1 00:00:41,167 --> 00:00:43,833 Apakah tanggungjawab seorang individu yang ada kuasa? 2 00:00:44,625 --> 00:00:49,625 Adakah mereka patut menahan diri daripada menyalahgunakan kuasa mereka? 3 00:00:50,083 --> 00:00:52,583 Atau patut melindungi mereka yang tak berdaya? 4 00:00:52,667 --> 00:00:53,750 Dua soalan retorik. 5 00:00:53,833 --> 00:00:55,917 Defendan menggunakan pengaruh besarnya 6 00:00:56,000 --> 00:01:00,792 dari segi politik dan wang demi keuntungan tanpa fikirkan keselamatan awam, 7 00:01:00,875 --> 00:01:03,750 -sehingga banyak nyawa terkorban. -Agak panjang lebar. 8 00:01:03,833 --> 00:01:07,208 Ini kerana mereka percaya mereka tak akan dipertanggungjawabkan. 9 00:01:07,292 --> 00:01:11,417 Kerana kuasa yang mereka ada akan melindungi mereka dari sebarang akibat. 10 00:01:11,833 --> 00:01:15,292 Tapi hari ini, para juri, anda boleh buktikan sebaliknya. 11 00:01:15,375 --> 00:01:16,208 Senyum sikit. 12 00:01:16,333 --> 00:01:18,417 Tunjuk yang mereka perlu tanggung akibat, 13 00:01:18,750 --> 00:01:21,000 kerana mereka yang ada paling banyak kuasa 14 00:01:21,875 --> 00:01:23,500 ada tanggungjawab yang besar. 15 00:01:23,917 --> 00:01:25,917 Awak akan menang kes ini. 16 00:01:26,292 --> 00:01:28,208 Awak pula tak membantu langsung. 17 00:01:28,292 --> 00:01:30,500 Lebih berkesan kalau saya yang cakap. 18 00:01:30,583 --> 00:01:33,667 Kita ada masa lagi nak ubah. Biar saya beri hujah penutup. 19 00:01:34,208 --> 00:01:36,083 Dennis, tahu tak saya akan bunuh awak 20 00:01:36,167 --> 00:01:38,708 dan Jen takkan dakwa saya. Saya akan terlepas. 21 00:01:38,792 --> 00:01:41,583 Sebab konflik kepentingan. Saya tak izinkan pembunuhan. 22 00:01:41,667 --> 00:01:43,792 Awak dengar cakap pembantu dari peguam? 23 00:01:43,875 --> 00:01:44,875 Ya. 24 00:01:44,958 --> 00:01:46,958 -Ini tak profesional. -Itu sangat bagus. 25 00:01:47,042 --> 00:01:48,500 -Sangat bagus. -Yakah? 26 00:01:48,583 --> 00:01:52,208 Cara awak gunakan kepentingan tanggungjawab sivil sebagai hujah penutup. 27 00:01:52,292 --> 00:01:53,792 Buat saya hampir menangis. 28 00:01:53,875 --> 00:01:55,917 Kena tambah dengan renungan tajam awak. 29 00:01:56,000 --> 00:01:58,292 Apa? Saya tak ada renungan yang begitu. 30 00:01:58,708 --> 00:01:59,542 Itu dia. 31 00:02:00,042 --> 00:02:01,750 -Sangat sempurna. -Okey. Yakah? 32 00:02:01,833 --> 00:02:03,375 -Awak rasa begitu? -Ya. 33 00:02:03,458 --> 00:02:05,208 Menakjubkan. Ia hebat. 34 00:02:05,292 --> 00:02:09,250 Jen, ada sebab kenapa awak dipilih untuk lawan GLK dan H. 35 00:02:09,333 --> 00:02:11,542 Awak semakin hebat. Ini bagus. 36 00:02:11,625 --> 00:02:14,167 Awak pasti akan jadi Pendakwa Raya satu hari nanti. 37 00:02:14,250 --> 00:02:18,000 Mungkin satu hari nanti. Sekarang, saya cuma harap 38 00:02:18,625 --> 00:02:20,458 -saya menang kes ini. -Pasti menang. 39 00:02:20,542 --> 00:02:24,000 Kalau tak menang, awak boleh bertukar jadi Hulk. 40 00:02:24,083 --> 00:02:25,083 Buat semua terkejut? 41 00:02:25,167 --> 00:02:28,625 Saya cuma nak guna ilmu perundangan untuk menang kes ini. 42 00:02:28,708 --> 00:02:29,750 Tidak, Jen. 43 00:02:29,833 --> 00:02:31,750 -Tidak? -Itu tak kelakar, Jen. 44 00:02:31,833 --> 00:02:33,583 -Saya cuma beritahu awak. -Ya. 45 00:02:34,375 --> 00:02:35,375 Tunggu sebentar. 46 00:02:37,333 --> 00:02:41,542 Ya, tentang hal itu. Memang betul saya Hulk. 47 00:02:41,625 --> 00:02:43,583 Saya tak rasa awak boleh fokus dengan 48 00:02:43,667 --> 00:02:46,625 rancangan peguam ini selagi tak faham tentang semua itu. 49 00:02:46,708 --> 00:02:48,250 Saya akan ceritakan dari awal. 50 00:02:49,083 --> 00:02:52,083 Beberapa bulan lepas, saya bersama dengan sepupu saya, Bruce. 51 00:02:52,167 --> 00:02:53,042 BEBERAPA BULAN YANG LALU 52 00:02:53,125 --> 00:02:55,500 Ia berkesan. Maksud saya, tangan saya mula sembuh. 53 00:02:55,583 --> 00:02:58,292 -Tiada siapa sangka... -Ya, Bruce yang itu. 54 00:02:58,375 --> 00:03:02,125 Itu semua sebab saya buat satu alat yang boleh kekalkan bentuk manusia saya. 55 00:03:02,667 --> 00:03:05,833 Itu jawapan paling panjang untuk soalan, "Apa khabar." 56 00:03:05,917 --> 00:03:08,583 Awak tanya saya, saya jawablah. 57 00:03:09,167 --> 00:03:11,042 Ini apa? 58 00:03:11,625 --> 00:03:13,375 -Cheetos dengan penyepit? -Ya. 59 00:03:13,458 --> 00:03:15,125 Supaya jari tak kotor. 