1 00:00:08,291 --> 00:00:12,083 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:53,875 --> 00:00:57,625 Bangunlah, bangunlah 3 00:00:57,708 --> 00:01:01,125 Ayam jantan sudah berkokok 4 00:01:01,625 --> 00:01:07,958 Matahari sudah mula bersinar di jalannya 5 00:01:08,916 --> 00:01:10,208 Komrad Wolf! 6 00:01:12,000 --> 00:01:15,041 Tak guna, Kleo. Apa awak buat di sini? Di mana Anja? 7 00:01:15,125 --> 00:01:19,041 Klinik ginekologi telefon. Sampel air kencingnya hilang. 8 00:01:19,125 --> 00:01:21,541 Dia perlu datang dan berikan yang baru. 9 00:01:21,625 --> 00:01:23,750 Cuai betul pembantu makmal itu. 10 00:01:23,833 --> 00:01:27,208 Lihat, Andi, saya bawakan sesuatu dari Mallorca. 11 00:01:27,291 --> 00:01:30,083 - Ini… - Beritahu saya, apa awak buat? 12 00:01:30,166 --> 00:01:31,708 Maksud awak Wieczorek? 13 00:01:31,791 --> 00:01:32,833 Ya. 14 00:01:32,916 --> 00:01:35,291 Wieczorek dah mati. 15 00:01:36,916 --> 00:01:39,041 Sudah tentu. 16 00:01:40,000 --> 00:01:43,083 Awak faham tak RDJ sudah tiada untuk melindungi awak? 17 00:01:43,166 --> 00:01:47,416 - Awak akan diburu kerana membunuh. - Bertenang. Saya dapat tahu sesuatu. 18 00:01:47,500 --> 00:01:51,833 Semua arahan datang daripada atasan, Menteri Erich Mielke yang keluarkan. 19 00:01:52,416 --> 00:01:53,541 Apa? 20 00:01:54,125 --> 00:01:58,458 - Jadi, Mielke hantar Uwe. - Ya. 21 00:01:58,541 --> 00:02:03,166 Sebab itu saya perlu melawat Mielke juga di penjara Hohenschönhausen. 22 00:02:03,250 --> 00:02:05,791 Saya perlu tahu sebabnya. 23 00:02:07,791 --> 00:02:10,333 Okey, saya akan ikut awak. 24 00:02:15,666 --> 00:02:16,750 Mengarut. 25 00:02:16,833 --> 00:02:19,833 Andi, isteri awak hamil. 26 00:02:19,916 --> 00:02:22,416 Awak akan ada anak. Tinggallah di sini. 27 00:02:22,500 --> 00:02:24,291 Kleo, saya akan ikut awak. 28 00:02:24,375 --> 00:02:27,208 Tidak, "Andrea". Saya akan pergi seorang diri. 29 00:02:28,125 --> 00:02:30,041 "Andreas" dah habis dijual. 30 00:02:51,375 --> 00:02:55,000 Helo, Cik Tukang Paip. Sudah baiki dandang? 31 00:02:55,500 --> 00:02:58,166 Belum, masih belum cukup alat ganti. 32 00:02:58,250 --> 00:03:02,166 Bagusnya jika semuanya berfungsi apabila bayi sudah dilahirkan. 33 00:03:04,083 --> 00:03:07,208 Ia menendang. Rasalah. 34 00:03:09,958 --> 00:03:11,708 Awak ada anak? 35 00:03:12,375 --> 00:03:17,000 Ya, kembar. Rosa dan Karl. Selamat tinggal. 36 00:03:20,666 --> 00:03:21,625 Selamat tinggal. 37 00:03:23,583 --> 00:03:26,625 Gila. Dia memang gila. 38 00:03:27,166 --> 00:03:29,875 Freddy, dia bunuh mereka seorang demi seorang. 39 00:03:29,958 --> 00:03:32,958 Saya tak pernah jumpa wanita seperti dia. 40 00:03:33,041 --> 00:03:35,000 Awak boleh terbunuh di Mallorca. 41 00:03:35,083 --> 00:03:39,125 Tidak. Jika dia nak saya mati, dah lama dia bunuh saya, 42 00:03:39,208 --> 00:03:40,333 tapi dia tak buat. 43 00:03:41,208 --> 00:03:44,083 Lebih baik awak minta maaf kepada Böttger. 44 00:03:44,166 --> 00:03:46,208 - Apa? - "Semua ini mengarut. Maaf." 45 00:03:46,291 --> 00:03:48,583 - Mengarut? Awak jangan mula. - Jadi, apa? 46 00:03:48,666 --> 00:03:52,541 Ia kes yang sangat besar. 47 00:03:52,625 --> 00:03:55,250 Okey, begini. Setiausaha Parti Walter Blum, mati. 48 00:03:55,333 --> 00:03:57,833 Ludger Wieczorek, Kolonel Stasi, mati. 49 00:03:57,916 --> 00:04:02,000 Datuk dia sendiri, Kolonel Jeneral Stasi, hilang. 50 00:04:02,083 --> 00:04:05,250 Dia membunuh orang-orang penting secara sistematik. 51 00:04:06,875 --> 00:04:08,375 Dia takkan dapat yang terpenting. 52 00:04:09,416 --> 00:04:12,083 - Apa maksud awak? - Erich Mielke di dalam penjara. 53 00:04:14,500 --> 00:04:16,833 Freddy, awak sangat genius. 54 00:04:17,833 --> 00:04:21,000 Erich Mielke. Ketua Stasi Erich Mielke. 55 00:04:21,083 --> 00:04:24,250 Dia mangsa seterusnya! Kita perlu beritahu Böttger. 56 00:04:25,291 --> 00:04:27,791 POLIS 57 00:04:31,541 --> 00:04:32,833 - Saya nampak okey? - Teruk. 58 00:04:35,958 --> 00:04:37,916 Mallorca, ya? Sendirian! 59 00:04:38,000 --> 00:04:40,000 En. Böttger, minta maaf, tapi… 60 00:04:40,083 --> 00:04:43,583 Dengar sini. Awak akan dikenakan tindakan disiplin. 61 00:04:43,666 --> 00:04:46,208 Okey, itu wajar. Boleh saya beritahu apa saya jumpa? 62 00:04:46,291 --> 00:04:48,333 Tak boleh. Saya tak berminat. 63 00:04:48,416 --> 00:04:50,916 Awak akan bertugas di pejabat. 64 00:04:51,000 --> 00:04:53,666 Itu akan menjejaskan kerja kami. Kami dapati… 65 00:04:53,750 --> 00:04:56,166 Tidak, awak yang jejaskan kerja awak, 66 00:04:56,250 --> 00:04:58,916 kerja Unit Penipuan, sebab itu tugas awak! 67 00:04:59,000 --> 00:05:01,291 Tolonglah ambil serius tugas awak. 68 00:05:01,375 --> 00:05:05,458 Bila awak nak faham? Apa yang awak tak faham, Petzold? 69 00:05:05,541 --> 00:05:07,000 Saya letak jawatan. 70 00:05:08,041 --> 00:05:10,500 Apa? Awak dah gila, Sven? 71 00:05:10,583 --> 00:05:13,375 Awak akan masuk ke pejabat saya secara dramatik 72 00:05:13,458 --> 00:05:17,333 dan hempas lencana ke atas meja macam filem polis yang teruk, bukan? 73 00:05:17,416 --> 00:05:18,333 Ya. 74 00:05:20,291 --> 00:05:23,375 Tak guna, saya tinggalkannya di rumah hari ini. 75 00:05:24,083 --> 00:05:27,291 Saya akan bawa dan lakukannya esok dan… 76 00:05:27,791 --> 00:05:29,333 Ya, okey. 77 00:05:32,958 --> 00:05:33,916 Saya berhenti. 78 00:05:34,000 --> 00:05:37,416 Kenapa buat begitu? Sekarang apa? 79 00:05:38,333 --> 00:05:39,333 Sekarang… 80 00:05:42,708 --> 00:05:46,583 Sekarang saya akan selamatkan Erich Mielke. 81 00:05:47,583 --> 00:05:48,500 Itu jawapannya. 82 00:05:48,583 --> 00:05:51,625 Apa awak buat? Svenny! 83 00:06:03,750 --> 00:06:04,583 Berlin. 84 00:06:05,333 --> 00:06:06,166 Hari ini, 85 00:06:06,250 --> 00:06:10,125 hospital polis Jerman Timur mengumumkan bekas Menteri Keselamatan Negara 86 00:06:10,208 --> 00:06:13,750 Jeneral yang sudah bersara, Erich Mielke, cukup sihat untuk dipenjarakan 87 00:06:13,833 --> 00:06:16,333 dan dia akan kekal di Penjara Hohenschönhausen, Berlin. 88 00:06:17,041 --> 00:06:18,083 Komrad Menteri? 89 00:06:18,166 --> 00:06:21,250 Pendakwa raya RDJ menuduhnya merosakkan ekonomi negara 90 00:06:21,333 --> 00:06:24,375 dan mendakwanya dengan pengkhianatan atas aktiviti antiperlembagaan. 91 00:06:25,041 --> 00:06:26,500 Sekarang, muzik. 92 00:06:26,583 --> 00:06:28,875 Mungkin sebelah sini. 93 00:06:32,375 --> 00:06:34,458 Ia kari. 94 00:06:35,958 --> 00:06:37,583 Selamat menjamu selera. 95 00:06:37,666 --> 00:06:39,125 Bawalah ia pergi. 96 00:06:40,666 --> 00:06:42,666 Awak pasti, Komrad Menteri? 97 00:06:56,916 --> 00:06:59,000 PERKHIDMATAN PERISIKAN PERSEKUTUAN 98 00:06:59,083 --> 00:07:00,208 Jadi? 99 00:07:00,291 --> 00:07:03,208 - Saya bertaruh 20 dia takkan berjaya. - Saya juga. 100 00:07:07,041 --> 00:07:08,458 Mustahil dia akan berjaya. 101 00:07:12,916 --> 00:07:14,166 Tunjuk kepada mereka. 102 00:07:25,708 --> 00:07:27,083 Terima kasih banyak. 103 00:07:29,375 --> 00:07:30,583 Cik Geike? 104 00:07:31,708 --> 00:07:36,041 - Ketinggian itu kira-kira 1.6 meter. - Okey, tapi dia berlatih setiap petang. 105 00:07:41,000 --> 00:07:42,958 - Cik Geike? - Ya? 106 00:07:45,416 --> 00:07:46,958 Boleh saya bantu? 107 00:07:48,041 --> 00:07:50,750 Itu dia. Saya cuma perlu tahu siapa awak. 108 00:07:50,833 --> 00:07:53,541 Penglihatan saya teruk tanpa kanta. 109 00:07:54,041 --> 00:07:56,333 - Min Sun. - Min. Helo. 110 00:07:57,625 --> 00:07:59,833 Kita bersetuju dengan Anne, bukan? 111 00:08:00,333 --> 00:08:01,416 Ya, Anne. 112 00:08:01,500 --> 00:08:04,416 Jadi, bagaimana? Saya tak banyak masa. 113 00:08:04,500 --> 00:08:06,375 Saya ada banyak kejar nak buat. 114 00:08:10,625 --> 00:08:12,208 Maksud awak "kerja". 115 00:08:12,291 --> 00:08:14,375 Ya, tepat sekali. Kejar. 116 00:08:14,875 --> 00:08:16,166 Jadi? 117 00:08:16,250 --> 00:08:19,041 Kerajaan arahkan kami untuk cari pembunuh Stasi 118 00:08:19,125 --> 00:08:20,875 iaitu pasukan elit rahsia Mielke. 119 00:08:22,166 --> 00:08:24,041 - Yakah? - Saya dapat panggilan semalam 120 00:08:24,125 --> 00:08:26,666 yang awak mungkin berminat. Daripada kontak KGB. 121 00:08:26,750 --> 00:08:27,750 Boleh dipercayai? 122 00:08:27,833 --> 00:08:30,416 Ya, rasanya. Kleo Straub. 123 00:08:30,500 --> 00:08:33,041 Dia dipenjarakan selama tiga tahun dan sudah bebas. 124 00:08:33,125 --> 00:08:35,583 Dia banyak buat kerja kotor untuk Stasi. 125 00:08:35,666 --> 00:08:38,291 Tugas terakhirnya ialah pembunuhan di Big Eden pada 1987. 126 00:08:38,375 --> 00:08:40,625 Punca kematian rasmi mangsa ialah terlebih dos, 127 00:08:40,708 --> 00:08:43,000 tapi kontak saya pasti dia pelakunya. 128 00:08:44,000 --> 00:08:46,541 - Big Eden. - Ia disko di Berlin Barat. 129 00:08:46,625 --> 00:08:48,416 Saya tahu apa itu Big Eden. 130 00:08:48,500 --> 00:08:49,333 Sudah tentu. 131 00:08:50,916 --> 00:08:52,875 Okey, siasatlah. 132 00:08:54,166 --> 00:08:56,166 - Saya? - Ya, awak. 133 00:08:57,041 --> 00:08:58,000 Bersendirian? 134 00:08:59,166 --> 00:09:02,625 Min, awak nak naik pangkat? 135 00:09:02,708 --> 00:09:04,041 Ya. Sudah tentu. 136 00:09:04,125 --> 00:09:05,041 Jadi, buatlah. 137 00:09:10,666 --> 00:09:11,750 Terima kasih, Anne. 138 00:09:38,166 --> 00:09:41,500 Mereka kecoh tentang menteri ini. Awak pasti tak percaya. 139 00:09:41,583 --> 00:09:42,416 Ya. 140 00:09:42,916 --> 00:09:47,375 Awak betul tentang itu, tapi bukannya dia boleh ditangkap semalaman. 141 00:09:47,875 --> 00:09:54,208 Ya. Saya masih fikir tuduhan ke atas Komrad Menteri itu mengarut. 142 00:09:54,291 --> 00:09:56,875 Dia sakit. Dia patut berada di rumah. 143 00:09:56,958 --> 00:09:58,791 Saya rasa ini memalukan. 144 00:09:59,583 --> 00:10:00,750 Tunggu sekejap. 145 00:10:02,583 --> 00:10:04,875 Helo. Gabi Gormen. Saya pengawal penjara yang baru. 146 00:10:04,958 --> 00:10:06,416 Dipindahkan dari Saxony. 147 00:10:06,500 --> 00:10:08,708 Tunggu sekejap. Saya akan ke sana. 148 00:10:09,208 --> 00:10:10,875 Ada orang datang. Tunggu sekejap. 149 00:10:11,541 --> 00:10:13,916 Tidak, saya syif tengah hari minggu ini. 150 00:10:14,000 --> 00:10:18,166 Saya akan telefon awak semula. Ya. 151 00:10:22,458 --> 00:10:24,250 Cik? 152 00:10:26,000 --> 00:10:27,083 Dia pergi ke mana? 153 00:10:44,416 --> 00:10:45,583 Akhirnya. 154 00:10:46,625 --> 00:10:48,875 Kaki saya kebas tidur di belakang. 155 00:10:50,625 --> 00:10:52,250 Kamu lebih kecil daripada kami. 156 00:10:52,750 --> 00:10:57,541 Mielke mangsa seterusnya, tapi nampaknya tak berjaya. 157 00:11:01,500 --> 00:11:03,708 Seseorang perlu melindungi dia. 158 00:11:04,208 --> 00:11:05,583 Saya tahu apa awak fikir. 159 00:11:05,666 --> 00:11:11,291 "Bila lelaki kacak ini akan berhenti ganggu saya?" 160 00:11:11,958 --> 00:11:16,458 Saya dah kata, ia akan berakhir apabila awak dipenjarakan. 161 00:11:19,083 --> 00:11:23,125 Lihat, saya tulis senarai mangsa awak. 162 00:11:23,625 --> 00:11:27,625 Datuk awak, Walter Blum, Ludger Wieczorek dan sekarang, Erich Mielke. 163 00:11:29,166 --> 00:11:34,375 Awak dah merosakkannya. 164 00:11:35,583 --> 00:11:37,583 Pasti awak sangat marah sekarang. 165 00:11:38,375 --> 00:11:40,791 Tahu tak saya dah tak takut dengan awak? 166 00:11:41,750 --> 00:11:44,583 Awak boleh bunuh saya di depan rumah saya, 167 00:11:44,666 --> 00:11:48,000 di Mallorca dan juga di sini sekarang, 168 00:11:49,000 --> 00:11:50,666 tapi awak takkan buat. 169 00:11:52,958 --> 00:11:54,583 Awak suka saya. 170 00:11:56,833 --> 00:11:57,666 Ya. 171 00:12:18,166 --> 00:12:20,125 Itu isyarat untuk saya keluar? 172 00:12:23,250 --> 00:12:24,625 Jumpa lagi, Kleo. 173 00:12:38,333 --> 00:12:40,166 "Sven Petzold." 174 00:12:51,291 --> 00:12:55,458 Laporan misi, Operasi Koboi. Kepada Komrad Menteri Erich Mielke 175 00:12:55,541 --> 00:12:58,000 dan juga Mejar Jeneral Otto Straub. 176 00:12:58,500 --> 00:13:01,125 Pada petang 30 Mac, 2:27 petang, 177 00:13:01,208 --> 00:13:06,291 Komrad Ramona melepaskan enam tembakan terhadap Presiden Amerika Ronald Reagan. 178 00:13:06,375 --> 00:13:08,458 Sasaran cedera parah. 179 00:13:08,958 --> 00:13:10,041 Pada 30 Mac… 180 00:13:10,125 --> 00:13:12,916 "…dilatih sebagai ejen, jadi awak mampu melakukan 181 00:13:13,000 --> 00:13:14,958 tindakan lencongan dalam bahagian operasi." 182 00:13:15,041 --> 00:13:15,916 Ronald Reagan! 183 00:13:17,333 --> 00:13:18,708 "Sasaran telah dihapuskan." 184 00:13:18,791 --> 00:13:20,333 "…orang ramai." 185 00:13:20,416 --> 00:13:23,291 "Pengintipan. Kemusnahan. Pengambilan." 186 00:13:23,916 --> 00:13:25,708 Pengintipan. Kemusnahan. Nama? 187 00:13:28,416 --> 00:13:32,166 Pengambilan. Nama ejen. Nama? Ramona. 188 00:13:32,958 --> 00:13:33,791 Ramona! 189 00:13:35,875 --> 00:13:39,583 Siapa awak? Bagaimana rupa awak, Ramona? 190 00:13:52,958 --> 00:13:56,125 - Saya tak patut mengintip, tapi… - Thilo, apa awak buat? 191 00:13:56,208 --> 00:13:59,000 Saya jumpa fail di bilik bawah tanah. Awak kenal Ramona? 192 00:14:00,958 --> 00:14:05,833 Ya. Mereka kata dia Ejen Keamanan terbaik di RDJ. 193 00:14:07,500 --> 00:14:11,916 Hei, cubaan membunuh Reagan. Mungkin dia terlibat dalam kes Barschel. 194 00:14:12,000 --> 00:14:13,875 Apabila saya kumpulkan maklumat, 195 00:14:13,958 --> 00:14:18,541 Barschel mati di hotel yang dipanggil "Beau Rivage" atau "Pantai yang Indah". 196 00:14:18,625 --> 00:14:22,208 Siapa yang sengaja bina ibu negerinya di tepi sungai? 197 00:14:23,166 --> 00:14:25,291 Tepat sekali, Genghis Khan! 198 00:14:26,541 --> 00:14:28,666 Punca kematiannya juga tidak jelas. 199 00:14:28,750 --> 00:14:30,416 Ada yang kata wabak. 200 00:14:30,500 --> 00:14:34,041 Ada yang kata seorang puteri potong kemaluannya dan dia berdarah sampai mati. 201 00:14:34,125 --> 00:14:36,958 Apa pun, dia tak terjatuh daripada kudanya. 202 00:14:37,041 --> 00:14:38,333 Semua ini bukan kebetulan. 203 00:14:38,833 --> 00:14:42,791 - Di mana Ramona? Bagaimana rupanya? - Tiada siapa tahu rupanya. 204 00:14:44,833 --> 00:14:46,500 Dia sertai KGB. 205 00:14:47,000 --> 00:14:50,291 KGB. 206 00:14:53,708 --> 00:14:55,000 KGB. 207 00:14:59,333 --> 00:15:00,875 Dia cipta AIDS. 208 00:15:05,833 --> 00:15:07,333 Awak juga ejen rahsia. 209 00:15:07,416 --> 00:15:08,833 Saya? Tidak. 210 00:15:09,458 --> 00:15:12,250 - Saya ingat… - Saya pekerja tak rasmi sepenuh masa 211 00:15:12,333 --> 00:15:13,916 Kementerian Keselamatan Negara, 212 00:15:14,000 --> 00:15:18,166 Jabatan Utama Pengintipan, Divisyen 18, pasukan petugas menteri. Dululah. 213 00:15:19,708 --> 00:15:24,500 - Pada dasarnya, pembunuh kontrak Stasi. - Itu pun bagus juga. 214 00:15:29,458 --> 00:15:31,375 Awak tak boleh beritahu sesiapa… 215 00:15:34,000 --> 00:15:36,541 tapi saya dibawa ke Bumi dengan UFO. 216 00:15:37,041 --> 00:15:40,791 Pada tahun 1969. Misi saya adalah bawa muzik tekno ke mari. 217 00:15:40,875 --> 00:15:43,083 Saya boleh balik apabila selesai. 218 00:15:43,166 --> 00:15:45,375 Kembali ke Sirius B dan kepada puteri saya. 219 00:15:47,291 --> 00:15:51,208 Saya pembunuh kontrak macam awak, tapi saya bunuh muzik yang teruk. 220 00:15:53,333 --> 00:15:54,166 Okey. 221 00:15:55,208 --> 00:15:58,791 Letakkan semula. Saya nak buat sarapan. 222 00:15:59,666 --> 00:16:01,291 Nak telur masak atau separuh masak? 223 00:16:01,375 --> 00:16:05,250 Sarapan. Sekarang jam berapa? Separuh masak. 224 00:16:28,416 --> 00:16:31,250 Piotr! 225 00:16:31,750 --> 00:16:33,458 Saya di sini. 226 00:16:35,083 --> 00:16:39,583 Itu dia, hero Perang Besar Patriotik, 227 00:16:39,666 --> 00:16:41,416 kebanggaan Tentera Komunis. 228 00:16:42,958 --> 00:16:44,500 Kebanggaan apa? 229 00:16:45,416 --> 00:16:49,250 Askar mati kelaparan disebabkan Ketenteraan Soviet. 230 00:16:49,333 --> 00:16:52,625 Sekarang semua orang cuba hidup sebaik mungkin. 231 00:16:52,708 --> 00:16:53,666 Amin. 232 00:16:55,000 --> 00:16:57,166 - Dah dapat apa yang saya nak? - Ya. 233 00:17:04,208 --> 00:17:06,000 Terima kasih. 234 00:17:10,000 --> 00:17:11,916 Itu pun bagus juga. 235 00:17:28,166 --> 00:17:29,291 But? 236 00:17:37,708 --> 00:17:38,708 Hai. 237 00:17:39,541 --> 00:17:41,291 Hei, awak okey? 238 00:17:51,458 --> 00:17:52,458 Hei. 239 00:17:58,125 --> 00:18:00,916 Awak marah sebab saya tinggalkan bilik bersepah? 240 00:18:01,541 --> 00:18:04,250 Maaf, saya tukar baju dan pergi bekerja semula. 241 00:18:04,333 --> 00:18:06,500 Mereka teruja dengan maklumat yang saya jumpa… 242 00:18:06,583 --> 00:18:09,916 Saya nampak penyata bank. Saya tahu ia bukan misi rasmi. 243 00:18:15,916 --> 00:18:17,250 Awak mengintip saya? 244 00:18:17,333 --> 00:18:18,916 Saya lihat akaun bersama kita 245 00:18:19,000 --> 00:18:21,541 untuk lihat cukup tak duit untuk belikan anak kita 246 00:18:21,625 --> 00:18:24,041 kasut mahal yang dia minta untuk hari jadinya. 247 00:18:26,916 --> 00:18:28,541 Jenny, okey, boleh tak saya… 248 00:18:28,625 --> 00:18:31,375 Saya ada rakam sesuatu. Saya nak tonton. 249 00:18:32,125 --> 00:18:34,083 Kami nak keluar. Hai, ayah. 250 00:18:35,041 --> 00:18:37,083 Okey, Marki. Jangan lama sangat. 251 00:18:39,458 --> 00:18:40,291 Ayuh. 252 00:18:44,666 --> 00:18:46,916 Mari pergi ke Fischlabor. Malam ini… 253 00:18:47,000 --> 00:18:49,250 - Bawah atau atas? - Atas. Macam biasa. 254 00:18:49,333 --> 00:18:51,541 Saya tak rasa nak pergi ke sana. 255 00:18:51,625 --> 00:18:52,666 Jadi, ke mana? 256 00:18:52,750 --> 00:18:53,666 Bagaimana Far Out? 257 00:18:53,750 --> 00:18:56,041 Far Out? Tak nak, malam ini Malam Kaki Ayam. 258 00:18:58,166 --> 00:19:00,250 Dia tak keluar dengan Jerome lagi? 259 00:19:00,750 --> 00:19:02,416 Budak lelaki dengan… 260 00:19:05,208 --> 00:19:06,166 Jenny. 261 00:19:08,166 --> 00:19:09,083 Jenny. 262 00:19:11,416 --> 00:19:14,375 Jenny, tolonglah. Mari bincangkannya. 263 00:19:14,458 --> 00:19:17,166 Tak nak. Awak asyik menipu saya. 264 00:19:17,250 --> 00:19:20,250 Saya tak asyik menipu awak. 265 00:19:20,958 --> 00:19:23,250 Okey, dengar sini. 266 00:19:25,250 --> 00:19:27,750 Ia bukan misi polis. 267 00:19:27,833 --> 00:19:32,500 Perjalanan ke Mallorca itu bukan urusan rasmi, tapi ia masih kerja. 268 00:19:32,583 --> 00:19:36,166 Itu bukan penipuan. Saya melindungi orang. Itu tugas saya. 269 00:19:36,250 --> 00:19:39,375 Apa patut saya buat? Biar pembunuh Stasi berleluasa? 270 00:19:39,458 --> 00:19:45,250 Semakin banyak saya dapat tahu, semakin saya sedar betapa besar kes ini. 271 00:19:45,333 --> 00:19:46,291 Ia besar, Jenny. 272 00:19:46,375 --> 00:19:48,750 Ini kes terbesar dalam hidup saya. Faham tak? 273 00:19:49,250 --> 00:19:50,666 Saya bercakap dengan Frederick. 274 00:19:51,833 --> 00:19:53,666 Baiklah, jadi awak intip saya. 275 00:19:53,750 --> 00:19:56,375 Buat apa kita berbincang jika awak tak nak dengar… 276 00:19:56,458 --> 00:19:59,916 Awak berhenti? Tanpa tanya saya? Begitu saja? 277 00:20:00,000 --> 00:20:03,500 Tidak, bukan "begitu saja". Saya cuba jelaskan kepada awak. 278 00:20:03,583 --> 00:20:05,041 - Ini untuk ego awak. - Itu… 279 00:20:05,125 --> 00:20:09,041 Awak heret saya, anak awak dan rakan sekerja awak sekali, okey? 280 00:20:09,125 --> 00:20:12,041 Sven, perhubungan bukan begitu. Ia… 281 00:20:12,125 --> 00:20:14,708 - Lupakannya. - Apa? Apa saya buat? 282 00:20:14,791 --> 00:20:17,666 - Saya tak cakap apa-apa. - Awak mengeluh. 283 00:20:17,750 --> 00:20:20,458 Saya selalu mengeluh. Kadangkala sepanjang hari. 284 00:20:20,541 --> 00:20:22,083 Itu keluhan jengkel! 285 00:20:22,166 --> 00:20:24,500 Kenapa awak tak boleh bangga dengan saya? 286 00:20:25,875 --> 00:20:28,208 Bangga saya terlibat dengan kes besar 287 00:20:28,291 --> 00:20:31,541 yang orang lain tak sedar, saya saja. 288 00:20:31,625 --> 00:20:35,166 Kes yang saya sangat yakin sehingga saya letak jawatan. 289 00:20:35,708 --> 00:20:38,250 Saya bersalah tentang duit itu, jadi maaf. 290 00:20:38,333 --> 00:20:42,625 Namun, saya perlu dibenarkan buat keputusan sendiri. 291 00:20:44,166 --> 00:20:47,000 Ya, saya bersendirian di Mallorca dan itu sukar difahami. 292 00:20:47,083 --> 00:20:50,625 Namun, awak tak perlu faham semua yang pasangan awak buat. 293 00:20:50,708 --> 00:20:52,791 Saya tak faham banyak yang awak buat juga. 294 00:20:54,291 --> 00:20:55,125 Contohnya? 295 00:20:55,833 --> 00:20:57,083 Contohnya… 296 00:21:00,833 --> 00:21:03,625 Kelas tarian jaz awak, contohnya. 297 00:21:04,583 --> 00:21:05,416 Kenapa? 298 00:21:09,833 --> 00:21:11,625 Awak memang tak guna. 299 00:21:12,875 --> 00:21:16,625 Jadi, awak rasa itu lebih baik daripada keluhan jengkel? 300 00:21:47,000 --> 00:21:51,375 Si gadis muda itu tidak mengetahui 301 00:21:51,458 --> 00:21:54,041 bahawa nama saya Kleo Straubi. 302 00:21:59,958 --> 00:22:05,250 Salam daripada puteri kek Gugelhupf, tuan menteri. 303 00:22:20,083 --> 00:22:20,958 Sven? 304 00:22:21,500 --> 00:22:23,833 - Ya? - Beri saya kunci kereta itu. 305 00:22:24,333 --> 00:22:25,750 Saya perlu guna kereta. 306 00:22:25,833 --> 00:22:27,416 Ya, tapi itu saya punya. 307 00:22:27,500 --> 00:22:30,083 - Biasanya awak naik basikal. - Jadi? 308 00:22:30,166 --> 00:22:34,333 Mungkin tiba-tiba saya nak ubah rutin saya. Begitu cara di sini, bukan? 309 00:22:34,916 --> 00:22:37,583 Saya mungkin akan memandu ke kelas tarian jaz malam ini. 310 00:22:37,666 --> 00:22:39,958 Biar betul? Ia empat blok dari sini. 311 00:22:40,041 --> 00:22:42,250 Jadi? Bukan saya yang mula buat hal. 312 00:22:42,333 --> 00:22:44,875 Tindakan awak kebudak-budakan. Tolonglah. 313 00:22:51,291 --> 00:22:53,541 Tak guna. Kunci rumah. 314 00:23:01,833 --> 00:23:03,375 Hei, tunggu. Jenny! 315 00:23:14,666 --> 00:23:17,000 Tak sangka awak beritahu Jenny saya berhenti. 316 00:23:17,500 --> 00:23:18,708 Saya cuma risau. 317 00:23:18,791 --> 00:23:21,125 Beritahu dia tak memudahkan keadaan. 318 00:23:23,208 --> 00:23:24,208 Saya bantu awak. 319 00:23:24,291 --> 00:23:27,458 Saya pula? Saya tunggu lama di sini dengan awak macam si bodoh. 320 00:23:27,541 --> 00:23:29,750 Ya, sebab kita… Lupakannya. 321 00:23:31,166 --> 00:23:32,875 Sini lebih bosan daripada arkib. 322 00:23:34,958 --> 00:23:37,458 - Sudah berapa lama lelaki itu di sini? - Lelaki apa? 323 00:23:37,958 --> 00:23:39,583 Lelaki di dalam kereta itu. 324 00:23:40,083 --> 00:23:41,166 Mana saya tahu. 325 00:23:41,833 --> 00:23:43,041 Alamak, dia ada binokular. 326 00:23:43,125 --> 00:23:46,291 - Awak pun sama. - Ya, tapi saya menyiasat. 327 00:23:46,375 --> 00:23:47,875 Tentu dia ekori dia juga. 328 00:23:49,708 --> 00:23:52,041 Dia beredar. Dia beredar, Freddy. 329 00:23:52,125 --> 00:23:54,708 Ya, tapi kita di sini sebab dia, bukan? 330 00:23:55,208 --> 00:23:57,541 Ya, tapi dia… Tak guna. 331 00:23:57,625 --> 00:24:00,041 Okey, ikut dia. Ayuh! 332 00:24:00,125 --> 00:24:01,666 Dia dah belok. Cepat! 333 00:24:47,875 --> 00:24:48,833 Awak nak satu? 334 00:24:58,041 --> 00:25:00,083 Yang lain tak nak main dengan awak? 335 00:25:00,708 --> 00:25:02,291 Budak-budak nakal. 336 00:25:03,000 --> 00:25:04,708 Boleh saya cuba? 337 00:25:04,791 --> 00:25:05,708 Tak boleh. 338 00:25:09,125 --> 00:25:10,666 Saya akan beri kepada awak. 339 00:25:10,750 --> 00:25:12,375 - Yakah? - Ya. 340 00:25:21,916 --> 00:25:25,125 Bangkit dan berjuang, berjuang 341 00:25:25,750 --> 00:25:30,291 Kita dilahirkan untuk berjuang 342 00:25:30,375 --> 00:25:34,125 Bangkit dan berjuang, berjuang 343 00:25:34,208 --> 00:25:38,000 Kami bersedia untuk berjuang 344 00:25:38,083 --> 00:25:44,708 Kami dah berjanji kepada Karl Liebknecht 345 00:25:44,791 --> 00:25:46,958 - Untuk Komrad Menteri. - Sudah tentu. 346 00:25:47,041 --> 00:25:51,541 Kami hulurkan bantuan Kepada Rosa Luxemburg 347 00:25:51,625 --> 00:25:54,666 Saya sedih sebab saya mungkin tak dapat membesar 348 00:25:54,750 --> 00:25:58,166 di Republik Demokratik Jerman, 349 00:25:58,250 --> 00:26:01,208 tapi Komrad Menteri tak patut sedih. 350 00:26:01,291 --> 00:26:04,416 Sebab itu saya buatkan kek dengan ibu saya. 351 00:26:06,666 --> 00:26:07,958 Bersedia. 352 00:26:08,041 --> 00:26:09,416 Sentiasa bersedia. 353 00:26:14,708 --> 00:26:15,750 Komrad Menteri? 354 00:26:23,916 --> 00:26:25,750 Daripada Perintis Muda. 355 00:26:25,833 --> 00:26:27,875 Gadis itu tahu sumbangan awak 356 00:26:27,958 --> 00:26:31,125 untuk negara pekerja dan orang desa, Komrad Menteri. 357 00:26:31,875 --> 00:26:34,958 Saya dah potongkan sebab pisau tak dibenarkan. 358 00:26:35,916 --> 00:26:38,000 Saya juga dah periksa tiada apa di dalamnya. 359 00:26:38,708 --> 00:26:42,125 Awak pun tahu itu peraturannya. 360 00:26:45,000 --> 00:26:47,458 Nikmatinya, Komrad Menteri. 361 00:28:19,541 --> 00:28:23,375 En. Mielke, dengar tak? Denyutan nadi lemah. Beri dia udara segar. 362 00:28:23,458 --> 00:28:25,583 - Dia terbaring kaku di selnya. - Helo? 363 00:28:26,083 --> 00:28:30,541 Nah, doktor. Keputusan makmal. Ujian dah dibuat dengan pantas di penjara. 364 00:28:31,458 --> 00:28:34,958 Tolong beri dopamin. Carbo activatus, 100 mg. Dia diracun. 365 00:28:35,458 --> 00:28:38,083 Buat persiapan tiub pemakanan dan intubasi. 366 00:28:38,166 --> 00:28:40,250 Segera ke unit rawatan rapi. 367 00:28:44,250 --> 00:28:46,375 Nampak agak usang. 368 00:28:55,666 --> 00:28:56,583 Itu dia? 369 00:28:57,208 --> 00:28:58,083 Ya. 370 00:29:05,875 --> 00:29:06,958 Apa yang dia buat? 371 00:29:07,583 --> 00:29:10,208 Saya rasa dia bagi kucing makan. 372 00:29:10,291 --> 00:29:11,708 Kenapa? 373 00:29:11,791 --> 00:29:14,333 Mari sini, kucing. 374 00:29:17,791 --> 00:29:19,125 Kucing. 375 00:29:24,666 --> 00:29:26,791 - Apa dia buat? Dia nak keluar? - Ya. 376 00:29:27,666 --> 00:29:28,958 - Alamak. - Dia ke mari. 377 00:29:29,041 --> 00:29:31,333 - Alamak! - Menyorok. 378 00:29:40,458 --> 00:29:43,166 - Dia dah pergi? - Saya tak rasa dia nampak kita. 379 00:29:43,833 --> 00:29:46,125 Syukurlah. 380 00:29:46,208 --> 00:29:48,791 Baiklah, ini peluang kita. Saya akan masuk. 381 00:29:48,875 --> 00:29:51,666 Awak nak ke mana? Kenapa? Svenny! 382 00:29:55,916 --> 00:29:57,958 Jangan masuk. 383 00:30:14,916 --> 00:30:16,000 Tak guna. 384 00:30:24,500 --> 00:30:25,375 JERMAN BARU 385 00:30:48,166 --> 00:30:49,500 Apa… 386 00:30:58,625 --> 00:30:59,458 Si aneh. 387 00:31:11,250 --> 00:31:14,541 Alamak. 388 00:31:16,666 --> 00:31:17,541 Alamak. 389 00:31:36,041 --> 00:31:36,875 En. Petzold? 390 00:31:36,958 --> 00:31:39,666 Saya tak buat apa-apa. 391 00:31:39,750 --> 00:31:41,708 Saya nak bercakap dengan awak. 392 00:31:41,791 --> 00:31:42,625 Okey. 393 00:31:51,000 --> 00:31:51,833 Siapa awak? 394 00:31:54,625 --> 00:31:56,500 Min Sun. Selamat berkenalan. 395 00:31:58,083 --> 00:31:58,916 BND? 396 00:31:59,000 --> 00:32:00,500 Kami tahu awak ekori dia. 397 00:32:01,000 --> 00:32:02,250 Siapa? 398 00:32:02,333 --> 00:32:03,541 Kleo Straub. 399 00:32:04,166 --> 00:32:05,291 Awak sangat bagus. 400 00:32:06,666 --> 00:32:10,208 Saya betul, bukan? Dia memang pembunuh Stasi. 401 00:32:11,625 --> 00:32:13,416 Kleo Straub ialah ahli… 402 00:32:13,500 --> 00:32:16,291 - Pasukan petugas menteri untuk isu khas. - Ya. 403 00:32:16,375 --> 00:32:19,666 Pasukan pembunuh Stasi. Setakat ini, itu saja kami tahu. 404 00:32:19,750 --> 00:32:22,458 Saya dah agak saya betul! Dia ahli! 405 00:32:25,416 --> 00:32:27,250 Tugas terakhirnya pada 1987. 406 00:32:27,333 --> 00:32:31,333 Di Big Eden. Bukan terlebih dos. Saya tahu! 407 00:32:31,416 --> 00:32:32,458 Jangan menjerit. 408 00:32:32,541 --> 00:32:33,500 Maafkan saya. 409 00:32:34,583 --> 00:32:36,291 - Awak saksi. - Ya. 410 00:32:36,791 --> 00:32:40,500 Saya jumpa mangsa. Saya tahu dia bunuh yang lain. Saya tahu. 411 00:32:41,000 --> 00:32:45,750 Kami mahu awak bantu kami. Terus ekori Kleo Straub dan cari maklumat. 412 00:32:48,041 --> 00:32:50,125 Awak rekrut saya masuk BND? 413 00:32:55,708 --> 00:32:57,125 Telefon saya. 414 00:32:57,208 --> 00:33:00,666 Ya, sudah tentu. 415 00:33:01,208 --> 00:33:04,541 Saya akan telefon sebaik saja… 416 00:33:20,458 --> 00:33:24,583 Nama saya Petzold. Sven Petzold. 417 00:33:27,208 --> 00:33:28,041 Alamak. 418 00:33:34,583 --> 00:33:35,875 Lantaklah. 419 00:33:49,041 --> 00:33:53,000 Hore. 420 00:33:56,541 --> 00:33:57,625 Bangun. 421 00:34:09,000 --> 00:34:10,291 Helo, tuan menteri. 422 00:34:10,791 --> 00:34:12,875 Tak bagus, bukan? 423 00:34:13,750 --> 00:34:15,791 Apabila tak berdaya. 424 00:34:17,458 --> 00:34:18,500 Apa yang berlaku? 425 00:34:18,583 --> 00:34:21,041 Sangat kecil dan lemah. 426 00:34:21,666 --> 00:34:23,000 Apa saya buat di sini? 427 00:34:23,083 --> 00:34:25,541 Awak diracun, kemudian diselamatkan 428 00:34:26,541 --> 00:34:28,500 oleh saya. 429 00:34:34,458 --> 00:34:39,166 Jangan, tuan menteri, jangan tekan penggera! 430 00:34:39,916 --> 00:34:41,250 Tuan menteri. 431 00:34:43,916 --> 00:34:48,791 Saya terima latihan terbaik di negara kita dengan komrad Pasukan Isu Khas, 432 00:34:48,875 --> 00:34:51,833 jadi tak mungkin saya lupa matikan penggera, bukan? 433 00:34:53,458 --> 00:34:56,500 - Kita saling kenal? - Ya, saya rasa begitu. 434 00:34:57,791 --> 00:34:59,083 Saya Kleo Straub. 435 00:35:01,791 --> 00:35:02,625 Kleo? 436 00:35:03,958 --> 00:35:05,208 Cucu Otto. 437 00:35:06,375 --> 00:35:07,291 Kenapa awak datang? 438 00:35:08,375 --> 00:35:12,041 Saya berkhidmat untuk negara seumur hidup dan pada tahun 1987, 439 00:35:12,125 --> 00:35:15,708 saya berjaya hapuskan ketua CIA di Big Eden, Berlin Barat. 440 00:35:15,791 --> 00:35:17,625 Kemudian saya dipenjarakan. 441 00:35:17,708 --> 00:35:18,958 Saya nak tahu kenapa. 442 00:35:20,458 --> 00:35:24,458 Ketua CIA di Berlin Barat tak dihapuskan. 443 00:35:24,541 --> 00:35:25,833 Dia masih hidup. 444 00:35:25,916 --> 00:35:29,166 Saya tak tahu kenapa awak dipenjarakan. Betul. 445 00:35:30,083 --> 00:35:33,875 - Jadi, siapa yang saya bunuh? - Saya betul-betul tak tahu, Kleo. 446 00:35:34,375 --> 00:35:37,458 Ada orang lain yang beri arahan, bukan saya. 447 00:35:39,541 --> 00:35:40,458 Siapa? 448 00:35:44,541 --> 00:35:47,208 Saya tak boleh beritahu awak, Kleo. 449 00:35:51,125 --> 00:35:54,916 Biar saya beritahu awak sesuatu, tuan menteri. 450 00:35:55,541 --> 00:35:58,875 Apabila tembak seseorang, tembaklah betul-betul. 451 00:35:58,958 --> 00:36:00,666 Saya pandai menembak. 452 00:36:03,958 --> 00:36:04,875 Baiklah. 453 00:36:06,708 --> 00:36:10,458 Orang yang arahkan ialah timbalan saya, datuk awak. 454 00:36:12,333 --> 00:36:14,208 Dia ejen kelas pertama. 455 00:36:14,291 --> 00:36:16,208 Jangan tipu! 456 00:36:16,291 --> 00:36:19,583 Buat apa saya nak tipu? Saya tak rugi apa-apa. 457 00:36:19,666 --> 00:36:22,041 Saya dah tua dan sakit. 458 00:36:22,125 --> 00:36:26,000 Semua yang saya usahakan sudah musnah. 459 00:36:26,083 --> 00:36:27,541 Tiada apa lagi! 460 00:36:30,791 --> 00:36:32,458 Saya orang tua. 461 00:36:33,708 --> 00:36:35,958 - Saya ada keluarga. - "Saya ada keluarga." 462 00:36:36,041 --> 00:36:39,166 Saya nak jumpa isteri dan anak-anak saya lagi. 463 00:36:40,291 --> 00:36:41,208 Anjing saya. 464 00:36:43,166 --> 00:36:45,083 Saya beritahu awak kebenaran. 465 00:36:45,166 --> 00:36:48,291 Datuk awak yang beri arahan. 466 00:36:51,041 --> 00:36:53,500 Saya tak pernah berniat untuk sakiti sesiapa. 467 00:36:54,000 --> 00:36:56,125 Saya sayang semua manusia. 468 00:36:58,166 --> 00:36:59,000 Kleo, 469 00:37:00,250 --> 00:37:02,833 saya boleh nampak awak orang yang baik. 470 00:37:03,625 --> 00:37:05,875 Tolonglah, Kleo. Tolonglah. 471 00:37:07,375 --> 00:37:08,875 Berhenti menangis. 472 00:37:09,625 --> 00:37:10,541 Okey. 473 00:37:12,250 --> 00:37:15,416 Namun, jika saya dapat tahu awak menipu, 474 00:37:16,458 --> 00:37:18,666 awak takkan jumpa keluarga awak lagi. 475 00:37:23,500 --> 00:37:24,333 Tolong! 476 00:37:25,666 --> 00:37:32,458 Tolong! Saya diserang! Seorang yang membahayakan masyarakat! 477 00:37:52,083 --> 00:37:54,125 Datuk awak yang beri arahan. 478 00:37:56,291 --> 00:37:57,958 Hai, Kleo. 479 00:37:58,666 --> 00:38:00,791 Saya datuk awak. 480 00:38:01,291 --> 00:38:03,458 Awak kena tabah sekarang. 481 00:38:09,583 --> 00:38:11,166 Atuk mengikut arahan. 482 00:38:13,791 --> 00:38:15,125 Atuk tiada pilihan. 483 00:38:15,750 --> 00:38:17,416 Atuk segalanya bagi saya. 484 00:38:31,125 --> 00:38:33,666 Atuk nak awak baca ini. 485 00:38:34,416 --> 00:38:35,250 Lenin? 486 00:38:45,333 --> 00:38:47,333 Kleo kesayanganku, 487 00:38:48,416 --> 00:38:51,958 banyak keputusan yang atuk perlu buat dalam hidup. 488 00:38:52,458 --> 00:38:56,750 Melepaskan awak ke penjara adalah yang paling sukar. 489 00:38:58,375 --> 00:39:00,875 Ada orang minta awak dihapuskan. 490 00:39:02,375 --> 00:39:04,750 Atuk dapat selamatkan awak daripada itu, 491 00:39:06,791 --> 00:39:08,458 tapi bukan daripada penjara. 492 00:39:09,375 --> 00:39:13,833 Awak hapuskan musuh dari Barat yang ada maklumat 493 00:39:13,916 --> 00:39:18,083 yang boleh menyebabkan kemusnahan RDJ dan seluruh dunia. 494 00:39:20,541 --> 00:39:22,916 Itu tak berlaku kerana awak. 495 00:39:25,375 --> 00:39:27,583 Awak tak buat salah. 496 00:39:33,416 --> 00:39:36,458 Jika awak baca surat ini, 497 00:39:37,791 --> 00:39:39,041 maafkanlah. 498 00:39:41,666 --> 00:39:43,958 Jika tidak, awak takkan pernah tenang. 499 00:39:54,750 --> 00:40:00,375 Bekas Menteri Keselamatan Negara Republik Demokratik Jerman sudah mati. 500 00:40:00,875 --> 00:40:03,916 Dia ditembak oleh penyerang misteri di Hospital Oskar Ziethen, 501 00:40:04,000 --> 00:40:07,458 tempat dia dihantar setelah jantungnya gagal berfungsi 502 00:40:07,541 --> 00:40:12,875 semasa dalam tahanan di Penjara Hohenschönhausen. 503 00:40:13,375 --> 00:40:17,750 Erich Mielke mati akibat kecederaannya. Pembunuhnya sedang diburu. 504 00:40:34,500 --> 00:40:36,875 Menteri, Kleo? Biar betul? 505 00:40:37,375 --> 00:40:39,625 Awak sedar apa maksudnya? 506 00:40:40,375 --> 00:40:42,833 Semua orang mencari awak. Seluruh firma. Semuanya. 507 00:40:42,916 --> 00:40:45,083 Mereka arahkan Uwe mencari awak. 508 00:40:46,541 --> 00:40:47,541 Andi? 509 00:40:50,875 --> 00:40:52,291 Saya bunuh atuk. 510 00:40:53,833 --> 00:40:54,666 Apa? 511 00:40:56,791 --> 00:40:59,583 Saya tahu, saya… 512 00:41:01,333 --> 00:41:03,125 Bertenang. 513 00:41:03,208 --> 00:41:04,208 Saya tak sengaja. 514 00:41:05,708 --> 00:41:08,875 - Bertenang. - Dia nak tembak saya. 515 00:41:09,583 --> 00:41:12,375 - Apa? - Dia tulis surat kepada saya. 516 00:41:13,125 --> 00:41:14,250 Surat apa? 517 00:41:14,333 --> 00:41:16,125 - Dia tulis surat. - Surat apa? 518 00:41:16,208 --> 00:41:18,083 Saya tak boleh bernafas. 519 00:41:18,166 --> 00:41:20,708 - Saya tak boleh bernafas. - Bertenang. 520 00:41:20,791 --> 00:41:21,833 Pandang saya! 521 00:41:26,083 --> 00:41:29,416 Mari sini. 522 00:41:30,333 --> 00:41:31,208 Semuanya akan okey. 523 00:41:32,208 --> 00:41:35,125 Ingat apa yang awak belajar. 524 00:41:37,791 --> 00:41:41,333 Apa isi kandungan surat itu? Pandang saya. 525 00:41:42,250 --> 00:41:43,833 Apa isi kandungannya? 526 00:41:56,291 --> 00:42:00,416 Awak mempertahankan diri, Kleo. Awak tiada pilihan dan dia faham. 527 00:42:00,916 --> 00:42:02,458 Betulkah saya tiada pilihan? 528 00:42:04,041 --> 00:42:07,125 Datuk saya ada pilihan, betul tak? 529 00:42:08,750 --> 00:42:10,958 Kita ada pilihan tak, Andi? 530 00:42:11,791 --> 00:42:16,208 Awak tak boleh bandingkan masa silam dan masa kini. 531 00:42:17,000 --> 00:42:20,541 Awak lebih tahu apa akibat orang yang buat pilihan yang salah. 532 00:42:20,625 --> 00:42:22,166 Orang yang dipanggil pengkhianat. 533 00:42:24,791 --> 00:42:26,791 Kenapa kita berjumpa di sini? 534 00:42:27,916 --> 00:42:29,791 Saya fikir… 535 00:42:32,541 --> 00:42:34,833 dah lama kita tak ke mari. 536 00:42:36,750 --> 00:42:37,916 Saya hamil ketika itu. 537 00:42:38,666 --> 00:42:39,500 Saya tahu. 538 00:42:43,583 --> 00:42:45,291 Saya betul-betul mahu anak itu. 539 00:42:47,791 --> 00:42:48,625 Saya gagal. 540 00:42:50,416 --> 00:42:52,291 Itu juga bukan salah awak. 541 00:43:00,875 --> 00:43:02,666 Kita masih ada satu sama lain. 542 00:43:03,916 --> 00:43:05,125 Saya cintakan awak. 543 00:43:05,791 --> 00:43:08,041 Saya sangat risaukan awak 544 00:43:08,625 --> 00:43:13,875 kerana masih ada orang yang akan buat apa saja untuk mempertahankan masa silam. 545 00:43:14,375 --> 00:43:16,083 Saya boleh dapatkan pasport. 546 00:43:16,583 --> 00:43:20,583 Rumah selamat di Kazakhstan masih wujud. Awak akan selamat di sana. 547 00:43:21,708 --> 00:43:23,958 Saya tak mahu apa-apa terjadi kepada awak. 548 00:43:25,250 --> 00:43:26,750 Tolong pergi esok. 549 00:43:29,833 --> 00:43:31,000 Maaf, saya… 550 00:43:32,125 --> 00:43:34,541 Tak apa. 551 00:43:42,625 --> 00:43:44,500 Awak nak telur dengan sos mustard? 552 00:43:45,666 --> 00:43:47,583 Ayuh. Nak berapa banyak? 553 00:43:48,583 --> 00:43:49,583 Tiga? 554 00:43:50,291 --> 00:43:51,166 Empat? 555 00:43:51,666 --> 00:43:52,916 Lima? 556 00:43:56,000 --> 00:43:57,625 Awak mudah menangis. 557 00:43:59,583 --> 00:44:00,625 Mungkin. 558 00:44:02,208 --> 00:44:03,375 Mungkin juga. 559 00:44:05,416 --> 00:44:06,875 Biar saya ambil telur. 560 00:44:24,083 --> 00:44:28,541 Ketua CIA di Berlin Barat tak dihapuskan. Dia masih hidup. 561 00:44:28,625 --> 00:44:32,083 Awak hapuskan musuh di Barat yang ada maklumat 562 00:44:32,166 --> 00:44:37,166 yang boleh memusnahkan RDJ dan seluruh dunia. 563 00:44:42,333 --> 00:44:43,166 Apa yang berlaku? 564 00:44:43,250 --> 00:44:46,833 Saya perlu tahu siapa yang saya bunuh di Big Eden. 565 00:44:49,958 --> 00:44:51,916 Kita perlukan polis Berlin Barat. 566 00:44:52,000 --> 00:44:54,125 - Kita tiada sesiapa. - Saya ada. 567 00:44:55,916 --> 00:45:00,291 - Bagaimana dengan Kazakhstan? - Tangguhkan dulu. Jangan risau. 568 00:45:42,583 --> 00:45:43,500 Komrad. 569 00:45:43,583 --> 00:45:46,833 Apa itu, Uwe? Sedapkah? 570 00:45:46,916 --> 00:45:48,166 Ini ikan dalam tin. 571 00:45:49,875 --> 00:45:51,000 Mielke dah mati. 572 00:45:51,625 --> 00:45:55,208 Saya fikir saya boleh pujuk Kleo untuk lupakannya, 573 00:45:55,291 --> 00:45:58,375 - tapi dia terus menyiasat. - Awak fikir apa akan terjadi? 574 00:45:58,458 --> 00:46:00,916 - Dia boleh buat apa saja. - Saya tahu, genius. 575 00:46:04,208 --> 00:46:05,375 Nak saya ambil alih? 576 00:46:06,500 --> 00:46:07,333 Ya. 577 00:46:08,041 --> 00:46:09,958 Pastikan dia berhenti menyiasat. 578 00:46:12,875 --> 00:46:14,000 Hei, Andi? 579 00:46:14,875 --> 00:46:16,875 Semua ini tentang apa sebenarnya? 580 00:46:20,666 --> 00:46:21,875 Bedebah. 581 00:49:12,625 --> 00:49:16,125 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S