1
00:00:06,000 --> 00:00:08,920
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:12,000 --> 00:00:12,840
{\an8}SEBELUM INI
3
00:00:12,920 --> 00:00:17,400
{\an8}Sejak awak mula membina empayar awak,
awak ada tongkat untuk bergantung.
4
00:00:17,480 --> 00:00:21,840
Saya sumpah atas nama Tuhan Maha Esa,
saya akan balas dendam pada Tommy Shelby.
5
00:00:21,920 --> 00:00:25,480
Itu candu terbaik dunia.
6
00:00:25,560 --> 00:00:28,960
Mungkin kita boleh jumpa
selepas awak cakap dengan Jack Nelson.
7
00:00:29,040 --> 00:00:31,360
Tommy Shelby nak berurusan
dengan Jack Nelson?
8
00:00:31,440 --> 00:00:33,840
Cakap dengan pak cik awak
dan keluarkan saya.
9
00:00:33,920 --> 00:00:37,280
Kalau dia tak nak,
saya akan jual kepada Yahudi Boston Timur.
10
00:00:37,360 --> 00:00:39,040
Tentang Ruby. Dia tak sihat.
11
00:00:39,120 --> 00:00:40,160
Saya akan balik.
12
00:00:46,120 --> 00:00:50,880
Ada perang akan berlaku dalam keluarga ini
dan salah seorang akan mati.
13
00:00:52,280 --> 00:00:55,160
Awak sibuk hukum orang yang bunuh dia.
14
00:00:56,000 --> 00:00:57,160
Keluarga bagaimana?
15
00:01:08,200 --> 00:01:09,239
Ayah!
16
00:01:13,960 --> 00:01:17,520
Helo, Ruby. Mari sini.
17
00:01:18,200 --> 00:01:21,760
Biar ayah tengok kamu. Ayah rindu kamu.
18
00:01:23,720 --> 00:01:25,240
Itu Black Madonna.
19
00:01:25,880 --> 00:01:27,880
- Ayah belikan hadiah apa?
- Nak.
20
00:01:29,640 --> 00:01:32,440
Dia makin sihat, Tommy.
Sia-sia saja awak balik.
21
00:01:36,240 --> 00:01:37,520
Saya gembira awak balik.
22
00:01:39,680 --> 00:01:43,400
Baiklah, sebelum kita buat apa-apa,
kita akan pergi jalan-jalan.
23
00:01:43,480 --> 00:01:45,480
- Okey? Mari.
- Saya macam mana?
24
00:01:45,560 --> 00:01:47,560
Ya, kamu kena ikut juga. Mari.
25
00:01:47,640 --> 00:01:48,680
Ke mana?
26
00:01:49,800 --> 00:01:52,240
Ayah suruh pemandu
bawa kita jumpa Dr. Robert.
27
00:01:52,320 --> 00:01:54,200
- Untuk periksa Ruby.
- Kenapa?
28
00:01:54,280 --> 00:01:57,560
Janji temu sejam lagi.
Awak boleh tunggu atau ikut.
29
00:01:58,720 --> 00:01:59,680
Baiklah.
30
00:02:01,320 --> 00:02:02,680
Baik, mari pergi.
31
00:02:22,480 --> 00:02:24,000
SANATORIUM SHELBY UNTUK KANAK-KANAK SAKIT
32
00:02:24,080 --> 00:02:25,680
DIRASMIKAN PADA 12 JUN 1930
OLEH THOMAS SHELBY, O.B.E
33
00:02:25,760 --> 00:02:27,600
SESIAPA YANG MASUK TAK PERLU BAYAR
SESIAPA YANG MAMPU DILARANG MASUK
34
00:02:52,760 --> 00:02:53,680
Tommy?
35
00:02:54,760 --> 00:02:55,680
Ya?
36
00:02:58,120 --> 00:03:00,560
Semua baik. Semua bagus.
37
00:03:01,880 --> 00:03:03,120
Baguslah.
38
00:03:04,520 --> 00:03:06,080
- Baguslah.
- Ya.
39
00:03:07,520 --> 00:03:09,360
- Pemandu akan bawa kereta.
- Ayah.
40
00:03:11,520 --> 00:03:12,520
Hei.
41
00:03:15,840 --> 00:03:16,880
Mari sini.
42
00:03:23,520 --> 00:03:24,760
Bila awak tidur?
43
00:03:27,280 --> 00:03:29,440
Tak lena sejak panggilan telefon kita.
44
00:03:30,960 --> 00:03:33,400
Sekarang awak tahu Ruby okey,
bolehlah tidur.
45
00:03:33,480 --> 00:03:34,480
Ya.
46
00:03:37,040 --> 00:03:40,320
Lizzie, saya gembira keputusan Ruby baik.
47
00:03:40,840 --> 00:03:42,480
Tapi awak takkan tidur.
48
00:03:44,160 --> 00:03:47,240
Saya akan cakap
dengan Johnny dan Esmeralda.
49
00:03:52,960 --> 00:03:54,280
Kita sepatutnya bercuti.
50
00:03:55,440 --> 00:03:57,320
Berada di atas gunung di Amerika.
51
00:03:58,560 --> 00:04:00,240
Itu mustahil.
52
00:04:01,120 --> 00:04:04,880
Lelaki yang berurusan dengan saya
akan ke London. Saya perlu ada.
53
00:04:06,120 --> 00:04:07,280
Tak boleh lari.
54
00:04:08,920 --> 00:04:10,400
Kita akan lari, Lizzie.
55
00:04:10,960 --> 00:04:12,400
Urusan terakhir.
56
00:04:13,240 --> 00:04:16,000
Pasti sukar. Kesukaran telah dijangka.
57
00:04:16,080 --> 00:04:18,840
Sebab itu saya kena urus satu persatu.
58
00:04:24,279 --> 00:04:25,360
Awak rasa tak?
59
00:04:26,480 --> 00:04:27,560
Awak rasa apa-apa?
60
00:04:29,160 --> 00:04:32,320
Awak cakap seolah-olah
awak lihat semuanya di skrin.
61
00:04:36,560 --> 00:04:40,480
Apabila kita balik, kita serahkan
anak-anak kepada Frances.
62
00:04:40,560 --> 00:04:42,320
Kemudian, awak dan saya tidur.
63
00:04:43,840 --> 00:04:45,840
Saya akan jadi item seterusnya.
64
00:04:46,560 --> 00:04:48,680
- Begitulah rasanya sekarang.
- Ya.
65
00:04:48,760 --> 00:04:50,200
Semua dalam senarai.
66
00:04:56,240 --> 00:04:58,200
- Hei, sayang.
- Bila kita nak balik?
67
00:05:19,000 --> 00:05:20,720
Tommy?
68
00:05:34,640 --> 00:05:36,560
Tommy? Apa dah jadi?
69
00:05:37,400 --> 00:05:41,240
Alamak!
70
00:05:42,240 --> 00:05:43,280
Tommy, mari sini.
71
00:05:44,920 --> 00:05:46,040
Apa dah jadi?
72
00:05:48,120 --> 00:05:49,000
Tommy!
73
00:05:54,080 --> 00:05:55,000
Sayang.
74
00:06:12,480 --> 00:06:18,600
Sudah empat tahun, satu bulan,
enam hari saya tak minum arak.
75
00:06:20,240 --> 00:06:21,360
Fikiran saya tenang.
76
00:06:23,640 --> 00:06:24,760
Saya jadi diri sendiri.
77
00:06:27,040 --> 00:06:28,520
Ini kali pertama?
78
00:06:31,160 --> 00:06:33,360
Sekali, ketika pulang. Tak seteruk ini.
79
00:06:36,440 --> 00:06:37,440
Tommy.
80
00:06:39,040 --> 00:06:40,800
Awak kena jumpa doktor.
81
00:06:42,680 --> 00:06:43,960
Saya ada kerja.
82
00:06:46,280 --> 00:06:47,880
Ini salah kerja.
83
00:06:49,000 --> 00:06:51,200
Orang yang awak jumpa, penipuan awak.
84
00:06:54,000 --> 00:06:56,760
Kita kena teruskan
sehingga urusan Boston selesai.
85
00:06:58,040 --> 00:06:59,160
Kemudian kita rehat.
86
00:07:01,040 --> 00:07:03,280
Kemudian Peaky Blinders akan rehat.
87
00:07:07,240 --> 00:07:10,880
Komrad, sebelum kita tamatkan
mesyuarat perancangan ini
88
00:07:10,960 --> 00:07:15,080
dan kamu balik berhujan, kami ada kejutan.
89
00:07:15,160 --> 00:07:16,000
PARTI BURUH BIRMINGHAM SELATAN
90
00:07:16,080 --> 00:07:19,240
Dia baru kembali daripada
misi perdagangan di Amerika.
91
00:07:19,320 --> 00:07:24,240
Dia balik awal dan bertegas
mahu berucap sendiri di depan anda.
92
00:07:25,200 --> 00:07:28,720
Komrad, wakil buruh anda
dari Birmingham Selatan,
93
00:07:28,800 --> 00:07:31,560
En. Thomas Shelby, AP, OBE.
94
00:07:47,880 --> 00:07:51,200
SENYAP
95
00:07:56,200 --> 00:07:57,400
Saya bawa bersama,
96
00:07:59,040 --> 00:08:04,360
di atas kereta api dari London,
mesej dari Westminster.
97
00:08:05,920 --> 00:08:09,880
Tidak. Bukan mesej.
98
00:08:11,880 --> 00:08:13,840
Arahan sebenarnya.
99
00:08:16,120 --> 00:08:17,520
Anda perlu disenyapkan.
100
00:08:22,440 --> 00:08:23,920
Anda tak boleh kata apa-apa!
101
00:08:25,680 --> 00:08:29,560
Tak boleh kata apa-apa
tentang situasi di bandar ini.
102
00:08:30,960 --> 00:08:32,480
Tentang kelaparan.
103
00:08:33,400 --> 00:08:36,880
Tentang kerja. Tentang gaji.
104
00:08:38,039 --> 00:08:42,159
Tapi mereka yang berada
di tempat lebih baik, boleh bercakap.
105
00:08:43,400 --> 00:08:45,240
Mereka boleh suarakan pendapat!
106
00:08:46,440 --> 00:08:49,039
Tapi di sini, lelaki dan wanita,
107
00:08:49,120 --> 00:08:54,160
orang Ireland, Itali dan Inggeris
yang menyokong perjuangan sosialis…
108
00:08:54,760 --> 00:08:57,520
Termasuklah kucing,
anjing dan kenari sosialis…
109
00:09:00,040 --> 00:09:01,560
Anda mesti diam
110
00:09:01,640 --> 00:09:03,080
sebab raja
111
00:09:04,280 --> 00:09:06,360
serta semua kuda dan orang-orangnya
112
00:09:07,600 --> 00:09:08,720
arahkan anda diam.
113
00:09:10,600 --> 00:09:14,760
Tapi andalah yang perlu
menerima potongan gaji,
114
00:09:14,840 --> 00:09:17,200
kebajikan dan maruah!
115
00:09:17,280 --> 00:09:20,680
Anda tak boleh merungut
sebab itu tak patriotik.
116
00:09:21,440 --> 00:09:26,640
Askar yang sudah berjuang di Perancis
ialah pengkhianat jika buka mulut.
117
00:09:26,720 --> 00:09:31,360
Anda bekas askar kepada peperangan
dan naik turun kekayaan mereka,
118
00:09:31,440 --> 00:09:35,040
andalah yang perlu menerima akibatnya
119
00:09:35,120 --> 00:09:39,120
demi mereka yang hidup
senang-lenang yang menjerit…
120
00:09:41,160 --> 00:09:42,160
"Diam!"
121
00:09:44,400 --> 00:09:45,880
Lihat, komrad.
122
00:09:46,520 --> 00:09:48,040
Saya tak akan diam.
123
00:09:48,120 --> 00:09:49,000
Takkan pernah.
124
00:09:49,080 --> 00:09:50,480
Bukan orang Inggeris ini.
125
00:09:58,400 --> 00:10:00,280
Saya takkan diam!
126
00:10:00,840 --> 00:10:04,080
Saya takkan diam
sebab saya sudah dengar suara anda
127
00:10:04,160 --> 00:10:08,600
apabila anda datang beritahu saya
tentang tangisan anak-anak yang kelaparan.
128
00:10:10,080 --> 00:10:13,280
Saya akan kumpulkan setiap tangisan itu
129
00:10:13,360 --> 00:10:17,280
dan bawa bersama
menaiki kereta api ke Westminster
130
00:10:18,200 --> 00:10:21,280
dan saya akan bebaskannya di Dewan Rakyat.
131
00:10:21,360 --> 00:10:23,680
Biar mereka cuba diamkannya, ya?
132
00:10:40,560 --> 00:10:43,520
Bukankah kita perlu berkongsi bebanan itu?
133
00:10:44,720 --> 00:10:47,480
Kita cuma merasa sedikit, ya?
134
00:10:48,560 --> 00:10:50,800
Padahal kitalah yang memasak,
135
00:10:51,400 --> 00:10:53,960
bina kereta dan cairkan besi.
136
00:10:55,160 --> 00:10:57,280
Raja pula, ingat dia?
137
00:10:58,400 --> 00:11:02,640
Orang yang arahkan semua ini.
Dia juga patut dipotong gaji, bukan?
138
00:11:03,680 --> 00:11:06,520
Rasa kesusahan? Rasa kesakitan?
139
00:11:07,360 --> 00:11:08,600
Ya atau tidak?
140
00:11:08,680 --> 00:11:09,800
Ya!
141
00:11:20,680 --> 00:11:21,680
Diam.
142
00:11:22,640 --> 00:11:24,560
Diamlah wahai buruh lelaki dan wanita.
143
00:11:25,240 --> 00:11:26,440
Diam.
144
00:11:29,160 --> 00:11:30,160
Bagus.
145
00:11:31,080 --> 00:11:32,240
Simpan suara anda.
146
00:11:33,840 --> 00:11:35,360
Anda perlukannya
147
00:11:35,440 --> 00:11:39,840
pada hari Sabtu apabila kita berhimpun
di Pasar Bull Ring!
148
00:11:40,560 --> 00:11:45,760
Bersama kita akan bersuara,
pecahkan kesunyian
149
00:11:47,880 --> 00:11:50,440
dan jatuhkan kerajaan yang rosak ini!
150
00:11:53,680 --> 00:11:59,720
Tommy!
151
00:12:06,760 --> 00:12:07,680
Terima kasih.
152
00:12:11,040 --> 00:12:12,200
Laura McKee.
153
00:12:13,440 --> 00:12:18,360
- Komander Batalion, Fermanagh, IRA.
- Awak terlepas agenda pertama dan kedua.
154
00:12:18,440 --> 00:12:21,120
- Terima kasih datang, En. Shelby.
- Sama-sama.
155
00:12:21,200 --> 00:12:22,680
Agenda ketiga dah cukup.
156
00:12:25,680 --> 00:12:29,880
Kamu berdua ada sebab untuk benci saya
dan balas dendam untuk pembunuhan…
157
00:12:33,280 --> 00:12:34,520
Tradisi gipsi.
158
00:12:36,160 --> 00:12:40,560
Jangan sebut nama si mati
kepada orang lain.
159
00:12:46,040 --> 00:12:51,720
Laura McKee, dalam keluarga Shelby,
perniagaan diutamakan sebelum dendam.
160
00:12:52,560 --> 00:12:55,640
Orang tersayang yang dah pergi
akan faham dan setuju.
161
00:12:57,440 --> 00:12:58,960
Mari semua.
162
00:12:59,040 --> 00:13:01,280
Kita bersetuju
untuk jumpa di tempat sesak.
163
00:13:01,360 --> 00:13:02,680
Tak perlu ada orang.
164
00:13:03,880 --> 00:13:05,000
Kami perlu awak hidup.
165
00:13:07,720 --> 00:13:08,640
Silakan.
166
00:13:17,080 --> 00:13:24,000
KILANG PENYULINGAN SHELBY
167
00:13:33,000 --> 00:13:36,080
En. Shelby, walaupun kita sudah
berurusan agak lama,
168
00:13:37,080 --> 00:13:38,560
kita tak pernah berjumpa.
169
00:13:40,040 --> 00:13:43,680
Awak bercakap penuh semangat
dan belas kasihan.
170
00:13:46,120 --> 00:13:47,760
Awak faham kemaafan.
171
00:13:48,880 --> 00:13:50,120
Awak minum air.
172
00:13:52,120 --> 00:13:55,080
Tapi saya dengar daripada
banyak sumber boleh dipercayai
173
00:13:55,160 --> 00:13:58,840
awak ada reputasi berperangai keji.
174
00:14:02,400 --> 00:14:03,720
"Perangai keji."
175
00:14:05,640 --> 00:14:07,600
Nama yang baik untuk kuda lumba.
176
00:14:08,760 --> 00:14:11,240
- Awak tak tahu maksudnya?
- Saya tahu.
177
00:14:12,000 --> 00:14:13,520
Maksudnya saya aniaya orang.
178
00:14:14,840 --> 00:14:16,960
Aniaya orang. Tak peduli apa-apa.
179
00:14:17,760 --> 00:14:20,720
Maknanya saya mendambakan,
curi dan buang prinsip
180
00:14:20,800 --> 00:14:22,440
demi kepentingan sendiri.
181
00:14:24,440 --> 00:14:29,520
Saya sedang berubah, Laura McKee.
Organisasi saya juga sedang berubah.
182
00:14:34,560 --> 00:14:36,200
Apa terjadi di Boston?
183
00:14:37,280 --> 00:14:38,560
Jack Nelson menolak.
184
00:14:39,360 --> 00:14:42,480
Kita terima penolakan?
185
00:14:44,240 --> 00:14:45,240
Ini surat-surat
186
00:14:46,760 --> 00:14:50,240
ditulis kepada dan oleh Jack Nelson
sepanjang tiga bulan lalu.
187
00:15:03,520 --> 00:15:04,480
Ini…
188
00:15:05,920 --> 00:15:09,120
Ini surat peribadi
daripada presiden Amerika Syarikat.
189
00:15:10,440 --> 00:15:12,160
Dari mana awak dapatkannya?
190
00:15:13,000 --> 00:15:17,880
Kuda lumba saya, "Perangai Keji"
cuma salah satu kuda di kandang saya.
191
00:15:18,520 --> 00:15:20,840
Kadangkala saya akan keluarkannya,
192
00:15:21,680 --> 00:15:24,240
jika ada perkara baik
yang perlukan khidmatnya.
193
00:15:29,080 --> 00:15:30,760
Jack Nelson akan ke London.
194
00:15:31,760 --> 00:15:35,240
Secara rasminya, dia datang
untuk beli lesen import arak.
195
00:15:36,240 --> 00:15:38,520
Tak rasmi, dia ada misi pencarian fakta.
196
00:15:40,080 --> 00:15:43,360
Dia datang untuk ukur kekuatan
sokongan fasisme di Britain.
197
00:15:43,440 --> 00:15:45,320
Dia akan laporkan kepada presiden.
198
00:15:48,240 --> 00:15:49,640
Bagaimana itu membantu?
199
00:15:52,920 --> 00:15:54,320
Dalam surat kepada anaknya,
200
00:15:55,560 --> 00:15:58,240
Jack Nelson menyatakan
sokongan untuk fasisme.
201
00:15:59,080 --> 00:16:00,000
Dalam surat ini,
202
00:16:01,080 --> 00:16:06,680
kepada kawannya di Berlin, dia kata
sesuatu yang menarik tentang Yahudi.
203
00:16:09,120 --> 00:16:11,200
Dia tak datang ke Eropah cari fakta.
204
00:16:11,920 --> 00:16:14,480
Dia datang cari bukti
fasisme akan bertahan.
205
00:16:16,080 --> 00:16:20,320
Awak dan saya akan bantu dia.
206
00:16:24,360 --> 00:16:25,960
Saya sangka awak sosialis.
207
00:16:29,640 --> 00:16:32,640
Sejak saya masuk politik,
208
00:16:32,720 --> 00:16:37,440
saya belajar bahawa
hidup ini bukan kiri atau kanan.
209
00:16:37,520 --> 00:16:38,720
Ia sebuah roda.
210
00:16:40,080 --> 00:16:41,120
Biar saya tunjuk.
211
00:16:44,800 --> 00:16:46,320
Kalau cukup jauh ke kiri,
212
00:16:47,200 --> 00:16:50,440
awak akan bertemu seseorang
yang sudah cukup ke kanan
213
00:16:50,520 --> 00:16:52,040
untuk ke tempat sama.
214
00:16:54,840 --> 00:16:58,160
Sosialis buruh macam saya,
nasionalis buruh macam awak.
215
00:16:58,760 --> 00:16:59,840
Hasilnya,
216
00:17:00,560 --> 00:17:01,800
Sosialisme Kebangsaan.
217
00:17:04,080 --> 00:17:05,240
Itulah saya.
218
00:17:06,960 --> 00:17:08,080
Di tengah-tengah.
219
00:17:09,599 --> 00:17:14,000
Seseorang yang cuba mencari rezeki halal
dalam dunia yang sangat gelap.
220
00:17:18,359 --> 00:17:20,440
Awak ada kawan di Dublin, Laura McKee,
221
00:17:21,160 --> 00:17:23,680
yang aktif berjuang
demi Ireland yang fasis.
222
00:17:24,520 --> 00:17:27,480
Awak bertindak untuk mereka, bukan?
223
00:17:29,440 --> 00:17:32,160
Apabila Jack Nelson datang ke London,
224
00:17:32,720 --> 00:17:37,960
saya boleh kenalkan dia
dengan Oswald Mosley dan pesimpati fasis
225
00:17:38,640 --> 00:17:40,560
di Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan.
226
00:17:40,640 --> 00:17:42,160
Di kedua-dua belah pihak.
227
00:17:43,720 --> 00:17:45,240
Fasisme sangat popular
228
00:17:47,240 --> 00:17:48,880
dalam kalangan orang berpengaruh.
229
00:17:50,560 --> 00:17:54,200
Dengan bantuan awak,
saya boleh tawarkan dia Dublin,
230
00:17:58,200 --> 00:18:02,720
Awak fikir ini akan membolehkan kita
hantar barang kita ke Boston?
231
00:18:02,800 --> 00:18:03,800
Mungkin.
232
00:18:04,680 --> 00:18:07,040
Mungkin ada keuntungan lain untuk awak.
233
00:18:08,840 --> 00:18:10,800
Awak cuma perlu
234
00:18:10,880 --> 00:18:15,320
duduk berbincang dengan Jack Nelson
tentang zaman keemasan baharu
235
00:18:16,080 --> 00:18:18,640
dan biar dia tangguhkan Ireland
236
00:18:18,720 --> 00:18:20,720
untuk presiden Amerika Syarikat.
237
00:18:31,640 --> 00:18:33,800
Saya datang jemput dan tidurkan Arthur.
238
00:18:34,840 --> 00:18:37,520
Dia di Lorong Garrison
dengan picagari di tangan.
239
00:18:43,920 --> 00:18:45,360
"Teman yang sentiasa sayang,
240
00:18:47,040 --> 00:18:48,720
menjadi saudara di waktu susah."
241
00:18:50,200 --> 00:18:51,720
Amsal, ayat 17.
242
00:18:55,080 --> 00:18:56,800
Dua orang saudara yang memerlukan.
243
00:18:57,400 --> 00:19:00,040
Tapi abang lebih memerlukan.
Boleh ikut saya?
244
00:19:03,400 --> 00:19:07,960
Jadi, Laura McKee,
awak akan bantu saya ubah dunia?
245
00:19:10,320 --> 00:19:13,680
En. Shelby, perjumpaan ini
bukan seperti yang saya jangka.
246
00:19:14,320 --> 00:19:15,240
Tak pernah begitu.
247
00:19:16,480 --> 00:19:17,680
Ya atau tidak?
248
00:19:20,840 --> 00:19:21,960
Jawapan saya ya.
249
00:19:24,120 --> 00:19:25,400
Jawapannya sentiasa ya.
250
00:19:28,160 --> 00:19:30,720
Pintu belakang tak berkunci.
Awak boleh keluar.
251
00:19:31,840 --> 00:19:35,960
Beritahu kawan-kawan awak,
Tommy Shelby dah berubah.
252
00:19:37,160 --> 00:19:42,480
KILANG PENYULINGAN SHELBY
TAVERN GARRISON
253
00:19:42,560 --> 00:19:43,480
Di mana dia?
254
00:19:44,080 --> 00:19:47,240
Ketika saya jumpa, picagari kosong.
Dia tidur di atas jalan.
255
00:19:47,320 --> 00:19:48,520
Teruk, Tommy.
256
00:19:48,600 --> 00:19:50,080
Teruk.
257
00:19:50,160 --> 00:19:53,520
- Semuanya terkawal, Ada.
- Saya tak terkawal.
258
00:19:54,280 --> 00:19:57,920
Saya bukan abang. Saya juga bukan Polly.
259
00:19:58,640 --> 00:20:00,240
Walaupun saya cuba jadi dia.
260
00:20:00,320 --> 00:20:01,760
Dia tentu dah hentikan.
261
00:20:01,840 --> 00:20:04,520
- Kita akan bantu Arthur.
- Bukan pasal dia.
262
00:20:04,600 --> 00:20:07,920
Saya bercakap tentang abang.
Saya dengar semuanya tadi.
263
00:20:08,680 --> 00:20:11,040
Ada, ini akan jadi pengakhirannya.
264
00:20:11,120 --> 00:20:14,640
Faham? Ini jalan keluar kita.
Sambil itu, abang akan buat baik.
265
00:20:14,720 --> 00:20:17,280
Tak, abang akan buat banyak duit.
266
00:20:17,360 --> 00:20:18,960
Baiklah.
267
00:20:19,040 --> 00:20:22,120
Ganjaran tak disengajakan dialu-alukan.
268
00:20:22,200 --> 00:20:24,400
Kamu akan dapat bahagian kamu.
269
00:20:24,480 --> 00:20:28,200
Berada dalam kalangan fasis,
abang boleh rosakkan mereka.
270
00:20:29,680 --> 00:20:30,920
Polly pasti setuju.
271
00:20:32,120 --> 00:20:35,920
Di sebalik emas dan berlian,
bulu mink dan renda,
272
00:20:36,000 --> 00:20:37,480
dia sosialis sejati.
273
00:20:43,640 --> 00:20:46,080
Saya tahu dah terlambat, tapi…
274
00:20:48,160 --> 00:20:49,600
Muka pintu ini…
275
00:20:49,680 --> 00:20:51,360
Muka pintu yang sama ini.
276
00:20:53,360 --> 00:20:55,720
Dulu kita ke sini untuk ambil bir ayah.
277
00:20:55,800 --> 00:20:59,120
Kita kecil. Satu baldi perlukan
dua orang untuk angkat.
278
00:21:02,040 --> 00:21:03,120
Ya, abang ingat.
279
00:21:07,080 --> 00:21:08,440
Tengok kita sekarang.
280
00:21:09,120 --> 00:21:11,320
Ya, tengok kita sekarang.
281
00:21:12,840 --> 00:21:13,960
Tengok betul-betul
282
00:21:14,040 --> 00:21:16,360
sebab salah seorang takkan kekal lama.
283
00:21:16,440 --> 00:21:19,480
Celaka! Candu dan presiden.
284
00:21:26,560 --> 00:21:30,160
Ada, kalau kamu tak nak bantu abang,
285
00:21:32,960 --> 00:21:34,000
kamu tak salah.
286
00:21:36,880 --> 00:21:38,280
Tapi ini misi abang.
287
00:21:39,880 --> 00:21:41,520
Abang takkan tahan diri.
288
00:21:45,280 --> 00:21:46,360
Di mana abang?
289
00:21:49,760 --> 00:21:50,880
Abang saya?
290
00:21:53,000 --> 00:21:55,320
Sekali-sekala abang berhenti
untuk ketawa dulu.
291
00:21:57,520 --> 00:21:59,240
Abang ingatkah tempat ini?
292
00:22:01,040 --> 00:22:05,160
Abang masuk ke Garrison
macam orang asing dan minum air.
293
00:22:09,800 --> 00:22:11,000
Abang hidup, Ada.
294
00:22:13,440 --> 00:22:14,360
Ya.
295
00:22:15,880 --> 00:22:18,560
Masih mencari masalah
cukup besar untuk mati.
296
00:22:21,400 --> 00:22:25,440
Mungkin abang dah jumpa.
297
00:22:29,160 --> 00:22:30,720
Saya ada anak-anak.
298
00:22:32,680 --> 00:22:34,800
Abang kena teruskan sendiri.
299
00:22:38,760 --> 00:22:41,320
Seorang separuh mati
berhujan di Lorong Garrison
300
00:22:41,400 --> 00:22:43,800
dan seorang lagi tak ada batasan.
301
00:23:17,240 --> 00:23:18,320
Saya dijemput.
302
00:23:38,760 --> 00:23:42,520
En. Solomons tak suka
orang merokok di depannya.
303
00:24:27,160 --> 00:24:31,760
Saya selalu fikir
opera cuma orang gemuk menjerit.
304
00:24:31,840 --> 00:24:34,200
Yakah? Anggapan awak sekarang?
305
00:24:38,280 --> 00:24:40,880
Bunyi tenor penuh perasaan
306
00:24:40,960 --> 00:24:44,240
mengingatkan saya
kepada tangisan askar Itali
307
00:24:44,320 --> 00:24:46,520
ketika mereka ditikam saya.
308
00:24:47,760 --> 00:24:53,240
Sejak saya mati, saya dihantuinya.
309
00:24:54,760 --> 00:24:55,880
Ya.
310
00:24:58,920 --> 00:25:02,880
Daripada melawan suara-suara ini,
saya putuskan untuk tulis lagu
311
00:25:02,960 --> 00:25:05,160
dan jadikannya opera.
312
00:25:05,720 --> 00:25:07,960
Jangan nyalakannya.
313
00:25:08,560 --> 00:25:10,440
Awak tak diberitahu syaratnya?
314
00:25:11,160 --> 00:25:12,760
Saya diberitahu, Alfie,
315
00:25:16,080 --> 00:25:21,800
yang awak dah menyepi
dan habiskan waktu bersendirian,
316
00:25:25,000 --> 00:25:27,520
obses tentang penyanyi opera.
317
00:25:27,600 --> 00:25:29,320
Opera bukan nyanyian.
318
00:25:31,840 --> 00:25:32,800
Bukan nyanyian.
319
00:25:32,880 --> 00:25:37,600
Itu bunyi yang orang keluarkan
sebelum bercakap.
320
00:25:37,680 --> 00:25:41,760
Saya tak benarkan orang merokok
sebab saya kena melihat dengan jelas.
321
00:25:42,800 --> 00:25:43,720
Faham?
322
00:25:50,320 --> 00:25:53,120
Awak nampak kelemahan pada orang Ibrani?
323
00:25:53,200 --> 00:25:55,280
Bukan kelemahan, Alfie.
324
00:25:55,840 --> 00:25:57,320
Saya yakin itu.
325
00:25:58,880 --> 00:26:02,720
Sejak awak duduk di sini menulis opera,
326
00:26:05,280 --> 00:26:08,560
seorang ahli keluarga awak mati.
327
00:26:10,080 --> 00:26:12,120
Charles Solomons, pak cik awak.
328
00:26:12,200 --> 00:26:14,320
Dia uruskan dadah,
329
00:26:14,400 --> 00:26:18,160
arak haram, pelacuran,
dan sindiket judi di luar Boston Timur.
330
00:26:18,240 --> 00:26:20,800
Tapi Januari lepas,
331
00:26:22,720 --> 00:26:27,120
dia ditembak di dalam tandas Kelab Cotton,
332
00:26:27,920 --> 00:26:31,680
oleh orang yang awak kenal,
tapi awak tak buat apa-apa.
333
00:26:38,360 --> 00:26:40,880
Sekarang opera saya dipanggil "Amerika!"
334
00:26:41,720 --> 00:26:44,400
Amerika ialah karya agung saya!
335
00:26:44,920 --> 00:26:48,320
Hakikatnya, pak cik awak dah mati.
336
00:26:49,800 --> 00:26:50,920
Boston dah hilang.
337
00:26:52,280 --> 00:26:56,400
Awak pula, seorang yang dulunya
jaga Pekan Camden,
338
00:26:57,600 --> 00:27:02,400
kini tak mampu padam rokok orang.
339
00:27:05,200 --> 00:27:06,840
Apatah lagi hidupnya.
340
00:27:07,760 --> 00:27:09,000
Awak perlu bantuan.
341
00:27:09,080 --> 00:27:12,000
Saya perlukan penutup.
342
00:27:12,080 --> 00:27:15,560
Penutup untuk opera saya.
343
00:27:16,760 --> 00:27:17,720
Ya?
344
00:27:19,320 --> 00:27:20,200
Alfie,
345
00:27:21,960 --> 00:27:24,240
saya mungkin dah tuliskan penutupnya.
346
00:27:26,320 --> 00:27:28,680
Apa kata awak duduk dan dengar, ya?
347
00:27:53,080 --> 00:27:58,520
Saya ada lima tan
candu asli yang diperhalusi
348
00:27:59,360 --> 00:28:01,800
di salah sebuah gudang saya di Liverpool.
349
00:28:03,200 --> 00:28:06,840
Saya ada peti simpanan di perairan Kanada.
350
00:28:07,560 --> 00:28:11,240
Saya ada orang yang mahu edarkannya
351
00:28:12,080 --> 00:28:15,520
di Toronto, Quebec, New York dan Boston.
352
00:28:16,560 --> 00:28:18,120
Pendapatannya cepat
353
00:28:19,040 --> 00:28:21,080
dan akan kembalikan kuasa di Boston
354
00:28:21,160 --> 00:28:23,680
kepada keluarga Solomons.
355
00:28:31,640 --> 00:28:35,040
Dalam penutup yang saya berikan ini,
356
00:28:35,120 --> 00:28:37,320
awak yang akan balas dendam.
357
00:28:40,560 --> 00:28:41,640
Kenapa nak jual?
358
00:28:43,360 --> 00:28:46,520
Orang Ireland merumitkan.
Orang Itali bukan pilihan.
359
00:28:47,600 --> 00:28:49,560
Lagipun, awak kawan saya, Alfie.
360
00:28:50,160 --> 00:28:52,080
- Boleh hutang?
- Tak.
361
00:28:53,520 --> 00:28:57,600
Saya terima harta tanah.
Awak ada separuh gudang-gudang di Camden.
362
00:28:58,520 --> 00:29:00,200
Saya akan ambil, runtuhkan
363
00:29:00,280 --> 00:29:02,920
dan bina rumah
untuk orang yang memerlukan.
364
00:29:10,440 --> 00:29:12,040
Ya…
365
00:29:12,920 --> 00:29:15,080
Orang Ireland memang merumitkan.
366
00:29:15,160 --> 00:29:18,200
Sejak 700 tahun lalu.
367
00:29:20,360 --> 00:29:22,880
Saya pernah nampak lelaki Ireland
368
00:29:22,960 --> 00:29:28,280
bertengkar dengan patung Oliver Cromwell
di Dataran Parlimen.
369
00:29:28,360 --> 00:29:30,360
Pertengkaran berlaku agak lama.
370
00:29:30,440 --> 00:29:32,880
Sampai malam. Suaranya bergema
371
00:29:32,960 --> 00:29:37,480
di sekitar Dataran Parlimen
dan kemarahannya semakin meningkat
372
00:29:38,320 --> 00:29:40,840
kerana Oliver Cromwell enggan
373
00:29:40,920 --> 00:29:43,120
menjawab soalan-soalannya.
374
00:29:43,200 --> 00:29:46,400
Malah, dia terlalu marah sehingga akhirnya
375
00:29:46,480 --> 00:29:52,640
dia tumbuk hidung patung itu
sampai tangannya patah.
376
00:29:54,200 --> 00:29:57,240
Begitulah. Soalan Ireland.
377
00:29:58,640 --> 00:30:03,200
Bagaimana kita boleh ingat
sesuatu yang berlaku 200 tahun lalu,
378
00:30:03,280 --> 00:30:07,040
tapi tak ingat apa yang berlaku semalam?
379
00:30:14,680 --> 00:30:16,160
Berapa harga satu tan?
380
00:30:18,120 --> 00:30:19,160
Johnny?
381
00:30:22,760 --> 00:30:23,960
Saya saja hari ini.
382
00:30:27,600 --> 00:30:29,360
Jack cakap beberapa minggu lagi
383
00:30:33,360 --> 00:30:34,800
awak akan bebas.
384
00:30:34,880 --> 00:30:36,360
Bila awak akan ke London?
385
00:30:43,160 --> 00:30:44,200
Esok.
386
00:30:46,120 --> 00:30:47,400
Saya nak ucap selamat.
387
00:31:00,200 --> 00:31:03,760
Sampai di London,
jauhkan diri daripada syaitan.
388
00:31:05,000 --> 00:31:07,400
Tutup telinga kalau perlu.
389
00:31:07,480 --> 00:31:09,800
Saya akan ingat awak, Michael.
390
00:31:11,880 --> 00:31:13,400
Saya fikir pasal awak.
391
00:31:17,280 --> 00:31:18,200
Hanya awak.
392
00:31:23,200 --> 00:31:25,040
Jangan risau pasal Tommy Shelby.
393
00:31:28,400 --> 00:31:30,160
Saya tak berminat dengan orang mati.
394
00:31:34,400 --> 00:31:35,960
Jack cakap dia kena mati.
395
00:31:36,600 --> 00:31:38,080
Suruh Jack tunggu.
396
00:31:39,440 --> 00:31:42,320
- Orang yang bunuh Tommy Shelby…
- Mestilah awak.
397
00:31:43,480 --> 00:31:44,360
Saya tahu.
398
00:31:45,600 --> 00:31:46,720
Saya beritahu Jack.
399
00:31:48,080 --> 00:31:52,000
Jack kata, "Okey, biar dia buat."
400
00:31:53,920 --> 00:31:58,240
Sebagai balasan dia akan ambil
duit yang Tommy tak dapat.
401
00:32:00,720 --> 00:32:03,600
Lima juta dolar.
402
00:32:05,680 --> 00:32:06,840
Syaitan akan mati.
403
00:32:08,800 --> 00:32:10,440
Masa depan milik kita.
404
00:32:12,840 --> 00:32:14,240
Michael,
405
00:32:17,640 --> 00:32:18,680
setiap malam,
406
00:32:20,080 --> 00:32:22,480
tengah malam di Boston,
lima pagi di London,
407
00:32:24,320 --> 00:32:27,040
saya akan berjaga di atas katil besar saya
408
00:32:28,440 --> 00:32:30,840
dan awak akan berjaga di penjara.
409
00:32:33,440 --> 00:32:35,520
Jiwa kita akan bersatu.
410
00:32:35,600 --> 00:32:36,800
Kita akan berasmara.
411
00:32:39,120 --> 00:32:40,800
Saya tak perlu jam loceng.
412
00:32:43,400 --> 00:32:45,280
Jangan tidur sampai saya selesai.
413
00:32:46,320 --> 00:32:48,120
Asmara tengah malam, lima pagi.
414
00:32:53,080 --> 00:32:54,120
Setiap hari.
415
00:32:58,320 --> 00:32:59,920
Sebab kita saling percaya.
416
00:33:38,400 --> 00:33:42,120
Awak pengkhianat, Shelby! Awak celaka!
417
00:33:57,320 --> 00:33:58,240
Lebih gelap.
418
00:33:59,960 --> 00:34:00,800
Lebih biru.
419
00:34:02,520 --> 00:34:03,720
Lebih jelas.
420
00:34:04,800 --> 00:34:06,200
Dari bawah.
421
00:34:07,960 --> 00:34:09,240
Bagaimana, sayang?
422
00:34:10,240 --> 00:34:13,159
Awak nampak sangat menakutkan, sayangku.
423
00:34:25,120 --> 00:34:26,199
Abaikan lipstik.
424
00:34:29,199 --> 00:34:30,280
Seronok.
425
00:34:34,159 --> 00:34:35,560
Pelancaran kapal.
426
00:34:44,600 --> 00:34:46,920
Perjalanan yang panjang dan sukar.
427
00:34:49,360 --> 00:34:51,159
Jangan kecewakan saya.
428
00:34:58,280 --> 00:35:00,880
En. Shelby?
429
00:35:01,520 --> 00:35:02,400
Daily Mirror.
430
00:35:02,960 --> 00:35:04,000
- Tuan…
- Berambus!
431
00:35:04,080 --> 00:35:07,800
Kenapa Ahli Parlimen sosialis
datang ke perhimpunan fasis?
432
00:35:07,880 --> 00:35:09,920
Biar dia masuk. Saya nak jawab.
433
00:35:11,160 --> 00:35:13,640
Kawasan En. Mosley
di sebelah kawasan saya.
434
00:35:13,720 --> 00:35:16,560
Kami pernah bekerjasama.
Dulu dia juga sosialis.
435
00:35:17,120 --> 00:35:19,440
Tugas saya di sini malam ini adalah
436
00:35:19,520 --> 00:35:22,800
menjadi jambatan antara ideologi.
437
00:35:23,400 --> 00:35:24,280
Saya di tengah.
438
00:35:24,840 --> 00:35:28,480
En. Shelby, awak pernah
berkongsi platform dengan En. Mosley.
439
00:35:29,040 --> 00:35:31,120
Awak akan kongsi pentas malam ini?
440
00:35:31,200 --> 00:35:34,240
Tidak. Saya di sini
untuk ingatkan kawan saya
441
00:35:34,320 --> 00:35:36,320
cara orang British iaitu berkompromi.
442
00:35:37,520 --> 00:35:38,840
Awak boleh siarkannya.
443
00:35:40,200 --> 00:35:41,480
Akhbar murahan.
444
00:35:50,040 --> 00:35:53,160
Lizzie, isteri Mosley mati
enam bulan lalu.
445
00:35:54,080 --> 00:35:56,000
Ucapkan takziah, ya?
446
00:35:56,600 --> 00:36:02,000
Malam ini, dia akan datang
bersama kekasihnya yang ada pengaruh
447
00:36:03,880 --> 00:36:06,520
dan temankan dia ketika dia berkabung.
448
00:36:08,160 --> 00:36:11,200
Pergi mampus, celaka!
449
00:36:11,760 --> 00:36:13,320
Ke tepi!
450
00:36:13,400 --> 00:36:15,120
Apa Arthur buat di sini?
451
00:36:15,200 --> 00:36:17,160
Mosley jemput dia. Saya setuju.
452
00:36:17,880 --> 00:36:21,600
Arthur dah janji,
tapi nampaknya dia mungkir.
453
00:36:23,320 --> 00:36:24,400
Ke tepi!
454
00:36:24,480 --> 00:36:25,800
Saya kata ke tepi!
455
00:36:25,880 --> 00:36:29,080
- Ke tepi! Saya dijemput!
- Saya dah cuba yang terbaik.
456
00:36:29,160 --> 00:36:31,080
Dia letak dadah di dalam stoking.
457
00:36:31,160 --> 00:36:32,760
- Okey.
- Jalan!
458
00:36:35,880 --> 00:36:37,160
Tommy!
459
00:36:37,240 --> 00:36:38,600
- Masuk.
- Tommy.
460
00:36:38,680 --> 00:36:40,080
Masuk. Ayuh, masuk.
461
00:36:40,160 --> 00:36:42,600
- Adik saya, Tommy.
- Ya.
462
00:36:42,680 --> 00:36:44,200
Johnny Dogs.
463
00:36:44,280 --> 00:36:45,800
Mosley jemput saya.
464
00:36:45,880 --> 00:36:48,760
- Katanya, "Pakai baju hitam."
- Dah sampai.
465
00:36:48,840 --> 00:36:51,840
Saya kata, "Nanti saya nampak
macam orang lain."
466
00:36:51,920 --> 00:36:53,320
- Lizzie!
- Mari.
467
00:36:53,800 --> 00:36:54,920
Awak bidadari.
468
00:36:55,400 --> 00:36:57,600
Abang tahu abang kecewakan kamu.
469
00:36:57,680 --> 00:37:00,240
Abang kecewakan kamu, bukan?
470
00:37:00,320 --> 00:37:03,800
Abang dah minta maaf banyak kali.
Abang minta maaf sekali lagi.
471
00:37:03,880 --> 00:37:05,720
- Ya.
- Maaf.
472
00:37:06,320 --> 00:37:09,680
Tengok Johnny Dogs. Tengok keadaan dia.
473
00:37:09,760 --> 00:37:11,600
Dia macam pelayan.
474
00:37:11,680 --> 00:37:14,240
- Diam!
- Ambilkan minuman.
475
00:37:14,320 --> 00:37:16,600
Johnny, buka baju dan beri kepada saya.
476
00:37:16,680 --> 00:37:18,000
Tolonglah, Tommy…
477
00:37:18,080 --> 00:37:20,560
Buka baju dan berikan
kepada saya sekarang.
478
00:37:20,640 --> 00:37:21,840
Buka baju!
479
00:37:22,360 --> 00:37:24,760
Arthur, ini salah saya.
480
00:37:25,840 --> 00:37:27,600
- Ini salah saya.
- Ya.
481
00:37:27,680 --> 00:37:32,160
Kita undi untuk jual candu.
Abang undi tidak.
482
00:37:32,240 --> 00:37:33,720
- Abang tak setuju.
- Ingat?
483
00:37:34,280 --> 00:37:35,520
Saya tolak.
484
00:37:36,240 --> 00:37:38,120
- Saya pergi.
- Kamu ke mana?
485
00:37:38,200 --> 00:37:40,280
Ada cakap abang lepak dengan Mosley.
486
00:37:40,360 --> 00:37:41,920
- Ya, dia…
- Yakah?
487
00:37:42,000 --> 00:37:44,440
Rumah yang cantik dan besar.
488
00:37:44,520 --> 00:37:46,880
Mereka adakan parti di Belgravia.
489
00:37:46,960 --> 00:37:49,120
Mereka hormat abang.
490
00:37:49,200 --> 00:37:52,560
Apa abang beri kepada mereka?
Dadah syarikat…
491
00:37:53,320 --> 00:37:56,600
Tengoklah diri abang.
Separuh diri abang hilang.
492
00:37:58,200 --> 00:38:00,280
- Aduh!
- Lembik tak bermaya.
493
00:38:02,280 --> 00:38:04,080
Kamu tampar abang.
494
00:38:06,080 --> 00:38:07,360
Kamu tampar abang.
495
00:38:08,160 --> 00:38:09,920
Urusan saya tak selesai.
496
00:38:10,000 --> 00:38:11,640
Faham tak? Tak selesai.
497
00:38:11,720 --> 00:38:14,240
Semua benda tak selesai!
498
00:38:14,320 --> 00:38:17,240
Saya kena jadi orang tengah,
499
00:38:17,320 --> 00:38:18,560
kekalkan kepercayaan.
500
00:38:18,640 --> 00:38:21,160
Saya tak boleh biar
abang saya pakai baju hitam
501
00:38:21,720 --> 00:38:23,120
di muka depan Daily Mirror.
502
00:38:23,200 --> 00:38:25,560
Jika ada orang tangkap gambar saya,
503
00:38:25,640 --> 00:38:28,400
saya pijak kamera mereka.
504
00:38:28,480 --> 00:38:30,520
Mereka lempar bom petrol di luar.
505
00:38:30,600 --> 00:38:33,400
- Ada jaga abang.
- Ada perlu buat keputusan
506
00:38:33,480 --> 00:38:34,800
untuk kerja dengan kita.
507
00:38:35,520 --> 00:38:37,160
Dia tak tahu kemahuan dirinya.
508
00:38:37,240 --> 00:38:38,320
Nanti saya cakap.
509
00:38:38,960 --> 00:38:41,440
- Abang nak balik…
- Tunggu di sini.
510
00:38:42,760 --> 00:38:44,040
Ada kerja untuk abang.
511
00:38:44,560 --> 00:38:47,120
Lizzie, ikut Johnny.
Bawa Lizzie ke tempatnya.
512
00:38:47,200 --> 00:38:48,680
Saya tak ada jemputan.
513
00:38:48,760 --> 00:38:51,640
Awak pakai baju hitam.
Awak boleh buat apa saja.
514
00:38:51,720 --> 00:38:53,200
Saya ikut nanti. Pergi.
515
00:38:54,880 --> 00:38:55,880
Pergilah, Dogs.
516
00:38:56,520 --> 00:38:58,640
Ambilkan saya minuman nanti.
517
00:39:03,800 --> 00:39:05,320
Entahlah. Tengok abang.
518
00:39:05,400 --> 00:39:09,640
Sebelum saya ke Amerika, saya tulis surat.
519
00:39:10,320 --> 00:39:11,520
Yakah? Untuk siapa?
520
00:39:12,120 --> 00:39:13,120
Untuk Linda.
521
00:39:16,160 --> 00:39:17,720
Dalam surat itu, saya tulis,
522
00:39:18,560 --> 00:39:24,440
"Linda, sebagai wanita Kristian,
awak percaya kepada kemaafan?"
523
00:39:27,720 --> 00:39:29,000
Ini balasannya.
524
00:39:30,000 --> 00:39:31,920
Dua hari lepas. Bacalah.
525
00:39:42,600 --> 00:39:45,880
"Sebagai wanita Kristian,
saya percaya kepada kemaafan."
526
00:39:45,960 --> 00:39:48,680
Perkataan "percaya" digariskan.
527
00:39:52,400 --> 00:39:56,840
Saya bukan penganut Kristian,
tapi saya juga percaya kepada kemaafan.
528
00:39:59,360 --> 00:40:00,520
Pulihkan diri abang.
529
00:40:01,560 --> 00:40:03,040
Jangan ambil dadah dua minggu.
530
00:40:03,640 --> 00:40:05,360
Saya akan tulis surat lagi.
531
00:40:08,560 --> 00:40:10,040
Saya tahu lokasi dia.
532
00:40:13,840 --> 00:40:15,160
Saya perlukan abang.
533
00:40:17,080 --> 00:40:18,280
Saya perlu abang saya.
534
00:40:20,120 --> 00:40:21,320
Saya ada banyak tugas.
535
00:40:22,320 --> 00:40:23,960
Seseorang kena laksanakannya.
536
00:40:24,040 --> 00:40:27,440
Kamu senyum.
537
00:40:28,000 --> 00:40:29,600
Tengoklah senyuman kamu.
538
00:40:29,680 --> 00:40:30,760
Dah lama tak nampak.
539
00:40:30,840 --> 00:40:32,800
Mari dengar ucapannya.
540
00:40:32,880 --> 00:40:33,800
Mari.
541
00:40:34,720 --> 00:40:36,560
- Baiklah.
- Ayuh.
542
00:40:36,640 --> 00:40:38,160
Ya, abang datang.
543
00:40:38,240 --> 00:40:40,120
Dia tak guna, Tommy.
544
00:40:40,200 --> 00:40:42,040
Kemeja hitam dan Yahudi. Ayuh.
545
00:40:42,120 --> 00:40:43,840
Itu dia.
546
00:40:46,360 --> 00:40:48,480
Kamu orang tengah dan tak buat apa-apa.
547
00:40:49,040 --> 00:40:50,320
Bukan abang!
548
00:40:50,920 --> 00:40:53,040
Awak dan saya? Nazi celaka!
549
00:41:02,400 --> 00:41:04,000
Awak!
550
00:41:09,320 --> 00:41:11,760
Mari sini. Saya cungkil mata awak.
551
00:41:11,840 --> 00:41:13,400
Bukan di sini!
552
00:41:17,120 --> 00:41:18,680
Mari. Cukuplah berseronok.
553
00:41:18,760 --> 00:41:20,640
- Mari balik.
- Kita ada urusan.
554
00:41:24,720 --> 00:41:26,720
Johnny, bawa dia pulang.
555
00:41:26,800 --> 00:41:29,040
Kali ini, periksa stokingnya.
556
00:41:35,240 --> 00:41:36,160
Aduhai!
557
00:41:42,600 --> 00:41:45,840
Kita patut pergi sekarang.
Lupakan urusan Amerika ini.
558
00:41:45,920 --> 00:41:47,480
Cukuplah.
559
00:41:47,560 --> 00:41:48,800
Belum cukup.
560
00:41:48,880 --> 00:41:49,880
Dia datang.
561
00:41:49,960 --> 00:41:51,040
Jangan lupa senyum.
562
00:41:51,120 --> 00:41:52,640
- Mari.
- Tak guna.
563
00:42:02,480 --> 00:42:07,480
Hadirin sekalian, malam ini,
beliau telah mendapat pujian anda.
564
00:42:07,560 --> 00:42:12,080
Bakal perdana menteri negara hebat ini,
Sir Oswald Mosley.
565
00:42:16,400 --> 00:42:17,560
Celaka, Mosley!
566
00:42:49,960 --> 00:42:51,080
Saya nampak teruk.
567
00:42:51,160 --> 00:42:53,800
Awak nampak cantik.
Saya kena kagumkan dia.
568
00:42:53,880 --> 00:42:56,120
Saya akan berlagak macam dia pun cantik.
569
00:42:57,560 --> 00:42:58,440
Mosley.
570
00:43:01,160 --> 00:43:06,560
Diana, ini Tommy Shelby, AP, OBE.
571
00:43:07,080 --> 00:43:09,000
En. Shelby, Lady Diana Mitford.
572
00:43:09,080 --> 00:43:11,560
Kekasih terbaharu dan terakhir Oswald.
573
00:43:12,160 --> 00:43:14,320
Ini isteri saya, Lizzie Shelby.
574
00:43:14,400 --> 00:43:15,560
Subang yang cantik.
575
00:43:15,640 --> 00:43:17,080
Dicuri dari Tiffany's.
576
00:43:17,160 --> 00:43:20,960
Sebenarnya, dia beli di Paris.
Kami ke Paris untuk berbulan madu.
577
00:43:21,040 --> 00:43:22,320
Saya benci Paris.
578
00:43:23,640 --> 00:43:24,760
Awak suka Berlin.
579
00:43:24,840 --> 00:43:27,480
Kami akan berkahwin di sana.
Betul tak, Oswald?
580
00:43:29,480 --> 00:43:31,280
Saya ada hal untuk dibincangkan.
581
00:43:31,360 --> 00:43:34,200
Mungkin kita boleh cari
tempat lebih senyap?
582
00:43:35,880 --> 00:43:39,320
Sayang, En. Shelby baru saja
buat cadangan mengejutkan
583
00:43:39,400 --> 00:43:41,280
bahawa lelaki pergi berbincang
584
00:43:41,360 --> 00:43:43,400
sementara wanita menunggu.
585
00:43:44,280 --> 00:43:48,480
Aduhai. Awak fikir
ini tahun berapa, En. Shelby? 1807?
586
00:43:48,560 --> 00:43:51,400
Di Birmingham, masa berlalu agak perlahan.
587
00:43:53,000 --> 00:43:57,320
Dalam hal perniagaan,
Diana ada kuasa dalam syarikat saya.
588
00:43:57,400 --> 00:43:59,640
Cara moden, En. Shelby.
589
00:43:59,720 --> 00:44:02,520
Ya, kami tahu. Saya pengarah syarikat.
590
00:44:02,600 --> 00:44:03,960
Saya nak turut serta juga.
591
00:44:04,040 --> 00:44:06,560
Tentulah awak kena ada juga, Elizabeth.
592
00:44:06,640 --> 00:44:10,880
Saya tak suka "Lizzie".
Saya lebih suka "Elizabeth Bebas".
593
00:44:10,960 --> 00:44:12,440
Dia mesti terlibat.
594
00:44:12,520 --> 00:44:15,720
Dia pernah sampai ke Paris.
Jadi, dia berpengalaman. Syabas.
595
00:44:16,320 --> 00:44:19,080
Oswald beritahu saya
segalanya tentang awak…
596
00:44:31,600 --> 00:44:32,760
Cuma tiga
597
00:44:34,160 --> 00:44:36,360
sebab saya tahu En. Shelby tak minum.
598
00:44:36,440 --> 00:44:38,280
Kawan kami di Berlin juga sama.
599
00:44:38,840 --> 00:44:40,520
Mereka sama dalam hal itu.
600
00:44:40,600 --> 00:44:42,520
Mereka ada banyak persamaan.
601
00:44:46,040 --> 00:44:47,440
Laporkan, Shelby.
602
00:44:48,480 --> 00:44:51,960
Secara rasmi, Jack Nelson ke London
untuk beli lesen import.
603
00:44:55,280 --> 00:44:57,880
Tak rasmi, dia utusan Roosevelt.
604
00:44:59,240 --> 00:45:01,320
Seperti dalam surat peribadinya,
605
00:45:03,080 --> 00:45:05,120
dia tidak neutral.
606
00:45:09,560 --> 00:45:11,360
Lihat di bawah perenggan kedua.
607
00:45:11,920 --> 00:45:14,760
"Sebagai individu, Yahudi okey,
tapi sebagai kaum, teruk."
608
00:45:17,560 --> 00:45:18,720
Elizabeth,
609
00:45:18,800 --> 00:45:22,320
awak tahu kenapa hubungan
dengan Presiden Roosevelt penting?
610
00:45:25,520 --> 00:45:27,920
Tidak.
611
00:45:28,000 --> 00:45:30,360
Saya tak begitu tahu berkenaan urusan ini.
612
00:45:35,400 --> 00:45:37,560
Tapi saya pernah tiduri bakal suami awak.
613
00:45:38,280 --> 00:45:40,160
Jadi, saya tahu banyak pasal dia.
614
00:45:43,040 --> 00:45:44,440
Tommy, saya tunggu di luar.
615
00:45:45,880 --> 00:45:47,240
Syabas, Elizabeth.
616
00:45:51,440 --> 00:45:53,480
Awak nak jumpa Nelson atau tak?
617
00:45:55,040 --> 00:45:56,080
En. Shelby…
618
00:45:56,880 --> 00:45:58,760
Boleh saya panggil awak Thomas?
619
00:45:58,840 --> 00:46:00,080
Kalau awak mahu.
620
00:46:00,160 --> 00:46:03,840
Tentulah kami nak.
Kami berterima kasih di atas usaha awak.
621
00:46:04,600 --> 00:46:09,240
Tapi En. Shelby,
sebelum urusan ini diteruskan,
622
00:46:09,800 --> 00:46:12,280
awak kena uruskan isteri awak.
623
00:46:40,000 --> 00:46:41,280
En. Shelby?
624
00:46:42,160 --> 00:46:44,320
Ya, En. Nelson.
625
00:46:45,320 --> 00:46:46,600
Saya datang awal.
626
00:46:47,600 --> 00:46:50,840
Saya nak lihat gereja yang cantik ini.
627
00:46:53,200 --> 00:46:54,960
Awak penganut Katolik?
628
00:46:56,400 --> 00:46:58,800
Saya harap dengan mencadangkan gereja ini,
629
00:46:58,880 --> 00:47:03,240
kita lebih berhati-hati
dengan penipuan dan kebenaran.
630
00:47:04,640 --> 00:47:06,560
Itu harapan awak saja.
631
00:47:08,400 --> 00:47:10,440
Tiada sesiapa mendengar di sini.
632
00:47:10,520 --> 00:47:12,000
Awak tak percaya Tuhan?
633
00:47:12,080 --> 00:47:13,120
Tidak.
634
00:47:16,400 --> 00:47:20,080
Cara Katolik dilayan di negara saya
yang buat saya marah.
635
00:47:21,880 --> 00:47:23,360
Jadikan diri saya sekarang.
636
00:47:27,480 --> 00:47:28,640
Apa punca awak marah?
637
00:47:31,920 --> 00:47:34,880
Kelembapan.
638
00:47:36,960 --> 00:47:39,760
Saya mahu terus miliki semuanya.
639
00:47:42,640 --> 00:47:44,720
Anak kaum buruh Katolik.
640
00:47:48,760 --> 00:47:50,920
Mereka rosakkan awak ketika kecil?
641
00:47:52,160 --> 00:47:53,760
Lelaki dalam gelap.
642
00:47:55,800 --> 00:47:57,680
Saya bawa pemutar skru dan pisau.
643
00:47:58,840 --> 00:48:01,400
Semua orang percaya
saya berkuasa menyumpah.
644
00:48:01,960 --> 00:48:03,000
Yakah?
645
00:48:03,800 --> 00:48:05,040
Ya.
646
00:48:08,160 --> 00:48:10,480
Lelaki pertama saya bunuh ialah paderi.
647
00:48:12,600 --> 00:48:13,520
Awak?
648
00:48:14,920 --> 00:48:19,280
Budak lelaki Prusia bermata hijau
yang tiada harapan.
649
00:48:19,360 --> 00:48:21,440
Bila kali terakhir awak membunuh?
650
00:48:26,400 --> 00:48:27,600
Empat tahun lalu.
651
00:48:30,320 --> 00:48:31,880
Namanya Tommy Shelby.
652
00:48:33,560 --> 00:48:34,920
Dia minum wiski.
653
00:48:37,560 --> 00:48:44,120
Awak nak saya benarkan awak masuk
bandar saya dan jual dadah yang membunuh?
654
00:48:48,120 --> 00:48:51,120
Awak jual wiski, En. Nelson.
655
00:48:52,640 --> 00:48:55,160
Saya baca laporan Vatican
656
00:48:56,120 --> 00:48:59,000
yang mengatakan wiski membunuh
657
00:48:59,080 --> 00:49:01,120
lebih ramai penganut Katolik.
658
00:49:01,200 --> 00:49:02,240
Candu pula
659
00:49:03,440 --> 00:49:08,120
sedatif yang selalunya
dipilih Protestan dan ateis.
660
00:49:11,240 --> 00:49:14,600
Sebagai balasan, ada orang
di England yang saya perlu jumpa?
661
00:49:14,680 --> 00:49:17,520
Ya, orang yang berfikiran sama.
662
00:49:20,200 --> 00:49:24,120
Saya datang untuk beli lesen import arak.
663
00:49:26,040 --> 00:49:27,840
Arak golongan bangsawan.
664
00:49:29,160 --> 00:49:30,760
Di Amerika, kami…
665
00:49:30,840 --> 00:49:32,000
Kami suka label.
666
00:49:32,960 --> 00:49:34,400
Serta aspirasi.
667
00:49:34,480 --> 00:49:38,120
Saya ada jenama vodka dan gin sendiri.
668
00:49:39,000 --> 00:49:40,760
Tambah itu dalam portfolio awak.
669
00:49:41,880 --> 00:49:44,920
Saya dengar label Shelby
disukai kaum buruh.
670
00:49:45,640 --> 00:49:47,760
Betul. Hakikat yang saya banggakan.
671
00:49:48,360 --> 00:49:51,240
Mereka kata awak pemuisi juga?
672
00:49:51,840 --> 00:49:53,800
Tak, saya cuma baca.
673
00:49:56,080 --> 00:49:59,520
Ada orang di negara ini
yang saya mahu jumpa.
674
00:50:03,840 --> 00:50:04,760
Fasis.
675
00:50:04,840 --> 00:50:08,800
Bukan fasis dengan but dan kemeja hitam,
tapi yang pakai tuksedo.
676
00:50:11,160 --> 00:50:13,040
Saya kenal orang yang sokong itu.
677
00:50:13,760 --> 00:50:16,000
Saya juga kenal musuh perjuangan itu.
678
00:50:17,640 --> 00:50:20,720
Sudah bertahun-tahun saya bekerja
dengan Winston Churchill
679
00:50:20,800 --> 00:50:22,280
dalam banyak hal.
680
00:50:23,040 --> 00:50:24,040
Dia percayakan saya.
681
00:50:25,040 --> 00:50:27,440
Dia menentang kebangkitan fasisme.
682
00:50:27,520 --> 00:50:30,080
Awak melihatnya sebagai kepastian.
683
00:50:32,160 --> 00:50:35,400
Saya boleh beri awak
orang berpengaruh yang menyokong.
684
00:50:36,280 --> 00:50:39,920
Saya juga boleh beri awak
laporan penuh strategi Churchill.
685
00:50:43,960 --> 00:50:46,800
Semua ini untuk akses ke Boston Selatan?
686
00:50:47,880 --> 00:50:53,520
Secara alternatif, awak boleh uruskan
Churchill sendiri tanpa maklumat saya.
687
00:50:54,520 --> 00:50:56,480
Saya boleh jual candu kepada Yahudi.
688
00:51:01,600 --> 00:51:03,800
Awak lelaki yang berani, En. Shelby.
689
00:51:05,720 --> 00:51:07,280
Wira perang, dengarnya.
690
00:51:09,400 --> 00:51:10,800
Wira perang yang saya jumpa
691
00:51:10,880 --> 00:51:13,400
semuanya mahu mati.
692
00:51:17,440 --> 00:51:19,240
Awak bersetuju, En. Nelson?
693
00:51:24,400 --> 00:51:26,920
Saya akan fikirkan betul-betul
kata-kata awak.
694
00:51:40,840 --> 00:51:43,200
Ruby, kamu dah habis mengeja, sayang?
695
00:51:59,000 --> 00:52:02,480
Ruby?
696
00:52:08,920 --> 00:52:09,800
Ruby?
697
00:52:14,320 --> 00:52:17,640
Ruby? Kamu buat apa, sayang?
698
00:52:18,680 --> 00:52:20,160
Saya boleh dengar suara.
699
00:52:21,600 --> 00:52:23,120
Datang dari serombong.
700
00:52:26,880 --> 00:52:28,040
Suara apa?
701
00:52:28,120 --> 00:52:29,280
Lelaki kelabu.
702
00:52:34,520 --> 00:52:35,400
Tuan-tuan,
703
00:52:35,480 --> 00:52:39,000
En. Thomas Shelby, Selatan Birmingham.
704
00:52:42,040 --> 00:52:47,320
Tuan Speaker, saya dibesarkan dalam
keluarga yang mengharungi keadaan hidup
705
00:52:47,400 --> 00:52:50,200
yang akan menguji moral
orang berakhlak mulia.
706
00:52:51,480 --> 00:52:55,000
Benar, orang yang baik juga kebaikannya
707
00:52:55,080 --> 00:52:58,080
akan dikalahkan dan terhalang
oleh hidup dan kekejaman
708
00:52:58,160 --> 00:53:01,240
serta kepahitan kawasan sesak Britain.
709
00:53:01,320 --> 00:53:03,360
Apa yang awak tahu tentang kebaikan?
710
00:53:10,280 --> 00:53:11,280
Cepat.
711
00:53:13,600 --> 00:53:17,120
Oleh itu, Tuan Speaker,
saya mahu mencadangkan di dewan ini
712
00:53:17,200 --> 00:53:22,920
rang undang-undang yang akan memberi
perubahan radikal dalam polisi perumahan,
713
00:53:23,000 --> 00:53:25,040
agar kawasan sesak dibersihkan,
714
00:53:25,120 --> 00:53:30,320
rumah baharu dibina dengan
standard baharu kesihatan dan kebersihan.
715
00:53:34,160 --> 00:53:37,040
Westminster 245. Dewan Rakyat.
716
00:53:42,160 --> 00:53:45,120
Masa telah tiba untuk perubahan.
Rakyat sudah muak.
717
00:53:45,960 --> 00:53:48,760
Buka tingkap, biarkan cahaya masuk,
718
00:53:48,840 --> 00:53:53,400
bina Jerusalem baharu
yang dibina oleh kerajaan sendiri.
719
00:53:59,200 --> 00:54:00,160
Ke sini.
720
00:54:04,920 --> 00:54:05,760
Bagus.
721
00:54:10,600 --> 00:54:11,520
Doktor?
722
00:54:15,600 --> 00:54:17,120
Westminster 245.
723
00:54:21,880 --> 00:54:22,800
En. Shelby.
724
00:54:22,880 --> 00:54:25,280
DUA ORANG SAHAJA
725
00:54:34,880 --> 00:54:37,800
EN. SHELBY OBE - DARIPADA PN. SHELBY
BALIK RUMAH. RUBY SAKIT.
726
00:54:42,480 --> 00:54:46,000
"Tickner Maura, O Beng, O Beng,"
berkali-kali.
727
00:54:46,080 --> 00:54:48,360
- Keluarga bagaimana?
- Seorang akan mati.
728
00:54:48,440 --> 00:54:49,680
Dia pandang saya, ayah.
729
00:54:49,760 --> 00:54:51,360
Lelaki bermata hijau.
730
00:54:52,320 --> 00:54:54,120
Boleh hentikan suara itu?
731
00:54:55,760 --> 00:54:57,440
Tak ada suara, sayang.
732
00:54:58,520 --> 00:54:59,800
Lelaki kelabu.
733
00:55:01,200 --> 00:55:02,840
Dia cari saya.
734
00:55:04,520 --> 00:55:06,360
Dia akan cari ayah juga.
735
00:56:20,600 --> 00:56:21,880
En. Shelby?
736
00:56:22,920 --> 00:56:25,080
Semua okey di sana?
737
00:56:28,080 --> 00:56:29,120
En. Shelby?
738
00:56:29,920 --> 00:56:33,480
Semua okey.
739
00:56:46,440 --> 00:56:47,800
- Helo?
- Tommy?
740
00:56:47,880 --> 00:56:50,800
Suhunya 38 darjah Celsius.
Semuanya tak berhasil.
741
00:56:50,880 --> 00:56:52,760
- Balik sekarang.
- Lizzie?
742
00:56:52,840 --> 00:56:54,160
- Tolonglah.
- Lizzie…
743
00:57:18,280 --> 00:57:19,160
Di mana dia?
744
00:57:19,240 --> 00:57:20,800
Dia dengan doktor di atas.
745
00:57:23,440 --> 00:57:24,480
Dengar sini, Tommy.
746
00:57:25,760 --> 00:57:28,080
Katanya kita tak patut datang dekat kalau…
747
00:57:28,160 --> 00:57:29,160
Kalau apa?
748
00:57:30,160 --> 00:57:31,760
Apabila dia batuk, darah keluar.
749
00:57:49,840 --> 00:57:56,360
Madonna, sambungkan kepada nombor
yang saya beri untuk Esme Shelby Lee.
750
00:58:36,960 --> 00:58:41,960
Terjemahan sari kata oleh Nur Atiqah