1 00:00:02,633 --> 00:00:05,013 Sebelum ini dalam Doogie Kamealoha, M.D. 2 00:00:06,263 --> 00:00:07,803 Dia macam Doogie Howser yang sebenar. 3 00:00:07,893 --> 00:00:09,063 Sebab itulah kami panggil dia Doogie. 4 00:00:09,143 --> 00:00:11,893 Malam esok di majlis tari-menari adalah temu janji pertama saya dengan Walter. 5 00:00:11,983 --> 00:00:13,773 Awak tak pernah lupakan malam-malam pertama. 6 00:00:13,853 --> 00:00:15,233 Saya nak rasai malam sebegitu. 7 00:00:15,313 --> 00:00:16,193 Lahela, kenapa? 8 00:00:16,273 --> 00:00:17,313 Awak boleh beritahu saya. 9 00:00:17,903 --> 00:00:19,363 Awak nak berhenti? 10 00:00:19,443 --> 00:00:21,443 Satu-satunya masalah sekarang, saya perlu cari pengganti saya. 11 00:00:21,533 --> 00:00:23,153 Awak pasti hebat. Tapi awak dah cukup sibuk 12 00:00:23,243 --> 00:00:24,323 uruskan anak-anak dan keluarga. 13 00:00:24,403 --> 00:00:27,033 Saya rasa dia tak anggap awak sebagai pasangan janji temu. 14 00:00:27,123 --> 00:00:30,203 Pak cik. Memang bagus dapat kembali ke tempat saya membesar. 15 00:00:30,293 --> 00:00:31,833 Datang ke sini selalu buat saya rasa segar semula. 16 00:00:31,913 --> 00:00:34,213 Saya tak tahu nak cakap apa bila awak tanya tentang kehidupan saya. 17 00:00:34,293 --> 00:00:36,333 Tak. Saya tak patut salahkan awak. 18 00:00:36,423 --> 00:00:40,133 Cuma kadang-kadang susah sebab hidup saya sangat berbeza. 19 00:00:40,213 --> 00:00:44,053 Jadi, ibu yang baik bermakna menjadi contoh baik untuk anak-anak. 20 00:00:44,133 --> 00:00:47,803 Mak tak boleh suruh kamu jadi diri kamu kalau mak bukan diri mak. 21 00:00:47,893 --> 00:00:49,853 Saya nak dipertimbangkan untuk jawatan Ketua Kakitangan. 22 00:00:49,933 --> 00:00:51,523 Bagus. Anggap diri awak sedang bertanding. 23 00:00:51,603 --> 00:00:53,603 Abang awak lelaki yang sempurna. Saya seorang yang hebat. 24 00:00:53,683 --> 00:00:54,563 Suatu hari nanti, dia akan sedar tentang itu 25 00:00:54,643 --> 00:00:56,023 dan kami akan habiskan sepanjang hayat bersama. 26 00:00:56,103 --> 00:00:59,153 Ayah kamu yang ajar pak cik main ukelele. 27 00:00:59,233 --> 00:01:00,903 Dia orang terakhir dalam generasi itu. 28 00:01:00,983 --> 00:01:03,073 Orang terakhir saya boleh bercerita tentang ayah saya. 29 00:01:03,153 --> 00:01:04,953 Saya cintakan awak, Lahela. 30 00:01:05,033 --> 00:01:06,283 Saya juga cintakan awak. 31 00:01:06,363 --> 00:01:07,413 Itu Liga Luncur Global. 32 00:01:07,493 --> 00:01:09,743 Mereka mahu saya sertai jelajah musim panas di Australia. 33 00:01:11,993 --> 00:01:13,203 MOHON SEKARANG 34 00:01:24,423 --> 00:01:26,053 BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT 35 00:01:26,133 --> 00:01:27,473 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI DALAM TEMPOH 9 MINGGU 36 00:01:29,183 --> 00:01:30,473 BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI HAWAII 37 00:01:32,143 --> 00:01:34,023 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN 38 00:01:44,363 --> 00:01:46,153 BERDASARKAN SIRI TV, DOOGIE HOWSER M.D. 39 00:01:55,753 --> 00:01:58,793 Saya letak Elsa di tingkap dua minit dah lapan saat yang lalu. 40 00:01:58,873 --> 00:02:00,083 Itu masa baru terbaik awak! 41 00:02:00,173 --> 00:02:01,213 Apa berita pentingnya? 42 00:02:01,293 --> 00:02:02,673 Siapa kata saya ada berita penting? 43 00:02:03,253 --> 00:02:05,673 Sudahlah. Elsa dah jadi Bat Signal kita sejak kecil lagi. 44 00:02:05,763 --> 00:02:07,553 Kali terakhir awak gunakan dia, awak masuk sekolah perubatan. 45 00:02:07,633 --> 00:02:10,393 Baik awak cakap cepat. Saya tolak posmen kita untuk sampai ke sini. 46 00:02:10,973 --> 00:02:13,013 Saya akan pergi bersama Walter ke Australia! 47 00:02:14,313 --> 00:02:17,143 Oh, Tuhanku, Lahela! 48 00:02:17,233 --> 00:02:21,153 Saya nampak dalam talian mereka cari ahli perubatan, jadi saya mohon. 49 00:02:22,273 --> 00:02:23,693 Saya dapat kerja itu! 50 00:02:23,823 --> 00:02:24,943 Seronoknya! 51 00:02:25,033 --> 00:02:26,493 Saya rasa nak muntah. Saya rasa nak pengsan. 52 00:02:26,573 --> 00:02:28,743 Saya akan muntah dulu dan kemudian saya akan pengsan. 53 00:02:28,823 --> 00:02:29,993 -Okey. -Inilah apa yang saya rasa 54 00:02:30,073 --> 00:02:31,533 selepas Kai mencium saya di parti itu. 55 00:02:31,623 --> 00:02:33,953 Sekejap, betulkah awak akan ke Australia? 56 00:02:34,033 --> 00:02:35,293 Ya. 57 00:02:36,083 --> 00:02:37,873 Para staf dan peluncur dapat tinggal 58 00:02:37,953 --> 00:02:40,003 dalam karavan kecil yang comel di sepanjang pantai, 59 00:02:40,083 --> 00:02:42,923 dan berhenti di lokasi kejohanan dari Sydney ke Perth. 60 00:02:43,003 --> 00:02:44,753 Romantiknya. 61 00:02:49,223 --> 00:02:52,183 Kau dan aku bersama 62 00:02:52,263 --> 00:02:58,853 Biar aku bawa kau pergi, bawa kau pergi 63 00:03:00,063 --> 00:03:01,903 Dia tulis lagu itu untuk awak? 64 00:03:02,483 --> 00:03:04,273 Dalam fantasi saya, ya. 65 00:03:05,023 --> 00:03:06,323 Semasa bersiar-siar nanti, 66 00:03:06,403 --> 00:03:09,033 dia angkat saya ke atas batu supaya pemandangannya lebih baik. 67 00:03:10,403 --> 00:03:11,783 Saya juga nak diangkat. 68 00:03:12,703 --> 00:03:15,333 Tunggu. Apa pendapat ibu bapa awak tentang semua ini? 69 00:03:16,333 --> 00:03:21,503 Saya belum beritahu mereka lagi sebab mereka pasti akan terkejut. 70 00:03:22,003 --> 00:03:25,593 Kena jaga-jaga Saya perlu fikirkan cara terbaik untuk lakukannya dan bila... 71 00:03:25,673 --> 00:03:26,843 Helo! 72 00:03:27,923 --> 00:03:29,213 Hei, Steph! 73 00:03:29,303 --> 00:03:30,723 Makanlah sarapan dengan kami. 74 00:03:33,183 --> 00:03:35,893 Saya buat telur hancur istimewa dengan sosej Portugis. 75 00:03:36,563 --> 00:03:39,313 Rahsianya adalah saya potong menyerong. 76 00:03:39,393 --> 00:03:41,433 Terima kasih, ayah. Sekejap lagi kami akan turun. 77 00:03:43,653 --> 00:03:45,023 Nasib baik. 78 00:03:45,813 --> 00:03:48,233 En. Hsiao akan tiba hari ini. 79 00:03:48,323 --> 00:03:51,113 Dia akan buat keputusan minggu ini tentang Ketua Kakitangan baru. 80 00:03:51,193 --> 00:03:53,453 Sama ada saya atau Dr. Lee. 81 00:03:53,533 --> 00:03:54,493 Mak akan dapat jawatan itu. 82 00:03:54,573 --> 00:03:56,743 Kalau mak perlukan sokongan untuk berjaya, 83 00:03:56,833 --> 00:03:58,413 saya boleh bantu buat panggilan. 84 00:04:01,453 --> 00:04:04,173 Saya akan tolong tukar topik perbualan dan awak akan beritahu berita besar itu. 85 00:04:05,673 --> 00:04:08,753 Amboi, En. Kamealoha, sedapnya. 86 00:04:08,843 --> 00:04:10,923 Saya rasa Vegemitekah? 87 00:04:11,013 --> 00:04:13,053 Tidak. Hanya telur dan sosej. 88 00:04:13,723 --> 00:04:14,763 Apa itu Vegemite? 89 00:04:15,263 --> 00:04:17,393 Cuma sesuatu yang orang makan di Australia! 90 00:04:17,473 --> 00:04:19,223 Hebat! Terima kasih kerana beritahu saya! 91 00:04:19,313 --> 00:04:21,893 Sayang, saya akan bawa sedikit sosej untuk Pak Cik John hari ini. 92 00:04:21,983 --> 00:04:23,943 Macam mana dengan keadaan Pak Cik John di hospital? 93 00:04:24,023 --> 00:04:25,023 Tak senang duduk. 94 00:04:25,103 --> 00:04:26,733 Kita patut melawat dia sebagai keluarga. 95 00:04:26,813 --> 00:04:28,483 Walaupun hanya untuk menonton Jeopardy! bersamanya. 96 00:04:28,573 --> 00:04:31,693 Nicole Kidman, Paul Hogan, dan kumpulan era 90-an, Midnight Oil, 97 00:04:31,783 --> 00:04:33,783 semuanya berasal dari negara ini. 98 00:04:33,863 --> 00:04:36,623 Kenapa awak begitu taasub dengan Australia? 99 00:04:37,203 --> 00:04:39,873 Tak tahu. Cuma perangai biasa Steph. 100 00:04:41,163 --> 00:04:44,793 Baik mak pergi kalau nak bersemuka dengan En. Hsiao 101 00:04:44,873 --> 00:04:47,793 sebelum Dr. Lee pengaruhi dia. 102 00:04:47,883 --> 00:04:50,553 Burung yang bangun awal memecahkan siling kaca. 103 00:04:50,633 --> 00:04:52,263 Mak boleh lakukannya. Kami percayakan mak. 104 00:04:52,343 --> 00:04:53,803 -Ayuh, mak! -Pergilah, permaisuri. 105 00:04:54,973 --> 00:04:56,303 Anak-anak, ambil pinggan. 106 00:04:57,053 --> 00:04:58,553 Terima kasih. 107 00:04:58,643 --> 00:05:00,813 -Terima kasih. -Ya. 108 00:05:02,183 --> 00:05:03,103 Kenapa dengan awak ini? 109 00:05:03,183 --> 00:05:04,523 Saya boleh tanya soalan yang sama. 110 00:05:04,603 --> 00:05:07,483 Saya tak boleh beritahu sehinggalah saya dah sediakan hujah saya. 111 00:05:07,563 --> 00:05:08,443 Itulah kuncinya. 112 00:05:08,523 --> 00:05:11,573 Itulah cara saya buat Brazil beri semua hasil tanaman buah oren kepada Iceland 113 00:05:11,653 --> 00:05:13,533 di Model UN ketika saya berusia tujuh tahun. 114 00:05:13,613 --> 00:05:14,903 Saya ingat musim panas itu. 115 00:05:14,993 --> 00:05:18,873 Awak pergi ke pertandingan Model UN dan mak saya hantar saya ke kem catur. 116 00:05:18,953 --> 00:05:21,953 Saya tak tahu main catur tapi saya cium banyak budak nerda. 117 00:05:24,043 --> 00:05:26,963 Okey. Pesakit perlu imbasan CT, ujian penuh, 118 00:05:27,043 --> 00:05:29,083 tulang belakang serviks dan... 119 00:05:29,923 --> 00:05:31,293 Maaf. 120 00:05:31,383 --> 00:05:33,003 Nada dering baru. 121 00:05:33,513 --> 00:05:34,343 Maaf. 122 00:05:34,423 --> 00:05:36,933 Tak apa, tapi tukar ke mod senyap. 123 00:05:37,013 --> 00:05:40,683 Ketua lembaga akan datang hari ini dan kita perlu beri tanggapan yang baik. 124 00:05:41,303 --> 00:05:45,643 'Ae... E ke akua 125 00:05:46,233 --> 00:05:52,363 E aloha mai 'oe i ku'u aloha 126 00:05:52,443 --> 00:05:57,743 E ola no ho'i i ka pua ane ane a 127 00:05:58,323 --> 00:06:03,493 Ke ola iā 'oe, e ku'u aloha 128 00:06:04,163 --> 00:06:09,083 Aloha e... 129 00:06:13,923 --> 00:06:15,383 Indahnya. 130 00:06:16,053 --> 00:06:17,553 Ada orang yang menyanyi tak kena nada. 131 00:06:18,933 --> 00:06:20,723 Mahalo semua orang yang lain. 132 00:06:21,803 --> 00:06:23,683 Pak Cik John dah kembali untuk mengusik saya. 133 00:06:23,763 --> 00:06:25,683 Saya rasa mantera penyembuhan itu berkesan. 134 00:06:26,733 --> 00:06:29,943 Charles, Noelani, ini Mak Cik Mabel, Mak Cik Suzie, 135 00:06:30,023 --> 00:06:33,113 Pak Cik Peter, sepupu Benny, R.T. 136 00:06:33,193 --> 00:06:34,733 Aloha! 137 00:06:35,483 --> 00:06:36,613 Aloha. 138 00:06:37,443 --> 00:06:38,743 Aloha. 139 00:06:39,323 --> 00:06:41,203 Mereka datang supaya kami boleh fikirkan 140 00:06:41,283 --> 00:06:43,283 apa yang semua orang patut bawa untuk Hari Kamehameha. 141 00:06:43,373 --> 00:06:44,663 Apa itu? 142 00:06:44,743 --> 00:06:47,373 Percutian untuk meraikan Raja Kamehameha. 143 00:06:47,453 --> 00:06:51,543 Dia ketua hebat yang menyatukan Kepulauan Hawaii menjadi satu. 144 00:06:51,633 --> 00:06:53,173 Ia hari yang penting di Hawaii. 145 00:06:53,253 --> 00:06:55,923 Kami meraikannya dengan mengadakan jamuan makan di ladang pak cik. 146 00:06:56,633 --> 00:06:57,843 Hei, awak berdua patut datang. 147 00:06:57,923 --> 00:07:00,223 Pak Cik John buat hidangan khinzir kālua yang terbaik. 148 00:07:00,303 --> 00:07:01,643 Dia membina imu. 149 00:07:01,723 --> 00:07:04,513 Ia ketuhar bawah tanah di mana khinzir dikukus dan disalai. 150 00:07:04,603 --> 00:07:07,313 Dagingnya akan jadi sungguh lembut. 151 00:07:07,393 --> 00:07:09,683 Dia baru saja menjalani pembedahan besar. 152 00:07:09,773 --> 00:07:11,483 Saya tak pasti jika dia boleh sertai tahun ini. 153 00:07:11,563 --> 00:07:14,193 Tapi Pak Cik John tak pernah terlepas Hari Kamehameha. 154 00:07:15,073 --> 00:07:16,573 Tak apa, Benny. 155 00:07:16,653 --> 00:07:19,033 Bawa saja saya sepinggan besar lauk selepas jamuan. 156 00:07:20,993 --> 00:07:23,163 Tiger Woods menang pertandingan Masters' sebab orang Asia... 157 00:07:23,243 --> 00:07:24,743 Maafkan saya. 158 00:07:27,083 --> 00:07:29,963 En. Hsiao, macam mana dengan penerbangan awak? 159 00:07:30,043 --> 00:07:32,623 Seperti cara pemanduan Dr. Lee. Sangat lama. 160 00:07:33,293 --> 00:07:34,133 Apa? 161 00:07:34,213 --> 00:07:36,923 Dr. Lee jemput saya dari lapangan terbang. Kami terus ke padang golf. 162 00:07:37,003 --> 00:07:39,263 Lelaki ini boleh pukul bola dengan jauh. 163 00:07:39,343 --> 00:07:42,093 Macam mana dengan pukulan sejauh 20 kaki yang awak buat di lubang ke-11? 164 00:07:42,183 --> 00:07:43,393 -Drain-o! -Drain-o! 165 00:07:43,473 --> 00:07:44,683 Seronoknya. 166 00:07:44,763 --> 00:07:48,723 Apa kata kita melawat hospital dan makan tengah hari di kafeteria? 167 00:07:49,183 --> 00:07:50,683 Hari ini hari gazpacho. 168 00:07:52,273 --> 00:07:53,983 Dr. Lee akan bawa saya ke Sasabune. 169 00:07:54,653 --> 00:07:56,613 Tapi kita boleh jadualkan lawatan itu minggu ini. 170 00:07:56,693 --> 00:07:57,523 Boleh juga. 171 00:07:59,533 --> 00:08:00,743 Itu teknik awak? 172 00:08:00,823 --> 00:08:01,953 Sup sos tomato yang sejuk? 173 00:08:02,033 --> 00:08:04,113 Lebih baik awak biasakan diri panggil saya ketua. 174 00:08:04,203 --> 00:08:07,083 Pertama, saya akan pecat semua orang yang meragui saya. 175 00:08:07,163 --> 00:08:10,203 Saya akan ambil mereka bekerja semula sebab kita tak cukup pekerja. 176 00:08:14,713 --> 00:08:16,463 Mungkin kerana Pak Cik John tak dapat datang ke jamuan ini, 177 00:08:16,543 --> 00:08:18,093 ayah yang akan mengendalikan hidangan khinzir kālua. 178 00:08:18,173 --> 00:08:20,053 Ayah tak nak buat. Itu kerja pak cik. 179 00:08:20,133 --> 00:08:21,883 Seseorang perlu masak hidangan itu. 180 00:08:23,053 --> 00:08:24,593 Kita boleh tempah banyak piza. 181 00:08:24,683 --> 00:08:25,803 Kita takkan pesan piza. 182 00:08:26,603 --> 00:08:29,013 Jamuan makan ini masih beberapa hari lagi. 183 00:08:29,103 --> 00:08:30,223 Pak cik akan pulih menjelang itu. 184 00:08:30,313 --> 00:08:33,813 Maafkan saya, sayang. Tapi berdasarkan keputusan makmal, ia tak nampak bagus. 185 00:08:33,893 --> 00:08:37,193 Tengoklah macam mana. Tak semua perkara boleh diukur melalui ujian dan carta. 186 00:08:37,273 --> 00:08:41,073 Malangnya, sebagai doktor dia, saya berpandukan data. 187 00:08:41,153 --> 00:08:44,823 Dia perlu berada di hospital selama seminggu. 188 00:08:46,623 --> 00:08:47,453 Tengoklah macam mana. 189 00:08:49,493 --> 00:08:52,333 Mak? Ayah? Boleh saya jumpa sekejap? 190 00:08:55,083 --> 00:08:58,793 Dia bermain dengan produksi Model UN yang awak bina untuknya. 191 00:08:58,883 --> 00:09:00,803 Helo, semua ahli kumpulan. 192 00:09:00,883 --> 00:09:02,513 Terima kasih kerana menyertai saya. Silakan duduk. 193 00:09:05,633 --> 00:09:10,723 Komanwel Australia bukanlah sekadar didgeridoo dan kanggaru. 194 00:09:10,813 --> 00:09:13,063 Ia mempunyai sektor ekonomi yang ke-13 paling besar di dunia, 195 00:09:13,143 --> 00:09:15,313 dan pendapatan per kapita antara 10 negara terbaik 196 00:09:15,393 --> 00:09:17,523 dengan industri pelancongan yang semakin berkembang. 197 00:09:18,103 --> 00:09:20,773 Seramai 8.6 juta orang datang melawat setiap tahun. 198 00:09:22,363 --> 00:09:24,693 Saya nak jadi salah seorang daripada mereka. 199 00:09:24,783 --> 00:09:26,783 Musim panas ini. Dengan Walter. 200 00:09:28,993 --> 00:09:30,373 Untuk melawat? 201 00:09:30,453 --> 00:09:31,663 Selama musim panas. 202 00:09:34,083 --> 00:09:36,623 Sebelum mak dan ayah tak setuju, biar saya bentangkan kes saya. 203 00:09:37,253 --> 00:09:41,343 Semasa membesar, manakala Kai dan Brian pergi ke kem, 204 00:09:41,423 --> 00:09:45,053 saya selalu buat sesuatu untuk mendalami pengajian saya. 205 00:09:45,133 --> 00:09:46,683 Saya tak pernah menikmati percutian musim panas. 206 00:09:47,183 --> 00:09:48,473 Bagaimana dengan bila kita semua pergi ke Disney World? 207 00:09:49,143 --> 00:09:51,433 Ada gambar kita berlima tergantung di koridor! 208 00:09:51,513 --> 00:09:52,563 Saya tiada dalam gambar itu. 209 00:09:52,643 --> 00:09:55,563 Itu cuma gadis yang Kai kenali semasa menunggu giliran Space Mountain. 210 00:09:55,643 --> 00:09:58,813 Saya pergi ke seminar kardiovaskular di Orlando. 211 00:09:58,903 --> 00:10:01,983 Macam mana dengan bila kita melawat nenek dan datuk di Philadelphia? 212 00:10:02,073 --> 00:10:03,613 Program praperubatan di Pennsylvania. 213 00:10:03,693 --> 00:10:04,733 Perkhemahan di Grand Canyon? 214 00:10:04,823 --> 00:10:05,993 Klinik Mayo di Arizona. 215 00:10:06,073 --> 00:10:07,323 Mendaki di Colorado? 216 00:10:07,403 --> 00:10:08,863 Denver, melihat pemindahan jantung. 217 00:10:09,493 --> 00:10:12,453 Kami bukan raksasa. 218 00:10:12,533 --> 00:10:14,913 Kamu suruh kami bawa kamu ke program-program itu. 219 00:10:15,003 --> 00:10:17,253 Saya tahu dan terima kasih. 220 00:10:17,333 --> 00:10:19,923 Tapi musim panas ini, saya nak pergi ke Australia. 221 00:10:23,803 --> 00:10:25,213 Tunggu, ayah akan sukakannya. 222 00:10:25,303 --> 00:10:29,343 Saya dan Walter akan tinggal dalam karavan di tepi pantai bersama-sama. 223 00:10:30,303 --> 00:10:31,933 Tidak. 224 00:10:32,013 --> 00:10:35,273 Awak takkan pergi dengan teman lelaki awak ke Australia pada usia 16 tahun. 225 00:10:35,353 --> 00:10:36,223 Awak terlalu muda! 226 00:10:36,853 --> 00:10:39,393 Tapi ayah, saya bukan budak kecil lagi. 227 00:10:39,483 --> 00:10:40,733 Saya seorang doktor. 228 00:10:40,813 --> 00:10:43,323 Saya cari duit sendiri, saya boleh memandu. Saya dah dewasa. 229 00:10:43,403 --> 00:10:44,693 Tapi awak masih belum dewasa. 230 00:10:45,283 --> 00:10:46,783 Lawatan ini juga akan melibatkan pendidikan. 231 00:10:46,863 --> 00:10:49,613 Saya akan jadi petugas perubatan yang mengalami pengalaman dunia sebenar. 232 00:10:49,703 --> 00:10:51,033 Merawat selaran matahari? 233 00:10:51,113 --> 00:10:54,913 Lahela, kamu tak boleh tinggalkan kerja awak sekarang. 234 00:10:54,993 --> 00:10:57,663 Tak masuk akal untuk ambil cuti selama dua bulan. 235 00:10:57,753 --> 00:11:00,463 -Tapi ia takkan... -Jawapan kami tidak. 236 00:11:06,713 --> 00:11:08,843 PUSAT KESIHATAN OAHU 237 00:11:09,633 --> 00:11:11,013 Teruknya. 238 00:11:11,093 --> 00:11:13,473 Saya cuma nak bebas dan hidup sendiri. 239 00:11:13,973 --> 00:11:15,513 Apa kata Walter? 240 00:11:15,603 --> 00:11:17,023 Saya belum beritahu dia lagi. 241 00:11:17,103 --> 00:11:19,313 Kami sangat teruja untuk melakukannya bersama-sama 242 00:11:19,393 --> 00:11:22,903 dan memikirkan saya tak ikut sekali... Saya rasa teruk. 243 00:11:22,983 --> 00:11:25,073 Jadi, dah berhari-hari saya mengelak daripada dia. 244 00:11:25,153 --> 00:11:26,573 Awak tahu itu bukan penyelesaiannya. 245 00:11:26,653 --> 00:11:27,863 Saya tahu. 246 00:11:35,743 --> 00:11:37,043 Masa untuk beranikan diri. 247 00:11:37,123 --> 00:11:38,623 Doakan saya berjaya. 248 00:11:49,423 --> 00:11:50,473 Hei, Lahela! Apa khabar? 249 00:11:51,053 --> 00:11:52,473 Tak bagus. 250 00:11:52,553 --> 00:11:53,643 Sebenarnya, teruk. 251 00:11:53,723 --> 00:11:55,263 Alamak, saya terlupa! 252 00:11:56,473 --> 00:11:57,813 Tunggu dulu. 253 00:11:58,313 --> 00:11:59,983 Ini akan buat awak gembira. 254 00:12:01,313 --> 00:12:04,693 Okey, awak takkan percaya, tapi saya bayangkan kita di pantai 255 00:12:04,773 --> 00:12:07,233 -dengan koleh seperti itu. -Sekarang, lihat bahagian yang terbaik. 256 00:12:07,323 --> 00:12:08,443 LAHALTER 257 00:12:08,533 --> 00:12:09,733 Saya letak nama kita. 258 00:12:09,863 --> 00:12:13,243 Saya ingat nak guna Walela, tapi nama Lahalter lagi elok, bukan? Nah. 259 00:12:16,033 --> 00:12:18,123 Maaf, saya ganggu awak. Apa yang awak nak cakap? 260 00:12:21,083 --> 00:12:22,003 Saya tak boleh... 261 00:12:25,583 --> 00:12:27,093 Saya tak sabar untuk ke Australia. 262 00:12:35,763 --> 00:12:37,473 Selamat Hari Kamehameha, pak cik! 263 00:12:37,553 --> 00:12:39,723 Ya, kami bawa mangga lagi. 264 00:12:39,813 --> 00:12:42,893 -Mahalo. -Jadi, bagaimana dengan pemulihan awak? 265 00:12:42,983 --> 00:12:44,483 Pak cik dapat sertai jamuan makan? 266 00:12:44,563 --> 00:12:46,733 Saya tak suka dikurung di sini. 267 00:12:47,693 --> 00:12:49,983 Tapi saya perlu tinggal beberapa hari lagi. 268 00:12:50,863 --> 00:12:53,453 Jadi, kamu yang akan uruskan khinzir kālua. 269 00:12:53,533 --> 00:12:56,243 Tak, itu tugas pak cik! 270 00:12:56,323 --> 00:12:58,623 Perkara pertama yang kamu perlu buat ialah menggali imu. 271 00:12:59,123 --> 00:13:01,623 Seterusnya, kamu perlu menuai daun pokok pisang. 272 00:13:01,703 --> 00:13:03,293 Itulah sebabnya daging berjus. 273 00:13:04,083 --> 00:13:05,463 Kenapa kamu tak catatkannya? 274 00:13:06,633 --> 00:13:07,833 Tak perlu. 275 00:13:07,923 --> 00:13:09,463 Pak cik akan masak sendiri. 276 00:13:10,173 --> 00:13:11,093 Seperti biasa. 277 00:13:17,593 --> 00:13:21,473 Awak boleh nampak kenapa anjing terapi sangat popular di bahagian pediatrik. 278 00:13:21,563 --> 00:13:24,023 Saya laksanakan program ini dua tahun lalu. 279 00:13:24,103 --> 00:13:25,733 Atau 14 tahun umur anjing yang lalu. 280 00:13:26,813 --> 00:13:28,233 Ia cara yang bijak untuk berhubung dengan budak-budak. 281 00:13:31,233 --> 00:13:32,443 Terima kasih banyak. 282 00:13:34,993 --> 00:13:36,283 Awak bela haiwan peliharaan? 283 00:13:36,363 --> 00:13:38,953 Ya. Dua ekor kucing. Pat dan Geno. 284 00:13:39,033 --> 00:13:41,493 Dinamakan bersempena nama kedai sandwic keju di Philadelphia. 285 00:13:41,583 --> 00:13:44,203 Sama macam restoran itu, kedua-duanya musuh ketat. 286 00:13:45,293 --> 00:13:48,003 Saya sangat sukakan penambahbaikan yang awak dah buat di hospital. 287 00:13:48,083 --> 00:13:50,213 Terima kasih. Saya... 288 00:13:52,803 --> 00:13:54,763 Saya perlu periksa keadaan pesakit. 289 00:13:54,843 --> 00:13:56,473 Kita jumpa di kafeteria nanti. 290 00:13:56,553 --> 00:13:58,133 Boleh juga. 291 00:14:12,943 --> 00:14:13,783 Brian Patrick? 292 00:14:13,863 --> 00:14:14,863 Apa yang kamu buat? 293 00:14:14,943 --> 00:14:16,033 Ayah yang suruh saya buat! 294 00:14:16,113 --> 00:14:17,903 Buat apa? 295 00:14:17,993 --> 00:14:19,453 Pertama, pura-pura jadi Pak Cik John yang sedang tidur. 296 00:14:19,533 --> 00:14:21,283 Kedua, tunggu hingga doktor buat pusingan. 297 00:14:21,373 --> 00:14:22,243 Ketiga, jumpa di lobi. 298 00:14:22,333 --> 00:14:23,493 Keempat, jangan beritahu mak... 299 00:14:24,293 --> 00:14:25,543 Aduhai. 300 00:14:35,963 --> 00:14:36,803 Pergi. 301 00:14:36,883 --> 00:14:38,633 Dah hampir bebas, pak cik. 302 00:14:39,343 --> 00:14:41,343 Awak nak ke mana? 303 00:14:41,433 --> 00:14:43,313 Tak. Adakah ini jalan ke kedai cenderamata? 304 00:14:43,393 --> 00:14:44,563 Saya selalu sesat. 305 00:14:44,643 --> 00:14:46,223 Brian Patrick dah beritahu saya segalanya. 306 00:14:46,313 --> 00:14:48,893 Saya dah agak kita patut letak bantal di bawah selimut 307 00:14:48,983 --> 00:14:50,193 tapi ayah yang nak bunyi berdengkur. 308 00:14:50,813 --> 00:14:52,523 Pak cik pilih cara Die Hard, keluar melalui saluran udara. 309 00:14:52,613 --> 00:14:54,443 Apa yang awak buat, Benny? 310 00:14:54,523 --> 00:14:56,403 Bawa dia lari dari hospital? 311 00:14:56,493 --> 00:14:58,243 Dia perlu balik ke ladangnya. 312 00:14:58,323 --> 00:15:00,703 Adakah ini sebab awak gementar untuk memasak hidangan khinzir itu? 313 00:15:01,453 --> 00:15:03,533 Pak Cik John perlu berehat dan sembuh. 314 00:15:03,623 --> 00:15:04,783 Itulah yang dia perlukan. 315 00:15:04,873 --> 00:15:06,953 Benda yang akan bantu dia sembuh adalah ladangnya. 316 00:15:07,663 --> 00:15:11,293 Ada pepatah Hawaii, "Ka lā i ka Mauliola." 317 00:15:11,373 --> 00:15:12,833 Matahari ialah sumber kehidupan. 318 00:15:13,593 --> 00:15:15,343 Tempat ini tak bagus untuk dia! 319 00:15:15,423 --> 00:15:19,303 Udara terperangkap, koridor yang steril, tingkap yang tak boleh dibuka? 320 00:15:19,973 --> 00:15:22,303 Dia perlu berada di luar, dikelilingi alam semula jadi. 321 00:15:22,393 --> 00:15:23,723 Di situlah tempat dia. 322 00:15:23,803 --> 00:15:26,263 Dia perlukan itu untuk sembuh. 323 00:15:28,143 --> 00:15:31,563 Dia boleh kembali ke ladangnya selepas dia pulih. 324 00:15:40,243 --> 00:15:41,203 Ayah, Kai, 325 00:15:41,283 --> 00:15:42,163 mak dah tahu! 326 00:15:46,283 --> 00:15:47,333 Mana Pak Cik John? 327 00:15:55,383 --> 00:15:57,303 Maaf, hospital yang sibuk. 328 00:15:57,383 --> 00:15:58,633 Mesti ada sesuatu yang berlaku. 329 00:15:58,713 --> 00:16:01,803 Sudah tentu. Lagi-lagi bila awak akan kekurangan seorang doktor. 330 00:16:01,883 --> 00:16:04,803 Atau patut saya katakan tak cukup doktor? 331 00:16:05,893 --> 00:16:06,723 Apa? 332 00:16:06,813 --> 00:16:08,723 Dr. Kamealoha bertanya kepada lembaga pengarah 333 00:16:08,813 --> 00:16:11,183 jika dia ambil cuti sabatikal dan pergi ke Australia selama dua bulan. 334 00:16:13,403 --> 00:16:14,603 Betul. 335 00:16:14,693 --> 00:16:15,813 Saya dah agak. 336 00:16:16,943 --> 00:16:18,443 Semua orang keluar! 337 00:16:20,193 --> 00:16:22,323 Bukan awak, Dr. Kamealoha. 338 00:16:22,403 --> 00:16:23,613 Saya nak cakap sedikit. 339 00:16:28,743 --> 00:16:29,743 Ada apa? 340 00:16:29,833 --> 00:16:33,543 Kamu fikir kamu boleh berjumpa dengan lembaga pengarah 341 00:16:33,623 --> 00:16:35,673 dan mak takkan tahu? 342 00:16:35,753 --> 00:16:37,383 Kamu takkan ke Australia. 343 00:16:37,463 --> 00:16:39,633 Itu tak adil. Saya buat semuanya dengan betul. 344 00:16:39,713 --> 00:16:42,383 Saya anak yang baik dan saya cuma mahukan satu perkara. 345 00:16:42,473 --> 00:16:43,633 Kamu berumur 16 tahun. 346 00:16:43,723 --> 00:16:48,223 Kamu tak boleh ke bekas tanah jajahan dengan teman lelaki kamu. 347 00:16:48,313 --> 00:16:49,723 Ini bukan tentang Walter. 348 00:16:49,813 --> 00:16:51,893 Saya nak melancong. 349 00:16:51,983 --> 00:16:53,063 Melihat dunia! 350 00:16:53,143 --> 00:16:56,103 Saya dah tinggal di pulau ini sepanjang hayat saya. 351 00:16:56,193 --> 00:16:58,403 Saya cuma nak pengalaman baru. 352 00:16:58,483 --> 00:17:02,533 Okey. Dua bulan adalah masa yang lama untuk berdikari, 353 00:17:02,613 --> 00:17:04,203 berjauhan daripada mak dan ayah kamu. 354 00:17:04,283 --> 00:17:08,163 Saya bukan budak tak bertanggungjawab yang buat pilihan yang salah. 355 00:17:08,243 --> 00:17:11,913 Saya buat keputusan tentang hidup atau mati setiap hari. 356 00:17:12,003 --> 00:17:14,753 Saya faham yang mak dan ayah ibu bapa saya, tapi... 357 00:17:15,293 --> 00:17:17,753 kali terakhir saya periksa, saya masih seorang doktor. 358 00:17:20,673 --> 00:17:23,343 Kamu nak buat begitu? Baiklah. 359 00:17:24,263 --> 00:17:27,803 Kali terakhir mak periksa, mak masih bos kamu, doktor. 360 00:17:27,893 --> 00:17:29,103 Permohonan ditolak. 361 00:17:35,483 --> 00:17:36,443 DR. KAMEALOHA, PAKAR PERUBATAN 362 00:17:37,153 --> 00:17:38,313 Kalau begitu, saya berhenti. 363 00:17:38,403 --> 00:17:39,983 -Tidak, Lahela. -Ya. 364 00:17:45,903 --> 00:17:46,913 Entah kenapa, 365 00:17:46,993 --> 00:17:48,623 saya ingatkan mengorek imu lebih seronok berbanding ini. 366 00:17:49,493 --> 00:17:51,993 Okey, lubang itu dah cukup dalam. 367 00:17:52,083 --> 00:17:53,413 Kita hanya perlu tentukan panjangnya. 368 00:17:53,503 --> 00:17:56,333 Pak Cik John kata ia bergantung kepada saiz khinzir itu. 369 00:17:56,413 --> 00:17:58,883 Mari kita letak khinzir ke dalam lubang dan lihat jika ia muat. 370 00:17:58,963 --> 00:18:00,673 Tak, itu terlalu berat. 371 00:18:00,753 --> 00:18:02,633 Lebih baik jika kita ada sesuatu yang mempunyai saiz sama. 372 00:18:02,713 --> 00:18:08,393 Ya, sesuatu yang kita boleh guna sebagai proksi. 373 00:18:08,893 --> 00:18:10,263 Apa itu proksi? 374 00:18:10,353 --> 00:18:12,473 Baring dalam lubang dan ayah akan beritahu kamu. 375 00:18:13,773 --> 00:18:17,443 Saya kena buat benda pelik lagi? 376 00:18:18,773 --> 00:18:20,193 Saya manusia. 377 00:18:24,533 --> 00:18:26,113 Baring lurus. 378 00:18:30,073 --> 00:18:31,993 Ini mimpi ngeri saya. 379 00:18:32,083 --> 00:18:33,243 Khinzir itu akan muat. 380 00:18:33,333 --> 00:18:34,203 Ya. 381 00:18:34,953 --> 00:18:37,413 Kalau ayah nak tahu, saya nak makan piza. 382 00:18:40,543 --> 00:18:42,093 Saya tak percaya awak akan berhenti. 383 00:18:42,173 --> 00:18:43,713 Saya tahu ini bukan keputusan yang mudah. 384 00:18:43,803 --> 00:18:45,173 Tapi saya faham. 385 00:18:45,263 --> 00:18:46,593 -Yakah? -Ya. 386 00:18:46,673 --> 00:18:48,303 Mak dan ayah saya serta semua adik-beradik saya 387 00:18:48,383 --> 00:18:49,933 belajar di Universiti Hawaii. 388 00:18:50,013 --> 00:18:51,343 Tapi saya perlu ikut haluan saya sendiri, 389 00:18:51,433 --> 00:18:54,603 gunakan kebebasan saya, jadi saya belajar di North Carolina. 390 00:18:54,683 --> 00:18:58,523 Saya tahu saya dengar awak kata y'all. Awak cakap telinga saya bengkak. 391 00:18:58,603 --> 00:19:00,103 Adakah awak buat pilihan yang betul? 392 00:19:00,193 --> 00:19:03,863 Saya seorang gadis pulau yang berada 4,788 batu jauhnya dari rumah. 393 00:19:03,943 --> 00:19:08,033 Debunga buatkan alahan saya teruk dan tiada siapa tahu apa itu Spam musubi. 394 00:19:08,613 --> 00:19:11,533 Tapi saya buat keputusan yang betul. 395 00:19:13,703 --> 00:19:14,623 Terima kasih. 396 00:19:16,043 --> 00:19:17,333 Saya akan rindukan awak berdua. 397 00:19:17,413 --> 00:19:20,463 Sayang, kami akan rindukan awak. 398 00:19:20,543 --> 00:19:23,253 Tapi saya suka rupa awak yang berani ini. 399 00:19:23,343 --> 00:19:26,173 Saya teringat masa saya kemas beg dan tinggalkan Chicago. 400 00:19:27,383 --> 00:19:28,633 Begitulah cara saya jumpa awak semua. 401 00:19:30,683 --> 00:19:32,343 Keputusan terbaik dalam hidup saya. 402 00:19:32,433 --> 00:19:34,143 Jangan lupa untuk balik, faham? 403 00:19:35,473 --> 00:19:36,603 Aduhai. 404 00:19:39,143 --> 00:19:40,603 Aloha. 405 00:19:40,693 --> 00:19:41,903 Maksud saya, ucapan selamat tinggal. 406 00:19:41,983 --> 00:19:44,023 Awak boleh cakap "aloha" saja. 407 00:19:47,073 --> 00:19:49,693 Hei, saya gembira dapat jumpa awak sebelum awak pergi. 408 00:19:51,783 --> 00:19:54,913 Hospital ini takkan sama tanpa awak, Doogie. 409 00:19:55,583 --> 00:19:56,833 Awak doktor yang hebat. 410 00:19:57,413 --> 00:20:00,043 Awak cakap begitu bukan sebab awak tak dapat beri nama panggilan 411 00:20:00,123 --> 00:20:01,753 yang berdasarkan rancangan televisyen era 90-an lagi? 412 00:20:01,833 --> 00:20:04,463 Tak, awak memang doktor yang hebat. 413 00:20:04,543 --> 00:20:08,673 Lagipun, saya masih ada Will dan Grace. 414 00:20:11,383 --> 00:20:12,843 Terima kasih. 415 00:20:13,343 --> 00:20:16,303 Betul, semua. Maksud saya untuk semuanya. Saya... 416 00:20:16,393 --> 00:20:17,853 -Pasukan Biru, ICU. -Itu kita. Kita perlu... 417 00:20:17,933 --> 00:20:20,393 -Ya. Pergi. -Pasukan Biru, sila ke ICU. 418 00:20:53,683 --> 00:20:54,893 Ini satu kejutan yang bagus. 419 00:20:54,973 --> 00:20:56,013 Ingatkan awak kerja hari ini. 420 00:20:56,093 --> 00:20:58,353 Ya, tapi saya dah berhenti. 421 00:20:58,933 --> 00:21:00,393 Nanti, apa? Kenapa? 422 00:21:00,473 --> 00:21:04,643 Ibu bapa saya kata saya tak boleh pergi, tapi ini hidup saya. 423 00:21:05,773 --> 00:21:08,983 Mak saya tak mahu beri saya cuti selama dua bulan, jadi saya berhenti. 424 00:21:09,073 --> 00:21:12,573 Saya tak nak awak lepaskan minat awak demi jelajah meluncur. 425 00:21:12,653 --> 00:21:14,453 Awak suka jadi doktor. 426 00:21:14,533 --> 00:21:16,203 Itulah diri awak yang sebenar. 427 00:21:16,283 --> 00:21:17,413 Awak pasti akan ridukannya 428 00:21:22,453 --> 00:21:24,463 Saya takkan sertai jelajah itu. 429 00:21:25,333 --> 00:21:27,133 Tak, saya tak boleh minta awak buat begitu. 430 00:21:27,213 --> 00:21:28,463 Memang pun. 431 00:21:28,593 --> 00:21:30,053 Itu idea saya. 432 00:21:30,133 --> 00:21:32,013 Saya boleh cuba lagi tahun depan. 433 00:21:32,093 --> 00:21:33,973 Teman lelaki awak memang hebat, bukan? 434 00:21:35,013 --> 00:21:36,223 Saya cintakan awak. 435 00:21:36,303 --> 00:21:37,473 Saya cintakan awak juga. 436 00:21:47,443 --> 00:21:50,773 Saya tak pernah segembira begini sejak saya nampak Obama meluncur. 437 00:21:50,863 --> 00:21:52,783 Ya, dia boleh. 438 00:21:55,363 --> 00:21:57,163 Masuklah. 439 00:22:06,463 --> 00:22:07,423 Hei. 440 00:22:08,673 --> 00:22:13,213 Kita jarang berbual sejak kejadian itu berlaku. 441 00:22:13,843 --> 00:22:15,303 Maksud awak di parti Walter? 442 00:22:15,383 --> 00:22:16,383 Ya. 443 00:22:17,053 --> 00:22:19,183 Ia sangat gila. 444 00:22:22,723 --> 00:22:26,643 Yang kita rosakkan kek Walter 445 00:22:26,733 --> 00:22:28,653 dan dia tak marah pun, bukan? 446 00:22:29,733 --> 00:22:30,693 Ya. 447 00:22:31,363 --> 00:22:32,573 Betul. 448 00:22:46,583 --> 00:22:47,753 Hei 449 00:22:48,253 --> 00:22:50,713 Supaya awak tahu semua maklumat penting. 450 00:22:50,793 --> 00:22:53,883 Doktor kata lonjakan pertumbuhan saya akan tiba tak lama lagi. 451 00:22:56,763 --> 00:22:58,183 Awak terlalu bagus untuk dia. 452 00:23:02,853 --> 00:23:04,393 Terima kasih, Brian Patrick. 453 00:23:08,893 --> 00:23:11,193 Aloha! 454 00:23:11,273 --> 00:23:13,443 -Helo, pak cik! Aloha, mak cik! -Hei, semua. 455 00:23:13,523 --> 00:23:15,323 Saya harap saya bawa salad mac secukupnya. 456 00:23:16,073 --> 00:23:17,443 Saya rasa makanan dah cukup. 457 00:23:18,453 --> 00:23:20,323 Aloha, R.T. 458 00:23:20,413 --> 00:23:22,203 Saya buat hidangan salmon Lomi Lomi saya yang terkenal. 459 00:23:23,163 --> 00:23:25,743 Saya dari Midwest, jadi saya buat salad ambrosia. 460 00:23:25,833 --> 00:23:27,503 Ini makanan para dewa. 461 00:23:28,963 --> 00:23:31,753 Dewa awak mesti sangat suka gula-gula marshmallow. 462 00:23:32,833 --> 00:23:34,753 Saya tak sabar nak cuba. 463 00:23:40,343 --> 00:23:42,183 Saya dah ada teman wanita. 464 00:23:42,843 --> 00:23:43,973 Biar betul. 465 00:23:44,933 --> 00:23:46,313 Beri saya salad itu. 466 00:23:51,773 --> 00:23:54,063 Hebatnya! Tahniah, ayah. 467 00:23:54,153 --> 00:23:55,113 Ayah berjaya lakukannya. 468 00:23:55,193 --> 00:23:57,403 Terima kasih. Tak susah pun. 469 00:23:57,483 --> 00:23:59,363 Jadi, kenapa ayah tak nak buat? 470 00:24:00,073 --> 00:24:01,403 Ayah rasa... 471 00:24:02,863 --> 00:24:04,663 Mungkin sebab Pak Cik John yang selalu buat. 472 00:24:05,413 --> 00:24:07,703 Bila kamu ambil peranan seseorang dalam keluarga, 473 00:24:07,793 --> 00:24:09,083 maknanya mereka dah tiada. 474 00:24:11,463 --> 00:24:13,043 Ayah belum bersedia untuk ucap selamat tinggal. 475 00:24:15,793 --> 00:24:18,513 Jangan risau. Pak cik takkan ke mana-mana. 476 00:24:19,633 --> 00:24:21,133 Pak cik dah keluar hospital? 477 00:24:21,223 --> 00:24:23,303 Saya lepaskan dia di bawah jagaan saya. 478 00:24:24,143 --> 00:24:25,763 Dan nasihat awak. 479 00:24:26,603 --> 00:24:28,143 Terima kasih, sayang. 480 00:24:30,603 --> 00:24:32,483 Kamu takkan gantikan pak cik dalam masa terdekat ini. 481 00:24:33,023 --> 00:24:36,823 Awak terlupa letak khinzir dalam imu, si dungu! 482 00:24:56,383 --> 00:24:57,213 Hei, mak. 483 00:24:58,343 --> 00:24:59,173 Hei. 484 00:25:00,923 --> 00:25:03,093 Saya nak bercakap dengan mak tentang apa yang berlaku hari ini. 485 00:25:03,183 --> 00:25:04,383 Mak pun sama. 486 00:25:08,143 --> 00:25:11,183 Akan tiba saat dalam kehidupan setiap gadis remaja 487 00:25:11,273 --> 00:25:14,813 di mana ibunya tak lagi boleh mempengaruhinya. 488 00:25:15,443 --> 00:25:20,233 Dia jadi wanita dirinya sendiri dan dia akan buat apa yang dia nak. 489 00:25:20,943 --> 00:25:24,743 Bagi mak, ia ketika nenek kamu tak benarkan mak tinggal 490 00:25:24,823 --> 00:25:26,783 di Jersey Shore untuk musim panas. 491 00:25:28,243 --> 00:25:31,243 Untuk kamu, saat itu adalah hari ini. 492 00:25:32,583 --> 00:25:37,043 Ini kehidupan kamu dan... kamu perlu buat apa yang patut. 493 00:25:38,383 --> 00:25:41,133 Kamu boleh ke Australia. 494 00:25:42,423 --> 00:25:43,553 Terima kasih. 495 00:25:47,763 --> 00:25:49,853 Tapi saya tak mahu ke Australia. 496 00:25:51,723 --> 00:25:54,683 -Apa? -Saya suka bekerja di hospital. 497 00:25:55,393 --> 00:25:57,353 Saya akan terlalu rindukannya. 498 00:25:58,063 --> 00:26:00,403 Walter dah putuskan untuk tak sertai jelajah 499 00:26:00,483 --> 00:26:02,073 dan habiskan musim panas bersama saya. 500 00:26:04,243 --> 00:26:08,243 Jadi, boleh saya dapatkan kerja saya semula? 501 00:26:09,323 --> 00:26:13,913 Sudah tentu, selamat kembali, Dr. Kamealoha. 502 00:26:14,503 --> 00:26:15,963 Terima kasih, mak. 503 00:26:19,003 --> 00:26:21,963 Kenapa mak ubah fikiran dan biar Pak Cik John keluar? 504 00:26:24,553 --> 00:26:28,343 Masa mak kecil, mak ada dua ekor kucing, Pat dan Geno. 505 00:26:28,433 --> 00:26:29,933 Perangai kedua-duanya memang berbeza. 506 00:26:30,013 --> 00:26:31,563 Pat kucing dalam rumah. 507 00:26:31,643 --> 00:26:33,143 Geno merupakan kucing luar rumah. 508 00:26:33,223 --> 00:26:35,773 Pada waktu siang, ia akan berkeliaran di kejiranan. 509 00:26:37,063 --> 00:26:41,863 Mak cuba beberapa kali untuk buat ia duduk di dalam, tapi ia bencikannya. 510 00:26:41,943 --> 00:26:45,993 Geno paling gembira semasa dikelilingi alam semula jadi. 511 00:26:47,243 --> 00:26:48,283 Seperti Pak Cik John. 512 00:26:48,363 --> 00:26:49,573 Betul. 513 00:26:49,663 --> 00:26:54,493 Ayah awak ingatkan mak yang Pak Cik John bagaikan kucing luar rumah. 514 00:26:54,583 --> 00:26:58,213 Kamu tak boleh halang kucing luar rumah daripada keluar. 515 00:26:58,293 --> 00:27:00,253 Tak kira betapa kamu halangnya. 516 00:27:00,753 --> 00:27:03,803 Ia perlu berada di tempat yang ia boleh bergembira. 517 00:27:25,283 --> 00:27:27,693 Hei, Jake! Apa khabar? 518 00:27:28,243 --> 00:27:29,703 Baguslah, awak bawa ukulele awak. 519 00:27:29,783 --> 00:27:32,203 Sebab ramai orang suka dengar awak main ukulele. 520 00:27:32,283 --> 00:27:33,953 Namanya Linda. 521 00:27:34,033 --> 00:27:35,913 -Memang betul saya bawa dia. -Bagus sekali. 522 00:28:26,173 --> 00:28:27,253 Poi yang sangat sedap. 523 00:28:27,343 --> 00:28:29,013 Okey? 524 00:29:00,623 --> 00:29:02,833 Ia sangat sedap. 525 00:29:04,883 --> 00:29:08,173 Adakah awak akan dihukum kerana keluarkan Pak Cik John? 526 00:29:09,803 --> 00:29:11,513 Mungkin. 527 00:29:15,393 --> 00:29:17,473 Jawatan Ketua Kakitangan awak akan terjejas? 528 00:29:19,143 --> 00:29:20,683 Mungkin. 529 00:29:24,103 --> 00:29:25,983 Tapi ia sangat berbaloi. 530 00:29:26,523 --> 00:29:28,113 Untuk ini. 531 00:29:44,213 --> 00:29:45,963 Saya tahu, kita betul-betul berseronok. 532 00:29:46,583 --> 00:29:48,213 Saya pukul bola itu... 533 00:29:48,293 --> 00:29:51,133 Okey, sejujurnya. Awak tonton Tiger Woods semasa era pertengahan 90-an? 534 00:29:51,213 --> 00:29:53,263 -Ya. -Sebab saya kenal gaya itu. 535 00:29:53,673 --> 00:29:56,803 Dr. Hannon, ada khabar angin mengatakan awak biar pesakit keluar 536 00:29:56,893 --> 00:30:00,013 untuk menghadiri majlis keluarga yang menentang protokol hospital. 537 00:30:00,973 --> 00:30:03,853 Saya tak sangka awak akan langgar peraturan, Clara. 538 00:30:03,983 --> 00:30:06,143 Saya pernah tengok awak parkir kereta sebanyak lima kali, 539 00:30:06,233 --> 00:30:07,943 supaya kereta betul-betul berada di dalam kotak. 540 00:30:08,773 --> 00:30:10,443 Saya sedar ia bukan perkara biasa, 541 00:30:10,523 --> 00:30:14,153 tapi pesakit sudah pun menunjukkan perkembangan ke arah pemulihan. 542 00:30:14,243 --> 00:30:16,403 Saya rasa awak tahu kita ada polisi yang ketat 543 00:30:16,493 --> 00:30:19,323 untuk lindungi hospital ini daripada tuntutan mahkamah. 544 00:30:19,413 --> 00:30:23,663 Namun peraturan itu dibuat oleh peguam dan bukannya doktor. 545 00:30:24,833 --> 00:30:27,873 Ayah saya menderita selama berbulan-bulan di hospis. 546 00:30:28,713 --> 00:30:30,923 Saya cuma berharap dia ada doktor seperti awak. 547 00:30:31,923 --> 00:30:36,093 Bersemangat, berdedikasi, dan mempunyai belas kasihan. 548 00:30:37,133 --> 00:30:39,183 Sila sertai saya untuk mengucapkan tahniah... 549 00:30:41,223 --> 00:30:43,643 kepada Ketua Kakitangan baru kamu... 550 00:30:45,643 --> 00:30:46,893 Dr. Hannon. 551 00:30:49,563 --> 00:30:50,523 Terima kasih. 552 00:31:01,623 --> 00:31:05,203 -Mari sini! Oh, Tuhanku. -Oh, Tuhanku. 553 00:31:10,883 --> 00:31:13,093 Tahniah, Dr. Hannon. 554 00:31:13,173 --> 00:31:14,423 Awak akan jadi ketua yang hebat. 555 00:31:15,713 --> 00:31:17,843 Adakah terlalu awal untuk minta tempat letak kereta yang lebih dekat? 556 00:31:17,923 --> 00:31:19,553 -Ya, masih terlalu awal. -Okey, nanti saya bincang dengan awak. 557 00:31:19,633 --> 00:31:21,393 -Okey. -Tahniah, sayang! 558 00:31:22,933 --> 00:31:24,223 Macam mana awak tahu? 559 00:31:25,393 --> 00:31:27,733 En. Hsiao berkelakuan agak kekok di trak ais batu campur tadi. 560 00:31:27,813 --> 00:31:29,353 Jadi, saya buatkan sejambak bunga untuk awak. 561 00:31:29,443 --> 00:31:31,733 Sama ada itu berita baik atau buruk. 562 00:31:31,813 --> 00:31:33,193 Saya cintakan awak. 563 00:31:33,863 --> 00:31:38,783 Mak! Tahniah, Ketua Kakitangan! 564 00:31:38,863 --> 00:31:39,703 Terima kasih, sayang. 565 00:31:39,783 --> 00:31:40,953 Mak berjaya! 566 00:31:41,033 --> 00:31:42,033 Kita berjaya. 567 00:31:51,083 --> 00:31:52,673 Saya macam tak percaya. 568 00:32:12,853 --> 00:32:13,693 Hei. 569 00:32:14,943 --> 00:32:16,153 Lahela, apa khabar? 570 00:32:16,233 --> 00:32:17,783 Saya seronok habiskan masa dengan keluarga awak semalam. 571 00:32:17,863 --> 00:32:22,113 Maaf sebab kita makan lewat. Ayah saya terlupa letak khinzir dalam imu. 572 00:32:22,203 --> 00:32:23,203 Jangan risau. 573 00:32:23,283 --> 00:32:25,333 Brian Patrick beri piza di belakang bangsal. 574 00:32:27,793 --> 00:32:31,083 Terima kasih kerana mengingatkan saya yang saya sangat suka jadi doktor. 575 00:32:32,543 --> 00:32:34,043 Itu minat awak. 576 00:32:35,793 --> 00:32:37,053 Ya. 577 00:32:38,093 --> 00:32:40,093 Minat awak pula ialah meluncur. 578 00:32:41,263 --> 00:32:44,553 Awak berpeluang menjadi peluncur termuda dalam jelajah itu. 579 00:32:45,393 --> 00:32:46,763 Jangan berputus asa. 580 00:32:48,523 --> 00:32:49,773 Apa maksud awak? 581 00:32:53,273 --> 00:32:55,523 Awak perlu ke Australia. 582 00:32:56,153 --> 00:32:58,443 Tak kira betapa saya nak awak tinggal di sini. 583 00:32:59,573 --> 00:33:01,613 Awak tak boleh putus asa dengan minat awak. 584 00:33:04,573 --> 00:33:07,993 Awak pasti ini yang awak mahukan? 585 00:33:12,583 --> 00:33:13,543 Ya. 586 00:33:33,443 --> 00:33:34,943 Sekarang, pergilah meluncur. 587 00:33:36,863 --> 00:33:37,863 Pastikan awak menang. 588 00:33:37,943 --> 00:33:39,653 Saya tak nak bercinta dengan lelaki tak guna. 589 00:34:02,763 --> 00:34:07,013 Menjadi dewasa lebih sekadar daripada ada lesen memandu, 590 00:34:07,093 --> 00:34:11,013 atau kerjaya, atau jatuh cinta. 591 00:34:11,103 --> 00:34:16,063 Ia perlukan kekuatan untuk buat benda yang betul, walaupun ia susah. 592 00:34:19,483 --> 00:34:21,113 Tapi itu juga bermakna... 593 00:34:21,613 --> 00:34:25,613 mempunyai keberanian untuk bergantung pada orang yang ambil berat tentang awak. 594 00:34:26,403 --> 00:34:30,663 Selama yang saya ingat, saya membesar dengan terlalu cepat. 595 00:34:30,743 --> 00:34:32,493 Masuk ke sekolah perubatan, 596 00:34:33,083 --> 00:34:34,373 menjadi doktor, 597 00:34:35,503 --> 00:34:36,793 hubungan pertama saya... 598 00:34:39,503 --> 00:34:42,383 Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap seterusnya 599 00:34:42,463 --> 00:34:47,433 sehingga saya terlupa tentang betapa istimewanya saat ini. 600 00:34:47,933 --> 00:34:49,053 Saya sumpah! 601 00:34:49,143 --> 00:34:50,143 Dia comel. 602 00:34:50,973 --> 00:34:52,063 Sekarang... 603 00:34:53,893 --> 00:34:55,183 bersama orang-orang ini... 604 00:34:58,773 --> 00:35:00,563 di pulau ini. 605 00:35:01,153 --> 00:35:02,573 Saya rasa sangat teruja. 606 00:35:02,653 --> 00:35:03,533 Samalah! 607 00:35:05,193 --> 00:35:09,533 Buat kali pertama... Saya tak terburu-buru. 608 00:35:23,633 --> 00:35:25,303 Saya takkan ke mana-mana. 609 00:35:29,973 --> 00:35:32,263 Bersama dengan orang yang paling menyayangi saya. 610 00:35:37,393 --> 00:35:38,773 Rasanya agak bagus. 611 00:35:42,113 --> 00:35:44,073 AL HARRINGTON DALAM KENANGAN 612 00:36:21,693 --> 00:36:26,613 Sari kata oleh Ally Gee