1
00:00:00,000 --> 00:00:06,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
2
00:01:21,860 --> 00:01:24,070
Hamba dah lewat. Aduhai.
3
00:02:21,630 --> 00:02:22,920
Tuanku.
4
00:02:24,550 --> 00:02:27,010
Apa yang membuatkan
fikiran Tuanku melayang jauh?
5
00:02:27,090 --> 00:02:30,010
Berkali-kali patik ajukan soalan,
tapi Tuanku begitu khusyuk.
6
00:02:32,010 --> 00:02:33,300
Beta akan lewat.
7
00:02:34,760 --> 00:02:36,310
Kalau dah selesai, mari.
8
00:02:45,400 --> 00:02:47,320
Tuanku berkenan dengan jamuan semalam?
9
00:02:47,400 --> 00:02:50,400
Patik tak sangka Tuanku
bawa dia sebagai pengiring Tuanku.
10
00:02:50,490 --> 00:02:52,780
Patik kecil hati, Tuanku.
11
00:02:52,870 --> 00:02:56,040
Usah berkecil hati.
Lain kali, beta akan bawa kamu bersama.
12
00:02:56,120 --> 00:02:57,040
Tuanku.
13
00:02:57,950 --> 00:03:01,500
- Siapa guru kuliah hari ini?
- Guru Jung, Tuanku.
14
00:03:07,090 --> 00:03:08,670
Kenapa, Tuanku?
15
00:03:13,050 --> 00:03:14,050
Tiada apa.
16
00:03:15,300 --> 00:03:16,640
Lima jarak.
17
00:03:21,020 --> 00:03:22,730
EPISOD 9
18
00:04:01,850 --> 00:04:04,400
Kenapa hamba buat begitu?
19
00:04:05,440 --> 00:04:07,190
Hamba tak patut minum.
20
00:04:08,230 --> 00:04:10,030
Semua ini kerana arak.
21
00:04:10,110 --> 00:04:11,900
Apa kamu buat di sini?
22
00:04:14,450 --> 00:04:15,450
Hamba…
23
00:04:16,620 --> 00:04:18,120
Hari ini indah
24
00:04:18,830 --> 00:04:20,200
dan bunga ini cantik…
25
00:04:20,290 --> 00:04:22,410
Tuanku, Guru Jung menghadap.
26
00:04:34,840 --> 00:04:36,340
BUNGA RAMPAI CONFUCIUS
27
00:04:36,430 --> 00:04:39,640
TUAN GURU BERKATA…
28
00:04:54,280 --> 00:04:55,240
Semalam…
29
00:04:55,320 --> 00:04:57,160
Bunuhlah patik, Tuanku.
30
00:04:58,620 --> 00:05:00,870
Akibat terlalu mabuk,
31
00:05:00,950 --> 00:05:03,950
patik telah melakukan
perkara yang tak dapat dimaafkan.
32
00:05:04,620 --> 00:05:06,830
Ampun beribu-ribu ampun Tuanku.
33
00:05:08,080 --> 00:05:09,210
Itu…
34
00:05:12,380 --> 00:05:13,800
Beta faham.
35
00:05:15,920 --> 00:05:17,130
Tuanku?
36
00:05:17,220 --> 00:05:21,180
Maksud beta, itulah bahaya arak, bukan?
37
00:05:21,890 --> 00:05:25,350
Tiada siapa yang terlepas
daripada membuat kesilapan ketika mabuk.
38
00:05:26,230 --> 00:05:28,980
Usah khuatir. Anggap saja…
39
00:05:30,020 --> 00:05:32,110
ia sebagai kenangan melucukan.
40
00:05:38,110 --> 00:05:39,360
Sahlah…
41
00:05:40,160 --> 00:05:44,200
Sahlah Tuanku seorang yang memahami
kelemahan apabila dalam keadaan mabuk.
42
00:05:44,290 --> 00:05:46,870
Patik tak pernah
melakukan kekhilafan sebegitu,
43
00:05:46,960 --> 00:05:49,080
patik kurang pasti apa yang merasuk patik.
44
00:05:49,170 --> 00:05:53,710
Tuanku tampak begitu menawan di bawah
cahaya purnama dan membuatkan patik…
45
00:06:00,590 --> 00:06:02,810
Aduhai…
46
00:06:03,390 --> 00:06:05,020
Bukan itu maksud patik.
47
00:06:10,480 --> 00:06:11,650
Oh, ya.
48
00:06:12,360 --> 00:06:15,570
Beta ada sesuatu untuk kamu.
49
00:06:27,290 --> 00:06:28,500
Itu manisan.
50
00:06:29,210 --> 00:06:32,250
Beta tak pasti jika kamu gemar manisan.
51
00:06:33,840 --> 00:06:35,630
Tapi apa sebabnya…
52
00:06:36,510 --> 00:06:39,260
Kamu bertungkus lumus
ketika utusan Ming di sini.
53
00:06:40,550 --> 00:06:44,140
Kamu telah banyak meringankan beban beta,
jadi itu tanda penghargaan beta.
54
00:06:46,220 --> 00:06:48,390
Beta tak pasti jika kamu berkenan.
55
00:07:20,630 --> 00:07:23,430
Tuan dah sampai.
56
00:07:28,890 --> 00:07:30,390
Kamu dah terima?
57
00:07:31,140 --> 00:07:32,520
Terima apa?
58
00:07:37,820 --> 00:07:39,070
Itu…
59
00:07:40,860 --> 00:07:43,910
Bagus. Kamu dah terima juga.
60
00:07:43,990 --> 00:07:46,990
Inilah titah baginda
ketika menganugerahkan manisan ini.
61
00:07:48,200 --> 00:07:50,580
"Kamu bertungkus lumus
ketika utusan Ming di sini.
62
00:07:50,660 --> 00:07:55,290
Kamu telah banyak meringankan beban beta,
jadi itu tanda penghargaan beta."
63
00:07:56,250 --> 00:07:58,090
Baginda seorang yang pemurah.
64
00:07:58,880 --> 00:08:01,510
Sambung baginda,
"Beta tak pasti jika kamu berkenan."
65
00:08:01,590 --> 00:08:03,430
Pandangan baginda penuh mesra.
66
00:08:03,510 --> 00:08:07,550
Baginda turut khuatir
jika ia terlalu manis untuk hamba.
67
00:08:07,640 --> 00:08:09,010
Begitu bertimbang rasa.
68
00:08:10,140 --> 00:08:11,310
Ini kali pertama
69
00:08:11,390 --> 00:08:14,270
segala kerja keras hamba dalam 20 tahun
mendapat pengiktirafan.
70
00:08:14,850 --> 00:08:16,360
Kini hamba faham
71
00:08:16,440 --> 00:08:19,230
segala puji-pujian yang tuan
canangkan tentang baginda.
72
00:08:21,490 --> 00:08:22,990
Manisnya sedang elok.
73
00:08:24,400 --> 00:08:26,160
Ini pahit. Adakah ini bunga loceng?
74
00:08:59,110 --> 00:09:02,730
Usah bimbang,
hamba telah arahkan yang lain beredar.
75
00:09:21,420 --> 00:09:25,090
Apa yang membawa Tuanku
mencemar duli ke teratak patik?
76
00:09:26,630 --> 00:09:27,760
Datuk.
77
00:09:28,550 --> 00:09:29,680
Tuanku.
78
00:09:30,970 --> 00:09:33,270
Dengan menggunakan utusan Ming,
79
00:09:33,350 --> 00:09:35,930
Datuk Temenggung mendapat hak
untuk meneroka Yeoyeon.
80
00:09:37,600 --> 00:09:39,980
Apakah tujuan sebenar Datuk Temenggung?
81
00:09:41,060 --> 00:09:42,570
Patik kurang pasti…
82
00:09:42,650 --> 00:09:46,400
Yeoyeon kerap menjadi sasaran
serangan puak gasar.
83
00:09:46,490 --> 00:09:49,780
Dengan menggunakan alasan
memperkukuhkan sempadan negara,
84
00:09:50,410 --> 00:09:52,410
dia akan membangunkan bala tenteranya.
85
00:09:54,410 --> 00:09:56,750
- Jadi…
- Bangunkan bala tentera Datuk.
86
00:09:57,250 --> 00:09:59,210
Bala tentera untuk menentang tenteranya.
87
00:10:00,670 --> 00:10:01,840
Beta…
88
00:10:03,250 --> 00:10:05,380
akan sokong Datuk.
89
00:10:07,670 --> 00:10:08,720
Tuanku!
90
00:10:18,230 --> 00:10:19,690
Yeong-ji, mari makan.
91
00:10:27,900 --> 00:10:29,990
Kenapa kamu asyik termenung saja?
92
00:10:30,660 --> 00:10:33,530
Kamu tak mahu rasa?
Kami akan habiskan semuanya.
93
00:10:36,700 --> 00:10:38,750
Tak nak. Makanlah.
94
00:10:38,830 --> 00:10:41,420
Janganlah begitu. Marilah makan bersama.
95
00:10:41,500 --> 00:10:44,920
Paduka Raja Muda anugerahkan manisan ini.
Tak manis kami makan tanpa kamu.
96
00:10:45,000 --> 00:10:46,670
Betul. Makanlah.
97
00:10:49,130 --> 00:10:50,260
Sebenarnya…
98
00:10:53,850 --> 00:10:55,140
Tak apalah.
99
00:10:55,220 --> 00:10:57,560
Aduhai, apa sebenarnya?
100
00:10:57,640 --> 00:11:00,890
Kalau nak beritahu sesuatu, cakap saja.
Jangan separuh jalan saja!
101
00:11:00,980 --> 00:11:02,190
Aduhai…
102
00:11:07,230 --> 00:11:08,820
Begini kisahnya.
103
00:11:09,820 --> 00:11:11,450
Akibat mabuk,
104
00:11:12,110 --> 00:11:15,370
seorang teman hamba
mengucup pipi temannya.
105
00:11:15,870 --> 00:11:20,330
Tapi teman yang dikucup itu
begitu bersahaja dengan tindakannya.
106
00:11:20,410 --> 00:11:25,290
Entah kenapa, itu membuatkan
teman hamba rasa tersinggung.
107
00:11:25,380 --> 00:11:28,050
Kerana si dia begitu bersahaja.
108
00:11:28,840 --> 00:11:33,140
Bukan itu saja. Teman hamba juga sangka
dirinya saja yang terima layanan istimewa,
109
00:11:33,220 --> 00:11:37,350
tapi rupa-rupanya si dia turut memberi
layanan yang sama terhadap yang lain.
110
00:11:39,890 --> 00:11:41,980
Itu juga buat dia tersinggung.
111
00:11:43,230 --> 00:11:45,770
Kenapa dia tersinggung?
112
00:11:45,860 --> 00:11:47,020
Apa ini?
113
00:11:47,110 --> 00:11:49,480
Kamu bercerita tentang siapa?
114
00:11:49,570 --> 00:11:52,820
Kamu atau kenalan kamu?
115
00:11:52,900 --> 00:11:55,160
Tentulah kenalan hamba.
116
00:11:55,660 --> 00:11:56,830
Teman kamu…
117
00:11:57,330 --> 00:11:58,790
suka dia?
118
00:11:59,580 --> 00:12:01,750
- Apa?
- Itu biasa jika kita sukakan seseorang.
119
00:12:02,710 --> 00:12:05,290
Kita berharap kita saja di mata dia
120
00:12:05,380 --> 00:12:08,000
dan sedih apabila
perasaan kita tak dibalas.
121
00:12:08,090 --> 00:12:10,800
Kita mula mengharap,
sebab itulah kita kecewa.
122
00:12:12,840 --> 00:12:13,970
Aduhai.
123
00:12:16,220 --> 00:12:17,600
Tak mungkin.
124
00:13:37,800 --> 00:13:39,050
Hamba diberitahu
125
00:13:39,550 --> 00:13:42,310
bahawa Paduka Raja
berangkat keluar meninggalkan istana
126
00:13:42,390 --> 00:13:45,020
dan pulang di penghujung waktu larangan.
127
00:13:47,020 --> 00:13:49,940
Sebagai sida-sida yang
amat dipercayai oleh baginda,
128
00:13:50,520 --> 00:13:52,230
tentu kamu sedar tentang ini.
129
00:13:52,320 --> 00:13:54,230
Apa maksud Datuk?
130
00:13:54,860 --> 00:13:57,900
Semalam, Paduka Raja
berangkat ke peraduannya lebih awal
131
00:13:57,990 --> 00:14:01,320
dan baginda tak meninggalkan kamarnya.
132
00:14:04,620 --> 00:14:06,500
Kamu masih ingin berpura-pura tak tahu?
133
00:14:06,580 --> 00:14:09,080
Kenapa Datuk membuat tuduhan begitu?
134
00:14:09,920 --> 00:14:13,340
Hamba seorang pengikut Paduka Raja
yang setia.
135
00:14:17,170 --> 00:14:18,470
Sepuluh tahun lalu,
136
00:14:19,050 --> 00:14:21,180
kamu menangis dan merayu kepada hamba
137
00:14:21,260 --> 00:14:23,850
untuk menyelamatkan
isteri kamu yang tenat.
138
00:14:23,930 --> 00:14:25,720
Nampaknya, kamu dah lupa.
139
00:14:26,310 --> 00:14:30,270
Hamba percaya jasa Datuk itu
telah hamba balas semula.
140
00:14:30,350 --> 00:14:33,110
Sudah tentu,
lebih daripada yang hamba jangka.
141
00:14:34,770 --> 00:14:36,780
Sekiranya kamu
142
00:14:37,440 --> 00:14:41,620
tak sembunyikan surat itu
di kediaman Guru Kang,
143
00:14:42,490 --> 00:14:46,490
hamba pasti takkan berjaya
hapuskan pengikut setia Paduka Raja.
144
00:14:47,160 --> 00:14:49,410
Sekiranya sampai ke pengetahuan baginda,
145
00:14:50,460 --> 00:14:55,250
tentu baginda akan amat terharu
dengan kesetiaan yang kamu pamerkan.
146
00:14:56,920 --> 00:15:00,840
Kenapa Datuk tak minta saja nyawa hamba?
147
00:15:00,930 --> 00:15:04,260
Walau beribu kali,
hamba sanggup korbankan nyawa hamba.
148
00:15:06,010 --> 00:15:07,310
Nyawa kamu?
149
00:15:08,850 --> 00:15:12,270
Kamu patut hargai nyawa kamu
demi Paduka Raja.
150
00:15:46,810 --> 00:15:47,810
Guru Jung.
151
00:15:49,470 --> 00:15:51,730
Kamu kurang sihat?
