1
00:00:00,000 --> 00:00:07,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
2
00:00:23,350 --> 00:00:28,110
SURAT PELETAKAN JAWATAN
3
00:00:28,190 --> 00:00:30,150
Patik doakan Tuanku sentiasa sihat.
4
00:00:32,320 --> 00:00:33,610
Serta tak kesunyian.
5
00:00:57,050 --> 00:01:00,010
SURAT PELETAKAN JAWATAN
6
00:01:48,890 --> 00:01:49,900
Tuan Jung!
7
00:01:58,740 --> 00:02:02,240
Benarkah kamu ingin meninggalkan kota?
8
00:02:03,910 --> 00:02:07,120
Ya. Begitulah nampaknya.
9
00:02:07,200 --> 00:02:09,420
Sampai hati kamu buat begini.
10
00:02:10,370 --> 00:02:13,630
Puas hamba suarakan hasrat
untuk terus bertemu dengan kamu,
11
00:02:14,420 --> 00:02:16,050
tapi kamu langsung tak peduli.
12
00:02:18,090 --> 00:02:19,300
Cik…
13
00:02:23,010 --> 00:02:23,970
Tolong jangan pergi.
14
00:02:28,480 --> 00:02:31,020
Perasaan hamba
terhadap kamu baru berputik.
15
00:02:32,230 --> 00:02:34,650
Hamba baru sedar akan
perasaan hamba terhadap kamu.
16
00:02:35,820 --> 00:02:38,360
Tapi kini kamu ingin pergi begitu saja?
17
00:02:48,000 --> 00:02:48,870
Maafkan hamba…
18
00:02:51,920 --> 00:02:52,920
kerana cuai…
19
00:02:55,500 --> 00:02:56,750
terhadap perasaan kamu.
20
00:03:10,480 --> 00:03:12,270
Hamba gembira
21
00:03:13,350 --> 00:03:14,610
diberi peluang…
22
00:03:17,190 --> 00:03:18,230
untuk mengenali kamu.
23
00:03:55,190 --> 00:03:56,440
Benarkah?
24
00:03:56,520 --> 00:04:00,230
Sungguh. Melihat mereka
membuatkan kita teramat terharu.
25
00:04:01,240 --> 00:04:03,400
Berani sungguh.
26
00:04:03,990 --> 00:04:06,070
Calon Raja Puan Muda
27
00:04:06,160 --> 00:04:08,530
menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
28
00:04:10,540 --> 00:04:15,460
Kita pasti pakcik tak berniat
untuk berkongsi tentang perihal ini
29
00:04:15,540 --> 00:04:17,500
dengan kita seorang saja.
30
00:04:19,630 --> 00:04:22,510
Tunggu. Apa maksud kamu?
31
00:04:22,590 --> 00:04:25,380
Paduka Raja merancang untuk
bekerjasama dengan Datuk Shin
32
00:04:25,470 --> 00:04:27,640
bagi mengawal kuasa Datuk Han.
33
00:04:27,720 --> 00:04:32,470
Kita dengar Paduka Raja Muda
telah pun bertemu dengan anak Datuk Shin.
34
00:04:35,270 --> 00:04:36,190
Jadi…
35
00:04:36,770 --> 00:04:39,610
Maksud kamu,
anak Datuk Shin sudah pun dipilih sebagai
36
00:04:40,150 --> 00:04:41,440
bakal Raja Puan Muda?
37
00:04:41,530 --> 00:04:45,240
Sama ada ia jadi nyata atau sebaliknya,
bergantung kepada pakcik.
38
00:04:48,820 --> 00:04:52,830
Datuk Han berhasrat menjadikan
anak Datuk No sebagai Raja Puan Muda.
39
00:04:54,500 --> 00:04:56,790
Kita yakin dia berminat
dengan perihal ini.
40
00:04:57,790 --> 00:04:59,210
Tak begitu?
41
00:05:01,750 --> 00:05:02,590
Aduhai.
42
00:05:05,380 --> 00:05:06,470
Maksud Tuanku,
43
00:05:06,970 --> 00:05:11,850
anak Datuk Shin menaruh perasaan
terhadap teruna lain?
44
00:05:11,930 --> 00:05:15,350
Benar. Jika Datuk mahu,
45
00:05:15,430 --> 00:05:18,940
beta boleh adukan perihal ini
kepada Paduka Bonda.
46
00:05:20,190 --> 00:05:22,570
Beta juga boleh bawakan saksi.
47
00:05:35,700 --> 00:05:38,040
Apa pulangannya?
48
00:05:38,120 --> 00:05:39,120
Datuk?
49
00:05:40,460 --> 00:05:42,500
Pulangan?
50
00:05:42,590 --> 00:05:45,050
Sekiranya perkara ini berjalan lancar,
51
00:05:45,630 --> 00:05:49,680
patik akan balas ihsan Tuanku
dengan pulangan yang lumayan.
52
00:06:02,980 --> 00:06:05,730
Ini berkenaan bakal permaisuri negara ini.
53
00:06:06,320 --> 00:06:07,360
Bukan saja
54
00:06:07,440 --> 00:06:11,240
dia menaruh perasaan terhadap lelaki lain,
tapi guru Paduka Raja Muda?
55
00:06:12,990 --> 00:06:16,700
Sebelum perihal ini dibesarkan,
ada eloknya anakanda titahkan
56
00:06:17,200 --> 00:06:20,750
agar nama anak Datuk Shin
dikeluarkan daripada senarai calon.
57
00:06:24,250 --> 00:06:26,630
Itu saja tak memadai, Tuanku.
58
00:06:31,300 --> 00:06:34,010
Seperti yang Tuanku nyatakan,
59
00:06:34,930 --> 00:06:38,350
Datuk Shin telah menghina kerabat diraja.
60
00:06:38,430 --> 00:06:41,770
Datuk Shin dan pacal didiknya telah
mencemarkan kemuliaan upacara ini,
61
00:06:42,480 --> 00:06:46,360
hukuman untuk menyingkirkan
pacal didiknya saja tak mencukupi.
62
00:06:46,440 --> 00:06:48,570
Dengan penyingkiran anak Datuk Shin,
63
00:06:48,650 --> 00:06:52,280
Datuk boleh memilih sesiapa saja
untuk menjadi Raja Puan Muda.
64
00:06:52,360 --> 00:06:54,030
Apa lagi yang Datuk hajatkan?
65
00:06:54,120 --> 00:06:57,660
Datuk Shin menyembunyikan rahsia
dan mengesyorkan pacal didiknya.
66
00:06:57,740 --> 00:07:02,670
Sudah tentu Datuk Shin juga perlu
menanggung kesalahan kerana bersekongkol.
67
00:07:11,970 --> 00:07:13,340
RAYUAN
68
00:07:13,430 --> 00:07:16,890
Patik yang tak mengendahkan
permintaan pacal didik patik
69
00:07:16,970 --> 00:07:19,060
yang meminta agar dirinya
70
00:07:19,890 --> 00:07:22,230
dikecualikan daripada
pemilihan diraja ini.
71
00:07:22,310 --> 00:07:26,320
Sesungguhnya patik telah gagal
menjadi bapa yang baik
72
00:07:27,440 --> 00:07:30,570
kerana gagal memahami
perasaan pacal didiknya.
73
00:07:33,110 --> 00:07:35,910
Kamu tak bersalah.
74
00:07:36,490 --> 00:07:40,450
Ketamakan beta telah mengakibatkan
beta kehilangan seorang hamba yang setia.
75
00:07:41,540 --> 00:07:43,370
Beta yang layak…
76
00:07:44,420 --> 00:07:46,290
dipersalahkan.
77
00:07:48,420 --> 00:07:50,090
Kesalahan ini terlalu berat
78
00:07:50,670 --> 00:07:52,510
untuk patik tebus daripada Tuanku,
79
00:07:53,680 --> 00:07:56,390
Paduka Raja Muda
dan juga para pembesar lain.
80
00:08:14,700 --> 00:08:17,490
Patik yang tak mengendahkan
permintaan pacal didik patik
81
00:08:17,570 --> 00:08:20,200
yang meminta agar dirinya
82
00:08:20,290 --> 00:08:22,500
dikecualikan daripada
pemilihan diraja ini.
83
00:08:23,000 --> 00:08:26,500
Sesungguhnya patik telah gagal
menjadi bapa yang baik
84
00:08:27,080 --> 00:08:30,050
kerana gagal memahami
perasaan pacal didiknya.
85
00:08:31,510 --> 00:08:33,760
Apa kesalahan patik?
86
00:08:33,840 --> 00:08:35,930
- Jalan!
- Tolong lepaskan patik.
87
00:08:36,010 --> 00:08:40,010
Patik perlu pergi segera.
Cik So-eun sedang menunggu.
88
00:08:40,100 --> 00:08:42,100
Kamu ini…
89
00:08:42,680 --> 00:08:46,440
Kamu boleh jerit sepuas hati kamu,
tapi tiada siapa boleh bantu kamu.
90
00:08:46,520 --> 00:08:48,110
Tuan kamu dah dipecat.
91
00:08:48,190 --> 00:08:50,820
Siapa yang akan bantu kamu sekarang?
92
00:08:50,900 --> 00:08:52,480
Jalan!
93
00:08:52,570 --> 00:08:54,240
Jalan cepat.
94
00:08:58,530 --> 00:08:59,370
Kamu siapa?
95
00:08:59,450 --> 00:09:01,830
Apa kamu buat tercegat di sini?
96
00:09:01,910 --> 00:09:03,080
Ke tepi.
97
00:09:05,790 --> 00:09:09,130
pakcik tak segan berkelakuan buruk
di depan khalayak ramai?
98
00:09:09,210 --> 00:09:10,040
Aduhai.
99
00:09:12,710 --> 00:09:14,880
Nampaknya, Tuanku sangat lapang.
100
00:09:14,970 --> 00:09:17,470
Kita fikir Tuanku sibuk
dengan pemilihan diraja.
101
00:09:17,550 --> 00:09:20,100
pakcik patut
diperintahkan berkurung lebih lama.
102
00:09:20,680 --> 00:09:22,390
Jika itu yang pakcik hajatkan,
103
00:09:22,470 --> 00:09:25,560
kita boleh pastikan pakcik
takkan dapat jejakkan kaki ke luar lagi.
104
00:09:27,770 --> 00:09:29,560
Kita dah puas berehat.
105
00:09:29,650 --> 00:09:33,150
Kita hampir mati akal kerana kebosanan.
106
00:09:34,110 --> 00:09:36,780
Tapi keadaan sudah berubah.
107
00:09:37,360 --> 00:09:40,740
Kini, kita juga ingin merebut peluang
daripada mereka di sekeliling Tuanku.
108
00:09:42,120 --> 00:09:45,200
Adakah pakcik yang
laporkan hal berkenaan Datuk Shin
109
00:09:46,120 --> 00:09:47,580
kepada Paduka Bonda?
110
00:09:49,250 --> 00:09:51,500
Tentu Tuanku amat kecewa.
111
00:09:51,590 --> 00:09:55,550
Menyedari guru Tuanku sendiri
menjalinkan hubungan dengan
112
00:09:55,630 --> 00:09:57,470
calon Raja Puan Muda.
113
00:09:57,550 --> 00:10:01,470
Siapa tahu, mereka memang
sedang bersama sekarang.
114
00:10:02,350 --> 00:10:04,350
Untuk makluman Tuanku,
115
00:10:04,430 --> 00:10:07,640
dia orang suruhan keluarga Datuk Shin.
116
00:10:07,730 --> 00:10:08,980
Jadi
117
00:10:09,060 --> 00:10:13,360
kita cadangkan eloklah Tuanku
teruskan urusan Tuanku.
118
00:10:13,440 --> 00:10:16,820
Masih ada perkara yang
perlu kita selesaikan dengan dia.
119
00:10:17,610 --> 00:10:18,650
Mari.
120
00:10:26,620 --> 00:10:27,750
Lepaskan dia.
121
00:10:28,660 --> 00:10:29,870
Jika pakcik ingkar,
122
00:10:30,500 --> 00:10:33,210
kita takkan teragak-agak
untuk menjatuhkan hukuman.
123
00:10:33,880 --> 00:10:36,380
Adakah Tuanku mengugut
seorang kerabat diraja
124
00:10:37,130 --> 00:10:39,970
demi mempertahankan seorang hamba hina?
125
00:10:40,050 --> 00:10:42,260
Dia rakyat beta yang dikasihi.
126
00:10:42,340 --> 00:10:46,310
Kita takkan duduk berdiam diri saja
127
00:10:47,180 --> 00:10:49,980
sedangkan nyawa rakyat kita terancam.
128
00:10:52,230 --> 00:10:53,650
Baiklah.
129
00:10:57,190 --> 00:10:58,240
Baiklah.
130
00:11:10,000 --> 00:11:11,120
Kamu tak apa-apa?
131
00:11:12,080 --> 00:11:13,500
Tuanku.
132
00:11:14,500 --> 00:11:16,460
Beta mahu pergi menemui Datuk Shin.
133
00:11:16,550 --> 00:11:17,840
Ikut beta.
134
00:11:23,720 --> 00:11:24,850
Oh, ya!
135
00:11:25,930 --> 00:11:27,180
Seperkara lagi, Tuanku.
136
00:11:29,520 --> 00:11:33,480
Datuk Temenggung telah menjanjikan
ganjaran yang lumayan untuk kita
137
00:11:34,310 --> 00:11:36,730
kerana kita yang bantu dia
menjatuhkan Datuk Shin.
138
00:11:38,280 --> 00:11:39,230
Mari.
139
00:11:49,450 --> 00:11:52,370
Patik dengar Tuanku telah
menyelamatkan orang suruhan patik.
140
00:11:53,250 --> 00:11:55,630
Patik takkan dapat membalas ihsan Tuanku.
141
00:11:58,130 --> 00:12:01,010
Beta dengar kamu akan
pulang ke kampung halaman.
142
00:12:02,260 --> 00:12:03,590
Ampunkan patik, Tuanku.
143
00:12:04,380 --> 00:12:06,260
Kesalahan patik teramatlah berat
144
00:12:07,220 --> 00:12:08,810
untuk diampunkan.
145
00:12:09,970 --> 00:12:11,140
Tidak.
146
00:12:12,600 --> 00:12:16,770
Perasaan bukanlah sesuatu
yang boleh dikawal sesuka hati.
147
00:12:20,820 --> 00:12:21,820
Sebaliknya,
148
00:12:23,280 --> 00:12:27,820
beta hargai kejujuran yang
kamu pamerkan pada hari itu.
149
00:12:29,740 --> 00:12:30,740
Kerana beta
150
00:12:31,790 --> 00:12:34,250
tak seberani kamu.
151
00:12:38,710 --> 00:12:40,840
Beta pernah membayangkan, jika kita
152
00:12:42,300 --> 00:12:45,340
ditemukan dalam keadaan yang berbeza,
mungkin kita boleh
153
00:12:46,300 --> 00:12:47,890
menjadi sahabat.
154
00:12:49,350 --> 00:12:50,560
Sayang sekali,
155
00:12:51,310 --> 00:12:54,430
istilah sahabat tak wujud
antara lelaki dan wanita.
156
00:12:58,650 --> 00:12:59,650
Beta doakan…
157
00:13:00,940 --> 00:13:04,900
agar kamu sentiasa sihat dan hidup makmur.
158
00:13:17,040 --> 00:13:19,420
Ayah hamba akan pulang sebentar lagi.
159
00:13:22,210 --> 00:13:25,840
Sampaikan salam beta kepada Datuk Shin.
160
00:13:26,930 --> 00:13:30,050
Beta yakin kami akan bertemu semula.
161
00:14:01,130 --> 00:14:02,290
Jan-i.
162
00:14:03,170 --> 00:14:04,170
Jan-i!
163
00:14:04,250 --> 00:14:05,670
Jan-i!
164
00:14:07,470 --> 00:14:09,260
Jan-i!
165
00:14:10,340 --> 00:14:11,890
Jan-i!
166
00:14:20,230 --> 00:14:21,480
Jan-i…
167
00:14:23,150 --> 00:14:24,400
Jan-i…
168
00:14:27,490 --> 00:14:28,860
Jan-i…
169
00:14:30,360 --> 00:14:31,450
Jan-i…
170
00:14:32,990 --> 00:14:34,620
…dengan calon Raja Puan Muda.
171
00:14:34,700 --> 00:14:38,330
Siapa tahu, mereka memang
sedang bersama sekarang.
172
00:14:45,460 --> 00:14:47,010
Jan-i!
173
00:15:01,650 --> 00:15:03,190
EPISOD 11
174
00:15:19,910 --> 00:15:20,910
Aduhai.
175
00:15:31,930 --> 00:15:35,550
Apa yang membawa Tuanku ke mari?
176
00:15:43,810 --> 00:15:45,360
Apa yang pakcik sudah lakukan?
177
00:15:45,440 --> 00:15:46,980
Tuanku, kenapa ini?
178
00:15:47,570 --> 00:15:48,610
Kenapa?
179
00:15:49,190 --> 00:15:50,740
Kerana dia sudah mati.
180
00:15:50,820 --> 00:15:53,200
Kerana nyawa yang tak berdosa
telah diragut!
181
00:15:53,950 --> 00:15:55,070
Kenapa pakcik bunuh dia?
182
00:15:55,700 --> 00:15:57,280
Dia tak berdosa!
183
00:15:57,370 --> 00:15:59,870
Tolong lepaskan kita. Tolong…
184
00:16:06,840 --> 00:16:08,750
Walaupun Tuanku seorang Raja Muda,
185
00:16:08,840 --> 00:16:12,170
tapi Tuanku tak boleh
berkelakuan begini terhadap kita!
186
00:16:23,730 --> 00:16:25,270
Kali ini,
187
00:16:26,400 --> 00:16:30,230
beta akan pastikan perbuatan
pakcik ini mendapat balasan.
188
00:16:30,320 --> 00:16:31,190
Tak guna.
189
00:16:39,370 --> 00:16:41,040
Beta dah jelaskan.
190
00:16:41,950 --> 00:16:44,540
Memang benar beta
berada di sana pada waktu itu,
191
00:16:44,620 --> 00:16:46,460
tapi beta tak bunuh sesiapa.
192
00:16:47,710 --> 00:16:51,500
Kamu fikir beta dah hilang akal
membunuh seorang hamba di siang hari?
193
00:16:52,170 --> 00:16:57,510
Kenapa beta perlu membazir masa
terhadap nyawa yang langsung tak bernilai?
194
00:16:57,590 --> 00:16:59,890
Melucukan sungguh.
195
00:17:01,720 --> 00:17:03,600
Tak begitu?
196
00:17:03,680 --> 00:17:06,230
Bagaimana pula dengan luka di muka pakcik
197
00:17:07,310 --> 00:17:10,360
dan butang jed
yang ditemui pada mayat itu?
198
00:17:10,440 --> 00:17:11,980
Ini?
199
00:17:12,570 --> 00:17:13,900
Sakitnya!
200
00:17:13,990 --> 00:17:17,570
Kita dah jelaskan,
kita dicakar oleh hamba itu.
201
00:17:18,360 --> 00:17:20,410
Perangainya sama seperti tuannya.
202
00:17:20,490 --> 00:17:22,790
Berani dia cederakan kerabat diraja?
203
00:17:22,870 --> 00:17:24,830
Kamu nampak ini?
204
00:17:24,910 --> 00:17:26,540
Tuanku nampak?
205
00:17:26,620 --> 00:17:28,210
Bukan kita, tapi hamba itu
206
00:17:28,290 --> 00:17:30,590
yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
207
00:17:31,540 --> 00:17:32,880
Dia bebas kerana dah mati?
208
00:17:32,960 --> 00:17:34,260
Bawa malang sungguh.
209
00:17:36,300 --> 00:17:38,760
Gadis itu mati ditikam.
210
00:17:38,840 --> 00:17:41,140
Kenal pasti senjata yang digunakan.
211
00:17:42,720 --> 00:17:47,440
Beta mahu pemeriksaan rapi
dilaksanakan di kediaman pembunuh.
212
00:17:55,690 --> 00:17:56,860
Pegang ini.
213
00:17:56,950 --> 00:17:58,700
Ini untuk tabib.
214
00:18:00,700 --> 00:18:03,410
Kamu akan sembuh. Jangan bimbang.
215
00:18:03,490 --> 00:18:04,830
Tolong beratur!
216
00:18:04,910 --> 00:18:09,080
Tabib sangat benci
orang yang memotong barisan.
217
00:18:09,170 --> 00:18:14,000
Di sinikah tempat rawatan
tabib yang datang dari Hanyang itu?
218
00:18:14,090 --> 00:18:15,420
Ya, memang benar.
219
00:18:15,510 --> 00:18:20,470
Hamba dengar bakatnya
teramatlah luar biasa. Betulkah?
220
00:18:20,550 --> 00:18:22,430
Ya, betul. Pergi beratur.
221
00:18:22,510 --> 00:18:25,010
- Kenapa terlalu ramai?
- Pergi beratur.
222
00:18:25,100 --> 00:18:26,810
Jangan potong barisan.
223
00:18:26,890 --> 00:18:28,600
- Aduhai.
- Biar betul?
224
00:18:28,690 --> 00:18:29,980
Berapa ramai di sini?
225
00:18:30,060 --> 00:18:31,650
Beratur di belakang.
226
00:18:32,810 --> 00:18:35,480
Pak cik, apa makanan
yang patut pak cik elak?
227
00:18:37,490 --> 00:18:40,320
Apa? Apam kacang?
228
00:18:40,410 --> 00:18:42,870
Makanan. Makanan yang hamba larang.
229
00:18:43,660 --> 00:18:45,160
Makanan?
230
00:18:45,240 --> 00:18:49,080
Betul. Daging dan makanan manis.
Jangan makan.
231
00:18:49,160 --> 00:18:50,620
Ikan kering?
232
00:18:52,500 --> 00:18:55,880
Bukan, daging. Serta makanan manis.
233
00:18:57,090 --> 00:18:58,840
Hamba faham.
234
00:19:00,840 --> 00:19:03,140
Aduhai.
235
00:19:06,600 --> 00:19:07,560
Sayang,
236
00:19:08,140 --> 00:19:10,600
katanya hamba kena makan
banyak daging dan benda manis.
237
00:19:11,520 --> 00:19:13,400
Tunggu, bukan itu…
238
00:19:13,480 --> 00:19:16,650
Itu makanan yang pak cik perlu elak!
239
00:19:26,620 --> 00:19:28,700
Tunggu di sini sekejap.
240
00:19:33,830 --> 00:19:35,960
Rendam herba ini dalam air suam
241
00:19:36,040 --> 00:19:37,880
dan sapukan pada kulit gatal.
242
00:19:37,960 --> 00:19:40,510
Pastikan dia tak garu kulitnya.
243
00:19:41,340 --> 00:19:43,010
Setiap kali kamu rasa gatal…
244
00:19:48,680 --> 00:19:50,100
Kira sampai lima. Boleh?
245
00:19:50,930 --> 00:19:52,600
- Boleh.
- Bagus.
246
00:19:57,440 --> 00:19:58,940
Terima kasih.
247
00:20:00,780 --> 00:20:02,610
Terima kasih.
248
00:20:02,700 --> 00:20:04,450
Tunggu di sana sebentar.
249
00:20:04,530 --> 00:20:06,030
- Baiklah.
- Bagus.
250
00:20:11,450 --> 00:20:15,040
Tuan, tunggu. Tuan perlu beratur.
251
00:20:19,210 --> 00:20:20,460
Hyun!
252
00:20:20,960 --> 00:20:22,340
Jung Ji-un.
253
00:20:23,050 --> 00:20:24,590
Baguslah kamu di sini.
254
00:20:24,680 --> 00:20:28,680
Patutlah semalam hamba bermimpi
seekor ular menjalar di laman hamba.
255
00:20:28,760 --> 00:20:31,020
Rupa-rupanya,
petanda tetamu istimewa. Mari.
256
00:20:32,350 --> 00:20:33,600
Duduklah.
257
00:20:34,850 --> 00:20:35,810
Nah.
258
00:20:37,810 --> 00:20:39,900
Kamu boleh buat, bukan? Tolong ya.
259
00:20:39,980 --> 00:20:41,320
Pesakit seterusnya.
260
00:20:42,400 --> 00:20:43,360
Aduhai.
261
00:20:43,440 --> 00:20:44,740
Apa yang berlaku?
262
00:20:45,240 --> 00:20:46,780
Aduhai…
263
00:20:46,860 --> 00:20:50,200
Apa yang berlaku pada muka pak cik?
264
00:20:50,830 --> 00:20:52,870
Di mana pak cik terjatuh?
265
00:20:55,870 --> 00:20:58,540
Nah. Makanlah.
266
00:21:10,470 --> 00:21:12,560
Bagaimana kamu jumpa tempat ini?
267
00:21:13,140 --> 00:21:14,980
Puas hamba berpusing mencarinya.
268
00:21:16,520 --> 00:21:18,100
Hamba hampir berputus asa.
269
00:21:18,190 --> 00:21:19,440
Aduhai!
270
00:21:19,520 --> 00:21:22,690
Boleh berhenti merungut, Putera Jaeun?
271
00:21:22,780 --> 00:21:26,150
Jika kamu datang untuk membantu,
tak perlulah merungut.
272
00:21:26,240 --> 00:21:29,240
Membantu? Hamba singgah
untuk bertanya khabar.
273
00:21:30,200 --> 00:21:31,870
Jika hamba tahu lebih awal,
274
00:21:31,950 --> 00:21:34,290
hamba akan ajak kamu
bertemu di tempat lain.
275
00:21:34,370 --> 00:21:35,250
Aduhai…
276
00:21:36,290 --> 00:21:37,540
Bunga-bunga ini cantik.
277
00:21:38,370 --> 00:21:39,960
Ia membuatkan orang yang sakit
278
00:21:40,040 --> 00:21:43,170
pulang dari sini
dengan wajah yang lebih ceria.
279
00:21:45,510 --> 00:21:46,720
Nampaknya boleh tahan.
280
00:21:46,800 --> 00:21:48,630
Sudah tentulah.
281
00:21:49,550 --> 00:21:52,680
Air bersih, udara segar,
penduduk di sini juga baik.
282
00:21:53,260 --> 00:21:56,310
Kalau hamba tahu,
sudah lama hamba tinggal di sini.
283
00:21:57,770 --> 00:22:00,860
Baguslah. Kamu nampak gembira.
284
00:22:13,370 --> 00:22:14,830
Apa khabar Paduka Raja Muda?
285
00:22:16,700 --> 00:22:17,960
Semua baik saja?
286
00:22:19,750 --> 00:22:20,960
Usah bimbang.
287
00:22:23,800 --> 00:22:28,470
Oh, ya. Mak kamu minta
hamba serahkan ini kepada kamu.
288
00:22:30,300 --> 00:22:31,470
Mak hamba?
289
00:22:33,140 --> 00:22:35,520
Kali ini, apa pula barang aneh…
290
00:22:41,100 --> 00:22:42,020
Apa ini?
291
00:22:42,110 --> 00:22:44,270
Ini azimat daripada seorang sami ternama.
292
00:22:44,360 --> 00:22:45,980
Katanya, kamu tahu caranya.
293
00:22:46,070 --> 00:22:47,860
Aduhai.
294
00:22:47,940 --> 00:22:50,610
Aduhai, sami Gunung Cheongryong lagi.
295
00:22:50,700 --> 00:22:52,160
Mak hamba terperdaya lagi.
296
00:22:56,240 --> 00:22:57,660
Kamu nak cuba?
297
00:22:57,750 --> 00:23:00,710
Azimat ini perlu diletakkan
di dalam pakaian dalam.
298
00:23:00,790 --> 00:23:02,830
Ambillah. Mari hamba letakkan.
299
00:23:02,920 --> 00:23:06,050
- Usah dekat.
- Tuanku, usahlah begini.
300
00:23:06,130 --> 00:23:09,130
Orang yang menguruskan
hal ehwal negara perlulah sihat.
301
00:23:09,220 --> 00:23:11,090
Mari sini…
302
00:23:11,180 --> 00:23:12,970
Jangan dekati hamba.
303
00:23:13,050 --> 00:23:15,390
Kamu lari? Mari sini!
304
00:23:15,470 --> 00:23:18,560
Tuanku, izinkan patik mengikatnya
pada pakaian dalam Tuanku.
305
00:23:18,640 --> 00:23:20,020
Jangan lari!
306
00:24:33,380 --> 00:24:35,510
Bunga ini mekar dengan begitu cantik.
307
00:24:43,180 --> 00:24:46,230
Adakah semua urusan kamu
berjalan dengan lancar?
308
00:24:46,730 --> 00:24:50,860
Tuanku. Kebetulan urusan kita
berdekatan dengan teratak Guru Jung.
309
00:24:50,940 --> 00:24:53,280
Kita sempat singgah untuk bertanya khabar.
310
00:24:56,280 --> 00:24:57,660
Begitu.
311
00:25:04,040 --> 00:25:05,670
Kita nampak dia sihat.
312
00:25:07,170 --> 00:25:09,960
Dia nampak sihat dan sibuk.
313
00:25:12,920 --> 00:25:14,170
Baguslah.
314
00:25:18,890 --> 00:25:22,470
Bagaimana dengan Tuanku?
315
00:25:23,270 --> 00:25:25,520
Apa maksud kamu?
316
00:25:25,600 --> 00:25:29,110
Tuanku rapat dengan Guru Jung.
317
00:25:30,060 --> 00:25:31,730
Mungkin Tuanku berasa sunyi.
318
00:25:34,530 --> 00:25:35,780
Tidak sama sekali.
319
00:25:55,760 --> 00:25:58,590
NOKUNGAK
320
00:26:32,380 --> 00:26:33,460
Loceng angin?
321
00:26:34,710 --> 00:26:36,630
Apabila mendengar bunyi itu,
322
00:26:36,710 --> 00:26:40,590
seolah-olah beta kembali
ke saat yang beta rindui pada masa lalu.
323
00:26:41,430 --> 00:26:43,350
Saat-saat tanpa sebarang kerisauan
324
00:26:44,350 --> 00:26:46,390
dan dihabiskan dalam leka.
325
00:26:47,390 --> 00:26:48,850
Kembali ke suatu masa
326
00:26:50,270 --> 00:26:52,230
ketika beta masih kecil.
327
00:27:06,660 --> 00:27:09,000
Bukankah bunyinya kedengaran sama?
328
00:27:09,910 --> 00:27:13,580
Sama dengan bunyi
loceng angin kegemaran Tuanku.
329
00:27:17,130 --> 00:27:21,840
Baiklah. Mari kita dengar
bunyi ini sekali lagi.
330
00:27:22,930 --> 00:27:24,350
Mari!
331
00:27:53,500 --> 00:27:57,090
Penghulu Kecil Balai Pertahanan
ditemui mati ketika bertugas.
332
00:27:57,670 --> 00:27:59,670
Kenapa keadaan begitu tenang
333
00:28:00,420 --> 00:28:02,590
sedangkan pembunuhan
berlaku di balai kerajaan?
334
00:28:02,680 --> 00:28:05,470
Hamba percaya ini angkara Hulubalang Yoon.
335
00:28:07,140 --> 00:28:11,100
Maksud kamu, Paduka Raja
berkenan agar perihal ini dirahsiakan?
336
00:28:11,180 --> 00:28:14,900
Berkenaan ini, ada sesuatu
yang ingin hamba laporkan.
337
00:28:16,270 --> 00:28:18,860
Un-am yang dipercayai membunuh diri,
338
00:28:18,940 --> 00:28:21,570
mendiang Gabenor Kwon
dari Wilayah Hamgyong
339
00:28:21,650 --> 00:28:23,070
dan Penghulu Kecil.
340
00:28:23,650 --> 00:28:26,280
Ketika perbicaraan Guru Kang
sepuluh tahun lalu,
341
00:28:26,370 --> 00:28:28,870
mereka membuat perakuan
terhadap Guru Kang.
342
00:28:29,450 --> 00:28:33,000
Maksud kamu, ada orang
yang membalas dendam
343
00:28:33,080 --> 00:28:35,540
terhadap kematian Guru Kang
sepuluh tahun lalu?
344
00:28:35,620 --> 00:28:39,550
Hamba nasihatkan agar Datuk
sentiasa berwaspada.
345
00:28:43,590 --> 00:28:45,340
Perhatian! Beri laluan!
346
00:28:46,300 --> 00:28:47,140
Beri laluan!
347
00:28:53,100 --> 00:28:55,140
Tolong beri laluan.
348
00:28:56,020 --> 00:28:56,980
Beri laluan.
349
00:29:28,470 --> 00:29:29,350
Apa yang berlaku?
350
00:29:30,510 --> 00:29:31,600
Pembunuh.
351
00:29:31,680 --> 00:29:33,020
Lindungi Datuk Temenggung!
352
00:30:23,400 --> 00:30:24,280
Apa yang berlaku?
353
00:30:28,610 --> 00:30:29,860
Apa urusan kamu di sini?
354
00:30:29,950 --> 00:30:32,740
Seorang yang mencurigakan
menyerang Datuk Temenggung.
355
00:30:32,830 --> 00:30:34,700
Kita berbual kemudian.
356
00:30:35,870 --> 00:30:37,080
Mencurigakan?
357
00:30:39,750 --> 00:30:40,960
Hamba tak nampak sesiapa.
358
00:30:49,590 --> 00:30:50,840
Bagaimana dengan kamu?
359
00:30:50,930 --> 00:30:54,180
Apa urusan kamu di sini?
360
00:30:57,520 --> 00:31:00,100
Hamba sedang memeriksa
kawasan luar istana.
361
00:31:00,850 --> 00:31:02,730
Aneh sungguh.
362
00:31:02,810 --> 00:31:06,030
Kamu sendiri keluar memeriksa kawasan ini?
363
00:31:06,110 --> 00:31:09,570
Hamba sendiri akan berkas
sesiapa yang didapati mencurigakan.
364
00:31:09,650 --> 00:31:11,110
Kamu patut pulang.
365
00:31:25,340 --> 00:31:28,300
Kim Ga-on berjaya melepaskan diri.
366
00:31:30,630 --> 00:31:31,630
Benarkah?
367
00:31:32,800 --> 00:31:33,890
Baguslah.
368
00:31:34,970 --> 00:31:35,850
Tapi
369
00:31:36,350 --> 00:31:38,560
adakah Tuanku berkenan dia terus di sini?
370
00:31:39,140 --> 00:31:40,730
Dia boleh mengancam Tuanku.
371
00:31:42,850 --> 00:31:44,480
Terus perhatikan dia
372
00:31:45,520 --> 00:31:47,190
sehingga beta beri arahan.
373
00:31:47,270 --> 00:31:48,480
Beta…
374
00:31:50,070 --> 00:31:52,860
tak mahu ada yang terkorban lagi.
375
00:31:59,660 --> 00:32:01,080
Ada sesuatu yang aneh?
376
00:32:02,000 --> 00:32:05,170
Kita tak fikir anak saudara
melawat pakciknya sesuatu yang aneh.
377
00:32:06,670 --> 00:32:11,010
Kamu takkan datang ke sini
sekadar untuk bertanyakan khabar.
378
00:32:14,050 --> 00:32:17,100
Mari kita lihat.
379
00:32:18,260 --> 00:32:20,720
Ini arahan Paduka Raja Muda?
380
00:32:21,390 --> 00:32:25,600
Tentu baginda minta kamu
menyiasat perihal gadis suruhan itu.
381
00:32:26,940 --> 00:32:29,860
Berbeza dengan dulu,
kini pakcik lebih peka.
382
00:32:31,030 --> 00:32:32,240
Kita tak perlu berkias.
383
00:32:32,860 --> 00:32:34,610
Kenapa pakcik bunuh dia?
384
00:32:35,660 --> 00:32:38,660
pakcik mendapat sokongan Datuk Temenggung.
385
00:32:38,740 --> 00:32:40,790
Tiada masalah untuk pakcik beritahu kita.
386
00:32:55,510 --> 00:32:56,890
Sungguh kamu ingin tahu
387
00:32:57,720 --> 00:32:59,050
sebab dia dibunuh?
388
00:33:07,560 --> 00:33:10,520
Kita bunuh dia kerana kita berang.
389
00:33:10,610 --> 00:33:11,940
Kita berang.
390
00:33:12,030 --> 00:33:13,860
Kita amat berang
391
00:33:13,940 --> 00:33:16,860
melihat baginda berlagak adil dan saksama.
392
00:33:17,660 --> 00:33:18,780
Tapi…
393
00:33:20,200 --> 00:33:24,200
kita tak rancang untuk bunuh dia.
394
00:33:24,290 --> 00:33:26,750
Salah dia kerana menyentuh beta.
395
00:33:40,220 --> 00:33:41,760
Aduhai, pahitnya.
396
00:33:43,020 --> 00:33:44,020
Pahit.
397
00:33:45,890 --> 00:33:48,480
Kamu! Bawakan hidangan lain!
398
00:33:49,480 --> 00:33:51,900
Makanlah.
399
00:34:15,710 --> 00:34:16,920
Bedebah.
400
00:34:33,980 --> 00:34:34,980
Apa?
401
00:34:35,860 --> 00:34:37,070
Tak guna.
402
00:34:46,410 --> 00:34:48,210
Aduhai, nasib baik.
403
00:34:58,050 --> 00:34:59,170
Kita…
404
00:35:00,300 --> 00:35:02,720
hargai bantuan pakcik.
405
00:35:26,190 --> 00:35:27,280
Sakitnya!
406
00:35:28,190 --> 00:35:29,650
Jangan tercegat saja!
407
00:35:30,270 --> 00:35:32,690
Paduka Raja Muda ada di sini.
Simpan senjata kamu.
408
00:35:39,440 --> 00:35:41,200
Bedebah!
409
00:35:43,360 --> 00:35:44,990
Dengan bukti ini,
410
00:35:46,160 --> 00:35:50,540
kita yakin Datuk Temenggung
takkan lindungi pakcik lagi.
411
00:35:57,800 --> 00:36:00,420
Memandangkan kita telah
merosakkan harta milik Datuk Shin,
412
00:36:00,510 --> 00:36:03,880
kita sedia untuk terima hukuman.
413
00:36:03,970 --> 00:36:07,140
Hukuman untuk mereka yang membunuh
adalah hukuman pancung.
414
00:36:07,810 --> 00:36:10,520
Hamba yang pakcik bunuh itu
ialah rakyat negara ini.
415
00:36:10,600 --> 00:36:13,940
Maka pakcik perlu dihukum
setimpal dengan jenayah membunuh.
416
00:36:14,020 --> 00:36:15,980
Jenayah membunuh?
417
00:36:16,060 --> 00:36:18,860
Kita yakin Tuanku tak memaksudkan
418
00:36:18,940 --> 00:36:23,200
kita, bapa saudara Tuanku, perlu membayar
nyawa hamba hina itu dengan nyawa kita?
419
00:36:26,950 --> 00:36:30,370
Tuanku juga sedar ada nyawa yang
jauh lebih bernilai daripada nyawa lain!
420
00:36:30,450 --> 00:36:31,660
Maksud pakcik…
421
00:36:32,960 --> 00:36:34,460
nyawa pakcik lebih bernilai
422
00:36:34,540 --> 00:36:37,250
daripada nyawa hamba yang pakcik bunuh?
423
00:36:37,330 --> 00:36:41,090
Aduhai, sudah terang lagi bersuluh.
424
00:36:41,170 --> 00:36:42,300
Kita kerabat diraja.
425
00:36:42,380 --> 00:36:46,050
Malahan, kita bapa saudara Tuanku,
Raja Muda negara ini.
426
00:36:46,140 --> 00:36:49,890
Jikalau begitu, pastinya nyawa kita,
Raja Muda negara ini,
427
00:36:50,510 --> 00:36:53,890
jauh lebih bernilai daripada nyawa pakcik.
428
00:36:54,480 --> 00:36:56,940
pakcik pernah mengancam nyawa kita.
429
00:36:58,190 --> 00:37:00,190
Kita kurang pasti apa…
430
00:37:00,270 --> 00:37:01,730
Ketika kita keluar berburu
431
00:37:01,820 --> 00:37:03,400
dan di kamar siram kita.
432
00:37:06,610 --> 00:37:10,410
Hamba itu mendatangkan bahaya
terhadap seorang kerabat diraja.
433
00:37:10,490 --> 00:37:13,000
Dia memang layak mati!
434
00:37:15,210 --> 00:37:17,370
Jika dia layak dibunuh,
435
00:37:18,250 --> 00:37:20,790
maka pakcik juga layak dibunuh di sini!
436
00:37:23,960 --> 00:37:26,050
Tuanku, tunggu.
437
00:37:27,180 --> 00:37:28,470
Adakah pakcik
438
00:37:29,720 --> 00:37:32,680
masih memandang ringan perihal ini
439
00:37:33,270 --> 00:37:35,680
serta meragui kesanggupan kita
untuk membunuh pakcik?
440
00:37:37,640 --> 00:37:38,690
Tunggu.
441
00:37:40,980 --> 00:37:43,070
Kenapa Tuanku melayan kita begini?
442
00:37:45,240 --> 00:37:46,240
Tuanku.
443
00:37:47,320 --> 00:37:49,950
Jangan bunuh kita, Tuanku.
444
00:37:50,030 --> 00:37:51,740
Kita mengaku salah.
445
00:37:52,950 --> 00:37:54,870
Usah merayu kepada kita,
446
00:37:55,700 --> 00:37:58,080
tapi merayulah kepada
gadis yang pakcik bunuh itu.
447
00:38:00,460 --> 00:38:02,250
Pergi ke kuburnya
448
00:38:03,050 --> 00:38:05,010
dan melutut di depannya.
449
00:38:07,470 --> 00:38:10,550
Kita akan tunjukkan
belas kasihan terhadap pakcik
450
00:38:11,800 --> 00:38:14,220
dan serahkan pakcik untuk dibicarakan.
451
00:38:16,560 --> 00:38:19,440
Tunggu. Tuanku…
452
00:38:20,190 --> 00:38:24,150
Tuanku mengarahkan kita melutut
di depan kubur seorang hamba?
453
00:38:24,940 --> 00:38:26,570
Kenapa?
454
00:38:27,690 --> 00:38:29,200
pakcik keberatan?
455
00:38:29,280 --> 00:38:32,450
Tidak, kita akan laksanakan!
456
00:38:32,530 --> 00:38:34,080
Kita akan buat begitu!
457
00:39:38,850 --> 00:39:40,270
Kamu suruh dia melutut?
458
00:39:42,310 --> 00:39:46,900
Kamu memaksa seorang kerabat diraja
melutut di depan kubur seorang hamba.
459
00:39:46,980 --> 00:39:50,070
Apa yang menyebabkan
kamu bertindak sebegini?
460
00:39:50,990 --> 00:39:55,120
pakcik menyalah gunakan
kedudukannya sebagai kerabat diraja
461
00:39:55,200 --> 00:39:57,080
dan membunuh nyawa tak berdosa.
462
00:39:57,990 --> 00:39:59,490
Cunda percaya setidaknya,
463
00:39:59,580 --> 00:40:02,410
pakcik perlu kesali perbuatannya.
464
00:40:02,500 --> 00:40:05,580
Bukan sehari dua
pakcik kamu berkelakuan begitu.
465
00:40:05,670 --> 00:40:07,090
Cunda sepatutnya bersabar.
466
00:40:07,170 --> 00:40:10,960
Sebagai Raja Muda, tugas kamu adalah
untuk mempamerkan akhlak yang mulia.
467
00:40:11,050 --> 00:40:13,220
Kenapa kamu buat kesilapan begitu?
468
00:40:13,300 --> 00:40:16,090
Ini bukan kesilapan.
469
00:40:19,640 --> 00:40:22,480
Cunda cuma melaksanakan
tanggungjawab cunda.
470
00:40:24,520 --> 00:40:27,520
Cunda mematuhi ajaran ayahanda
untuk membela rakyat jelata
471
00:40:28,320 --> 00:40:30,690
dan pesanan nenda agar cunda memelihara
472
00:40:30,780 --> 00:40:32,690
darjat kerabat diraja.
473
00:40:35,490 --> 00:40:36,370
Oleh yang demikian,
474
00:40:37,070 --> 00:40:41,580
cunda tak merasakan perbuatan cunda
adalah sesuatu yang memalukan.
475
00:40:41,660 --> 00:40:43,120
- Cunda!
- Ayahanda
476
00:40:43,710 --> 00:40:45,500
akan uruskan hal ini.
477
00:40:46,880 --> 00:40:48,340
Anakanda boleh beredar.
478
00:41:31,880 --> 00:41:34,880
Adakah Tuanku berkenan
menjadi pemerintah mulia?
479
00:41:34,970 --> 00:41:37,510
Tuanku seharusnya turut mempertimbangkan
480
00:41:37,590 --> 00:41:40,930
perilaku Tuanku tersebut
boleh mendatangkan kemarahan
481
00:41:41,010 --> 00:41:43,100
kerabat diraja dan bangsawan.
482
00:41:44,270 --> 00:41:47,190
Keamanan yang dinikmati negara ini
483
00:41:47,270 --> 00:41:50,560
adalah hasil adat resam
antara golongan berbeza yang dipelihara
484
00:41:50,650 --> 00:41:51,650
dengan baik.
485
00:41:51,730 --> 00:41:54,320
Sebagai bakal raja, Tuanku tak sepatutnya
486
00:41:54,400 --> 00:41:59,030
mencetuskan huru-hara hanya untuk
membela nyawa yang tiada nilai.
487
00:42:00,620 --> 00:42:02,660
Nyawa tak bernilai?
488
00:42:02,740 --> 00:42:05,080
Tuanku tak sepatutnya mencampuri
489
00:42:05,160 --> 00:42:08,290
perihal yang melibatkan
kematian seorang hamba yang hina.
490
00:42:10,330 --> 00:42:13,000
Semua nyawa bernilai.
491
00:42:13,090 --> 00:42:17,090
Tiada nyawa yang boleh
dirampas dengan begitu saja.
492
00:42:18,550 --> 00:42:19,590
Tiada siapa…
493
00:42:20,590 --> 00:42:22,970
yang layak membunuh dengan sesuka hati.
494
00:42:24,970 --> 00:42:26,180
Tiada siapa.
495
00:42:40,610 --> 00:42:43,620
- Paduka Raja Muda?
- Betul.
496
00:42:43,700 --> 00:42:47,620
Perkara ini sedang heboh diperkatakan
di seluruh kota.
497
00:42:47,700 --> 00:42:49,960
Raja Muda menghina bapa saudaranya.
498
00:42:51,040 --> 00:42:54,380
Ada yang menuduh
perbuatan baginda tak berakhlak.
499
00:42:54,460 --> 00:42:56,250
Tapi itu pendapat golongan bangsawan.
500
00:42:56,340 --> 00:42:59,050
Bagi rakyat seperti kita,
memang padan mukanya.
501
00:42:59,130 --> 00:43:02,550
Hamba sungguh gembira yang
kita ada pemerintah seperti baginda.
502
00:43:03,970 --> 00:43:05,640
Apa yang berlaku sekarang?
503
00:43:05,720 --> 00:43:08,230
Apa pun, baginda telah
menghina kerabat diraja.
504
00:43:08,310 --> 00:43:10,600
Tentu itu mendatangkan masalah
kepada baginda.
505
00:43:12,190 --> 00:43:15,270
Hamba fikir kamu langsung tak berminat
dengan perihal istana.
506
00:43:15,360 --> 00:43:18,150
Tapi kamu begitu berminat
dengan hal Paduka Raja Muda.
507
00:43:18,690 --> 00:43:19,860
Bukan begitu…
508
00:43:45,680 --> 00:43:47,180
Adakah semuanya baik saja,
509
00:43:48,600 --> 00:43:49,600
Tuanku?
510
00:43:53,850 --> 00:43:57,020
Apa yang kamu fikirkan
pada lewat malam begini?
511
00:44:07,160 --> 00:44:08,740
Walaupun mengembara beribu batu,
512
00:44:09,950 --> 00:44:11,960
patik tetap teringat akan Tuanku.
513
00:44:15,710 --> 00:44:16,960
Patik bimbang…
514
00:44:19,210 --> 00:44:20,130
dan rindu.
515
00:44:22,300 --> 00:44:24,550
Itukah sebabnya kamu tinggal di sini?
516
00:44:25,890 --> 00:44:27,930
Begitu jauh sekali.
517
00:44:34,520 --> 00:44:35,900
Patik ingin menemani Tuanku.
518
00:44:38,110 --> 00:44:39,400
Patik ingin mendakap Tuanku,
519
00:44:40,360 --> 00:44:42,440
berbual berdua
520
00:44:44,240 --> 00:44:45,860
dan bersama Tuanku.
521
00:45:21,270 --> 00:45:22,780
Aduhai.
522
00:45:24,150 --> 00:45:26,700
Tuan!
523
00:45:42,000 --> 00:45:44,880
WASIAT
524
00:46:05,990 --> 00:46:07,320
Datuk.
525
00:46:11,320 --> 00:46:13,950
Apa sebabnya Tuanku
memanggil patik ke sini?
526
00:46:14,450 --> 00:46:16,580
Perlukah bersebab?
527
00:46:17,370 --> 00:46:19,580
Beta ingin mengajak Datuk berburu.
528
00:46:19,670 --> 00:46:22,880
Patik kurang minat dengan berburu.
529
00:46:23,920 --> 00:46:28,470
Terutamanya kegiatan berburu
mengiringi kerabat diraja.
530
00:46:30,010 --> 00:46:31,720
Beta faham.
531
00:46:31,800 --> 00:46:34,310
Putera Jehyeon buah hati Paduka Raja.
532
00:46:34,810 --> 00:46:37,640
Jadi tiada keperluan
untuk Datuk keluar memburu.
533
00:46:38,310 --> 00:46:40,600
Patik kurang pasti dengan maksud Tuanku.
534
00:46:42,690 --> 00:46:44,940
Walaupun disorongkan barang buruan,
535
00:46:45,480 --> 00:46:48,860
pemburu pengecut masih
takkan berani untuk menyambarnya.
536
00:46:48,950 --> 00:46:50,240
Tuanku?
537
00:46:57,870 --> 00:46:59,580
WASIAT
538
00:47:00,170 --> 00:47:02,500
Ini wasiat peninggalan Putera Changun.
539
00:47:03,460 --> 00:47:04,460
Wasiat?
540
00:47:09,630 --> 00:47:13,550
Penghinaan Paduka Raja Muda teramat hebat
sehingga menyebabkan dia meragut nyawanya.
541
00:47:14,510 --> 00:47:16,430
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
542
00:47:16,930 --> 00:47:21,350
Beta percaya ramai lagi yang turut
berduka cita dengan kematiannya.
543
00:47:22,350 --> 00:47:23,940
Ini menyalahi adat resam.
544
00:47:25,570 --> 00:47:27,820
Seorang bangsawan melutut di depan hamba.
545
00:47:28,650 --> 00:47:31,950
pakcik meragut nyawanya
akibat dihina anak saudaranya.
546
00:47:33,530 --> 00:47:38,580
Golongan bangsawan tak boleh berdiam diri
dan membiarkan saja perihal ini.
547
00:47:41,410 --> 00:47:42,290
Oh, ya.
548
00:47:43,330 --> 00:47:44,960
Beta dimaklumkan anak saudara Datuk
549
00:47:45,040 --> 00:47:47,250
seorang cendekiawan di Sungkyunkwan.
550
00:47:49,510 --> 00:47:52,760
Cendekiawan memainkan peranan penting
untuk menegur pemerintah.
551
00:47:55,050 --> 00:47:58,680
Serahkan wasiat pakcik ini
kepada anak saudara Datuk.
552
00:48:00,480 --> 00:48:02,560
Ia pasti akan memanfaatkan kita.
553
00:48:06,940 --> 00:48:10,780
Perbuatan menyimpang daripada adat resam
yang dititahkan Paduka Raja Muda
554
00:48:10,860 --> 00:48:13,950
telah memaksa Putera Changun
untuk menamatkan hayatnya.
555
00:48:14,030 --> 00:48:17,280
Paduka Raja Muda hendaklah
menjadi contoh kepada rakyat jelata.
556
00:48:17,370 --> 00:48:20,580
Namun, keputusan baginda
untuk melanggar ajaran Confucius
557
00:48:20,660 --> 00:48:23,160
menimbulkan kebingungan
dan kekacauan dalam negara.
558
00:48:23,250 --> 00:48:25,250
Penghinaan kejam yang menyebabkan
559
00:48:25,750 --> 00:48:28,550
kematian Putera Changun
telah tersebar ke seluruh alam
560
00:48:28,630 --> 00:48:34,010
dan sesungguhnya patik semua amatlah takut
mengenang bala petaka yang bakal menimpa.
561
00:48:34,090 --> 00:48:37,300
Sekiranya Paduka Raja
berkenan mengembalikan keamanan
562
00:48:37,390 --> 00:48:39,310
dan menegakkan ajaran Confucius,
563
00:48:39,810 --> 00:48:41,680
maka hendaklah dimakzulkan
564
00:48:41,770 --> 00:48:44,810
Paduka Raja Muda daripada
gelaran serta kedudukannya.
565
00:48:44,890 --> 00:48:46,600
Mohon dimakzulkan
566
00:48:46,690 --> 00:48:49,770
Paduka Raja Muda yang
mencemarkan ajaran Confucius.
567
00:48:49,860 --> 00:48:51,990
- Mohon dimakzulkan.
- Mohon dimakzulkan.
568
00:48:52,070 --> 00:48:53,190
Siapa?
569
00:48:53,990 --> 00:48:55,160
Tuanku?
570
00:48:55,240 --> 00:48:58,280
Siapa yang menggalakkan
para cendekiawan untuk bertindak?
571
00:49:00,160 --> 00:49:01,870
Patik kurang pasti.
572
00:49:02,450 --> 00:49:06,370
Patik juga tergamam
dengan kejadian yang berlaku…
573
00:49:06,460 --> 00:49:11,800
Adakah Datuk menyangka perkara ini boleh
memberi peluang kepada Putera Jehyeon?
574
00:49:13,420 --> 00:49:16,510
Sesungguhnya itu tak benar, Tuanku.
575
00:49:16,590 --> 00:49:19,470
Patik benar-benar
kurang pasti akan perihal ini.
576
00:49:20,310 --> 00:49:21,390
Beta tahu
577
00:49:21,470 --> 00:49:23,850
anak saudara Datuk ialah
cendekiawan di Sungkyunkwan.
578
00:49:24,480 --> 00:49:27,310
Adakah Datuk masih
ingin menafikan perihal ini?
579
00:49:27,400 --> 00:49:30,730
Memang benar anak saudara patik
seorang cendekiawan,
580
00:49:30,820 --> 00:49:33,230
tapi patik tak berkuasa untuk menghalang
581
00:49:33,320 --> 00:49:36,780
para cendekiawan yang
memutuskan untuk mengetengahkan
582
00:49:36,860 --> 00:49:40,280
perihal yang mencemarkan
ajaran serta adat resam negara.
583
00:49:54,170 --> 00:49:55,220
Berhenti!
584
00:49:57,260 --> 00:50:00,550
Hamba mahu Datuk pastikan
mereka beredar dari istana.
585
00:50:00,640 --> 00:50:01,720
Sekarang!
586
00:50:02,310 --> 00:50:03,390
Berani Datuk…
587
00:50:03,470 --> 00:50:05,060
Kerahkan pengawal, Tuanku.
588
00:50:05,140 --> 00:50:08,230
Mereka yang berkumpul
serta menghina Paduka Raja Muda
589
00:50:08,310 --> 00:50:11,230
hendaklah ditangkap dan dituduh membelot!
590
00:50:11,310 --> 00:50:13,690
Beta yang berhak membuat keputusan.
591
00:50:13,780 --> 00:50:17,490
Beta sendiri akan tangani perihal ini,
jadi eloklah Datuk beredar.
592
00:50:17,570 --> 00:50:20,410
Pancung dan gantung kepala
ketua para cendekiawan di luar.
593
00:50:20,490 --> 00:50:23,580
Jika perlu, patik sedia
mengerahkan bala tentera.
594
00:50:25,040 --> 00:50:28,410
Barang siapa yang menyebut
tentang pemakzulan Paduka Raja Muda,
595
00:50:28,500 --> 00:50:31,790
hamba akan pastikan mulutnya
dikoyakkan dan lidahnya dikerat.
596
00:50:42,890 --> 00:50:44,560
Apa semua ini?
597
00:50:44,640 --> 00:50:48,350
Kenapa rayuan berkenaan pemakzulan
Paduka Raja Muda ada pada kanda?
598
00:50:48,430 --> 00:50:50,400
Kita yakin kamu sudah baca.
599
00:50:51,600 --> 00:50:53,520
Baginda bertindak terburu-buru.
600
00:50:53,610 --> 00:50:55,730
Ia kesilapan yang amat berat.
601
00:50:55,820 --> 00:50:59,700
Jadi itukah sebabnya kanda
bertemu dengan Datuk Bendahara?
602
00:51:00,700 --> 00:51:02,620
Tergamak kanda buat begini?
603
00:51:03,200 --> 00:51:05,790
Kenapa kanda melibatkan diri
dalam perihal ini?
604
00:51:05,870 --> 00:51:09,160
Sampai bila kamu ingin
terus memihak kepada baginda?
605
00:51:09,830 --> 00:51:11,580
Kamu perlu sedar.
606
00:51:12,500 --> 00:51:13,960
sudah mati.
607
00:51:15,040 --> 00:51:18,300
Tiada harapan lagi buat Paduka Raja Muda.
608
00:51:21,220 --> 00:51:22,050
Kanda.
609
00:51:25,470 --> 00:51:27,430
Kita pemilik asal gelaran itu.
610
00:51:28,020 --> 00:51:32,060
Ingat, ayahanda kita selaku Raja Muda,
611
00:51:32,150 --> 00:51:33,480
kita selaku putera sulung,
612
00:51:33,980 --> 00:51:38,230
begitu juga kamu dan bonda kita
ialah penghuni asal istana ini.
613
00:51:38,320 --> 00:51:39,900
Jangan begini.
614
00:51:39,990 --> 00:51:42,610
Tolong berhenti. Kita merayu.
615
00:51:44,160 --> 00:51:46,280
Malang sekali, sudah terlewat.
616
00:51:48,080 --> 00:51:52,580
Tiada apa yang boleh kita lakukan
untuk menghalang mereka.
617
00:52:04,340 --> 00:52:08,060
Mohon dimakzulkan Paduka Raja Muda
daripada gelaran serta kedudukannya.
618
00:52:08,140 --> 00:52:09,970
- Mohon dimakzulkan!
- Mohon dimakzulkan!
619
00:52:10,060 --> 00:52:13,390
Mohon dimakzulkan Paduka Raja Muda
yang mencemarkan ajaran Confucius.
620
00:52:13,480 --> 00:52:16,810
Kata-kata mereka
tak melambangkan ilmu mereka.
621
00:52:16,900 --> 00:52:18,230
Paduka Raja Muda
622
00:52:18,320 --> 00:52:21,490
hendaklah bertanggungjawab
atas kematian bapa saudara baginda.
623
00:52:21,570 --> 00:52:23,070
- Benar!
- Benar!
624
00:52:29,990 --> 00:52:32,410
Apa kata Tuanku menghadap Paduka Raja
625
00:52:33,000 --> 00:52:35,460
dan mohon keampunan daripada baginda?
626
00:52:36,000 --> 00:52:40,920
Perihal ini mungkin akan melarat
dan tak dapat dikawal lagi.
627
00:52:47,550 --> 00:52:49,890
Adakah kamu turut menganggap
bahawa beta melampau?
628
00:52:50,720 --> 00:52:51,810
Bukan begitu…
629
00:52:52,430 --> 00:52:55,400
Selama ini, Tuanku sentiasa bersabar.
630
00:52:55,480 --> 00:52:57,230
Kenapa Tuanku hilang sabar?
631
00:52:57,810 --> 00:52:59,570
Beta telah cuba untuk bersabar.
632
00:53:00,650 --> 00:53:02,360
Beta boleh bersabar.
633
00:53:03,440 --> 00:53:07,410
Tapi kali ini, beta enggan berbuat begitu.
634
00:53:09,330 --> 00:53:12,580
Gadis yang dibiarkan mati
kerana dirinya seorang hamba
635
00:53:14,500 --> 00:53:17,000
dan beta yang dibunuh
kerana beta seorang wanita.
636
00:53:19,250 --> 00:53:21,210
Apakah bezanya?
637
00:53:24,340 --> 00:53:25,430
Tuanku.
638
00:53:25,930 --> 00:53:28,470
Sekiranya beta terus berdiam diri,
639
00:53:28,550 --> 00:53:29,970
sepuluh tahun lagi…
640
00:53:31,310 --> 00:53:32,310
Tidak…
641
00:53:33,730 --> 00:53:37,270
Mungkin seluruh hayat beta akan dihabiskan
642
00:53:37,850 --> 00:53:39,810
dengan penuh sia-sia tanpa makna,
643
00:53:41,480 --> 00:53:43,360
dalam kelekaan.
644
00:53:45,530 --> 00:53:47,990
Apakah maknanya hidup beta?
645
00:53:49,450 --> 00:53:51,370
Itulah yang bermain dalam fikiran beta.
646
00:53:55,620 --> 00:53:57,830
Apakah maknanya
jika beta perlu terus hidup
647
00:53:57,920 --> 00:54:00,380
memejamkan mata dan memekakkan telinga
648
00:54:01,420 --> 00:54:03,920
demi mempertahankan gelaran beta?
649
00:54:09,550 --> 00:54:11,390
Melihat mereka di luar sana…
650
00:54:12,890 --> 00:54:14,430
tempat ini
651
00:54:15,850 --> 00:54:17,890
masih lagi sama
652
00:54:19,400 --> 00:54:21,980
seperti waktu beta dilahirkan dulu.
653
00:54:24,150 --> 00:54:25,650
Syabas, Tuanku.
654
00:54:30,950 --> 00:54:32,780
Patik yakin,
655
00:54:33,280 --> 00:54:37,210
mendiang bonda Tuanku juga
tak mengharapkan Tuanku hidup begitu.
656
00:54:38,250 --> 00:54:41,000
Sekiranya baginda masih bersama Tuanku,
657
00:54:41,580 --> 00:54:42,710
patik yakin
658
00:54:43,960 --> 00:54:45,510
baginda pasti
659
00:54:46,550 --> 00:54:48,630
akan memuji tindakan Tuanku.
660
00:54:50,550 --> 00:54:53,180
Mohon dibuang perasaan bersalah.
661
00:54:54,060 --> 00:54:56,850
Patik dan Sida-sida Hong
662
00:54:57,680 --> 00:55:00,850
akan sentiasa setia di samping Tuanku.
663
00:55:09,950 --> 00:55:13,740
JASEONDANG
664
00:55:45,230 --> 00:55:46,230
Hyun?
665
00:55:51,030 --> 00:55:53,530
Tuanku masih berjaga?
666
00:55:56,580 --> 00:56:00,370
Keadaan di luar istana riuh-rendah.
Mustahil kita boleh lena.
667
00:56:05,250 --> 00:56:06,460
Kita segan.
668
00:56:07,670 --> 00:56:11,760
Kamu sentiasa menyaksikan
saat-saat yang membuatkan kita segan.
669
00:56:14,930 --> 00:56:18,930
Ada sesuatu yang ingin
kita luahkan kepada Tuanku.
670
00:56:22,140 --> 00:56:26,560
Kita mengenali Tuanku buat pertama kali
ketika kita berusia 14 tahun.
671
00:56:27,980 --> 00:56:32,320
Tuanku memiliki sepasang mata
yang amat jernih dan mendalam.
672
00:56:33,400 --> 00:56:35,030
Namun entah kenapa,
673
00:56:36,120 --> 00:56:37,870
ia dipenuhi dengan waspada.
674
00:56:40,540 --> 00:56:42,660
Tuanku bak saudara kandung kita.
675
00:56:43,330 --> 00:56:44,960
Mustahil kita tak sedar.
676
00:56:46,420 --> 00:56:49,590
Walaupun paras, suara
677
00:56:49,670 --> 00:56:51,840
dan gaya Tuanku serupa,
678
00:56:52,840 --> 00:56:53,970
tapi Tuanku
679
00:56:55,050 --> 00:56:57,300
bukan putera yang membesar dengan kita.
680
00:57:03,560 --> 00:57:04,690
Selama ini,
681
00:57:07,150 --> 00:57:09,570
kamu sedar akan perihal sebenar?
682
00:57:10,820 --> 00:57:13,110
Awalnya, kita kebingungan.
683
00:57:13,860 --> 00:57:16,820
Kemudian, kita diselubungi rasa takut.
684
00:57:18,280 --> 00:57:21,830
Apabila bertemu sekali lagi dengan Tuanku,
685
00:57:22,870 --> 00:57:24,660
kita ingin lindungi Tuanku.
686
00:57:27,330 --> 00:57:30,920
Dia yang berlatih memanah sepanjang malam
walaupun tangannya melepuh.
687
00:57:31,550 --> 00:57:33,550
Dia yang tak pernah mengalah
688
00:57:33,630 --> 00:57:35,880
walaupun terjatuh dan tercedera.
689
00:57:37,430 --> 00:57:39,930
Dia yang dibiarkan bersendirian
690
00:57:40,010 --> 00:57:43,600
menghadapi dunia yang mengundang
kesengsaraan yang tak berpenghujung.
691
00:57:46,190 --> 00:57:49,860
Kita telah nekad untuk melindungi dia.
692
00:57:51,650 --> 00:57:52,730
Hyun…
693
00:58:07,790 --> 00:58:09,380
Jika dimakzulkan,
694
00:58:09,960 --> 00:58:12,460
Tuanku akan berdepan dengan maut.
695
00:58:13,250 --> 00:58:16,550
Walaupun Tuanku dapat
mengekalkan kedudukan Tuanku,
696
00:58:16,630 --> 00:58:20,720
bagaimanakah Tuanku akan
hadapi rintangan-rintangan mendatang?
697
00:58:22,260 --> 00:58:26,560
Selama ini, Tuanku mungkin berjaya
merahsiakan diri Tuanku yang sebenar,
698
00:58:26,640 --> 00:58:28,770
tapi ia akan bertambah rumit.
699
00:58:29,810 --> 00:58:31,230
Tentunya Tuanku sedar,
700
00:58:31,860 --> 00:58:36,280
sekiranya perihal ini terbongkar,
nyawa Tuanku akan terancam.
701
00:58:41,410 --> 00:58:42,490
Apa…
702
00:58:46,540 --> 00:58:51,170
yang ingin kamu sampaikan kepada kita?
703
00:58:52,540 --> 00:58:57,970
Kita pernah bercerita, jika Tuanku terus
mengembara hingga ke penghujung jalan,
704
00:58:58,970 --> 00:59:01,050
ada laut yang menanti.
Masihkah Tuanku ingat?
705
00:59:02,600 --> 00:59:06,180
Di sana ada sebuah bahtera yang besar.
706
00:59:09,440 --> 00:59:11,230
Belayarlah bersama bahtera itu.
707
00:59:12,440 --> 00:59:14,520
Ke mana saja yang Tuanku hajati,
708
00:59:15,610 --> 00:59:17,320
kita akan temani Tuanku.
709
00:59:54,360 --> 00:59:55,560
RAYUAN PEMAKZULAN
710
01:00:01,240 --> 01:00:03,950
RAYUAN PEMAKZULAN
711
01:03:35,000 --> 01:03:55,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
712
01:03:55,550 --> 01:03:59,430
Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali