1
00:00:06,006 --> 00:00:08,925
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:50,133 --> 00:00:52,343
Encik, mohon bertenang.
3
00:00:54,304 --> 00:00:55,388
Encik tahu encik siapa?
4
00:00:57,891 --> 00:00:59,642
- Siapa nama encik?
- Saya…
5
00:01:00,435 --> 00:01:01,978
Tak apa. Baring saja.
6
00:01:03,271 --> 00:01:05,815
Beritahu detektif pesakit dah sedar.
7
00:01:14,324 --> 00:01:17,410
Nasib baik. Nampaknya,
kamu cuma kejang otot.
8
00:01:17,494 --> 00:01:20,246
- Mungkin sakit, tapi tak apa-apa.
- Syukurlah.
9
00:01:20,330 --> 00:01:22,791
Jadi, saya boleh teruskan berlawan?
10
00:01:22,874 --> 00:01:26,836
Mereka beri 30 minit masa pemulihan.
Bergantung pada kesakitan kamu.
11
00:01:26,920 --> 00:01:30,882
Kalau teruk, saya tak saran teruskan.
Saya ambilkan pek ais.
12
00:01:30,965 --> 00:01:31,925
Terima kasih.
13
00:01:35,178 --> 00:01:36,471
Rasa bagaimana?
14
00:01:36,554 --> 00:01:38,181
Tak teruk. Sakit sedikit.
15
00:01:38,264 --> 00:01:40,183
Miggy, kamu tak perlu teruskan.
16
00:01:40,266 --> 00:01:43,353
Jangan risau.
Kalau rasa tak elok, saya tak teruskan.
17
00:01:44,187 --> 00:01:46,189
- Pastikan dia selamat.
- Baik.
18
00:01:46,272 --> 00:01:47,190
Dengar sini.
19
00:01:48,316 --> 00:01:50,235
Kamu sangat hebat tadi
20
00:01:50,318 --> 00:01:53,988
terutamanya apabila kamu tendang
muka budak itu.
21
00:01:54,072 --> 00:01:55,448
Terima kasih, nenek.
22
00:01:57,909 --> 00:01:58,743
Pergi dulu.
23
00:01:59,744 --> 00:02:03,289
Baiklah. Kita ada setengah jam.
Jangan tunduk pada kesakitan.
24
00:02:05,166 --> 00:02:09,253
Robby Keene mendahului 1-0
menentang Demetri Alexopoulos
25
00:02:09,336 --> 00:02:10,922
untuk ke pusingan akhir.
26
00:02:12,590 --> 00:02:13,800
Mata. Keene.
27
00:02:13,883 --> 00:02:15,343
Markah, dua kosong.
28
00:02:15,426 --> 00:02:16,553
Sila ke sensei.
29
00:02:18,388 --> 00:02:19,222
Baiklah.
30
00:02:20,932 --> 00:02:23,977
Dulu saya sukar lawan dia
semasa dia di pihak baik.
31
00:02:24,060 --> 00:02:25,353
Sekarang dia dah jadi Sith,
32
00:02:25,436 --> 00:02:28,273
saya bagai Jedi kerdil
yang bakal disembelih.
33
00:02:28,356 --> 00:02:32,026
Kau lebih tinggi dan ada kelebihan.
Begitulah Obi-Wan tewaskan Anakin.
34
00:02:32,110 --> 00:02:34,404
Ingat asas-asas kamu.
35
00:02:34,487 --> 00:02:37,824
Tarik nafas, hembus. Bernafas.
Kamu boleh. Ayuh, Demetri.
36
00:02:40,243 --> 00:02:42,537
- Ayuh.
- Ke garisan.
37
00:02:45,165 --> 00:02:46,082
Sedia.
38
00:02:48,001 --> 00:02:49,252
Dan lawan!
39
00:02:53,131 --> 00:02:54,966
Rintangan. Tiada mata!
40
00:03:09,105 --> 00:03:10,023
Mata.
41
00:03:10,106 --> 00:03:11,441
Pemenang.
42
00:03:22,076 --> 00:03:22,952
Okey.
43
00:03:23,745 --> 00:03:24,787
Dia sangat hebat.
44
00:03:25,622 --> 00:03:26,831
Kamu juga.
45
00:03:27,540 --> 00:03:28,666
- Terima kasih.
- Mari.
46
00:03:36,090 --> 00:03:38,593
Semua peserta separuh akhir perempuan,
47
00:03:38,676 --> 00:03:42,347
sila laporkan diri.
Perlawanan lima minit lagi.
48
00:03:43,556 --> 00:03:44,390
Hai.
49
00:03:46,017 --> 00:03:47,018
Aku…
50
00:03:47,852 --> 00:03:49,771
Aku tengok kau berlawan tadi.
51
00:03:51,564 --> 00:03:54,609
Aku juga tengok
Robby bertanding tahun lepas. Dia…
52
00:03:55,276 --> 00:03:56,861
Dia antara yang terbaik.
53
00:03:56,945 --> 00:03:57,862
Kau nak apa?
54
00:04:01,115 --> 00:04:04,827
Aku cuma nak minta maaf, okey?
55
00:04:04,911 --> 00:04:07,038
Atas semua yang aku buat.
56
00:04:07,121 --> 00:04:10,208
Memang tak patut. Mungkin aku cuma nak…
57
00:04:10,291 --> 00:04:13,962
Tunjuk lagak depan kawan-kawan
dengan mengacau budak baru.
58
00:04:15,630 --> 00:04:17,632
Ya. Okey, aku minta maaf.
59
00:04:17,714 --> 00:04:20,843
Aku hanya boleh bayangkan
bagaimana rasanya.
60
00:04:20,927 --> 00:04:22,178
Kau boleh bayangkan?
61
00:04:23,263 --> 00:04:24,514
Okey, teruskan.
62
00:04:26,391 --> 00:04:28,101
- Teruskan dan…
- Bagaimana rasanya?
63
00:04:28,184 --> 00:04:30,979
Tak seronok?
64
00:04:31,062 --> 00:04:32,438
Maknanya, kau tak tahu.
65
00:04:33,898 --> 00:04:36,734
Sebab tiada sesiapa
pernah buat tahi pada kau.
66
00:04:38,278 --> 00:04:40,196
Mungkin ini masanya untuk kau tahu.
67
00:04:43,741 --> 00:04:47,036
Bagaimana rasanya, LaPengecut?
Tak seronok? Bangun!
68
00:04:55,920 --> 00:04:57,171
Kamu buat apa?
69
00:04:57,255 --> 00:05:01,342
Membalas pada budak yang fikir
dia boleh buli saya dan terlepas.
70
00:05:03,219 --> 00:05:04,929
Anthony LaRusso buli kamu?
71
00:05:05,013 --> 00:05:06,264
Tidak lagi.
72
00:05:09,100 --> 00:05:10,351
Dengar tak?
73
00:05:11,519 --> 00:05:16,149
Sedia untuk sekolah menengah tahun depan
sebab kau akan menderita.
74
00:05:17,900 --> 00:05:18,901
Hei.
75
00:05:20,820 --> 00:05:22,322
Ini bukan yang saya ajar.
76
00:05:22,905 --> 00:05:23,906
Ini Cobra Kai.
77
00:05:25,450 --> 00:05:26,451
Tanpa belas.
78
00:05:33,499 --> 00:05:36,711
- Anthony, kamu okey?
- Saya okey. Biarkan saya.
79
00:05:37,337 --> 00:05:40,006
- Anthony, kita…
- Saya kata biarkan saya!
80
00:05:45,511 --> 00:05:48,765
Perlawanan separuh akhir ini
dibayangi Cobra Kai.
81
00:05:49,265 --> 00:05:52,518
Tory Nichols menuju ke pentas akhir.
82
00:05:52,602 --> 00:05:53,478
Pemenang!
83
00:05:53,561 --> 00:05:55,980
Kita akan saksikan pertarungan agung.
84
00:05:56,064 --> 00:05:59,817
Ini dia Samantha LaRusso dan Miyagi-Do.
85
00:06:02,820 --> 00:06:04,238
Mata! Pemenang!
86
00:06:04,864 --> 00:06:07,283
Perlawanan akhir perempuan sudah sah.
87
00:06:12,914 --> 00:06:14,874
- Bagaimana budak itu?
- Peduli pula?
88
00:06:17,293 --> 00:06:18,127
Begini,
89
00:06:18,753 --> 00:06:21,422
hal dengan Terry di dojo lama itu
90
00:06:21,923 --> 00:06:23,257
aku tak tahu menahu.
91
00:06:23,341 --> 00:06:26,094
- Saya tak ada masa.
- Tak perlulah begini.
92
00:06:26,177 --> 00:06:29,097
Kau patutnya boleh bersama
aku dan anak kau.
93
00:06:33,142 --> 00:06:35,228
Sensei tak pedulikan Robby,
macam saya dahulu.
94
00:06:35,311 --> 00:06:36,229
Mengarut.
95
00:06:36,854 --> 00:06:38,731
Aku paling pedulikan kau.
96
00:06:38,815 --> 00:06:40,274
Pelik cara sensei.
97
00:06:42,527 --> 00:06:44,112
Paksa saya main kotor.
98
00:06:44,195 --> 00:06:45,321
Sapu kaki dia.
99
00:06:45,405 --> 00:06:47,156
Kau ada masalah?
100
00:06:48,616 --> 00:06:49,492
Tidak, sensei.
101
00:06:50,493 --> 00:06:51,494
Tanpa belas.
102
00:06:52,662 --> 00:06:55,331
Sensei korbankan saya
asalkan Cobra Kai juara.
103
00:06:55,415 --> 00:06:56,791
Itu tak benar.
104
00:06:57,291 --> 00:06:59,335
Aku mahu kau jadi juara.
105
00:06:59,961 --> 00:07:01,629
Tapi kau kalah kosong dua.
106
00:07:01,712 --> 00:07:03,840
Dan kau hampir dibelasah.
107
00:07:03,923 --> 00:07:07,051
Aku tahu ia akan lemahkan semangat kau.
108
00:07:07,593 --> 00:07:08,886
Dan aku betul.
109
00:07:09,595 --> 00:07:11,681
Sebabnya, tak kira apa orang kata,
110
00:07:11,764 --> 00:07:14,642
memang penting kita kalah atau menang.
111
00:07:16,602 --> 00:07:20,606
Kalau aku boleh bantu Robby menang,
dia akan ingat seumur hidupnya.
112
00:07:21,107 --> 00:07:22,400
Mungkin suatu hari,
113
00:07:22,942 --> 00:07:25,570
dia yang akan terus hidupkan Cobra Kai.
114
00:07:25,653 --> 00:07:27,488
Tak, ia takkan berlaku.
115
00:07:28,865 --> 00:07:29,824
Sebab malam ini,
116
00:07:30,741 --> 00:07:32,243
Cobra Kai akan mati.
117
00:07:38,291 --> 00:07:42,211
Perlawanan separuh akhir lelaki
akan bersambung dalam lima minit.
118
00:07:42,295 --> 00:07:43,629
Hei. Nah, sapu ini.
119
00:07:44,380 --> 00:07:45,506
Kita perlu cepat.
120
00:07:46,424 --> 00:07:49,343
Sensei, saya tak yakin saya boleh.
121
00:07:49,427 --> 00:07:50,261
Kamu boleh.
122
00:07:51,012 --> 00:07:53,681
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
123
00:07:55,766 --> 00:07:59,729
Kamu tak dapat beri sepenuhnya,
tapi kamu ada jiwa seorang juara.
124
00:08:00,730 --> 00:08:04,859
Segala yang kamu pelajari dan lalui
adalah persediaan untuk saat ini.
125
00:08:05,985 --> 00:08:08,112
Tunjukkan pada dunia kemampuan kamu.
126
00:08:10,740 --> 00:08:14,243
Buat sebaiknya. Kalau berjaya,
kita bukan saja jatuhkan Cobra Kai
127
00:08:14,327 --> 00:08:17,580
tapi juga buktikan pada LaRusso
dan lain-lain siapa yang terbaik.
128
00:08:18,915 --> 00:08:20,416
- Oh, itu niatnya.
- Hei.
129
00:08:21,250 --> 00:08:24,212
Kita tiada peluang lain.
Sekarang saja masanya.
130
00:08:24,712 --> 00:08:26,172
Kamu ingat taruhannya?
131
00:08:26,255 --> 00:08:29,342
Kalau kita kalah,
saya bukan sensei kamu lagi. Mahu?
132
00:08:32,094 --> 00:08:34,054
Baiklah, buktikan. Usahakannya.
133
00:08:34,138 --> 00:08:36,724
Buktikan kamu bukan budak lagi. Okey?
134
00:08:37,433 --> 00:08:39,227
Buktikan kamu lelaki gagah.
135
00:08:41,102 --> 00:08:42,104
Boleh?
136
00:08:44,690 --> 00:08:45,525
Ya,
137
00:08:46,484 --> 00:08:47,318
sensei.
138
00:08:47,401 --> 00:08:48,361
Okey, bagus.
139
00:08:48,861 --> 00:08:51,822
Sapu sedikit. Kamu boleh.
Jumpa di luar sana.
140
00:08:53,658 --> 00:08:57,870
Cobra Kai dan Miyagi-Do memang setanding
dari segi kedudukannya.
141
00:08:58,621 --> 00:09:00,414
Tapi ada pesaing mengejut…
142
00:09:00,498 --> 00:09:02,333
Atau mungkin seekor burung?
143
00:09:02,416 --> 00:09:04,544
…yang masih ada peluang.
144
00:09:05,044 --> 00:09:09,048
Adakah Karate Eagle Fang akan kekal
dalam pertembungan antara dojo?
145
00:09:09,966 --> 00:09:11,592
Kita ketahui sebentar lagi.
146
00:09:12,176 --> 00:09:16,681
Miguel Diaz ada seminit
untuk kembali ke gelanggang.
147
00:09:19,100 --> 00:09:20,309
Jam pemasa?
148
00:09:21,352 --> 00:09:22,979
Agak dramatik, bukan?
149
00:09:23,062 --> 00:09:24,480
Ya, inilah All Valley.
150
00:09:36,242 --> 00:09:37,076
Ayuh!
151
00:09:45,126 --> 00:09:48,004
Dia tunggu hingga ke saat akhir, ya?
152
00:09:54,927 --> 00:09:58,472
Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh,
153
00:09:58,556 --> 00:10:00,474
enam, lima,
154
00:10:00,558 --> 00:10:01,601
empat,
155
00:10:01,684 --> 00:10:02,602
tiga,
156
00:10:02,685 --> 00:10:04,437
dua, satu!
157
00:10:06,897 --> 00:10:07,773
Nampaknya,
158
00:10:08,983 --> 00:10:11,819
Miguel Diaz takkan bertanding.
159
00:10:13,237 --> 00:10:14,238
Ini bermakna,
160
00:10:15,239 --> 00:10:18,451
kemenangan menjadi milik Eli Moskowitz,
161
00:10:18,951 --> 00:10:20,620
yang akan ke pusingan akhir
162
00:10:20,703 --> 00:10:23,956
dan menentang Robby Keene.
163
00:10:24,040 --> 00:10:25,916
Pusingan akhir menyusul.
164
00:10:27,918 --> 00:10:29,712
Johnny. Apa yang berlaku?
165
00:10:30,963 --> 00:10:31,964
Saya gagal.
166
00:10:32,048 --> 00:10:33,257
Di mana Miguel?
167
00:10:33,341 --> 00:10:34,342
Saya tak tahu.
168
00:10:34,884 --> 00:10:36,469
Saya datang tapi dia tiada.
169
00:10:37,053 --> 00:10:39,722
Mungkin dia takut jumpa awak.
Dia fikir dia kecewakan awak.
170
00:10:39,805 --> 00:10:41,641
Tak, saya yang kecewakan dia.
171
00:10:42,141 --> 00:10:43,434
- Tidak.
- Ya.
172
00:10:48,481 --> 00:10:49,565
Tahniah.
173
00:10:50,775 --> 00:10:52,276
Awak ke pusingan akhir.
174
00:10:53,694 --> 00:10:55,821
Kenapa dengan awak? Awak okey?
175
00:10:56,405 --> 00:10:57,448
Ya. Saya okey.
176
00:10:58,115 --> 00:10:58,991
Saya cuma rasa
177
00:11:00,618 --> 00:11:02,745
saya bukan berlawan demi saya lagi.
178
00:11:03,496 --> 00:11:04,330
Saya faham.
179
00:11:05,289 --> 00:11:07,249
Saya rasa tekanan ayah saya juga.
180
00:11:09,210 --> 00:11:10,086
Ya, cuma,
181
00:11:11,337 --> 00:11:12,588
sensei bukan ayah saya.
182
00:11:15,549 --> 00:11:18,427
Apa pun, saya cuma nak ucap semoga berjaya
183
00:11:19,303 --> 00:11:20,262
dan beritahu…
184
00:11:20,346 --> 00:11:23,182
Finalis, sila laporkan diri
di gelanggang tengah.
185
00:11:24,684 --> 00:11:25,685
Saya perlu pergi
186
00:11:25,768 --> 00:11:28,270
tapi awak akan sokong saya di sana, bukan?
187
00:11:30,898 --> 00:11:32,566
Saya sentiasa sokong awak.
188
00:11:43,911 --> 00:11:46,122
Hadirin sekalian,
189
00:11:46,205 --> 00:11:48,332
penantian kita kini berakhir.
190
00:11:49,542 --> 00:11:51,043
Ini pusingan akhir!
191
00:11:52,753 --> 00:11:55,589
Memandangkan Cobra Kai
mengutip mata tertinggi,
192
00:11:55,673 --> 00:11:59,427
mereka hanya perlu menang satu perlawanan
untuk menjadi Juara Keseluruhan.
193
00:11:59,510 --> 00:12:00,344
Namun,
194
00:12:01,220 --> 00:12:03,264
jika Miyagi-Do menang
kedua-dua perlawanan,
195
00:12:03,764 --> 00:12:05,141
kejuaraan milik mereka!
196
00:12:06,434 --> 00:12:07,643
Sungguh mendebarkan.
197
00:12:08,644 --> 00:12:10,771
Perlawanan pertama, kategori lelaki.
198
00:12:11,272 --> 00:12:13,899
Semoga berjaya buat para peserta kita!
199
00:12:13,983 --> 00:12:15,276
Ayuh!
200
00:12:18,696 --> 00:12:19,697
Inilah dia.
201
00:12:21,073 --> 00:12:24,577
Tunjukkan bahawa kamu tak perlukan
LaRusso dan ayah kamu.
202
00:12:25,202 --> 00:12:26,954
Kamu mampu berdikari.
203
00:12:31,083 --> 00:12:33,461
Ini peluang untuk balas
apa yang Robby buat.
204
00:12:33,544 --> 00:12:34,754
Ini bukan soal dia.
205
00:12:34,837 --> 00:12:37,173
Pergelutan terhebat datang dari dalam.
206
00:12:37,256 --> 00:12:40,468
Okey, fokus.
Pertahanan, tumpuan, kekuatan.
207
00:12:40,551 --> 00:12:44,138
Cari keseimbangan kamu
dan semua itu akan hadir. Okey?
208
00:12:44,221 --> 00:12:45,347
Peserta.
209
00:12:45,431 --> 00:12:46,974
Pergilah. Lawan dia.
210
00:13:00,529 --> 00:13:02,156
Hadap ke sini. Tunduk.
211
00:13:03,824 --> 00:13:05,159
Hadap lawan. Tunduk.
212
00:13:08,329 --> 00:13:10,039
Sedia. Lawan!
213
00:13:16,796 --> 00:13:18,964
Mata! Satu kosong, Keene.
214
00:13:20,090 --> 00:13:21,759
- Marilah!
- Ke garisan.
215
00:13:23,052 --> 00:13:23,928
Berehat.
216
00:13:28,724 --> 00:13:31,811
Dia tahu semua gerakan saya.
Dia berlatih di Miyagi-Do lebih lama.
217
00:13:37,274 --> 00:13:39,777
Kamu di Cobra Kai lebih lama daripada dia.
218
00:13:39,860 --> 00:13:43,906
Kamu tahu karate masing-masing.
Buat dia main bertahan.
219
00:13:56,418 --> 00:13:58,212
Sedia? Lawan!
220
00:14:11,767 --> 00:14:13,185
Mata, Miyagi-Do!
221
00:14:13,269 --> 00:14:14,395
Ke garisan.
222
00:14:15,354 --> 00:14:16,355
Ayuh, Eli!
223
00:14:16,939 --> 00:14:18,023
Markah, satu sama.
224
00:14:18,691 --> 00:14:19,525
Sedia?
225
00:14:20,317 --> 00:14:21,360
Dan lawan!
226
00:14:35,416 --> 00:14:37,126
Tiada mata. Rintangan.
227
00:14:37,209 --> 00:14:38,127
Teruskan.
228
00:14:54,935 --> 00:14:55,769
Teruskan.
229
00:15:01,817 --> 00:15:03,235
Tiada mata. Rintangan.
230
00:15:16,874 --> 00:15:18,584
Tiada mata. Teruskan!
231
00:15:28,928 --> 00:15:30,054
Sila kembali.
232
00:15:31,680 --> 00:15:33,515
Sukar dipercayai!
233
00:15:34,141 --> 00:15:37,478
Dua pesaing hebat ini
234
00:15:37,561 --> 00:15:40,689
telah mencapai had tiga minit
dengan seri satu sama.
235
00:15:40,773 --> 00:15:44,485
Ini bermakna,
kejuaraan mereka akan ditentukan,
236
00:15:44,568 --> 00:15:47,321
setelah sekian lama sejak 1985,
237
00:15:47,821 --> 00:15:50,199
dalam masa tambahan pusingan kalah mati.
238
00:15:50,991 --> 00:15:51,909
Ayuh!
239
00:16:11,470 --> 00:16:12,680
Sila ke sensei.
240
00:16:17,309 --> 00:16:21,355
Kamu terlalu menghormatinya.
Ini sepatutnya dah tamat sekarang.
241
00:16:22,439 --> 00:16:23,816
Sensei nak lawan dia?
242
00:16:26,485 --> 00:16:27,528
Kamu marah.
243
00:16:28,696 --> 00:16:29,697
Bagus.
244
00:16:29,780 --> 00:16:30,656
Manfaatkannya.
245
00:16:31,156 --> 00:16:32,408
Sangat menakjubkan!
246
00:16:32,491 --> 00:16:34,201
Nasihat untuk mata terakhir?
247
00:16:42,209 --> 00:16:43,919
Gunakan semua yang kamu ada.
248
00:16:48,007 --> 00:16:49,967
Peserta, silakan masuk.
249
00:17:21,582 --> 00:17:24,501
Mata seterusnya mata kemenangan.
Semoga berjaya. Sedia?
250
00:17:26,587 --> 00:17:27,921
Dan…
251
00:17:29,923 --> 00:17:30,758
lawan!
252
00:18:08,712 --> 00:18:09,838
Tiada mata!
253
00:18:11,965 --> 00:18:12,883
Teruskan.
254
00:18:28,524 --> 00:18:30,484
- Tiada mata! Teruskan.
- Tak apa.
255
00:18:38,826 --> 00:18:39,660
Mari.
256
00:18:40,452 --> 00:18:41,286
Marilah!
257
00:18:45,916 --> 00:18:47,501
Mata! Pemenang!
258
00:18:50,129 --> 00:18:51,755
Ya!
259
00:18:57,094 --> 00:18:58,679
Juara lelaki kita,
260
00:18:59,304 --> 00:19:03,392
Eli Moskowitz!
261
00:19:04,810 --> 00:19:06,228
Ya!
262
00:19:06,311 --> 00:19:07,312
Dan dengan itu,
263
00:19:07,396 --> 00:19:09,982
Miyagi-Do mendahului
kedudukan keseluruhan!
264
00:19:10,649 --> 00:19:14,069
Perlawanan akhir perempuan
menjadi penentunya,
265
00:19:14,570 --> 00:19:15,946
menyusul selepas ini.
266
00:19:17,656 --> 00:19:20,159
Ya!
267
00:19:24,204 --> 00:19:25,080
Robby.
268
00:19:26,582 --> 00:19:27,708
Kau okey?
269
00:19:28,709 --> 00:19:29,543
Ya.
270
00:19:30,669 --> 00:19:32,504
Fokus pada perlawanan kau. Aku…
271
00:19:33,755 --> 00:19:35,174
cuma nak lapangkan fikiran.
272
00:19:41,013 --> 00:19:44,016
Semuanya bergantung
pada perlawanan terakhir.
273
00:19:44,766 --> 00:19:48,270
- Ya, saya perlu kembali ke sana.
- Saya berhubung dengan Dr. Hillier.
274
00:19:48,770 --> 00:19:51,106
Dia kata kamu patuhi janji temu kamu.
275
00:19:53,066 --> 00:19:55,777
Ya, dia cari sukarelawan
untuk bantu mak saya.
276
00:19:57,279 --> 00:19:59,031
Terima kasih, saya terhutang budi.
277
00:19:59,114 --> 00:20:01,783
Kalau begitu, kamu boleh balas sekarang
278
00:20:02,951 --> 00:20:04,912
dengan memastikan Sam tak cedera.
279
00:20:05,621 --> 00:20:09,041
- Ini karate. Mana boleh janji…
- Saya tak suruh bagi muka.
280
00:20:09,124 --> 00:20:11,543
Saya cuma mohon kamu ikut peraturan
281
00:20:12,544 --> 00:20:14,755
meski saya sendiri tak memahaminya.
282
00:20:15,547 --> 00:20:18,842
Okey, saya nak keluar
untuk sokong anak saya.
283
00:20:18,926 --> 00:20:21,220
Tapi apa yang saya paling nantikan
284
00:20:21,303 --> 00:20:25,807
adalah perlawanan ini akan akhiri
segala masalah kamu berdua.
285
00:20:32,940 --> 00:20:34,066
Rasanya Sam.
286
00:20:34,566 --> 00:20:35,609
Entahlah.
287
00:20:36,568 --> 00:20:38,111
Nichols sentiasa membara.
288
00:20:38,904 --> 00:20:39,738
Johnny.
289
00:20:45,577 --> 00:20:46,411
Kau nak apa?
290
00:20:48,413 --> 00:20:49,289
Bantuan kau.
291
00:20:50,165 --> 00:20:52,793
Kita mungkin dah sebati
dengan cara sendiri,
292
00:20:53,710 --> 00:20:56,380
tapi budak-budak ini masih berkembang.
293
00:20:56,880 --> 00:20:58,632
Mereka boleh belajar dengan kita
294
00:20:58,715 --> 00:21:02,135
dan gunakan ilmu itu
untuk cipta cara mereka sendiri.
295
00:21:03,720 --> 00:21:06,348
Mungkin sebelum ini aku tak mahu kerana
296
00:21:07,266 --> 00:21:09,935
aku terlalu mementingkan
legasi Tuan Miyagi.
297
00:21:11,061 --> 00:21:14,064
Tapi aku terlupa satu ajaran pentingnya.
298
00:21:14,147 --> 00:21:18,026
Sebagaimana bonsai pilih
cara tumbuh sendiri
299
00:21:18,110 --> 00:21:19,528
disebabkan akarnya kuat,
300
00:21:20,779 --> 00:21:23,740
kamu juga pilih cara karate sendiri.
301
00:21:24,241 --> 00:21:25,784
Ya, saya ikut cara sensei.
302
00:21:27,244 --> 00:21:29,621
Satu masa nanti, kamu ikut cara sendiri.
303
00:21:30,414 --> 00:21:33,041
Aku takut Sam terpengaruh dengan kau.
304
00:21:34,543 --> 00:21:36,628
Tapi sekarang aku nampak,
305
00:21:36,712 --> 00:21:38,630
sebahagian perkara yang kau ajar
306
00:21:39,589 --> 00:21:40,924
ada manfaatnya juga.
307
00:21:43,927 --> 00:21:45,929
Maaf aku tak sedar lebih awal.
308
00:21:48,181 --> 00:21:49,349
Aku pun minta maaf.
309
00:21:51,977 --> 00:21:54,938
Aku nampak kau dan Miguel
makin rapat. Aku gelabah.
310
00:21:56,898 --> 00:21:58,859
Aku takut hubungan kami tergugat.
311
00:21:59,526 --> 00:22:01,403
Sekarang aku tanggung akibatnya.
312
00:22:02,529 --> 00:22:04,656
Aku patut biar dia berlatih dengan kau.
313
00:22:05,699 --> 00:22:07,409
Tentu dia lebih kuat.
314
00:22:10,245 --> 00:22:13,582
Memandangkan kita dah tutup buku lama,
315
00:22:15,167 --> 00:22:16,752
mari bergabung semula?
316
00:22:17,336 --> 00:22:19,046
Nak aku bantu Miyagi-Do menang?
317
00:22:20,213 --> 00:22:21,089
Miyagi…
318
00:22:23,383 --> 00:22:24,217
Fang.
319
00:22:24,718 --> 00:22:26,094
Untuk hari ini saja.
320
00:22:33,518 --> 00:22:34,353
Mari.
321
00:22:36,396 --> 00:22:40,984
Tiada yang lebih mengujakan
bagi melabuhkan tirai kejohanan
322
00:22:41,818 --> 00:22:45,030
selain daripada perlawanan
yang takkan dilupakan ini.
323
00:22:45,113 --> 00:22:47,366
Mewakili Cobra Kai,
324
00:22:47,449 --> 00:22:49,534
Ratu Cobra sendiri,
325
00:22:49,618 --> 00:22:52,120
Tory Nichols!
326
00:22:53,663 --> 00:22:58,085
Beliau dibimbing oleh sensei-senseinya,
John Kreese dan Terry Silver.
327
00:22:58,168 --> 00:23:00,921
Mewakili Karate Miyagi-Do pula,
328
00:23:01,004 --> 00:23:03,465
Ratu Bonsai,
329
00:23:03,548 --> 00:23:06,927
Samantha LaRusso!
330
00:23:07,469 --> 00:23:09,971
Beliau dibimbing sensei yang juga bapanya,
331
00:23:10,055 --> 00:23:13,058
juara All Valley dua kali
iaitu Daniel LaRusso.
332
00:23:13,141 --> 00:23:18,188
Maklumat terbaru. Sensei LaRusso kini
berganding dengan Sensei Lawrence.
333
00:23:22,526 --> 00:23:23,860
Maka… Sebentar.
334
00:23:28,115 --> 00:23:29,491
Maaf, ada kesilapan.
335
00:23:29,574 --> 00:23:32,619
Juara All Valley dua kali juga,
336
00:23:32,702 --> 00:23:35,330
Sensei Johnny Lawrence!
337
00:23:36,081 --> 00:23:37,082
Ayuh!
338
00:23:40,794 --> 00:23:42,462
Jangan risau tentang mereka.
339
00:23:43,588 --> 00:23:45,257
Kamu dah biasa berlawan dalam hidup.
340
00:23:46,007 --> 00:23:48,718
Ini masa untuk pastikan
semua itu berbaloi.
341
00:23:49,970 --> 00:23:51,888
Gunakan jiwa kamu yang membara.
342
00:23:51,972 --> 00:23:53,223
Baik, sensei.
343
00:23:54,182 --> 00:23:55,016
Hei.
344
00:23:56,143 --> 00:23:57,060
Semoga berjaya.
345
00:23:58,061 --> 00:23:59,604
Masuk gelanggang, Nichols.
346
00:24:00,522 --> 00:24:02,315
Okey. Sedia untuk membantai?
347
00:24:02,399 --> 00:24:03,400
Ya, sensei.
348
00:24:03,942 --> 00:24:06,111
Kalau sensei lagi satu izinkan?
349
00:24:06,695 --> 00:24:08,321
Ayah nak lihat kamu menang,
350
00:24:08,822 --> 00:24:10,323
sama ada secara bertahan
351
00:24:11,158 --> 00:24:12,075
atau menyerang,
352
00:24:12,159 --> 00:24:13,702
Miyagi-Do atau Eagle Fang.
353
00:24:14,536 --> 00:24:16,204
Kamu jadilah diri sendiri.
354
00:24:16,830 --> 00:24:18,874
Cuma pastikan emosi kamu terkawal…
355
00:24:25,338 --> 00:24:26,882
Maaf. Ayah kata apa?
356
00:24:29,009 --> 00:24:30,969
Pergi bantai Cobra Kai.
357
00:24:31,970 --> 00:24:33,680
Peserta, sila ambil tempat.
358
00:24:38,226 --> 00:24:39,227
LaRusso!
359
00:24:44,149 --> 00:24:45,317
Semoga berjaya.
360
00:24:45,942 --> 00:24:47,444
Hadap ke sini. Tunduk.
361
00:24:48,528 --> 00:24:49,738
Hadap lawan. Tunduk.
362
00:24:52,073 --> 00:24:52,908
Sedia?
363
00:24:59,414 --> 00:25:00,999
Dan lawan!
364
00:25:10,091 --> 00:25:11,635
- Mata!
- Ya!
365
00:25:12,511 --> 00:25:14,679
LaRusso. Markah, satu kosong.
366
00:25:16,431 --> 00:25:17,933
Alamak!
367
00:25:18,016 --> 00:25:18,850
Apa itu?
368
00:25:19,851 --> 00:25:21,353
Tendangan puting beliung.
369
00:25:22,521 --> 00:25:24,523
Dia tak guna Miyagi-Do. Dia mengasak.
370
00:25:24,606 --> 00:25:28,527
Kamu asak lebih lagi.
Saya tahu kemampuan kamu. Lepaskannya!
371
00:25:28,610 --> 00:25:29,486
Ayuh!
372
00:25:31,321 --> 00:25:32,239
Sedia?
373
00:25:33,448 --> 00:25:34,741
Dan lawan!
374
00:25:40,789 --> 00:25:41,706
Mata, Nichols!
375
00:25:41,790 --> 00:25:43,124
Markah, satu sama.
376
00:25:48,713 --> 00:25:49,631
Sedia?
377
00:25:51,883 --> 00:25:52,717
Lawan!
378
00:25:57,472 --> 00:25:59,432
Mata! Dua satu, Nichols.
379
00:26:00,141 --> 00:26:00,976
Tak guna!
380
00:26:04,479 --> 00:26:07,566
Saya serang tapi tak menjadi.
Gaya apa patut saya guna?
381
00:26:09,776 --> 00:26:11,695
Gaya kamu. Ikut naluri sendiri.
382
00:26:11,778 --> 00:26:15,615
Gunakan semua ajaran ayah
dan Sensei Lawrence. Semuanya.
383
00:26:16,575 --> 00:26:17,576
Ayah kamu betul,
384
00:26:18,952 --> 00:26:20,078
sesekali.
385
00:26:22,706 --> 00:26:23,873
Ayuh, Sam!
386
00:26:36,803 --> 00:26:37,762
Sedia?
387
00:26:37,846 --> 00:26:39,264
Dan lawan!
388
00:26:47,939 --> 00:26:49,608
Tiada mata. Rintangan.
389
00:27:05,165 --> 00:27:06,625
Tiada mata. Terkeluar.
390
00:27:06,708 --> 00:27:07,584
Apa?
391
00:27:08,293 --> 00:27:10,629
Apa ini! Dia terkeluar selepas terkena!
392
00:27:11,421 --> 00:27:12,547
Ya!
393
00:27:18,428 --> 00:27:19,304
Sedia?
394
00:27:21,014 --> 00:27:23,308
Dan lawan!
395
00:27:34,653 --> 00:27:36,112
Mata, LaRusso.
396
00:27:42,619 --> 00:27:45,622
Markah dua sama.
Mata seterusnya penentuan. Sedia?
397
00:27:50,043 --> 00:27:51,044
Lawan!
398
00:27:53,755 --> 00:27:55,298
Ada rintangan. Tiada mata!
399
00:28:19,280 --> 00:28:21,491
Amaran. Siku mengenai muka.
400
00:28:21,574 --> 00:28:24,619
- Sila ke sensei.
- Amaran? Sepatutnya mata ditolak!
401
00:28:24,703 --> 00:28:26,621
Aku tak berniat. Tak sengaja.
402
00:28:26,705 --> 00:28:27,914
Sila ke sensei.
403
00:28:32,752 --> 00:28:34,254
- Kamu okey?
- Ya.
404
00:28:34,337 --> 00:28:36,256
Saya terkena tapi saya masih boleh lawan.
405
00:28:36,339 --> 00:28:39,134
Kalau dia begitu lagi, sasarkan mata dia.
406
00:28:39,217 --> 00:28:42,053
- Kalau tak nampak, tak boleh lawan.
- Saya takkan digugurkan?
407
00:28:42,137 --> 00:28:44,764
Kenapa? Dia yang langgar siku kamu.
408
00:28:44,848 --> 00:28:48,184
Buat macam yang kamu buat tadi,
kononnya pertahanan.
409
00:28:48,268 --> 00:28:50,395
Paling teruk pun cuma amaran lagi.
410
00:28:50,478 --> 00:28:51,396
Percayalah.
411
00:28:51,896 --> 00:28:54,524
Pengadil takkan bubarkan
atas sebab teknikal.
412
00:28:54,607 --> 00:28:56,901
Saya memang tak sengaja.
Saya tak perlu main kotor.
413
00:28:57,402 --> 00:28:59,279
Tak adil. Saya dapat tempat kedua.
414
00:28:59,362 --> 00:29:01,322
Tempat kedua tiada nilai. Kau digugurkan.
415
00:29:01,406 --> 00:29:03,283
Kau tiada nilai, tewas, si kalah.
416
00:29:03,366 --> 00:29:04,325
- Tak guna.
- Ya?
417
00:29:05,744 --> 00:29:07,120
Hei, sudahlah!
418
00:29:08,246 --> 00:29:09,080
Jangan!
419
00:29:09,164 --> 00:29:10,665
Siapa tak guna sekarang?
420
00:29:10,749 --> 00:29:11,624
- Bedebah!
- Hah!
421
00:29:11,708 --> 00:29:13,752
Siapa tak guna? Aku tak dengar!
422
00:29:14,544 --> 00:29:16,254
Sejak bila kamu ingkar arahan?
423
00:29:17,881 --> 00:29:19,424
Biar dia buat apa dia nak.
424
00:29:23,470 --> 00:29:26,598
Kamu dah sampai sejauh ini.
Kini ia perjuangan kamu.
425
00:29:26,681 --> 00:29:28,141
Jadi apa pun berlaku,
426
00:29:28,224 --> 00:29:29,768
terpulang kepada kamu.
427
00:29:42,155 --> 00:29:42,989
Sedia?
428
00:29:43,490 --> 00:29:44,699
Dan lawan!
429
00:30:33,206 --> 00:30:34,791
Mata. Pemenang!
430
00:30:35,875 --> 00:30:37,085
Hei. Kau okey?
431
00:30:37,168 --> 00:30:38,002
Apa?
432
00:30:45,718 --> 00:30:47,637
- Mengagumkan!
- Kamu okey?
433
00:30:47,720 --> 00:30:50,807
- Perlawanan yang mengagumkan!
- Usaha yang baik.
434
00:30:50,890 --> 00:30:54,269
Tepukan buat juara pertama
kategori perempuan,
435
00:30:54,352 --> 00:30:56,980
Tory Nichols!
436
00:31:00,483 --> 00:31:03,945
Dan penerima piala Juara Keseluruhan
437
00:31:04,028 --> 00:31:07,448
dan masih lagi dojo paling mantap
di Valley,
438
00:31:07,949 --> 00:31:09,075
Cobra Kai!
439
00:31:16,583 --> 00:31:17,625
Terima kasih.
440
00:31:17,709 --> 00:31:18,751
Terima kasih.
441
00:31:19,878 --> 00:31:22,839
Kami amat berbangga
dengan kemenangan yang diraih.
442
00:31:23,631 --> 00:31:25,884
Kami juga dengan bangganya mengumumkan
443
00:31:26,384 --> 00:31:30,680
pembukaan francais Cobra Kai
di serata Valley tak lama lagi.
444
00:31:30,763 --> 00:31:34,058
Jadi, setiap anak muda di sini
445
00:31:34,142 --> 00:31:36,603
boleh menjadi murid di dojo kami
446
00:31:37,896 --> 00:31:40,648
dan mendalami seni bertumbuk Cobra Kai!
447
00:31:42,483 --> 00:31:45,361
- Terima kasih!
- Cobra Kai!
448
00:31:45,445 --> 00:31:51,910
Cobra Kai!
449
00:31:51,993 --> 00:31:54,454
Cobra Kai!
450
00:31:59,542 --> 00:32:02,670
Kita buat benda betul
tapi tak menang juga.
451
00:32:03,796 --> 00:32:04,923
Maafkan saya.
452
00:32:05,840 --> 00:32:07,425
Bukan salah kamu.
453
00:32:09,385 --> 00:32:10,261
Sam.
454
00:32:17,852 --> 00:32:18,853
Johnny.
455
00:32:19,854 --> 00:32:21,981
Ada orang nampak Miguel naik Uber.
456
00:32:22,065 --> 00:32:22,941
Uber itu apa?
457
00:32:23,524 --> 00:32:26,277
Macam teksi.
Dia pergi sebelum pusingan akhir.
458
00:32:27,278 --> 00:32:29,530
Tak guna. Maaf, semuanya salah saya.
459
00:32:29,614 --> 00:32:32,367
Mungkin dia nak bersendirian.
Kami nak balik.
460
00:32:32,450 --> 00:32:34,661
Okey, baliklah dulu. Jumpa di rumah.
461
00:32:35,870 --> 00:32:38,164
Kadangkala saya harap
kita boleh ulangi semula.
462
00:32:39,040 --> 00:32:40,208
Saya tahu rasanya.
463
00:32:47,423 --> 00:32:50,426
Cobra Kai!
464
00:32:54,347 --> 00:32:56,933
Hei, parti kemenangan di rumah aku!
465
00:32:57,016 --> 00:32:58,726
Ratu Cobra, datang atau tak?
466
00:32:58,810 --> 00:33:00,645
Ya. Aku nak ambil beg di lokar.
467
00:33:00,728 --> 00:33:03,231
Okey, baiklah. Ayuh semua!
468
00:33:04,357 --> 00:33:06,150
Cobra Kai!
469
00:33:06,234 --> 00:33:07,944
Cobra Kai!
470
00:33:15,451 --> 00:33:19,372
Aku ada terfikir kau akan tarik diri
daripada perjanjian kita.
471
00:33:20,081 --> 00:33:21,082
Kau nak tahu?
472
00:33:21,708 --> 00:33:23,251
Kerja kau bagus sekali.
473
00:33:23,960 --> 00:33:25,670
Tiada sesiapa syak apa-apa.
474
00:33:27,088 --> 00:33:29,298
Duit akan masuk akaun kau pagi esok.
475
00:33:29,382 --> 00:33:31,009
Terima kasih, En. Silver.
476
00:33:48,776 --> 00:33:51,279
KEDAI UNTUK DISEWA
477
00:34:14,802 --> 00:34:15,844
Apa ini?
478
00:34:22,518 --> 00:34:25,646
SERANG DAHULU SERANG KUAT
TANPA BELAS
479
00:34:51,797 --> 00:34:52,632
Robby?
480
00:34:53,716 --> 00:34:54,801
Apa yang berlaku?
481
00:34:56,344 --> 00:34:57,345
Saya ekori ayah.
482
00:34:58,304 --> 00:34:59,305
Apa halnya di sini?
483
00:35:02,767 --> 00:35:04,310
Berpindah ke tempat baru.
484
00:35:06,604 --> 00:35:08,231
Banyak tempat, rasanya.
485
00:35:09,690 --> 00:35:11,067
Hebat kamu membantai tadi.
486
00:35:13,194 --> 00:35:15,321
- Boleh jadi sebaliknya.
- Ya.
487
00:35:16,697 --> 00:35:17,532
Terima kasih.
488
00:35:18,491 --> 00:35:19,325
Hei.
489
00:35:20,576 --> 00:35:21,911
Ini cuma pertandingan.
490
00:35:24,455 --> 00:35:25,873
Jangan terlalu terkesan.
491
00:35:27,333 --> 00:35:28,334
Bukan begitu.
492
00:35:31,337 --> 00:35:32,421
Ada seorang budak,
493
00:35:33,840 --> 00:35:34,674
Kenny.
494
00:35:38,177 --> 00:35:40,012
Saya fikir saya boleh jaga dia,
495
00:35:42,098 --> 00:35:44,225
jadi mentornya.
Saya tiada mentor semasa kecil.
496
00:35:46,769 --> 00:35:48,980
Tapi apabila saya lihat dia hari ini…
497
00:35:52,942 --> 00:35:54,652
saya nampak bayangan sendiri.
498
00:35:58,531 --> 00:36:00,449
Saya sedar saya dah rosakkannya.
499
00:36:03,744 --> 00:36:05,830
Jiwa saya dipenuhi rasa benci
500
00:36:07,039 --> 00:36:08,541
terhadap ayah dan Miguel.
501
00:36:10,668 --> 00:36:13,462
Saya fikir saya boleh kawal
melalui Cobra Kai
502
00:36:14,547 --> 00:36:17,592
tapi ia hanya memburukkan keadaan.
Semuanya takkan elok.
503
00:36:17,675 --> 00:36:18,718
Itu tak benar.
504
00:36:21,721 --> 00:36:24,098
Kamu elok sahaja dengan LaRusso dahulu.
505
00:36:25,892 --> 00:36:28,477
Ayah jadi penghalang.
Bukan silap kamu. Silap ayah.
506
00:36:30,104 --> 00:36:31,981
Saya letih menyalahkan ayah.
507
00:36:50,208 --> 00:36:51,500
Semuanya akan okey.
508
00:36:54,754 --> 00:36:56,088
Kita akan cari jalan.
509
00:36:58,591 --> 00:36:59,425
Okey?
510
00:37:04,388 --> 00:37:07,016
Bollinger 1998.
511
00:37:08,142 --> 00:37:11,812
Dah lama tersimpan,
menanti masa yang sesuai.
512
00:37:11,896 --> 00:37:13,314
Memang macam kau.
513
00:37:13,814 --> 00:37:14,815
Tepat.
514
00:37:15,983 --> 00:37:17,818
Aku harus puji kau, John.
515
00:37:18,569 --> 00:37:20,821
Kau hidupkan semula sesuatu
dalam diri aku.
516
00:37:21,572 --> 00:37:23,449
Sesuatu yang aku sudah lupakan.
517
00:37:25,326 --> 00:37:27,161
Aku sangat bersyukur.
518
00:37:30,456 --> 00:37:31,332
Aku dah kata.
519
00:37:33,501 --> 00:37:34,752
Untuk Cobra Kai.
520
00:37:36,295 --> 00:37:38,172
Dojo nombor satu di Valley.
521
00:37:41,759 --> 00:37:42,843
Apa pun,
522
00:37:43,552 --> 00:37:47,056
tak sangka kau kendur dengan Nichols
di pusingan akhir. Tak macam kau.
523
00:37:48,557 --> 00:37:50,184
Apa yang boleh aku katakan?
524
00:37:50,685 --> 00:37:52,270
Aku ada rasa simpati.
525
00:37:52,853 --> 00:37:53,854
Buat pertama kalinya.
526
00:37:56,023 --> 00:37:57,149
Kau ingatkah,
527
00:37:58,150 --> 00:38:00,695
kau ada tanya aku tentang kelemahan kau?
528
00:38:02,363 --> 00:38:03,948
Johnny Lawrence.
529
00:38:05,574 --> 00:38:07,952
Itu yang sebenarnya, bukan?
530
00:38:08,828 --> 00:38:12,123
Ia bukan soal bergabung
atau mengembalikan kegemilangan.
531
00:38:12,206 --> 00:38:13,165
Itu semua karut.
532
00:38:15,126 --> 00:38:16,711
- Kau silap.
- Tak silap.
533
00:38:17,378 --> 00:38:18,462
Dan aku terpedaya.
534
00:38:19,130 --> 00:38:20,089
Kau tahu kenapa?
535
00:38:21,090 --> 00:38:23,759
Sebab semua orang ada kelemahan, John.
536
00:38:25,219 --> 00:38:26,095
Kelemahan aku?
537
00:38:26,846 --> 00:38:27,680
Engkau.
538
00:38:28,723 --> 00:38:31,225
Kau fikir aku kelemahan kau?
539
00:38:32,768 --> 00:38:34,228
Ia sebaliknya
540
00:38:34,312 --> 00:38:35,980
sebab aku kekuatan kau.
541
00:38:36,480 --> 00:38:38,774
Akulah kekuatan kau sejak di Vietnam.
542
00:38:38,858 --> 00:38:41,110
Ya! Itu dia.
543
00:38:42,236 --> 00:38:44,572
Serahkan pada kau
bab membuat orang rasa bersalah.
544
00:38:45,906 --> 00:38:49,869
Berapa kali kau nak aku balas budi
untuk langsaikan hutang budi itu?
545
00:38:55,333 --> 00:38:57,001
Apa yang kau dah buat?
546
00:38:57,543 --> 00:39:00,546
Tak apa, Raymond.
Pelakunya takkan ganggu kamu lagi.
547
00:39:05,426 --> 00:39:09,180
Beritahu namanya dan saya janji
saya akan penjarakannya.
548
00:39:09,263 --> 00:39:11,640
- Kamu nak jadi Cobra Kai?
- Ya.
549
00:39:12,933 --> 00:39:14,393
Kamu nak jadi Cobra Kai?
550
00:39:16,896 --> 00:39:18,105
Saya boleh bantu
551
00:39:19,648 --> 00:39:21,275
tapi kamu perlu buat sesuatu.
552
00:39:23,944 --> 00:39:26,405
Nama dia Sensei…
553
00:39:27,990 --> 00:39:28,949
Kreese.
554
00:39:29,742 --> 00:39:31,077
John Kreese.
555
00:39:36,499 --> 00:39:38,000
Tak guna.
556
00:39:40,002 --> 00:39:42,129
Aku singkirkan kelemahan aku,
557
00:39:43,172 --> 00:39:44,006
kapten.
558
00:39:44,090 --> 00:39:48,094
John Kreese, kamu ditahan
atas serangan teruk dan cubaan membunuh.
559
00:39:48,177 --> 00:39:52,014
- Kamu berhak untuk diam.
- John, apa yang kau dah buat?
560
00:39:52,098 --> 00:39:53,140
Tangan di belakang.
561
00:39:54,392 --> 00:39:56,435
- Hei!
- John, bertenang.
562
00:39:56,519 --> 00:39:57,728
Jangan risau.
563
00:39:57,812 --> 00:40:00,856
Aku boleh cari kawan lama
untuk kendalikan Cobra Kai
564
00:40:00,940 --> 00:40:03,526
sementara kau berdepan
dengan undang-undang.
565
00:40:03,609 --> 00:40:04,902
Kau akan menyesal.
566
00:40:05,778 --> 00:40:07,738
Aku Cobra Kai.
567
00:40:07,822 --> 00:40:09,448
- Masuk kereta!
- Jalan!
568
00:40:09,532 --> 00:40:12,785
Jangan bimbangkan Lawrence.
Aku akan jaga dia juga.
569
00:40:51,157 --> 00:40:52,408
Apa yang berlaku?
570
00:40:52,992 --> 00:40:54,201
Tunjukkan surat itu.
571
00:41:00,958 --> 00:41:04,170
Mak, maafkan saya
kerana menulis surat begini
572
00:41:04,253 --> 00:41:07,214
tapi inilah cara terbaik,
mungkin satu-satunya cara
573
00:41:07,756 --> 00:41:09,383
untuk luahkan yang terbuku.
574
00:41:09,884 --> 00:41:12,261
Beberapa bulan ini, banyak yang terjadi.
575
00:41:12,803 --> 00:41:13,888
Saya cedera,
576
00:41:14,513 --> 00:41:15,431
beransur pulih,
577
00:41:16,056 --> 00:41:17,141
saya dengan Sam,
578
00:41:17,850 --> 00:41:19,518
sensei dengan En. LaRusso.
579
00:41:20,561 --> 00:41:21,979
Saya yakinkan diri saya,
580
00:41:22,062 --> 00:41:25,357
saya boleh atasi semua itu
dengan fokus pada kejohanan.
581
00:41:25,941 --> 00:41:28,819
Saya fikir jika saya menang,
semuanya akan elok.
582
00:41:30,029 --> 00:41:31,155
Saya silap.
583
00:41:32,114 --> 00:41:34,617
Sampaikan maaf saya kepada sensei
kerana menarik diri.
584
00:41:34,700 --> 00:41:36,076
Karate mematangkan saya
585
00:41:36,160 --> 00:41:38,704
tapi saya tak tahu
nak jadi orang bagaimana.
586
00:41:39,497 --> 00:41:42,875
Dan untuk mencari jawapan,
saya perlu cari asal usul saya.
587
00:41:43,375 --> 00:41:46,378
Sensei takut untuk tahu
tentang masa lalunya,
588
00:41:46,462 --> 00:41:48,714
dan sejujurnya, saya juga takut.
589
00:41:49,673 --> 00:41:53,052
Mengatasi ketakutan itulah
pergelutan yang saya harus hadapi,
590
00:41:53,135 --> 00:41:54,970
bukannya bertanding demi piala.
591
00:41:55,679 --> 00:41:57,306
Saya perlu jumpa ayah saya.
592
00:41:57,389 --> 00:41:59,225
Saya harus lakukannya.
593
00:41:59,725 --> 00:42:01,685
Usahlah risau.
594
00:42:02,269 --> 00:42:04,355
Saya akan selamat dan pulang nanti.
595
00:42:05,022 --> 00:42:07,233
Saya sayang mak dan nenek.
596
00:42:10,152 --> 00:42:13,322
Saya hubungi polis.
Saya tak tahu nak buat apa lagi.
597
00:42:13,405 --> 00:42:15,282
Semuanya akan baik-baik saja.
598
00:42:16,617 --> 00:42:18,869
Saya akan cari dia
dan pastikan dia selamat.
599
00:42:19,703 --> 00:42:20,538
Johnny.
600
00:42:23,499 --> 00:42:26,627
Saya rahsiakan sesuatu
tentang bekas suami saya.
601
00:42:26,710 --> 00:42:30,798
Saya tahu. Awak kata dia jahat.
Jangan risau. Saya boleh uruskan.
602
00:42:31,298 --> 00:42:32,841
Dia takkan sakiti anak sendiri.
603
00:42:33,676 --> 00:42:34,760
Itulah masalahnya.
604
00:42:35,844 --> 00:42:37,763
Dia tak tahu dia ada anak.
605
00:42:40,516 --> 00:42:43,060
Saya cuma nak anak saya balik dan selamat.
606
00:42:44,520 --> 00:42:45,854
Saya akan pastikannya.
607
00:42:46,564 --> 00:42:47,815
Okey? Saya janji.
608
00:42:56,615 --> 00:42:58,742
Saya buat apa yang saya fikir betul.
609
00:42:59,868 --> 00:43:02,121
Saya ikut semua ajaran Miyagi-Do.
610
00:43:03,539 --> 00:43:06,667
Saya ketepikan permusuhan
dan bergabung dengan Johnny.
611
00:43:07,668 --> 00:43:08,836
Semua tak berhasil.
612
00:43:11,213 --> 00:43:14,883
Sekarang saya harus tutup dojo
dan berundur sebagai sensei.
613
00:43:17,344 --> 00:43:21,640
Tapi terlalu banyak yang akan tergadai
demi memenuhi janji dengannya.
614
00:43:22,975 --> 00:43:25,978
Jika Cobra Kai berkembang dan mengukuh,
615
00:43:26,061 --> 00:43:28,689
saya perlu buat apa saja
untuk menghalangnya…
616
00:43:30,733 --> 00:43:32,943
walaupun saya terpaksa main serangan.
617
00:43:35,029 --> 00:43:39,241
Ya, ini bukan perjuangan sensei
dan permintaan saya besar,
618
00:43:41,785 --> 00:43:43,037
tapi mohon bantu saya
619
00:43:44,163 --> 00:43:46,123
untuk kuburkan Cobra Kai.
620
00:44:06,310 --> 00:44:10,314
Terjemahan sari kata oleh
Nur Amiratullyana Gazali