1 00:00:00,000 --> 00:00:07,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 2 00:00:29,600 --> 00:00:31,430 Hamba terima apa saja jawatan. 3 00:00:32,650 --> 00:00:35,910 Hamba perlukan bantuan ayah untuk kembali bertugas 4 00:00:37,360 --> 00:00:38,450 di istana. 5 00:00:41,910 --> 00:00:44,290 Apa yang buat kamu berubah fikiran 6 00:00:44,370 --> 00:00:46,080 dan meminta bantuan ayah? 7 00:00:47,460 --> 00:00:48,500 Hamba ingin… 8 00:00:50,880 --> 00:00:52,210 lindungi Paduka Raja. 9 00:00:56,800 --> 00:00:58,050 Adakah kerana kesetiaan? 10 00:01:02,350 --> 00:01:03,390 Istana 11 00:01:04,390 --> 00:01:06,230 bukan tempat kamu. 12 00:01:06,310 --> 00:01:07,600 Pulanglah. 13 00:01:07,690 --> 00:01:10,190 Kenapa? Apa maksud ayah 14 00:01:11,690 --> 00:01:14,190 yang istana bukan tempat untuk hamba? 15 00:01:15,070 --> 00:01:16,150 Kerana kamu 16 00:01:17,400 --> 00:01:21,030 seorang yang tahu membezakan antara yang salah dan benar. 17 00:01:21,660 --> 00:01:22,700 Di istana, 18 00:01:23,620 --> 00:01:26,370 yang benar tak semestinya jawapan yang betul. 19 00:01:27,460 --> 00:01:30,960 Adakah kamu percaya kamu mampu bertahan di sana 20 00:01:32,000 --> 00:01:33,800 hanya dengan berdasarkan kesetiaan? 21 00:01:39,590 --> 00:01:41,050 Hamba akan… 22 00:01:44,270 --> 00:01:45,520 ikut cara mereka. 23 00:01:52,480 --> 00:01:56,860 Hamba berhajat agar anak hamba berkhidmat untuk Paduka Raja. 24 00:01:57,950 --> 00:01:59,320 Tapi anak kamu 25 00:02:00,280 --> 00:02:03,280 pernah cuba melarikan Paduka Raja. 26 00:02:06,870 --> 00:02:09,500 Kamu patut bersyukur dia tak dihukum 27 00:02:09,580 --> 00:02:11,460 kerana berbuat begitu. 28 00:02:12,040 --> 00:02:13,920 Tapi dia di sisi baginda? 29 00:02:14,590 --> 00:02:17,920 Pertama kali hamba membunuh demi datuk, datuk pernah berjanji. 30 00:02:18,880 --> 00:02:20,220 Datuk berjanji 31 00:02:21,090 --> 00:02:24,310 sekiranya hamba setia kepada datuk, hamba sekeluarga takkan perlu 32 00:02:25,220 --> 00:02:26,890 merendah diri kepada yang lain. 33 00:02:27,560 --> 00:02:29,020 Tunaikan janji datuk. 34 00:02:30,480 --> 00:02:32,730 Matlamat datuk dah tercapai. 35 00:02:34,150 --> 00:02:36,860 Kini, giliran hamba untuk terima ganjarannya. 36 00:03:38,130 --> 00:03:39,550 Patik perlukan dua bulan saja. 37 00:03:40,880 --> 00:03:44,550 Patik akan pendamkan segala perasaan patik. 38 00:03:46,180 --> 00:03:49,680 Cuma izinkan patik untuk merawat kecederaan Tuanku 39 00:03:50,310 --> 00:03:51,770 sehingga ia sembuh. 40 00:03:59,690 --> 00:04:01,240 Anggaplah patik tak wujud. 41 00:04:02,570 --> 00:04:05,740 Patik juga akan menjauhkan diri sebaik mungkin. 42 00:04:18,090 --> 00:04:19,670 EPISOD 14 43 00:04:19,750 --> 00:04:22,970 - Tuanku. - Tuanku. Mohon hati-hati. 44 00:04:23,050 --> 00:04:25,630 - Tuanku. - Tuanku. 45 00:04:26,260 --> 00:04:28,010 - Mohon berhenti. - Tuanku. 46 00:04:28,640 --> 00:04:29,810 Tuanku. 47 00:04:31,140 --> 00:04:34,770 Beta dengar Paduka Raja ada di sini. Kamu nampak baginda? 48 00:04:34,850 --> 00:04:38,860 Baginda berangkat ke kamar sebaik saja kuliah tamat. 49 00:04:40,190 --> 00:04:41,610 Terima kasih. 50 00:04:42,740 --> 00:04:43,740 Oh, ya. 51 00:04:44,820 --> 00:04:47,490 Banyakkah urusan negara yang menanti baginda? 52 00:04:48,320 --> 00:04:49,370 Tuanku? 53 00:04:51,370 --> 00:04:52,750 Tak mengapa. 54 00:05:09,340 --> 00:05:11,100 Tuanku. 55 00:05:14,180 --> 00:05:17,230 Ada apa Tuanku mencemar duli ke sini? 56 00:05:17,810 --> 00:05:19,940 - Ayah. - Tuanku… 57 00:05:21,570 --> 00:05:22,860 Ampunkan patik menegur. 58 00:05:22,940 --> 00:05:24,900 Mohon dijaga tatatertib istana. 59 00:05:27,860 --> 00:05:30,030 Datuk Temenggung. 60 00:05:30,120 --> 00:05:32,490 Izinkan patik bertanya apa di tangan Tuanku itu? 61 00:05:34,790 --> 00:05:35,620 Ini? 62 00:05:41,630 --> 00:05:44,090 Ini warkah cinta buat Paduka Raja. 63 00:05:44,170 --> 00:05:45,260 Warkah cinta? 64 00:05:46,090 --> 00:05:49,840 Jadi, inikah yang Tuanku karang setiap hari di kamar Tuanku? 65 00:05:49,930 --> 00:05:51,760 Bukan setiap hari. Sekali-sekala. 66 00:05:53,260 --> 00:05:55,810 Mungkin lebih kerap daripada sekali-sekala? 67 00:05:58,440 --> 00:06:01,860 Tapi kita tak pasti jika baginda membaca warkah ini. 68 00:06:02,560 --> 00:06:04,020 Baginda tak pernah balas. 69 00:06:04,780 --> 00:06:06,690 Patik yakin baginda telah pun membacanya. 70 00:06:06,780 --> 00:06:10,570 Malah, patik yakin baginda membacanya berulang kali. 71 00:06:10,660 --> 00:06:13,370 Mohon Tuanku tak putus semangat. 72 00:06:13,450 --> 00:06:17,160 Tuanku dipilih sendiri oleh Datuk Bendahara. 73 00:06:17,250 --> 00:06:19,460 Tuanku perlu sentiasa yakin. 74 00:06:21,250 --> 00:06:22,170 Begini? 75 00:06:22,750 --> 00:06:24,750 Tuanku tampak lebih riang. 76 00:06:26,050 --> 00:06:29,050 Kita minta diri untuk bertemu baginda. 77 00:06:37,310 --> 00:06:39,730 - Tuanku! - Tuanku, mohon… 78 00:06:39,810 --> 00:06:41,900 Mohon lebih berhati-hati. 79 00:06:51,490 --> 00:06:54,660 SEUNGJEONGWON: BALAI URUS SETIA DIRAJA 80 00:07:16,140 --> 00:07:18,520 "Pegawai di Balai Lembaga Penghulu, Kim Sa-heon, 81 00:07:18,600 --> 00:07:20,600 menerima rasuah dan menjual jawatan…" 82 00:07:22,690 --> 00:07:24,020 Kim Sa-heon? 83 00:07:25,020 --> 00:07:27,770 Bukankah dia anak saudara Datuk Bendahara? 84 00:07:31,280 --> 00:07:32,240 Tolak. 85 00:07:34,990 --> 00:07:38,740 "Datuk Bendahara Han Gi-jae menggunakan kedudukannya sebagai nenda Paduka Raja 86 00:07:38,830 --> 00:07:40,330 untuk menguasai pentadbiran…" 87 00:07:42,370 --> 00:07:43,250 Tolak. 88 00:07:45,130 --> 00:07:46,790 DITOLAK, DITERIMA 89 00:07:48,590 --> 00:07:50,090 "Mohon dipecat…" 90 00:07:53,430 --> 00:07:56,050 "Rakyat jelata mengharapkan pemecatan…" 91 00:07:57,600 --> 00:07:58,680 Bawa semua ini pergi. 92 00:07:58,760 --> 00:08:00,970 Semua rayuan ini sama saja. Simpan. 93 00:08:01,060 --> 00:08:02,680 Aduhai. Pengkhianat. 94 00:08:06,770 --> 00:08:09,730 Kita dibanjiri dengan rayuan agar Datuk Bendahara dipecat. 95 00:08:09,820 --> 00:08:11,360 Tapi kita pejam mata saja? 96 00:08:11,440 --> 00:08:13,860 Guru Yang, kamu dah banyak berubah. 97 00:08:13,950 --> 00:08:15,660 Maksud hamba, Datuk Bijaya. 98 00:08:16,240 --> 00:08:18,450 Suatu masa dulu, datuk guru Paduka Raja. 99 00:08:20,990 --> 00:08:24,410 Apa kamu buat di sini? 100 00:08:24,500 --> 00:08:27,920 Kini kamu berkhidmat di Bendahari, pergilah ke sana. 101 00:08:28,000 --> 00:08:30,460 Kenapa hamba asyik nampak muka kamu di sini? 102 00:08:30,550 --> 00:08:34,220 Jika kita semua perlu ikut telunjuk Datuk Bendahara, 103 00:08:34,300 --> 00:08:36,050 apa gunanya jawatan Datuk Bijaya? 104 00:08:36,130 --> 00:08:37,550 Katib Jung, betul? 105 00:08:39,720 --> 00:08:40,600 Apa boleh buat? 106 00:08:41,930 --> 00:08:43,100 Kalau begitu, 107 00:08:44,310 --> 00:08:46,140 hamba akan simpan semua ini. 108 00:08:49,820 --> 00:08:50,900 Aduhai. 109 00:08:53,690 --> 00:08:55,610 Hamba tersilap menilai. 110 00:08:56,530 --> 00:08:58,490 Apa dah jadi kepada orang yang pernah guna 111 00:08:58,570 --> 00:09:01,080 bunga teratai untuk menegur Datuk Bendahara? 112 00:09:02,330 --> 00:09:05,330 Dia kembali ke sini atas bantuan ayahnya, Panglima Jung. 113 00:09:05,910 --> 00:09:08,000 Tentu itu sebabnya dia jarang ke istana 114 00:09:08,080 --> 00:09:10,290 dan cuma ke sana untuk menghantar laporan. 115 00:09:10,880 --> 00:09:13,380 Tentu dia rasa bersalah untuk membuat catatan diraja 116 00:09:13,460 --> 00:09:15,050 di hadapan Paduka Raja. 117 00:09:18,090 --> 00:09:20,720 Hamba dah pesan, jangan buat andaian. 118 00:09:21,220 --> 00:09:23,970 Kamu fikir kita dan dia berbeza? Kita ikut arahan saja. 119 00:09:24,060 --> 00:09:25,730 Tapi memang betul pun. 120 00:09:25,810 --> 00:09:27,140 Apa gunanya jadi katib 121 00:09:27,230 --> 00:09:29,860 jika dia tak jalankan tugasnya? 122 00:09:31,270 --> 00:09:32,320 Betul juga. 123 00:09:34,650 --> 00:09:36,320 Kamu mengganggu hamba. Pergi. 124 00:09:36,400 --> 00:09:37,650 Sambung kerja. 125 00:09:38,240 --> 00:09:39,450 Buang masa saja. 126 00:09:48,170 --> 00:09:49,420 Kamu dah balik ke rumah? 127 00:09:50,540 --> 00:09:51,750 Kamu berdua dah berbaik? 128 00:09:53,300 --> 00:09:54,300 Ya. 129 00:09:55,170 --> 00:09:58,300 Kamu bersumpah takkan maafkan dia. Apa yang berlaku? 130 00:10:01,140 --> 00:10:02,470 Hamba pergi dulu. 131 00:10:03,720 --> 00:10:04,680 Hei… 132 00:10:08,140 --> 00:10:09,810 Apa halnya ini? 133 00:10:29,620 --> 00:10:33,130 Nadi Tuanku kurang menentu sejak upacara pertabalan. 134 00:10:34,290 --> 00:10:36,960 Tapi sekarang sudah bertambah baik. 135 00:10:37,050 --> 00:10:38,130 Terima kasih. 136 00:10:39,300 --> 00:10:40,300 Kamu boleh beredar. 137 00:11:12,210 --> 00:11:13,460 Tuanku, 138 00:11:13,540 --> 00:11:17,050 Katib Jung dari Urus Setia Diraja mohon menghadap. 139 00:11:18,050 --> 00:11:19,130 Masuk. 140 00:11:22,340 --> 00:11:25,220 Kamu cuma ada masa setengah jam. 141 00:11:39,570 --> 00:11:41,700 Kamu baru selesai memeriksa kesihatan baginda? 142 00:11:43,570 --> 00:11:44,990 Ya, tuan. 143 00:11:45,780 --> 00:11:47,490 Bagaimana keadaan baginda? 144 00:11:48,120 --> 00:11:50,870 Kecederaan baginda dah pulih? 145 00:11:51,370 --> 00:11:54,330 Apa? Kecederaan? 146 00:12:29,120 --> 00:12:31,080 Kecederaan Tuanku semakin sembuh. 147 00:12:31,660 --> 00:12:34,290 Eloklah diperhatikan untuk tiga, empat hari lagi. 148 00:12:35,120 --> 00:12:37,380 Beta turut diberitahu oleh tabib 149 00:12:37,460 --> 00:12:39,880 yang nadi beta lebih terkawal. 150 00:12:41,210 --> 00:12:42,510 Nampaknya, 151 00:12:44,010 --> 00:12:46,180 beta sudah semakin pulih. 152 00:12:54,560 --> 00:12:58,190 Cuba gerakkan lengan Tuanku dan beritahu jika ada yang tak selesa. 153 00:13:02,900 --> 00:13:03,940 Beta tak apa-apa. 154 00:14:00,250 --> 00:14:01,250 Terima kasih… 155 00:14:06,920 --> 00:14:09,800 kerana merawat beta, Katib Jung. 156 00:14:31,030 --> 00:14:34,240 Tuanku, kenapa… 157 00:14:43,210 --> 00:14:45,000 Maafkan dinda. 158 00:15:03,060 --> 00:15:05,020 Tuanku tak sepatutnya 159 00:15:05,110 --> 00:15:08,610 masuk tanpa diumumkan terlebih dahulu. 160 00:15:09,650 --> 00:15:10,990 Maaflah. 161 00:15:11,700 --> 00:15:14,700 Sejak dulu, beta dah terbiasa. 162 00:15:16,410 --> 00:15:17,700 Apa patut beta lakukan? 163 00:15:24,250 --> 00:15:28,460 Tuanku, Paduka Permaisuri berkenan bertemu. 164 00:15:29,510 --> 00:15:30,420 Masuk. 165 00:15:47,190 --> 00:15:49,230 Maafkan dinda. 166 00:15:50,240 --> 00:15:54,110 Dinda masih kekok dengan tatatertib di istana. 167 00:15:56,070 --> 00:15:56,950 Maafkan beta. 168 00:15:59,490 --> 00:16:00,580 Tak mengapa, Tuanku. 169 00:16:02,960 --> 00:16:05,250 Tuanku, izinkan patik meminta diri. 170 00:16:53,970 --> 00:16:55,680 Mari duduk di sini. 171 00:17:13,780 --> 00:17:16,030 Apa yang membawa dinda ke mari? 172 00:17:17,450 --> 00:17:18,660 Sebenarnya… 173 00:17:30,540 --> 00:17:34,630 Malam semalam, sepasang burung lark yang cantik 174 00:17:36,010 --> 00:17:38,890 bertenggek di pohon berdekatan kamar dinda. 175 00:17:39,510 --> 00:17:44,930 Memandang burung itu, dinda mengarang sepatah dua kata buat kanda. 176 00:17:54,650 --> 00:17:55,900 Terima kasih. 177 00:17:56,490 --> 00:17:59,700 Kita akan baca. 178 00:18:00,370 --> 00:18:01,570 Yakah? 179 00:18:02,490 --> 00:18:06,160 Oh, ya. Ahli nujum akan memilih tarikh yang sesuai untuk kita. 180 00:18:06,750 --> 00:18:09,330 Dinda tertanya-tanya jika kanda sudah maklum. 181 00:18:13,250 --> 00:18:14,460 Begitu. 182 00:18:21,180 --> 00:18:22,100 HARI KE-23 BULAN 12 183 00:18:30,600 --> 00:18:33,860 Ada khabar angin mengatakan tarikh yang kamu pilih 184 00:18:34,520 --> 00:18:36,730 bukan berdasarkan ramalan, 185 00:18:36,820 --> 00:18:38,530 tapi mengikut arahan Datuk Bendahara. 186 00:18:40,700 --> 00:18:42,160 Itu tak benar. 187 00:18:42,240 --> 00:18:45,160 Setiap hari Datuk Bendahara bertanya kepada kami 188 00:18:45,240 --> 00:18:49,210 kerana kami masih tak temui tarikh yang sesuai untuk hari penyatuan. 189 00:18:49,290 --> 00:18:51,120 Apa patut patik lakukan? 190 00:18:51,210 --> 00:18:54,040 Kami juga tersepit di tengah-tengah. 191 00:18:55,710 --> 00:18:57,170 Bagaimana dengan ini? 192 00:18:58,420 --> 00:18:59,670 Bagaimana… 193 00:19:00,260 --> 00:19:03,010 Aduhai. Mari lihat jumlah di dalamnya. 194 00:19:03,090 --> 00:19:07,060 Jadi, kamu terima wang ini sebagai bayaran untuk jamuan makanan? 195 00:19:07,140 --> 00:19:11,190 - Aduhai. - Jangan apa-apakan hamba! 196 00:19:11,270 --> 00:19:12,770 Jangan apa-apakan hamba. 197 00:19:13,610 --> 00:19:14,730 Hamba merayu. 198 00:19:16,150 --> 00:19:18,570 Aduhai, usah begini. 199 00:19:19,240 --> 00:19:20,950 Kami takkan apa-apakan kamu. 200 00:19:21,570 --> 00:19:25,450 Paduka Raja sibuk dengan urusan negara, jadi tangguhkan penyatuan buat seketika. 201 00:19:25,530 --> 00:19:27,740 Beta datang untuk beritahu itu saja. 202 00:19:34,420 --> 00:19:38,380 Tapi sekiranya patik masih belum tentukan tarikh, 203 00:19:38,460 --> 00:19:40,970 patik yakin Datuk Bendahara pasti akan 204 00:19:41,800 --> 00:19:43,510 bunuh patik… 205 00:19:43,590 --> 00:19:48,560 Ikutkan kami, kamu akan bertemu ajal sebelum berjumpa Datuk Bendahara. 206 00:19:50,480 --> 00:19:53,060 Tapi menurut Paduka Putera, hamba takkan diapa-apakan. 207 00:19:53,980 --> 00:19:58,360 - Nampaknya, Sida-sida Hong tak setuju. - Dia tak setuju? 208 00:19:58,440 --> 00:19:59,820 Ya, hamba tak setuju. 209 00:19:59,900 --> 00:20:01,190 Tiada kayu di sini? 210 00:20:01,280 --> 00:20:04,070 Tunggu! Kalau begitu… 211 00:20:04,160 --> 00:20:07,950 Biar patik bawa tarikh ini pulang… 212 00:20:08,030 --> 00:20:09,490 Ampunkan patik! 213 00:20:09,580 --> 00:20:10,620 Kamu! 214 00:20:16,330 --> 00:20:18,960 Aduhai. Datuk Bendahara! 215 00:20:21,170 --> 00:20:23,130 Kamu ahli nujum diraja. 216 00:20:23,720 --> 00:20:25,890 Beritahu hamba, adakah tarikh sudah ditetapkan? 217 00:20:25,970 --> 00:20:28,760 Datuk, tentang itu… 218 00:20:33,270 --> 00:20:35,440 Tenaga langit kurang baik bulan ini 219 00:20:35,520 --> 00:20:38,150 dan mengganggu keharmonian yin dan yang. 220 00:20:38,230 --> 00:20:40,980 Jadi, sukar untuk hamba tentukan… 221 00:20:41,070 --> 00:20:43,240 Hamba tak peduli tentang itu. 222 00:20:44,530 --> 00:20:46,780 Tetapkan tarikh dan bawa kepada hamba hari ini. 223 00:20:47,620 --> 00:20:48,910 Baiklah. 224 00:20:58,960 --> 00:21:00,880 Kamu. Mari sini. 225 00:21:06,050 --> 00:21:09,390 Penghulu Hal Ehwal Dalam Negeri Cho yang bersubahat dengan 226 00:21:09,470 --> 00:21:12,020 bekas Datuk Bendahara telah dibuang negeri. 227 00:21:12,100 --> 00:21:14,980 Maka, pelantikan baru perlu dilaksanakan. 228 00:21:15,810 --> 00:21:17,060 Dibuang negeri? 229 00:21:19,520 --> 00:21:22,280 Keputusan ini dilaksanakan sepertimana yang telah 230 00:21:22,940 --> 00:21:24,650 Tuanku titahkan kepada patik. 231 00:21:29,530 --> 00:21:30,910 Begitu. 232 00:21:32,330 --> 00:21:33,410 Baiklah. 233 00:21:34,410 --> 00:21:37,790 Tuanku, memandangkan musim tengkujuh yang berlarutan, 234 00:21:37,870 --> 00:21:40,790 tanah di keliling kamar uri dilaporkan kurang kukuh 235 00:21:40,880 --> 00:21:42,670 dan mencetuskan kerisauan. 