1 00:00:08,103 --> 00:00:11,643 Kai, dah sejam kamu duduk di situ! 2 00:00:11,733 --> 00:00:13,853 Kamu sepatutnya sediakan meja makan malam ini. 3 00:00:13,943 --> 00:00:16,443 Maaf. Mak tahu saya tak suka buat kerja. 4 00:00:17,363 --> 00:00:20,283 Itu Pengetua Peterson dari Sekolah Tinggi Liliuokalani. 5 00:00:20,363 --> 00:00:22,113 Dia jemput saya sebagai "alumni yang dihormati" 6 00:00:22,193 --> 00:00:23,573 untuk mengacarakan gerai Hari Kerjaya. 7 00:00:23,653 --> 00:00:25,993 Lahela, hebatnya! 8 00:00:26,073 --> 00:00:27,913 Kembali ke sekolah tinggi menyengsara­kan. 9 00:00:27,993 --> 00:00:30,123 Ingat betapa teruknya ia ketika saya berusia sembilan tahun? 10 00:00:30,203 --> 00:00:32,043 Tiada siapa nak berkawan dengan saya. 11 00:00:32,123 --> 00:00:35,123 Semua orang pandang saya seolah-olah saya maskot yang pelik. 12 00:00:35,833 --> 00:00:37,633 Untuk satu perlawanan bola sepak itu, memang saya jadi maskot. 13 00:00:37,713 --> 00:00:41,923 Awak nampak comel pakai kostum ubur-ubur itu. 14 00:00:43,473 --> 00:00:48,553 Kai, kamu tahu, Hari Kerjaya kedengaran seperti peluang yang menyeronokkan 15 00:00:48,643 --> 00:00:50,353 untuk kamu mula fikirkan tentang masa depan kamu 16 00:00:50,433 --> 00:00:53,233 terutamanya dengan ujian SAT yang bakal kamu duduki. 17 00:00:53,313 --> 00:00:57,653 Mungkin hanya ada kerja yang remeh seperti guru dan doktor. 18 00:00:58,653 --> 00:01:00,273 Jangan kecil hati. 19 00:01:00,363 --> 00:01:04,283 Tapi saya nak kerja yang beri saya kebebasan dan udara segar. 20 00:01:04,363 --> 00:01:08,033 Entahlah, seperti perniagaan ais batu campur dan bunga? 21 00:01:08,113 --> 00:01:10,243 Tidak, sesuatu yang benar-benar hebat... 22 00:01:12,083 --> 00:01:14,543 Berapa agaknya gaji operator belon udara panas? 23 00:01:16,833 --> 00:01:18,173 Tak banyak. 24 00:01:20,923 --> 00:01:23,713 Parti itu pukul 8:00 pagi, jadi orang tahu ia bukan majlis makan malam. 25 00:01:23,803 --> 00:01:26,513 Tapi saya akan sediakan makanan cekut, sudah tentu. Serta pencecah. 26 00:01:26,593 --> 00:01:28,013 Wajib ada pencecah. 27 00:01:28,093 --> 00:01:30,143 Parti kerja? Saya akan bawa Codenames! 28 00:01:30,223 --> 00:01:33,473 Lahela, sayang, ini bukan parti mainan berpapan. 29 00:01:33,563 --> 00:01:35,023 Dr. Lee dah upah pelayan bar. 30 00:01:35,103 --> 00:01:36,353 Seorang mixologist. 31 00:01:36,433 --> 00:01:39,103 Bermakna awak tak boleh datang dari segi undang-undang. Maaf. 32 00:01:39,193 --> 00:01:42,733 Betul, parti ini tak sesuai untuk remaja. 33 00:01:42,823 --> 00:01:45,113 Seperti sebelum ini, dan parti yang sebelum itu... 34 00:01:45,193 --> 00:01:47,113 Maaf, Doog. Awak tahu bagaimana caranya. 35 00:01:47,203 --> 00:01:49,573 Awak pasti tak nak ada orang dewasa di parti sekolah awak, bukan? 36 00:01:49,663 --> 00:01:53,703 Saya bukan di sekolah tinggi, jadi saya pun tak dijemput ke parti itu. 37 00:01:54,293 --> 00:01:55,583 Saya seorang remaja dan seorang doktor 38 00:01:55,663 --> 00:01:58,083 tapi saya tak boleh melepak bersama remaja atau doktor. 39 00:01:58,173 --> 00:02:01,383 Itulah kisah hidup saya, saya tak sesuai di mana-mana. 40 00:02:02,383 --> 00:02:04,133 Wah, kasihannya awak. 41 00:02:04,213 --> 00:02:07,223 Kalau ini membantu, saya juga tiada ramai kawan semasa saya muda. 42 00:02:08,133 --> 00:02:10,723 Tapi dalam kehidupan akan datang, tiada siapa boleh tahu. 43 00:02:10,803 --> 00:02:12,053 -Ya, tiada siapa. -Ya. 44 00:02:12,143 --> 00:02:13,723 -Tiada siapa boleh tahu. Ya. Baiklah. -Tiada siapa. 45 00:02:13,813 --> 00:02:15,183 Tiada siapa. 46 00:02:23,573 --> 00:02:25,363 BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT 47 00:02:25,443 --> 00:02:27,193 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI DALAM TEMPOH 9 MINGGU 48 00:02:28,283 --> 00:02:30,073 BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI HAWAII 49 00:02:31,493 --> 00:02:33,493 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN 50 00:02:43,293 --> 00:02:45,213 BERDASARKAN SIRI TV, DOOGIE HOWSER M.D. 51 00:02:48,513 --> 00:02:50,053 Baiklah, saya dah tertangkap. 52 00:02:50,133 --> 00:02:52,223 Saya baru saja mengusik pengawal keselamatan di bawah sana. 53 00:02:53,263 --> 00:02:54,853 Tingkap itu dipasang filem penapis haba. 54 00:02:54,933 --> 00:02:56,933 Patutlah dia tak beri respons. 55 00:02:57,023 --> 00:02:58,063 Saya hampir tersinggung. 56 00:02:58,143 --> 00:02:59,563 Jadi, apa yang awak ada untuk saya? 57 00:02:59,643 --> 00:03:01,563 Biar saya teka, berita buruk lagi? 58 00:03:01,653 --> 00:03:03,233 "Saya Doogie, 59 00:03:03,313 --> 00:03:05,193 awak hidapi kegagalan ginjal kronik! 60 00:03:05,273 --> 00:03:07,073 Ginjal awak akan berhenti berfungsi!" 61 00:03:07,153 --> 00:03:09,193 Itu bukan bunyi suara saya! 62 00:03:10,113 --> 00:03:12,073 Jadi, awak dah jumpa ginjal baru? 63 00:03:13,533 --> 00:03:16,993 Awak dalam senarai pemindahan organ... 64 00:03:17,083 --> 00:03:19,253 Oleh kerana jenis HLA awak jarang ditemui, 65 00:03:19,333 --> 00:03:21,163 susah nak cari penderma yang sepadan. 66 00:03:21,253 --> 00:03:24,173 Pertaruhan terbaik kita tetap satu saudara. 67 00:03:24,253 --> 00:03:26,503 Awak dah hubungi adik awak? 68 00:03:28,173 --> 00:03:29,673 Saya dah cakap. 69 00:03:29,763 --> 00:03:32,883 Saya takkan minta pertolongan dia. 70 00:03:34,183 --> 00:03:36,303 Frankie, saya tak nak takutkan awak, 71 00:03:36,393 --> 00:03:39,813 tapi mencari penderma buah pinggang memakan masa. 72 00:03:40,393 --> 00:03:42,103 Awak dah kesuntukan masa. 73 00:03:43,563 --> 00:03:45,063 Jadi... 74 00:03:45,653 --> 00:03:47,153 Mungkin saya boleh telefon dia? 75 00:03:48,573 --> 00:03:50,823 Silakan, cubalah. 76 00:03:50,903 --> 00:03:52,613 Jika awak rasa nak dikritik. 77 00:03:52,703 --> 00:03:54,203 Saya boleh hadapinya. 78 00:03:54,283 --> 00:03:56,163 Saya dibesarkan oleh seorang wanita dari Philadelphia, 79 00:03:56,243 --> 00:03:58,583 yang dibesarkan oleh seorang wanita dari Philadelphia. 80 00:03:58,663 --> 00:03:59,953 Nenek saya kata saya pengecut 81 00:04:00,043 --> 00:04:02,043 sebab saya tak pernah terlibat dalam pergaduhan bar. 82 00:04:02,123 --> 00:04:03,043 Saya baru berusia 16 tahun. 83 00:04:03,123 --> 00:04:05,383 Itu bukan alasan. 84 00:04:05,963 --> 00:04:07,343 Itu yang dia cakap. 85 00:04:08,043 --> 00:04:11,263 PENDAFTARAN 86 00:04:14,433 --> 00:04:15,263 Lahela, 87 00:04:15,343 --> 00:04:17,143 awak ada gerai yang paling popular di sini! 88 00:04:17,223 --> 00:04:18,313 Saya tak sangka awak gementar. 89 00:04:18,393 --> 00:04:20,973 Saya tahu! Semua pelajar di sini sebenarnya sangat peramah. 90 00:04:21,063 --> 00:04:23,643 Lebih baik daripada kawan doktor yang selalu tinggalkan saya. 91 00:04:23,733 --> 00:04:25,853 Saya ingatkan kembali ke sekolah tinggi menakutkan. 92 00:04:25,943 --> 00:04:27,363 Awak kena kurangkan tengok Riverdale. 93 00:04:28,903 --> 00:04:30,823 Okey, saya rasa saya dah pendekkan senarainya... 94 00:04:30,903 --> 00:04:34,363 menjadi ahli silap mata atau tukang urut ikan lumba-lumba. 95 00:04:37,163 --> 00:04:38,953 Ini yang paling teruk antara semuanya. 96 00:04:39,033 --> 00:04:41,243 Pasukan tarian Liliuokalani. 97 00:04:58,263 --> 00:05:00,013 Kenapa awak tak suka The Royals? 98 00:05:00,103 --> 00:05:01,223 Ya, awak suka menari. 99 00:05:01,313 --> 00:05:03,643 Awak selalu menari dalam video TikTok kita! Awak patut sertai mereka! 100 00:05:03,733 --> 00:05:05,853 Saya? Jangan haraplah. 101 00:05:06,813 --> 00:05:08,483 Saya tak berminat langsung. 102 00:05:08,563 --> 00:05:12,733 Budak-budak tak guna itu berlagak macam tempat ini milik mereka. 103 00:05:16,033 --> 00:05:18,203 Yalah, siapa yang nak berada dalam kumpulan kawan yang besar 104 00:05:18,283 --> 00:05:20,413 memakai pengikat rambut dan jaket yang sepadan 105 00:05:20,493 --> 00:05:22,793 dan selalu ketawa dan dijemput ke parti, 106 00:05:22,873 --> 00:05:25,463 dan panggil satu sama lain "sayang"? 107 00:05:26,793 --> 00:05:28,713 Ya, siapa mahukan itu? 108 00:05:28,793 --> 00:05:30,253 Saya dalam kelas yang sama dengan beberapa orang ahli mereka. 109 00:05:30,343 --> 00:05:31,753 Mereka sebenarnya baik. 110 00:05:31,843 --> 00:05:35,423 Jadi, atlet popular berbaik dengan atlet popular yang lain? 111 00:05:35,513 --> 00:05:36,423 Cuba bayangkan. 112 00:05:37,843 --> 00:05:39,303 Hei, semua! 113 00:05:39,393 --> 00:05:41,723 Awak Lahela, bukan? Saya Olivia! 114 00:05:41,813 --> 00:05:44,563 Saya datang untuk minta sedikit bantuan. 115 00:05:44,643 --> 00:05:47,023 Saya tahu awak doktor yang sibuk, jadi jangan rasa tertekan. 116 00:05:48,353 --> 00:05:51,063 Jadi, pasukan tarian berlatih dua kali sehari 117 00:05:51,153 --> 00:05:53,233 sebab kami sedang bersedia untuk segmen "Bintang Tempatan" 118 00:05:53,323 --> 00:05:55,693 bersama Rip Tide di Saluran Enam. 119 00:05:55,783 --> 00:05:57,363 Saya suka lelaki itu. Hebatnya! 120 00:05:57,453 --> 00:05:58,613 Terima kasih! 121 00:05:58,703 --> 00:06:01,203 Saya nak tanya kalau awak boleh singgah ke latihan kami 122 00:06:01,283 --> 00:06:03,123 untuk beri kami petua tentang pemulihan otot? 123 00:06:03,703 --> 00:06:05,753 Ya, saya boleh datang. 124 00:06:06,753 --> 00:06:09,543 Untuk pastikan kamu menari dan berseronok 125 00:06:09,623 --> 00:06:12,133 dan ketawa dan berkawan, dengan cara yang selamat. 126 00:06:12,213 --> 00:06:13,173 Atas sebab perubatan. 127 00:06:14,803 --> 00:06:16,763 Awak memang hebat. 128 00:06:16,843 --> 00:06:18,093 Terima kasih, sayang! 129 00:06:19,593 --> 00:06:20,763 Dia begitu terdesak. 130 00:06:21,603 --> 00:06:23,313 Boleh awak pastikan pasukan saya selamat? 131 00:06:23,893 --> 00:06:27,183 Tolonglah, Steph. Saya rasa Walter betul. Dia nampak baik. 132 00:06:27,813 --> 00:06:29,733 Tapi itu tak penting. 133 00:06:29,813 --> 00:06:33,113 Saya cuma akan ke sana sebagai seorang profesional. 134 00:06:33,193 --> 00:06:36,653 Apa-apa pun, saya akan pergi ke gerai risik balas 135 00:06:36,743 --> 00:06:38,153 dan bertindak mencurigakan. 136 00:06:38,243 --> 00:06:39,953 Tengok apa mereka akan buat. 137 00:06:47,373 --> 00:06:48,333 Hei, semua! 138 00:06:48,413 --> 00:06:49,293 -Hei! -Hei! 139 00:06:49,373 --> 00:06:51,793 Hari ini sangat hebat! 140 00:06:51,883 --> 00:06:54,713 Hebat? Kamu tak pergi ke Hari Kerjaya? 141 00:06:54,793 --> 00:06:57,303 Apa? Tidak, sudah tentu tidak. Mereka beri piza percuma. 142 00:06:57,383 --> 00:07:01,803 Mak, ayah, saya dah sedar! Saya akan jadi petani. 143 00:07:02,393 --> 00:07:03,223 Petani? 144 00:07:03,803 --> 00:07:08,353 Petani organik sukarelawan, tapi siapa perlukan duit? 145 00:07:09,103 --> 00:07:10,693 Baguslah, Kai. 146 00:07:10,773 --> 00:07:12,353 Hawaii perlukan lebih banyak ladang. 147 00:07:12,443 --> 00:07:13,613 Bunyinya macam hobi yang menyeronokkan. 148 00:07:15,193 --> 00:07:18,283 Ini bukan sekadar hobi saya. 149 00:07:18,363 --> 00:07:19,903 Ini akan jadi kerjaya saya. 150 00:07:19,993 --> 00:07:21,283 Moonstar, Trevor dan Sedona 151 00:07:21,363 --> 00:07:24,163 yang uruskan ladang tanaman itu, lakukannya sepenuh masa. 152 00:07:24,243 --> 00:07:26,953 Saya akan pergi dan perhatikan mereka esok di ladang. 153 00:07:27,043 --> 00:07:30,163 Kami cuma akan berehat dan bersatu bersama tanah. 154 00:07:30,253 --> 00:07:31,623 Mungkin mandi lumpur? 155 00:07:32,543 --> 00:07:35,213 Kai, bukankah kamu patut bersedia untuk ujian SAT? 156 00:07:35,293 --> 00:07:39,013 Cuma tinggal beberapa hari lagi dan mak nak pastikan yang kamu betul-betul... 157 00:07:39,093 --> 00:07:40,173 Ayah rasa itu idea yang bagus! 158 00:07:41,303 --> 00:07:43,183 Pergilah berseronok. 159 00:07:44,723 --> 00:07:46,513 Terima kasih, ayah! 160 00:07:46,603 --> 00:07:49,183 Untuk pengetahuan semua, saya mungkin balik lewat, 161 00:07:49,273 --> 00:07:51,603 bergantung pada berapa lama urutan itu berlangsung. 162 00:07:53,903 --> 00:07:54,863 Benny! 163 00:07:54,943 --> 00:07:56,903 Itulah yang saya risaukan! 164 00:07:56,983 --> 00:08:00,693 Dia nak mandi lumpur dan relaks sebagai kerjayanya! 165 00:08:00,783 --> 00:08:03,533 Hei, saya di pihak awak, tapi mari kita buat strategi. 166 00:08:03,613 --> 00:08:05,453 Budak itu tak terkenal kerana etika kerjanya. 167 00:08:05,533 --> 00:08:06,413 Tidak. 168 00:08:06,493 --> 00:08:08,953 Lepas dia hadapi kerja buruh kasar, semua ini akan berakhir. 169 00:08:09,043 --> 00:08:10,203 Percayalah. 170 00:08:11,963 --> 00:08:14,463 Benny Kamealoha. 171 00:08:14,543 --> 00:08:16,463 Awak memang bijak. 172 00:08:17,213 --> 00:08:19,463 Saya bukan sekadar ada wajah yang kacak dan otot kekar. 173 00:08:19,553 --> 00:08:22,673 Semua perbincangan tentang Hari Kerjaya ini buat saya terfikir 174 00:08:22,763 --> 00:08:24,263 tentang apa yang saya nak buat dengan hidup saya 175 00:08:24,343 --> 00:08:27,603 dan... saya rasa saya dah tahu. 176 00:08:27,683 --> 00:08:29,183 Saya akan jadi model terkenal. 177 00:08:29,763 --> 00:08:30,933 Model terkenal? 178 00:08:31,523 --> 00:08:32,563 Ya. 179 00:08:32,643 --> 00:08:36,653 Laluan kerjaya yang Cindy, Naomi, Kate dan semua gadis lalui pada tahun 90-an? 180 00:08:36,733 --> 00:08:38,193 Buat iklan Calvin yang berkontroversi, 181 00:08:38,273 --> 00:08:40,693 mula melepak dengan Pete Davidson, semua yang berkaitan. 182 00:08:41,573 --> 00:08:42,903 Sudah tentu, sayang. 183 00:08:42,993 --> 00:08:45,823 Kuncinya ialah mencari pencahayaan yang sesuai. 184 00:08:50,243 --> 00:08:53,163 -Itu pencahayaan yang sesuai. -Ya, awak dah jumpa. 185 00:08:53,253 --> 00:08:55,923 Ingat, pergelangan tangan yang tak cukup lentur 186 00:08:56,003 --> 00:08:57,713 boleh meningkatkan potensi untuk cedera. 187 00:08:57,793 --> 00:09:00,463 Pastikan fleksor dan lat lengan bawah tak terlalu ketat. 188 00:09:00,553 --> 00:09:02,803 Saya akan gunakan penggelek busa lepas latihan. 189 00:09:02,883 --> 00:09:04,223 Baiklah. Terima kasih, sayang! 190 00:09:04,303 --> 00:09:05,843 Kita akan bermula lima minit lagi, sayang! 191 00:09:06,553 --> 00:09:07,933 Apa pendapat awak tentang rutin itu? 192 00:09:08,013 --> 00:09:10,763 Ia kelihatan cukup ergonomik. 193 00:09:10,853 --> 00:09:13,893 Tak, bukan begitu. Maksud saya, bukan pendapat perubatan awak. 194 00:09:14,483 --> 00:09:17,483 Maksud awak sebagai remaja, bukan seorang doktor? 195 00:09:17,563 --> 00:09:18,403 Ya. 196 00:09:19,113 --> 00:09:20,023 Saya sukakannya! 197 00:09:20,113 --> 00:09:22,693 Gerakan pop dan lock itu? Sangat hebat! 198 00:09:22,783 --> 00:09:25,403 Tapi, sebagai seorang doktor, saya perlu katakan, 199 00:09:25,493 --> 00:09:28,913 tendangan tinggi di hujung gerakan boleh menyebabkan sentakan buku lali. 200 00:09:29,663 --> 00:09:31,703 Sedihnya, itu penamat besar kami. 201 00:09:31,793 --> 00:09:34,663 Apa kata awak cuba sesuatu seperti ini? 202 00:09:38,293 --> 00:09:40,593 Ia tak berikan banyak tekanan pada fibula jadi... 203 00:09:41,553 --> 00:09:43,423 Itu sebenarnya... 204 00:09:43,593 --> 00:09:44,593 hebat! 205 00:09:44,673 --> 00:09:46,173 Awak berbakat semula jadi. 206 00:09:46,263 --> 00:09:49,433 Saya suka aura awak dan awak pandai menari! 207 00:09:49,513 --> 00:09:51,893 Awak nak menari bersama kami untuk Saluran Enam? 208 00:09:53,273 --> 00:09:55,233 Ya, boleh juga! 209 00:09:55,313 --> 00:09:57,023 Baguslah. Kalau begitu, baiklah. 210 00:09:57,733 --> 00:10:00,193 Selamat datang ke The Royals, sayang. 211 00:10:06,243 --> 00:10:07,533 Apa khabar, nak! 212 00:10:08,163 --> 00:10:11,283 Pada skala satu hingga Emily in Paris, berapa teruk latihan itu? 213 00:10:11,873 --> 00:10:13,453 Ia sebenarnya menyeronokkan. 214 00:10:13,543 --> 00:10:15,543 Seperti Paris sebenar, tanpa Emily. 215 00:10:15,623 --> 00:10:16,543 Sekejap. 216 00:10:17,413 --> 00:10:19,003 Kenapa awak pakai baju itu? 217 00:10:19,083 --> 00:10:20,883 Ini? 218 00:10:20,963 --> 00:10:22,253 Mereka minta saya sertai pasukan itu. 219 00:10:22,883 --> 00:10:24,343 Saya rasa awak dah salah menilai mereka. 220 00:10:24,423 --> 00:10:27,473 Olivia sebenarnya cantik... dan bijak. 221 00:10:28,133 --> 00:10:31,053 Jadi, awak nak melepak saja dengan mereka dan apa? 222 00:10:31,143 --> 00:10:33,813 Pergi ke Zippy's selepas parti hebat dan makan pankek di sana? 223 00:10:34,513 --> 00:10:36,523 Steph, buat kali pertama, 224 00:10:36,603 --> 00:10:39,233 umur saya sesuai dengan suasananya. 225 00:10:39,313 --> 00:10:41,733 Saya boleh menyesuaikan diri dan rasanya sangat hebat! 226 00:10:43,773 --> 00:10:44,903 Tunggu 227 00:10:45,613 --> 00:10:46,863 Adakah awak cemburu? 228 00:10:48,863 --> 00:10:52,663 Steph Denisco memang cemburu! 229 00:10:52,743 --> 00:10:53,873 Saya tak cemburu! 230 00:10:53,953 --> 00:10:57,453 Saya tak peduli, asalkan kita masih buat video TikTok. 231 00:10:58,163 --> 00:10:59,373 Jelas sekali. 232 00:10:59,463 --> 00:11:01,003 Kita tak boleh sembunyikan tarian kita daripada dunia! 233 00:11:01,083 --> 00:11:02,793 Bagus, sebab saya ada idea yang baru. 234 00:11:02,883 --> 00:11:04,883 Saya memanggilnya twist 'n' roll. 235 00:11:07,673 --> 00:11:09,803 Ia berdasarkan makanan kegemaran saya di Wetzel's Pretzels. 236 00:11:09,883 --> 00:11:11,133 Hei, saya tahu mak awak dipecat, 237 00:11:11,223 --> 00:11:12,893 tapi awak rasa kita masih boleh dapat pretzel percuma? 238 00:11:12,973 --> 00:11:14,973 Betul. Dia masih keluar dengan pengurusnya. 239 00:12:08,153 --> 00:12:09,533 Dr. Choi gunakan rangkaian kenalannya 240 00:12:09,613 --> 00:12:12,323 dan dapatkan kita rumah pantai Don Ho untuk parti itu! 241 00:12:12,403 --> 00:12:15,323 Rumah agam hebat dengan mixologist memang menakjubkan! 242 00:12:15,413 --> 00:12:16,493 Siapa Don Ho? 243 00:12:16,583 --> 00:12:17,663 Sayang. 244 00:12:17,743 --> 00:12:21,253 Awak terlalu muda untuk berparti dengan kami kalau awak tak kenal Don Ho! 245 00:12:21,333 --> 00:12:23,173 Saya tahu, bukan? Saya suka Dan Ho. 246 00:12:23,253 --> 00:12:25,883 Dia pelukis yang hebat? 247 00:12:27,713 --> 00:12:29,963 Saya tak peduli pun yang awak semua selalu tinggalkan saya. 248 00:12:30,053 --> 00:12:31,723 Saya ada kawan-kawan yang sebaya saya sekarang. 249 00:12:31,803 --> 00:12:33,383 Saya dalam The Royals. 250 00:12:35,803 --> 00:12:39,853 Awak terlalu tua untuk berparti dengan saya kalau awak tak tahu siapa The Royals. 251 00:12:39,933 --> 00:12:41,063 Jumpa lagi, sayang. 252 00:12:41,143 --> 00:12:44,273 Sekejap, itu nama kugiran? Saya dah tuakah? 253 00:12:44,353 --> 00:12:46,103 Bagus. Dia tak peduli tentang parti itu. 254 00:12:46,193 --> 00:12:47,523 Dia ada hidupnya sendiri! 255 00:12:47,613 --> 00:12:50,283 Bagus, lebih masa untuk tiga sahabat! 256 00:12:50,363 --> 00:12:52,653 Saya akan pakai baju potongan V yang seksi di parti nanti, 257 00:12:52,743 --> 00:12:55,453 jadi saya perlukan kamu berdua untuk tolong perhatikan saya. 258 00:12:55,533 --> 00:12:56,453 Okey. 259 00:13:00,083 --> 00:13:03,083 Doog, ada orang datang malam tadi 260 00:13:03,163 --> 00:13:04,373 dan letak deodoran pada saya? 261 00:13:04,463 --> 00:13:08,083 Sebab saya sedang pakainya, tapi saya tak ingat. 262 00:13:08,173 --> 00:13:09,843 Saya tak rasa begitu. 263 00:13:09,923 --> 00:13:12,553 Kami tak buat begitu di sini. 264 00:13:12,633 --> 00:13:14,343 Tapi saya ada berita baik! 265 00:13:14,423 --> 00:13:18,723 Saya ada telefon adik awak, Patty, dan dia ada di sini! 266 00:13:21,853 --> 00:13:22,893 Patty. 267 00:13:23,483 --> 00:13:25,563 Selepas bertahun-tahun... 268 00:13:25,643 --> 00:13:29,063 nampaknya awak masih ke kedai pendandan rambut satu dolar itu. 269 00:13:29,153 --> 00:13:30,363 Awak patut telefon dia. 270 00:13:30,443 --> 00:13:33,073 Dia akan uruskan rambut yang keluar dari hidung awak. 271 00:13:33,153 --> 00:13:35,033 Patty! Terima kasih kerana datang untuk ujian. 272 00:13:35,113 --> 00:13:38,663 Saya dah semak keputusan dan saya ada berita baik. 273 00:13:38,743 --> 00:13:40,533 Awak memang sepadan! 274 00:13:43,703 --> 00:13:47,503 Itu hanya akan jadi berita baik kalau saya rasa bermurah hati. 275 00:13:47,583 --> 00:13:50,713 Awak pilihan terakhir Frankie. 276 00:13:50,793 --> 00:13:52,173 Ini soal hidup atau mati. 277 00:13:52,253 --> 00:13:54,383 Awak selalu malas. 278 00:13:54,463 --> 00:13:56,383 Saya tak terkejut buah pinggang awak juga dah tak nak bekerja. 279 00:13:56,973 --> 00:13:58,933 Saya harap ia berbaloi, Patty. 280 00:13:59,013 --> 00:14:02,853 Awak asyik bekerja bila saya berhenti kerja untuk jaga mak. 281 00:14:02,933 --> 00:14:04,933 Tolonglah. 282 00:14:05,023 --> 00:14:07,853 Saya ada untuk mak dan bukannya awak. 283 00:14:09,943 --> 00:14:11,233 Tidak, Patty, tunggu! 284 00:14:11,313 --> 00:14:12,653 Sebagai seorang doktor, 285 00:14:12,733 --> 00:14:17,653 saya nampak adik-beradik saling bertemu pada hari pertama kehidupan mereka 286 00:14:17,743 --> 00:14:20,953 dan duduk bersebelahan pada hari terakhir mereka. 287 00:14:22,373 --> 00:14:27,833 Saya tahu awak berdua ada banyak masalah, tapi jika awak keluar dari pintu itu, 288 00:14:27,913 --> 00:14:30,333 awak takkan dapat peluang untuk menyelesaikannya. 289 00:14:37,633 --> 00:14:38,553 Saya akan buat. 290 00:14:40,513 --> 00:14:42,683 Tapi dengan satu syarat. 291 00:14:42,763 --> 00:14:44,393 Selepas pemindahan itu, 292 00:14:45,313 --> 00:14:47,233 jangan bercakap dengan saya lagi. 293 00:14:54,323 --> 00:14:56,153 Sayang, macam mana dengan ladang itu? 294 00:14:56,233 --> 00:14:58,613 Sukar dipercayai! Pengalaman baru! 295 00:14:58,703 --> 00:15:00,913 Mak dan ayah tahu tak nanas bukan epal? 296 00:15:00,993 --> 00:15:02,993 Saya tak sabar nak pergi esok. 297 00:15:03,073 --> 00:15:06,293 Saya belajar yang susu bukan saja datang daripada lembu. 298 00:15:06,373 --> 00:15:08,213 Kambing. Serta kacang badam. 299 00:15:08,293 --> 00:15:10,083 Mana letaknya puting mereka? 300 00:15:10,173 --> 00:15:14,923 Kai, kamu tak boleh pergi esok, kamu akan ambil ujian SAT, ingat tak? 301 00:15:15,003 --> 00:15:16,963 Kolej bukan pilihan untuk saya lagi. 302 00:15:17,053 --> 00:15:18,923 Saya akan koyakkan buku SAT saya, 303 00:15:19,013 --> 00:15:20,223 ia akan jadi tempat tidur ayam yang sesuai. 304 00:15:20,303 --> 00:15:21,513 Kamu akan masuk kolej. 305 00:15:21,593 --> 00:15:23,393 -Ya. -Pendidikan sangat penting. 306 00:15:23,473 --> 00:15:25,313 Ayah tahu trak ais batu campur nampak biasa, 307 00:15:25,393 --> 00:15:27,273 tapi ayah perlukan ijazah perniagaan untuk mengendalikannya. 308 00:15:27,353 --> 00:15:28,603 -Ya. -Hei. 309 00:15:28,683 --> 00:15:32,193 Saya mungkin tak ikut laluan tipikal yang mak dan ayah mahukan, 310 00:15:32,273 --> 00:15:34,313 tapi ini yang saya mahu. 311 00:15:34,403 --> 00:15:36,153 Semua yang saya perlu tahu, saya akan belajar di ladang! 312 00:15:36,233 --> 00:15:39,323 Sebenarnya, kamu akan belajar tentangnya di kolej. 313 00:15:39,403 --> 00:15:42,783 Kamu akan ambil SAT esok dan itu muktamad. 314 00:15:42,863 --> 00:15:43,953 Saya hampir dewasa. 315 00:15:44,033 --> 00:15:46,203 Mak tak boleh beritahu saya apa nak buat dengan hidup saya. 316 00:15:50,713 --> 00:15:54,503 Saya perlukan nama yang padan dengan muka. 317 00:15:54,583 --> 00:15:58,763 Saya rasa saya nak guna nama Brione Patrique. 318 00:16:04,593 --> 00:16:06,643 Tengok apa yang saya jumpa dalam tong sampah jiran saya! 319 00:16:07,313 --> 00:16:10,853 Sama ada lampu besar atau tempat duduk tandas lama. 320 00:16:10,933 --> 00:16:11,943 Steph, hei! 321 00:16:12,023 --> 00:16:12,983 Hai, sayang! 322 00:16:13,563 --> 00:16:15,403 Hei! 323 00:16:15,483 --> 00:16:16,773 Apa Olivia buat di sini? 324 00:16:17,653 --> 00:16:19,193 Kami sedang berlatih untuk rancangan itu, 325 00:16:19,283 --> 00:16:21,113 dan saya fikir dia boleh sertai malam TikTok kita. 326 00:16:21,193 --> 00:16:23,323 Kita semua boleh lepak bersama. Tentu seronok. 327 00:16:24,283 --> 00:16:27,283 Okey, saya ingat itu hanya eksklusif untuk kita berdua. 328 00:16:27,373 --> 00:16:28,293 Tapi tak apa... 329 00:16:28,373 --> 00:16:30,873 Hei! Steph, bukan? Saya Olivia. 330 00:16:30,953 --> 00:16:32,713 Saya rasa kita dalam kelas AP Biochem. 331 00:16:32,793 --> 00:16:34,503 Tidak, saya tiada kelas sains. 332 00:16:34,583 --> 00:16:36,923 Saya ambil enam kelas seni dan empat dewan pembelajaran. 333 00:16:37,633 --> 00:16:39,963 Betul! Saya pasti saya pernah nampak awak! 334 00:16:40,053 --> 00:16:42,473 Pelik, saya tak rasa saya pernah nampak awak. 335 00:16:42,553 --> 00:16:44,343 Bukannya kehadiran awak dirasai di mana-mana saja, 336 00:16:44,433 --> 00:16:46,853 atau saya tonton semua video tutorial ikat ekor kuda awak. 337 00:16:49,513 --> 00:16:50,723 Mungkin kita patut mula. 338 00:16:50,813 --> 00:16:52,603 Steph, apa kata kita cuba gerakan baru awak? 339 00:16:52,683 --> 00:16:54,103 Twist 'n' roll? 340 00:16:55,403 --> 00:16:56,233 Okey. 341 00:17:04,243 --> 00:17:06,113 Walaupun saya sukakannya, 342 00:17:06,203 --> 00:17:08,533 saya rasa pusingan separuh dan gerakan bahu 343 00:17:08,623 --> 00:17:09,703 lebih sesuai dengan rentaknya? 344 00:17:09,783 --> 00:17:10,663 Macam ini! 345 00:17:12,123 --> 00:17:15,213 Mari buat begitu. Ia sempura dengan rentak itu, sayang. 346 00:17:17,833 --> 00:17:20,883 Gerak tari Olivia memang sempurna. 347 00:17:22,133 --> 00:17:23,093 Saya nak balik. 348 00:17:23,843 --> 00:17:25,343 Steph, tunggu... 349 00:17:30,563 --> 00:17:33,353 Okey, saya tak boleh hempasnya. Jadi, saya hanya akan cakap "hempas". 350 00:17:33,433 --> 00:17:34,853 Hempas! 351 00:17:37,483 --> 00:17:38,733 Nanti, Steph. 352 00:17:38,813 --> 00:17:39,983 Apa yang berlaku? 353 00:17:41,653 --> 00:17:45,743 Sekarang awak ada kawan baru, awak tak perlukan saya lagi. Jadi... 354 00:17:45,823 --> 00:17:47,573 Tunggu. Apa? 355 00:17:47,663 --> 00:17:50,033 Awak kawan baik saya. Tentulah, saya perlukan awak! 356 00:17:50,123 --> 00:17:52,623 Tidak. Awak ada pasukan tarian sekarang. 357 00:17:52,703 --> 00:17:54,333 Semuanya sempurna untuk awak seperti biasa. 358 00:17:54,413 --> 00:17:56,543 Hidup saya tak sempurna. 359 00:17:56,623 --> 00:18:00,133 Akhirnya saya dapat sesuaikan diri dan awak tak boleh gembira untuk saya! 360 00:18:00,213 --> 00:18:02,753 Awak mahu saya kasihankan awak kerana awak seorang doktor? 361 00:18:02,843 --> 00:18:05,553 Siapa yang dapat menari dalam TV? Dengan Rip Tide? 362 00:18:05,633 --> 00:18:07,683 Saya bukan menari dengan Rip Tide! 363 00:18:07,763 --> 00:18:09,973 Kenapa awak peduli tentang menyesuaikan diri di sekolah tinggi? 364 00:18:10,053 --> 00:18:12,263 Awak bukannya bersekolah lagi. Tapi saya. 365 00:18:12,353 --> 00:18:14,393 Awak berlagak macam awak budak prasekolah. 366 00:18:14,473 --> 00:18:16,693 Kawan sejati akan tumpang gembira untuk saya! 367 00:18:18,443 --> 00:18:20,233 Nampaknya kita bukan kawan sejati. 368 00:18:21,233 --> 00:18:22,573 Awak tahu tak? Cukuplah. 369 00:18:22,653 --> 00:18:24,363 Satu-satunya perkara yang akan panjat melalui tingkap awak 370 00:18:24,443 --> 00:18:26,283 adalah pencuri atau cicak yang sangat bijak! 371 00:18:26,363 --> 00:18:28,913 Bagus. Awak memang tak pandai memanjat tingkap saya. 372 00:18:43,463 --> 00:18:44,713 Hei, Frankie. 373 00:18:44,803 --> 00:18:46,383 Bacaan tanda vital awak nampak elok. 374 00:18:46,463 --> 00:18:48,803 Pemindahannya berjalan lancar. 375 00:18:48,883 --> 00:18:49,803 Macam mana keadaan awak? 376 00:18:49,893 --> 00:18:51,013 Macam mana dengan Patty? 377 00:18:51,093 --> 00:18:52,853 Dia baik-baik saja. 378 00:18:52,933 --> 00:18:55,223 Dia akan sedar tak lama lagi. 379 00:18:56,683 --> 00:18:57,523 Awak tahu tak, doktor. 380 00:18:57,603 --> 00:18:59,903 Saya tak tahu jika saya semakin berlembut sebab saya dah tua, 381 00:18:59,983 --> 00:19:02,653 atau campuran ubat yang awak beri pada saya. 382 00:19:02,733 --> 00:19:04,773 tapi... saya rindukan Patty. 383 00:19:05,443 --> 00:19:07,613 Dulu kami tak boleh dipisahkan. 384 00:19:07,693 --> 00:19:08,993 Dia kawan baik saya. 385 00:19:10,863 --> 00:19:12,703 Apa yang berlaku antara awak berdua? 386 00:19:12,783 --> 00:19:14,913 Semuanya berjalan lancar untuk Patty. 387 00:19:16,083 --> 00:19:18,793 Kerjaya, keluarga, malah ginjalnya juga lebih baik. 388 00:19:19,543 --> 00:19:23,423 Saya tak patut cakap begitu pada dia sebab tak ucap selamat tinggal pada mak. 389 00:19:24,213 --> 00:19:25,503 Kita semua bersedih dengan cara yang berbeza, 390 00:19:25,593 --> 00:19:29,053 dan saya tahu dia terlalu terluka untuk berada di sana. 391 00:19:29,633 --> 00:19:31,053 Saya juga bukan orang baik. 392 00:19:43,273 --> 00:19:47,863 Saya ada perbualan peribadi dengan doktor di bawah umur saya. 393 00:19:49,613 --> 00:19:52,533 Frankie, mungkin saya tak patut cakap, 394 00:19:52,613 --> 00:19:55,203 tapi saya tak mendesak untuk jalankan pembedahan itu 395 00:19:55,283 --> 00:19:57,293 supaya awak boleh terus berdendam. 396 00:19:58,253 --> 00:20:01,923 Saya buat begitu supaya awak boleh hidup lama dan bahagia. 397 00:20:03,083 --> 00:20:05,173 Itu bermakna melupakan kisah silam... 398 00:20:06,213 --> 00:20:07,553 dan memaafkan. 399 00:20:08,263 --> 00:20:10,843 Awak berdua memang saling menyayangi. 400 00:20:10,923 --> 00:20:12,723 Dia beri awak buah pinggang dia. 401 00:20:16,143 --> 00:20:18,223 Awak tak patut membazir masa lagi. 402 00:20:19,853 --> 00:20:20,983 Betul cakap dia. 403 00:20:21,063 --> 00:20:22,523 Frankie... 404 00:20:24,063 --> 00:20:28,023 awak jaga mak dengan baik dan saya tak pernah berterima kasih. 405 00:20:28,983 --> 00:20:30,943 Saya minta maaf saya tiada di sana. 406 00:20:31,823 --> 00:20:35,163 Saya minta maaf sebab saya berkasar dengan awak selama ini. 407 00:20:37,663 --> 00:20:40,003 Tentu seronok untuk dapat kawan baik saya kembali. 408 00:20:42,913 --> 00:20:46,083 Saya akan tinggalkan awak berdua. Tentu banyak yang awak nak bualkan. 409 00:20:47,133 --> 00:20:50,713 Saya tak sangka Kai benar-benar tak ambil ujian SAT. 410 00:20:50,803 --> 00:20:55,053 Dia ingkar arahan kita supaya dia boleh pergi ke ladang hipi! 411 00:20:55,143 --> 00:20:58,353 Saya percaya. Menyakitkan, tapi saya percaya. 412 00:20:59,063 --> 00:20:59,933 Bagus. 413 00:21:00,023 --> 00:21:01,563 Tiada isyarat. 414 00:21:01,643 --> 00:21:04,443 Saya tak boleh hantar mesej tegas kepada dia pun. 415 00:21:11,993 --> 00:21:14,613 Ia... cantik. 416 00:21:16,823 --> 00:21:18,373 Itu Kai! 417 00:21:19,033 --> 00:21:20,333 Bagus. 418 00:21:20,413 --> 00:21:24,043 Oh, Tuhanku. Dia bekerja? 419 00:21:24,123 --> 00:21:25,543 Betul! 420 00:21:26,373 --> 00:21:27,883 Dia nampak gembira. 421 00:21:29,003 --> 00:21:30,503 Kerja dengan gembira. 422 00:21:31,843 --> 00:21:33,383 Saya tak sangka saya akan nampak ini. 423 00:21:38,763 --> 00:21:41,773 Lahela, tahniah atas pemindahan itu. 424 00:21:41,853 --> 00:21:43,733 Adik-beradik itu memang teruk. 425 00:21:43,813 --> 00:21:46,983 Kami rasa bersalah tak ajak awak sebab awak lebih muda daripada kami. 426 00:21:47,063 --> 00:21:48,363 Ya, Lahela. 427 00:21:48,443 --> 00:21:50,943 Kami sayangkan awak dan kami mahu awak datang ke parti itu. 428 00:21:51,023 --> 00:21:52,823 Tak seronoklah kalau awak tak ada. 429 00:21:53,613 --> 00:21:54,613 Yakah? 430 00:21:55,453 --> 00:21:56,703 Macam mana dengan pelayan bar? 431 00:21:56,783 --> 00:21:58,163 Mixologist. 432 00:21:58,243 --> 00:22:00,453 Mereka berdua paksa saya batalkan perkhidmatan dia. 433 00:22:01,123 --> 00:22:02,953 Dah terlambat untuk dapatkan balik deposit keselamatan, 434 00:22:03,043 --> 00:22:05,413 jadi sekarang saya akan kenakan bayaran masuk. 435 00:22:05,503 --> 00:22:08,123 Jadi, pukul berapa saya patut jemput awak? 436 00:22:09,083 --> 00:22:12,843 Terima kasih, semua. Ini sangat bermakna bagi saya. 437 00:22:12,923 --> 00:22:16,633 Dah lama saya nak dijemput ke salah satu parti awak. 438 00:22:16,723 --> 00:22:18,723 Tapi saya tak boleh sertainya. 439 00:22:18,803 --> 00:22:20,223 Biar betul? 440 00:22:20,303 --> 00:22:21,353 Maaf. 441 00:22:21,433 --> 00:22:23,183 Ada perkara penting yang saya perlu buat. 442 00:22:27,103 --> 00:22:29,443 Apa-apa sajalah, lebih banyak pencecah untuk kita. 443 00:22:32,653 --> 00:22:34,943 Apa-apa sajalah, lebih banyak pencecah untuk saya. 444 00:22:38,493 --> 00:22:41,453 Okey. Sebelum mak dan ayah cakap apa-apa, saya minta maaf. 445 00:22:41,533 --> 00:22:44,623 Saya tahu saya salah kerana tak ambil ujian SAT, tapi... 446 00:22:45,503 --> 00:22:47,463 saya dah jumpa apa yang saya nak buat dalam hidup saya! 447 00:22:47,543 --> 00:22:50,133 Kai, kamu tak patut ingkar arahan kami. 448 00:22:50,213 --> 00:22:52,713 Ya, betul cakap ayah kamu. 449 00:22:53,553 --> 00:22:55,923 Tapi saya rasa tempat ini... 450 00:22:56,013 --> 00:22:58,223 Hebat? Memberi inspirasi? Saya tahu. 451 00:22:59,933 --> 00:23:01,393 Selamat datang ke ladang. 452 00:23:02,803 --> 00:23:03,813 Nampak sedap. 453 00:23:03,893 --> 00:23:06,433 Ini bayam bukan GMO Pasifik Selatan. 454 00:23:06,523 --> 00:23:08,103 Sumber vitamin A yang bagus, 455 00:23:08,193 --> 00:23:10,193 ia boleh dituai secepat empat bulan 456 00:23:10,273 --> 00:23:12,693 dan kami guna air beralkali, jadi, PHnya ialah 6.5. 457 00:23:12,773 --> 00:23:14,233 Kamu belajar? 458 00:23:14,323 --> 00:23:15,653 Banyak sebenarnya. 459 00:23:17,533 --> 00:23:21,783 Saya tahu bekerja di sini bukan kerjaya tradisional, tapi... 460 00:23:21,873 --> 00:23:23,703 ia kerja yang penting dan produktif. 461 00:23:24,453 --> 00:23:26,333 Saya rasa gembira! 462 00:23:27,043 --> 00:23:28,873 Baguslah. 463 00:23:29,463 --> 00:23:31,213 Bagus dapat lihat tenaga awak. 464 00:23:32,253 --> 00:23:34,253 Mari, saya tunjukkan sekeliling. 465 00:23:38,843 --> 00:23:40,973 Ikan lumba-lumba ini suka urutan tisu dalam. 466 00:23:41,053 --> 00:23:42,513 Biar betul? 467 00:23:45,683 --> 00:23:46,563 Saya tersekat. 468 00:23:54,983 --> 00:23:56,613 Mari sini. Okey. 469 00:23:57,443 --> 00:23:58,943 Okey. 470 00:23:59,863 --> 00:24:02,283 Itu lebih sukar daripada sangkaan saya. 471 00:24:02,863 --> 00:24:04,663 Ini tingkat satu. 472 00:24:05,373 --> 00:24:06,373 Tahap amatur. 473 00:24:07,413 --> 00:24:08,583 Steph. 474 00:24:10,663 --> 00:24:12,963 Saya datang untuk minta maaf. 475 00:24:13,043 --> 00:24:16,133 Saya tak nak lukakan awak atau buat awak rasa tersisih. 476 00:24:17,963 --> 00:24:19,513 Tak, maafkan saya. 477 00:24:20,513 --> 00:24:21,683 Saya sayang awak, Lahela. 478 00:24:23,013 --> 00:24:26,643 Saya rasa takut kehilangan kawan baik sebab semua orang sayang awak. 479 00:24:27,513 --> 00:24:31,313 Awak anak emas, genius, penari yang hebat. 480 00:24:31,393 --> 00:24:33,403 Awak tak hisap rambut bila awak rasa gementar, 481 00:24:33,483 --> 00:24:36,063 dan awak boleh kawal kekuatan suara awak sendiri! 482 00:24:39,113 --> 00:24:40,693 Apa yang awak cakap ini? 483 00:24:42,283 --> 00:24:44,703 Saya rasa macam orang asing sepanjang hidup saya. 484 00:24:46,203 --> 00:24:49,413 Ini kali pertama saya rasa seperti saya berada di tempat yang betul. 485 00:24:49,493 --> 00:24:51,453 Saya tahu, tapi awak sangat mengagumkan. 486 00:24:53,373 --> 00:24:56,383 Yang paling mengagumkan tentang saya ialah awak kawan baik saya. 487 00:24:57,463 --> 00:24:59,423 Entahlah. Saya selalu rasa... 488 00:24:59,503 --> 00:25:03,223 takut saya akan kehilangan awak kepada orang yang memang hebat. 489 00:25:03,803 --> 00:25:07,303 Tapi Steph, awak yang paling hebat! 490 00:25:08,143 --> 00:25:12,433 Awak adalah perempuan paling lucu dan kreatif yang saya kenal. 491 00:25:13,443 --> 00:25:15,063 Awak kawan baik saya. 492 00:25:16,773 --> 00:25:18,613 Tiada siapa boleh gantikan awak. 493 00:25:22,743 --> 00:25:25,323 Kalau saya sertai pasukan tarian melukakan awak, 494 00:25:25,413 --> 00:25:27,993 saya takkan buat persembahan dengan mereka. 495 00:25:28,623 --> 00:25:29,663 Saya akan berhenti. 496 00:25:29,743 --> 00:25:31,793 Apa? Awak tak boleh berhenti daripada The Royals! 497 00:25:31,873 --> 00:25:33,083 Kenapa? Saya ingatkan awak benci mereka? 498 00:25:33,163 --> 00:25:35,293 Itu mekanisme pertahanan. 499 00:25:35,963 --> 00:25:39,423 Saya tak sangka mereka akan suka wanita cantik tapi dungu macam saya. 500 00:25:40,673 --> 00:25:43,343 Percayalah. Mereka akan sukakan awak. 501 00:25:43,423 --> 00:25:46,723 Lahela, awak akan pergi ke rancangan itu. Saya pun sama. 502 00:25:47,593 --> 00:25:50,313 Saya tak nak terlepas melihat kawan karib saya menari dengan Rip Tide! 503 00:25:50,393 --> 00:25:52,523 Sekali lagi, Rip Tide takkan menari. 504 00:25:53,603 --> 00:25:55,483 Harapnya tidaklah. 505 00:25:57,153 --> 00:25:58,863 -Jangan cakap begitu! -Ya. 506 00:26:00,073 --> 00:26:03,283 Mak, ayah. Ini pemilik ladang, Akamu. 507 00:26:03,363 --> 00:26:05,903 Tempat awak ini bagus. Cantik sekali! 508 00:26:05,993 --> 00:26:07,533 Terima kasih. 509 00:26:07,613 --> 00:26:12,083 40 tahun lalu, ini hanyalah timbunan tanah. 510 00:26:12,833 --> 00:26:16,713 Kini ia dah bertukar dengan bantuan petani seperti anak awak. 511 00:26:16,793 --> 00:26:18,583 Ya, dan sekarang tempat ini menghasilkan 512 00:26:18,673 --> 00:26:20,963 makanan organik paling sihat di pulau ini. 513 00:26:21,043 --> 00:26:22,803 Banyak lagi kerja yang perlu dibuat. 514 00:26:23,383 --> 00:26:26,173 90 peratus makanan Hawaii diimport. 515 00:26:26,263 --> 00:26:28,223 Tapi disebabkan para sukarelawan, 516 00:26:28,303 --> 00:26:32,353 kami dapat menyediakan makanan tempatan untuk komuniti kita. 517 00:26:32,433 --> 00:26:34,723 Semuanya lestari. 518 00:26:34,813 --> 00:26:37,693 Kita ambil dari Bumi dan berikan semula kepada Bumi. 519 00:26:37,773 --> 00:26:40,363 Hebatnya. 520 00:26:40,443 --> 00:26:42,483 Macam mana awak mula bercucuk tanam? 521 00:26:42,573 --> 00:26:45,743 Saya belajar Sains Pertanian di Universiti Hawaii. 522 00:26:47,153 --> 00:26:51,243 Jadi, awak ke kolej untuk ambil laluan kerjaya ini? 523 00:26:51,323 --> 00:26:52,623 Menarik. 524 00:26:52,703 --> 00:26:53,993 Sudah tentu. 525 00:26:54,083 --> 00:26:58,253 Macam mana lagi saya belajar tentang biologi tumbuhan dan ilmu kimia tanah, 526 00:26:58,333 --> 00:27:00,133 dan macam mana nak uruskan semua ini? 527 00:27:00,213 --> 00:27:03,463 Kalau ada orang nak masuk bidang ini, 528 00:27:04,423 --> 00:27:05,263 awak akan cadangkan kolej? 529 00:27:05,343 --> 00:27:08,553 Sudah tentu. Pendidikan itu penting. 530 00:27:10,053 --> 00:27:11,553 Anak awak memang hebat. 531 00:27:12,223 --> 00:27:13,853 Ya, betul. Terima kasih. 532 00:27:15,603 --> 00:27:17,233 Dengar tak apa Akamu cakap? 533 00:27:17,313 --> 00:27:18,693 Kamu akan masuk kolej. 534 00:27:18,773 --> 00:27:21,023 Kamu masih boleh bekerja di sini pada hujung minggu, 535 00:27:21,103 --> 00:27:23,483 tapi kamu akan daftar untuk ujian SAT seterusnya. 536 00:27:24,193 --> 00:27:25,323 Okey. 537 00:27:25,403 --> 00:27:27,243 Saya tinggalkan mereka buat kerja di sana 538 00:27:27,323 --> 00:27:29,203 jadi saya patut pergi ke sana. 539 00:27:31,163 --> 00:27:32,783 Terima kasih. 540 00:27:32,873 --> 00:27:33,993 Mak bangga dengan kamu. 541 00:27:37,333 --> 00:27:38,463 Kai akan baik-baik saja. 542 00:27:38,543 --> 00:27:39,583 Ya. 543 00:27:40,423 --> 00:27:47,053 Nampak macam kita ada doktor, petani dan seorang... 544 00:27:50,803 --> 00:27:53,433 Budak model yang cantik. 545 00:28:06,403 --> 00:28:08,783 Royals, inilah dia! 546 00:28:08,863 --> 00:28:09,993 Masa yang ditunggu-tunggu! 547 00:28:10,993 --> 00:28:12,783 Ayuh! 548 00:28:12,863 --> 00:28:14,533 Saya rasa kita perlukan penamat yang lebih besar. 549 00:28:14,623 --> 00:28:15,913 Kita patut buat tendangan tinggi semula. 550 00:28:17,083 --> 00:28:19,873 Saya tak pasti kita nak tukar rutinnya sebelum persembahan? 551 00:28:19,963 --> 00:28:22,463 Lagipun, bukankah awak cakap itu bahaya? 552 00:28:22,543 --> 00:28:24,043 Ya, tapi percayalah. 553 00:28:24,133 --> 00:28:25,543 Jika awak sandar ke depan... 554 00:28:28,423 --> 00:28:29,303 Buku lali saya cedera! 555 00:28:29,923 --> 00:28:32,093 Saya datang! Mak beruang datang! 556 00:28:35,223 --> 00:28:38,013 -Nah. Hati-hati. -Terima kasih, semua. 557 00:28:39,063 --> 00:28:41,433 Saya rasa saya ada retakan fibula Maisonneuve. 558 00:28:44,903 --> 00:28:45,773 Maksudnya buku lali terseliuh. 559 00:28:47,443 --> 00:28:48,653 Saya rasa saya tak boleh menari. 560 00:28:51,443 --> 00:28:52,783 Mata awak juga tercedera? 561 00:28:52,863 --> 00:28:55,743 Apa kita nak buat? Tarian ini perlukan tujuh orang. 562 00:28:55,823 --> 00:28:57,123 Nampaknya kita perlu batalkan. 563 00:28:57,203 --> 00:29:00,333 Tunggu! Steph boleh ambil tempat saya! 564 00:29:00,413 --> 00:29:01,913 Saya? 565 00:29:02,003 --> 00:29:02,913 Steph ini? 566 00:29:03,003 --> 00:29:04,333 Ya, awak! 567 00:29:04,423 --> 00:29:05,963 Dia dah tengok latihan kita. 568 00:29:06,043 --> 00:29:08,713 Lagipun, dia kawan karib saya. Dia boleh buat apa saja. 569 00:29:11,053 --> 00:29:12,303 Idea yang bagus! 570 00:29:12,383 --> 00:29:15,093 Saya boleh jamin, sayang. Steph pandai menari! 571 00:29:15,183 --> 00:29:18,603 -Okey. Bagus. -Jadi, Steph, awak nak sertai The Royals? 572 00:29:21,273 --> 00:29:24,193 Ya! Bagaikan impian saya jadi kenyataan. 573 00:29:24,273 --> 00:29:25,313 Saya mimpikannya. 574 00:29:25,403 --> 00:29:28,693 Yakah? Saya ingatkan awak benci kami. 575 00:29:28,773 --> 00:29:31,113 Awak selalu pandang saya dengan muka yang marah. 576 00:29:31,693 --> 00:29:34,283 Ya, tentang itu... 577 00:29:35,493 --> 00:29:37,663 Olivia, awak tahu apa itu neurosis? 578 00:29:39,203 --> 00:29:42,083 Nah. Awak perlukan ini. 579 00:29:44,623 --> 00:29:46,083 Selamat datang, sayang. 580 00:29:47,213 --> 00:29:48,963 Ini saya, pegawai kaji cuaca awak 581 00:29:49,043 --> 00:29:53,013 pencari adrenalin, Rip Tide, bersiaran secara langsung! 582 00:29:53,093 --> 00:29:53,973 Disebabkan kekurangan bajet, 583 00:29:54,053 --> 00:29:57,013 saya juga buat liputan sukan, bantuan masyarakat dan homisid. 584 00:29:57,093 --> 00:30:00,103 Tapi kami ada sesuatu yang istimewa dan ini bukan pembunuhan. 585 00:30:00,183 --> 00:30:05,353 Johan wilayah lima kali, Pasukan Tarian Sekolah Tinggi Liliuokalani! 586 00:30:05,443 --> 00:30:06,733 Mulakan! 587 00:30:29,753 --> 00:30:32,713 Ayuh, Steph! Itu kawan baik saya! 588 00:30:37,633 --> 00:30:38,763 Hei! 589 00:30:41,853 --> 00:30:43,273 Ayuh, Raya! 590 00:30:47,483 --> 00:30:48,693 Ya! 591 00:30:50,443 --> 00:30:52,073 Ya! 592 00:30:55,243 --> 00:30:56,533 Ayuh, Steph! 593 00:30:57,823 --> 00:30:59,873 Ayuh, Steph! 594 00:31:02,203 --> 00:31:06,453 Saya bukan doktor biasa atau remaja biasa. 595 00:31:07,583 --> 00:31:11,213 Tersekat di antara dua dunia ini agak memencilkan. 596 00:31:11,293 --> 00:31:14,003 Kadang-kadang saya rasa tersisih ke mana saja saya pergi. 597 00:31:14,923 --> 00:31:17,383 Tapi saya terlalu fokus untuk cuba sesuaikan diri 598 00:31:17,473 --> 00:31:20,683 sehinggakan saya tak sedar. 599 00:31:21,803 --> 00:31:24,143 Sedia untuk menari twist 'n' roll untuk TikTok, sayang? 600 00:31:24,223 --> 00:31:26,273 Untuk awak, sayang? Sentiasa. 601 00:31:28,193 --> 00:31:29,103 Baiklah. 602 00:31:29,943 --> 00:31:31,103 Dah sedia? 603 00:31:31,193 --> 00:31:32,903 Tolonglah. 604 00:31:56,213 --> 00:31:58,633 -Bagus. -Kita berjaya! 605 00:32:41,683 --> 00:32:46,603 Sari kata oleh Ally Gee