1
00:00:06,040 --> 00:00:10,920
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:40,480 --> 00:00:42,720
NOMBOR KECEMASAN
3
00:00:44,400 --> 00:00:45,960
MAK, AYAH, HOSPITAL
4
00:00:48,160 --> 00:00:50,680
KAD JAWAPAN
CRAIG + LAURA
5
00:02:13,320 --> 00:02:14,160
Jalan!
6
00:02:18,720 --> 00:02:20,800
Ray, apa yang berlaku?
7
00:02:21,720 --> 00:02:22,920
Apa yang awak ingat?
8
00:02:23,880 --> 00:02:25,360
Saya perlu jumpa Cassie.
9
00:03:07,280 --> 00:03:09,880
Saya tak faham.
Kenapa awak tak jumpa mereka?
10
00:03:09,960 --> 00:03:13,120
- Kami sedang cuba.
- Kenapa? Cuba lagi!
11
00:03:13,960 --> 00:03:15,080
Mereka bunuh Harry.
12
00:03:15,840 --> 00:03:19,480
Apabila saya fikir nasib Kayleigh
jika saya lambat sampai…
13
00:03:19,560 --> 00:03:22,960
Kalau kami tahu punca mereka buru awak,
kami boleh bantu.
14
00:03:23,040 --> 00:03:23,960
Saya dah cakap.
15
00:03:24,880 --> 00:03:27,720
Apabila saya pulang,
ada nota dan Kayleigh tiada.
16
00:03:27,800 --> 00:03:30,400
Orang tak culik budak tanpa sebab.
17
00:03:30,480 --> 00:03:32,280
Mereka dah rancang.
18
00:03:32,360 --> 00:03:35,520
Tentu ada sebab mereka buru awak.
19
00:03:38,040 --> 00:03:39,680
Ada benda kita tak perasan.
20
00:03:40,240 --> 00:03:42,120
Saya dah beritahu semuanya.
21
00:03:46,480 --> 00:03:48,800
Awak di mana pada malam 16 April?
22
00:03:49,920 --> 00:03:51,040
Hari Jumaat lepas.
23
00:03:51,960 --> 00:03:53,760
Saya bersama keluarga. Kenapa?
24
00:03:54,680 --> 00:03:58,080
Seorang pemuda, Carlton Flynn,
hilang pada malam itu.
25
00:03:58,160 --> 00:04:01,200
Ia tepat 17 tahun
selepas kehilangan Stewart Green.
26
00:04:01,280 --> 00:04:04,000
Kami percaya kehilangan mereka berkait
27
00:04:04,080 --> 00:04:08,240
dan kami percaya kejadian
yang menimpa Harry dan Kayleigh
28
00:04:08,320 --> 00:04:10,280
berkait dengan kehilangan mereka.
29
00:04:10,360 --> 00:04:14,000
Saya tak tahu apa-apa
tentang Carlton Flynn.
30
00:04:14,720 --> 00:04:16,720
Dia tiada kaitan dengan keluarga saya.
31
00:04:16,800 --> 00:04:20,800
Orang pelik itu culik anak saya
dan mungkin akan bunuh dia.
32
00:04:21,399 --> 00:04:23,400
Entah apa yang mereka nak,
33
00:04:23,480 --> 00:04:26,560
tapi awak perlu cari dan halang mereka.
34
00:04:38,880 --> 00:04:41,520
Dengan gambaran kereta yang Kayleigh beri,
35
00:04:41,600 --> 00:04:45,720
kami jejaki mereka ke kabin itu
dan jumpa rakaman ini.
36
00:04:46,640 --> 00:04:49,280
Nombor plat itu milik
sebuah syarikat sewa,
37
00:04:49,360 --> 00:04:52,000
jika kita akan dapat kenal pasti orangnya.
38
00:04:52,680 --> 00:04:53,520
Syabas.
39
00:04:55,280 --> 00:04:56,120
Kenapa?
40
00:04:57,480 --> 00:04:59,040
Saya pernah nampak dia.
41
00:05:00,200 --> 00:05:01,280
Kayleigh Shaw.
42
00:05:06,360 --> 00:05:07,200
Hei.
43
00:05:08,960 --> 00:05:10,320
Syukurlah awak selamat.
44
00:05:14,640 --> 00:05:15,760
- Mari sini.
- Hei.
45
00:05:18,800 --> 00:05:20,320
- Kamu tak cedera?
- Tak.
46
00:05:21,320 --> 00:05:24,080
- Kenapa Kayleigh diculik?
- Kami selamat.
47
00:05:24,160 --> 00:05:27,920
Polis akan lindungi kita
sementara forensik periksa rumah kita.
48
00:05:28,000 --> 00:05:30,000
Okey. Tapi apa yang berlaku?
49
00:05:31,320 --> 00:05:34,680
- Saya nak pergi beli coklat.
- Hei, jangan harap.
50
00:05:34,760 --> 00:05:37,320
Ayah, ini balai polis. Saya pasti selamat.
51
00:05:38,400 --> 00:05:39,240
Okey.
52
00:05:39,960 --> 00:05:41,520
Saya akan menemaninya.
53
00:05:45,000 --> 00:05:47,440
Megan, apa yang berlaku? Siapa culik dia?
54
00:05:48,280 --> 00:05:49,680
Saya tak tahu.
55
00:05:53,080 --> 00:05:56,400
Tapi saya rasa
mereka culik Kayleigh kerana saya.
56
00:05:57,760 --> 00:05:59,040
Apa maksud awak?
57
00:06:01,240 --> 00:06:02,080
Megan?
58
00:06:02,160 --> 00:06:04,960
Itu masalahnya. Dulu saya bukan Megan.
59
00:06:05,840 --> 00:06:06,800
Apa?
60
00:06:08,600 --> 00:06:09,840
Sebelum kita bertemu…
61
00:06:11,560 --> 00:06:12,800
Identiti saya berbeza
62
00:06:14,760 --> 00:06:16,720
dan saya rasa itu puncanya.
63
00:06:22,800 --> 00:06:23,640
Jelaskannya.
64
00:06:27,400 --> 00:06:28,480
Tolong terangkan.
65
00:06:29,000 --> 00:06:32,480
Awak suka perangsang,
tapi kenapa awak tiada mesin kopi?
66
00:06:34,560 --> 00:06:35,400
Apa?
67
00:06:36,720 --> 00:06:38,800
Awak kata awak ingat semuanya.
68
00:06:41,160 --> 00:06:43,040
Cakap cepat. Apa yang berlaku?
69
00:06:48,000 --> 00:06:49,040
Jangan.
70
00:06:49,840 --> 00:06:51,520
- Apa awak buat?
- Jangan telefon dia.
71
00:06:51,600 --> 00:06:53,960
- Kawan! Fester!
- Tak boleh, Ray.
72
00:06:54,040 --> 00:06:57,560
Saya cuba abaikan tindakan awak
memecah masuk rumah Cassie,
73
00:06:58,080 --> 00:07:00,360
tapi sekarang polis ada di rumahnya.
74
00:07:00,960 --> 00:07:04,400
Jadi, jangan masuk campur
dalam masalah hidupnya.
75
00:07:04,480 --> 00:07:06,800
- Saya perlu cakap dengannya.
- Kenapa?
76
00:07:06,880 --> 00:07:10,400
Dua puluh tahun dah berlalu.
Dia dah tinggalkan awak.
77
00:07:10,480 --> 00:07:14,600
- Seolah-olah awak tak pernah wujud.
- Pulangkan telefon saya.
78
00:07:14,680 --> 00:07:18,880
Ray, saya tak suka kutuk orang mati
atau orang yang pura-pura mati,
79
00:07:19,640 --> 00:07:21,560
tapi elakkan dia.
80
00:07:21,640 --> 00:07:24,200
Wanita begitu
biasanya dipanggil orang gila!
81
00:07:24,280 --> 00:07:27,080
- Berani awak kutuk dia!
- Awak sokong dia, ya?
82
00:07:27,680 --> 00:07:31,080
Ya? Dia muncul
dan tiba-tiba awak menyebelahinya?
83
00:07:31,160 --> 00:07:32,400
Awak tahukah dia hidup?
84
00:07:33,440 --> 00:07:34,600
- Apa?
- Awak di sana.
85
00:07:34,680 --> 00:07:38,200
Awak tentu tahu destinasinya.
Awak tak beritahu saya, ya?
86
00:07:38,280 --> 00:07:40,040
- Awak dah gila.
- Tidak.
87
00:07:40,120 --> 00:07:43,440
Saya dah faham sekarang.
Awak tahu dia hidup.
88
00:07:43,520 --> 00:07:46,520
Awak tipu dan cuba merahsiakannya
macam orang lain.
89
00:07:47,280 --> 00:07:49,480
Saya dan Cassie
perlu selesaikan masalah ini.
90
00:07:49,560 --> 00:07:54,080
Hubungan awak dengan Cassie dah berakhir.
Semuanya dah berlalu!
91
00:07:55,920 --> 00:07:56,760
Ray.
92
00:07:57,280 --> 00:08:00,560
Dia takkan kembali, Ray!
93
00:08:08,120 --> 00:08:11,040
Dah tiba! Minta saja
dan doa awak akan ditunaikan.
94
00:08:11,120 --> 00:08:13,560
Leanne dah jumpa agensi kereta sewa itu.
95
00:08:13,640 --> 00:08:17,040
Mereka guna nama palsu,
tapi mereka guna gambar sebenar,
96
00:08:17,120 --> 00:08:20,240
jadi inilah penculik mesra kita.
97
00:08:21,080 --> 00:08:22,360
Mudanya mereka.
98
00:08:23,240 --> 00:08:27,200
Mustahil mereka penculik Stewart Green.
Ketika itu, mereka 12 tahun.
99
00:08:28,120 --> 00:08:29,840
Kenapa mereka buat kerja ini?
100
00:08:31,360 --> 00:08:33,480
- Apa itu?
- Ini jaket Kayleigh Shaw.
101
00:08:33,559 --> 00:08:35,520
- Ia ditemui di luar kabin.
- Apa?
102
00:08:37,200 --> 00:08:38,520
Sebentar.
103
00:08:47,200 --> 00:08:48,200
Jaketnya sama.
104
00:08:48,280 --> 00:08:51,880
Kenapa Kayleigh Shaw tak cakap
dia bersama Carlton Flynn?
105
00:08:55,040 --> 00:08:57,280
Berapa lama kita akan tinggal di sini?
106
00:08:57,360 --> 00:09:01,720
Selama beberapa hari sementara polis buat
kerja di rumah kita. Ini dia.
107
00:09:07,640 --> 00:09:08,480
Okey?
108
00:09:46,200 --> 00:09:47,280
Kayleigh!
109
00:09:49,120 --> 00:09:51,600
Maklumat ini sangat penting.
110
00:09:52,120 --> 00:09:54,080
Kami percaya awak saksi penting
111
00:09:54,160 --> 00:09:56,640
dalam kes kehilangan Carlton Flynn.
112
00:09:57,160 --> 00:10:00,240
Jadi, Kayleigh,
kami nak awak berterus terang, okey?
113
00:10:04,440 --> 00:10:06,320
Ini gambar Carlton Flynn.
114
00:10:07,720 --> 00:10:09,360
Gadis ini awak, bukan?
115
00:10:10,280 --> 00:10:12,040
Rakaman kamera litar tertutup
116
00:10:12,120 --> 00:10:15,320
menunjukkan yang awak guna
mesin ATM berdekatan Vipers
117
00:10:15,400 --> 00:10:17,840
dan penjaga pintunya mengenal pasti awak
118
00:10:17,920 --> 00:10:20,600
sebagai gadis
yang bersama Carlton malam itu.
119
00:10:21,440 --> 00:10:24,360
Awak pergi ke Vipers
dengan dia pada 16 April?
120
00:10:26,680 --> 00:10:28,200
Bagaimana awak kenal dia?
121
00:10:28,280 --> 00:10:30,920
Saya tak kenal. Kami jumpa dia di luar.
122
00:10:31,000 --> 00:10:33,560
Kami ingat nak tumpang dia
untuk masuk saja.
123
00:10:34,040 --> 00:10:36,280
Tapi dia nak beri kami dadah.
124
00:10:36,880 --> 00:10:37,720
Apa?
125
00:10:38,760 --> 00:10:39,840
Bagaimana awak tahu?
126
00:10:40,440 --> 00:10:43,920
Kawan saya ada pengilat kuku
yang kesan dadah dalam minuman.
127
00:10:45,000 --> 00:10:46,200
Terima kasih!
128
00:10:48,920 --> 00:10:50,760
Kita patut berhenti dulu.
129
00:10:50,840 --> 00:10:56,200
Tidak. Kita perlu tahu sebab dia
antara orang terakhir yang jumpa Carlton.
130
00:10:56,720 --> 00:10:58,480
- Mak, tak apa.
- Teruskan.
131
00:11:00,640 --> 00:11:05,040
Itu saja. Selepas kami tahu perbuatannya,
kami keluar dan terus balik.
132
00:11:06,160 --> 00:11:08,760
Perbuatan Carlton itu salah
133
00:11:09,280 --> 00:11:11,960
dan kehilangannya telah tersebar
dalam berita.
134
00:11:12,040 --> 00:11:13,840
Kenapa awak tak laporkannya?
135
00:11:13,920 --> 00:11:15,880
Pada mulanya saya tak tahu,
136
00:11:16,760 --> 00:11:19,560
apabila kami tahu,
saya ingat kami tak membantu.
137
00:11:20,960 --> 00:11:22,280
Tapi dia memang teruk.
138
00:11:22,360 --> 00:11:25,160
Dia bergaduh dengan seseorang di bar dan…
139
00:11:25,240 --> 00:11:26,280
Ada pergaduhan?
140
00:11:27,360 --> 00:11:29,560
Dengan siapa? Lelaki atau wanita?
141
00:11:30,120 --> 00:11:32,840
- Entah. Dia lelaki.
- Bagaimana rupanya?
142
00:11:33,440 --> 00:11:35,840
- Entah. Suasana gelap.
- Cuba ingat.
143
00:11:37,000 --> 00:11:40,960
Dia pakai baju berhud merah jambu.
144
00:11:42,200 --> 00:11:43,880
Dia orang Asia Timur.
145
00:11:43,960 --> 00:11:46,240
Berapa lama mereka bergaduh?
Bagaimana ia berakhir?
146
00:11:46,320 --> 00:11:48,920
Entah. Ia gelap. Saya tak tahu apa-apa!
147
00:11:49,000 --> 00:11:51,640
Sudahlah. Dia dah penat hari ini.
148
00:11:55,640 --> 00:11:56,480
Kayleigh,
149
00:11:57,520 --> 00:11:58,360
dengar sini.
150
00:11:59,040 --> 00:12:01,440
Jika ada maklumat lain yang penting,
151
00:12:01,520 --> 00:12:03,480
beritahu kami sekarang.
152
00:12:04,120 --> 00:12:04,960
Saya serius.
153
00:12:05,800 --> 00:12:07,000
Apa-apa saja.
154
00:12:13,120 --> 00:12:15,080
Tak ada, itu saja.
155
00:12:15,600 --> 00:12:20,080
Okey, polis akan datang setiap hari.
Hubungi saya jika awak perlukan apa-apa.
156
00:12:54,320 --> 00:12:56,480
Botol hiasan ada, tapi biskut tiada.
157
00:12:57,080 --> 00:12:58,440
Kenapa kamu tipu polis?
158
00:12:58,520 --> 00:13:01,480
Saya tak tipu.
Dia memang cuba beri kami dadah.
159
00:13:01,920 --> 00:13:05,200
Ia menakutkan
dan kita bincang semula hal itu,
160
00:13:05,280 --> 00:13:06,120
tapi Kayleigh,
161
00:13:07,400 --> 00:13:08,320
mak kenal kamu.
162
00:13:09,800 --> 00:13:11,480
Mak tahu kamu berahsia.
163
00:13:14,320 --> 00:13:16,560
Rahsia amat memenatkan
164
00:13:17,160 --> 00:13:18,520
dan tak ada gunanya.
165
00:13:19,600 --> 00:13:21,080
Polis bukan bodoh.
166
00:13:23,080 --> 00:13:25,000
Cakaplah. Apakah yang berlaku?
167
00:13:27,720 --> 00:13:29,040
Saya percaya cakapnya.
168
00:13:30,320 --> 00:13:32,200
Daripada keterangan Tawny,
169
00:13:32,280 --> 00:13:35,600
logik juga kalau dia tuang dadah
ke dalam minuman mereka.
170
00:13:35,680 --> 00:13:37,680
Kenapa kita baru tahu sekarang?
171
00:13:38,200 --> 00:13:39,320
Ada lebih 50 saksi,
172
00:13:39,400 --> 00:13:42,120
tapi seorang pun tak sebut
tentang budak berbaju merah jambu.
173
00:13:42,800 --> 00:13:46,040
Jadi, kita dah jumpa kaitan
antara Kayleigh dan Carlton.
174
00:13:46,120 --> 00:13:48,720
Tapi ia masih tak menjelaskan
penculikan itu.
175
00:13:49,200 --> 00:13:51,560
Mereka culik Kayleigh untuk umpan Megan.
176
00:13:52,320 --> 00:13:56,680
Jadi, penculik itu tak tahu Kayleigh pergi
ke Vipers. Kita pun baru tahu.
177
00:13:56,760 --> 00:14:00,080
Jadi, mereka juga
mungkin tak tahu macam kita.
178
00:14:06,760 --> 00:14:07,800
Bila Harry mati?
179
00:14:08,840 --> 00:14:10,400
21 April, bukan?
180
00:14:11,840 --> 00:14:12,960
Ya, 21 April.
181
00:14:14,720 --> 00:14:17,440
Itu lima hari
selepas Carlton Flynn hilang.
182
00:14:18,160 --> 00:14:20,720
Sehari selepas Harry hubungi kita,
183
00:14:21,520 --> 00:14:23,440
dan begitu juga dengan Megan.
184
00:14:23,520 --> 00:14:25,840
Dia jumpa kita di balai,
185
00:14:26,920 --> 00:14:31,320
dan beberapa jam kemudian,
Kayleigh diculik di rumahnya.
186
00:14:31,840 --> 00:14:33,080
Tak mungkin.
187
00:14:33,600 --> 00:14:34,520
Ya.
188
00:14:36,000 --> 00:14:37,120
Ada maklumat bocor.
189
00:14:39,120 --> 00:14:42,200
Ini telefon Brian Goldberg.
Sila tinggalkan pesanan.
190
00:14:42,280 --> 00:14:45,720
Goldberg, saya dah bayar.
Awak tak boleh tak endahkan saya.
191
00:14:58,640 --> 00:15:01,320
- Ini rumah saya.
- Kulit awak akan terbakar.
192
00:15:05,320 --> 00:15:06,360
Faktor 50 okey?
193
00:15:08,280 --> 00:15:10,560
Apa ini? Saya dah kata jangan datang.
194
00:15:10,640 --> 00:15:13,680
Kami dah kata kami tak suka bahasa kasar.
195
00:15:13,760 --> 00:15:16,520
Saya tak peduli!
196
00:15:17,200 --> 00:15:18,400
Mana anak saya?
197
00:15:19,960 --> 00:15:21,640
Siasatan kami belum selesai.
198
00:15:22,640 --> 00:15:26,720
Poket saya dah hampir kosong.
Awak nak duit awak, bawa dia balik.
199
00:15:39,520 --> 00:15:41,440
Kenalan saya kata awak handal,
200
00:15:42,720 --> 00:15:44,040
jadi awak tentu hebat
201
00:15:45,320 --> 00:15:48,200
dan akan buat segala yang perlu
untuk mencarinya.
202
00:15:50,480 --> 00:15:53,400
Pindahkan bayaran seterusnya
dalam masa sejam.
203
00:15:57,000 --> 00:15:57,840
Baik.
204
00:16:00,160 --> 00:16:01,520
Pergi semula ke Vipers.
205
00:16:02,440 --> 00:16:03,560
Ia bermula di sana.
206
00:16:03,640 --> 00:16:04,840
Cari pengurusnya.
207
00:16:19,880 --> 00:16:21,240
Kerja atau keseronokan?
208
00:16:22,400 --> 00:16:25,560
Ada petunjuk baru.
Saya ingat Rudy boleh kenal pasti…
209
00:16:26,040 --> 00:16:27,480
- Tak berjaya, ya?
- Tak.
210
00:16:29,480 --> 00:16:33,320
- Rudy kata awak jumpa doktor.
- Ada berita baik. Saya dah sembuh.
211
00:16:39,200 --> 00:16:42,760
Saya tahu awak tak mahu tahu,
tapi ada satu tempat di Sweden…
212
00:16:42,840 --> 00:16:45,160
- Ya Tuhan.
- Awak fikir ia sia-sia.
213
00:16:45,240 --> 00:16:47,280
Tapi mereka buat kajian
214
00:16:47,360 --> 00:16:52,600
dan keputusan ujian peringkat awalnya
nampak memberangsangkan.
215
00:16:53,120 --> 00:16:56,600
- Ia dapat panjangkan usia. Tengoklah.
- Tidak.
216
00:16:57,920 --> 00:17:01,200
- Tak rugi jika ia beri awak peluang?
- Tidak bagi saya.
217
00:17:06,680 --> 00:17:07,839
Ini tempat saya.
218
00:17:09,520 --> 00:17:13,160
Saya bina tempat ini.
Gadis-gadis di sini saudara saya.
219
00:17:14,680 --> 00:17:17,960
Saya tak mahu mati
di negara orang berseorangan
220
00:17:18,040 --> 00:17:21,040
kerana menghabiskan hidup
demi keajaiban yang palsu.
221
00:17:25,319 --> 00:17:28,840
Saya pilih awak
kerana awak buat saya ketawa
222
00:17:29,520 --> 00:17:31,440
dan saya sangka awak faham.
223
00:17:33,680 --> 00:17:35,360
Awak kejayaan terakhir saya.
224
00:17:36,760 --> 00:17:38,600
Peluang terakhir untuk bahagia.
225
00:17:42,600 --> 00:17:44,080
Saya amat mencintai awak.
226
00:17:45,960 --> 00:17:50,520
Tapi kalau awak nak kejar harapan palsu,
hubungan kita putus sekarang.
227
00:18:28,720 --> 00:18:31,120
Aku bahagia
228
00:18:32,520 --> 00:18:36,440
Aku sangat gembira
229
00:18:37,200 --> 00:18:41,160
Seperti budak dengan minat baru
230
00:18:42,360 --> 00:18:48,280
Apabila aku jumpa Lorraine kesayanganku
231
00:18:48,360 --> 00:18:51,200
Matanya bersinar
232
00:18:52,600 --> 00:18:56,680
Berkilauan seperti bintang
233
00:18:57,720 --> 00:19:01,440
Apabila melihatnya, kau akan sedar
234
00:19:02,720 --> 00:19:07,440
Sebab aku cintakan Lorraine tersayang
235
00:19:22,720 --> 00:19:23,640
Duit dah masuk!
236
00:19:24,120 --> 00:19:27,000
Bolehlah kita berbulan madu.
237
00:19:27,080 --> 00:19:29,400
Kepulauan Galapagos, nanti kami datang.
238
00:19:29,480 --> 00:19:30,680
Saya suka kura-kura.
239
00:19:35,040 --> 00:19:36,360
Apa kata jika kita tak balik?
240
00:19:36,880 --> 00:19:40,760
Maksud saya, bukan dari Galapagos,
tapi daripada berbulan madu,
241
00:19:40,840 --> 00:19:42,680
dan terus mengembara?
242
00:19:44,400 --> 00:19:45,240
Kenapa?
243
00:19:46,000 --> 00:19:51,280
Awak hampir mati dibunuh
wanita dengan wagon buruknya
244
00:19:52,280 --> 00:19:54,560
dan kita mungkin tertangkap
semasa bunuh polis itu.
245
00:19:54,640 --> 00:19:57,800
Kalau dia berani,
entah apa yang mungkin terjadi.
246
00:19:59,680 --> 00:20:02,680
Dengar kata,
ramai orang bersara awal sekarang.
247
00:20:07,000 --> 00:20:09,000
Tapi semua pasangan ada persamaan.
248
00:20:09,600 --> 00:20:10,720
Ini persamaan kita.
249
00:20:12,880 --> 00:20:14,880
- Ini kerja kita.
- Saya tahu.
250
00:20:16,320 --> 00:20:17,160
Saya tahu.
251
00:20:19,040 --> 00:20:20,600
Apa kata kita tukar kerja?
252
00:20:27,240 --> 00:20:28,080
Itu dia.
253
00:20:28,760 --> 00:20:30,280
Tentu dia bosnya.
254
00:20:30,360 --> 00:20:33,120
Mungkin detektif itu
beritahu maklumat berguna.
255
00:21:12,720 --> 00:21:17,040
- Bila awak nak berhenti marah saya?
- Awak dah tipu saya selama 17 tahun.
256
00:21:17,120 --> 00:21:18,840
Jadi lambat lagilah jawabnya.
257
00:21:19,680 --> 00:21:23,600
Kerana awak,
orang gila ganggu hidup keluarga kita.
258
00:21:26,080 --> 00:21:27,400
Siapa awak sebenarnya?
259
00:21:27,920 --> 00:21:29,400
Dave, awak kenal saya.
260
00:21:30,000 --> 00:21:32,680
- Nama sebenar pun saya tak tahu.
- Meganlah.
261
00:21:37,440 --> 00:21:39,480
Tapi sebelum kita berkenalan,
262
00:21:40,520 --> 00:21:42,000
nama saya Cassie.
263
00:21:44,280 --> 00:21:46,840
Tapi kisah-kisah silam yang lain,
264
00:21:47,360 --> 00:21:49,960
tentang kehilangan ibu bapa
dan bersendirian,
265
00:21:50,520 --> 00:21:51,680
semuanya benar.
266
00:21:52,520 --> 00:21:53,600
Saya tak tipu.
267
00:21:58,560 --> 00:21:59,800
Ketika itu, saya muda
268
00:22:00,560 --> 00:22:03,800
dan naif, dan terjebak dalam masalah besar
269
00:22:04,760 --> 00:22:06,600
dengan lelaki yang sakiti saya.
270
00:22:10,160 --> 00:22:11,120
Pada satu hari,
271
00:22:12,440 --> 00:22:14,000
dia ditemui mati.
272
00:22:15,560 --> 00:22:19,280
Saya takut orang akan fikir
saya pembunuhnya, jadi saya lari.
273
00:22:21,240 --> 00:22:22,440
Saya mulakan hidup baru.
274
00:22:23,960 --> 00:22:24,920
Itu saja.
275
00:22:26,520 --> 00:22:29,680
- Mati?
- Saya tak terlibat dengan kematiannya.
276
00:22:29,760 --> 00:22:32,080
Nanti dulu, lelaki itu mati,
277
00:22:33,240 --> 00:22:37,040
jadi awak lari ke tempat lain,
pura-pura jadi orang lain
278
00:22:37,120 --> 00:22:39,760
dan perdayakan saya
sampai hampir 20 tahun.
279
00:22:39,840 --> 00:22:41,000
Bukan begitu.
280
00:22:41,080 --> 00:22:43,120
Jadi awak pergunakan saya?
281
00:22:43,800 --> 00:22:46,520
Sebagai samaran
kalau-kalau polis cari awak?
282
00:22:46,600 --> 00:22:50,680
Boleh awak fikir yang saya akan percaya
bahawa kehidupan kita benar
283
00:22:50,760 --> 00:22:52,680
apabila awak simpan rahsia sebesar itu?
284
00:22:52,760 --> 00:22:55,920
Saya tak berniat berahsia dengan awak.
285
00:22:57,600 --> 00:22:59,440
Saya buat kerana cintakan awak.
286
00:23:02,200 --> 00:23:03,920
Saya suka jadi Megan.
287
00:23:05,400 --> 00:23:09,800
Jadi saya rahsiakan Cassie
kerana dia akan musnahkan hidup kita.
288
00:23:10,520 --> 00:23:13,000
Tapi sekarang, Stewart mungkin masih hidup
289
00:23:13,080 --> 00:23:15,400
atau dia mungkin suruh orang buru kita.
290
00:23:18,640 --> 00:23:19,840
Apabila kita pulang nanti,
291
00:23:21,840 --> 00:23:23,760
kita patut berpisah buat sementara.
292
00:23:25,080 --> 00:23:27,600
- Saya dah tak kenal awak lagi.
- Tidak.
293
00:23:29,360 --> 00:23:31,040
Awak kenal sangat saya.
294
00:23:31,120 --> 00:23:33,000
Apatah lagi sekarang.
295
00:23:33,080 --> 00:23:35,680
Awak tahu semuanya.
Saya dah berterus terang.
296
00:23:39,120 --> 00:23:40,560
Saya dah sakiti awak.
297
00:23:41,920 --> 00:23:43,560
Saya perlu betulkan kesilapan saya.
298
00:23:44,560 --> 00:23:46,400
Tapi keluarga kita segalanya.
299
00:23:47,120 --> 00:23:48,880
Ia segala yang saya impikan.
300
00:23:50,800 --> 00:23:52,640
Bukankah itu saja yang penting?
301
00:23:54,120 --> 00:23:57,000
- Awak kenal Megan?
- Tidak. Awak pula?
302
00:23:59,080 --> 00:24:02,400
Saya ada satu soalan.
Awak bertunang berapa kali?
303
00:24:02,920 --> 00:24:05,640
- Apa?
- Awak bertunang berapa kali?
304
00:24:07,040 --> 00:24:10,560
Seorang lelaki sertai
parti sebelum kahwin saya,
305
00:24:10,640 --> 00:24:14,280
dia pelik sangat
dan dia asyik tanya tentang awak.
306
00:24:14,360 --> 00:24:16,160
Dia cakap sesuatu, katanya,
307
00:24:17,840 --> 00:24:19,160
awak pernah bertunang.
308
00:24:22,480 --> 00:24:23,400
Betulkah?
309
00:24:31,440 --> 00:24:33,560
Tak berahsia konon.
310
00:24:35,480 --> 00:24:36,320
Dave!
311
00:24:58,120 --> 00:24:59,760
PESANAN SUARA BARU
312
00:25:00,760 --> 00:25:03,120
Anda ada satu pesanan baru.
313
00:25:04,320 --> 00:25:06,480
Saya tahu nasib Stewart Green.
314
00:25:07,240 --> 00:25:09,960
Jumpa saya di jeti esok pada pukul satu.
315
00:25:11,080 --> 00:25:12,080
Jangan lari lagi.
316
00:25:50,360 --> 00:25:52,280
- Mama!
- Ini masa tidur. Selamat malam.
317
00:25:52,920 --> 00:25:54,360
Selamat tinggal.
318
00:26:21,640 --> 00:26:23,680
Hei. Jumpa apa-apa?
319
00:26:23,760 --> 00:26:26,840
Saya dah periksa semua gambar Priya,
keterangan saksi
320
00:26:26,920 --> 00:26:31,080
dan tanya penjaga pintu,
tapi tiada orang ingat lelaki berhud itu.
321
00:26:32,480 --> 00:26:33,520
Sekejap.
322
00:26:34,360 --> 00:26:36,840
Ada teksi. Ia ada kamera papan pemuka tak?
323
00:26:36,920 --> 00:26:39,480
Ada. Kami periksa
semasa siasat kes Carlton.
324
00:26:39,560 --> 00:26:40,520
Tak ada apa-apa.
325
00:26:40,600 --> 00:26:42,560
Tapi awak tak cari hud merah jambu.
326
00:26:42,640 --> 00:26:44,560
Dapatkan rakaman daripada kereta
327
00:26:44,640 --> 00:26:47,640
di pintu masuk Vipers
pada malam Kayleigh di sana.
328
00:26:47,720 --> 00:26:51,360
Teksi, ambulans dengan kamera luar,
dan sebagainya.
329
00:26:52,000 --> 00:26:53,320
Baik. Nanti saya buat.
330
00:26:54,360 --> 00:26:55,360
Saya pergi dulu.
331
00:26:55,840 --> 00:26:58,960
Polis dapat rakaman depan pintu
di lokasi pembunuhan Harry Sutton.
332
00:26:59,040 --> 00:27:00,480
- Awak nak tengok?
- Ya.
333
00:27:00,960 --> 00:27:05,440
- Bagaimana dengan Kayleigh Shaw?
- Belum ada apa-apa yang menarik.
334
00:27:07,640 --> 00:27:09,960
Awak baliklah. Saya akan lihat sendiri.
335
00:27:10,040 --> 00:27:10,960
- Betul?
- Ya.
336
00:27:25,480 --> 00:27:31,920
KEDAI HAIWAN HANNIBAL
337
00:27:45,680 --> 00:27:48,080
SIASATAN LOKASI JENAYAH
338
00:27:59,960 --> 00:28:00,960
Jumpa lagi esok.
339
00:28:01,920 --> 00:28:04,600
Kenapa Goldberg di rumah Harry Sutton?
340
00:28:05,480 --> 00:28:08,520
- Saya tak tahu pun dia di sana.
- Tak. Saya pun.
341
00:28:32,000 --> 00:28:33,800
BARANG KES
KETERANGAN: TALI
342
00:28:35,320 --> 00:28:37,240
BARANG KES
KETERANGAN: PICAGARI
343
00:28:49,800 --> 00:28:52,160
HELAIAN RAMBUT
344
00:29:19,200 --> 00:29:20,680
Saya dah dahaga.
345
00:29:38,920 --> 00:29:39,760
Hai.
346
00:29:39,840 --> 00:29:43,440
Anak awak mungkin tak dapat bezakan
antara siang dan malam…
347
00:29:43,520 --> 00:29:44,360
Diam!
348
00:29:47,760 --> 00:29:48,600
Goldberg?
349
00:29:49,760 --> 00:29:50,720
Saya datang sekarang.
350
00:29:50,800 --> 00:29:53,160
Kerja pada waktu ini patut diharamkan.
351
00:29:53,680 --> 00:29:56,720
Yalah, sedangkan awak kerap
berparti lewat malam.
352
00:29:58,520 --> 00:30:00,360
- Jumpa lagi.
- Selamat tinggal.
353
00:30:04,680 --> 00:30:06,800
Goldberg tak ditemui sejak semalam.
354
00:30:06,880 --> 00:30:09,520
Dia jumpa Megan dan Kayleigh
padahal dia tak patut pun.
355
00:30:09,600 --> 00:30:12,840
Dia ambil bukti tanpa sebab
bermakna ada benda tak kena.
356
00:30:13,320 --> 00:30:16,320
- Awak ada waran?
- Ya dan saya ada kuncinya.
357
00:30:17,480 --> 00:30:22,120
Tak bergaya seperti yang saya jangkakan
bagi lelaki bujang seperti Goldberg.
358
00:30:22,200 --> 00:30:23,200
Ya, agaknya
359
00:30:24,440 --> 00:30:25,800
duitnya habis akibat bercerai.
360
00:30:25,880 --> 00:30:27,360
Telefonnya tak berdering?
361
00:30:27,440 --> 00:30:30,000
Ya, sejak dia tinggalkan balai
pagi semalam.
362
00:30:31,000 --> 00:30:34,280
Jabatan Integriti sedang mencarinya.
363
00:30:37,000 --> 00:30:40,960
Dia dah lama cuba menyertai
Kumpulan Ahli Silap Mata.
364
00:30:41,040 --> 00:30:43,680
Tak mungkin dia penjenayah sambilan.
365
00:31:05,320 --> 00:31:06,880
Beg bukti yang hilang itu.
366
00:31:07,360 --> 00:31:09,600
Ahli silap mata suka hilangkan barang.
367
00:31:18,840 --> 00:31:22,920
MEGAN PIERCE SAKSI HARRY SUTTON
368
00:31:42,440 --> 00:31:43,280
Kamu okey?
369
00:31:45,480 --> 00:31:47,040
Saya baru sedar hari ini.
370
00:31:47,560 --> 00:31:49,440
Penculik itu memang nak sakiti saya.
371
00:31:50,520 --> 00:31:51,720
Begitu juga Carlton.
372
00:31:52,240 --> 00:31:54,840
Jika Bea tak ada
dan saya minum minuman itu,
373
00:31:54,920 --> 00:31:56,480
dia boleh buat apa saja.
374
00:31:56,560 --> 00:31:59,680
Tapi dia dan penculik itu gagal.
kamu pun dah selamat.
375
00:32:02,640 --> 00:32:05,840
Bagaimana keadaannya
semasa mak bekerja di Vipers?
376
00:32:06,440 --> 00:32:08,240
Perkara begini pernah berlaku?
377
00:32:09,360 --> 00:32:11,240
Ia bukan begini.
378
00:32:12,400 --> 00:32:14,480
Tapi, ya…
379
00:32:16,520 --> 00:32:17,960
ada kejadian menakutkan.
380
00:32:19,680 --> 00:32:22,760
Tapi bukan itu yang mak ingat
tentang Vipers.
381
00:32:22,840 --> 00:32:24,640
Kita bagaikan sebuah keluarga.
382
00:32:25,360 --> 00:32:27,840
Kami semua jaga satu sama lain.
383
00:32:28,440 --> 00:32:30,240
Selalunya, kami gembira.
384
00:32:31,240 --> 00:32:32,200
Mak sukakannya.
385
00:32:32,960 --> 00:32:34,200
Kenapa mak tinggalkannya?
386
00:32:34,760 --> 00:32:38,520
Ada orang di luar sana
yang buat perkara jahat.
387
00:32:40,080 --> 00:32:42,160
Tapi ada juga orang
388
00:32:42,800 --> 00:32:44,880
yang sayang dan mahu lindungi kamu…
389
00:32:45,680 --> 00:32:46,760
macam mak
390
00:32:47,280 --> 00:32:48,120
dan Bea.
391
00:32:50,080 --> 00:32:51,400
Kamu tak berseorangan.
392
00:32:52,320 --> 00:32:53,600
- Okey?
- Ya.
393
00:32:59,560 --> 00:33:01,520
Boleh mak temani saya sampai Bea tiba?
394
00:33:02,440 --> 00:33:03,480
Ya, mestilah.
395
00:33:21,920 --> 00:33:26,000
Awak dilihat bergaduh dengan Carlton Flynn
di Vipers pada 16 April
396
00:33:26,080 --> 00:33:27,600
sebelum kehilangannya.
397
00:33:28,200 --> 00:33:29,680
Bagaimana awak kenal dia?
398
00:33:30,160 --> 00:33:32,920
Melalui kawan dalam kelas kimia saya.
399
00:33:35,240 --> 00:33:37,840
- Awak ahli kimia?
- Saya masih belajar.
400
00:33:39,520 --> 00:33:43,520
Awak jumpa Carlton pada 16 April,
adakah ia untuk jual dadah?
401
00:33:46,920 --> 00:33:47,760
Tiada komen.
402
00:33:48,360 --> 00:33:52,320
Awak tahukah awak suspek kes kehilangan
dan mungkin pembunuhannya?
403
00:33:53,320 --> 00:33:56,240
Jadi, awak tak patut jawab "tiada komen".
404
00:33:56,320 --> 00:34:00,600
Gama-hidroksibutirat tak haram
jika ia bukan untuk penggunaan rekreasi.
405
00:34:00,680 --> 00:34:03,840
Lagipun, saya tak jual pun.
Tiada wang yang terlibat.
406
00:34:04,800 --> 00:34:06,240
Kenapa awak bergaduh dengannya?
407
00:34:09,280 --> 00:34:10,560
Ada saksi nampak.
408
00:34:12,360 --> 00:34:13,280
Entahlah.
409
00:34:14,080 --> 00:34:16,440
Dia tak puas hati dengan jumlahnya.
410
00:34:16,520 --> 00:34:18,120
Kami berbual sekejap saja.
411
00:34:18,199 --> 00:34:21,159
Saya dan kawan-kawan saya
nak pergi ke bar lain.
412
00:34:21,639 --> 00:34:23,960
Saya ada bukti. Saya berbual dengannya.
413
00:34:24,040 --> 00:34:28,400
Kemudian, kami pergi ke Kafe Baumgart
sebelum ke rumah kawan saya.
414
00:34:28,480 --> 00:34:31,440
Saya ambil gambar sepanjang malam.
Ada cap masa.
415
00:34:31,520 --> 00:34:33,840
Bukankah itu alibi penting?
416
00:34:34,800 --> 00:34:37,520
Saya tak terlibat
dengan kehilangan Carlton.
417
00:34:40,400 --> 00:34:42,280
Lelaki ini, Guy Tatum,
418
00:34:43,040 --> 00:34:45,600
dia juga hilang
pada malam itu dan dah mati.
419
00:34:45,679 --> 00:34:48,040
- Awak ada jual kepadanya?
- Tidak.
420
00:34:49,000 --> 00:34:51,040
Tapi dia bercakap dengan Carlton.
421
00:34:51,120 --> 00:34:53,440
Dia bergaduh dengan seorang lelaki.
422
00:34:54,400 --> 00:34:55,360
Baiklah!
423
00:34:56,120 --> 00:34:56,960
Awak nampak
424
00:34:57,720 --> 00:35:00,000
Guy Tatum, bergaduh dengan seseorang?
425
00:35:00,080 --> 00:35:00,920
Ya.
426
00:35:01,000 --> 00:35:01,920
Siapa?
427
00:35:03,000 --> 00:35:04,200
Bagaimana rupanya?
428
00:35:05,240 --> 00:35:08,480
Tinggi, selekeh dengan kamera mahal.
429
00:35:09,680 --> 00:35:12,160
Macam tak kena dengan gaya gelandangannya.
430
00:35:16,800 --> 00:35:17,760
Inikah orangnya?
431
00:35:18,920 --> 00:35:20,440
Ya. Itulah dia.
432
00:35:24,160 --> 00:35:26,000
- Polis!
- Polis!
433
00:35:26,080 --> 00:35:27,640
Ray Levine, keluar!
434
00:35:28,640 --> 00:35:30,840
- Periksa tingkat atas.
- Selamat!
435
00:35:31,600 --> 00:35:32,440
Selamat!
436
00:35:34,800 --> 00:35:36,120
Dia tiada di sini.
437
00:35:36,960 --> 00:35:39,440
Baguslah. Telefonnya masih gagal dijejaki.
438
00:35:39,520 --> 00:35:40,440
Tolong naik atas.
439
00:36:21,120 --> 00:36:22,360
Jumpa apa-apa?
440
00:36:22,440 --> 00:36:23,320
Ya.
441
00:36:24,000 --> 00:36:27,080
Tramadol, fentanil, nitrazepam.
442
00:36:28,280 --> 00:36:32,000
Kad kredit Carlton Flynn,
di bawah tempat duduk kereta.
443
00:36:32,520 --> 00:36:36,480
Kenapa Ray Levine simpan
kad kredit orang yang hilang?
444
00:36:49,320 --> 00:36:51,240
PANGGILAN MASUK
FESTER
445
00:36:53,640 --> 00:36:55,120
- Ada apa?
- Hei, kawan.
446
00:36:55,880 --> 00:36:57,600
Polis datang cari awak.
447
00:36:58,120 --> 00:37:01,560
Gayanya macam nak tangkap orang,
bukan untuk saman kereta.
448
00:37:02,440 --> 00:37:04,680
Apa saja yang berlaku kepada Cassie,
449
00:37:05,720 --> 00:37:07,680
awak tak boleh lindungi dia lagi.
450
00:37:08,400 --> 00:37:10,640
Awak perlu sembunyi sekarang.
451
00:37:30,400 --> 00:37:31,240
Rudy.
452
00:37:32,640 --> 00:37:33,760
Kenapa awak datang?
453
00:37:34,280 --> 00:37:36,920
Awak yang bunuh Stewart dan ambil wangnya.
454
00:37:37,000 --> 00:37:37,840
Apa?
455
00:37:38,400 --> 00:37:41,000
Saya ingat awak berdua lari bersama.
456
00:37:41,880 --> 00:37:43,680
Saya silap rupanya.
457
00:37:43,760 --> 00:37:46,080
Wang yang Stewart disembunyikan itu
milik saya juga.
458
00:37:46,160 --> 00:37:48,080
Dia masih berhutang dengan saya.
459
00:37:48,800 --> 00:37:49,920
Saya perhatikan awak.
460
00:37:50,000 --> 00:37:52,480
Stewart hilang bermakna awak dah bunuh dia
461
00:37:52,560 --> 00:37:53,960
dan simpan duit itu.
462
00:37:54,040 --> 00:37:57,120
- Kehidupan baru tak murah.
- Saya tak bunuh sesiapa.
463
00:37:59,400 --> 00:38:01,960
Saya ambil sebahagian duit itu
sebelum lari.
464
00:38:03,040 --> 00:38:06,240
Saya tinggalkan bakinya kepada isterinya.
Saya tak tahu ia milik awak.
465
00:38:13,240 --> 00:38:16,720
Awak rupanya yang beri iklan Vipers itu
kepada anak saya.
466
00:38:17,840 --> 00:38:18,800
Memang pun…
467
00:38:18,880 --> 00:38:19,840
Kenapa?
468
00:38:19,920 --> 00:38:21,360
Saya rindu awak, sayang.
469
00:38:23,680 --> 00:38:25,120
Saya cuma nak wang saya.
470
00:38:25,880 --> 00:38:28,000
Wang itu dah tiada, Rudy.
471
00:38:35,000 --> 00:38:37,520
Jangan ganggu keluarga saya.
472
00:38:49,080 --> 00:38:52,640
- Semuanya okey?
- Ya. Saya cuma nak masuk ke dalam rumah.
473
00:38:56,920 --> 00:38:59,720
- Hai.
- Kami dah kesan telefon Ray Levine.
474
00:38:59,800 --> 00:39:02,760
Saya dah hantar orang ke sana
dan lokasinya kepada awak.
475
00:39:03,800 --> 00:39:06,040
Saya dah dekat. Saya pergi sekarang.
476
00:39:16,600 --> 00:39:17,440
Cassie?
477
00:39:35,320 --> 00:39:37,600
Kenapa awak cari saya dan Cassie?
Apa awak nak?
478
00:39:37,680 --> 00:39:40,440
Kenapa awak cari dia?
Apa kaitan kamu berdua?
479
00:39:40,520 --> 00:39:42,480
Apa terjadi kepada Stewart Green?
480
00:39:42,560 --> 00:39:44,760
- Adakah Cassie terlibat?
- Tidak!
481
00:39:51,800 --> 00:39:52,920
Saya bunuh Stewart.
482
00:39:54,520 --> 00:39:56,200
Dia asyik ganggu Cassie.
483
00:39:57,160 --> 00:39:59,800
Lelaki teruk memang suka penari bogel.
Tapi dia berbeza.
484
00:39:59,880 --> 00:40:02,680
Dia cuba cederakan dia
dan saya hilang sabar.
485
00:40:02,760 --> 00:40:04,080
Saya bunuh dia, okey?
486
00:40:04,800 --> 00:40:05,640
Dia dah mati.
487
00:40:06,200 --> 00:40:10,320
Tapi Cassie tak terlibat,
jadi tolong ganggu dia dan keluarganya.
488
00:40:10,920 --> 00:40:12,000
Saya buat seorang.
489
00:40:13,240 --> 00:40:15,360
Bagaimana dengan Guy dan Carlton?
490
00:40:15,440 --> 00:40:17,800
Awak bergaduh dengan Guy
dan curi kad kredit Carlton.
491
00:40:17,880 --> 00:40:20,240
Kad kredit? Saya tak curi apa-apa pun.
492
00:40:20,320 --> 00:40:21,320
Lelaki lain pula?
493
00:40:21,400 --> 00:40:23,920
Selama 17 tahun awak membunuh.
Kasihan keluarga mereka.
494
00:40:24,000 --> 00:40:26,080
- Saya tak bunuh!
- Kasihan mereka!
495
00:40:27,160 --> 00:40:29,720
Ray Levine, awak ditahan kerana membunuh…
496
00:40:34,760 --> 00:40:37,560
Detektif Brian Goldberg dicari
untuk membantu
497
00:40:37,640 --> 00:40:41,480
kes pembunuhan peguam tempatan
dan kehilangan seorang pelajar.
498
00:40:42,120 --> 00:40:43,600
Saya dah buat sesuatu.
499
00:40:45,000 --> 00:40:46,080
Duit ganjaran itu?
500
00:40:46,560 --> 00:40:47,560
Kita mampu bayar.
501
00:40:47,640 --> 00:40:52,080
Sementara polis didesak untuk menjelaskan
penglibatan Detektif Goldberg…
502
00:40:52,160 --> 00:40:53,080
Ini hal lain.
503
00:41:01,680 --> 00:41:03,040
AMARAN: BERBAHAYA
504
00:41:04,120 --> 00:41:05,360
Pandang saya.
505
00:41:07,240 --> 00:41:09,920
Apa saja untuk mengembalikan anak awak.
506
00:41:10,520 --> 00:41:11,360
Ya?
507
00:41:12,760 --> 00:41:13,720
Jangan menyesal.
508
00:41:17,680 --> 00:41:18,880
Apa saja.
509
00:41:26,040 --> 00:41:26,880
Terima kasih.
510
00:41:26,960 --> 00:41:28,080
Awak bagaimana?
511
00:41:29,400 --> 00:41:30,640
Macam orang bodoh.
512
00:41:31,880 --> 00:41:34,040
Mula-mula, Goldberg, sekarang, Ray Levine.
513
00:41:34,720 --> 00:41:35,960
Di depan mata.
514
00:41:37,760 --> 00:41:38,960
Apa lagi?
515
00:41:42,120 --> 00:41:44,240
Tapi ada satu perkara yang pelik.
516
00:41:44,320 --> 00:41:45,760
Dia mengaku membunuh,
517
00:41:45,840 --> 00:41:51,160
tapi bersungguh-sungguh kata
dia tak curi kad kredit Carlton Flynn.
518
00:41:51,840 --> 00:41:54,480
Tuduhan pencurian kecil
bukan isu besar pun.
519
00:41:59,960 --> 00:42:00,800
Awak okey?
520
00:42:04,760 --> 00:42:05,960
Lorraine ada kanser.
521
00:42:09,520 --> 00:42:10,760
Ia terukkah?
522
00:42:15,480 --> 00:42:16,440
Saya bersimpati.
523
00:42:20,920 --> 00:42:22,040
Apa dalam fail itu?
524
00:42:22,120 --> 00:42:25,840
Ya, kami jumpa benda lain
di studio Ray Levine.
525
00:42:26,360 --> 00:42:29,480
Ia pemacu kilat yang ada gambar hutan
yang dia hantar kepada kita.
526
00:42:30,200 --> 00:42:31,520
Tengoklah.
527
00:42:31,600 --> 00:42:35,440
Dia tangkap gambar hutan itu
setiap tahun sejak Stewart hilang.
528
00:42:35,520 --> 00:42:36,640
Apa?
529
00:42:38,200 --> 00:42:41,160
Semua ini bertarikh 16 April.
530
00:42:42,560 --> 00:42:45,360
Tarikh Karnival tak sama setiap tahun,
tapi kenapa ia begini?
531
00:42:46,240 --> 00:42:48,720
Mungkin dia bunuh semasa Karnival, tapi,
532
00:42:48,800 --> 00:42:52,640
16 April istimewa baginya,
jadi dia ambillah gambar pada hari itu.
533
00:42:52,720 --> 00:42:54,400
Macam menyusahkan saja.
534
00:42:54,480 --> 00:42:58,680
Bunuh seorang setiap tahun
dan buang mayatnya pun susah juga.
535
00:42:59,720 --> 00:43:00,720
Tengok benda itu.
536
00:43:02,760 --> 00:43:03,600
Itu apa?
537
00:43:10,000 --> 00:43:11,080
Itu, ada lagi.
538
00:43:26,320 --> 00:43:27,560
Di sinilah tempatnya.
539
00:43:40,360 --> 00:43:42,400
Itu. Jejak.
540
00:43:43,920 --> 00:43:45,000
Jejak troli.
541
00:44:21,520 --> 00:44:22,360
Erin.
542
00:44:37,480 --> 00:44:38,480
Ia pemegang.
543
00:44:42,600 --> 00:44:43,440
Ya.
544
00:44:54,680 --> 00:44:55,520
Okey.
545
00:44:59,760 --> 00:45:00,920
Ya Tuhan!
546
00:45:18,000 --> 00:45:18,960
Ya Tuhan.
547
00:45:20,440 --> 00:45:21,280
Baiklah.
548
00:45:26,920 --> 00:45:28,880
Aduhai.
549
00:46:12,640 --> 00:46:13,880
- Awak okey?
- Ya.
550
00:47:03,960 --> 00:47:05,920
Beritahu mak. Apa sebenarnya yang berlaku?
551
00:48:12,080 --> 00:48:14,680
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin