1
00:00:27,528 --> 00:00:31,865
24 Februari 2010
2
00:00:32,198 --> 00:00:34,284
Balai Bomba Daerah Orange.
3
00:00:34,618 --> 00:00:36,745
6600 Sea Harbor Drive.
4
00:00:37,579 --> 00:00:39,289
Stadium SeaWorld.
5
00:00:39,665 --> 00:00:40,826
Okey.
6
00:00:42,751 --> 00:00:44,628
Ada seorang pelatih di dalam air
7
00:00:44,795 --> 00:00:46,713
bersama seekor ikan paus kami…
8
00:00:46,797 --> 00:00:48,632
dan dia tak sepatutnya
bersama ikan paus itu.
9
00:00:48,799 --> 00:00:50,717
Baik. Kami akan hantar anggota ke sana.
10
00:00:50,801 --> 00:00:53,262
Okey. Gunakan pagar nombor tiga
ke Stadium Shamu.
11
00:00:53,345 --> 00:00:54,263
Pagar nombor tiga.
12
00:01:01,853 --> 00:01:03,146
Pejabat Syerif Daerah Orange.
13
00:01:03,772 --> 00:01:05,607
Kami mahu melaporkan tentang
14
00:01:05,832 --> 00:01:07,608
kematian seseorang di SeaWorld.
15
00:01:09,570 --> 00:01:11,784
Seekor ikan paus
telah membaham salah seorang pelatih.
16
00:01:14,616 --> 00:01:17,035
Seekor ikan paus
membaham salah seorang pelatih?
17
00:01:17,119 --> 00:01:18,203
Betul.
18
00:01:38,637 --> 00:01:41,435
IKLAN SEAWORLD
19
00:01:43,729 --> 00:01:45,689
Adakah anda percaya?
20
00:01:46,440 --> 00:01:48,692
Ibu bapa saya mula-mula
membawa saya ke taman SeaWorld
21
00:01:48,775 --> 00:01:49,693
ketika saya kecil.
22
00:01:51,737 --> 00:01:54,560
Sejak itu, saya jatuh cinta dengannya.
23
00:01:55,510 --> 00:01:58,035
Tempat itu amat bermakna bagi saya kerana
24
00:01:58,577 --> 00:02:00,495
itu saja yang saya mahukan.
25
00:02:00,704 --> 00:02:03,040
Saya masih ingat ketika
berumur tujuh atau lapan tahun
26
00:02:03,123 --> 00:02:05,208
menonton National Geographic Specials
27
00:02:05,292 --> 00:02:06,418
atau Mutual of Omaha Specials
28
00:02:06,627 --> 00:02:08,127
berkenaan ikan paus dan dolfin.
29
00:02:08,211 --> 00:02:10,881
Sebagai seorang budak kecil,
saya kagum dengannya.
30
00:02:10,964 --> 00:02:12,507
Saya tak pernah pergi ke SeaWorld.
31
00:02:12,674 --> 00:02:14,259
Saya hanya melawat Zoo Bronx di New York.
32
00:02:14,426 --> 00:02:16,678
Saya membesar di tepi tasik.
Kami membawa kuda berenang.
33
00:02:16,845 --> 00:02:17,846
Saya membesar tepi laut.
34
00:02:18,013 --> 00:02:20,724
Saya berasal dari kawasan
tanah pamah di Kansas.
35
00:02:20,891 --> 00:02:21,848
Saya dari Virginia.
36
00:02:21,933 --> 00:02:22,897
Berpindah ke selatan,
37
00:02:22,998 --> 00:02:26,688
bekerja di taman tema di Orlando
pada umur 17 tahun
38
00:02:27,314 --> 00:02:31,198
dan pernah menyaksikan
pertunjukan malam di Stadium Shamu.
39
00:02:31,943 --> 00:02:34,863
Muzik yang dimainkan ketika itu
emosional dan popular.
40
00:02:34,946 --> 00:02:38,575
Saya terdorong untuk melakukan kerja itu.
41
00:02:41,370 --> 00:02:43,372
Apabila saya nampak pelatih bekerja…
42
00:02:44,581 --> 00:02:46,083
saya terfikir,
"Itulah yang nak saya buat."
43
00:02:49,753 --> 00:02:50,962
Salah seorang pelatih berkata,
44
00:02:51,046 --> 00:02:52,881
"Apa awak buat?
Awak patut jadi pelatih."
45
00:02:52,964 --> 00:02:54,341
Saya tak pandai melatih haiwan.
46
00:02:54,424 --> 00:02:55,634
Saya tak pernah melatih haiwan.
47
00:02:55,801 --> 00:02:57,969
Apakah persediaan anda jika bertembung
48
00:02:58,053 --> 00:03:00,889
dengan Orcinus orca
seberat 3,630 kilogram?
49
00:03:00,972 --> 00:03:03,517
Saya fikir kita perlu ijazah sarjana
50
00:03:03,684 --> 00:03:05,227
dalam biologi marin untuk jadi pelatih.
51
00:03:05,394 --> 00:03:08,730
Pelatih mesti memiliki latihan
dan pengalaman bertahun-tahun
52
00:03:08,814 --> 00:03:11,149
untuk memenuhi syarat ketat
yang diperlukan
53
00:03:11,233 --> 00:03:14,194
untuk berinteraksi
dengan Shamu di dalam air.
54
00:03:14,277 --> 00:03:16,238
Rupa-rupanya personaliti
55
00:03:16,446 --> 00:03:18,657
dan kebolehan berenang lebih penting.
56
00:03:18,865 --> 00:03:20,784
Saya hadir temu duga
dan terus dapat kerja itu.
57
00:03:20,951 --> 00:03:22,786
Saya rasa sangat teruja.
58
00:03:22,869 --> 00:03:24,746
Saya rasa begitu teruja.
59
00:03:24,830 --> 00:03:27,207
Saya benar-benar mahu bekerja di sana.
60
00:03:27,290 --> 00:03:29,751
Saya tak sabar
untuk berenang dengan haiwan.
61
00:03:29,918 --> 00:03:32,129
Saya benar-benar bangga
jadi pelatih SeaWorld.
62
00:03:32,212 --> 00:03:34,662
Bagi saya, ia kerja
yang paling menakjubkan.
63
00:03:36,550 --> 00:03:39,594
Pada hari pertama, saya tak tahu
apa yang bakal berlaku.
64
00:03:39,803 --> 00:03:42,597
Saya disuruh memakai baju selam
dan masuk ke dalam air.
65
00:03:42,681 --> 00:03:43,849
Hai, ibu!
66
00:03:44,516 --> 00:03:47,102
Saya berasa sangat takut.
67
00:03:47,269 --> 00:03:49,104
Mula-mula, saya pakai
baju selam terbalik
68
00:03:49,187 --> 00:03:52,149
sebab saya dibesarkan
di sebuah ladang di Virginia.
69
00:03:52,232 --> 00:03:54,234
- Hai, ayah!
- Perkara pertama yang saya fikir
70
00:03:54,317 --> 00:03:57,946
dan ingat pada masa itu
ialah dolfin lebih besar
71
00:03:58,780 --> 00:03:59,656
daripada sangkaan kita
72
00:03:59,740 --> 00:04:01,116
apabila kita berenang dengannya.
73
00:04:01,324 --> 00:04:03,910
Saya saksikan Pertunjukan
Singa Laut dan Memerang
74
00:04:03,994 --> 00:04:05,287
dan lelaki bernama Mike Morocco
75
00:04:05,912 --> 00:04:10,333
tampil memakai gaun memegang watak Dorky,
76
00:04:10,500 --> 00:04:11,960
iaitu personaliti kedua Dorothy.
77
00:04:12,419 --> 00:04:15,672
Dia bersama seekor singa laut,
singa laut yang penakut, bukan?
78
00:04:15,756 --> 00:04:17,132
Dia berjalan sambil membawa bakul,
79
00:04:17,214 --> 00:04:20,135
dan saya berkata,
"Saya takkan sekali-kali buat begitu."
80
00:04:20,218 --> 00:04:21,884
Namun, dua bulan kemudian…
81
00:04:22,304 --> 00:04:23,472
Hai, saya Dorky!
82
00:04:25,557 --> 00:04:27,642
Berjalan di atas pentas
dengan seekor singa laut.
83
00:04:34,941 --> 00:04:37,569
Saya gembira dan sungguh teruja.
84
00:04:39,446 --> 00:04:41,114
Melihat ikan paus pembunuh…
85
00:04:42,741 --> 00:04:44,034
amat mengagumkan.
86
00:04:46,911 --> 00:04:48,789
Saya begitu kagum dengannya.
87
00:04:49,331 --> 00:04:51,750
Saiz dan kecantikan haiwan itu
88
00:04:51,833 --> 00:04:53,293
amat mengejutkan.
89
00:04:54,377 --> 00:04:56,421
Berada berhampiran ikan paus pembunuh
90
00:04:56,505 --> 00:04:58,507
amat memberi inspirasi dan hebat.
91
00:04:58,673 --> 00:05:00,008
Kali pertama melihatnya,
92
00:05:00,091 --> 00:05:02,725
saya berasa terkejut melihat saiznya.
93
00:05:05,514 --> 00:05:08,225
Matlamat kami adalah untuk
melatih ikan paus pembunuh.
94
00:05:08,391 --> 00:05:11,186
Ya!
95
00:05:11,269 --> 00:05:12,729
Saya tak tahu ia akan berlaku,
96
00:05:12,938 --> 00:05:14,064
saya tak menjangkakannya.
97
00:05:14,356 --> 00:05:16,107
Pada satu hari, mereka kata,
"Awak dah sedia."
98
00:05:16,191 --> 00:05:17,984
Awak boleh melakukannya.
99
00:05:18,068 --> 00:05:20,111
"Berdiri di atas ikan paus itu."
100
00:05:20,570 --> 00:05:22,322
"Kemudian, terjun dari belakangnya."
101
00:05:23,031 --> 00:05:24,937
"Ikan paus itu akan berenang
di bawah dan menjulang awak."
102
00:05:25,450 --> 00:05:28,161
"Kemudian awak akan naik ikan paus itu
mengelilingi kolam."
103
00:05:28,245 --> 00:05:29,412
Bagus!
104
00:05:29,830 --> 00:05:32,040
Teruskan dan bawa ia ke tepi.
105
00:05:34,167 --> 00:05:36,461
Mereka suruh saya buat,
dan saya berjaya melakukannya.
106
00:05:36,545 --> 00:05:38,839
Wah, saya baru saja
menunggang ikan paus pembunuh.
107
00:05:41,216 --> 00:05:43,218
Ya!
108
00:05:46,680 --> 00:05:49,474
Apabila kita melihat ke dalam matanya,
kita tahu ia memiliki perasaan.
109
00:05:49,724 --> 00:05:50,809
Ia memandang kita semula.
110
00:05:50,892 --> 00:05:54,020
Kita menjalin hubungan
yang sangat peribadi dengan haiwan kita.
111
00:05:54,938 --> 00:05:57,899
Terdapat perasaan yang menakjubkan
112
00:05:57,983 --> 00:06:01,945
apabila bekerja dengan haiwan.
113
00:06:02,028 --> 00:06:03,196
Kami sepasukan.
114
00:06:03,905 --> 00:06:05,824
Kami bina hubungan itu bersama.
115
00:06:05,907 --> 00:06:09,995
Kami berdua faham matlamatnya
dan kami saling menolong.
116
00:06:10,453 --> 00:06:12,914
Saya dah bersama ikan paus ini
sejak berumur 18 tahun
117
00:06:12,998 --> 00:06:15,876
dan saya melihat ia melahirkan
keempat-empat ekor anaknya.
118
00:06:15,959 --> 00:06:18,086
Kami membesar bersama-sama, bukan?
119
00:06:18,628 --> 00:06:20,297
Itulah kegembiraan yang saya dapat.
120
00:06:20,380 --> 00:06:22,888
Hubungan itu istimewa sekali.
121
00:06:40,233 --> 00:06:41,985
Saya perlu tahu… adakah awak gementar?
122
00:06:42,068 --> 00:06:42,986
Saya takut.
123
00:06:43,069 --> 00:06:45,363
- Tidak.
- Cantik rambut awak, Jeff.
124
00:06:49,701 --> 00:06:51,077
Anda nampak apa-apa?
125
00:06:51,202 --> 00:06:54,080
Ramalan masa depan Jeff Ventre.
126
00:06:54,164 --> 00:06:57,000
Jeff Ventre akan pergi
ke sana dan menyerlah.
127
00:06:57,083 --> 00:06:58,543
- Anda akan perasan…
- Dawn.
128
00:06:58,710 --> 00:07:00,712
- Itu Dawn.
- Wah.
129
00:07:00,879 --> 00:07:02,839
Dia akan jadi penyelia saya
suatu hari nanti.
130
00:07:03,048 --> 00:07:04,382
Itu dia.
131
00:07:07,302 --> 00:07:10,096
Saya kenal Dawn ketika dia baru bekerja.
132
00:07:10,180 --> 00:07:11,348
Dia rakan sekerja yang hebat
133
00:07:11,431 --> 00:07:15,101
dan dia menjadi antara
pelatih terbaik di SeaWorld.
134
00:07:15,268 --> 00:07:16,686
Perkenalkan Dawn Brancheau.
135
00:07:16,770 --> 00:07:20,106
Dawn pelatih senior
di Stadium Shamu ini.
136
00:07:20,190 --> 00:07:22,488
Dawn boleh dianggap sebagai
sahabat saya di kehidupan lalu.
137
00:07:23,193 --> 00:07:24,277
Kerja ini sukar, bukan?
138
00:07:24,361 --> 00:07:26,655
Ya, banyak pergerakan fizikal
yang mesti dibuat.
139
00:07:26,738 --> 00:07:29,157
Awak boleh lihat bahawa
kami bekerja di dalam air,
140
00:07:29,240 --> 00:07:32,202
menahan nafas dan melakukan
aksi yang bertenaga tinggi bersama haiwan.
141
00:07:32,285 --> 00:07:33,995
Haiwan itu juga
mengeluarkan banyak tenaga,
142
00:07:34,079 --> 00:07:36,373
tetapi kami bekerjasama
dan sambil itu berseronok.
143
00:07:36,456 --> 00:07:39,417
Dia cantik, berambut perang,
cergas dan peramah.
144
00:07:39,501 --> 00:07:40,502
Semua orang menyukai Dawn.
145
00:07:40,961 --> 00:07:42,420
Saya ikhlas mengatakan perkara ini.
146
00:07:42,504 --> 00:07:44,923
Melihat pertunjukan awak semalam,
awak sangat hebat.
147
00:07:45,246 --> 00:07:46,424
- Terima kasih.
- Betul.
148
00:07:46,591 --> 00:07:49,886
Dia menjiwai tugasnya
sebagai pelatih di SeaWorld.
149
00:07:50,553 --> 00:07:52,681
Pengalamannya begitu luas
sehingga saya sedar
150
00:07:52,764 --> 00:07:55,350
tragedi yang menimpanya boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja.
151
00:07:58,228 --> 00:08:00,063
24 FEBRUARI 2010
152
00:08:00,146 --> 00:08:02,565
JABATAN SYERIF DAERAH ORANGE
KES NOMBOR 10-16715
153
00:08:02,649 --> 00:08:04,901
Saya Detektif Revere
dari Pejabat Syerif Daerah Orange.
154
00:08:04,985 --> 00:08:07,654
Hari ini 24 Februari 2010.
155
00:08:07,737 --> 00:08:08,947
Masanya ialah 4:16 petang.
156
00:08:09,030 --> 00:08:11,825
Saya kini bersama Thomas George Tobin.
157
00:08:11,908 --> 00:08:13,368
- Betulkah?
- Betul.
158
00:08:14,160 --> 00:08:16,746
Awak nampak darah atau
seumpamanya di dalam air?
159
00:08:16,847 --> 00:08:19,345
Kulit kepalanya telah… tersiat
160
00:08:19,591 --> 00:08:20,967
dan saya tak nampak darah…
161
00:08:21,026 --> 00:08:22,611
- Okey.
- Ketika itu kami tahu
162
00:08:22,719 --> 00:08:24,137
jantungnya sudah berhenti berdenyut.
163
00:08:24,295 --> 00:08:27,882
Apabila mayatnya berjaya ditarik,
bagaimana ikan paus melepaskan…
164
00:08:27,966 --> 00:08:28,883
Ia tak lepaskan.
165
00:08:28,967 --> 00:08:30,760
- Ia tidak lepaskan…
- Lengannya?
166
00:08:30,844 --> 00:08:31,886
- Lengannya.
- Ditelannya.
167
00:08:31,970 --> 00:08:33,054
Ia menelan lengan itu?
168
00:08:33,138 --> 00:08:35,222
- Jadi, lengan itu tiada…
- Betul.
169
00:08:36,390 --> 00:08:38,332
PENTADBIRAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA)
170
00:08:38,432 --> 00:08:44,107
MENYAMAN SEAWORLD OF FLORIDA
171
00:08:44,482 --> 00:08:46,151
OSHA yang mewakili kerajaan persekutuan,
172
00:08:46,234 --> 00:08:49,070
mencadangkan aktiviti renang
dengan ikan paus pembunuh
173
00:08:49,237 --> 00:08:51,906
adalah sangat berbahaya
dan kita tak dapat menduga
174
00:08:51,990 --> 00:08:55,160
apa yang akan berlaku apabila kita
memasuki habitatnya di dalam air.
175
00:08:55,785 --> 00:08:57,784
Itulah pokok hujah kes OSHA.
176
00:08:58,997 --> 00:09:02,333
Jauhi haiwan itu dan kita akan selamat.
177
00:09:03,418 --> 00:09:06,254
Kes itu akan memberi kesan
kepada seluruh industri.
178
00:09:06,337 --> 00:09:08,548
Ia menjadi topik hangat
berita kebangsaan.
179
00:09:08,631 --> 00:09:11,426
Pertunjukan ikan paus SeaWorld
tidak akan sama lagi.
180
00:09:11,509 --> 00:09:13,595
Taman tema itu sedang
mempertahankan hujahnya
181
00:09:13,678 --> 00:09:15,388
untuk benarkan pelatih
berada di dalam air,
182
00:09:15,472 --> 00:09:17,849
sesuatu yang dianggap
sangat berbahaya oleh OSHA.
183
00:09:17,932 --> 00:09:20,602
Haiwan ini liar dan sukar diduga
184
00:09:20,685 --> 00:09:22,020
kerana kita tak tahu bahasanya.
185
00:09:22,103 --> 00:09:23,772
Kita tak faham bahasa ikan paus, harimau
186
00:09:23,855 --> 00:09:25,607
dan juga monyet.
187
00:09:25,690 --> 00:09:27,525
Berlaku perbalahan
antara dua pihak hari ini
188
00:09:27,609 --> 00:09:30,528
apabila peguam OSHA menuduh
SeaWorld hanya membuat perubahan
189
00:09:30,612 --> 00:09:33,865
selepas kematian Dawn Brancheau
membuat orang awam marah.
190
00:09:33,948 --> 00:09:36,409
OSHA tidak mahu pelatih
masuk semula ke dalam air
191
00:09:36,493 --> 00:09:39,704
tanpa sekatan fizikal di antara
mereka dengan ikan paus.
192
00:09:39,788 --> 00:09:43,790
Mendekatkan diri dengan
haiwan pemangsa ini amatlah berbahaya.
193
00:09:43,917 --> 00:09:45,502
Mereka tidak akan masuk ke dalam air
194
00:09:45,585 --> 00:09:47,670
dan menunggang ikan paus itu.
195
00:09:47,754 --> 00:09:51,091
Kalau anda dikurung di dalam tab mandi
selama 25 tahun, anda mungkin
196
00:09:51,174 --> 00:09:54,803
akan berasa jengkel, mudah marah
dan sedikit psikotik.
197
00:09:57,931 --> 00:10:01,351
Kejadian yang menimpa Dawn Brancheau
tidak berlaku begitu saja.
198
00:10:01,434 --> 00:10:02,602
Kejadian itu tidak aneh.
199
00:10:02,685 --> 00:10:07,565
Kita perlu melihat 20 tahun
yang lalu untuk memahaminya.
200
00:10:08,358 --> 00:10:12,320
TIGA PULUH SEMBILAN TAHUN YANG LALU
201
00:10:15,698 --> 00:10:18,868
1970 PUGET SOUND, WASHINGTON
202
00:10:18,952 --> 00:10:21,121
Ia kerja yang sangat menarik.
203
00:10:21,204 --> 00:10:23,540
Semua orang mahu terlibat.
204
00:10:23,623 --> 00:10:25,166
Apakah tugas yang mereka beritahu awak?
205
00:10:28,294 --> 00:10:29,963
Menangkap ikan paus pembunuh.
206
00:10:30,797 --> 00:10:32,048
Seronoknya!
207
00:10:33,258 --> 00:10:34,509
Mereka ada kapal terbang,
208
00:10:34,676 --> 00:10:36,594
mereka ada pengesan, ada bot laju,
209
00:10:36,678 --> 00:10:39,347
mereka ada bom
yang dibaling ke dalam air.
210
00:10:40,682 --> 00:10:44,394
Mereka menyalakan bom
dengan obor asetilena di dalam bot
211
00:10:44,477 --> 00:10:46,187
dan mencampakkannya secepat mungkin
212
00:10:46,271 --> 00:10:48,314
untuk menggiring ikan paus
ke dalam teluk kecil.
213
00:10:49,274 --> 00:10:50,233
Ayuh!
214
00:10:50,817 --> 00:10:52,652
Namun kawanan itu
pernah alami peristiwa itu
215
00:10:52,735 --> 00:10:54,487
dan sedar perkara yang sedang berlaku.
216
00:10:54,571 --> 00:10:57,115
Kawanan itu tahu anak-anak
ikan paus akan diambil.
217
00:10:57,282 --> 00:11:02,453
Ikan paus dewasa tanpa anak mengumpan
bot pemburu ke laluan mati di timur
218
00:11:02,537 --> 00:11:06,249
dan bot-bot itu mengekori sebab menyangka
kesemua ikan paus menghala ke situ,
219
00:11:06,416 --> 00:11:09,502
manakala ikan paus
yang beranak berenang ke utara.
220
00:11:09,586 --> 00:11:11,671
Namun pemburu menggunakan
kapal terbang dan
221
00:11:11,754 --> 00:11:14,382
ikan paus pula perlu mengambil nafas.
222
00:11:14,465 --> 00:11:17,510
Ketika itulah juruterbang
memberi maklumat kepada bot
223
00:11:17,594 --> 00:11:20,680
dan berkata, "Oh, tidak.
Ibu yang beranak berenang ke utara."
224
00:11:20,763 --> 00:11:23,558
Jadi, bot laju mengejar ikan paus
225
00:11:23,641 --> 00:11:25,059
dan menggiringnya.
226
00:11:26,144 --> 00:11:28,688
Mereka juga ada bot nelayan
dengan pukat tarik
227
00:11:28,771 --> 00:11:31,774
yang ditebarkan supaya
ikan paus tidak dapat lari.
228
00:11:31,858 --> 00:11:34,194
Kemudian, mereka akan menangkap
anak-anak ikan paus.
229
00:11:44,329 --> 00:11:45,955
Kami hanya mahukan si anak.
230
00:11:46,789 --> 00:11:50,752
Walaupun anak, ikan paus
masih berbadan besar.
231
00:11:50,919 --> 00:11:53,338
Saya diberitahu disebabkan
kos perkapalan yang tinggi,
232
00:11:53,421 --> 00:11:55,757
mereka hanya menangkap anak ikan paus.
233
00:11:57,842 --> 00:12:01,679
Setelah anak ikan paus
dimasukkan ke dalam kandang,
234
00:12:01,804 --> 00:12:03,181
mereka menjatuhkan pukat tarik itu.
235
00:12:03,264 --> 00:12:05,934
Ikan paus yang lain boleh lari,
tetapi ia kekal di situ.
236
00:12:09,520 --> 00:12:13,983
Ketika kami sedang cuba
menaikkan si anak ke dalam usung,
237
00:12:14,067 --> 00:12:17,320
seluruh keluarganya masih
berada berdekatan,
238
00:12:17,487 --> 00:12:19,405
kira-kira 23 meter dari kami.
239
00:12:19,489 --> 00:12:21,866
Ia berbaris
240
00:12:21,950 --> 00:12:24,744
dan berkomunikasi antara satu sama lain.
241
00:12:25,036 --> 00:12:26,454
Ketika itulah…
242
00:12:28,039 --> 00:12:31,417
kami menyedari perkara yang kami lakukan.
243
00:12:36,714 --> 00:12:38,758
Saya menjadi sebak.
244
00:12:38,841 --> 00:12:40,677
Saya menangis di situ.
245
00:12:41,261 --> 00:12:43,179
Saya teruskan bekerja…
246
00:12:44,138 --> 00:12:45,223
tetapi saya…
247
00:12:46,057 --> 00:12:49,598
tidak mampu menahan kesedihan.
248
00:12:51,604 --> 00:12:54,774
Terasa seolah-olah menculik
seorang anak daripada ibunya.
249
00:12:55,942 --> 00:12:58,194
Semua orang sedang memerhatikan.
Apa yang boleh kami buat?
250
00:13:01,281 --> 00:13:03,074
Itulah perkara yang
paling kejam bagi saya.
251
00:13:03,157 --> 00:13:05,305
Saya tidak boleh bayangkan
perkara lain yang lebih teruk.
252
00:13:06,869 --> 00:13:09,789
Ini kedengaran sangat teruk,
253
00:13:09,872 --> 00:13:13,251
tetapi selepas pemburuan berakhir,
254
00:13:13,334 --> 00:13:17,046
tiga ekor ikan paus
telah mati di dalam jaring.
255
00:13:17,130 --> 00:13:18,172
Jadi…
256
00:13:20,258 --> 00:13:23,303
mereka meminta saya, Peter dan Brian…
257
00:13:24,721 --> 00:13:29,058
memotong perut ikan paus itu,
mengisinya dengan batu,
258
00:13:29,142 --> 00:13:31,436
mengikat sauh pada ekornya
dan menenggelamkannya.
259
00:13:33,646 --> 00:13:34,731
Itulah…
260
00:13:36,649 --> 00:13:37,984
Kalau nak tahu…
261
00:13:39,652 --> 00:13:42,447
saya tak terfikir pun perkara itu
262
00:13:42,530 --> 00:13:44,240
haram pada ketika itu.
263
00:13:44,407 --> 00:13:46,534
Saya sangkakan sekadar
untuk menjaga imej mereka.
264
00:13:47,535 --> 00:13:51,289
Mereka akhirnya dihalau
dari Negeri Washington
265
00:13:51,372 --> 00:13:54,250
oleh perintah mahkamah pada tahun 1976.
266
00:13:54,334 --> 00:13:56,919
SeaWorld telah diberitahu,
267
00:13:57,003 --> 00:14:00,214
"Jangan kembali ke Washington
untuk menangkap ikan paus."
268
00:14:00,381 --> 00:14:04,093
Tanpa melengahkan masa,
mereka pergi dari Washington ke Iceland
269
00:14:04,177 --> 00:14:06,596
dan mula menangkap ikan paus di sana.
270
00:14:10,433 --> 00:14:13,561
Saya pernah terlibat dalam revolusi,
alami pertukaran presiden dua kali
271
00:14:13,644 --> 00:14:15,730
di Amerika Tengah dan Selatan…
272
00:14:17,231 --> 00:14:20,546
dan menyaksikan perkara yang
sukar untuk dipercayai,
273
00:14:21,110 --> 00:14:24,238
tetapi ini perkara paling buruk
yang pernah saya lakukan…
274
00:14:25,490 --> 00:14:27,408
iaitu menangkap ikan paus itu.
275
00:14:29,494 --> 00:14:36,463
PADA 1983, SEEKOR IKAN PAUS PEMBUNUH
DITANGKAP DI ATLANTIK UTARA.
276
00:14:37,168 --> 00:14:44,133
PADA USIA DUA TAHUN,
PANJANGNYA SUDAH MENCAPAI 3.5 METER.
277
00:14:44,842 --> 00:14:49,055
MEREKA MENAMAKANNYA TILIKUM.
278
00:15:03,653 --> 00:15:07,115
Sealand sudah 20 tahun menjadi
sebahagian daripada Victoria.
279
00:15:07,198 --> 00:15:11,077
Kami pakar dalam penjagaan
dan pertunjukan ikan paus pembunuh.
280
00:15:13,888 --> 00:15:16,057
Ketika saya mula bekerja,
Tilikum berumur empat tahun.
281
00:15:16,190 --> 00:15:20,028
Panjang badannya lima meter
dan beratnya 1,800 kilogram.
282
00:15:22,713 --> 00:15:23,923
Tilikum, naik sekali lagi.
283
00:15:24,006 --> 00:15:25,049
Terima kasih.
284
00:15:25,591 --> 00:15:27,969
Saya dah banyak kali melihat Tilikum.
285
00:15:28,052 --> 00:15:30,638
Ia dikurung di seberang jalan
di sini, di Victoria.
286
00:15:30,721 --> 00:15:33,391
Pertunjukan ini boleh membuat kita basah.
287
00:15:33,474 --> 00:15:38,521
Taman Sealand hanyalah jaring di dalam
sebuah marina yang dikelilingi pelampung.
288
00:15:39,647 --> 00:15:42,942
Kami suka bekerja dengan Tilikum.
289
00:15:43,276 --> 00:15:46,779
Kelakuannya baik dan ia suka
mengambil hati kami.
290
00:15:47,113 --> 00:15:50,450
Kali pertama Tilikum diperkenalkan,
semuanya berjalan lancar dan menyenangkan,
291
00:15:50,533 --> 00:15:53,035
tetapi, ketua pelatih sebelum itu
292
00:15:53,119 --> 00:15:55,621
menggunakan kaedah
yang melibatkan hukuman.
293
00:15:55,788 --> 00:15:59,959
Dia akan menggandingkan Tilikum
dengan seekor ikan paus yang terlatih.
294
00:16:00,042 --> 00:16:02,508
Dia akan mengarahkan kedua-duanya
untuk membuat aksi yang sama.
295
00:16:02,879 --> 00:16:06,283
Jika Tilikum gagal,
kedua-dua haiwan akan dihukum.
296
00:16:06,924 --> 00:16:09,093
Kelaparan akibat tidak diberi makanan,
297
00:16:09,177 --> 00:16:11,971
ikan paus yang lebih besar
dan lebih berpengalaman,
298
00:16:12,138 --> 00:16:13,211
menjadi lebih mudah marah,
299
00:16:13,598 --> 00:16:16,058
dan akan melepaskan
kemarahannya kepada Tilikum.
300
00:16:16,142 --> 00:16:18,519
Ia akan mencederakan Tilikum
dengan giginya.
301
00:16:18,603 --> 00:16:20,813
Kadangkala, pada musim tertentu,
302
00:16:20,897 --> 00:16:24,275
badan Tilikum akan dipenuhi kesan cakar.
303
00:16:24,484 --> 00:16:27,236
Kesan cakar yang dibuat
dengan gigi pada kulitnya.
304
00:16:27,320 --> 00:16:29,280
Di seluruh badannya,
kita dapat melihat darah,
305
00:16:29,363 --> 00:16:32,867
kesan luka dan kesan cakar.
306
00:16:33,326 --> 00:16:35,203
Kedua-dua ikan paus betina
akan membuli Tilikum.
307
00:16:35,912 --> 00:16:37,455
Kami percayakan Tilikum.
308
00:16:37,622 --> 00:16:39,373
Kami tak pernah bimbang tentang Tilikum.
309
00:16:39,457 --> 00:16:42,210
Isunya adalah, kami mengurung
ikan paus ini pada waktu malam
310
00:16:42,835 --> 00:16:46,547
di dalam modul yang
berukuran enam meter lebar,
311
00:16:46,631 --> 00:16:50,176
dan sedalam sembilan meter
sebagai langkah berjaga-jaga.
312
00:16:50,343 --> 00:16:52,845
Kami bimbang orang akan
memotong jaring dan membebaskannya.
313
00:16:52,970 --> 00:16:55,932
Lampu juga dipadamkan
untuk mengurangkan rangsangan.
314
00:16:56,015 --> 00:17:00,061
Haiwan itu terkurung di dalam kolam
yang gelap berukuran 6 kali 9 meter
315
00:17:00,728 --> 00:17:01,854
dua pertiga daripada hidupnya.
316
00:17:06,858 --> 00:17:08,027
Semasa kami baru bermula,
317
00:17:08,109 --> 00:17:10,029
haiwan itu masih kecil dan muda.
318
00:17:10,112 --> 00:17:11,656
Oleh itu, ia muat dengan baik,
319
00:17:11,821 --> 00:17:14,325
namun kebanyakan masa,
ikan paus itu tak bergerak.
320
00:17:16,536 --> 00:17:19,288
Keadaan itu membuat kami rasa bersalah.
321
00:17:19,664 --> 00:17:21,290
Ia salah sama sekali.
322
00:17:21,624 --> 00:17:23,626
Kami mula menghadapi kesukaran
memasukkan ikan paus
323
00:17:23,709 --> 00:17:27,296
ke dalam kotak keluli yang kecil itu.
324
00:17:27,380 --> 00:17:29,298
Itulah kurungannya.
Sebuah kotak keluli terapung.
325
00:17:29,382 --> 00:17:31,092
Di sinilah sekatan makanan berlaku.
326
00:17:31,717 --> 00:17:33,469
Kami tidak akan memberikannya makanan,
327
00:17:34,136 --> 00:17:35,471
dan jika ia masuk ke dalam modul
328
00:17:35,555 --> 00:17:36,639
makanan akan diberikan.
329
00:17:36,722 --> 00:17:38,266
Jika ia cukup lapar, ia akan masuk.
330
00:17:38,349 --> 00:17:39,934
Semasa musim sejuk, ia akan dikurung
331
00:17:40,101 --> 00:17:43,312
dari pukul 5 petang hingga 7 pagi.
332
00:17:43,479 --> 00:17:45,231
Kesan cakar dapat dilihat
selepas ia keluar.
333
00:17:45,606 --> 00:17:47,149
Kadangkala ia berdarah.
334
00:17:47,233 --> 00:17:49,694
Menutup kurungannya
335
00:17:49,777 --> 00:17:53,447
dan mengetahui ia akan terkurung bersama
ikan paus lain sepanjang malam…
336
00:17:55,908 --> 00:17:58,244
amat memedihkan.
337
00:17:58,411 --> 00:18:02,331
Jika hal itu benar,
bukan saja ia tidak berperikemanusiaan,
338
00:18:02,415 --> 00:18:03,958
dan itulah yang saya beritahu mereka,
339
00:18:04,584 --> 00:18:08,546
tetapi ia mungkin menjadi
punca kepada psikosisnya.
340
00:18:10,339 --> 00:18:13,884
Ikan paus itu menjadi tidak stabil,
dan akan membunuh.
341
00:18:24,854 --> 00:18:26,897
Seorang kakitangan maut
selepas pertembungan…
342
00:18:27,106 --> 00:18:29,900
…di sebuah taman di Kanada
yang bernama Sealand of the Pacific.
343
00:18:30,109 --> 00:18:33,029
Mangsa, Keltie Byrne,
ialah perenang kejohanan
344
00:18:33,112 --> 00:18:34,739
dan pekerja sambilan di Sealand.
345
00:18:35,031 --> 00:18:38,409
Seperti yang dilihat dalam rakaman ini,
penyelamat menggunakan jaring besar…
346
00:18:38,618 --> 00:18:41,120
…usaha menyelamat dihalang
oleh ikan paus itu.
347
00:18:41,412 --> 00:18:43,623
Saya nak menyertai pasukan
Pan Pacific musim panas ini,
348
00:18:43,706 --> 00:18:47,918
tapi matlamat sekarang cuma berenang
dengan laju pada peringkat kebangsaan.
349
00:18:49,211 --> 00:18:52,006
20 FEBRUARI 1991,
VICTORIA, BRITISH COLUMBIA
350
00:18:52,089 --> 00:18:54,675
CORINNE COWELL DAN NADINE KALLEN
MELAWAT SEALAND OF THE PACIFIC.
351
00:18:54,759 --> 00:18:56,677
Cuaca hari itu mendung,
352
00:18:56,761 --> 00:18:58,429
dan kami mencari aktiviti untuk dibuat.
353
00:18:58,596 --> 00:19:00,514
Jadi kami pun melawat Sealand.
354
00:19:01,015 --> 00:19:05,311
Ia ada kolam yang kotor,
ikan paus dan…
355
00:19:05,394 --> 00:19:07,688
Tempat itu terasa seperti taman hiburan
356
00:19:07,772 --> 00:19:11,484
yang hampir tutup dan segala-galanya
nampak tidak terurus.
357
00:19:11,567 --> 00:19:13,653
Ya, tempat itu seperti kolam renang.
358
00:19:13,736 --> 00:19:14,820
- Ya.
- Tempat itu
359
00:19:14,904 --> 00:19:16,427
ada tiga ekor ikan paus
di dalam kolam renang.
360
00:19:16,589 --> 00:19:17,548
Ya.
361
00:19:17,907 --> 00:19:20,743
Ikan paus itu akan melompat
dan menyentuh bola.
362
00:19:21,494 --> 00:19:24,872
Ikan paus akan memercikkan air
dengan ekornya dan…
363
00:19:24,955 --> 00:19:27,115
- Ada lompatan.
- Ikan itu dan…
364
00:19:27,249 --> 00:19:30,565
Mereka memegang ikan
dan ikan paus akan melompat naik.
365
00:19:30,878 --> 00:19:34,215
Saya ingat saya berkata,
"Seronoknya kerja ini."
366
00:19:34,298 --> 00:19:37,134
Dia sangat bertuah.
367
00:19:37,885 --> 00:19:41,347
Saya nampak dia berjalan
sambil memakai but getah.
368
00:19:41,430 --> 00:19:44,642
Dia tersadung dan kakinya
termasuk ke tepi kolam
369
00:19:44,725 --> 00:19:47,311
dan dia hilang keseimbangan
dan terjatuh ke dalam kolam itu.
370
00:19:47,395 --> 00:19:51,065
Dia cuba menolak dirinya ke atas
untuk keluar dari dalam kolam itu.
371
00:19:51,148 --> 00:19:53,734
Tiba-tiba, ikan paus itu menggigit butnya,
372
00:19:53,818 --> 00:19:55,277
dan menariknya ke dalam kolam.
373
00:19:55,444 --> 00:19:57,613
Pada mulanya, saya tak anggap
perkara itu serius
374
00:19:57,697 --> 00:20:01,534
kerana kita dah lihat pelatih
berenang bersama ikan paus itu
375
00:20:01,617 --> 00:20:04,954
dan kita fikir itu perkara biasa
bagi ikan paus tersebut.
376
00:20:05,079 --> 00:20:07,401
Kemudian tiba-tiba,
keadaan berubah menjadi…
377
00:20:07,790 --> 00:20:11,210
Ikan paus itu terangsang
dan menjadi lebih aktif dan ganas
378
00:20:11,293 --> 00:20:13,045
dan Keltie mula menjadi panik.
379
00:20:13,212 --> 00:20:16,090
Lama-kelamaan, kita mula sedar
380
00:20:16,173 --> 00:20:18,718
bahawa ada sesuatu yang tak kena.
381
00:20:18,968 --> 00:20:21,554
Keltie mula menjerit
dan melihat-lihat sekeliling
382
00:20:21,637 --> 00:20:23,973
dan matanya terbuka luas
383
00:20:24,056 --> 00:20:26,642
kerana dia sedar dirinya dalam bahaya.
384
00:20:26,726 --> 00:20:29,979
Ikan paus itu menariknya ke bawah.
385
00:20:30,062 --> 00:20:32,022
Apabila ikan paus membawanya ke atas,
386
00:20:32,106 --> 00:20:34,400
Keltie menjerit meminta tolong.
387
00:20:34,483 --> 00:20:35,776
Dia ditarik ke bawah semula.
388
00:20:35,860 --> 00:20:39,405
Keltie akan ditenggelamkan
selama beberapa saat
389
00:20:39,488 --> 00:20:41,907
hingga mungkin kira-kira seminit.
390
00:20:41,991 --> 00:20:43,701
Kita tak mengira masa.
391
00:20:43,784 --> 00:20:49,498
Semakin lama, semakin sukar
bagi Keltie untuk bernafas
392
00:20:49,582 --> 00:20:51,000
kerana dia menjerit.
393
00:20:51,083 --> 00:20:54,295
Kakak saya dengar Keltie berkata,
"Saya tak mahu mati."
394
00:20:59,550 --> 00:21:02,636
Takziah kepada keluarga Keltie.
395
00:21:03,929 --> 00:21:04,972
Ya.
396
00:21:05,598 --> 00:21:07,391
Hakikat bahawa kami tak dapat menolongnya
397
00:21:07,475 --> 00:21:08,976
terasa begitu pedih sekali.
398
00:21:10,686 --> 00:21:12,938
Sealand ditutup.
Mungkin itulah yang terbaik.
399
00:21:13,022 --> 00:21:15,483
Ia sebuah kolam yang kecil.
400
00:21:16,334 --> 00:21:17,752
Saya rasa pemiliknya
401
00:21:18,360 --> 00:21:21,571
atas sebab-sebab tertentu,
telah membuat keputusan yang betul.
402
00:21:22,573 --> 00:21:24,909
Saya tak rasa dia orang yang jahat.
403
00:21:25,284 --> 00:21:27,328
Saya rasa, dia juga terkejut
dengan kejadian itu.
404
00:21:28,412 --> 00:21:29,992
Tarikan pada taman itu sudah tiada
405
00:21:30,539 --> 00:21:34,043
dan dia memutuskan untuk mengakhirinya.
406
00:21:34,126 --> 00:21:35,169
"Kita mesti tutup."
407
00:21:35,628 --> 00:21:38,255
Walaupun inkues diadakan,
kami tak pernah dihubungi.
408
00:21:38,339 --> 00:21:41,175
Tiada sesiapa yang meminta kami
menceritakan apa yang terjadi.
409
00:21:41,926 --> 00:21:43,552
- Ya.
- Kami pergi begitu saja.
410
00:21:44,136 --> 00:21:47,431
Tiada tuntutan mahkamah dibuat
dan juga tiada memorial untuk Keltie.
411
00:21:47,515 --> 00:21:51,060
Keltie Byrne hanya meninggalkan…
412
00:21:52,102 --> 00:21:56,857
kenangan yang pahit
bagi orang yang ingat kejadian itu.
413
00:21:57,525 --> 00:21:59,485
Dalam artikel akhbar,
414
00:21:59,568 --> 00:22:02,655
punca kematiannya ditulis
sebagai lemas secara tak sengaja,
415
00:22:02,738 --> 00:22:05,991
tapi sebenarnya dia telah dilemaskan
oleh ikan paus itu.
416
00:22:06,492 --> 00:22:08,285
Terdapat beberapa kekaburan dalam kes ini.
417
00:22:08,369 --> 00:22:11,330
Salah satu hakikat penting
ialah tiada seorang pun saksi
418
00:22:11,413 --> 00:22:15,209
tahu ikan paus mana
yang telah menarik Keltie.
419
00:22:15,376 --> 00:22:18,003
Ya. Ikan paus yang lebih besar.
420
00:22:18,087 --> 00:22:21,131
Ikan paus jantan, Tilikum,
yang telah menariknya.
421
00:22:21,632 --> 00:22:24,134
Dua lagi ikan paus hanya
berlegar-legar di sekeliling.
422
00:22:24,218 --> 00:22:26,512
Namun, Tilikum yang memulakan.
423
00:22:26,860 --> 00:22:31,016
Kami kenal pasti ikan paus itu
kerana siripnya terkelepai.
424
00:22:31,100 --> 00:22:33,269
Sangat mudah untuk mengenalinya.
425
00:22:37,898 --> 00:22:41,318
Sealand of the Pacific ditutup
dan mereka tak mahu
426
00:22:41,402 --> 00:22:43,362
kerugian sepenuhnya.
427
00:22:43,445 --> 00:22:45,531
Ikan paus itu bernilai jutaan dolar.
428
00:22:45,614 --> 00:22:48,325
Apabila SeaWorld dapat tahu
bahawa Tilikum akan dijual
429
00:22:48,409 --> 00:22:51,829
selepas kemalangan yang berlaku
di Sealand of the Pacific,
430
00:22:51,912 --> 00:22:54,456
mereka mahu membelinya
kerana mereka mahukan baka.
431
00:22:54,623 --> 00:22:57,084
Saya rasa tiada seorang pun
yang mempersoalkan
432
00:22:57,167 --> 00:22:59,003
sama ada itu cadangan yang baik.
433
00:22:59,169 --> 00:23:02,923
Saya difahamkan bahawa
Tilikum dan ikan paus lain
434
00:23:03,007 --> 00:23:04,383
takkan digunakan bagi pertunjukan.
435
00:23:04,466 --> 00:23:06,176
Ia takkan dijadikan haiwan hiburan.
436
00:23:06,343 --> 00:23:07,761
Pemahaman kami tentang kelakuannya
437
00:23:07,845 --> 00:23:10,556
adalah pertunjukan boleh
merangsang ikan paus itu
438
00:23:10,639 --> 00:23:12,057
dan kejadian itu boleh berulang.
439
00:23:12,224 --> 00:23:15,019
Sealand ketika itu masih baharu dan liar.
440
00:23:15,102 --> 00:23:18,063
Kami tidak begitu teknikal
dan saintifik seperti SeaWorld.
441
00:23:18,147 --> 00:23:20,691
Kami membayangkan bahawa
pengetahuan mereka lebih luas,
442
00:23:20,774 --> 00:23:22,359
mereka lebih baik dan Tilikum akan dapat
443
00:23:22,443 --> 00:23:24,194
kolam yang lebih besar,
hidup yang lebih baik,
444
00:23:24,278 --> 00:23:26,280
penjagaan dan makanan yang lebih elok,
445
00:23:26,363 --> 00:23:28,490
dan ia akan hidup dengan senang.
446
00:23:28,574 --> 00:23:30,576
Kami seolah-olah berkata, "Okey, Tilly.
447
00:23:31,452 --> 00:23:34,455
Kamu akan ke Disneyland. Bertuahnya kamu."
448
00:23:40,878 --> 00:23:42,171
Kecerdasan ikan paus pembunuh
449
00:23:42,254 --> 00:23:44,548
mungkin lebih tinggi daripada manusia.
450
00:23:44,632 --> 00:23:47,927
Sebagai ibu bapa, haiwan ini lebih
baik daripada kebanyakan manusia.
451
00:23:48,177 --> 00:23:52,264
Seperti manusia, ia mempunyai
naluri untuk menyimpan dendam.
452
00:23:55,476 --> 00:23:56,894
Dino De Laurentiis mempersembahkan…
453
00:23:57,852 --> 00:23:58,853
Orca.
454
00:23:59,688 --> 00:24:04,276
Jika kita kembali 35 tahun lalu,
kita tak tahu apa-apa.
455
00:24:04,360 --> 00:24:05,694
Malah, lebih sedikit daripada itu.
456
00:24:05,778 --> 00:24:08,739
Orang awam cuma ada
kepercayaan karut dan ketakutan.
457
00:24:08,906 --> 00:24:10,616
Pertempuran yang membawa maut…
458
00:24:12,660 --> 00:24:15,371
Antara dua makhluk paling
berbahaya di Bumi.
459
00:24:15,537 --> 00:24:17,081
Kamu binatang apa?
460
00:24:17,247 --> 00:24:19,208
Inilah ikan paus pembunuh yang ganas,
461
00:24:19,291 --> 00:24:21,627
yang memiliki 48 gigi tajam,
462
00:24:21,710 --> 00:24:24,213
dan akan membaham kita
jika mendapat peluang.
463
00:24:28,634 --> 00:24:32,471
Namun kami dapati,
ia haiwan yang sangat peramah,
464
00:24:32,638 --> 00:24:36,392
memahami dan mahu menjadi teman kita.
465
00:24:37,393 --> 00:24:38,560
Awak sedang merakam?
466
00:24:41,522 --> 00:24:43,983
Sehingga hari ini, tiada rekod
467
00:24:44,066 --> 00:24:46,902
ikan paus pembunuh
menyerang manusia di alam liar.
468
00:25:00,541 --> 00:25:03,252
Ia hidup dalam keluarga yang besar.
469
00:25:05,129 --> 00:25:08,173
Jangka hayatnya sama dengan manusia.
470
00:25:08,340 --> 00:25:11,552
Ikan paus betina boleh hidup
sehingga 100 tahun, atau lebih,
471
00:25:12,177 --> 00:25:14,763
dan haiwan jantan boleh hidup
sehingga 50 atau 60 tahun.
472
00:25:14,847 --> 00:25:18,684
Anak ikan paus yang sudah dewasa
tidak pernah meninggalkan ibunya.
473
00:25:21,603 --> 00:25:26,150
Setiap komuniti mempunyai
tingkah laku yang berbeza.
474
00:25:27,943 --> 00:25:31,488
Masing-masing mempunyai
cara bersuara yang lengkap
475
00:25:31,572 --> 00:25:33,142
tanpa sebarang pertindihan.
476
00:25:35,242 --> 00:25:36,702
Kita boleh namakan sebagai bahasa.
477
00:25:36,785 --> 00:25:39,204
Komuniti saintifik enggan mengakui
478
00:25:39,288 --> 00:25:41,915
penggunaan bahasa
oleh makhluk selain manusia,
479
00:25:41,999 --> 00:25:44,793
tetapi ada banyak petunjuk
yang ia menggunakan bahasa.
480
00:25:45,669 --> 00:25:48,213
Otak ikan paus pembunuh memiliki
481
00:25:49,131 --> 00:25:51,008
kecerdasan dan kesedaran yang tinggi.
482
00:25:51,633 --> 00:25:53,385
Kami mengambil otaknya
483
00:25:53,469 --> 00:25:57,056
dan memasukkannya ke dalam
pengimbas pengimejan resonans magnetik.
484
00:25:57,139 --> 00:26:01,018
Kami temui sesuatu yang
sangat mengejutkan.
485
00:26:01,226 --> 00:26:04,188
Ia mempunyai bahagian otak
yang tiada pada manusia.
486
00:26:04,313 --> 00:26:07,816
Terdapat satu bahagian
pada otaknya yang mengunjur
487
00:26:07,900 --> 00:26:10,778
bersebelahan dengan sistem limbiknya.
488
00:26:10,861 --> 00:26:13,322
Sistem itu memproses emosi.
489
00:26:13,781 --> 00:26:16,992
Inferens paling selamat ialah haiwan ini
490
00:26:17,076 --> 00:26:20,788
memiliki kehidupan emosional
yang sangat terperinci.
491
00:26:21,371 --> 00:26:24,124
Kini semakin jelas
bahawa dolfin dan ikan paus
492
00:26:24,333 --> 00:26:27,753
mempunyai jati diri
dan kesedaran ikatan sosial
493
00:26:27,836 --> 00:26:30,255
pada tahap yang lebih tinggi,
494
00:26:30,339 --> 00:26:32,925
lebih utuh dan lebih kompleks
495
00:26:33,008 --> 00:26:36,095
daripada mana-mana mamalia,
termasuk manusia.
496
00:26:36,929 --> 00:26:39,056
Kes ikan paus terdampar
secara besar-besaran
497
00:26:39,139 --> 00:26:42,434
menunjukkan haiwan ini
menyokong satu sama lain.
498
00:26:42,518 --> 00:26:45,562
Tahap sosial haiwan ini sangat tinggi.
499
00:26:46,647 --> 00:26:50,155
Telah disarankan bahawa
seluruh rasa jati dirinya
500
00:26:50,259 --> 00:26:53,721
dibahagikan dalam kalangan
individu dalam kumpulannya.
501
00:26:53,904 --> 00:26:55,906
Ada lima ekor.
502
00:26:55,989 --> 00:26:59,868
Ikan paus pembunuh itu
akan menyerang anjing laut itu.
503
00:26:59,952 --> 00:27:04,748
Kawanan itu telah memecahkan ais
dan berenang di sekelilingnya.
504
00:27:04,832 --> 00:27:06,583
Dua ekor akan bertindak.
Lihatlah di bawah.
505
00:27:06,667 --> 00:27:08,335
Kita boleh melihat ia di bawah.
506
00:27:08,418 --> 00:27:10,879
Tengoklah. Ia membuat ombak yang besar.
507
00:27:10,963 --> 00:27:12,131
- Ya.
- Wah.
508
00:27:12,214 --> 00:27:14,758
- Aduhai.
- Oh, tuhan. Tidak.
509
00:27:14,842 --> 00:27:16,885
Saya tak sanggup nak tengok.
510
00:27:17,344 --> 00:27:19,721
Lebih baik jangan tengok
kalau tak sanggup lihat.
511
00:27:19,930 --> 00:27:22,683
Ya, itu dia. Kali ini tiga ekor pula.
512
00:27:23,684 --> 00:27:24,768
Tengoklah ia beraksi.
513
00:27:24,852 --> 00:27:26,645
Aduhai. Tidak!
514
00:27:26,728 --> 00:27:28,313
- Aduhai!
- Ia dah berakhir.
515
00:27:28,397 --> 00:27:29,898
Tidak, belum lagi.
516
00:27:30,566 --> 00:27:31,859
Ya, dah berakhir.
517
00:27:33,694 --> 00:27:34,903
Ia dah berakhir.
518
00:27:49,668 --> 00:27:52,683
Orang asli Kanada
dan nelayan tua di pantai,
519
00:27:53,338 --> 00:27:56,008
memanggil haiwan ini "ikan hitam".
520
00:27:56,091 --> 00:27:59,970
Ia haiwan yang memiliki
kuasa rohani yang hebat
521
00:28:00,429 --> 00:28:02,181
dan kita tidak boleh mengganggunya.
522
00:28:07,352 --> 00:28:09,563
Saya banyak meluangkan masa
bersama ikan paus pembunuh
523
00:28:09,646 --> 00:28:11,148
dan kita harus menghormatinya.
524
00:28:12,566 --> 00:28:15,110
Saya tidak akan keluar bot
dan tidak akan mengganggunya.
525
00:28:17,196 --> 00:28:19,698
Kelajuan dan kuasanya sangat menakjubkan.
526
00:28:27,247 --> 00:28:29,208
Peraturannya sama seperti
di dewan biliard.
527
00:28:29,291 --> 00:28:32,002
Pastikan sebelah kaki
sentiasa menjejak lantai.
528
00:28:36,173 --> 00:28:38,592
Walaupun sudah
beribu-ribu kali melihatnya,
529
00:28:43,472 --> 00:28:45,307
setiap kali saya melihatnya,
530
00:28:45,641 --> 00:28:46,892
terasa seperti dalam mimpi.
531
00:29:00,489 --> 00:29:03,033
Seingat saya, ia tiba pada tahun 1992.
532
00:29:03,116 --> 00:29:05,452
Saya berada di Stadium Ikan Paus
dan Dolfin semasa ia tiba.
533
00:29:05,994 --> 00:29:09,706
Saiznya dua kali lebih besar
daripada haiwan lain di kemudahan itu.
534
00:29:09,790 --> 00:29:10,666
Ya!
535
00:29:10,749 --> 00:29:12,668
Beratnya kira-kira 5,440 kilogram.
536
00:29:12,751 --> 00:29:16,129
Luar biasa. Ia kelihatan hebat.
537
00:29:16,213 --> 00:29:18,340
Selepas Tilikum tiba di SeaWorld,
538
00:29:18,507 --> 00:29:22,928
ia diserang berkali-kali oleh Katina
dan ikan paus lain dengan kejam.
539
00:29:23,637 --> 00:29:27,140
Di alam liar, kawanan haiwan ini
diketuai ikan paus betina.
540
00:29:27,224 --> 00:29:30,102
Ikan paus jantan pula berenang
di perimeter kawanan.
541
00:29:30,978 --> 00:29:31,895
Dalam kurungan,
542
00:29:31,979 --> 00:29:35,816
haiwan itu hidup bersama
dalam ruang yang sangat kecil.
543
00:29:36,316 --> 00:29:38,527
Tilikum sangat besar,
544
00:29:38,610 --> 00:29:42,322
dan tidak boleh melarikan diri
kerana ia tidak begitu lincah
545
00:29:42,406 --> 00:29:45,325
seperti ikan paus betina lain
yang lebih kecil dan laju.
546
00:29:45,409 --> 00:29:47,619
Ke mana ia boleh lari?
Tempat terlalu kecil.
547
00:29:47,992 --> 00:29:50,706
Saya rasa ia banyak menghabiskan
masa dalam pengasingan.
548
00:29:50,789 --> 00:29:53,333
SeaWorld mendakwa bahawa
Tilikum selalu bersama…
549
00:29:53,417 --> 00:29:55,419
dengan ikan paus betina lain,
tapi saya lihat
550
00:29:55,502 --> 00:29:58,005
ia hanya bersama ikan paus betina
untuk tujuan pembiakan.
551
00:29:58,380 --> 00:30:01,508
Ia tidak meluangkan masa dengan
ikan paus yang lain.
552
00:30:02,634 --> 00:30:06,179
Itu untuk perlindungan dirinya
kerana ia sering diserang.
553
00:30:06,361 --> 00:30:08,473
Jadi, dengan mengasingkannya,
554
00:30:08,974 --> 00:30:13,645
ia menjadi penghalang fizikal
supaya tak diserang lagi.
555
00:30:13,729 --> 00:30:16,273
Tilikum dikurung di belakang,
556
00:30:16,523 --> 00:30:20,861
dan dibawa keluar pada hujung
pertunjukan sebagai persembahan penutup.
557
00:30:25,115 --> 00:30:28,076
Ia sentiasa gembira melihat kami
pada waktu pagi.
558
00:30:28,160 --> 00:30:29,661
- Hai!
- Itu dia.
559
00:30:29,745 --> 00:30:31,913
- Ikan paus yang baik.
- Tengok mulutnya.
560
00:30:31,997 --> 00:30:34,166
Mungkin kerana ia keseorangan,
mungkin kerana ia lapar,
561
00:30:34,249 --> 00:30:35,751
atau kerana ia suka akan kita.
562
00:30:35,834 --> 00:30:37,919
Tiada siapa yang tahu
apa yang difikirkannya.
563
00:30:38,003 --> 00:30:39,671
Kamu mahu bersiul?
564
00:30:40,339 --> 00:30:43,383
Ia boleh bercakap dengan kita.
565
00:30:43,467 --> 00:30:45,010
- Ya.
- Betul.
566
00:30:45,093 --> 00:30:46,470
Ia cantik, bukan?
567
00:30:46,553 --> 00:30:48,180
Kuatnya bunyi tadi. Hebat.
568
00:30:50,223 --> 00:30:52,142
- Ayuh.
- Lambaikan sirip itu.
569
00:30:52,225 --> 00:30:54,644
Ia nampaknya berminat dan suka bekerja.
570
00:30:54,728 --> 00:30:57,189
Ia nampaknya ingin belajar perkara baharu.
571
00:30:57,272 --> 00:31:00,317
Ia nampaknya gembira
bekerja dengan pelatih.
572
00:31:02,152 --> 00:31:05,155
Bagi saya, Tilikum menyeronokkan.
573
00:31:05,322 --> 00:31:07,032
Ia benar-benar berinteraksi dengan saya.
574
00:31:07,199 --> 00:31:10,065
Setiap hari saya pergi bekerja,
saya gembira berjumpa Tilly.
575
00:31:12,621 --> 00:31:15,457
Comelnya.
576
00:31:19,836 --> 00:31:22,005
Kamu terlalu comel.
577
00:31:22,214 --> 00:31:24,883
Semasa saya berada di sana,
saya tak pernah anggap
578
00:31:24,966 --> 00:31:28,345
Tilikum ikan paus yang menakutkan.
579
00:31:28,428 --> 00:31:29,304
Tidak sama sekali.
580
00:31:29,471 --> 00:31:33,850
Mungkin kami terlalu naif, atau
581
00:31:34,226 --> 00:31:39,481
kami tidak dimaklumkan tentang
situasi Keltie yang sebenar.
582
00:31:39,564 --> 00:31:41,024
Pusing dan senyum.
583
00:31:41,108 --> 00:31:42,943
- Senyum
- Ya.
584
00:31:43,026 --> 00:31:45,570
Saya beranggapan bahawa
Tilikum tiada kaitan
585
00:31:45,654 --> 00:31:48,156
dengan pembunuhan itu.
Saya sangka ikan paus betina
586
00:31:48,240 --> 00:31:49,366
yang telah membunuh Keltie.
587
00:31:49,449 --> 00:31:52,160
Pada mulanya, saya rasa aneh
melihat kelakuan mereka
588
00:31:52,244 --> 00:31:54,371
berdekatan ikan paus ini.
Perkara yang diberitahu mereka
589
00:31:54,454 --> 00:31:56,748
tentangnya juga bercanggah.
590
00:31:56,832 --> 00:31:58,583
Saya masih ingat pada
hari pertama ia tiba,
591
00:31:58,750 --> 00:32:01,503
salah seorang pelatih senior di SeaWorld…
592
00:32:01,586 --> 00:32:04,756
Tilikum berada di dalam kolam
dan pelatih itu berjalan sepanjang pagar.
593
00:32:04,840 --> 00:32:07,551
Baju selamnya tidak berzip
dan diikat pada pinggangnya.
594
00:32:07,634 --> 00:32:09,761
Dia membuat bunyi sambil berkata,
595
00:32:09,845 --> 00:32:11,555
"Hei, Tilikum. Comelnya kamu."
596
00:32:11,638 --> 00:32:14,474
Dia bermain-main dengan Tilikum
597
00:32:14,558 --> 00:32:18,478
dan salah seorang penyelia menjerit,
"Jauhkan dia dari situ!"
598
00:32:18,562 --> 00:32:20,814
Dia menjerit, "Bawa dia keluar dari situ."
599
00:32:20,897 --> 00:32:22,899
Mereka seolah-olah bimbang
sesuatu akan berlaku.
600
00:32:22,983 --> 00:32:26,111
Saya terfikir, "Kenapa kamu semua
601
00:32:26,194 --> 00:32:29,030
kecoh sangat. Bukan Tilikum
yang membunuh wanita itu."
602
00:32:29,114 --> 00:32:32,409
Jelas sekali pengurusan tahu
ada sebab tertentu
603
00:32:32,492 --> 00:32:34,286
untuk berjaga-jaga dengan Tilikum.
604
00:32:34,369 --> 00:32:36,997
Jelas mereka tahu lebih
daripada yang dimaklumkan kepada kami.
605
00:32:38,331 --> 00:32:40,917
Tuan-tuan dan puan-puan,
dua aksi yang bakal anda lihat,
606
00:32:41,001 --> 00:32:43,128
hanya dapat disaksikan di SeaWorld ini.
607
00:32:44,254 --> 00:32:47,966
Jeff berada dalam kalangan penonton
untuk merakam pertunjukan Shamu.
608
00:32:48,383 --> 00:32:49,301
Pertunjukan itu hebat.
609
00:32:49,468 --> 00:32:50,927
Babak hot dog
610
00:32:51,011 --> 00:32:52,575
dan babak air berjalan dengan lancar.
611
00:32:55,807 --> 00:32:58,143
Saya sangat teruja untuk merakam
612
00:32:58,226 --> 00:33:00,812
kerana ia pertunjukan yang hebat.
613
00:33:04,191 --> 00:33:06,448
Pertunjukan yang agak lengkap
614
00:33:06,735 --> 00:33:09,613
mungkin boleh dicapai hanya
beberapa kali seminggu.
615
00:33:12,115 --> 00:33:14,951
Pada penghujung pertunjukan,
Liz sedang bekerja dengan Tilikum,
616
00:33:15,035 --> 00:33:17,120
dan tiba-tiba Tilikum
menerjang dari air ke arahnya.
617
00:33:17,287 --> 00:33:20,540
Saya telah merakam Tilikum keluar dari air
618
00:33:20,624 --> 00:33:22,709
dan menyengetkan badannya.
Bagi saya, ia kelihatan
619
00:33:22,792 --> 00:33:24,085
seperti Tilikum mahu menggigit Liz.
620
00:33:24,377 --> 00:33:25,670
Pada ketika itu,
621
00:33:26,546 --> 00:33:28,715
pita itu rosak.
622
00:33:28,840 --> 00:33:32,093
Saya telah diarahkan
supaya membuang pita itu.
623
00:33:32,260 --> 00:33:35,597
Oleh sebab mahu memelihara pita itu,
saya gunakan peralatan menyunting
624
00:33:35,680 --> 00:33:38,767
untuk memotong sedikit
625
00:33:38,934 --> 00:33:41,019
babak Tilikum menyerang,
dan menyambungkannya semula.
626
00:33:41,102 --> 00:33:43,522
Ia kelihatan seperti gangguan pada pita.
627
00:33:43,605 --> 00:33:45,649
Saya tunjukkan kepada mereka,
tetapi mereka kata,
628
00:33:45,732 --> 00:33:47,234
"Pita ini tidak boleh dipakai lagi."
629
00:33:47,317 --> 00:33:49,277
Jadi, kami terpaksa memusnahkan pita itu.
630
00:33:51,821 --> 00:33:53,740
PENTADBIRAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
631
00:33:53,823 --> 00:33:57,599
MEMERIKSA BALAS SAKSI
632
00:33:58,453 --> 00:33:59,871
KETUA PELATIH SEAWORLD
633
00:33:59,955 --> 00:34:02,374
TILIKUM TIDAK PERNAH
MENUNJUKKAN SEBARANG KELAKUAN
634
00:34:02,457 --> 00:34:08,569
YANG MEMBUAT SAYA FIKIR IA AKAN MENARIK.
635
00:34:08,668 --> 00:34:10,297
PEGUAM OSHA
636
00:34:10,382 --> 00:34:15,409
NAMUN AWAK TAHU IA MAMPU MENARIK?
637
00:34:16,846 --> 00:34:20,141
SAYA TAHU AWAK MAMPU MEROGOL.
638
00:34:20,266 --> 00:34:25,021
SAYA BOLEH CAKAP, SEMUA LELAKI
BERPOTENSI UNTUK MENJADI PEROGOL.
639
00:34:25,105 --> 00:34:26,188
HAKIM KEN WELSCH
640
00:34:26,273 --> 00:34:27,815
KAMI AKAN ABAIKAN KOMEN ITU.
641
00:34:27,899 --> 00:34:30,277
Ia agak keterlaluan
apabila SeaWorld mendakwa
642
00:34:30,360 --> 00:34:32,862
bahawa Tilikum tidak akan
keluar dari air kerana
643
00:34:32,946 --> 00:34:34,906
mereka telah menyaksikan ia
keluar dari air,
644
00:34:34,989 --> 00:34:37,367
dan ia juga tertulis dalam profilnya.
645
00:34:39,077 --> 00:34:41,079
Ia menerjang ke arah pelatih.
646
00:34:41,204 --> 00:34:44,730
KADANGKALA MENERJANG KE ARAH JURULATIH
647
00:34:45,083 --> 00:34:48,210
Apabila kita melawat SeaWorld,
kita cenderung untuk leka oleh hakikat
648
00:34:48,295 --> 00:34:51,922
bahawa Shamu telah disediakan
habitat yang selamat dan selesa.
649
00:34:52,007 --> 00:34:54,092
Semua aksi yang dilatih adalah lanjutan
650
00:34:54,175 --> 00:34:56,928
tingkah laku semula jadi
ikan paus pembunuh.
651
00:34:57,012 --> 00:35:00,265
Saya membaca skrip pertunjukan.
652
00:35:00,348 --> 00:35:02,183
Saya benar-benar malu sekarang.
653
00:35:02,267 --> 00:35:06,229
Ada baris yang berbunyi, "Tengoklah Namu."
654
00:35:06,313 --> 00:35:09,065
"Namu tidak melakukan
aksi itu kerana terpaksa."
655
00:35:09,232 --> 00:35:12,694
Namu melakukan aksi itu
atas kemahuan sendiri.
656
00:35:12,861 --> 00:35:14,571
Aduhai.
657
00:35:14,654 --> 00:35:16,823
Saya berasa sangat malu dengan itu.
658
00:35:16,906 --> 00:35:18,033
Sangat malu.
659
00:35:20,118 --> 00:35:22,746
Pada ketika itu,
saya meyakinkan diri sendiri
660
00:35:22,829 --> 00:35:26,249
bahawa hubungan yang kami jalinkan
dibina daripada sesuatu
661
00:35:26,333 --> 00:35:28,957
yang lebih kuat daripada sekadar
saya memberinya makanan.
662
00:35:29,294 --> 00:35:31,004
Saya mahu beranggapan begitu…
663
00:35:32,881 --> 00:35:35,258
tetapi saya tak tahu jika itu benar.
664
00:35:38,470 --> 00:35:41,973
Saya telah lama bekerja di sana
dan melihat beberapa perkara
665
00:35:42,140 --> 00:35:45,560
yang membuatkan saya mempersoalkan
tujuan saya berada di sana
666
00:35:45,644 --> 00:35:47,437
dan perkara yang kami
lakukan pada haiwan itu.
667
00:35:47,601 --> 00:35:50,899
IKLAN SEAWORLD TAHUN 1990
668
00:35:50,982 --> 00:35:53,526
Pada 4 November 1988,
669
00:35:53,610 --> 00:35:56,112
seekor ikan paus pembunuh di SeaWorld
670
00:35:56,196 --> 00:35:59,491
telah menganugerahkan persembahan
sekali seumur hidup.
671
00:36:06,581 --> 00:36:09,292
Jangan lepaskan keajaiban kecil ini.
672
00:36:09,459 --> 00:36:12,337
Mari bertemu dengan Shamu Kecil kami.
673
00:36:13,418 --> 00:36:15,340
Saya tahu saya bersikap naif,
674
00:36:15,507 --> 00:36:17,300
tapi saya anggap…
675
00:36:19,803 --> 00:36:22,055
menjadi tanggungjawab kami
untuk buat sebaik boleh
676
00:36:22,138 --> 00:36:23,848
bagi memastikan keluarganya
tidak berpecah
677
00:36:23,932 --> 00:36:26,643
sebab kami tahu
begitulah keadaannya di alam liar.
678
00:36:26,726 --> 00:36:29,104
Ya, itu bayi kami…
679
00:36:29,187 --> 00:36:31,606
Kalina ialah Shamu Kecil yang pertama.
680
00:36:31,773 --> 00:36:34,317
Shamu Kecil, bintang terbaru SeaWorld…
681
00:36:34,401 --> 00:36:38,905
Ia suka mengganggu
dan mencabar ibunya sedikit
682
00:36:38,988 --> 00:36:41,574
dan ia juga mengganggu pertunjukan.
683
00:36:41,658 --> 00:36:43,729
Semua orang menyukainya.
684
00:36:43,829 --> 00:36:46,913
Shamu
Ikan paus kecil kami
685
00:36:47,831 --> 00:36:49,958
Pihak atasan memutuskan
untuk memindahkannya
686
00:36:50,041 --> 00:36:53,002
ke taman baharu pada umur
empat setengah tahun.
687
00:36:53,086 --> 00:36:57,173
Itu berita baharu bagi kami pelatih
yang bekerja dengannya.
688
00:36:57,340 --> 00:37:00,009
Bagi saya,
tidak pernah terlintas dalam fikiran
689
00:37:00,093 --> 00:37:03,722
bahawa mereka mungkin
akan memisahkan anak daripada ibunya.
690
00:37:06,933 --> 00:37:10,645
Para penyelia mengejek-ejek saya,
691
00:37:10,729 --> 00:37:13,019
dengan berkata, "Kasihan, Kalina.
692
00:37:13,356 --> 00:37:16,776
Apa yang akan ia buat tanpa ibunya?"
693
00:37:16,860 --> 00:37:19,612
Ejekan mereka membuat
saya mendiamkan diri.
694
00:37:21,281 --> 00:37:23,867
Jadi, pada malam pemindahan,
kami terpaksa memasang jaring
695
00:37:23,950 --> 00:37:28,037
untuk mengasingkan Kalina,
si anak, ke dalam kolam perubatan.
696
00:37:28,121 --> 00:37:31,332
Katina biasanya tenang.
697
00:37:31,416 --> 00:37:33,710
Ia bukan ikan paus yang bising.
698
00:37:33,877 --> 00:37:37,088
Selepas Kalina dipindahkan dari kolam itu,
699
00:37:37,172 --> 00:37:40,133
dan dimasukkan ke dalam trak
dan dibawa ke lapangan terbang,
700
00:37:40,216 --> 00:37:42,719
ibunya, Katina dibiarkan di dalam kolam.
701
00:37:42,886 --> 00:37:46,556
Ia berenang di penjuru kolam,
702
00:37:46,639 --> 00:37:50,560
menggeletar dan mengeluarkan bunyi.
703
00:37:50,643 --> 00:37:51,686
Ia memekik dan menangis.
704
00:37:51,895 --> 00:37:54,105
Saya tidak pernah melihatnya
705
00:37:54,189 --> 00:37:55,607
berkelakuan sebegitu.
706
00:37:55,690 --> 00:37:57,692
Ikan paus betina yang lain
707
00:37:57,776 --> 00:37:59,277
akan datang dan memeriksa keadaannya
708
00:37:59,360 --> 00:38:01,196
sekali-sekala malam itu.
709
00:38:01,279 --> 00:38:04,616
Katina memekik dan memanggil-manggil
dan ikan paus lain berpatah balik.
710
00:38:06,910 --> 00:38:09,204
Melihatnya, kita hanya
ada satu penjelasan,
711
00:38:09,287 --> 00:38:11,498
ia sedang mengalami kesedihan.
712
00:38:13,875 --> 00:38:15,084
Ikan paus itu bukan milik kita.
713
00:38:16,044 --> 00:38:19,047
Kita sayanginya dan kita fikir,
714
00:38:19,130 --> 00:38:22,592
"Saya yang menyentuh,
menyuapkan makanan, memastikan ia hidup,
715
00:38:22,675 --> 00:38:24,969
dan menjaga keperluannya."
716
00:38:25,553 --> 00:38:26,763
Ia bukan milik kita.
717
00:38:27,639 --> 00:38:28,681
Syarikat yang memilikinya.
718
00:38:30,141 --> 00:38:31,684
Kasatka dan Takara sangat rapat.
719
00:38:32,685 --> 00:38:35,480
Kasatka ialah ibu dan Takara pula anaknya.
720
00:38:36,564 --> 00:38:38,399
Takara istimewa bagi saya.
721
00:38:39,609 --> 00:38:42,237
Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.
722
00:38:42,320 --> 00:38:44,989
Semasa mereka memisahkan
Kasatka dan Takara,
723
00:38:45,073 --> 00:38:46,950
mereka mahu membawa Takara ke Florida.
724
00:38:47,450 --> 00:38:51,579
Setelah Takara dibawa keluar dari kolam,
725
00:38:51,663 --> 00:38:54,582
dimasukkan ke dalam trak
dan dibawa ke lapangan terbang,
726
00:38:56,626 --> 00:38:59,963
Kasatka tak henti-henti mengeluarkan bunyi
727
00:39:00,046 --> 00:39:02,215
yang tak pernah didengar sebelum itu.
728
00:39:03,007 --> 00:39:04,133
Mereka memanggil
729
00:39:04,217 --> 00:39:07,011
saintis penyelidikan senior
untuk menganalisis vokal itu.
730
00:39:07,595 --> 00:39:10,473
Ia adalah vokal jarak jauh.
731
00:39:11,516 --> 00:39:13,226
Katina sedang mencuba sesuatu
732
00:39:13,309 --> 00:39:16,896
yang tidak pernah didengari
untuk mencari Takara.
733
00:39:17,564 --> 00:39:19,107
Ia menyayat hati.
734
00:39:20,733 --> 00:39:23,111
Bagaimana mungkin sesiapa
735
00:39:23,194 --> 00:39:27,991
melihat keadaan itu
dan menganggap ia bermoral?
736
00:39:28,074 --> 00:39:29,367
Ia tidak bermoral.
737
00:39:30,118 --> 00:39:31,619
Ia tidak baik.
738
00:39:34,080 --> 00:39:35,707
Sedia, Dean.
739
00:39:35,790 --> 00:39:37,458
Mari saksikan siaran langsung SeaWorld
740
00:39:37,542 --> 00:39:40,295
di mana Dean Gomersall
menyertai kita untuk ulasan ringkas.
741
00:39:40,378 --> 00:39:42,463
Hai, Dean.
Kongsikan pertunjukan baharu itu.
742
00:39:42,547 --> 00:39:43,840
Selamat tengah hari, Richard.
743
00:39:43,923 --> 00:39:45,717
Namanya Penemuan Ikan Paus dan Dolfin.
744
00:39:45,800 --> 00:39:48,011
Pertunjukan ini menunjukkan
hubungan yang kami ada
745
00:39:48,094 --> 00:39:50,138
antara semua haiwan kami di sini…
746
00:39:50,221 --> 00:39:52,432
Terdapat banyak perkara
yang diberitahu kepada kami
747
00:39:52,599 --> 00:39:54,809
yang diberitahu berkali-kali
748
00:39:54,893 --> 00:39:56,311
sehingga kami mula mempercayainya.
749
00:39:56,477 --> 00:39:58,187
Semua haiwan di sini bergaul sangat baik.
750
00:39:58,354 --> 00:40:00,231
Sama seperti melatih anjing.
751
00:40:00,315 --> 00:40:02,775
Ketika itu saya muda dan jahil.
752
00:40:02,859 --> 00:40:05,361
Saya tak tahu apa yang saya lakukan.
753
00:40:05,570 --> 00:40:06,946
- Bagus.
- Syabas.
754
00:40:07,030 --> 00:40:08,698
Kerja yang sangat bagus.
755
00:40:16,497 --> 00:40:18,708
Tuan-tuan dan puan-puan,
ini David dari Maryland.
756
00:40:18,791 --> 00:40:20,919
Lambai kepada semua orang, David.
757
00:40:21,502 --> 00:40:24,339
Saya percaya akan kata-kata mereka.
758
00:40:24,505 --> 00:40:27,467
Saya belajar berkata apa
yang mereka beritahu kami kepada penonton.
759
00:40:27,550 --> 00:40:28,426
Helo.
760
00:40:28,509 --> 00:40:30,762
Kanak-kanak ialah antara
peminat setia Shamu.
761
00:40:30,845 --> 00:40:32,597
Kita boleh buat apa-apa sahaja.
762
00:40:32,680 --> 00:40:35,516
Bekerja di sana, saya ingatkan
pengetahuan saya cukup
763
00:40:35,600 --> 00:40:37,143
dan saya arif tentang haiwan ini.
764
00:40:37,226 --> 00:40:38,853
Saya tak tahu apa-apa tentangnya.
765
00:40:38,937 --> 00:40:41,230
Saya tahu banyak
tentang menjadi pelatih haiwan
766
00:40:41,314 --> 00:40:43,107
atau ikan paus pembunuh, tapi saya jahil
767
00:40:43,191 --> 00:40:45,985
tentang sejarah semula jadi
atau tingkah laku haiwan ini.
768
00:40:46,069 --> 00:40:49,113
Saya benar-benar percaya
kebanyakan ajaran mereka,
769
00:40:49,197 --> 00:40:50,573
sebab kenapa mereka mahu menipu?
770
00:40:50,740 --> 00:40:55,966
Oleh sebab ikan paus pembunuh
mati muda di dalam kolam mereka,
771
00:40:56,537 --> 00:41:01,417
mereka mendakwa jangka hayat haiwan ini
adalah 25 atau 30 tahun.
772
00:41:01,584 --> 00:41:04,170
- 25 hingga 35 tahun.
- 25 hingga 35 tahun.
773
00:41:04,337 --> 00:41:07,715
Jangka hayatnya
di alam liar adalah kira-kira
774
00:41:07,882 --> 00:41:09,717
35 hingga pertengahan 30-an.
775
00:41:09,801 --> 00:41:11,844
Jangka hayatnya lebih lama
di persekitaran ini
776
00:41:11,928 --> 00:41:13,471
sebab ada penjagaan veterinar.
777
00:41:13,554 --> 00:41:14,681
Sudah tentu, maklumat itu palsu.
778
00:41:14,764 --> 00:41:19,769
Selepas lebih enam tahun menyelidik,
menjelang tahun 1980 kami tahu
779
00:41:19,852 --> 00:41:23,398
bahawa jangka hayatnya
menyamai jangka hayat manusia.
780
00:41:23,606 --> 00:41:27,735
Setiap fakta yang boleh memalukan
akan diputar belit,
781
00:41:27,819 --> 00:41:30,363
diubah dan dinafikan.
782
00:41:30,530 --> 00:41:31,948
Di alam liar, jangka hayatnya…
783
00:41:32,031 --> 00:41:33,074
- Pendek.
- Pendek.
784
00:41:33,157 --> 00:41:35,159
Ambil contoh sirip dorsal yang terkelepai.
785
00:41:35,284 --> 00:41:39,163
Dua puluh lima peratus ikan paus pembunuh
mempunyai sirip sebegitu
786
00:41:39,247 --> 00:41:40,415
apabila ia semakin tua.
787
00:41:40,581 --> 00:41:45,753
Kita tahu, kurang daripada satu peratus
ikan paus liar memiliki sirip terkelepai.
788
00:41:45,920 --> 00:41:50,883
Kesemua ikan paus jantan kurungan
memiliki sirip terkelepai.
789
00:41:50,967 --> 00:41:54,595
Mereka juga akan berkata
ikan paus itu adalah sekeluarga.
790
00:41:54,679 --> 00:41:55,763
Ia dalam kawanannya sendiri.
791
00:41:56,264 --> 00:42:00,810
Namun, itu hanya satu
gabungan tiruan daripada koleksi mereka.
792
00:42:00,893 --> 00:42:04,188
Pihak pengurusan akan
menambah ikan paus pembunuh
793
00:42:04,272 --> 00:42:06,524
melalui kelahiran anak,
794
00:42:06,607 --> 00:42:08,568
dibeli atau dibawa dari tempat lain.
795
00:42:08,776 --> 00:42:11,362
Itu bukan sebuah keluarga.
Ia sebuah penipuan.
796
00:42:12,697 --> 00:42:14,991
Ia haiwan yang mempunyai
subset budaya yang berbeza,
797
00:42:15,074 --> 00:42:16,951
yang telah dibawa dari pelbagai taman.
798
00:42:17,118 --> 00:42:18,161
Negara asal juga berbeza.
799
00:42:18,244 --> 00:42:20,329
Ia bukan hanya dua ikan paus
pembunuh yang berbeza.
800
00:42:20,413 --> 00:42:23,082
Gen haiwan-haiwan itu juga berbeza.
801
00:42:23,166 --> 00:42:25,918
Ia menggunakan bahasa yang berbeza.
802
00:42:27,837 --> 00:42:30,381
Perkara yang mungkin berlaku apabila
803
00:42:30,548 --> 00:42:33,342
dicampurkan dengan ikan paus lain
yang tak membesar dengannya
804
00:42:33,426 --> 00:42:35,261
dan daripada budaya yang berbeza,
805
00:42:35,750 --> 00:42:37,472
adalah sifat agresif melampau…
806
00:42:40,391 --> 00:42:43,603
peningkatan keganasan
dan pembunuhan dalam kurungan
807
00:42:43,686 --> 00:42:46,189
yang kita takkan jumpa di alam liar.
808
00:42:47,023 --> 00:42:49,192
Untuk kesihatan dan keselamatan haiwan,
809
00:42:49,275 --> 00:42:51,569
dilarang memasukkan tangan ke dalam air.
810
00:42:51,652 --> 00:42:53,446
Ketegangan antara ikan paus
811
00:42:53,529 --> 00:42:57,112
sentiasa dapat dirasai di sini.
812
00:42:57,575 --> 00:43:03,081
Keganasan sesama ikan paus
adalah perkara yang biasa.
813
00:43:03,164 --> 00:43:07,126
Anda diminta untuk menggunakan
tangga dan lorong untuk keluar.
814
00:43:07,210 --> 00:43:09,420
Sila jangan pijak tempat duduk.
815
00:43:09,504 --> 00:43:11,422
Kawasan ini mungkin menjadi basah
816
00:43:11,506 --> 00:43:13,883
dan licin kepada sesetengah jenis kasut.
817
00:43:13,966 --> 00:43:15,051
Terima kasih.
818
00:43:15,134 --> 00:43:17,637
Keajaiban biru…
819
00:43:17,720 --> 00:43:19,555
Di alam liar, apabila ada ketegangan,
820
00:43:19,639 --> 00:43:21,557
ia ada kawasan beribu-ribu
kilometer persegi
821
00:43:21,641 --> 00:43:24,519
untuk melarikan diri dari tempat kejadian.
822
00:43:25,520 --> 00:43:27,772
Kelebihan sebegitu tiada dalam kurungan.
823
00:43:28,189 --> 00:43:31,692
Bolehkah anda bayangkan terkurung
di dalam kurungan seumur hidup
824
00:43:31,776 --> 00:43:34,362
sedangkan anda sudah biasa
berenang 160 kilometer sehari?
825
00:43:34,529 --> 00:43:38,282
Perasaan bebas…
826
00:43:38,533 --> 00:43:41,160
Kadangkala, keganasan menjadi sangat teruk
827
00:43:41,244 --> 00:43:45,289
sehingga ikan paus boleh mati
akibat keganasan ini.
828
00:43:46,207 --> 00:43:47,542
Ketika itu tahun 1988.
829
00:43:47,668 --> 00:43:50,378
Kandu cuba menunjukkan
dominasi ke atas Corky
830
00:43:50,545 --> 00:43:52,338
dengan melanggar Corky.
831
00:43:52,421 --> 00:43:57,135
Namun, rahangnya retak dan
arteri di dalam kepalanya terpotong.
832
00:43:57,218 --> 00:43:58,928
Kandu mati akibat kehilangan darah.
833
00:44:00,847 --> 00:44:03,391
Pasti menyakitkan untuk mati begitu.
834
00:44:06,060 --> 00:44:09,480
Saya nampak banyak perkara yang salah.
835
00:44:09,564 --> 00:44:11,315
Serta terdapat banyak maklumat yang salah
836
00:44:11,399 --> 00:44:13,734
dan ada sesuatu yang tak kena.
837
00:44:13,901 --> 00:44:16,904
Saya cuba asingkan pengalaman itu
di dalam kepala saya
838
00:44:16,988 --> 00:44:19,699
dan membuat yang terbaik
dengan pengetahuan saya
839
00:44:19,782 --> 00:44:21,742
untuk menjaga haiwan di sana.
840
00:44:21,909 --> 00:44:24,620
Saya rasa, semua pelatih di sana
mempunyai niat yang sama.
841
00:44:24,704 --> 00:44:27,874
Mereka mahu menolong haiwan-haiwan itu.
842
00:44:28,624 --> 00:44:32,457
Kita akan terfikir, "Kalau saya pergi,
siapa akan menjaga Tilikum?"
843
00:44:32,712 --> 00:44:35,423
Sebab itulah saya kekal.
Saya rasa kasihan pada Tilikum.
844
00:44:36,007 --> 00:44:37,925
Kalau nak tahu niat yang sebenar,
845
00:44:38,009 --> 00:44:39,969
saya kekal kerana saya
rasa kasihan pada Tilikum.
846
00:44:40,469 --> 00:44:43,931
Saya tak boleh menghalang
diri saya daripada datang
847
00:44:44,182 --> 00:44:45,391
dan menjaga Tilikum.
848
00:44:50,938 --> 00:44:52,462
SEAWORLD MEMPERSEMBAHKAN
849
00:44:53,566 --> 00:44:58,237
PEMBUATAN BELIEVE
850
00:44:58,905 --> 00:45:00,865
Saya suka datang ke sini setiap hari
851
00:45:00,948 --> 00:45:04,619
dan membuat penonton tertarik
dengan kerja kami bersama haiwan itu.
852
00:45:04,702 --> 00:45:07,121
Bagaimana saya boleh serlahkan
keindahan haiwan ini
853
00:45:07,205 --> 00:45:09,749
dan membuat penonton pulang
dalam keadaan mengagumi haiwan ini?
854
00:45:09,832 --> 00:45:11,250
Jika mereka tersentuh dan terkesan,
855
00:45:11,334 --> 00:45:14,003
saya akan rasa yang saya telah
membantu haiwan-haiwan ini.
856
00:45:14,295 --> 00:45:16,839
Saya berhenti pada bulan Januari 2010.
857
00:45:16,923 --> 00:45:19,467
Sebulan sebelum Dawn meninggal dunia.
858
00:45:20,468 --> 00:45:23,137
Dia umpama pakar keselamatan.
859
00:45:23,221 --> 00:45:25,640
Dia selalu periksa dua kali,
860
00:45:25,723 --> 00:45:27,683
dan memastikan semua orang
bekerja dengan betul.
861
00:45:27,767 --> 00:45:30,353
Saya masih ingat dia
akan merakam setiap pertunjukannya
862
00:45:30,436 --> 00:45:33,064
untuk dia tonton dan mengkritik dirinya.
863
00:45:33,147 --> 00:45:35,441
Dia sentiasa berusaha untuk
menjadi lebih baik.
864
00:45:36,567 --> 00:45:38,653
Apabila saya dapat tahu
bahawa Dawn terbunuh,
865
00:45:38,736 --> 00:45:40,988
saya berasa terkejut.
866
00:45:42,031 --> 00:45:44,533
Sesiapa pun boleh jadi mangsa.
Mungkin saya jadi pelatih sokongan.
867
00:45:44,617 --> 00:45:46,702
Bagaimana jika saya bertugas
dan boleh selamatkan dia?
868
00:45:46,827 --> 00:45:49,247
Banyak perkara yang saya fikirkan.
869
00:45:52,458 --> 00:45:54,627
ISNIN
870
00:45:54,710 --> 00:45:56,545
AKHBAR LOS ANGELES TIMES
871
00:45:58,545 --> 00:46:01,371
IKAN PAUS MENCEDERAKAN PELATIH
872
00:46:01,509 --> 00:46:03,678
Pada tahun 1987, pelatih, John Sillick,
873
00:46:03,761 --> 00:46:07,139
telah dihempap di antara dua ekor
ikan paus di SeaWorld of San Diego.
874
00:46:07,223 --> 00:46:10,518
Walaupun saya sudah bekerja
di SeaWorld selama enam bulan,
875
00:46:10,601 --> 00:46:12,436
saya tak tahu perkara itu telah berlaku.
876
00:46:12,520 --> 00:46:13,771
Saya tak pernah dengar pun.
877
00:46:13,938 --> 00:46:17,191
Seperti biasa, SeaWorld
menyalahkan kesilapan pelatih.
878
00:46:17,358 --> 00:46:19,318
Ia salah John.
879
00:46:19,402 --> 00:46:20,945
Dia sepatutnya turun dari ikan paus itu.
880
00:46:21,112 --> 00:46:23,698
Selama bertahun-tahun saya percaya
dan beritahu orang hakikat itu.
881
00:46:23,781 --> 00:46:26,367
WAKIL SEAWORLD BERKATA…
882
00:46:26,450 --> 00:46:28,494
IA KESILAPAN PEMASAAN,
883
00:46:28,577 --> 00:46:31,831
BUKAN KELAKUAN AGRESIF IKAN PAUS
884
00:46:31,914 --> 00:46:35,584
Saya mula bekerja di SeaWorld
lima hari selepas kejadian itu
885
00:46:35,668 --> 00:46:38,629
dan tidak banyak dimaklumkan
tentang itu kepada kami,
886
00:46:38,713 --> 00:46:40,684
kecuali bahawa puncanya
adalah kesilapan pelatih.
887
00:46:42,008 --> 00:46:45,177
Terutama apabila kita
baru menyertai program itu,
888
00:46:45,261 --> 00:46:46,512
kita tidak banyak bertanya.
889
00:46:46,679 --> 00:46:48,764
Apabila melihat rakaman itu
beberapa tahun kemudian,
890
00:46:48,931 --> 00:46:50,975
kita sedar bahawa pelatih itu
tidak membuat silap.
891
00:46:51,058 --> 00:46:52,518
Ikan paus itu mendarat di atasnya.
892
00:46:52,601 --> 00:46:54,562
Ikan paus itu melompat
di tempat yang salah.
893
00:46:55,104 --> 00:46:56,731
Ia mungkin kelakuan ganas. Entahlah.
894
00:46:56,814 --> 00:46:59,608
Namun melihat video itu,
ia bukan salah pelatih langsung.
895
00:47:04,322 --> 00:47:07,992
Apabila saya lihat video ikan paus
yang menghempap John,
896
00:47:08,075 --> 00:47:09,702
saya benar-benar terkejut.
897
00:47:09,785 --> 00:47:10,870
Nafas saya kencang.
898
00:47:10,953 --> 00:47:12,079
Saya tonton beberapa kali,
899
00:47:12,163 --> 00:47:13,664
dan setiap kali pasti terkejut.
900
00:47:13,748 --> 00:47:15,249
Saya tak percaya apa yang saya lihat.
901
00:47:15,333 --> 00:47:19,253
Baju selamnya yang membendung
badannya daripada tercerai.
902
00:47:19,337 --> 00:47:20,796
Dia dibedah beberapa kali
903
00:47:20,880 --> 00:47:22,965
dan di dalam badannya
banyak perkakasan dipasang.
904
00:47:23,174 --> 00:47:26,052
Sukar untuk saya percaya
bahawa saya tak pernah melihat video itu
905
00:47:26,344 --> 00:47:28,929
semasa bekerja sebagai pelatih haiwan.
906
00:47:29,055 --> 00:47:30,848
Bagi saya, setiap orang
907
00:47:30,931 --> 00:47:33,934
yang bekerja dengan ikan paus
pembunuh harus melihat video itu.
908
00:47:38,189 --> 00:47:39,315
Tamarie…
909
00:47:40,566 --> 00:47:42,512
Tamarie membuat kesilapan.
910
00:47:42,818 --> 00:47:46,072
Kesilapannya yang paling besar
adalah berinteraksi dengan ikan paus
911
00:47:46,155 --> 00:47:47,323
tanpa pelatih sokongan.
912
00:47:49,732 --> 00:47:52,036
Dia meletakkan kakinya di atas Orkid,
913
00:47:52,557 --> 00:47:53,829
kemudian mengangkat kakinya.
914
00:47:53,913 --> 00:47:57,166
Dia meletakkan kakinya pada
muncung Orkid, kemudian mengangkatnya.
915
00:47:57,583 --> 00:47:59,752
Mengenali Orkid,
apabila saya melihat video itu,
916
00:48:00,211 --> 00:48:03,547
saya berasa takut kerana saya
tahu perkara yang mungkin berlaku.
917
00:48:05,344 --> 00:48:06,509
Orkid menggigit kakinya.
918
00:48:06,592 --> 00:48:09,845
Tamarie berpusing dan berpaut pada pagar.
919
00:48:09,929 --> 00:48:12,598
Dia kelihatan ditarik dari pagar itu.
920
00:48:14,725 --> 00:48:17,269
Pada ketika ini, Tamarie tahu
bahawa dia dalam bahaya.
921
00:48:17,353 --> 00:48:18,646
Dia berada di bawah air.
922
00:48:18,729 --> 00:48:20,898
Splash dan Orkid mengepungnya.
923
00:48:20,981 --> 00:48:22,733
Dia tidak kelihatan.
924
00:48:22,817 --> 00:48:24,985
Pelatih lain tidak tahu
kejadian ini sedang berlaku.
925
00:48:25,653 --> 00:48:26,904
Orang ramai mula menjerit.
926
00:48:26,987 --> 00:48:28,906
Peristiwa itu dirakam
oleh pengunjung taman.
927
00:48:30,241 --> 00:48:32,076
Kita boleh dengar, tapi tak nampak dia.
928
00:48:32,159 --> 00:48:35,246
Namun kita dengar
Tamarie naik ke permukaan.
929
00:48:35,788 --> 00:48:39,041
Kita dengar dia menjerit, "Tolong saya."
930
00:48:39,458 --> 00:48:41,252
Cara dia menjerit,
931
00:48:42,086 --> 00:48:43,796
sungguh mengerikan…
932
00:48:43,879 --> 00:48:46,757
Seolah-olah dia tahu bahawa dia akan mati.
933
00:48:48,342 --> 00:48:51,470
Robin telah buat keputusan
yang bijak semasa dia datang.
934
00:48:51,554 --> 00:48:55,057
Dia minta seorang pelatih
membuka rantai pintu pagar Kasatka.
935
00:48:56,267 --> 00:48:58,978
Dengan membuka rantai itu, Orkid akan tahu
936
00:48:59,061 --> 00:49:00,771
bahawa Kasatka akan masuk.
937
00:49:01,230 --> 00:49:03,441
Kasatka lebih dominan daripada Orkid.
938
00:49:03,941 --> 00:49:06,485
Jadi, Orkid melepaskan Tamarie.
939
00:49:06,986 --> 00:49:10,823
Lengannya telah bengkok.
940
00:49:11,407 --> 00:49:13,223
Dia mengalami fraktur kompaun.
941
00:49:15,661 --> 00:49:18,789
Dia sangat bertuah kerana masih hidup.
942
00:49:31,677 --> 00:49:35,055
Saya percaya mungkin ada lebih
daripada 70 atau lebih,
943
00:49:35,139 --> 00:49:37,725
kemalangan yang melibatkan
ikan paus dan pelatih.
944
00:49:37,808 --> 00:49:41,353
Kira-kira 30 kes berlaku sebelum
saya mula bekerja di SeaWorld.
945
00:49:42,313 --> 00:49:43,481
Saya tak tahu pun tentangnya.
946
00:49:47,735 --> 00:49:50,154
Saya pernah melihat haiwan
menyerang pelatih.
947
00:49:55,451 --> 00:49:56,994
Ada sesuatu yang tidak kena.
948
00:49:57,161 --> 00:49:58,537
Saya pernah lihat pelatih dihempap.
949
00:50:11,634 --> 00:50:15,471
Ikan paus itu sama ada sedang
bermain atau berasa jengkel beberapa saat.
950
00:50:24,480 --> 00:50:25,940
Ia berlaku begitu sahaja.
951
00:50:26,774 --> 00:50:29,360
Terdapat budaya yang mana
apabila berlaku sesuatu,
952
00:50:29,443 --> 00:50:31,445
kerja harus diteruskan.
953
00:50:31,529 --> 00:50:33,697
Kalau kita cedera,
ada orang yang akan menggantikan kita.
954
00:50:33,781 --> 00:50:36,659
Kita dah bersusah payah.
Adakah itu yang kita mahu?
955
00:50:46,418 --> 00:50:48,629
Seorang pelatih SeaWorld semakin pulih
956
00:50:48,712 --> 00:50:52,132
selepas pengalaman yang
mengerikan di hadapan penonton.
957
00:50:54,468 --> 00:50:57,972
PERTUNJUKAN STADIUM
SHAMU TERAKHIR PETANG ITU.
958
00:50:58,973 --> 00:51:03,978
PELATIH KEN PETERS BERSEDIA UNTUK
"LOMPATAN ROKET" DENGAN KASATKA,
959
00:51:04,061 --> 00:51:08,171
IAITU SEEKOR IKAN PAUS PEMBUNUH
SEBERAT 2,300 KILOGRAM.
960
00:51:14,238 --> 00:51:18,117
BEBERAPA SAAT SELEPAS MENYELAM,
KASATKA MENGGIGIT KAKI KEN.
961
00:51:18,200 --> 00:51:21,912
Atas sebab tertentu, ikan paus itu
menggunakan pendekatan berbeza
962
00:51:21,996 --> 00:51:23,789
daripada aktiviti yang dirancang
963
00:51:23,872 --> 00:51:27,167
bersama Ken Peters, seorang pelatih
senior dan berpengalaman luas.
964
00:51:27,251 --> 00:51:28,808
Ia menarik Ken ke dasar kolam
965
00:51:29,211 --> 00:51:30,713
dan menahannya di situ.
966
00:51:32,673 --> 00:51:35,092
Lepaskan dia. Menggigitnya semula,
967
00:51:35,175 --> 00:51:36,510
dan menariknya ke dasar semula.
968
00:51:43,642 --> 00:51:47,896
Tempoh Ken ditahan
dalam air adalah cukup lama.
969
00:51:48,480 --> 00:51:52,109
Kira-kira seminit atau seminit 20 saat.
970
00:51:56,822 --> 00:51:59,033
Apabila dia naik ke permukaan,
Ken tidak panik.
971
00:51:59,116 --> 00:52:00,868
Dia tidak meronta-ronta atau menjerit.
972
00:52:00,951 --> 00:52:02,786
Mungkin dia jenis begitu.
973
00:52:02,870 --> 00:52:05,623
Dia mengusap-usap ikan paus itu.
974
00:52:09,774 --> 00:52:11,874
Ikan paus itu melepaskan kakinya,
dan menggigit kaki yang lain.
975
00:52:31,148 --> 00:52:34,610
Kolam itu agak dalam dan ikan paus itu
menarik Ken ke dasar.
976
00:52:34,693 --> 00:52:37,237
Saya rasa tekanan
di bawah itu dua atmosfera.
977
00:52:37,321 --> 00:52:40,532
Jelas, En. Peters adalah
penyelam skuba yang berpengalaman.
978
00:52:40,616 --> 00:52:42,284
Saya rasa pengetahuannya membolehkan dia
979
00:52:42,368 --> 00:52:44,370
bersikap dan berfikir dengan tenang,
980
00:52:44,453 --> 00:52:47,498
walaupun ditarik ke
dasar kolam selaju itu.
981
00:52:50,167 --> 00:52:51,293
Daripada rakaman itu,
982
00:52:51,377 --> 00:52:53,045
Ken tahu langkah yang perlu diambil.
983
00:52:53,128 --> 00:52:54,922
Kita boleh lihat dia bernafas.
984
00:52:55,047 --> 00:52:56,799
Kita boleh lihat dia bernafas laju.
985
00:52:56,882 --> 00:52:59,968
Jadi, Ken tahu tentang berenang,
menyelam dan berada di bawah air.
986
00:53:00,135 --> 00:53:02,513
Dia mungkin sudah agak dirinya
akan ditarik semula ke bawah.
987
00:53:03,597 --> 00:53:08,352
Saya berasa sangat kagum dengan
sikap tenang yang ditonjolkannya
988
00:53:08,435 --> 00:53:10,104
sepanjang peristiwa itu.
989
00:53:13,649 --> 00:53:15,526
Saya pasti akan berasa amat takut.
990
00:53:34,044 --> 00:53:35,796
Nyawanya sudah hampir ke penghujung.
991
00:53:37,923 --> 00:53:41,927
Ken Peters kononnya mempunyai
hubungan yang baik dengan ikan paus ini.
992
00:53:42,636 --> 00:53:45,097
Mungkin itu benar dan mungkin
sebab itulah dia selamat.
993
00:53:45,180 --> 00:53:48,767
Peters berjaya memujuk
ikan paus itu untuk melepaskannya.
994
00:53:50,352 --> 00:53:51,979
Mereka memasang jaring.
995
00:54:00,696 --> 00:54:05,325
Dan Ken Peters berenang
di atas tali pelampung,
996
00:54:05,409 --> 00:54:08,412
lalu memecut ke pelantar gelongsor
997
00:54:08,495 --> 00:54:11,081
kerana ikan paus itu mengejarnya.
998
00:54:11,373 --> 00:54:13,792
Ikan paus itu berenang di atas
pelampung dan mengejarnya.
999
00:54:13,876 --> 00:54:15,169
Dia cuba berdiri dan lari.
1000
00:54:15,252 --> 00:54:16,420
Namun kakinya sudah cedera.
1001
00:54:16,503 --> 00:54:18,797
Dia terjatuh dan merangkak keluar.
1002
00:54:21,800 --> 00:54:23,719
Mereka menganggap
peristiwa ini sebagai contoh
1003
00:54:23,802 --> 00:54:25,304
bahawa latihan mereka berhasil.
1004
00:54:25,596 --> 00:54:29,308
Mereka selalu mengingatkan supaya
bertenang dan nampaknya ia berhasil.
1005
00:54:30,434 --> 00:54:33,937
Mereka menganggap peristiwa itu
sebagai suatu kejayaan
1006
00:54:34,062 --> 00:54:35,355
cara mereka mengendalikan kerja.
1007
00:54:41,236 --> 00:54:44,531
Mungkin juga begitu.
Namun ia boleh juga dianggap
1008
00:54:44,698 --> 00:54:48,202
sebagai peristiwa
yang hampir membawa maut.
1009
00:54:55,000 --> 00:54:56,919
Hai, Shamu. Hai, semua.
1010
00:54:57,002 --> 00:54:59,254
Kami keluarga Johnson
dari Detroit, Michigan.
1011
00:54:59,546 --> 00:55:01,507
Kami telah bergembira
semasa melawat SeaWorld.
1012
00:55:01,590 --> 00:55:03,008
Salah satu tempat kegemaran kami.
1013
00:55:03,175 --> 00:55:06,428
Ya, saya suka adegan Shamu
menyimbah air ke atas semua orang.
1014
00:55:06,595 --> 00:55:08,514
Apabila ikan paus mendekati kaca,
1015
00:55:08,597 --> 00:55:10,349
dan mula menyimbah air?
1016
00:55:10,432 --> 00:55:12,100
Habislah kamu semua.
1017
00:55:21,985 --> 00:55:26,073
Penolong syerif Daerah Orange telah
mengenal pasti lelaki berusia 27 tahun
1018
00:55:26,156 --> 00:55:29,034
yang ditemui mati di dalam kolam
ikan paus pembunuh di SeaWorld.
1019
00:55:29,159 --> 00:55:32,955
Mangsa bernama Daniel P Dukes
berasal dari Carolina Selatan.
1020
00:55:33,080 --> 00:55:35,874
Dukes ditemui mati semalam
di atas belakang Tilikum,
1021
00:55:35,958 --> 00:55:38,627
iaitu ikan paus pembunuh
kurungan yang terbesar.
1022
00:55:39,086 --> 00:55:42,297
Saya cuma tahu kisah yang
mereka bentangkan.
1023
00:55:42,381 --> 00:55:45,342
Dia seorang pemuda yang pernah ditahan
1024
00:55:45,425 --> 00:55:48,053
tidak lama sebelum menyelinap
masuk ke dalam SeaWorld.
1025
00:55:48,220 --> 00:55:50,055
Mungkin dia memanjat pagar kawat berduri
1026
00:55:50,138 --> 00:55:52,933
di sekeliling perimeter
dan tidak keluar setelah taman ditutup.
1027
00:55:53,433 --> 00:55:56,979
Jalan cerita yang sempurna.
Lelaki yang ada gangguan mental
1028
00:55:57,062 --> 00:55:59,940
mencuri masuk ke dalam taman,
menanggalkan pakaiannya,
1029
00:56:00,023 --> 00:56:03,193
dan mahu merasai pengalaman ajaib
bersama seekor ikan paus pembunuh,
1030
00:56:03,318 --> 00:56:05,946
dan mati lemas
kerana dia mengalami hipotermia.
1031
00:56:06,363 --> 00:56:08,323
Itulah jalan ceritanya,
1032
00:56:08,407 --> 00:56:10,200
dan tiada sesiapa pun
tahu perkara sebenar.
1033
00:56:10,367 --> 00:56:13,996
Mangsa tidak dilihat
oleh pelatih pengawal malam,
1034
00:56:14,079 --> 00:56:16,123
yang diandaikan berada di stesen itu.
1035
00:56:16,290 --> 00:56:18,125
Ada kamera di seluruh SeaWorld.
1036
00:56:18,208 --> 00:56:20,627
Ada kamera di belakang Stadium Shamu
1037
00:56:20,711 --> 00:56:21,795
yang menghala ke semua arah.
1038
00:56:21,879 --> 00:56:24,047
Ada kamera bawah air.
1039
00:56:24,131 --> 00:56:28,010
Susah untuk saya percaya
bahawa tiada siapa tahu hingga pagi
1040
00:56:28,176 --> 00:56:30,095
bahawa ada mayat di situ.
1041
00:56:30,178 --> 00:56:32,431
Pelatih pengawal malam
bertugas setiap malam.
1042
00:56:32,973 --> 00:56:35,934
Takkan pelatih itu tidak dengar
bunyi air atau orang menjerit?
1043
00:56:36,143 --> 00:56:39,438
Bagi saya, ia sangat mencurigakan.
1044
00:56:39,646 --> 00:56:41,023
Salah seorang kakitangan…
1045
00:56:41,106 --> 00:56:43,108
mungkin dia ahli terapi fizikal.
1046
00:56:43,191 --> 00:56:47,070
Datang pada pagi itu dan nampak Tilikum,
1047
00:56:47,613 --> 00:56:50,449
dengan mayat lelaki bogel
di atas belakangnya,
1048
00:56:50,532 --> 00:56:53,994
seperti mengaraknya
sekeliling kolam belakang.
1049
00:56:54,745 --> 00:56:57,456
Cerita yang dibentangkan
kepada orang awam adalah
1050
00:56:57,539 --> 00:57:01,168
lelaki ini tiada tempat tinggal tetap
dan telah mati akibat hipotermia.
1051
00:57:01,251 --> 00:57:05,005
Namun, laporan pemeriksaan perubatan
1052
00:57:05,088 --> 00:57:07,174
adalah lebih grafik daripada kisah itu.
1053
00:57:07,257 --> 00:57:09,968
Sebagai contoh,
Tilikum mengoyakkan pakaiannya
1054
00:57:10,052 --> 00:57:11,637
dan menggigit kemaluannya hingga putus.
1055
00:57:11,720 --> 00:57:14,139
Terdapat banyak kesan
gigitan pada badannya.
1056
00:57:14,306 --> 00:57:18,310
Sama ada ia berlaku sebelum atau
selepas kematiannya, saya tak tahu.
1057
00:57:18,393 --> 00:57:21,104
Namun, saya cuma boleh cakap,
1058
00:57:21,188 --> 00:57:24,024
lelaki itu telah masuk
ke dalam kolam yang salah.
1059
00:57:31,406 --> 00:57:34,034
Kenapa masih menyimpan Tilikum di situ?
1060
00:57:34,201 --> 00:57:36,995
Ikan paus ini mempunyai rekod membunuh.
1061
00:57:37,079 --> 00:57:39,915
Jelas haiwan ini adalah
liabiliti kepada institusi itu.
1062
00:57:39,998 --> 00:57:43,001
Kenapa masih menyimpannya?
Jawapannya agak mudah.
1063
00:57:43,085 --> 00:57:45,337
Semennya bernilai tinggi.
1064
00:57:55,389 --> 00:57:56,974
Selama bertahun-tahun, Tilikum menjadi
1065
00:57:57,557 --> 00:57:59,851
salah seekor ikan paus
baka utama di SeaWorld.
1066
00:58:03,689 --> 00:58:07,109
Mereka boleh menginseminasikan
lebih banyak ikan paus betina
1067
00:58:07,192 --> 00:58:08,860
kerana spermanya boleh
diambil dan dibekukan.
1068
00:58:08,944 --> 00:58:10,988
Ia seolah-olah bank sperma
untuk ikan paus pembunuh.
1069
00:58:12,864 --> 00:58:15,242
Peraturan pertama dalam
program pembiakan yang baik
1070
00:58:15,325 --> 00:58:17,619
adalah kita harus mengelak
daripada membiakkan haiwan
1071
00:58:17,744 --> 00:58:20,372
yang memiliki sejarah
keganasan terhadap manusia.
1072
00:58:20,956 --> 00:58:24,418
Bayangkan jika kita ada anjing pit bull
yang telah membunuh manusia.
1073
00:58:24,501 --> 00:58:26,211
Haiwan itu pasti telah dimatikan.
1074
00:58:26,294 --> 00:58:28,422
Namun, dalam koleksi SeaWorld,
1075
00:58:28,505 --> 00:58:31,967
hampir 54 peratus ikan paus di SeaWorld
1076
00:58:32,050 --> 00:58:34,386
kini mempunyai gen Tilikum.
1077
00:58:47,983 --> 00:58:50,902
Kesilapannya adalah menganggap
semua ikan paus adalah seperti Tilikum.
1078
00:58:50,986 --> 00:58:53,030
Kita perlu melihat
sejarah latihannya dari lahir.
1079
00:58:53,447 --> 00:58:56,658
Kita perlu faham mengapa
Tilikum amat berbahaya
1080
00:58:56,742 --> 00:58:58,410
kepada sesiapa pun di dalam air.
1081
00:58:58,493 --> 00:59:01,788
Kita juga perlu faham bahawa tiada
seekor pun ikan paus pembunuh
1082
00:59:01,872 --> 00:59:03,206
dalam sistem adalah seperti itu.
1083
00:59:03,290 --> 00:59:05,292
Bagaimana dengan insiden di Loro Parque?
1084
00:59:05,917 --> 00:59:07,461
Pertama sekali, saya tak boleh
1085
00:59:07,544 --> 00:59:11,673
bercakap tentang Loro Parque
secara terperinci.
1086
00:59:11,757 --> 00:59:13,759
Saya tiada di sana.
1087
00:59:13,842 --> 00:59:16,136
Malah, tak banyak
yang saya tahu tentangnya.
1088
00:59:16,219 --> 00:59:18,555
Saya mungkin cuma tahu
maklumat yang diketahui orang awam.
1089
00:59:21,349 --> 00:59:24,019
KEPULAUAN CANARY, SEPANYOL
1090
00:59:40,827 --> 00:59:44,271
Dia beritahu saya dia ada
sesuatu yang penting untuk diberitahu.
1091
00:59:44,831 --> 00:59:48,293
Dia melutut dan melamar saya.
1092
00:59:52,714 --> 00:59:53,757
Itu sangat romantik.
1093
00:59:53,840 --> 00:59:54,925
Tentulah saya jawab, "Ya."
1094
00:59:55,008 --> 00:59:55,884
Dia tanya, "Betulkah?"
1095
00:59:55,967 --> 00:59:57,385
Saya jawab, "Sudah tentu."
1096
01:00:02,182 --> 01:00:06,436
Dia tak menyangka akan melatih ikan paus.
1097
01:00:06,937 --> 01:00:08,688
Dia fikir dia
akan menjadi juruteknik bunyi.
1098
01:00:10,232 --> 01:00:12,734
Dia suka haiwan dan mahu mencubanya.
1099
01:00:13,318 --> 01:00:16,196
Dia cuba dan jatuh cinta dengan kerja itu.
1100
01:00:21,910 --> 01:00:24,538
Loro Parque terletak di Kepulauan Canary,
1101
01:00:24,621 --> 01:00:26,623
yang merupakan kawasan
berautonomi Sepanyol.
1102
01:00:26,706 --> 01:00:30,293
Ia tarikan pelancong terbesar
di seluruh Sepanyol.
1103
01:00:35,423 --> 01:00:37,968
Apabila SeaWorld menghantar
ikan paus pembunuh ke Loro Parque,
1104
01:00:38,051 --> 01:00:41,096
semua orang bertanya,
1105
01:00:41,179 --> 01:00:46,268
"Bagaimana mereka buat keputusan
untuk menghantar empat ikan paus muda
1106
01:00:46,351 --> 01:00:49,354
ke sebuah taman
di luar pantai barat Afrika
1107
01:00:49,479 --> 01:00:53,817
dengan pelatih yang kebanyakannya
tak pernah berlatih dengan ikan paus?"
1108
01:00:56,319 --> 01:00:57,654
Mereka belum bersedia.
1109
01:00:58,238 --> 01:00:59,698
Tempat itu belum sedia.
1110
01:00:59,781 --> 01:01:02,617
Ia belum sedia untuk ikan paus itu
dan untuk mengadakan pertunjukan.
1111
01:01:03,410 --> 01:01:05,996
Pemilik taman tak mahu
kehilangan pendapatan
1112
01:01:06,079 --> 01:01:08,540
dengan menutup kolam dan membaikinya.
1113
01:01:08,707 --> 01:01:10,709
Jadi, selama tiga tahun,
ikan paus itu memakan kolam
1114
01:01:10,876 --> 01:01:12,878
dan selama itu juga ia kerap ada masalah…
1115
01:01:13,545 --> 01:01:15,255
pergigian dan perut.
1116
01:01:15,714 --> 01:01:17,424
Jadi, itulah sebabnya haiwan itu
1117
01:01:17,507 --> 01:01:19,509
terpaksa menjalani prosedur endoskop.
1118
01:01:21,136 --> 01:01:23,054
Berundur.
1119
01:01:23,138 --> 01:01:25,140
Ikan paus itu masih milik SeaWorld
1120
01:01:25,223 --> 01:01:27,475
dan mereka bertanggungjawab
ke atas haiwan itu.
1121
01:01:37,402 --> 01:01:39,654
Reputasi Loro Parque tidak baik.
1122
01:01:40,363 --> 01:01:44,159
Orang yang bekerja dalam industri ini
tahu tentang reputasi taman-taman lain
1123
01:01:44,242 --> 01:01:46,703
dan Loro Parque
tak mempunyai reputasi yang baik.
1124
01:01:47,495 --> 01:01:50,624
Mereka tak menggunakan masa
selama yang digunakan pelatih SeaWorld,
1125
01:01:50,707 --> 01:01:52,834
dan tidak melalui rejimen yang sama
1126
01:01:52,918 --> 01:01:54,836
yang dilalui pelatih SeaWorld.
1127
01:01:55,837 --> 01:01:58,548
Alexis benar-benar pelatih terbaik.
1128
01:01:58,632 --> 01:02:01,301
Saya pernah beritahu dia,
"Awak satu-satunya pelatih
1129
01:02:02,302 --> 01:02:05,138
yang setaraf dengan pelatih SeaWorld."
1130
01:02:05,222 --> 01:02:07,057
Saya juga berkata,
"Namun, awak harus berhati-hati."
1131
01:02:17,317 --> 01:02:19,069
Dia merungut kepenatan.
1132
01:02:19,152 --> 01:02:23,365
Namun, saya tak ambil serius
tentang hal itu.
1133
01:02:23,448 --> 01:02:26,868
Saya cakap, "Itu perkara biasa.
Semua orang akan penat bekerja."
1134
01:02:26,952 --> 01:02:29,412
Dia berkata, "Tetapi kerja
saya bersifat fizikal.
1135
01:02:29,496 --> 01:02:32,123
Saya perlu cergas
kerana berdepan bahaya setiap hari.
1136
01:02:32,207 --> 01:02:38,046
Kalau saya tak cergas, mungkin sesuatu
akan berlaku kepada saya nanti."
1137
01:02:38,129 --> 01:02:41,299
Itulah kata-katanya pada malam
sebelum dia diserang.
1138
01:02:41,466 --> 01:02:43,385
Tragedi itu boleh dicegah
pada bila-bila masa
1139
01:02:43,468 --> 01:02:46,137
kerana semua orang tahu ia
cuma menunggu masa untuk berlaku.
1140
01:02:46,221 --> 01:02:48,103
Namun, tiada sesiapa yang buat apa-apa.
1141
01:02:48,932 --> 01:02:50,350
Akhirnya,
1142
01:02:50,433 --> 01:02:52,727
pelatih terbaik yang kehilangan nyawa.
1143
01:02:53,979 --> 01:02:55,605
Telefon bimbit saya berbunyi.
1144
01:02:55,689 --> 01:03:00,360
Miguel Diaz yang menelefon. Dia bos Alex.
1145
01:03:00,652 --> 01:03:07,033
Dia beritahu saya telah berlaku insiden
dengan salah seekor ikan paus
1146
01:03:07,117 --> 01:03:07,993
dan Alex okey.
1147
01:03:08,076 --> 01:03:11,413
IBU ALEX
1148
01:03:11,538 --> 01:03:18,503
Kami nampak beberapa buah ambulans
dan pemilik-pemilik syarikat.
1149
01:03:18,753 --> 01:03:24,217
Pemilik dan pengarah syarikat berada
di sana dengan peguam mereka.
1150
01:03:24,551 --> 01:03:28,096
Dia beritahu kami,
"Kami tak mampu berbuat apa-apa."
1151
01:03:28,179 --> 01:03:30,974
"Kami tak mampu berbuat apa-apa."
1152
01:03:31,057 --> 01:03:31,933
Apa?
1153
01:03:33,476 --> 01:03:37,897
Mereka bertanya sama ada
saya mahu melihat mayatnya.
1154
01:03:42,110 --> 01:03:43,695
Sungguh mengerikan.
1155
01:03:44,529 --> 01:03:47,824
Mereka membawa kami…
1156
01:03:54,039 --> 01:03:58,793
ke bilik tempat mayatnya disimpan.
1157
01:03:58,877 --> 01:04:02,505
Hanya kepalanya yang kelihatan.
1158
01:04:03,381 --> 01:04:06,009
Badannya telah ditutup sepenuhnya.
1159
01:04:07,344 --> 01:04:09,346
Saya membongkok ke arah dadanya
1160
01:04:09,429 --> 01:04:13,099
dan perasan sesuatu yang tidak kena.
1161
01:04:13,183 --> 01:04:20,148
Dadanya seolah-olah terburai.
1162
01:04:21,274 --> 01:04:26,529
Saya tanya apa sebenarnya
yang telah berlaku.
1163
01:04:26,654 --> 01:04:30,033
Saya tak faham mengapa mereka mengatakan
bahawa dia tak apa-apa.
1164
01:04:30,116 --> 01:04:32,035
Tiba-tiba saya lihat dia
dalam keadaan begitu…
1165
01:04:32,577 --> 01:04:35,830
Saya peluk dia dengan erat…
1166
01:04:35,955 --> 01:04:37,999
dan berkata, "Ibu sayang akan kamu."
1167
01:04:38,083 --> 01:04:41,169
Mereka kemudian mengiringi kami keluar.
1168
01:04:41,252 --> 01:04:43,254
Saya tak ingat apa-apa lagi selepas itu.
1169
01:04:43,338 --> 01:04:44,923
Mereka asyik berkata, "Ia kemalangan."
1170
01:04:45,006 --> 01:04:48,259
Saya tak berpuas hati dengan jawapan itu.
1171
01:04:48,343 --> 01:04:52,680
Akhirnya, kami mengetahui sebabnya
melalui autopsi.
1172
01:04:53,056 --> 01:04:56,226
Bukan kemalangan, sebaliknya serangan.
1173
01:04:56,309 --> 01:04:57,310
Serangan yang ganas.
1174
01:04:58,103 --> 01:05:02,607
Bukan kemalangan semata-mata.
Itu adalah suatu penipuan.
1175
01:05:09,569 --> 01:05:11,783
ALEXIS DI SEAWORLD
12 BULAN SEBELUM KEMATIANNYA.
1176
01:05:11,866 --> 01:05:13,785
Ikan paus itu milik SeaWorld.
1177
01:05:13,868 --> 01:05:15,976
Ia dilatih menggunakan teknik SeaWorld.
1178
01:05:17,330 --> 01:05:21,501
Latihan mereka sedang diawasi
semasa kemalangan maut itu berlaku
1179
01:05:21,584 --> 01:05:24,045
oleh salah seorang pelatih
senior mereka dari San Diego.
1180
01:05:25,964 --> 01:05:27,132
PEGUAM SEAWORLD
1181
01:05:27,257 --> 01:05:29,467
AWAK SEBUT LORO PARQUE.
1182
01:05:29,592 --> 01:05:34,015
ADAKAH TAMAN ITU MILIK SEAWORLD?
1183
01:05:34,222 --> 01:05:35,598
KETUA PELATIH SEAWORLD
1184
01:05:35,682 --> 01:05:39,018
TIDAK, BUKAN MILIK SEAWORLD.
1185
01:05:39,310 --> 01:05:43,648
SETAKAT YANG AWAK TAHU,
MEREKA ADA KAITAN DENGAN SEAWORLD?
1186
01:05:43,815 --> 01:05:47,716
TIADA.
1187
01:05:47,816 --> 01:05:51,239
Bagi seseorang yang memberi
keterangan dalam mahkamah
1188
01:05:51,322 --> 01:05:54,826
bahawa mereka tak tahu
apa-apa tentang perkaitan
1189
01:05:54,909 --> 01:05:59,038
antara SeaWorld
dengan taman di Tenerife ini…
1190
01:05:59,122 --> 01:06:02,417
Sama ada dia benar-benar
tak tahu dan berkata benar,
1191
01:06:02,500 --> 01:06:04,752
atau itu suatu pembohongan yang berani.
1192
01:06:09,090 --> 01:06:12,177
Sebagai pelatih,
kami tak pernah lupa potensi Shamu.
1193
01:06:12,260 --> 01:06:14,137
Setiap hari kami melihatnya.
1194
01:06:14,220 --> 01:06:18,016
Sebab itulah setiap interaksi kami
telah dirancang dengan berhati-hati,
1195
01:06:18,099 --> 01:06:20,539
terutama interaksi kerja air kami.
1196
01:06:29,486 --> 01:06:31,779
Nakalnya kamu.
1197
01:06:31,863 --> 01:06:33,907
Terutama interaksi kerja air kami
1198
01:06:33,990 --> 01:06:36,743
kerana potensi bahayanya paling tinggi.
1199
01:06:36,868 --> 01:06:40,580
Saya sudah menjangkakannya
sejak orang kedua dibunuh.
1200
01:06:40,663 --> 01:06:43,958
Saya sudah menjangkakan
Tilikum akan membunuh lagi.
1201
01:06:44,042 --> 01:06:45,710
Saya cuma terkejut ia lewat berlaku.
1202
01:06:45,835 --> 01:06:48,463
Berita utama malam ini,
ikan paus pembunuh seberat enam tan
1203
01:06:48,546 --> 01:06:50,882
telah membunuh seorang
pelatih yang berpengalaman
1204
01:06:50,965 --> 01:06:52,800
di SeaWorld, Orlando, hari ini.
1205
01:06:53,176 --> 01:06:54,719
Seorang pelancong di pertunjukan awal
1206
01:06:54,802 --> 01:06:56,679
berkata haiwan itu kelihatan gelisah.
1207
01:06:56,804 --> 01:06:59,933
Pelatih mengadu bahawa
ikan paus tidak memberi kerjasama.
1208
01:07:00,058 --> 01:07:01,973
Keseluruhan pertunjukan
dan pertunjukan utama,
1209
01:07:02,393 --> 01:07:04,270
betul-betul teruk pada hari itu.
1210
01:07:04,437 --> 01:07:06,689
Terdapat ikan paus
yang mengejar satu sama lain
1211
01:07:06,773 --> 01:07:09,192
dan akhirnya pelatih terpaksa
menghentikan pertunjukan
1212
01:07:09,275 --> 01:07:11,110
kerana mereka tak dapat
mengawal haiwan itu.
1213
01:07:11,277 --> 01:07:12,871
Tilikum berada di kolam belakang
1214
01:07:13,655 --> 01:07:17,534
sedia untuk pertunjukan
Makan Bersama Shamu dengan Dawn.
1215
01:07:18,660 --> 01:07:22,163
Dawn mungkin nampak
prestasi pertunjukan utama
1216
01:07:22,247 --> 01:07:25,792
dan mungkin dia berasa tertekan
untuk melakukan persembahan yang baik.
1217
01:07:27,585 --> 01:07:29,504
Ya!
1218
01:07:29,587 --> 01:07:31,631
Jika anda tonton keseluruhan video,
anda dapat lihat
1219
01:07:31,714 --> 01:07:34,551
bahawa Tilikum mengakuri arahan Dawn
1220
01:07:34,634 --> 01:07:36,219
pada permulaan video.
1221
01:07:38,846 --> 01:07:41,391
Terdapat beberapa aksi
yang diminta oleh Dawn untuk dilakukan
1222
01:07:41,474 --> 01:07:43,560
di mana Tilikum terus akur
1223
01:07:43,768 --> 01:07:46,145
dan melakukan aksi yang disuruh oleh Dawn.
1224
01:07:52,402 --> 01:07:54,362
Ada beberapa ketika dalam sesi itu
1225
01:07:54,445 --> 01:07:56,823
yang tidak mengikut rancangan.
1226
01:07:56,906 --> 01:07:58,533
Pada pandangan saya,
1227
01:07:58,616 --> 01:08:02,161
ia berlaku ketika tiupan wisel
tidak didengari oleh Tilikum
1228
01:08:02,245 --> 01:08:04,163
selepas aksi lambaian sirip.
1229
01:08:04,289 --> 01:08:06,332
Dawn meminta Tilikum
melakukan aksi lambaian sirip.
1230
01:08:06,416 --> 01:08:10,753
Dia meminta Tilikum untuk
berenang satu pusingan kolam
1231
01:08:10,878 --> 01:08:12,380
dan melambaikan sirip pektoralnya.
1232
01:08:14,841 --> 01:08:17,051
Dawn meniup wiselnya…
1233
01:08:17,885 --> 01:08:19,386
- Itu dia.
- …iaitu suatu isyarat,
1234
01:08:19,470 --> 01:08:21,680
yang memberitahu haiwan itu,
kerjanya bagus sekali.
1235
01:08:21,764 --> 01:08:22,974
"Mari sini dan makan."
1236
01:08:23,057 --> 01:08:24,642
Namun, Tilikum tak dengar isyarat itu.
1237
01:08:25,977 --> 01:08:28,395
Tilikum sangat suka melambai.
1238
01:08:28,479 --> 01:08:30,732
Ia berenang satu pusingan kolam
1239
01:08:30,814 --> 01:08:32,692
semasa melakukan lambaian sirip itu.
1240
01:08:32,774 --> 01:08:35,486
Tak mengapa. Biarkan dia terus melambai.
1241
01:08:36,112 --> 01:08:38,448
Tekaan saya ialah Tilikum
tidak dengar bunyi wisel.
1242
01:08:38,615 --> 01:08:41,200
Bukan saja ia tak dengar isyarat itu,
1243
01:08:41,283 --> 01:08:43,786
ia juga telah melakukan aksi
yang sempurna dan kembali.
1244
01:08:43,911 --> 01:08:47,540
Namun ia disambut dengan
tindak balas neutral tiga saat,
1245
01:08:47,624 --> 01:08:49,082
iaitu isyarat bahawa aksi yang dibuat
1246
01:08:49,167 --> 01:08:50,667
oleh haiwan itu adalah salah.
1247
01:08:50,752 --> 01:08:53,087
"Tiada ganjaran untuk kamu
dan kita akan teruskan saja."
1248
01:08:53,171 --> 01:08:54,671
Anda juga boleh lihat dalam video
1249
01:08:54,756 --> 01:08:56,674
bahawa Dawn kehabisan makanan.
1250
01:08:58,009 --> 01:08:59,510
Haiwan itu boleh tahu
1251
01:08:59,594 --> 01:09:01,804
jika ikan di dalam baldi semakin sedikit
1252
01:09:01,888 --> 01:09:04,182
kerana ia boleh dengar
bunyi ais berdenting
1253
01:09:04,265 --> 01:09:06,684
dalam air di dasar baldi itu.
1254
01:09:06,768 --> 01:09:10,563
Ikan yang diberi oleh pelatih
1255
01:09:10,647 --> 01:09:11,981
pula semakin kecil.
1256
01:09:12,064 --> 01:09:15,193
Jadi, ikan paus itu tahu sesi akan tamat.
1257
01:09:15,276 --> 01:09:17,654
Apabila anda melihat perbezaan
antara permulaan video
1258
01:09:17,737 --> 01:09:19,447
dan penghujung video, anda dapat lihat
1259
01:09:19,529 --> 01:09:22,992
tingkah laku Tilikum sudah berubah.
1260
01:09:23,117 --> 01:09:24,327
Makanan sudah habis.
1261
01:09:24,410 --> 01:09:27,287
Namun Dawn meminta Tilikum
untuk melakukan aksi demi aksi.
1262
01:09:27,372 --> 01:09:29,165
Tilikum tidak mendapat ganjaran untuk aksi
1263
01:09:29,247 --> 01:09:30,375
yang dilakukan dengan betul.
1264
01:09:30,457 --> 01:09:33,419
Ia mungkin sudah rasa jengkel
pada penghujung sesi.
1265
01:09:35,380 --> 01:09:38,800
Kemudian Dawn berjalan sekeliling kolam G.
1266
01:09:38,883 --> 01:09:40,343
Tilikum mengikutnya.
1267
01:09:45,098 --> 01:09:48,810
Dia kemudian pergi
ke kawasan tebing berbatu
1268
01:09:48,893 --> 01:09:53,272
dan berbaring dengan Tilikum
untuk sesi hubungan,
1269
01:09:53,356 --> 01:09:55,817
yang pada dasarnya adalah sesi senyap.
1270
01:09:56,442 --> 01:09:59,237
Pada satu ketika,
Tilikum menggigit lengan kiri Dawn
1271
01:09:59,320 --> 01:10:02,240
dan mula menariknya
dan akhirnya ia memusingkan badan
1272
01:10:02,323 --> 01:10:03,908
dan menarik Dawn ke dalam kolam.
1273
01:10:03,991 --> 01:10:06,911
Pada mulanya, ia mungkin
permainan atau kekecewaan,
1274
01:10:06,994 --> 01:10:11,624
tetapi ia berubah menjadi keganasan
1275
01:10:11,708 --> 01:10:14,335
yang tidak kelihatan
seperti permainan lagi.
1276
01:10:14,419 --> 01:10:16,838
Akhirnya, Tilikum telah
1277
01:10:16,921 --> 01:10:19,090
mencacatkan wanita itu sepenuhnya.
1278
01:10:22,427 --> 01:10:25,555
Mereka sedang mengumpulkan
semua pelatih di taman Texas itu.
1279
01:10:26,681 --> 01:10:30,101
Dia cakap, "Ada kemalangan
1280
01:10:30,393 --> 01:10:33,813
di taman Florida
dan seorang pelatih terbunuh."
1281
01:10:34,939 --> 01:10:38,192
Mendengar bahawa pelatih itu ialah Dawn,
amat sukar untuk saya percayai.
1282
01:10:38,276 --> 01:10:41,779
Saya hanya ingat berkata,
"Bukan Dawn. Tak mungkin Dawn."
1283
01:10:42,321 --> 01:10:46,242
Dia sambung lagi,
"Tilikum masih belum melepaskannya."
1284
01:10:46,868 --> 01:10:48,202
Saya cukup…
1285
01:10:49,787 --> 01:10:51,998
terganggu oleh kejadian itu
1286
01:10:52,081 --> 01:10:56,377
dan hakikat betapa lemahnya kita.
1287
01:10:56,753 --> 01:10:59,839
Avulsi, melecet, melelas dan patah tulang.
1288
01:11:00,381 --> 01:11:02,633
Patah tulang dan
pendarahan yang berkaitan.
1289
01:11:02,717 --> 01:11:04,427
Trauma objek tumpul
1290
01:11:05,470 --> 01:11:07,805
pada badan dan anggota badan.
1291
01:11:09,015 --> 01:11:12,351
Melihat serangan sebegini
terhadap seorang pelatih,
1292
01:11:12,685 --> 01:11:14,979
dan tanpa memahami sebabnya,
1293
01:11:15,646 --> 01:11:17,064
ia amat mengejutkan.
1294
01:11:17,940 --> 01:11:22,069
Peguam OSHA bertanya pendapat saya
tentang pengajaran yang kita peroleh.
1295
01:11:22,153 --> 01:11:23,696
Saya berada di dalam bilik mahkamah
1296
01:11:23,780 --> 01:11:27,784
sambil memegang fail kes Keltie Byrne
di sebelah tangan
1297
01:11:27,867 --> 01:11:29,869
dan fail Dawn Brancheau
di sebelah tangan lain.
1298
01:11:29,952 --> 01:11:31,996
Jarak kematian mereka hampir 20 tahun.
1299
01:11:32,079 --> 01:11:34,040
Sambil melihat fail-fail itu,
1300
01:11:34,123 --> 01:11:36,292
saya hanya boleh jawab, "Tiada apa-apa."
1301
01:11:36,793 --> 01:11:38,920
Malah, apa-apa pun tidak.
1302
01:11:39,003 --> 01:11:40,338
Kita tak belajar apa-apa pun
1303
01:11:40,421 --> 01:11:42,924
untuk kejadian sebegitu berlaku
dalam jarak 20 tahun.
1304
01:11:44,467 --> 01:11:46,385
Boleh awak beritahu
jika ia kemalangan atau…
1305
01:11:46,469 --> 01:11:48,638
Adakah dia pelatih tetap ikan paus itu?
1306
01:11:48,721 --> 01:11:51,349
Saya tak tahu.
Kita hanya ada seorang pelatih wanita
1307
01:11:52,308 --> 01:11:53,976
di kawasan kurungan ikan paus.
1308
01:11:54,060 --> 01:11:56,437
Dia nampaknya tergelincir
atau terjatuh ke dalam kolam
1309
01:11:56,521 --> 01:11:58,898
dan telah dibunuh oleh
salah seekor ikan paus itu.
1310
01:11:58,981 --> 01:12:01,526
Pada mulanya, SeaWorld
melaporkan seorang pelatih tergelincir
1311
01:12:01,609 --> 01:12:03,986
ke dalam air dan mati lemas.
1312
01:12:04,403 --> 01:12:05,571
Itu adalah laporan pertama.
1313
01:12:05,738 --> 01:12:08,282
Namun, selepas saksi lain
menyangkal dakwaan itu,
1314
01:12:08,366 --> 01:12:09,700
wakil SeaWorld berkumpul,
1315
01:12:09,784 --> 01:12:11,536
dan mereka cerita yang baharu.
1316
01:12:11,702 --> 01:12:13,329
Berita baharu. SeaWorld telah mengesahkan
1317
01:12:13,412 --> 01:12:16,082
bahawa ikan paus pembunuh
telah menarik wanita itu ke dalam air.
1318
01:12:16,165 --> 01:12:17,708
Dia tak terjatuh ke dalam kolam itu
1319
01:12:17,875 --> 01:12:20,336
seperti yang dilaporkan jabatan syerif.
1320
01:12:20,503 --> 01:12:23,631
Cerita baharu mereka,
Tilikum menarik ekor kuda Dawn.
1321
01:12:24,207 --> 01:12:27,585
Ini cara halus mereka
untuk menyalahkan Dawn.
1322
01:12:27,718 --> 01:12:29,428
"Dia tak sepatutnya ada ekor kuda panjang,
1323
01:12:29,512 --> 01:12:32,265
atau kalau ada pun
dia harus menyanggulnya."
1324
01:12:32,431 --> 01:12:34,725
Jika Dawn berdiri di sini
dengan saya sekarang
1325
01:12:34,809 --> 01:12:38,271
akan mengaku itu adalah kesilapannya
1326
01:12:38,354 --> 01:12:39,856
kerana membenarkan ia berlaku.
1327
01:12:40,273 --> 01:12:41,774
Mereka menyalahkan dia.
1328
01:12:43,234 --> 01:12:44,527
Beraninya mereka.
1329
01:12:44,610 --> 01:12:48,447
Mereka sangat biadab menyalahkan Dawn
1330
01:12:48,531 --> 01:12:51,868
apabila wanita itu sudah pun tiada
untuk mempertahankan dirinya.
1331
01:12:52,034 --> 01:12:54,328
Ia menggigit ekor kuda Dawn
dan menariknya ke dalam air.
1332
01:12:54,412 --> 01:12:55,955
Puncanya mudah saja.
1333
01:12:56,038 --> 01:12:58,708
Terdapat banyak gambar
pelatih yang melakukan
1334
01:12:58,791 --> 01:13:00,084
perkara yang sama seperti Dawn.
1335
01:13:00,668 --> 01:13:04,630
Jadi, saya tahu SeaWorld menipu
apabila mereka menyalahkan Dawn.
1336
01:13:04,797 --> 01:13:08,426
Ekor kuda itu kemungkinan besar
suatu penipuan.
1337
01:13:09,969 --> 01:13:13,681
Pelatih sokongan yang kemungkinan
tak nampak Dawn ditarik,
1338
01:13:13,764 --> 01:13:14,640
mereka cerita itu.
1339
01:13:15,057 --> 01:13:17,768
- Adakah anda teruja?
- Ya!
1340
01:13:17,977 --> 01:13:19,604
Ketika keterangan pelatih sokongan,
1341
01:13:19,687 --> 01:13:22,648
OSHA mendesaknya hingga
berkata bahawa dia tidak begitu pasti
1342
01:13:22,732 --> 01:13:25,109
sama ada ekor kuda Dawn
yang digigit ikan paus itu,
1343
01:13:25,192 --> 01:13:29,030
dan dia nampak Dawn di dalam air
dan mengandaikan ia ekor kuda Dawn.
1344
01:13:29,113 --> 01:13:31,157
OSHA berpendapat bahawa ikan paus itu naik
1345
01:13:31,240 --> 01:13:33,034
dan menggigit lengan Dawn Brancheau
1346
01:13:33,117 --> 01:13:35,202
dan mengatakan ia
tahap keganasan yang baharu.
1347
01:13:35,286 --> 01:13:38,247
Sekali lagi, SeaWorld menafikan
bahawa ia serangan agresif.
1348
01:13:38,331 --> 01:13:40,625
Salah seorang kurator SeaWorld,
Chuck Tompkins,
1349
01:13:40,708 --> 01:13:42,835
mengatakan bahawa
apabila Dawn Brancheau ditarik,
1350
01:13:43,002 --> 01:13:46,047
tidak semestinya tingkah laku agresif
oleh ikan paus itu.
1351
01:13:46,130 --> 01:13:49,884
Gigitan awal bukanlah
tingkah laku keganasan.
1352
01:13:49,967 --> 01:13:52,178
Ini bukan haiwan yang gila.
1353
01:13:52,261 --> 01:13:54,555
Industri mempunyai kepentingan
untuk memutar belit cerita
1354
01:13:54,639 --> 01:13:57,266
supaya haiwan-haiwan ini
terus dilihat sebagai
1355
01:13:57,350 --> 01:14:00,811
haiwan yang comel dan benar-benar selamat.
1356
01:14:00,895 --> 01:14:02,813
Barulah anak patung Shamu laris.
1357
01:14:02,897 --> 01:14:06,984
Barulah tiket boleh dijual dengan banyak.
Itulah jalan cerita
1358
01:14:07,068 --> 01:14:10,154
yang akan digunakan
oleh mereka selama yang boleh.
1359
01:14:13,449 --> 01:14:16,494
SAKSI PAKAR SEAWORLD
1360
01:14:16,577 --> 01:14:20,623
TILIKUM BUKAN IKAN PAUS
PEMBUNUH YANG AGRESIF…
1361
01:14:20,706 --> 01:14:26,484
SATU-SATUNYA PUNCA KEJADIAN INI
IALAH KESILAPAN CIK DAWN BRANCHEAU.
1362
01:14:27,964 --> 01:14:32,593
Pihak yang berkata bahawa
haiwan yang menyerang Dawn
1363
01:14:32,677 --> 01:14:35,763
dengan niat jahat adalah haiwan gila,
1364
01:14:36,597 --> 01:14:41,394
hanya mahu membuktikan teori bahawa
kurungan membuat haiwan menjadi gila.
1365
01:14:41,477 --> 01:14:43,187
Kenyataan itu salah sama sekali.
1366
01:14:43,270 --> 01:14:45,690
Semua ikan paus dalam kurungan
mempunyai kehidupan yang teruk.
1367
01:14:45,773 --> 01:14:47,608
Kesemuanya terbeban secara emosi.
1368
01:14:47,692 --> 01:14:50,361
Kesemuanya mengalami trauma psikologi.
1369
01:14:50,778 --> 01:14:53,447
Itulah sebab tingkah lakunya
sukar diramal.
1370
01:14:53,531 --> 01:14:54,991
Bukan Tilikum saja begitu.
1371
01:14:55,074 --> 01:14:57,660
Kita harus mengasingkan
kejadian yang menimpa Dawn,
1372
01:14:57,743 --> 01:15:00,955
dan meskipun tragik, sesiapa pun
tidak mahu kejadian sebegitu berulang.
1373
01:15:01,038 --> 01:15:03,332
Bolehkah SeaWorld mencipta persekitaran
1374
01:15:03,416 --> 01:15:04,792
supaya ia tidak berulang?
1375
01:15:04,875 --> 01:15:06,794
Ya, saya benar-benar percaya boleh.
1376
01:15:10,214 --> 01:15:12,091
Bagaimana jika tiada SeaWorld?
1377
01:15:12,633 --> 01:15:15,344
Saya tak dapat bayangkan
masyarakat tanpa nilai yang kami
1378
01:15:15,428 --> 01:15:18,597
tanamkan mengenai mamalia marin,
jika taman-taman itu tidak wujud.
1379
01:15:18,889 --> 01:15:22,601
Saya langsung tidak
mahu anak perempuan saya,
1380
01:15:22,685 --> 01:15:24,186
yang berumur tiga setengah tahun,
1381
01:15:24,270 --> 01:15:27,106
beranggapan bahawa mengurung
1382
01:15:27,189 --> 01:15:30,234
haiwan yang sangat cerdas ini
di dalam kolam konkrit
1383
01:15:30,317 --> 01:15:31,652
adalah perkara yang normal.
1384
01:15:31,736 --> 01:15:34,280
Saya tak mahu dia beranggapan
bahawa begitulah cara kita melayan
1385
01:15:34,363 --> 01:15:36,866
makhluk lain di muka bumi ini.
1386
01:15:37,533 --> 01:15:39,035
Saya rasa ia kejam sekali.
1387
01:15:39,118 --> 01:15:40,786
Pembicaraan dijangka sepanjang minggu
1388
01:15:40,870 --> 01:15:43,831
dengan OSHA yang terus
bertegas dengan teori ini…
1389
01:15:43,914 --> 01:15:47,376
Bahawa SeaWorld tahu wujudnya
risiko kecederaan atau kematian,
1390
01:15:47,460 --> 01:15:50,629
tetapi tetap menugaskan pelatih mereka
di dalam air bersama ikan paus,
1391
01:15:50,713 --> 01:15:52,923
sambil mendakwa bahawa
kematian Dawn Brancheau
1392
01:15:53,007 --> 01:15:54,759
adalah insiden terpencil.
1393
01:15:54,925 --> 01:15:58,012
Dave McDaniel, melaporkan secara langsung
dari Daerah Seminole. Berita WESH 2.
1394
01:16:07,980 --> 01:16:09,065
Ada sesuatu yang tidak kena.
1395
01:16:09,148 --> 01:16:14,236
Kita tahu ada sesuatu
yang tidak kena dengan Tilikum.
1396
01:16:14,320 --> 01:16:17,364
Apabila kita ada hubungan
dengan haiwan itu,
1397
01:16:19,075 --> 01:16:23,412
kita akan faham bahawa ia tidak
membunuh untuk bertindak ganas.
1398
01:16:23,496 --> 01:16:26,248
Ia tidak membunuh kerana ia gila.
1399
01:16:26,332 --> 01:16:29,251
Ia tidak membunuh kerana ia tidak
tahu apa yang dilakukannya.
1400
01:16:29,335 --> 01:16:31,087
Ia membunuh kerana berasa kecewa
1401
01:16:31,170 --> 01:16:36,342
dan tertekan. Namun ia tak tahu bagaimana…
1402
01:16:36,926 --> 01:16:38,594
Ia tiada cara untuk meluahkannya.
1403
01:16:40,137 --> 01:16:43,224
Kini, Tilikum banyak
meluangkan masa bersendirian,
1404
01:16:43,349 --> 01:16:46,769
dan hanya terapung-apung
tak bermaya di dalam kolam.
1405
01:16:48,437 --> 01:16:49,980
Tiga jam sudah berlalu
1406
01:16:50,981 --> 01:16:52,525
dan ia masih belum bergerak.
1407
01:16:54,151 --> 01:16:55,945
Mereka cuba menutupinya
dengan berkata,
1408
01:16:56,028 --> 01:16:57,696
"Sekali-sekala ia keluar ke kolam depan.
1409
01:16:57,780 --> 01:16:59,156
Ia juga buat pertunjukan."
1410
01:16:59,240 --> 01:17:00,825
Benarkah? Tahu apa yang ia buat?
1411
01:17:01,826 --> 01:17:03,244
Ia tunduk beberapa kali
1412
01:17:03,702 --> 01:17:06,831
dan kemudian kembali ke penjara kecilnya.
1413
01:17:07,414 --> 01:17:08,707
Begitulah kehidupannya.
1414
01:17:10,793 --> 01:17:12,586
Saya berasa kasihan akan Tilikum.
1415
01:17:13,129 --> 01:17:16,215
Haiwan yang megah sepertinya
berenang di dalam tangki
1416
01:17:16,298 --> 01:17:18,217
dengan sirip yang terkelepai,
1417
01:17:18,300 --> 01:17:21,428
berbanding ikan paus pembunuh
jantan yang liar,
1418
01:17:21,512 --> 01:17:24,223
yang merupakan antara haiwan
paling kinetik dan dinamik
1419
01:17:24,306 --> 01:17:25,683
yang dapat kita bayangkan.
1420
01:17:28,519 --> 01:17:29,979
Saya berasa sedih melihatnya.
1421
01:17:31,730 --> 01:17:36,986
TILIKUM KEKAL DI SEAWORLD ORLANDO,
MEMBUAT PERTUNJUKAN SETIAP HARI.
1422
01:17:37,069 --> 01:17:38,821
Masa untuk menghentikan pertunjukan.
1423
01:17:38,904 --> 01:17:41,407
Masa untuk berhenti memaksa
haiwan-haiwan itu untuk beraksi
1424
01:17:41,490 --> 01:17:43,242
dalam persekitaran sarkas.
1425
01:17:43,409 --> 01:17:45,494
Mereka harus melepaskan
haiwan yang cukup muda
1426
01:17:45,578 --> 01:17:48,414
dan cukup sihat untuk dibebaskan.
Ikan paus seperti Tilikum
1427
01:17:48,497 --> 01:17:51,375
yang sudah tua, sakit dan telah
menyumbang 25 tahun dalam industri,
1428
01:17:51,542 --> 01:17:54,420
harus dibenarkan hidup
di dalam sangkar lautan terbuka
1429
01:17:54,503 --> 01:17:56,547
supaya dapat menikmati
ombak laut semula jadi.
1430
01:17:56,672 --> 01:17:58,507
Syarikat ini bernilai berbilion dolar
1431
01:17:58,632 --> 01:18:02,511
dan menjana keuntungan dengan
mengeksploitasi ikan paus pembunuh.
1432
01:18:02,595 --> 01:18:04,972
Ikan paus pembunuh tidak sesuai dikurung.
1433
01:18:05,139 --> 01:18:07,391
Ikan paus itu menjadi bosan.
1434
01:18:07,933 --> 01:18:11,353
Kita menafikannya rangsangan
alam semula jadi.
1435
01:18:12,146 --> 01:18:14,106
Saya rasa pada 50 tahun akan datang,
1436
01:18:14,190 --> 01:18:16,775
kita akan mengingati masa ini
dan terkejut dengan kekejaman kita.
1437
01:18:21,903 --> 01:18:26,541
SEAWORLD BERULANG KALI MENOLAK
UNTUK DITEMU BUAL DALAM FILEM INI.
1438
01:18:28,829 --> 01:18:30,915
30 MEI 2012
1439
01:18:30,998 --> 01:18:34,543
HAKIM KEN WELSCH MEMBUAT
KEPUTUSAN KES OSHA LAWAN SEAWORLD.
1440
01:18:34,627 --> 01:18:37,922
SEMASA PERTUNJUKAN, PELATIH SEAWORLD
MESTI BERADA DI BELAKANG PENGHALANG,
1441
01:18:38,005 --> 01:18:40,530
DAN DIASINGKAN DARIPADA
IKAN PAUS PEMBUNUH.
1442
01:18:44,845 --> 01:18:48,807
SEAWORLD TELAH MEMBUAT RAYUAN.
1443
01:18:57,608 --> 01:19:00,277
Dawn Brancheau. DB, singkatan
untuk dream big (bercita-cita tinggi).
1444
01:19:01,278 --> 01:19:04,907
Dawn ialah orang yang paling
penyayang dan pemurah.
1445
01:19:04,990 --> 01:19:08,160
Senyumannya amat berseri.
1446
01:19:10,246 --> 01:19:13,958
LARIAN 5K YAYASAN DAWN BRANCHEAU,
ADALAH ACARA YANG MENGUMPUL DANA
1447
01:19:14,041 --> 01:19:16,794
UNTUK BADAN KEBAJIKAN KEGEMARAN DAWN.
1448
01:19:16,877 --> 01:19:19,588
Dia telah menunaikan misi hidupnya.
1449
01:19:19,672 --> 01:19:21,966
KAKAK DAWN BRANCHEAU
1450
01:20:08,012 --> 01:20:09,763
Kami nampak ikan paus pembunuh
1451
01:20:09,847 --> 01:20:13,267
berenang dalam garisan lurus
dengan sirip dorsal yang menegak.
1452
01:20:15,144 --> 01:20:17,229
Saya berbesar hati dapat berada di situ.
1453
01:20:22,901 --> 01:20:25,237
Nasib baik saya memakai cermin mata hitam
1454
01:20:25,321 --> 01:20:28,824
kerana air mata saya mengalir keluar.
1455
01:20:28,907 --> 01:20:31,410
Pemandangan itu amat menyentuh hati.
1456
01:23:11,904 --> 01:23:13,904
Terjemahan sari kata oleh Zailani Arif