1 00:00:06,464 --> 00:00:07,799 - Simón. - Jangan cuba. 2 00:00:07,882 --> 00:00:10,385 - Saya perlukan penjelasan. - Cukup! 3 00:00:10,468 --> 00:00:11,302 Simón. 4 00:00:11,386 --> 00:00:13,221 Encik Duque, saya faham. 5 00:00:13,972 --> 00:00:16,808 Kata orang kesakitan memang sukar dipendam. 6 00:00:16,891 --> 00:00:20,353 Saya tak boleh bayangkan penderitaan awak. 7 00:00:20,437 --> 00:00:21,730 Tragedi yang awak… 8 00:00:21,813 --> 00:00:24,691 Bertenang. Jangan sentuh saya, encik. Jangan buat masalah. 9 00:00:24,774 --> 00:00:25,775 Rodríguez. 10 00:00:25,859 --> 00:00:28,486 Saya juga akan bertindak begitu jika isteri saya disentuh. 11 00:00:28,570 --> 00:00:31,573 Saya boleh buat apa saja. 12 00:00:32,866 --> 00:00:35,577 Namun, awak kena faham ini tak adil. 13 00:00:35,660 --> 00:00:37,787 Untuk pemindahan organ, 14 00:00:37,871 --> 00:00:41,249 dilarang sama-sekali untuk dedahkan identiti penderma. 15 00:00:41,332 --> 00:00:43,043 Awak pun tahu. Betul tak? 16 00:00:43,126 --> 00:00:44,753 Ini tak masuk akal. 17 00:00:44,836 --> 00:00:48,548 Awak pula dengan cuainya menuduh saya dan isteri 18 00:00:48,631 --> 00:00:51,092 bertanggungjawab atas kematian isteri awak. 19 00:00:51,176 --> 00:00:53,011 Mari saya berikan fakta. 20 00:00:53,094 --> 00:00:57,557 - Setahun ada 8,000 pemindahan jantung. - Ya, saya tahu. 21 00:00:57,640 --> 00:01:02,437 Pertemuan awak dan Camila adalah suatu kebetulan yang malang. 22 00:01:03,354 --> 00:01:05,398 Malangnya saya tak percaya kebetulan. 23 00:01:05,482 --> 00:01:06,524 Saya dah penat. Pergi. 24 00:01:06,608 --> 00:01:08,902 Awak tak boleh tuduh sesuatu yang saya tak buat. 25 00:01:08,985 --> 00:01:09,903 Lepaskan. Sekarang. 26 00:01:11,821 --> 00:01:12,655 Rodríguez. 27 00:01:19,412 --> 00:01:20,246 Terima kasih. 28 00:01:22,332 --> 00:01:23,750 SEBUAH SIRI NETFLIX 29 00:01:34,385 --> 00:01:36,179 Awak tak tahu guna pistol. 30 00:01:41,810 --> 00:01:42,644 Tomás? 31 00:01:42,727 --> 00:01:44,562 Apa dah jadi? Awak terus menghilang. 32 00:01:44,646 --> 00:01:46,064 Boleh saya jumpa awak? 33 00:01:46,147 --> 00:01:49,943 Tak, ayah saya tiada dan saya tak boleh tinggalkan adik saya. 34 00:01:51,444 --> 00:01:52,946 Awak pasti awak okey? 35 00:01:53,655 --> 00:01:55,448 Ya, saya okey, Samantha. 36 00:01:56,324 --> 00:01:57,158 Cuma… 37 00:01:57,742 --> 00:01:59,369 Lari, Samantha! 38 00:01:59,953 --> 00:02:01,704 Awak pilih cara yang sukar. 39 00:02:01,788 --> 00:02:03,373 Awak kenal ini siapa. 40 00:02:03,456 --> 00:02:04,749 Awak dalam bahaya! 41 00:02:04,833 --> 00:02:07,043 Kita berdua ada urusan untuk diselesaikan. 42 00:02:07,627 --> 00:02:10,088 Saya cuma pertahankan diri. Kawan awak nak tembak saya. 43 00:02:10,171 --> 00:02:12,549 Dia acukan pistol ke arah saya. 44 00:02:12,632 --> 00:02:14,134 Awak ada sejam untuk datang sini. 45 00:02:14,217 --> 00:02:16,970 Atau awak nak tengok teman lelaki awak mati? 46 00:02:17,053 --> 00:02:17,887 Pergi! 47 00:02:18,471 --> 00:02:22,183 Jika awak laporkan kepada polis, saya akan bunuh seluruh keluarga awak. 48 00:02:29,065 --> 00:02:31,151 Terima kasih, Dr. Lares. Jaga diri. 49 00:02:31,234 --> 00:02:32,861 - Gembira berjumpa awak. - Silakan. 50 00:02:34,195 --> 00:02:36,906 Saya dah aturkan pemindahan Camila. 51 00:02:36,990 --> 00:02:39,075 - Ambulans dalam perjalanan. - Bagus. 52 00:02:40,243 --> 00:02:42,912 Kita ada satu masalah baharu, Zacarías. 53 00:02:42,996 --> 00:02:45,957 Kita perlu segera bertindak. 54 00:02:48,585 --> 00:02:49,419 Saya tahu. 55 00:02:52,672 --> 00:02:55,550 Perkara yang awak beritahu ini sangat serius, Encik Sarmiento. 56 00:02:56,718 --> 00:02:57,802 Awak ada bukti? 57 00:02:58,636 --> 00:02:59,637 Ada bawa ke sini? 58 00:02:59,721 --> 00:03:02,307 Kami perlu pastikan maklumat ini boleh dipercayai. 59 00:03:02,891 --> 00:03:06,853 "Di dalam kerajaan akhir, segalanya ada harga atau maruah." 60 00:03:07,520 --> 00:03:11,858 Petikan kata-kata Kant, ahli falsafah yang luar biasa. 61 00:03:12,442 --> 00:03:13,610 Bukti yang saya ada 62 00:03:14,527 --> 00:03:18,656 bukan saja akan menjatuhkan Cienfuegos dan semua ahli pasukannya, 63 00:03:18,740 --> 00:03:22,952 malah akan berikan awak jalan pintas ke jawatan presiden. 64 00:03:24,746 --> 00:03:26,372 Saya datang untuk berunding 65 00:03:27,123 --> 00:03:29,334 harga yang sanggup awak bayar. 66 00:03:32,503 --> 00:03:35,798 Jika nak soal-siasat, sila tunggu sehingga dia stabil. 67 00:03:37,008 --> 00:03:39,427 Saya juga ada soalan untuk awak, doktor. 68 00:03:39,928 --> 00:03:41,346 Sudah tentu. Apa saja. 69 00:03:41,429 --> 00:03:44,641 Tugas saya adalah menyelamatkan nyawa, bukan merosakkannya. 70 00:03:44,724 --> 00:03:46,809 Semua dah sedia, Dr. Carrasco. 71 00:03:46,893 --> 00:03:47,727 Bagus. 72 00:03:52,357 --> 00:03:57,570 Bekerja dalam politik tak bermakna saya tiada hati nurani. 73 00:04:00,323 --> 00:04:02,742 Kita dalam fasa terakhir pilihan raya. 74 00:04:04,869 --> 00:04:05,828 Terpulang awak. 75 00:04:09,040 --> 00:04:11,042 Apa yang awak nak sebagai balasannya? 76 00:04:12,210 --> 00:04:15,296 Beberapa keistimewaan kecil untuk organisasi yang saya wakili. 77 00:04:17,006 --> 00:04:22,262 Ahli politik tahu cara untuk berurusan dengan Tuhan dan Iblis. 78 00:04:25,098 --> 00:04:26,599 Panjang betul umur dia… 79 00:04:31,854 --> 00:04:34,232 Apa kata awak duduk, Puan Presiden? 80 00:04:36,192 --> 00:04:38,027 Atau saya patut panggil awak "Presiden"? 81 00:04:39,153 --> 00:04:40,363 AMBULANS 82 00:04:55,962 --> 00:04:57,964 Saya dah terlalu cintakan awak. 83 00:05:05,388 --> 00:05:06,931 Saya tak tahu cara nak jaga awak. 84 00:05:07,015 --> 00:05:08,641 Bukan begitu! 85 00:05:08,725 --> 00:05:10,727 Jika sesuatu berlaku kepada awak, saya mati. 86 00:05:11,728 --> 00:05:13,438 Sesuatu sudah pun berlaku. 87 00:05:22,488 --> 00:05:24,532 - Lucas. - Apa? 88 00:05:24,615 --> 00:05:26,576 Kakak terpaksa keluar. Ada kecemasan. 89 00:05:26,659 --> 00:05:28,119 Mak cik dan pak cik akan datang. 90 00:05:28,202 --> 00:05:30,913 Kalau mereka tahu kakak tinggalkan saya, mereka akan marah. 91 00:05:30,997 --> 00:05:34,250 Awak dah besar, bukan? Boleh tunggu sepuluh minit? 92 00:05:50,141 --> 00:05:53,978 KLINIK PUSAT 93 00:05:54,062 --> 00:05:54,896 Hai. 94 00:05:55,730 --> 00:05:56,564 Jadi? 95 00:05:56,647 --> 00:06:00,360 Setakat ini, keputusan mengesahkan tiada penolakan organ. 96 00:06:02,236 --> 00:06:03,821 - Camila takkan apa-apa? - Ya. 97 00:06:04,405 --> 00:06:07,033 Kita tak perlu buat biopsi jantung. 98 00:06:07,784 --> 00:06:09,744 Dia mungkin boleh keluar hari ini. 99 00:06:24,092 --> 00:06:26,469 Checo bodoh. Tak pernah jawab telefon. 100 00:06:26,969 --> 00:06:30,890 Dia buat apa? Menganggur tapi sentiasa sibuk. 101 00:06:30,973 --> 00:06:31,891 Pelik betul. 102 00:06:32,683 --> 00:06:34,852 Mariachi akan datang. Kita perlu bekerja. 103 00:06:34,936 --> 00:06:36,521 Apa kita nak buat dengan dia? 104 00:06:37,105 --> 00:06:38,606 Tunggu gadis itu datang. 105 00:06:39,273 --> 00:06:41,234 Saya takkan biar awak terlalu menderita. 106 00:06:41,776 --> 00:06:42,985 Saya tiada masa. 107 00:06:44,237 --> 00:06:45,071 Namun… 108 00:06:46,614 --> 00:06:47,824 jika dia tak datang… 109 00:06:49,534 --> 00:06:50,701 awak yang akan dihukum. 110 00:06:53,204 --> 00:06:54,330 Zacarías. 111 00:06:54,414 --> 00:06:56,374 Bagaimana dengan Camila? Apa kata doktor? 112 00:06:56,457 --> 00:06:58,418 Badannya tak menolak jantung itu. 113 00:06:58,918 --> 00:07:00,503 Saya dah kata. Boleh kami melawat? 114 00:07:00,586 --> 00:07:01,963 Ya, mari tengok dia. 115 00:07:07,301 --> 00:07:09,137 Kasihan anak tiri saya. 116 00:07:10,096 --> 00:07:12,223 Nampaknya dia suka makanan hospital. 117 00:07:12,849 --> 00:07:16,018 Atau mungkin dia dapat jantung kelas kedua. 118 00:07:17,728 --> 00:07:20,273 Awak tak nampak macam lelaki yang memalukan saya. 119 00:07:20,773 --> 00:07:22,400 Awak nampak berbeza. 120 00:07:23,359 --> 00:07:24,360 Kacau-bilau. 121 00:07:29,449 --> 00:07:30,366 Braulio, saya… 122 00:07:34,036 --> 00:07:35,788 Maaf atas keterlanjuran saya. 123 00:07:35,872 --> 00:07:38,166 Saya dalam keadaan tertekan. Maafkan saya. 124 00:07:40,418 --> 00:07:41,836 Beginilah saya nak. 125 00:07:41,919 --> 00:07:44,755 Tak sombong, tenang dan merendah diri. 126 00:07:45,256 --> 00:07:47,383 Dengan penuh perasaan malu. 127 00:07:47,467 --> 00:07:50,595 Saya faham jika awak enggan terus bekerja dengan saya. 128 00:07:51,179 --> 00:07:53,389 Awak boleh menolak ibu mentua awak? 129 00:07:54,557 --> 00:07:56,267 Wanita itu begitu pertahankan awak. 130 00:07:56,350 --> 00:07:58,144 Dia seakan menyembah awak. 131 00:07:59,562 --> 00:08:01,397 Apa pun, Zac. 132 00:08:02,815 --> 00:08:05,735 Keluarga yang terbaik pun lalui semua ini. 133 00:08:07,820 --> 00:08:08,905 Mari sini. 134 00:08:08,988 --> 00:08:12,200 Peluk bapa mentua tiri awak dan bakal presiden ini. 135 00:08:12,283 --> 00:08:13,868 Mari ke sini. 136 00:08:20,041 --> 00:08:20,875 Hai. 137 00:08:21,375 --> 00:08:23,419 Hai, Sami. Apa khabar? 138 00:08:24,670 --> 00:08:27,590 Hei, tak nak beri datuk ciuman? 139 00:08:28,382 --> 00:08:29,217 Ya. 140 00:08:30,218 --> 00:08:32,929 - Di mana ayah kamu? - Tak tahu. 141 00:08:33,930 --> 00:08:35,014 Saya datang untuk lihat 142 00:08:35,932 --> 00:08:38,226 kalau datuk perlukan bantuan 143 00:08:38,726 --> 00:08:40,186 dengan penghantaran. 144 00:08:40,269 --> 00:08:43,147 Ya. Mari lihat. Sepatutnya ada di dalam kotak. 145 00:08:46,150 --> 00:08:47,235 Nak saya ambil? 146 00:08:47,318 --> 00:08:49,529 Ya. boleh juga. Terima kasih. 147 00:08:49,612 --> 00:08:50,446 Okey. 148 00:08:54,408 --> 00:08:57,119 Douglas, tolong jangan apa-apakan dia. 149 00:08:58,454 --> 00:08:59,372 Mari berbincang. 150 00:09:01,707 --> 00:09:04,085 Kita boleh selesaikan hal ini berdua. 151 00:09:04,168 --> 00:09:05,253 Apa pendapat awak? 152 00:09:06,337 --> 00:09:08,506 Awak fikir ini terapi? Diam. 153 00:09:09,006 --> 00:09:09,840 Garabato. 154 00:09:12,468 --> 00:09:13,553 Apa yang berlaku? 155 00:09:13,636 --> 00:09:15,888 Ini teman lelaki gadis yang bunuh Rojo. 156 00:09:15,972 --> 00:09:18,849 Saya guna dia sebagai umpan. Bijak tak saya? 157 00:09:19,350 --> 00:09:21,143 Awak tahu situasi kita 158 00:09:21,227 --> 00:09:24,689 tapi masih sibuk nak membalas dendam? 159 00:09:26,148 --> 00:09:28,859 - Bawa dia keluar! - Kekasih dia dalam perjalanan. 160 00:09:28,943 --> 00:09:30,361 Awak tak dengar? 161 00:09:41,330 --> 00:09:44,166 - Berapa umur dia? - Lingkungan 20-an. 162 00:09:46,419 --> 00:09:47,336 Gadis itu pula? 163 00:09:47,920 --> 00:09:50,214 Dia muda. Mungkin 18 tahun. 164 00:09:51,674 --> 00:09:53,175 Kebetulan pula. 165 00:09:58,180 --> 00:10:00,516 Bos perlukan hati yang sihat. 166 00:10:04,312 --> 00:10:05,855 Mariachi, awak genius. 167 00:10:06,647 --> 00:10:09,650 Dia sampai nanti, ambil darahnya dan bawa kepada Montejo. 168 00:10:10,151 --> 00:10:12,528 Jika makmal kata serasi, 169 00:10:13,029 --> 00:10:14,530 lunaskan segala dendam awak. 170 00:10:14,614 --> 00:10:15,656 Jika dia bunuh Rojo, 171 00:10:16,741 --> 00:10:17,700 buat dia menderita. 172 00:10:18,284 --> 00:10:19,493 Lakukannya. 173 00:10:19,577 --> 00:10:20,578 Ya. 174 00:10:21,078 --> 00:10:21,996 Mari lihat. 175 00:10:22,079 --> 00:10:24,290 Bangun. Turun! 176 00:10:24,373 --> 00:10:27,918 Saya ingat masalah jantung ini dah selesai. 177 00:10:28,002 --> 00:10:29,962 Kenapa awak selalu buat hal? 178 00:10:30,046 --> 00:10:33,799 Sebab awak anak kesayangan mak. Saya perlu buat sesuatu, bukan? 179 00:10:35,926 --> 00:10:36,927 Lucho. 180 00:10:37,011 --> 00:10:40,514 Apa kata kamu carikan kakak kamu makanan yang enak? 181 00:10:41,474 --> 00:10:43,184 Pasti mak nak bercakap sendirian. 182 00:10:44,477 --> 00:10:46,270 Hanya sebab saya anak kesayangan. 183 00:10:50,066 --> 00:10:52,401 Zacarías suruh mak bawa baju ini. 184 00:10:54,195 --> 00:10:56,614 Bagaimana kamu boleh tiba hospital pada lewat malam, 185 00:10:56,697 --> 00:10:59,075 separuh bogel dengan lelaki yang bukan suami kamu? 186 00:10:59,158 --> 00:11:02,953 Jangan tanya, mak. Memang seperti yang mak fikirkan. 187 00:11:05,122 --> 00:11:06,624 Kamu memang teruk. 188 00:11:07,750 --> 00:11:11,045 Memandangkan mak pasti akan tahu juga, biar saya ceritakan semuanya. 189 00:11:11,545 --> 00:11:12,630 Nama dia Simón. 190 00:11:13,255 --> 00:11:14,965 Dia suami Valeria Duque, 191 00:11:17,009 --> 00:11:19,261 pemilik jantung ini. 192 00:11:22,723 --> 00:11:24,392 Kamu tidur dengan duda dia? 193 00:11:25,101 --> 00:11:26,018 Dia tahu. 194 00:11:26,936 --> 00:11:28,312 Dia dapat agak, mak. 195 00:11:29,939 --> 00:11:32,942 Dia tahu, disebabkan saya isterinya dibunuh. 196 00:11:35,695 --> 00:11:39,657 Polis akan soal-siasat saya dan saya tak boleh menipu. 197 00:11:39,740 --> 00:11:42,743 Jadi, apa kamu nak buat? Laporkan Zacarías? 198 00:11:43,244 --> 00:11:45,121 Jika kamu perlu tipu, tipu. 199 00:11:45,204 --> 00:11:47,373 Jika kamu perlu hancurkan orang lain, hancurkan. 200 00:11:48,666 --> 00:11:51,293 Kenapa mak tak boleh menjadi mak saya walau sekali pun? 201 00:11:52,002 --> 00:11:53,629 Mak tak nampak saya perlu sokongan? 202 00:11:53,713 --> 00:11:55,881 Yang kamu perlukan ialah logik. 203 00:11:56,382 --> 00:11:57,758 Juga lupakan lelaki itu. 204 00:11:59,051 --> 00:12:00,761 Zacarías dah selamatkan nyawa kamu. 205 00:12:01,262 --> 00:12:03,055 Sekarang kamu perlu selamatkan dia. 206 00:12:03,556 --> 00:12:04,890 Camila, tolonglah. 207 00:12:09,395 --> 00:12:12,440 Bila awak buat pemindahan jantung untuk Camila Duarte? 208 00:12:13,482 --> 00:12:15,067 15 Mac. 209 00:12:15,860 --> 00:12:18,237 Hari yang sama Valeria Duque dibunuh. 210 00:12:19,572 --> 00:12:21,782 Sebuah kebetulan yang tragis. 211 00:12:23,033 --> 00:12:24,368 Tolonglah, doktor. 212 00:12:24,869 --> 00:12:27,204 Kita dah terlalu tua untuk ini, bukan? 213 00:12:27,997 --> 00:12:31,709 Saya percaya pemindahan jantung Camila berlaku dengan sah sepenuhnya. 214 00:12:32,501 --> 00:12:34,420 Untuk pengetahuan inspektor, 215 00:12:34,503 --> 00:12:37,673 prosedur ini ada protokol yang ketat. 216 00:12:38,507 --> 00:12:40,634 Siapa beritahu tentang keserasian penderma? 217 00:12:41,886 --> 00:12:44,013 Siapa yang keluarkan jantung Valeria Duque? 218 00:12:45,139 --> 00:12:46,682 Rakan sekerja saya, Dr. Montejo. 219 00:12:47,516 --> 00:12:51,479 Kalau awak nak maklumat lanjut tentang asal-usul jantung itu, 220 00:12:52,354 --> 00:12:54,857 awak perlu bercakap dengan dia. 221 00:12:54,940 --> 00:12:56,901 Tahu di mana kami boleh cari dia? 222 00:13:01,489 --> 00:13:03,407 - Dr. Carrasco. - Ya. 223 00:13:04,909 --> 00:13:08,370 Awak dalang yang masukkan jantung isteri saya ke dalam Camila? 224 00:13:08,454 --> 00:13:10,456 Pandang lelaki yang awak jadikan duda ini. 225 00:13:11,332 --> 00:13:12,750 - Lepaskan saya! - Simón. 226 00:13:13,375 --> 00:13:14,794 Apa awak buat di sini? 227 00:13:14,877 --> 00:13:17,004 Saya nak dengar penjelasan dia. 228 00:13:17,755 --> 00:13:20,299 Jangan dekati Dr. Carrasco 229 00:13:20,382 --> 00:13:22,718 atau sesiapa berkaitan kes ini. Jelas? 230 00:13:24,595 --> 00:13:29,058 Sekarang, biar kami buat kerja kami. Kami perlu kesan seorang lagi doktor. 231 00:13:29,141 --> 00:13:31,101 - Ayuh, Bracho. - Dr. Montejo? 232 00:13:34,980 --> 00:13:36,482 Saya tahu di mana nak cari dia. 233 00:13:41,654 --> 00:13:43,197 Nampaknya awak dah pulih. 234 00:13:46,158 --> 00:13:47,451 Ya, saya nak balik. 235 00:13:50,287 --> 00:13:52,581 Apa awak buat di rumah Simón Duque? 236 00:13:59,338 --> 00:14:02,216 Tahu tak apa detik paling memalukan dalam hidup saya? 237 00:14:06,470 --> 00:14:10,766 Ketika saya minta jururawat baju awak dan dia cakap awak tiba dalam jubah mandi. 238 00:14:16,480 --> 00:14:18,232 Kenapa awak tidur dengan dia? 239 00:14:22,611 --> 00:14:24,697 Saya tanya awak soalan. 240 00:14:25,281 --> 00:14:28,284 Pernah tak awak anggap bukan saya yang tidur dengan dia? 241 00:14:29,285 --> 00:14:30,202 Namun, dia. 242 00:14:31,412 --> 00:14:32,288 Valeria. 243 00:14:32,788 --> 00:14:35,082 Jangan pandang rendah pemikiran saya. 244 00:14:35,165 --> 00:14:36,417 Bukan selepas semuanya. 245 00:14:36,500 --> 00:14:39,336 - Saya serius. - Saya juga serius. 246 00:14:40,004 --> 00:14:42,590 Saya takkan biar awak mengelak daripada situasi ini 247 00:14:42,673 --> 00:14:44,758 dengan metafizik mengarut ini. 248 00:14:46,886 --> 00:14:50,389 Kenapa awak tak setia sedangkan satu-satunya yang saya buat 249 00:14:51,807 --> 00:14:56,937 ialah menghormati dan menyayangi awak, malah kotorkan tangan demi awak? 250 00:14:57,813 --> 00:15:00,274 Mungkin saya bukan orang yang sama lagi. 251 00:15:01,400 --> 00:15:02,318 Saya dah berubah. 252 00:15:03,277 --> 00:15:05,696 Jangan bersembunyi di sebalik wanita yang tak wujud. 253 00:15:05,779 --> 00:15:08,032 Dia tak wujud disebabkan awak. 254 00:15:08,532 --> 00:15:10,534 Awak pula wujud disebabkan saya. 255 00:15:12,077 --> 00:15:13,287 Itu tak penting? 256 00:15:16,373 --> 00:15:17,917 Kenapa tak rujuk saya dulu? 257 00:15:18,918 --> 00:15:20,753 Kenapa tak tanya saya? 258 00:15:21,420 --> 00:15:22,504 Kenapa, Zacarías? 259 00:15:22,588 --> 00:15:25,966 Kenapa tak tanya saya jika saya okey dengannya? 260 00:15:26,050 --> 00:15:27,468 Kalaulah semudah itu. 261 00:15:28,052 --> 00:15:31,138 Kita bukan bercakap tentang memilih restoran atau pangsapuri. 262 00:15:31,805 --> 00:15:33,015 Tepat sekali. 263 00:15:33,599 --> 00:15:35,768 Kita bercakap tentang nyawa manusia. 264 00:15:37,519 --> 00:15:39,939 Nyawa yang bukan milik awak, Zacarías. 265 00:15:40,856 --> 00:15:42,191 Awak fikir awak siapa? 266 00:15:42,816 --> 00:15:45,861 Tuhan? Awak tentukan siapa hidup dan siapa mati? 267 00:15:45,945 --> 00:15:46,779 Nampak? 268 00:15:49,114 --> 00:15:50,866 Kalau saya tanya pendapat awak… 269 00:15:52,660 --> 00:15:55,454 awak akan marah saya macam sekarang. Awak akan mati. 270 00:15:57,414 --> 00:16:01,001 Sebab untuk buat keputusan begini, awak perlu kejam. 271 00:16:01,085 --> 00:16:03,212 Awak juga perlu terima akibatnya. 272 00:16:03,879 --> 00:16:06,048 Perasaan bersalah yang teruk. 273 00:16:06,674 --> 00:16:07,549 Kenapa? 274 00:16:10,010 --> 00:16:12,846 Kenapa awak tipu saya? Kenapa? 275 00:16:13,472 --> 00:16:15,140 Kenapa berhenti mencintai saya? 276 00:16:16,058 --> 00:16:18,519 Awak dah tak cintakan saya? Betulkah? 277 00:16:18,602 --> 00:16:20,938 Itu dah tak penting lagi, Zacarías. 278 00:16:21,897 --> 00:16:24,149 Apa agaknya akan berlaku kepada kita? 279 00:16:25,234 --> 00:16:27,236 Saya rasa kita akan masuk penjara, bukan? 280 00:16:27,736 --> 00:16:31,991 Tiada bukti yang kita tahu dari mana datangnya jantung itu. 281 00:16:32,074 --> 00:16:32,908 Yakah? 282 00:16:34,118 --> 00:16:37,705 Jika polis jumpa pembunuh itu, bagaimana? 283 00:16:50,300 --> 00:16:53,220 Maaf tak boleh jawab panggilan awak, Cienfuegos. 284 00:16:53,303 --> 00:16:55,347 Saya ada mesyuarat penting. 285 00:16:55,431 --> 00:16:58,600 Suami Valeria Duque muncul. Dia tahu terlalu banyak maklumat. 286 00:16:59,560 --> 00:17:01,729 Masa untuk memburu, tuan. 287 00:17:04,356 --> 00:17:07,401 Namun, awak dah tamatkan urusan kita. 288 00:17:07,484 --> 00:17:10,821 Saya tak rasa ia akan jadi masalah untuk saya. 289 00:17:11,321 --> 00:17:14,366 Sebab saya mungkin akan sebut nama semasa disoal-siasat. 290 00:17:15,242 --> 00:17:16,660 Atau apa awak dah buat. 291 00:17:17,786 --> 00:17:19,747 Yang terbaik untuk kita sekarang ialah… 292 00:17:19,830 --> 00:17:20,998 Keamanan. 293 00:17:27,588 --> 00:17:30,090 Saya akan tunggu ketibaan awak untuk berbincang. 294 00:17:50,486 --> 00:17:53,280 López, Jiménez, naik tingkat atas dengan Bracho. 295 00:17:55,616 --> 00:17:58,118 Peronda satu dan dua, awasi perimeter. 296 00:17:58,202 --> 00:18:00,746 Diulang, peronda satu dan dua, awasi perimeter. 297 00:18:24,645 --> 00:18:26,021 Tiada siapa di sini, bos. 298 00:18:26,814 --> 00:18:29,608 Doktor tak guna itu dah lari. 299 00:18:56,135 --> 00:18:57,261 Siapa yang tepuk tangan? 300 00:18:59,429 --> 00:19:00,389 Rasa bersalah. 301 00:19:03,684 --> 00:19:05,310 Saya juga cuma mangsa. 302 00:19:09,106 --> 00:19:10,524 Namun, awak masih hidup. 303 00:19:11,608 --> 00:19:13,068 Bagaimana jantung saya? 304 00:19:15,612 --> 00:19:17,072 Ini mimpi, bukan? 305 00:19:18,240 --> 00:19:19,283 Atau mimpi ngeri. 306 00:19:20,576 --> 00:19:21,410 Bergantung. 307 00:19:24,538 --> 00:19:25,622 Simón benci saya. 308 00:19:30,210 --> 00:19:31,211 Juga cintakan awak. 309 00:19:40,387 --> 00:19:41,305 Awak okey? 310 00:19:43,807 --> 00:19:44,641 Bertenang. 311 00:19:48,020 --> 00:19:49,188 Bertenang. 312 00:19:49,271 --> 00:19:52,065 Saya takkan boleh cederakan awak. 313 00:19:54,026 --> 00:19:55,027 Saya tahu. 314 00:20:01,408 --> 00:20:05,454 Saya datang untuk tanya jika jantung yang awak dapat itu 315 00:20:06,163 --> 00:20:07,706 milik isteri saya. 316 00:20:09,666 --> 00:20:11,418 Saya nak tahu 317 00:20:11,501 --> 00:20:14,087 bila awak putuskan untuk masuk campur dalam hidup saya? 318 00:20:15,380 --> 00:20:18,508 Memang itu tujuannya, bukan? 319 00:20:18,592 --> 00:20:19,426 Tak. 320 00:20:20,636 --> 00:20:22,221 Sampai hati awak fikir begitu? 321 00:20:22,304 --> 00:20:23,764 Pasti awak nak sangat 322 00:20:23,847 --> 00:20:25,974 ganggu hidup saya dan anak-anak saya. 323 00:20:26,058 --> 00:20:28,060 Juga buat saya percaya saya boleh cinta awak. 324 00:20:28,644 --> 00:20:30,729 Yang hidup saya boleh berubah semalaman. 325 00:20:30,812 --> 00:20:32,105 Apa yang awak fikirkan? 326 00:20:32,689 --> 00:20:34,942 Semasa saya jumpa awak, saya tak tahu apa-apa. 327 00:20:35,943 --> 00:20:37,611 Tolonglah percayakan saya. 328 00:20:39,321 --> 00:20:42,783 Apabila saya tahu tentang kaitan kita, 329 00:20:43,575 --> 00:20:45,827 sumpah, saya dah cuba beritahu awak beribu kali. 330 00:20:47,579 --> 00:20:49,331 Bila awak tahu? Cakap. 331 00:20:50,791 --> 00:20:53,835 Semua yang berlaku antara kita bukan dibuat-buat. 332 00:20:53,919 --> 00:20:56,713 Sejak saya jumpa awak, saya nak berada di sisi awak. 333 00:20:56,797 --> 00:20:59,466 Berbual dengan awak dan pergi ke trattoria. 334 00:21:01,760 --> 00:21:03,887 Kerana saya tenang bersama awak. 335 00:21:06,139 --> 00:21:09,017 Itulah yang menjadi masalahnya. 336 00:21:09,685 --> 00:21:10,936 Itu yang gila. 337 00:21:11,770 --> 00:21:16,441 Sebab kini saya tak tahu sama ada perasaan ini milik saya. 338 00:21:17,943 --> 00:21:19,403 Mungkin milik dia. 339 00:21:23,073 --> 00:21:24,616 Apa maksud awak? 340 00:21:26,743 --> 00:21:29,496 Saya tak boleh berhenti berfikir 341 00:21:29,579 --> 00:21:32,291 yang mungkin semua perasaan yang saya rasa 342 00:21:32,374 --> 00:21:36,795 ketika bertemu awak dan debaran yang saya rasakan ini 343 00:21:37,504 --> 00:21:43,427 adalah isyarat daripada dia yang menyeru awak. 344 00:21:43,510 --> 00:21:46,722 Jantung dalam badan awak ini bukan milik awak. Faham? 345 00:21:47,514 --> 00:21:48,348 Tak. 346 00:21:50,017 --> 00:21:52,728 Jangan menilai saya begitu. Tolonglah. 347 00:21:53,312 --> 00:21:55,856 Jangan menghukum saya. Itu tak adil. 348 00:21:55,939 --> 00:21:59,192 Tak? Jadi, sepatutnya bagaimana? 349 00:22:00,444 --> 00:22:02,195 Salahkan suami awak? 350 00:22:05,615 --> 00:22:09,244 Boleh beritahu polis yang suami awak bersalah? 351 00:22:11,288 --> 00:22:12,789 Ia tak semudah itu. 352 00:22:12,873 --> 00:22:13,707 Tak. 353 00:22:14,624 --> 00:22:16,585 Tak, memang tak mudah. 354 00:22:17,836 --> 00:22:19,546 Kerana kematian bukan perkara mudah. 355 00:22:22,883 --> 00:22:24,676 Ia kekal dan muktamad. 356 00:22:27,387 --> 00:22:28,638 Saya ada dua orang anak. 357 00:22:28,722 --> 00:22:31,975 Awak nak saya panggil mereka untuk jelaskan 358 00:22:32,059 --> 00:22:33,935 bahawa jantung mak mereka telah dirobek? 359 00:22:34,770 --> 00:22:35,687 Maaf. 360 00:22:36,271 --> 00:22:38,982 Cepat pergi atau saya panggil pengawal. 361 00:22:41,401 --> 00:22:42,361 Jaga jantung itu. 362 00:22:42,861 --> 00:22:43,862 Simón. 363 00:22:44,821 --> 00:22:46,365 Simón! 364 00:22:48,033 --> 00:22:48,867 Simón. 365 00:22:56,541 --> 00:22:59,753 Tuduhan Encik Duque tak masuk akal. 366 00:23:00,253 --> 00:23:04,424 Tiada bukti yang menunjukkan kata-kata dia itu benar. 367 00:23:06,009 --> 00:23:08,762 Bukankah satu kebetulan besar 368 00:23:08,845 --> 00:23:10,806 apabila Valeria Duque dibunuh 369 00:23:10,889 --> 00:23:13,350 pada hari yang sama isteri awak buat pemindahan? 370 00:23:13,850 --> 00:23:15,602 Doktor dah sahkan 371 00:23:16,103 --> 00:23:18,897 yang dia mematuhi protokol. 372 00:23:18,980 --> 00:23:23,527 Jika Dr. Carrasco tak tahu perkara yang awak cakapkan ini, 373 00:23:24,027 --> 00:23:25,737 klien saya apatah lagi. 374 00:23:28,782 --> 00:23:32,119 Saya cuma nak Encik Cienfuegos jelaskan… 375 00:23:32,202 --> 00:23:35,622 Begini, klien saya dah jelaskan segalanya. 376 00:23:36,706 --> 00:23:37,541 Jadi… 377 00:23:39,167 --> 00:23:41,211 melainkan awak ada waran tangkap, 378 00:23:41,294 --> 00:23:43,630 klien saya tiada urusan lagi di sini. 379 00:23:43,713 --> 00:23:44,548 Maafkan kami. 380 00:23:45,590 --> 00:23:48,009 Saya harap awak tak tinggalkan bandar. 381 00:23:48,093 --> 00:23:49,553 Saya sayang bandar ini. 382 00:23:50,637 --> 00:23:51,471 Izinkan saya. 383 00:23:53,849 --> 00:23:55,058 Pintu. 384 00:24:29,176 --> 00:24:30,010 Pergi. 385 00:24:31,470 --> 00:24:32,387 Pergi. 386 00:24:42,731 --> 00:24:43,732 - Hai, ayah. - Hai. 387 00:24:43,815 --> 00:24:44,691 Helo. 388 00:24:44,774 --> 00:24:46,818 - Apa khabar? - Bagus. 389 00:24:47,527 --> 00:24:49,237 Camila semakin pulih? 390 00:24:51,364 --> 00:24:53,825 Camila semakin pulih. Betul. 391 00:24:53,909 --> 00:24:56,036 - Samantha? - Dia baru saja keluar. 392 00:24:58,079 --> 00:25:00,749 - Okey, boleh bantu mak cik buat salad? - Tak. 393 00:25:00,832 --> 00:25:03,251 Bayi besar saya, aduhai! 394 00:25:04,586 --> 00:25:05,504 Apa yang berlaku? 395 00:25:07,255 --> 00:25:08,924 Camila pernah buat pindahan jantung. 396 00:25:10,300 --> 00:25:12,302 Awak tahu dia dapat jantung siapa? 397 00:25:13,803 --> 00:25:14,763 Jantung Valeria. 398 00:25:17,140 --> 00:25:17,974 Apa? 399 00:25:18,475 --> 00:25:20,685 Itu tak mungkin. Awak pasti? 400 00:25:20,769 --> 00:25:22,646 Pasti. Dia baru sahkan. 401 00:25:23,396 --> 00:25:26,775 Namun, dia enggan beritahu orang lain demi melindungi suaminya. 402 00:25:28,401 --> 00:25:32,197 Zacarías celaka itu dalang utama dalam kes kematian Valeria. 403 00:25:35,367 --> 00:25:37,118 Kamu dah tahu. Kita nak makan apa? 404 00:25:37,202 --> 00:25:38,620 Ayam panggang. 405 00:25:38,703 --> 00:25:40,622 - Apa lagi? - Epal yang banyak. 406 00:25:40,705 --> 00:25:41,748 Betul. 407 00:25:41,831 --> 00:25:44,292 Okey. Awak nak apa lagi, Consuelo? 408 00:25:45,001 --> 00:25:47,128 Ini Simón Duque. Awak dah jumpa Montejo? 409 00:25:49,381 --> 00:25:52,133 Tak, dia tiada di sana. 410 00:25:52,801 --> 00:25:56,680 Bagus, sebab Zacarías dan Camila dah beli tiket untuk ke Alaska. 411 00:25:56,763 --> 00:26:00,100 Tanpa bukti, kami tak boleh dakwa dia atau suaminya 412 00:26:00,183 --> 00:26:02,060 yang membayar dalam urus niaga jantung. 413 00:26:02,143 --> 00:26:04,229 Saya akan telefon awak setelah dapat maklumat. 414 00:26:05,480 --> 00:26:07,399 Bagus, mereka mahukan bukti. 415 00:26:07,482 --> 00:26:09,651 - Rasanya saya tahu siapa bunuh Valeria. - Apa? 416 00:26:09,734 --> 00:26:10,986 Jaga anak-anak saya! 417 00:26:11,069 --> 00:26:12,696 Apa? Simón, kembali. 418 00:26:17,325 --> 00:26:18,952 Apa khabar? Sayang. 419 00:26:22,455 --> 00:26:23,290 Baik. 420 00:26:24,457 --> 00:26:25,292 Semua baik. 421 00:26:26,167 --> 00:26:27,252 Awak pula? 422 00:26:30,213 --> 00:26:31,339 Baguslah begitu. 423 00:26:31,923 --> 00:26:34,467 Pergi, Samantha. Dengar cakap saya. Pergi. 424 00:26:34,551 --> 00:26:36,303 - Lihat awak. - Mereka nak bunuh awak. 425 00:26:37,887 --> 00:26:40,557 - Lihatlah awak. - Pergi. 426 00:26:40,640 --> 00:26:41,516 Sayang, pergi. 427 00:26:41,600 --> 00:26:44,769 Diam, Tomás. Saya takkan pergi tanpa awak, okey? 428 00:26:45,270 --> 00:26:47,147 Ya, saya faham. 429 00:26:53,820 --> 00:26:54,738 Tunggu. 430 00:26:58,992 --> 00:27:00,327 Biarkannya. 431 00:27:01,119 --> 00:27:02,037 Tomás. 432 00:27:02,954 --> 00:27:04,623 Ayuh, mari lekas. 433 00:27:04,706 --> 00:27:05,540 Kunci? 434 00:27:07,250 --> 00:27:09,461 - Cepat. - Saya tak jumpa kunci. 435 00:27:12,047 --> 00:27:13,465 Tunggu. 436 00:27:13,548 --> 00:27:16,343 Jika mereka tangkap kita, habislah kita. Cepat sikit. 437 00:27:18,470 --> 00:27:20,138 Nah. 438 00:27:22,515 --> 00:27:23,433 Okey, mari. 439 00:27:38,365 --> 00:27:40,492 Pergi tanpa ucap selamat tinggal? 440 00:27:43,244 --> 00:27:45,163 Bersama tetamu kehormat kita. 441 00:27:47,707 --> 00:27:50,543 Mereka tak boleh tahan awak atas jenayah yang awak tak buat. 442 00:27:51,044 --> 00:27:52,796 Jantung mangsa ada dalam badan saya. 443 00:27:52,879 --> 00:27:56,007 Yang bersalah atas kematian wanita itu ialah Zacarías, bukan awak. 444 00:27:57,717 --> 00:28:01,680 Camila, awak perlu fikir masak-masak tindakan selanjutnya. 445 00:28:02,847 --> 00:28:05,016 Kalau awak nak beritahu hal sebenar, itu serius. 446 00:28:05,517 --> 00:28:09,938 Ada mafia besar di sebalik semua ini. Awak dedahkan mereka, awak dalam bahaya. 447 00:28:11,147 --> 00:28:14,442 Saya tak mampu untuk dedahkan Zacarías. 448 00:28:14,526 --> 00:28:17,112 Adakah awak mampu untuk kekal bersama dia? 449 00:28:17,696 --> 00:28:18,780 Atau tinggalkan dia? 450 00:28:20,824 --> 00:28:25,245 Bagaimana saya nak tinggalkan lelaki yang membunuh demi selamatkan nyawa saya? 451 00:28:29,165 --> 00:28:29,999 Simón pula? 452 00:28:32,293 --> 00:28:33,753 Simón benci saya. 453 00:28:34,504 --> 00:28:36,506 Dia fikir saya rakan subahat. 454 00:28:36,589 --> 00:28:40,301 Apabila saya sedar jantung Valeria ada pada saya, saya cuba beritahu dia. 455 00:28:40,885 --> 00:28:44,431 Saya pergi ke rumahnya. Saya berbaik dengan anak-anaknya. 456 00:28:44,514 --> 00:28:45,932 Dia fikir saya raksasa. 457 00:28:47,600 --> 00:28:48,893 Dia betul. 458 00:28:48,977 --> 00:28:51,688 Awak cuma mangsa dalam situasi ini, Cami. 459 00:28:53,440 --> 00:28:55,316 Saya nak pergi jauh dari sini. 460 00:28:56,067 --> 00:28:57,110 Saya sumpah. 461 00:28:57,193 --> 00:28:58,528 Sekarang pasti sukar. 462 00:28:59,654 --> 00:29:01,239 Satu jenayah telah dibuat. 463 00:29:02,991 --> 00:29:04,659 Awak pula penerima manfaat utama. 464 00:29:04,743 --> 00:29:07,579 Mereka boleh penjarakan saya! Mereka boleh ambil jantung saya! 465 00:29:07,662 --> 00:29:08,580 Cukup. 466 00:29:08,663 --> 00:29:11,750 Saya dah tak tahan lagi, saya sumpah. 467 00:29:15,670 --> 00:29:17,380 Saya sepatutnya menjadi pakar, 468 00:29:17,464 --> 00:29:20,300 genius yang bersedia dengan semua jawapan, 469 00:29:20,383 --> 00:29:21,217 tapi kali ini… 470 00:29:23,428 --> 00:29:24,429 Saya tiada jawapan. 471 00:29:25,597 --> 00:29:26,806 Bertenang, kawan. 472 00:29:27,557 --> 00:29:29,100 Mari asingkannya, Camila. 473 00:29:31,060 --> 00:29:31,895 Camila. 474 00:29:33,396 --> 00:29:36,608 Polis sedang awasi kami, saya tak pasti apa tindakan Camila. 475 00:29:37,275 --> 00:29:40,653 Yang paling penting ialah lewatkan siasatan sehingga pilihan raya. 476 00:29:40,737 --> 00:29:42,447 Jika Cárdenas menang, saya jamin… 477 00:29:42,530 --> 00:29:44,032 "Jika" Cárdenas menang… 478 00:29:47,202 --> 00:29:48,036 Tepat sekali. 479 00:29:48,745 --> 00:29:51,956 Setelah Cárdenas menang, awak akan dapat surat transit. 480 00:29:52,499 --> 00:29:55,251 Awak akan dihantar ke kedutaan dan awak berdua akan terlepas. 481 00:29:59,422 --> 00:30:01,257 Sebab itu saya berbaik dengan dia. 482 00:30:02,342 --> 00:30:04,010 Kerana memikirkan masa hadapan. 483 00:30:04,093 --> 00:30:07,764 Masalah utama awak kini adalah untuk diamkan Camila. 484 00:30:08,389 --> 00:30:09,891 Agar dia tak buat silap. 485 00:30:10,433 --> 00:30:11,351 Bila dia balik? 486 00:30:11,434 --> 00:30:13,937 Selepas debat, saya akan bawa dia balik dan fikirkannya. 487 00:30:18,900 --> 00:30:21,986 Saya akan minta mereka bedah awak dengan pisau awak ini. 488 00:30:24,781 --> 00:30:25,698 Apa? 489 00:30:26,199 --> 00:30:27,617 Dia cakap apa? 490 00:30:29,202 --> 00:30:30,829 Awak akan selamatkan nyawa… 491 00:30:32,372 --> 00:30:33,623 dengan menderma hati awak. 492 00:30:34,123 --> 00:30:35,250 Apa? 493 00:30:35,333 --> 00:30:36,251 Hebat, bukan? 494 00:30:36,334 --> 00:30:38,086 Apa? 495 00:30:38,169 --> 00:30:39,879 Jangan. 496 00:30:40,380 --> 00:30:41,214 Jangan. 497 00:30:45,593 --> 00:30:47,679 Tolonglah, jangan. 498 00:30:47,762 --> 00:30:48,763 Jangan bergerak. 499 00:31:12,704 --> 00:31:16,291 Ingat, awak ada dua idea. Jangan menyimpang. 500 00:31:16,374 --> 00:31:17,208 Okey. 501 00:31:17,292 --> 00:31:21,588 Kekayaan itu teruk dan keistimewaan golongan berkuasa perlu ditamatkan. 502 00:31:21,671 --> 00:31:24,132 Namun, menjadi kaya sangat hebat, Zac. 503 00:31:24,632 --> 00:31:26,259 Kita akan ketawa selepas debat. 504 00:31:26,342 --> 00:31:27,677 Okey, jangan risau. 505 00:31:27,760 --> 00:31:32,265 Saya akan kenakan si intelektual berlagak itu. 506 00:31:33,099 --> 00:31:36,394 Ingat, melayan wanita dengan teruk bukan pelaburan yang baik. 507 00:31:36,895 --> 00:31:40,440 - Tidak setanding kelopak bunga… - Mawar. 508 00:31:40,523 --> 00:31:43,026 Sangat bagus. Lagipun, dia hodoh. 509 00:31:43,109 --> 00:31:45,486 - Saya takkan bergaduh dengan dia. - Okey, jadi. 510 00:31:45,570 --> 00:31:47,488 - Elak provokasi. - Okey. 511 00:31:47,572 --> 00:31:49,741 Moncada akan sebut tentang PhD miliknya, 512 00:31:49,824 --> 00:31:53,620 awak pula dengan pendidikan asas awak, usah terpesong daripada dua idea tadi. 513 00:31:53,703 --> 00:31:55,163 Jelaskan isu ijazah kedoktoran. 514 00:31:55,246 --> 00:31:57,123 Yang itu… 515 00:31:57,999 --> 00:32:01,461 Tiada apa-apa. Doktor punca negara ini jadi teruk. 516 00:32:01,544 --> 00:32:02,921 Sempurna. 517 00:32:03,004 --> 00:32:05,298 Awak sangat serius, Zac. Kenapa? 518 00:32:05,381 --> 00:32:06,633 Isteri awak dah selamat. 519 00:32:07,800 --> 00:32:09,719 Ada perkara lain yang buat saya tertekan. 520 00:32:10,219 --> 00:32:13,264 Doktor Julia Moncada, selamat bertemu. 521 00:32:13,348 --> 00:32:15,183 Kelihatan cantik seperti biasa. 522 00:32:15,266 --> 00:32:16,893 Aduhai, Cárdenas. 523 00:32:17,393 --> 00:32:19,312 Kita bukan datang untuk buat ayat manis. 524 00:32:21,731 --> 00:32:23,483 Bunga yang sia-sia. 525 00:32:24,192 --> 00:32:25,026 Baiklah. 526 00:32:30,490 --> 00:32:31,449 Ada yang tak kena? 527 00:32:32,033 --> 00:32:33,242 Awak masih merokok? 528 00:32:45,588 --> 00:32:48,257 Kita perlu tahu bila patut berehat jadi jahat. 529 00:32:49,801 --> 00:32:51,761 Ada khabar angin yang teruk tentang awak. 530 00:32:52,387 --> 00:32:54,430 Perkara yang boleh menamatkan kerjaya awak, 531 00:32:54,514 --> 00:32:57,850 pencalonan Cárdenas dan seluruh hidup awak. 532 00:33:00,687 --> 00:33:04,107 Saya orang kanan bakal presiden negara. 533 00:33:05,358 --> 00:33:07,318 Apa yang awak harapkan? Pujian dan bunga? 534 00:33:10,905 --> 00:33:13,533 Saya rasa ia lebih rumit. 535 00:33:14,826 --> 00:33:15,743 Betul tak? 536 00:33:29,465 --> 00:33:30,550 Di situ, kawan. 537 00:33:40,685 --> 00:33:42,895 Awak tunggu saja di situ. 538 00:33:44,105 --> 00:33:45,273 Jaga kawasan. 539 00:34:07,879 --> 00:34:10,131 Kita nak ambil apa, hati atau buah pinggangnya? 540 00:34:10,214 --> 00:34:13,009 Mari ambil buah pinggang dan kornea. 541 00:34:22,477 --> 00:34:23,311 Helo. 542 00:34:24,187 --> 00:34:25,730 Okey, saya akan bawa dia ke sana. 543 00:34:31,652 --> 00:34:33,029 Berita baik, perempuan. 544 00:34:33,696 --> 00:34:36,532 Darah awak sempurna untuk kerja ini. 545 00:34:36,616 --> 00:34:38,826 - Jangan. - Dah sampai masa, pasangan bahagia. 546 00:34:38,910 --> 00:34:41,913 - Tolong! Keluarkan saya dari sini. - Bertenang. 547 00:34:42,497 --> 00:34:43,581 Pukul 9.15. 548 00:34:44,665 --> 00:34:47,418 Saya berbesar hati bertemu ahli strategi hebat sekali lagi. 549 00:34:47,919 --> 00:34:51,130 Hei, saya nampak perdebatan Braulio dan Julia Moncada. 550 00:34:51,631 --> 00:34:53,341 Braulio nampak semakin bijak. 551 00:34:54,050 --> 00:34:56,344 Sekadar ilusi atas bimbingan awak. 552 00:35:00,306 --> 00:35:04,227 Saya tak peduli tentang politik sekarang. Kita perlu selesaikan masalah ini. 553 00:35:04,936 --> 00:35:06,896 Jadi, apa cadangan ahli strategi? 554 00:35:08,815 --> 00:35:10,733 Demi menghentikan siasatan polis, 555 00:35:10,817 --> 00:35:13,653 kita perlu halang mereka daripada temui… 556 00:35:16,447 --> 00:35:18,157 kaitan seterusnya, pakar bedah awak. 557 00:35:21,661 --> 00:35:23,996 Awak nak saya buang Dr. Montejo. 558 00:35:26,290 --> 00:35:28,042 Demi kebaikan kita semua, Sarmiento. 559 00:35:28,126 --> 00:35:31,379 Awak lebih tahu apa perlu dibuat. 560 00:35:31,462 --> 00:35:33,756 Saya perlukan Montejo untuk tugasan penting. 561 00:35:34,590 --> 00:35:35,675 Kemudian kita lihat. 562 00:35:37,343 --> 00:35:41,806 Sayangnya awak dah risikokan kita semua, tuan. 563 00:35:41,889 --> 00:35:43,766 Entah bagaimana dia jumpa isteri saya. 564 00:35:43,850 --> 00:35:46,727 Saya tak tahu bagaimana, tapi kita perlu selesaikan hal ini. 565 00:35:47,728 --> 00:35:50,106 Awak buat permintaan 566 00:35:50,189 --> 00:35:53,359 bermakna rancangan kita dengan Cárdenas diteruskan, betul? 567 00:35:55,444 --> 00:35:58,239 Saya dengar awak berhubung dengan Moncada dan pasukannya. 568 00:35:59,365 --> 00:36:04,495 Zacarías, seni berunding bermakna sentiasa pertimbangkan semua pilihan. 569 00:36:04,579 --> 00:36:05,830 Hati-hati, Sarmiento. 570 00:36:05,913 --> 00:36:07,582 Itu yang saya beritahu awak. 571 00:36:09,333 --> 00:36:10,918 Saya sanggup buat apa saja. 572 00:36:11,919 --> 00:36:15,715 Namun, saya nak saya dan isteri bebas daripada siasatan. 573 00:36:18,009 --> 00:36:21,012 Kenapa tak hapuskan orang yang menuduh? 574 00:36:22,972 --> 00:36:24,140 Simón Duque. 575 00:36:24,223 --> 00:36:25,308 Tak guna. 576 00:36:26,058 --> 00:36:28,644 Tiada yang lebih menakutkan dalam catur 577 00:36:28,728 --> 00:36:31,772 daripada ancaman senyap bidak. 578 00:36:33,399 --> 00:36:34,400 Terpulanglah. 579 00:36:34,901 --> 00:36:38,112 Namun, semua ini tak boleh dikaitkan dengan saya. 580 00:36:46,245 --> 00:36:47,455 Simón, yang juga ada… 581 00:36:47,538 --> 00:36:48,623 - Restoran piza? - Ya. 582 00:36:49,582 --> 00:36:50,416 Awak tahu? 583 00:36:51,000 --> 00:36:53,002 Ada orang yang berbahaya di sebalik hal ini. 584 00:36:53,085 --> 00:36:55,796 Saya tak kenal orang lain, cuma kenal orang yang upah saya. 585 00:36:55,880 --> 00:36:57,215 Dr. Jacinto Robles. 586 00:36:57,298 --> 00:36:59,008 Kami dah jumpa Robles. 587 00:36:59,091 --> 00:37:03,262 Dia dah mati. Mereka jumpa mayatnya di padang. 588 00:37:03,346 --> 00:37:05,223 Ini arahan daripada Zacarías Cienfuegos. 589 00:37:05,306 --> 00:37:08,476 Jangan dekati dia kalau awak tahu apa tindakan terbaik untuk awak. 590 00:37:08,559 --> 00:37:10,728 Karla maklumat yang terakhir. 591 00:37:16,442 --> 00:37:18,069 Apa dah jadi dengan Zacarías? 592 00:37:18,819 --> 00:37:20,905 Pelik pula dia tak jemput saya. 593 00:37:20,988 --> 00:37:24,325 Ya, pelik, tapi awak beria-ria nak cepat keluar. 594 00:37:24,408 --> 00:37:27,328 Pasti dia sedang berusaha untuk kawal berita ini. 595 00:37:28,454 --> 00:37:32,583 Betul. Saya perlu biasakan diri menjadi isteri penjenayah. 596 00:37:33,084 --> 00:37:36,337 Jangan tak mengenang budi. Dia selamatkan kamu berdua. 597 00:37:36,420 --> 00:37:38,381 Dia cuma membuang masa, mak. 598 00:37:38,965 --> 00:37:40,216 Saya dah buat keputusan. 599 00:37:40,925 --> 00:37:42,426 Saya tak boleh hidup begini. 600 00:37:43,094 --> 00:37:45,179 Kamu masih hidup sebab jantung itu. 601 00:37:45,680 --> 00:37:47,431 Jangan jadi sinis, Camila, tolonglah. 602 00:37:47,515 --> 00:37:49,392 Saya akan merobeknya jika boleh, mak. 603 00:37:49,976 --> 00:37:51,018 Saya ulang lagi. 604 00:37:51,519 --> 00:37:53,896 Saya akan beritahu polis semuanya. 605 00:38:02,822 --> 00:38:04,824 Hei, kawan. Itu Checo. 606 00:38:04,907 --> 00:38:07,243 Jangan belasah orang sesuka hati. 607 00:38:07,326 --> 00:38:08,577 Saya tangkap dia mengintip. 608 00:38:08,661 --> 00:38:10,288 Kawal orang awak, bos. 609 00:38:10,871 --> 00:38:13,332 Awak yang perlu kawal orang awak. 610 00:38:13,416 --> 00:38:15,293 Kenapa dia mencuri dengar? 611 00:38:25,011 --> 00:38:27,513 Pergi, bawa dia masuk, Garabato. 612 00:38:33,936 --> 00:38:38,441 Saya takkan biar celaka ini buat hal. 613 00:38:38,524 --> 00:38:40,609 Bagaimana dengan tugasan kita? 614 00:38:41,861 --> 00:38:43,446 Klien perlukannya. 615 00:38:44,113 --> 00:38:45,614 Semua dah selesai, tuan. 616 00:38:46,198 --> 00:38:50,536 Guna gadis dungu yang bunuh Rojo. Dia sempurna, lihat sendiri nanti. 617 00:38:51,704 --> 00:38:53,122 Pájaro sedang bawa dia ke sini. 618 00:38:53,205 --> 00:38:54,248 Bagus. 619 00:38:55,666 --> 00:38:57,752 - Keluarkan dia. - Ya, tuan. 620 00:38:57,835 --> 00:39:00,171 - Awak dapat cuti, Checo. - Tak boleh, bos. 621 00:39:00,254 --> 00:39:02,381 Berambus. Keluar dari sini. 622 00:39:02,465 --> 00:39:04,550 Pergi. Saya akan uruskan gadis itu. 623 00:39:04,633 --> 00:39:05,468 Selamat tinggal. 624 00:39:09,138 --> 00:39:10,556 Tolong lepaskan saya! 625 00:39:10,639 --> 00:39:12,433 Sumpah, saya cuma pertahankan diri. 626 00:39:12,516 --> 00:39:13,351 Tengoklah dia. 627 00:39:15,561 --> 00:39:17,563 Awak tak dengar bos cakap? Pergi. 628 00:39:17,646 --> 00:39:18,481 Pergi. 629 00:39:24,487 --> 00:39:26,822 Gadis yang akan menderma hatinya. 630 00:39:27,531 --> 00:39:29,325 Keluar. Selamat tinggal. 631 00:39:31,202 --> 00:39:32,620 Tolong, lepaskan saya. 632 00:39:32,703 --> 00:39:36,499 Sumpah, saya cuma pertahankan diri. Saya tak berniat pun. 633 00:42:52,111 --> 00:42:57,116 Terjemahan sari kata oleh Fhaezah Wan