236 00:21:43,300 --> 00:21:47,260 Patik mencadangkan ada eloknya kamar itu dipindahkan ke tempat baru. 237 00:21:47,340 --> 00:21:51,300 Beta tak pasti jika ada yang sanggup melaksanakan tugas berat ini. 238 00:21:51,390 --> 00:21:54,930 Izinkan patik untuk mengesyorkan Paduka Putera Wonsan. 239 00:21:57,440 --> 00:22:01,230 Tapi tugas ini memerlukan perancangan jangka panjang, 240 00:22:01,310 --> 00:22:03,320 jadi eloklah jika pegawai wilayah… 241 00:22:03,400 --> 00:22:05,230 Ini hal ehwal kerabat diraja. 242 00:22:05,320 --> 00:22:06,940 Bersesuaianlah sekiranya 243 00:22:07,030 --> 00:22:09,820 ia diuruskan oleh seorang kerabat diraja. 244 00:22:20,630 --> 00:22:22,540 Patik menjunjung titah, 245 00:22:23,500 --> 00:22:24,670 Tuanku. 246 00:22:48,190 --> 00:22:50,030 Tuanku tersinggung? 247 00:22:53,780 --> 00:22:55,740 Kerana kesuntukan masa, 248 00:22:55,830 --> 00:22:58,370 patik terpaksa membuat keputusan segera 249 00:22:58,450 --> 00:23:00,540 tanpa memaklumkan Tuanku. 250 00:23:02,040 --> 00:23:03,080 Ya. 251 00:23:04,290 --> 00:23:05,880 Baguslah. 252 00:23:08,010 --> 00:23:13,050 Tuanku tak perlu bebankan diri dengan urusan sulit 253 00:23:13,140 --> 00:23:17,180 dan semoga Tuanku dan Paduka Permaisuri dikurniakan cahaya mata dengan segera. 254 00:23:18,060 --> 00:23:21,980 Sebesar mana jua sebatang pohon, jika ia tiada berbuah, 255 00:23:22,560 --> 00:23:26,070 ia tetap akan ditebang dan diganti dengan pohon baru. 256 00:23:26,690 --> 00:23:28,820 Itulah fitrah di istana. 257 00:23:30,570 --> 00:23:33,410 Demi mendiang ayahanda Tuanku, 258 00:23:34,530 --> 00:23:36,580 mohon diperkukuhkan kedudukan Tuanku. 259 00:23:40,450 --> 00:23:42,250 Kita akan ingat, 260 00:23:44,130 --> 00:23:45,380 datuk. 261 00:23:49,010 --> 00:23:50,010 KANDA… 262 00:23:51,300 --> 00:23:52,720 Tarikhnya dah ditetapkan? 263 00:23:52,800 --> 00:23:54,010 Tuanku. 264 00:24:05,400 --> 00:24:07,230 Beta sedang menulis puisi. 265 00:24:08,150 --> 00:24:11,280 Beta dengar baginda gemar membaca puisi. 266 00:24:18,910 --> 00:24:20,910 Itukah tarikh penyatuan beta? 267 00:24:22,910 --> 00:24:24,000 Tuanku. 268 00:24:29,880 --> 00:24:31,340 Ini diutuskan… 269 00:24:33,260 --> 00:24:35,260 oleh ahli nujum diraja. 270 00:24:52,740 --> 00:24:53,820 Hari ini? 271 00:24:56,030 --> 00:24:57,870 - Awalnya? - Tuanku. 272 00:24:58,450 --> 00:24:59,280 Aduhai. 273 00:24:59,370 --> 00:25:03,040 Aduhai. Apa patut beta lakukan? 274 00:25:03,120 --> 00:25:05,330 Aduhai, Dayang Kim. 275 00:25:07,710 --> 00:25:10,710 GANGNYEONGJEON 276 00:25:15,050 --> 00:25:18,340 Benarkah Tuanku berkenan meneruskannya? 277 00:25:18,930 --> 00:25:23,930 Bagaimana jika umumkan saja yang Tuanku gering? 278 00:25:24,020 --> 00:25:25,940 Alasan itu pernah digunakan. 279 00:25:26,020 --> 00:25:28,310 Kali ini, patik akan buat sesuatu. 280 00:25:28,980 --> 00:25:31,940 Patik akan nyalakan api di gudang kosong. 281 00:25:32,020 --> 00:25:33,860 Ia akan timbulkan kekecohan dan… 282 00:25:33,940 --> 00:25:35,440 Sudah. 283 00:25:36,360 --> 00:25:38,240 Beta akan ke sana. 284 00:25:39,530 --> 00:25:41,120 Mari. 285 00:25:41,200 --> 00:25:43,040 - Tuanku. - Tuanku. 286 00:25:43,120 --> 00:25:45,620 Apa rancangan Tuanku? 287 00:25:49,040 --> 00:25:53,090 Mungkin kerana malam ini malam penyatuan, tapi seluruh istana sunyi sepi. 288 00:25:53,170 --> 00:25:55,550 Betul. Sungguh sunyi. 289 00:26:06,020 --> 00:26:07,440 Kamu ingin pulang? 290 00:26:08,020 --> 00:26:09,350 Tuanku. 291 00:26:09,940 --> 00:26:12,190 Tentu Tuanku menuju ke kamar Paduka Permaisuri. 292 00:26:15,690 --> 00:26:17,700 Ya. Pulanglah. 293 00:26:50,850 --> 00:26:53,310 Tuanku perlukan sesuatu? 294 00:27:22,590 --> 00:27:24,100 Maafkan dinda. 295 00:27:24,180 --> 00:27:26,600 Dinda terlalu gementar. 296 00:27:28,430 --> 00:27:29,770 Tak mengapa. 297 00:27:31,140 --> 00:27:32,440 Biarkan saja. 298 00:27:42,410 --> 00:27:46,370 Sudah lamakah dinda menantikan hari ini? 299 00:27:47,660 --> 00:27:48,870 Kanda? 300 00:27:50,000 --> 00:27:51,290 Betul juga. 301 00:27:51,790 --> 00:27:55,000 Malam pertama dulu, kita pergi selepas dinda menanggalkan sanggul. 302 00:27:55,080 --> 00:27:57,250 Ini kali pertama kita berdua… 303 00:27:59,090 --> 00:28:00,840 duduk bersama begini. 304 00:28:01,670 --> 00:28:04,590 Satu-satunya impian dinda 305 00:28:04,680 --> 00:28:08,260 adalah untuk melahirkan seorang putera dan membahagiakan Tuanku. 306 00:28:13,060 --> 00:28:18,070 Tapi bukan kerana dinda menyimpan sebarang niat lain. 307 00:28:27,620 --> 00:28:28,830 Maafkan kita. 308 00:28:30,700 --> 00:28:31,660 Kanda? 309 00:28:31,750 --> 00:28:34,540 Kita harap dinda percaya yang kita tak berniat… 310 00:28:38,290 --> 00:28:40,000 untuk menghina dinda. 311 00:28:40,800 --> 00:28:42,260 Kanda. 312 00:28:42,340 --> 00:28:44,930 Kita boleh pergi dari sini sekarang, 313 00:28:45,510 --> 00:28:47,010 tapi kita takkan buat begitu. 314 00:28:47,930 --> 00:28:48,970 Kita juga… 315 00:28:49,680 --> 00:28:53,270 takkan jelaskan sebab kita melakukan perkara 316 00:28:55,270 --> 00:28:56,980 yang boleh menghina dinda. 317 00:28:58,400 --> 00:28:59,570 Juga… 318 00:29:00,690 --> 00:29:03,150 sekiranya perbuatan kita ini menimbulkan 319 00:29:04,610 --> 00:29:06,860 perasaan benci dan amarah… 320 00:29:10,030 --> 00:29:11,870 kita sedia menanggungnya. 321 00:29:14,960 --> 00:29:17,330 Kenapa tiba-tiba saja… 322 00:29:26,050 --> 00:29:27,300 Masuk. 323 00:29:39,980 --> 00:29:41,150 Malam ini… 324 00:29:42,400 --> 00:29:44,440 kita telah bermalam bersama. 325 00:29:45,490 --> 00:29:47,490 Untuk setiap malam seperti malam ini, 326 00:29:48,530 --> 00:29:50,950 kita akan tidur berasingan, sama seperti sekarang. 327 00:29:52,330 --> 00:29:56,460 Perihal ini perlu dirahsiakan. 328 00:29:57,080 --> 00:29:58,790 Jadi, kita harap… 329 00:30:01,210 --> 00:30:02,630 dinda faham. 330 00:30:05,760 --> 00:30:06,880 Kanda. 331 00:30:08,430 --> 00:30:10,340 Apa maksud semua ini? 332 00:31:19,960 --> 00:31:21,750 Boleh ayah masuk? 333 00:31:31,050 --> 00:31:32,590 Ayah belum tidur? 334 00:31:35,350 --> 00:31:37,100 Ayah ingin bertanyakan sesuatu. 335 00:31:38,520 --> 00:31:40,230 Tentu kamu sedar, Paduka Raja 336 00:31:40,850 --> 00:31:42,980 pernah tercedera terkena anak panah. 337 00:31:44,310 --> 00:31:48,110 Tapi tiada sebarang catatan yang mengatakan baginda terima rawatan. 338 00:31:49,490 --> 00:31:53,410 Adakah kamu yang merawat kecederaan baginda? 339 00:31:56,280 --> 00:31:57,240 Tidak. 340 00:31:57,830 --> 00:32:00,620 Kenapa pula baginda perlukan hamba sedangkan ada tabib diraja? 341 00:32:01,250 --> 00:32:04,880 Mungkin kecederaan baginda ringan dan tak memerlukan rawatan. 342 00:32:07,920 --> 00:32:10,590 Yakah? Kalau begitu, baguslah. 343 00:32:12,010 --> 00:32:13,340 Berehatlah. 344 00:32:27,860 --> 00:32:29,570 Ada kesan darah di sini! 345 00:32:42,080 --> 00:32:44,830 GANGNYEONGJEON 346 00:33:00,060 --> 00:33:01,720 Izinkan patik bertanya. 347 00:33:02,390 --> 00:33:07,480 Kenapa Tuanku memutuskan untuk berterus terang dengan Paduka Permaisuri? 348 00:33:07,560 --> 00:33:11,480 Tuanku boleh gunakan alasan lain. 349 00:33:14,900 --> 00:33:16,410 Dia ikhlas 350 00:33:17,360 --> 00:33:19,410 terhadap beta. 351 00:33:20,530 --> 00:33:23,120 Dia melayan beta dengan penuh ikhlas. 352 00:33:24,120 --> 00:33:26,620 Beta tak boleh terus membohongi dia. 353 00:33:28,580 --> 00:33:30,630 Setidaknya, beta tak boleh buat begitu. 354 00:33:32,130 --> 00:33:33,260 Tuanku. 355 00:33:36,840 --> 00:33:40,720 Tuanku, sudah masa untuk bertemu Paduka Bonda. 356 00:34:00,950 --> 00:34:03,740 Ke mana agaknya Kim Ga-on menghilangkan diri? 357 00:34:04,330 --> 00:34:05,660 Kami baru saja rapat. 358 00:34:05,750 --> 00:34:07,710 Walaupun dia agak aneh, 359 00:34:08,210 --> 00:34:10,000 tapi hamba lebih suka dia. 360 00:34:13,880 --> 00:34:15,630 TUTUP 361 00:34:15,710 --> 00:34:18,300 Hamba dengar tuan sida-sida di sini menggantung dirinya. 362 00:34:18,380 --> 00:34:21,600 Aduhai. Dia yang meracuni minuman herba mendiang Paduka Raja. 363 00:34:21,680 --> 00:34:22,640 Racun? 364 00:34:22,720 --> 00:34:26,060 Hamba dengan rumah ini berhantu. Isterinya juga melarikan diri. 365 00:34:26,140 --> 00:34:27,350 - Mari. - Aduhai. 366 00:34:45,490 --> 00:34:48,910 Adakah nenda telah beristirahat dengan tenang? 367 00:34:50,080 --> 00:34:52,500 Nenda diberitahu bahawa semalam malam penyatuan cunda. 368 00:34:53,000 --> 00:34:54,420 Semuanya berjalan lancar? 369 00:35:00,930 --> 00:35:03,260 Nenda buat kita segan. 370 00:35:03,350 --> 00:35:06,810 Mungkin kamu berdua fikir kurang manis untuk nenda bertanya begini. 371 00:35:06,890 --> 00:35:09,560 Tapi nenda cuma sudah tak sabar 372 00:35:09,640 --> 00:35:13,060 untuk menimang cicit nenda dengan segera. 373 00:35:13,150 --> 00:35:14,900 Nenda harap kamu faham. 374 00:35:17,110 --> 00:35:20,240 Oh, ya. Nenda dimaklumkan bahawa 375 00:35:20,320 --> 00:35:23,120 Putera Wonsan dihantar untuk mengalih kamar uri. 376 00:35:25,490 --> 00:35:27,370 Mengenangkan Putera Jehyeon 377 00:35:27,450 --> 00:35:31,420 yang kehilangan ibu dan ayahnya dan hidup berseorangan dalam buangan 378 00:35:33,000 --> 00:35:35,460 membuatkan nenda tiada lena. 379 00:35:36,250 --> 00:35:40,920 Kini, mengenangkan Putera Wonsan juga dihantar ke tempat yang jauh… 380 00:35:43,140 --> 00:35:45,720 jiwa nenda teramatlah gusar. 381 00:35:47,260 --> 00:35:50,020 Kita minta maaf, nenda. 382 00:35:50,100 --> 00:35:55,110 Kenapa Datuk Bendahara begitu nekad ingin menghalau semua kerabat nenda? 383 00:35:56,320 --> 00:35:57,940 Nampaknya, nenda… 384 00:35:59,030 --> 00:36:01,240 dah hidup terlalu lama. 385 00:37:03,670 --> 00:37:04,760 Terima kasih. 386 00:37:21,150 --> 00:37:25,030 Bekalan beras tentera sentiasa dihantar mengikut jumlah yang sepatutnya. 387 00:37:25,110 --> 00:37:26,990 Kenapa Wilayah Hamgil mengadu tak cukup? 388 00:37:28,570 --> 00:37:31,240 Hamba yakin ada pihak yang menyeleweng. 389 00:37:31,330 --> 00:37:34,960 Atau ada pihak yang gunakan kapal untuk kegunaan peribadi, 390 00:37:35,040 --> 00:37:37,330 sebab itu beras yang dibawa berkurangan. 391 00:37:37,830 --> 00:37:39,420 Tentu Penghulu Bendahari. 392 00:37:39,500 --> 00:37:42,670 Tak ramai yang ada kuasa untuk mengawal keluar masuk kapal. 393 00:37:43,260 --> 00:37:44,300 Betul! 394 00:37:45,970 --> 00:37:47,260 Mari sini. 395 00:37:49,930 --> 00:37:51,640 Dia mempunyai 396 00:37:51,720 --> 00:37:53,970 sebuah laci yang begitu disayanginya. 397 00:37:54,060 --> 00:37:56,100 Di situlah dia simpan rahsianya. 398 00:37:56,180 --> 00:37:57,230 Apabila ia dibuka… 399 00:37:58,480 --> 00:38:00,940 Kamu cuba musnahkan hidup hamba? 400 00:38:01,020 --> 00:38:04,150 Jika nak cari masalah, pergilah ke tempat lain. Jangan libatkan hamba. 401 00:38:04,230 --> 00:38:06,700 Kenapa bercerita tentang Penghulu Bendahari di sini? 402 00:38:06,780 --> 00:38:09,570 Datuk dah berubah. Datuk begitu sayangkan nyawa? 403 00:38:12,780 --> 00:38:15,790 Kamu berdua. Eloklah kamu berhati-hati. 404 00:38:15,870 --> 00:38:18,500 Penghulu Bendahari pengikut Datuk Bendahara juga. 405 00:38:18,580 --> 00:38:22,290 Semua pembesar negara memihak kepada dia. 406 00:38:22,960 --> 00:38:26,260 Anggap saja kamu tak nampak atau dengar apa-apa. 407 00:38:27,090 --> 00:38:30,430 Melainkan kamu ada banyak nyawa, tutup mulut kamu. 408 00:38:31,010 --> 00:38:35,060 Kamu berdua masih muda. Jangan sia-siakan masa depan kamu. 409 00:38:39,310 --> 00:38:41,770 Katib Jung, ini perlu dihantar ke arkib. 410 00:38:41,860 --> 00:38:43,690 Pergi hantar segera. 411 00:38:47,940 --> 00:38:48,780 Hamba minta diri. 412 00:39:47,380 --> 00:39:50,050 - Tunggu di sini. - Tuanku. 413 00:40:21,160 --> 00:40:22,250 Tuanku. 414 00:40:26,040 --> 00:40:28,880 Apakah perkembangan di Yeoyeon? 415 00:40:30,130 --> 00:40:34,590 Seperti yang dijangka, dia gunakan kapal untuk pindahkan senjata. 416 00:40:36,510 --> 00:40:38,760 Nampaknya, datuk mempergunakan Penghulu Bendahari. 417 00:40:40,140 --> 00:40:43,560 Baiklah. Beta akan siasat dengan Bendahari. 418 00:40:44,390 --> 00:40:47,270 Mohon Tuanku berwaspada. 419 00:40:47,360 --> 00:40:50,820 Sekiranya sampai ke pengetahuan Datuk Bendahara, Tuanku akan terancam. 420 00:40:52,940 --> 00:40:56,570 Usah khuatir. Dia pasti takkan menyangka semua ini 421 00:40:57,570 --> 00:41:01,450 kerana dia menganggap beta sebagai raja boneka saja. 422 00:41:03,660 --> 00:41:06,960 Mungkin dia masih sembunyikan bala tenteranya di Yeoyeon 423 00:41:07,540 --> 00:41:09,920 bagi memudahkan dia untuk mengambil alih istana. 424 00:41:10,000 --> 00:41:13,220 Jadi, kita perlu dedahkan tentang kewujudan bala tenteranya. 425 00:41:14,420 --> 00:41:16,840 Bukti tentera dan racun yang meracuni ayahanda 426 00:41:17,680 --> 00:41:20,430 pasti akan membantu kita untuk jatuhkan datuk. 427 00:41:21,810 --> 00:41:25,020 Kamu dah temui isteri Sida-sida Cho yang menghilangkan diri itu? 428 00:41:25,100 --> 00:41:28,610 Patik masih mencari, tapi tak lama lagi pasti ada hasil. 429 00:41:30,400 --> 00:41:33,530 Beta yakin dia tahu sesuatu tentang racun itu. 430 00:41:33,610 --> 00:41:35,110 Sebab itu dia larikan diri. 431 00:41:36,700 --> 00:41:38,780 - Cari dia. - Tuanku. 432 00:42:01,970 --> 00:42:04,390 Eloklah Tuanku tunggu sebentar. 433 00:42:06,310 --> 00:42:09,980 Sida-sida Hong, apa tuan buat di sini lewat malam begini? 434 00:42:11,690 --> 00:42:14,990 Cuaca malam ini nyaman, jadi hamba keluar ambil angin. 435 00:42:15,820 --> 00:42:18,410 Seronok berjalan-jalan di sini. 436 00:42:18,490 --> 00:42:21,990 Apa kata kamu sertai hamba dan kita ambil angin bersama? 437 00:42:22,080 --> 00:42:24,370 Kamu juga patut nikmati angin malam. 438 00:42:24,450 --> 00:42:26,120 - Mari. - Tunggu. 439 00:42:26,200 --> 00:42:27,960 - Maaf. - Kami sedang meronda. 440 00:42:28,040 --> 00:42:30,210 Aduhai, apa salahnya ambil angin? 441 00:42:30,290 --> 00:42:32,670 Mari ikut hamba. Ada sesuatu untuk kamu saksikan. 442 00:42:34,380 --> 00:42:36,720 Tentu kamu kepenatan. 443 00:42:36,800 --> 00:42:38,430 Jika kamu ke sini… 444 00:42:45,220 --> 00:42:47,020 Tuanku berbuat perihal bahaya. 445 00:42:48,100 --> 00:42:49,850 Patik dengar 446 00:42:49,940 --> 00:42:52,690 Datuk Bendahara melarang Tuan Yoon ke istana. 447 00:42:55,860 --> 00:42:57,570 Lupakan segala… 448 00:42:59,400 --> 00:43:01,110 yang kamu dengar tadi. 449 00:43:03,200 --> 00:43:04,450 Perlukah patik… 450 00:43:07,080 --> 00:43:08,540 lupakan riak wajah Tuanku juga? 451 00:43:15,800 --> 00:43:17,210 Patik akan iringi Tuanku. 452 00:43:18,590 --> 00:43:19,920 Ini kali terakhir… 453 00:43:22,010 --> 00:43:23,680 patik merawat kecederaan Tuanku. 454 00:43:45,990 --> 00:43:50,160 Kamu tak sepatutnya berada di kota. Apa kamu buat di sini? 455 00:43:53,500 --> 00:43:54,830 Kamu pula? 456 00:43:56,170 --> 00:43:58,170 Tak sangka kamu masih datang ke sini. 457 00:44:07,140 --> 00:44:10,890 Hamba dengar, Datuk Bendahara mengawal semua laporan 458 00:44:11,850 --> 00:44:13,310 dari setiap wilayah. 459 00:44:14,480 --> 00:44:16,560 Sesiapa yang menentangnya akan disingkir 460 00:44:16,650 --> 00:44:18,820 dan cendekiawan juga tak diberi muka. 461 00:44:18,900 --> 00:44:21,240 Sejauh manakah rancangan dia? 462 00:44:21,320 --> 00:44:24,820 Hamba tak tahu. Kenapa kamu tanya hamba? 463 00:44:27,950 --> 00:44:31,620 Satu masa dulu, kamu pernah beritahu hamba. 464 00:44:32,620 --> 00:44:34,000 Jauhi perkara 465 00:44:35,380 --> 00:44:37,340 yang akan buat kita kesal di kemudian hari. 466 00:44:38,920 --> 00:44:40,000 Beritahulah hamba. 467 00:44:42,380 --> 00:44:44,430 Pernahkah kamu kesali keputusan kamu? 468 00:44:46,340 --> 00:44:50,560 Keputusan kamu untuk memihak kepada Datuk Bendahara. 469 00:44:53,350 --> 00:44:55,150 Hamba tak pernah… 470 00:44:56,600 --> 00:44:58,610 diberi peluang untuk memilih. 471 00:45:00,400 --> 00:45:02,570 Kamu yang diberi peluang begitu. 472 00:45:07,200 --> 00:45:09,200 Pilihan itu milik orang seperti kamu, 473 00:45:10,790 --> 00:45:13,330 golongan yang lahir dari keluarga bangsawan. 474 00:45:13,830 --> 00:45:16,080 Inilah jalan yang ditetapkan untuk hamba. 475 00:45:17,210 --> 00:45:18,960 Di sinilah hamba. 476 00:45:21,210 --> 00:45:23,510 Walaupun masa diputar, 477 00:45:23,590 --> 00:45:25,680 sekiranya ini saja jalan buat hamba, 478 00:45:26,890 --> 00:45:28,390 hamba tetap berada di sini. 479 00:45:35,310 --> 00:45:37,650 Mengenangkan kita bersahabat, pergilah. 480 00:45:37,730 --> 00:45:41,070 Tapi sekali ini saja dan lain kali, hamba takkan berdiam diri. 481 00:46:30,110 --> 00:46:33,030 Mujurlah ia takkan meninggalkan parut. 482 00:46:33,990 --> 00:46:38,210 Tapi eloklah ia terus disapu ubat sehingga sembuh sepenuhnya. 483 00:46:41,040 --> 00:46:42,210 Baiklah. 484 00:47:10,610 --> 00:47:11,780 Semoga Tuanku takkan… 485 00:47:14,700 --> 00:47:15,660 cedera lagi. 486 00:47:38,270 --> 00:47:41,190 Terima kasih banyak-banyak. 487 00:47:43,150 --> 00:47:44,520 Tak mengapa. 488 00:47:45,770 --> 00:47:49,740 Tapi tolong periksa kecederaan baginda setiap tiga empat hari. 489 00:48:12,720 --> 00:48:15,260 - Ji-un. - Hyun. 490 00:48:23,270 --> 00:48:24,770 Mari kita berbual. 491 00:48:30,440 --> 00:48:34,740 Sudah lama rasanya kita tak duduk minum bersama. 492 00:48:37,450 --> 00:48:38,280 Betul. 493 00:48:50,340 --> 00:48:53,010 Hamba tahu kamu minta bantuan ayah kamu dan kembali ke sini 494 00:48:53,090 --> 00:48:54,840 demi baginda. 495 00:48:56,970 --> 00:48:59,810 Hamba berasa lega kamu merawat kecederaan baginda. 496 00:49:00,390 --> 00:49:03,980 Kerana kamu satu-satunya orang yang boleh hamba percayai. 497 00:49:08,900 --> 00:49:12,740 Selama ini, kamu tahu tentang baginda? 498 00:49:28,000 --> 00:49:30,000 Kamu tahu hamba bertepuk sebelah tangan. 499 00:49:30,880 --> 00:49:32,510 Kamu pernah tanya siapa dan sebab 500 00:49:33,130 --> 00:49:34,420 hamba memendam perasaan. 501 00:49:38,340 --> 00:49:39,680 Orang itu ialah baginda. 502 00:49:42,640 --> 00:49:45,770 Dialah yang mengajar hamba tentang erti cinta yang terlarang. 503 00:49:46,890 --> 00:49:50,400 Hamba terpaksa memendam perasaan dan sentiasa bimbang 504 00:49:50,480 --> 00:49:52,110 jika ada yang perasan. 505 00:49:53,690 --> 00:49:57,910 Juga, hamba tak dapat mendekatinya walaupun itulah yang hamba inginkan. 506 00:49:57,990 --> 00:49:59,070 Kerana ia… 507 00:50:00,830 --> 00:50:02,540 boleh mengancam diri baginda. 508 00:50:05,410 --> 00:50:07,170 Ini cuma perasaan hamba. 509 00:50:09,170 --> 00:50:10,500 Tapi buat baginda… 510 00:50:11,670 --> 00:50:13,420 perasaan hamba itu boleh melukakannya. 511 00:50:18,300 --> 00:50:21,890 Itulah sebabnya hamba merahsiakan perkara ini 512 00:50:22,680 --> 00:50:24,020 tanpa pengetahuan keluarga 513 00:50:24,890 --> 00:50:26,390 dan termasuklah 514 00:50:27,520 --> 00:50:28,850 sahabat hamba, kamu. 515 00:50:30,520 --> 00:50:33,190 - Hyun. - Itu padahnya untuk mencintai seseorang 516 00:50:33,980 --> 00:50:35,320 yang tak sepatutnya. 517 00:50:36,530 --> 00:50:37,570 Jadi… 518 00:50:38,240 --> 00:50:41,990 sekiranya kamu turut menaruh hati kepada orang yang sama, 519 00:50:42,740 --> 00:50:44,080 hamba harap 520 00:50:45,080 --> 00:50:47,120 kamu hentikannya sebelum kamu terluka. 521 00:50:58,590 --> 00:51:02,930 Sekiranya kamu satu-satunya orang yang hamba percaya dengan sepenuhnya, 522 00:51:03,970 --> 00:51:06,850 demi baginda pula, hamba sanggup korbankan nyawa hamba. 523 00:51:07,560 --> 00:51:08,940 Jika sesuatu menimpa baginda, 524 00:51:10,140 --> 00:51:12,190 hamba takkan dapat hadapinya. 525 00:52:20,050 --> 00:52:22,470 Hamba juga seperti kamu, Hyun. 526 00:52:24,510 --> 00:52:28,640 Baginda ialah segala-galanya buat hamba sekarang. 527 00:52:46,160 --> 00:52:48,990 Sudahkah kapal ke Wilayah Hamgil berlepas? 528 00:52:49,080 --> 00:52:50,410 Ya. 529 00:52:50,490 --> 00:52:53,540 Semua kelengkapan yang datuk arahkan telah dihantar ke sana. 530 00:53:02,380 --> 00:53:07,470 Seperti yang dijangka, dia gunakan kapal untuk pindahkan senjata. 531 00:53:10,930 --> 00:53:13,060 CATATAN HARIAN KAPAL 532 00:53:15,230 --> 00:53:16,600 Apa ini? 533 00:53:17,900 --> 00:53:19,980 Itu adalah… 534 00:53:20,070 --> 00:53:21,360 CATATAN HARIAN KAPAL 535 00:53:21,440 --> 00:53:22,690 Ini… 536 00:53:29,740 --> 00:53:32,750 Ini catatan harian kapal-kapal yang membawa bekalan beras tentera. 537 00:53:34,160 --> 00:53:35,750 Kenapa ia ada pada kamu? 538 00:53:35,830 --> 00:53:38,750 Kapal yang keluar dan masuk dari Wilayah Hamgil 539 00:53:38,830 --> 00:53:40,460 didapati tak menentu. 540 00:53:41,050 --> 00:53:43,340 Patik dapati terdapat perbezaan besar 541 00:53:43,420 --> 00:53:46,050 antara jumlah beras dalam catatan dan rekod rasmi. 542 00:53:51,100 --> 00:53:54,640 Sebagai salah seorang bekas guru Tuanku, 543 00:53:54,730 --> 00:53:58,150 patik berpendapat eloklah Tuanku dimaklumkan perihal ini. 544 00:54:05,400 --> 00:54:08,610 Izinkan patik meminta diri, Tuanku. 545 00:54:32,050 --> 00:54:33,220 Kamu dah serahkannya? 546 00:54:33,310 --> 00:54:34,310 Aduhai. 547 00:54:35,730 --> 00:54:38,810 Boleh kamu dengar? Jantung hamba berdegup kencang. 548 00:54:38,890 --> 00:54:41,690 Sejak dulu lagi, baginda sentiasa menakutkan hamba. 549 00:54:41,770 --> 00:54:43,360 Tapi kamu suruh hamba buat begini? 550 00:55:00,120 --> 00:55:02,380 Kamu tak takut mati? 551 00:55:02,460 --> 00:55:04,210 Ingatkan kamu dah berubah. 552 00:55:04,300 --> 00:55:06,880 Sebab itu hamba bercerita tentang penyelewengan itu. 553 00:55:06,960 --> 00:55:10,510 Kenapa kamu begitu berani mencuri catatan itu? 554 00:55:11,180 --> 00:55:14,930 Tiada apa akan menimpa hamba, bukan? 555 00:55:15,010 --> 00:55:16,470 Usah bimbang. 556 00:55:16,970 --> 00:55:19,850 Baginda akan uruskan hal ini. 557 00:55:19,940 --> 00:55:21,850 Jika ia begitu penting buat baginda, 558 00:55:21,940 --> 00:55:24,360 kenapa kamu tak menghadap baginda sendiri? 559 00:55:25,270 --> 00:55:28,570 Hamba telah berjanji dengan baginda. 560 00:55:29,700 --> 00:55:32,740 Tolong rahsiakan hal ini. 561 00:55:36,830 --> 00:55:38,620 CATATAN HARIAN KAPAL 562 00:56:04,110 --> 00:56:07,940 Ada apa tuan ke sini lewat begini? 563 00:56:08,480 --> 00:56:10,070 Suatu masa dahulu, 564 00:56:10,610 --> 00:56:13,030 hamba pernah dengar tentang satu kaedah 565 00:56:13,780 --> 00:56:16,240 untuk menyekat pernafasan buat seketika. 566 00:56:19,040 --> 00:56:21,080 Adakah kaedah itu benar-benar wujud? 567 00:56:21,160 --> 00:56:22,210 Apa? 568 00:56:30,670 --> 00:56:34,390 Patik telah serahkan catatan itu kepada Tuan Yoon. 569 00:56:36,220 --> 00:56:37,850 Bagus. 570 00:56:37,930 --> 00:56:41,480 Tapi kenapa Tuanku kelihatan sugul dari tadi? 571 00:56:41,560 --> 00:56:43,640 Ada sesuatu yang mengganggu Tuanku? 572 00:56:45,060 --> 00:56:46,110 Tidak. 573 00:56:46,900 --> 00:56:50,150 Fikiran beta bercelaru. Beta ingin bersiar-siar sebentar. 574 00:56:51,570 --> 00:56:53,990 Tuanku berkenan ke tempat biasa? 575 00:56:56,200 --> 00:56:58,620 Beta tenang di sana kerana tempat itu sunyi. 576 00:56:59,740 --> 00:57:01,660 Tapi bahaya kerana tempat itu gelap. 577 00:57:08,380 --> 00:57:09,500 Aduhai. 578 00:57:16,140 --> 00:57:19,010 Siapa yang pasang semua lantera ini? 579 00:57:19,850 --> 00:57:20,970 Aduhai. 580 00:57:23,600 --> 00:57:26,190 Aduhai. Siapa agaknya… 581 00:57:31,530 --> 00:57:32,610 Aduhai. 582 00:57:34,150 --> 00:57:35,150 Tengoklah ini… 583 00:58:26,460 --> 00:58:27,410 Tuanku. 584 00:58:46,520 --> 00:58:50,100 Kenapa kamu nyalakan lantera di sini? 585 00:58:52,900 --> 00:58:55,440 Patik tak mahu Tuanku tersadung dalam gelap. 586 00:58:56,650 --> 00:58:58,200 Tuanku sentiasa 587 00:58:59,200 --> 00:59:01,160 memilih jalan yang berbahaya. 588 00:59:02,830 --> 00:59:05,120 Patik ingin membantu setakat yang mampu. 589 00:59:35,190 --> 00:59:36,780 Kecederaan beta… 590 00:59:41,200 --> 00:59:42,870 sudah sembuh. 591 00:59:45,660 --> 00:59:46,910 Begitu. 592 00:59:52,290 --> 00:59:53,420 Jadi, ia sudah sembuh. 593 01:00:10,560 --> 01:00:14,610 Hamba tak pasti, tapi hamba pernah dengar nadi boleh dihentikan buat sementara 594 01:00:15,190 --> 01:00:19,280 dengan menyekat pembuluh darah di belakang leher. 595 01:00:36,960 --> 01:00:38,460 Jika sudi… 596 01:00:42,930 --> 01:00:45,260 kamu tak perlu tinggalkan istana sekarang. 597 01:00:47,220 --> 01:00:49,350 Sekiranya kamu tak keberatan… 598 01:00:52,350 --> 01:00:53,690 beta teringin… 599 01:00:57,650 --> 01:01:00,610 bersama dengan kamu buat seketika lagi. 600 01:01:17,630 --> 01:01:19,000 Patik menantikan 601 01:01:20,380 --> 01:01:21,510 kata-kata itu. 602 01:01:25,470 --> 01:01:26,800 Walaupun bukan sekarang… 603 01:01:41,440 --> 01:01:42,570 patik… 604 01:01:44,570 --> 01:01:45,860 tetap akan nantikannya. 605 01:01:49,120 --> 01:01:50,410 Walaupun untuk selamanya. 606 01:03:11,800 --> 01:03:40,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 607 01:03:40,020 --> 01:03:42,810 Kanda sememangnya segak. 608 01:03:42,900 --> 01:03:44,730 Tuanku nampak lesu. 609 01:03:44,820 --> 01:03:47,400 Adakah kamu sebenarnya cemburu? 610 01:03:47,480 --> 01:03:50,240 Tuanku sudah berjanji yang Tuanku takkan murka. 611 01:03:50,320 --> 01:03:51,570 Namanya Dam-i? 612 01:03:51,660 --> 01:03:53,370 Sejak pulang, ada kamu jumpa dia? 613 01:03:53,450 --> 01:03:56,830 Patiklah pembunuh yang menyerang Tuanku ketika acara berburu. 614 01:03:56,910 --> 01:03:58,750 Apa yang kamu telah saksikan? 615 01:03:58,830 --> 01:04:01,120 Perlukah kita buat begitu? 616 01:04:01,210 --> 01:04:05,170 Sebab itulah kita tak boleh beri ruang walaupun untuk satu kesilapan. 617 01:04:09,340 --> 01:04:11,430 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali