1 00:02:18,360 --> 00:02:23,120 "Midsummmer is Full of Love" 2 00:02:23,240 --> 00:02:24,800 Berani awak pecah masuk rumah saya? 3 00:02:24,920 --> 00:02:26,160 Keluar!! 4 00:02:26,400 --> 00:02:27,760 Saya akan bunuh awak! 5 00:02:28,080 --> 00:02:29,280 Awak lagi! 6 00:02:31,160 --> 00:02:33,240 Hei, buka pintu! 7 00:02:34,480 --> 00:02:36,640 Badan awak panas. Awak demamkah? 8 00:02:37,400 --> 00:02:38,920 Biar saya bawa awak ke hospital. 9 00:02:39,800 --> 00:02:40,800 Panasnya. 10 00:02:40,960 --> 00:02:43,960 Helo, saya Tiffany. Ejen Zeyi. 11 00:02:44,000 --> 00:02:45,560 Saya tinggal di rumah ini sejak kecil. 12 00:02:45,720 --> 00:02:47,280 Saya takkan jual rumah saya. 13 00:02:47,400 --> 00:02:48,880 Apa yang berlaku antara awak berdua? 14 00:02:48,960 --> 00:02:51,080 Rumah ini pernah jadi milik gadis itu. 15 00:02:51,320 --> 00:02:54,040 Gadis itu gadai janji rumah ini kepada rakannya, Jin Xiaoqin. 16 00:02:54,240 --> 00:02:56,040 Jin Xiaoqin yang jual rumah ini kepada saya. 17 00:02:56,160 --> 00:02:57,760 Awak tak boleh ubah rumah ini. 18 00:02:57,880 --> 00:02:58,960 Ini rumah saya. 19 00:02:59,240 --> 00:03:00,280 Awak berguraukah? 20 00:03:04,480 --> 00:03:05,880 - Beri pada saya! - Lepaskan saya! 21 00:03:06,200 --> 00:03:07,200 Beri pada saya! 22 00:03:11,520 --> 00:03:14,000 "Episod 3" 23 00:03:21,160 --> 00:03:23,640 "Kediaman Luo Tianran" 24 00:03:27,880 --> 00:03:31,640 128, 129, 130... 25 00:03:31,840 --> 00:03:32,920 Masuklah! 26 00:03:33,240 --> 00:03:34,320 130... 27 00:03:39,080 --> 00:03:40,760 Saya cakap, masuklah. 28 00:03:41,040 --> 00:03:42,720 Awak tak tahu buka pintu? 29 00:03:46,600 --> 00:03:47,840 Kenapa awak datang? 30 00:03:48,080 --> 00:03:49,720 Saya saja nak datang. 31 00:03:50,240 --> 00:03:52,360 Apa awak buat? Awak bersenam? 32 00:03:54,240 --> 00:03:55,360 Kenapa dia datang? 33 00:03:56,440 --> 00:03:58,680 Tai, awak dah tukar langsir? 34 00:03:58,760 --> 00:04:00,320 Awak dah pasang tirai teduh? 35 00:04:00,960 --> 00:04:03,840 Langsir itu boleh digunakan. Saya bukan buat apa-apa. 36 00:04:05,560 --> 00:04:06,560 Tai. 37 00:04:06,960 --> 00:04:11,440 Letak karpet tidak licin dan serap bunyi di bawah semua perabot. 38 00:04:11,760 --> 00:04:14,160 Zeyi tak suka bunyi bising, saya pun sama. 39 00:04:14,320 --> 00:04:16,520 - Baiklah. - Kenapa ada rak buku? 40 00:04:16,600 --> 00:04:18,080 Saya kata trofi awak patut letak di atas,... 41 00:04:18,160 --> 00:04:19,640 ...skor lagu di tengah dan buku di bawah. 42 00:04:19,720 --> 00:04:20,720 Jangan ubah. 43 00:04:20,800 --> 00:04:23,440 Saya dah susun rak buku itu. Biarkan sajalah. 44 00:04:23,960 --> 00:04:25,520 Bagaimana dengan kunci? Awak dah tukar? 45 00:04:26,160 --> 00:04:27,240 Awak belum tukar kunci lagi, Tai? 46 00:04:27,320 --> 00:04:28,520 - Belum... - Dah. 47 00:04:31,680 --> 00:04:32,680 Dah tukar. 48 00:04:34,800 --> 00:04:35,920 Kalau macam itu, naik ke atas, Tai. 49 00:04:35,960 --> 00:04:38,800 Kemas semua barang yang bukan milik Zeyi,... 50 00:04:39,000 --> 00:04:41,080 ...buang semuanya atau hantar ke gudang, okey? 51 00:04:41,160 --> 00:04:42,240 Baik, Tiffany. 52 00:04:43,040 --> 00:04:45,320 Nampaknya awak selesa tinggal di sini. 53 00:04:46,920 --> 00:04:47,920 Terima kasih pada awak. 54 00:04:48,520 --> 00:04:50,520 Album baru awak dapat jualan tertinggi lagi. 55 00:04:50,640 --> 00:04:51,840 Awak patut raikannya. 56 00:04:54,040 --> 00:04:55,480 Awak masih ingat ada parti keraian malam ini, bukan? 57 00:04:56,960 --> 00:04:57,800 Malam ini? 58 00:04:57,960 --> 00:04:58,960 Ya. 59 00:05:00,040 --> 00:05:01,320 Saya sedang bercuti. 60 00:05:03,320 --> 00:05:07,760 Saya tahu awak sedang bercuti, tapi kita perlukan publisiti awak. Faham? 61 00:05:08,440 --> 00:05:12,360 Bukan mudah nak kekalkan hubungan dengan media. 62 00:05:14,040 --> 00:05:15,320 Saya tinggalkan kad jemputan awak di sini. 63 00:05:15,400 --> 00:05:17,320 Ini senarai tetamu parti nanti. 64 00:05:17,400 --> 00:05:18,840 Lihat siapa akan datang nanti. 65 00:05:20,600 --> 00:05:22,080 Tiffany, saya dah kemas semuanya. 66 00:05:26,880 --> 00:05:29,240 Awak berdua selalu bersubahat untuk tipu saya. 67 00:05:29,440 --> 00:05:30,720 Takkan dua minit dah siap kemas semuanya. 68 00:05:31,560 --> 00:05:33,400 Wah, pantas betul. 69 00:05:35,040 --> 00:05:36,160 Baiklah. Saya pergi dulu. 70 00:05:36,480 --> 00:05:37,880 Saya tak mahu main-main dengan awak berdua. 71 00:05:38,760 --> 00:05:39,760 Oh ya,... 72 00:05:40,560 --> 00:05:43,000 ...Encik Shi jemput Ling Xiquan ke parti keraian nanti. 73 00:05:43,320 --> 00:05:44,680 Dia selalu nak gaduh dengan awak. 74 00:05:45,200 --> 00:05:46,200 Hati-hati dengan dia. 75 00:05:46,640 --> 00:05:47,920 Kenapa nak hati-hati pula? 76 00:05:48,040 --> 00:05:50,120 Awak dah lupa dia fitnah awak beli tempat dalam senarai? 77 00:05:50,600 --> 00:05:51,760 Baik awak hati-hati. 78 00:05:52,480 --> 00:05:55,000 Pakai cantik-cantik nanti. 79 00:05:55,840 --> 00:05:57,240 Jangan biar dia nampak lebih hebat daripada awak. 80 00:06:00,800 --> 00:06:02,640 Zeyi, bila awak tukar kunci? 81 00:06:02,720 --> 00:06:04,200 - Saya tak tahu. - Saya baru tukar. 82 00:06:04,240 --> 00:06:05,240 Sudahlah. 83 00:06:05,480 --> 00:06:06,480 Tai. 84 00:06:07,640 --> 00:06:08,840 Baiklah, pergi dengan dia. 85 00:06:09,160 --> 00:06:10,160 Pergi. 86 00:06:10,560 --> 00:06:12,800 Tak mengapa, saya selamat di sini. Jangan risau. 87 00:06:13,160 --> 00:06:14,240 Silakan, puan ejen. 88 00:06:14,400 --> 00:06:15,440 Pembantu saya. 89 00:06:16,000 --> 00:06:18,960 Pergilah, jaga diri. Hati-hati memandu. 90 00:06:19,160 --> 00:06:20,880 - Awak pun jaga diri. - Pergi. 91 00:06:21,000 --> 00:06:22,600 Mesej saya kalau dah sampai rumah. Jumpa lagi. 92 00:06:25,960 --> 00:06:27,920 Bersihkan ini, kemas itu. 93 00:06:28,000 --> 00:06:29,800 Ini rumah saya, bukan awak. 94 00:06:40,240 --> 00:06:41,760 Helo, cik nak pesan apa? 95 00:06:41,920 --> 00:06:43,560 Beri saya segelas jus nanas dan aneka keju. 96 00:06:43,640 --> 00:06:44,960 Baik, sila imbas kod di sini. 97 00:06:45,920 --> 00:06:47,720 Satu gelas jus nanas dan keju. 98 00:06:48,320 --> 00:06:50,960 Oh ya, ini lagu baru saya. 99 00:06:51,240 --> 00:06:52,640 Cik boleh dengar kalau ada masa. 100 00:06:52,880 --> 00:06:54,920 - Helo. - Kakak, hari ini hari lahir saya. 101 00:06:55,000 --> 00:06:56,040 Saya nak hidangan hari lahir. 102 00:06:56,160 --> 00:06:58,520 Awak sangat comel, apa kata kakak nyanyikan awak lagu? 103 00:06:58,720 --> 00:06:59,480 Baik. 104 00:06:59,600 --> 00:07:00,960 Selepas saya bangun pagi,... 105 00:07:01,040 --> 00:07:02,920 ...saya makan dengan lahap. 106 00:07:03,000 --> 00:07:04,680 Saya selalu minta maaf... 107 00:07:04,760 --> 00:07:06,200 ...selepas makan banyak. 108 00:07:06,400 --> 00:07:07,400 Cermin ajaib. 109 00:07:09,400 --> 00:07:11,240 Adik, kenapa ni? 110 00:07:11,440 --> 00:07:13,880 Teruknya lagu itu. 111 00:07:14,000 --> 00:07:15,000 Saya... 112 00:07:18,400 --> 00:07:19,600 Apa sarapan kita hari ini? 113 00:07:24,520 --> 00:07:25,840 Marah lagikah? 114 00:07:38,640 --> 00:07:39,680 Alamak. 115 00:07:40,240 --> 00:07:41,961 Ada berita besar. Aduh! 116 00:07:43,680 --> 00:07:45,560 Saya akan buang benda ini nanti. 117 00:07:46,240 --> 00:07:47,200 Berita apa? 118 00:07:47,320 --> 00:07:49,760 Cepatlah buat sarapan. Saya nak hubungi Tianran. 119 00:07:50,240 --> 00:07:52,600 Helo, awak nak segelas lemonad dan jus tembikai, bukan? 120 00:07:52,720 --> 00:07:55,240 Ya. Sila tunggu sebentar. Saya akan sediakan minuman awak. 121 00:07:58,960 --> 00:07:59,880 "Belum kahwin? Benarkah?" 122 00:08:00,000 --> 00:08:01,880 "Ini gosip saja. Lihat bagaimana mereka jatuhkan dia." 123 00:08:02,520 --> 00:08:04,240 "Memalukan!" 124 00:08:04,600 --> 00:08:06,360 Dia gadis dalam berita ini, bukan? 125 00:08:07,320 --> 00:08:09,640 - Itu dia? - Lihat, memang dia. 126 00:08:10,800 --> 00:08:11,960 Minuman awak. 127 00:08:12,360 --> 00:08:13,360 Memang dia. 128 00:08:13,600 --> 00:08:14,440 - Jom pergi. - Jom. 129 00:08:14,560 --> 00:08:17,040 Lihat, dia gadis dalam topik hangat ini. 130 00:08:17,680 --> 00:08:19,400 Yakah? Betul dia? 131 00:08:19,760 --> 00:08:20,760 Ya, dia orangnya. 132 00:08:21,080 --> 00:08:24,720 Gajah merah, gajah kecil, gajah merah yang kecil. 133 00:08:24,880 --> 00:08:26,720 Helo. Ada apa? Saya tengah kerja. 134 00:08:26,800 --> 00:08:28,960 Tianran, tengok Weibo sekarang. 135 00:08:29,520 --> 00:08:30,840 Ada berita besar. 136 00:08:31,120 --> 00:08:32,320 Berita apa? 137 00:08:32,560 --> 00:08:33,840 Awak dalam topik hangat sekarang! 138 00:08:34,880 --> 00:08:37,040 - Topik hangat? - Bila awak jumpa Jin Zeyi? 139 00:08:37,120 --> 00:08:38,520 Kenapa awak tak beritahu saya? 140 00:08:38,720 --> 00:08:40,640 Awak berdua nampak seronok. 141 00:08:40,880 --> 00:08:42,320 Dia himpit awak atas sofa. 142 00:08:43,000 --> 00:08:44,320 Atas sofa? 143 00:08:45,320 --> 00:08:46,320 Beri pada saya! 144 00:08:47,200 --> 00:08:48,200 Apa awak buat? 145 00:08:48,280 --> 00:08:50,040 Jangan rampas telefon saya. 146 00:08:51,840 --> 00:08:54,160 Saya ada kerja. Saya pergi dulu. 147 00:08:55,800 --> 00:08:57,520 "Topik hangat Weibo" 148 00:08:57,600 --> 00:08:58,600 - Ini... - Memang dia. 149 00:08:59,120 --> 00:09:00,440 Dia nampak cantik. 150 00:09:00,600 --> 00:09:01,600 Cantik. 151 00:09:23,520 --> 00:09:25,360 - Kenapa awak datang? - Jin Zeyi. 152 00:09:26,200 --> 00:09:27,200 Lihat ini. 153 00:09:27,680 --> 00:09:30,120 Kenapa semua orang salah anggap gambar ini dan kata saya salah? 154 00:09:30,480 --> 00:09:31,840 Awak yang buli saya! 155 00:09:32,760 --> 00:09:33,960 Awak yang tak mahu keluar. 156 00:09:34,080 --> 00:09:35,640 Ini sebab perbuatan awak tak munasabah. 157 00:09:35,720 --> 00:09:36,920 Saya tak munasabah? 158 00:09:37,320 --> 00:09:39,000 Awak pijak pen rakaman saya,... 159 00:09:39,440 --> 00:09:41,640 ...rampas rumah saya, halau saya keluar,... 160 00:09:41,840 --> 00:09:43,920 ...dan awak tipu saya kata kaset ada dalam tong sampah. 161 00:09:44,040 --> 00:09:45,880 Peminat awak tahu perangai sebenar awak? 162 00:09:46,600 --> 00:09:48,320 Kalau bukan sebab gambar yang awak ambil di rumah anjing itu,... 163 00:09:48,800 --> 00:09:51,280 ...saya takkan benarkan awak tinggal di sini selama setengah bulan, tahu? 164 00:09:51,640 --> 00:09:53,320 Awak nak saya ucap terima kasih? 165 00:09:54,480 --> 00:09:57,200 Awak suka gaduh? 166 00:09:57,280 --> 00:09:58,560 Pergi gaduh dengan Erlang Shen. 167 00:09:58,640 --> 00:10:00,680 Anjing itu suka menyalak, awak boleh sertainya. 168 00:10:00,880 --> 00:10:02,880 - Pergi. - Awak pergilah! 169 00:10:03,560 --> 00:10:05,480 Teruk betul. 170 00:10:05,720 --> 00:10:07,560 Awak fikir awak tentukan semuanya? 171 00:10:07,880 --> 00:10:10,040 Saya rasa dah terlalu lama awak hidup dalam ilusi. 172 00:10:10,120 --> 00:10:11,440 Saya hidup dalam ilusi? 173 00:10:11,680 --> 00:10:12,720 Itu awak! 174 00:10:12,880 --> 00:10:15,160 Ini rumah saya, bukan rumah awak. Faham? 175 00:10:19,880 --> 00:10:20,880 Zeyi. 176 00:10:23,880 --> 00:10:26,200 Tunduk. Tunduk! 177 00:10:26,520 --> 00:10:28,040 Diam! 178 00:10:28,840 --> 00:10:30,440 - Zeyi. - Ya? 179 00:10:30,720 --> 00:10:32,000 Kenapa datang balik? 180 00:10:34,920 --> 00:10:36,200 Awak nampak gelisah. 181 00:10:36,760 --> 00:10:38,040 Awak sorok seseorang dalam rumah? 182 00:10:39,080 --> 00:10:40,480 Taklah. 183 00:10:43,120 --> 00:10:44,160 Apa ini? 184 00:10:46,640 --> 00:10:48,160 Kenapa gadis ini masih di sini? 185 00:10:49,440 --> 00:10:52,040 Awak tahu awak dah kehilangan berapa ramai peminat sekarang ni? 186 00:10:52,520 --> 00:10:55,600 Kos PR sendiri tak cukup nak buat promosi untuk artis macam awak. 187 00:10:57,320 --> 00:10:58,520 Saya cuma tumpu pada muzik. 188 00:10:59,080 --> 00:11:00,400 Mereka yang suka muzik saya... 189 00:11:00,600 --> 00:11:02,960 ...takkan benci saya sebab gosip ini. 190 00:11:03,040 --> 00:11:05,680 Gosip? Ini cukup untuk musnahkan awak. 191 00:11:10,640 --> 00:11:11,640 Lihat. 192 00:11:16,040 --> 00:11:18,280 Pura-pura bercinta dengan Cheng Shasha? 193 00:11:18,440 --> 00:11:21,360 - Apa ini? - Jalan keluar awak. Apa lagi? 194 00:11:21,800 --> 00:11:23,440 Kenapa awak biar mereka buat begini? 195 00:11:23,640 --> 00:11:24,760 Apa lagi saya boleh buat? 196 00:11:25,360 --> 00:11:26,880 Awak asyik buat hal. 197 00:11:26,960 --> 00:11:30,040 Semua gosip tentang kisah cinta awak. Apa lagi saya boleh buat? 198 00:11:30,120 --> 00:11:31,560 Beritahu saya cara penyelesaiannya. 199 00:11:35,880 --> 00:11:37,120 Maaf. 200 00:11:37,240 --> 00:11:38,800 Saya tak boleh bernafas di dalam. 201 00:11:41,560 --> 00:11:42,880 Mesti seronok awak tinggal berdua. 202 00:11:43,320 --> 00:11:44,640 - Kenapa awak keluar? - Jin Zeyi. 203 00:11:44,720 --> 00:11:45,840 Ya? 204 00:11:46,720 --> 00:11:47,720 Kita perlu berbincang. 205 00:11:56,200 --> 00:11:57,840 Kenapa awak keluar? 206 00:11:58,320 --> 00:11:59,360 Saya tak boleh bernafas di dalam. 207 00:11:59,400 --> 00:12:01,240 - Jin Zeyi! - Saya datang. 208 00:12:02,480 --> 00:12:04,120 Ini belum berakhir. 209 00:12:08,960 --> 00:12:10,320 Awak tak bawa payung, bukan? 210 00:12:12,200 --> 00:12:14,120 Jangan berani sentuh saya. 211 00:12:15,880 --> 00:12:17,680 Dia masih di sini. Jelaskan. 212 00:12:18,160 --> 00:12:19,600 Ini hal rumit. 213 00:12:19,640 --> 00:12:21,280 Awak mesti jelaskan. 214 00:12:21,400 --> 00:12:23,200 - Apa yang berlaku? - Saya tak ada apa-apa dengan dia. 215 00:12:23,320 --> 00:12:24,600 Lihat pakaian awak. 216 00:12:24,720 --> 00:12:25,720 Saya tak rapat dengan dia. 217 00:12:25,800 --> 00:12:26,800 Jin Zeyi! 218 00:12:27,240 --> 00:12:28,960 Kalau awak buka mulut lagi, saya letak awak balik ke dalam sana. 219 00:12:30,160 --> 00:12:31,240 Jangan sentuh saya. 220 00:12:38,000 --> 00:12:40,320 Saya tak kira. Halau gadis ini keluar. 221 00:12:44,080 --> 00:12:46,560 Awak lihat. Masalah dah muncul. 222 00:12:46,800 --> 00:12:48,120 Awak selesaikan masalah di sini. 223 00:12:48,160 --> 00:12:49,720 Saya nak uruskan hal awak sekarang. 224 00:12:51,080 --> 00:12:52,960 Tunggu sini. Jangan ke mana-mana. 225 00:12:53,120 --> 00:12:55,000 Tai, pastikan dia tak pergi. 226 00:12:56,560 --> 00:12:57,560 Helo. Encik Shi. 227 00:12:58,000 --> 00:13:00,400 - Helo. - Awak halang kebebasan saya. 228 00:13:01,000 --> 00:13:02,400 Awak dah gilakah? 229 00:13:07,160 --> 00:13:08,320 Jangan halang saya! 230 00:13:09,800 --> 00:13:11,080 Jin Zeyi! Awak... 231 00:13:11,560 --> 00:13:12,560 Pergi balik. 232 00:13:15,320 --> 00:13:17,600 Saya tak takut dengan pemukul nyamuk awak. 233 00:13:35,560 --> 00:13:38,840 Selalu ada gosip cinta tentang awak. Boleh beri tumpuan pada muzik? 234 00:13:39,880 --> 00:13:41,040 Saya penat dengan semua ini. 235 00:13:41,080 --> 00:13:42,200 Saya tak mahu jadi peminat awak lagi. 236 00:13:45,640 --> 00:13:46,920 Lima ratus ribu? 237 00:13:48,600 --> 00:13:50,400 Saya kehilangan 500,000 peminat. 238 00:13:58,560 --> 00:13:59,680 Tak mengapa. 239 00:14:00,960 --> 00:14:01,960 Tak mengapa. 240 00:14:18,160 --> 00:14:19,560 Pengarah Jin, kita dah bersedia untuk jalani pembedahan. 241 00:14:28,080 --> 00:14:29,080 Forseps hemostat. 242 00:14:36,320 --> 00:14:38,520 Pengarah Jin, tekanan darah pesakit turun mendadak. 243 00:14:40,960 --> 00:14:42,560 Masukkan darah dan cecair ke badan pesakit. 244 00:14:43,360 --> 00:14:45,280 Sediakan empat unit sel darah merah. 245 00:14:48,800 --> 00:14:50,600 Cepat, nyawa pesakit dalam bahaya. 246 00:15:12,920 --> 00:15:14,240 Awak ada dengar? 247 00:15:14,560 --> 00:15:16,200 Malam tadi, Zeyi... 248 00:15:16,360 --> 00:15:19,520 Saya ada baca, tapi saya rasa itu tak benar. 249 00:15:19,680 --> 00:15:20,920 Mengejutkan. 250 00:15:21,000 --> 00:15:22,240 Ya. 251 00:15:22,880 --> 00:15:23,880 Memang... 252 00:15:26,720 --> 00:15:27,800 Pengarah. 253 00:15:29,960 --> 00:15:33,400 Jangan cakap hal yang tak berkaitan dengan kerja di hospital. 254 00:15:34,240 --> 00:15:35,680 Baik, pengarah. 255 00:15:36,160 --> 00:15:37,160 Jom pergi. 256 00:15:54,720 --> 00:15:56,120 Awak ada dengar? 257 00:15:56,200 --> 00:15:57,640 Malam semalam, Zeyi... 258 00:15:57,720 --> 00:15:58,760 Saya ada baca. 259 00:15:59,320 --> 00:16:01,200 Dia memang bintang terkenal. 260 00:16:01,280 --> 00:16:03,000 Dia ada kehidupan peribadi yang liar. 261 00:16:03,680 --> 00:16:05,840 Kehidupan artis memang huru-hara. 262 00:16:07,400 --> 00:16:10,480 Mereka bercumbu atas sofa? Beraninya. 263 00:16:11,560 --> 00:16:14,520 Jin Zeyi, tak guna awak jadi penyanyi. 264 00:16:14,680 --> 00:16:16,760 Ayah salah. Ini impian saya. 265 00:16:16,840 --> 00:16:18,400 Ayah rasa awak tahu berangan saja. 266 00:16:19,360 --> 00:16:20,920 Kenapa awak tak mahu kerja dengan serius? 267 00:16:21,200 --> 00:16:22,560 Ayah tak faham. 268 00:16:22,720 --> 00:16:24,160 Awak meloncat-loncat atas pentas,... 269 00:16:24,240 --> 00:16:25,640 ...awak biar orang lihat awak jadi macam monyet. 270 00:16:25,720 --> 00:16:27,000 Itu baguskah? 271 00:16:40,080 --> 00:16:41,160 "Kad jemputan" 272 00:16:41,240 --> 00:16:42,880 Parti keraian Zeyi akan diadakan malam ini. 273 00:16:42,960 --> 00:16:44,480 Kami harap awak dapat datang. 274 00:16:53,080 --> 00:16:55,840 "Kami harap anda dapat hadir ke parti keraian Jin Zeyi." 275 00:16:55,920 --> 00:16:57,360 Parti keraian? 276 00:17:01,560 --> 00:17:04,760 "Senarai tetamu: Zhang Muzhi" 277 00:17:07,120 --> 00:17:08,360 Zhang Muzhi? 278 00:17:09,720 --> 00:17:11,560 Ada Zhang Muzhi! 279 00:17:11,640 --> 00:17:13,000 Awak dah gilakah? 280 00:17:13,080 --> 00:17:14,080 Dah hilang akalkah? 281 00:17:15,320 --> 00:17:18,160 Tai, awak takkan faham helah dia. 282 00:17:18,640 --> 00:17:20,240 Ambil beg tangan Tiffany dan pergi balik. 283 00:17:21,000 --> 00:17:22,000 Baik. 284 00:17:26,800 --> 00:17:29,680 Biar saya beritahu awak, kalau bukan sebab gambar saya,... 285 00:17:29,800 --> 00:17:31,200 ...saya dah lama halau awak. 286 00:17:31,640 --> 00:17:34,520 Saya ada satu permintaan. 287 00:17:34,720 --> 00:17:37,680 Saya perlukan bantuan awak untuk penuhi permintaan saya. 288 00:17:38,440 --> 00:17:39,760 Saya tak mahu bantu awak. 289 00:17:40,000 --> 00:17:43,480 Dengar dulu permintaan saya. 290 00:17:44,480 --> 00:17:46,400 Ini cara awak minta tolong? 291 00:17:50,320 --> 00:17:51,440 Saya minta maaf. 292 00:17:51,640 --> 00:17:53,440 Permintaan saya sangat penting. 293 00:17:53,600 --> 00:17:54,960 Tolong maafkan saya. 294 00:17:56,960 --> 00:17:57,960 Cakaplah. 295 00:18:03,360 --> 00:18:04,760 Saya nak benda ini. 296 00:18:06,160 --> 00:18:07,160 Kenapa awak nak kad itu? 297 00:18:08,320 --> 00:18:10,040 Saya nak hadir ke parti awak. 298 00:18:10,120 --> 00:18:11,880 Saya tak mahu awak hadir ke parti saya. 299 00:18:11,960 --> 00:18:13,920 Saya tak berminat dengan parti awak. 300 00:18:14,000 --> 00:18:16,200 Saya nampak nama Zhang Muzhi dalam senarai tetamu. 301 00:18:16,320 --> 00:18:17,720 Awak kenal Zhang Muzhi? 302 00:18:17,800 --> 00:18:19,520 Dia idola saya! 303 00:18:19,680 --> 00:18:22,440 Kalau saya dapat jumpa dia, saya akan mati dengan tenang. 304 00:18:24,880 --> 00:18:25,880 Biar saya beritahu awak,... 305 00:18:26,440 --> 00:18:29,320 ...saya tak mahu awak mati dengan tenang. 306 00:18:30,480 --> 00:18:33,320 Jin Zeyi, dengar dulu cakap saya. 307 00:18:33,480 --> 00:18:34,720 Awak dah jemput ramai orang. 308 00:18:34,800 --> 00:18:36,720 - Awak cuma tambah seorang lagi. - Tak boleh. 309 00:18:37,400 --> 00:18:40,000 Saya tahu, ada masalah antara kita tadi. 310 00:18:41,800 --> 00:18:43,480 Saya tahu hati awak baik. 311 00:18:43,560 --> 00:18:44,680 Awak takkan berdendam dengan saya. 312 00:18:45,040 --> 00:18:46,480 Tolonglah saya. 313 00:18:47,160 --> 00:18:48,160 Tak boleh. 314 00:18:49,160 --> 00:18:50,160 Jin Zeyi! 315 00:18:50,480 --> 00:18:53,200 Kalau awak tak tolong saya, saya halau awak keluar! 316 00:18:54,000 --> 00:18:55,080 Cubalah. 317 00:18:55,320 --> 00:18:57,160 Jin Zeyi, awak tak guna! 318 00:18:57,240 --> 00:18:58,320 Jaga mulut awak. 319 00:19:03,360 --> 00:19:05,160 Biar saya tuangkan air untuk awak. 320 00:19:05,480 --> 00:19:06,600 Awak haus, bukan? 321 00:19:06,720 --> 00:19:07,760 Saya tak mahu air. 322 00:19:09,160 --> 00:19:10,520 Awak lapar? 323 00:19:12,320 --> 00:19:14,160 Lama lagi parti itu nak mula. 324 00:19:14,240 --> 00:19:15,640 Awak tak mahu makan dulu? 325 00:19:15,760 --> 00:19:16,800 Saya masakkan untuk awak. 326 00:19:17,160 --> 00:19:18,320 Awak boleh memasak? 327 00:19:18,480 --> 00:19:19,440 Makanan awak boleh dimakan? 328 00:19:19,560 --> 00:19:21,760 Awak takkan tahu kalau tak cuba. 329 00:19:23,360 --> 00:19:25,840 Tolonglah beri saya peluang. 330 00:19:28,400 --> 00:19:30,240 Baik, awak masaklah. 331 00:19:30,600 --> 00:19:33,080 Kalau ada selera, saya makan. 332 00:19:34,160 --> 00:19:35,720 Terima kasih sebab beri peluang. 333 00:19:35,880 --> 00:19:37,560 Zeyi lelaki paling hebat! 334 00:19:43,400 --> 00:19:44,400 Pergilah berehat. 335 00:19:48,320 --> 00:19:49,440 Masak elok-elok. 336 00:19:49,560 --> 00:19:51,040 Saya akan panggil awak lepas dah siap. 337 00:20:21,200 --> 00:20:22,640 Kacaknya. 338 00:20:23,120 --> 00:20:24,680 Dia mesti doktor baru. 339 00:20:25,920 --> 00:20:27,600 Saya dengar dia masih bujang. 340 00:20:27,680 --> 00:20:29,400 - Yakah? - Bujang? 341 00:20:44,920 --> 00:20:45,920 Masuk. 342 00:20:47,760 --> 00:20:48,760 Encik Jin. 343 00:20:48,920 --> 00:20:49,920 Yun Shu. 344 00:20:53,640 --> 00:20:54,680 Selamat kembali. 345 00:20:55,880 --> 00:20:57,800 Awak dah biasakan diri di sini? 346 00:20:58,000 --> 00:20:59,000 Semuanya baik, Encik Jin. 347 00:20:59,320 --> 00:21:00,400 Apa khabar? 348 00:21:00,560 --> 00:21:01,560 Baik. 349 00:21:02,640 --> 00:21:04,600 Majikan luar negara sukakan awak. 350 00:21:05,120 --> 00:21:07,760 Mesti sukar mereka nak lepaskan awak. 351 00:21:07,920 --> 00:21:09,120 Mana-mana pun sama. 352 00:21:09,200 --> 00:21:10,600 Saya gembira dapat pulang dan bantu tuan. 353 00:21:11,320 --> 00:21:12,600 Bagus. 354 00:21:16,720 --> 00:21:23,240 Ini tiket parti keraian anak saya malam ini untuk konsert jelajah Asianya. 355 00:21:23,440 --> 00:21:25,000 Kalau awak lapang malam ini,... 356 00:21:25,400 --> 00:21:26,760 ...ikut saya pergi parti ini. 357 00:21:27,200 --> 00:21:29,560 - Awak kenal dia sejak kecil. - Baiklah. 358 00:21:29,680 --> 00:21:32,280 - Dah 10 tahun saya tak jumpa dia. - Dah sampai masa awak jumpa dia balik. 359 00:21:32,480 --> 00:21:33,640 - Baiklah. - Bagus. 360 00:21:33,800 --> 00:21:35,360 Saya pergi dulu. 361 00:21:44,240 --> 00:21:45,400 Bagaimana? 362 00:21:47,640 --> 00:21:49,560 Cuba yang ini. Ayah ajar saya masak hidangan ini. 363 00:22:03,640 --> 00:22:04,960 Ini saja yang boleh dimakan. 364 00:22:07,480 --> 00:22:10,920 Jadi, boleh saya pergi ke parti awak? 365 00:22:18,840 --> 00:22:19,840 Nah. 366 00:22:24,200 --> 00:22:26,080 Bawa saya pergi. 367 00:22:26,480 --> 00:22:28,760 Saya cuma akan lihat Encik Zhang dari jauh. 368 00:22:28,840 --> 00:22:29,680 Sekali saja. 369 00:22:29,800 --> 00:22:32,040 Saya akan kemas rumah selama seminggu. Saya akan masak juga. 370 00:22:34,720 --> 00:22:35,720 Tak mahu. 371 00:22:36,000 --> 00:22:37,160 Kenapa? 372 00:22:37,320 --> 00:22:38,640 Sebab saya tak mahu bawa awak. 373 00:22:39,080 --> 00:22:40,720 Kenapa perangai awak begini? 374 00:22:40,800 --> 00:22:42,680 Awak patut balas budi orang yang layan awak dengan baik. 375 00:22:42,760 --> 00:22:44,720 Awak makan masakan saya, tapi masih layan saya dengan teruk. 376 00:22:44,840 --> 00:22:47,680 Beri pada saya. Awak tak boleh makan. Erlang Shen. 377 00:22:47,840 --> 00:22:49,480 Awak beri makanan saya kepada Erlang Shen? 378 00:22:49,600 --> 00:22:51,720 Saya yang masak, jadi saya boleh beri kepada sesiapa saja yang saya nak. 379 00:22:51,800 --> 00:22:53,160 Erlang Shen, jangan makan. 380 00:22:53,200 --> 00:22:54,200 Nanti cirit-birit. 381 00:22:56,720 --> 00:22:58,160 - Awak tak guna. - Anjing ini dah makan. 382 00:22:59,840 --> 00:23:00,840 Baiklah. 383 00:23:01,640 --> 00:23:02,640 Nikmati makanan awak. 384 00:23:03,320 --> 00:23:04,320 Awak pun sama. 385 00:23:04,800 --> 00:23:05,920 Awak tak boleh pergi ke parti. 386 00:23:06,480 --> 00:23:07,480 Awak... 387 00:23:17,480 --> 00:23:20,160 Meng, saya dengar Meng Meng dah kembali. 388 00:23:20,400 --> 00:23:22,680 Bila kita nak temukan anak kita? 389 00:23:26,960 --> 00:23:29,320 Dah lama saya tak main. Kemahiran saya dah berkarat. 390 00:23:30,160 --> 00:23:31,840 Awak perlukan latihan. Teruskan. 391 00:23:32,120 --> 00:23:34,880 - Awak mesti kerap main. Jaga postur awak. - Okey. 392 00:23:35,120 --> 00:23:37,480 Nampaknya awak ajar anak awak main golf. 393 00:23:37,920 --> 00:23:39,080 Pengarah Jin. 394 00:23:39,320 --> 00:23:40,960 - Lama tak jumpa. - Lama tak jumpa. 395 00:23:41,040 --> 00:23:43,200 - Susah betul nak jumpa awak. - Helo, Encik Jin. 396 00:23:43,640 --> 00:23:44,960 - Meng Meng dah balik. - Ya. 397 00:23:45,240 --> 00:23:46,360 Dah lama pak cik tak nampak awak. 398 00:23:46,480 --> 00:23:47,520 Awak dah besar. 399 00:23:48,000 --> 00:23:49,560 Dia duduk di luar negara beberapa tahun. 400 00:23:49,800 --> 00:23:51,120 Saya tak tahu apa yang dia belajar,... 401 00:23:51,520 --> 00:23:53,040 ...tapi dia makin tinggi. 402 00:23:53,120 --> 00:23:55,320 Ini sebab gen saya bagus. 403 00:23:56,200 --> 00:23:57,200 Seronok lihat awak dah balik. 404 00:23:57,960 --> 00:23:59,440 Kalau ada masa lapang, pergilah jumpa Zeyi. 405 00:24:00,120 --> 00:24:01,320 Awak berdua membesar bersama. 406 00:24:01,480 --> 00:24:03,320 Pak cik pasti awak berdua ada minat yang sama. 407 00:24:03,400 --> 00:24:05,920 Sebenarnya, saya nak jumpa dia. 408 00:24:06,280 --> 00:24:07,840 Tapi dia dah jadi bintang terkenal. 409 00:24:08,200 --> 00:24:09,400 Dia mesti sibuk. 410 00:24:10,520 --> 00:24:11,800 Dia bukan bintang terkenal. 411 00:24:12,080 --> 00:24:13,240 Dia cuma main-main saja. 412 00:24:14,160 --> 00:24:16,320 Ada parti keraian dia malam ini. 413 00:24:16,480 --> 00:24:18,160 Mahu ikut pak cik ke sana? 414 00:24:18,400 --> 00:24:19,440 Bolehkah? 415 00:24:20,320 --> 00:24:22,320 - Saya boleh ikut? - Mestilah boleh. 416 00:24:22,640 --> 00:24:24,960 Awak pergilah. 417 00:24:25,640 --> 00:24:26,840 Seronoknya. 418 00:24:26,920 --> 00:24:29,080 - Baiklah. - Meng Meng, teruskan berlatih. 419 00:24:29,320 --> 00:24:30,840 Ayah dengan Encik Jin nak berbual sekejap. 420 00:24:31,120 --> 00:24:32,840 - Jom duduk. - Jumpa lagi. 421 00:24:33,120 --> 00:24:34,120 Jumpa malam ini. 422 00:24:42,360 --> 00:24:43,720 Jin Zeyi. 423 00:24:44,640 --> 00:24:45,880 Lelaki tak bersyukur. 424 00:24:49,240 --> 00:24:54,720 Hanya ayah yang terbaik di dunia. 425 00:25:03,400 --> 00:25:04,440 Apa awak buat? 426 00:25:04,880 --> 00:25:05,880 Awak tulis ini? 427 00:25:06,720 --> 00:25:07,720 Kenapa? 428 00:25:08,080 --> 00:25:11,160 Awak nak tunjuk lagu ini kepada Encik Zhang? 429 00:25:12,800 --> 00:25:14,160 Awak nak saya ikut awak? 430 00:25:14,960 --> 00:25:15,960 Yakah? 431 00:25:16,040 --> 00:25:17,280 Saya nak beritahu awak... 432 00:25:17,880 --> 00:25:19,875 ...saya nak pergi ke parti itu. 433 00:25:20,640 --> 00:25:22,720 Jaga rumah baik-baik. Jumpa lagi. 434 00:25:22,800 --> 00:25:23,800 Jin Zeyi! 435 00:25:25,640 --> 00:25:26,800 Jin Zeyi! 436 00:25:28,160 --> 00:25:29,160 Tak guna. 437 00:25:31,640 --> 00:25:32,880 Awak tak mahu bawa saya ke sana,... 438 00:25:33,640 --> 00:25:34,760 ...biar saya pergi sendiri. 439 00:25:37,520 --> 00:25:39,400 Hotel Longview. 440 00:25:52,960 --> 00:25:54,480 Terima kasih, semua. 441 00:25:56,520 --> 00:25:58,080 Terima kasih. 442 00:25:58,800 --> 00:26:01,760 Ling Xiquan! 443 00:26:01,920 --> 00:26:03,880 Ling Xiquan! Awak tuduh Zeyi beli tempat dalam senarai. 444 00:26:03,960 --> 00:26:05,680 Tapi dia dapat kedudukan teratas lagi. Apa pendapat awak? 445 00:26:05,760 --> 00:26:08,600 Zeyi, awak satu-satunya! 446 00:26:08,720 --> 00:26:11,920 Zeyi, awak satu-satunya! 447 00:26:11,960 --> 00:26:14,640 Zeyi, awak satu-satunya! 448 00:26:14,720 --> 00:26:18,000 Zeyi, awak satu-satunya! 449 00:26:18,160 --> 00:26:21,120 Zeyi, awak satu-satunya! 450 00:26:21,200 --> 00:26:23,480 Zeyi, awak satu-satunya! 451 00:26:23,560 --> 00:26:26,760 Zeyi! Saya dengar awak beli tempat dalam senarai lagi. Benarkah? 452 00:26:26,840 --> 00:26:28,707 Zeyi! Ada khabar angin kata lagu awak dicipta orang lain. 453 00:26:28,840 --> 00:26:30,160 Boleh tolong komen? 454 00:26:33,880 --> 00:26:35,800 Tolong beri penjelasan. Jangan diam saja. 455 00:26:37,560 --> 00:26:38,720 Zeyi, tolong jelaskan. 456 00:26:38,800 --> 00:26:39,920 Cakap sesuatu. 457 00:26:40,080 --> 00:26:45,120 Zeyi, awak satu-satunya! 458 00:26:45,320 --> 00:26:48,360 Zeyi, awak satu-satunya! 459 00:26:48,720 --> 00:26:50,360 Helo, sila tunjuk kad jemputan. 460 00:26:51,960 --> 00:26:53,200 - Kad jemputan? - Ya. 461 00:26:53,280 --> 00:26:55,400 Kad saya tertinggal di rumah. 462 00:26:55,480 --> 00:26:57,000 Maaf, cik tak boleh masuk tanpa kad jemputan. 463 00:26:58,400 --> 00:26:59,400 Sila pergi. 464 00:26:59,520 --> 00:27:01,360 - Dia gadis dalam berita itu, bukan? - Biar saya masuk. 465 00:27:01,720 --> 00:27:03,000 Ya, kenapa dia datang? 466 00:27:03,080 --> 00:27:04,440 Dia mesti nak ambil kesempatan atas populariti Zeyi. 467 00:27:04,800 --> 00:27:06,000 Tak sangka betul. 468 00:27:10,640 --> 00:27:12,200 Lihat sana! 469 00:27:14,960 --> 00:27:17,200 Yun Shu, dah lama saya tak jumpa awak. 470 00:27:17,240 --> 00:27:18,440 Awak nampak segak macam selalu. 471 00:27:18,520 --> 00:27:19,720 Puan Jin terlalu memuji saya. 472 00:27:20,360 --> 00:27:23,280 Kepulangan awak buat Encik Jin rasa gembira. 473 00:27:23,640 --> 00:27:25,800 Encik Jin yang bantu capai kedudukan saya. 474 00:27:26,400 --> 00:27:29,520 Sebenarnya, saya pulang sebab nak bantu Encik Jin. 475 00:27:39,160 --> 00:27:40,640 Mesti meriah parti ini. 476 00:27:42,120 --> 00:27:43,120 Mana Zeyi? 477 00:27:43,880 --> 00:27:46,240 Dia mungkin tengah bersiap. Dia akan datang nanti. 478 00:27:47,560 --> 00:27:48,600 Janganlah merungut. 479 00:27:52,080 --> 00:27:54,600 Yun Shu, terima kasih kerana datang dengan Encik Jin. 480 00:27:54,920 --> 00:27:57,560 Kalau tak, dia tak mahu datang. 481 00:27:58,040 --> 00:27:59,105 Jangan risau, Puan Jin. 482 00:27:59,280 --> 00:28:01,040 Encik Jin sayang Zeyi. 483 00:28:02,680 --> 00:28:03,880 Maafkan saya. 484 00:28:04,280 --> 00:28:06,080 Encik Jin, saya terima panggilan dari hospital. 485 00:28:06,320 --> 00:28:08,000 - Saya perlu... - Pergilah buat kerja awak. 486 00:28:08,320 --> 00:28:09,320 Helo? 487 00:28:44,680 --> 00:28:45,880 Hati-hati. 488 00:28:48,160 --> 00:28:49,480 Awak lagi. 489 00:28:50,120 --> 00:28:51,840 Tak sangka kita berjumpa lagi. 490 00:28:52,760 --> 00:28:54,720 Apa awak buat di sini? 491 00:28:55,080 --> 00:28:57,560 Saya cari subang saya. 492 00:28:57,720 --> 00:28:58,960 Subang saya terjatuh. 493 00:29:00,280 --> 00:29:02,080 Subang awak ada lagi. 494 00:29:05,240 --> 00:29:08,520 Oh, ada di sini. Saya asyik cari dari tadi. 495 00:29:14,120 --> 00:29:16,000 Awak nak pergi ke parti Zeyi? 496 00:29:16,760 --> 00:29:18,520 Kalau awak nak, saya boleh bawa awak masuk. 497 00:29:18,600 --> 00:29:20,240 Yakah? Baguslah. 498 00:29:21,320 --> 00:29:22,320 Tunggu saya. 499 00:29:22,440 --> 00:29:23,720 Hati-hati. 500 00:29:24,960 --> 00:29:27,000 Wah, besarnya tempat ini. 501 00:29:27,440 --> 00:29:29,160 Boleh sesat di tempat ini. 502 00:29:33,120 --> 00:29:34,960 Oh ya, nama saya Yun Shu. 503 00:29:35,040 --> 00:29:36,880 Yun maksudnya "awan". Shun maksudnya "menyendiri". 504 00:29:36,960 --> 00:29:37,960 Apa nama awak? 505 00:29:38,280 --> 00:29:39,280 Nama saya Tianran. 506 00:29:39,520 --> 00:29:40,760 Tianran maknanya "gas semula jadi". 507 00:29:40,840 --> 00:29:42,120 Gas semula jadi. 508 00:29:44,080 --> 00:29:45,600 Terima kasih kerana bantu saya. 509 00:29:45,800 --> 00:29:48,960 Tanpa awak, saya takkan dapat jumpa idola saya. 510 00:29:49,120 --> 00:29:50,120 Sama-sama. 511 00:29:52,800 --> 00:29:54,680 Encik, sila tunjuk kad jemputan. 512 00:29:59,080 --> 00:30:00,960 Encik Yun. Siapa gadis ini? 513 00:30:01,040 --> 00:30:02,560 Dia rakan saya. Kami datang bersama. 514 00:30:02,760 --> 00:30:03,840 - Silakan masuk. - Terima kasih. 515 00:30:03,920 --> 00:30:04,920 Ini kad encik. 516 00:30:08,480 --> 00:30:11,240 Wah, cantiknya tempat ini. 517 00:30:13,240 --> 00:30:14,320 Dewan jamuan ada di atas. 518 00:30:22,440 --> 00:30:24,440 Selamat petang, semua. 519 00:30:24,800 --> 00:30:27,280 Terima kasih kerana hadir pada malam ini. 520 00:30:27,360 --> 00:30:31,080 Malam ini, kita akan mengadakan parti keraian... 521 00:30:31,200 --> 00:30:32,560 ...untuk konsert jelajah Asia Jin Zeyi... 522 00:30:32,640 --> 00:30:35,880 ...dan konsert jelajah dunianya. 523 00:30:35,960 --> 00:30:38,040 Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada ramai orang. 524 00:30:38,160 --> 00:30:41,040 Pertama sekali, kepada rakan jenama kami... 525 00:30:41,120 --> 00:30:44,240 ...rakan pengkarya seni yang menyokong kami,... 526 00:30:44,440 --> 00:30:45,760 ...para peminat dan semestinya,... 527 00:30:45,880 --> 00:30:52,000 ...pemain industri media ...yang sentiasa menyokong Zeyi. 528 00:30:52,080 --> 00:30:55,960 Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zeyi. 529 00:30:56,360 --> 00:30:59,560 Tanpa kesabaran dan usahanya dalam bidang muzik,... 530 00:30:59,640 --> 00:31:01,840 ...tak mungkin dia akan sampai tahap ini. 531 00:31:02,080 --> 00:31:06,280 Pasukan kecil kami dan syarikat takkan ada bersama dia di sini hari ini. 532 00:31:06,680 --> 00:31:08,600 Mari berikan tepukan kepada Zeyi. 533 00:31:11,800 --> 00:31:15,440 Sampai di sini saja ucapan saya. 534 00:31:15,520 --> 00:31:17,760 Mari kita minum, okey! 535 00:31:17,920 --> 00:31:18,880 Baiklah! 536 00:31:18,960 --> 00:31:20,960 Terima kasih! 537 00:31:21,040 --> 00:31:24,480 - Tahniah, Zeyi. - Gembira dapat bekerja dengan awak. 538 00:31:27,200 --> 00:31:28,840 - Terima kasih. - Terima kasih. 539 00:31:29,120 --> 00:31:30,360 Tahniah. 540 00:31:40,560 --> 00:31:41,680 Anak kita dah keluar. 541 00:31:42,640 --> 00:31:43,640 Mari. 542 00:31:46,080 --> 00:31:47,080 Zeyi. 543 00:31:48,120 --> 00:31:49,320 Maafkan saya. 544 00:31:52,160 --> 00:31:53,160 Zeyi. 545 00:31:53,280 --> 00:31:54,280 Mak. 546 00:31:54,720 --> 00:31:55,720 Ayah. 547 00:31:58,320 --> 00:31:59,440 Kenapa datang sini? 548 00:31:59,600 --> 00:32:00,840 Peliknya soalan itu. 549 00:32:01,000 --> 00:32:04,640 Apa salahnya mak ayah datang ke parti awak? 550 00:32:05,080 --> 00:32:06,840 Kami dah lama tak jumpa awak. 551 00:32:07,040 --> 00:32:08,440 Awak makin kurus. 552 00:32:11,480 --> 00:32:12,720 Ke mana awak nak pergi sekarang? 553 00:32:13,320 --> 00:32:15,080 Saya nak cari komposer itu. 554 00:32:15,480 --> 00:32:16,640 Awak tak perlu ikut saya. 555 00:32:16,880 --> 00:32:18,480 Baik, saya tunggu di sini. 556 00:32:18,560 --> 00:32:19,840 Kalau perlukan bantuan, panggil saya. 557 00:32:19,960 --> 00:32:20,880 Baik, terima kasih. 558 00:32:20,960 --> 00:32:22,680 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 559 00:32:26,560 --> 00:32:28,200 Konsert jelajah Asia. 560 00:32:30,040 --> 00:32:31,960 Saya suka gaya album baru Zeyi. 561 00:32:32,040 --> 00:32:33,880 - Sesuai dengan cita rasa orang muda. - Ya. 562 00:32:33,960 --> 00:32:35,440 Zeyi dah banyak 563 00:32:35,520 --> 00:32:38,360 Encik Zhang, ini rakan jenama kita untuk majlis ini. 564 00:32:38,440 --> 00:32:39,440 Helo, Encik Zhang. 565 00:32:40,080 --> 00:32:42,360 Encik Zhang Muzhi, saya Luo Tianran. 566 00:32:42,440 --> 00:32:43,800 Saya sangat suka muzik awak. 567 00:32:43,880 --> 00:32:45,200 Boleh minta tandatangan? 568 00:32:47,240 --> 00:32:48,240 Boleh. 569 00:32:48,680 --> 00:32:49,680 Terima kasih. 570 00:32:50,400 --> 00:32:51,560 - Sama-sama. - Pengawal keselamatan. 571 00:32:51,680 --> 00:32:52,520 - Mana? - Di sini. 572 00:32:52,600 --> 00:32:53,720 "Konsert Musim Panas Zhang Muzhi" 573 00:32:55,920 --> 00:32:57,280 - Terima kasih. - Sama-sama. 574 00:32:57,560 --> 00:32:58,680 Cik, sila keluar. 575 00:32:58,760 --> 00:33:00,840 Encik Zhang, saya betul-betul sukakan muzik awak. 576 00:33:00,920 --> 00:33:02,080 Saya akan terus sokong awak. 577 00:33:02,200 --> 00:33:03,640 - Sila pergi. - Semestinya! 578 00:33:03,920 --> 00:33:04,920 Oh ya, Zeyi. 579 00:33:05,120 --> 00:33:08,320 Ayah awak akan kenalkan awak dengan kawan yang bagus. 580 00:33:08,720 --> 00:33:11,440 Meng Meng, mari sini. 581 00:33:12,480 --> 00:33:14,920 - Mari sini. - Helo Encik Jin, Puan Jin. 582 00:33:15,800 --> 00:33:17,600 Zeyi, lama tak jumpa awak. 583 00:33:19,840 --> 00:33:20,840 Kita pernah berjumpa? 584 00:33:21,040 --> 00:33:23,280 Zeyi, awak ingat lagi Meng Meng? 585 00:33:23,480 --> 00:33:26,720 Dia anak rakan baik ayah awak, Pak cik Meng. 586 00:33:26,840 --> 00:33:29,120 Sewaktu kecil, awak berdua selalu main bersama. 587 00:33:29,760 --> 00:33:31,920 Meng Meng gadis yang baik dan cantik. 588 00:33:32,160 --> 00:33:33,600 Dia sangat berbakat. 589 00:33:33,960 --> 00:33:35,600 Meng Meng, apa kursus pengajian awak? 590 00:33:35,680 --> 00:33:37,480 Saya ambil major kursus rekaan kostum. 591 00:33:37,800 --> 00:33:41,080 Saya dah daftar studio rekaan. 592 00:33:41,600 --> 00:33:43,040 - Zeyi. - Ya? 593 00:33:43,560 --> 00:33:45,920 Kalau boleh, saya nak kerja dengan awak. 594 00:33:46,880 --> 00:33:47,880 Baiklah. 595 00:33:48,040 --> 00:33:50,400 Baguslah. Awak berdua masih muda. 596 00:33:50,480 --> 00:33:52,560 Mak pasti minat awak berdua sama, bukan? 597 00:33:52,640 --> 00:33:53,640 Mak. 598 00:33:54,360 --> 00:33:56,920 Mak datang semata-mata sebab ini? 599 00:33:58,480 --> 00:33:59,680 Kenapa cakap begitu depan mak? 600 00:34:00,320 --> 00:34:01,400 Jaga perangai awak. 601 00:34:04,720 --> 00:34:05,720 Encik Jin. 602 00:34:06,160 --> 00:34:07,520 - Puan Jin. - Yun Shu. 603 00:34:07,560 --> 00:34:08,560 Biar saya kenalkan dia. 604 00:34:08,800 --> 00:34:11,080 Ini anak murid ayah, Yun Shu. 605 00:34:11,600 --> 00:34:13,160 Zeyi, lama tak jumpa awak. 606 00:34:14,800 --> 00:34:15,800 Lama tak jumpa. 607 00:34:16,280 --> 00:34:17,400 Awak semakin kacak. 608 00:34:18,840 --> 00:34:19,800 Mak. 609 00:34:20,040 --> 00:34:23,040 Dia lelaki berbakat, dia pula cantik. 610 00:34:23,880 --> 00:34:24,880 Selamat berbual. 611 00:34:25,640 --> 00:34:26,640 Zeyi. 612 00:34:31,080 --> 00:34:33,080 Awak patut belajar daripada Yun Shu. 613 00:34:34,640 --> 00:34:39,040 Ayah buka hospital supaya awak dapat warisinya. 614 00:34:39,400 --> 00:34:40,760 Tapi dah lebih 10 tahun,... 615 00:34:41,160 --> 00:34:42,480 ...awak langsung tak pedulikannya. 616 00:34:42,720 --> 00:34:44,720 Nasib baik Yun Shu datang bantu ayah. 617 00:34:45,240 --> 00:34:46,880 Kalau awak seperti dia... 618 00:34:47,440 --> 00:34:49,120 ...dan awak tumpukan perhatian awak untuk uruskan hospital,... 619 00:34:50,080 --> 00:34:51,880 ...ayah takkan risau. 620 00:34:52,320 --> 00:34:53,520 Ya. 621 00:34:55,480 --> 00:34:57,960 Kalau saya jadi seperti Yun Shu,... 622 00:34:58,840 --> 00:35:00,160 ...ayah mesti gembira. 623 00:35:02,160 --> 00:35:03,200 Zeyi. 624 00:35:08,480 --> 00:35:10,640 Meng Meng, jangan pedulikan dia. 625 00:35:10,960 --> 00:35:12,440 Dia memang degil. 626 00:35:12,680 --> 00:35:14,040 Mak cik akan tegur dia di rumah. 627 00:35:14,720 --> 00:35:15,800 Tak mengapa. 628 00:35:16,160 --> 00:35:18,480 Saya rasa dia baik. 629 00:35:19,640 --> 00:35:20,720 Dia ada personaliti yang tegas. 630 00:35:39,000 --> 00:35:40,160 Kenapa awak ada di sini? 631 00:35:43,560 --> 00:35:45,560 Walaupun saya duduk rumah awak, saya masih ada hak kemanusiaan. 632 00:35:46,000 --> 00:35:47,600 Saya akan pura-pura tak kenal awak. 633 00:35:48,080 --> 00:35:49,720 Saya tak mahu kenal awak. Pergi. 634 00:35:49,960 --> 00:35:52,080 Hei, jangan buat hal. 635 00:35:52,240 --> 00:35:53,240 Itu bukan urusan awak. 636 00:35:54,120 --> 00:35:55,480 Kenapa awak bersendirian di sini? 637 00:35:55,600 --> 00:35:56,680 Wartawan media di dalam. 638 00:35:56,760 --> 00:35:58,280 Awak dah tahu cara nak jawab soalan mereka? 639 00:35:58,400 --> 00:35:59,400 Awak datang tepat pada masanya. 640 00:36:01,720 --> 00:36:03,400 Kenapa tak beritahu saya mak ayah saya datang? 641 00:36:05,120 --> 00:36:06,200 Oh, itu. 642 00:36:06,280 --> 00:36:09,680 Saya ingat awak akan suka lihat keluarga awak hadir ke parti ini. 643 00:36:10,560 --> 00:36:11,880 Lepas ini, saya akan beritahu awak. 644 00:36:15,560 --> 00:36:16,560 Baik. 645 00:36:17,400 --> 00:36:18,560 Mari bincang tentang kerja. 646 00:36:18,800 --> 00:36:19,800 Baik. 647 00:36:20,160 --> 00:36:24,160 Boleh saya pilih lagu sendiri untuk konsert seterusnya? 648 00:36:25,560 --> 00:36:28,760 Saya tahu awak nak buktikan diri awak selepas tengok gosip dalam Internet. 649 00:36:28,800 --> 00:36:33,040 Tapi album dan lagu awak cuma produk. 650 00:36:33,120 --> 00:36:34,760 Awak perlu dengar nasihat syarikat untuk produk awak. 651 00:36:35,360 --> 00:36:38,080 Saya tahu, awak mesti ada idea baru kebelakangan ini. 652 00:36:38,160 --> 00:36:39,840 Pasti awak dapat rasakannya, bukan? 653 00:36:40,560 --> 00:36:42,520 Kita mesti tunggu waktu terbaik... 654 00:36:42,640 --> 00:36:45,440 ...untuk awak bersinar, okey. 655 00:36:45,760 --> 00:36:46,960 Bila waktunya? 656 00:36:48,520 --> 00:36:49,800 Kita akan cari masa yang sesuai. 657 00:36:49,920 --> 00:36:50,960 Mesti ada peluangnya. 658 00:36:52,400 --> 00:36:53,760 Baiklah. Mari sini. 659 00:36:54,200 --> 00:36:55,160 Kemas sikit. 660 00:36:55,320 --> 00:36:57,520 Kalau wartawan datang, awak mesti jawab soalan mereka. 661 00:36:57,680 --> 00:36:59,920 Cakap tentang lagu dan konsert awak. 662 00:37:00,080 --> 00:37:01,080 Biar saya uruskan yang lain. 663 00:37:05,320 --> 00:37:06,360 Helo, semua. 664 00:37:06,400 --> 00:37:08,560 Kami gembira awak semua datang ke parti malam ini. 665 00:37:08,640 --> 00:37:11,080 Sekarang, kalau ada soalan tentang album dan lagu baru,... 666 00:37:11,160 --> 00:37:12,480 ...boleh kemukakan soalan. 667 00:37:12,920 --> 00:37:15,320 Zeyi, adakah awak rasa tertekan tentang lagu baru awak? 668 00:37:17,000 --> 00:37:19,760 Saya rasa, tekanan itu satu motivasi. 669 00:37:20,560 --> 00:37:23,560 Saya harap untuk tunjuk lebih banyak karya saya kepada semua. 670 00:37:23,880 --> 00:37:24,920 Zeyi! 671 00:37:26,680 --> 00:37:28,880 Shasha, lama tak jumpa. 672 00:37:29,160 --> 00:37:32,280 Helo, saya junior Zeyi. Nama saya Cheng Shasha. 673 00:37:32,520 --> 00:37:34,680 Kami akan kunjungi beberapa acara bersama. 674 00:37:34,760 --> 00:37:36,040 Terima kasih atas sokongan semua. 675 00:37:36,120 --> 00:37:37,120 Terima kasih. 676 00:37:37,200 --> 00:37:40,440 Encik Jin, ada gosip mengatakan awak ada hubungan dengan gadis biasa. 677 00:37:40,520 --> 00:37:42,360 Apa hubungan awak dengan Shasha? 678 00:37:42,560 --> 00:37:44,720 Saya rasa soalan ini... 679 00:37:44,800 --> 00:37:47,600 Tolong jangan salah faham dengan dia. Saya percayakan Zeyi. 680 00:37:47,640 --> 00:37:49,760 - Jangan salah faham, ya. - Zeyi, tolong beritahu kami. 681 00:37:49,880 --> 00:37:52,080 Adakah ini bermakna Cheng Shasha teman wanita awak? 682 00:37:57,480 --> 00:37:58,480 Sedapkah? 683 00:37:59,120 --> 00:38:00,916 Biasa saja. Saya buat lagi sedap. 684 00:38:01,440 --> 00:38:02,440 Awak tahu masak roti ini? 685 00:38:02,560 --> 00:38:05,560 Mestilah. Saya bekerja di Restoran Barat White House. 686 00:38:05,640 --> 00:38:07,720 Saya pandai buat tat telur. 687 00:38:08,240 --> 00:38:09,880 Boleh saya cuba tat telur awak nanti? 688 00:38:10,360 --> 00:38:11,360 Boleh. 689 00:38:12,400 --> 00:38:15,160 Awak risau karier awak akan terjejas kalau awak dedahkan hubungan awak? 690 00:38:15,280 --> 00:38:17,360 Kalau awak ada teman wanita, adakah awak akan dedahkannya? 691 00:38:17,800 --> 00:38:20,120 Ya, Zeyi. Beritahu, Zeyi. 692 00:38:20,240 --> 00:38:21,400 - Cakaplah. - Cakaplah. 693 00:38:21,480 --> 00:38:22,680 Maaf semua,... 694 00:38:22,800 --> 00:38:26,080 ...hari ini awak boleh tanya tentang lagu dan konsert dia saja. 695 00:38:26,200 --> 00:38:28,160 Kami tak boleh jawab soalan tentang hal peribadi dia. 696 00:38:28,240 --> 00:38:29,600 Kita dah bersetuju tadi. 697 00:38:30,160 --> 00:38:31,960 Zeyi, tolong beri komen. 698 00:38:32,320 --> 00:38:34,960 Selalu ada gosip cinta awak. Tak boleh tumpu pada muzik? 699 00:38:35,880 --> 00:38:39,600 Pengkritik muzik terkenal dakwa dia cetuskan gosip untuk album barunya. 700 00:38:39,960 --> 00:38:42,680 Gosip cinta Jin Zeyi meletakkan dia di senarai teratas. 701 00:38:42,720 --> 00:38:46,960 Semuanya pasal gosip cinta awak. Apa lagi saya nak buat? 702 00:38:47,080 --> 00:38:49,360 Beritahu saya, ini bukan hari pertama awak kerja. 703 00:38:49,680 --> 00:38:50,880 Artis tak ada privasi. 704 00:38:51,080 --> 00:38:53,400 Awak mesti laporkan kepada saya semua yang awak buat. 705 00:38:53,800 --> 00:38:56,040 Awak orang terkenal. Awak seorang artis. 706 00:38:56,240 --> 00:38:58,120 Awak tak boleh ada teman wanita, tahu? 707 00:38:58,280 --> 00:39:00,520 Walaupun dia nampak seperti teman wanita awak. 708 00:39:00,600 --> 00:39:03,280 Ayah awak nak kenalkan seorang rakan bagus kepada awak. 709 00:39:03,360 --> 00:39:04,680 Kalau awak seperti dia,... 710 00:39:04,920 --> 00:39:06,480 ...dan awak tumpukan perhatian awak untuk uruskan hospital,... 711 00:39:06,600 --> 00:39:08,200 ...ayah takkan rasa bimbang. 712 00:39:08,480 --> 00:39:10,840 Pura-pura bercinta dengan Cheng Shasha? 713 00:39:10,960 --> 00:39:12,160 Apa ini? 714 00:39:12,320 --> 00:39:14,480 Awak risau karier awak akan terjejas kalau awak dedahkan hubungan awak? 715 00:39:14,560 --> 00:39:16,600 Kalau awak ada teman wanita, adakah awak akan dedahkannya? 716 00:39:17,960 --> 00:39:20,480 Badan awak panas. Awak demamkah? 717 00:39:20,680 --> 00:39:21,960 Biar saya bawa awak ke hospital. 718 00:39:22,640 --> 00:39:23,960 Awak dah bangun. 719 00:39:24,160 --> 00:39:25,120 Makanlah bubur ini. 720 00:39:25,240 --> 00:39:26,680 Awak nak makan? 721 00:39:26,760 --> 00:39:27,960 Saya boleh tolong masakkan. 722 00:39:41,240 --> 00:39:42,880 Zeyi, ke mana awak nak pergi? 723 00:39:43,000 --> 00:39:44,680 - Zeyi! - Siapa kekasih awak? 724 00:39:44,760 --> 00:39:45,920 Ke mana awak nak pergi? 725 00:39:46,040 --> 00:39:47,960 Apa hubungan awak dengan gadis ini? 726 00:39:48,040 --> 00:39:51,160 Kami nak tahu tentang awak. 727 00:39:51,480 --> 00:39:55,320 - Zeyi! - Zeyi! 728 00:40:41,600 --> 00:40:44,000 Saya nak buat satu pengumuman. 729 00:40:49,880 --> 00:40:52,200 Dia Luo Tianran,... 730 00:40:53,320 --> 00:40:56,880 ...dah jadi tunang saya. Dia gadis yang awak nak tahu tadi.