1 00:00:05,965 --> 00:00:06,799 SEBELUM INI 2 00:00:06,882 --> 00:00:09,510 Naga telah dilahirkan semula dan dia antara kalian. 3 00:00:09,593 --> 00:00:11,762 Kita perlu pergi ke Menara Putih 4 00:00:11,846 --> 00:00:14,223 dan berjumpa Aes Sedai yang lain. 5 00:00:15,141 --> 00:00:16,308 Kuasa ini. 6 00:00:16,392 --> 00:00:17,893 Ia hanya untuk wanita. 7 00:00:17,977 --> 00:00:22,148 Apa benda ini? Pergi! Saya akan cari awak. 8 00:00:25,276 --> 00:00:28,529 Saya tahu tentang ikatan antara Aes Sedai dan pelindungnya. 9 00:00:30,656 --> 00:00:32,450 Kamu tentu tahu tentang Tinker. 10 00:00:32,533 --> 00:00:35,077 Yang orang kata pencuri emas dan penculik budak. 11 00:00:35,161 --> 00:00:37,705 Saya nampak kalian. Kamu berlima dalam mimpi saya. 12 00:00:37,788 --> 00:00:40,541 Tapi seorang saja antara kamu orangnya. 13 00:00:40,624 --> 00:00:41,459 -Lima? -Apa? 14 00:00:41,542 --> 00:00:42,376 Naga. 15 00:00:44,503 --> 00:00:46,213 Awak tak boleh lari daripada Fade. 16 00:00:48,591 --> 00:00:50,301 Dia sekutu Puaka. 17 00:00:50,676 --> 00:00:52,136 Sedai Moiraine. 18 00:00:52,219 --> 00:00:53,804 Sedai Liandrin. 19 00:00:53,888 --> 00:00:57,099 Kami dah tangkap lelaki yang mengaku dirinya Jelmaan Semula Naga. 20 00:01:07,568 --> 00:01:09,153 Dia musnahkan pagar! 21 00:01:09,236 --> 00:01:10,946 Tenteranya ada di merata tempat. 22 00:01:15,785 --> 00:01:18,287 Tuanku, kami perlu bawa tuanku pergi. 23 00:01:21,332 --> 00:01:23,793 -Tidak, ikut beta. -Pergi! 24 00:02:21,851 --> 00:02:24,270 Awak takkan dapat pakai mahkota perak itu. 25 00:02:26,063 --> 00:02:27,606 Mahkota? 26 00:02:28,899 --> 00:02:31,485 Apalah gunanya mahkota bagi Jelmaan Semula Naga? 27 00:02:37,700 --> 00:02:38,993 Awak… 28 00:02:40,452 --> 00:02:42,872 Awak mempercayainya, bukan? 29 00:02:42,955 --> 00:02:45,374 Selesaikannya, Logain. 30 00:02:46,375 --> 00:02:48,752 Saya dah maklumkan Menara Putih. 31 00:02:49,920 --> 00:02:52,006 Aes Sedai akan buru awak. 32 00:02:52,089 --> 00:02:53,591 Wanita-wanita itu… 33 00:02:54,967 --> 00:02:59,388 Mereka sepatutnya patuh kepada saya, dan bukan menentang saya. 34 00:03:05,978 --> 00:03:07,479 Tapi mereka takut 35 00:03:07,563 --> 00:03:11,817 sekiranya Naga akan membinasakan dunia sekali lagi 36 00:03:12,776 --> 00:03:18,407 seperti beribu-ribu tahun yang lalu. 37 00:03:20,951 --> 00:03:23,370 Mereka lupa yang Naga 38 00:03:23,454 --> 00:03:27,541 mungkin juga akan menyelamatkan dunia. 39 00:03:30,419 --> 00:03:33,505 Awak tak perlu yakinkan dia. 40 00:03:33,589 --> 00:03:35,591 Dia tak setanding awak. 41 00:03:35,674 --> 00:03:37,259 Bunuh dia. 42 00:03:37,343 --> 00:03:38,928 Awak nak saya buat begitu? 43 00:03:42,348 --> 00:03:44,183 Awak dah gila. 44 00:04:15,255 --> 00:04:16,590 Dia akan khianati awak. 45 00:04:19,093 --> 00:04:21,178 Seperti ibu bapa awak. 46 00:04:22,012 --> 00:04:23,847 Seperti adik awak. 47 00:04:25,307 --> 00:04:27,810 Mereka semua tak memahami awak 48 00:04:29,812 --> 00:04:31,814 dan takdir awak. 49 00:04:57,881 --> 00:05:00,718 Ada tempat untuk semua orang di sisi saya. 50 00:05:04,430 --> 00:05:06,140 Termasuklah musuh saya. 51 00:05:10,728 --> 00:05:12,938 Naga sebelum ini telah membinasakan dunia, 52 00:05:15,107 --> 00:05:16,775 tapi saya mahu memulihkannya. 53 00:08:11,575 --> 00:08:13,160 Terima kasih, Kerene. 54 00:08:27,507 --> 00:08:29,218 Awak pernah lawan ramai tentera. 55 00:08:30,302 --> 00:08:32,763 Takkanlah luka seperti ini boleh melemahkan awak. 56 00:08:33,722 --> 00:08:34,848 Betul. 57 00:08:35,682 --> 00:08:36,934 Puncanya lelaki itu. 58 00:08:40,020 --> 00:08:42,189 Saya mahu berjumpa Naga palsu itu. 59 00:08:43,565 --> 00:08:46,777 Walau dia palsu, tapi dia ada beribu-ribu pengikut. 60 00:08:46,860 --> 00:08:49,446 -Pengikutnya taasub. -Tapi awak tak percayakan dia. 61 00:08:49,529 --> 00:08:51,949 Hanya saya, Liandrin dan Alanna saja 62 00:08:52,032 --> 00:08:55,327 yang mampu menghalangnya daripada menggunakan Kuasa Esa. 63 00:08:55,410 --> 00:08:57,537 Itu pun secara berpasangan. 64 00:08:59,164 --> 00:09:00,499 Dia dengarkah suara kita? 65 00:09:01,750 --> 00:09:03,794 Helo. 66 00:09:03,877 --> 00:09:06,797 Dia tutup telinganya dengan anyaman udara. 67 00:09:06,880 --> 00:09:11,426 Dengar kata, dia dah menakluki separuh Ghealdan dan menundukkan rajanya. 68 00:09:12,803 --> 00:09:14,513 Bagaimana awak tangkap dia? 69 00:09:15,180 --> 00:09:16,848 Dengan cara yang awak tentu suka. 70 00:09:16,932 --> 00:09:19,685 Kami menyusupi kemnya dan membebatnya semasa dia tidur. 71 00:09:19,768 --> 00:09:23,438 Dengan sedikit panahan kilat, askar-askarnya lari bertempiaran. 72 00:09:23,605 --> 00:09:28,819 Harapnya begitu. Saya pasang pendinding. Kita akan tahu jika ada orang datang. 73 00:09:28,902 --> 00:09:32,281 Seteruk manakah kegilaannya? 74 00:09:32,364 --> 00:09:35,200 Sama seperti mana-mana lelaki yang boleh mengantara. 75 00:09:35,284 --> 00:09:39,413 Dia mengaku sebagai Naga dan cuba menawan menara kita, 76 00:09:39,496 --> 00:09:42,541 tapi perbicaraan tak perlu untuk kita menentukan hukumannya. 77 00:09:42,624 --> 00:09:47,546 Kerusi Amyrlin mahu kita bawa dia ke menara untuk dibicarakan. 78 00:09:47,629 --> 00:09:50,632 Dia yang akan tentukan hukumannya, bukan kita. 79 00:09:58,056 --> 00:10:00,058 Saya dah cukup kuat. 80 00:10:02,477 --> 00:10:03,812 Biar saya kongsi bebannya. 81 00:10:04,229 --> 00:10:05,772 Moiraine memang begitu. 82 00:10:07,024 --> 00:10:08,692 Sentiasa sedia membantu. 83 00:10:11,278 --> 00:10:13,613 Jangan biar ada sela masa antara bebatnya. 84 00:10:13,697 --> 00:10:16,950 Liandrin akan melepaskan bebatnya selepas giliran awak bermula. 85 00:10:57,908 --> 00:11:01,119 Boleh awak rasakannya? Itu baru separuh kuasanya. 86 00:11:16,343 --> 00:11:18,720 Bahu awak dah jatuh. 87 00:11:19,388 --> 00:11:21,556 Takkanlah awak dah penat seawal ini? 88 00:11:25,602 --> 00:11:27,729 Bagaimana hidup awak di menara? 89 00:11:27,813 --> 00:11:28,939 Ada banyak masalah. 90 00:11:30,107 --> 00:11:32,567 Tapi Aes Sedai tak ramai. 91 00:11:32,651 --> 00:11:35,028 -Kerusi Amyrlin pula? -Dia masih berkuasa. 92 00:11:36,530 --> 00:11:38,949 Tapi dia masih tak menyukai Moiraine. 93 00:11:39,950 --> 00:11:43,578 Dia ugut untuk bawa awak berdua pulang. 94 00:11:54,381 --> 00:11:59,678 Sebenarnya, saya tak faham sebab awak pilih dia sebagai teman kembara. 95 00:11:59,761 --> 00:12:01,304 Dia bukan teman. 96 00:12:02,013 --> 00:12:03,640 Dia tak menyenangkan pun. 97 00:12:03,723 --> 00:12:05,892 Dia juga mungkin keras kepala. 98 00:12:10,939 --> 00:12:13,316 -Tengok sini. -Main tipu. 99 00:12:16,111 --> 00:12:18,655 Saya ingat awak bertugas untuk syif seterusnya. 100 00:12:18,738 --> 00:12:20,615 Moiraine ganti awak? 101 00:12:24,494 --> 00:12:28,081 Kalau dia tak berhati-hati, awak mungkin menyukainya. 102 00:12:28,165 --> 00:12:31,418 Saya amat menghormati Sedai Moiraine. 103 00:12:31,501 --> 00:12:35,005 Kalau begitu, tentu giliran awak bersamanya tak terasa lama. 104 00:12:41,720 --> 00:12:44,848 Kami tiada persamaan langsung. 105 00:12:45,557 --> 00:12:50,353 Bukan mudah untuk berbual dengan seseorang yang kuat berahsia. 106 00:12:50,437 --> 00:12:53,064 Lan pun sama saja macam dia. 107 00:12:54,900 --> 00:12:56,693 Bayangkan waktu mereka makan malam. 108 00:13:06,578 --> 00:13:09,122 Liandrin makin mendapat sokongan Sedai lain. 109 00:13:10,332 --> 00:13:12,667 Logain perlu dibicara sebelum digentaskan. 110 00:13:12,751 --> 00:13:16,463 Dengar kata, Sedai Merah melakukannya di luar kota. 111 00:13:16,546 --> 00:13:20,425 Liandrin pun tak berani buat Kerusi Amyrlin marah. 112 00:13:23,720 --> 00:13:25,263 Amyrlin tiada di sini. 113 00:13:30,810 --> 00:13:35,190 -Awak juga perlu… -Saya janji akan berehat. 114 00:13:37,234 --> 00:13:39,277 Awak lebih kerap bimbang sekarang. 115 00:13:40,070 --> 00:13:41,279 Saya kurang tidur. 116 00:13:42,489 --> 00:13:43,740 Jadi saya ada masa lebih. 117 00:14:08,223 --> 00:14:09,474 Awak tidur nyenyak? 118 00:14:09,558 --> 00:14:10,684 Saya tak tidur pun. 119 00:14:15,272 --> 00:14:17,232 Saya tak percayakan orang-orang ini. 120 00:14:17,649 --> 00:14:19,776 Saya rasa seperti ada sesuatu yang tak… 121 00:14:19,859 --> 00:14:24,447 Jika saya atau awak rasa kita patut pergi, kita akan terus pergi. 122 00:14:24,531 --> 00:14:25,657 Faham? 123 00:14:26,616 --> 00:14:29,452 Kami nak pergi ke Tar Valon di sebelah timur. 124 00:14:29,536 --> 00:14:33,999 Sertailah kami selama mana yang kalian sanggup. 125 00:14:34,749 --> 00:14:37,335 Awak tak kenal kami. Entah-entah kami perompak. 126 00:14:37,419 --> 00:14:40,547 Kamu berdua merayau-rayau di Dataran Caralain 127 00:14:40,630 --> 00:14:43,091 tanpa makanan atau emas. 128 00:14:43,174 --> 00:14:45,802 Kalau kamu perompak, nampaknya kamu tak cekap. 129 00:14:46,303 --> 00:14:49,723 Penduduk kampung jarang turun dari Pergunungan Kabus. 130 00:14:49,806 --> 00:14:52,058 Kami dari Jambatan Putih. 131 00:14:52,142 --> 00:14:55,020 Kami terpisah daripada kumpulan pedagang. 132 00:14:55,103 --> 00:14:56,396 Begitu, ya? 133 00:15:06,865 --> 00:15:08,158 Kamu nak ikut kami? 134 00:15:32,349 --> 00:15:34,934 Ayuh. Saya nampak ladang di depan sana. 135 00:15:37,270 --> 00:15:38,688 Hei, sayang. 136 00:15:39,939 --> 00:15:41,858 Apa masalahnya? 137 00:15:43,193 --> 00:15:45,528 Kenapa Gleeman itu sertai kita? 138 00:15:45,612 --> 00:15:48,323 Dia pernah curi duit kita. 139 00:15:48,406 --> 00:15:49,824 Masalah itu dah selesai. 140 00:15:51,493 --> 00:15:54,537 Lagipun, dia selamatkan kita. 141 00:15:54,621 --> 00:15:57,999 Yakah? Dana kata sekutu Puaka ada di mana-mana saja 142 00:15:58,083 --> 00:16:00,335 dan Fade memburu kita. 143 00:16:00,418 --> 00:16:02,629 Mungkin dia bunuh Dana agar kita percaya dia? 144 00:16:04,589 --> 00:16:07,258 Itu langkah yang bijak. 145 00:16:08,927 --> 00:16:11,262 Mungkin awak pintar juga sebenarnya. 146 00:16:13,682 --> 00:16:16,101 Dia juga ada kata sesuatu. 147 00:16:17,894 --> 00:16:20,397 Yang Naga mungkin antara kita berlima. 148 00:16:21,439 --> 00:16:23,316 Saya, awak, Perrin, Egwene. 149 00:16:24,776 --> 00:16:25,902 Siapa seorang lagi? 150 00:16:35,787 --> 00:16:37,247 Awak akan terbiasa nanti. 151 00:16:38,039 --> 00:16:40,291 Nampaknya, dia duduk saja. 152 00:16:41,876 --> 00:16:44,838 Kita memanglah tak dapat lihat anyaman lelaki, 153 00:16:44,921 --> 00:16:47,006 tapi mengekangnya terasa seperti… 154 00:16:47,924 --> 00:16:50,552 Memandikan kucing dalam kolam. 155 00:16:52,637 --> 00:16:53,555 Ya. 156 00:17:03,898 --> 00:17:08,319 Awak ingat lagi anjing belaan awak semasa kita menjalani latihan Aes Sedai? 157 00:17:08,403 --> 00:17:09,904 Apa namanya? 158 00:17:11,364 --> 00:17:14,284 Ia bukan milik saya. Pelatih tak boleh bela haiwan. 159 00:17:15,034 --> 00:17:17,787 Tapi anjing itu tidur bersama awak setiap malam. 160 00:17:19,164 --> 00:17:21,124 Kerene tentu suruh awak 161 00:17:21,207 --> 00:17:23,710 korek maklumat daripada saya. 162 00:17:25,044 --> 00:17:27,130 Tidak baru-baru ini. 163 00:17:27,213 --> 00:17:29,048 Cuma ketika ia tak dijangka-jangka. 164 00:17:30,258 --> 00:17:31,968 Licik. 165 00:17:32,051 --> 00:17:35,346 -Awak lebih sesuai menjadi Ajah Biru. -Tolonglah. 166 00:17:36,222 --> 00:17:38,433 Seorang Pelindung takkan cukup untuk saya. 167 00:17:46,900 --> 00:17:48,735 Semasa saya pilih Ajah Hijau, 168 00:17:50,987 --> 00:17:53,072 saya fikir ia tindakan yang berani. 169 00:17:55,825 --> 00:17:57,243 Ajah Tempur, 170 00:17:58,036 --> 00:18:03,041 pahlawan yang akan melindungi manusia semasa Perang Terakhir. 171 00:18:05,084 --> 00:18:07,337 Tapi saya tak sangka akan melihatnya sendiri. 172 00:18:09,130 --> 00:18:11,424 Memang pernah ada Naga palsu sebelum ini. 173 00:18:12,509 --> 00:18:16,554 Lelaki dan wanita yang mengaku Naga demi kepentingan diri sendiri. 174 00:18:19,182 --> 00:18:20,308 Palsu atau tidak, 175 00:18:22,560 --> 00:18:26,439 kuasanya melebihi mana-mana lelaki yang saya tahu. 176 00:18:28,107 --> 00:18:29,734 Ia satu lagi petanda. 177 00:18:34,531 --> 00:18:36,449 Kita sudah menghampiri akhir zaman. 178 00:18:42,205 --> 00:18:45,750 Jika ia benar dan Perang Terakhir tercetus, 179 00:18:47,585 --> 00:18:50,463 saya pasti gembira kerana kita di pihak yang sama. 180 00:18:54,884 --> 00:18:58,680 Naga sebelum ini membinasakan dunia dan kita tak boleh biar ia berulang. 181 00:18:58,763 --> 00:19:01,683 Tapi bagaimana jika Naga sepatutnya membantu kita, 182 00:19:01,766 --> 00:19:03,893 tapi Ajah Merah dah menggentasnya? 183 00:19:25,665 --> 00:19:26,958 Jenny. 184 00:19:28,835 --> 00:19:30,128 Itulah namanya. 185 00:19:31,588 --> 00:19:33,548 Anjing yang bukan milik awak itu. 186 00:19:46,895 --> 00:19:48,688 Saya suka tocang awak. 187 00:19:50,773 --> 00:19:52,358 Awak Nynaeve, bukan? 188 00:19:53,443 --> 00:19:57,614 Maaf jika sebutan saya salah. Saya tak kenal loghat awak. 189 00:20:00,783 --> 00:20:03,119 Memanglah, saya pun belum lagi bercakap. 190 00:20:07,081 --> 00:20:11,252 Awak tentu datang ke sini kerana mahukan sesuatu. 191 00:20:11,336 --> 00:20:13,129 Aes Sedai memang begitu. 192 00:20:15,048 --> 00:20:18,009 Jadi, lebih baik saya tanya awak dulu. 193 00:20:18,092 --> 00:20:21,763 Jika jawapan awak memuaskan, mungkin saya akan jawab soalan awak. 194 00:20:24,933 --> 00:20:26,976 Sejak bila awak mengenali Moiraine? 195 00:20:34,484 --> 00:20:37,695 Kita menyelinap apabila hari dah gelap 196 00:20:37,779 --> 00:20:39,113 dan keluar subuh esok. 197 00:20:39,197 --> 00:20:41,199 Ia lebih mudah jika kita minta izin. 198 00:20:42,659 --> 00:20:44,243 Awak tak pandai tunggang kuda. 199 00:20:44,327 --> 00:20:46,245 Awak tak pandai curi kuda. 200 00:20:46,329 --> 00:20:48,331 Kuda ini cemas. 201 00:20:48,414 --> 00:20:51,125 Saya curiga dengan orang asing seperti kamu semua. 202 00:20:51,376 --> 00:20:52,752 Kami cuma lalu di sini. 203 00:20:52,835 --> 00:20:55,838 -Biasanya mereka tak turun dari kuda. -Kami akan naik semula. 204 00:20:55,922 --> 00:20:58,925 -Dan teruskan perjalanan. -Kemudian, kembali malam ini? 205 00:20:59,008 --> 00:21:00,885 Kamu membahayakan kami sekeluarga. 206 00:21:00,969 --> 00:21:04,764 Ramai pembolos perang di selatan yang lari ke kawasan desa. 207 00:21:08,768 --> 00:21:11,896 Maaf kerana tak berterus terang. 208 00:21:11,980 --> 00:21:15,608 Kami merancang untuk berehat di bangsal awak untuk malam ini saja. 209 00:21:15,692 --> 00:21:17,902 Kami takkan ganggu awak langsung. 210 00:21:20,989 --> 00:21:22,532 Awak tak mahu bunuh kami. 211 00:21:22,991 --> 00:21:26,661 Kalau tidak, awak tentu tarik busur dengan jari, bukan dengan tangan 212 00:21:28,079 --> 00:21:32,375 dan kalau saya nak bunuh awak, saya akan terus buat sebentar tadi. 213 00:21:45,179 --> 00:21:47,056 Saya pun bukannya suka benda ini. 214 00:21:49,934 --> 00:21:51,269 Jadi, bagaimana, sayang? 215 00:21:57,692 --> 00:21:59,402 Ada banyak ruang di dalam bangsal. 216 00:22:00,611 --> 00:22:03,031 Selepas kandang dibersihkan. 217 00:22:09,162 --> 00:22:11,456 Dia pilih Ajah Biru. 218 00:22:12,498 --> 00:22:14,125 Ia sesuai dengannya. 219 00:22:14,208 --> 00:22:18,588 Mereka cuma pengintip yang berlagak penting. 220 00:22:19,297 --> 00:22:21,132 Tapi Ajah Merah tak begitu? 221 00:22:22,717 --> 00:22:26,429 Kami lindungi dunia daripada orang yang akan menyalah guna Kuasa Esa. 222 00:22:27,263 --> 00:22:28,723 Termasuklah Aes Sedai lain. 223 00:22:30,808 --> 00:22:31,768 Liandrin. 224 00:22:32,769 --> 00:22:34,562 Boleh saya sertai kalian? 225 00:22:34,645 --> 00:22:36,314 Saya baru saja nak pergi. 226 00:22:39,317 --> 00:22:41,319 Khemah Merah terbuka kepada wanita. 227 00:22:41,402 --> 00:22:43,571 Datanglah makan malam dengan kami 228 00:22:45,114 --> 00:22:46,908 kalau awak bosan makan ayam sejuk. 229 00:22:50,620 --> 00:22:51,871 Perempuan itu licik. 230 00:22:52,872 --> 00:22:55,374 Ramaikah wanita sepertinya di Menara Putih? 231 00:22:55,458 --> 00:22:57,126 Nanti awak tengoklah sendiri. 232 00:22:57,210 --> 00:23:00,838 Yakah? Awak bawa kita ke arah yang salah sampai separuh hari. 233 00:23:00,922 --> 00:23:05,009 Aes Sedai akan bawa Logain ke menara secepat mungkin. 234 00:23:05,093 --> 00:23:07,303 Jika kawan-kawan awak gagal cari tempat ini, 235 00:23:08,262 --> 00:23:11,224 ada cara untuk kita cari mereka di sana. 236 00:23:14,519 --> 00:23:15,812 Kami janji. 237 00:23:22,777 --> 00:23:24,654 Sertailah kami di unggun api, 238 00:23:24,737 --> 00:23:26,948 jika awak janji tak tolak orang ke arahnya. 239 00:23:34,539 --> 00:23:37,500 Awak pernah nampak orang lain di dataran ini? 240 00:23:37,583 --> 00:23:39,001 Mujurlah kami nampak awak. 241 00:23:39,085 --> 00:23:40,920 Biasanya kami tak ikut jalan ini, 242 00:23:41,003 --> 00:23:43,756 tapi ada ramai askar di bahagian selatan. 243 00:23:43,840 --> 00:23:47,051 Kumpulan seramai awak tentu boleh mempertahankan diri. 244 00:23:47,135 --> 00:23:49,428 Awak ada nampak senjata di sini? 245 00:23:52,265 --> 00:23:57,103 Puak Tuatha'an hidup menurut Resam Daun sejak berkurun-kurun lamanya. 246 00:23:57,186 --> 00:24:00,231 Kami bersumpah takkan menggunakan senjata. 247 00:24:00,314 --> 00:24:02,400 Bagaimana jika awak diserang? 248 00:24:03,109 --> 00:24:06,612 Kami lari kalau mampu, bertahan kalau tak mampu. 249 00:24:08,156 --> 00:24:10,032 Awak sanggup mati terkorban? 250 00:24:12,034 --> 00:24:14,245 "Apabila tiba masanya, daun 251 00:24:14,328 --> 00:24:19,417 gugur ke tanah yang menyuburkan pokok, yang seterusnya, menumbuhkan daun semula." 252 00:24:20,710 --> 00:24:22,211 Kita takkan hilang. 253 00:24:23,588 --> 00:24:26,215 Pemintal akan mengembalikan segalanya. 254 00:24:26,299 --> 00:24:30,344 Itulah yang saya dengar setiap kali mainan saya hilang. 255 00:24:31,679 --> 00:24:33,055 Saya masih menunggu. 256 00:24:35,183 --> 00:24:38,519 Awak pernah berperang? Atau angkat senjata? 257 00:24:38,603 --> 00:24:40,521 Pedang? Busur dan anak panah? 258 00:24:40,605 --> 00:24:42,273 Atau kapak? 259 00:24:48,154 --> 00:24:53,910 Sejak awak pegang kapak itu, adakah hidup awak lebih baik lebih teruk? 260 00:25:22,521 --> 00:25:25,316 Takkanlah dia nak biar kita saja mengemas? 261 00:25:27,235 --> 00:25:30,738 Gleman perlu sentiasa segar sebelum persembahannya. 262 00:25:30,821 --> 00:25:34,700 Tapi yang peliknya awak cuma cakap begitu semasa kita disuruh mengemas. 263 00:25:36,160 --> 00:25:37,411 Awak tak apa-apa? 264 00:25:39,914 --> 00:25:41,207 Saya perlu berehat. 265 00:26:04,939 --> 00:26:06,315 Encik? 266 00:26:08,943 --> 00:26:10,903 Maaf. Ibu suruh saya datang. 267 00:26:10,987 --> 00:26:14,407 Dia ucap terima kasih dan beri roti ini untuk bantuan encik. 268 00:26:16,158 --> 00:26:17,201 Hei. 269 00:26:20,079 --> 00:26:22,748 Maafkan saya. 270 00:26:24,542 --> 00:26:27,878 Awak buat saya terkejut, itu saja. 271 00:26:30,298 --> 00:26:31,716 Terima kasih atas roti ini. 272 00:26:35,219 --> 00:26:37,638 -Siapa nama awak? -Saya tak boleh beritahu. 273 00:26:37,722 --> 00:26:40,057 -Kenapa? -Ibu kata awak pelik. 274 00:26:40,141 --> 00:26:43,394 Dia suruh saya sampaikan pesanannya dan segera pulang. 275 00:26:43,477 --> 00:26:44,854 Tapi awak tak buat pula. 276 00:26:47,898 --> 00:26:49,442 Ya. 277 00:26:49,525 --> 00:26:51,569 Adik-adik saya degil juga. 278 00:26:53,321 --> 00:26:54,530 Di mana mereka sekarang? 279 00:26:55,406 --> 00:26:57,033 Mereka selamat di rumah. 280 00:26:58,284 --> 00:27:00,244 Dengan ibu bapa encik? 281 00:27:10,796 --> 00:27:15,343 Berilah Birgitte kepada mereka. Dia jaga saya ketika semua orang tidur. 282 00:27:17,094 --> 00:27:19,096 Saya tak boleh ambil. 283 00:27:19,180 --> 00:27:20,389 Ada anak patung lain. 284 00:27:20,473 --> 00:27:23,267 Birgitte memang teringin mengembara. 285 00:27:35,780 --> 00:27:38,324 Mungkin dia dijangkiti sesuatu di Sendang Breen. 286 00:27:38,407 --> 00:27:40,368 Ada seorang budak yang sama sepertinya. 287 00:27:41,410 --> 00:27:44,330 Anak saudara saya, Owyn. 288 00:27:48,000 --> 00:27:51,420 Dia selalu cari pasal 289 00:27:51,504 --> 00:27:53,464 dan cuba menyelesaikannya. 290 00:27:54,298 --> 00:27:56,884 Saya sentiasa cuba membantunya. 291 00:27:58,094 --> 00:28:00,304 Pada satu hari, perangainya tiba-tiba dingin. 292 00:28:01,472 --> 00:28:03,599 Dia marah semua orang. 293 00:28:04,100 --> 00:28:05,810 Takut pada bayang-bayang. 294 00:28:05,893 --> 00:28:08,687 Haiwan pun takut dengan dia. 295 00:28:08,771 --> 00:28:11,065 Tiada sesiapa tahu puncanya. 296 00:28:12,400 --> 00:28:16,862 Sehinggalah dia lontar batu tanpa menggunakan tangannya. 297 00:28:21,117 --> 00:28:23,411 Mat ada semua tanda-tandanya. 298 00:28:26,205 --> 00:28:27,581 Dia tentu beritahu saya. 299 00:28:28,541 --> 00:28:31,377 -Dia bukan bodoh. -Owyn pun tak bodoh. 300 00:28:31,460 --> 00:28:33,087 Saya Gleeman. 301 00:28:33,170 --> 00:28:37,258 Awak ingat saya tak beritahu kisah-kisah itu sejak dia kecil? 302 00:28:37,341 --> 00:28:41,512 Tentang zaman sebelum ini, ketika Maha Puaka merosakkan Kuasa Esa 303 00:28:43,639 --> 00:28:46,308 agar lelaki yang menggunakannya jadi gila. 304 00:28:47,726 --> 00:28:49,228 Tapi dia masih tipu saya. 305 00:28:55,443 --> 00:28:56,902 Apa yang berlaku kepadanya? 306 00:28:58,362 --> 00:29:01,490 Aes Sedai jumpa dia ketika saya tiada. 307 00:29:04,326 --> 00:29:05,494 Aes Sedai Merah. 308 00:29:08,998 --> 00:29:10,291 Mereka gentaskan dia. 309 00:29:11,792 --> 00:29:14,378 Maka, terputuslah hubungannya dengan Kuasa Esa. 310 00:29:16,630 --> 00:29:18,674 Setidak-tidaknya, dia masih hidup. 311 00:29:19,633 --> 00:29:20,926 Lelaki atau wanita, 312 00:29:22,178 --> 00:29:25,181 sekali mereka merasai Kuasa Esa dan kehilangannya, 313 00:29:25,264 --> 00:29:27,475 mereka seperti sudah mati. Mereka umpama… 314 00:29:30,769 --> 00:29:31,854 bangkai bernyawa. 315 00:29:33,814 --> 00:29:36,484 Beberapa minggu selepas Aes Sedai meninggalkannya, 316 00:29:38,068 --> 00:29:40,404 semasa Owyn duduk di meja makan, 317 00:29:41,614 --> 00:29:42,615 dia menguap. 318 00:29:45,242 --> 00:29:47,495 Kemudian, dia ambil pisau stik 319 00:29:49,872 --> 00:29:52,833 dan dengan tak semena-mena, dia kelar lehernya. 320 00:29:58,380 --> 00:30:02,051 Saya akan temankan awak selama mungkin 321 00:30:02,134 --> 00:30:03,511 dan pastikan awak selamat. 322 00:30:04,386 --> 00:30:08,057 Yang pasti, kita perlu jauhkan Mat daripada Aes Sedai. 323 00:30:12,436 --> 00:30:14,647 Awak Gleeman, tapi berpengetahuan. 324 00:30:15,523 --> 00:30:17,358 Kami guna gelaran gleman 325 00:30:18,192 --> 00:30:20,903 kerana bunyi lucunya buat orang tak takut kepada kami. 326 00:30:22,363 --> 00:30:26,408 Tiada orang lebih berbahaya daripada mereka yang tahu kisah silam. 327 00:30:47,263 --> 00:30:50,891 Kuda itu humban dia sepuluh kaki ke dalam palung khinzir. 328 00:30:50,975 --> 00:30:54,812 Dengan itu, tamatlah riwayat al'Lan Mandragoran 329 00:30:54,895 --> 00:30:56,105 sebagai penjinak kuda. 330 00:31:01,777 --> 00:31:03,237 -Menariknya nama itu. -Ya. 331 00:31:03,320 --> 00:31:04,572 Bagi penunggang lekeh. 332 00:31:06,198 --> 00:31:08,701 Bagaimana awak boleh mengembara dengannya? 333 00:31:08,784 --> 00:31:12,413 Saya dan Moiraine singgah di kampungnya dan… 334 00:31:12,496 --> 00:31:13,497 Saya jejaki dia. 335 00:31:15,499 --> 00:31:16,750 Saya suka. 336 00:31:20,629 --> 00:31:23,090 Tak sangka Pelindung macam kalian peramah. 337 00:31:23,173 --> 00:31:24,466 Kecuali saya. 338 00:31:25,175 --> 00:31:26,427 Saya nampak saja ceria. 339 00:31:26,510 --> 00:31:28,137 Jangan layan dia. 340 00:31:39,440 --> 00:31:41,150 Kamu berkhidmat untuk mereka. 341 00:31:46,280 --> 00:31:47,489 Tidak. 342 00:31:52,953 --> 00:31:57,374 Tiada ikatan seutuh ikatan Aes Sedai dan Pelindungnya. 343 00:31:59,376 --> 00:32:01,420 Termasuklah ikatan suami isteri 344 00:32:03,088 --> 00:32:04,673 atau ibu bapa dengan anaknya. 345 00:32:07,176 --> 00:32:09,887 Awak tahu makna "Aes Sedai" dalam bahasa Purba? 346 00:32:12,806 --> 00:32:14,308 "Hamba kepada semua." 347 00:32:16,852 --> 00:32:18,896 Merekalah yang berkhidmat untuk dunia. 348 00:32:21,815 --> 00:32:23,859 Jadi, kalian apa? 349 00:32:24,485 --> 00:32:25,527 Bangga. 350 00:32:28,739 --> 00:32:30,032 Dan penat. 351 00:32:32,785 --> 00:32:34,370 Terutamanya Lan. 352 00:32:34,453 --> 00:32:36,288 Dia perlu layan Moiraine. 353 00:32:38,165 --> 00:32:39,333 Awak pun sama. 354 00:32:48,467 --> 00:32:51,929 Betul cakapnya, kami dah penat. 355 00:33:03,982 --> 00:33:05,901 Mereka bertiga… 356 00:33:10,656 --> 00:33:13,450 Saya pun agak penat. 357 00:33:47,943 --> 00:33:49,945 Dia sepuluh tahun lebih tua. 358 00:33:50,946 --> 00:33:52,698 Adakah dia sekuat Egwene? 359 00:33:55,367 --> 00:33:56,493 Saya tak pasti. 360 00:33:57,953 --> 00:34:00,789 Rasanya tak, tapi saya tak pasti. 361 00:34:05,002 --> 00:34:07,421 Mimpi itu, Trolloc. 362 00:34:09,840 --> 00:34:11,884 Maha Puaka bukannya buru Logain. 363 00:34:11,967 --> 00:34:13,218 Mungkin awak salah. 364 00:34:15,262 --> 00:34:17,806 Saya tak rasa Maha Puaka tahu 365 00:34:17,890 --> 00:34:19,683 siapa Naga. Samalah macam kita. 366 00:34:23,479 --> 00:34:26,273 Saya pun tak tahu itu menakutkan atau melegakan hati. 367 00:34:31,278 --> 00:34:32,613 Mereka dah hilang. 368 00:34:34,698 --> 00:34:38,202 Selama 20 tahun kita cari mereka, dan kini, mereka dah hilang. 369 00:34:38,285 --> 00:34:39,578 Ia salah saya. 370 00:34:39,661 --> 00:34:41,121 Saya turut bersalah, 371 00:34:42,706 --> 00:34:44,124 dan begitu juga sebaliknya. 372 00:34:52,508 --> 00:34:54,218 Saya tak sepatutnya minum tadi. 373 00:34:57,012 --> 00:34:59,473 Perasaan awak selalu terganggu apabila saya minum. 374 00:35:44,560 --> 00:35:45,686 Ayuh! 375 00:35:51,525 --> 00:35:54,486 Semua orang cakap tentang "lagu." 376 00:35:54,570 --> 00:35:55,696 Ia apa sebenarnya? 377 00:35:56,655 --> 00:35:58,824 Tak ada apa-apa. Ia cuma tradisi bodoh. 378 00:35:58,907 --> 00:36:01,994 Datuk dan nenek awak anggap ia serius. 379 00:36:03,412 --> 00:36:06,373 Pada zaman yang lalu, orang kami kononnya tahu sebuah lagu 380 00:36:06,456 --> 00:36:08,625 yang dapat mengamankan dunia. 381 00:36:08,709 --> 00:36:12,671 Lagu itu lenyap semasa Dunia Binasa, tapi jika ia ditemui semula, 382 00:36:12,754 --> 00:36:17,384 manusia akan hidup aman damai sepanjang hayat. 383 00:36:20,220 --> 00:36:21,722 Awak tak percaya kisah itu. 384 00:36:21,805 --> 00:36:23,432 Saya percaya macam-macam, 385 00:36:24,224 --> 00:36:27,477 tapi orang bodoh dan kanak-kanak saja yang mempercayainya. 386 00:36:30,188 --> 00:36:32,816 Mungkinkah awak dah menemuinya? 387 00:36:48,332 --> 00:36:49,958 -Terima kasih. -Awak hormat kami. 388 00:36:51,418 --> 00:36:52,628 Ia perkara kecil saja. 389 00:36:54,171 --> 00:36:57,257 Awak suka kerja itu. Itu sifat yang mulia. 390 00:37:06,391 --> 00:37:08,894 Sesetengah daripada kalian tak nampak tenang. 391 00:37:13,023 --> 00:37:15,817 Sarai bekas pembunuh upahan. 392 00:37:17,027 --> 00:37:21,114 Mereka yang meninggalkan keganasan faham erti kejahatan. 393 00:37:21,198 --> 00:37:23,909 Sesetengah perkara sukar untuk kita elak. 394 00:37:25,702 --> 00:37:26,995 Kami tak elak apa-apa. 395 00:37:27,913 --> 00:37:30,248 Hanya ada satu cara untuk menamatkan keganasan. 396 00:37:30,332 --> 00:37:33,168 Semua orang harus berhenti. 397 00:37:34,878 --> 00:37:36,421 Ia akan memakan masa. 398 00:37:41,426 --> 00:37:43,637 Awak rasa ia tak mustahil? 399 00:37:44,721 --> 00:37:49,476 Kalau saya boleh ubah fikiran dua orang, bermakna… 400 00:37:49,559 --> 00:37:52,479 dunia ini lebih baik daripada sebelumnya. 401 00:37:52,562 --> 00:37:55,774 Jika dua orang itu pula mengubah fikiran dua orang lagi, 402 00:37:55,857 --> 00:37:57,275 maka… 403 00:37:57,359 --> 00:38:00,988 Kalau itu betul sekalipun, awak takkan sempat melihatnya. 404 00:38:01,071 --> 00:38:03,365 Saya tak buat untuk diri sendiri. 405 00:38:03,448 --> 00:38:06,034 Orang-orang awak yang lain pun tak dapat melihatnya. 406 00:38:06,118 --> 00:38:07,452 Begitu juga cucu 407 00:38:07,536 --> 00:38:09,746 atau cicit mereka. 408 00:38:09,830 --> 00:38:14,376 Saya sayang orang-orang saya, tapi saya juga tak buat untuk mereka. 409 00:38:15,585 --> 00:38:16,878 Jadi, untuk siapa? 410 00:38:22,467 --> 00:38:23,719 Saya pernah ada anak. 411 00:38:25,220 --> 00:38:26,847 Dia ibu Aram. 412 00:38:26,930 --> 00:38:29,766 Aram tak ingat ibunya. 413 00:38:31,184 --> 00:38:34,604 Pada satu hari, dia bertembung dengan perompak ketika memburu. 414 00:38:37,691 --> 00:38:41,445 Dia tak ada emas, barang kemas atau apa-apa 415 00:38:42,738 --> 00:38:44,406 selain nyawanya. 416 00:38:49,494 --> 00:38:50,912 Semasa saya menemuinya, 417 00:38:50,996 --> 00:38:54,207 saya boleh tahu yang mereka bunuh dia hanya untuk suka-suka. 418 00:39:00,297 --> 00:39:02,299 Saya duduk berjam-jam di sisi mayatnya, 419 00:39:02,382 --> 00:39:05,719 dan merenung lembing yang tercacak di dadanya, 420 00:39:05,802 --> 00:39:08,930 sambil cuba menguatkan hati untuk menariknya keluar 421 00:39:09,014 --> 00:39:12,142 dan memburu pembunuhnya. 422 00:39:13,268 --> 00:39:14,478 Kenapa awak tak buat? 423 00:39:17,189 --> 00:39:18,774 Kerana saya mahu balas dendam. 424 00:39:19,941 --> 00:39:22,486 Bunyinya tak macam Resam Daun. 425 00:39:27,783 --> 00:39:31,620 Pembelaan apakah yang terbaik terhadap keganasan kalau bukan keamanan? 426 00:39:31,703 --> 00:39:36,124 Pembelaan apakah yang terbaik untuk kematian kalau bukan kehidupan? 427 00:39:38,710 --> 00:39:42,631 Saya gagal lindungi anak saya dalam putaran ini, tapi suatu hari nanti, 428 00:39:42,714 --> 00:39:44,424 lama selepas saya 429 00:39:44,508 --> 00:39:48,011 dan Aram serta cucu-cicitnya sudah tiada, 430 00:39:49,763 --> 00:39:53,183 Pemintal akan mengembalikan anak saya. 431 00:39:57,062 --> 00:40:00,190 Pada masa itu, saya akan bina dunia yang lebih baik untuknya 432 00:40:00,273 --> 00:40:04,736 supaya kami dapat menikmati hidup bersama. 433 00:40:21,795 --> 00:40:22,963 Siapakah dia? 434 00:40:24,840 --> 00:40:26,633 Lelaki yang memiliki hati awak. 435 00:40:34,015 --> 00:40:35,517 Dia dah mati? 436 00:40:39,020 --> 00:40:40,105 Tidak. 437 00:40:43,733 --> 00:40:45,277 Jika ya, saya boleh rasa. 438 00:40:52,284 --> 00:40:55,996 Kami tinggalkan kumpulan ini apabila mencapai usia 20 tahun 439 00:40:57,122 --> 00:40:59,124 untuk cuba hidup berdikari 440 00:40:59,207 --> 00:41:02,335 dan menentukan kehidupan yang terbaik untuk kami. 441 00:41:05,839 --> 00:41:07,215 Ada yang hidup di ladang. 442 00:41:08,842 --> 00:41:10,302 Ada yang belayar. 443 00:41:13,471 --> 00:41:15,765 Malah ada yang berperang. 444 00:41:21,062 --> 00:41:22,522 Berapa ramai yang kembali? 445 00:41:23,773 --> 00:41:24,858 Kebanyakannya. 446 00:41:24,941 --> 00:41:26,443 Tapi bukan semua. 447 00:41:30,030 --> 00:41:32,032 Daun meliuk mengikut arah angin. 448 00:41:34,618 --> 00:41:37,579 Tapi kadangkala, angin tak meniup pokok. 449 00:42:00,518 --> 00:42:01,728 Saya di sini. 450 00:42:03,271 --> 00:42:04,648 Awak tahu, bukan? 451 00:42:05,899 --> 00:42:08,026 Walau apa yang berlaku, saya di sisi awak. 452 00:42:33,218 --> 00:42:34,386 Perrin! 453 00:42:36,846 --> 00:42:37,806 Berhenti! 454 00:42:42,644 --> 00:42:44,854 Mat! 455 00:42:44,938 --> 00:42:47,065 Rand! 456 00:42:47,857 --> 00:42:48,942 Tidak! 457 00:42:50,777 --> 00:42:53,446 Bertenang. Saya di sini. 458 00:42:57,284 --> 00:42:58,326 Di mana Mat? 459 00:43:18,888 --> 00:43:21,725 Tarik dia. Mari kita pergi dari sini, sekarang. 460 00:43:26,354 --> 00:43:27,772 Saya nampak awak. 461 00:43:28,523 --> 00:43:29,441 Fade! 462 00:43:33,028 --> 00:43:34,988 -Bawa dia pergi. -Ayuh! 463 00:43:37,991 --> 00:43:38,908 Pergi! 464 00:43:39,909 --> 00:43:40,744 Lari! 465 00:43:50,128 --> 00:43:51,129 Ayuh! 466 00:43:52,088 --> 00:43:53,089 Mari. 467 00:43:54,090 --> 00:43:55,008 Lari. 468 00:43:55,425 --> 00:43:57,802 Lari! Ayuh! 469 00:44:50,939 --> 00:44:52,899 Awak dah bercakap dengan semua orang. 470 00:44:55,110 --> 00:44:56,820 Bila awak nak cakap dengan saya? 471 00:45:00,281 --> 00:45:04,285 Membebat orang lebih sukar daripada membebaskannya. 472 00:45:06,329 --> 00:45:07,747 Tengoklah. 473 00:45:07,831 --> 00:45:09,749 Dia langsung tak berpeluh 474 00:45:09,833 --> 00:45:13,294 dan bibirnya langsung tak bergetar sedangkan kita tak tentu hala. 475 00:45:16,923 --> 00:45:20,093 Perjalanan kita ke Menara Putih masih jauh. 476 00:45:20,176 --> 00:45:24,222 Mustahil kita boleh terus mengekangnya sampai ke sana. 477 00:45:26,891 --> 00:45:28,601 Jika dia berjaya membebaskan diri, 478 00:45:29,227 --> 00:45:31,855 adakah Tiga Ikrar membenarkah kita menggentaskan dia? 479 00:45:36,234 --> 00:45:41,531 Menara Putih dan penghuninya sudah bertahan selama 3,000 tahun, 480 00:45:41,614 --> 00:45:46,703 tapi bukan kerana tindakan kita wajar, tapi kerana tindakan kita betul. 481 00:45:50,623 --> 00:45:54,002 Hukum itu tertakluk kepada kita dan juga dia. 482 00:45:54,085 --> 00:45:58,381 Malah, sebagai Ajah Merah, awak yang sepatutnya mengingatkan saya, 483 00:45:58,465 --> 00:46:00,341 dan bukan sebaliknya. 484 00:46:37,295 --> 00:46:39,756 Maaf. Saya tak berniat mengganggu. 485 00:46:41,341 --> 00:46:42,592 Awak tak mengganggu. 486 00:46:43,343 --> 00:46:44,552 Apa awak buat tadi? 487 00:46:47,222 --> 00:46:49,349 Ia amalan orang saya. 488 00:46:52,185 --> 00:46:55,104 Tujuh kali untuk tujuh menara Malkier, 489 00:46:56,481 --> 00:46:57,857 tanah air kami yang lenyap 490 00:46:58,983 --> 00:47:00,818 dan yang kami akan bina semula. 491 00:47:01,903 --> 00:47:03,488 Dalam mana-mana hidup kami. 492 00:47:10,870 --> 00:47:12,247 Awak selalu berdoa? 493 00:47:14,749 --> 00:47:16,042 Apabila perlu. 494 00:47:41,025 --> 00:47:42,944 Awak tahu bahasa Purba? 495 00:47:45,280 --> 00:47:46,531 Saya tak tahu. 496 00:47:49,576 --> 00:47:51,828 Itulah kata-kata ibu bapa saya 497 00:47:51,911 --> 00:47:55,039 ketika mereka sembunyikan saya semasa kampung kami diserang. 498 00:47:58,668 --> 00:48:02,463 -Saya akan menyebutnya ketika rasa takut. -Kenapa awak tak buat lagi? 499 00:48:03,298 --> 00:48:05,758 Orang tak cari Bestari jika dia tak tahu apa-apa. 500 00:48:06,926 --> 00:48:08,970 Saya pun tak tahu maknanya. 501 00:48:09,679 --> 00:48:10,972 Awak nak tahu? 502 00:48:20,315 --> 00:48:23,318 Itu kata-kata raja Manetheren kepada isterinya 503 00:48:24,819 --> 00:48:27,238 sebelum terkorban dalam perang. 504 00:48:30,325 --> 00:48:32,327 "Kita akan berjuang 505 00:48:33,703 --> 00:48:36,164 supaya anak-anak kita sentiasa mengingati kita 506 00:48:37,707 --> 00:48:39,292 dan takkan bersendirian." 507 00:48:55,183 --> 00:48:57,894 Awak tak seperti yang saya sangka, 508 00:48:59,062 --> 00:49:00,605 al'Lan Mandragoran. 509 00:49:03,107 --> 00:49:04,233 Apa yang awak sangka? 510 00:49:04,317 --> 00:49:06,361 Pak turut. 511 00:49:13,743 --> 00:49:17,288 Tapi awak betul-betul seperti yang saya sangka, 512 00:49:19,082 --> 00:49:21,000 Bestari al'Meara. 513 00:49:22,043 --> 00:49:23,836 Apa yang awak sangka? 514 00:49:30,009 --> 00:49:31,260 Sebentar. 515 00:49:38,309 --> 00:49:40,895 -Kenapa? -Pendinding saya. 516 00:49:40,978 --> 00:49:44,607 Nampaknya tentera Logain tak lari. 517 00:49:52,824 --> 00:49:54,784 Tentera Logain datang. 518 00:49:55,368 --> 00:49:58,913 -Ada berapa orang? -Jangan risau. Saya takkan bunuh semuanya. 519 00:50:26,691 --> 00:50:30,153 Tenteranya takkan dapat melepasi tujuh Aes Sedai. 520 00:50:38,703 --> 00:50:41,581 Logain. Kita perlu pergi ke gua. 521 00:50:42,123 --> 00:50:43,708 Selamatkan Naga! 522 00:50:53,593 --> 00:50:55,511 -Ayuh! -Mari! 523 00:51:22,830 --> 00:51:24,081 Di situ! 524 00:52:06,833 --> 00:52:07,708 Ayuh! 525 00:52:36,529 --> 00:52:40,324 Yang lain akan tiba, jadi masa untuk kita berbual tak banyak. 526 00:52:48,708 --> 00:52:51,502 Kenapa saya patut percaya yang awak Jelmaan Semula Naga? 527 00:52:57,049 --> 00:52:59,260 Saya boleh dengar bisikan semasa mengantara. 528 00:53:02,680 --> 00:53:03,890 Bisikan mereka semua. 529 00:53:06,058 --> 00:53:09,604 Bisikan ribuan naga sebelum saya, 530 00:53:09,687 --> 00:53:12,857 yakni ribuan kehidupan lampau saya. 531 00:53:16,485 --> 00:53:19,447 Mereka mengajar saya untuk berjaya kali ini. 532 00:53:20,865 --> 00:53:24,702 Bukankah itu sebabnya Pemintal melahirkan kita berulang kali? 533 00:53:26,662 --> 00:53:27,830 Supaya kita belajar? 534 00:53:29,665 --> 00:53:31,709 Pemintal tak mahukan apa-apa. 535 00:53:32,793 --> 00:53:33,961 Ia tak boleh pun. 536 00:53:35,379 --> 00:53:38,466 Sama seperti sungai atau hujan. 537 00:53:38,549 --> 00:53:40,927 Manusia saja yang ada kemahuan. 538 00:53:48,559 --> 00:53:49,894 Apa yang awak mahukan? 539 00:53:55,358 --> 00:53:58,277 Saya mahu awak tahu bahawa suara yang mengganggu awak itu 540 00:54:00,696 --> 00:54:02,782 ialah bisikan kegilaan 541 00:54:03,950 --> 00:54:09,080 dan walaupun awak kuat, kuasa awak hanya sekelumit. 542 00:54:12,291 --> 00:54:14,251 Ia hanya bak nyalaan api lilin 543 00:54:14,335 --> 00:54:18,381 berbanding kuasa Jelmaan Semula Naga yang bagaikan suria yang memarak. 544 00:54:40,486 --> 00:54:41,362 Tidak! 545 00:55:36,792 --> 00:55:39,712 -Pergi kurung Logain! -Kerene. 546 00:55:39,795 --> 00:55:41,380 Kami akan halang tenteranya! 547 00:55:43,007 --> 00:55:44,008 Ayuh! 548 00:56:17,708 --> 00:56:21,337 Liandrin, awak guna terlalu banyak kuasa. Awak boleh mati. 549 00:56:21,420 --> 00:56:22,797 Saya tak peduli. 550 00:56:22,880 --> 00:56:28,010 Dia bunuh sahabat kita dan saya akan bunuh dia! 551 00:56:42,149 --> 00:56:43,526 Stepin! 552 00:57:26,610 --> 00:57:27,820 Tidak. 553 00:57:31,740 --> 00:57:32,992 Tidak. 554 00:57:36,203 --> 00:57:37,121 Tidak! 555 00:58:08,194 --> 00:58:09,987 Bak suria yang memarak. 556 00:58:17,077 --> 00:58:18,787 Jalinkan kuasa dengan saya. 557 00:58:18,871 --> 00:58:20,039 Sekarang! 558 00:58:34,553 --> 00:58:38,807 Semoga Menara Putih menghukum kamu, Logain Ablar… 559 00:58:40,392 --> 00:58:45,105 dan mengambil semula kuasa yang awak tak patut miliki. 560 01:01:17,800 --> 01:01:19,802 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 561 01:01:19,885 --> 01:01:21,887 Penyelia Kreatif Vincent Lim