60 00:03:15,792 --> 00:03:19,667 -Bijak juga awak. -Bukan awak seorang genius dalam keluarga. 61 00:03:19,958 --> 00:03:22,208 Chad juga seorang genius. 62 00:03:22,292 --> 00:03:26,125 Baiklah, kembali kepada apa yang saya cakap tentang teori saya. 63 00:03:26,208 --> 00:03:27,250 Oh, Tuhan. 64 00:03:27,333 --> 00:03:30,833 Steve Rogers tiada teman wanita sebelum masuk tentera. 65 00:03:30,917 --> 00:03:33,042 -Siapa cakap begitu? -History Channel. 66 00:03:33,125 --> 00:03:35,042 Selepas itu, dia jadi Captain America. 67 00:03:35,125 --> 00:03:37,333 Sejak saat itu, sebagai simbol Amerika, 68 00:03:37,417 --> 00:03:40,417 dia berjuang di barisan hadapan dan jadi wira perang. 69 00:03:40,500 --> 00:03:43,708 -Selepas itu, dia dibekukan dalam ais. -Ya. 70 00:03:43,792 --> 00:03:45,708 Berdasarkan apa yang awak cakap, 71 00:03:46,292 --> 00:03:49,458 selepas dia keluar dari ais, dia pergi bantu selesaikan banyak 72 00:03:49,542 --> 00:03:51,125 malapetaka yang mengancam dunia. 73 00:03:51,208 --> 00:03:53,875 Masa itu dia bukan orang yang dikehendaki, bukan? 74 00:03:53,958 --> 00:03:57,708 Nampaknya dia memang sibuk orangnya. 75 00:03:57,792 --> 00:03:59,500 Awak cuma ulang balik semua yang 76 00:03:59,583 --> 00:04:01,708 saya beritahu tentang kawan-kawan saya. 77 00:04:01,792 --> 00:04:04,958 -Yang jelas, Captain America masih teruna. -Hati-hati! 78 00:04:37,667 --> 00:04:38,500 Bruce. 79 00:04:47,708 --> 00:04:48,542 Bruce. 80 00:04:52,167 --> 00:04:53,208 Okey. 81 00:04:53,500 --> 00:04:54,333 Okey. 82 00:04:54,417 --> 00:04:56,542 Jangan, Jen. Saya berdarah. 83 00:04:57,250 --> 00:04:58,667 Perencat itu. 84 00:04:59,250 --> 00:05:01,333 Jen, jangan dekat. Saya berdarah. 85 00:05:01,417 --> 00:05:02,750 Pergi. 86 00:05:46,667 --> 00:05:49,875 IDEAL Bar Sukan 87 00:06:37,042 --> 00:06:38,208 Apa yang berlaku? 88 00:06:38,292 --> 00:06:39,708 Siapa yang buat ni? 89 00:06:39,792 --> 00:06:40,792 Awak tak apa-apa? 90 00:06:40,875 --> 00:06:43,583 Bukan apa, siapa pun dia, orang itu tak sayangkan awak. 91 00:06:43,667 --> 00:06:45,917 Awak tak perlukan dia. Atau mereka. 92 00:06:46,000 --> 00:06:47,792 Awak perlu kasut. Ini tandas awam. 93 00:06:47,875 --> 00:06:49,958 Betul. Ambil ini. Gunakannya. 94 00:06:51,375 --> 00:06:52,208 Pakai ini juga. 95 00:06:52,292 --> 00:06:54,875 Terima kasih. Saya cuma nak bersihkan diri sikit. 96 00:06:54,958 --> 00:06:56,292 Saya tak perlukan solekan. 97 00:06:56,375 --> 00:06:58,750 -Awak perlukannya. -Awak ada tempat nak pergi? 98 00:06:59,125 --> 00:07:03,583 Saya perlu hubungi sepupu saya untuk datang ambil saya. Boleh pinjam telefon? 99 00:07:03,667 --> 00:07:05,583 Sudah tentu boleh. Ini dia. 100 00:07:08,292 --> 00:07:10,708 -Okey, kami dah tutup. -Malam yang menyeronokkan. 101 00:07:10,792 --> 00:07:12,875 -Jaga diri. -Kita nak ke mana sekarang? 102 00:07:12,958 --> 00:07:15,125 -Saya tak tahu. Dia yang pegang kunci. -Hei. 103 00:07:15,917 --> 00:07:16,833 Apa khabar? 104 00:07:17,792 --> 00:07:19,458 -Apa khabar? -Baik, terima kasih. 105 00:07:19,542 --> 00:07:20,583 Awak seorang diri? 106 00:07:21,042 --> 00:07:23,292 -Saya sedang menunggu orang. -Siapa nama awak? 107 00:07:23,375 --> 00:07:26,083 -Teman lelaki saya dah nak sampai. -Awak nak ke mana? 108 00:07:26,167 --> 00:07:27,167 Biar kami teman. 109 00:07:27,250 --> 00:07:29,250 Hei, kami cuma nak berkawan. 110 00:07:29,333 --> 00:07:32,042 -Awak nak pergi mana? -Apa? Ingat awak hebat sangat? 111 00:08:18,292 --> 00:08:19,125 Helo? 112 00:08:33,542 --> 00:08:34,458 Helo? 113 00:08:45,125 --> 00:08:46,042 Helo? 114 00:08:54,417 --> 00:08:55,250 Helo? 115 00:08:57,708 --> 00:08:58,583 Selamat pagi. 116 00:08:59,292 --> 00:09:01,208 Maaf, saya perlu buat kerja sikit. 117 00:09:01,625 --> 00:09:03,042 Awak jadi Hulk balik. 118 00:09:03,125 --> 00:09:04,208 Hulk Pintar. 119 00:09:06,042 --> 00:09:07,542 Ya. Bukan saya bagi nama itu. 120 00:09:07,625 --> 00:09:10,125 Tiba-tiba orang panggil saya begitu. 121 00:09:11,292 --> 00:09:12,542 Kita di mana? 122 00:09:12,958 --> 00:09:14,042 Mexico. 123 00:09:14,333 --> 00:09:17,333 Jangan risau. Ibu bapa awak tahu. Mereka tahu kita okey. 124 00:09:18,125 --> 00:09:20,583 Saya habiskan masa di sini ketika Blip 125 00:09:20,667 --> 00:09:23,000 dan berjaya gabungkan identiti Hulk-Banner. 126 00:09:23,083 --> 00:09:27,208 Di makmal rumah pantai kecil ini. 127 00:09:27,833 --> 00:09:30,417 Ya. Tony buatkan untuk saya bertahun dulu. 128 00:09:30,917 --> 00:09:33,667 -Tony Stark. -Ya. 129 00:09:34,083 --> 00:09:35,667 Dia cakap dia cuma pinjamkannya 130 00:09:35,750 --> 00:09:38,500 dan akan datang dan ambil balik tempat ini. 131 00:09:41,250 --> 00:09:42,458 Awak tak apa-apa? 132 00:09:45,208 --> 00:09:46,292 Tunggu. 133 00:09:47,167 --> 00:09:49,208 -Adakah kita terlanggar kapal angkasa? -Ya. 134 00:09:49,292 --> 00:09:51,292 Kapal utusan Sakaaran Kelas-Lapan. 135 00:09:51,375 --> 00:09:53,208 Mereka mungkin nak sampaikan mesej. 136 00:09:53,292 --> 00:09:54,875 Saya akan siasat hal itu. 137 00:09:54,958 --> 00:09:57,667 Benda pelik-pelik selalu muncul bila jadi Hulk. 138 00:09:57,750 --> 00:09:59,625 Tapi kita kena uruskan awak dulu. 139 00:10:00,292 --> 00:10:02,500 Saya? Kenapa dengan saya? 140 00:10:05,750 --> 00:10:06,750 Saya bertukar. 141 00:10:08,542 --> 00:10:09,375 Dengar. 142 00:10:09,833 --> 00:10:10,958 Maafkan saya. 143 00:10:11,042 --> 00:10:12,292 Saya cuba bagi amaran. 144 00:10:12,750 --> 00:10:14,375 Darah saya dah masuk badan awak. 145 00:10:14,500 --> 00:10:18,917 Selepas kemalangan itu, awak terkena dos radiasi gama yang boleh membawa maut. 146 00:10:19,000 --> 00:10:20,000 Boleh bawa maut? 147 00:10:20,375 --> 00:10:21,625 Bermakna saya akan mati? 148 00:10:21,708 --> 00:10:24,125 Tidak, ada lagi yang perlu saya jelaskan. 149 00:10:24,208 --> 00:10:25,625 Awak tak patut berhenti 150 00:10:25,708 --> 00:10:27,792 -di situ, Bruce! -Baiklah. 151 00:10:28,333 --> 00:10:29,333 Tengok. 152 00:10:30,458 --> 00:10:34,542 Kita berdua ada faktor genetik aneh 153 00:10:34,625 --> 00:10:38,042 yang membolehkan kita sintesiskan radiasi gama 154 00:10:38,708 --> 00:10:40,042 ke sesuatu yang lain. 155 00:10:40,417 --> 00:10:43,792 Sekarang, saya juga boleh jadi Hulk. 156 00:10:43,875 --> 00:10:45,500 Saya dah analisis darah awak. 157 00:10:45,583 --> 00:10:47,792 Dengan cara ia sintesiskan gama, 158 00:10:47,875 --> 00:10:50,792 saya dapat sembuhkan luka pada tangan saya sepenuhnya. 159 00:10:52,208 --> 00:10:53,500 Sebab saya lebih bagus? 160 00:10:54,625 --> 00:10:56,208 Berbeza sebenarnya. 161 00:10:56,458 --> 00:10:57,292 Lebih bagus, kan? 162 00:10:57,375 --> 00:11:00,042 Pendek kata, tangan saya dah sembuh. 163 00:11:00,125 --> 00:11:02,792 Saya dah boleh jadi diri saya yang sebelum ini. 164 00:11:03,375 --> 00:11:04,375 Hulk Angkuh. 165 00:11:05,000 --> 00:11:05,833 Hulk Pintar. 166 00:11:05,917 --> 00:11:08,333 Agak angkuh untuk panggil diri sendiri pintar. 167 00:11:08,417 --> 00:11:09,750 Bukan saya bagi nama itu. 168 00:11:09,833 --> 00:11:11,542 Awak guna, maknanya awak setuju. 169 00:11:11,625 --> 00:11:12,750 Jangan nak mulakan. 170 00:11:13,375 --> 00:11:17,417 Selepas menganalisis sampel darah awak... 171 00:11:25,292 --> 00:11:26,542 Dramatik betul. 172 00:11:27,500 --> 00:11:29,750 Terlalu bahaya kalau awak pergi ke luar sana, 173 00:11:29,833 --> 00:11:33,208 sebab ada kemungkinan darah ni diguna untuk cipta satu lagi hulk. 174 00:11:33,292 --> 00:11:35,500 Okey. Awak dah analisis semua benda. 175 00:11:35,583 --> 00:11:37,875 Cepat rawat saya. Saya nak jadi normal balik. 176 00:11:37,958 --> 00:11:41,292 Jen, ia tak boleh dihapuskan. 177 00:11:41,375 --> 00:11:42,458 Apa maksud awak? 178 00:11:42,542 --> 00:11:45,500 Berikan peranti yang awak guna untuk kekal jadi manusia. 179 00:11:45,583 --> 00:11:47,625 Peranti itu cuma prototaip. 180 00:11:47,708 --> 00:11:50,125 -Disesuaikan untuk... -Bagus. Buatkan saya satu. 181 00:11:50,208 --> 00:11:51,958 Jadikannya sesuai untuk saya. 182 00:11:52,042 --> 00:11:53,625 -Saya tak boleh, Jen. -Awak boleh. 183 00:11:53,708 --> 00:11:56,417 Jen, bertahun-tahun saya bergelut dengan benda ini. 184 00:11:56,500 --> 00:11:59,333 Saya cuma boleh gabungkan dua identiti saya. 185 00:11:59,417 --> 00:12:02,292 Kalau awak bagi masa, kita boleh buat begitu untuk awak. 186 00:12:02,375 --> 00:12:05,042 Tak, saya betul-betul tak mahu jadi Hulk. 187 00:12:05,125 --> 00:12:07,125 Saya baru dapat pejabat sendiri. 188 00:12:07,208 --> 00:12:08,917 -Jen, ini dia. -Saya ada kad nama. 189 00:12:09,042 --> 00:12:11,625 Awak tak boleh kembali seperti dulu lagi. 190 00:12:13,750 --> 00:12:14,583 Apa? 191 00:12:15,708 --> 00:12:17,417 Kenapa, Jen? Awak perlukan apa? 192 00:12:18,708 --> 00:12:19,542 Saya perlukan... 193 00:12:28,500 --> 00:12:29,500 Rasa lebih baik? 194 00:12:32,083 --> 00:12:32,917 Dengar sini... 195 00:12:35,833 --> 00:12:37,208 Sukar untuk diterima, 196 00:12:37,292 --> 00:12:40,125 tapi awak terpaksa ubah gaya hidup awak. 197 00:12:40,792 --> 00:12:44,042 Elak dari situasi yang beri tekanan, jangan pergi jumpa orang... 198 00:12:44,125 --> 00:12:46,583 Tak boleh. Macam mana saya nak buat kerja saya? 199 00:12:46,708 --> 00:12:48,750 Awak tak boleh pergi kerja. 200 00:12:50,583 --> 00:12:53,875 Awak perlu duduk di sini sampai awak boleh kawal diri Hulk awak. 201 00:12:54,000 --> 00:12:55,458 Itu ambil masa berapa lama? 202 00:12:56,375 --> 00:13:00,083 Ini semua memerlukan usaha beberapa tahun 203 00:13:00,167 --> 00:13:02,333 untuk terima hakikat yang awak ini Hulk. 204 00:13:02,417 --> 00:13:05,333 Saya dah catat semua langkah sepanjang evolusi saya. 205 00:13:05,417 --> 00:13:09,000 Saya tak sangka ia akan jadi sumber rujukan, tapi ini dia. 206 00:13:09,083 --> 00:13:11,542 Dengan bantuan saya, mudah-mudahan, 207 00:13:11,625 --> 00:13:13,958 proses awak lebih cepat daripada saya. 208 00:13:14,500 --> 00:13:16,042 Awak cakap "beberapa tahun?" 209 00:13:16,958 --> 00:13:18,750 Dalam 15 tahun, lebih kurang. 210 00:13:18,833 --> 00:13:19,667 Lima belas tahun? 211 00:13:19,750 --> 00:13:22,333 Keutamaan kita ialah mengawal bila awak bertukar. 212 00:13:26,792 --> 00:13:30,167 Bukankah kita sepatutnya halang saya daripada bertukar jadi Hulk? 213 00:13:30,667 --> 00:13:34,042 Transformasi ini tercetus apabila emosi awak terganggu 214 00:13:34,125 --> 00:13:37,375 jadi kita kena tahu tahap yang akan mencetuskannya pada awak. 215 00:13:37,458 --> 00:13:39,083 Buka cerita Pixar. 216 00:13:39,167 --> 00:13:42,708 Ketika Bing Bong terjun dari kereta sorong dalam Inside Out. 217 00:13:42,792 --> 00:13:43,958 Bing Bong. Tidak. 218 00:13:44,042 --> 00:13:44,875 Berhenti. 219 00:13:45,500 --> 00:13:46,333 Saya kena fokus. 220 00:13:47,250 --> 00:13:49,042 Pencetusnya kemarahan dan ketakutan. 221 00:13:49,625 --> 00:13:53,208 Tapi itu memang sifat sedia ada yang ada pada setiap perempuan. 222 00:13:53,292 --> 00:13:54,500 Mari kita cuba ini. 223 00:13:58,625 --> 00:13:59,458 Bruce. 224 00:14:02,000 --> 00:14:04,667 Saya rasa kalau saya tak bertukar, saya akan mati. 225 00:14:04,750 --> 00:14:06,125 Awak ada rancangan lain? 226 00:14:06,208 --> 00:14:07,667 -Tidak. -Tidak? 227 00:14:07,750 --> 00:14:09,625 Ini tak kelakar, Bruce. 228 00:14:09,708 --> 00:14:11,083 Awak nak bunuh saya? 229 00:14:11,167 --> 00:14:13,708 -Pakai helmet itu. Kita perlukan data! -Ia takkan jadi! 230 00:14:14,458 --> 00:14:16,958 Awak selalu guna ruang ini untuk apa? 231 00:14:21,250 --> 00:14:23,833 Ya! Ya. 232 00:14:23,917 --> 00:14:25,167 Tidak. 233 00:14:25,250 --> 00:14:26,875 Jangan. 234 00:14:28,000 --> 00:14:28,833 Jangan. 235 00:14:30,167 --> 00:14:31,542 Tidak. 236 00:14:34,708 --> 00:14:36,625 Bawa bertenang, Jen. 237 00:14:37,500 --> 00:14:38,333 Bertenang. 238 00:14:38,500 --> 00:14:40,833 Kenapa cakap dengan saya macam saya kuda liar? 239 00:14:41,458 --> 00:14:42,292 Jen? 240 00:14:42,542 --> 00:14:43,542 Ya? 241 00:14:44,125 --> 00:14:47,375 Tunggu. Awak masih Jen sekarang? 242 00:14:47,458 --> 00:14:48,667 Ya. 243 00:14:49,500 --> 00:14:50,792 Saya masih sedar. 244 00:14:51,083 --> 00:14:53,458 Ini mengagumkan. Awak tiada personaliti kedua. 245 00:14:53,542 --> 00:14:54,917 Awak seorang dalam badan itu? 246 00:14:55,250 --> 00:14:56,875 Setakat yang saya tahu. 247 00:14:57,250 --> 00:14:58,667 Ini memang bagus, Jen. 248 00:14:58,750 --> 00:14:59,833 Saya rasa cemburu. 249 00:14:59,917 --> 00:15:01,958 Adakah itu perasaan saya? Saya rasa... 250 00:15:02,875 --> 00:15:05,833 Awak tak perlu berebut dengan orang lain selama 10 tahun. 251 00:15:06,833 --> 00:15:07,667 Bagus. 252 00:15:08,875 --> 00:15:09,708 Hei. 253 00:15:09,792 --> 00:15:14,125 Itu semua kerosakan yang bernilai berjuta-juta dolar. 254 00:15:15,333 --> 00:15:18,750 Awak betul-betul tak rasa ada orang lain cuba mengawal diri awak? 255 00:15:20,833 --> 00:15:21,667 Tiada. 256 00:15:22,208 --> 00:15:23,333 Cuma ada saya. 257 00:15:23,917 --> 00:15:27,458 Pada mulanya, ia begitu kuat sehingga saya tak ingat apa yang berlaku. 258 00:15:27,542 --> 00:15:31,167 Sekarang, saya dah dapat biasakan diri. 259 00:15:32,083 --> 00:15:32,917 Baiklah. 260 00:15:34,125 --> 00:15:37,583 Nampaknya kita boleh langkau semua ini. 261 00:15:38,750 --> 00:15:41,000 Nampaknya saya dah selesai di sini. 262 00:15:42,167 --> 00:15:43,083 Belum lagi. 263 00:15:43,583 --> 00:15:47,125 Awak masih tak boleh kawal bila awak bertukar. 264 00:15:47,208 --> 00:15:49,833 Baiklah. Bagaimana saya boleh kembali jadi Jen? 265 00:15:49,917 --> 00:15:51,250 Bagaimana awak lakukannya? 266 00:15:51,333 --> 00:15:54,833 Selalunya bila terjatuh dari jet, atau dipukul robot sampai pengsan, 267 00:15:54,917 --> 00:15:56,125 dan bangun sebagai Banner. 268 00:15:56,208 --> 00:16:00,250 Ada satu masa, Natasha tenangkan saya dengan cara dia tersendiri. 269 00:16:00,583 --> 00:16:02,375 Terangkan balik bagaimana ia berkesan. 270 00:16:03,042 --> 00:16:04,875 Saya tiada penjelasan yang bagus. 271 00:16:04,958 --> 00:16:08,250 Nampaknya awak akan berubah balik selepas awak tak sedarkan diri. 272 00:16:08,333 --> 00:16:09,417 Tak semestinya. 273 00:16:09,500 --> 00:16:12,250 Pernah sekali, saya terpaksa jadi Hulk selama dua tahun. 274 00:16:13,708 --> 00:16:14,792 Itu di angkasa lepas. 275 00:16:14,875 --> 00:16:18,458 -Saya tak boleh begini untuk dua tahun. -Saya cakap "pernah sekali." 276 00:16:20,708 --> 00:16:23,375 Banyak yang awak kena belajar tentang menjadi Hulk. 277 00:16:23,458 --> 00:16:27,458 Saya rasa awak tak tahu betapa bahayanya kuasa yang kita ada. 278 00:16:27,542 --> 00:16:30,042 Kita boleh cetuskan banyak kerosakan. 279 00:16:30,750 --> 00:16:34,375 Sekali kita tak berjaya kawal diri kita, buruk padahnya. 280 00:16:34,458 --> 00:16:36,125 Baiklah, saya akan berhati-hati. 281 00:16:36,208 --> 00:16:38,292 Awak tak boleh ikut perasaan awak. 282 00:16:38,375 --> 00:16:40,083 Jangan kata baran Hulk, 283 00:16:40,417 --> 00:16:44,083 rasa marah biasa pun boleh hancurkan segalanya 284 00:16:44,167 --> 00:16:45,250 dan orang sekeliling kita 285 00:16:45,333 --> 00:16:48,792 Ingat. Apabila orang anggap awak raksasa, 286 00:16:48,875 --> 00:16:50,333 akan melekat sampai bila-bila. 287 00:16:51,750 --> 00:16:52,667 Baiklah. 288 00:16:53,542 --> 00:16:57,042 Tolong ajar saya jadi Hulk. 289 00:16:58,375 --> 00:17:00,583 Ini adalah terapi tingkah laku dialektik. 290 00:17:00,667 --> 00:17:04,375 Ia bantu kawal dua personaliti berbeza pada masa yang sama. 291 00:17:04,458 --> 00:17:08,167 Mula-mula, kita perlu tenangkan minda dengan beberapa teknik yoga. 292 00:17:08,250 --> 00:17:11,292 Tak sangka awak layan benda kerohanian ini. 293 00:17:12,042 --> 00:17:16,333 Terapi tingkah laku dialektikal adalah satu psikoterapi yang berasaskan bukti. 294 00:17:16,417 --> 00:17:18,292 Ia klinikal, bukan kerohanian. 295 00:17:19,333 --> 00:17:21,750 Sekarang tenangkan fikiran, cuba relaks, 296 00:17:21,833 --> 00:17:23,458 duduk bersila kalau lebih selesa, 297 00:17:23,542 --> 00:17:24,708 tahan dari buang angin. 298 00:17:24,792 --> 00:17:26,083 Namaste . 299 00:17:26,167 --> 00:17:27,625 Ia lebih kepada ketenangan. 300 00:17:28,208 --> 00:17:30,292 Terima situasi yang kita hadapi. 301 00:17:30,375 --> 00:17:32,917 Saya ingatkan saya akan dapat punggung yang cantik. 302 00:17:33,292 --> 00:17:34,208 Tepuk sikit. 303 00:17:34,292 --> 00:17:35,500 Jen, saya sepupu awak. 304 00:17:35,583 --> 00:17:36,792 Tutup mata dan bernafas. 305 00:17:37,875 --> 00:17:39,917 Nampaknya awak belum bersedia untuk ini. 306 00:17:40,000 --> 00:17:43,208 Apa kata awak pergi berehat. Esok kita cuba cara lain. 307 00:17:54,500 --> 00:17:56,583 Terkejut saya. Kenapa awak buat begitu? 308 00:17:56,667 --> 00:17:58,917 Boleh kawal lagi? Tiada rasa marah yang membuak? 309 00:17:59,000 --> 00:18:01,167 Tiada, cuma rasa marah biasa! 310 00:18:01,250 --> 00:18:03,500 Awak bertukar jadi Jen ketika awak tidur. 311 00:18:03,583 --> 00:18:05,125 Perlukah bunyikan hon itu? 312 00:18:05,208 --> 00:18:07,292 Ia untuk hiburan saya. 313 00:18:07,375 --> 00:18:10,375 Awak perlu perkukuhkan semua perabot di rumah awak. 314 00:18:10,458 --> 00:18:14,625 Jangan sesekali fikir nak pindah ke rumah yang silingnya rendah. 315 00:18:15,458 --> 00:18:16,292 Percayalah. 316 00:18:21,208 --> 00:18:25,833 Awak perlukan dua almari pakaian. Satu untuk Jen, satu untuk diri Hulk awak. 317 00:18:26,167 --> 00:18:27,458 Siapa kawan baik awak? 318 00:18:27,833 --> 00:18:28,750 Nikki. 319 00:18:29,333 --> 00:18:30,333 Spandeks. 320 00:18:30,833 --> 00:18:32,583 Spandeks ialah kawan baik awak. 321 00:18:32,875 --> 00:18:35,750 Baling batu. Baling saja batu. Sangat senang. 322 00:18:38,375 --> 00:18:40,625 -Saya? -Ya, ambil mana-mana batu kecil 323 00:18:40,708 --> 00:18:42,583 dan jangan nak beria-ia sangat. 324 00:18:46,500 --> 00:18:47,375 Ya! 325 00:18:47,625 --> 00:18:48,625 Yalah. 326 00:18:53,708 --> 00:18:55,750 -Bagus. -Hanya nak tunjuk cara betul. 327 00:18:55,833 --> 00:18:57,083 -Saya nampak. -Yakah? 328 00:19:02,458 --> 00:19:05,542 Lelaki! 329 00:19:06,042 --> 00:19:08,625 Jadi Hulk perlukan keseimbangan. 330 00:19:15,542 --> 00:19:16,875 Hentak tanah! 331 00:19:24,833 --> 00:19:25,667 Sangat mudah. 332 00:19:27,917 --> 00:19:28,792 Berlagak. 333 00:19:32,083 --> 00:19:33,417 Teruk betul. 334 00:19:33,500 --> 00:19:34,333 Memang pun. 335 00:19:34,417 --> 00:19:36,583 Saya dah pandai buat semua ini sekarang. 336 00:19:36,667 --> 00:19:38,917 Bergunakah semua ini untuk jadi peguam? 337 00:19:39,000 --> 00:19:42,792 Jen, bila ada seperti kuasa ini, awak dan semua orang yang awak sayang 338 00:19:42,875 --> 00:19:44,417 akan selalu jadi sasaran. 339 00:19:44,500 --> 00:19:46,708 Eloklah. Semakin hancur hidup saya. 340 00:19:46,792 --> 00:19:48,375 -Terima kasih, Bruce. -Baiklah. 341 00:19:48,458 --> 00:19:51,708 Saya asyik tunjuk keburukan jadi Hulk, 342 00:19:51,792 --> 00:19:54,458 tapi jadi Hulk ada juga kebaikannya. 343 00:19:56,292 --> 00:20:00,333 Badan Hulk bakar alkohol pada kadar yang sangat cepat. 344 00:20:00,958 --> 00:20:06,167 Bermakna kita boleh minum banyak tanpa rasa mabuk. 345 00:20:08,875 --> 00:20:10,375 Rasa seronok, tak perlu muntah. 346 00:20:11,250 --> 00:20:12,333 Itu bagus. 347 00:20:20,458 --> 00:20:23,708 -Awak buat bar ini sendiri? -Ya. 348 00:20:24,292 --> 00:20:26,583 -Mengagumkan. -Ya, saya dengan Tony. 349 00:20:27,083 --> 00:20:31,083 Tony selalu minum, duduk dan merungut tentang Steve. 350 00:20:31,167 --> 00:20:32,917 Steve. 351 00:20:34,542 --> 00:20:36,500 Saat indah di waktu yang sukar. 352 00:20:39,708 --> 00:20:41,875 Untuk saat indah di waktu yang sukar. 353 00:20:43,542 --> 00:20:44,375 Minum untuk itu. 354 00:20:55,458 --> 00:20:57,125 Bruce, awak tak cakap tentang 355 00:20:57,208 --> 00:20:59,333 rasa pening yang teruk selepas minum. 356 00:21:00,417 --> 00:21:02,167 Saya patut tulis dalam buku saya. 357 00:21:05,375 --> 00:21:06,625 Jumpa awak di luar. 358 00:21:13,667 --> 00:21:15,708 Dengar deruan ombak itu. 359 00:21:16,875 --> 00:21:18,750 Tarik nafas. Tenangkan diri. 360 00:21:25,542 --> 00:21:28,875 Jadi bila saya boleh pergi dari sini? 361 00:21:28,958 --> 00:21:31,333 Mari kita fokus sehari demi sehari, Jen. 362 00:21:31,958 --> 00:21:32,958 Maksud saya, 363 00:21:33,583 --> 00:21:35,708 saya ada kehidupan yang perlu diteruskan. 364 00:21:35,792 --> 00:21:37,708 Saya tahu saya banyak paksa awak, 365 00:21:37,917 --> 00:21:41,167 tapi untuk jadi adiwira, perlu tabah hadapi dugaan. 366 00:21:41,250 --> 00:21:44,000 Bruce, saya takkan jadi adiwira. 367 00:21:45,542 --> 00:21:47,458 Apa lagi awak boleh buat sebagai Hulk? 368 00:21:48,500 --> 00:21:51,708 Kembali kepada kerjaya yang dah bertahun saya bina, 369 00:21:52,292 --> 00:21:55,792 guna ijazah undang-undang yang hutangnya masih tak habis bayar lagi. 370 00:21:55,875 --> 00:21:57,208 Ia bukan satu pilihan. 371 00:21:57,333 --> 00:22:01,500 Saya nak tunjukkan kita boleh hidup dengan menerima hakikat. 372 00:22:01,875 --> 00:22:05,208 Kita tak boleh berpura-pura yang kita bukan antara orang terpilih 373 00:22:05,292 --> 00:22:06,750 yang mampu melindungi Bumi. 374 00:22:06,833 --> 00:22:11,000 Sebab itulah, kita kena pastikan awak boleh terima tekanan, 375 00:22:11,083 --> 00:22:14,792 dan juga kawal emosi awak, lebih-lebih lagi kemarahan awak. 376 00:22:14,875 --> 00:22:17,875 Tapi ini masalahnya, Bruce. Saya pandai kawal kemarahan saya. 377 00:22:18,333 --> 00:22:19,708 Saya selalu buat begitu. 378 00:22:20,583 --> 00:22:22,875 Apabila lelaki usik saya di jalanan, 379 00:22:23,708 --> 00:22:27,458 apabila orang lain cuba nak ajar saya tentang kerja saya. 380 00:22:27,542 --> 00:22:30,750 Saya lakukannya setiap hari. Jika tidak, 381 00:22:30,833 --> 00:22:37,000 orang akan kata saya ikut perasaan, menyusahkan, atau mungkin akan kena bunuh. 382 00:22:37,083 --> 00:22:42,875 Saya pakar mengawal kemarahan sebab saya selalu lakukannya berbanding awak. 383 00:22:42,958 --> 00:22:47,500 Jadi apa awak cuba buat sekarang tak berguna bagi saya! 384 00:22:48,750 --> 00:22:49,708 Nampak? 385 00:22:49,833 --> 00:22:51,667 Tak. Saya yang kawal sendiri. 386 00:22:52,083 --> 00:22:54,292 Baiklah, ini tak pernah berlaku. 387 00:22:56,417 --> 00:22:58,375 Nampaknya saya dah tak perlukan latihan. 388 00:22:58,750 --> 00:23:00,458 Sayang awak. Tapi saya nak balik. 389 00:23:01,000 --> 00:23:02,125 Baiklah. 390 00:23:02,208 --> 00:23:03,750 Jen, kenapa awak nak lari? 391 00:23:04,000 --> 00:23:06,500 -Jen. -Saya nak pinjam Jeep awak, 392 00:23:06,583 --> 00:23:09,083 bawa ke LA. Awak boleh ambilnya di rumah saya. 393 00:23:09,167 --> 00:23:10,000 Jen, berhenti. 394 00:23:10,083 --> 00:23:11,917 Jen, bertenang dan berfikir sejenak. 395 00:23:12,000 --> 00:23:14,042 Saya dah fikirkannya, Bruce. 396 00:23:14,417 --> 00:23:18,292 Saya dah buat terapi dialektik itu, saya boleh bertukar sesuka hati saya, 397 00:23:18,375 --> 00:23:21,042 dan saya tak sabar nak teruskan hidup. 398 00:23:21,125 --> 00:23:22,625 Saya tahu awak tak minta semua ini, 399 00:23:22,708 --> 00:23:26,167 tapi sama ada awak suka atau tak, awak seorang adiwira. 400 00:23:26,250 --> 00:23:29,792 Siapa akan melindungi dunia kalau bukan orang macam kita? 401 00:23:29,875 --> 00:23:31,333 Itu petikan dari buku komik? 402 00:23:31,417 --> 00:23:32,333 Ya. 403 00:23:32,417 --> 00:23:36,583 Maaf. Saya tak rasa menjadi adiwira itu sesuatu yang hebat. 404 00:23:36,667 --> 00:23:37,500 Saya bukan awak. 405 00:23:37,583 --> 00:23:39,625 Dan saya takkan jadi awak. 406 00:23:39,708 --> 00:23:43,167 Saya tak perlu sertai apa-apa skuad rahsia kerajaan 407 00:23:43,250 --> 00:23:45,958 dan biarkan hidup saya dirampas begitu saja. 408 00:23:46,042 --> 00:23:48,792 -Hidup saya tak pernah dirampas. -Yakah? 409 00:23:48,875 --> 00:23:52,542 Awak tak tinggal seorang diri, bersembunyi di pantai terpencil, 410 00:23:52,625 --> 00:23:56,333 tanpa kawan atau hubungan, dan tak jumpa dengan ahli keluarga awak, 411 00:23:56,417 --> 00:23:59,583 dan tak pernah langsung berdepan dengan trauma lama awak? 412 00:23:59,875 --> 00:24:01,792 Kenapa nak saya hidup seperti itu? 413 00:24:02,458 --> 00:24:03,875 Awak bukan contoh yang baik. 414 00:24:03,958 --> 00:24:06,500 Itulah pengorbanan demi keamanan dunia. 415 00:24:06,583 --> 00:24:09,167 Tak salah untuk tolong orang yang dalam kesusahan 416 00:24:09,250 --> 00:24:11,333 dengan cara saya sendiri. 417 00:24:11,417 --> 00:24:15,292 Seumur hidup saya lari daripada apa yang jadi kepada diri saya. 418 00:24:15,375 --> 00:24:18,833 Menafikan siapa awak sekarang bukan cara untuk hidup, percayalah. 419 00:24:18,917 --> 00:24:19,917 -Selamat tinggal. -Okey. 420 00:24:21,167 --> 00:24:23,875 -Apa awak nak buat? -Saya nak awak fikir baik-baik. 421 00:24:23,958 --> 00:24:26,792 Sudah. Saya dah fikir masak-masak. Saya tetap nak pergi. 422 00:24:26,875 --> 00:24:28,167 Jen, jangan pergi. 423 00:24:30,417 --> 00:24:31,250 Saya serius. 424 00:24:31,333 --> 00:24:32,667 Saya pun serius! 425 00:24:32,750 --> 00:24:35,542 Awak ingat awak boleh pergi selepas sakitkan hati saya? 426 00:24:35,625 --> 00:24:36,458 Ya! 427 00:24:40,792 --> 00:24:41,625 Jen! 428 00:24:47,625 --> 00:24:48,458 Bruce? 429 00:24:54,750 --> 00:24:55,750 Teruk betul. 430 00:24:56,625 --> 00:24:57,708 Saya belajar dari awak. 431 00:24:57,792 --> 00:25:03,083 Jen, awak dah pun cuba sedaya upaya, jadi awak boleh buat lebih baik. 432 00:25:03,167 --> 00:25:07,125 Cukuplah dengan terapi mengarut awak itu! 433 00:25:28,167 --> 00:25:30,917 Untuk pengetahuan awak, saya tak nak buat begini. 434 00:25:36,125 --> 00:25:38,000 Memang saya nak buat sebenarnya. 435 00:25:38,500 --> 00:25:43,625 Kenapa awak tak nak dengar cakap orang yang dah lalui semua ini? 436 00:25:43,708 --> 00:25:45,333 Sebab kita berdua tak sama! 437 00:25:45,417 --> 00:25:46,417 Lembab! 438 00:25:46,500 --> 00:25:47,500 Dungu! 439 00:25:50,625 --> 00:25:51,667 Itu saja? 440 00:26:48,625 --> 00:26:50,667 Bar saya! 441 00:26:51,208 --> 00:26:52,042 Maaf. 442 00:26:53,625 --> 00:26:54,833 Awak perlu baikinya. 443 00:26:59,583 --> 00:27:03,167 Kalau awak nak pergi jadi peguam balik, saya hormatinya. 444 00:27:03,750 --> 00:27:04,583 Terima kasih. 445 00:27:05,458 --> 00:27:06,375 Dia tak maksudkannya. 446 00:27:28,625 --> 00:27:31,083 Jangan lupa, hanya saya seorang di dunia ini yang 447 00:27:31,167 --> 00:27:32,750 tahu apa awak sedang lalui. 448 00:27:32,833 --> 00:27:33,667 Saya tahu. 449 00:27:34,958 --> 00:27:38,750 -Hubungi saya bila-bila masa. -Terima kasih, Bruce, untuk semuanya. 450 00:27:41,042 --> 00:27:43,917 Maafkan saya sebab cakap perkara yang kasar tapi benar. 451 00:27:44,667 --> 00:27:48,250 Awak masih tetapkan pendirian untuk perkara yang awak minta maaf. 452 00:27:48,333 --> 00:27:49,542 Memang dasar peguam. 453 00:27:49,667 --> 00:27:52,083 Ya, saya lebih pandai jadi peguam daripada Hulk. 454 00:27:52,708 --> 00:27:53,958 Siapa angkuh sekarang? 455 00:27:55,625 --> 00:27:56,625 Dengar sini. 456 00:27:57,125 --> 00:27:58,167 Kalau ubah fikiran, 457 00:27:58,792 --> 00:28:00,000 datang saja ke sini. 458 00:28:00,250 --> 00:28:01,083 Terima kasih. 459 00:28:01,167 --> 00:28:02,625 Kita jumpa lagi lain kali. 460 00:28:02,792 --> 00:28:04,000 Jumpa lagi. 461 00:28:10,000 --> 00:28:12,292 Jadi, itulah ceritanya. 462 00:28:12,375 --> 00:28:14,417 Tiada lagi kisah Hulk sejak itu. 463 00:28:15,083 --> 00:28:19,292 Sekarang keluarga saya dah tahu, Nikki pun tahu, anda pun tahu. 464 00:28:19,375 --> 00:28:22,083 Pendek kata, saya betul dan Bruce salah. 465 00:28:22,167 --> 00:28:24,375 Saya tak perlu jadi Hulk. 466 00:28:24,458 --> 00:28:27,958 Okey. Sekarang, saya nak pergi dan menang kes ini. 467 00:28:28,708 --> 00:28:29,667 Rancangan peguam. 468 00:28:30,250 --> 00:28:34,583 Saya harap kamu hanya fikirkan fakta dalam kes ini. 469 00:28:34,958 --> 00:28:39,292 Kamu akan nampak yang klien saya sememangnya berhak 470 00:28:39,542 --> 00:28:42,542 untuk melindungi kepentingan perniagaannya. 471 00:28:44,125 --> 00:28:48,000 Kematian yang tak disengajakan ini cuma hasil yang tidak diingini akibat 472 00:28:48,083 --> 00:28:49,708 rancangan peluasan yang besar. 473 00:28:50,458 --> 00:28:52,708 Adakah klien saya tahu ini membahayakan nyawa? 474 00:28:53,375 --> 00:28:57,083 Itu boleh dipersoalkan, dan bergantung pada pendapat masing-masing. 475 00:28:57,208 --> 00:28:58,625 Jangan rosakkannya, Walters. 476 00:29:00,583 --> 00:29:02,667 Cik Walters, hujah penutup awak? 477 00:29:07,250 --> 00:29:09,000 Para juri yang dihormati... 478 00:29:13,792 --> 00:29:14,750 Oh, Tuhan! 479 00:29:16,125 --> 00:29:16,958 Tutup pintu! 480 00:29:17,583 --> 00:29:18,417 Jangan bergerak. 481 00:29:18,500 --> 00:29:19,875 Buat apa awak boleh buat. 482 00:29:20,333 --> 00:29:22,625 -Berhenti melawan. -Depan semua orang? 483 00:29:23,125 --> 00:29:24,375 Ya. 484 00:29:24,792 --> 00:29:25,625 Cepatlah. 485 00:29:25,708 --> 00:29:26,792 Tanggungjawb sivik. 486 00:29:28,167 --> 00:29:29,250 Jen. Bertukarlah. 487 00:29:29,333 --> 00:29:31,417 Saya suka baju ini. 488 00:29:31,500 --> 00:29:32,500 Tolong! 489 00:29:32,792 --> 00:29:33,625 Jen. 490 00:29:34,000 --> 00:29:34,875 Kasut. 491 00:29:34,958 --> 00:29:36,208 -Ya. Terima kasih. -Okey. 492 00:29:45,542 --> 00:29:46,542 Siapa awak? 493 00:29:46,792 --> 00:29:49,167 Jennifer Walters, seorang peguam. 494 00:30:21,250 --> 00:30:23,250 Saya dah sedia untuk hujah penutup saya. 495 00:32:14,667 --> 00:32:16,083 Memang menyedihkan. 496 00:32:16,625 --> 00:32:20,417 Steve Rogers banyak berjasa untuk negara ini, tapi dia tak pernah berasmara. 497 00:32:21,958 --> 00:32:23,292 Awak nampak tak tadi? 498 00:32:23,375 --> 00:32:27,583 Orang macam dia tak patut mati begitu. 499 00:32:27,667 --> 00:32:29,417 Sangat menyedihkan. 500 00:32:30,125 --> 00:32:32,542 Steve Rogers pernah lakukannya. 501 00:32:32,625 --> 00:32:38,000 Dia pernah intim dengan seorang perempuan ketika jelajah USO tahun 1940 dulu. 502 00:32:38,458 --> 00:32:40,458 Ya. Saya dah agak dah. 503 00:32:42,542 --> 00:32:43,542 Awak tak mabuk? 504 00:32:43,625 --> 00:32:45,750 Captain America... 505 00:35:13,917 --> 00:35:15,958 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Heng