1 00:00:00,000 --> 00:00:06,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 2 00:00:20,940 --> 00:00:22,480 Saya yakin ia di sini. 3 00:00:29,530 --> 00:00:30,530 - Yeong-ji! - Yeong-ji! 4 00:00:31,950 --> 00:00:33,660 Dapatkan hari ini juga. 5 00:00:33,740 --> 00:00:35,910 Kalau awak gagal, saya takkan jamin 6 00:00:36,750 --> 00:00:39,330 keselamatan kedai awak ataupun nyawa gadis itu. 7 00:02:12,930 --> 00:02:15,390 Saya cuma… 8 00:02:16,850 --> 00:02:19,010 Saya tak nampak apa-apa pun. 9 00:02:19,600 --> 00:02:21,350 Saya cuma mencari herba. 10 00:02:30,650 --> 00:02:34,240 Saya memang tak nampak apa-apa, 11 00:02:34,320 --> 00:02:37,660 jadi silalah teruskan apa saja yang awak sedang buat. 12 00:02:45,540 --> 00:02:47,710 Tapi di luar sini bahaya. 13 00:02:49,300 --> 00:02:50,760 Dengar bunyi itu? 14 00:02:51,420 --> 00:02:53,840 Baginda sedang keluar memburu. 15 00:02:53,920 --> 00:02:58,850 Awak boleh disalah anggap sebagai haiwan dan dipanah di luar sini. 16 00:02:58,930 --> 00:03:01,560 Mari ikut saya. Saya tunjukkan jalan keluar. 17 00:03:05,730 --> 00:03:06,900 Tak mengapa. Pergilah. 18 00:03:06,980 --> 00:03:09,820 Aduhai. Janganlah begitu. 19 00:03:09,900 --> 00:03:12,070 Pakai semula baju awak. 20 00:03:38,090 --> 00:03:39,220 Awak tak perlu pakai 21 00:03:40,260 --> 00:03:41,970 kalau awak tak mahu. 22 00:03:48,190 --> 00:03:49,190 Adakah awak… 23 00:03:50,520 --> 00:03:51,820 melarikan diri? 24 00:03:52,860 --> 00:03:53,860 Adakah awak dayang… 25 00:03:54,860 --> 00:03:55,780 atau… 26 00:04:18,090 --> 00:04:20,680 Awak sangat mahir bagi seorang wanita. 27 00:04:22,220 --> 00:04:23,140 Tapi 28 00:04:24,270 --> 00:04:27,520 pisau ini agak tajam. 29 00:04:33,900 --> 00:04:36,360 Tak guna, beta yakin dia lari ke arah sini. 30 00:04:37,700 --> 00:04:39,160 Aduhai. 31 00:04:49,000 --> 00:04:52,170 Tak sangka pula hari ini panahan beta begitu tepat. 32 00:04:54,670 --> 00:04:56,920 Tak mungkin dia nampak beta, bukan? 33 00:04:58,670 --> 00:04:59,680 Apa-apa sajalah. 34 00:05:03,970 --> 00:05:05,310 Nanti. Bukankah itu… 35 00:05:16,530 --> 00:05:18,070 Ikut saya. 36 00:05:19,400 --> 00:05:21,660 Nahas jika tertangkap. 37 00:05:21,740 --> 00:05:23,700 Bukan awak saja, saya juga. 38 00:05:43,220 --> 00:05:44,220 Apa ini? 39 00:05:46,260 --> 00:05:49,100 Apa sebenarnya yang berlaku? 40 00:05:56,020 --> 00:05:57,110 Sini. 41 00:05:59,990 --> 00:06:00,860 Nyatakan diri kamu! 42 00:06:03,070 --> 00:06:04,490 - Tangkap mereka! - Baik! 43 00:06:29,970 --> 00:06:30,810 Ayuh. 44 00:06:47,200 --> 00:06:48,160 Di sana! 45 00:06:52,960 --> 00:06:54,460 Apa patut kita lakukan? 46 00:06:56,880 --> 00:06:57,840 - Lompat! - Apa? 47 00:08:45,360 --> 00:08:47,030 EPISOD 3 48 00:08:50,200 --> 00:08:54,450 SAUDAGAR 49 00:09:26,230 --> 00:09:28,650 Apa yang Tuanku suka sangat dari tadi? 50 00:09:28,740 --> 00:09:30,570 Orang akan ingat itu pemberian kekasih. 51 00:09:31,160 --> 00:09:32,160 Tiada apa-apa. 52 00:09:32,240 --> 00:09:33,660 Usahlah berahsia. 53 00:09:33,740 --> 00:09:36,370 Benda yang berharga perlulah dikongsi, Putera Jaeun. 54 00:09:39,040 --> 00:09:40,870 Tapi ini cuma sebatang berus biasa. 55 00:09:41,460 --> 00:09:45,290 Ia terlalu tebal untuk dibuat menulis dan terlalu kecil untuk dibuat melukis. 56 00:09:45,380 --> 00:09:48,050 Pulangkan. Ia untuk seseorang yang saya hargai. 57 00:09:48,130 --> 00:09:52,050 Tentu tukang buat berus itu tak pandai. 58 00:09:52,130 --> 00:09:55,430 Bentuknya tak sesuai untuk digunakan. 59 00:09:56,180 --> 00:09:57,720 Nampaknya kita dah sampai. 60 00:10:03,770 --> 00:10:05,230 Putera Mahkota menghilang? 61 00:10:05,310 --> 00:10:08,360 Baginda menuju ke hutan berhampiran lembah 62 00:10:08,440 --> 00:10:09,570 dan menghilang. 63 00:10:09,650 --> 00:10:12,910 - Oh, Tuhan. - Aduhai. Apa yang berlaku? 64 00:10:12,990 --> 00:10:17,080 Sebelum saya maklumkan kepada Maharaja, suruh yang lain bersedia. 65 00:10:17,160 --> 00:10:18,290 Baiklah. 66 00:10:20,700 --> 00:10:24,830 Mungkinkah Putera Mahkota ambil kesempatan dan larikan diri? 67 00:10:24,920 --> 00:10:26,590 Adakah awak tak tahu baginda siapa? 68 00:10:27,090 --> 00:10:30,510 Baginda takkan menghilangkan diri tanpa memberitahu kita dahulu. 69 00:10:31,090 --> 00:10:32,670 Tentu ada sesuatu menimpanya. 70 00:10:33,680 --> 00:10:38,390 Atau sesuatu yang sulit telah menimpa baginda. 71 00:10:38,470 --> 00:10:40,430 - Aduhai. - Awak. 72 00:10:40,520 --> 00:10:42,640 - Ikut saya. - Baiklah. 73 00:10:43,310 --> 00:10:44,850 - Tunggu. - Ya? 74 00:10:47,190 --> 00:10:49,440 Apa yang sedang berlaku? 75 00:10:50,980 --> 00:10:53,030 Bawa ini kalau-kalau ia diperlukan. 76 00:10:53,110 --> 00:10:56,740 Kita mesti cari baginda sebelum orang lain jumpa. 77 00:10:56,820 --> 00:10:58,870 Usah bimbang. 78 00:10:59,950 --> 00:11:01,620 Kenapa kamu nampak gusar? 79 00:11:03,830 --> 00:11:05,790 Putera Jaeun! 80 00:11:05,870 --> 00:11:09,170 Patik dengar Tuanku ke Mokcheon atas urusan rasmi untuk Menteri Ritus. 81 00:11:10,170 --> 00:11:11,800 Ia selesai lebih awal. 82 00:11:12,380 --> 00:11:14,090 Oh, ya. Apa yang berlaku? 83 00:11:14,630 --> 00:11:16,050 Di mana Putera Mahkota? 84 00:11:18,100 --> 00:11:19,260 Berkenaan itu… 85 00:11:20,180 --> 00:11:22,810 Patik akan maklumkan kemudian. Patik minta diri! 86 00:11:22,890 --> 00:11:25,140 Patik akan maklumkan kemudian! 87 00:12:15,280 --> 00:12:16,490 Apa yang berlaku? 88 00:12:18,910 --> 00:12:19,910 Adakah… 89 00:12:22,990 --> 00:12:24,080 Adakah dia dah mati? 90 00:12:59,910 --> 00:13:01,820 Ayahanda! 91 00:13:25,600 --> 00:13:27,140 Apa kata ayahanda 92 00:13:27,930 --> 00:13:30,600 pada hari beta dilahirkan? 93 00:13:33,480 --> 00:13:35,610 Aduhai, sayang. 94 00:13:35,690 --> 00:13:37,070 Adakah baginda juga 95 00:13:38,110 --> 00:13:40,740 setuju dengan mereka yang mahu bunuh beta? 96 00:13:43,030 --> 00:13:47,490 Bahawa seorang perempuan tak diperlukan dan patut dibunuh? 97 00:13:48,370 --> 00:13:50,540 Adakah baginda kata begitu? 98 00:13:50,620 --> 00:13:52,250 Ia titah Maharaja. 99 00:13:52,960 --> 00:13:58,920 Baginda tidak dapat menentang ayahandanya, mantan Maharaja. 100 00:14:31,000 --> 00:14:32,370 Tuanku tak apa-apa? 101 00:14:34,000 --> 00:14:35,040 Hyun! 102 00:14:51,930 --> 00:14:52,980 Tuanku! 103 00:15:02,150 --> 00:15:05,240 Dia pasti akan ditangkap kerana Hulubalang Yoon sedang memburunya. 104 00:15:05,320 --> 00:15:07,370 - Tapi… - Tuanku pasti Tuanku tak apa-apa? 105 00:15:08,030 --> 00:15:09,620 Tuanku cedera? 106 00:15:12,080 --> 00:15:16,790 Nanti. Apa kamu buat di sini, Hyun? 107 00:15:16,880 --> 00:15:19,340 Ayuh keluar dari sini kerana tempat ini bahaya. 108 00:15:19,880 --> 00:15:21,800 Askar-askar mesti dimaklumkan. 109 00:15:22,840 --> 00:15:23,970 Tapi… 110 00:15:24,630 --> 00:15:27,010 Beta perlukan masa, Hyun. 111 00:15:32,180 --> 00:15:35,060 Patik tak perasan tadi, tapi kenapa Tuanku berpakaian begini? 112 00:15:38,270 --> 00:15:39,480 Tuanku! 113 00:15:39,560 --> 00:15:41,440 Tuanku! 114 00:15:44,400 --> 00:15:45,950 Tuanku tak apa-apa? 115 00:15:47,200 --> 00:15:50,240 Patik bawakan persalinan untuk Tuanku. 116 00:16:56,640 --> 00:16:57,890 Pembunuh? 117 00:16:58,600 --> 00:17:01,440 Seorang pembunuh menyerang Putera Mahkota? 118 00:17:01,520 --> 00:17:04,820 Tuanku. Hulubalang Yoon sedang memburunya, 119 00:17:04,900 --> 00:17:07,360 jadi kita akan tahu gerangannya nanti. 120 00:17:08,530 --> 00:17:11,820 Kenapa kamu tercegat saja? Pergi buru pembunuh itu! 121 00:17:11,910 --> 00:17:12,990 - Baiklah! - Baiklah! 122 00:17:19,580 --> 00:17:21,830 Anakanda pasti anakanda tak cedera? 123 00:17:21,920 --> 00:17:23,670 Berita ini amat merunsingkan. 124 00:17:29,470 --> 00:17:31,720 Tuanku, ayuhlah pulang ke istana. 125 00:17:31,800 --> 00:17:34,260 Nampaknya, ada bahaya menanti di hutan ini. 126 00:17:34,350 --> 00:17:36,260 Dinda akan arahkan persiapan… 127 00:17:36,350 --> 00:17:39,060 Tiada siapa patut meninggalkan tempat perburuan. 128 00:17:44,150 --> 00:17:46,020 Apa maksud Datuk Bendahara? 129 00:17:46,110 --> 00:17:48,940 Kawasan ini dikawal rapi oleh tentera. 130 00:17:49,530 --> 00:17:51,360 Tanpa bantuan orang dalam, 131 00:17:52,160 --> 00:17:55,280 mana mungkin pembunuh itu berjaya memasuki kawasan ini? 132 00:17:56,160 --> 00:18:00,160 Adakah awak menuduh kami bawa masuk seorang pembunuh? 133 00:18:00,910 --> 00:18:04,130 Mereka yang mendapat manfaat atas kejatuhan Putera Mahkota 134 00:18:04,210 --> 00:18:07,800 pastinya berada di sini. 135 00:18:07,880 --> 00:18:09,300 Apa? 136 00:18:10,970 --> 00:18:13,930 - Tuanku. - Jaga percakapan kamu. 137 00:18:14,720 --> 00:18:17,140 Sebab itulah perkara ini perlu disiasat. 138 00:18:17,810 --> 00:18:20,640 Walaupun seluruh hutan ini perlu dibakar, 139 00:18:21,520 --> 00:18:24,060 kita mesti siasat 140 00:18:25,400 --> 00:18:27,900 gerangan pembunuh itu. 141 00:18:37,240 --> 00:18:41,250 Mayat yang dipercayai milik pembunuh telah ditemui di Puncak Samil. 142 00:18:57,600 --> 00:18:58,760 Angkat mayat ini. 143 00:18:58,850 --> 00:18:59,850 - Baik. - Baik. 144 00:19:26,080 --> 00:19:29,840 Bukankah dia askar salah satu daripada Lima Tentera Diraja? 145 00:19:29,920 --> 00:19:32,960 Kamu pasti dia pembunuh yang cuba membunuh Putera Mahkota? 146 00:19:33,050 --> 00:19:37,140 Patik dimaklumkan, dia menyimpan dendam terhadap Datuk Bendahara. 147 00:19:37,930 --> 00:19:40,640 Menurut pelbagai laporan, 148 00:19:40,720 --> 00:19:44,270 ketika dia mabuk, dia banyak bercerita tentang ingin membunuh 149 00:19:44,350 --> 00:19:47,810 bukan saja Datuk Bendahara, malah cucunya, Putera Mahkota. 150 00:19:51,820 --> 00:19:53,570 Memandangkan tiada lagi ancaman, 151 00:19:54,940 --> 00:19:57,030 eloklah Tuanku berangkat pulang ke istana. 152 00:19:57,660 --> 00:20:01,490 Selidik dengan teliti jikalau ada dalang lain. 153 00:20:16,300 --> 00:20:18,430 Beraninya dia… 154 00:20:19,930 --> 00:20:22,310 Tak syak lagi ini pakatan jahat. 155 00:20:22,390 --> 00:20:25,680 Kita semua tahu ini angkara pengikut Maharani. 156 00:20:26,770 --> 00:20:30,110 Semakin lama, Maharaja semakin patuh mengikut telunjuk Maharani 157 00:20:30,190 --> 00:20:35,110 dan akhirnya Putera Jehyeon mengancam kedudukan Putera Mahkota! 158 00:20:35,190 --> 00:20:36,070 Datuk No! 159 00:20:38,570 --> 00:20:42,240 Maksud saya, kita perlu pastikan perkara ini takkan berlaku. 160 00:20:55,000 --> 00:20:57,550 Yeong-ji! 161 00:20:58,220 --> 00:20:59,340 Yeong-ji! 162 00:20:59,430 --> 00:21:01,890 Yeong-ji… 163 00:21:10,400 --> 00:21:12,560 Tabib Samgaebang itu masih belum pulang? 164 00:21:12,650 --> 00:21:13,650 Belum. 165 00:21:14,940 --> 00:21:16,820 Silap saya kerana mempercayai 166 00:21:16,900 --> 00:21:19,740 khabar angin tanpa usul periksa. 167 00:21:23,030 --> 00:21:25,290 Dia pasti akan pulang. 168 00:21:27,410 --> 00:21:29,830 Tabib Jung sentiasa kotakan janjinya. 169 00:21:29,910 --> 00:21:33,670 Khabar angin itu menunjukkan yang dia berbakat. 170 00:21:36,210 --> 00:21:37,760 Saya kagum dengan keyakinan awak. 171 00:21:48,430 --> 00:21:50,480 Baru saya sedar betapa cantiknya awak. 172 00:21:52,480 --> 00:21:55,570 Daripada bunuh awak, apa kata saya cacah muka awak? 173 00:21:58,480 --> 00:21:59,490 Jangan… 174 00:22:01,740 --> 00:22:02,740 sentuh dia. 175 00:22:02,820 --> 00:22:04,370 - Ji-un. - Ji-un! 176 00:22:11,660 --> 00:22:13,460 Saya dah tunaikan janji. 177 00:22:14,960 --> 00:22:16,000 Ini herbanya. 178 00:22:18,300 --> 00:22:19,920 Saya ingatkan awak larikan diri. 179 00:22:20,010 --> 00:22:23,640 Larikan diri bukanlah sifat saya, terutama jika ada orang perlu dilindungi. 180 00:22:24,720 --> 00:22:25,850 Tunggu dulu. 181 00:22:29,220 --> 00:22:31,640 Bolehkah saya percaya herba ini akan berkesan? 182 00:22:33,100 --> 00:22:36,810 Sekiranya cik tak percaya, cik takkan tunggu saya. 183 00:22:38,150 --> 00:22:39,530 Betul, bukan? 184 00:22:43,660 --> 00:22:45,320 Awak tak apa-apa? Demam? 185 00:22:46,570 --> 00:22:49,410 Maafkan saya sebab susahkan awak. Mari kita pulang. 186 00:22:49,490 --> 00:22:51,580 Saya harap awak tak hadapi masalah tadi. 187 00:22:52,830 --> 00:22:54,750 Awak risaukan saya sedangkan awak diikat? 188 00:22:55,290 --> 00:22:56,960 Risaukan diri awak dulu. 189 00:22:57,540 --> 00:22:59,840 Saya cuma risau. 190 00:23:07,300 --> 00:23:11,220 Semalaman nenda tak lena setelah mendengar kejadian di tempat perburuan. 191 00:23:11,720 --> 00:23:14,940 Barulah nenda rasa tenang setelah dapat melihat kamu di sini. 192 00:23:16,730 --> 00:23:18,480 Putera Mahkota diberkati. 193 00:23:18,560 --> 00:23:22,440 Putera Jehyeon teramat bimbang tentang keselamatan kakandanya. 194 00:23:23,070 --> 00:23:25,910 Adinda sungguh lega mendengar pembunuh itu sudah ditangkap. 195 00:23:29,780 --> 00:23:32,290 Ampunkan cucunda kerana buat nenda runsing. 196 00:23:33,750 --> 00:23:35,370 Daripada apa yang nenda dengar, 197 00:23:36,620 --> 00:23:39,340 Maharani turut hadir di tempat perburuan diraja. 198 00:23:40,210 --> 00:23:43,550 Benar, seperti yang Maharaja titahkan, patik… 199 00:23:43,630 --> 00:23:45,720 Suami dan isteri ada pekerjaan masing-masing. 200 00:23:46,550 --> 00:23:50,220 Kamu perlu bijak membezakan di mana tempat kamu. 201 00:23:52,470 --> 00:23:54,930 Patik akan lebih beringat, Tuanku. 202 00:23:56,600 --> 00:24:00,820 Putera Mahkota bakal memerintah tanah dan rakyat ini. 203 00:24:01,860 --> 00:24:05,280 Kamu perlu sentiasa beringat dan berwaspada. 204 00:24:06,150 --> 00:24:08,160 Nenda harap kamu faham maksud nenda. 205 00:24:08,780 --> 00:24:10,660 Ya, nenda. 206 00:24:23,710 --> 00:24:25,050 Beta sungguh kagum melihat 207 00:24:25,130 --> 00:24:28,760 betapa berdisiplinnya hamba-hamba di kediaman Putera Mahkota. 208 00:24:29,640 --> 00:24:33,850 Mereka sentiasa berada pada jarak tepat lima tapak daripada Maharaja. 209 00:24:33,930 --> 00:24:36,600 Kadangkala, beta terpesona melihatnya. 210 00:24:38,600 --> 00:24:40,610 Sebagai bakal pemerintah negara, 211 00:24:40,690 --> 00:24:43,320 perkara remeh juga perlu diberi perhatian. 212 00:24:44,360 --> 00:24:48,530 Begitu juga dengan perihal urusan di kediaman Putera Mahkota. 213 00:24:49,950 --> 00:24:52,910 Kakanda buat adinda rasa kagum sekali lagi. 214 00:25:05,880 --> 00:25:08,510 Kenapa dia begitu dingin terhadap satu-satunya adindanya? 215 00:25:09,090 --> 00:25:11,590 Tak hairanlah ada pihak yang ingin bunuh dia. 216 00:25:12,260 --> 00:25:13,600 Bonda. 217 00:25:14,350 --> 00:25:15,890 Bonda cakap saja. 218 00:25:17,560 --> 00:25:19,600 Darjat anak sulung tak semestinya tinggi. 219 00:25:27,820 --> 00:25:31,450 Syabas, Tuanku. Patik juga rasa kagum… 220 00:25:32,120 --> 00:25:35,280 Tiada manfaatnya bermusuhan dengan Maharani. 221 00:25:36,290 --> 00:25:38,250 Beta bermusuh dengan baginda? 222 00:25:38,330 --> 00:25:41,420 Di mata baginda, beta bak duri dalam daging. 223 00:25:41,500 --> 00:25:45,590 Tak mungkin Maharani yang arahkan serangan itu, bukan? 224 00:25:46,210 --> 00:25:48,880 Awak patut tahu untuk jaga percakapan di istana ini. 225 00:25:48,970 --> 00:25:52,890 Mulut kamu itu bukan saja banyak makan, tapi terlalu banyak bercakap juga. 226 00:25:52,970 --> 00:25:54,680 Puan tak patut kata begitu. 227 00:25:54,760 --> 00:25:56,970 Itulah akibatnya jika awak melampau. 228 00:26:45,980 --> 00:26:47,190 Tuanku. 229 00:26:47,900 --> 00:26:50,610 Kenapa Tuanku lepaskan pemuda 230 00:26:50,690 --> 00:26:53,400 yang ternampak Tuanku di tempat perburuan? 231 00:26:54,280 --> 00:26:58,080 Mungkin dia bersubahat dengan pembunuh yang memburu Tuanku. 232 00:27:15,550 --> 00:27:18,220 Dia ke sana mencari herba 233 00:27:18,300 --> 00:27:21,060 dan itu menunjukkan yang dia penjual herba atau tabib. 234 00:27:21,600 --> 00:27:23,680 Atau mungkin dia ingin memburu di sana. 235 00:27:25,020 --> 00:27:27,150 Beta yakin dia takkan jejakkan kaki ke istana, 236 00:27:28,440 --> 00:27:30,900 jadi beta fikir perkara ini tak perlu dibesarkan. 237 00:27:32,990 --> 00:27:33,990 Tuanku. 238 00:27:47,170 --> 00:27:48,170 Mari. 239 00:28:00,680 --> 00:28:02,350 Dayang di tempat perburuan diraja? 240 00:28:02,850 --> 00:28:07,730 Kulitnya bersih, mukanya kecil dan rambutnya perang gelap. 241 00:28:07,810 --> 00:28:11,230 Matanya pula… Begini, bulat sebesar batu jed ini. 242 00:28:12,020 --> 00:28:16,070 Renungan tajamnya terasa dingin, 243 00:28:16,150 --> 00:28:19,370 tapi juga mempamerkan kecekalan bergantung kepada cara kita melihatnya. 244 00:28:19,450 --> 00:28:21,990 Mungkinkah Hong-sim yang bekerja di kamar baginda? 245 00:28:22,080 --> 00:28:23,330 Dayang Hong-shim? 246 00:28:23,410 --> 00:28:26,160 Tak mungkin. Tabib kata dia seorang yang cekal. 247 00:28:26,250 --> 00:28:29,170 - Mungkin Eun-young dari dapur istana. - Diakah orangnya? 248 00:28:29,250 --> 00:28:32,040 Tentu Yeon-ok yang bekerja di kediaman Putera Mahkota. 249 00:28:32,130 --> 00:28:33,800 - Hong-sim, Yeon-ok… - Jangan mimpi. 250 00:28:34,380 --> 00:28:36,880 - Jangan merepek. - Tak mungkin dia. 251 00:28:36,970 --> 00:28:39,390 - Apa maksud awak? - Dia kata dia seorang yang cekal. 252 00:28:40,800 --> 00:28:43,760 Semua dayang itu ikut ke tempat perburuan? 253 00:28:43,850 --> 00:28:48,020 Bukan mereka saja. Mungkin ada berpuluh orang dayang lagi. 254 00:28:51,060 --> 00:28:55,440 Ada mana-mana dayang yang tak pulang dari sana? 255 00:28:55,530 --> 00:28:57,820 Dayang yang mungkin ditemui lemas. 256 00:28:59,200 --> 00:29:01,620 Jangan mengarut. 257 00:29:03,120 --> 00:29:05,200 Oh, ya. Apa sebabnya awak bertanya? 258 00:29:07,830 --> 00:29:09,580 Saya… 259 00:29:10,830 --> 00:29:12,170 Saja tanya. 260 00:30:16,940 --> 00:30:18,030 Tidak… 261 00:30:26,740 --> 00:30:27,870 Datuk? 262 00:30:28,620 --> 00:30:30,710 Kamu bukan anak lelaki Putera Mahkota. 263 00:30:31,460 --> 00:30:33,620 Kamu yang patut mati. 264 00:30:35,170 --> 00:30:39,670 Kamu yang sepatutnya mati! 265 00:31:16,880 --> 00:31:20,250 Tuanku, patik sangka Tuanku sedang beradu. 266 00:31:20,340 --> 00:31:22,630 Apa yang Tuanku buat di sini? 267 00:31:23,760 --> 00:31:25,840 Beta diganggu mainan tidur. 268 00:31:27,850 --> 00:31:29,510 Usah bimbang. 269 00:31:30,180 --> 00:31:31,770 Pergilah masuk tidur. 270 00:31:32,930 --> 00:31:34,520 Adakah ia mimpi ngeri yang sama? 271 00:31:35,100 --> 00:31:36,690 Sudah lama ia tak mengganggu. 272 00:31:39,610 --> 00:31:43,900 Patik akan minta tabib diraja sediakan renehan herba untuk Tuanku. 273 00:31:44,900 --> 00:31:46,990 Mohon berangkat pulang, Tuanku. 274 00:31:50,660 --> 00:31:51,660 Diam. 275 00:31:57,790 --> 00:32:00,170 Tuanku, apa yang berlaku? 276 00:32:00,250 --> 00:32:02,880 - Itu dia. - Dia? Siapa yang Tuanku maksudkan? 277 00:32:10,390 --> 00:32:12,930 Bagaimana dia boleh masuk ke istana? 278 00:32:21,070 --> 00:32:22,320 Apa rancangan Tuanku? 279 00:32:23,230 --> 00:32:24,990 Kamu tunggu di sini. 280 00:32:25,070 --> 00:32:28,030 Apa? Tuanku! 281 00:32:50,810 --> 00:32:52,930 Tunduk! 282 00:32:53,520 --> 00:32:55,480 Awak buat saya terkejut! 283 00:32:55,560 --> 00:32:56,900 "Awak buat saya terkejut!" 284 00:32:59,820 --> 00:33:02,690 Oh, ya. Awak dah selidik? 285 00:33:02,780 --> 00:33:04,860 Tentang dayang yang awak temui itu. 286 00:33:04,950 --> 00:33:06,740 Awak nak tahu jika dia masih hidup. 287 00:33:08,320 --> 00:33:12,120 Saya tak pasti. Kemungkinan besar dia bukan dayang. 288 00:33:12,660 --> 00:33:16,120 Siapa agaknya yang buat awak ingin datang ke istana yang awak cuba elakkan? 289 00:33:16,210 --> 00:33:17,420 Ambil ini. 290 00:33:21,000 --> 00:33:22,000 Sakitlah! 291 00:33:22,710 --> 00:33:24,130 Susah-susah saja. 292 00:33:26,380 --> 00:33:29,470 Saya dah lama ingin tanya, 293 00:33:29,550 --> 00:33:33,270 tapi dengar khabar, awak dermakan pendapatan kepada fakir miskin. Betulkah? 294 00:33:34,810 --> 00:33:36,390 Siapa cakap begitu? 295 00:33:36,940 --> 00:33:40,400 Berhenti mengarut. Tunjukkan saya jalan keluar. 296 00:33:40,480 --> 00:33:43,280 Baiklah. Mari pergi sebelum pertukaran pengawal. 297 00:33:56,370 --> 00:33:57,580 Di sana! 298 00:33:57,670 --> 00:33:59,130 Awak nak ke mana? 299 00:34:10,510 --> 00:34:13,430 Aduhai, tentu penat terpaksa berjaga semalaman. 300 00:34:13,510 --> 00:34:16,930 Ketua Gu, itu awak? Apa awak buat di sini lewat begini? 301 00:34:17,020 --> 00:34:19,650 Apa saya buat di sini? Tiada apa-apa. 302 00:34:46,170 --> 00:34:49,680 Saya harap keluarga awak semuanya sihat. 303 00:34:49,760 --> 00:34:51,050 Ya, baik saja. 304 00:34:51,140 --> 00:34:52,850 Apa pun, dah lama… 305 00:36:31,190 --> 00:36:32,190 Ampunkan patik! 306 00:36:33,030 --> 00:36:36,030 Patik tiada sebarang pengetahuan tentang perihal ini. 307 00:36:36,620 --> 00:36:38,410 Ampunilah patik kali ini, Tuanku! 308 00:36:42,540 --> 00:36:44,170 Lakukan dengan tepat. 309 00:36:44,670 --> 00:36:46,580 Barulah dia takkan terseksa. 310 00:36:48,630 --> 00:36:49,630 Anakanda… 311 00:36:50,460 --> 00:36:53,550 Anakanda tak boleh lakukan. Tak boleh. 312 00:36:53,630 --> 00:36:54,840 Jika kamu enggan, 313 00:36:56,340 --> 00:36:57,470 kita semua akan mati. 314 00:37:03,850 --> 00:37:06,980 Kamu perlu lakukan sendiri. Di masa akan datang juga, 315 00:37:07,980 --> 00:37:09,860 kamu perlu lakukan sendiri. 316 00:37:13,490 --> 00:37:14,950 Tapi anakanda… 317 00:37:16,280 --> 00:37:18,160 Patik akan lupakan perkara ini. 318 00:37:18,240 --> 00:37:20,580 Patik akan kunci mulut patik. 319 00:37:20,660 --> 00:37:24,290 Patik takkan dedahkan bahawa Tuanku seorang puteri… 320 00:38:44,660 --> 00:38:45,870 Apa awak buat di sini? 321 00:38:47,250 --> 00:38:48,580 Apa ini? 322 00:38:49,250 --> 00:38:50,330 Adakah itu darah? 323 00:38:50,420 --> 00:38:51,960 Ia datang dari sana. 324 00:38:53,170 --> 00:38:55,840 Ini masalah besar. Mari pergi dari sini. 325 00:38:55,920 --> 00:38:57,670 Ayuh. Lekas. 326 00:39:15,940 --> 00:39:20,700 Cuma beta dan budak itu saja yang tahu tentang laluan itu. 327 00:39:23,450 --> 00:39:25,410 Jadi bagaimana dia… 328 00:39:48,270 --> 00:39:49,560 - Ji-un. - Ji-un! 329 00:39:49,640 --> 00:39:51,230 Kenapa kamu masih berjaga? 330 00:39:51,310 --> 00:39:53,560 Sebenarnya… 331 00:40:01,820 --> 00:40:03,320 Kami keluar dulu. 332 00:40:03,410 --> 00:40:04,410 Ya. 333 00:40:17,170 --> 00:40:19,090 Macam mana ayah tahu tempat ini? 334 00:40:19,880 --> 00:40:21,510 Ayah dengar kamu singgah ke rumah. 335 00:40:23,680 --> 00:40:25,300 Bila kamu pulang ke kota? 336 00:40:25,390 --> 00:40:27,350 Saya hanya pulang melawat emak. 337 00:40:28,260 --> 00:40:29,890 Ayah pulanglah. 338 00:40:31,640 --> 00:40:34,440 Ayah hantar kamu ke Ming kerana kamu ingin menuntut ilmu, 339 00:40:34,520 --> 00:40:36,900 tapi kamu bawa pulang ilmu tak berfaedah. 340 00:40:36,980 --> 00:40:38,520 Ia bukan ilmu tak berfaedah. 341 00:40:39,610 --> 00:40:42,110 Ilmu ini juga berkemampuan untuk… 342 00:40:43,110 --> 00:40:44,410 menyelamatkan nyawa. 343 00:40:46,200 --> 00:40:49,030 Ilmu yang boleh menyelamatkan nyawa-nyawa… 344 00:40:50,950 --> 00:40:52,790 yang ayah pilih… 345 00:40:54,540 --> 00:40:55,540 untuk dibinasakan. 346 00:40:56,250 --> 00:41:01,090 Sampai bila kamu ingin biarkan kejadian hari itu memusnahkan hidup kamu? 347 00:41:01,170 --> 00:41:02,260 Sampai bila… 348 00:41:03,260 --> 00:41:06,720 kamu ingin terus menghampakan ayah dan emak kamu? 349 00:41:10,430 --> 00:41:12,770 Ayah tanya sampai bila? 350 00:41:14,730 --> 00:41:17,150 Ia akan menghantui saya seumur hidup saya. 351 00:41:17,860 --> 00:41:20,900 Memori tentang ayah membunuh gadis tak berdosa itu… 352 00:41:22,990 --> 00:41:24,360 akan selamanya… 353 00:41:27,030 --> 00:41:28,320 menghantui saya. 354 00:41:28,410 --> 00:41:29,620 Itu kisah lama. 355 00:41:31,040 --> 00:41:31,870 Lupakan saja. 356 00:41:33,950 --> 00:41:35,120 Lupakan saja? 357 00:41:38,130 --> 00:41:40,630 Suatu masa dulu, saya pernah mengagumi ayah. 358 00:41:43,550 --> 00:41:46,930 Saya impikan untuk jadi seperti ayah. Tapi impian itu musnah… 359 00:41:50,100 --> 00:41:54,640 apabila saya dapat tahu yang ia dibina berasaskan ketidakadilan. 360 00:41:54,730 --> 00:41:56,060 Ketidakadilan? 361 00:41:59,400 --> 00:42:01,940 Datuk kamu yang amat mementingkan kejujuran 362 00:42:02,820 --> 00:42:04,780 berikan ayah kehidupan yang tidak adil. 363 00:42:05,990 --> 00:42:08,320 Jika keadilan bermaksud menjadi jujur dan berakhlak 364 00:42:09,360 --> 00:42:12,790 sehingga menggadaikan keluarga sendiri, 365 00:42:14,660 --> 00:42:16,910 ayah lebih rela hidup dengan memilih 366 00:42:18,080 --> 00:42:19,170 ketidakadilan. 367 00:42:19,250 --> 00:42:20,250 Saya… 368 00:42:23,550 --> 00:42:25,460 Saya takkan hidup begitu. 369 00:42:27,050 --> 00:42:28,220 Tak seperti ayah 370 00:42:29,470 --> 00:42:30,640 mahupun datuk. 371 00:42:31,180 --> 00:42:33,470 Jadi jangan masuk campur dalam urusan saya lagi. 372 00:42:34,010 --> 00:42:36,390 Jangan datang ke sini lagi. 373 00:43:01,880 --> 00:43:02,790 Jangan! 374 00:43:46,960 --> 00:43:48,420 - Samgaebang? - Tuanku. 375 00:43:48,510 --> 00:43:51,340 Ketua Gu yang bawa dia keluar dari istana itu 376 00:43:51,430 --> 00:43:55,600 telah bantu dayang-dayang istana dapatkan perkhidmatannya dari semasa ke semasa. 377 00:43:55,680 --> 00:43:58,470 Tapi perlukah Tuanku mencemar duli ke sini? 378 00:43:58,560 --> 00:44:00,560 Patik boleh ke sana sendiri. 379 00:44:01,560 --> 00:44:03,480 Beta perlu sahkan sendiri. 380 00:44:04,480 --> 00:44:06,400 Bagaimana jika dia anak Jung Seok-jo? 381 00:44:13,280 --> 00:44:14,820 Beta akan bunuh dia. 382 00:44:14,910 --> 00:44:19,290 Tuanku benar-benar maksudkannya? Tuanku pernah menaruh hati terhadap dia. 383 00:44:20,000 --> 00:44:21,910 Adakah itu mempunyai makna sekarang? 384 00:44:23,960 --> 00:44:26,880 Jika benar anak Jung Seok-jo yang nampak beta, 385 00:44:28,050 --> 00:44:29,250 beta mesti bunuh dia 386 00:44:30,460 --> 00:44:33,090 kerana dia ancaman terbesar beta. 387 00:44:35,090 --> 00:44:36,050 Betul, Tuanku. 388 00:44:40,810 --> 00:44:45,560 Maafkan saya, tapi tabib kami keluar atas urusan mustahak. 389 00:44:45,650 --> 00:44:48,230 Nampaknya, kamu terpaksa pulang. 390 00:44:48,320 --> 00:44:49,780 Datang semula, ya? 391 00:44:49,860 --> 00:44:53,280 Maafkan saya. Hati-hati berjalan. 392 00:44:53,360 --> 00:44:57,910 Jika awak datang semula, saya akan suruh dia beri layanan khas. 393 00:44:57,990 --> 00:45:01,620 - Tolong beritahu dia elok-elok. - Usah bimbang. Selamat jalan. 394 00:45:10,800 --> 00:45:15,130 Adakah tuan cendekiawan dari pergunungan yang buat tempahan tempoh hari? 395 00:45:15,220 --> 00:45:16,220 Kami… 396 00:45:17,680 --> 00:45:19,300 Ya, sayalah orangnya. 397 00:45:19,390 --> 00:45:22,390 Aduhai. Lama tuan menunggu, bukan? 398 00:45:22,470 --> 00:45:26,480 Nampaknya tabib kami ada urusan mustahak dan tak datang hari ini. 399 00:45:27,100 --> 00:45:30,650 Saya rasa bersalah sebab tuan berjalan jauh ke sini. 400 00:45:34,150 --> 00:45:38,200 Sila ikut saya. Tuan boleh jumpa dia di Hongwolru. 401 00:45:38,280 --> 00:45:40,330 Hongwolru? Rumah gundik? 402 00:45:40,410 --> 00:45:44,750 Diam! Jadi tuan mencari warung rupanya. 403 00:45:44,830 --> 00:45:47,120 Saya tahu satu tempat, jadi mari saya tunjukkan. 404 00:45:47,210 --> 00:45:49,210 - Lain kali saja… - Marilah. 405 00:45:49,790 --> 00:45:51,630 - Mari pergi. - Tapi… 406 00:45:51,710 --> 00:45:54,510 Tuan tak perlu bimbang. Ayuh. 407 00:45:54,590 --> 00:45:57,510 Mari! Arah sini. 408 00:45:57,590 --> 00:45:59,590 Ayuh. Silakan. 409 00:46:01,260 --> 00:46:03,060 - Saudari semua! - Selamat datang, tuan! 410 00:46:03,140 --> 00:46:05,850 Aduhai. Biar saya kenalkan tetamu hari ini. 411 00:46:05,930 --> 00:46:08,810 Dia seorang cendekiawan terkenal dari pergunungan. 412 00:46:33,210 --> 00:46:37,050 Aduhai, tahukah awak betapa saya rindukan awak? 413 00:46:37,130 --> 00:46:38,680 Tuan! 414 00:46:38,760 --> 00:46:41,180 Apa pun, mari masuk cepat. 415 00:46:41,760 --> 00:46:44,260 - Lekaslah. - Aduhai. 416 00:46:44,350 --> 00:46:46,680 - Tuan! - Comelnya awak. 417 00:46:47,180 --> 00:46:48,350 Mari masuk. 418 00:46:48,440 --> 00:46:50,150 Aduhai. 419 00:46:50,230 --> 00:46:53,480 Aduhai. Marilah. 420 00:46:53,570 --> 00:46:55,730 Baiklah. Kita nak ke mana? 421 00:47:06,370 --> 00:47:09,710 Beta merasakan Paduka Raja Muda kita 422 00:47:09,790 --> 00:47:13,210 memiliki kelemahan yang tiada siapa boleh tahu. 423 00:47:13,290 --> 00:47:15,550 Kelemahan? 424 00:47:15,630 --> 00:47:18,630 Jadi beta yakin baginda merahsiakan sesuatu, 425 00:47:18,720 --> 00:47:21,800 tapi beta tak pasti apakah ia. 426 00:47:22,300 --> 00:47:25,640 Sebagai guru istana, tentu awak tahu sesuatu. 427 00:47:26,720 --> 00:47:29,350 Aduhai, apalah yang patik tahu? 428 00:47:29,430 --> 00:47:30,690 Sudahlah. 429 00:47:31,310 --> 00:47:32,230 Dengar sini. 430 00:47:33,270 --> 00:47:36,820 Sewaktu kami keluar berburu, beta nampak baginda dengan rambutnya yang terurai. 431 00:47:36,900 --> 00:47:40,780 Beta nampak seorang wanita seperti dia. 432 00:47:41,360 --> 00:47:43,410 Tahukah kamu betapa terkejutnya beta? 433 00:47:43,490 --> 00:47:46,160 Kamu tak pernah lihat perkara begitu? 434 00:47:46,240 --> 00:47:50,330 Kamu pernah kata, entah kenapa, baginda mempunyai angin seperti wanita. 435 00:47:50,410 --> 00:47:52,830 Bukankah itu yang kamu kata sebelum ini? 436 00:47:52,920 --> 00:47:58,260 Itu… Patik cuma maksudkan gaya tulisan baginda. 437 00:47:58,340 --> 00:48:02,260 Seni pena baginda yang anggun dan halus patut dipuji… 438 00:48:04,430 --> 00:48:08,680 Adakah kamu akan terus berpura-pura tak tahu dengan beta? 439 00:48:08,770 --> 00:48:11,770 Patik rasa kita patut berhenti bincangkannya, Putera Changun. 440 00:48:11,850 --> 00:48:15,610 Tentu Tuanku tak mahu sesiapa dengar perbualan ini. 441 00:48:16,190 --> 00:48:19,110 Mungkin Tuanku dah minum terlalu banyak. 442 00:48:19,190 --> 00:48:22,110 Apa? Beta minum terlalu banyak? 443 00:48:30,160 --> 00:48:31,160 Mari sini. 444 00:48:32,500 --> 00:48:33,750 Tuanku. 445 00:48:34,670 --> 00:48:38,840 Adakah beta nampak seperti orang mabuk yang cakap merepek? 446 00:48:39,710 --> 00:48:42,050 Tidak, Tuanku. Bukan itu maksud patik. 447 00:48:42,130 --> 00:48:43,130 Bukan itu maksud kamu? 448 00:48:43,220 --> 00:48:46,890 Betul. Mungkin juga beta salah faham. 449 00:48:48,350 --> 00:48:52,230 Tentu kamu pandang rendah terhadap beta walaupun beta kerabat diraja. 450 00:48:52,810 --> 00:48:54,560 Ahli kerabat diraja! 451 00:48:55,730 --> 00:48:59,770 Beta bahan jenaka bagi kamu? 452 00:49:00,610 --> 00:49:03,240 Adakah beta melucukan? Yakah? 453 00:49:03,320 --> 00:49:05,950 Ya, beta mungkin salah faham. 454 00:49:06,490 --> 00:49:08,700 Geramnya! 455 00:49:09,450 --> 00:49:12,830 Berdiri. Usah takut, bangunlah. 456 00:49:12,910 --> 00:49:14,870 Mari beta lihat. 457 00:49:15,830 --> 00:49:18,960 Biar beta tengok. Kamu… 458 00:49:20,420 --> 00:49:24,510 Berani kamu! 459 00:49:24,590 --> 00:49:26,510 Ulang sekali lagi. 460 00:49:27,640 --> 00:49:30,220 Beta cabar kamu ulang sekali lagi! 461 00:49:40,820 --> 00:49:43,030 Apa yang berlaku? 462 00:49:43,110 --> 00:49:43,940 Siapa itu? 463 00:49:47,490 --> 00:49:50,240 Ada apa? Kenapa? 464 00:49:50,330 --> 00:49:52,620 Kamu mahu berhibur bersama? 465 00:49:53,950 --> 00:49:55,160 Apa yang kamu pandang? 466 00:49:55,250 --> 00:49:57,000 - Tolonglah. - Tidak. 467 00:49:57,080 --> 00:49:59,460 - Tolonglah, jangan. - Lepaskan beta. 468 00:49:59,540 --> 00:50:01,340 Lepaskan beta. 469 00:50:01,960 --> 00:50:03,460 Bedebah! 470 00:50:13,470 --> 00:50:15,180 Diam. 471 00:51:07,150 --> 00:51:10,570 Awak… Awak ini… 472 00:51:15,290 --> 00:51:16,580 Biadabnya kamu. 473 00:51:19,040 --> 00:51:22,750 Kita pernah bertemu sebelum ini? 474 00:51:24,420 --> 00:51:26,210 Di tempat perburuan diraja. 475 00:51:28,590 --> 00:51:29,880 Tempat perburuan diraja? 476 00:51:31,890 --> 00:51:35,720 Tapi saya yakin awak seorang wanita. 477 00:51:36,680 --> 00:51:37,850 Sebentar. 478 00:51:39,140 --> 00:51:40,890 Awak belum boleh keluar. 479 00:51:41,520 --> 00:51:44,270 Jangan sia-siakan pengorbanan saya. 480 00:51:45,150 --> 00:51:47,820 Siapa berkorban untuk siapa? 481 00:51:50,610 --> 00:51:52,360 Awak tak dengar khabar angin? 482 00:51:53,160 --> 00:51:55,080 Dia dikenali sebagai orang gila. 483 00:51:55,740 --> 00:51:58,290 Jangan sengaja mencari musibah. 484 00:52:03,030 --> 00:52:04,780 Hei, tunggu! 485 00:52:05,370 --> 00:52:07,660 Kita patut teruskan berhibur. 486 00:52:07,740 --> 00:52:09,950 Baiklah, mari. 487 00:52:10,040 --> 00:52:11,370 Mari berhibur. 488 00:52:13,370 --> 00:52:16,630 Tak sangka kita bertemu di sini, pak cik. 489 00:52:17,210 --> 00:52:18,750 Lihatlah siapa di sini. 490 00:52:20,210 --> 00:52:22,220 Kenapa Tuanku mencemar duli ke sini? 491 00:52:22,720 --> 00:52:24,640 Tuanku! 492 00:52:26,800 --> 00:52:28,680 - Tuan guru pun ada di sini. - Tuanku? 493 00:52:29,720 --> 00:52:31,890 Seorang guru istana 494 00:52:32,770 --> 00:52:37,020 minum arak di siang hari bersama ahli kerabat diraja? 495 00:52:37,110 --> 00:52:39,110 Sungguh mengagumkan. 496 00:52:39,690 --> 00:52:42,820 Bukan begitu, Tuanku. 497 00:52:50,620 --> 00:52:52,830 Sikap pemarah pak cik tetap sama. 498 00:52:52,910 --> 00:52:58,040 Setahu beta, Maharaja melarang kerabat diraja menyalah gunakan kedudukan 499 00:52:58,130 --> 00:52:59,840 untuk menindas orang lain. 500 00:53:00,630 --> 00:53:01,800 Apa? 501 00:53:02,510 --> 00:53:05,380 Tapi ini bukan sengaja memukul. 502 00:53:05,470 --> 00:53:07,430 Dia menghina kerabat diraja 503 00:53:08,350 --> 00:53:10,430 dan patik cuma beri dia pengajaran. 504 00:53:12,640 --> 00:53:13,980 Pengajaran? 505 00:53:16,440 --> 00:53:18,900 Beta akan rahsiakan perihal ini daripada Maharaja. 506 00:53:20,020 --> 00:53:21,610 Baginda dah lama ingin tegur kamu. 507 00:53:22,530 --> 00:53:26,150 Begitu juga dengan Maharani. 508 00:53:30,080 --> 00:53:33,750 Tapi apa urusan Tuanku di sini? 509 00:53:34,830 --> 00:53:37,250 Terdapat begitu ramai wanita di istana. 510 00:53:40,130 --> 00:53:42,210 Beta tak seperti pak cik. 511 00:53:42,800 --> 00:53:46,550 Beta ke sini untuk bertemu dengan seorang teman. 512 00:53:47,470 --> 00:53:48,550 Teman? 513 00:54:00,900 --> 00:54:04,610 Beta dah hilang selera, jadi mari pergi. 514 00:54:14,490 --> 00:54:15,500 Oh, ya. 515 00:54:19,620 --> 00:54:21,460 Kebolehan memanah pak cik… 516 00:54:23,500 --> 00:54:24,500 semakin baik. 517 00:54:26,090 --> 00:54:27,260 Apa? 518 00:54:40,100 --> 00:54:42,190 Jika pak cik ingin dihukum pancung 519 00:54:42,770 --> 00:54:45,150 kerana menjadi dalang dalam percubaan membunuh, 520 00:54:47,860 --> 00:54:49,910 teruskanlah bersikap begini. 521 00:54:58,790 --> 00:54:59,790 Mari. 522 00:55:26,320 --> 00:55:28,690 - Tabib Jung! - Tabib Jung, lama saya menunggu. 523 00:55:28,780 --> 00:55:30,950 - Ia sangat berkesan. - Kami dah lama menunggu. 524 00:55:31,030 --> 00:55:32,820 Lama kami tunggu. 525 00:55:32,910 --> 00:55:34,950 Awak lapang hari ini? Rawat bahagian ini juga. 526 00:55:35,030 --> 00:55:36,120 - Tolonglah. - Nanti. 527 00:55:36,200 --> 00:55:37,620 Bukan sekarang. 528 00:55:39,160 --> 00:55:40,000 Pergilah. 529 00:55:58,470 --> 00:56:01,060 Baiklah, apa yang ingin kamu katakan tadi? 530 00:56:01,850 --> 00:56:04,150 - Tuanku? - Tempat perburuan diraja? 531 00:56:04,230 --> 00:56:05,900 Tak mungkin kamu ke sana 532 00:56:05,980 --> 00:56:09,280 melainkan kamu askar atau salah seorang kerabat diraja. 533 00:56:10,070 --> 00:56:13,570 Ya… Betul, Tuanku. Patik tak pernah ke sana. 534 00:56:13,660 --> 00:56:17,240 Orang yang tak sayang nyawa saja yang berani ke sana. 535 00:56:27,250 --> 00:56:30,090 Siapa nama kamu? 536 00:56:36,720 --> 00:56:39,510 Nama patik Jung Ji-un, Tuanku. 537 00:56:49,940 --> 00:56:52,860 Bila kamu kembali dari Ming? 538 00:56:55,450 --> 00:56:58,330 Tuanku masih ingat patik? 539 00:57:00,700 --> 00:57:01,910 Ya. 540 00:57:02,910 --> 00:57:05,250 Baru kini beta teringat. 541 00:57:05,330 --> 00:57:08,880 Kamu pernah datang ke istana untuk bertemu beta. 542 00:57:11,590 --> 00:57:13,920 Patik amat berbesar hati, Tuanku. 543 00:57:14,010 --> 00:57:16,970 Patik tak pernah menyangka Tuanku ialah Putera Mahkota. 544 00:57:18,890 --> 00:57:20,310 Ampunkan patik, Tuanku. 545 00:57:23,730 --> 00:57:26,270 Baiklah. Beta maafkan kamu. 546 00:57:28,310 --> 00:57:30,020 Menjunjung kasih, Tuanku. 547 00:57:30,610 --> 00:57:34,070 Sama seperti dulu, Tuanku seorang yang pemurah 548 00:57:34,150 --> 00:57:37,660 dan memiliki keperibadian yang unggul. 549 00:57:38,320 --> 00:57:39,530 Tapi 550 00:57:41,200 --> 00:57:43,540 sekali lagi kamu muncul di depan beta, 551 00:57:44,750 --> 00:57:45,960 beta takkan… 552 00:57:48,000 --> 00:57:49,920 maafkan kamu lagi. 553 00:57:51,130 --> 00:57:54,130 Ingat amaran ini. 554 00:57:55,880 --> 00:57:56,880 Tuanku. 555 00:57:58,130 --> 00:57:59,220 Menjunjung titah. 556 00:58:03,220 --> 00:58:06,940 Tuanku… Tuanku! Aduhai. 557 00:58:08,770 --> 00:58:10,230 Tuanku! 558 00:58:13,980 --> 00:58:16,240 Diakah orangnya? Yakah? 559 00:58:41,430 --> 00:58:42,300 Ikut saya. 560 00:58:45,930 --> 00:58:47,600 Diam. 561 00:59:04,830 --> 00:59:08,910 Dayang Kim minta patik menjenguk jika Tuanku sudah beradu. 562 00:59:10,460 --> 00:59:13,420 Beta baik-baik saja, jadi pergilah berehat. 563 00:59:14,460 --> 00:59:15,460 Tuanku. 564 00:59:25,350 --> 00:59:27,140 Bolehkah Tuanku biarkan dia? 565 00:59:28,390 --> 00:59:30,270 Jika dia anak Jung Seok-jo 566 00:59:30,350 --> 00:59:32,900 seperti yang Tuanku katakan, dia berbahaya. 567 00:59:33,400 --> 00:59:37,030 Dia juga mengenali Tuanku sebelum Tuanku ambil alih peranan ini. 568 00:59:37,110 --> 00:59:38,650 Jika dia sedar… 569 00:59:38,740 --> 00:59:40,110 Itu takkan berlaku… 570 00:59:41,530 --> 00:59:42,700 kerana dia takkan 571 00:59:43,490 --> 00:59:45,740 muncul lagi dalam hidup beta. 572 00:59:49,830 --> 00:59:51,460 Kamu juga dah saksikan. 573 00:59:52,250 --> 00:59:56,590 Dia telah menjadi seorang yang menyedihkan. 574 00:59:57,250 --> 01:00:01,970 Tuanku, dia darah daging orang yang membunuh mendiang putera. 575 01:00:02,050 --> 01:00:05,680 Sebab itulah perkara ini tak boleh dibesarkan. 576 01:00:09,140 --> 01:00:11,390 Walaupun kami bertemu semula, 577 01:00:12,940 --> 01:00:15,310 dia takkan curigai beta. 578 01:00:16,650 --> 01:00:18,110 Apa maksud Tuanku? 579 01:00:20,190 --> 01:00:22,030 Orang yang mengenali Dam-i… 580 01:00:24,110 --> 01:00:26,450 takkan menyangka bahawa Putera Mahkota 581 01:00:27,200 --> 01:00:29,830 ialah seorang wanita. 582 01:01:02,530 --> 01:01:05,360 - Datuk Bendahara panggil saya? - Duduk. 583 01:01:13,290 --> 01:01:16,210 Adakah pemuda bernama Jung Ji-un itu anak awak? 584 01:01:18,080 --> 01:01:21,300 Khabar angin mengatakan yang dia tukang akupunktur yang hebat. 585 01:01:23,470 --> 01:01:26,630 Dengarnya dia pernah selamatkan Timbalan Menteri Ritus Kerajaan Ming. 586 01:01:30,260 --> 01:01:32,640 Memang benar dia menuntut ilmu di Ming, 587 01:01:33,480 --> 01:01:35,940 tapi saya kurang pasti tentang kebolehannya di sana. 588 01:01:36,020 --> 01:01:38,480 Utusan diraja Ming akan melawat. 589 01:01:38,560 --> 01:01:41,980 Saya diberitahu beliau akan turut sama hadir. 590 01:01:43,030 --> 01:01:46,030 Saya berharap agar anak kamu 591 01:01:46,740 --> 01:01:50,200 dapat menabur jasa kepada Putera Mahkota semasa lawatan itu. 592 01:02:06,130 --> 01:02:08,340 Saya minta maaf berkenaan kejadian kelmarin. 593 01:02:08,930 --> 01:02:09,970 Saya melampau. 594 01:02:13,220 --> 01:02:15,430 Bukan saya yang sepatutnya berada di sini, 595 01:02:16,020 --> 01:02:20,400 tapi gadis yang cik ugut untuk mencacah wajahnya. 596 01:02:20,980 --> 01:02:22,320 Dia penting bagi awak? 597 01:02:23,020 --> 01:02:25,780 Saya sangka dia cuma pembantu awak. 598 01:02:28,400 --> 01:02:29,410 Jadi? 599 01:02:30,910 --> 01:02:33,870 Sebab itukah cik fikir dia boleh dilayan buruk begitu? 600 01:02:35,370 --> 01:02:37,160 Layanan buruk dengan mengugut 601 01:02:37,750 --> 01:02:39,250 mencacah muka orang tak bersalah? 602 01:02:45,880 --> 01:02:49,760 Baiklah. Saya akan minta maaf kepada dia. 603 01:02:53,810 --> 01:02:55,970 Alang-alang awak di sini, jika tak keberatan, 604 01:02:57,430 --> 01:02:59,690 duduklah minum teh dulu. 605 01:03:07,780 --> 01:03:08,780 Apa semua ini? 606 01:03:12,700 --> 01:03:14,950 Nampaknya, wajah cik sudah sembuh sepenuhnya, 607 01:03:15,030 --> 01:03:18,910 jadi saya harap cik akan tunaikan janji cik. 608 01:03:44,360 --> 01:03:45,360 Tunggu! 609 01:03:54,240 --> 01:03:56,950 Ada apa? Masih ada sesuatu yang ingin cik katakan? 610 01:04:02,920 --> 01:04:04,130 Nama saya So-eun. 611 01:04:07,170 --> 01:04:08,170 Shin So-eun. 612 01:04:10,510 --> 01:04:11,840 Ingatlah nama itu. 613 01:04:26,480 --> 01:04:28,150 Apa semua ini? 614 01:04:28,230 --> 01:04:30,440 Apa yang kamu lakukan? 615 01:04:30,530 --> 01:04:33,320 Tidak, jangan! 616 01:04:33,400 --> 01:04:35,450 - Tolonglah, jangan! - Tengok di sini! 617 01:04:35,530 --> 01:04:36,700 - Tolonglah… - Ke tepi! 618 01:04:38,410 --> 01:04:40,200 - Jil-geum! - Yeong-ji… 619 01:04:40,790 --> 01:04:41,960 Jil-geum! 620 01:04:42,040 --> 01:04:43,540 Apa semua ini? 621 01:04:43,620 --> 01:04:44,790 Ji-un! 622 01:04:44,870 --> 01:04:47,420 - Tentu ada salah faham. Benarkan… - Tangkap mereka! 623 01:04:47,500 --> 01:04:50,090 Apa… Apa maksud kamu? 624 01:04:50,760 --> 01:04:52,090 Apa ini? 625 01:04:52,170 --> 01:04:53,340 - Ji-un. - Bawa mereka! 626 01:04:53,420 --> 01:04:54,510 Jil-geum! Yeong-ji! 627 01:04:54,590 --> 01:04:55,840 Tangkap mereka semua! 628 01:04:55,930 --> 01:04:58,680 - Ji-un! - Saya inginkan penjelasan! 629 01:04:58,760 --> 01:05:00,100 Kenapa kamu buat begini? 630 01:05:00,180 --> 01:05:01,180 - Apa… - Ji-un! 631 01:05:01,270 --> 01:05:02,520 - Ayuh. - Jangan melawan! 632 01:05:22,830 --> 01:05:25,830 Nama patik Jung Ji-un, Tuanku. 633 01:05:48,860 --> 01:05:50,860 Tuanku tak perlu terkejut. 634 01:05:51,440 --> 01:05:54,110 Cubalah. Patik yakin Tuanku akan selesa memegangnya. 635 01:05:56,950 --> 01:05:58,200 Yakah? 636 01:06:23,060 --> 01:06:24,470 Patik dah kata. 637 01:06:25,220 --> 01:06:29,730 Patik lebih arif akan perkara yang bersesuaian dengan Tuanku. 638 01:06:41,740 --> 01:06:42,740 Tuanku. 639 01:06:45,290 --> 01:06:47,910 Kuliah Tuanku akan bermula sebentar lagi. 640 01:06:48,000 --> 01:06:50,460 Sudah tiba waktunya? 641 01:06:52,840 --> 01:06:54,250 Maafkan beta. 642 01:06:54,340 --> 01:06:56,590 Beta perlu beredar sekarang. 643 01:06:57,630 --> 01:07:00,130 Katanya ada guru baru hari ini. 644 01:07:00,220 --> 01:07:02,140 Patik dengar guru Tuanku letak jawatan. 645 01:07:03,220 --> 01:07:07,350 Patik khuatir mengenangkan guru-guru yang terlalu kerap bertukar. 646 01:07:08,890 --> 01:07:10,480 Betul. 647 01:07:11,020 --> 01:07:13,690 Tiada seorang pun pegawai istana yang bermutu. 648 01:07:18,690 --> 01:07:20,700 Apa pun… 649 01:07:21,990 --> 01:07:23,530 terima kasih untuk ini. 650 01:07:32,790 --> 01:07:36,420 Terangkan kepada beta tentang guru baru itu. 651 01:07:36,500 --> 01:07:39,470 Tuanku, patik cuma tahu yang dia bakat muda yang 652 01:07:39,550 --> 01:07:41,760 menarik perhatian Datuk Bendahara Sangheon. 653 01:07:43,300 --> 01:07:46,390 Mari lihat berapa lama dia akan bertahan. 654 01:07:50,640 --> 01:07:52,810 Mengumumkan ketibaan Putera Mahkota. 655 01:08:11,620 --> 01:08:15,170 Beta dikhabarkan ramai yang memuji kebolehan kamu. 656 01:08:15,250 --> 01:08:16,790 Beta harap kamu akan… 657 01:08:23,840 --> 01:08:27,930 Mulai hari ini, patik, Jung Ji-un, akan menjadi pembantu pengajian Tuanku. 658 01:08:31,850 --> 01:08:34,560 Tapi kamu… 659 01:08:42,000 --> 01:09:00,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 660 01:09:01,000 --> 01:09:03,530 "The King's Affection" 661 01:09:03,530 --> 01:09:05,120 Tidakkah ia mendatangkan masalah? 662 01:09:05,200 --> 01:09:07,660 Sekiranya dia dapat tahu tentang Tuanku… 663 01:09:07,740 --> 01:09:08,790 Itu takkan berlaku. 664 01:09:08,870 --> 01:09:13,170 Menyingkirkan seorang guru bukannya perkara yang sukar buat beta. 665 01:09:13,250 --> 01:09:15,840 Apa sebabnya? Kenapa Tuanku cuba singkirkan patik? 666 01:09:16,420 --> 01:09:17,630 Samgaebang? 667 01:09:17,710 --> 01:09:21,050 Mereka penting bagi saya. Saya akan berusaha selamatkan mereka. 668 01:09:21,130 --> 01:09:22,010 Pertaruhan? 669 01:09:22,090 --> 01:09:25,010 Dapatkan markah tertinggi dalam ujian seterusnya daripada kami. 670 01:09:25,090 --> 01:09:26,600 Kenapa beta perlu bersetuju? 671 01:09:26,680 --> 01:09:29,310 Beta mungkin ubah fikiran jika kamu pertaruhkan nyawa kamu. 672 01:09:29,390 --> 01:09:32,060 Patik akan pertaruhkan nyawa patik. 673 01:09:32,640 --> 01:09:36,610 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali