54,333 Saya ada sesuatu nak tanya awak. 325 00:22:54,417 --> 00:22:55,500 Yakah? 326 00:22:55,583 --> 00:22:58,708 Mak saya nak tahu awak nak sambut Hari Raya bersama. 327 00:22:58,792 --> 00:23:01,167 -Raya lagi? -Ya, yang satu lagi. 328 00:23:01,708 --> 00:23:03,292 Pasti seronok. 329 00:23:03,375 --> 00:23:07,375 Masjid akan penuh dengan orang-orang yang suka bergosip. 330 00:23:07,458 --> 00:23:10,417 Mungkin kita boleh tahu beberapa perkara tentang benda ni. 331 00:23:11,458 --> 00:23:13,292 -Ya. -Baiklah. 332 00:23:14,125 --> 00:23:15,667 Jumpa nanti, okey? 333 00:23:19,583 --> 00:23:21,125 -Helo. -Hai. 334 00:23:21,542 --> 00:23:23,083 Apa kata awak yang bawa? 335 00:23:23,167 --> 00:23:24,792 -Boleh? -Ya, boleh. 336 00:23:25,542 --> 00:23:27,292 -Awak pasti? -Ya. 337 00:23:27,375 --> 00:23:30,792 Hilangkan tekanan lepas sekolah. Cara terbaik ialah memandu. 338 00:23:36,750 --> 00:23:38,417 Siapa ajar awak bawa kereta? 339 00:23:38,500 --> 00:23:41,000 -Ia boleh tahan, okey? -Saya rasa begitu juga. 340 00:23:41,083 --> 00:23:43,500 Tak pasti kalau orang lain setuju. 341 00:23:46,208 --> 00:23:48,875 Mana ada filem Shah Rukh Khan yang teruk. 342 00:23:48,958 --> 00:23:50,667 Okey, saya cakap begitu sebab... 343 00:23:50,750 --> 00:23:52,458 Awak cakap filem dia paling teruk. 344 00:23:53,875 --> 00:23:56,417 Pertama, saya ingat saya boleh cakap pasal apa-apa. 345 00:23:56,958 --> 00:23:58,292 Rupanya tak. 346 00:23:58,667 --> 00:24:00,125 Dan yang kedua, 347 00:24:00,208 --> 00:24:03,042 jangan kata awak pun sukakan Kingo. 348 00:24:03,125 --> 00:24:06,417 Ammi saya... Mak saya suka sangat dengan dia. 349 00:24:06,500 --> 00:24:09,583 Hei, saya tahu apa maksud ammi. 350 00:24:09,708 --> 00:24:11,667 Jangan risau. Mak saya pun sama. 351 00:24:11,750 --> 00:24:14,792 Sampai sekarang dia masih sukakan Kingo Senior. 352 00:24:15,542 --> 00:24:17,333 -Merisaukan. -Sangat. 353 00:24:17,458 --> 00:24:18,458 Betul? 354 00:24:19,417 --> 00:24:21,250 Pasti sebab generasi mereka sebab 355 00:24:21,333 --> 00:24:23,958 banyak yang mak saya suka yang saya tak boleh terima. 356 00:24:24,042 --> 00:24:25,875 Awak rapat dengan mak awak? 357 00:24:25,958 --> 00:24:27,792 -Comel. -Ya... 358 00:24:27,875 --> 00:24:29,375 Kami selalu berpindah randah. 359 00:24:29,458 --> 00:24:31,583 Awak ada di sini sekarang. 360 00:24:31,667 --> 00:24:36,000 Mana tahu mungkin awak suka tinggal di Jersey. 361 00:24:38,750 --> 00:24:40,083 Alamak! 362 00:24:40,208 --> 00:24:42,667 Kenapa kita... 363 00:24:44,375 --> 00:24:45,542 bersembunyi? 364 00:24:46,583 --> 00:24:49,833 Itu abang saya dan tunangnya. 365 00:24:49,917 --> 00:24:52,208 Dan itu sesuatu yang buruk sebab? 366 00:24:52,333 --> 00:24:55,417 Sebab dia akan terperanjat besar. 367 00:24:55,500 --> 00:24:57,375 -Okey. -Dan saya juga akan begitu. 368 00:24:57,458 --> 00:24:58,667 Kita tak mahu itu. 369 00:24:58,750 --> 00:24:59,750 -Tidak. -Tidak. 370 00:24:59,833 --> 00:25:01,125 Jangan panik. 371 00:25:01,208 --> 00:25:04,708 Jangan risau. Dia mungkin akan pergi sebentar lagi. Kita tunggu saja. 372 00:25:05,208 --> 00:25:06,708 -Ya? -Ya. 373 00:25:11,917 --> 00:25:13,167 Saya rasa dia dah pergi. 374 00:25:16,833 --> 00:25:18,792 Aamir. Tyesha. 375 00:25:18,917 --> 00:25:20,667 -Kamala. -Abang! 376 00:25:20,750 --> 00:25:21,833 Adik! 377 00:25:22,958 --> 00:25:26,208 Ini Kamran. Dia sepupu kita. 378 00:25:27,625 --> 00:25:28,708 Sepupu kita? 379 00:25:28,792 --> 00:25:31,375 -Seperti sepupu kamu dan abang? -Ya. 380 00:25:32,083 --> 00:25:35,000 Saya anak saudara Pak Cik Choudhury. 381 00:25:37,333 --> 00:25:38,667 Melalui perkahwinan. 382 00:25:39,167 --> 00:25:45,500 Tengoklah betapa besarnya dia sekarang. Tiba-tiba dia dah besar. 383 00:25:48,708 --> 00:25:51,750 Pak Cik Choudhury berasal dari Pakistan. 384 00:25:51,833 --> 00:25:53,583 Kenapa awak ada loghat British? 385 00:25:54,667 --> 00:25:56,625 Saya saja suka-suka cakap macam tu. 386 00:25:56,708 --> 00:25:59,542 Saya peminat setia The Great British Bake Off. 387 00:25:59,625 --> 00:26:02,417 Saya suka rancangan itu. Jadi saya ikut loghat mereka. 388 00:26:02,958 --> 00:26:04,958 Bagus betul. Saya hampir percaya. 389 00:26:05,333 --> 00:26:08,250 Gembira dapat jumpa, Kamran. 390 00:26:09,167 --> 00:26:10,167 Kita patut pergi. 391 00:26:11,000 --> 00:26:12,417 Saya rasa saya ingat awak. 392 00:26:12,500 --> 00:26:14,833 Awak tengok benda tak elok di internet. 393 00:26:14,917 --> 00:26:16,792 Kami gelar awak, "Haram-Dot-Kamran". 394 00:26:17,125 --> 00:26:19,000 Saya akan panggil awak tu sekarang. 395 00:26:19,083 --> 00:26:20,333 Baiklah. 396 00:26:20,417 --> 00:26:23,167 -Jumpa di rumah nanti, Kamala. -Gembira jumpa awak. 397 00:26:24,333 --> 00:26:27,542 Boleh makan sekarang? Itu buat saya lapar. 398 00:26:29,042 --> 00:26:30,583 Itulah Aamir kami. 399 00:26:31,292 --> 00:26:33,417 Tak pernah takut untuk mengubah dirinya. 400 00:26:34,000 --> 00:26:36,625 Ingat lagi tak masa kamu kerja dekat... 401 00:26:36,708 --> 00:26:39,125 Apa namanya? Hot... 402 00:26:39,250 --> 00:26:41,125 -Hot... -Hot Topic. 403 00:26:41,208 --> 00:26:42,417 -Topic! -Hot Topic. 404 00:26:42,500 --> 00:26:45,708 Awak pernah jadi budak goth? 405 00:26:45,792 --> 00:26:48,542 -Ia bukan goth. -Yalah. 406 00:26:48,625 --> 00:26:50,000 Saya ada banyak baju hitam. 407 00:26:50,083 --> 00:26:52,208 Ya, siap pakai perhiasan berduri lagi. 408 00:26:52,333 --> 00:26:54,458 -Coker pun ada. -Itu bukan abang punya. 409 00:26:54,542 --> 00:26:55,625 Cukuplah. 410 00:26:55,708 --> 00:26:56,625 Jadi, betullah. 411 00:26:56,708 --> 00:26:58,750 Sebab itu kami pindah Amerika. 412 00:26:58,833 --> 00:27:02,542 Supaya anak-anak kami boleh jadi apa yang mereka nak. 413 00:27:03,167 --> 00:27:04,792 -Bukanlah apa saja. -Ya. 414 00:27:05,292 --> 00:27:07,708 Sudah lama keluarga pak cik tinggal di Karachi? 415 00:27:09,375 --> 00:27:14,333 Keluarga pak cik tinggal di Karachi sejak turun-temurun. 416 00:27:14,417 --> 00:27:18,250 Keluarga Muneeba berpindah ke Karachi selepas peristiwa Pembahagian India. 417 00:27:18,333 --> 00:27:20,917 Masa itu mana ada Pakistan atau Bangladesh. 418 00:27:21,000 --> 00:27:23,542 Dulu, ia satu negara besar, India. 419 00:27:24,583 --> 00:27:28,458 -Lepas British pergi... -British tinggalkan pelbagai masalah. 420 00:27:28,542 --> 00:27:31,833 Ramai orang berdepan saat yang sukar. Dan ada perang saudara. 421 00:27:31,917 --> 00:27:35,292 Semua keluarga dari Pakistan ada cerita tentang sejarah tu. 422 00:27:35,375 --> 00:27:36,375 Satu pun tak bagus. 423 00:27:36,458 --> 00:27:39,792 Okey, cukuplah bercakap pasal tu, okey? 424 00:27:39,875 --> 00:27:42,417 Ini ialah satu keraian. Yusuf. 425 00:27:48,542 --> 00:27:49,708 Hei. 426 00:27:51,250 --> 00:27:55,292 Ada satu cerita tentang keluarga Muneeba masa zaman itu. 427 00:27:55,375 --> 00:27:58,708 Mereka terpaksa naik kereta api terakhir 428 00:27:58,792 --> 00:28:01,667 yang nak keluar dari bandar itu. 429 00:28:01,750 --> 00:28:05,750 Masa itu, mak dia, mak Muneeba, Sana, yang masa itu kecil lagi 430 00:28:06,208 --> 00:28:10,042 telah terpisah dengan ibu bapa dia di stesen kereta api. 431 00:28:10,167 --> 00:28:12,333 Ayah Sana cuba cari anaknya, tapi 432 00:28:12,417 --> 00:28:16,042 tapi dia cedera dan kena jalan pakai tongkat, 433 00:28:16,167 --> 00:28:18,000 jadi dia tak dapat nak kejar Sana. 434 00:28:19,333 --> 00:28:20,792 Yang peliknya, 435 00:28:21,375 --> 00:28:25,583 tak ada orang tahu macam mana Sana yang kecil itu 436 00:28:25,708 --> 00:28:28,375 boleh kembali ke stesen itu betul-betul sebelum... 437 00:28:28,458 --> 00:28:31,375 Betul-betul sebelum kereta api bertolak dari stesen. 438 00:28:34,000 --> 00:28:37,667 Dia ada cakap apa yang terjadi? Bagaimana dia dapat cari ayah dia? 439 00:28:43,208 --> 00:28:45,792 Sana selalu cakap 440 00:28:45,875 --> 00:28:48,958 -yang dia ikut jejak bintang. -Dia ikut jejak bintang 441 00:28:49,917 --> 00:28:51,333 terus kepada ayah dia. 442 00:28:56,792 --> 00:28:59,167 Apa terjadi pada mak Sana? 443 00:29:01,083 --> 00:29:02,333 Kami tak tahu. 444 00:29:02,458 --> 00:29:05,458 Dia hilang malam itu, macam ramai yang lain. 445 00:29:23,625 --> 00:29:25,292 -Kamala? -Ambilkan Zamzam. 446 00:29:25,375 --> 00:29:27,208 Kamala, kamu okey? 447 00:29:27,292 --> 00:29:28,792 Mesti dia kena sampuk. 448 00:29:30,667 --> 00:29:34,167 Kamu tak makan langsung? Atau kamu makan banyak sangat? 449 00:29:43,792 --> 00:29:45,583 -Helo? -Nani, hai. 450 00:29:45,667 --> 00:29:47,750 Kamala? Itu kamu, sayang? 451 00:29:47,875 --> 00:29:50,458 Boleh tak Nani letak telefon tu ke belakang sikit? 452 00:29:50,542 --> 00:29:51,542 Tak nampak Nani. 453 00:29:51,625 --> 00:29:53,792 Kenapa kamu tak tulis surat? 454 00:29:53,875 --> 00:29:56,583 Setiap hari Nani tunggu surat dari kamu. 455 00:29:56,667 --> 00:29:59,542 -Ya, nanti saya tulis. -Kamu dapat hadiah Nani? 456 00:29:59,625 --> 00:30:01,750 Ya, tentang gelang ini... 457 00:30:01,833 --> 00:30:03,583 Kenapa dengannya? Mana satu? Apa? 458 00:30:03,667 --> 00:30:06,708 Gelang ini buat benda pelik. 459 00:30:06,833 --> 00:30:07,667 Dan... 460 00:30:07,750 --> 00:30:11,542 Gelang itu milik mak Nani, Aisha . 461 00:30:11,625 --> 00:30:15,042 Yang hilang masa Pembahagian India itu, moyang Aisha? 462 00:30:15,625 --> 00:30:17,542 Nak cakap dengan Aamir dan isteri dia. 463 00:30:17,625 --> 00:30:20,167 Abang tidak ada. Okey, tentang gelang itu... 464 00:30:20,917 --> 00:30:22,792 Cukuplah. Nani dah cakap banyak. 465 00:30:22,875 --> 00:30:25,792 Tak. Nani takkan cakap langsung tentang ini. 466 00:30:25,875 --> 00:30:26,958 Kamala? 467 00:30:27,042 --> 00:30:28,542 Mak kamu akan marah nanti. 468 00:30:28,792 --> 00:30:30,042 Jadi, ini milik Aisha, 469 00:30:30,125 --> 00:30:32,333 dan Nani tak tahu apa jadi pada dia? 470 00:30:32,417 --> 00:30:34,417 Kamala, cakap kuat sikit. 471 00:30:34,750 --> 00:30:36,792 Telinga Nani sekarang dah... 472 00:30:36,875 --> 00:30:39,167 -Kamala, kamu okey? -tak berapa dengar sangat. 473 00:30:42,958 --> 00:30:44,583 -Nani, saya perlu tahu. -Kamala. 474 00:30:44,667 --> 00:30:46,458 Penjual mangga datang. 475 00:30:46,542 --> 00:30:48,208 -Kamala. -Nani nak beli mangga. 476 00:30:48,292 --> 00:30:50,625 -Mangga... -Tunggu! 477 00:30:50,958 --> 00:30:51,917 Kamu tak apa-apa? 478 00:30:56,708 --> 00:30:58,542 Abbu, ada apa? 479 00:31:00,125 --> 00:31:03,875 Tiada apa-apa. Kamu sambunglah tidur. 480 00:31:03,958 --> 00:31:05,042 Maaf. 481 00:31:16,292 --> 00:31:18,958 Percayalah, kugiran yang main lagu Bon Jovi pun 482 00:31:19,042 --> 00:31:21,458 akan jadi buah mulut orang di luar sana. 483 00:31:21,917 --> 00:31:24,917 Lagipun, Ammi kamu suka Bon Jovi. 484 00:31:26,167 --> 00:31:27,167 Kenapa? 485 00:31:27,250 --> 00:31:30,917 Hei, jangan persoalkan cinta Ammi untuk Captain Kidd. 486 00:31:31,000 --> 00:31:35,042 Kalau bukan sebab lagu Slippery When Wet, Ammi takkan jumpa dengan Abbu kamu. 487 00:31:37,083 --> 00:31:38,333 Gelinya saya dengar. 488 00:31:40,083 --> 00:31:42,333 Saya tak nak tahu lagi. Cukuplah. 489 00:31:44,000 --> 00:31:45,042 Ammi? 490 00:31:45,875 --> 00:31:48,542 Ammi tahu apa yang berlaku kepada Moyang Aisha? 491 00:31:50,917 --> 00:31:52,667 Mana kamu dengar nama itu? 492 00:31:52,750 --> 00:31:53,833 Dari Nani. 493 00:31:54,125 --> 00:31:56,667 Saya berbual dengan dia dan Nani sebut tentang dia. 494 00:31:56,750 --> 00:32:00,333 Perempuan itu memalukan seluruh keluarga kita. 495 00:32:00,417 --> 00:32:03,167 Ammi terpaksa pindah jauh untuk lupakannya. 496 00:32:03,250 --> 00:32:04,667 -Tapi... -Kamala. 497 00:32:04,750 --> 00:32:07,042 Lebih baik kamu pun lupakannya. 498 00:32:07,750 --> 00:32:11,000 Ammi yang cakap penting untuk kita tahu asal-usul kita. 499 00:32:12,083 --> 00:32:13,583 Bukan yang ini. 500 00:32:13,667 --> 00:32:15,333 Tolong jangan sebut lagi. 501 00:32:17,250 --> 00:32:18,250 Hei. 502 00:32:21,250 --> 00:32:23,167 -Awak nampak segak. -Terima kasih. 503 00:32:23,250 --> 00:32:26,333 Apa pendapat awak kalau lagu tarian pertama kita 504 00:32:26,417 --> 00:32:28,292 ialah Livin' On A Prayer? 505 00:32:28,375 --> 00:32:29,875 -Lagu Bon Jovi? -Ya. 506 00:32:29,958 --> 00:32:32,917 Itu lebih bagus daripada You Give Love A Bad Name. 507 00:32:33,375 --> 00:32:36,292 Bagus! Nampak? Dia pun suka dengan Bon Jovi. 508 00:32:36,375 --> 00:32:37,542 Bagus. Mari kita pergi. 509 00:32:37,917 --> 00:32:40,083 Aamir, tengoklah. Tyesha pun setuju. 510 00:32:54,250 --> 00:32:57,417 -Hai, Bruno. Kamu nampak hebat. -Hai. 511 00:32:57,500 --> 00:32:59,875 Warnanya tak terang sangat, bukan? 512 00:32:59,958 --> 00:33:01,792 Mak cik tak faham soalan kamu. 513 00:33:01,875 --> 00:33:03,958 -Nampak terang. -Jangan dengar cakap dia. 514 00:33:04,042 --> 00:33:06,375 -Ini dah okey? -Ya. 515 00:33:06,458 --> 00:33:08,542 Semuanya sangat indah. 516 00:33:09,292 --> 00:33:10,417 -Hei! -Hei! 517 00:33:11,583 --> 00:33:12,667 Beginilah, 518 00:33:12,750 --> 00:33:14,167 saya akan undi awak 519 00:33:14,250 --> 00:33:17,083 kalau awak setuju jadikan saya satu-satunya katerer 520 00:33:17,167 --> 00:33:20,417 untuk semua acara keraian dan majlis istimewa masjid. 521 00:33:21,042 --> 00:33:23,708 Saya bukan biasa-biasa saja. 522 00:33:23,792 --> 00:33:26,083 Saya Gyro King. Saya buat betul-betul. 523 00:33:26,167 --> 00:33:28,250 Mereka bukan saingan saya. 524 00:33:28,333 --> 00:33:30,625 Letakkan ini, baru saya setuju. 525 00:33:32,292 --> 00:33:33,792 Selamat Hari Raya. 526 00:33:35,708 --> 00:33:36,750 Politik main kotor. 527 00:33:36,833 --> 00:33:38,583 -Cantiknya. -Kita tiada masa. 528 00:33:38,667 --> 00:33:41,583 Semua orang ada di sini dan cuma tahu makan dan bergosip. 529 00:33:41,667 --> 00:33:42,958 Gosip. Ya. 530 00:33:43,625 --> 00:33:46,500 Mak Cik-Mak Cik Illumin itu tahu semuanya. 531 00:33:46,583 --> 00:33:50,417 Inilah masanya, kalau nak umumkan yang saya nak bertanding. 532 00:33:51,375 --> 00:33:52,750 Oh, ya. Maaf. 533 00:33:52,833 --> 00:33:55,708 Kalau nak lagi cepat, kita kena berpecah. 534 00:33:57,125 --> 00:34:00,042 Kamala, mula dengan Abang-Abang Masjid. 535 00:34:00,125 --> 00:34:03,250 Apa? Mereka tak kisah sangat pasal halal-haram. 536 00:34:05,125 --> 00:34:08,333 Nasib baik Budak-Budak Alim senang. Mereka ikut semua peraturan. 537 00:34:08,417 --> 00:34:11,625 Selepas ini, kita arahkan ustaz dan ustazah 538 00:34:11,708 --> 00:34:13,458 untuk tolong kita masuk Geng Insta. 539 00:34:13,542 --> 00:34:16,125 Bruno, kumpulan sasaran awak senang. Yang Mualaf. 540 00:34:16,208 --> 00:34:17,458 Atau Kembali Pada Fitrah. 541 00:34:17,542 --> 00:34:20,667 Tapi sebelum itu, kita kena lepas dulu Geng Budak-Budak Nakal. 542 00:34:20,750 --> 00:34:24,042 Akhir sekali, geng serba tahu yang buat telinga kita berdesing, 543 00:34:24,125 --> 00:34:25,375 Mak Cik-Mak Cik Illumin. 544 00:34:25,458 --> 00:34:26,667 Saya uruskan mereka. 545 00:34:27,542 --> 00:34:28,583 Okey. 546 00:34:29,875 --> 00:34:33,500 Sekarang, tugas yang paling sukar. 547 00:34:41,125 --> 00:34:42,292 Selamat Hari Raya. 548 00:34:43,458 --> 00:34:45,792 Selamat Hari Raya, Nakia. 549 00:34:47,583 --> 00:34:49,917 Saya nak pakcik undi saya untuk Lembaga Masjid. 550 00:34:51,792 --> 00:34:54,917 Masalahnya ialah, Rasheed pun bertanding, 551 00:34:55,542 --> 00:34:58,125 dan dia kawan baik pak cik. 552 00:34:58,917 --> 00:34:59,917 Ya. 553 00:35:00,417 --> 00:35:03,125 -Kamala kawan baik saya. -Ya. 554 00:35:03,292 --> 00:35:06,292 Sekarang, dia tolong saya laksanakan hak kita 555 00:35:06,375 --> 00:35:09,208 sebagai rakyat negara terbilang ini untuk berdemokrasi. 556 00:35:09,292 --> 00:35:12,208 Untuk pembangunan masa depan lebih baik. 557 00:35:13,542 --> 00:35:15,042 -Baguslah. -Ya? 558 00:35:15,125 --> 00:35:16,167 Ya. 559 00:35:17,083 --> 00:35:22,292 Takkan pak cik sanggup nak gadaikan masa depan anak-anak gadis ini? 560 00:35:23,417 --> 00:35:26,208 Maksud saya, ini untuk Kamala dan saya. 561 00:35:26,292 --> 00:35:29,167 Dia anak pak cik, saya pun macam anak pak cik. 562 00:35:30,167 --> 00:35:33,833 Kami berjuang untuk hak mengundi wanita. Ramai dah bergadai nyawa. 563 00:35:34,750 --> 00:35:36,667 Pak cik nak hancurkan impian kami? 564 00:35:42,167 --> 00:35:43,375 Undilah Nakia. 565 00:35:53,500 --> 00:35:56,125 Yusuf. Apa awak buat tu? 566 00:36:05,208 --> 00:36:07,917 Apa khabar, Cik Zimmer? 567 00:36:08,125 --> 00:36:09,458 Ini tentang parti itu? 568 00:36:09,542 --> 00:36:11,625 -Ia bukan kuat sangat. -Tunggu! 569 00:36:12,208 --> 00:36:15,833 Tunggu. Awak Zoe Zimmer itu? 570 00:36:18,208 --> 00:36:19,125 Sayalah orangnya. 571 00:36:19,208 --> 00:36:22,167 Apa? Tak sangka memang awak. Saya peminat awak. 572 00:36:22,250 --> 00:36:23,417 -Apa? Yakah? -Ya. 573 00:36:23,500 --> 00:36:25,250 Semua di pejabat ini peminat awak. 574 00:36:25,667 --> 00:36:27,958 Video tentang bertih jagung kalori rendah... 575 00:36:28,042 --> 00:36:29,292 -Bertih jagung... -Jagung! 576 00:36:29,417 --> 00:36:30,750 Itu saja hiburan kami. 577 00:36:30,833 --> 00:36:33,250 -Yakah? -Takkan saya nak tipu pula. 578 00:36:33,500 --> 00:36:35,125 Baguslah, kalau awak semua suka. 579 00:36:35,208 --> 00:36:37,375 Awak pergi AvengerCon? 580 00:36:37,542 --> 00:36:39,792 Mesti ramai peminat datang serbu awak. 581 00:36:39,875 --> 00:36:40,875 -Tak... -Seronok? 582 00:36:40,958 --> 00:36:42,125 Seronok sangat. 583 00:36:42,208 --> 00:36:43,917 Pertandingan cosplay dibatalkan, 584 00:36:44,000 --> 00:36:45,750 tapi emua kata saya boleh menang. 585 00:36:45,833 --> 00:36:48,750 Lepas itu, budak berkuasa itu cuba bunuh awak. 586 00:36:49,250 --> 00:36:50,208 Betul? 587 00:36:51,875 --> 00:36:54,375 Dia bukan cuba bunuh saya. Dia selamatkan saya. 588 00:36:55,625 --> 00:36:59,417 Saya rasa awak buat semua ini untuk dapatkan perhatian. 589 00:36:59,583 --> 00:37:01,625 Betul tak apa saya kata? 590 00:37:02,458 --> 00:37:04,917 Awak dan kawan awak... 591 00:37:05,000 --> 00:37:07,667 Yalah, ada kemungkinan juga 592 00:37:08,958 --> 00:37:10,958 yang itu adik awak. 593 00:37:11,750 --> 00:37:15,375 Awak dan gadis bertopeng itu nampak serupa. Kulit putih, rambut merah. 594 00:37:15,458 --> 00:37:17,500 Dia langsung tak ada rupa macam saya. 595 00:37:17,583 --> 00:37:20,292 Jadi, awak tahu rupa dia. Apa lagi yang awak tahu? 596 00:37:21,833 --> 00:37:22,833 Tiada apa-apa. 597 00:37:23,500 --> 00:37:26,542 Saya tak tengok betul-betul. Semuanya berlaku dengan pantas. 598 00:37:26,625 --> 00:37:28,375 Dia ada guna loghat? 599 00:37:31,625 --> 00:37:32,458 Tak. 600 00:37:32,542 --> 00:37:33,750 Adakah dia Latina? 601 00:37:34,208 --> 00:37:37,625 Maaf. Saya patut sebut Latinx sekarang. 602 00:37:38,875 --> 00:37:39,708 Tidak? 603 00:37:40,375 --> 00:37:42,708 Mungkin Timur Tengah? 604 00:37:44,958 --> 00:37:45,792 Asia Selatan? 605 00:37:51,917 --> 00:37:52,750 Deever. 606 00:37:59,333 --> 00:38:01,208 Mari geledah kawasan tumpuan kita. 607 00:38:02,333 --> 00:38:05,458 Geledah setiap kuil, pusat komuniti... 608 00:38:07,042 --> 00:38:08,125 dan masjid. 609 00:38:09,417 --> 00:38:13,708 Buat secara berhemah. Awak tahu yang FBI dah pun awasi mereka. 610 00:38:15,250 --> 00:38:16,208 Baiklah. 611 00:38:21,500 --> 00:38:23,042 Sila nikmati parti ini. 612 00:38:25,167 --> 00:38:27,792 -Sebab itu awak undi... -Parti! 613 00:38:27,875 --> 00:38:29,708 Dia perubahan yang kita perlukan. 614 00:38:29,792 --> 00:38:33,042 Boleh cakap balik tentang nenek moyang saya? 615 00:38:33,708 --> 00:38:34,833 Nenek moyang kamu. 616 00:38:35,500 --> 00:38:36,542 Keluarga saya kenal. 617 00:38:36,667 --> 00:38:38,250 Ramai yang kenal dia. 618 00:38:38,333 --> 00:38:40,583 Ramai juga yang menyesal kenal dia. 619 00:38:41,417 --> 00:38:42,583 Apa maksud mak cik? 620 00:38:42,792 --> 00:38:44,750 Mak kamu baik orangnya, Kamala. 621 00:38:45,083 --> 00:38:48,500 Moyang kamu tak patut malukan keluarga dia macam tu. 622 00:38:48,708 --> 00:38:50,667 Dimalukan macam mana? 623 00:38:50,917 --> 00:38:53,417 Ayah mak cik panggil dia pengkhianat. 624 00:38:53,958 --> 00:38:56,667 Moyang kamu memang betul-betul pembawa bala. 625 00:38:56,833 --> 00:38:57,750 Bala? 626 00:38:58,792 --> 00:39:01,000 Mak cik dengar dia ada hubungan sulit. 627 00:39:01,083 --> 00:39:02,292 Lari dengan lelaki tu. 628 00:39:02,417 --> 00:39:05,417 Dengar dia ada banyak skandal dan ada keluarga rahsia. 629 00:39:05,583 --> 00:39:06,875 Dia bunuh seorang lelaki. 630 00:39:07,375 --> 00:39:08,375 Mati. 631 00:39:09,792 --> 00:39:10,917 Masa Pembahagian India 632 00:39:31,417 --> 00:39:32,708 Tolong! 633 00:39:33,375 --> 00:39:35,458 Tolong! Mak! Ayah! 634 00:39:35,750 --> 00:39:37,292 -Tolong! -Ada budak di atas tu. 635 00:39:37,417 --> 00:39:38,250 Oh, Tuhan! 636 00:39:39,792 --> 00:39:41,250 -Apa nak buat? -Siapa tu? 637 00:39:41,333 --> 00:39:42,875 Tolong! 638 00:39:42,958 --> 00:39:45,167 -Tolong saya! Tolong! -Hubungi 9-1-1! 639 00:39:45,417 --> 00:39:46,250 -Tidak! -Hameed! 640 00:39:46,333 --> 00:39:48,250 -Minta bantuan! -Itu Hameed! Tolonglah. 641 00:39:48,333 --> 00:39:49,417 Bertahan. 642 00:39:49,500 --> 00:39:50,875 -Tolong dia! -Tolong! 643 00:39:51,125 --> 00:39:53,000 -Bertahan! -Tolong hubungi polis. 644 00:39:54,958 --> 00:39:57,042 Sesiapa tolonglah dia. 645 00:39:57,250 --> 00:39:59,583 Mesti ada laluan masuk lain. 646 00:40:06,375 --> 00:40:08,167 Hei. Mana Kamala? 647 00:40:08,333 --> 00:40:09,917 Rasanya dia dah balik. 648 00:40:21,417 --> 00:40:23,500 Tolong saya. Tolonglah saya. 649 00:40:23,625 --> 00:40:24,833 Saya tak boleh bertahan. 650 00:40:25,292 --> 00:40:27,083 Saya datang! 651 00:40:27,167 --> 00:40:28,458 Itu Night Light. 652 00:40:31,542 --> 00:40:32,875 Jangan risau, Hameed. 653 00:40:32,958 --> 00:40:35,792 Saya tak patut naik ke sini. Kenapa saya buat begini? 654 00:40:35,875 --> 00:40:37,792 Hei, awak takkan jatuh, okey? 655 00:40:37,875 --> 00:40:39,917 Bertenang dan fikir benda baik-baik. 656 00:40:40,000 --> 00:40:42,417 Apa yang awak suka? 657 00:40:42,500 --> 00:40:44,375 -Apa? -Sesuatu yang awak suka. 658 00:40:44,458 --> 00:40:46,250 -Sesuatu yang saya suka? -Ya. 659 00:40:46,333 --> 00:40:48,875 Ya, fokus pada benda itu. Apa makanan kegemaran? 660 00:40:48,958 --> 00:40:50,000 Piza aiskrim. 661 00:40:50,125 --> 00:40:51,167 -Cepat. -Dia tolong! 662 00:40:51,250 --> 00:40:52,208 Tolong bantu dia! 663 00:40:53,083 --> 00:40:54,750 Itu dua atau satu makanan? 664 00:40:55,000 --> 00:40:56,792 Satu. Letak ais krim atas piza. 665 00:40:57,000 --> 00:40:58,583 Siapa sebut piza aiskrim? 666 00:40:59,292 --> 00:41:01,333 -Saya suka rasanya. -Pelik betul. 667 00:41:01,708 --> 00:41:03,000 Ya, bolehlah. 668 00:41:03,083 --> 00:41:07,625 Cuba fikirkan sepinggan atau semangkuk piza aiskrim. 669 00:41:16,250 --> 00:41:18,000 Takutnya. Dia akan jatuh. 670 00:41:18,083 --> 00:41:19,583 Tak, jangan risau. 671 00:41:22,667 --> 00:41:23,667 Tidak! 672 00:41:32,708 --> 00:41:33,708 Awak nampak tak? 673 00:41:37,000 --> 00:41:38,000 Tidak! 674 00:41:38,083 --> 00:41:39,125 Saya akan sambut. 675 00:41:39,958 --> 00:41:41,083 Panggil ambulans! 676 00:41:43,708 --> 00:41:45,250 -Dapat. -Hampir-hampir saja. 677 00:41:48,333 --> 00:41:49,333 Nampak tak tadi? 678 00:41:55,500 --> 00:41:57,083 -Awak okey? -Ya. 679 00:42:15,625 --> 00:42:16,875 Saya akan jaga awak. 680 00:42:40,542 --> 00:42:41,625 Kaki saya. 681 00:42:51,667 --> 00:42:53,708 -Dia akan okey? -Tergamak dia. 682 00:42:53,792 --> 00:42:55,667 Jangan risau. Ambulans akan datang. 683 00:43:36,917 --> 00:43:37,917 Jangan bergerak! 684 00:43:38,292 --> 00:43:39,917 Berhenti dan jangan bergerak! 685 00:43:54,458 --> 00:43:55,792 Cepat kejar! 686 00:43:56,542 --> 00:43:57,792 -Masuk! -Kamran. 687 00:44:05,750 --> 00:44:08,208 -Naikkan dron. Di mana dia? -Dia dah terlepas. 688 00:44:08,292 --> 00:44:09,833 Kami tak nampak apa-apa. 689 00:44:13,417 --> 00:44:14,250 Kamala. 690 00:44:15,917 --> 00:44:19,042 Dah lama saya tunggu untuk berjumpa dengan kamu. 691 00:44:21,958 --> 00:44:23,375 Itu mak saya. 692 00:44:35,250 --> 00:44:37,708 BERDASARKAN MARVEL COMICS 693 00:46:01,750 --> 00:46:03,958 MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN 694 00:48:43,125 --> 00:48:45,125 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Heng