152
00:15:52,640 --> 00:15:53,770
Tak.
153
00:15:54,730 --> 00:15:56,400
Hamba sihat saja.
154
00:15:56,480 --> 00:16:00,070
Hamba tak rasa begitu.
Wajah kamu kemerahan.
155
00:16:00,150 --> 00:16:02,280
Beritahulah hamba. Apa masalahnya?
156
00:16:02,360 --> 00:16:03,610
Apa yang sakit?
157
00:16:07,280 --> 00:16:09,040
Sebenarnya…
158
00:16:10,950 --> 00:16:12,120
Dada hamba…
159
00:16:13,160 --> 00:16:15,500
terasa sesak, sukar untuk bernafas.
160
00:16:16,880 --> 00:16:20,840
Sepanjang hari,
jantung hamba berdegup kencang
161
00:16:20,920 --> 00:16:25,680
dan hamba asyik termangu-mangu
dan tak keruan.
162
00:16:25,760 --> 00:16:30,310
Tunggu. Hamba yakin hamba pernah baca
tentang penyakit kamu ini.
163
00:16:30,390 --> 00:16:33,350
Apa penyakitnya? Beritahulah dia.
164
00:16:34,640 --> 00:16:36,940
Wajah kamu bertukar kemerahan
165
00:16:37,020 --> 00:16:39,610
dan perasaan gembira bersilih ganti
166
00:16:39,690 --> 00:16:41,610
dengan perasaan sedih. Benar?
167
00:16:42,240 --> 00:16:45,200
Kamu terbayang wajah
dan terdengar suara dia?
168
00:16:45,780 --> 00:16:49,410
Setiap malam, mimpi kamu
dihantui kehadiran seseorang.
169
00:16:50,870 --> 00:16:52,580
Benar!
170
00:16:52,660 --> 00:16:55,120
- Tak silap lagi!
- Apa penyakitnya?
171
00:16:55,830 --> 00:16:56,670
Kamu mabuk cinta!
172
00:16:57,830 --> 00:16:58,880
Apa?
173
00:16:59,960 --> 00:17:03,010
Siapakah gadis yang
membuatkan kamu tak keruan?
174
00:17:04,840 --> 00:17:05,840
Itu…
175
00:17:06,470 --> 00:17:08,050
Gadis?
176
00:17:08,140 --> 00:17:09,470
Itu tak benar.
177
00:17:09,550 --> 00:17:12,310
Aduhai, kamu tak perlu rasa segan.
178
00:17:12,390 --> 00:17:14,600
- Beritahulah kami…
- Oh, ya.
179
00:17:14,680 --> 00:17:18,900
Hamba terlupa pula
yang hamba perlu ke pustaka.
180
00:17:18,980 --> 00:17:20,150
- Saya beransur dulu.
- Guru Jung…
181
00:17:20,230 --> 00:17:21,900
- Guru Jung.
- Guru Jung!
182
00:17:21,980 --> 00:17:23,110
Guru Jung!
183
00:17:23,860 --> 00:17:25,950
Betul. Tak syak lagi.
184
00:17:26,650 --> 00:17:27,910
Tapi siapa?
185
00:17:27,990 --> 00:17:29,120
Siapakah gerangannya?
186
00:17:42,210 --> 00:17:43,300
Hei.
187
00:17:44,800 --> 00:17:46,800
Kamu nampak pucat. Apa yang berlaku?
188
00:17:48,640 --> 00:17:50,300
Tiada apa.
189
00:17:50,850 --> 00:17:54,680
Tiada apa-apa. Semuanya baik saja.
190
00:17:55,680 --> 00:17:58,270
Mengarut. Ada saja.
191
00:18:01,360 --> 00:18:03,150
Tengok di sana itu.
192
00:18:04,030 --> 00:18:06,650
Mereka penari untuk
majlis keraian akan datang.
193
00:18:06,740 --> 00:18:09,610
Seluruh isi istana terpesona
dengan kecantikan mereka.
194
00:18:59,750 --> 00:19:00,580
Tidak!
195
00:19:02,830 --> 00:19:04,040
Tak mungkin.
196
00:19:04,920 --> 00:19:06,960
Mustahil. Tak mungkin.
197
00:19:07,050 --> 00:19:08,130
Apa yang mustahil?
198
00:19:09,880 --> 00:19:11,180
Apa yang dia merepek?
199
00:19:23,770 --> 00:19:24,610
Betul.
200
00:19:26,270 --> 00:19:29,440
Tenangkan hati. Eloklah hamba baca buku.
201
00:19:37,370 --> 00:19:38,790
Mungkin ini.
202
00:20:11,650 --> 00:20:13,110
Kenapa asyik…
203
00:20:20,450 --> 00:20:21,750
Apa ini?
204
00:20:22,750 --> 00:20:24,080
Kenapa Tuanku asyik muncul?
205
00:20:25,120 --> 00:20:26,580
Pergi.
206
00:20:26,670 --> 00:20:27,790
Pergi!
207
00:20:28,750 --> 00:20:30,170
Tolong pergi!
208
00:20:30,920 --> 00:20:32,590
Kamu dah hilang akal?
209
00:20:40,270 --> 00:20:42,310
Benarkah Tuanku di sini?
210
00:20:48,940 --> 00:20:50,070
Kenapa Tuanku ke sini?
211
00:20:51,280 --> 00:20:53,360
Tentulah untuk mencari buku.
212
00:20:55,950 --> 00:20:56,950
Betul…
213
00:20:58,070 --> 00:20:59,080
Begitu.
214
00:20:59,990 --> 00:21:00,990
Oh, ya.
215
00:21:02,200 --> 00:21:04,460
Adakah manisan yang beta hadiahkan itu
216
00:21:04,960 --> 00:21:06,710
sesuai dengan cita rasa kamu?
217
00:21:09,880 --> 00:21:12,210
Tuanku, sudah tentu.
218
00:21:13,550 --> 00:21:14,880
Manisan itu enak.
219
00:21:18,220 --> 00:21:19,260
Baguslah.
220
00:21:41,620 --> 00:21:42,740
Tuanku…
221
00:21:43,370 --> 00:21:46,210
Ampunkan patik, Tuanku.
222
00:21:46,290 --> 00:21:49,830
Izinkan patik meminta diri
kerana patik kurang sihat hari ini.
223
00:21:53,590 --> 00:21:55,170
Keluarlah dulu.
224
00:21:55,260 --> 00:21:56,170
Ya.
225
00:22:02,100 --> 00:22:03,470
Kenapa dengan Guru Jung?
226
00:22:03,560 --> 00:22:05,810
Ini buku-bukunya, Tuanku.
227
00:22:49,440 --> 00:22:51,520
Anak ayah ingin ke mana
228
00:22:51,600 --> 00:22:53,820
setelah berhias
dengan begitu cantik sekali?
229
00:22:54,520 --> 00:22:57,570
- Hamba nampak cantik?
- Buat seketika, ayah sangka
230
00:22:57,650 --> 00:23:00,490
ada dewi datang mengunjungi rumah kita.
231
00:23:00,570 --> 00:23:03,370
Sudahlah. Mengarut saja ayah ini.
232
00:23:05,790 --> 00:23:09,120
Tapi hamba akui, ada iras juga.
233
00:23:14,040 --> 00:23:15,090
Cik.
234
00:23:16,500 --> 00:23:18,460
Cik So-eun dah sampai.
235
00:23:18,550 --> 00:23:19,550
Yakah?
236
00:23:27,600 --> 00:23:28,680
Usah berlari.
237
00:23:28,770 --> 00:23:30,140
So-eun!
238
00:23:33,560 --> 00:23:35,360
Kamu tak apa-apa?
239
00:23:36,440 --> 00:23:39,490
Kamu memang gemar buat ayah risau.
240
00:23:43,660 --> 00:23:44,700
Awal kamu tiba.
241
00:23:45,200 --> 00:23:47,240
- Sudah sedia?
- Ya.
242
00:23:47,330 --> 00:23:51,160
Kamu berdua nak ke mana
sehinggakan dia begitu teruja?
243
00:23:51,250 --> 00:23:53,460
Hamba ingin ke istana untuk menemui ayah
244
00:23:53,540 --> 00:23:56,130
- dan Ha-gyeong ingin pergi sama.
- Istana?
245
00:23:56,750 --> 00:23:58,000
Kami pergi dulu, ayah.
246
00:24:00,380 --> 00:24:01,920
Jangan merayau-rayau
247
00:24:02,010 --> 00:24:05,390
dan pastikan kamu
sentiasa bersama So-eun, faham?
248
00:24:08,640 --> 00:24:11,350
Aduhai, sungguh menakjubkan.
249
00:24:11,430 --> 00:24:13,770
Bagaimana rasanya tinggal di sini?
250
00:24:13,850 --> 00:24:15,980
GEUNJEONGJEON
251
00:24:16,060 --> 00:24:17,820
Boleh kamu tunggu di sini?
252
00:24:17,900 --> 00:24:20,570
Hamba akan kembali selepas
bertemu dengan ayah hamba.
253
00:24:20,650 --> 00:24:22,450
Ya. Pergilah. Usah bimbang.
254
00:24:31,410 --> 00:24:33,210
Siapa gadis berdua itu?
255
00:24:33,290 --> 00:24:35,330
Beta tak pernah lihat mereka.
256
00:24:35,960 --> 00:24:38,840
Seorang anak Datuk Lembaga Penghulu,
257
00:24:38,920 --> 00:24:42,340
sementara seorang lagi
anak Datuk Penghulu Pertahanan.
258
00:26:14,470 --> 00:26:16,100
Kamu anak keluarga bangsawan.
259
00:26:16,680 --> 00:26:18,520
Kenapa kamu bersendirian di sini?
260
00:26:18,600 --> 00:26:22,940
Patik sampai ke sini
setelah mengekori haruman bunga.
261
00:26:23,730 --> 00:26:25,570
Tiada apa di sini.
262
00:26:26,280 --> 00:26:27,610
Eloklah kamu pulang.
263
00:26:40,210 --> 00:26:41,670
Tuanku.
264
00:26:43,790 --> 00:26:46,130
Paduka Bonda berkenan bertemu Tuanku.
265
00:26:46,210 --> 00:26:48,260
- Paduka Bonda?
- Tuanku.
266
00:26:57,930 --> 00:26:59,060
Tuanku?
267
00:26:59,810 --> 00:27:01,150
Itu Raja Muda?
268
00:27:19,160 --> 00:27:20,660
Tak mungkin.
269
00:27:27,800 --> 00:27:29,300
Pemilihan Raja Puan Muda?
270
00:27:46,270 --> 00:27:48,530
Anakanda sangka perihal ini
dah pun dibincangkan.
271
00:27:49,610 --> 00:27:53,200
Anakanda tak berhasrat untuk
mengubah keputusan anakanda.
272
00:27:54,530 --> 00:27:58,490
Anakanda Raja Muda masih kurang sihat,
jadi eloklah ditangguhkan dulu.
273
00:27:58,580 --> 00:28:02,460
Sampai bila anakanda ingin membiarkan
kedudukan Raja Muda dipersoalkan?
274
00:28:03,420 --> 00:28:07,090
Sudah masanya Raja Muda
dijodohkan dan melahirkan zuriat.
275
00:28:08,210 --> 00:28:10,800
Perihal ini tak boleh ditangguhkan lagi.
276
00:28:19,010 --> 00:28:23,600
Baginda berangkat bertemu Datuk Bendahara
dengan diiringi Hulubalang Yoon.
277
00:28:24,770 --> 00:28:27,230
Itu saja yang hamba tahu.
278
00:28:28,190 --> 00:28:30,320
Anakanda, apa pendapat kamu?
279
00:28:31,690 --> 00:28:33,650
Anakanda berhasrat untuk dijodohkan?
280
00:28:39,490 --> 00:28:42,120
Rombongan utusan Ming
baru saja berangkat pulang.
281
00:28:42,200 --> 00:28:45,460
Sekiranya satu lagi keraian besar
seperti perkahwinan diraja diadakan,
282
00:28:46,630 --> 00:28:48,920
ia pastinya akan
membebankan rakyat jelata.
283
00:28:50,670 --> 00:28:52,670
Mohon dipertimbangkan
kedudukan rakyat jelata
284
00:28:53,260 --> 00:28:56,430
dan tangguhkan perihal pernikahan ini
buat sementara waktu.
285
00:29:02,020 --> 00:29:04,310
Eloklah kita tangguhkan dulu
286
00:29:05,060 --> 00:29:09,150
perihal pemilihan bakal Raja Puan Muda
sehingga waktu lebih sesuai.
287
00:29:11,780 --> 00:29:13,030
Adakah kerana…
288
00:29:17,110 --> 00:29:21,580
Tuanku berhasrat untuk mewariskan takhta
kepada Putera Jehyeon?
289
00:29:22,370 --> 00:29:23,950
Sekiranya patik silap,
290
00:29:24,040 --> 00:29:29,170
apakah sebabnya Tuanku sentiasa
menentang perkahwinan Paduka Raja Muda?
291
00:29:29,250 --> 00:29:32,000
Datuk, jaga pertuturan kamu.
292
00:29:32,090 --> 00:29:36,680
Pada usia sebaya Paduka Raja Muda,
Tuanku telah pun dijodohkan
293
00:29:37,470 --> 00:29:39,550
dan menimang cahaya mata.
294
00:29:40,050 --> 00:29:42,470
Seandainya Tuanku
mengambil berat akan rakyat jelata,
295
00:29:42,560 --> 00:29:47,480
keutamaan negara perlulah diletakkan pada
perkahwinan serta zuriat Paduka Raja Muda.
296
00:29:48,230 --> 00:29:51,610
Seluruh rakyat jelata
dan para pembesar negara
297
00:29:52,610 --> 00:29:56,200
menantikan perkahwinan diraja
Paduka Raja Muda.
298
00:29:59,450 --> 00:30:00,830
Cukup.
299
00:30:03,160 --> 00:30:04,700
Pemilihan Raja Puan Muda
300
00:30:04,790 --> 00:30:07,210
dilaksanakan oleh kerabat diraja wanita.
301
00:30:07,290 --> 00:30:09,500
Bonda akan uruskan hal ini.
302
00:30:14,960 --> 00:30:19,130
JAGYEONGJEON
303
00:30:35,650 --> 00:30:37,190
Beta ingin pulang ke kamar.
304
00:30:56,380 --> 00:30:57,590
Tuanku, kenapa?
305
00:30:59,930 --> 00:31:00,930
Tiada apa.
306
00:31:36,170 --> 00:31:38,090
Apa patut Tuanku lakukan?
307
00:31:38,170 --> 00:31:41,130
Melihat kesungguhan Paduka Bonda,
308
00:31:41,220 --> 00:31:45,510
nampaknya Tuanku tak dapat
menangguhkan lagi perkahwinan ini.
309
00:31:46,350 --> 00:31:48,020
Tuanku, usah khuatir.
310
00:31:48,100 --> 00:31:52,230
Tuanku telah buat persediaan
untuk menghadapi perkara ini.
311
00:31:52,850 --> 00:31:54,360
Begini.
312
00:31:54,440 --> 00:31:58,280
Tuanku cuma perlu memegang tangan
bakal Paduka Raja Puan Muda…
313
00:32:01,700 --> 00:32:04,780
dan ucapkan, "Kanda kasihkan adinda."
314
00:32:04,870 --> 00:32:06,280
Beta ingin bersendirian.
315
00:32:07,330 --> 00:32:08,700
Beredar.
316
00:32:09,830 --> 00:32:11,120
Tuanku.
317
00:32:18,670 --> 00:32:21,050
Hamba yakin ia akan berhasil.
318
00:32:35,900 --> 00:32:36,980
Paduka Raja Muda?
319
00:32:37,690 --> 00:32:38,940
Betul.
320
00:32:40,530 --> 00:32:43,320
Kamu patut saksikan
betapa segaknya baginda
321
00:32:43,400 --> 00:32:46,030
ketika baginda menyelamatkan hamba.
322
00:32:46,660 --> 00:32:49,120
Adakah ini yang dikatakan takdir?
323
00:32:52,120 --> 00:32:54,580
Hamba dah ada matlamat.
324
00:32:54,670 --> 00:32:57,960
Hamba akan pastikan
hamba menjadi Raja Puan Muda.
325
00:32:58,460 --> 00:32:59,460
Hamba nekad.
326
00:33:06,090 --> 00:33:06,930
Jan-i!
327
00:33:09,560 --> 00:33:10,810
Hamba pulang dulu.
328
00:33:11,310 --> 00:33:13,930
Jangan leka ketika berjalan pulang.
329
00:33:14,020 --> 00:33:17,150
Hati-hati ketika pulang,
bakal Raja Puan Muda.
330
00:33:17,650 --> 00:33:20,480
Bakal Raja Puan Muda? Jangan usik hamba.
331
00:33:21,070 --> 00:33:22,230
Hamba pulang dulu.
332
00:33:29,700 --> 00:33:30,870
Cik!
333
00:33:31,740 --> 00:33:32,700
- Hei!
- Kejarlah!
334
00:33:32,790 --> 00:33:34,500
- Pulangkan.
- Itu hamba punya!
335
00:33:35,910 --> 00:33:37,460
Itu hamba punya!
336
00:33:40,040 --> 00:33:41,460
Aduhai.
337
00:33:41,550 --> 00:33:43,210
Aduhai, dah rosak.
338
00:33:43,300 --> 00:33:44,380
Apa…
339
00:33:44,470 --> 00:33:47,380
Hamba minta maaf. Tuan tak apa-apa?
340
00:33:47,470 --> 00:33:49,550
Apa ini?
341
00:33:49,640 --> 00:33:53,220
Hamba minta maaf. Biar hamba bersihkan.
342
00:33:53,310 --> 00:33:55,180
Berambus! Menjijikkan.
343
00:33:55,270 --> 00:33:57,770
Berambus. Berani kamu sentuh.
344
00:33:57,850 --> 00:33:59,440
- Aduhai.
- Aduhai.
345
00:34:03,730 --> 00:34:05,280
Jan-i, kamu tak apa-apa?
346
00:34:05,360 --> 00:34:06,450
Cik.
347
00:34:06,760 --> 00:34:08,720
Apa semua ini?
348
00:34:08,800 --> 00:34:10,800
Apa? Apa kamu kata?
349
00:34:11,640 --> 00:34:12,760
Kamu bergurau?
350
00:34:13,510 --> 00:34:16,930
Aduhai, hari ini memang bawa nasib malang.
351
00:34:27,740 --> 00:34:28,740
Baguslah.
352
00:35:03,560 --> 00:35:06,570
Hamba minta maaf
atas kesilapan pembantu hamba.
353
00:35:07,900 --> 00:35:11,110
Hamba harap tuan boleh
redakan kemarahan tuan.
354
00:35:11,200 --> 00:35:13,820
Hamba akan gantikan
pakaian tuan yang rosak itu.
355
00:35:13,910 --> 00:35:16,830
Mengarut. Kamu fikir
kamu bercakap dengan fakir?
356
00:35:17,330 --> 00:35:18,540
Yakah?
357
00:35:20,080 --> 00:35:22,620
Bagaimana kamu ingin bayar semula?
358
00:35:24,210 --> 00:35:26,540
Dengan wajah kamu yang cantik ini?
359
00:35:28,460 --> 00:35:29,880
Tuan dah melampau!
360
00:35:30,720 --> 00:35:34,550
Tak guna. Kamu fikir
kamu bercakap dengan siapa?
361
00:35:38,810 --> 00:35:40,060
Siapa kamu?
362
00:35:42,980 --> 00:35:44,190
Tuan Jung.
363
00:35:44,270 --> 00:35:46,520
Ini…
364
00:35:46,610 --> 00:35:49,480
Lepaskan tangan beta. Lepas.
365
00:35:51,940 --> 00:35:53,610
Tuanku, ramai yang melihat.
366
00:35:54,360 --> 00:35:55,490
Mohon bertenang.
367
00:35:57,530 --> 00:35:59,580
Berani kamu menegur beta?
368
00:36:01,290 --> 00:36:02,460
Tunggu.
369
00:36:03,790 --> 00:36:04,750
Kamu…
370
00:36:05,750 --> 00:36:08,670
Baru beta sedar, kamu guru diraja
Paduka Raja Muda, bukan?
371
00:36:08,750 --> 00:36:10,960
Kamu fikir menjadi guru baginda
372
00:36:11,050 --> 00:36:13,130
memberi kamu kuasa istimewa?
373
00:36:14,470 --> 00:36:17,680
Siapa kamu untuk menyuruh beta bertenang?
374
00:36:18,430 --> 00:36:21,220
Kamu sengaja menempah maut. Betul?
375
00:36:21,310 --> 00:36:23,180
Beta tunaikan hasrat kamu. Mari.
376
00:36:27,400 --> 00:36:28,400
Bagus.
377
00:36:31,980 --> 00:36:35,450
Bukankah Tuanku baru saja
dibenarkan untuk meninggalkan kediaman?
378
00:36:37,110 --> 00:36:40,490
Tindakan Tuanku ini hanya akan
mendatangkan kesulitan buat Tuanku.
379
00:36:42,540 --> 00:36:45,040
Aduhai, kamu memang berani.
380
00:36:45,710 --> 00:36:47,880
Beta kagum dengan kamu.
381
00:36:48,670 --> 00:36:50,540
Teruskan lagi.
382
00:36:51,130 --> 00:36:52,510
Cubalah.
383
00:36:52,590 --> 00:36:54,050
Sudah.
384
00:37:02,180 --> 00:37:03,310
Biadab.
385
00:37:04,100 --> 00:37:06,350
Berani kamu menghalang kerabat diraja?
386
00:37:06,440 --> 00:37:10,150
Memang meriah sungguh hari ini.
387
00:37:10,230 --> 00:37:12,020
Aduhai.
388
00:37:12,110 --> 00:37:15,780
Paman juga perlu menjaga martabat
sebagai seorang kerabat diraja.
389
00:37:15,860 --> 00:37:17,490
Kita setuju.
390
00:37:17,570 --> 00:37:20,240
Sebab itulah kita ingin
ajar mereka yang biadab ini
391
00:37:20,320 --> 00:37:23,240
tentang adat resam
serta ketinggian kerabat diraja.
392
00:37:23,330 --> 00:37:27,040
Jadi usah campuri urusan kita hari ini.
393
00:37:28,370 --> 00:37:29,420
Mari sini.
394
00:37:34,590 --> 00:37:38,800
Kita telah minta agar
paman hentikan semua ini.
395
00:37:45,720 --> 00:37:47,020
Tak guna!
396
00:37:47,600 --> 00:37:49,900
Apa yang kamu tengok? Jahanam!
397
00:37:53,690 --> 00:37:54,860
Bawa mereka pulang.
398
00:38:05,160 --> 00:38:08,790
Kamu telah melakukan kesilapan yang besar.
399
00:38:08,870 --> 00:38:11,960
Kamu bukan saja menghalang kita
daripada mengajar mereka,
400
00:38:12,840 --> 00:38:14,800
tapi memalukan kita di khalayak ramai.
401
00:38:16,010 --> 00:38:18,340
Paman yang hampir membuat kesilapan.
402
00:38:20,380 --> 00:38:22,340
Dia anak Datuk Lembaga Penghulu.
403
00:38:23,180 --> 00:38:25,100
Tiada faedahnya menimbulkan masalah.
404
00:38:25,180 --> 00:38:26,390
Apa?
405
00:38:27,730 --> 00:38:28,980
Aduhai.
406
00:38:29,640 --> 00:38:32,440
Tapi kenapa mereka nampak begitu mesra?
407
00:38:32,940 --> 00:38:35,070
Adakah mereka bakal ditunangkan?
408
00:39:02,180 --> 00:39:05,800
Kejadian tadi boleh mengancam kamu.
Kenapa kamu masuk campur?
409
00:39:07,390 --> 00:39:10,430
Hamba masuk campur kerana
keadaan tadi bertukar menjadi bahaya.
410
00:39:13,400 --> 00:39:17,150
Kamu tak pernah gagal untuk
memberikan kejutan kepada hamba.
411
00:39:18,320 --> 00:39:23,070
Itu membuatkan hamba ingin
mengenali kamu dengan lebih lanjut.
412
00:39:27,030 --> 00:39:29,870
Ucapan terima kasih saja tak mencukupi.
413
00:39:30,700 --> 00:39:34,670
Hamba menganggap Jan-i
seperti adik hamba sendiri.
414
00:39:37,880 --> 00:39:41,340
Tentu kejadian tadi mengejutkan kamu.
Pergilah berehat.
415
00:39:42,590 --> 00:39:45,590
Jan-i, usah rasa bersalah
dan pergilah berehat.
416
00:40:14,250 --> 00:40:17,630
Kita diberitahu yang Tuanku pergi
menghadap Paduka Bonda siang tadi.
417
00:40:22,800 --> 00:40:24,300
Kita dapati
418
00:40:25,380 --> 00:40:27,510
gelaran Raja Muda tak bermakna.
419
00:40:28,850 --> 00:40:30,970
Atas alasan hal ehwal negara,
420
00:40:31,060 --> 00:40:33,730
kita perlu dijodohkan
dengan orang yang tak dicintai.
421
00:40:36,600 --> 00:40:37,520
Oh, ya.
422
00:40:38,560 --> 00:40:40,940
Boleh kamu gunakan pengaruh kamu?
423
00:40:41,780 --> 00:40:46,280
Demi sepupu kamu ini, apa kata kamu
usulkan agar perkahwinan ini ditangguhkan?
424
00:40:46,360 --> 00:40:49,530
Mungkin ini masanya untuk
kita gunakan pengaruh kamu.
425
00:40:50,700 --> 00:40:51,790
Tuanku…
426
00:40:57,880 --> 00:40:59,960
Kita berjenaka.
427
00:41:00,040 --> 00:41:03,260
Lihatlah dahi kamu berkerut
sedangkan kita bergurau saja.
428
00:41:04,010 --> 00:41:07,300
Kita memang tak berani
berjenaka dengan kamu.
429
00:41:23,150 --> 00:41:24,280
Boleh…
430
00:41:25,240 --> 00:41:26,950
kita ajukan satu soalan?
431
00:41:33,040 --> 00:41:38,120
Ada sesiapa yang
berjaya mencuri hati Tuanku?
432
00:41:39,420 --> 00:41:40,540
Apa?
433
00:41:44,920 --> 00:41:47,630
Aduhai, sungguh tak disangka.
434
00:41:49,220 --> 00:41:53,560
Mentang-mentanglah kita bakal berkahwin,
tapi tak perlulah mengusik kita.
435
00:41:56,770 --> 00:41:58,350
Sebab itulah kita bertanya.
436
00:41:58,980 --> 00:42:02,480
Ada sesiapa yang pernah
berjaya mencuri hati Tuanku?
437
00:42:04,320 --> 00:42:06,360
Tuanku tak pernah berkongsi perihal ini.
438
00:42:18,620 --> 00:42:21,170
Tentu sekali ada.
439
00:42:26,550 --> 00:42:28,630
Ini kisah sewaktu kita masih remaja.
440
00:42:30,720 --> 00:42:33,550
Kami bertemu di istana
dan akibat perselisihan faham,
441
00:42:34,560 --> 00:42:36,720
kami terjatuh ke dalam tasik.
442
00:42:38,140 --> 00:42:40,440
Menyedari dia hampir lemas,
443
00:42:41,690 --> 00:42:43,150
kita selamatkan dia.
444
00:42:55,740 --> 00:42:56,990
"Yeon-seon"?
445
00:42:57,580 --> 00:42:59,040
Nama Dam-i itu indah,
446
00:42:59,120 --> 00:43:03,040
tapi hamba nak panggil kamu
dengan nama lebih bermakna.
447
00:43:06,920 --> 00:43:08,630
Walaupun ia pertemuan yang singkat,
448
00:43:10,220 --> 00:43:11,720
ingatan itu…
449
00:43:13,590 --> 00:43:15,510
masih tak dapat kita lupakan.
450
00:43:17,100 --> 00:43:18,520
Mungkin itulah…
451
00:43:20,480 --> 00:43:24,150
cinta pertama kita.
452
00:44:11,820 --> 00:44:12,990
Guru Jung?
453
00:44:16,200 --> 00:44:20,660
Ada apa kamu datang ke istana
di awal pagi hari begini?
454
00:44:23,710 --> 00:44:25,710
Patik ada satu permintaan, Tuanku.
455
00:44:29,250 --> 00:44:30,380
Dakap patik…
456
00:44:33,670 --> 00:44:34,970
sekali saja.
457
00:44:37,260 --> 00:44:38,510
Apa…
458
00:44:41,970 --> 00:44:44,890
Guru Jung, kamu tak sihat?
459
00:44:44,980 --> 00:44:47,600
Ya, patik kurang sihat, Tuanku.
460
00:44:50,150 --> 00:44:51,480
Jiwa patik amat bercelaru.
461
00:44:53,150 --> 00:44:54,320
Patik mohon…
462
00:44:56,030 --> 00:44:57,530
untuk sekali ini saja.
463
00:44:59,490 --> 00:45:03,370
Nampaknya, kamu agak tenat.
Itu permohonan yang tak munasabah.
464
00:45:04,660 --> 00:45:07,000
Biar hamba yang peluk kamu.
465
00:45:53,170 --> 00:45:54,670
Guru Jung,
466
00:45:55,800 --> 00:45:57,010
bertabahlah.
467
00:46:24,240 --> 00:46:25,490
Ini sudah memadai?
468
00:46:31,670 --> 00:46:32,670
Mari.
469
00:46:57,360 --> 00:46:59,990
Apa sebabnya Tuanku buat begitu?
470
00:47:00,070 --> 00:47:02,610
Kenapa Tuanku turuti
permintaan yang tak munasabah itu?
471
00:47:02,700 --> 00:47:04,950
Ramai isi istana yang melihat.
472
00:47:05,030 --> 00:47:08,120
Katanya dia kurang sihat
dan jiwanya bercelaru.
473
00:47:08,200 --> 00:47:11,210
Patik faham. Tapi tak masuk akal
untuk dia memohon perkara sebegitu
474
00:47:11,290 --> 00:47:13,330
dan untuk Tuanku memperkenankannya.
475
00:47:13,960 --> 00:47:18,090
Patik benar-benar buntu memikirkan
sebab Tuanku dan Guru Jung berbuat begitu.
476
00:47:19,130 --> 00:47:22,090
Beta menyukai dia. Itulah sebabnya.
477
00:47:22,180 --> 00:47:24,180
Patik faham Tuanku menyukai…
478
00:47:25,720 --> 00:47:26,890
Aduhai.
479
00:47:28,100 --> 00:47:28,970
Tuanku?
480
00:47:31,730 --> 00:47:33,480
Beta akan berkahwin.
481
00:47:36,110 --> 00:47:38,730
Setidaknya untuk kali terakhir,
biarlah beta
482
00:47:39,320 --> 00:47:40,440
buat begitu.
483
00:47:41,820 --> 00:47:43,070
Tuanku!
484
00:47:44,700 --> 00:47:45,780
Usah bimbang.
485
00:47:46,700 --> 00:47:48,540
Beta akan padam perasaan ini.
486
00:48:33,830 --> 00:48:36,750
Tuan dah dengar berita tentang
pemilihan bakal Raja Puan Muda?
487
00:48:36,830 --> 00:48:38,420
Waktunya dah tiba.
488
00:48:40,960 --> 00:48:46,130
Adakah ini bermakna Paduka Raja Muda
bakal menempuh alam dewasa?
489
00:48:46,220 --> 00:48:49,350
Sebaik saja pemilihan bermula,
tuan-tuan pasti akan sibuk.
490
00:48:49,430 --> 00:48:51,850
- Betul.
- Apa maksudnya?
491
00:48:53,230 --> 00:48:54,390
Pemilihan?
492
00:48:55,270 --> 00:48:57,060
Baginda akan berkahwin?
493
00:48:58,150 --> 00:48:59,940
Kenapa tuan terkejut?
494
00:49:00,020 --> 00:49:02,980
Baginda telah mencapai usia
yang sesuai untuk dijodohkan.
495
00:49:03,780 --> 00:49:05,240
Betul.
496
00:49:05,320 --> 00:49:07,700
Anak-anak dara
di seluruh negara pastinya teruja.
497
00:49:09,780 --> 00:49:13,330
Baginda mungkin tampak dingin,
tapi baginda seorang yang segak.
498
00:49:13,410 --> 00:49:15,500
Benar. Sama seperti hamba.
499
00:49:16,000 --> 00:49:18,250
Wajah tuan seperti seorang penghibur.
500
00:49:18,330 --> 00:49:19,420
Menawan?
501
00:49:19,500 --> 00:49:20,960
Aduhai…
502
00:49:35,980 --> 00:49:38,310
Kamu masih tak sihat?
503
00:49:39,560 --> 00:49:41,520
Kalau begitu, kita tangguhkan…
504
00:49:41,610 --> 00:49:43,780
Patik dengar Tuanku bakal dijodohkan.
505
00:49:45,900 --> 00:49:47,030
Itu…
506
00:49:49,860 --> 00:49:50,910
Ya.
507
00:49:53,240 --> 00:49:55,410
Ia sepatutnya sudah diadakan lebih awal,
508
00:49:56,160 --> 00:49:57,870
tapi terpaksa ditangguhkan.
509
00:50:00,540 --> 00:50:02,040
Tahniah, Tuanku.
510
00:50:04,210 --> 00:50:06,260
Ini berita menggembirakan.
511
00:50:10,390 --> 00:50:13,100
Terima kasih, Guru Jung.
512
00:50:13,640 --> 00:50:16,560
Jikalau ada sebarang bantuan
yang boleh patik hulurkan,
513
00:50:16,640 --> 00:50:18,270
maklumkanlah kepada patik.
514
00:50:19,640 --> 00:50:23,270
Patik yakin tak ramai yang searif patik
dalam perihal wanita.
515
00:50:25,900 --> 00:50:27,030
Baiklah.
516
00:50:29,780 --> 00:50:31,490
Beta nantikan khidmat kamu
517
00:50:32,240 --> 00:50:34,580
dalam meringankan urusan ini.
518
00:51:10,700 --> 00:51:11,950
Betul.
519
00:51:12,740 --> 00:51:16,200
Apa pun, ia memang sesuatu yang mustahil.
520
00:51:18,080 --> 00:51:19,330
Seorang teruna
521
00:51:20,080 --> 00:51:21,460
dan Raja Muda.
522
00:51:25,380 --> 00:51:28,170
Baginda juga bakal berkahwin.
Apa gunanya menaruh hati?
523
00:51:30,340 --> 00:51:33,090
Jung Ji-un, sedarlah.
524
00:51:34,640 --> 00:51:35,760
Sedarlah.
525
00:51:39,640 --> 00:51:41,890
Apa yang memberatkan fikiran kamu?
526
00:51:43,690 --> 00:51:44,810
Hyun.
527
00:51:45,730 --> 00:51:47,940
Urusan perkahwinan diraja berjalan lancar?
528
00:52:08,340 --> 00:52:10,550
Kamu cakap kamu bertepuk sebelah tangan.
529
00:52:10,630 --> 00:52:12,470
Kenapa tak luahkan isi hati kamu?
530
00:52:17,300 --> 00:52:20,310
Hamba fikir dia takkan dapat
membalas perasaan hamba.
531
00:52:21,390 --> 00:52:25,600
Hamba khuatir ia akan menjadi beban,
lalu merenggangkan hubungan kami.
532
00:52:29,320 --> 00:52:30,940
Kamu patut cuba saja.
533
00:52:32,320 --> 00:52:34,200
Jikalau tak cuba, kita takkan tahu.
534
00:52:37,780 --> 00:52:39,740
Mungkin hamba patut buat begitu.
535
00:52:43,290 --> 00:52:44,370
Lupakan saja.
536
00:52:44,870 --> 00:52:46,540
Jarang sekali
537
00:52:47,040 --> 00:52:50,880
dua orang berkongsi perasaan yang sama
terhadap satu sama lain.
538
00:52:52,760 --> 00:52:54,550
Jadi eloklah hamba pendamkan saja.
539
00:52:55,470 --> 00:52:57,220
Hamba tak mahu menjadi beban
540
00:52:58,390 --> 00:52:59,640
atau menyesal.
541
00:53:01,470 --> 00:53:02,770
Itulah keputusan hamba.
542
00:53:08,350 --> 00:53:10,320
Geli hati hamba mendengarnya.
543
00:53:11,770 --> 00:53:14,360
Apa? Bukan mudah untuk
hamba kongsikan perihal ini.
544
00:53:14,860 --> 00:53:16,030
Tergamak kamu!
545
00:53:16,110 --> 00:53:17,030
Kamu…
546
00:53:19,530 --> 00:53:23,370
Kamu sengaja buat begini
sedangkan kamu tahu hamba takut air.
547
00:53:23,450 --> 00:53:25,080
Maafkan hamba.
548
00:53:26,120 --> 00:53:27,330
Aduhai.
549
00:53:31,590 --> 00:53:33,050
Bukankah kamu
550
00:53:33,710 --> 00:53:36,420
pernah jatuh ke dalam tasik di istana
sewaktu kecil dulu?
551
00:53:37,260 --> 00:53:39,300
Sudah berkali hamba ceritakan kisah itu.
552
00:53:39,390 --> 00:53:42,180
Pada hari keraian
dan itu kali pertama hamba kenal Dam-i.
553
00:53:42,260 --> 00:53:43,970
Dia selamatkan hamba.
554
00:53:47,310 --> 00:53:50,060
Kami bertemu di istana
dan akibat perselisihan faham,
555
00:53:50,650 --> 00:53:52,770
kami terjatuh ke dalam tasik.
556
00:53:54,650 --> 00:53:56,950
Menyedari dia hampir lemas,
557
00:53:57,030 --> 00:53:58,910
kita selamatkan dia.
558
00:53:59,530 --> 00:54:02,030
Bila gadis itu menghilangkan diri?
559
00:54:03,660 --> 00:54:04,950
Kenapa kamu tanya?
560
00:54:05,870 --> 00:54:09,790
Menurut kamu, dia anak yatim piatu yang
dibesarkan oleh sami dan menjadi dayang.
561
00:54:12,090 --> 00:54:14,210
- Hamba pergi dulu.
- Apa?
562
00:54:15,460 --> 00:54:16,420
Hyun!
563
00:54:42,370 --> 00:54:43,660
Ke mana perginya?
564
00:54:52,710 --> 00:54:53,840
Ya…
565
00:55:04,010 --> 00:55:10,270
NOKUNGAK
566
00:55:46,100 --> 00:55:49,100
TUNGGU
567
00:55:49,180 --> 00:55:52,810
RINDU, TUNGGU
568
00:55:56,810 --> 00:56:00,940
REHAT, TINGGAL
569
00:56:04,410 --> 00:56:05,370
Hamba…
570
00:56:08,740 --> 00:56:09,990
tak bermimpi.
571
00:56:40,780 --> 00:56:41,940
Tuanku…
572
00:56:43,190 --> 00:56:44,320
Patik…
573
00:56:45,150 --> 00:56:48,620
Nampaknya, patik terlalu mabuk…
574
00:56:50,160 --> 00:56:52,330
Ampunkan patik, Tuanku.
575
00:56:52,410 --> 00:56:53,620
Ampunkan patik.
576
00:56:55,160 --> 00:56:56,460
Tak mengapa.
577
00:56:57,460 --> 00:57:01,550
Nampaknya, kini kamu
sudah selesa dengan beta.
578
00:57:01,630 --> 00:57:04,720
Bukan begitu, Tuanku.
579
00:57:24,240 --> 00:57:25,860
Itu.
580
00:57:27,660 --> 00:57:31,120
- Tuanku?
- Boleh beta lihat?
581
00:57:34,870 --> 00:57:36,000
Ya…
582
00:58:06,110 --> 00:58:08,950
Dia minta beta serahkan ini
kepada kamu sekiranya kita bertemu.
583
00:58:10,160 --> 00:58:11,240
Dia pesan
584
00:58:12,080 --> 00:58:14,450
ia boleh bantu kamu
kekal tabah apabila hadapi situasi sukar…
585
00:58:15,620 --> 00:58:17,040
sama seperti…
586
00:58:18,210 --> 00:58:19,750
ia membantu dirinya.
587
00:58:35,770 --> 00:58:38,310
Untuk sekian lamanya, beta tertanya-tanya…
588
00:58:41,560 --> 00:58:43,310
tentang diri kamu sekarang.
589
00:58:56,870 --> 00:58:57,870
RINDU, TUNGGU
590
01:00:04,060 --> 01:00:07,610
TIDAK
591
01:00:38,510 --> 01:00:42,180
TUNGGU
592
01:01:28,850 --> 01:01:30,360
Patik sangka patik bermimpi.
593
01:01:31,770 --> 01:01:34,150
Mimpi yang disebabkan
perasaan yang tak sepatutnya
594
01:01:35,570 --> 01:01:37,450
patik simpan terhadap Tuanku.
595
01:01:39,870 --> 01:01:40,990
Tapi…
596
01:01:45,960 --> 01:01:47,080
ia…
597
01:01:47,920 --> 01:01:49,670
TINGGAL, RINDU
598
01:01:50,330 --> 01:01:51,750
bukan mimpi.
599
01:01:55,170 --> 01:01:57,050
Sekiranya perasaan Tuanku cuma sementara,
600
01:01:57,930 --> 01:02:00,680
patik sedia untuk percaya. Tapi…
601
01:02:03,760 --> 01:02:05,140
patik tak begitu.
602
01:02:06,310 --> 01:02:08,140
Ia bukan sekadar rasa kagum
603
01:02:08,690 --> 01:02:10,310
atau kesetiaan seorang hamba.
604
01:02:11,650 --> 01:02:13,150
Tapi ia perasaan kasih.
605
01:02:16,990 --> 01:02:19,990
Patik menaruh kasih terhadap Tuanku.
606
01:02:22,280 --> 01:02:26,080
Walaupun Tuanku seorang teruna
dan Raja Muda negara ini,
607
01:02:27,330 --> 01:02:28,460
patik…
608
01:02:33,880 --> 01:02:35,090
mencintai Tuanku.
609
01:02:55,000 --> 01:03:14,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
610
01:03:14,000 --> 01:03:17,000
"The King's Affection"
611
01:03:17,090 --> 01:03:19,670
Apa maksud kamu
baginda berangkat keluar istana?
612
01:03:19,760 --> 01:03:21,590
Mustahil baginda lupa
613
01:03:21,680 --> 01:03:24,100
akan pertemuan bersama
Paduka Bonda petang ini.
614
01:03:24,180 --> 01:03:29,020
Paduka Raja telah memperkenankan
pemilihan bakal Raja Puan Muda?
615
01:03:29,100 --> 01:03:31,770
Kamu So-eun, anak Datuk Lembaga Penghulu?
616
01:03:31,850 --> 01:03:33,100
Patik sedia menanggungnya.
617
01:03:33,190 --> 01:03:37,230
Walau apa jua tohmahan yang dilemparkan,
patik sanggup menanggungnya.
618
01:03:37,320 --> 01:03:41,900
Mungkin beta tak sepatutnya
bertemu semula dengan kamu.
619
01:03:41,990 --> 01:03:44,700
Tuanku berkenan
agar patik pergi dari sini?
620
01:03:46,450 --> 01:03:51,460
Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali