1
00:00:09,092 --> 00:00:15,098
PADA 1910, JEPUN MENJAJAH KOREA
UNTUK MENGEMBANGKAN EMPAYARNYA.
2
00:00:17,142 --> 00:00:20,854
SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN, RAMAI
ORANG KOREA KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN,
3
00:00:20,938 --> 00:00:24,191
MEMAKSA MEREKA MENINGGALKAN
NEGARA MEREKA UNTUK KE NEGARA ASING.
4
00:00:26,902 --> 00:00:31,114
WALAUPUN BEGITU, MEREKA BERTAHAN.
5
00:00:31,198 --> 00:00:34,576
KELUARGA BERTAHAN.
6
00:00:37,996 --> 00:00:40,541
TERMASUK SEBUAH KELUARGA…
7
00:00:40,624 --> 00:00:43,293
DARI SATU GENERASI KE SATU GENERASI.
8
00:00:49,341 --> 00:00:55,597
Dialog bahasa Jepun bersari kata biru
Dialog bahasa Korea bersari kata kuning
9
00:01:12,948 --> 00:01:16,034
KOREA SEMASA PENJAJAHAN JEPUN
10
00:01:23,709 --> 00:01:25,544
(berbahasa Korea)
Ibu saya tak bernasib baik.
11
00:01:27,171 --> 00:01:29,131
Kelahiran saya pula
12
00:01:29,214 --> 00:01:31,049
amat membebankan dia.
13
00:01:33,218 --> 00:01:36,555
Dia meninggal dunia semasa saya kecil.
14
00:01:37,931 --> 00:01:40,309
Ayah saya jadi pemabuk sebab bersedih.
15
00:01:40,893 --> 00:01:44,980
Saya dan tiga kakak saya terpaksa
meminta sedekah di kampung.
16
00:01:46,732 --> 00:01:49,651
Kemudian tukang risik kampung itu…
17
00:01:51,528 --> 00:01:55,866
cakap ada keluarga yang memiliki
rumah penginapan di Dongsam
18
00:01:55,949 --> 00:01:59,328
mempunyai anak lelaki berbibir rekah
yang masih belum berkahwin.
19
00:02:01,246 --> 00:02:03,081
Ayah saya tawarkan saya.
20
00:02:05,626 --> 00:02:07,586
Itu tiga tahun lalu,
21
00:02:07,669 --> 00:02:11,840
saya dah cuba sedaya upaya untuk jadi
isteri dan menantu yang baik.
22
00:02:17,429 --> 00:02:19,223
Saya lahirkan tiga anak lelaki,
23
00:02:22,392 --> 00:02:24,603
tapi semuanya hidup
tak sampai umur setahun.
24
00:02:27,356 --> 00:02:28,899
Kalau saya saja,
25
00:02:29,650 --> 00:02:33,111
saya boleh terimanya. Tapi suami saya…
26
00:02:34,780 --> 00:02:37,241
dia lelaki yang sangat baik.
27
00:02:40,661 --> 00:02:43,997
Saya sedang mengandung, tapi…
28
00:02:46,041 --> 00:02:48,544
keturunan saya disumpah.
29
00:03:40,262 --> 00:03:43,140
Tiada cara mudah untuk beritahu awak.
30
00:03:43,974 --> 00:03:46,143
Awak tak dinaikkan pangkat.
31
00:03:46,226 --> 00:03:47,352
Bukan pada tahun ini.
32
00:03:47,436 --> 00:03:49,730
Saya tahu kami dah beri awak harapan,
33
00:03:49,813 --> 00:03:52,232
tapi tingkat 43 fikir
34
00:03:52,316 --> 00:03:55,777
lebih baik kalau awak mengumpul
pengalaman setahun lagi.
35
00:04:02,409 --> 00:04:03,410
Saya mahu tahu sebabnya.
36
00:04:03,493 --> 00:04:05,746
Dia dah beritahu awak.
Mereka tak rasa awak dah sedia.
37
00:04:06,371 --> 00:04:08,540
Berusaha kuat, teruskan kerja awak
dan tahun depan…
38
00:04:08,624 --> 00:04:10,209
Saya tolong selesaikan
penggabungan Teestone.
39
00:04:10,292 --> 00:04:11,710
Uruskan beli habis Brixley.
40
00:04:11,793 --> 00:04:13,629
Pekerja terbaik
selama dua tahun berturut-turut.
41
00:04:13,712 --> 00:04:15,839
Belum sampai masa awak.
42
00:04:21,678 --> 00:04:24,681
Tolong panggil nenek moyang saya
untuk hilangkan sumpahan ini
43
00:04:24,765 --> 00:04:26,517
supaya kami boleh ada keluarga.
44
00:05:02,302 --> 00:05:03,428
Hotel Colton.
45
00:05:04,054 --> 00:05:06,098
Klien penting firma ini,
terdesak mahu jual saham kepada umum,
46
00:05:06,181 --> 00:05:08,183
tapi penilaian mereka perlukan rangsangan.
47
00:05:08,809 --> 00:05:09,893
Mereka perlukan hotel itu.
48
00:05:09,977 --> 00:05:11,186
Hotel itu di Tokyo.
49
00:05:11,270 --> 00:05:14,439
Keputusan akhir ditentukan
oleh seorang pemilik tanah saja.
50
00:05:21,905 --> 00:05:23,824
Pemilik tanah itu orang Korea.
51
00:05:26,118 --> 00:05:28,704
Saya tahu itu tak penting kepada awak,
tapi percayalah,
52
00:05:29,288 --> 00:05:30,581
saya boleh dapatkannya.
53
00:05:33,959 --> 00:05:35,586
Apa yang awak tahu?
54
00:05:35,669 --> 00:05:39,131
Hotel dengan lebih daripada 300 bilik
dengan kos binaan 150 sehingga 200 juta.
55
00:05:41,884 --> 00:05:46,221
Kita mungkin dapat bayaran
dalam sepuluh sehingga 15 juta dolar.
56
00:05:46,305 --> 00:05:47,598
Pemilik tanah ini,
57
00:05:47,681 --> 00:05:49,641
awak boleh pujuk dia
sebab dia orang Korea?
58
00:05:49,725 --> 00:05:52,060
Sebentar, saya keliru.
Saya sangka awak orang Jepun.
59
00:05:52,144 --> 00:05:54,188
Tak, saya hanya membesar di sana.
60
00:05:55,564 --> 00:05:58,108
- Awak pasti tentang ini?
- Ya, saya pasti.
61
00:05:59,067 --> 00:06:02,613
Sebaik saja saya selesaikan urusan ini,
saya mahu dipindahkan ke sini semula.
62
00:06:04,740 --> 00:06:08,660
Saya mahu pangkat naib presiden
dan kenaikan gaji dikira bermula hari ini.
63
00:06:10,621 --> 00:06:13,248
Saya mahu bonus akhir tahun saya
64
00:06:13,332 --> 00:06:16,543
tunjukkan betapa Hotel Colton
sangat bermakna bagi firma ini.
65
00:06:20,589 --> 00:06:22,216
Saya mahu semuanya bertulis.
66
00:06:26,929 --> 00:06:29,223
Awak akan dapat seorang anak.
67
00:06:30,933 --> 00:06:33,977
Dia akan hidup dengan baik.
68
00:06:35,187 --> 00:06:39,233
Melalui dia,
sebuah keluarga akan bertahan.
69
00:06:55,457 --> 00:06:56,458
Cepat!
70
00:06:56,542 --> 00:06:57,876
Datang sini!
71
00:07:03,465 --> 00:07:04,675
Dengar tangisan dia.
72
00:07:04,758 --> 00:07:06,218
Dia mesti seorang yang tabah.
73
00:07:06,885 --> 00:07:08,720
Terima kasih.
74
00:07:08,804 --> 00:07:10,764
Jaga dia baik-baik.
75
00:07:12,933 --> 00:07:15,561
Dia pasti bertahan.
76
00:07:17,396 --> 00:07:19,022
Kita kena namakan dia.
77
00:07:41,753 --> 00:07:42,754
Sunja!
78
00:07:50,762 --> 00:07:52,264
Sunja!
79
00:09:43,876 --> 00:09:45,711
BERDASARKAN BUKU OLEH
MIN JIN LEE
80
00:11:11,588 --> 00:11:12,589
Ayah!
81
00:11:23,559 --> 00:11:25,477
(berbahasa Jepun)
Bagus. Awak nampak berisi.
82
00:11:26,854 --> 00:11:27,938
Banyak makan piza.
83
00:11:28,021 --> 00:11:29,731
Saya perlu jaga diri saya.
84
00:11:29,815 --> 00:11:30,983
Bagaimana dengan Tokyo?
85
00:11:31,066 --> 00:11:32,401
Rumah baru awak bagus?
86
00:11:32,484 --> 00:11:35,571
Ia bilik hotel.
Bagus untuk beberapa minggu.
87
00:11:36,697 --> 00:11:37,948
Dia dah sampai? Itu Solomon?
88
00:11:38,031 --> 00:11:39,616
Saya patut dah agak awak ada di sini,
Goto-san.
89
00:11:40,450 --> 00:11:42,536
Sekarang ini kedai ayah awak,
90
00:11:42,619 --> 00:11:45,038
tapi saya masih perlu pastikan
dia dapat urus tempat ini.
91
00:11:45,122 --> 00:11:46,248
Itu cuma alasan awak,
92
00:11:46,331 --> 00:11:50,294
sebab sebenar awak ke sini
ialah untuk memikat gadis muda.
93
00:11:50,377 --> 00:11:52,087
Saya tahu niat sebenar awak.
94
00:11:53,755 --> 00:11:55,090
Hirota-san !
95
00:11:57,092 --> 00:11:58,802
Ini anak saya, Solomon.
96
00:11:59,386 --> 00:12:00,888
Akhirnya awak dah balik.
97
00:12:00,971 --> 00:12:04,391
Dia dinaikkan pangkat
sebagai naib presiden di bank Amerikanya.
98
00:12:04,474 --> 00:12:07,019
Boleh tahan bagi anak pemilik pachinko.
99
00:12:07,561 --> 00:12:10,606
Jadi betul awak belajar di Yale?
100
00:12:11,106 --> 00:12:14,067
Betul kalau ayah cakap begitu.
101
00:12:14,151 --> 00:12:15,152
PERUSAHAAN KUROHANA
102
00:12:15,235 --> 00:12:18,113
Yoshii- san, apa
jawapan awak bagi tuduhan jenayah itu?
103
00:12:18,197 --> 00:12:22,534
Saya faham ada orang dalam
bidang kewangan yang tak percayakan kami
104
00:12:22,618 --> 00:12:25,621
sebab pembabitan datuk saya dalam…
105
00:12:27,414 --> 00:12:28,707
Siapa datuk dia?
106
00:12:29,541 --> 00:12:32,294
Seorang lelaki yang dah lama mati.
107
00:12:32,878 --> 00:12:34,671
Tiada kaitan dengan kita.
108
00:12:37,841 --> 00:12:39,301
Cepumas!
109
00:12:41,553 --> 00:12:42,679
Tengoklah!
110
00:12:42,763 --> 00:12:45,265
Tak ada bezanya duit bersih atau kotor.
111
00:12:45,349 --> 00:12:46,850
Duit tetap duit.
112
00:13:40,988 --> 00:13:42,155
Sunja.
113
00:13:42,239 --> 00:13:44,741
Sunja, tunduk.
114
00:14:04,845 --> 00:14:07,014
Hei, awak lambat hari ini.
115
00:14:07,598 --> 00:14:09,057
Saya simpan ini untuk awak.
116
00:14:13,187 --> 00:14:14,188
Ini.
117
00:14:15,022 --> 00:14:16,231
Sunja!
118
00:14:23,155 --> 00:14:25,365
Ikan itu nampak tak gembira.
119
00:14:25,449 --> 00:14:26,450
Sebab
120
00:14:26,533 --> 00:14:30,621
makhluk paling sengsara pun mahu hidup.
121
00:14:30,704 --> 00:14:33,790
Mak cik jual buah berangan
tak fikir begitu.
122
00:14:33,874 --> 00:14:36,585
Dia selalu cakap
kematian tak mahu jemput dia.
123
00:14:36,668 --> 00:14:40,088
Sebab suami dia sopan
di depan orang ramai,
124
00:14:40,172 --> 00:14:45,177
tapi apabila balik rumah,
dia pukul isteri dan anak-anaknya.
125
00:14:45,260 --> 00:14:47,012
Tapi dia pun mahu hidup.
126
00:14:48,305 --> 00:14:49,306
Mari pergi.
127
00:14:50,516 --> 00:14:51,767
Hei, abang!
128
00:14:52,976 --> 00:14:55,020
Ikan ini bagus, bukan?
129
00:14:55,103 --> 00:14:58,315
Awak mesti tak jumpa
tangkapan lebih baik hari ini.
130
00:14:59,191 --> 00:15:00,984
Apa saya nak buat
dengan ikan sebesar itu?
131
00:15:01,068 --> 00:15:04,404
En. Kim, awak buat kek ikan terbaik
di pasar ini.
132
00:15:04,488 --> 00:15:06,198
Jualan awak sentiasa habis
sebelum tengah hari.
133
00:15:06,281 --> 00:15:08,992
Tapi dengan ikan ini,
134
00:15:09,076 --> 00:15:12,704
awak boleh buat kek ikan
selama berminggu-minggu.
135
00:15:13,247 --> 00:15:15,874
Kalau begitu, saya bayar 30 yen.
136
00:15:15,958 --> 00:15:17,292
Lupakan saja.
137
00:15:18,043 --> 00:15:19,628
Pak cik patut dapat tiga kali ganda.
138
00:15:19,711 --> 00:15:20,712
Betul?
139
00:15:20,796 --> 00:15:22,965
Apa budak nakal ini tahu?
140
00:15:23,549 --> 00:15:26,718
Saya tahu kedai daegu jorim
141
00:15:26,802 --> 00:15:30,055
di hujung jalan bayar dua kali ganda
untuk ikan kod separuh saiz ini.
142
00:15:30,556 --> 00:15:32,391
Mari pergi sana.
143
00:15:33,350 --> 00:15:34,977
Kenapa mahu pergi sana?
144
00:15:37,104 --> 00:15:38,397
Lapan puluh yen.
145
00:15:38,480 --> 00:15:40,065
Itu tawaran terbaik saya.
146
00:15:41,316 --> 00:15:42,526
Tawaran yang adil.
147
00:15:42,609 --> 00:15:44,027
Itu dah cukup.
148
00:15:48,574 --> 00:15:49,741
Terima kasih sebab beli.
149
00:15:50,409 --> 00:15:52,828
Ambillah! Ini bahagian awak.
150
00:15:54,037 --> 00:15:57,457
Tak boleh. Saya tak dibenarkan ambil.
151
00:15:57,541 --> 00:15:58,542
Kenapa?
152
00:15:58,625 --> 00:16:00,002
Awak berhak dapatnya.
153
00:16:00,085 --> 00:16:02,629
Ibu bapa awak tak ajar supaya sentiasa
dengar cakap orang dewasa?
154
00:16:06,133 --> 00:16:09,136
Jaga-jaga dengan dia.
155
00:16:09,219 --> 00:16:12,639
Dia takkan puas hati
dengan hanya uruskan rumah penginapan!
156
00:16:12,723 --> 00:16:14,641
Saya tak buat begitu!
157
00:16:14,725 --> 00:16:17,019
Kami ada dua laporan bertandatangan
yang menyangkalnya.
158
00:16:17,102 --> 00:16:19,396
Mereka tipu. Saya tak terbabit dengan…
159
00:16:19,479 --> 00:16:21,857
Kita bincang di balai. Mari ikut kami.
160
00:16:21,940 --> 00:16:22,941
Saya merayu…
161
00:16:23,025 --> 00:16:25,194
Merayu di balai.
162
00:16:28,864 --> 00:16:31,408
Mereka cakap akan layan kita
dengan lebih baik.
163
00:16:31,491 --> 00:16:33,160
Itu maksud mereka?
164
00:16:35,204 --> 00:16:36,288
Sunja,
165
00:16:37,122 --> 00:16:38,165
mari pergi.
166
00:16:40,876 --> 00:16:42,920
Jumpa di rumah nanti.
167
00:16:48,091 --> 00:16:49,551
Ayah,
168
00:16:50,260 --> 00:16:52,804
lelaki di pasar tadi,
169
00:16:53,639 --> 00:16:55,140
dia ada buat salah?
170
00:16:55,933 --> 00:16:57,309
Entahlah.
171
00:16:57,893 --> 00:16:59,144
Pada waktu begini,
172
00:17:00,646 --> 00:17:04,358
salah atau tak bersalah
bukan lagi satu persoalan mudah.
173
00:17:06,818 --> 00:17:09,154
Apa akan jadi padanya?
174
00:17:09,988 --> 00:17:12,031
Dia akan balik rumah?
175
00:17:13,534 --> 00:17:14,576
Sunja,
176
00:17:15,993 --> 00:17:17,871
ayah pernah janji dengan awak.
177
00:17:19,164 --> 00:17:21,791
Semasa awak baru berusia seminggu,
178
00:17:22,416 --> 00:17:25,212
mak dan ayah jarang dapat tidur.
179
00:17:27,464 --> 00:17:30,217
Kami berjaga siang dan malam
untuk jaga awak.
180
00:17:31,802 --> 00:17:33,929
Kemudian ayah berjanji pada awak,
181
00:17:35,806 --> 00:17:38,559
selagi awak masih hidup,
182
00:17:38,642 --> 00:17:45,023
ayah akan buat apa-apa saja
untuk melindungi awak.
183
00:17:49,820 --> 00:17:51,780
Ayah akan tunaikan janji itu.
184
00:18:38,535 --> 00:18:39,745
Nenek!
185
00:19:43,058 --> 00:19:44,476
Dengar bunyi sumbang itu.
186
00:19:47,104 --> 00:19:51,066
Awak tetap tak pandai main
walaupun banyak kali berlatih.
187
00:19:51,733 --> 00:19:53,735
Jadi kenapa nenek tak
bagi saya berhenti?
188
00:19:53,819 --> 00:19:56,446
Awak tahu berapa harga piano itu?
189
00:19:56,530 --> 00:19:57,614
Tentulah!
190
00:19:57,698 --> 00:19:59,533
Nenek ingatkan saya setiap hari.
191
00:19:59,616 --> 00:20:01,451
Awak perlu diingatkan.
192
00:20:01,535 --> 00:20:06,665
Berhenti jadi macam orang Amerika
pemalas dan mari tolong nenek.
193
00:20:06,748 --> 00:20:07,958
Baik.
194
00:20:45,329 --> 00:20:48,290
Nelayan itu tak dapat keuntungan banyak,
tapi awak ambil duit dia.
195
00:20:48,874 --> 00:20:50,083
Sudahlah.
196
00:20:51,919 --> 00:20:53,921
Awak pula!
197
00:20:54,004 --> 00:20:56,089
Awak bukan membantu dia
dengan manjakan dia.
198
00:20:58,133 --> 00:20:59,718
Awak cakap nak hantar dia ke sekolah.
199
00:20:59,801 --> 00:21:01,345
Apa gunanya?
200
00:21:02,262 --> 00:21:04,097
Waktu yang sukar atau senang.
201
00:21:04,181 --> 00:21:06,475
Itu tak penting bagi seorang perempuan.
202
00:21:07,100 --> 00:21:09,520
Dia perlu belajar cari makan sendiri.
203
00:21:11,605 --> 00:21:14,900
Air suak tenang hari ini.
204
00:21:14,983 --> 00:21:17,653
Saya boleh belajar berenang
dengan mak cik di sana.
205
00:21:18,779 --> 00:21:19,863
Boleh saya pergi?
206
00:21:20,614 --> 00:21:22,032
Awak dengar cakap mak?
207
00:21:23,325 --> 00:21:25,244
Lain kali saya akan beritahu En. Song
208
00:21:25,327 --> 00:21:27,913
saya perlu ingkari dia
sebab saya perempuan.
209
00:21:28,413 --> 00:21:29,957
Bukan begitu…
210
00:21:30,040 --> 00:21:33,585
Serta dia bukan nelayan yang bagus
untuk bagi saya duit.
211
00:21:36,004 --> 00:21:37,047
Sudah, pergilah.
212
00:21:41,593 --> 00:21:42,594
Awak.
213
00:21:42,678 --> 00:21:45,973
Baguslah awak sayang dia,
tapi manjakan dia begitu,
214
00:21:46,056 --> 00:21:49,852
itu hanya akan merosakkan dia.
215
00:21:49,935 --> 00:21:53,021
Sedikit kegembiraan
akan merosakkan anak kita?
216
00:21:53,105 --> 00:21:54,731
Tapi itu bukan duit awak!
217
00:21:54,815 --> 00:21:56,900
Itu kebaikan seseorang.
218
00:21:58,277 --> 00:22:02,406
Dia perlu tahu yang kebaikan wujud.
219
00:22:03,448 --> 00:22:06,869
Dia akan jadi lebih kuat sebab kebaikan.
220
00:22:34,271 --> 00:22:36,273
Sunja!
221
00:22:37,566 --> 00:22:39,526
Tengoklah saya!
222
00:24:12,369 --> 00:24:13,412
Sunja!
223
00:24:16,707 --> 00:24:17,708
Sunja!
224
00:24:19,668 --> 00:24:21,587
Ayah!
225
00:24:23,714 --> 00:24:25,841
Saya berjaya!
226
00:24:29,636 --> 00:24:32,514
Terapung di atas
227
00:24:32,598 --> 00:24:37,519
Laut luas terbentang tanpa batasan
228
00:24:38,812 --> 00:24:43,567
Berkawan dengan camar yang sunyi
229
00:24:43,650 --> 00:24:46,987
Kita akan terus berjuang!
230
00:24:48,238 --> 00:24:52,743
- Enoya yanoya!
- Uhcha!
231
00:24:52,826 --> 00:24:57,289
Eyano yano uhgi-ee uhcha!
232
00:24:57,372 --> 00:25:00,834
Mari pergi ke laut
233
00:25:03,295 --> 00:25:05,631
Awak bertuah!
234
00:25:05,714 --> 00:25:07,883
Anak awak mengutip abalone
235
00:25:07,966 --> 00:25:09,801
dan isteri awak pandai masak.
236
00:25:09,885 --> 00:25:12,971
Itu tiada kaitan dengan tuah.
237
00:25:13,055 --> 00:25:18,143
- Dia memang layak.
- Betul!
238
00:25:19,645 --> 00:25:21,313
Mari minum.
239
00:25:21,939 --> 00:25:24,191
Tak perlu. Saya tak minum arak.
240
00:25:24,274 --> 00:25:26,568
Marilah, segelas saja.
241
00:25:32,866 --> 00:25:37,746
Mari raikan kejayaan kecil kita
selagi boleh.
242
00:25:39,581 --> 00:25:40,999
Minum.
243
00:25:43,210 --> 00:25:44,586
Tunggu saja.
244
00:25:45,170 --> 00:25:46,672
Nanti,
245
00:25:46,755 --> 00:25:50,717
mereka akan temui cara
untuk rampas ini daripada kita.
246
00:25:50,801 --> 00:25:53,220
Mengarut!
Bagaimana mereka nak rampas lautan?
247
00:25:56,139 --> 00:25:57,891
Jangan mengarut.
248
00:25:58,767 --> 00:26:01,019
Apa maksud awak?
249
00:26:01,728 --> 00:26:04,022
Mereka rampas tanah kita,
250
00:26:04,857 --> 00:26:05,858
bukan?
251
00:26:05,941 --> 00:26:07,568
Rampas beras,
252
00:26:07,651 --> 00:26:08,986
ubi kentang
253
00:26:09,069 --> 00:26:10,320
dan ikan kita.
254
00:26:10,404 --> 00:26:12,656
Arahkan wanita kita
untuk berhenti pakai pakaian putih.
255
00:26:14,533 --> 00:26:18,829
Mereka suruh kita makan
256
00:26:18,912 --> 00:26:20,539
dan cakap seperti mereka,
257
00:26:21,331 --> 00:26:24,293
tapi mereka tak pernah anggap kita
sebahagian daripada mereka.
258
00:26:24,376 --> 00:26:28,422
Kenapa mereka nak anggap begitu?
259
00:26:28,505 --> 00:26:31,091
Salah kita sendiri
kita kehilangan negara ini.
260
00:26:31,175 --> 00:26:33,302
Sudahlah.
261
00:26:34,803 --> 00:26:40,309
Tapi kalau setiap seorang daripada kita
bunuh seorang orang Jepun itu,
262
00:26:41,476 --> 00:26:44,146
kita tetap berasa marah,
263
00:26:44,229 --> 00:26:46,982
tapi sekurang-kurangnya
kita boleh ada impian.
264
00:26:48,567 --> 00:26:51,778
Ambil batu dengan tangan ini
265
00:26:51,862 --> 00:26:55,741
dan pecahkan kepala tentera dengannya…
266
00:26:56,408 --> 00:27:01,788
untuk hangatkan tangan sejuk saya
dengan darahnya.
267
00:27:03,081 --> 00:27:08,086
Kalau saya tahu kurang seorang penjajah
di negara kita,
268
00:27:09,004 --> 00:27:12,883
saya pasti gembira!
269
00:27:14,343 --> 00:27:16,553
Berhenti cakap begitu.
270
00:27:19,264 --> 00:27:21,934
Sudah cukup melampau…
271
00:27:24,937 --> 00:27:27,523
perlu hidup dengan kebencian ini.
272
00:27:31,777 --> 00:27:33,737
Sama seperti kita…
273
00:27:36,657 --> 00:27:39,576
anak-anak kita akan disumpah.
274
00:27:42,162 --> 00:27:43,997
Bagaimana ia akan berakhir?
275
00:27:58,095 --> 00:27:59,304
Kenapa awak tak hentikan dia?
276
00:28:01,932 --> 00:28:03,350
Bagaimana saya mahu hentikan dia?
277
00:28:03,433 --> 00:28:04,601
Kalau sesiapa cakap…
278
00:28:04,685 --> 00:28:06,311
Mereka takkan cakap.
279
00:28:06,395 --> 00:28:08,605
Sudah berbulan mereka tidur
di rumah kita.
280
00:28:08,689 --> 00:28:10,274
Seorang saja dah cukup…
281
00:28:10,357 --> 00:28:11,525
Diam.
282
00:28:13,986 --> 00:28:15,237
Bertenang.
283
00:28:16,738 --> 00:28:18,740
Kita tak buat kesalahan.
Kenapa mereka nak tangkap kita?
284
00:28:20,033 --> 00:28:23,662
Kita benarkan dia makan dan tinggal
selepas cakap begitu. Itu salah, bukan?
285
00:28:24,663 --> 00:28:27,082
Kalau tentera Jepun tangkap kita,
286
00:28:27,165 --> 00:28:28,792
siapa akan jaga Sunja?
287
00:28:29,835 --> 00:28:32,796
Semuanya baik saja.
288
00:28:32,880 --> 00:28:35,174
Awak tak tahu…
289
00:28:38,343 --> 00:28:40,846
Encik, awak dah kenyang?
290
00:28:41,555 --> 00:28:42,598
Puan,
291
00:28:42,681 --> 00:28:47,644
awak bagi kami makanan sedap
dan sangat baik dengan kami.
292
00:29:22,763 --> 00:29:24,681
Sunja, ada apa?
293
00:29:24,765 --> 00:29:27,267
Malam semalam pak cik cakap mengarut,
294
00:29:27,351 --> 00:29:29,228
sekarang semua orang takut.
295
00:29:30,354 --> 00:29:33,607
Siapa yang takut?
296
00:29:33,690 --> 00:29:40,405
Mereka semua. Tiada siapa cakap apa-apa,
tapi mereka mahu pak cik pergi.
297
00:29:42,241 --> 00:29:45,494
Tapi pak cik mahu ke mana?
Pak cik tak ada tempat nak pergi.
298
00:29:45,577 --> 00:29:48,622
Pergi saja ke mana-mana.
299
00:29:52,793 --> 00:29:54,253
Sunja,
300
00:29:54,336 --> 00:29:56,171
pak cik minum terlalu banyak.
301
00:29:56,255 --> 00:29:59,925
Itu cuma kata-kata semberono
lelaki yang bosan dipandang rendah.
302
00:30:00,008 --> 00:30:01,552
Awak faham, bukan?
303
00:30:02,594 --> 00:30:03,929
Tak.
304
00:30:04,012 --> 00:30:07,641
Saya tak mahu pecahkan
kepala lelaki Jepun.
305
00:30:08,892 --> 00:30:11,562
Saya tak mahu kehilangan
mak dan ayah.
306
00:30:11,645 --> 00:30:13,188
Kalau bersendirian…
307
00:30:13,981 --> 00:30:15,482
saya lebih sanggup mati.
308
00:30:21,280 --> 00:30:23,615
Sunja, dengar sini.
309
00:30:23,699 --> 00:30:28,287
Lupakan kata-kata pak cik.
310
00:30:29,079 --> 00:30:33,166
Pak cik lelaki yang dah tak tahu
cara untuk hidup di dunia ini.
311
00:30:35,419 --> 00:30:36,587
Faham?
312
00:30:39,631 --> 00:30:40,716
Bagus.
313
00:31:19,338 --> 00:31:22,090
Bila kali terakhir awak jumpa
Nelayan Song?
314
00:31:23,342 --> 00:31:24,885
Beberapa hari lalu.
315
00:31:25,511 --> 00:31:29,473
Awak rasa dia mungkin pergi ke mana?
316
00:31:30,641 --> 00:31:33,435
Maaf. Saya tak tahu urusan dia.
317
00:31:42,986 --> 00:31:44,112
Ayah!
318
00:31:44,821 --> 00:31:46,198
Ayah!
319
00:31:48,367 --> 00:31:49,576
Ayah!
320
00:31:52,162 --> 00:31:53,497
Ayah!
321
00:31:56,166 --> 00:31:57,668
Ayah!
322
00:31:59,169 --> 00:32:00,420
Ayah!
323
00:32:13,350 --> 00:32:16,979
Kami tak pernah nampak tanda
ketidaksetiaan pada dia sebelum ini.
324
00:32:18,564 --> 00:32:20,274
Tapi dia tinggalkan semua barangnya.
325
00:32:21,859 --> 00:32:23,944
Dia masih berhutang
dua bulan sewa dengan kami.
326
00:32:31,159 --> 00:32:33,704
Tentang malam itu?
327
00:32:35,831 --> 00:32:37,624
Dia terlalu banyak minum.
328
00:32:38,125 --> 00:32:40,294
Awak rasa dia boleh dimaafkan
sebab minum?
329
00:32:46,091 --> 00:32:49,553
Langsung tidak.
330
00:32:49,636 --> 00:32:54,183
Kami semua terkejut dengan kata-katanya.
331
00:32:55,726 --> 00:32:57,603
Tapi awak tak laporkan dia.
332
00:33:01,815 --> 00:33:04,860
Kalau awak jumpa
lelaki pengkhianat begitu,
333
00:33:04,943 --> 00:33:07,237
awak bertanggungjawab
untuk laporkan dia.
334
00:33:09,281 --> 00:33:12,576
- Tuan…
- Berani awak mencelah?
335
00:33:19,166 --> 00:33:25,172
Kita bagi kemajuan, ciptaan,
pendidikan kita kepada si dungu ini,
336
00:33:25,839 --> 00:33:28,717
tapi mereka tipu kita.
337
00:33:28,800 --> 00:33:30,135
Bertenang.
338
00:33:30,219 --> 00:33:33,597
Mari selesaikannya dengan bagi amaran.
339
00:33:33,680 --> 00:33:36,600
Mungkin kita
terlalu berlembut dengan mereka.
340
00:33:36,683 --> 00:33:37,851
Kita tiada pilihan.
341
00:33:37,935 --> 00:33:39,937
Kalau terlalu berkeras,
mereka akan memberontak.
342
00:33:44,525 --> 00:33:46,401
Awak takkan dapat peluang kedua.
343
00:33:48,654 --> 00:33:51,657
Beritahu kami kalau dengar tentang dia.
344
00:34:00,123 --> 00:34:02,960
Cik, saya banyak dengar pujian
tentang masakan awak.
345
00:34:03,627 --> 00:34:08,422
Saya perlu datang untuk rasa
kalau pujian mereka betul.
346
00:34:11,385 --> 00:34:12,719
Awak boleh datang pada bila-bila masa.
347
00:34:14,179 --> 00:34:15,222
Mari pergi.
348
00:34:41,831 --> 00:34:43,583
Bagaimana dia tahu
dia perlu larikan diri?
349
00:34:44,710 --> 00:34:45,918
Ada sesiapa beri dia amaran?
350
00:34:47,629 --> 00:34:48,839
Saya tak cakap apa-apa.
351
00:35:04,688 --> 00:35:08,150
Tak mungkin kita boleh makan semuanya.
Nenek masak banyak sangat.
352
00:35:08,233 --> 00:35:10,027
Awak kena makan.
353
00:35:10,110 --> 00:35:11,570
Tengoklah diri awak dalam cermin!
354
00:35:12,404 --> 00:35:15,073
Kurus kering.
355
00:35:15,157 --> 00:35:16,617
Masukkan daun bawang.
356
00:35:19,578 --> 00:35:22,873
Bilas air sejuk.
357
00:35:23,457 --> 00:35:27,419
Awak sangat sibuk untuk masak,
sama seperti ayah awak.
358
00:35:27,503 --> 00:35:29,421
Kamu berdua terlalu kuat bekerja.
359
00:35:30,005 --> 00:35:31,798
Nenek suruh dia jual kedai pachinko itu.
360
00:35:31,882 --> 00:35:35,928
Hartanah berkembang pesat, jadi dia patut
melabur dalam kedai atau pangsapuri.
361
00:35:36,011 --> 00:35:38,597
- Dia tak beritahu awak?
- Apa?
362
00:35:38,680 --> 00:35:40,849
Dia akan buka kedai kedua.
363
00:35:42,684 --> 00:35:44,061
Jangan begitu terkejut.
364
00:35:44,144 --> 00:35:46,396
Awak tahu dah lama dia fikirkannya.
365
00:35:48,315 --> 00:35:49,733
Dia dapat duit dari mana?
366
00:35:49,816 --> 00:35:51,527
Bank.
367
00:35:51,610 --> 00:35:53,820
Itu yang semua orang buat sekarang.
368
00:35:55,405 --> 00:35:59,201
Dia bangga dengan pencapaiannya.
369
00:35:59,284 --> 00:36:02,246
Dia tak peduli jika awak rasa malu.
370
00:36:02,955 --> 00:36:04,540
Siapa cakap saya malu?
371
00:36:04,623 --> 00:36:06,625
Awak tak perlu cakap apa-apa.
372
00:36:06,708 --> 00:36:12,381
Nenek dah lama hidup
untuk tahu fikiran orang.
373
00:36:15,342 --> 00:36:16,885
Bagi nenek sebiji telur.
374
00:36:26,728 --> 00:36:28,021
Berterus-terang saja.
375
00:36:28,730 --> 00:36:31,400
Awak akan balik?
Awak takkan terus tinggal di sini?
376
00:36:33,068 --> 00:36:34,236
Kenapa cakap hal ini?
377
00:36:34,945 --> 00:36:39,533
Ayah awak dungu kerana fikir keadaan
di sini dah berubah untuk orang Korea,
378
00:36:39,616 --> 00:36:41,159
tapi nenek lagi tahu.
379
00:36:42,870 --> 00:36:44,663
Awak lagi selamat di Amerika.
380
00:36:45,789 --> 00:36:47,457
Selamat daripada apa?
381
00:36:49,668 --> 00:36:50,711
Solomon?
382
00:36:50,794 --> 00:36:52,504
- Solomon!
- Etsuko-san !
383
00:36:53,839 --> 00:36:57,384
Maaf tapi restoran sangat sibuk.
Saya tak boleh balik lebih awal.
384
00:36:58,135 --> 00:36:59,428
Kami kekurangan pekerja minggu ini.
385
00:37:00,012 --> 00:37:03,473
Ayah awak cakap dia sangat sibuk
untuk jemput saya.
386
00:37:05,100 --> 00:37:08,687
Tapi tengoklah awak.
Awak dah jadi sangat kacak.
387
00:37:09,646 --> 00:37:12,107
Tak adil betul kehidupan ini.
388
00:37:12,191 --> 00:37:14,276
Awak tak patut jadi lebih kacak,
Solomon,
389
00:37:14,359 --> 00:37:16,320
sedangkan saya semakin berkedut.
390
00:37:16,403 --> 00:37:18,197
Apa maksud awak, Etsuko-san ?
391
00:37:18,280 --> 00:37:19,740
Awak langsung tak berubah.
392
00:37:20,365 --> 00:37:21,700
Nampak? Itulah dia.
393
00:37:21,783 --> 00:37:24,203
Gadis Amerika mesti sukakan awak.
394
00:37:24,286 --> 00:37:25,621
Saya tahu.
395
00:37:26,371 --> 00:37:27,623
Hei! Pajeon!
396
00:37:32,044 --> 00:37:34,671
Awak tak waras?
Awak nak buang makanan yang elok!
397
00:37:34,755 --> 00:37:35,839
Letak di sini.
398
00:38:35,732 --> 00:38:37,067
"Saya Rikidozan!"
399
00:39:03,177 --> 00:39:06,555
Itu coklat kegemaran Hana, bukan?
400
00:39:08,098 --> 00:39:09,391
Ya.
401
00:39:14,229 --> 00:39:16,148
Kenapa awak masih simpannya?
402
00:39:16,899 --> 00:39:19,401
Rasanya sebab sentimental.
403
00:39:26,408 --> 00:39:28,744
Hana ada hubungi awak?
404
00:39:30,829 --> 00:39:32,039
Tak.
405
00:39:34,917 --> 00:39:38,462
Tapi kami upah detektif baru
yang banyak terima pujian.
406
00:39:39,671 --> 00:39:41,048
Seperti ada harapan.
407
00:39:53,727 --> 00:39:55,187
Sekarang tangan dia…
408
00:39:56,980 --> 00:39:59,399
lebih besar daripada tangan saya?
409
00:40:00,734 --> 00:40:02,444
Atau sama saja?
410
00:40:05,155 --> 00:40:08,617
Bagaimana awak begitu yakin
dia masih hidup?
411
00:40:11,954 --> 00:40:14,248
Awak akan faham apabila awak ada anak.
412
00:40:17,501 --> 00:40:19,878
Kalau sesuatu berlaku kepadanya…
413
00:40:22,422 --> 00:40:24,550
saya akan rasa sesuatu.
414
00:40:27,344 --> 00:40:31,557
Awak pun akan rasa
sebab awak cintakan dia, bukan?
415
00:40:36,019 --> 00:40:40,774
Ayah awak asyik tersenyum
sejak awak balik.
416
00:40:40,858 --> 00:40:44,236
Saya ingat saya saja boleh buat
dia tersenyum begitu!
417
00:40:46,238 --> 00:40:48,490
Ibu awak…
418
00:40:49,408 --> 00:40:50,909
dia pasti bangga.
419
00:40:52,828 --> 00:40:53,912
Saya tahu.
420
00:41:24,484 --> 00:41:27,196
Ayah, ada sesuatu berlaku.
421
00:41:28,864 --> 00:41:29,865
Sunja!
422
00:41:57,476 --> 00:41:59,186
Cepat. Jalan!
423
00:42:08,070 --> 00:42:09,530
Mari sini.
424
00:42:27,089 --> 00:42:31,426
- Enoya yanoya!
- Awak buat apa?
425
00:42:32,052 --> 00:42:37,099
Eyano yano uhgi-ee uhcha!
426
00:42:37,182 --> 00:42:40,060
Mari pergi ke laut
427
00:42:40,143 --> 00:42:41,144
Diam!
428
00:42:44,189 --> 00:42:48,235
Terapung di atas
429
00:42:48,318 --> 00:42:52,030
- Laut luas terbentang tanpa batasan
- Berhenti!
430
00:42:54,032 --> 00:42:55,242
Lelaki tak guna!
431
00:42:57,202 --> 00:43:00,330
Berkawan dengan camar yang sunyi
432
00:43:00,414 --> 00:43:02,416
Kita akan terus berjuang
433
00:43:05,294 --> 00:43:08,046
Berkawan dengan camar yang sunyi
Kita akan terus berjuang
434
00:43:10,674 --> 00:43:14,678
Enoya yanoya!
435
00:43:14,761 --> 00:43:19,600
Eyano yano uhgi-ee uhcha!
436
00:43:19,683 --> 00:43:23,896
Mari pergi ke laut
437
00:44:44,726 --> 00:44:45,811
Selamat pagi.
438
00:44:52,442 --> 00:44:55,153
Terima kasih sebab datang, Yoshii-san .
439
00:45:00,075 --> 00:45:02,369
Saya nampak dia dalam televisyen.
440
00:45:02,452 --> 00:45:05,080
Ya, dia klien penting pejabat ini.
441
00:45:08,041 --> 00:45:11,795
Selamat datang, Baek-san .
Saya akan bawa awak ke pejabat awak.
442
00:45:11,879 --> 00:45:16,592
…pertama,
yang kita boleh uruskan di sini.
443
00:45:16,675 --> 00:45:18,093
Kemudian, semasa musim panas…
444
00:45:21,680 --> 00:45:22,681
Sila ke sini.
445
00:45:53,420 --> 00:45:55,923
- Solomon Baek.
- En. Andrews.
446
00:45:56,924 --> 00:45:59,009
- Tom.
- Saya banyak dengar tentang awak.
447
00:45:59,927 --> 00:46:00,969
Berterus-terang dengan saya.
448
00:46:02,012 --> 00:46:04,640
Saya perlu jaga-jaga dengan awak?
Sebab itu awak ke sini?
449
00:46:05,349 --> 00:46:07,768
Awak tak perlu risau tentang saya.
Saya tak lama di sini.
450
00:46:09,186 --> 00:46:11,688
Baiklah. Selamat datang.
451
00:46:13,524 --> 00:46:16,443
Maaf! Boleh beri perhatian?
452
00:46:24,201 --> 00:46:25,202
Apa dah jadi?
453
00:46:29,998 --> 00:46:32,709
Maharaja Jepun, Hirohito, mangkat.
454
00:46:32,793 --> 00:46:35,712
Menurut pengumuman rasmi,
maharaja mangkat akibat kanser.
455
00:46:35,796 --> 00:46:37,089
Dia berusia 87 tahun…
456
00:46:46,473 --> 00:46:51,103
Hari ini, sebuah negara
meratapi seorang lelaki hebat…
457
00:46:51,186 --> 00:46:53,355
Dia memerintah
semasa Jepun menjajah Korea.
458
00:46:53,438 --> 00:46:55,023
Dia pernah dianggap seperti Tuhan…
459
00:46:55,107 --> 00:46:58,735
Dia memerintah
semasa Jepun menjajah Korea,
460
00:46:58,819 --> 00:47:03,156
semasa banyak keluarga terpisah
dan orang disayangi terbunuh.
461
00:47:29,850 --> 00:47:31,643
Sunja.
462
00:48:01,215 --> 00:48:02,257
Ayah.
463
00:48:07,012 --> 00:48:08,013
Ayah.
464
00:48:13,227 --> 00:48:14,394
Ayah.
465
00:48:28,033 --> 00:48:29,618
Dulu,
466
00:48:30,744 --> 00:48:34,206
ayah tertanya sebab ayah tak bertuah,
467
00:48:35,958 --> 00:48:42,381
kenapa setiap hari ayah tak dapat rasa
keseronokan yang orang lain rasakan.
468
00:48:44,466 --> 00:48:47,970
Tapi kemudian, mak awak hadir,
469
00:48:49,304 --> 00:48:50,597
kemudian awak…
470
00:48:52,349 --> 00:48:57,688
Ayah sedar ia tiada kaitan dengan tuah.
471
00:48:59,523 --> 00:49:04,862
Ayah perlu buktikan
ayah layak jaga awak, Sunja.
472
00:49:07,239 --> 00:49:09,449
Menjadi kuat
473
00:49:10,617 --> 00:49:14,955
untuk lindungi awak daripada kejahatan.
474
00:49:18,041 --> 00:49:20,127
Kemudian awak akan jadi kuat.
475
00:49:22,045 --> 00:49:25,132
Awak akan ada anak-anak sendiri.
476
00:49:26,925 --> 00:49:31,805
Awak juga
perlu buktikan diri awak layak.
477
00:49:34,474 --> 00:49:36,310
Awak boleh lakukannya, Sunja.
478
00:49:39,313 --> 00:49:40,898
Ayah percayakan awak.
479
00:50:10,886 --> 00:50:16,058
SEMBILAN TAHUN KEMUDIAN
480
00:50:34,952 --> 00:50:36,745
Tuan,
481
00:50:36,828 --> 00:50:38,997
ini kebiasaan bagi orang tengah
nelayan baharu di daerah ini
482
00:50:39,081 --> 00:50:40,791
untuk beri penghormatan.
483
00:50:42,793 --> 00:50:44,253
Ya, dia dungu,
484
00:50:44,336 --> 00:50:46,421
tapi dia masih salah seorang
daripada mereka.
485
00:50:50,050 --> 00:50:52,344
Sudah tentu saya akan beri penghormatan.
486
00:50:52,427 --> 00:50:53,887
Setiap minggu dalam sampul.
487
00:50:57,349 --> 00:51:00,978
Tapi kalau dia mahu yang lain…
488
00:51:01,061 --> 00:51:03,856
Tak, dia tak mahu begitu.
489
00:51:03,939 --> 00:51:07,484
Disebabkan awak orang baru di sini
dan tak biasa dengan adat kami…
490
00:51:07,568 --> 00:51:09,611
Awak tak perlu beritahu saya caranya.
491
00:51:13,448 --> 00:51:14,616
Sunja…
492
00:51:55,616 --> 00:51:57,326
Siapa gadis itu?
493
00:51:58,368 --> 00:51:59,912
Gadis mana?
494
00:52:02,664 --> 00:52:03,916
Sana.
495
00:52:04,583 --> 00:52:09,463
Sunja. Lihat.
Saya simpan ikan paling besar untuk awak!
496
00:52:12,007 --> 00:52:13,717
Dia bukan sesiapa.
497
00:52:16,845 --> 00:52:22,267
Ibunya ada rumah penginapan di Yeongdo.
498
00:52:23,101 --> 00:52:24,394
Ibunya seorang balu.
499
00:54:22,721 --> 00:54:24,723
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman